BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 13, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 1

BAB 1

DERINGAN loceng menandakan tamatnya waktu berehat. Kesemua pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing. Loceng berbunyi sekali lagi. Tiba giliran pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk menjamu selera di kantin yang disediakan. Seorang pelajar Tingkatan 6 Atas yang memakai tag nama Hafiz melintasi kelas Tingkatan 5. Mata kesemua pelajar perempuan yang berada di dalam kelas tidak lepa dari memandangnya. Wajah yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman semua. Tidak ketinggalan juga Aishah Najyha. Pelajar yang terkenal dengan panggilan Buncit atau Tembam. Matanya tidak berkelip. Pelajar-pelajar lelaki yang berada di dalam kelas hanya membebel apabila mengetahui mereka ada saingan yang lebih hebat. Cikgu Mardina masuk ke dalam kelas. Aishah tidak menyedari kedatangan guru itu. Pelajar lain berdiri dan memberi salam kepada guru tersebut. Cikgu Mardina melihat Aishah masih leka memandang ke luar. Cikgu Mardina berdiri betul-betul dihadapan meja Aishah.
“Aishah…” panggil Cikgu Mardina perlahan. Masih tiada respon.
“Aishah…” kali ini lebih kuat lagi panggilan Cikgu Mardina.
“Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz.” Cikgu Mardina menyebut nama penuh. Aishah yang terkejut dengan panggilan itu segera berdiri dan memberi salam dengan suara yang lantang. Kesemua pelajar yang berada di dalam kelas hanya mentertawakannya. Aishah tertunduk malu. Cikgu Mardina tersenyum.
“Lagi sekali saya nampak awak berangan macam ni, saya kahwinkan awak dengan Hafiz.” Cikgu Mardina terus beredar dan menuju ke mejanya semula. Bukan Cikgu Mardina tidak tahu. Hafiz adalah kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Bahkan ada juga sesetengah guru perempuan menyukai Hafiz. Zanariah yang berada di sebelahnya disiku.
“Kau ni Zana. Bukan nak cakap dengan aku yang Cikgu Dina dah masuk kelas. Buat malu aku je.” Kata Aishah dengan suara yang sedikit berbisik. Zana tersenyum.
“Aku mintak maaf lah, Shah. Aku pun baru masuk kelas.” Kata Zanariah sambil mengeluarkan buku Matematik Tambahannya. Shila dan Nurdinni yang berada di kerusi hadapan Aishah menoleh ke belakang. Mereka memandangnya dengan senyuman sinis. Zanariah menjeling. Dia paling menyampah dengan mereka berdua. Pergi sekolah hendak melaram saja, bukan hendak belajar pun. Siapa tidak kenal Shila dan Nurdinni. Sehingga ada yang menggelar mereka kembar siam. Perangai pun sama. Playgirl.
“Kok ye pun kau nak berangan, buatlah masa cikgu tak ada.” Kata Nurdinni. Shila mengangguk dan memintal-mintalkan rambut lurusnya dengan jari.
“Aku ingat cikgu tak masuk lagi.” Ujar Aishah Najyha.
“Aishah, Zana, Shila, Dinni….Apa lagi yang kamu berempat bersembang tu? Cepat buat soalan yang saya tulis di papan hitam ni.” Arah Cikgu Mardina. Dia menurunkan sedikit cermin matanya dan memandang mereka berempat. Mereka cepat-cepat sahaja melakukan tugasan yang diberikan. Selepas selesai menulis soalan, Cikgu Mardina berjalan ke arah meja guru yang terletak di sudut dan melakukan kerjanya.
Aishah begitu tekun menjawab soalan. Dia leka sekali. Shila dan Nurdinni mengalihkan kerusi mereka dan memandang ke belakang.
“Bam, tepi sikit tangan kau tu. Aku nak tengok.” Kata Dinni.
“Kau orang ni cubalah buat sendiri. Selalunya nak tiru dia. Kalau dah tahu tak pandai, yang ambil jugak subjek ni buat apa.” Zanariah menyindir. Nurdinni menjelirkan lidah. Shila melepaskan dengusan kasar.
“Bukannya kita orang nak meniru kau. Yang kau nak sibuk buat apa.” Kata Shila pula. Zanariah menjelirkan lidah kembali. Aishah menggelengkan kepala. Macam budak-budak. Dia segera menyiku lengan Zanariah perlahan.
“Bam, bagilah kita orang tengok. Kalau tak, kita orang tak nak tolong kau dapatkan Hafiz.” Shila masih cuba memujuk.
“Eleh….kau orang sendiri pun belum tentu boleh dapatkan Hafiz. Ada hati nak tolong orang dapatkan Hafiz.” Zanariah berkata. Aishah gelisah. Dikhuatiri Cikgu Mardina akan menghukum mereka kerana bercakap-cakap di dalam kelas.
“Dahlah kau orang. Nah, jawapan.” Aishah memberikan jawapan kepada mereka. Zanariah membuat sahaja soalan tanpa mempedulikan mereka berdua. Sesekali Shila menjenguk ke arah jawapan Zanariah. Zanariah menghalang penglihatan Shila. Dijuihkan bibirnya. Menyampah dia dengan sikap Zanariah.
Kelas Cikgu Mardina sudah tamat. Kini tiba masa kelima. Cikgu Shazlee. Baru sahaja ketua kelas mereka, Shukri memberitahu bahawa Cikgu Shazlee tidak dapat hadir kerana mengambil cuti sakit. Kedengaran suara mereka bersorak kegembiraan. Shila mengeluarkan beg mekap dan menyapu sedikit bedak di muka. Aishah hanya memerhatikan gelagat Shila itu. Zanariah sedang bersembang dengan Amy dan Soraya. Aishah tiada teman untuk bercakap. Dia malas hendak berjalan ke tempat duduk Amy dan Soraya. Sebaiknya dia duduk ditempat sendiri dan hanya mendiamkan diri serta berangan. Itu sahaja yang boleh dilakukan bagi mengisi waktu Cikgu Shazlee. Tiba-tiba sahaja Kayla ketawa besar. Entah apa yang disembangkan dengan Dehlia. Semua mata memandang ke arah Kayla yang sedang menekup mulut. Kayla kalau ketawa memang satu sekolah boleh dengar ketawanya. Aishah menggeleng.
Hafiz melintas di hadapan kelas 5 Amanah. Mata pelajar perempuan tertumpu ke arahnya lagi. Aishah mengeluh kecil. Kalaulah aku dapat dia, akulah orang yang paling bertuah sekali dalam dunia ini. Kata hati Aishah. Nurdinni mencuit Shila yang juga turut sedang leka memerhati bayangan Hafiz hilang dari pandangan. Shila tersedar dan memandang Nurdinni. Mereka sama-sama memandang Aishah. Shila tersenyum sinis. Amy menepuk bahu Aishah dan menyebabkan gadis itu melatah.
“Hish, mangkuk sorang ni. Buat aku terkejut je.” Kata Aishah sambil mengurut dadanya. Amy tergelak kecil.
“Sorry, Shah. Tak sengaja nak buat kau terperanjat.”
“Kau datang kat aku ni mesti ada apa-apa.” Kata Aishah memandang Amy dari ekor matanya. Amy melabuhkan punggung di kerusi Zanariah. Dari tadi lagi, Amy asyik mengeluh sahaja.
“Aku…aku…aku….”
“Aku apa?” tanya Aishah. Amy menggarukan kepala yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Aishah.
“Cakap je lah.” Paksa Aishah. Sudah bosan dengan gelagat sahabatnya itu. Amy membuka mulut sedikit dan menutup kembali. Tidak jadi hendak berkata-kata.
“Cakaplah.” desak Aishah lagi.
“Ok. Aku cakap. Tapi kau janji jangan gelak.”
“Yelah, aku janji.”
“Daniel ajak aku keluar.” Akhirnya terluah jua apa yang ingin diperkatakan. Aishah menahan ketawa.
“Kau janji takkan gelak.” Kata Amy sambil menuding jari telunjuk ke arah Aishah yang sedang menekup mulut.
“Aku tak gelaklah.”
“Habis tu, kenapa kau tutup mulut?”
“Sangap.” Aishah buat-buat menguap. Sedangkan di dalam hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kau setuju?” Aishah cuba mententeramkan dirinya.
“Aku tak tahu nak cakap apa.” Amy memintal baju kurung dengan jari. Aishah menepuk dahi.
“Kau jugak yang berharap Daniel akan ajak kau keluar. Sekarang ni, kau tak tahu apa nak cakap?” soal Aishah. Amy mengeluh. Dia harap gadis dihadapannya itu akan menyelesaikan masalahnya bukan menambah bebanan masalah yang cukup merunsingkan fikiran.
“Macam nilah. Kau fikir masak-masak. Betul ke kau sukakan Daniel? Atau hanya kerana wajahnya yang ada iras-iras Jae-hee? Pelakon Korea yang kau minat sangat tu. Lepas tu, baru kau decide. Samada nak keluar dengan dia atau tak. Kau cakap dengan dia. Bagi kau sedikit masa lagi untuk fikirkan hal ni. Kau jangan sesuka hati nak keluar dengan dia on the first date. Sebab bagi sesetengah orang, first date lah yang membawa maksud kau bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih jauh dengan dia.” Nasihat Aishah panjang lebar. Amy tersenyum. Dia tahu Aishah adalah penyelesai masalah yang terbaik. Amy kembali ke tempatnya semula apabila terdengar loceng waktu tamat sesi persekolahan pada hari itu.




AISHAH menanggalkan kasut dan diletakkan di atas rak kasut. Perlahan-lahan dia membuka pintu rumah. Banglo dua tingkat itu kelihatan sunyi. Dimanakah semua orang? Diberi salam. Tidak bersahut. Ke mana Wan Jah dan Wak Leman? Aishah menuju ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik dan meletakkan beg galasnya ke atas meja tulis. Dia mencapai tuala dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air. Badan yang melekit perlu dibersihkan. Setelah membersihkan badan dan menyarung pakaian yang lebih bersih, Aishah menunaikan tanggungjawabnya yang wajib. Selepas bersolat Zuhur, dia menghenyakkan badan yang gempal itu ke atas katil. Wajah Hafiz yang hitam manis itu terlintas di ruang fikiran. Senyuman, lirikan mata dan segala-galanya tentang Hafiz terlekat kuat di fikiran Aishah. Setiap masa hanya wajah itu yang terlintas di ruang mata. Benarlah kata pepatah orang dahulu, dari mata turun ke hati. Pepatah itu menggambarkan dirinya. Dia berangan Hafiz datang kepadanya dan tersenyum sangat menggoda. Entah bila masa Aishah terlelap, dia sendiri kurang pasti. Suara azan Asar berkumandang dari surau yang berdekatan. Aishah terjaga dari lena dan segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Setelah selesai bersolat, Aishah mengaji Al-Quran. Begitu merdu sekali suaranya mengalunkan ayat-ayat suci dari Kitab Al-Quran itu. Pintu bilik dikuak. Terjengul wajah ibunya,Whittier Crystal Smith atau nama islamnya Nurradiah. Tersenyum melihat anak perempuannya. Dia berjalan ke arah katil dan melabuhkan punggung disitu. Aishah yang tersedar akan kehadiran Nurradiah segera memandang ke arah ibunya. Dia menanggalkan telekung yang membaluti badan.
“Baru balik, Mama?” tanya Aishah dan tangannya ligat melipat kain telekung yang dipakainya itu. Dilihat Nurradiah mengangguk. Aishah melabuhkan punggung disebelah Mamanya.
“Have you eaten your dinner?” tanya Nurradiah.
“No. I’m hungry.” Aishah merengek manja. Nurradiah tersenyum. Memang Aishah manja dengannya berbanding dengan adik beradiknya yang lain.
“Come. I’ll cook for you something.” Nurradiah menarik tangan Aishah dan mereka sama-sama menuju ke tingkat bawah. Adik Aishah, Amelya Nadira yang berada di ruang tamu sedang menonton televisyen mengalihkan padangan ke arah kakak dan Mama yang sedang menuruni tangga. Dijuihkan bibir. Cemburu. Difikirnya Nurradiah memilih kasih. Aishah tersenyum ke arah adiknya. Nadira segera mengalihkan semula pandangan ke arah kaca televisyen yang masih terpasang. Aishah menjungkitkan bahu. Malas melayan perangai adiknya yang tidak menentu.
“Where’s Ong and Kak Na?” tanya Aishah apabila dia tidak nampak kelibat abang sulung dan kakak keduanya.
“Ong ada assignment. Kak Na pulak ada study group.” Jawab Nurradiah sambil tangannya pantas mengeluarkan periuk untuk memasak. Aishah menolong Nurradiah memotong sayur-sayuran.
“Dari tadi Adik tak nampak Wan Jah dan Wak Leman. Mana dia orang pergi?” tanya Aishah sambil tangannya ligat membasuh sayur-sayuran. Dia begitu ringan tulang menolong Mamanya.
“Dia orang balik kampung. Cucu sakit.” Ringkas jawapan Nurradiah. Aishah mengangguk perlahan.
“Hmm…Apa dua beranak ni tengah buat?” tanya Syed Mahfuz yang muncul di ruang dapur. Mereka memandang sekilas. Aishah meneruskan kerja-kerjanya. Syed Mahfuz memeluk pinggang isterinya dari belakang tetapi dibalas dengan pukulan perlahan dilengan oleh Nurradiah.
“Apa Abang ni? Kan Adik ada kat sini.” Kata Nurradiah dan segera merungkaikan pelukan suaminya. Syed Mahfuz tersenyum. Aishah juga turut tersenyum di dalam hati. Walaupun sudah berpuluh tahun mereka menjadi suami isteri, perasaan untuk bermesra masih ada. Mereka masih seperti pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
“Awal Abang balik hari ni?” fasih Nurradiah bertanya. Sudah tiada lagi pelat Inggerisnya. Nurradiah melihat jam dinding yang tergantung di dalam dapur. Baru pukul 5. Selalunya Syed Mahfuz pulang dalam jam 8.
“Hari ni tak ada appointment. Tu yang balik awal.” Kata Syed Mahfuz sambil berdiri tercegat di pintu dapur. Kemudian Syed Mahfuz beralih dan berjalan melintasi ruang tamu. Amelya masih khusyuk menonton televisyen.
“Apasal Mya tak tolong Mama dan Kak Adik?” tanya Syed Mahfuz dan memandang tajam ke arah anak bongsunya. Nadira dengan muka selamba memandang Syed Mahfuz. Kepalanya dialihkan ke arah peti televisyen semula.
“Alaa….Kak Adik kan dah tolong Mama. Kalau Dira tolong, buat semak dapur je.” Kata Nadira memberi alasan. Syed Mahfuz hanya menggelengkan kepala. Anak bongsunya ini memang degil.
Setengah jam kemudian, makan malam sudah sedia dihidangkan. Mereka menjamu selera dengan enak sekali. Aishah makan sampai bertambah dua pinggan. Sebentar kemudian, Khairul Azman dan Nina Latasya pulang. Syed Mahfuz memandang ke arah mereka berdua.
“Ong, Na…Makan?” Syed Mahfuz meneruskan suapan. Mereka berdua menjenguk lauk yang terhidang di atas meja. Kailan ikan masin, telur masak sambal dan ikan bawal masak sweet and sour. Kecur air liur. Mereka segera menarik kerusi dan mencapai pinggan yang dihulurkan oleh Mama mereka. Azan Maghrib berkumandang. Mereka semua hanya mendiamkan diri sahaja. Menghormati azan.
Selepas selesai menjamu selera, Aishah dan Nina menolong Nurradiah mengemas meja serta membasuh pinggan mangkuk. Nadira menyambung kembali menonton televisyen. Syed Mahfuz menggeleng. Tidak boleh berkata apa-apa lagi. Degilnya semacam. Khairul memandang adiknya yang sedang leka menonton.
“Dira, apasal tak naik solat Maghrib lagi?” tanya Khairul.
“Kejap lagi Dira naik lah.” Nadira masih mahu melawan.
“Pergi naik sekarang. Waktu dah nak habis.” Khairul meninggikan sedikit suaranya. Nadira segera bangun. Dia menutup peti televisyen dan menghempaskan kakinya menaiki tangga. Tanda memberontak. Tidak boleh tengok orang senang sikit, hati kecilnya berkata.
“Naik tangga tu senyap-senyap sikit. Cubalah jangan melawan cakap Ong ni. Orang cakap sikit, nak melawan. Nak memberontak. Hii…inilah budak-budak zaman sekarang. Orang tua cakap sikit dah nak balas balik. ” bebel Khairul. Nadira menghentikan hentakan kaki. Dia memang takut akan abang sulungnya. Segera dia menuju ke kamar. Nurradiah yang baru sahaja keluar dari dapur mengurut perlahan belakang anak lelakinya itu.
“Dahlah tu, Ong. Nanti Ong pulak yang lambat nak solat.” Kata Nurradiah. Khairul mengangguk dan menuju ke kamarnya.


BERSAMBUNG.....

8 tukang komen paling setia:

ceritaku MEMORIKU said...

permulaan yg best!!nme watak2 pon best.chayok2.na`dz

keSENGALan teserlah.. said...

wait2..
cm penah bce lar cite nieh...
seriously..
ader pena postkan kat memne ker??

mybe lpas episod nie,
ong akan anta aishah g skola kan?
then nina tuh kawn hafiz..
nina taw aishah minat kat hafiz then dye cbe nk rapatkan hafiz ngn aishah..
btol x??
pena bce lar..
tp kat mane ek...

MR.KUMAR said...

alamak.. ini boleh menjadikan aku ketagih singgah di blog mu kak ecah!!!!! TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!1

Aishah Hamzah said...

mmg la pnh bace adik kesengalan teserlah oiii.....
tp name dlm penulisan 2u 2 nama novel sye letak antara 2 yg mana pilihan mu syg....
tp dh lame x publish kat stu.....
so,nk wat kat blog nie plak....cpt sket....eheheh

mekasih abg kumar kerna menyokong blog ku ini....
eheheheh
nnt sye memfollow blg abg kumar plakssss.....
ehehehe

keSENGALan teserlah.. said...

oouh..
patutlar..
hope kat blog nie cpat post ek dri kat penulisan2u uh..
hihi..

Si Puteh said...

kepada penulis,

jangan suka letak nama watak sebagai Zana dan jangan sesekali panggil orang dengan nama Zana.

Awak kena tahu makna Zana terlebih dahulu. Bunyi sedap tapi makna dia tak bagus- penzina.

Jadi saya harap, awak dan penulis-penulis yang lain tak pakai dah nama Zana lagi.

Anonymous said...

adakh awak yakin yg zana tu mksudnya penzina?? bukan zaniah barulah mksdnyer penzina?

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)