BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 28, 2009

Kau Milikku 2

BAB 2

“PERGI mampuslah dengan kau punya nightmare. Apa...kau ingat ni cerita I Know What You Did Last Summer? Atau Texas Chainsaw Massacre? Or Friday Night The 13th? Ohh...atau kau ingat ni Urban Legend, The Exorcist? Eh, hello...kau ni banyak sangat kot tengok cerita-cerita macam tu sampaikan kepala otak kau tu dah tak betul. Pergi mampuslah, gila!!!” talian yang dimatikan itu benar-benar membuatkan darah Faizal menyerbu ke mukanya. Kalaulah Dizyan yang berada dihadapannya ketika itu, mahu nahas Dizyan dikerjakan dek Faizal itu. Bagaimana aku nak ajar perempuan blue hyppo itu? Aneeq menepuk bahu Faizal dengan kuat menyebabkan Faizal tersentak dari lamunannya.
“Macam mana? Kau dapat takutkan dia tak?” Aneeq bertanya. Faizal tersengih. Kesemua ahli kumpulannya masih menanti butir bicara dari Faizal.
“Hey, tengok oranglah. Ni Faizal kan. Mestilah dia takut. Lepas aku cakap je, terus dia hang up.” Ujar Faizal separuh riak. Asrul memandang sinis.
“Ye ke dia hang up? Ke kau kena sembur se-das dengan dia dulu? Aku kenallah Yan tu macam mana.” Asrul tergelak kecil. Rizal hanya mengangguk seperti burung belatuk hendak menyiapkan tukangan sahaja, lagaknya.
“Yang kau ni Rul, nak sebelahkan si blue hyppo tu apa hal? Kau dah lupa prinsip geng kita?” Aneeq menolak perlahan bahu Asrul.
“Ohh...lupa pulak aku. Kau kan suka kat dia. Tu lah sebabnya kau tak bagi orang lain aniaya dia kan?” ejek Aneeq. Ahli kumpulan yang lain hanya mentertawakan Asrul.
“Aku back up dia bukan sebab aku suka dia. Aku hanya satu study group dengan dia je. Aku tak naklah tengok kau orang semua ni aniaya dia. Bukan aku tak tahu kau orang punya perangai kalau nak naya orang.” Asrul membela diri. Sememangnya dia tiada perasaan pada Dizyan. Tetapi disebabkan dia bercinta dengan teman baik Dizyan, Misha. Dan Misha pernah memberi amaran kepada Asrul jangan sekali-kali ikut sama perangai geng-gengnya menganiaya Dizyan. Jika tidak, Misha akan memutuskan hubungan mereka berdua. Dan sudah tentu, Asrul tidak mahu semua itu berlaku.
“Whatever.” Aneeq berkata dan melabuhkan punggung disebelah Nazem.
“Sudahlah. Kita ke sini nak bincang macam mana nak kenakan dugong sesat tu.” Ujar Faizal. Meleraikan mereka berdua dari bertikam lidah.
“Aik?! Dugong sesat pulak. Kalau tak, selalunya blue hyppo.” Sampuk Hakimy.
“Ahh...suka hati akulah. Blue hyppo ke, dugong sesat ke, godzilla ke. Suka hati akulah nak panggil apa pun.” Malas Faizal melayan kata-kata gengnya itu.
“Aku blah dululah, Fez. Aku ada date.” Ujar Asrul. Sudah malas mahu masuk campur urusan mereka semua ini. Dia hanya bersalaman dengan Faizal. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.
“Date dengan dugong tu ke?” sinis sekali Aneeq berkata. Asrul berpaling memandang Aneeq yang tersengih seperti kerang busuk.
“Sekurang-kurangnya aku ada girlfriend, walaupun dia tu dugong. Bukan macam kau.” Sela Asrul. Berdesing telinga Aneeq mendengar kata-kata pedas itu.
“Kurang ajar!!!” Aneeq sudah berdiri dengan penumbuknya. Berjalan pantas untuk menghayun tumbukan itu. Asrul sempat mengelak. Rizal dan Hakimy sudah memberikan pertolongan. Tidak mahu pergaduhan ini menjadi besar dan memecahkan ahli kumpulan mereka.
“Sudah!!! Baik kau blah je, Rul.” Faizal berkata lantang. Asrul segera beredar.
“Yang kau ni Neeq, nak menyakitkan hati dia buat apa? Apa yang kau dapat? Balik-balik hati kau jugak yang sakit.” Faizal menepuk bahu Aneeq. Menyabarkan sahabat yang seorang itu.
“Dahlah. Kita lupakan je hal tadi. Sekarang ni fikir macam mana nak kenakan dugong sesat tu balik. Berani dia tengking aku. Dia belum kenal siapa aku. Ni Fezrull Faizal lah anak Datuk Farid.” Ujar Faizal dengan bangga. Yang lain hanya turut tersenyum sinis mengenangkan perkara yang bakal berlaku terhadap gadis yang bernama Dizyan Farhana.
Sedang mereka melepak di taman KLCC, kelihatan dari jauh Ku Zhety melangkah dengan lenggang lenggoknya menuju ke arah mereka bertujuh. Di wajahnya bertempek bedak setebal 14 inci. Tersenyum menggoda ke arah Faizal.
“Tu awek opera cina kau dah sampai.” Sinis sekali Najib berkata. Mata yang lain semua tertuju ke arah Ku Zhety. Ada yang menahan tawa, ada yang tersengih.
“Wei, opera cina pun awek aku tu.” Tetapi Faizal tetap tertawa mendengar kata-kata Najib itu. Ku Zhety melabuhkan punggung disebelah Faizal dan sempat menjeling ke arah Najib. Tahu sangat mereka mengumpat tentang dirinya. Dan dikepalai oleh Najib.
“Yang, jom tengok wayang. I boringlah nak hang out dengan kawan-kawan you ni.” Kata Ku Zhety dengan perangai gedik yang tidak habis itu. Yang peliknya, Faizal sedikit pun tidak rasa jelek dengan sikap Ku Zhety itu.
“Habis, kalau I hang out dengan you, kawan-kawan you tu nak hang out dengan siapa?” Faizal menjuihkan bibirnya ke arah rakan-rakan Ku Zhety yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka melepak.
“Kalau kau orang suka, pilihlah yang mana satu kawan aku tu yang nak dijadikan date ke, girlfriend ke.” Laung Ku Zhety ke arah ahli kumpulan Faizal.
“Oii cik adik. Kau ingat kawan-kawan kau tu, macam beli ikan kat pasar. Mari...mari...mari...beli seekor percuma lapan.” Ejek Najib seperti tauke jual ikan di pasar. Dengan tidak tertahannya, yang lain menghamburkan tawa mereka. Ku Zhety menjeling geram.
“You pergilah hang out dengan kawan-kawan you. Lagipun, I dah lama tak lepak dengan dia orang ni. Asyik dengan you je.” Faizal menolak cadangan Ku Zhety itu.
“Alaa...you memang tak sayangkan I.” Rajuk Ku Zhety.
“Kalau dia tak sayangkan kau, dah lama dia tinggalkan kau. Macamlah kat sekolah kita tu, tak ada yang lebih cantik dari kau. Kalau setakat muka macam tepung gomak ni, berlambak dia boleh dapat.” Najib berkata pedas. Faizal menggeleng perlahan. Dia tahu mulut Najib laju berkata-kata. Tetapi dia juga tidak menyalahkan Najib. Lelaki itu lebih mengenalinya kerana mereka berkawan sejak kecil lagi. Lebih kenal akan citarasanya terhadap wanita.
“Jib...you ni....Argh!!!!” terus sahaja Ku Zhety beredar. Malas hendak bertekak dengan Najib. Dia tahu kalau dia berlawan mulut dengan Najib, pasti Najib akan menang. Dan yang lebih sakit hati lagi, Faizal tidak akan menyebelahinya.
“Jib, cakap tu berlapik lah sikit.” Faizal menegurnya perlahan.
“Aku dah tak tahan gila dengan awek kau tu. Macam-macam hal. You tak sayang I....You tak cintakan I.” Najib mengejek dalam lenggok gedik Ku Zhety itu. Faizal hanya mampu tersenyum. Tidak tahu hendak berlawan kata apa-apa lagi.
“Sekarang ni kita sama-sama fikir nak kenakan si dugong sesat tu.” Ujar Faizal.
“Esok tak boleh nak balas dendam kat dia, sebab hari Jumaat. Tak ada assembly. Aku cadangkan, kita kenakan dia hari Isnin lah. Waktu perhimpunan. Lagipun kelas dugong tu, ada P.J kan.” Aneeq berkata. Seolah-olah memberikan satu cadangan yang agak bernas buat mereka. Sudah tahu apa yang difikirkan oleh Aneeq itu.
“Okay, set. Kita kenakan dugong tu cukup-cukup hari Isnin ni.” Faizal turut bersetuju dengan cadangan Aneeq. Kemudian, mereka satu kumpulan tertawa kuat menyebabkan orang disekeliling yang lalu-lalang memerhatikan mereka.


ISNIN adalah hari yang dipanggil sebagai Monday Blues. Hari yang paling malas untuk melakukan sebarang kerja dan merupakan hari permulaan bagi setiap minggu. Dan, seperti biasa, setiap hari Isnin akan diadakan perhimpunan di laman sekolah atau kalau hari Isnin itu hujan, akan diadakan di dewan sekolah. Dizyan dengan malas melangkah ke arah laman sekolah setelah beg yang sarat dengan buku dan baju untuk pendidikan jasmaninya itu diletakkan di dalam kelas. Ditemani Misha dan Yasmin.
“Sha, Yas...aku dahagalah. Aku pergi beli air kejap.” Ujar Dizyan. Sahabat-sahabatnya hanya mengangguk. Mereka kembali meneruskan perkara yang menjadi topik hangat perbualan mereka sejak tiba disekolah tadi. Laju kaki Dizyan melangkah ke arah kantin yang cerah dengan lampu. Cuaca yang agak mendung pagi itu seperti hendak hujan sahaja. Minta-mintalah hujan. Boleh duduk dalam dewan. Kalau di laman sekolah, pasti baju sekolah mereka berpasir setiap kali diminta duduk di situ. Dalam dewan tidaklah terlalu kotor, doa Dizyan dalam hati.
“Kak Nah, air sirap satu.” Ujar Dizyan pada tukang masak kantin tersebut. Tersenyum sahaja wanita yang bernama Kak Nah atau Rusnah itu.
“Ni air sirap kamu.” Kak Nah menghulurkan air sirap yang dibungkus di dalam plastik dan diikat tepi kepada Dizyan. Gadis itu menyambutnya dan menghulurkan pula not seringgit untuk membuat pembayaran. Sebaik sahaja Dizyan berpusing, badannya terasa terhuyung-hayang. Segera dia berpaut pada rel besi yang dijadikan penghadang untuk memisahkan kaunter minuman dan makanan. Matanya melekap pada baju putih yang sudah diwarnai rona merah. Dilihat pula pada air sirap yang sudah separuh penuh itu. Mendongak memandang gerangan dihadapan yang melanggarnya itu. Tersengih seperti kerang busuk.
“Kau!” jerit Dizyan. Faizal membuat muka selambanya.
“I’m your worst nightmare. Aku akan kacau bilaukan hidup kau selama-lamanya.” Faizal berkata sinis. Bibirnya sengaja disengetkan untuk menampakkan karekter jahat.
“Worst nightmare kepala hotak kau. Yang kau nak kacau hidup aku ni kenapa, gila? Aku nak kau ganti balik air aku. Baju aku ni, aku nak kau basuh sampai putih balik.” Kuat Dizyan berkata. 2-3 orang pelajar tingkatan 3 dan 4, hanya memerhatikan mereka tidak berkelip.
“Kau tunggu jelah time assembly nanti. Kau nak minum banyak sangat air nak buat apa? Dalam badan kau tu dah ada banyak air.” Kata-kata Faizal membuatkan telinga Dizyan menjadi panas.
“Patutlah macam ikan buntal.” Aneeq pula menyambung kata dari belakang Faizal. Mereka sama-sama mengalih pandang ke arah ahli-ahli kumpulan Faizal yang baru tiba seorang demi seorang.
“Hey! Ikan buntal aku pun, aku comel lagi dari kau yang macam tapir tak ada hidung.” Dizyan masih meninggikan suara. Yasmin dan Misha yang menuju ke arah kantin segera berlari apabila mendengar suara Dizyan yang melaung tinggi itu. Aneeq mengepal penumbuk.
“Ini sudah lebih, buntal.” Aneeq berkata. Ingin sekali dia menghayunkan penumbuk ke arah Dizyan. Segera dihalang oleh Faizal yang berdiri menghadap gadis comel itu.
“Hey, Aneeq! Kau dengan perempuan beranilah. Dasar lelaki dayus. Patut pun Yan cakap kau ni tali barut Faizal.” Tiba-tiba Yasmin masuk campur. Mereka yang lain tersentak dan memandang ke arah Yasmin yang berdiri dihadapan mereka.
“Apa hal pulak minah saleh celup ni nak masuk campur?” Aneeq menyindir. Dia tahu Yasmin ada darah campuran. Tapi dia juga tahu Yasmin tidak suka dipanggil minah saleh.
“Mulut kau ni kan memang tak ada insurans. Agaknya kalau kau mati terbakar, mulut kau yang dulu-dulu disambar dek api.” Yasmin berkata pedas.
“Yang kau orang nak masuk campur dalam urusan aku dengan kawan dugong kau ni, apasal?” tanya Faizal. Buat-buat bersuara lembut.
“Yan ni kawan kita orang. Kalau si tali barut kau tu boleh masuk campur, takkan aku tak boleh.” Bidas Yasmin. Ada kebenaran juga kata-kata gadis itu. Mereka semua terdiam. Dizyan hanya tersenyum sinis. Mata Yasmin dan Misha melekap pada baju putih Dizyan.
“Apa dah jadi dengan baju kau ni, Yan?” tanya Misha tiba-tiba.
“Nilah mamat saleh celup ni punya pasal.” Unjuk Dizyan ke arah Faizal yang berdiri dihadapan mereka itu. Mencerlung mata Faizal. Dia tidak suka dipanggil mamat saleh celup. Dia memang ada darah campuran sebelah bapanya. Tapi, memang tidak dinafikan Faizal mempunyai raut wajah yang cukup menawan sehingga dapat mencairkan hati mana-mana gadis termasuk Dizyan. Ada juga cikgu-cikgu wanita yang masih bujang juga cuba untuk mengurat Faizal.
“Dahlah tu, Yan. Jom kita pergi toilet. Cuci baju kau ni. Nanti lagi kotor pulak.” Misha berkata. Tidak mahu pertengkaran itu berlanjutan. Mereka bertiga segera beredar ke tandas wanita. Harus cepat kerana sebentar lagi juga akan diadakan perhimpunan. Seorang pelajar pun tidak dibenarkan tidak menghadiri perhimpunan. Kecuali pelajar itu memang tidak datang ke sekolah.
“Kau orang dah ready?” tanya Faizal kepada ahli kumpulannya.
“Dah, bos. Tunggu show time je nanti.” Ujar Aneeq pula. Yang lain hanya mengangguk dan tersenyum jahat. Kemudian, mereka semua menuju ke laman sekolah untuk berhimpun.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh seorang demi seorang guru memberikan kata-kata yang biasa didengari di dalam perhimpunan setiap minggu. Kesemua pelajar diminta duduk di atas lantai yang berpasir itu. Dan juga seperti biasa, ada pelajar yang menguap, ada yang bersembang sesama sendiri. Yang paling pasti, hanya 2-3 orang sahaja yang benar-benar mendengar setiap guru yang dikehendaki bercakap itu, menyampaikan pesan. Dizyan, Yasmin dan Misha adalah pelajar-pelajar yang tidak terkecuali bersembang sesama sendiri.
“Dizyan, Yasmin, Misha....sila senyap! Pandang ke depan dan dengar cakap cikgu tu.” Seorang pengawas tingkatan 6 bawah, berkata tegas. Mereka terus terdiam dan memandang ke hadapan.
“Dizyan Farhana binti Azmin. Diminta ke bilik guru disiplin, sekarang.” Ujar salah seorang pengawas lelaki tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arah Dizyan. Gadis itu terpinga-pinga tidak faham. Ahli kumpulan Faizal sudah tersengih. Dizyan terus mengangkat punggung dan beredar dari laman perhimpunan. Misha dan Yasmin saling berpandangan.
Pintu bilik guru disiplin, diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Dizyan segera melangkah masuk dan menutup semula pintu bilik tersebut. Kelihatan guru disiplin itu tengah sibuk mencatit sesuatu di atas kertas. Dizyan hanya berdiri tercegat di hadapan meja guru disiplin yang dikenali sebagai Cikgu Alias. Lelaki tua itu membuka cermin matanya dan memandang ke arah Dizyan dengan pandangan yang sangat tajam.
“Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?” tanya Cikgu Alias, tegas. Dizyan menggeleng perlahan. Takut untuk bertentang mata dengan guru yang sangat dikenali kerana ketegasannya.
“Saya dapati kamu telah melakukan vandalisma.” Terus sahaja Dizyan mendongak memandang Cikgu Alias dengan pandangan tidak percayanya.
“Vandalisma?”
“Ya. Kamu telah menconteng di dinding tandas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kurang elok. Dan, telah memalukan rakan satu sekolah kamu.” Ujar Cikgu Alias lagi. Membetulkan cermin mata yang sudah melorot jatuh.
“Hah?!” Dizyan masih tidak faham.
“Saya nak kamu lihat di dinding tandas perempuan. Dan, sebagai hukumannya, saya nak kamu bersihkan tandas itu selepas waktu sekolah.” Dizyan sudah tidak dapat melawan kata. Bersihkan tandas? Hukuman yang sangat ringan. Ingatkan hendak dihukum apalah tadi.
“Baiklah, cikgu.” Dizyan berkata dan meminta diri untuk beredar dari bilik guru disiplin yang berhawa dingin itu. Kakinya laju melangkah ke kelas. Perhimpunan sudah tamat. Kesemua pelajar diminta untuk kembali ke kelas.
Dizyan melabuhkan punggung disebelah Kartika. Misha dan Yasmin menyerbu ke arah Dizyan. Nasib baik guru subjek yang seterusnya tidak masuk ke kelas kerana tidak hadir. Kalau tidak, habis ditegurnya mereka.
“Kenapa kau kena panggil dengan Cikgu Alias?” tanya Yasmin tidak sabar. Dizyan mengeluh.
“Katanya, aku buat vandalisma.” Ujar Dizyan ringkas. Ternganga mulut mereka berdua.
“Ish...tak percayalah aku.” Yasmin pula berkata.
“Jom temankan aku kejap pergi tengok kat toilet.” Ajak Dizyan. Yasmin dan Misha mengangguk. Terus sahaja mereka menuju ke arah tandas yang dikatakan Dizyan membuat vandalisma.
Tiba sahaja dalam tandas, mulut masing-masing melopong. Habis satu dinding tandas dengan nama Ku Zhety dan rakan-rakannya dijaja di atas dinding tersebut. Siap melukis lagi gambar Ku Zhety. Dizyan menelan air liur. Dia memanglah pandai melukis tapi tidaklah secantik ini lukisannya. Di bawah lukisan itu siap ada initial namanya lagi. D.F.A.
“Ini mesti tak lain dan tak bukan, kerja si Faizal dengan geng dia tu.” Ujar Yasmin tiba-tiba. Misha mengangguk tanda setuju.
“Yan....Yan!!!” panggil seorang pelajar dan berlari ke tandas. Dilihatnya Kartika tercungap-cungap menahan mengah.
“Kenapa, Tik?” Dizyan bertanya.
“Seluar...seluar...seluar kau. Seluar P.J kau.” Ujar Kartika cemas. Dizyan resah.
“Kenapa dengan seluar aku?”
“Faizal and the boys gantung seluar kau kat sarang tebuan yang ada kat pokok belakang sekolah tu.” Kartika berkata lagi. Mata Dizyan terbelalak. Segera mereka berempat berlari ke arah pokok yang dinyatakan oleh Kartika itu. Dizyan memandang ke arah pokok yang ada sarang tebuan itu. Memang seluarnya tergantung disitu.
“Yan, kalau kau tak pakai baju P.J, nanti kena denda lari satu padang sekolah 10 kali.” Sela Misha. Yasmin dan Kartika kasihan melihat Dizyan yang selalu dianiayai oleh geng-geng Faizal.
“Aku lebih rela kena denda dari ambil seluar aku balik dan kena sengat dengan tebuan ni.” Dizyan berkata lemah. Yasmin menepuk-nepuk bahu Dizyan.
“Sabarlah, Yan. Satu hari nanti, geng-geng keparat tu mesti akan terima balasan mereka balik kerana naya orang-orang macam kau ni.” Nasihat Yasmin. Misha dan Kartika mengangguk tanda setuju. Dizyan hanya tersenyum. Lega kerana mendapat sahabat seperti mereka.

BERSAMBUNG....

Saturday, March 14, 2009

Kau Milikku 1

BAB 1

LANGIT yang cerah tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa hari akan hujan. Bintang berkelipan cantik di angkasa. Seorang gadis sedang duduk di balkoni rumahnya menebarkan pandang ke arah langit. Serasa ingin menggapai bintang-bintang yang nun jauh melangit di angkasa. Tiba-tiba bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis. Hati tergores mendengarkan kata-kata yang dilontar oleh seorang budak lelaki di sekolahnya siang tadi. Dia tahu dirinya yang bersaiz besar ini pasti tidak setanding dengan gadis-gadis genit di sekolah. Bukan dia pinta perasaan itu hadir. Tetapi hadir secara tanpa paksaan. Entah kenapa dia boleh jatuh cinta pada budak lelaki itu. Sedangkan budak lelaki itu adalah gangster sekolah. Selalu sahaja dia dipanggil masuk ke bilik guru disiplin. Hati dia menjadi berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia tidak suka berpura-pura. Hipokrit bukanlah dirinya. Itulah Dizyan Farhana. Gadis bertubuh besar yang senantiasa mendapat hadiah kecemerlangan setiap tahun kerana keputusannya yang selalu sahaja berada di tangga teratas. Teringat kembali akan kejadian yang berlaku siang tadi. Sungguh dia sudah dimalukan oleh budak lelaki yang dicintainya itu.
“Fez, si blue hyppo ni ada hati kat kau.” Salah seorang daripada rakan budak lelaki itu berkata semasa Dizyan melintasi kumpulan mereka. Ya, Fez. Fezrull Faizal. Lelaki yang diminatinya sejak tingkatan satu lagi. Entah kenapa dia boleh jatuh cinta pada Faizal. Tetapi yang pasti, bukan kerana wajahnya yang iras Daniel Henney, pelakon Seducing Mr. Perfect itu.
Dizyan perlahan-lahan berjalan melintasi mereka. Ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan lagi oleh budak lelaki itu. Yang lain hanya ketawa berdekah-dekah. Dizyan memandang sekilas ke arah Faizal yang sedang membuat muka selambanya membalas kembali pandangan Dizyan. Segera Dizyan mengalih pandang ke tempat lain. Hati dia terasa berdebar. Menarik nafas perlahan. Kemudian, dilepaskan.
“Wei, blue.” Panggil Faizal kuat. Terhenti langkah Dizyan. Beralih ke arah Faizal.
“Dia mengaku dia blue hyppo.” Ujar Aneeq. Juga salah seorang ahli kumpulan Faizal itu. Serentak dengan itu, ketawa mereka satu kumpulan berderai. Kiranya Faizal ini adalah ketua kumpulan. Mereka menjadikan dia sebagai ketua kumpulan kerana dia adalah anak orang berada. Ibubapanya berpangkat gelaran yang dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agung.
“Sini kejap.” Panggil Faizal. Berat sahaja kaki Dizyan hendak melangkah ke arah mereka. Dia tahu pasti mereka semua akan menyusahkan hidupnya.
Semasa Dizyan melangkah ke arah Faizal dengan senyuman yang ikhlas, dirasakan seseorang telah melanggar dia sehingga dia terdorong ke hadapan. Dilihat wajah orang itu. Seorang gadis tersenyum sinis. Cepat sahaja langkah gadis itu menuju ke arah Faizal. Dizyan melangkah jua ke arah lelaki itu.
“Sayang, kenapa you panggil blue hyppo ni datang sini?” soal Ku Zhety atau nama sebenarnya Engku Zhety Engku Nashman. Dia melabuhkan punggung disebelah Faizal. Disendengkan badannya kepada Faizal. Meluat Dizyan melihat gadis itu. Hish, menyampah aku! Faizal tu aku punya, hatinya menjerit geram. Tapi tidak terluah pula di mulut.
“Saja.” Faizal berkata ringkas. Ku Zhety masam mencuka. Dia menyilangkan lengan ke dada. Faizal mengelus perlahan rambut Ku Zhety yang beralun itu. Segera Ku Zhety menepis kasar. Tanda protes. Dijungkitkan bahu sedikit. Tidak faham dengan sikap perempuan yang suka berubah-ubah.
Faizal berdiri dan berjalan menuju ke arah Dizyan. Jejaka muda itu bisa menggegarkan hati Dizyan. Dia tersenyum semanis mungkin. Faizal mengukir senyuman menggoda. Hati Dizyan berdegup kencang.
“Kau suka kat aku?” tanya Faizal sedikit berbisik. Tanpa paksaan, Dizyan mengangguk perlahan.
“Tapi...kawan-kawan aku lagi suka kat kau.” Faizal berkata dan sedikit mengelak apabila kawan-kawan sekumpulannya membaling lumpur ke arah Dizyan. Habis kotor baju sekolah putih Dizyan. Sudah bertompok-tompok kehitaman. Mereka masih galak membaling lumpur. Kadangkala Dizyan mengelak, dan kadangkala pasti melekat kotoran itu di muka dan bajunya. Nasib baik sudah habis waktu sekolah. Jadi, boleh sahaja dia terus balik untuk membersihkan diri.
Sudah puas mereka membaling lumpur, Ku Zhety berjalan menuju ke arah Faizal yang menyilangkan lengan ke dada sambil tersenyum sinis.
“Untuk pengetahuan kau, aku suka orang macam Zhety ni. Cantik, kurus, seksi.” Ujar Faizal. Kemudian mencuit dagu Zhety. Tergelak kecil gadis itu. Tangannya diletakkan di atas bahu Ku Zhety.
“Orang macam kau ni, tak layak untuk orang macam aku. Kau ni lebih sesuai dengan....siapa, wei?” Faizal bertanya seraya mengalih pandang ke arah kawan-kawannya itu.
“Bob Boroi.” Serentak dengan itu, tawa mereka pecah. Mata Dizyan mencerlung ke arah mereka semua. Darah merah menyerbu ke muka.
“Kau orang semua ni memang suka menyusahkan mak bapak je. Perhabiskan semua harta dia orang. Datang sekolah bukan nak belajar, tapi belajar nak jadi gangster. Kau orang ni kalau cekik bagi mampus pun tak apa. Tak menyusahkan mak bapak kau orang nak sara kau orang sampai besar. Parasit! Kau orang ni memang....SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA!!!!” jerit Dizyan lantang. Mereka semua terkejut dengan jeritan itu. Aneeq menuju ke arah Dizyan. Diangkat tangan setingginya. Ingin menampar wajah mulus dihadapannya itu.
“Tamparlah. Kau memang dayus. Lelaki pengecut. Dengan perempuan, kau beranilah. Cuba berlawan dengan orang yang setara dengan kau. Kau ni lembik.” Dizyan berkata tegas. Tetapi dalam hatinya, cuba ditahan perasaan takut. Takut juga jika Aneeq bertindak di luar kewarasannya. Rizal segera menarik Aneeq untuk menjauhi gadis itu.
Dizyan berpaling memandang Faizal dan Ku Zhety yang juga kelihatan terkejut.
“Kalau setakat girlfriend kau ni yang pakai ala-ala macam pengemis tak cukup kain, aku tak hairanlah kalau kawan-kawan kau sendiri kata perempuan ni pelacur.” Ujar Dizyan dan terus sahaja melangkah pergi. Terdengar jeritan Ku Zhety dari jauh. Dizyan tersenyum sinis. Faizal sudah mengepal penumbuk. Dia menumbuk batang kayu pokok yang dijadikan tempat berjumpa ahli kumpulan mereka.
“Aku pasti akan balas dendam. Jaga kau, Dizyan.” Faizal mengetap gigi. Badannya menggeletar menahan amarah. Darah mengalir keluar dari tangan sudah tidak dipedulikan lagi.


SEBAIK sahaja tiba di rumah, Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya laju mendaki tangga menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Tanpa disedari, Dizyan terlanggar Mak Kiah yang baru keluar dari bilik untuk ke dapur.
“Awal kamu balik hari ni, Yan. Tak ada kelas tambahan ke?” tanya Mak Kiah yang sedia maklum akan aktiviti anak majikannya itu setiap hari.
Isnin hingga Khamis pasti ada kelas tambahan dan latihan bola jaring untuk rumah sukan yang diwakilinya. Dizyan hanya dijadikan pemain simpanan. Tidak pernah dia turun ke padang untuk bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Ini bukan kerana dia tidak mahu. Tetapi langsung tidak pernah diberikan peluang. Mereka takut mereka akan kalah jika Dizyan turut bermain. Alah...bukannya Dizyan tidak tahu yang mereka takut Dizyan tidak dapat berlari untuk mengejar bola dan akan menyebabkan kekalahan rumah mereka itu. Kadangkala dia menyesal menjadi seseorang yang bersaiz besar. Tidak ada kekasih, tidaklah dihairankan sangat. Tetapi selalu jadi bahan hinaan dan caci umpat rakan-rakan sekolah. Itu yang menjadikan dia bertambah tertekan.
“Hari ni dibatalkan Mak Kiah. Sebab Cikgu Asmah sakit perut. Jadi, tak adalah.” Ujar Dizyan memandang wajah tua dihadapannya itu. Sudah bertahun Mak Kiah berkhidmat di rumah mereka itu. Terkerut-kerut Mak Kiah melihat keadaan Dizyan yang disaluti lumpur itu.
“Kenapa berlumpur kamu ni, Yan?”
“Ermm...ta..tad...tadi...Yan jatuh.” Tergagap-gagap Dizyan menjawab.
“Hmm...tak apalah. Yan letak baju Yan tu dalam baldi. Nanti Mak Kiah basuh dengan tangan. Lumpur ni nak kena sental dulu. Kalau masuk mesin basuh je, nanti tak keluar kesannya.” Mak Kiah berkata dan berkira-kira hendak beredar dari situ.
“Eh, tak apalah, Mak Kiah. Yan sental sendiri. Lepas tu baru Yan letak dalam washing machine.” Dizyan menolak cadangan Mak Kiah itu.
“Yalah.” Mak Kiah terus sahaja beredar ke dapur. Dizyan berlari-lari anak naik ke tingkat atas dan segera menanggalkan baju yang penuh lumpur itu. Diletakkan di dalam baldi di dalam bilik air untuk direndam dengan air sabun sebentar sebelum mula menyental. Dia harus membersihkan diri. Geli-geleman dengan lumpur yang kotor itu. Air yang keluar dari shower itu membasahi dirinya yang dalam kekotoran lumpur itu. Sedikit lega melihat lumpur yang mulai bersih dari badannya.
“Kau memang nak kena dengan aku, Faizal & Boys. Hish, apa punya nama daa...Tak commercial langsung. Apa aku nak buat dengan dia orang ni?” Dizyan sudah mengepal penumbuk sebelah tangan kanan dan menumbuk perlahan telapak tangan kirinya. Tiba-tiba pintu bilik airnya diketuk. Terkejut Dizyan sambil mengurut dada.
“Yan, marilah turun makan. Mak Kiah dah siapkan makan tengah hari kamu.” Laung Mak Kiah dari luar. Dizyan memerlahankan air shower itu.
“Ok, Mak Kiah. Kejap lagi Yan turun.” Selepas Dizyan selesai berkata, terdengar pintu biliknya ditutup oleh Mak Kiah. Dizyan meneruskan mandiannya.
Setengah jam kemudian, Dizyan turun ke bawah. Makanan sudah terhidang di atas meja. Dizyan hendak ke dapur untuk mengambil pinggan makannya. Dilihat Mak Kiah sedang sibuk memasak cucur ikan bilis. Dizyan menceduk nasi dari dalam periuk nasi ke pinggannya.
“Mak Kiah, meh la makan sekali.” Pelawa Dizyan.
“Tak apalah, Yan. Mak Kiah tengah nak masak cucur ni untuk minum petang Puan Hajjah.” Mak Kiah masih lagi meneruskan kerjanya tanpa memandang wajah Dizyan.
“Umi dengan Abah pergi mana, Mak Kiah?” tanya Dizyan. Dari tadi, tidak kelihatan dimana-mana kelibat kedua ibubapanya.
“Umi tu biasalah hari-hari kan ada kelas agama kat surau depan rumah tu. Abah Yan manalah nak pergi, kalau tak ke pejabatnya.” Mak Kiah mula sibuk menyediakan bahan-bahan untuk makan malam. Dipotong sayur jagung, kacang buncis, lobak merah dan kubis untuk dibuat sayur. Lauk yang ringkas dapat membuatkan Dizyan menambah nasi berkali-kali.
“Aik, bukan Kak Syifa dah ambil alih urusan semuanya ke?” Dizyan mengerutkan dahi. Setahu dia, kakak sepupunya yang dijaga oleh Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa sejak kecil, selepas ibubapa Asyifa meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya telah mengambil alih segala urusan syarikat sebelum syarikat itu dapat diserahkan kepada pewaris Tuan Haji Azmin yang sah iaitu abang kepada Dizyan, Izham Firdaus.
“Entahlah. Adalah masalahnya tu.” Mak Kiah berkata lagi. Dizyan mengangguk perlahan. Dia berlalu ke meja makan dan melabuhkan punggungnya disitu. Menceduk kuah ikan pari masak asam pedas dan daging goreng masak kicap. Begitu berselera Dizyan menyuap makanan ke mulutnya.


USAI menjamu selera, Dizyan merehatkan badan yang keletihan ke sofa sambil menonton televisyen. Kedengaran pintu rumah dibuka dari luar. Terjengul wajah Puan Hajjah Karissa. Tersenyum memandang anak gadisnya itu. Ditutup semula pintu utama. Mak Kiah yang baru sahaja selesai menghidangkan cucur ikan bilis dan air teh di atas meja, menuju ke arah Puan Hajjah Karissa yang sedang membuka tudung kepala. Dikibas-kibaskan sedikit tangan ke muka. Panas! Nasib baik penghawa dingin di ruang tamu dapat menyejukkan badan.
“Baru balik, Yan?” tanya Puan Hajjah Karissa seraya melabuhkan punggung disebelah Dizyan. Menepuk-nepuk peha Dizyan yang berisi itu. Dizyan dengan sikap manja melentokkan kepala ke bahu Uminya. Sudah lama tidak bermanja dengan Umi. Sejak sibuk dengan kelas tambahan. Almaklumlah, dia bakal menduduki SPM tidak lama lagi.
“Taklah, Umi. Dah lama.”
“Dah makan?” Puan Hajjah Karissa memang seorang ibu yang prihatin.
“Dah, Umi. Dua pinggan lagi.” Seloroh Dizyan. Mereka sama-sama tergelak kecil.
“Puan Hajjah, Yan. Marilah makan. Saya dah siapkan ni.” Panggil Mak Kiah lembut. Puan Hajjah Karissa memandang ke arah Mak Kiah dan mengangguk perlahan.
“Jom, Yan. Kita makan cucur Mak Kiah buat.”
“Tak apalah, Umi. Umi pergilah makan dulu. Kejap lagi Yan makan.” Ujar Dizyan. Puan Hajjah Karissa mengangguk dan terus bangun dari sofa. Menuju ke meja makan. Dizyan kembali meletakkan kepala diatas sofa. Membaringkan diri sambil menonton. Sudah lama tidak berehat begini.
Sabtu dan Ahad, tuisyen memanjang. Kalau tuisyen dibatalkan, Dizyan dan rakan-rakannya pasti membuat perbincangan mengenai subjek yang menjadi pilihan mereka. Selama setahun ini, terpaksalah dia bertungkus-lumus. Memang impiannya untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Haruslah dia berusaha lebih sedikit. Puan Hajjah Karissa dan Mak Kiah leka bersembang di meja makan. Bermacam-macam perkara yang dibincangkan.
Setelah habis menjamu selera, Puan Hajjah Karissa bangun dan menuju semula ke ruang tamu. Cadangnya ingin bersembang pula dengan Dizyan. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang tertidur lesu. Menggeleng kepala Puan Hajjah Karissa. Letih sangat, agaknya. Sudah jarang bertemu muka dengan anak perempuan seorang itu. Setiap kali Dizyan pulang dari sekolah selepas kelas tambahan, Puan Hajjah Karissa pasti sudah ke kelas agama di surau yang berdekatan. Kalau dia pula pulang dari kelas agama, Dizyan keluar untuk ke tempat tuisyen. Disebelah malamnya, sebelum Dizyan pulang dari kelas tuisyen, Puan Hajjah Karissa sudah ke surau untuk berjemaah Maghrib disana dan juga mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang berlainan setiap minggu. Pulang sahaja Puan Hajjah Karissa selepas Isyak, Dizyan memerap dalam bilik untuk mengulangkaji. Hanya akan turun untuk makan malam. Kemudian, memerap semula dalam bilik. Kasihan anaknya itu. Dia sangat berusaha untuk menjadi seperti Izham. Abangnya itu kini sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Puan Hajjah Karissa menunduk dan perlahan-lahan mengusap rambut Dizyan. Dilihatnya Dizyan menggerakkan sedikit badan. Membuka mata dan mengecilkan semula apabila lampu chandelier di ruang tamu menyuluh mata.
“Yan....” panggil Puan Hajjah Karissa perlahan.
“Ya, Umi?”
“Pergilah masuk bilik. Tidur dalam bilik kan lagi selesa.” Ujar Puan Hajjah Karissa dengan senyuman. Wanita anggun itu sentiasa manis dengan senyuman. Dizyan mengangguk lemah dan segera bangun dari perbaringan. Melangkah longlai menuju ke biliknya di tingkat atas. Dibuntuti oleh Puan Hajjah Karissa.
Dizyan menutup pintu biliknya setelah dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik. Dibaringkan diri ke atas katil empuk. Terasa lega dapat merehatkan badan setelah berminggu-minggu tidak berhenti aktivitinya. Dizyan mengeliat sedikit.
“Argh....leganya.” tiba-tiba telefon berdering. Dengan malas, Dizyan mencapai telefon bimbit di atas meja sisi katil. Dilihat di skrin. Tertera nombor yang tidak dikenalinya.
“Hello?” dengan sedikit mengantuk, Dizyan menjawab juga.
“Jangan kau berani nak datang sekolah esok. Nahas kau, aku kerjakan.” Si pemanggil berkata kasar. Terbelalak mata Dizyan. Siapakah yang berani sangat menelefonnya di waktu dia ingin berehat?
“Siapa kau ni? Suka hati aku lah nak datang ke tak nak esok. Yang kau nak kisah, apa hal.” Terus sahaja Dizyan mematikan talian. Mendengus geram. Telefonnya sekali lagi menjerit nyaring. Dilihat sekali lagi di skrin. Nombor yang sama.
“Eh, hello....Kau ni siapa ha? Nak menganggu hidup orang je kerja kau kan. Pergilah cari kerja yang berfaedah sikit.” Belum sempat Dizyan mematikan talian, si pemanggil berkata.
“I’m your worst nightmare.” Bisik si pemanggil. Konon ingin menakut-nakutkan Dizyan.
“Pergi mampuslah dengan kau punya nightmare. Apa...kau ingat ni cerita I Know What You Did Last Summer? Atau Texas Chainsaw Massacre? Or Friday Night The 13th? Ohh...atau kau ingat ni Urban Legend, The Exorcist? Eh, hello....kau ni banyak sangat kot tengok cerita-cerita macam tu sampaikan kepala otak kau tu dah tak betul. Pergi mampuslah, gila!!!” jerit Dizyan sebelum mematikan talian dengan pantas. Habis terkeluar kesemua cerita-cerita seram yang menjadi kegemaran Dizyan sehingga sekarang. Kalau dia menonton Urban Legend dan The Exorcist, pasti seminggu tidurnya dihantui oleh perkara-perkara yang berlaku dalam cerita tersebut.
Dizyan menggelengkan kepalanya sedikit. Dicampak telefon bimbit di atas katil. Dia turut mencampakkan kepalanya ke atas bantal dan memejamkan mata. Habis terkeluar sudah semua tenaga yang dijana tadi.
BERSAMBUNG...

Sunday, March 8, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 46

BAB 46

LEWAT petang itu, Hafiz sendiri yang datang menghantar Adam ke rumah keluarga Aishah. Loceng di pintu pagar dibunyikan sekali. Masih tidak kelihatan pergerakan di dalam rumah. Sekali lagi dibunyikan. Perlahan-lahan pintu utama dibuka. Terjengul wajah ayu seseorang yang memakai tudung. Dia membuka pintu pagar automatik. Sebaik sahaja pintu itu terbuka, Hafiz terus memboloskan diri dengan mengendong Adam. Menuju ke arah seseorang yang setia menunggu di taman yang ada di dalam kawasan rumah itu. Mereka sama-sama tersentak. Tidak Aishah menyangka bahawa Hafiz yang akan membawa Adam pulang. Dihulurkan Adam kepada Aishah. Wanita itu mengambil anaknya dan dicium sepuas hati. Airmata mengalir perlahan di pipi. Hafiz terharu melihat keadaan di hadapannya itu. Hafiz berdehem kecil. Aishah mendongak memandang lelaki itu.
“Uncle dengan Auntie mana? Tak nampak pun kereta Uncle?” Hafiz bertanya setelah meninjau garaj. Hanya tinggal satu kereta sahaja. Mungkin milik Aishah.
“Mama dan Papa balik Sungai Petani.” Aishah berkata. Matanya masih pada Adam yang merengek-rengek kecil. Hafiz mengangguk perlahan.
“Nina?”
“Abang Sof baru balik dari outstation semalam. So, dia bawak Kak Na dan anak-anak pergi holiday. Lagipun dah cuti sekolah.” Jelas Aishah. Sekali lagi Hafiz mengangguk.
“Jadi, Shah tinggal seorang ke?” Hafiz bertanya lagi. Aishah hanya mengangguk tanpa menjawab. Hafiz menyeluk tangan kanannya ke dalam poket.
“Tak apa ke? Berani?” soal Hafiz lagi. Kening wanita dihadapannya itu bertaut. Hafiz rasa serba salah. Bersalah kerana bertanya seperti itu. Hafiz bukannya apa, dia risaukan keselamatan Aishah dan Adam sahaja. Dia berdehem kecil.
“Dah biasa.” Ringkas sekali jawapan Aishah. Kepala Hafiz, dianggukkan. Itu sahaja kerja yang mereka tahu. Mengangguk dan menggeleng. Kemudian, sama-sama terdiam. Sudah tidak tahu hendak berbicara apa lagi. Entah kenapa, seperti ada satu perasaan baru yang menusuk ke dalam jiwa masing-masing. Haruman Polo Black yang dipakai oleh Hafiz menusuk hidung Aishah. Dia paling suka bau minyak wangi itu. Memang sejak dari sekolah lagi, Hafiz menggunakan minyak wangi tersebut. Disebabkan itulah, Aishah boleh jatuh cinta kepadanya. Hafiz lihat Aishah sudah gelisah dalam berdiri.
“Kalau macam tu, Fiz balik dulu.” Ujar Hafiz seraya meminta diri. Aishah tersenyum dan mengangguk. Hafiz berjalan mendekati Adam di dalam dukungan Aishah. Dicium pipi comel itu berulangkali. Sehingga anak kecil itu menolak wajahnya. Rimas! Aishah terkedu. Hafiz begitu hampir dengan wajahnya. Dia mendongak memandang Aishah dihadapan. Melihat renungan mata Hafiz, bisa membuatkan hatinya cair. Adam menghulurkan tangan kepada Hafiz tanda dia ingin mengikuti Hafiz.
“Ayah datang hari Sabtu, ya. Malam ni, Adam tidur dengan Mama, ya sayang.” Pujuk Hafiz kepada anak kecil itu sambil mengusap ubun-ubun budak itu. Seperti memahami kata-kata Hafiz, Adam tidak lagi merengek. Ayah? Aishah mengerutkan kening. Hafiz terus sahaja melangkah ke arah kereta Ferrari Magnumnya. Aishah membawa Adam masuk ke dalam rumah.
Sebaik sahaja menutup pintu, Aishah memegang dada. Dia menarik dan melepaskan nafas kuat. Adam menyucuk wajah Aishah dengan jari comelnya. Sebentar dipegang hidung, mulut dan mata Mamanya itu. Bila tangan Adam berada di atas bibir Aishah, dia berpura-pura ingin menggigit tangan anak kecil itu. Kemudian, Adam tertawa mengekeh.
“Adam suka kalau Ayah jadi ayah Adam?” tanya Aishah pada anak kecil itu. Kemudian, Aishah menggeleng. Belum lama lagi Hariz pergi meninggalkan mereka dua beranak, sudah jauh pemikirannya. Abang, moga Abang tenang disana. Jangan risaukan saya. Saya akan teruskan hidup atas pesanan dan kenangan Abang, doa Aishah dalam hati.



SETAHUN KEMUDIAN....

KERETA Ferrari Magnum yang dipandu oleh Hafiz itu, diparkir di sebelah Mercedes CLK. Hafiz mengerutkan dahi. Melihat kehadiran kereta yang amat dikenalinya itu. Tersenyum sahaja Hanita berdiri di muka pintu dengan tangan disilangkan ke dada. Hafiz melangkah keluar dari keretanya. Kembali membalas senyuman Hanita itu. Pintu belakang kereta ditutup perlahan selepas Hafiz mengambil kot serta beg bimbit miliknya. Seimbas, dia melihat jam di tangan. Baru pukul 8 malam. Hanita mencapai tangan Hafiz sebaik sahaja abangnya itu mendekati dia. Dicapai tangan itu dan tunduk menyalami. Tanda hormat.
“Datang seorang je?” tanya Hafiz. Hanita mengangkat muka memandang Hafiz. Wajahnya benar-benar keletihan. Sejak Hafiz sudah boleh menguruskan syarikat Abahnya sendiri, Najmuddin telah menyerahkan seratus peratus tugasan yang penting sebagai CEO kepada Hafiz. Beban yang digalas itu, harus ditunaikan sebaik mungkin.
“Taklah. Dengan Faiz.” Ujar Hanita. Hafiz menjenguk ke dalam rumah. Kelihatan Faiz dan Najmuddin sedang leka bersembang. Ternampak sahaja bayangan Hafiz, terus Faiz berdiri untuk bersalaman dengan abang iparnya. Sudah hampir 3 bulan, Hanita mendirikan rumah tangga bersama teman baik Hafiz sendiri.
“Kau apa khabar?” Hafiz bertanya. Tersenyum pada adik iparnya itu.
“Baik, Bang.” Ucap Faiz.
“Kau jangan nak mengada panggil aku abang. Panggil aku macam biasalah, Iz. Geli aku dengar kau panggil aku abang.” Seloroh Hafiz. Mereka sama-sama tergelak.
“Dah namanya pun Along ni abang ipar Faiz, dah tentulah dia kena panggil Along dengan panggilan abang.” Sela Farehan yang baru sahaja keluar dari dapur. Hanita turut menolong Uminya itu. Semenjak berkahwin, Hanita sudah banyak berubah. Sudah tidak malas melakukan kerja-kerja rumah. Senang hati Farehan melihat anaknya itu.
“Haa...marilah makan. Faiz, Along...Abang.” Farehan berkata setelah semua makanan sudah siap dihidangkan. Hafiz memeluk bahu Faiz dan mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan.
Selesai makan malam, Hanita memotong buah-buahan untuk dijadikan pencuci mulut. Najmuddin, Farehan dan Faiz, berada di ruang tamu. Bersembang sambil menonton televisyen. Hafiz sudah naik ke biliknya untuk membersihkan diri. Seketika kemudian, Hafiz turun semula ke tingkat bawah. Melabuhkan punggung disebelah Faiz. Hanita baru sahaja muncul dari dapur dengan menatang sepiring buah-buahan. Hafiz mencapai seulas oren dan disuapkan ke mulut.
“Along, Umi nak cakap seperkara dengan Along ni.” Ujar Farehan tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arah Farehan. Mata Najmuddin sahaja yang masih ditala ke peti televisyen yang terpasang.
“Ada apa, Umi?” tanya Hafiz. Membetulkan sedikit duduknya.
“Umi nak Along kahwin bulan depan jugak.” Kata-kata Farehan itu membuatkan Hafiz tersentak. Hanita ternganga. Faiz mengunyah buah-buahan dengan perlahan. Memandang Farehan dengan tidak berkelip sedikit pun matanya.
“Umi nak Along kahwin bulan depan? Dengan siapa? Along bukannya ada calon pun.” Tingkah Hafiz sedikit tidak bersetuju. Farehan hanya tersenyum misteri.


“AKU terima nikahnya Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz dengan mas kahwinnya 80 ringgit, tunai.” Dengan sekali lafaz, Aishah sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Mohd Hafiz bin Mohd Najmuddin. Menitis airmatanya mendengar lafaz itu.
“Sah?” tanya kadi itu kepada saksi-saksinya.
“Sah!!!” ruangan yang luas itu bergema dengan suara-suara saksi tersebut. Aishah mengangkat tangan. Mengaminkan segala doa yang dibaca oleh kadi akad nikah. Airmata tidak berhenti menuruni pipi. Hafiz menunaikan solat 2 rakaat sebelum berjalan mendekati Aishah dan menyarungkan cincin platinum bertatahkan berlian itu. Aishah tunduk menyalami tangan gagah suaminya. Kemudian, Hafiz mengangkat wajah isteri yang baru sahaja dinikahinya itu dan mencium dahi. Kedua pengantin itu seperti malu-malu hendak bergambar.
“Ahh...apa yang nak dimalukan? Kamu pun dah jadi suami isteri.” Usik salah seorang perempuan tua yang diwakilkan oleh keluarga Najmuddin. Tersipu-sipu Aishah jadinya. Hafiz sedari tadi, tidak habis dengan sengihannya.
Kenduri kahwin dilakukan dengan cara yang paling sederhana. Ini atas kehendak Aishah juga yang mahukan begitu. Dia tidak mahu terlalu hebat. Baginya, acara yang secara besar-besaran tidak penting. Yang penting, dia dengan Hafiz sudah disatukan atas ijab kabul yang sah. Pasangan pengantin bergambar sakan dengan Adam Hariz.
Malam itu, Aishah dan Hafiz masuk ke dalam bilik bersama Adam setelah penat melayani karenah tetamu-tetamu yang hadir. Tidak habis mengusik mereka. Dibaringkan Adam ke atas katil. Aishah juga turut baring di sebelah Adam. Tetapi tiba-tiba, Hafiz mengangkat Adam dan menuju ke arah pintu.
“Abang nak bawak Adam ke mana pulak tu?” tanya Aishah, gusar. Terus sahaja dia duduk menegak di atas katil.
“Abang nak hantar dia kat Mama.” Ujar Hafiz. Aishah mengerutkan dahi.
“Kenapa?”
“Sebab malam ni, adalah malam Ayah dan Mama je. Adam kena tidur dengan nenek. Ayah tak mahu Adam kacau.” Hafiz berkata. Serentak dengan itu, Aishah berlari ke arah mereka berdua dan menghadiakan cubitan di lengan Hafiz. Dia mengaduh kesakitan. Kemudian, tergelak besar lelaki itu.
Nurradiah yang melintasi bilik anak dan menantunya itu, berhenti dihadapan pintu bilik mereka itu apabila tombol dipulas dan terjengul wajah Adam yang didukung oleh Hafiz.
“Laa...Adam buat apa dengan Ayah dan Mama tu? Adam tidur dengan nenek, ya. Jangan kacau Ayah dan Mama.” Nurradiah pula mengusik. Diambil Adam dari dukungan Hafiz. Lelaki itu jadi termalu sendiri melihat ibu mentuanya dihadapan pintu bilik mereka.
“Ma....” memerah wajah Aishah menahan malu. Nurradiah tersenyum dan terus berlalu bersama Adam. Menghilang disebalik biliknya.
“Kan dah senang kerja Abang.” Usik Hafiz. Aishah berpaling dan terus melangkah laju ke arah katil. Hafiz segera menarik lengan Aishah dan membawa wanita itu mendekati badannya. Wajah putih gebu itu diusap perlahan.
“Sayang...” bisik Hafiz lembut di telinga Aishah. Begitu romantis sekali panggilannya. Aishah memejamkan mata. Memeluk Hafiz sekuat hatinya. Pelukan itu dibalas. Tersenyum bahagia kedua mereka. Akhirnya, cinta yang pernah hapus dahulu, datang dan menjadi teman hidup mereka kini. Cinta terhalang yang terlepas, kini datang menjengah kembali kedua hati yang kontang.
Perlahan-lahan rambut Aishah diusap. Angah, pesanan dan janjiku itu akan Along tunaikan. Tidak akan sekalipun Along sia-siakan hidup Aishah dan Adam. Hidup mereka, adalah hidup Along kini. Bahagia Along milik mereka dan kesedihan mereka milik Along. Akan Along biarkan mereka gembira selagi hayat Along dikandung badan. Tidak akan Along biarkan setitis pun airmata yang menitis di wajah mereka, janji Hafiz sesungguhnya. Pelukan semakin erat.
Terima kasih, Ya Allah. Kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk merasa bahagia. Abang, janji saya pada Abang tidak akan saya lupakan. Pesanan dan kenangan bersama Abang tetap tersemat didalam hati ini. Tidak akan sekali-kalipun saya benarkan hati ini terlupa dari mengingati Abang. Doakan kebahagiaan kami, walaupun dimana jua Abang berada, rintih Aishah. Dia tersenyum melebar. Malam itu, akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh mereka berdua.
“Sayang.” panggil Hafiz.
“Hmm...”
“I love you. And I will always love you.” Ucap Hafiz lembut. Pelukan dileraikan. Aishah membuat gaya ‘I Love You’ seperti di dalam filem Hindi, Kuch Kuch Hota Hai. Hafiz tersenyum.
“Banyak sangat tengok cerita hindustan ni.” Hafiz mencuit hidung Aishah. Tergelak wanita itu.
“Thanks, sayang. Thanks a million time for loving me.” Ucapan Hafiz penuh bermakna. Kemudian, mereka kembali berpelukan. Terima Kasih Cinta!

TAMMAT......HAHAHAHA

p/s: thanks u guys,4 supporting me all da way. from start 2 finish....thanks so much 2 all my commentators. such as zaty,na-dz,nurhakim,syafarina,syafira,swit hanna n sesape je yg sye terlupe nk sebut, mintak mahap la yer....pape pown u guys, rawk!!!!

tggu my next e-novel, k!!!! on da way dah.....

Friday, March 6, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 45

BAB 45

AISHAH duduk termenung di balkoni. Pandangannya jauh ke hadapan. Entah apa yang direnungkan oleh Aishah, tidak pula Nina pasti. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Dipandang sekilas ke arah bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil sebelah katil. Gambar mereka semasa di London. Nina menggeleng perlahan. Dia melangkah menuju ke arah Aishah. Dipaut lembut bahu adiknya itu. Aishah masih tidak memberikan apa-apa reaksi. Sebaliknya memandang ke hadapan. Tiba-tiba airmata Aishah gugur dengan tidak semena-mena. Puas dia mengelap airmata tersebut. Masih berjuraian yang keluar.
“Adik, jangan macam ni okay. Kami risaukan Adik.” Nina berkata lembut. Cuba memujuk adiknya yang sudah menangis teresa-esak seperti kanak-kanak baru sahaja lepas dipukul. Dilentokkan kepala ke bahu Nina.
“Semalam Abang Hariz datang jumpa Adik. Dia kata Adik cantik. Dia rindukan Adik. Adik pun rindukan dia, Kak Na.” Aishah berkata tiba-tiba. Seraya dilap airmata yang menitis.
“Adik....Hariz dah tak ada. Kenapa dengan Adik ni? Adik tak boleh terima hakikat ke?” bentak Nina. Marah dengan sikap Aishah yang sekejap berubah itu.
“Tak!!! Abang Hariz datang jumpa Adik semalam. Dia datang semalam. Dia datang. Kak Na cemburukan Adik bahagia ke? Kak Na cemburu? Kenapa harus Kak Na cemburu? Kak Na bukannya ada apa-apa pun dengan dia.” Aishah seperti bertingkah seorang diri. Nina memegang kedua belah bahu Aishah. Digoncang sedikit badan wanita itu.
“Adik, wake up. Wake up from your memories. Wake up from the past. Wake up from sleep. Adik jangan macam ni. Jangan menyeksa diri.” Luah Nina sudah tidak tertahan dengan sikap Aishah. Ditepis pegangan kejap Nina itu. Aishah berlari ke satu sudut.
“Tak mau. Tak mau. Jangan paksa Adik!!!” jerit Aishah lantang. Tangisannya mulai kedengaran kuat. Nurradiah yang berada di dapur segera naik ke tingkat atas untuk melihat perbalahan dua beradik itu. Memang dia yang menyuruh Nina menjenguk Aishah.
“Kenapa ni, Na?” tanya Nurradiah sebaik sahaja menguak pintu bilik Aishah.
“Ma, Adik ni dah macam orang meroyan. Nina dah tak tahan tengok Adik macam ni. Adik tak kesiankan kami ke? Tak kesiankan Adam? Adam perlukan belaian Adik. Adam masih perlukan Mamanya. Cukuplah dia hanya kehilangan Papanya. Tapi bukan Mamanya. Jangan menyeksa roh Hariz. Biarlah dia tenang di sana. Sekadar ingatan buat Hariz, itu dah memadai. Jangan sampai membuatkan dia tak tenang disana. Biarkan dia pergi. Kami masih ada disini kalau Adik perlukan apa-apa. Adik harus teruskan hidup. Sekurang-kurangnya ingatlah pada Allah. Dia yang berikan segala dugaan dan Adik harus terimanya dengan hati terbuka. Keadaan Adik macam ni seperti Adik tak redha dengan apa yang terjadi. Lupakah Adik pada Pencipta-Nya? Sepatutnya Adik menghadap Yang Maha Esa dan berdoa. Mendoakan Hariz lebih baik dari mengingatinya.” Bentak Nina dalam tangisan. Dia meraup wajahnya. Bukan niat dia untuk menengking Aishah. Dia tahu akan kondisi Aishah yang kurang sihat. Tapi, apakan daya. Dia sudah tidak tertahan melihat keadaan Aishah yang semakin hari semakin menjadi. Nina terus berlari keluar dari bilik Aishah itu. Nurradiah segera memeluk Aishah yang masih menangis.
“Ma...betul ke Adik tak redha dengan pemergian Abang Hariz?” tanya Aishah dengan matanya yang semakin membengkak dari sehari ke sehari. Nurradiah tidak terkata apa-apa. Dia hanya memeluk Aishah erat. Ya Allah...Aku telah menjadi hambamu yang jahil. Aku lupa untuk bersujud kepadaMu memohon petunjuk. Aku telah melupakan tanggungjawab ku kepadaMu, Ya Allah. Tanggungjawabku kepada Adam. Dan juga tanggungjawabku sebagai anak kepada kedua orang tuaku. Benarkah aku alpa? Leka menyulami sedihku ini sehingga aku lupa akan tanggungjawab-tanggungjawab yang masih menungguku untuk aku laksanakannya. Ya Allah, aku berdoa kepadaMU, Ya Allah. Kuatkanlah hati hambamu yang lemah ini, Aishah merintih di dalam hatinya. Tetapi dia tetap tidak berhenti menangis. Pelukan Nurradiah semakin erat.
“Terima kasih, Ma. Kerana telah menyedarkan Adik dari tidur Adik yang panjang ni.” Bisik Aishah ditelinga Nurradiah. Ya Allah, terima kasih kerana telah kembalikan anakku yang lama berada di satu tempat yang asing. Terima kasih, Ya Allah, doa Nurradiah.
“Adik patut ucapkan terima kasih pada Kak Na. Dia yang banyak bersedih melihat keadaan Adik.” Ujar Nurradiah pula. Aishah mengangguk pantas. Dia bangun dan perlahan-lahan menuju ke pintu biliknya. Dia mengalih pandang ke arah Nurradiah yang sudah berdiri sambil mengesat airmata.
“Ma...Adam mana?” tanya Aishah apabila tidak kelihatan Adam di dalam biliknya.
“Dah seminggu Adam tinggal dengan mak mentua kamu. Mungkin petang ni atau esok pagi, dia baliklah.” Ujar Nurradiah. Aishah meraup wajahnya. Sudah lama dia tidak melawat keluarga mentuanya. Apa khabar mereka? Aishah bertekad untuk pergi melawat mereka pada petang itu juga. Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Nina yang daun pintunya terbuka luas.
Aishah menjenguk ke dalam. Terlihat Nina yang tersengguk-sengguk menangis. Kasihan melihat kakaknya itu, Aishah berlari masuk ke dalam bilik dan memeluk Nina dari belakang.
“Maafkan Adik, Kak Na. Bukan niat Adik nak menyakiti hati Kak Na. Adik...Adik....” tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Nina terus berpaling dan mereka saling berpelukan.
“Adik tak sakitkan hati Kak Na. Hati Kak Na cuma sakit bila Adik jadi bukan diri Adik yang sebenarnya. Adik jangan buat Kak Na risau lagi, ya. Jangan sesekali membuatkan kami semua risau akan keadaan Adik.” Ujar Nina sambil mengusap rambut Aishah. Pelukan dileraikan.
“Kak Na, boleh temankan Adik pergi rumah Umi dan Abah? Dah lama rasanya Adik tak pergi jenguk mereka.” Aishah berkata dalam senyuman yang melebar. Nina tersentak.
“Okay. Pukul berapa Adik nak pergi?”
“Kejap lagi. Dalam pukul 4.” Nina mengangguk. Diusap perlahan pipi Aishah. Sudah lama tidak melihat senyuman itu.


NINA sudah lama bersiap. Hanya menunggu Aishah sahaja. Dia duduk menunggu di ruang tamu sambil menonton siri kegemarannya. Nurradiah yang menyedari akan Nina yang berada di ruang tamu, melabuhkan punggung di sebelah anaknya itu.
“Cerita apa Na tengok ni?” tanya Nurradiah. Matanya ditala ke arah peti televisyen yang terpasang. Bahasa yang digunakan lain daripada bahasa Melayu dan juga Inggeris.
“Korea, Ma.” Jawab Nina ringkas. Nurradiah mengangguk perlahan.
“Sof outstation mana pulak kali ni?” Nurradiah bertanya tiba-tiba.
“Kali ni....Singapore.”
“Apasal Na tak ikut?”
“Malaslah, Ma. Setakat Singapore je. Lainlah kalau dia pergi Sabah, Sarawak. Or Zurich ke, Salzburg ke. Okay jugak.” Sela Nina. Sejak Sofyan membuka cawangannya yang baru, selalu sahaja dia turun ke Singapura. Malas pula Nina hendak mengikutinya ke sana. Sudah selalu mereka berulang-alik ke Singapura.
“Jom, Kak Na.” Ujar satu suara dari belakang mengejutkan Nurradiah dan Nina yang sedang khusyuk menonton. Mereka sama-sama berpaling ke belakang. Terpegun melihat keayuan Aishah di dalam baju kurung berona merah jambu. Bunganya berona merah jambu pekat manakala tanah berona putih. Sesuai sekali dengan kulit Aishah yang berwarna putih kemerahan itu. Dikenakan pula tudung berasal dari rona yang sama iaitu merah jambu.
Mata kedua-duanya terbeliak memandang Aishah yang sudah mengenakan tudung. Sepanjang dia mengandung dahulu, belum pernah sekalipun dia memakai tudung. Nina tersenyum. Dia bangun dan membetulkan tudungnya yang sudah senget. Nina juga mulai memakai tudung sejak melahirkan anak keduanya, Aqeem. Nurradiah dan Nina melahirkan rasa lega mereka melihat perubahan Aishah.
“Jom.” Nina pula berkata.


NINA memandu keretanya menuju ke destinasi yang pasti. Sampai sahaja dihadapan banglo 2 tingkat itu, Aishah tergamam. Nina sudah keluar dari perut kereta. Aishah masih lagi kaku di kerusinya. Dia asyik memandang ke arah banglo tersebut. Serasanya sudah lama tidak datang ke banglo ini. Rumah yang banyak membawa kenangan di antara dia, Hariz dan Hafiz. Apa agaknya khabar keluarga mentua itu? Nina mengetuk cermin kereta sebelah penumpang. Aishah tersentak dan memandang Nina di luar. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari kereta tersebut. Pertama kali menjejakkan kaki setelah berbulan meninggalkan rumah ini. Perasaannya sama seperti pertama kali datang berjumpa dengan keluarga arwah Hariz. Nina membunyikan loceng. Seketika kemudian, keluar seorang wanita anggun separuh umur. Terjenguk-jenguk ke arah dua orang tetamunya itu. Sebaik sahaja dia membuka pintu pagar automatiknya, Aishah meluru ke arah wanita itu.
“Umi...” panggilnya. Terus memeluk Farehan yang terpinga-pinga. Kemudian, dibalas pelukan itu. Nina yang membuntuti dari belakang hanya tersenyum melihat mereka. Farehan memeluk Aishah dengan erat. Dileraikan sedikit pelukannya dan mengangkat wajah Aishah untuk memandang dia.
“Umi gembira sangat Aishah dah sembuh.” Ujar Farehan. Menitis airmatanya.
“Auntie.” Ucap Nina dan tunduk menyalami Farehan. Dia memeluk bahu menantunya.
“Jomlah masuk. Nina, jom masuk.” Pelawa Farehan. Aishah dan Nina sama-sama mengangguk.
Mereka terlihat Najmuddin yang sedang leka menonton televisyen. Aishah menuju ke arah bapa mentuanya itu.
“Abah.” Aishah menyebut panggilan Najmuddin. Lelaki itu berpaling sekilas. Kemudian, berpaling semula. Meneliti wajah wanita dihadapannya itu. Benarkah Aishah ataupun orang lain? Apabila terlihat senyuman Aishah, barulah Najmuddin seperti sedar dari khayalan. Terus sahaja Aishah tunduk menyalami Najmuddin.
“Abah sihat?” tanya Aishah dengan senyuman manis.
“Sihat, Shah.” Najmuddin gembira menantunya sudah pulih dan bangkit semula dari kedukaan semalam. Merenung wajah Aishah yang manis bertudung itu.
“Duduklah dulu. Umi buatkan air, ya. Makan sekali kat sini ya, Shah...Nina.” pelawa Farehan. Aishah terus bangun dan menuju ke dapur bersama ibu mentuanya. Nina juga turut membuntuti mereka berdua.
Hafiz yang baru sahaja turun ke bawah dengan mengendong Adam, terus menuju ke arah Najmuddin di ruang tamu. Adam tergelak manja di dalam dakapan Hafiz apabila lelaki itu mengagah dia. Najmuddin tersenyum melihat gelagat anak dan cucunya.
“Mari sini kat Tok Bah.” Najmuddin menghulurkan tangan kepada Adam. Hafiz menghulurkan Adam kepada Najmuddin. Beria-ia Adam hendak pergi kepada Najmuddin tetapi seketika kemudian, dia beralih semula kepada Hafiz.
“Main-main pulak.” Ujar Najmuddin. Mereka berdua tertawa melihat kelakuan Adam.
“Suka ya duduk dengan Ayah?” tanya Najmuddin kepada Adam. Tertawa anak kecil itu melihat wajah Najmuddin walaupun dia tidak memahami sepatah kata yang keluar dari mulut Tok Abahnya itu.
“Suka benar dia dengan Long.” Sela Najmuddin memandang Hafiz yang sedang asyik bermain dengan Adam. Hafiz mengangkat muka dan tersenyum.
“Dah 4 bulan lebih, Bah. Dia asyik tengok muka Along je.” Tukas Hafiz. Najmuddin mengeluh perlahan. Hafiz memandang muka Najmuddin dengan kehairanan.
“Kenapa, Bah?” Hafiz bertanya.
“Aishah dah sembuh.” Ringkas sahaja Najmuddin berkata. Namun, cukup untuk membuatkan Hafiz terkedu. Dia tahu kemungkinan dia terpaksa berpisah dengan Adam.
Sudah beberapa kali Farehan menasihati Hafiz. Jangan terlalu bermanja dengan Adam. Nanti sampai satu hari setelah Aishah sembuh, pasti dia akan mengambil anaknya semula. Masa itu, sudah tentu Aishah tidak mahu berjumpa dengan Hafiz.
“Tumpahkan kasih sayang pada Adam itu, biarlah berpada.” Teirngat kata-kata Farehan selepas Hafiz pulang dari pejabat dan asyik bermain bersama Adam.
“Kenapa, Ma?”
“Nanti bila Shah dah sembuh, tentu dia tak mahu berjumpa dengan kamu.”
“Kenapa pulak, Ma?” tanya Hafiz, sedikit tidak puas hati.
“Dia mungkin takut akan jatuh cinta semula pada kamu. Kamu dah lupa yang kamu tu, cinta pertama dia?” kata Farehan. Hafiz mengeluh.
Buat kesekian kalinya, Hafiz mengeluh lagi. Dia memandang wajah suci milik Adam yang dipangkunya. Anak itu merengek kecil. Hafiz tersentak dari lamunannya.
“Dia nak susulah tu.” Ujar Najmuddin. Matanya masih ditala ke peti televisyen yang terpasang.
Hafiz terus bangun dari kerusi yang diduduknya dan menuju ke dapur untuk membuat susu Adam. Semasa dia hendak masuk ke dalam dapur, bertembung dengan Aishah yang baru sahaja hendak melangkah keluar dari dapur. Aishah terkejut melihat kehadiran Hafiz secara tiba-tiba itu. Hafiz terpana. Tidak pernah dia melihat Aishah memakai tudung. Dan, Hafiz terjatuh cinta sekali lagi. Lama mata mereka bertembung. Satu perasaan yang dahulu pernah dirasainya meresap jauh ke dalam jiwa Aishah. Segera dialihkan pandangan ke tempat lain. Rengekan daripada Adam membuatkan Hafiz tersedar dan terus masuk ke dalam dapur. Membancuh susu dan membuat sedikit makanan yang berasaskan nasi keluaran Nestum. Kemudian, dia membawa Adam menuju ke ruang tamu semula. Diberikan makanan serta minuman buat anak kecil itu. Seketika kemudian, Adam kembali ketawa kerana perutnya sudah kekenyangan.
Aishah yang berada di meja makan, hanya memerhatikan gelagat Hafiz menyuap Adam. Tersenyum sahaja melihat mereka berdua. Tiba-tiba, fikirannya terus teringatkan arwah Hariz. Adakah arwah juga akan sebegini gembira dan melayani anak mereka sepertimana yang dilakukan oleh Hafiz? Hafiz meletakkan mangkuk makanan milik Adam itu ke atas meja. Buat seketika, pandangan Aishah dan Hafiz sekali lagi bertembung. Tetap seperti tadi, Aishah mengalihkan pandangan. Dia memegang dada. Kenapa jantungnya berdegup pantas? Nina yang muncul dari dapur, meletakkan hidangan petang buat mereka semua. Melihat Aishah yang berwajah pucat, Nina kerisauan.
“Kenapa ni, Adik?” tanya Nina apabila dilihatnya Aishah memegang dada. Gelengan perlahan dari Aishah sedikit sebanyak melegakan Nina yang dilanda risau.
“Marilah makan.” Laung Farehan. Najmuddin bingkas bangun dari sofa yang diduduknya dan menutup televisyen. Berjalan menuju ke ruang makan. Hafiz tidak berganjak dari tempatnya. Dia hanya duduk di ruang tamu bersama Adam.
“Along, marilah.” Panggil Farehan lembut. Hafiz mendongak memandang Farehan. Semua mata tertutuju ke arahnya. Kecuali satu mata sahaja yang tidak. Tetapi dari ekor mata, Aishah dapat menangkap pandangan Hafiz yang tajam menusuk kalbunya.
“Tak apalah, Umi. Kejap lagi. Umi dengan yang lain-lain, makanlah dulu.” Ujar Hafiz kembali.
“Hmmm....si Hafiz tu kalau dah main dengan Adam tu, seronok sangat. Sampai lupa makan langsung, pun tak apa.” Tukas Farehan. Akan tetapi, Nina tahu penyebabnya Hafiz tidak mahu menyertai mereka minum petang sekali. Dipandang sekilas ke arah Aishah yang sedang menjamah makanan perlahan-lahan. Tidak tertelan rasanya makanan itu ke dalam kerongkong. Tetapi digagahkan jua.
Malam itu, lebih kurang jam 9 malam, Aishah dan Nina meminta diri. Aishah ingin membawa Adam pulang bersama. Tetapi memandangkan Hafiz sudah membawa Adam naik tidur, dibatalkan sahaja niatnya itu. Sudah sememangnya waktu Adam tidur. Aishah dan Nina meminta diri. Mereka tunduk menyalami Farehan dan Najmuddin. Sejurus selepas mereka habis bersalam, terdengar derapan kaki menuruni anak tangga. Mata Aishah mencerun ke arah anak tangga. Terlihat Hafiz turun dengan segak berbaju T warna hitam dan seluar track. Getaran dada Aishah seperti serasanya hendak meletup. Walaupun pemakaian Hafiz agak ringkas pada pandangan Aishah, tetap mengundang rasa di hati. Cepat sahaja Aishah melangkah keluar dari rumah.
“Aku balik dulu, Fiz.” Ucap Nina dan melambai ke arah sahabatnya itu. Lambaian dibalas. Sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar, Hafiz berdiri di muka pintu. Melihat kereta sahabat yang dinaiki oleh kekasih hatinya menderum pergi meninggalkan kawasan rumah itu.
Nina memasang radio. Sepanjang perjalanan yang sunyi tanpa berbual apa-apa pun, menyebabkan Nina mengantuk. Cuba dikawal rasa kantuknya. Memandang sekilas ke arah Aishah di sebelah. Entah apa yang berada di fikiran wanita itu. Berangan sahaja! Nina kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Sudah beberapa kali menguap.

ku membenarkan jiwaku tuk mencintaimuku

persembahkan hidupku tuk bersama kamu

dan diriku untuk kamu

belum pernah kumerasai begitu

semua itu telah berlalu harapanku palsu

dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu

di hatiku masih kamu

belum pernah ku ingin terus memburu

aku lemah tanpa kamu

ku inginmu dampingiku

aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu

sampai syurga kumenunggu

sampai syurga ku cinta mu

hanya satu

hanya kamu.....


Keluhan kuat keluar dari mulut Aishah. Nina mengalih pandang.
“Kenapa, Adik? Tiba-tiba je mengeluh. Macam orang sakit angau pun ada jugak, tau.” Usik Nina. Ketawa sendirian. Aishah masih lagi dengan keluhannya.
“Tak ada apalah, Kak Na.”
“Fikirkan pasal Hafiz ke? Hmmm...Kak Na tengok Hafiz makin handsome pulak.” Puji Nina. Memang tidak dinafikan oleh Aishah. Hafiz lebih tampan berbanding dengan Hariz yang berwajah seperti Chinese Look walaupun Hafiz berkulit gelap. Aishah meraup wajahnya. Fikirlah, Shah. Hariz baru sahaja meninggal tak sampai setahun pun lagi. Takkanlah nak mencari pengganti pula, gumam Aishah dalam hati. Perasaan bersalah menerjah ke sanubarinya. Ditepuk dada berulangkali.
“Hah?! Ni apa hal pulak ni?” Nina bertanya. Aishah tidak menjawab. Sebaliknya lebih senang mendiamkan diri. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu akan tentang perasaan yang tidak sepatutnya hadir. Adakah kerana dia kesepian, barulah perasaan itu muncul untuk mengubati jiwanya yang kontang? Tidak mungkin! Berkali-kali dia menggelengkan kepalanya.
“Ya Allah, apa kena dengan Adik dengan ni? Tadi tepuk-tepuk dada. Ni dah geleng kepala pulak. Ada fius longgar ke?” ujar Nina separuh marah. Aishah tergelak dengan kata-kata Nina. Ketawanya dari perlahan menjadi semakin kuat.
“Dah gelak pulak. Hish! Takut Kak Na bawak orang gila macam ni.” Nina berkata serius. Aishah menekup mulut. Menahan tawa.
“Kelakarlah Kak Na ni.” Ujar Aishah ringkas. Giliran Nina pula menggelengkan kepala. Pedal minyak ditekan kuat untuk meningkatkan kelajuan. Supaya cepat sampai ke destinasi iaitu rumah.

BERSAMBUNG....

Wednesday, March 4, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 44

BAB 44

LONGLAI Nurradiah melangkah turun ke tingkat bawah. Kesemua mata yang ada disitu tertumpu ke arah Nurradiah. Hafiz masih lagi mengendong Adam yang sudah diam. Semasa Nina membawa Adam turun, dia masih lagi menangis dengan kuat. Sebaik sahaja berada di dalam dakapan Hafiz, terus sahaja diam. Betapa hebatnya aura seorang ayah. Nina terus mendapatkan Nurradiah.
“Kenapa dengan Adik tu, Ma?” tanya Nina. Dia memapah Nurradiah ke sofa. Mereka sama-sama melabuhkan punggung. Nurradiah tidak menjawab sebaliknya airmata yang menghiasi tubir mata. Pantas diseka airmata yang menitis.
“Dahlah tu. Jom makan. Hafiz pun dah lama tunggu.” Nurradiah terus bangun dan menuju ke meja makan. Diceduk nasi untuk Syed Mahfuz dan Nina. Hafiz masih lagi tidak menyenduk lauknya. Dia leka melayani karenah si kecil Adam.
“Makanlah dulu, Fiz. Biar Auntie yang jaga Adam.” Nurradiah menghulur tangan kepada Adam. Anak kecil itu berpaling dari neneknya. Menyembamkan muka ke dada Hafiz.
“Eh, tak nak pulak dengan nenek. Rindu sangat ke pada Ayah?” pipi gebu itu dicubit Nina.
Kali pertama Hafiz berjumpa dengan Adam, dia dapat merasakan satu perasaan yang belum pernah dirasainya. Mungkin itulah perasaan seorang ayah mempunyai anak. Sejak itu jugalah, Hafiz sudah membahasakan dirinya sebagai Ayah. Sudah dinyatakan niatnya itu kepada ahli keluarga yang lain. Mereka hanya menyetujui sahaja jika panggilan itu tidak akan mengurangkan sahamnya sebagai lelaki bujang. Hafiz tidak kisah kerana hatinya memang sudah dimiliki oleh hanya seorang gadis sahaja dari dulu lagi. Tidak kisah orang kata kurang saham atau jatuh standard. Bagi dia, itu semua tidak penting. Yang penting, Adam perlu merasai kasih sayang seorang ayah.
“Bang, apa keputusannya Abang pergi jumpa dengan Inspektor Hairy tadi?” tanya Nurradiah seraya mengangkat muka memandang Syed Mahfuz yang sedang menyuapkan makanan ke mulut. Lama Syed Mahfuz terdiam. Mengunyah makanan yang ada di dalam mulutnya dengan perlahan sehingga lumat. Mengikut sunnah Nabi, makanan yang dikunyah sehingga lumat akan senang untuk dihadam.
“Dia orang dah tangkap Imran masa dia sedang cuba untuk melintasi sempadan Bukit Kayu Hitam - Thailand. Ramai saudara-mara Imran masih ada di sempadan. Dia orang boleh tangkap dia kat sempadan tu sebab sehari sebelum tu, Imran ada pergi jumpa Norell senyap-senyap. Minta duit dari Norell. Ugut Norell kalau Norell tak bagi duit, Imran akan cederakan Nuriman, Atikah dan Ain. Nasib baik Zahar ikut Norell dari belakang. Sebab Norell kata dengan Zahar yang dia nak pergi jumpa client. Setahu Zahar, Norell tak ada apa-apa appointment petang tu. Terus je Zahar report polis.” Jelas Syed Mahfuz. Kasihan melihat ketiga-tiga anak buahnya itu. Mempunyai seorang ayah yang tidak berperikemanusiaan. Nurradiah menggeleng perlahan.
“Nasib baik Nuriman ada kat Australia. Jauh dari sini. Jadi, tak lah tahu sangat perihal keluarga dia. Kesian pada Atikah dan Ain lah. Masing-masing masih sekolah lagi.” Keluh Nurradiah. Hafiz diam. Tidak mahu masuk campur. Siapa Imran? Dia juga tidak mengenali siapa itu Imran. Yang dia tahu, Imran itulah penyebabnya kematian Hariz. Tetapi Hafiz redha. Dia tahu ketentuan Illahi tidak boleh dilawan.
“Abang dah beritahu pada Zahar dan Norell. Jangan beritahu apa-apa pada Nuriman. Dia tengah final exam. Tinggal lagi 2 semester je dia nak habis. Abang pesan, biar dia dah habis final exam for final semester and balik ke sini, baru kita beritahu. Terang satu-persatu pada dia.” Sambung Syed Mahfuz lagi.
“Jadi, macam mana dengan tangkapan Imran tu, Bang?”
“Dia dah dibawa semula ke penjara. Mereka akan dakwa dia atas kes cubaan membunuh dan kes bunuh. Jika disabitkan kesalahan, hukuman dia boleh membawa kepada hukuman gantung mandatori.” Syed Mahfuz menerangkan kembali apa yang dijelaskan oleh Inspektor Hairy kepadanya.
“Astaghfirullahil A’zim.” Ucap mereka serentak.
“Apa yang membuatkan Imran tu nekad sangat ya, Bang.” Terfikir juga Nurradiah akan penyebabnya. Syed Mahfuz menggeleng. Tanda tidak tahu.
“Esok Abang nak pergi jumpa Imran kat penjara. I want to clarify something with him.” Ujar Syed Mahfuz. Nina menyuap perlahan ke mulutnya. Terasa tiba-tiba selera mula menghilang.
“Baguslah tu, Bang. Tanya dia apa yang membuatkan dia bermusuh dengan keluarga kita sampai macam tu sekali.” Nurradiah memberikan sokongan. Mereka kembali menundukkan wajah untuk menyambung menjamu selera.
Jam berdenting di dinding sebanyak 10 kali. Hafiz melihat jam di tangan. Sudah pukul 10 malam. Melihat Adam dipangkuannya yang sudah lena dibuai mimpi. Nurradiah tersenyum melihat Hafiz. Segera menuju ke arah anak muda itu. Ingin mengambil Adam dan dibawa ke bilik tidurnya.
“Tak apa, Auntie. Biar Fiz bawa Adam ke bilik.” Ujar Hafiz. Nurradiah mengangguk.
Perlahan-lahan dia mengangkat Adam dan menuju ke bilik Nurradiah. Diletakkan anak kecil itu di atas katil bayi miliknya. Adam bergerak sedikit. Ditepuk punggung Adam perlahan-lahan. Kemudian, lama bibir Hafiz melekap pada pipi Adam. Esok tuntutan kerjanya semakin banyak. Ada mesyuarat yang tidak berkesudahan perlu dihadiri. Mungkin selama beberapa hari tidak dapat melawat Adam. Jadi, masa yang ada ini tidak disia-siakan.
“Anak Ayah jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan Nenek dan Atok. Dengar cakap Mama. Ayah sayang Adam sangat-sangat.” Seolah-olah mengerti akan pesanan Hafiz itu, dilihatnya Adam sedikit mengangguk. Kemudian, diukir senyuman kecil di bibir mungil itu.
Syed Mahfuz yang berada di ruang tamu beralih ke arah Hafiz yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Hafiz menyalami Nurradiah yang bertembung dengannya di tangga. Syed Mahfuz sudah berdiri. Hafiz menuju ke arah lelaki tua itu dan tunduk menyalami Syed Mahfuz. Nina sudah lama pulang dijemput oleh Sofyan.
“Balik dulu, Uncle…Auntie.” Ucap Hafiz. Mereka sama-sama mengangguk. Nurradiah menghantar Hafiz sehingga ke muka pintu. Sebelum Hafiz melangkah keluar dari pintu pagar, sempat dia berpaling memandang bilik tidur Aishah. Lampu bilik itu tertutup. Gelap. Tidurlah, sayang. Lepaskanlah dia dari mimpi mu yang semalam. Biarlah dia bersemadi di sana dengan tenang. Biarlah dia pergi. Bangun dari tidurmu yang berpanjangan, rintih Hafiz. Dia melepaskan keluhan. Berjalan melepas pintu pagar automatik. Segera masuk ke dalam kereta dan dihidupkan enjin keretanya. Dan menderum pergi. Membelah malam yang kedinginan.


PAGI-pagi lagi, pemandu yang selalu membawa Syed Mahfuz ke pejabat sudah ada dihadapan rumahnya. Syed Mahfuz keluar dengan mengendong beg bimbit. Diserahkan kepada Pak Amat. Lelaki tua itu terus mengambil dan memasukkan ke dalam kereta. Diletakkan di kerusi belakang. Syed Mahfuz membuka pintu belakang dan terus masuk ke dalam perut kereta. Diikuti oleh Pak Amat. Dia menghidupkan enjin kereta.
“Amat, kalau saya mintak tolong awak ni, akan menyusahkan awak tak?” soal Syed Mahfuz lembut. Pak Amat mengerutkan dahi.
“Ada apa, Tan Sri?” Pak Amat bertanya kembali. Sudah beberapa bulan yang lepas, Syed Mahfuz mendapat gelaran Tan Sri selepas dikurniakan pangkat darjah kebesaran itu daripada Yang Dipertuan Agong.
“Kita ke Penjara Sg. Buloh. Kalau itu tak menyusahkan kamulah, Amat.” Ujar Syed Mahfuz. Dia tidak mahu dikatakan menggunakan khidmat pemandu dan mengambil kesempatan. Untuk urusan peribadi pun, menggunakan khidmat pemandu.
“Boleh, Tan Sri. Tak ada masalah. Tak menyusahkan saya pun. Kan ini memang dah kerja saya.” Ujar Pak Amat sambil tersenyum.
“Baiklah, Amat. Terima kasih.” Ucap Syed Mahfuz.
“Sama-sama, Tan Sri.” Pak Amat menjadi segan dengan kebaikan Syed Mahfuz. Keretanya terus ditala menuju ke arah destinasi yang ingin ditujui oleh Syed Mahfuz.
Kereta yang dipandu oleh Pak Amat berhenti betul-betul dihadapan Penjara Sg Buloh tersebut. Perlahan-lahan Syed Mahfuz melangkah turun. Pak Amat beredar dan mencari tempat untuk diparkir. Syed Mahfuz masuk ke dalam kawasan penjara tersebut. Menulis sesuatu diatas buku log kedatangan pelawat. Sudah dinyatakan kepada pegawai yang menjaga penjara tersebut. Ingin berjumpa dengan banduan bernama Imran Hamidin bin Kamal Sazli. Setelah kebenaran diberikan, Syed Mahfuz melangkah masuk ke dalam bilik telefon yang dikhaskan untuk bercakap dengan banduan-banduan. Bilik itu diasingkan dengan kaca tebal yang berada di tengah-tengah ruangan. Syed Mahfuz melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Masih menunggu kedatangan Imran. Kelihatan Imran berjalan menuju ke arahnya dengan selamba sambil diiringi oleh seorang pegawai polis. Dihenyakkan punggung menghadap Syed Mahfuz yang memandang Imran dengan perasaan simpati. Dia mencapai gagang telefon yang melekat di dinding. Imran masih tidak melakukan apa seperti yang dilakukan oleh Syed Mahfuz. Dia memandang telefon dengan perasaan jengkel. Syed Mahfuz mengunjukkan jari ke arah gagang telefon. Mahu tidak mahu, Imran angkat jua.
“Apa hal kau datang sini?” tanya Imran kasar.
“Im…” Syed Mahfuz tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.
“.…Abang tak tahu nak cakap apa.” Sambung Syed Mahfuz lagi. Imran mendengus kuat.
“Kalau kau tak tahu nak cakap apa, buat apa datang sini jumpa aku? Buang masa aku jelah.” Kasar bicara Imran. Syed Mahfuz tersentak.
“Baiklah. Abang nak Im terus terang dengan Abang. Kenapa Im buat macam ni? Apa salah kami? Keluarga kami, sampai Im nekad sekali macam ni? Kenapa Im nak bunuh Abang? Apa sebabnya? Abang perlu tahu sebabnya.” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Syed Mahfuz. Tiba-tiba sahaja Imran dihujani pelbagai persoalan. Imran tergelak lucu. Tersenyum sinis memandang Syed Mahfuz. Tetapi sekejap cuma. Matanya tiba-tiba mencerlung memandang Syed Mahfuz yang segak berpakaian itu.
“Kau nak tahu kenapa aku sampai nak bunuh kau?” soal Imran. Dilihatnya Syed Mahfuz mengangguk pantas.
“Kau patut tanya bapak kau, Syed Mahathir. Semua ni terjadi disebabkan bapak kau. Kalau tak kerana bapak kau, benda ni takkan terjadi. Aku takkan kahwin dengan Norell. Mesti aku dah bahagia dengan Nisah. Kau nak tahu kenapa aku berdendam sangat dengan keluarga kau? Syarikat yang kau usahakan sekarang ni separuhnya milik bapak aku, milik keluarga aku. Yang diwariskan kepada aku. Tapi, bapak kau main taktik kotor hingga menyebabkan syarikat bapak aku bankrup. Lepas tu, bapak kau beli syarikat bapak aku dengan mengatakan bahawa akan menolong bapak aku menaikkan semula syarikat tu. Entah mana silapnya, bapak aku terjerat sama dalam permainan bapak kau. Bapak kau memang berhati busuk.” Luah Imran akan segala yang terbuku di dalam hatinya. Syed Mahfuz menggeleng.
“Itu sama sekali tak benar dengan tuduhan Im tu. Sebenarnya, Papa Im telah serahkan syarikat miliknya kepada kami kerana dah tak sanggup dikelilingi oleh hutang. Along, lintah darat, semuanya kejar Papa Im, mintak duit. Memang pada mulanya, Papa Im ingin turut sama menaikkan semula syarikat itu, tapi kemudian dia menarik diri. Dan, serahkan segala urusan syarikat dan pentadbirannya kepada SM Holdings. Dia juga telah berikan surat hakmilik syarikat yang sah kepada kami. Jadi secara hitam putihnya, KamalSazli Enterprise hak milik SM Holdings. Ayah takkan main taktik kotor untuk mendapatkan syarikat Papa Im. Dia tahu kesusahan seseorang itu membina empayarnya sendiri di dalam bidang perniagaan. Siapa tak kenal Kamal Sazli? Usahawan muda yang berjaya mencipta nama dalam sekelip mata. Tapi, Papa Im silap langkah. Oleh kerana keinginannya untuk menjadi kaya dengan segera, dia telah terjebak dalam skim anjuran lintah darat. Im tak boleh salahkan Ayah. Memang secara rasminya syarikat Papa Im tu milik kami. Bukan niat Abang untuk menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat Papa Im. Tapi, itu yang sebenarnya terjadi.” Panjang lebar Syed Mahfuz menerangkan. Imran mengetuk meja dengan kuat.
“Ahhh…persetan dengan kamu semua. Kau dengan adik kau, sama je. Dua-dua tak boleh pakai. Tambahan lagi, adik kau tu memang bodoh. Dia ingat aku cintakan dia. Selama aku kahwin dengan dia, sekalipun aku tak pernah cintakan dia.” Imran tergelak kuat. Sinis memandang Syed Mahfuz.
“Im jangan cakap macam tu tentang Norell. Kalau Im tak cintakan Norell, mana datangnya Nuriman, Atikah dan Ain? Mereka bukan anak luar nikah. Mereka anak yang sah hubungan antara Im dan Norell.” Bentak Syed Mahfuz. Geram melihat sikap Imran. Sekali lagi Imran tergelak kuat.
“Kawal diri kamu.” Marah pegawai polis yang berada berdekatan situ. Kebanyakan banduan yang sedang bercakap dengan ahli keluarga mereka, turut mengalih pandang ke arah Imran yang sedang menekup mulut menahan tawa.
“Kau jangan nak berlagak baik dengan aku. Norell tu pelacur. Entah jantan mana yang dia tidur, lepas mengandung kata tu anak aku. Gila!” tingkah Imran. Menyerbu darah merah ke muka Syed Mahfuz. Sakit hati apabila adik sendiri dikatakan sebegitu.
“Im jangan samakan Norell dengan Nisah. Norell bukan Nisah. Dan Nisah takkan menjadi Norell. Im ingat Abang tak tahu yang Nisah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungannya dengan Im sebelum Im kahwin dengan Norell? Abang tahu. Tapi disebabkan Ayah dan Papa Im yang beria-ia nak sangat Im kahwin dengan Norell, Abang redha. Abang bantah pada mulanya. Tapi Ibu halang Abang. Ayah dan Ibu kata, Im anak yang baik. Dengar cakap. Sangat taat. Abang mula percaya pada kata-kata mereka. Im jangan tuduh Norell sembarangan. Norell bukan perempuan murahan. Dia berasal dari keluarga yang baik-baik. Dia tahu jaga dirinya. Norell anak, adik, isteri dan ibu yang baik. Im ingat Abang tak tahu yang Im selalu pergi jumpa Nisah dan anak lelaki kamu bila ada masa. Im...Abang tak bodoh. Abang cuma butakan mata dan pekakkan telinga hanya kerana Norell. Kerana cinta Norell terhadap Im.” Sela Syed Mahfuz. Lembut dan penuh berdiplomasi cara dia berbicara. Terbelalak biji mata Imran mendengar kata-kata Syed Mahfuz. Bukan Syed Mahfuz tidak kenal akan Hanisah, setiausaha Imran sebelum syarikat mereka menjadi satu gabungan dan Imran terpaksa diturunkan sedikit pangkatnya. Tetapi Imran masih salah seorang pegawai tinggi dalam syarikat itu walaupun dia diturunkan pangkat. Disebabkan gabungan syarikat dan penurunan pangkatnya, membuatkan Imran bertekad untuk membalas dendam.
“Tapi kenapa Im libatkan Hariz? Dia tak ada kena mengena dalam permainan dendam kesumat Im ni.” Sebak suara Syed Mahfuz meluahkan rasa.
“Memang aku tak libatkan dia. Tapi nak buat macam mana. Dah dia gatal sangat naik kereta kau. Sebenarnya aku yang buat kereta tu untuk kau mampus dalam kemalangan. Tapi liat jugak nyawa kau ni kan. Sebaliknya menantu kau pulak yang mampus.” Sejurus berkata begitu, Imran sekali lagi meledak tawanya. Pegawai polis itu datang menghampiri Imran. Ditepuk bahu Imran dengan kuat.
“Kawal diri kamu. Sekali lagi kamu begini, saya akan bawak kamu balik ke sel dengan segera.” Pegawai polis itu berkata. Imran menyusun sepuluh jarinya dan tersengih seperti kerang busuk. Pegawai polis dan Syed Mahfuz menggeleng serentak. Dia berkalih pandang ke arah Syed Mahfuz.
“Im, cakap baik-baik sikit. Hariz tu menantu Abang.” Ujar Syed Mahfuz.
“Im, cakap baik-baik sikit. Hariz tu menantu Abang.” Ejek Imran dengan tawanya. Tidak lagi seriuh tadi, tapi gelaknya masih menyakitkan hati.
“Aku memang nak kau rasa macam mana kehilangan orang tersayang. Mula-mula aku hilang Papa. Dan kemudian, Mama pula. Kau fikir aku rasa macam mana. Takkan aku tak ada perasaan dendam pada keluarga kau? Kerana bapak kau jugak, keluarga aku jatuh miskin. Rumah aku disita. Keluarga aku hidup merempat. Kami tak pernah hidup susah.” Muka Imran menahan marah. Segalanya sudah dimuntahkan. Dia sudah puas.
“Pasal rumah Im disita, memang kami tak ada kena-mengena. Papa Im dah tak nak ada kaitan dengan syarikat dia. Jadi, dia menarik diri dari menjadi pemegang saham yang kedua terbesar selepas Ayah. Hal rumah disita, Papa Im dah tak bekerja dan tak mampu untuk menanggung pembayaran rumah itu kepada bank. Jadi, pihak bank telah membuat keputusan untuk menyita hartanah itu. Itu sebabnya kami meminta Im bekerja dengan syarikat kami. Supaya dapat menanggung segala perbelanjaan. Supaya dapat tebus balik rumah pusaka tu.” Jelas Syed Mahfuz sedayanya. Dia tidak mahu Imran terus menyalahi keluarga mereka.
“Dahlah. Aku dah malas nak dengar. Bagi aku, kau dan keluarga kau tetap parasit yang telah menjahanamkan seluruh hidup keluarga aku.” Imran menghempaskan gagang ke tempatnya semula. Dia terus sahaja bangun dan melangkah keluar sambil diiringi oleh pegawai polis yang bertugas. Syed Mahfuz juga turut meletakkan gagang telefon. Beristighfar dia melihat perangai Imran itu.
Perlahan-lahan Syed Mahfuz melangkah keluar dari kawasan penjara tersebut. Dia masuk semula ke dalam kereta yang dipandu oleh Pak Amat itu. Kereta itu bergerak menuju ke lebuhraya. Menuju ke destinasi seterusnya iaitu pejabat.

BERSAMBUNG....

Tuesday, March 3, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 43

BAB 43

BAYI lelaki comel yang seberat 3.5 kg telah selamat dilahirkan oleh Aishah secara normal. Aishah sudah dipindahkan ke wad biasa untuk menerima rawatan dan doktor ingin mengawasi perkembangan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu. Sudah cukup sifatnya. Bayi lelaki itu dimasukkan ke dalam incubator selama beberapa hari. Untuk memastikan tiada komplikasi yang berlaku. Nurradiah melihat cucu lelakinya melalui cermin kaca. Menitis sekali lagi airmata tua itu. Khairul yang turut berada disitu memeluk Nurradiah. Nina juga turut memeluk Mamanya itu. Dijatuhkan kepala ke atas bahu Nurradiah.
“Ma...jangan nangis lagi, ya. Kita pasti kena beritahu pada Adik tentang Hariz.” Ujar Khairul. Diusap perlahan bahu Nurradiah itu. Nurradiah mengusap kepala Nina.
“Mama tak tahu macam mana nak beritahu pada Adik. Dia tentu sangat memerlukan Hariz disisinya.” Rintih Nurradiah. Menitis laju airmata Nurradiah. Nina, Nadira dan Sabrina turut mengalirkan airmata. Menangisi nasib adik dan kakak mereka.
“Ma...itu sudah ketentuanNya. Mama bersabarlah, ya. Kita kena kuat untuk Adik. Kalau kita lemah, macam mana Adik nak bergantung harap pada kita.” Pujuk Nina lembut. Sabrina dan Nadira berpelukan sesama sendiri. Nurradiah menepuk muka Nina dan mengangguk perlahan. Dikesat airmata.
Syed Mahfuz melangkah lemah ke arah keluarganya. Khairul mendapatkan Papa yang sedang berfikir sesuatu. Ditepuk perlahan bahu anak lelakinya itu.
“Kenapa, Bang? Apa kata Inspektor Hairy?” tanya Nurradiah seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Kaki yang sudah lama berdiri, terasa penat. Syed Mahfuz melurutkan dagunya.
“Brek kereta Abang telah dirosakkan. Dan, Inspektor Hairy yakin ini angkara Imran. Mereka akan sedaya-upaya untuk menangkap Imran. Sebab cap jari Imran telah dikenal pasti ada pada wayar brek yang putus tu. Mungkin dia cuba membunuh Abang. Tetapi sebaliknya Hariz yang menjadi mangsa.” Yang berada disitu hanya menggelengkan kepala. Kenapalah kejam sekali Imran bertindak sebegitu?
“Abang dah beritahu pada Norell?” Nurradiah bertanya. Dikhuatiri pula Imran akan pergi mencari bekas isterinya itu. Nanti dipengapa-apakan pula.
“Tak. Abang dah beritahu pada Zahar. Abang suruh Zahar tolong tengok-tengokkan Norell. Takut juga kalau dia pergi cari Norell. Abang kenal sangat dengan Norell tu. Hati dia mudah lembut. Takut nanti termakan dek pujuk rayu Imran pulak.” Syed Mahfuz membuka songkok yang dipakainya. Mereka semua baru sahaja balik dari menghadiri majlis pengebumian arwah Hariz. Tetapi Syed Mahfuz terus ke balai polis sebaik sahaja menerima panggillan dari Inspektor Hairy.
Nurradiah melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Aishah dan seorang lagi pesakit wanita. Yang lain hanya membuntuti Nurradiah. Satu persatu wajah ahli keluarga, Aishah lihat. Tetapi ada satu wajah yang dinantikan, tiada disitu. Dikerutkan sedikit dahinya.
“Ma...mana Abang Hariz?” tanya Aishah tiba-tiba. Mereka tersentak. Tidak tahu hendak berkata apa. Terus-terang? Dapatkah dia menerima hakikat itu?
“Adik...Adik, rehat dulu ya.” Pujuk Nina.
“Tak mahulah, Kak Na. Dah penat Adik asyik tidur je. Tak sabar nak jumpa Abang Hariz. Mana dia, Kak Na?” Aishah bertanya girang.
“Adik...dengar cakap Kak Na, ya. Kejap lagi dia datang.” Akhirnya Nina berjanji sesuatu yang tidak pasti. Aishah mengangguk perlahan dan memejamkan semula matanya. Nurradiah menunjukkan isyarat supaya semua diminta keluar.
Mereka terserempak dengan Farehan di muka pintu. Nurradiah memberikan isyarat bahawa Aishah sedang tidur. Ahli keluarga yang lain hanya mengangguk. Nurradiah membawa Farehan ke bilik bayi untuk melihat cucu pertama mereka.
“Comelnya. Macam Hariz.” Ujar Farehan tanpa diduga. Nurradiah faham akan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Dipeluk seerat mungkin bahu besannya itu. Mereka sama-sama menangis di dalam pelukan. Pelukan dileraikan sedikit. Tangisan sudah mulai reda.
“Nita mana, Uncle?” tanya Nadira kepada Najmuddin yang berada di sebelah Syed Mahfuz.
“Ada di rumah. Tengah maklumkan pada Hafiz. Kejap lagi dia datanglah tu.” Jawab Najmuddin. Nadira mengangguk perlahan.


HANITA berdiri tercegat dihadapan telefon. Menarik dan melepaskan nafas sekuat mungkin. Cuba mencari kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar kepada Hafiz. Dicapai gagang telefon dan mula mendail satu persatu nombor telefon Hafiz di London. Ada nada deringan. Terdengar Hafiz bersuara.
“Hello?” sahut Hafiz.
“Hello?” Hafiz bersahut sekali lagi apabila sahutannya tidak bersambut.
“Assalamualaikum, Long.” Hanita bersuara lemah.
“Waalaikumussalam. Nita...Nita apa khabar?” tanya Hafiz. Sudah berbulan tidak berbual bersama adik bongsunya ini semenjak Hanita juga sibuk dengan kerja yang tidak menentu.
“Baik, Long. Along sihat?” sekadar berbasa-basi Hanita bertanya.
“Sihat. Kenapa Nita call Along ni? Rindu kat Along, ya?” usik Hafiz. Kemudian dia tertawa kecil. Hanita tidak menyambut ketawa itu. Malahan dia menitiskan airmata tatkala mendengarkan suara ceria Hafiz. Tidak sampai hati pula hendak menyampaikan perkhabaran buruk itu.
“Nita? Nita...” panggil Hafiz apabila tiada respon daripada Hanita.
“Along....” Hanita memanggil namanya dengan suara esak tangis yang berpanjangan. Hafiz pelik.
“Kenapa ni, Nita? Ada orang kacau Nita? Ada orang buat tak baik pada Nita?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Hafiz. Hanita menggeleng. Manalah Hafiz hendak nampak.
“Nita...cuba cakap dengan Along, kenapa Nita menangis?” Hafiz bernada memujuk.
“Angah....” jantung Hafiz seperti terhenti apabila Hanita menyebut nama panggilan Hariz.
“Kenapa dengan Angah? Nita cuba cakap dengan Along, kenapa dengan Angah?” kalau Hanita ada dihadapannya, pasti sudah dipaksa gadis itu bercakap.
“Angah...Angah...Angah dah... tak ada.” Lambat-lambat Hanita berkata. Terpana Hafiz mendengarnya. Dunia dia menjadi gelap seketika. Tiada lampu atau cahaya matahari yang dapat memancar dan menyinari dunia kelam yang menyelubungi diri Hafiz. Terlepas telefon bimbitnya. Airmata menitis laju.
“Hello? Hello...Along?” Hanita bersuara. Hafiz mencapai semula telefon yang terlepas.
“Along akan balik sana. Along akan cuba dapatkan tiket pertama kesana.” Ujar Hafiz dan segera mematikan talian tanpa sempat Hanita bersuara apa-apa.
Hafiz bingkas bangun dari duduknya dan menuju ke bilik untuk menyalin pakaian. Dia membawa pakaian yang perlu sahaja ke lapangan terbang. Keluar dari rumah sahaja terus menahan teksi.
“Airport, please.” Ujarnya kepada pemandu teksi. Sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, fikiran Hafiz melayang-layang. Teringatkan Hariz. Maafkan Along, Ngah. Along tak ada disisi Angah masa Angah menghembuskan nafas terakhir, Hafiz bergumam. Teringat akan perjanjian lalu.
Masih diingat janji yang dibuat sesama mereka. Hariz duduk bertentangan dengan Hafiz. Memandang serius wajah abangnya itu.
“Long, kita buat janji nak?” Hariz berkata. Seolah-olah ingin memberikan satu cadangan.
“Apanya?” Hafiz bertanya semula.
“Kalau Angah hembuskan nafas terakhir, biar Along ada disisi Angah. Begitu juga dengan Along. Kalau Along yang menghembuskan nafas terakhir, Angah nak berada disisi Along.” Penyata perjanjian yang benar-benar membuatkan Hafiz terkejut.
“Hish...kesitu pulak Angah ni.”
“Along janji lah dulu.” Paksa Hariz.
“Yalah....yalah...Along janji.” Akhirnya Hafiz akur. Marahkah Angah padaku kerana ku tak sempat berada disisinya disaat dia menghembuskan nafas terakhir? Hati Hafiz diruntun pilu. Dia memejamkan mata. Tersentak apabila teksi yang dinaikinya berhenti secara mengejut.
Selepas membayar duit tambang teksi, Hafiz segera turun dan berlari-lari anak menuju ke kaunter tiket penerbangan. Cuba mendapatkan tiket terawal untuk pulang ke Malaysia. Hafiz terasa seperti Hariz memanggil namanya.Terasa seperti baru semalam mereka bercakap di dalam telefon. Melepaskan rindu. Teringat perbualan dengan Hariz seminggu yang lepas.
“Along...nanti Along rindu tak pada Angah?”
“Kenapa Angah tanya macam tu?” soalan dibalas soalan.
“Nanti kan, Along mesti rindu punya pada Angah.”
“Kenapa?”
“Adalah sebabnya.” Ujar Hariz berahsia. Memang. Memang Hafiz akan merindui Hariz, selamanya. Hafiz berlari menuju ke kaunter berlepas setelah mendapatkan tiket pertama pulang ke Malaysia. Kaki melangkah laju menuju ke ruang menunggu.
Pengumuman penerbangan dilakukan. Hafiz segera mengangkat beg pakaiannya dan menuju ke arah pegawai tiket yang sedia menunggu di muka pintu. Diserahkan tiket kepada pegawai tersebut. Pegawai itu mengetip tiket tersebut sehingga berlubang. Pegawai tersebut menyerahkan kembali tiket kepada Hafiz. Dan dia berjalan masuk dengan laju ke dalam.


RENGEKAN bayi menyebabkan Aishah terjaga. Memandang ke arah seseorang yang mendukung anaknya. Tersenyum sahaja orang itu kepada Aishah.
“Abang....” panggil Aishah. Tersenyum orang yang dipanggil Abang itu. Pakaiannya yang putih bersih berserta haruman membuatkan dahi Aishah berkerut seribu.
“Abang....” panggilnya lagi. Diserahkan bayi itu semula kepada Aishah. Dicium dahi Aishah lama.
“Ingat pesan Abang. Jaga baby kita baik-baik.” Pesan Hariz semula sebelum dia pergi menghilangkan diri.
“Abang...Abang...ABANGGGG!!!” jerit Aishah. Dia terjaga dari tidurnya. Tiada sesiapa pun di dalam bilik itu. Memandang ke katil sebelah. Pesakit disebelahnya sedang nyenyak tidur. Dia membetulkan bantal dan menyandarkan diri ke dinding. Bercantum keningnya cuba menafsir mimpi itu. Seorang jururawat menolak troli bayi Aishah dan tersenyum ke arahnya.
“Masa untuk beri makan baby.” Ujar jururawat yang sedang tersenyum manis itu. Aishah mengangguk dan membalas senyumannya. Jururawat tersebut beredar. Aishah menarik troli itu untuk mendekatinya. Diangakt bayi lelaki yang diselimut berwarna biru. Merengek bayi itu memandang Aishah. Perut terasa lapar. Minta diisi dengan susu ibunya sendiri. Wajah bayinya memiliki seraut wajah Hariz. Mesti Hariz suka lihat bayi dia seiras wajahnya.
“Nanti mesti baby kita muka macam Abang.” Hariz berkata sambil mengusap perut Aishah. Teringat perbualannya bersama Hariz.
“Mana Abang tahu? Mungkin muka macam saya ke?” duga Aishah.
“Tak mungkin. Sebab Abang tahu, Sayang sayangkan Abang. Jadi, mesti muka macam Abang.” Seloroh Hariz itu dibalas dengan sebuah cubitan dilengan.
“Aduh...tapi Abang rasa, dia mesti ada skill macam sayang ni.”
“Skill apa?”
“Cubit ketam.” Usik Hariz sekali lagi. Aishah menampar lengan Hariz perlahan. Mereka sama-sama tergelak, bahagia.
Mata Aishah tertuju ke arah pintu bilik apabila terdengar ketukan serta orang menguak pintu. Nurradiah memasuki bilik tersebut bersama-sama Farehan. Aishah membetulkan duduk. Dia bersalaman dengan kedua wanita itu. Farehan segera menuju ke arah bayi yang berada di sebelah Aishah itu. Dia mengangkat bayi tersebut dan dikendongnya. Nurradiah dan Aishah tersenyum melihat perbuatan Farehan itu. Diagah bayi itu.
“Shah dah ada nama untuk baby ni?” tanya Farehan. Mengangkat muka memandang Aishah.
“Belum lagi, Umi. Tapi Shah suka nama Adam.” Dilihatnya Farehan mengangguk-angguk perlahan. Sekali lagi diagah bayi tersebut.
“Kalau Umi tambah Hariz dibelakangnya, boleh? Jadilah Adam Hariz.” Aishah juga turut bersetuju dengan nama itu. Dia segera mengangguk pantas.
“Ma...Abang Hariz mana? Dari tadi, Adik tak nampak pun dia.” Nurradiah dan Farehan saling berpandangan. Terkejut dengan pertanyaan Aishah itu. Bagaimana harus mereka khabarkan kepada dia?
“Adik...Mama harap Adik bawak bersabar, ya.” Ujar Nurradiah. Menggenggam erat jemari Aishah. Farehan sudah mula menitiskan airmata.
“Ada apa ni, Ma...Umi?”
“Hariz dah tak ada.”
“Tak ada? Dia pergi mana?” Aishah bertanya.
“Dia dah meninggal dunia. Kelmarin dulu, accident.” Nurradiah berkata. Sebak menguasai diri.
“Mama jangan tipu Adik. Abang Hariz kata dia nak outstation je.” Entah kenapa airmata Aishah menitis laju. Seakan-akan tidak mahu berhenti.
“Mama tak tipu Adik. Semalam dia dah selamat dikebumikan.”
“Tak....Tak...Mama tipu Adik. Mama tipu. Adik tak nak dengar Mama tipu adik.” Aishah menekup telinganya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.
“Adik...Sabar, Dik. Dengar cakap Mama dulu.” Nurradiah bersusah-payah memegang lengan Aishah yang meronta. Farehan meletakkan bayi lelaki itu di dalam troli. Turut menolong Nurradiah memegang Aishah.
“Nur, pergi panggil nurse.” Arah Farehan. Nurradiah segera berlari keluar dan memanggil jururawat yang bertugas.
“Shah, sabar sayang. Bawak bersabar.” Pujuk Farehan lagi.
“Umi, tadi Abang Hariz ada datang jumpa saya. Dia pegang baby kami dan senyum pada saya. Tak mungkin Abang Hariz dah meninggal. Dia pesan pada saya suruh saya jaga baby kami.” Aishah berkata dalam tangis. Tetapi dia sempat tersenyum kecil. Farehan semakin pelik dengan sikap Aishah.
Jururawat yang bertugas itu datang dengan membawa suntikan penenang. Dia meminta jururawat yang membuntutinya untuk memegang Aishah. Aishah meronta minta dilepaskan. Dia bertindak ganas. Menjerit. Terpekik-terlolong. Jururawat tersebut menyuntik ubat penenang. Lama kelamaan mata Aishah semakin mengecil. Badannya juga terlalu lemah untuk bergerak. Farehan memeluk Nurradiah yang sudah teresak-esak menangis. Mereka sama-sama menangis mengenangkan perjalanan hidup Aishah selepas ini.


AISHAH sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi fikirannya seperti tiada disitu. Hanya jasad sahaja yang berjalan. Bayi lelaki yang dikendong oleh Nurradiah diberi nama Adam Hariz. Nurradiah dan Farehan sama-sama mencapai kata sepakat untuk membiarkan Aishah tinggal bersama-sama Nurradiah. Jika dia pulang ke rumah Farehan, dikhuatiri juga akan mengingatkan Aishah kepada Hariz. Sudah 3 hari Aishah tidak mempedulikan bayinya. Dia hanya akan ambil sewaktu Adam benar-benar perlukan susunya. Selain daripada itu, Nurradiah yang banyak menjaga Adam. Aishah lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Makan juga di dalam bilik. Semenjak 3 bulan yang lalu, Adam sudah tidur bersama-sama Nurradiah. Setiap hari pasti Hafiz akan datang melawat Adam selepas pulang dari kerja.
Selepas pulang daripada London, Hafiz sudah berhenti kerja dari menjadi doktor. Dia membantu Abahnya, Najmuddin menguruskan perniagaan. Semenjak ketiadaan Hariz, Hafiz dijadikan pengganti Hariz untuk mewarisi syarikat miliki keluarga itu. Najmuddin juga sejak kebelakangan ini kurang sihat. Selalu sahaja pening kepala dan demam. Risau akan melihat keadaan Najmuddin itu, Hafiz membuat keputusan untuk terus membantu dan mengambil alih syarikat Abahnya. Dia nekad sudah tidak mahu pulang ke London. Memang niat Najmuddin ingin menyerahkan syarikat miliknya itu kepada Hariz. Sungguhpun diberi kepada Hafiz, pasti anak lelaki sulungnya itu tidak berminat. Dia lebih berminat kearah kerja-kerja kebajikan. Hariz menyatakan pendapatnya sebelum dia mengambil alih syarikat Najmuddin itu, dia ingin mencari pengalaman di tempat lain dahulu. Buktinya, dia bekerja dengan SM Holdings. Setelah dinaikkan pangkat, Hariz merasa sayang untuk meninggalkan syarikat itu. Fikir dia, belum masa lagi. Tunggulah masa yang sesuai baru dia berhenti kerja dan mula menumpukan seluruh fokusnya terhadap syarikat Najmuddin itu. Kini, setelah Hariz pergi, tiada siapa yang sesuai menjadi penggantinya melainkan Hafiz sendiri. Tidak sampai hati Najmuddin ingin melihat Hafiz menguburkan impian yang dibina selama ini dengan sekelip mata. Tetapi Hafiz sudah pun menyatakan kesanggupannya.
Kasihan pula Hafiz melihat Farehan. Setiap hari pasti termenung teringatkan anak keduanya itu. Kadangkala Hafiz ternampak Farehan mengelap airmatanya. Semua orang sedang bersedih akan kehilangan Hariz secara mendadak itu. Projek yang diusahakan oleh Hariz dan juga Syafiq telah diserahkan kepada Syafiq sepenuhnya oleh Syed Mahfuz. Syafiq juga kurang fokus terhadap kerjanya semenjak ketiadaan Hariz. Sehingga ditegur oleh Syed Mahfuz. Sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang sudah lama dikenali.
Setelah pulang dari pejabat, Hafiz terus menuju ke rumah keluarga Aishah. Ingin melihat anak buah kesayangannya itu. Hampir 2 hari tidak dapat bertemu lantas kesibukan yang memerlukan perhatian di syarikat. Kereta Ferrari Magnum yang dibelinya menggunakan wang simpanan yang disimpan selama bertahun dia menimba pengalaman di rantau orang, diparkir dihadapan banglo mewah itu. Baru 2 minggu sahaja kereta itu digunakan oleh Hafiz. Memang menjadi idaman Hafiz, kereta itu sejak gambarnya terpampang di dada majalah kereta beberapa bulan yang lepas. Kereta jenis 4x4 itu memang sesuai dimiliki oleh sesiapa, biarpun orang itu sudah bekeluarga. Hafiz turun dari kereta. Dibunyikan penggera kereta menandakan keretanya sudah dikunci.
“Assalamualaikum.” Salam diberi oleh Hafiz. Awan yang berarak senja itu melabuhkan tirai siangnya. Cuaca menjadi mendung.
“Waalaikumussalam.” Seseorang menyahut salam itu. Pintu pagar dibuka secara automatik. Hafiz mengelak daripada pintu pagar itu terkenanya semasa terbuka. Dia melangkah masuk. Tersenyum pada Nurradiah yang berdiri di pintu utama dengan senyuman.
“Auntie, apa khabar?” tanya Hafiz seraya tunduk menyalami Nurradiah. Memang ini salah satu sikap anak-anak Najmuddin dan Farehan yang disenangi oleh keluarga Nurradiah.
“Baik. Masuklah, Fiz. Ni datang ni, mesti nak jumpa Adam kan?” Nurradiah bertanya.
“Mestilah, Auntie. Habis, nak jumpa siapa lagi?” Hafiz bertanya kembali dengan kerutan di dahi.
“Manalah tahu. Kot-kot nak jumpa Mama Adam ke.” Usik Nurradiah dengan senyuman. Hafiz tersenyum hambar. Tidak berniat untuk membalas usikan Nurradiah itu.
“Fiz duduk kejap, ya. Adam baru je lepas mandi.” Ujar Nurradiah. Hafiz mengangguk sambil menghantar langkah wanita tua itu meninggalkannya di ruang tamu.
Sebentar kemudian, Nurradiah turun dengan membawa Adam Hariz yang digendong. Hafiz tersenyum melihat bayi itu yang seolah-olah tersenyum melihatnya. Segera dia menuju ke arah Nurradiah. Mengambil anak kecil itu dari pangkuan neneknya. Nurradiah terus menghilang ke dapur sebaik sahaja Hafiz mengambil Adam. Diagah anak kecil itu. Kadangkala tergelak Adam dibuatnya. Dicium seluruh wajah Adam. Rindunya menggunung pada anak buah seorang itu. Memang benar, Adam seiras Hariz. Wajah Adam mengingatkan Hafiz pada arwah adiknya itu. Ahh...rindu pada Hariz menjelma. Nurradiah muncul semula di ruang tamu dengan menatang segelas air oren. Diletakkan gelas tersebut dihadapan Hafiz.
“Amboi...rindu pada Ayah, ya.” Nurradiah mencubit pipi Adam. Sedikit kegeraman. Merengek sebentar anak kecil itu. Pantas dipujuk oleh Hafiz.
“Aishah ke mana, Auntie?” tanya Hafiz apabila seperti tidak kelihatan wanita yang dicintainya itu dimana-mana. Nurradiah mengeluh.
“Dia keluar dengan Nina. Nina ajak keluar. Dah lama asyik terperuk dalam bilik tu. Kalau tak ada dalam bilik, mesti pergi ke kubur arwah. Hari-hari macam tu. Risau Auntie tengok dia, Fiz.” Terangguk-angguk Hafiz mendengar penjelasan yang keluar dari mulut Nurradiah.
“Butik dia macam mana?” Hafiz bertanya lagi.
“Nasib baik Dira ada. Dira dan pembantu Aishah, Putri uruskan butik dia tu.” Nurradiah mengeluh lagi. Hafiz menundukkan wajah. Bermain bersama Adam.
“Fiz duduklah, ya. Auntie nak siapkan makan malam untuk Uncle. Fiz makan sekali disini, ya?” pelawa Nurradiah.
“Eh...tak apalah, Auntie. Fiz balik makan kat rumah je.” Tolak Hafiz perlahan.
“Sekali-sekala, Fiz. Bukan selalu.” Nurradiah masih memujuk. Hafiz putus kata. Dia terdiam dan mengangguk perlahan. Tidak sampai hati pula untuk menolak pelawaan itu.
Hafiz sedang leka bermain dengan Adam sehingga tidak sedari Nina sudah pulang dari membawa Aishah bersiar-siar. Aishah masuk ke dalam rumah. Terjengul wajahnya di muka pintu. Nina yang membuntuti dari belakang turut memboloskan diri masuk ke dalam rumah. Terkejut melihat kehadiran Hafiz tiba-tiba.
“Wei, Fiz. Bila kau sampai?” sapa Nina. Aishah memandang ke arah Hafiz tanpa apa-apa perasaan. Jiwanya kosong. Mati. Dia memandang sekilas kemudian pandangannya dialihkan semula. Kaki Aishah laju ingin meniti tangga untuk menuju ke tingkat atas.
“Adik, Adam lapar ni. Adik susukan Adam, ya.” Ujar Nina lembut. Aishah berpaling dan menuju ke arah Hafiz. Diambil anaknya itu dari pangkuan Hafiz. Kemudian menuju semula ke tingkat atas. Menghilang disebalik pintu bilik yang tertutup.
“Maafkan dia, Fiz. Dia bukan diri dia buat masa sekarang.” Nina membela. Hafiz mengangguk. Mengerti akan maksud Nina.
“Aku faham, Na. Aku tak salahkan dia. Siapa pun masih bersedih lagi atas kehilangan Hariz. Aku pun, Na. Sampai sekarang aku masih tak boleh terima hakikat yang Hariz dah tak ada.” Hafiz berkata sebak. Ingin menitis airmata tetapi ditahan sedaya mungkin.
“Aku tahu, Fiz. Tapi kau tak takut untuk bangkit semula dan teruskan hidup. Tak macam dia. Dalam masa 4 bulan ni, dia macam hidup dalam dunia khayalannya sendiri. Kadangkala gelak, kadangkala nangis. Kadangkala bercakap seorang diri. Macam bercakap dengan Hariz saja, lagaknya. Aku risau, Fiz. Kalau keadaan ni berterusan, ini akan membuatkan hidup Adam lebih sengsara. Sudahlah kehilangan Papa, takkan dalam masa yang sama kehilangan Mama pula.” Luah Nina kesal. Ditundukkan wajah. Menitis airmatanya. Sudah tidak malu untuk menitiskan airmata dihadapan sahabatnya itu. Segera dilap airmata yang semakin laju itu.
“Kau jangan cakap macam tu, Na. Aku yakin. Dia akan ‘hidup’ semula.” Dengan yakin Hafiz berkata. Walaupun dia sendiri tiada kepastian dalam mengucapkan kata-katanya itu. Nina mengangguk.
“Adam mana?” tanya Nurradiah yang tiba-tiba sahaja muncul dari dapur.
“Dengan Adik, Ma.” Jawab Nina ringkas.
“Marilah makan. Fiz...Na.” jemput Nurradiah.
“Tak nak tunggu Papa ke, Ma?” soal Nina.
“Papa lambat lagi tu. Dia pergi jumpa Inspektor Hairy.” Sebaik sahaja Nurradiah habis berkata, terdengar deruman enjin di luar rumah. Nina menjenguk ke tingkap. Kelihatan kereta Syed Mahfuz baru masuk ke dalam perkarangan rumah. Dibuka pintu untuk Papanya itu.
Syed Mahfuz melangkah masuk ke dalam rumah. Tersenyum melihat Nina yang menyambutnya dimuka pintu. Nina tunduk menyalami Syed Mahfuz.
“Seorang saja, Na?” tanya Syed Mahfuz apabila tidak nampa bayangan wajah menantu dan cucu-cucunya.
“A’ah, Pa.” Jawab Nina ringkas.
“Mana Sof?”
“Abang Sof kerja sampai malam. Balik lewat. Banyak kerja, katanya.” Nina faham akan tuntutan kerja Sofyan. Semenjak sudah menjadi rakan kongsi sebuah syarikat yang dimiliknya bersama salah seorang sahabat yang dikenali sejak kecil, Sofyan sudah jarang menghabiskan masa bersama Nina dan anak-anak. Nina mengerti. Sofyan perlu bekerja lebih keras untuk menanggung kos kehidupan yang semakin berlambak.
“Qayyum dan Aqeem?” pertanyaan Syed Mahfuz mematikan lamunan Nina.
“Tinggal dengan nenek dia orang. Sibuk mak mentua Na kata, dah lama tak jumpa Qayyum dan Aqeem. So, Nina tinggalkanlah dia orang kata sana. Lagipun Nina kena balik tidur rumah sana jugak. Nanti Abang Sof ambil Nina kat sini.” Jelas Nina pada Syed Mahfuz. Terangguk-angguk lelaki tua itu.
“Abang...marilah makan.” Panggil Nurradiah lembut. Syed Mahfuz menuju ke meja makan. Terlihat Hafiz tersenyum kepadanya.
“Ohh...Fiz pun ada jugak.” Tersenyum Syed Mahfuz kepada anak muda itu. Hafiz tunduk menyalami tangan Syed Mahfuz. Walaupun sudah tua, namun wajah dan juga kulit Syed Mahfuz sedikit pun tidak berkedut. Rambutnya juga masih pekat kehitaman. Tapi ada beberapa tompok putih uban yang sudah mula menunjukkan warna.
“Uncle sihat?” tanya Hafiz.
“Macam nilah, Fiz. Uncle dah tua. Sakit tentu ada. Fiz makanlah dulu dengan Auntie dan Nina. Uncle nak naik mandi dan salin pakaian dulu.” Ujar Syed Mahfuz lembut. Ditepuk perlahan bahu Hafiz.
“Abang dah solat?” Nurradiah bertanya.
“Dah. Kat office tadi.” Syed Mahfuz berkata dan terus berpaling untuk menuju ke tingkat atas.
“Makanlah, Fiz.” Pelawa Nurradiah. Diceduk nasi yang masih berasap ke dalam pinggan.
“Tak apalah, Auntie. Kita tunggu Uncle.” Sela Hafiz. Nina dan Nurradiah mengangguk perlahan.
Entah kenapa sejak pemergian Hariz, keluarga Syed Mahfuz dan Najmuddin, tiada lagi keceriaan yang menghiasi hidup mereka. Gelak tawa seakan-akan mati dan pergi bersama Hariz. Terdengar esak tangis Adam dari dalam bilik Aishah. Segera Nurradiah berlari menuju ke tingkat atas. Dikuak pintu bilik Aishah. Tercari-cari wajah ibu muda itu. Ternampak Aishah disatu sudut sambil menekup telinganya. Muka disembam ke lutut yang dibawa rapat ke dada.
“Kenapa, Adik? Biarkan Adam nangis ni. Tak elok biar baby nangis lama-lama.” Ujar Nurradiah. Mengangkat Adam dan cuba mententeramkan perasaan Adam.
“Ma...suruh dia diam, Ma. Suruh dia diam. Adik tak sanggup dengar. Adik tak mahu dengar. Bawak dia pergi, Ma. Bawak dia pergi jauh dari Adik!!!” jerit Aishah lantang. Terkejut Nurradiah dengan tindakan Aishah itu. Nina yang terdengar jeritan itu, terus sahaja berlari ke tingkat atas. Ingin sekali Hafiz melihat keadaan Aishah dan Adam, tetapi langkahnya menjadi kaku. Teringat pandangan dingin yang diberikan oleh Aishah.
“Adik...kenapa ni, Dik? Apa salah Adam? Sampaikan Adik tak boleh dengar dia menangis.” Pujuk Nurradiah lagi. Diserah kepada Nina dan mengarahkan Nina untuk membawa Adam turun kepada Hafiz yang sedang menunggu dibawah. Nina segera melangkah keluar dari bilik Aishah dan membawa Adam pergi jauh dari bilik itu.
“Adik...” panggil Nurradiah lembut. Ditarik perlahan tangan Aishah yang menekup telinga itu. Tiba-tiba terdengar esakan kecil.
“Muka dia sama macam Abang Hariz. Muka dia sama macam Abang Hariz....Cara dia gelak. Cara dia pandang Adik, Ma.” Selepas sahaja Aishah berkata begitu, dia terus bangun dan menuju ke almari baju. Habis diselongkar baju-baju di dalam almari tersebut. Sepasang baju kemeja kegemaran Hariz telah dijumpai. Dia ambil dan dicium baju itu sepuasnya.
“Adik...jangan macam ni, Dik. Mama risau ni.” Luah Nurradiah.
“Semalam...semalam Abang Hariz datang jumpa Adik, Ma. Dia hulur tangan. Suruh Adik ikut dia. Tapi....” ayat Aishah tergantung. Nurradiah masih menanti butir bicara seterusnya.
“....Adik takut, Ma. Adik takut. Takut nak tinggalkan Mama...Papa...Ong...Kak Na...Dira...dan?” dia seperti berfikir nama siapakah yang terlupa dia sebut.
“Adam.” Akhirnya terluah juga nama itu. Kemudian, Aishah tersenyum dalam tangisan.
“Adik...” panggil Nurradiah perlahan. Dipegang kedua belah bahu Aishah.
“Nur, kenapa ni? Abang dengar Adik jerit-jerit tadi.” tanya Syed Mahfuz. Dia menjenguk ke dalam bilik Aishah.
“Abang turun dulu. Kejap lagi Nur turun.” Nurradiah berkata. Separuh mengarah. Syed Mahfuz segera meninggalkan bilik itu.
“Adik...Adik rehat, ya sayang.” Pimpin Nurradiah sehingga ke katil yang ada di dalam bilik separuh besar itu. Aishah hanya mengikuti langkah Nurradiah tanpa membantah. Dibaringkan Aishah ke atas bantal yang empuk itu. Nurradiah ingin mengambil baju Hariz tetapi direntap kuat oleh Aishah.
“Tak mau.” Aishah berkata kuat. Nurradiah akur. Ditarik selimut dan menutupi separuh dada Aishah. Dipejamkan mata yang sudah keletihan menangis. Nurradiah melangkah ke arah pintu bilik. Ditutup lampu sehingga bilik itu menjadi gelap. Kemudian, dia melangkah turun ke tingkat bawah.

BERSAMBUNG....