Assalamualaikum semua,
Saya Aisha Hamza, writer untuk blog ini. Sorry saya baru update. Agaknya dah 2 tahun lebih saya tak update. Entah ada entah tidak follower saya lagi. Hehe....Saya baru sahaja melangsaikan pengajian degree selama 3 tahun, kini sedang menunggu masa untuk praktikal. Tapi lambat lagi baru nak start praktikal. So, bila ada masa ni, saya akan update balik.
Untuk yang bertanya apa terjadi pada ending Dan Sebenarnya, actually, Dan Sebenarnya telah ditukar menjadi title Kau Milikku dan anda boleh mendapatkannya daripada publisher Kaki Novel. Buku tu actually dah 4 tahun keluar pada Okt 2010. Pun saya tak sempat update sebab terlalu busy time tu.
Novel saya yang kedua, Seindah Alhambra juga tidak akan saya sambung sebab akan dijilidkan menjadi novel dan dijangka tahun ini akan diterbitkan. Manakala Tasbih Cinta Terakhir juga tidak akan disambung sebab saya sedang usaha untuk menyiapkannya dan akan diberikan kepada penerbit (sbnrnya, idea dah blank. So, stop dulu untuk manuskrip tu). Heheh....biasalah bila otak dah karat ni, macam-macam hal la kekdahnya.
Untuk manuskrip yang ke-3, Kasih Aisha Najyha atau title terbarunya, Je'taime : Aku Cinta Padamu juga TIDAK akan disambung, kerana sedang dinilai oleh publisher. Dan, saya masih belum menerima sebarang feedback dari publisher. So, taktau bila nak publish.
Tetapi disebabkan saya ini dengan bidang penulisan memang tidak dapat dipisahkan bagai irama dan lagu...ecehhh....maka saya ada menyediakan manuskrip-manuskrip baru untuk hiburan anda, pengikut-pengikut setia saya. Wow! Hahahah rasa femes kejap.
Apa-apa pun, harap anda terhibur dan dapat meramaikan lagi blog saya dengan rakan-rakan anda. Kalau ada yang tak kena pada mata anda semasa membaca manuskrip saya ini, saya memohon maaf secara ikhlas. Saya juga manusia biasa, yang tak lari dari kesilapan.
Terima kasih daun keladi. Saya sayang anda semua...(tengok! feeling retis lagi).
Sunday, January 19, 2014
Maafkan Saya!
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/19/2014 12:49:00 PM 2 tukang komen paling setia
Subscribe to:
Posts (Atom)