BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 18, 2009

Kau Milikku 5

BAB 5

JAM loceng berbunyi nyaring hingga membangunkan penghuni bilik itu. Dizyan menggosok mata yang masih mengantuk. Dia mengeliat sedikit. Terasa lega. Kemudian, perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan berjalan ke arah bilik air. Dicapai tuala yang tersangkut di penyidai dan membuka lampu bilik air. Masuk untuk membersihkan diri. Usai mandi, Dizyan keluar dengan sudah siap berwuduk untuk menunaikan solat yang wajib. Disarungkan telekung ke badannya dan segera menjalankan perintah-Nya. Selesai bersolat, Dizyan melangkah ke arah almari dan diambil baju sekolahnya. Dia duduk dihadapan cermin solek dan membelek wajah. Kenapalah budak-budak sekolahnya asyik membuli dia? Pernah sekali Dizyan memberitahu Puan Hajjah Karissa bahawa dia ingin berpindah sekolah. Sudah tidak tertahan lagi mendengar kata-kata ejekan mereka. Tetapi Misha dan Yasmin selalu menasihati Dizyan, buat tidak tahu sahaja dengan mereka. Yang paling dia tidak tahan sekali dengan geng Faizal. Entah apa yang dibuat olehnya sehinggakan mereka menjadikan Dizyan sebagai musuh. Dicapai beg galas yang diletakkan di atas meja tulis. Dizyan melangkah turun ke tingkat bawah. Aroma masakan sarapan pagi menusuk hidung. Nasi lemak daun pisang terhidang di atas meja. Perutnya berkeroncong minta diisi. Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa turut menyertai Dizyan di meja makan.
“Morning, Umi. Morning, Abah.” Tersenyum ke arah kedua orang tuanya.
“Assalamualaikum. Kita ni orang Islam, Yan.” Tegur Tuan Haji Azmin lembut. Dizyan terdiam.
“Ops…sorry. Assalamualaikum Umi, Abah…” Dizyan membetulkan semula kata-katanya. Puan Hajjah Karissa tersenyum melihat gelagat anak perempuan seorangnya ini. Asyifa baru sahaja melangkah ke arah meja makan turut melabuhkan punggung disebelah Dizyan. Gadis itu menghulurkan pinggan makan kepada Asyifa.
“Syifa, hari ni ada kes apa?” tanya Tuan Haji Azmin dan disuapkan ke mulutnya sesudu nasi lemak. Asyifa tersentak dan mengangkat muka memandang lelaki tua yang bercermin mata itu.
“Hari ni pasal kes cerai Puan Sharifah Mahani against Tuan Syed Akhbar.” Asyifa berkata. Cuba mengingat kembali pasal kes tuntutan cerai yang difailkan oleh Puan Sharifah Mahani di Mahkamah Syariah bulan lepas. Tuan Haji Azmin mengangguk.
“Abang ni pun. Biarlah budak tu makan dulu. Belum sempat dia nak menyuap ke mulut lagi, dah ditanya pasal kerja.” Rungut Puan Hajjah Karissa.
“Abang kena tahu Syifa ke mana hari ni.” Ujar Tuan Haji Azmin pula.
“Syifa kena ke mahkamah hari ni, Abah Az.” Sela Asyifa. Puan Hajjah Karissa mengangguk. Kasihan pula pada Asyifa yang terpaksa menggantikan tempat Izham sementara anak lelaki yang bakal menjadi pewaris kepada firma guamannya itu pergi menuntut ilmu di perantauan.
“Kesian Umi tengok Syifa. Ke hulu, ke hilir. Terkejar-kejar ke court memanjang.” Gelengan kepala Puan Hajjah Karissa semakin laju.
“Tak apalah, Umi Rissa. Syifa tolong Abah Az uruskan dulu firm ni. Sementara nak tunggu Iz balik.” Tukas Asyifa dengan senyuman manis. Dia ikhlas ingin membantu keluarga yang banyak berjasa kepadanya. Tidak terbalas budi baik mereka kepada Asyifa selama ini.
“Susahkan Syifa pulak. Umi tahu, Syifa ada cita-cita sendiri. Tapi terpaksa ikut jugak kehendak Abah kamu ni.” Tidak senang hati menyusahkan anak muda itu. Dizyan hanya memerhatikan Puan Hajjah Karissa dan Asyifa silih berganti.
“Tak susahlah, Umi Rissa. Kalau nak diikutkan jasa Umi Rissa dan Abah Az pada Syifa, belum dapat Syifa balas walaupun Syifa tolong Abah Az uruskan firm ni.” Asyifa tidak mahu mereka terasa bersalah kerana menyusahkannya.
“Dahlah tu. Makan cepat. Nanti Syifa lambat pulak nak ke mahkamah.” Ujar Tuan Haji Azmin. Gadis itu mengangguk pantas dan segera menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
“Yan nak Abah hantar Yan hari ni?” tanya Tuan Haji Azmin kepada anak kandungnya. Gadis itu seperti berfikir sesuatu.
“Tak payahlah, Abah. Yan ambil bas je.” Tolak Dizyan. Dia tidak mahu rakan-rakan sekolahnya tahu dia anak peguambela dan peguamcara terkenal, Tuan Haji Azmin yang bertanggungjawab ke atas kes perceraian artis-artis terkenal di Malaysia. Biarlah orang kenal dia sebagai Dizyan Farhana binti Azmin. Itu sudah cukup buat Dizyan jika ada yang sudi mengenali dirinya. Hanya Misha dan Yasmin sahaja yang tahu tentang rahsia diri Dizyan itu.
“Takkan Yan nak ambil bas waktu macam ni. Dah pukul berapa dah ni? Bas pun dah lepas. Kak Syifa hantar Yan pergi sekolah, ya?” Asyifa pula yang mempelawa.
“Tak menyusahkan Kak Syifa ke?” takut juga jika menyusahkan peguam muda itu.
“Taklah. Kak Syifa nak lalu jalan yang sama juga.” Ujar Asyifa. Dizyan mengangguk perlahan tanda setuju dengan cadangan itu.
“Oklah, Umi...Abah. Yan pergi dulu.” Ujar Dizyan dan tunduk menyalami kedua ibubapanya. Asyifa juga turut melakukan perkara yang sama.
Dizyan menyarungkan kasut sekolahnya. Kemudian, dia segera masuk ke dalam perut kereta apabila jarum jam tangannya sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kalau Dizyan lambat, alamatnya nama dia pasti akan dimasukkan ke dalam buku pengawas. Sudah beberapa kali namanya ada di dalam buku itu. Tidak mahu disenaraihitamkan diri sendiri pada tahun terakhir. Cukuplah dia hanya berada di dalam senarai yang paling dikehendaki oleh ahli kumpulan Faizal.

KERETA Asyifa berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar sekolah. Dizyan turun dari kereta itu dan melambai ke arah kakak sepupunya. Lambaian dibalas. Kereta Asyifa terus menderum pergi meninggalkan kawasan sekolah Dizyan. Pintu pagar sekolah dibuka sekecil yang mungkin. Segera Dizyan memboloskan diri sebelum pintu pagar tersebut ditutup oleh pengawas sekolah yang bertugas pada hari itu. Tersengih Andika melihat Dizyan.
“Nasib baik kau awal beberapa minit, Yan. Kalau tak, nama kau dah ada dalam buku aku ni.” Sindir Andika. Dizyan mencebik.
“Nak tunjuk dia berkuasalah tu.” Gumam Dizyan. Andika mengerutkan dahi.
“Apa, Yan?” tanya Andika tiba-tiba. Dizyan tersentak.
“Tak ada apa-apa. Hari ni bangun awal, tu lah sebabnya datang awal beberapa minit.” Perli Dizyan semula. Kali ini, Andika pula yang mencebik. Dizyan pun pelik. Kenapa pengawas sekolah dan juga geng yang terkenal dengan sikap pembuli mereka itu selalu sahaja cari pasal dengannya? Terus sahaja Dizyan melangkah ke laman sekolah untuk beratur bersama rakan sekelas. Berdiri di belakang Misha. Diletakkan beg galas ke bawah. Misha beralih ke belakang.
“Mamat poyo tu tak pulak tulis nama kau.” Kata Misha. Dizyan menggeleng.
“Kesemua pelajar dikehendaki meluruskan barisan dan pandang ke hadapan.” Pelajar-pelajar yang berdiri di laman sekolah segera mematuhi arahan yang diberikan oleh pengerusi majlis.
Selesai perhimpunan, mereka semua kembali ke kelas. Kerusi disebelah Dizyan kosong. Tercari-cari akan Dizyan wajah itu. Dipandang ke arah Misha dan Yasmin.
“Mana Tika?” tanya Dizyan.
“Hari ni dia tak datang. Demam, katanya. Dia suruh aku cakap dengan cikgu. Tika call aku pagi tadi. Pepagi buta pulak tu. Nasib baik aku dah bangun dari membuta." Seloroh Yasmin. Mereka berdua tergelak kecil. Seketika kemudian, Puan Wong yang mengajar subjek Matematik melangkah masuk. Satu kelas bangun dan mengucapkan selamat pagi. Mereka mengeluarkan buku latihan Matematik. Satu persatu latihan yang diberikan oleh Puan Wong. Setelah itu mereka harus menyiapkan latihan di dalam kelas. Sedang Dizyan leka menyiapkan latihannya, tiba-tiba seorang pelajar tingkatan 3 mengetuk pintu. Mata seluruh kelas tertumpu ke arah pelajar tersebut. Dizyan tunduk semula menghadap buku latihan dihadapan. Malas hendak mengambil tahu urusan pelajar itu dengan Puan Wong.
“Dizyan Farhana Azmin.” Panggil Puan Wong. Dizyan segera mengangkat kepala memandang guru yang sedang berdiri tercegat dihadapan. Kesemua mata rakan sekelas tertumpu pula kepadanya.
“Adik kamu nak berjumpa. Dia sedang tunggu kamu di kantin.” Fasih sekali Puan Wong berkata-kata. Dizyan mengerutkan dahi. Pelik. Mengalih pandang ke arah Misha dan Yasmin yang turut sama mengerutkan dahi.
“Adik? Kau kan tak ada adik.” Bisik Misha perlahan. Dizyan gelisah diduduknya.
“Memanglah. Aduhh...siapa pulak yang nak kenakan aku ni.” Dizyan masih tidak berganjak dari kerusi yang diduduki.
“Dizyan, ada apa-apa masalah ke?” Puan Wong bertanya. Diturunkan sedikit cermin matanya supaya dapat nampak Dizyan dengan lebih jelas.
“Tak ada apa-apa, Puan Wong. Nanti waktu rehat saya jumpa dengan ‘adik’ saya tu.” Sengaja ditekankan perkataan adik itu.
“Pergilah sekarang. Katanya, urgent.” Puan Wong memandang pelajar tingkatan 3 itu. Segera pelajar tersebut mengangguk.
“Saya masih tak siapkan lagi latihan ni, cikgu.” Sedaya-upaya Dizyan cuba menolak.
“Tak apa. Kamu boleh hantar pada saya kejap lagi atau esok saja.” Beria-ia Puan Wong menyuruhnya pergi berjumpa dengan budak yang dikatakan ‘adik’ Dizyan itu. Dizyan sudah tidak boleh mengelak lagi. Mahu atau tidak, perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas tersebut. Pelajar tingkatan 3 itu telah kembali ke kelasnya semula setelah melihat Dizyan menurut arahan Puan Wong itu. Tidak boleh disalahkan Puan Wong juga. Dia tidak tahu latar belakang keluarga Dizyan dan juga tidak tahu ada orang yang berniat untuk mengenakan gadis itu. Misha dan Yasmin saling berpandangan. Kemudian, mereka segera menyiapkan latihan yang sudah diberikan.
Dizyan melangkah malas ke arah kantin. Siapalah pula yang berniat jahat ingin mendajalkan dia? Dizyan sudah mendekati kantin. Hati berasa kurang enak. Diurut dada berulangkali. Bersabar. Dilabuhkan punggung di atas kerusi di dalam kantin tersebut. Menunggu kedatangan ‘adik’nya itu. Tiba-tiba, Dizyan terasa diri dilanggar dari belakang dan ada cecair panas yang mengalir dibelakangnya. Terus sahaja Dizyan berdiri dan memandang gerangan yang melanggarnya itu. Terlihat Ku Zhety memegang semangkuk mee rebus. Dan, di dalam mangkuk itu hanya separuh mee serta kuah sahaja yang tinggal. Dizyan teringat akan cecair panas yang mengalir dibelakangnya. Dipegang. Berlendir dan berbau kuah mee rebus. Dizyan sedaya-upaya menahan amarah. Melihat wajah Ku Zhety yang memandangnya seperti orang tidak bersalah dan tersenyum sinis.
“Oppss...sorry. Sengaja.” Ujar Ku Zhety dengan sinis sekali.
“Apa you dah buat ni, Zhety?” jerit seorang lelaki. Tidak perlu Dizyan memandangnya. Sudah tahu akan gerangan pemilik suara itu.
“I tak sengajalah, sayang.” Ku Zhety berkata manja.
“You tak sengaja? Takkanlah you tak nampak dugong sesat ni duduk kat depan you yang sikit punya besar ni.” Ejek lelaki tersebut.
“Ini memang kerja kau orang kan. Apa salah aku sampai kau orang dendam sangat dengan aku? Aku tak kacau hidup kau orang. Apasal kau orang nak kacau hidup aku? Kau sendiri semalam kata nak berdamai dengan aku. Apa dah jadi sekarang ni? Kalau macam nilah perangai kau, cancel aku nak berdamai dengan kau.” perlahan sahaja Dizyan bertanya. Faizal tersenyum sinis.
“Aku nak berdamai dengan kau? In your dreams. Kau patutnya jaga sikit mulut kau tu. Jangan biadap sangat. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Siap berperibahasa lagi Faizal berkata-kata. Perlahan sahaja dia mengucapkan kata-kata itu ditelinga Dizyan.
“Ohh...pandai jugak kau gunakan peribahasa. Aku ingatkan kau ni buta bahasa.” Sindir Dizyan.
“Tak kisahlah kau nak cakap apa pun. Kau balik mandilah. Dah bau mee rebus.” Selepas sahaja Faizal habis berkata, ahli kumpulannya ketawa berdekah-dekah. Dizyan mendengus kuat. Terlupa pula dia akan kuah mee rebus yang sudah mewarnai baju putihnya. Dizyan segera berlalu menuju ke tandas.
Dibuka baju yang dipakainya dan digosok menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran kesan kuah mee rebus tersebut. Semakin teruk. Bukan semakin bersih. Dizyan melepaskan keluhan. Dia menyarungkan semula baju tersebut ke badannya dan menuju ke pondok telefon yang terletak di dalam kawasan sekolah. Sudah dipegang gagang telefon itu, tetapi diletakkan kembali. Siapa yang boleh diharapkan untuk mengambil dia dari sekolah? Kalau Asyifa, gadis itu sudah lama ke mahkamah. Lagipun tidak elok menganggu orang yang sedang sibuk bekerja. Tuan Haji Azmin? Abahnya itu mempunyai kes yang perlu diselesaikan juga pada pagi itu. Puan Hajjah Karissa? Wanita anggun itu tidak boleh membawa kereta. Mak Kiah? Sudah pasti orang tua itu juga tidak boleh memandu. Pening! Dizyan memegang kepala. Dia harus menjalani persekolahannya dengan baju yang berbau kurang enak itu.
Perlahan-lahan Dizyan melangkah masuk. Nasib baik guru subjek seterusnya belum lagi masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja Dizyan masuk ke dalam kelas, semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang tertawa melihat keadaannya itu. Misha dan Yasmin ternganga.
“Kenapa dengan kau ni, Yan?” tanya Yasmin. Dia segera berubah tempat dan duduk disebelah Dizyan. Gadis itu menjadi tidak selesa apabila menjadi tumpuan kelas pada hari itu.
“Ni semua kerja Zhety dengan Faizal.” Ujar Dizyan perlahan.
“Lagi-lagi syaitan dua ekor tu punya kerja. Dia orang ni memang cari pasal.” Yasmin sudah mengepal penumbuk.
“Kesian kat kau, Yan.” Misha berkata simpati. Yasmin mengangguk.
“Thanks sebab kau orang ada masa aku dalam susah macam ni.” Ucap Dizyan bersungguh-sungguh. Yasmin menggenggam erat jemari Dizyan.
“Nasib baik si Asrul tu tak bersekongkol dengan geng syaitan tu. Kalau tak, dah lama aku debik si Asrul.” Yasmin berkata sambil menunjukkan gayanya. Dizyan dan Misha tergelak kecil.
“Habis, apa kau nak buat sekarang?” Misha bertanya pula.
“I...declare...war. Perang ni dia yang mulakan, biar aku je yang habiskan.” Dizyan berkata dengan penuh perasaan yang sukar dimengertikan oleh Misha dan Yasmin.
“Aku nak join, boleh?” tanya Yasmin dengan penuh teruja. Dizyan menggeleng perlahan.
“This is between me and him.” Sela Dizyan. Diangkat kening sebelah kiri.
“Kau jangan buat sampai kantoi dengan Cikgu Alias, sudah.” Pesan Yasmin sebelum berlalu semula ke tempatnya apabila guru subjek Perdagangan mereka masuk ke dalam kelas. Puan Chiu membuka buku teks Perdagangan. Tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu. Cuba mencari kesan dari mana bau tersebut datang. Pelajar-pelajarnya pelik dengan tindakan guru mereka itu.
“Kenapa cikgu bau mee rebus?” tanya Puan Chiu. Seluruh kelas tergelak. Dizyan masam mencuka. Puan Chiu pelik apabila melihat pelajar-pelajarnya tergelak sakan.
“Macam mana cikgu tak bau mee rebus. Ni ha....Yan mandi dengan kuah mee rebus.” Seloroh Zahim. Mata Puan Chiu terarah kepada Dizyan.
“Yan mandi kuah mee rebus?” tanya Puan Chiu kebingungan. Dizyan hanya mendiamkan diri.
“Hmm...tak apalah. Sila buka buku teks kamu. Muka surat 13.” Selepas menerima arahan dari Puan Chiu, segera mereka menyelak buku teks Perdagangan.

LOCENG sekolah berbunyi nyaring. Menandakan waktu untuk pulang dari sekolah. Dizyan mengemas buku yang berselerak di atas meja dan disimpan di dalam beg galasnya. Bergerak keluar dari kelas bersama Misha dan Yasmin. Beg tersebut tidak di galas sebaliknya hanya memegang sahaja. Takut beg tersebut melekat bau kuah mee rebus. Mereka bertiga melintasi geng Faizal yang sedang melepak di tempat biasa mereka. Entah lawak apa yang dibuat oleh Yasmin sehingga Dizyan tertawa kuat. Misha menekup mulutnya. Yasmin memang pandai menghiburkan hati mereka berdua.
“Baju dah kena kuah mee rebus pun masih boleh gelak lagi. Kalau aku, malu gila. Entah-entah aku terus pindah je sekolah.” Aneeq berkata kuat. Tiga gadis tersebut terhenti gelak tawa mereka. Mengalih pandang ke arah kumpulan yang sedang merehatkan diri dibawah pokok.
“Aku ingatkan jembalang mana tadi. Rupa-rupanya beruk hutan ni.” Selamba sahaja Yasmin berkata. Dizyan tertawa kecil. Misha malas mahu ikut campur. Didiamkan sahaja dirinya. Asrul pernah memberi amaran kepada Misha. Geng-geng Faizal jangan dibuat main. Mereka itu mampu lakukan apa sahaja perkara yang berada di batasan luar fikiran mereka.
“Woii...perempuan jual mee rebus. Balik ni nak jual mee rebus ke?” ejek Aneeq. Faizal hanya tersenyum sinis. Ahli yang lain hanya tertawa menyakitkan hati.
“Kalau aku jual mee rebus pun, sekurang-kurangnya dapat duit yang halal dari rezeki yang halal. Bukan macam kau orang. Asyik peras ugut orang. Makan duit haram.” Dizyan meluahkan perasaan geram yang tidak terkata kepada mereka. Aneeq berjalan laju menuju ke arah mereka bertiga dengan penumbuk yang dikepalnya. Ingin sekali dia menumbuk wajah mulus itu. Tetapi sempat ditahan oleh Asrul yang lalu disitu.
“Neeq, kau ni tak malu ke nak pukul perempuan. Pilihlah orang yang boleh lawan kau balik.” Asrul berbisik ditelinga Aneeq sambil menahan badan anak muda itu dari terus menghampiri ketiga-tiga gadis tersebut. Yasmin cuak. Misha seperti mahu menangis sahaja. Tetapi wajah Dizyan masih selamba.

“Fez...kau nasihatkan sikit kawan kau ni. Kalau dia berani sentuh dia orang bertiga ni, aku takkan maafkan kau. Forever.” Laung Asrul dari jauh. Faizal mendengus geram. Asrul cepat sahaja mengajak mereka beredar.

BERSAMBUNG....

Saturday, April 11, 2009

Kau Milikku 4

BAB 4

PINTU pagar automatik terbuka luas. Kelihatan kereta Datuk Farid masuk ke perkarangan rumah. Dia mengeluarkan beg bimbit dari kerusi belakang. Datin Rubaiyah terjengul di muka pintu dengan senyuman. Datuk Farid membalas senyuman itu dengan wajah yang keletihan. Dia mencapai tangan suaminya dan dicium tangan gagah itu. Kemudian, diambil pula beg bimbit milik Datuk Farid.
“Awal Abang balik hari ni?” tanya Datin Rubaiyah. Datuk Farid membuntuti Datin Rubaiyah sehingga ke ruang tamu. Dilabuhkan punggung di atas sofa empuk itu.
“Hari ni meeting dengan client kena postponed. Jadi, dah tak ada apa Abang nak buat kat office. Terus Abang baliklah.” Ujar Datuk Farid sambil melonggarkan tali lehernya. Datin Rubaiyah turut melabuhkan punggung disebelah suaminya.
“Bik…oh Bik…” panggil Datin Rubaiyah. Bibik yang bernama Sutinah itu telah berkhidmat di rumah mereka sejak dari Faizal baru lahir. Sutinah berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.
“Iya, Datin?” tanya Sutinah perlahan.
“Tolong buatkan air untuk Tuan, ya.” Arah Datin Rubaiyah lembut. Dengan senyuman. Terangguk-angguk Sutinah menerima arahan. Selepas Sutinah beredar, Datin Rubaiyah memandang kembali wajah suami yang sudah dimamah usia itu.
“Itulah sebabnya Abang tak sabar nak tunggu Faizal dah boleh menguruskan company Abang tu. Abang ni dah tua, Rubi. Entah esok entah lusa, sampai lah tu masa Abang. Bila masanya Abang nak khusyuk menghadap Allah, kalau otak Abang ni asyik teringatkan kerja saja.” Sambung Datuk Farid. Datin Rubaiyah menggenggam jari jemari Datuk Farid.
“Abang jangan cakap macam tu. Rubi percaya satu hari nanti, Faizal boleh menguruskan company Abang.” Datin Rubaiyah memberikan jaminan yang dia percaya anak sulungnya itu mampu melakukan apa sahaja.
“Abang harap bakal menantu kita nanti, dapatlah bentuk si Faizal tu. Abang tengok dah tak serupa orang. Sabtu dan Ahad je tak lekat kat rumah. Keluar merewang dengan kawan-kawan dia. Sampai ke tengah malam, baru teringat nak balik. Macam tak fikir dia tu nak SPM tahun ni.” Luah Datuk Farid, kesal dengan sikap Faizal.
“Faizal tu lain sikit perangai dia, Bang. Lain dari kembar tu.” Sela Datin Rubaiyah. Menggeleng kepala separuh botak Datuk Farid itu.
“Hah…cerita pasal Faizal, mana budak-budak tu semua? Dari tadi Abang tak nampak.” Terjenguk-jenguk mencari bayangan tiga orang anaknya itu.
“Macamlah Abang tak kenal Faizal. Selagi tak Maghrib, tak baliklah lagi. Fikhri dengan Fathiq ke rumah kawan dia orang kat banglo hujung jalan tu. Anak Puan Seri ajak dia orang datang rumahnya tadi.” Jelas Datin Rubaiyah. Suaminya hanya mendengus kasar dan menggelengkan kepala.
“Apa nak jadilah dengan budak-budak ni? Yang seorang nak SPM, yang dua orang lagi nak PMR. Pening kepala saya dengan dia orang ni. Hmm...dahlah tu. Dari bercakap pasal dia orang, terlepas pulak Asar Abang nanti. Abang naik dululah.” Tukas Datuk Farid seraya mengangkat punggung dan menuju ke tangga. Datin Rubaiyah hanya mampu mengangguk.
“Kejap lagi Abang turun makan tau.” Pesan Datin Rubaiyah. Risau jika Datuk Farid tertidur kerana terlampau letih.
“Yalah.” Laju kaki Datuk Farid melangkah ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian, Sutinah keluar dengan menatang segelas air jus oren.
“Datin, airnya.” Ucap Sutinah. Datin Rubaiyah memandang ke arah pembantu rumahnya itu.
“Letak je atas meja. Kejap lagi Tuan turun minum.” Arah datin Rubaiyah sekali lagi. Sutinah tersenyum dan mengangguk.

JAM antik yang terletak di sudut rumah banglo itu berdenting sebanyak 7 kali. Datin Rubaiyah mendongak melihat jam tersebut. Sudah pukul 7 malam. Faizal masih juga tidak pulang. Fikhri dan Fathiq baru sahaja sebentar tadi mereka pulang. Kena ‘basuh’ sebaldi dengan Datuk Farid, kemudian mereka dikehendaki bersiap dan mengikuti Papa mereka ke surau untuk berjemaah Maghrib. Niat dihati Datuk Farid ingin menunggu anak sulungnya itu tetapi Datin Rubaiyah takut mereka terlambat nanti hendak ke surau.
“Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam di muka pintu. Lega Datin Rubaiyah melihat wajah anak sulung yang terjengul.
“Waalaikumussalam. Lambat Zal balik hari ni?” tanya Datin Rubaiyah. Faizal tersengih.
“Kita orang buat study group. Apa chapter yang nak masuk first paper nanti.” Faizal berkata sedikit berbohong. Datin Rubaiyah tersenyum penuh makna.
“Zal study ke? Setahu Mama, kalau Zal duduk lepak dengan kawan-kawan geng Zal tu, tambah pulak ada Zhety, bukan study namanya tu.” Sindir Datin Rubaiyah. Faizal tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tak apalah, Ma. Zal naik dulu. Nak mandi.” Cepat sahaja Faizal ingin lari dari Mamanya itu. Kalau lebih lama disitu, mahu sebakul nasihat yang diberikan. Faizal berdiri di atas tangga dan berpaling semula ke arah Datin Rubaiyah.
“Papa dah balik ke, Ma?” tanya Faizal. Dilihatnya Datin Rubaiyah mengangguk pantas.
“Habis, Papa kat mana? Tak nampak pun dalam rumah.”
“Ke surau dengan adik-adik. Baik Zal pergi berjemaah kat surau. Kejap lagi Papa balik tengok Zal melepak dalam bilik, lagi berangin dia. Tadi dia nak tunggu Zal balik. Tapi Mama yang suruh pergi dulu. Kalau kejap lagi Papa marah Zal, Mama tak boleh tolong. Ni memang salah Zal.” Ugut Datin Rubaiyah. Faizal melepaskan keluhan. Ada benar juga kata-kata Mamanya itu. Kalau kejap lagi Datuk Farid naik angin, habis satu rumah diputing beliungkannya. Seperti hurricane Katrina. Silap-silap haribulan, dengan Sutinah sekali dimarahinya.
“Yalah, Ma.” Faizal terus berlari anak menuju ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap ke surau. Usai bersiap, dia turun semula ke tingkat bawah. Sebaik sahaja Faizal berjalan kaki hendak ke surau yang terletak di hujung simpang kawasan perumahan yang menempatkan banglo-banglo mewah itu, dia dihon dari arah belakang. Terkejut dan segera ke tepi. Motor itu bersaing dengan Faizal.
“Fez, jomlah naik dengan aku. Kau nak ke surau kan?” ujar suara garau yang cukup dikenali oleh Faizal itu. Dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Tersenyum Asrul kepada Faizal.
“Lah…kau ke Rul. Aku ingatkan siapalah yang nak mengurat aku tadi.” Seloroh Faizal.
“Kau ingat kau tu cantik? Dahlah. Naik je.” Asrul menyindir. Dia memberhentikan motor untuk membolehkan Faizal membonceng.

SELESAI berjemaah Maghrib juga Isya’, Faizal dan Asrul leka bersembang di pintu pagar surau. Sudah lama tidak lepak sebegitu bersama teman baiknya. Najib yang kebetulan juga baru selesai berjemaah, turut menyertai mereka bersembang. Tiba-tiba mata Faizal tertancap pada sekujur tubuh Datuk Farid dan adik-adiknya. Datuk Farid berdehem kecil. Asrul dan Najib pantas memandang ke arah lelaki tua itu.
“Uncle.” Serentak Najib dan Asrul bangun dari tembok yang dijadikan tempat duduk untuk bersalaman dengan Datuk Farid.
“Hmm…lama tak nampak Najib dengan Asrul.” Ujar Datuk Farid lembut.
“Kami ada je, Uncle. Tak pergi mana-mana.” Seloroh Najib. Datuk Farid tergelak kecil.
“Ermm, Uncle…Kami nak ajak Fez pergi minum boleh tak?” takut-takut Asrul bertanya. Datuk Farid mengangguk perlahan.
“Pergilah. Tapi jangan lewat sangat.” Pesan Papanya itu kepada Faizal. Mereka bertiga mengangguk serentak.
Kalau dengan Najib dan Asrul, Datuk Farid tidak kisah sangat sebab dia kenal akan keluarga kedua anak muda itu. Tetapi yang dia tidak berkenannya itu dengan Aneeq. Pertama kali melihat Aneeq sewaktu anak muda itu datang ke rumahnya untuk kenduri arwah ibu Datuk Farid. Aneeq dijumpai sedang menghisap rokok di belakang rumahnya. Dan disitu Faizal serta geng-geng yang lain ada bersama. Kecuali Asrul dan Najib. Teruk Faizal dibelasah malam itu oleh Datuk Farid kerana ikuti merokok bersama. Bertukar-tukar puntung di antara satu sama lain. Sejak dari itu, Datuk Farid tidak membenarkan ahli kumpulan yang lain datang ke rumahnya kecuali Najib yang dikenali sejak dari anak muda itu masih kecil lagi. Dan juga Asrul, anak jiran sebelah rumah mereka.
Mereka bertiga beredar dari kawasan surau itu. Faizal membonceng Asrul. Najib membawa motor sendiri. Menuju ke gerai Pak Alim. Faizal melabuhkan punggung disebelah Najib sambil memesan minuman dari anak perempuan Pak Alim yang sangat cantik jelita.
“Abang nak minum apa?” tanya Nadia kepada mereka bertiga dengan lembut. Tersengih-sengih Najib memandang gadis berumur 16 tahun itu.
“Wei, dia tanya kau nak minum apa. Macamlah dia tanya nombor telefon kau.” Usik Faizal sambil menyinggung teman disebelah. Tersentak Najib. Tapi masih tersengih.
“Kalau Nadia nak tahu nombor Abang…Najib ni, 019-2744 tekan-tekan tak dapat.” Seloroh Faizal menyebabkan Asrul ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba keluar Pak Alim dari celah pintu dapur dan bercekak pinggang.
“Apa yang kamu usikkan anak dara aku tu, Zal?” tegur Pak Alim. Asrul segera terdiam. Faizal tersenyum sumbing. Nadia tertunduk segan.
“Order jelah air kamu tu. Yang kamu nak usik si Nadia tu, buat apa.” Mata Pak Alim sudah mencerlung ke arah mereka bertiga.
“Yelah, Pak Alim.” Laung Faizal.
“Teh tarik tiga.” Cepat sahaja mulut Faizal berkata. Nadia mengangguk perlahan dan segera beredar ke dapur. Seketika kemudian, dia keluar semula dari dapur dengan menatang sedulang tiga gelas air teh tarik. Faizal dan Asrul segera menghirupnya. Kedahagaan sudah melampaui batasan.
“Sedapnya. Siapa buat air hari ni? Mak Nadia buat ke atau Nadia?” puji Najib. Nadia malu-malu hendak menjawabnya.
“Nadia.” Perlahan sahaja tutur bahasa gadis itu. Cair hati Najib mendengar suara itu.
“Senanglah mak kau nanti, Jib. Ada menantu lemah-lembut, sopan-santun, pandai buat air. Dan yang paling penting, pandai masak. Uish!!!Beruntung mak kau ni, Jib.” Ujar Faizal. Asrul mengangguk pantas. Muka Nadia jadi memerah. Segera dia berlalu ke dapur semula. Terkekeh Faizal dan Asrul tertawa. Cemberut sahaja wajah Najib.
“Kau orang ni suka nak kenenkan aku dengan Nadia tu.” Najib pura-pura masam muka.
“Alah…kau pun suka jugak kan.” Asrul berkata dalam sisa tawanya. Kemudian, Najib tersenyum semula. Susah hendak lama-lama merajuk dengan mereka berdua ini.
Kalau tiada Aneeq, rasanya ahli kumpulan mereka tidak akan menjadi geng yang paling dikehendaki di sekolah. Sejak Aneeq mula menyertai mereka, Faizal sudah pandai hendak menganiaya orang dan membuli orang-orang yang lemah seperti geek dan nerd sekolah, menggoda budak-budak perempuan dengan menggunakan wajahnya yang kacak itu terutama Dizyan. Entah apa yang didendamkan sangat dengan gadis itu pun, tidak pula mereka tahu. Asrul malas hendak menyertai mereka sejak kebelakangan ini. Najib juga jarang-jarang sekali bertegur sapa dengan Faizal ketika di sekolah. Aneeq seperti takut yang Najib akan menghasut Faizal supaya kembali ke jalan yang benar.
Sudah lama Faizal tidak rasa gembira bergelak ketawa dengan ahli kumpulannya sebegitu. Tiba-tiba Faizal terasa lengannya disiku oleh Najib. Lelaki itu menjuihkan bibirnya ke arah seseorang. Terlihat kelibat montel yang melintasi meja mereka cukup membuatkan perasaan dendam Faizal semakin membara. Gadis itu begitu manis berseluar track panjang dan berbaju T. Ditambah dengan senyuman manis. Faizal sendiri tidak dapat gambarkan kenapa perasaan dendamnya mengatasi lebih daripada perasaan lain.
Nadia tersenyum ke arah Dizyan sebaik sahaja gadis itu mendekatinya. Tunduk menyalami Dizyan. Sudah dianggap seperti kakak sendiri. Nadia tiada kakak kerana dia yang sulung. Jadi, Dizyan selalu mengunjungi gerai mereka itu untuk berbual dengan Nadia. Dan, Nadia juga tidak kekok untuk meluahkan apa-apa perasaan sekalipun pada Dizyan.
“Akak nak makan apa hari ni?” tanya Nadia seperti biasa.
“Bagi Nasi dengan Ayam masak Paprik. Dengan Teh Ais. Bungkus, ya.” Pesanan Dizyan diambil dan dibawa masuk ke dalam dapur.
“Aii…kata perempuan. Tapi makan bungkus jugak? Tak reti masak dah ke?” perli Faizal. Matanya ditala ke arah Dizyan. Gadis itu berpaling. Tercari-cari suara sumbang yang berani menegurnya. Mata Dizyan tertancap ke arah Faizal yang sedang tersenyum sumbing.
“Ohh…kau ada kat sini rupanya, kambing! Apasal kau tak balik pagut rumput je kat kandang kau? Asyik nak mengembek kat sini je. Bisinglah!” Dizyan menjeling geram. Mata Faizal terbeliak. Asrul dan Najib sudah menahan gelak. Mereka kagum dengan Dizyan. Hanya gadis itu sahaja yang berani melawan kata dengan Faizal. Kalau gadis-gadis lain di sekolah mereka pasti sudah tergoda ataupun takut dengan kehadiran Faizal disitu.
“Dahlah tu, Fez. Asyik nak bergaduh je dengan Yan. Orang tua kata, mula-mula bergaduh. Nanti lama-lama jatuh sayang.” Giat Asrul. Najib menghamburkan tawanya.
“Tak ada maknanya aku nak sayang pada perempuan gemuk macam tu.” Faizal mencebik. Mereka berdua memegang perut. Serasa hendak pecah perut mentertawakan sahabat yang seorang itu.
Selepas mengambil bungkusan dan membayar duit makanan yang dibelinya itu, Dizyan melangkah cepat untuk keluar dari gerai Pak Alim itu. Sudah tidak sanggup berlama disitu. Dia memandang Faizal sekilas dan menjeling. Terus sahaja Dizyan beredar dari situ.
“Elehh...dia ingat dia cantik sangat ke. Huh....” Faizal bergumam sendirian. Najib menepuk bahu Faizal kuat sehingga lelaki itu tersedak.
“Woiii....nasib baik aku ni sihat lagi tau. Kalau tak, mahu aku masuk hospital sakit jantung. Apa pukul-pukul ni? Kau nak kena belasah dengan aku?” Faizal berkata sambil menayangkan penumbuknya. Najib menyusun sepuluh jari dihadapan wajah Faizal.
“Jomlah blah. Dah pukul berapa dah ni? Nanti bising pulak Papa kau.” Ujar Najib sambil melihat jam di tangan. Jarum jam sudah bergerak ke angka 10 malam. Faizal mengangguk perlahan.
Faizal memanggil Arif, anak lelaki Pak Alim yang baru sahaja tiba di kedai untuk mengira harga minuman mereka. Setelah memberikan wang yang cukup kepada Arif, mereka bertiga beredar dari situ. Asrul menghantar Faizal pulang. Manakala Najib berlalu dengan motornya melalui jalan yang bertentangan.

FAIZAL melangkah masuk ke dalam rumah. Lampu di ruang tamu terpasang. Masih cerah. Selalunya waktu sebegini Datuk Farid dan Datin Rubaiyah sudah masuk tidur. Kecuali Fikhri dan Fathiq. Tetapi mereka akan memerap di dalam bilik sahaja. Tidak mungkin Sutinah. Selepas kedua ibubapa Faizal masuk tidur, dia akan menyudahkan kerjanya dengan cepat dan juga masuk tidur. Hanya Faizal sahaja yang akan berjaga dan menonton televisyen di ruang tamu. Terjenguk ke arah ruang tamu. Kelihatan Datuk Farid masih menonton. Terjengket-jengket Faizal menuju ke tingkat atas untuk ke biliknya.
“Zal…” panggil Datuk Farid. Terhenti langkah Faizal dan berpaling semula ke arah ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Pasti akan ada syarahan ‘percuma’ yang harus ditadah telinganya. Faizal mendekati Datuk Farid yang masih membelakanginya. Dia berdehem kecil.
“Ya, Pa?”
“Duduk kejap. Papa ada hal nak cakap dengan kamu ni.” Datuk Farid memulakan bicara. Dia membetulkan sedikit duduknya. Faizal melabuhkan punggung menghadap Datuk Farid. Masih menunggu bicara seterusnya dari Datuk Farid.
“Bila kamu final paper?” tanya Datuk Farid. Disilangkan lengan ke dada. Faizal seperti berfikir sesuatu. Betul-betul terlupa tarikh untuk kertas terakhirnya.
“Hujung bulan depan kot, Pa.” jawab Faizal, kurang pasti.
“Kot? Jadi kamu tak pasti bila?” Datuk Farid bertanya lagi. Faizal menggeleng perlahan.
“Hmm…tak apalah. Nanti Papa tanya Asrul.” Ujar Datuk Farid. Lama mereka terdiam. Faizal berkira-kira untuk beredar tetapi dilabuhkan semula punggungnya apabila Datuk Farid menahan.
“Kamu nak kemana? Papa tak habis lagi cakap ni.” Sela Datuk Farid.
“Zal ingat Papa dah habis cakap.” Sempat lagi Faizal menjawab.
“Habis je final paper Zal, Papa akan hantar Zal kepada Auntie Kay.” Kata-kata Datuk Farid itu membuatkan Faizal tergamam.
“Tapi, Pa…Zal lebih suka duduk sini. Zal ramai kawan kat sini.” Bantah Faizal dengan nada yang sedikit tinggi. Dia berdiri dan mundar-mandir dihadapan Datuk Farid. Benar tidak suka dengan sikap Papanya itu.
“Zal, behave yourself. Ingat dengan siapa Zal bercakap ni.” Nada Datuk Farid tegas tetapi dalam masa yang sama sedikit tenang. Faizal kembali menghenyakkan punggungnya di sofa.
“Pa...Zal ada hidup Zal sendiri. Yang Zal berhak untuk tentukan. Kemana Zal nak pergi, atau macam mana Zal nak hidup. You have no rights to make a decision for me.” Faizal berkata dalam nada yang sudah mengendur. Wajah Datuk Farid kelihatan tenang.
“I still have the rights to determine my children’s life. Selagi Zal duduk dalam rumah ni, Papa ada hak untuk tentukan apa-apa saja yang berkaitan dengan diri Zal dan adik-adik. You are my son. And, you’re my only hope to inherit our family businesses. Hanya Zal je harapan Papa.” Sela Datuk Farid. Faizal hanya menundukkan wajah.
“Tapi Pa, Zal belum bersedia untuk pikul tanggungjawab as the chairman of the company. I’m not qualified for that. Kan Encik Kamal boleh tolong Papa. Dia lebih layak. Dia lebih lama kerja dengan Papa.” Faizal mengusulkan cadangan. Tidak mahu dia membebankan diri dengan memikirkan perihal kerja yang tidak berkesudahan itu.
“Encik Kamal hanyalah seorang pembantu yang membantu Papa menguruskan syarikat. Tapi Papa perlukan pewaris. Bukan pembantu. Dan Zal adalah pewaris Papa. Yang lebih berhak ke atas syarikat-syarikat kita ni. Papa takkan serahkan pada orang luar. Bukan niat Papa untuk membebankan Zal. Atau berniat untuk menyusahkan. Tapi bagi Papa, sebagai anak sulung, Zal kena ada rasa tanggungjawab. Kalau satu hari nanti Papa dah tak ada, kepada siapa lagi Papa nak harapkan untuk jaga Mama dan adik-adik. Zal kena fikirkan mereka. Mereka sangat memerlukan perhatian Zal. Papa tahu. Hidup sebagai anak sulung memang kena bersusah dahulu. Tapi, percayalah cakap Papa, satu hari nanti, Zal takkan menyesal dengan keputusan yang Papa ambil ni.” Panjang lebar Datuk Farid menjelaskan. Faizal masih tidak berpuas hati. Ada sahaja perkara dimindanya ingin membantah.
“Papa tunggu jelah Fikhri dan Fathiq besar. Lepas tu, bagi kat dia orang.” Ujar Faizal. Datuk Farid menggelengkan kepala. Susah bercakap dengan anak yang keras kepala. Biarlah. Satu hari nanti, dia akan mengerti akan sebab semuanya itu berlaku.
“Papa tak nak dengar bantahan Zal lagi. Keputusan Papa muktamad. Samada Zal terima atau tak, Zal akan Papa hantar kepada Auntie Kay.” Tegas sekali Datuk Farid berkata. Dia bangun dan berkira untuk beredar.
“Zal takkan pergi.” Masih berniat untuk melawan kata-kata lelaki tua itu.
“Zal…it’s my final decision. Whether you like it or not, you have got to go to Perth. Finish. Fullstop. Understand? No more arguments.” Faizal tersandar di sofa. Pasti kata-kata Datuk Farid sudah tidak boleh dibangkang. Diraup wajahnya. Bagaimana dia hendak meninggalkan sahabat-sahabatnya? Sudah tentu, Faizal akan merindui mereka. Terutama sekali Ku Zhety. Pasti dia akan merindui sikap manja gadis itu.
“Arghh...” Faizal menjerit perlahan.

BERSAMBUNG.....

Saturday, April 4, 2009

Kau Milikku 3

BAB 3

SATU padang sekolah Dizyan harus berlari sebanyak 10 kali. Termengah-mengah menahan nafas semput. Mahu kurus badannya disuruh lari sebegitu. Kelihatan guru pendidikan jasmani yang kacak itu sedang memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar sekelasnya. Dizyan berlari dengan kain sekolah biru cair dan baju T sukan. Nantilah kau, Faizal. Kau belum kenal siapa Dizyan Farhana, gumam Dizyan dalam hati. Sebal bila didenda. Tiba-tiba terdengar sorakan dari sekumpulan budak lelaki. Dizyan mengalih pandang. Faizal dan ahli gengnya sedang menyorak untuk Dizyan.
“Go dugong, go! Go dugong!” jeritan mereka membingitkan telinga. Menyakitkan hati. Sudahnya, Dizyan buat tidak tahu sahaja.
“B.L.U.E H.Y.P.P.O! Blue….Hyppo!” sorakan dari gadis-gadis genit yang berada berdekatan dengan ahli kumpulan Faizal itu. Rakan-rakan sekelas Dizyan, hanya mentertawakan mereka. Yasmin, Misha dan Kartika kasihan melihat Dizyan diperlakukan sebegitu.
“Apa yang bising-bising ni?” lantang Cikgu Zamani memarahi rakan sekelas Dizyan. Mereka semua senyap.
“Apa yang kamu semua buat kat sini? Kelas kamu tak ada pendidikan jasmani hari ni. Pergi balik ke kelas masing-masing sebelum saya laporkan pada guru disiplin.” Arah Cikgu Zamani tegas. Dizyan hanya tersenyum sinis memandang ke arah ahli kumpulan Faizal seorang demi seorang. Diangkat ibu jarinya dan dijelirkan lidah ke arah mereka.
“Kau memang nak kena dengan aku ni, dugong sesat.” Aneeq berkata. Tetapi segera ditahan oleh Rizal dan Hakimy.
“Dahlah tu, wei. Jom balik kelas. Karang kalau Cikgu Zamani report kat Cikgu Alias, lagi naya kita.” Rizal menarik Aneeq yang berdiri tercegat disitu. Mereka semua cepat sahaja melangkah kembali ke kelas masing-masing.
Habis sahaja kelas tambahan yang diadakan oleh Cikgu Harnani, Dizyan harus melaksanakan hukuman yang telah pun diberikan oleh Cikgu Alias pula. Dengan berus sabut di tangan kiri dan sebaldi air sabun di tangan kanan, Dizyan menuju ke tandas perempuan yang terletak disebelah bengkel pertukangan. Yasmin terpaksa pulang awal kerana dijemput oleh ayahnya. Misha pula ada tuisyen petang nanti. Jadi, dia hendak pulang awal untuk berehat sebentar sebelum ke tempat tuisyen. Dizyan faham. Dia mengerti mereka tidak boleh menemaninya. Dia juga tidak memaksa mereka untuk menemani dia. Selesai membasuh tandas tersebut, bau haruman sabun menusuk ke hidung Dizyan. Baru lega sedikit melihat tandas yang bersih ini. Kalau tidak, kotornya mengalahkan tandas awam. Dia menarik nafas kelegaan. Diletakkan semula berus sabut dan baldi itu ke bilik stor. Dizyan mengambil beg yang diletakkan di dalam kelas dan melangkah keluar. Menuju ke arah pintu pagar. Dia bernyanyi kecil sambil berjalan. Senyuman selalu terukir di wajah gadis comel itu. Tidak pernah merungut walaupun didenda. Masih berwajah ceria.

Ku bukan superstar,
Kaya dan terkenal,
Ku bukan saudagar,
Yang punya banyak kapal,
Ku bukan bangsawan,
Ku bukan priai,
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai...

Dizyan melintasi kawasan yang selalu menjadi tempat lepak ahli kumpulan Faizal. Tidak perasan akan beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan gelagatnya.
“Ada orang tu dah jadi ganti Kak Jah. Dah teringin sangat ke nak jadi cleaner tetap sekolah?” sindir Aneeq. Langkah Dizyan terhenti. Dia berpusing dan menghadap ahli kumpulan yang sedang mentertawakan dirinya.
“Hey, tapir tak ada hidung. Menyindir nampak. Kalau kau berani sangat, cakaplah depan-depan aku. Tak payah nak sindir akulah, gila!” Dizyan berkata lantang. Mata Aneeq sudah mencerlung.
“Kau memang tak serik lagi, ya. Bila seluar kau dah kita orang gantung kat pokok sarang tebuan tu.” Ujar Aneeq, kuat. Dizyan menjelirkan lidah.
“Jadi, kau mengakulah yang kau gantung seluar aku?” Dizyan pura-pura bertanya.
“Memang aku yang gantung. Kau nak buat apa?” Aneeq tersenyum sinis. Tiba-tiba senyumannya mati apabila melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Dia memandang Faizal. Kemudian beralih kepada Rizal dan Hakimy. Mereka pura-pura memandang ke tempat lain.
“Aneeq, jumpa saya di bilik saya.” Ujar Cikgu Alias dan beredar dari situ. Dizyan juga tidak menyangka Cikgu Alias masih ada disekolah. Setahu dia, waktu sebegini Cikgu Alias sudah pulang. Rupa-rupanya, dia hendak memerhatikan Dizyan. Samada gadis itu melaksanakan dendanya atau tidak. Aneeq membuntuti Cikgu Alias sehingga ke bilik guru disiplin. Dizyan melambai secara mengejek.
Faizal mendekati Dizyan yang memerhatikan bayangan Cikgu Alias dan Aneeq menghilang disebalik bangunan yang menempatkan bilik guru disiplin. Dizyan berpaling untuk berjalan ke arah pintu pagar. Dan dengan tidak semena-menanya, dia terlanggar Faizal yang berada di belakangnya.
“Adoi....” Dizyan mengaduh kesakitan. Dia mendongak memandang Faizal. Cemberut sahaja wajahnya. Mendengus kasar.
“Aku dah malas nak gaduh dengan kau. Aku nak berdamai je dengan kau. Apa kata?” Faizal menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dizyan memandang huluran tangan itu dengan perasaan sedikit tidak percaya.
“Kalau aku setuju untuk berdamai, apa muslihat kau?” Dizyan bertanya. Bukan dia tidak kenal dengan lelaki dihadapannya itu. Sudah 5 tahun mereka menjadi musuh tradisi. Belum pernah sekalipun, Faizal cuba untuk berdamai dengannya. Hanya Dizyan sahaja yang banyak beralah kerana sejak pertama kali terpandangkan Faizal, hatinya sudah mula suka.
“Tak ada apa-apa muslihatlah. Yang kau nak curious sangat ni, kenapa? Aku cuma nak berdamai dengan kau sebab ini tahun terakhir kita akan berjumpa. Manalah tahu, lepas-lepas ni kita dah tak berjumpa lagi. Jadi aku malaslah nak bergaduh dengan kau lagi dah.” Jelas Faizal dengan senyuman menggoda. Hati Dizyan berdebar.
“Nantilah aku fikirkan dulu. Esok aku bagi jawapan.” Kata Dizyan acuh tidak acuh. Wajahnya selamba. Tetapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Okay. Aku akan tuntut jawapan daripada kau, esok.” Faizal sekali lagi tersenyum menggoda. Dizyan hanya memerhatikan langkah Faizal meninggalkannya. Kemudian, dia melepaskan keluhan kuat dan berjalan menuju ke arah pintu pagar untuk menunggu bas pulang ke rumah.
“Apa yang kau cakap dengan dia, Fez?” tanya Najib sebaik sahaja Faizal melabuhkan punggung dihadapan mereka semua.
“Aku cakap aku nak berdamai dengan dia.” Ujar Faizal selamba. Mulut ahli kumpulan yang lain ternganga kecuali Najib. Dia tahu sangat akan perkara yang bermain di kepala Faizal itu.
“Apa sebenarnya trick kau?” Najib bertanya lagi.
“Tak ada apa-apa trick. Aku just nak berdamai je dengan dia.” Walaupun di mulut Faizal terluah apa yang dibincangkan dengan Dizyan tadi, tetapi mindanya tetap ligat berfikir.
“Come on lah, Fez. Aku kenal kau dah berapa lama? 15 tahun. Dari zaman kita tadika lagi. Aku tahu sangat apa yang kau fikirkan tu. Aku bukan kenal kau 1 hari, 2 hari.” Najib masih cuba mengorek. Masing-masing terdiam. Faizal seperti berfikir sesuatu.
“Kita final exam SPM start bila?” tanya Faizal tiba-tiba.
“Hujung bulan depan.” Jawab Hakimy pula. Faizal mengangguk perlahan.
“Aku akan laksanakan rancangan aku ni on last day paper.” Faizal tersenyum sinis apabila berkata-kata. Dia sudah tahu rancangan yang terbaik untuk mengenakan Dizyan.
“Rancangan apa pulak ni?” tanya Najib tidak puas hati.
“Adalah. Kau tunggu dan lihat saja. Aku yakin dugong tu akan merayu-rayu pada aku untuk lepaskan dia.” Faizal menyilangkan lengan ke dada sambil dapat membayangkan keadaan Dizyan merayu kepada dia. Najib menggeleng.
“Kau jangan buat yang bukan-bukan, Fez. Ingat sikit kat bapak kau tu, Datuk Farid. Orang yang berpangkat. Jangan nanti kau malukan dia.” Nasihat Najib. Faizal tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Najib. Orang yang paling rapat dengannya.
“Kau jangan risaulah, Jib. Aku takkan malukan Papa aku.” Ahli kumpulannya yang lain bingung dengan sikap Faizal. Apakah yang hendak dilakukannya nanti?

“ASSALAMUALAIKUM.” Laung Dizyan dari luar. Kelihatan Mak Kiah sedang menyiram pokok bunga. Dizyan membuka pintu kecil yang ada di sebelah kiri pintu pagar automatik tersebut. Dia melangkah masuk. Tersenyum lebar memandang orang tua itu.
“Apasal Yan balik lambat sangat? Kelas tambahan Yan dah habis awal kan tadi?” Mak Kiah bertanya. Dizyan hanya tersenyum.
“Hah? Ni apahal pulak tersenyum seorang diri ni?” pelik Mak Kiah melihat kelakuan Dizyan.
“Tak ada apa-apalah, Mak Kiah. Yan masuk dulu, ya.” Ujar Dizyan ingin meminta diri. Dia berjalan menuju ke arah pintu utama.
“Yan dah makan ke belum?” tanya Mak Kiah. Dizyan berpaling.
“Belum lagi.” Jawab Dizyan. Berjalan mengundur sehingga ke pintu rumah.
“Pergilah makan. Tu Mak Kiah dah sediakan makanan atas meja.” Mak Kiah berkata. Dizyan mengangguk pantas dan berpaling semula untuk masuk ke dalam. Mak Kiah menggeleng. Tahu sangat mesti ada perkara menggembirakan yang berlaku hari ini dalam hidup gadis montel itu. Kalau tidak, tidak mungkinlah senyumannya boleh sampai ke telinga.
Dizyan berlari naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Membuka pintu dan segera mencapai tuala untuk membersihkan diri. Terasa dirinya melekat kekotoran yang ada di dalam tandas sekolah tadi. Dizyan keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri dan meletakkan baju sekolahnya di dalam bakul baju kotor. Kemudian dia membaringkan diri di atas katil. Untuk melepaskan penat menjalani hukuman tadi. Dizyan bangun semula dari pembaringan dan membuka komputer riba miliknya dan terus menaip URL Youtube. Ingin mendengar lagu Superstar nyanyian kumpulan Project Pop. Pertama kali mendengar lagu tersebut, terbahak-bahak dia ketawa seorang diri.
Kembali membaringkan diri di atas katil. Matanya tertala ke siling. Teringat huluran tangan Faizal. Adakah lelaki itu sememangnya ikhlas atau ada muslihat disebalik wajah yang menunjukkan keikhlasan itu? Dizyan jadi runsing dengan kelakuan Faizal. Dalam sekelip mata sahaja, dia boleh berubah menjadi orang lain. Kadangkala sangat baik, terlalu baik. Kadangkala jahatnya mengalahkan pelesit.
“Hmmm….patut ke tak patut aku berdamai dengan dia?” Dizyan bercakap seorang diri. Dia memusingkan badan menghadap laptop yang terbuka screen savernya. Wajah pelakon Seducing Mr. Perfect dan X-Men:Wolverine, Daniel Phillip Henney, menghias desktop background dan juga screen saver. Memang itulah satu-satunya pelakon yang menjadi kegilaan Dizyan. Kenapalah wajah Faizal juga seiras dengan wajah lelaki itu? Dizyan melepaskan keluhan. Ketukan di pintu, mematikan lamunannya. Dizyan terus bangun dan menuju ke pintu. Dibuka pintu dan terjengul wajah Mak Kiah.
“Yan dah makan yang Mak Kiah masak tadi?” Mak Kiah bertanya. Dizyan menggeleng perlahan.
"Cepatlah turun makan. Nanti Mak Kiah nak masak makan malam pulak.” Mak Kiah berkata dalam senyuman. Dizyan kembali membalas dan mengangguk perlahan. Dia membuntuti Mak Kiah dan turun ke tingkat bawah untuk ke dapur.

BERSAMBUNG....