BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 29, 2009

DARI K.L KE LUXEMBOURG


Yahooooooooo!!!!!!!!!!!


akhirnya buku ku telah pun diterbitkan.....jangan lupa dapatkannya di pasaran.......



inilah covernya!harga RM29.90!

KORG!!!!!!

Salam semua,

Semalam ketua (Encik F,bukan nama sebenar....hihi) dari Malindo Publications ada call. Good news,katanya buku novel Dari K.L ke Luxembourg sudah siap diprint. And, akan diedarkan ke pasaran secepat mungkin. Tetapi yang good newsnya, novel tu boleh didapati di Pesta Buku Selangor, Kompleks PKNS Shah Alam, waktunya dari 10.00 pagi-9.00 malam......

Jangan lupa beli, u guys! Dapatkan yang original,bukan cetak rompak.....wakakakak!

Thanx 4 supporting me all da way! teruskn membaca Kau Milikku.......

Monday, July 27, 2009

yo!

salam semua,

nak minta tolong sikit. ade x sesape yg tahu cm ner nk wat link untuk setiap novel?saye masih x taw nk wat cm ner.....plizzzz.......

sekian.....

tggu smbgan K.M minggu dpn, k. dh best sket!hehe saje je kn nk wat korg sume x sabo.....

Saturday, July 25, 2009

Kau Milikku 27

BAB 27

SETELAH Hartanty menerangkan segala yang perlu dilakukan oleh Dizyan, dia mengangkat kotak yang diisi barangannya. Terasa sedih apabila terpaksa meninggalkan tempat yang sudah hampir 4 tahun dihuninya. Berpindah ke tempat yang baru dan juga menghadapi ketua yang baru. Fateen yang baru sahaja tiba di pejabat terkejut melihat Hartanty yang sudah mengangkat kotak barangannya. Dia menuju ke arah gadis itu.
“Kau nak kemana ni? Berhenti? Kenapa kau tak cakap dengan aku?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Fateen. Hartanty tersenyum dan menggeleng.
“Taklah. Aku pindah tempat je.” Ujar Hartanty pula. Dizyan hanya memandang Hartanty dan Fateen silih berganti.
“Pindah tempat siapa?” berkerut dahi Fateen.
“Shima.” Hartanty menjawab ringkas. Ternganga mulut Fateen mendengar kata-kata Hartanty.
“Kau jadi P.A Datuk?” Fateen sekali lagi bertanya. Hartanty mengangguk perlahan.
“Bestlah kau. Jadi orang penting Datuk. Sejak bila kau naik pangkat ni? Apasal kau tak beritahu aku?” Fateen menolak perlahan bahu Hartanty. Gadis itu hanya tersenyum kecil.
“Tak adalah. Aku pun tak tahu yang aku kena ganti Shima. Baru minggu lepas Kak Sherry inform aku.” Hartanty berkata. Tangannya sudah tidak dapat menahan keberatan kotak barangannya itu.
“Teen, aku pergi dululah. Aku dah tak larat angkat kotak ni. Kau berkenalanlah dengan secretary baru Encik Faizal tu.” Seloroh Hartanty. Fateen mengangguk melihat Hartanty melangkah pergi. Kemudian beralih pada Dizyan dan tersenyum pada gadis itu. Dizyan membalas senyuman manis Fateen.
“Hai, saya Fateen.” Fateen menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
“Dizyan. Panggil Yan je.” Jawab Dizyan ringkas. Mereka bersalaman.
“Rasanya lepas ni lebih baik awak pergi jumpa kaunselor.” Fateen berkata-kata. Dizyan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Fateen.
“Orang tua kat dalam tu, gila sikit. Nanti dengan Yan pun gila sama.” Fateen berseloroh. Dizyan tergelak kecil. Tiba-tiba pintu bilik Faizal terbuka. Mereka sama terdiam.
“Mana Nescafe ‘O aku?” tanya Faizal. Dizyan terkedu. Fateen menyinggung pinggang Dizyan. Gadis itu memandang Fateen di sebelah. Diberikan isyarat mata. Suruh menjawab pertanyaan Faizal itu. Faizal memang pantang jika orang tidak menjawab soalannya.
“Sa…sa…saya ak…akan…buat.” Tergagap Dizyan menjawab.
“Si Tanty ni mentang-mentang nak berambus, dah lupa air aku.” Bebel Faizal seorang diri sambil menutup pintu biliknya. Fateen melepaskan keluhan lega.
“Setiap kali si tua tu tanya pada Yan, kena jawab tau. Dia pantang sikit kalau orang tak jawab. Mau kecoh satu office dia bising.” Pesan Fateen. Gadis itu mengangguk perlahan. Tidak pula Hartanty berpesan kepadanya. Mungkin terlupa.
“Tak apalah. Teen pergi buat kerja dulu. Baik Yan cepat sikit buat Nescafe ‘O dia tu.” Sekali lagi Fateen berpesan. Dizyan tidak tahu kemana arah yang perlu dia tuju untuk ke pantri. Cuba diingati arah mana yang ditunjukkan oleh Hartanty sebentar tadi. Diambil salah sebuah cawan yang ada disitu dan segera dibancuh air Nescafe yang diminta oleh Faizal itu.
Dizyan mengetuk pintu bilik Faizal sambil menatang dulang kecil yang diletakkan secawan Nescafe yang panas itu. Diletakkan dihadapan Faizal. Lelaki itu memandang cawan yang berada di atas mejanya dan dikerutkan dahi.
“Ni cawan siapa yang kau ambil?” tanya Faizal. Memandang Dizyan dengan tajam. Tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Faizal itu.
“Saya ambil cawan dalam pantri.” Jawab Dizyan. Faizal menyandarkan badannya ke kerusi.
“Ini cawan aku. Kau pergi tukar balik.” Unjuk Faizal ke arah cawan yang ada di atas mejanya. Dizyan mendengus perlahan dan mencapai cawan tersebut. Dibawa semula ke pantri dan dituang Nescafe tersebut ke dalam cawan Faizal. Dia membawa semula cawan Faizal itu ke bilik Faizal. Sekali lagi diletakkan dihadapan Faizal. Lelaki itu yang sedang leka membaca fail, mencapai cawan tersebut. Cepat-cepat meletakkan semula cawan itu. Dilap air yang terkeluar sedikit dari mulutnya.
“Air apa yang kau buat ni? Pahit! Tak sedap macam Tanty buat.” Kutuk Faizal. Dizyan menelan air liur. Disabarkan hati yang tiba-tiba panas.
“Maafkan saya, Encik Faizal. Saya tahu air yang saya buat tak sesedap Tanty. Tapi saya akan cuba belajar dengan Tanty macam mana nak buat mengikut kehendak Encik Faizal.” Ujar Dizyan, tegas. Faizal memandang sinis.
“Tahu tak apa. Sudah! Kau pergi buat kerja kau.” Faizal menghalau Dizyan keluar. Menyampah melihat wajah Dizyan dengan lebih lama. Tanpa menunggu lebih lama, Dizyan terus melangkah keluar. Duduk semula di tempat Hartanty yang kini menjadi tempatnya.
Interkom di tempat Dizyan berkelip lampu berwarna merah. Perlahan Dizyan menekan butang tersebut. Seseorang bercakap di hujung talian.
“Tanty…” panggil Mastura. Dizyan berdehem kecil.
“Mastura, saya Dizyan. Bukan Tanty.” Jawab Dizyan dengan senyuman walaupun Mastura tidak nampak akan senyumannya itu.
“Maaf, Cik Dizyan. Cik Zhety nak berjumpa dengan Encik Faizal.” Ujar Mastura lembut. Dizyan menarik nafas sedalam-dalamnya sambil memejamkan mata.
“Tunggu sekejap, Mas. Saya tanya dengan Encik Faizal dulu.” Dizyan berkata pula. Mereka sama-sama mematikan talian interkom. Dizyan bangun dari duduknya dan menuju ke bilik Faizal. Diketuk pintu bilik tersebut perlahan. Arahan masuk diberikan.
“Encik Faizal, Cik Zhety ada kat luar. Dia nak berjumpa dengan Encik Faizal.” Dizyan menukas. Faizal mendongak memandang gadis dihadapannya itu.
“Panggillah dia masuk.” Arah Faizal. Dizyan mengangguk lemah. Dia keluar dan menuju ke mejanya. Ditekan interkom sambungan ke penyambut tetamu. Mastura menjawab lembut. Dizyan menyampaikan arahan Faizal.
Beberapa minit kemudian, kelihatan bayangan Ku Zhety melintasi mejanya. Tetapi kemudian gadis itu berhenti dihadapan meja Dizyan. Gadis itu mengangkat muka memandang Ku Zhety apabila diperasannya Ku Zhety tidak berganjak dari situ. Membalas pandangan Ku Zhety. Dia memandang tajam. Kemudian, menjeling dan beredar dari situ. Memulas tombol pintu bilik Faizal dan kedengaran suara Ku Zhety yang kuat memanggil Faizal dengan panggilan sayang. Dizyan memegang dadanya yang tiba-tiba rasa seperti hendak meletup. Kenapa perasaan cemburu meluap-luap sedangkan dia memang tidak ada perasaan pada Faizal? Isteri mana yang tidak cemburu jika si suami berjumpa dengan perempuan lain yang bukan muhrimnya. Kemudian, memanggil dengan panggillan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka berdua buat di dalam bilik itu? Perasaan ingin tahu menjalar dalam diri Dizyan.


“SAYANG!” panggil Ku Zhety dengan gaya manjanya. Faizal langsung tidak mengangkat muka memandang Ku Zhety. Dia mendekati meja Faizal dan duduk di atas meja tersebut dengan kakinya disilangkan. Faizal mendengus geram.
“You jangan duduk atas meja I, boleh tak?” Faizal berkata. Ku Zhety masih tidak mahu mendengar kata-kata Faizal. Dibuatnya tidak tahu sahaja.
“Zhety, please. I cakap elok-elok kan. Kenapa you tak nak dengar?” Faizal bersuara kuat. Geram melihat perbuatan Ku Zhety yang seperti endah tak endah itu.
“You ni kenapa? Ohh…sejak dah ada secretary baru, I ni macam sampah kan di mata you.” Ku Zhety menyilangkan lengan. Terus berdiri dari meja. Berjalan dan berdiri menghadap jendela yang menayangkan panorama Kuala Lumpur yang sibuk itu. Faizal melepaskan keluhan perlahan. Dia turut berdiri dan berjalan mendekati Ku Zhety yang membelakangkannya. Dia berdiri di belakang Ku Zhety. Dekat sekali sehingga badan Faizal bersentuhan dengan belakang ku Zhety.
“Bukan macam tu, sayang. Tapi you kan tahu I tak suka orang duduk atas meja I. Tak kiralah siapa pun.” Jelas Faizal. Bukannya Ku Zhety tidak tahu pantangnya yang satu itu. Ku Zhety seperti tidak mahu termakan pujuk Faizal. Sudah malas untuk Faizal memujuknya. Faizal menjauhi Ku Zhety dan duduk semula di mejanya.
“Kenapa you datang jumpa I ni?” tanya Faizal. Menyandarkan badan ke kerusi empuk. Ku Zhety mengalihkan badannya memandang Faizal. Dengan senyuman manis, dia menuju semula ke arah Faizal.
“Sayang, jom pergi Tiffany. I nak tunjuk kat you satu necklace ni. Cantik tau. I berkenan sangat.” Pujuk Ku Zhety. Faizal hanya memandang wajah Ku Zhety dengan pandangan kosong. Tahu sangat umpan Ku Zhety.
“Beli jelah. Apasal tengok je?” ujar Faizal. Pura-pura tidak faham.
“Ala….I nak tunjuk kat you dulu. Baru beli.” Ujar Ku Zhety dengan gaya gediknya. Faizal menyilangkan lengan dan tersenyum sinis.
“You kan tahu I tak pernah beli jewelleries untuk you.” Faizal berkata. Kembali menatap fail yang bertimbun dihadapannya itu.
“Memang pun. Selama ni you asyik beli fresh flowers je. Boringlah. I nak something yang I boleh pakai.” Muncung Ku Zhety sudah panjang sedepa apabila terasa seperti permintaannya ditolak walaupun Faizal tidak menyatakan dengan terang.
“I kan dah kata sebelum ni. I takkan beli apa-apa untuk you yang boleh buatkan you menaruh harapan pada I. I tak harapkan apa-apa daripada hubungan ni. And, you pun jangan harapkan apa-apa. If I bagi you barangan, you akan harapkan lebih daripada I. I tak boleh bagi apa-apa yang lebih pada you.” Panjang lebar Faizal menerangkan pada Ku Zhety. Dia tahu, itulah perkara yang selalu diulangi oleh Faizal. Ku Zhety memasamkan wajahnya.
“Fine. I balik dululah.” Ku Zhety mencapai tas tangan tanpa tali itu dari atas meja Faizal dan menuju ke pintu. Dipulas tombol tersebut dan terus melangkah keluar. Faizal hanya memandang bayangan Ku Zhety menghilangkan di sebalik pintu kayu itu. Tersenyum dan menggeleng.
Wajah Ku Zhety yang muram itu mendapat perhatian para pekerja yang berada di dalam pejabat. Dizyan juga turut memandang ke arah Ku Zhety. Gadis itu memandang Dizyan sekilas dan menjeling tajam. Dia menuju ke arah lif. Ditekan butang lif dengan kasar. Turun ke Basement. Masuk sahaja ke dalam kereta, Ku Zhety menjerit sekuat hati. Tidak dapat mengumpan Faizal untuk membelikan rantai leher yang berharga puluh ribuan. Dia tidak mampu untuk membeli rantai leher itu. Baru sahaja semalam Ku Zhety memeriksa baki akaunnya. Hanya tinggal RM600. Cukupkah untuk dia menampung kehidupannya selama seminggu sebelum dia dapat membuat pertunjukkan fesyen di Milan hujung bulan ini? Hendak ke Milan, sudah tentulah kena beli baju baru dan juga barangan solek serba baru. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia, barulah mereka diberikan duit untuk pertunjukan fesyen yang sekiranya berjalan dengan lancar itu. Ku Zhety berfikir. Duit siapakah yang hendak dikikisnya kali ini? Hendak minta pada Daddynya, sudah tentu ‘disembur’ sebakul dahulu. Baru Daddy akan menghulur duit kepadanya. Tetapi sudah tentu tidak banyak. Dalam RM2000. Sedangkan dia amat memerlukan sekurang-kurangnya RM5000 ke RM 6000. Mummy juga tidak boleh beri banyak. Sebab kesemua duit yang Mummy ada, diberikan oleh Daddy.
Leka Ku Zhety bermain dengan telefon bimbitnya. Tiba-tiba nama Uncle Joe terpacul di skrin. Tersenyum sinis Ku Zhety memandang skrin telefonnya. Sahabat baik Daddy yang seorang ini memang menyukai Ku Zhety sejak dari dulu lagi. Tetapi Ku Zhety tidak melayannya kerana memikirkan Daddy. Sekarang ini, dia amat terdesak dan memerlukan wang. Apa sahaja dia sanggup buat. Asalkan dapat duit. Didail nombor lelaki itu. Ada nada deringan. Seseorang menjawab panggillannya itu.
“Hello?” suara garau lelaki menjawabnya.
“Hello, Uncle. Zhety ni.” Ku Zhety berkata dengan manja. Suaranya sengaja dilunakkan.
“Yes, Zhety. Kenapa Zhety call Uncle ni?” suara Uncle Joe yang garau itu menggetarkan hati Ku Zhety. Dia menelan air liur.
“Uncle….Zhety tak tahu macam mana nak cakap dengan Uncle ni.” Sengaja Ku Zhety bermain tarik tali dengan Uncle Joe.
“Zhety, just tell me. What is the problem, sayang?” bibir Ku Zhety sudah mengukirkan senyuman sinis. Hatinya menggeletek geli hati mendengarkan perkataan ‘sayang’. Ku Zhety pura-pura mengeluh.
“Okay. Macam nilah. Kita jumpa. Then, Zhety boleh cerita dengan Uncle apa yang ada dalam fikiran Zhety tu.” Cadangan Uncle Joe memang ditunggu-tunggu oleh Ku Zhety.
“Okay. Tapi kita nak jumpa kat mana?” tanya Ku Zhety. Uncle Joe seperti berfikir sesuatu apabila lama dia mendiamkan diri.
“Hotel Impiana.” Akhirnya Uncle Joe memberikan jawapan. Ku Zhety menggigit bibir.
“Tak naklah, Uncle. Daddy selalu lunch kat situ dengan staff dia.” Nasib baik Ku Zhety teringat tempat kegemaran Ku Nashman. Sekali lagi Uncle Joe berfikir.
“How ‘bout JW Marriott?” Ku Zhety pula mencadangkan. Uncle Joe turut bersetuju.
Ku Zhety menghidupkan enjin keretanya dan menderu pergi meninggalkan RUFA Tower. Dalam fikirannya, sudah dirangka rancangan dan jawapan yang hendak diberikan kepada Uncle Joe.


DIZYAN tidak tahu hendak buat apa pada hari pertama dia disitu. Hanya menatap skrin komputer. Tetapi telefon selalu sahaja berdering. Setiap panggilan dan juga nombor telefon akan dicatit di dalam buku yang disediakan. Sesekali Dizyan akan melihat jam di tangan. Lambatnya masa berlalu. Entah kenapa pekerjaannya, tidak menimbulkan keseronokan berbanding dahulu sebagai pembantu rumah Datuk Farid. Dulu, statusnya hanya sebagai seorang pekerja. Tetapi kini, seorang setiausaha kepada suami sendiri. Suami yang tidak mahu hubungan mereka itu dihebohkan. Elok juga Faizal memintanya merahsiakan daripada pengetahuan pekerja lain. Kalau tidak, pasti kecoh satu bangunan. Kebanyakan pekerja sudah pulang. Hanya Dizyan sahaja yang tidak dibenarkan pulang oleh Faizal. Pintu bilik Faizal terbuka dan terjengul wajah lelaki itu.
“Aku nak kau draft proposal ni. And, you give it to me first thing in the morning.” Faizal memberikan arahannya yang pertama. Dihulurkan sehelai kertas kepada Dizyan. Gadis itu menyambut huluran kertas tersebut. Draft proposal? Belum pernah Dizyan melakukannya. Langkah kaki Faizal terhenti dan beralih memandang Dizyan.
“Aku nak kau siapkan malam ni jugak. Selagi tak siap….Kau fahamlah kan maksud aku.” Ujar Faizal. Dizyan mengangguk lemah.
Dibaca kertas tersebut. Faizal menulis apa yang diperlukan untuk deraf kertas kerja itu. Sekali lagi mata Dizyan melihat jam di tangan. Hampir pukul 5.45 petang. Bagaimana dia hendak menyiapkan kertas kerja dalam masa satu malam? Kertas tersebut hanya dipandang sahaja. Tiada satu kertas kerja yang boleh dijadikan panduan. Sebentar tadi Dizyan menelefon Hartanty di meja Shima. Tetapi Hartanty sudah pulang. Dia tiada nombor telefon bimbit Hartanty. Fateen sudah keluar ke lokasi. Entah bila masa pula dia akan pulang. Tiada juga nombor Fateen. Dizyan termenung dan terus bermenung. Pintu bilik Faizal sekali lagi terbuka. Dia memegang beg bimbit dan juga mengendong fail. Berhenti dihadapan meja Dizyan. Diletakkan fail yang bertimbun itu di atas meja Dizyan.
“Photocopy semua ni. 10 copies each. Esok aku ada meeting dengan production house. Kau siapkan benda ni dulu, baru continue buat draft proposal tu.” Dizyan melepaskan keluhan perlahan dan mengangguk. Faizal meletakkan beg bimbitnya di atas meja Dizyan dan menyarungkan kot ke tubuhnya.
“Aku balik dulu. Make sure everything is ready by tomorrow morning.” Arahan diberikan Faizal, sudah diterima. Dia hanya melihat Faizal melangkah pergi.
Dizyan masuk ke bilik yang diletakkan mesin fotostat. Satu persatu fail dirungkaikan. Fotostat sehelai demi sehelai untuk dijadikan 10 buah fail. Penghawa dingin yang sebentar tadi dipasang kuat, sudah diperlahankan sehingga hanya sekali sekala terasa kedinginannya.


DATIN Rubaiyah mundar-mandir di ruang tamu. Datuk Farid masih belum pulang. Begitu juga dengan Dizyan. Hanya Faizal sahaja yang pulang awal. Tetapi sebentar lagi, dia pasti akan keluar untuk bertemu dengan sahabat handainya. Anak lelaki sulung Datin Rubaiyah itu selalu sahaja tidak lekat di rumah. Ada sahaja perancangan yang dibuat bersama kawan-kawan. Paling Datin Rubaiyah tidak berkenan, sejak berkahwin ini, kerapkali Faizal keluar bertemu dengan Ku Zhety. Sudahlah petang tadi dia terserempak dengan Ku Zhety yang berjalan dengan seorang lelaki tua. Menuju masuk ke dalam Hotel JW Marriott. Siap berpegangan tangan lagi. Datin Rubaiyah bersyukur sangat Ku Zhety tidak menjadi menantunya. Simpang malaikat 44. Sesekali matanya menatap jam antik yang berada di sudut ruang tamu. Faizal yang baru sahaja turun dari tingkat atas, sedang memakai jam, berkerut dahinya melihat Datin Rubaiyah yang kegelisahan.
“Kenapa, Ma?” tanya Faizal. Datin Rubaiyah berpaling dan menatap wajah anaknya.
“Mama risaukan Yan. Dah dekat pukul 10 ni. Tak balik-balik pun lagi. Papa pulak keluar makan dengan client. Entah apa yang disembangkan lama-lama dengan clientnya itu pun, Mama tak tahulah.” Sekejap Datin Rubaiyah berdiri dan sekejap duduk.
“Banyak sangat ke kerja dekat office kamu tu, sampai Yan tak balik lagi ni.” Ujar Datin Rubaiyah. Televisyen yang terpasang pun sudah tidak dipedulikannya lagi. Faizal mendengus perlahan. Kasihan pula melihat Datin Rubaiyah yang merisaukan menantunya. Dia menuju ke rak kasut dan menyarungkan kasut sneakersnya.
“Mama jangan risaulah. Kejap lagi baliklah dia tu.” Ujar Faizal. Tetapi Datin Rubaiyah seperti tidak mempedulikan kata-kata Faizal itu. Masih kegelisahan menanti kepulangan Dizyan.
Faizal masuk ke dalam perut keretanya. Lama dia duduk berdiam diri di dalam kereta. Hatinya berbelah bahagi. Dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan kawasan perumahan banglo itu.


BERSAMBUNG.....


Saturday, July 18, 2009

Kau Milikku 26

BAB 26

SETELAH Faizal keluar dari bilik selepas bersiap, Dizyan masuk semula ke dalam bilik untuk berpakaian. Ditarik salah satu baju kurung yang tersangkut elok di dalam almari baju. Cepat sahaja dia menyarungkan pakaian itu dibadannya. Bersolek ala kadar. Tidak perlu mekap tebal-tebal. Bukannya dia hendak menjadi model tetapi hanya menjadi setiausaha kepada Faizal. Berpuas hati dengan penampilannya, Dizyan melangkah turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama ahli keluarga yang lain. Sutinah yang baru sahaja keluar dari dapur, tersenyum melihat Dizyan. Senyuman itu dibalas. Dizyan menjenguk ke meja makan. Semuanya sudah siap dihidangkan.
“Tak sempat Yan nak tolong Bibik.” Ujar Dizyan pada Sutinah.
“Nggak apa-apa kok, Yan. Biar Bik aja yang ngurusin.” Sutinah masuk semula ke dalam dapur. Datuk Farid dan Datin Rubaiyah baru sahaja melangkah turun dari tingkat atas. Faizal muncul dari ruang tamu. Dia turut menyertai kedua ibubapa dan isterinya untuk bersarapan. Datin Rubaiyah menghulurkan pinggan berisi makaroni goreng kepada suami serta anak dan menantunya.
“Nampaknya hari ni Mama kena tinggal dengan Bibik je lah. Dulu ada Yan, boleh jugak ajak bersembang.” Datin Rubaiyah berkata sambil menyuapkan sesudu makaroni goreng ke mulut. Dizyan hanya tersenyum hambar. Tidak mahu berkata apa-apa.
“Alahh...kan awak aktif persatuan. Kalau boring, ajaklah siapa tu....Datin...apa ke nama Datin tu...” ujar Datuk Farid sambil berfikir sesuatu. Faizal tidak mahu turut serta dalam ruangan sembang mereka pada pagi itu.
“Datin Dahlia?” Datin Rubaiyah mengingatkan Datuk Farid akan nama sahabat baiknya itu.
“Haaa....Datin Dahlia. Ajaklah Datin Dahlia pergi shopping ke, tengok furniture baru ke. Awak kan suka benda-benda tu semua.” Seperti perli sahaja Datuk Farid berkata. Isterinya menjeling manja. Dizyan tergelak kecil. Mereka menyambung semula menjamu selera.
“Nanti Yan ikut Zal pergi dan balik kerja, ya?” Datuk Farid berkata. Faizal mendongak pantas.
“What? Pa...Zal dah ikut rancangan Papa untuk biarkan dia jadi secretary Zal. And now, you expect me to give her a ride to the office?” Faizal berkata. Matanya sengaja dibeliakkan. Dizyan ingin berkata sesuatu tetapi kata-kata itu seperti tersekat di celah kerongkongnya.
“Zal...apa salahnya. Dia isteri Zal kan.” Datin Rubaiyah pula masuk campur. Datuk Farid tidak berkata apa-apa sebaliknya memandang wajah Faizal yang sedang merah menyala.
“Ma, Zal balik tak tentu masa. Kadangkala jumpa client, kena pergi location. So, time kerja Zal bukan macam time kerja orang biasa.” Faizal memberi alasan yang agak munasabah. Datuk Farid mengangguk perlahan.
“Hmmm...ada betulnya jugak cakap Zal tu. Tak apalah. Kalau macam tu, Papa belikan kereta untuk Yan. Senang untuk Yan pergi dan balik kerja.” Datuk Farid memberi cadangan.
“Tak payahlah, Pa. Yan ada kereta sendiri. Cuma nak mintak tolong Abang hantarkan Yan kat rumah Abah dan Umi. Supaya Yan boleh ambil kereta kat sana.” Bantah Dizyan. Tidak setuju apabila Datuk Farid ingin membelikannya sebuah kereta. Sedangkan, dia sudah mempunyai sebuah kereta pemberian Tuan Haji Azmin.
“Hmm...Zal pergi hantar Yan kat rumah mentua Zal.” Ujar Datuk Farid pula. Dizyan tersenyum lega. Dia meneruskan suapan.
“Yalah, Pa. Cepatlah makan. Nanti lambat pula aku pergi kerja.” Bisik Faizal di telinga Dizyan. Laju sahaja Dizyan mengunyah dan meneguk air.
KERETA Faizal berhenti dihadapan rumah banglo yang tersergam indah di Seksyen 7 itu. Teragak-agak Dizyan hendak melangkah keluar. Hatinya gusar. Takut jika berjumpa dengan Umi, airmatanya akan tumpah. Ingin diluahkan segala-galanya. Ingin diceritakan apa yang sedang membelenggu hidupnya kini. Tetapi tidak sanggup. Umi tidak perlu tahu akan kisah yang terjadi di dalam rumah Datuk Farid itu.
“Apa lagi?! Turunlah! Aku dah lambat ni.” Faizal menghalau Dizyan. Gadis itu membuka pintu kereta dengan perlahan dan melangkah turun. Ditutup semula pintu kereta itu. Tunduk memandang suaminya melalui tingkap yang terbuka.
“Jangan ingat itu company bapak mertua kau yang punya, senang-senang kau nak datang lambat. Kau macam staff lain. Masuk dan balik ikut time yang ditetapkan. Faham?!” amaran yang diberikan oleh Faizal. Dizyan mengangguk perlahan. Ingin menyalam tangan Faizal tetapi Faizal menepis tangan lembut itu. Terus sahaja keretanya menderum pergi. Airmata Dizyan seakan ingin menitis. Tetapi ditahan. Tidak mahu Umi bertanya yang bukan-bukan.
Dizyan berpaling perlahan dan menuju ke pintu pagar. Ditekan loceng dan loceng tersebut kedengaran berdenting sebanyak 3 kali di dalam rumah. Pintu pagar automatik dibuka. Terjengul wajah Mak Nani di pintu utama. Gembira bukan kepalang melihat kepulangan Dizyan.
“Yan....” jerit Mak Nani.
“Mak Nani.” Dizyan meluru ke dalam dakapan wanita tua itu. Airmatanya menitis setitik. Betapa hatinya terlalu merindui penghuni di dalam rumah itu. Mereka sama-sama meleraikan pelukan.
“Masuklah. Umi ada kat dalam tengah sarapan.” Mak Nani menarik lengan Dizyan. Gadis itu hanya menuruti langkah Mak Nani.
“Umi...” panggil Dizyan perlahan. Puan Hajjah Karissa memandang sekilas ke arah Dizyan. Tetapi dipandangnya semula. Tidak jadi meneruskan suapan. Diletakkan sudu yang digunakan semula.
“Yan.” Puan Hajjah Karissa berdiri dan mendepangkan tangannya. Dizyan tanpa menunggu lagi terus meluru dan memeluk Uminya itu sekuat hati. Mereka sama-sama menangis dalam pelukan. Puan Hajjah Karissa melonggarkan pelukan sedikit dan memegang wajah anak perempuan yang amat dirinduinya itu.
“Yan sihat?” tanya Puan Hajjah Karissa. Dizyan tersenyum dan mengangguk dalam tangisan.
“Tentu Yan happy dengan Faizal, kan. Umi tengok Yan makin berseri-seri.” Puan Hajjah Karissa memegang kedua belah tangan anaknya. Dizyan tergamam. Apa yang perlu dikhabarkan kepada Umi? Bahagiakah aku bersama Faizal? Gembirakah aku tinggal di rumah Datuk Farid? Baikkah layanan Faizal terhadap aku? Soalan demi soalan berlegar-legar dalam kepala Dizyan.
“Ermm, Umi...Mana yang lain?” tanya Dizyan. Cuba mengubah topik daripada Puan Hajjah Karissa berterusan menanyakan soalan yang akan menguris hatinya walaupun tidak Uminya itu sedar.
“Abah dan Kak Syifa pergi court. Ada kes katanya pagi ni. Abang Iz dah pergi office. Kak Yas ada kat atas tu. Tengah bagi si kecil Lia mandi.” Ujar Puan Hajjah Karissa sambil menarik tangan Dizyan untuk membuntutinya.
“Mari kita makan dulu.” Ajak Puan Hajjah Karissa. Teragak-agak untuk Dizyan duduk di meja makan itu. Sesekali matanya memandang jam di tangan. Teringat amaran yang diberikan oleh Faizal sebentar tadi. Puan Hajjah Karissa memandang Dizyan yang kegelisahan.
“Kenapa, Yan?” tanya Uminya.
“Umi, Yan dah lambat nak pergi kerja ni.” Ujar Dizyan lembut. Puan Hajjah Karissa tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Yan kerja kat mana?” tanya Puan Hajjah Karissa.
“RUFA Tower.” Jawab Dizyan ringkas. Sekali lagi Puan Hajjah Karissa mengangguk.
“Ohh...tak apalah. Yan pergi kerja. Lain kali kita makan bersama, ya.” Puan Hajjah Karissa berkata. Dia turut tidak mahu Dizyan terlambat ke tempat kerjanya pada hari pertama.
“Umi...Yan ambil kereta, ya. Sebab sekarang ni Yan kena pergi kerja sendiri.” Ujar Dizyan. Puan Hajjah Karissa mengangguk tanpa banyak bersoal. Terus sahaja Dizyan mencapai kunci kereta di dalam almari kunci.
“Yan pergi dulu.” Tunduk menyalami Puan Hajjah Karissa dan terus menuju ke keretanya yang berada di dalam garaj. Enjin kereta dihidupkan dan menderum pergi meninggalkan rumah banglo milik Tuan Haji Azmin.


DIZYAN memarkirkan keretanya di Basement bangunan RUFA Tower. Keluar dari perut kereta dan menuju ke lif yang berada di Basement itu untuk ke lobi. Dia masuk ke dalam lif dan pintu lif hampir tertutup tetapi sempat ditahan oleh tangan seseorang. Dizyan menjerit kecil melihat tangan gagah seorang lelaki melalui pintu lif tersebut. Sebaik sahaja pintu lif terbuka semula, terjengul wajah seorang lelaki. Dizyan tersentak melihat lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Tersengih sahaja lelaki itu memandang Dizyan. Dia menekan butang lif. Dizyan menjarakkan sedikit badannya dari tempat menekan butang lif tersebut. Hening suasanan di dalam lif itu. Hanya kedengaran bunyi mesin yang menarik lif itu sahaja.
“Saya terkejutkan awak ke?” pertanyaan lelaki itu membuatkan Dizyan memandang ke arahnya. Tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Sorry.” Ucap lelaki itu. Dizyan menggeleng perlahan.
“It’s ok.” Jawab Dizyan ringkas. Kemudian, lelaki itu memusingkan badannya.
“Saya Syed Ezra.” Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Dizyan Farhana.” Jawab Dizyan. Tersenyum dan mengangguk. Tetapi huluran tangan itu tidak bersambut. Syed Ezra menarik kembali tangannya. Mereka kembali terdiam.
“Saya tak pernah nampak pun Cik Dizyan kat sini? Baru start kerja ke? Department mana?” tanya Syed Ezra. Cuba bermesra. Dizyan memandang ke arah lelaki itu. Mengangguk perlahan.
“Encik Syed tak payahlah panggil saya Cik. Panggil Yan je dah cukup.” Ujar Dizyan lembut. Syed Ezra membalas senyuman manis Dizyan.
“Kalau saya tak usah bercik dengan Yan, Yan pun tak payahlah panggil saya Encik Syed. Panggil Ezra je.” Syed Ezra berkata. Dizyan tersenyum.
“Department mana?” sekali lagi Syed Ezra bertanya.
“Saya kerja sebagai secretary Encik Faizal.” Jawab Dizyan lembut. Lif berdenting dan pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah keluar. Menuju ke lif yang ada di lobi untuk ke Tingkat 12. Sementara menunggu untuk pintu lif itu terbuka, seorang lelaki menyapa Syed Ezra.
“Baru datang, Ez?” ujar lelaki itu. Syed Ezra mengalih pandang ke arah lelaki tersebut.
“Kau pun baru datang, Neeq?” Syed Ezra pula bertanya. Pintu lif berdenting dan mereka bertiga melangkah masuk. Dizyan berdiri di sudut lif. Langsung tidak mahu memandang ke arah kedua-dua lelaki tersebut. Pandangannya hanya ditekur ke lantai.
“Ni, aku kenalkan Dizyan. Dia yang akan jadi secretary baru Faizal.” Syed Ezra memperkenalkan Dizyan kepada Aneeq. Terkedu lelaki itu memandang gadis yang hanya berdiam diri di satu sudut.
“Apa khabar? Welcome to RUFA Tower.” Ujar Aneeq. Dihulurkan tangan kepada gadis itu. Oleh kerana Dizyan tidak mahu membuatkan Aneeq berasa malu dihadapan Syed Ezra jika dia tidak berkata apa-apa, dijawab juga.
“Fine. Thanks.” Jawab Dizyan ringkas. Huluran tangan tetap tidak disambut. Pintu lif berdenting dan terbuka. Dizyan meminta diri dan beredar dari situ. Rimas berlama disitu. Dia terus menuju ke kaunter penyambut tetamu. Tersenyum pada Mastura.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cik?” Mastura bertanya lembut.
“Saya, Dizyan. Saya sepatutnya ganti tempat Cik Hartanty.” Ujar Dizyan. Mastura mengangguk perlahan. Hartanty pernah memberitahu kepada Mastura bahawa seseorang akan menggantikan tempatnya.
“Tunggu sebentar ya, Cik Dizyan.” Mastura berkata dan mencapai gagang telefon. Didail nombor talian terus ke meja Hartanty.
“Tan, Cik Dizyan dah ada kat sini.” Ujar Mastura. Dizyan lihat Mastura mengangguk dan hanya menjawab ‘ya’ sahaja. Kemudian, dia meletakkan semula gagang telefon.
“Cik Dizyan bolehlah masuk ke dalam. Tanty sedang menunggu Cik kat dalam.” Mastura berdiri dan mengunjukkan jari telunjuk ke arah yang perlu ditujui oleh Dizyan. Dizyan mengangguk dan tersenyum. Meneruskan langkah menuju ke arah bilik Faizal.
Sebaik sahaja ternampak Hartanty, Dizyan tersenyum ke arahnya. Hartanty berdiri dan bersalaman serta berpelukan dengan Dizyan.
“Apa khabar, Puan?” ujar Hartanty selepas meleraikan pelukan. Nasib baik tidak begitu ramai orang yang berada di dalam pejabat. Dizyan menepuk bahu Hartanty sambil tergelak kecil.
“Janganlah panggil saya macam tu, Tanty. Panggil Yan je. Macam biasa.” Hartanty turut tertawa.
Tiba-tiba pintu bilik pejabat Faizal terbuka. Terhenti perbualan dan gelak ketawa kedua gadis itu. Faizal menjengul di sebalik pintunya. Menggunakan jari telunjuk menggamit ke arah Dizyan. Memanggil Dizyan masuk ke dalam biliknya.
“Tak apalah, Tanty. Kejap lagi kita sambung sembang, ya.” Sekali lagi Dizyan menepuk bahu Hartanty. Gadis itu mengangguk dan tersengih. Dizyan masuk ke dalam bilik pejabat Faizal itu. Pintu bilik Faizal tertutup rapat.
“Duduk.” Arah Faizal. Perlahan kaki Dizyan melangkah mendekati meja Faizal. Ditarik kerusi dan duduk menghadap Faizal yang sedang membuka fail. Lama mereka membisu. Dizyan sudah gelisah diduduknya. Masih menanti butir bicara Faizal. Lelaki itu berdehem kecil tetapi masih tidak berkata apa-apa. Mata Dizyan memerhati ke sekeliling bilik. Bilik yang sederhana itu kelihatan nyaman. Penghawa dingin yang menghembus kuat menyejukkan badan Dizyan tetapi hatinya tetap gusar. Apakah yang ingin diperkatakan oleh Faizal sebenarnya?
“Kau jangan hebohkan pada sesiapa tentang hubungan kita ni. Aku tak nak siapa pun tahu yang kita ni suami isteri. Kalau sesiapa dapat tahu, aku takkan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap hubungan kita ni.” Amaran yang diberikan oleh Faizal diterima bulat-bulat. Dia menelan air liur. Tetapi terasa tersekat di kerongkong.
“Tapi kenapa?” Dizyan bertanya. Perasaan ingin tahu membuak-buak.
“Lagi satu, kau jangan tanya kenapa. Yang kau tahu, kurangkan bercakap dengan orang lain dan aku tak mahu orang tahu kau ada apa-apa hubungan dengan aku. Faham?!” tingkah Faizal dan matanya memandang tajam ke arah Dizyan. Lambat-lambat gadis itu mengangguk.
“Dan, kau cakap pada Tanty, jangan heboh pasal hal ni.” Faizal menyambung. Dizyan mengeluh perlahan tetapi cukup untuk telinga Faizal menangkap bunyi keluhan itu.
“Apasal? Kau tak puas hati?” dijungkitkan keningnya sebelah. Dizyan menggeleng.
“Faham ke tak ni?” sekali lagi Faizal bertanya. Ditinggikan sedikit suaranya.
“Faham.” Lemah sekali Dizyan menjawab.
“Sekarang aku nak kau keluar and tanya Tanty apa yang perlu kau buat. That’s all for now.” Arah Faizal. Dizyan terus berdiri dan berjalan keluar dari bilik Faizal. Setelah pintu bilik itu tertutup semula, Dizyan berjalan ke arah meja Hartanty. Dia hanya berdiri tercegat apabila dia lihat Hartanty sedang sibuk menyelesaikan kerjanya. Hartanty mengangkat muka apabila tersedar kehadiran seseorang disitu.
“Eh, Puan. Kenapa tak panggil saya?” Hartanty berkata dan berdiri. Dizyan segera menarik lengan Hartanty.
“Encik Faizal pesan dengan saya jangan beritahu sesiapa tentang hubungan kami. Saya harap Tanty pun jangan panggil saya Puan. Panggil saya Yan je. Encik Faizal suruh saya rahsiakan hal ni. Tanty tolong saya, ya.” Dizyan menggenggam erat jari-jemari Hartanty. Berkerut dahi Hartanty mendengarkan permintaan Dizyan itu. Timbul pula perasaan marah terhadap Faizal kerana menyuruh Dizyan merahsiakan hubungan mereka. Lambat-lambat Hartanty bersetuju.
“Apa yang perlu saya buat?” Dizyan mengubah topik. Hartanty mencapai sesuatu di atas mejanya. Dibuka organizer yang tertulis kesemua agenda penting Faizal.
“Dalam ni ada semua appointment penting Encik Faizal. So, every meeting and every call that came in, kena catitlah dalam ni. Yan tahu kan?” Hartanty menghulurkan organizer ke tangan Dizyan. Gadis itu mengangguk. Satu persatu diterangkan apa yang perlu Dizyan tahu apabila menjadi setiausaha Faizal yang cerewet itu.
“Yan kena datang awal, tau. Lepas tu, siapkan Nescafe ‘O untuk orang tua kat dalam tu.” Seloroh Hartanty. Mereka sama-sama tergelak kecil. Kemudian, Hartanty membawa Dizyan dan ditunjukkan keadaan pejabat sekeliling. Nasib baik tidak begitu ramai orang di pejabat. Jadi, tidak ada soalan-soalan sumbang yang akan ‘menghinggap’ di telinga Hartanty. Pasti mereka sibuk hendak tahu pekerja terbaru di pejabat itu.

BERSAMBUNG.....

Saturday, July 11, 2009

Kau Milikku 25

BAB 25

PEMILIK Fairlady Z itu memarkirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan khas. Aneeq turun dari keretanya dan dia menyandarkan badan ke kereta. Perasaan bersalah kembali menghantui. Begitu sukar untuk dia lupakan saat itu. Leka Aneeq memerhatikan sebuah kereta yang berhenti di pintu keselamatan kondominium tersebut. Seorang gadis turun dari kereta itu dan melambai ke arah pemilik kereta tersebut. Gadis itu berpaling dan berjalan menuju ke arah Aneeq dengan senyuman manis. Aneeq membalas senyuman itu.
��Baru balik, Bang?�� sapa gadis itu. Aneeq hanya tersenyum. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Gadis tersebut menghentikan langkah kakinya dan berdiri menghadap Aneeq.
��Siapa tu?�� tanya Aneeq. Bibirnya dijuihkan ke arah kereta tersebut. Gadis itu berpaling ke arah yang diunjukkan Aneeq. Dia tersenyum lebar.
��Tunang.�� Jawab gadis itu ringkas. Aneeq mengerutkan dahi.
��Bila Sarah bertunang?�� tanya Aneeq kembali. Tidak pernah dia tahu bahawa Sarah, anak gadis jiran sebelahnya itu bertunang. Tidak pula nampak kenduri yang diadakan di rumah orang tua Sarah. Kalau tidak, sudah pasti kedua ibubapa Sarah akan menjemputnya.
��Minggu lepas.�� Sarah menjawab lagi. Kerutan bertambah-tambah di dahi Aneeq.
��Apasal Abang tak tahu? Tak jemput pun Abang.�� Rajuk Aneeq seketika.
��Hari tu nenek Sarah sakit. Nenek tak boleh turun K.L. Jadi, kita orang buat tunang kat kampung.�� Jelas Sarah. Terangguk-angguk Aneeq mendengar penjelasan Sarah.
��Nanti bila kawin, jangan lupa jemput Abang.�� Ujar Aneeq. Tangannya disilangkan ke dada.
��Yalah. Sarah sendiri akan serahkan kad kahwin kat Abang.�� Sarah tergelak kecil. Aneeq turut sama tergelak.
��Okaylah, Bang. Sarah naik dulu.�� Sarah berkata sambil membetulkan tali tas tangan yang sudah melurut jatuh.
��Okay. Kirim salam kat tunang dan parents Sarah.�� Ujar Aneeq. Sarah hanya mengangguk perlahan dan beredar dari situ.
Aneeq masih lagi duduk menekur disitu. Sakit hatinya melihat layanan Faizal terhadap Dizyan sebentar tadi. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya. Diketuk-ketuk kotak rokok tersebut sehingga mampat. Dirungkai bungkusan yang membalut kotak rokok tersebut dan dikeluarkan sebatang dari kotak itu. Dinyalakan api dan dihisap rokok tersebut. Disedut dan dihembuskan perlahan-lahan. Aneeq pernah berhenti merokok buat seketika kerana Dizyan tidak suka bau asap rokok. Segala-galanya dilakukan kerana Dizyan. Bodohnya aku kerana satu kesilapan, semua itu hanya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Aneeq menepuk-nepuk dahinya sendiri. Dia membunyikan alat penggera kereta. Berbunyi dua kali. Menandakan kereta sudah dikunci. Aneeq menggalas beg dan berjalan menuju ke lif. Setibanya dihadapan pintu rumah, Aneeq mengeluarkan kunci dari poket seluar. Kunci berlaga cuba untuk membuka pintu grill rumah itu. Aneeq mengunci semula pintu grill rumahnya setelah masuk ke dalam. Ditutup pintu utama perlahan. Melemparkan beg galas ke atas sofa. Dia menuju ke dapur dan dibuka pintu peti sejuk. Aneeq mengeluarkan sekotak jus oren dan dicapai gelas yang sememangnya diletakkan di sebelah peti sejuk tersebut. Dituang perlahan-lahan. Dia menuju ke arah balkoni. Angin yang berhembus mendamaikan. Masih terbayang-bayang difikirannya peristiwa 6 tahun lalu.


SATU tumbukan hinggap di wajah Rohan. Terduduk lelaki itu apabila tumbukan padu daripada Aneeq mengena wajahnya. Memegang pipi yang terasa pijar. Darah sudah mengalir keluar dari celah bibir. Dilap darah itu dengan tapak tangan. Cuba untuk bangun sambil ditolong oleh Andrew. Aneeq sudah disabarkan oleh Bomeann dan Lil J. Mereka menarik lengan Aneeq dan menahan daripada Aneeq menerkam ke arah Rohan.
��Aku cuma nak tolong kau je, Neeq.�� Separuh menjerit Rohan berkata.
��Kau tak perlu tolong aku. Aku boleh dapatkan dia melalui cinta aku.�� Aneeq sudah seperti orang gila. Meronta dari genggaman sahabat-sahabatnya.
��Aku minta maaf, Neeq. Aku tak sengaja. Aku betul-betul tak sengaja.�� Rohan memohon maaf. Aneeq sudah bertenang. Bomeann dan Lil J melonggarkan pegangan mereka. Dibetulkan baju yang berkedut. Rohan memandang wajah Aneeq. Dia betul-betul menyesal.
��Kenapa kau masukkan pil tidur tu dalam air dia? Dan kenapa kau masukkan pil khayal tu dalam air aku? Apa salah aku pada kau, Han? Apa aku dah buat pada kau sampai kau nak balas dendam kat aku?�� bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aneeq menikam dada Rohan.
��Aku cuma nak kau ��ikat�� dia je.�� Rohan membela diri. Tidak mahu mengiakan kesalahan sendiri.
��Aku akan ��ikat�� dia melalui ikatan yang sah. Ikatan yang sah disisi agama Islam. Kau tahu tak, kerana kau, aku dah kehilangan dia.�� Aneeq terjerit-jerit dihadapan muka Rohan. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan ��drama tanpa pengarah�� itu berlaku.
��I��m so sorry, Neeq. I really am.�� Rohan ingin mendekati Aneeq. Lelaki itu menjarakkan diri dan menepis tangan Rohan yang sudah memegang lengannya. Bomeann, Andrew dan Lil J hanya berdiri tercegat kerana tidak memahami perbualan mereka berdua.
��Sudahlah, Han. Mulai sekarang, persahabatan kita dah putus. Aku dah tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku.�� Langkah kaki Aneeq ingin beredar dari situ. Rohan terpana.
��Hanya kerana perempuan tu, kau sanggup putuskan persahabatan kita yang dah lebih 20 tahun ni?�� Rohan bertanya. Sedih apabila sahabat yang dikenali sejak dari kecil lagi ingin memutuskan persahabatan mereka hanya kerana seorang wanita.
��Ya. Hanya kerana perempuan tu. Perempuan yang aku cintai. Belum pernah aku cintakan mana-mana perempuan selain dia. And thanks to you, kau dah musnahkan cinta aku.�� Aneeq memerli. Rohan menundukkan wajahnya. Tidak sanggup bertentang mata dengan sahabat yang dikenali secara tidak sengaja semasa bermain di taman permainan dihadapan taman perumahan mereka. Aneeq mengeluh dan melangkah pergi. Sejak dari hari kejadian itu, Aneeq tidak lagi bertemu atau menghubungi Rohan lagi. Bagi Aneeq, Rohan sudah tidak wujud dalam senarai sahabatnya.
Aneeq mendongak memandang langit. Awan yang cerah membuatkan bintang-bintang menonjolkan diri dengan sinaran yang bergemerlapan. Disebabkan kesilapan Rohan, dirinya terjerat dalam kebencian Dizyan. Aneeq menyilangkan lengan ke dada.
��Maafkan saya, Dizyan. Apa yang berlaku tu bukan di atas kehendak saya. Berlaku kerana kesilapan bodoh yang dilakukan oleh Rohan. Tapi saya tahu, bukan senang awak ingin mengucapkan kata maaf. Dan, saya harap awak akan berbahagia di samping Faizal. Jika awak tak bahagia di sampingnya, saya akan bawa awak pulang ke pangkuan saya. Ini janji saya.�� Aneeq berkata-kata. Mengharapkan bayu angin yang lalu, pergi menyampaikan hasrat ini kepada Dizyan. Dia melangkah masuk semula ke dalam dan dibiarkan pintu balkoni terbuka luas.


DIZYAN mengeliat di atas sofa sebaik sahaja terdengar loceng jam berbunyi nyaring. Dia segera menutup jam loceng itu dari terus menganggu tidur Faizal. Dilihatnya lelaki itu menyelimuti badan sehingga menutup muka. Dizyan menggeleng perlahan. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air. Sempat mencapai tuala dan baju yang sudah disediakan untuk dipakai. Kalau dahulu keluar sahaja dari bilik air, berkemban. Kini, susah sedikit hendak berkemban kerana terpaksa berkongsi bilik dengan Faizal. Walaupun Faizal suami yang sah dinikahinya tetapi perasaan malu tetap ada. Lagipun, semasa di dalam bilik, Dizyan terasa seperti berada bersama orang luar. Usai berpakaian, dia tidak dapat menunaikan solat Subuh kerana uzur dan terus turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan selepas mengejutkan Faizal dari tidurnya.
Hampir 2 minggu Dizyan menjadi menantu rumah itu. Datin Rubaiyah juga sudah mula bercakap elok dengannya. Dizyan meletakkan seteko kopi dan cawan. Sutinah membawa lauk-pauk Nasi Lemak yang sudah siap dimasak. Kalau di Indonesia, sarapan pagi mereka selalu dijamukan dengan Nasi Uduk. Seperti Nasi Lemak, cuma lauk-pauk mereka dihidangkan dengan tempe goreng dan seperti lauk-pauk nasi campur tetapi tidak ada sambal. Semenjak Sutinah tinggal di Malaysia, barulah dia belajar cara-cara menyediakan Nasi Lemak. Dizyan menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diletakkan dihadapan kedua ibubapa mentuanya. Disendukkan sepinggan untuk Faizal walaupun lelaki itu belum lagi turun. Seketika kemudian, terdengar derapan kaki Faizal menuruni anak tangga turun ke bawah. Seperti biasa, dia akan duduk menghadap Datin Rubaiyah dan bersebelahan Dizyan. Begitu berselera mereka semua menjamu selera.
��Zal, Papa nak Tanty gantikan tempat Shima.�� Tiba-tiba sahaja Datuk Farid bersuara. Yang lain mengangkat muka memandang wajah serius lelaki tua itu. Faizal mengerutkan dahi.
��Kenapa Tanty yang gantikan tempat Shima pulak? Shima nak pergi mana?�� Datin Rubaiyah menyampuk perbualan di antara Datuk Farid dan Faizal.
��Shima nak resign. Hujung bulan ni, lastlah dia. Dia nak ikut suami dia pergi sambung belajar kat Berlin. This is such a short notice and Abang tak boleh cari siapa-siapa untuk gantikan tempat Shima. So, Abang fikir lebih baik Abang ambil Tanty.�� Datuk Farid berkata sambil meneruskan suapan. Datin Rubaiyah mengangguk perlahan. Faizal menghirup perlahan kopi yang masih berasap.
��Kalau Papa ambil Tanty, siapa yang nak jadi secretary Zal?�� Faizal bertanya setelah diam buat seketika. Datuk Farid meletakkan sudu garfu yang digunakan.
��Yan boleh jadi secretary Zal.�� Kata-kata Datuk Farid itu menyebabkan Dizyan terbatuk kecil. Nasi yang melalui kerongkongnya terasa tersekat. Cepat-cepat mencapai air kosong yang ada di atas meja. Meneguk perlahan, menuruni kerongkong.
��What?! Zal tak setuju.�� Terus sahaja Faizal membantah.
��Kenapa pulak Zal tak setuju?�� tanya Datuk Farid. Dihirup kopi tersebut.
��Pa...Zal lebih suka cara Tanty kerja. Teratur dan kemas. Kalau Yan kerja nanti, boleh ke dia nak ikut cara Tanty? Lagipun Zal dah biasa dengan Tanty.�� Faizal menolak cadangan Datuk Farid. Tidak mahu bekerja satu bumbung dengan isteri yang tidak rela dinikahinya itu.
��Suruhlah Tanty ajar Yan sebelum dia pindah ke tempat Shima. Kan lebih baik kalau isteri sendiri jadi secretary Zal.�� Datuk Farid menyambung kata. Faizal mengeluh perlahan. Selera Dizyan tiba-tiba sahaja mati. Tidak jadi meneruskan suapan.
��But, Pa....�� ayat Faizal tergantung apabila tiba-tiba sahaja dipintas oleh Datin Rubaiyah.
��Zal, betul jugak cakap Papa tu. Lebih baik isteri sendiri yang jadi secretary Zal, daripada orang luar. Lagipun, dah lama Yan memerap kat rumah ni. Kalau setakat kerja rumah tu, Bibik boleh uruskan seorang diri.�� Kata-kata Datin Rubaiyah itu membuatkan Faizal mati akal. Tidak langsung memandang wajah isteri yang menunduk di sebelah. Faizal meletakkan sudu dan garfunya. Sudah tidak berselera untuk terus menjamu selera. Diteguk sekali kopi itu. Dia menolak kerusi meja makan dengan kuat sehingga berdesing bunyinya.
"Zal pergi dulu Pa...Ma.�� ujar Faizal dan tunduk menyalami tangan kedua ibubapanya. Dizyan turut bangun dan membuntuti Faizal. Dia menyarungkan kasut dan terus sahaja berjalan ke kereta. Langsung tidak mempedulikan Dizyan yang sedang membawa beg bimbit dan kot miliknya. Dibunyikan alat penggera dan dibuka pintu keretanya. Berpaling memandang Dizyan. Dirampas beg bimbit dan kot daripada tangan Dizyan. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya.
��Apa kau dah cakap pada Papa dan Mama sampai dia orang boleh suruh kau jadi secretary aku?�� Faizal bertanya keras di tepi telinga Dizyan. Gadis itu sedikit mengelak.
��Saya...saya tak cakap apa-apa pun.�� Dizyan berkata lembut. Wajahnya ditundukkan.
��Aku tahu kenapa Papa suruh kau jadi secretary aku dan tak nak interview orang lain.�� Faizal seperti berfikir sesuatu. Dizyan mendongak memandang Faizal yang tersenyum sinis.
��Dia nak kau awasi aku. Apa yang aku buat, dengan siapa aku jumpa. Tapi, kau dengar sini. Kau jangan pandai-pandai nak cerita apa-apa pada Papa. Kalau aku dapat tahu, nahas kau.�� Ugut Faizal dan bersedia untuk masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Dizyan hendak menyalami tangannya, kereta Faizal sudah menderum pergi.
Berat terasa langkah kaki Dizyan hendak melangkah masuk semula ke dalam rumah. Dia lebih senang mengambil angin di luar. Melabuhkan punggung di atas kerusi dalam gazebo di luar rumah. Hati Dizyan berbelah bahagi. Kalau dia bekerja di situ, pasti akan selalu berjumpa dengan Aneeq. Jika tidak, Papa pasti akan kecewa dengan keputusannya. Dizyan memandang ke tepi. Melihat Datuk Farid dan Datin Rubaiyah keluar beriringan dari rumah. Dengan lembut, Datuk Farid mengambil beg bimbit dan kotnya dari tangan Datin Rubaiyah.
��Abang pergi dulu.�� Ujar Datuk Farid. Lemah lembut sekali. Datin Rubaiyah mengangguk dan menyalami tangan Datuk Farid. Lelaki itu mencium lembut dahi Datin Rubaiyah. Dizyan hanya memerhati dari jauh. Alangkah bahagianya kalau Faizal juga melakukan seperti itu. Tetapi Dizyan tahu. Itu semua tidak mungkin terjadi tanpa ada rasa cinta dalam hati. Kereta Datuk Farid meninggalkan kawasan perumahan itu. Datin Rubaiyah yang berjalan masuk ke dalam rumah terperasan akan pandangan mata Dizyan yang leka sekali termenung.
��Kenapa ni, Yan? Termenung je dari tadi.�� Ujar Datin Rubaiyah. Semenjak dua menjak ini, ibu mertuanya sudah mula bercakap baik dengan dia. Dilabuhkan punggungnya sebelah Dizyan yang mengengsot ke tepi sedikit.
��Tak ada apa-apalah, Ma.�� Ujar Dizyan sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Datin Rubaiyah melepaskan keluhan perlahan.
��Mama tahu Yan tak setuju dengan cadangan Papa yang suruh Yan jadi secretary Zal, kan? Tapi, Papa cakap lebih senang kalau Yan yang jadi penolong suami sendiri.�� Datin Rubaiyah cuba menjelaskan apa yang disampaikan oleh suaminya sebentar tadi.
��Yan faham, Ma. Kenapa Papa buat macam tu. Yan tak kisah pun.�� Dizyan tersenyum hambar.
��Dah lah tu, Yan. Mama masuk dulu.�� Datin Rubaiyah menepuk peha menantunya itu. Wanita anggun itu terus melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Dizyan yang masih termenung di luar rumah. Buat kesekian kalinya, Dizyan melepaskan keluhan kecil.


FAIZAL menghempaskan beg bimbit ke atas sofa di dalam bilik pejabatnya itu. Mundar-mandir di dalam bilik tersebut. Masih tidak berpuas hati dengan cadangan Datuk Farid itu. Hartanty mengetuk pintu bilik Faizal dengan perlahan. Takut kerana melihat wajah bengis Faizal masih ada lagi. Salam yang diberi tidak dijawab. Hartanty berdiri tercegat memandang Faizal yang membelakangkannya.
��Bos, betul ke saya nak kena pindah tempat Shima?�� tanya Hartanty. Faizal mendengus kasar. Berpaling menghadap Hartanty.
��Siapa beritahu awak?�� Faizal pula bertanya.
��Kak Sherry. Datuk dah suruh saya kemaskan barang. Minggu depan saya nak kena gantikan tempat Shima.�� Hartanty berkata lembut. Dalam hatinya, dipanjatkan kesyukuran. Tidak perlu lagi menghadap angin Faizal yang tidak menentu itu. Dan, sekurang-kurangnya, tidaklah sewenang-wenang Ku Zhety hendak datang ke pejabat setelah Dizyan menjadi setiausaha Faizal nanti.
��Kalau dah Datuk yang suruh awak kemaskan barang, betullah maknanya tu.�� Faizal berjalan menuju ke meja kerjanya dan melabuhkan punggung di situ. Menarik laci dan mengeluarkan komputer riba. Ditekan suis on dan melakukan kerjanya seperti biasa.
��Saya keluar dulu, bos.�� Ujar Hartanty setelah melihat Faizal seperti sibuk menyiapkan kerja. Sebaik sahaja Hartanty duduk di mejanya, terlihat Ku Zhety menuju ke arah bilik Faizal.
��Eh, Cik Zhety...Cik Zhety...�� panggil Hartanty. Ku Zhety berpaling memandang Hartanty yang menggawangkan tangannya laju.
��Cik Zhety tak boleh masuk ke dalam. Encik Faizal tengah sibuk.�� Ujar Hartanty. Ku Zhety menguak rambutnya yang panjang mengurai itu ke belakang. Menjeling tajam dan terus memulas tombol pintu bilik Faizal. Pintu sederhana besar itu tertutup rapat. Hartanty mencebik geram.
��Hish...ada jugak yang kena cekik dengan aku ni, karang.�� Hartanty melepaskan keluhan kuat dan melabuhkan punggung menghadap skrin komputer.
Pintu yang terhempas kuat itu mengejutkan Faizal. Dipandang ke arah pintu tersebut dan terlihat sekujur tubuh berdiri dengan wajah yang merah menyala. Ku Zhety menyilangkan lengan.
��Kenapa pulak ni? Marah-marah je.�� Ujar Faizal acuh tidak acuh. Ku Zhety mendengus geram. Dihempaskan punggung ke atas sofa.
��Kenapa you tak bagi CF Toyota tu pada I?�� Ku Zhety bertanya kasar. Marah apabila mendapat tahu iklan kereta berjenama Toyota yang sepatutnya diberikan kepada dia telah diberikan kepada seorang model baru yang namanya baru sahaja meningkat naik sejak kebelakangan ini.
��You nak I buat macam mana. Dah client request Shafa.�� Jelas Faizal. Lembut sahaja cara dia bercakap dengan Ku Zhety.
��You tahu tak. I ni malu tau. I dah canang pada Tina kepoh tu yang I ni model baru untuk CF Toyota. Alih-alih dapat kat betina tu. Apa yang dia dah bagi kat you sampai you boleh bagi CF tu kat dia?�� Ku Zhety berkata sinis. Mata Faizal terbelalak memandang Ku Zhety.
��You ni dah melampau tau. Ini atas client��s request. I tak boleh nak bangkang cakap dia. Sebab dia yang bagi duit. I cuma boleh bangkang tentang storyboard sahaja. Tu pun I tak boleh ubah banyak. You nak I buat apa lagi kalau dia dah tak nak model tua macam you ni.�� Bidas Faizal. Tercengang Ku Zhety mendengarkan kata-kata Faizal.
��You....Argh!!!!!�� Ku Zhety menjerit kegeraman.
��Dahlah tu, Zhety. I ni banyak lagi benda nak fikir daripada benda remeh-temeh macam ni. I rasa lebih baik you balik je.�� Halau Faizal. Ku Zhety mendengus geram. Dicapai tas tangannya dengan kasar dan memulas tombol pintu bilik Faizal. Dia beredar dari situ. Faizal bukannya hendak memujuk, malahan menyakitkan lagi hati.

Thursday, July 2, 2009

Kau Milikku 24

BAB 24

KU Zhety melempar suratkhabar yang dibawanya bersama tadi ke atas meja Faizal. Lelaki itu yang sedang leka menyiapkan kerjanya, tersentak. Mendongak memandang wajah Ku Zhety yang mencuka. Wajah Ku Zhety yang sedang merah menyala, dibuat tidak tahu sahaja. Sebaliknya, Faizal menekan interkom untuk memanggil Hartanty. Hartanty segera masuk ke dalam bilik Faizal. Bertambah berangin Ku Zhety melihat kelakuan Faizal itu yang seperti tidak mempedulikannya.
“Bagi ni pada Kak Mid. And inform Kak Mid. Kata, ada meeting pukul 3.30 nanti. Gather all the meeting groups.” Faizal menyerahkan fail kepada Hartanty. Gadis itu mengangguk dan melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh Faizal. Dia mahu segera beredar dari situ apabila terlihatkan pandangan tajam Ku Zhety itu. Faizal kembali menghadap komputer ribanya.
“You...” lantang Ku Zhety memanggil Faizal. Buat seketika Faizal mendongak memandang gadis yang sedang berdiri menghadapnya itu. Kembali menundukkan wajah. Banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ini juga.
“You tak nak tahu ke kenapa I marah-marah ni?” pertanyaan Ku Zhety tidak dijawab. Sebaliknya, Faizal menekur dihadapan komputer riba. Ku Zhety mendengus geram.
“YOU!!!!” hampir menjerit Ku Zhety dibuatnya. Dahi Faizal berkerut tetapi masih tidak memandang Ku Zhety.
“Apa yang you nak kecoh-kecohkan ni? You beritahu jelah apa sebabnya yang you marah sangat ni. Kalau you tak beritahu pun, I tak kisah. Sebab I dah tahu sebabnya.” Faizal menjadi bengang dengan sikap mengada-ngada Ku Zhety itu. Ku Zhety mendekati meja Faizal.
“Sampai hati you kahwin tak beritahu dengan I. Kenapa you kahwin dengan dia? You dah janji nak setia dengan I. I malu tau. Keluar je dari arrival hall, I terus kena serbu dengan reporter. Macam-macam yang dia orang tanya. I nak cakap apa? Semua orang tahu yang you nak kahwin dengan I.” Ujar Ku Zhety dengan mata yang sengaja dibeliakkan. Terus Faizal mendongak wajahnya.
“Come on lah, Zhety. I tak pernah janji yang I akan setia dengan you. I pun tak janji yang I nak kahwin dengan you. Sejak zaman sekolah lagi, I dah pernah cakap dengan you. If you don’t butt in my personal life, and I would not bother about yours. You sendiri pun pernah cakap kan. Hubungan kita ni untuk seronok-seronok je. Bukan serius pun. You belum bersedia untuk beri commitment. So, I memang tak expect apa-apa pun dari you.” Dengan selamba Faizal berkata. Mengeluarkan segala perjanjian yang pernah diucapkan oleh mereka berdua.
“Habis, sekarang ni macam mana?” suara Ku Zhety sudah mengendur. Faizal tersenyum sinis. Dia bangun dari kerusi yang diduduknya dan mendekati Ku Zhety. Dipeluk pinggang wanita itu. Ku Zhety melingkarkan lengannya ke tengkuk Faizal.
“Walaupun I dah kahwin, tak bermakna I tak boleh cari keseronokan untuk diri I. Kita teruskan jelah hubungan kita macam dulu.” Ujar Faizal. Seketika kemudian, Ku Zhety tersenyum kecil. Faizal mencuit dagu Ku Zhety.
“Jom temankan I lunch.” Faizal mempelawa. Ku Zhety mengangguk. Faizal mencapai telefon bimbit dan menarik tangan Ku Zhety. Mereka beriringan keluar dari bilik pejabat Faizal. Hartanty yang masih belum keluar untuk menjamu selera tengah hari, memandang pasangan itu dengan perasaan jengkel. Sesetengah pekerja yang masih ada di dalam pejabat, memandang mereka dengan jelek.
“Hish...dah kahwin pun, buat perangai tak senonoh lagi.” Ujar Hartanty perlahan.
Rumah banglo milik Datuk Farid sunyi sahaja. Dizyan sedang merehatkan diri di dalam bilik. Badan yang masih keletihan perlu direhatkan sebentar. Nasib baik Datin Rubaiyah keluar kerana ada perjumpaan persatuannya. Jadi, bolehlah Dizyan ‘mencuri tulang’. Kalau Datin Rubaiyah ada dirumah, pasti sudah dibebelnya sebakul. Sutinah juga menyuruh Dizyan berehat kerana kasihan melihat wajah Dizyan yang pucat. Semalam, terpaksa melayani saudara-mara. Tidak mungkinlah meninggalkan tetamu yang masih mengharapkan kehadirannya selepas Faizal lesap ke bilik. Dia sedikit mengeliat. Mujur Faizal berada di pejabat. Kalau berada di rumah, sudah pasti Dizyan akan dihalaunya bangun dari katil tersebut. Dizyan memandang kipas siling yang memutar laju. Menyejukkan seluruh badan Dizyan. Dipejamkan matanya. Terlelap.


“KENAPA awak buat saya macam ni? Mana perginya kata-kata sayang yang pernah awak ucapkan pada saya dulu? Apa salah saya? Kalau benar awak sayangkan saya, awak tak mungkin sakiti saya. Berilah penjelasan. Saya sedia mendengarnya.” Bersungguh-sungguh Dizyan berkata. Memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Dia pernah ada perasaan pada orang itu. Tetapi perasaan itu telah dihancurkan dengan perbuatannya yang amat melukakan hati Dizyan. Tiada kata kemaafan yang mungkin terucap dari bibir Dizyan. Dia tidak mungkin memaafkan lelaki itu. Ya, lelaki itu. Aneeq!
Aneeq menekur pandangannya ke lantai. Tidak langsung mahu memandang wajah Dizyan yang sudah basah kuyup. Masih terbayang-bayang difikiran Dizyan kejadian malam itu. Malam yang memusnahkan hidupnya sebagai seorang perempuan. Maruahnya tergadai. Disebabkan kejadian itu, dia menjadi takut untuk memberikan cintanya buat seorang insan bernama lelaki. Cukuplah sekali dia memberikan hati dan perasaan kepada lelaki itu. Dia takut untuk menyintai mana-mana lelaki. Dia takut insan lain tidak akan dapat menerima diri dia seadanya. Kerana dia tidak lagi suci seperti perempuan lain. Kerana lelaki jahanam itu, dia takut untuk memandang ke masa hadapan. Airmata Dizyan merembes laju.
“Awak, cakaplah. Kenapa? Apa salah saya?” Dizyan sudah tidak tahan menanggung keperitan hidup tanpa mengetahui sebabnya Aneeq melakukan perkara itu. Aneeq masih tidak mahu berkata apa-apa. Sebaliknya, dia berpaling dan berjalan meninggalkan Dizyan. Dia cuba mengejar Aneeq tetapi dengan pantas bayangan Aneeq hilang dari pandangan matanya. Dizyan jatuh terjelepuk ke atas lantai. Menangis teresak-esak.
Tiba-tiba satu lembaga datang menghampiri Dizyan. Dipegang bahu Dizyan sekuat hati sehingga gadis itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia begitu takut. Dizyan memerlukan seseorang. Cahaya yang menyuluh wajah lembaga itu semakin lama semakin terang. Dizyan terkaku disitu.
“Kau tipu aku. Berani kau tipu aku. Aku ingatkan kau lain. Kau tak sama dengan perempuan-perempuan yang aku kenal. Tak sangka. Rupanya kau sama je macam mereka.” Ujar Faizal dengan nada yang keras. Dizyan menggeleng pantas. Dilap wajahnya yang basah itu dengan lengan baju.
“Saya tak tipu awak. Saya tak pernah tipu awak.” Dizyan cuba memberi penjelasan. Kemudian, muncul pula satu lagi lembaga. Kali ini, wajah yang sememangnya Dizyan tidak mahu ada langsung kaitan dengan dirinya, muncul di saat berlaku situasi ketegangan diantara Dizyan dan Faizal.
“You percaya cakap dia?” Ku Zhety bertanya. Memandang Faizal disebelah. Faizal menggeleng sambil tersenyum sinis.
“Jom, sayang.” Faizal berkata dan menarik Ku Zhety ke dalam dakapannya. Dipaut pinggang gadis itu dan berlalu dari situ.
“Zal, saya tak tipu awak. Saya tak pernah berniat nak tipu awak. Maafkan saya, Zal. Maafkan saya!!!!” jerit Dizyan.
Dizyan terkejut jaga dari tidurnya. Terus duduk di atas katil tersebut. Naik turun dadanya menarik nafas. Peluh sudah memercik di dahi. Apakah maksud mimpi itu? Kenapa Aneeq tidak mahu memberikan penjelasan? Benarkah kata-kata sayang yang pernah terucap dari bibirnya suatu ketika dulu? Benarkah dia pernah menyintai aku? Hati Dizyan gusar. Sukarnya untuk mencari sebuah jawapan.
Pintu bilik yang diketuk kuat mengejutkan lamunan Dizyan. Segera dilap airmatanya dan peluh yang masih menuruni dahi. Dia bangun perlahan-lahan dan membuka pintu bilik tersebut. Terjengul wajah Datin Rubaiyah. Wanita anggun itu menyilangkan lengannya ke dada.
“Amboi...amboi...amboi....Sedapnya ‘tuan puteri’ beradu kat dalam tu. Dah puas tidur? Apa kata kalau ‘tuan puteri’ turun dan pergi tolong Bibik sediakan makan malam. Kejap lagi suami ‘tuan puteri’ dengan suami ‘beta’ nak balik makan.” Perli Datin Rubaiyah. Dizyan mengangguk perlahan. Terus sahaja Datin Rubaiyah beredar dan masuk ke dalam biliknya. Ditutup semula pintu kamar Faizal itu dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Dibuka paip air pancuran. Air yang keluar dari pancur itu menitis ke atas wajah Dizyan. Lama dia duduk berendam. Tanpa sebab, airmatanya menitis perlahan menuruni pipi.
Usai membersihkan diri, Dizyan sudah siap berpakaian. Disebabkan dirinya uzur, dia tidak dapat menunaikan kewajipan kepada Pencipta-Nya. Sebaik sahaja keluar dari bilik, dia menutup semula pintu bilik Faizal itu. Sudah berkali-kali Faizal memesan kepada dia. Setiap kali hendak keluar dari bilik, pintu bilik haruslah ditutup semula. Tidak mahu Datin Rubaiyah selalu menjenguk ke dalam bilik anak lelakinya itu. Tambahan pula mereka tidur berasingan. Kalau diketahui dek Datuk Farid, naya mereka terpaksa menadah telinga mendengar ‘syarahan’ percuma. Dizyan turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Kelihatan Sutinah sedang sibuk menyediakan bahan masakan untuk makan malam.
“Bik...” panggil Dizyan perlahan. Sutinah mengalihkan badan memandang Dizyan yang berdiri tercegat di belakangnya.
“Eh, Yan. Kamu udah bangun. Datin kejutkan, ya? Maafin Bibik. Bibik nggak sempat mau kejutkan kamu. Datin pulangnya awal hari ini. Selalu jam 8 atau jam 9 malem(malam), baru ada di rumah.” Jelas Sutinah. Dizyan tersenyum kecil.
“Tak apa, Bik. Memang salah saya. Tidur sampai tak ingat waktu.” Dizyan menukas. Sutinah mengangguk perlahan. Dia menyambung semula kerjanya. Dizyan menolong Sutinah menyediakan makan malam. Selepas siap memasak, Dizyan menghidangkan makanan tersebut di atas meja makan di ruang makan. Seketika kemudian, Datin Rubaiyah turun dari tingkat atas. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Dizyan hanya berdiri tercegat disisi meja. Tidak berani hendak menyertai sesi makan malam bersama Datin Rubaiyah.
“Papa tak jadi balik malam ni. Banyak lagi urusan dia kat Singapore yang belum selesai. Zal balik makan ke tidak?” tanya Datin Rubaiyah. Dizyan mengangkat muka memandang wajah ayu Datin Rubaiyah. Walaupun Datin Rubaiyah seorang yang garang dan tegas, tetapi wajahnya ayu dan sentiasa berpenampilan anggun.
“Dia tak cakap apa-apa pun, Ma.” Ujar Dizyan lembut. Datin Rubaiyah mengeluh perlahan. Tidak ada selera untuk dia menjamah makan malam. Suami masih belum pulang dari Singapura atas urusan kerja yang masih belum dapat diselesaikan. Anak pula sememangnya jarang pulang makan malam di rumah. Disangkakan setelah berkahwin ini, berubahlah sedikit perangainya.
Datin Rubaiyah menolak pinggan yang berisi nasi itu ke tepi. Hilang sudah seleranya. Dizyan hanya memandang gerak-geri Datin Rubaiyah itu sahaja.
“Kenapa Mama tak makan?” tanya Dizyan. Datin Rubaiyah berpaling memandang Dizyan.
“Mama tak ada selera.” Ringkas Datin Rubaiyah berkata.
“Yan temankan Mama makan?” ujar Dizyan. Cuba memancing perasaan Datin Rubaiyah.
“Tak payahlah. Mama memang tak nak makan pun.” Datin Rubaiyah menolak. Tanpa suami disisi, makan malam terasa hambar.
“Takkan Mama tak nak makan? Yan ada buat serawa pisang. Kata Bibik, Mama suka serawa pisang.” Dizyan berkata. Masih memancing reaksi Datin Rubaiyah. Wanita itu berpaling memandang Dizyan yang masih menantikan respon ibu mertuanya itu.
“Serawa pisang?” Datin Rubaiyah bertanya. Ditelan air liur. Sudah lama tidak merasa manisan itu. Dizyan mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Tapi Mama kena makan nasi. Sikit pun jadilah. Nanti kalau perut Mama kosong, masuk angin.” Tukas Dizyan. Datin Rubaiyah mencebik.
“Hish...Ingat kita ni budak-budak ke?” ujar Datin Rubaiyah perlahan. Tetapi langkah kaki dia tetap mendekati meja makan dan kembali duduk di kerusinya. Pinggan nasi ditarik semula dan menceduk lauk-lauk yang terhidang ke dalam pinggan. Dizyan tersenyum kelegaan. Sutinah yang melihat keadaan itu dari dapur, juga turut tersenyum. Lega kerana Datin Rubaiyah bermenantukan Dizyan.


ANGIN malam yang berhembus mendamaikan. Dizyan memakai seluar track dan juga baju T-shirt, duduk bersantai di laman rumah. Dia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang berada di laman. Memandang ke langit yang dipenuhi dengan bintang. Satu keluhan kecil dilepaskan. Masih tiada tanda-tanda Faizal akan pulang awal. Sutinah yang baru sahaja selesai menyudahkan kerja-kerjanya di dapur, keluar ke laman rumah apabila terlihat Dizyan yang termenung panjang. Dia turut melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. Dizyan tersedar kehadiran Sutinah itu dan tersenyum kecil memandang wajah wanita tua itu.
“Kamu menung lagi.” Ujar Sutinah. Dizyan hanya tersenyum sahaja.
“Ingat siapa?” Sutinah bertanya setelah lama mereka mendiamkan diri.
“Tak ada siapa-siapalah, Bik.” Dizyan menukas. Pandangannya ditala ke hadapan. Sutinah mengangguk perlahan. Tidak mahu terus bertanya. Mereka sama-sama melayani perasaan.
Bunyi enjin kereta yang kedengaran memasuki garaj mengejutkan mereka berdua dari lamunan. Sutinah meminta diri untuk masuk ke dalam. Dizyan berjalan mendekati kereta Faizal. Lelaki itu membuka pintu keretanya dan mengambil beg bimbit serta kot dari tempat duduk sebelah. Diserahkan kepada Dizyan yang berdiri tercegat.
“Lambat awak balik hari ni?” Dizyan sekadar bertanya. Faizal mendengus.
“Sejak bila kau nak berlakon jadi ‘isteri’ aku pulak ni?” Faizal bertanya keras. Dahi Dizyan bertaut. Tidak faham akan maksud Faizal itu.
“Saya memang isteri awak kan.” Dizyan berkata. Tidak suka apabila Faizal berkata begitu. Faizal hanya tersenyum sinis.
“Kau isteri aku, atas kertas je. Apa yang aku nak buat, dengan siapa aku nak keluar atau pukul berapa aku nak balik, suka hati akulah. Kau jangan sibuk. Kau jangan masuk campur dalam urusan hidup aku dan aku pun takkan masuk campur dalam urusan hidup kau.” Faizal memberi amaran. Dia melanggar bahu Dizyan sehingga gadis itu terdorong ke belakang. Dizyan hanya memerhatikan bayangan Faizal yang hilang di sebalik pintu. Keluhan dilepaskan.
Dizyan menggelengkan kepalanya. Kemudian, mata dia tertancap pada sebuah kereta yang berada di luar pintu pagar tersebut. Lama dia memerhatikan kereta tersebut sehinggalah kereta itu beredar meninggalkan kawasan perumahan mereka. Dizyan mengerutkan dahi. Siapakah pemilik kereta itu? Jenis dan nombor plet kereta, seperti dia pernah nampak. Tanpa menunggu lama, Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Diletakkan beg bimbit di dalam bilik bacaan dan menyangkut kot di rak kot. Haruman minyak wangi yang melekat di kot itu menusuk hidungnya. Ini bukan haruman yang selalu dipakai Faizal. Ini seperti haruman wanita. Tiba-tiba ingatannya terimbas pada Ku Zhety. Wangian ini seperti pernah dipakai oleh Ku Zhety. Dizyan hanya tersenyum sinis. Kemudian, dia terus keluar dari bilik bacaan itu. Menuju semula ke laman rumah. Berdiri dihadapan kolam ikan koi. Termenung lagi. Sejak dari mimpinya petang tadi, dia asyik teringat dan cuba untuk menafsir mimpi tersebut.
“Seronoknya kau berenang-renang. Tak fikir apa-apa masalah pun.” Ujar Dizyan perlahan sambil mengocak air kolam tersebut. Tersenyum melihat ikan-ikan tersebut berenang ke hulu dan ke hilir.
Faizal baru sahaja selesai membersihkan diri yang melekit. Dia memakai seluar track paras lutut dan baju T berwarna hitam. Rambutnya yang basah dikering menggunakan tuala. Dipandang ke seluruh bilik. Tidak nampak kelibat Dizyan. Faizal berdiri menghadap cermin balkoni. Matanya tertancap pada sekujur tubuh Dizyan yang berada di kolam ikan itu. Dibuka pintu cermin balkoni tersebut. Faizal bersandar pada rel di balkoni. Lama dia menatap Dizyan yang tidak perasan dirinya sedang menjadi perhatian suami sendiri.


KAKI Dizyan menguis tanah. Memandang awan. Langit yang cerah itu menampakkan bintang-bintang yang bersinar terang. Dizyan masih tidak sedar kehadiran Faizal disitu. Dia sedang leka mengira bintang di angkasa.
“Kau dah teringin nak jadi ahli astronomi pulak ke?” pertanyaan Faizal itu benar-benar mengejutkan Dizyan dari lamunannya.
“Hah?”
“Sibuk mengira bintang.” Faizal berkata ringkas. Dizyan mengusap tengkuk yang terasa lenguh kerana mendongak terlalu lama. Dia berdehem kecil. Lama mereka berdua diam membisu. Dizyan tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Buat pertama kali dalam hidupnya, tidak ada perkara yang boleh membuatkan dia dan Faizal bertikam lidah.
“Awak nak air? Saya buatkan.” Ujar Dizyan lembut.
“Tak payah. Aku baru je lepas minum.” Faizal berkata tanpa memandang wajah Dizyan disebelah. Dizyan menarik dan melepaskan nafas perlahan. Hati Dizyan menjadi tidak keruan apabila teringatkan mimpinya tadi. Dapatkah Faizal menerima tentang apa yang berlaku pada dirinya itu? Tetapi Dizyan tidak akan memberitahu sekarang kerana ini bukan masanya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Pagi tadi awak kata nak bincang something dengan saya. Apa dia?” tanya Dizyan.
“Nantilah. Esok-esok. Aku dah mengantuk ni.” Faizal tidak mahu berbincang perkara itu lagi. Dia berdiri dan membelakangkan Dizyan yang sedang menundukkan wajah dan kaki masih lagi menguis-guis tanah itu.
“Masuklah. Tak elok berembun lama-lama kat luar ni. Lagipun esok kau kena bangun awal. Nanti kena bebel dengan Datin Rubi lagi.” Ujar Faizal yang sudah melangkah mendekati pintu utama. Dengan lemah sekali, Dizyan membuntuti Faizal.

BERSAMBUNG....