BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

Siapalah aku dimata dia....



Hmm...pertama sekali Ecah nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Abby.....Abby thanks 4 ur credit ya in ur blog......Well,sekarang ni Ecah pun dah kerja....Tapi kerja jaga budak jer.....hehe....i miss my practical time!!!!Kebanyakkan kawan-kawan Ecah dah ada orang yang menjaga mereka masing-masing (couple larr) ehehehe.....Ecah je yang masih single. Bukan tak nak bercinta....Tapi hati belum terbuka...Dan salah satu sebabnya belum ada lelaki yang mahukan Ecah....Tapi Ecah tak kisah...Yang penting bagi Ecah sekarang ni, Ecah nak tolong family Ecah. Kami bukanlah orang yang 'ada-ada' atau lebih dikenali sebagai orang kaya...Tapi kami juga bukanlah orang 'tak ada langsung'. Hanyalah sebuah keluarga sederhana yang tinggal di bandar yang sederhana dalam kota yang besar....Hmmm keliru ker??? Saje jer Ecah nak uji pemikiran kalian semua. Bandar 'sederhana' yang Ecah tinggal ni di Shah Alam....

Errmmm...cerita pasal lelaki.....Lelaki macam mana agaknya idaman kalian? Lelaki idaman Ecah, biarlah beragama. Itu penting buat Ecah sebab iman Ecah sendiri pun belum kuat. Apatah lagi kalau selepas kami berkahwin Ecah yang seharusnya membimbing dia. Yang kedua, biarlah pandai dan juga pandai mencari duit. Sebab Ecah dah 22 tahun hidup dalam keadaan yang agak 'susah'. Dah tiba masanya untuk Ecah keluar dari kepompong kesusahan. Ecah nak juga tolong ibubapa Ecah yang dah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan kami adik beradik. Bagi Ecah, prinsip hidup Ecah yang selama ini Ecah pegang dan sampai bila-bila Ecah akan tanamkan dalam diri Ecah dan juga bakal generasi Ecah yang akan datang ialah 'LOVE DOESN'T PAY THE BILL'. Yang ketiga kriterianya, biarlah sedap mata memandang. Tidak terlalu handsome....dan tidak juga terlalu jelek....Yang sedang-sedang saja sudah cukup....

Hmmm teringat pula Ecah pada si dia. Ahhh rindunya Ecah pada cinta lama. Cinta ini hanyalah bertepuk sebelah tangan. Sebab Ecah sedar....siapalah aku di mata dia....Keadaan fizikal Ecah membedakan kami....Jurang kami terlalu jauh. Dia tidak lah terlalu handsome. Dalam erti kata lain, sedap mata memandang. Berkaca mata dan mempunyai senyuman yang sangat manis. Ecah mula mengenali dia sewaktu Ecah mula menjejakkan kaki di sebuah kolej swasta....Ecah menyukai dia selama 2 tahun...Juga boleh ditafsirkan sebagai cinta sebab walaupun ada lelaki yang betul-betul menyukai Ecah dan cuba memikat diri ini, Ecah tetap tidak terima lelaki itu. Kasihan lelaki itu....Dia mula menjauhkan diri dari Ecah dan akhir sekali dia berhenti kolej. Atas sebab apa, Ecah tidak pula tahu....Tapi semasa di tahun akhir, Ecah dapat tahu lelaki yang disukai oleh Ecah sudah mempunyai kekasih....Ecah kenal benar dengan kekasihnya itu. Berbeda amat dengan diriku ini. Seorang yang mempunyai susuk tubuh yang langsing, pertuturannya lemah lembut sekali.

Akhirnya Ecah redha dan Ecah lepaskan dia dari ingatan Ecah. Luarannya, Ecah tersenyum. Tetapi tak siapa yang tahu betapa peritnya hati Ecah bila mengetahui dia sudah dimiliki. Kisah ini hanya Ecah khabarkan kepada Eyla, teman seperjuangan, teman baik dan segala-galanya buat Ecah. Dia tahu keperitan hati ini kerna dia sedang bercinta. Jadi, dia faham perasaan ini. Dia tidak betul-betul melalui cerita ini sebagaimana yang dilalui oleh Ecah. Dia boleh menjadi pendengar setia. Hati ini menangis. Tetapi semasa tahun akhir itu jugalah, lelaki yang disukai oleh Ecah itu mula mahu berbicara dengan Ecah seperti kawan. Ecah gembira tetapi Ecah tetap cuba menjauhkan diri darinya. Tidak mahu terlalu dekat atau rapat. Tidak mahu menjadi best buddies. Sebab Ecah tidak mahu digelar perampas. Kisah cinta Ecah berakhir disini.......

Ecah memang ingat kisah cinta Ecah berakhir di situ saja....Entah bagaimana dalam minggu ini juga, Ecah bermimpikan diri si dia. Setelah hampir setahun lebih Ecah lupakan dia. Lepaskan dia dari ingatan. Dalam mimpi itu, dia berpakaian kemas dan wajahnya sangat berseri-seri....Bersih....Dia meminta pertolongan Ecah tetapi gayanya seperti dia nak mengajak Ecah keluar sahaja....Like a date....Ecah hanya mengikuti saja kehendaknya. Tapi dalam mimpi Ecah itu juga, Ecah nampak kekasih dia hanya melihat kami dari jauh. Tiba-tiba Ecah terjaga. Dikejut kakak untuk solat Subuh.....Melepas.....Geram betul....Tapi solat juga tidak harus Ecah berleka.....Setelah jam menginjak ke waktu tengah hari, Ecah SMS Eyla. Bertanyakan maksud mimpi ini. Katanya, mungkin satu hari nanti Ecah akan berjumpa semula dengannya. Hmmm....Ecah berfikir. Betulkah???!!!! Kemudian Ecah ym pula dengan teman baik sekolah Ecah, Izrin Hana.....Dia juga berkata perkara yang sama. Mungkinkah benar kata-kata mereka? Satu hari nanti Ecah akan bertemu kembali dengan si dia? Tetapi bilakah hari itu? Ecah tertanya-tanya.....Bila tiba hari itu nanti, mungkin Ecah akan lebih bersedia berhadapan dengan si dia.

Sehingga ke saat ini, Ecah masih lagi terkenangkan wajahnya. Teringatkan senyumannya. Cara dia ketawa, dia berbicara bersama teman-teman kolejnya.....Ahhh sudah lama aku tidak rindukan wajah itu. Sekarang ni, Ecah asyik teringatkan dia. Teringatkah dia padaku? Arghhh.....siapalah aku dimata dia.......

0 tukang komen paling setia: