BAB 9 SHILEA menghempaskan punggungnya ke atas sofa. Geramnya hati dia. Dia memasang televisyen. Dikeluarkan sekotak rokok daripada tas tangannya. Diketuk-ketuk kotak rokok itu supaya mampat sebelum dia mengambil sebatang daripada paket yang berbungkus elok itu. Dihidupkan api rokok tersebut. Dihisap dalam-dalam. Kemudian, dihembuskan asap rokok ke atas. Shilea melakukan perkara tersebut berkali-kali. Seolah-olah dengan berbuat begitu segala masalahnya akan pergi bersama asap rokok itu. “ Aku takkan lepaskan dia. Dia musnahkan hidup aku. Aku akan musnahkan hidup dia.” Shilea berkata sendirian. Dia membaringkan dirinya di atas sofa tetapi rokok masih berada di tangannya. Sebatang demi sebatang rokok dihisapnya. Sampai habis satu kotak. Fikirannya melayang-layang kepada kejadian yang disaksikan tengah hari tadi. Sepasang kekasih yang sedang bermesra. Tetapi Shilea lebih mengenali lelakinya. Ditenyeh-tenyeh rokok itu ke atas karpet. SHILEA yang baru sahaja keluar dari kedai makanan terserempak dengan sepasang kekasih. Mereka bergelak ketawa. Begitu mesra pada pandangan Shilea. Dia memeluk tubuh. Hatinya ditumbuk-tumbuk. Tiba-tiba telinganya terngiang-ngiang ayat yang pernah dihamburkan oleh Fareez. “ Dia tu kaki perempuan. Dia tak pernah puas dengan seorang saja.” Kata-kata Fareez bergayut di telinga. “ Eh, Lea! Itu bukan ke laki kau?” Suara Diyan bergema di gegendang telinga Shilea. Shilea mendengus geram. Dia terus sahaja berlalu dari tempat tersebut. Diyan hanya mengangkatkan bahu. Dia pun hairan dengan kawannya itu. Suami sendiri berjalan dengan perempuan lain, boleh lagi dia buat tidak tahu. Kalau dia, sudah tentu perempuan itu lumat dikerjakan. Sepanjang dia berada di pejabat, hatinya tidak tenteram. Kerja yang dilakukan satu pun tidak menjadi. Dia segera mengambil tas tangan dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya. Dia perlu berada di rumah. Siaplah kau, Fauzi. Hatinya menjerit. “ Cik Lea…” panggil setiausahanya, Alina. Shilea memandang muka Alina. Gadis itu manis sekali berbaju kurung. Bilalah dia hendak menyarungkan baju kurung ke tubuhnya. Shilea tidak pernah memakai pakaian yang menutup auratnya. Selalu dia lebih selesa memakai skirt dan baju yang terdedah. Dia rasa selesa dengan berpakaian begitu. Baju kurung? Shilea rimas. Pernah berkali-kali Diyan menasihatinya supaya memakai baju kurung semasa hari Jumaat. Tetapi dipekakkan sahaja telinga. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Alina bukan sahaja hari Jumaat dia memakai baju kurung. Tetapi Shilea perhatikan setiausahanya itu, setiap hari Isnin dan Rabu pun dia memakai baju kurung. Jarang sekali Alina memakai skirt. Kalau hari Selasa dan Khamis, dia lebih selesa berseluar. Mungkin senang untuk menyudahkan kerja-kerjanya. “ Ada apa Cik Lea panggil saya?” pertanyaan Alina itu mengejutkan Shilea dari lamunannya. “ Saya nak ambil cuti hari ni. Awak tolong saya.” Alina mengangguk mendengar permintaan Shilea. Tersenyum hambar pada setiausahanya. Dia berlalu pergi ke tempat letak kereta. Dihidupkan enjin kereta Toyota Altisnya. Menderum kereta itu pergi meninggalkan bangunan Mawar Holdings yang tersergam indah. Setengah jam kemudian, dia sampai di apartmentnya yang terletak di Damansara. Fikirannya ligat berfikir. Lama dia bertafakur di dalam kereta. Dia masih tidak dapat idea. Dia berjalan ke arah lif dan ditekan butang untuk naik ke tingkat atas. Pintu lif terbuka. Dia berjalan masuk dan ditekan butang bernombor 8. Lif berhenti di tingkat 8. Shilea keluar dari lif dan menuju ke pintu rumah yang tertera nombor 8-2-15. Dikeluarkan kunci dari tas tangannya dan membuka pintu rumah tersebut. Fikirannya masih ligat berfikir. Apa yang perlu dilakukan apabila Fauzi pulang nanti? “ Jahanam. Dia permainkan aku.” Hatinya membentak geram. “ Hai, Lea. Termenung jauh nampak.” Tegur jiran lelaki yang tinggal di sebelah rumahnya. “ Eh, Joe. Sorry lah I tak perasan you. I banyak problem sekarang ni. So…jadi ke malam besok?” Shilea berjalan mendekati Joe dan memainkan rambutnya dengan jari jemari. Lenggang lenggoknya yang menggoda turut membuatkan Joe tertarik kepadanya. “ I boleh hilangkan problem you sekelip mata. Kenapa esok? Sekarang pun I tak kisah.” Kata Joe sambil berbisik di telinga Shilea. “ Sekarang tak bolehlah. I pun kalau boleh nak sekarang. Tapi Fauzi balik nanti, macam mana?” ada betul juga kata Shilea. Kalau dia tertangkap oleh Fauzi, bagaimana? Fauzi seorang yang panas baran. “ Are you sure that he’s going outstation tomorrow?” “ Ya, of course I’m sure.” Shilea berdiri dekat dengan Joe sehingga Joe tersandar pada dinding rumahnya. Joe tersenyum menggoda. Shilea tersenyum di dalam hati. Bukan sahaja Fauzi tidak puas dengan seorang. Dia juga begitu. “ Make sure you coming tomorrow. I’ll wait for you. Tak sabarnya nak tunggu esok.” Shilea mengenyitkan mata. Sempat dihadiahkan kucupan di mulut buat lelaki itu. Shilea masuk ke dalam rumah. Dilemparkan tas tangan ke atas meja. Penghawa dingin yang berada di ruang tamu itu tidak dapat menyejukkan badannya. Terasa panas. Dipasang televisyen tetapi matanya tidak tertumpu di situ. Dikeluarkan sekotak rokok. Dinyalakan dan dihisapnya rokok tersebut. Dia perlu menenangkan fikiran. Dia bangun dari perbaringannya di sofa. Shilea berjalan ke arah bilik mandi. Dia membuka pili air dan membiarkan air mengalir ke dalam bath tub. Kemudian, direndamkan badannya ke dalam bath tub tersebut. Dia terasa sedikit lega. PINTU rumah dikuak dari luar. Shilea tahu siapa yang pulang. Dibuat tidak tahu sahaja. Shilea sedang asyik mengunyah snek. Fauzi menghampiri Shilea dan duduk di sebelah isterinya. Shilea menjarakkan sedikit badan. Tanda marah. “ Kenapa dengan you ni?” Fauzi yang terperasan dengan perubahan isterinya, bertanya. Shilea hanya mendiamkan diri. Tidak dijawab persoalan Fauzi. Hatinya masih membara. Fauzi memeluk bahu Shilea. Dipandang tajam ke arah lelaki itu. “ You ke mana tadi?” “ I jumpa pelanggan lah.” Fauzi sedikit sangsi dengan pertanyaan Shilea. Dipandang wajah Shilea. Matanya jatuh pada pakaian Shilea yang agak terdedah. Ditelan air liurnya. Mahu sahaja diterkamnya. “ You jangan nak tipu I. I nampak you dengan perempuan. You better be frank with me.” Desak Shilea. Fauzi tersenyum. “ Memang I keluar dengan perempuan. So?” kata-kata Fauzi membuatkan Shilea semakin membara. “ How dare you!!” jerit Shilea lantang. Shilea bingkas berdiri. Mundar mandir depan Fauzi. “ Memang betul kata Fareez. You ni jenis lelaki yang tak pernah puas dengan seorang.” Fauzi memandang muka Shilea yang kemerah-merahan menahan marah. Terkejut dengan kata-kata isterinya. “ You jumpa Fareez?” tanya Fauzi. Mengangkat keningnya. Seolah-olah tidak senang dengan percakapan Shilea. Kenapa dia berjumpa dengan bekas suaminya? Hatinya terdetik. “ So?” tanya Shilea kembali. “ I tak tahu pulak yang you so desperate.” Fauzi tergelak. Seperti mengejek sahaja bunyinya di pendengaran Shilea. Fauzi tidak peduli dengan Shilea dan dia menonton televisyen yang sedang terpasang. Satu habuk pun tidak masuk di kepalanya apabila Shilea berleter. Asyik menonton televisyen. Shilea geram. Dia berjalan ke arah televisyen dan ditutup televisyen tersebut. “ I tengah tengok tu.” Fauzi memandang tajam ke arah Shilea. Geram apabila tengah seronok menonton tiba-tiba diganggu pula. “ I nak minta cerai.” Kata putus daripada Shilea. Fauzi tersenyum sinis. Dia bangun dari sofa tersebut. “ You nak minta cerai? Boleh. Tak ada masalah. Tapi you kena ingat. Kalau you cerai dengan I, you takkan dapat anak you.” Ugut Fauzi. Shilea terduduk. Ada benar juga kata Fauzi. Fauzi tergelak dan berjalan masuk ke dalam bilik. Dia nak cerai dengan aku? Aku akan kenakan dia dulu, hati Fauzi berbisik. Shilea mencapai sebatang rokok dan dihidupkan api. Dihisap dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. LOCENG rumah Shilea berdering. Shilea membetulkan baju tidur yang jarang. Dijenguk tetamu yang datang melalui lubang yang ada di pintu rumah. Tetamu yang ditunggu-tunggu. Dibuka pintu rumah. Tersenyum kepada lelaki tersebut. “ Come in.” jemput Shilea. Joe hanya tersenyum melihat Shilea. Tergoda dia melihat Shilea berpakaian seperti itu. Dress tidur yang jarang dan pendek. Menampakkan bentuk tubuhnya yang montok dan putih. Terjenguk-jenguk dia sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah Shilea. “ You jangan risaulah. Dia dah berambus.” Shilea tahu apa yang bermain di fikiran Joe. Lega hatinya apabila mendengar Shilea berkata-kata. Joe duduk di atas sofa di ruang tamu. “ Are you sure his gone?” tanya Joe. “ Ya.” “ Are you sure he’s not spying on us?” Joe seperti curiga dengan perangai Fauzi. Bukan boleh dijangka dengan lelaki seperti itu. Hari itu, Joe hanya tersenyum sahaja kepada Shilea tetapi Fauzi memandang Joe seperti hendak membunuhnya. Takut dia melihat wajah bengis lelaki itu. “ Ya. You jangan risau. Dahlah kita cerita pasal lain. Bosanlah cerita pasal dia.” Shilea berjalan ke arah dapur. Joe hanya memerhatikan lenggang lenggok perempuan itu. “ You want something to drink?” tanya Shilea. Joe mengangguk. Shilea menyediakan gelas dan menuangkan air yang menjadi santapan dia dan Fauzi hari-hari. Dia mahu mabuk-semabuknya hari ini. Shilea membawa gelas tersebut ke ruang tamu. Diletakkan dua gelas tersebut di atas meja yang tersedia. Shilea melabuhkan punggungnya di atas peha Joe. Shilea mencapai gelas tersebut dan satu lagi disuakan kepada Joe. “ Cheers.” Gelas mereka berlaga. Berdenting bunyinya. “ Bila lagi? I dah tak sabar ni.” tanya Shilea. Joe mengangguk laju. Itulah saat-saat yang ditunggunya. Shilea menarik Joe untuk berdiri. Dia hendak menarik Joe ke biliknya tetapi dengan pantas Joe mendukung badan Shilea dan membawanya masuk ke dalam bilik. Shilea tergelak manja. Joe melempar badan Shilea ke atas katil. Dia membuka bajunya dan turut menghempaskan badannya ke atas katil. Malam itu, menyaksikan sepasang manusia bergelumang dengan dosa. Syaitan tergelak besar apabila ada lagi sepasang kaum Adam dan Hawa terjatuh ke dalam gaung maksiat. SHILEA tersandar keletihan di kepala katilnya. Pandai Joe melayan nafsunya. Joe terlena. Shilea tersenyum sinis. Lelaki ini tidak tahu dia ada agenda tersendiri. Dibaring ke atas badan Joe yang sasa. Diusap-usap badan yang berpeluh itu. Joe terjaga apabila ada belaian yang lembut. Dibuka matanya perlahan-lahan. Shilea tersenyum menggoda memandangnya. Dicium bibir basah lelaki itu. Sekali lagi mereka melakukan perbuatan terkutuk itu. Malam itu sahaja, sudah berkali-kali mereka melakukannya. Pagi esoknya, Shilea terjaga. Joe sedang menyarungkan semula T-shirt dan Jeansnya. Shilea memandang lelaki itu dengan senyuman. “ Awalnya you nak balik?” tanya Shilea. Badannya diselimutkan separa dada. Tidak berbaju. Semalam dia benar-benar puas. Fauzi pun tidak sehebat Joe. Disangkakan Fauzi sangat hebat. Hebat dari Fareez. Rupa-rupanya ada lagi yang lebih hebat. Joe mengucup dahi Shilea. Gelihati Shilea dengan perbuatan Joe. Seperti suami isteri, lagaknya. “ You datang lagi tau malam ni. I tak puaslah.” Kata Shilea. Joe mengangguk. Shilea menghantar Joe sehingga keluar. Dia menutup pintu rumahnya dan bersandar pada pintu. “ Bila aku mengandung nanti, kau boleh jalan dari hidup aku, Joe. Kau dan Fauzi sama saja. Isteri orang pun kau nak. Binatang.” Shilea berkata sendirian. Dia mahu Fauzi sentiasa berada dengannya. Fauzi jarang berada di rumah. Dan mereka juga jarang bersama. Dia mahu memerangkap Fauzi dengan anak yang bakal dikandungnya. Diusap-usap perut. Walaupun dia sendiri tidak tahu samada benih yang ditaburkan sudah bercambah atau tidak. Dia mahu Fauzi bertanggungjawab terhadap dirinya walaupun itu adalah anak lelaki lain. Entah siapalah bapa kepada anak yang bakal dikandungkannya nanti. Dia tergelak besar. Shilea berjalan ke dalam biliknya dan membaringkan diri di atas katil yang menjadi tempatnya melawan nafsu dengan lelaki. Bukan sahaja setakat dengan Fauzi dan Joe tetapi ramai lagi lelaki lain. “ Padan dengan muka kau, Fauzi.” Ketawanya bergema di dalam bilik yang besar itu. Shilea memandang sekilas ke arah jam loceng di tepi katilnya. Hampir pukul 10 pagi. Dia mesti bersiap segera untuk berjumpa dengan Peter, lelaki Cina yang selalu dia jadikan tempat pelepas nafsunya dengan bangsa asing. Mereka berjanji hendak berjumpa pada pukul 12 tengah hari. Shilea bingkas bangun dari katilnya dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia segera bersiap. Dipakai skirt yang baru dibelinya semalam. Skirt pendek dan ketat atas lutut, hanging tube yang menampakkan perutnya. Disemburkan minyak wangi yang dihadiahkan oleh Peter. Lelaki itu suka dia memakai minyak wangi yang dibeli olehnya untuk Shilea. Walaupun Shilea tidak suka akan baunya, tetapi untuk memuaskan hati Peter dipakainya juga. Shilea menghidupkan enjin keretanya dan terus menderum pergi ke hotel 5 bintang yang terkemuka di ibukota. 45 minit kemudian, kereta Shilea tiba dihadapan lobi hotel tersebut. Setelah menyerahkan kunci kereta kepada car jockey, Shilea melangkah masuk ke dalam. Tercari-cari wajah Peter di lobi hotel. Lelaki itu melambai ke arahnya. Shilea tersenyum menggoda dan menuju ke arah lelaki itu. “ Kenapa you lambat?” tanya Peter sebaik sahaja Shilea melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang disediakan di lobi itu untuk pelanggan-pelanggannya. Dia duduk di sebelah Peter. Disilangkan kakinya. “ Sorrylah, sayang. I ada kerja sikit.” Shilea berkata manja sambil mengusap wajah lelaki Cina itu. Shilea tergelak di dalam hati. Kelakar pula rasanya. Umur Peter sebaya dengan Papanya, Datuk Hisham. Tetapi dia tidak kisah itu semua. Selepas mereka ‘bersama’, Peter pasti akan membelikannya dia hadiah-hadiah mahal. Membawanya keluar makan malam di restoran mewah. Membelai dirinya. Peter pandai melayan. Peter tidak seperti Joe atau Fauzi. Berlainan benar mereka itu semua. Shilea tergelak manja apabila Peter mencium lehernya dengan rakus. Pelanggan-pelanggan hotel itu yang lalu-lalang hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Ada yang menggeleng dan ada yang berbisik sesama sendiri. Tetapi Shilea tidak mempedulikan itu semua. Yang penting, nafsunya terisi. “ Janganlah, sayang. Ramai orang kat sini. Kenapa kita tak naik ke atas je?” tanya Shilea. Kepalanya sengaja dilentokkan ke badan sasa Peter. “ You tak lapar ke?” tanya Peter. Shilea pantas menggeleng. “ Tak nak makan dulu?” tanya Peter sekali lagi. “ Tak nak. Cepatlah, sayang. I dah tak sabar ni.” Shilea berkata sambil berbisik ke telinga Peter. “ Ok. I’ll go get the key.” Peter bangun dari duduknya dan menuju ke arah kaunter yang bertulis Concierge. Shilea tersenyum sinis dan memandang Peter dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan. “ Let’s go, sayang.” Kata Peter. Shilea menghulurkan tangan dan Peter menarik tangan mulus itu. Peter memeluk pinggang Shilea. Peter menekan butang lif dan pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Tiada orang yang bersama mereka di dalam lif. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, Peter mencium mulut Shilea dengan rakus. Shilea menolak lelaki itu perlahan. “ Sabarlah, sayang. Kita dah nak sampai bilik. You ni…gelojoh.” “ Apa itu gelojoh?” tanya Peter. Digaru-garu kepalanya. Shilea tergelak kecil. Bodoh juga orang tua ini, kata hatinya. “ Tak sabar.” “ Ohh…” pintu lif terbuka. Peter mendukung Shilea ke bilik mereka. Shilea sekali lagi tergelak manja. Sebaik sahaja pintu bilik yang bernombor 324 itu tertutup, perbuatan maksiat Shilea berulang kembali. DIBIARKAN lelaki Cina tua itu terdampar keletihan di dalam bilik hotel yang menyaksikan perbuatan maksiat itu berlaku. Memang begitulah setiap kali Shilea melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Peter. Sengaja dia meninggalkan Peter begitu. Dia mencapai hadiah set barangan kemas yang dibuat daripada kristal. Hadiah pemberian Peter kepadanya. Peter sanggup terbang ke Paris untuk membeli set barangan itu kerana Shilea kerapkali mengatakan yang dia menginginkan set barangan kemas itu semasa dia bercuti ke Paris bersama Peter setahun yang lepas. Sepanjang perjalanan Shilea pulang ke rumah, dia asyik menguap. Malam ini dia bertemu janji dengan Joe. Dia harus mendapatkan tidur yang secukupnya untuk kelihatan segar buat Joe. Entah kenapa dia harus berbuat demikian. Joe dan Peter bukanlah lelaki yang sah dikahwininya. Kunci berlaga diluar pintu rumah. Shilea membuka pintu rumahnya. Terkejut dia melihat Fauzi berada di dalam rumah. Tidak disangkakan Fauzi akan balik secepat itu. Dia menyangka Fauzi akan balik pada minggu hadapan. Itulah yang dikatakan oleh Fauzi kepadanya. “ Awalnya you balik? You kata you nak balik minggu depan.” “ Kenapa? You tak suka I balik? Ohh…baru I teringat. Susah untuk you ‘main’ dengan jantan lain kan?” kata Fauzi pedas. Shilea agak menggelabah. “ Apa yang you cakapkan ni?” “ You jangan ingat I tak tahu apa aktiviti you yang you buat belakang I.” Fauzi bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali semula ke ruang tamu dengan membawa segelas air jus oren. “ You pun jangan ingat I tak tahu apa yang you buat belakang I. Kerap sangat you melakukan aktiviti you tu. Bertukar-tukar perempuan setiap malam.” kata Shilea pula. Fauzi hanya hendak menuduhnya seorang sahaja. Fauzi melabuhkan punggung ke atas sofa itu. “ Aktiviti I? Memang you pun dah sedia maklum. Tapi, takkanlah dengan client I pun you nak ‘main’ jugak.” Fauzi meninggikan suaranya. Shilea terkejut. “ Apa maksud you?” “ Do you know anyone by the name of Peter?” “ Peter?!” Shilea terkejut besar apabila mendengar nama itu menjadi sebutan Fauzi. Adakah Peter pelanggan Fauzi? “ I tahu you pernah dengar nama ni kan?” “ Siapa Peter? Entah nama cina mana yang you sebut, I pun tak tahu.” “ I tak pernah pun cakap pada you yang Peter itu cina. Mana you tahu Peter yang I sebutkan ni orang cina?” pertanyaan Fauzi benar-benar menduga Shilea. Shilea tahu dia sudah terperangkap. “ You sebutkan nama Peter pun orang boleh agak yang Peter tu orang cina.” Shilea cuba berdalih. “ Peter tak semestinya nama orang cina. Boleh jadi nama orang india. Boleh jadi orang putih. Client I kan berbagai-bagai bangsa.” Ujar Fauzi. Dia memandang muka Shilea sambil mengangkat keningnya sebelah. Shilea tidak tahu hendak berbohong apa lagi. Dia sudah buntu. “ Sudahlah. I malas nak layan you. Masuk mandi pun lagi bagus.” Shilea terus sahaja menuju ke bilik tidur dan menutup pintu bilik itu. Fauzi memerhatikan gerak-geri isterinya. Dia tergelak kecil. Dia tahu Shilea sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa. BERSAMBUNG...... |
Thursday, November 20, 2008
Dari KL ke Luxembourg 9
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 11/20/2008 02:58:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 tukang komen paling setia:
Post a Comment