BAB 19 KETUKAN di pintu kayu kamar tidur mengejutkan Qaseh daripada lenanya yang nyenyak. Terpisat-pisat dia menggosok mata yang merah. Dia tidak suka tidurnya terganggu. Qaseh berjalan ke arah pintu dan membuka pintu bilik itu. Terjengul wajah Maria. Tersengih seperti kerang busuk. Qaseh menguap sambil menutup mulut. “ Hey, Sleeping Beauty! Let’s go get some fresh air.” Maria berkata. Qaseh mengangguk perlahan. Kantuknya masih bersisa. Maria beredar dari situ. Qaseh masih tercegat di pintu bilik itu. Kemudian, dia menutup semula pintu bilik dan berjalan ke almari pakaian. Dia membuka almari tersebut dan mengeluarkan tuala daripada beg pakaiannya. Dia berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, Qaseh keluar dari bilik air dan menuju ke meja solek. Dilihatnya jam tangan. Sudah pukul 3.35 petang. Waktu Malaysia. Dia belum menunaikan solat Zuhur. Segera dia mengambil air wuduk dan mengerjakan solat Zuhur. Setelah selesai mengerjakan ibadat, Qaseh melipat telekungnya dan disangkut di dalam almari. Qaseh menempel sedikit bedak asas dan bedak padat serta mencalit sedikit lipgloss untuk menampakkan bibirnya seperti basah. Qaseh menyarungkan pakaian yang sudah dikeluarkan dari beg pakaian. Seluar jeans dan sweater nipis berona hijau epal. Dia membelek diri dan wajahnya dipandang sekali lalu. Perfect! Bibirnya tersenyum. Qaseh menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Maria yang sudah sedia menunggu di ruang tamu tersenyum memandang Qaseh. Senyuman itu dibalas. “ Ready?” tanya Maria. Qaseh mengangguk. Maria sudah berjalan ke arah keretanya. Qaseh menyarungkan kasut sneakers dan membuntuti Maria. “ Maria….” Panggil Qaseh. Maria memandang Qaseh. “ Is Fareez home yet?” tanya Qaseh. Baru dia teringatkan suaminya yang keluar rumah dari pagi tadi. Sehingga kini dia tidak nampak wajah Fareez. Auntie Rosemarie yang baru sahaja keluar dari dapur menuju ke arah mereka berdua. “ Where are you two going?” pertanyaan Auntie Rosemarie dibiarkan tergantung tanpa jawapan. “ No. I didn’t see him at all.” Jawapan Maria itu semakin membuatkan Qaseh risau. Hatinya dilanda gelisah. “ Don’t worry, Q. He will come back.” Kata Auntie Rosemarie sambil mengurut belakang Qaseh. Qaseh sedikit lega apabila mendapat belaian lembut daripada seseorang yang boleh dianggap sebagai ibu. “ Where are you two kids going?” tanya Auntie Rosemarie sekali lagi. Maria mencukakan wajahnya. “ Mother, we’re not kids anymore.” Kata Maria dengan wajah masam. Qaseh tergelak kecil. “ Alright…Alright…Where are you two lay...dees.. going?” tanya Auntie Rosemarie sambil membetulkan ayatnya. Maria tersenyum kembali. Dia tidak suka dianggap sebagai budak kecil. “ We’re going to take some fresh air. And…tour the village.” Maria berkata-kata sambil masuk ke dalam perut kereta. Diikuti oleh Qaseh. Mereka berdua melambai ke arah Auntie Rosemarie. Lambaian itu dibalas. Kereta Maria menderum pergi meninggalkan rumah itu. Perlahan-lahan kereta Maria menuruni bukit. Mata Qaseh masih melekat pada pemandangan di luar. Cantik! Itu sahajalah yang dapat digambarkan oleh Qaseh. Agak lama dia meninggalkan tempat ini. 4 tahun. Dia hampir melupakan keindahan tempat ini dengan kesibukan di syarikatnya. Semasa Qaseh berbulan madu, Aishah diminta menjaga syarikat sementara ketiadaannya. Aishah juga diberi cuti bergaji oleh Encik Sulaiman. Pada mulanya Aishah menolak tetapi setelah didesak oleh Encik Sulaiman, dia menerima. Bagaimanalah agaknya keadaan sahabat baiknya itu menguruskan syarikat? Qaseh terlupa. Dia sepatutnya menelefon Datuk dan Aishah mengatakan dia selamat sampai. Tidak apalah. Sekejap lagi dia telefon. Kalau dia boleh cari telefon awam. Kereta Maria menyusuri pekan Insenborn. Indahnya pekan ini. Tidak seperti Kuala Lumpur yang selalu sibuk itu. Pencakar langit dan asap tebal amat menyesakkan. Pekan ini tidak ada bangunan pencakar langit. Ada muzium yang menempatkan sejarah-sejarah peperangan. Qaseh memandang wajah Maria yang sedang memandu. Maria memandang Qaseh semula dan mereka sama-sama tersenyum. Keindahan pekan Insenborn terlayar di ruang matanya. Dia tidak akan melupakan tempat ini. Tiba-tiba Maria mendapat idea untuk berkelah. Maria memberhentikan keretanya dan membeli barang makanan untuk mereka berkelah. Qaseh hanya menunggu di dalam kereta. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat sandwich, Maria memasukkan barang-barang tersebut ke dalam kereta dan diletakkan di kerusi belakang. Dia masuk semula ke dalam kereta. “ Let’s go to Eschdorf.” Ujar Maria. Memberikan cadangan. Qaseh mengangguk. Setengah jam kemudian, mereka sampai di tempat yang menjadi destinasi mereka seterusnya. Qaseh menolong Maria mengangkat barang-barang yang dibelinya. Mereka mendaki bukit itu. Maria menghampar kain yang menjadi tempat untuk mereka melabuhkan punggung. Qaseh duduk di atas kain tersebut dan melayarkan pandangannya ke arah tasik. Perkampungan ini terletak di atas dataran tertinggi Ardennes dan berdekatan dengan Tasik Haute-Sure. Maria sibuk menyediakan sandwich. Qaseh leka memandang sekeliling. “ Magnifico.” Ucap Qaseh. Maria memandang wajah Qaseh dan dikerutkan dahinya. Dia tidak dapat memahami kata-kata Qaseh. “ Pardon?” “ I mean, magnificient views.” Qaseh membetulkan ayatnya semula. Dia tahu Maria tidak faham akan katanya. Qaseh memandang Maria. Maria menghulurkan sandwich kepada Qaseh. Disambutnya dan terus sahaja disuapkan ke mulut. Sandwich peanut butter kegemaran Qaseh. “ So, where are we going after this? Heiderscheider-Grund?” tanya Maria sambil menyuap sandwich ke mulutnya yang ternganga luas. Qaseh memandang Maria dan tersenyum. “ You read my mind.” Mereka sama-sama tergelak. Maria arif benar dengan tempat kegemaran Qaseh. Selepas bersantai menikmati pemandangan di Eschdorf, mereka mengemas barang-barang makanan tersebut dan dibawa turun daripada bukit tersebut. Mereka menuju ke arah kereta Maria dan memasukkan barang-barang itu. Qaseh dan Maria meninggalkan kereta mereka berhampiran dengan Tasik Haute-Sure. Qaseh berjalan-jalan menikmati pemandangan. Maria menepuk bahu Qaseh. Dijuih ke arah Fareez yang sedang duduk bersantai. Qaseh tidak menyangka akan terjumpa suaminya disitu. Tujuan dia mengikuti Maria keluar adalah untuk mengambil angin. Dia mahu melupakan kisah hidupnya sementara. Qaseh betul-betul ingin melepaskan tekanan. Adakah tekanan? Baru hari kedua mereka berkahwin, sudah adakah tekanan? Qaseh juga tidak pasti. Yang pastinya, dia mahu betul-betul berehat. Mahu tidak mahu, Qaseh melangkah juga ke arah Fareez yang sedang berbaring memejamkan mata. Mata Fareez terbuka apabila dia rasa cahaya mataharinya dilindung oleh satu lembaga. Dikecilkan sedikit mata. Memandang orang dihadapannya. Dia dapat mengecam bahawa itu Qaseh. Fareez terus sahaja duduk. “ Kau tak boleh ke tepi sikit ke?” kasar Fareez berbahasa. “ Maafkan saya, Abang. Saya cari Abang tadi. Tapi, Abang tak balik lagi.” Qaseh berkata. Fareez berdiri dan mencekak pinggang. “ Apahal kau cari aku?” “ Saya nak minta izin dengan Abang. Saya nak keluar bersiar-siar dengan Maria.” Jelas Qaseh. Dipandangnya wajah Fareez tetapi Fareez sedikitpun tidak memandang Qaseh. Entah kenapa dia rasa dia tidak boleh menerima Qaseh menjadi isterinya. Fareez memandang Maria yang segera mengalihkan pandangan ke tempat lain. “ Kau dah pun keluar. Keluar jelah. Apahal pulak nak beritahu aku.” Mata Fareez liar ke sekeliling. Wanita-wanita di situ kebanyakannya memakai bikini. Fareez tidak jadi memandang. Sebaliknya matanya terarah ke tasik yang terbentang dihadapan mereka. Qaseh mengeluh perlahan. “ Abang kan suami saya. Sebagai seorang isteri, saya kena minta izin dengan Abang.” Qaseh masih tidak berputus asa. “ Kau ni tak faham bahasa Melayu ke? Aku cakap yang kau ni tak pernah tertulis untuk menjadi isteri aku. Kalau dengan mak bapak aku, kau bolehlah temberang. Tapi dengan aku…Kau jangan harap. Kau jangan harap sesen pun daripada duit harta aku yang aku kumpul selama ini.” Fareez sudah menjelaskan segala-galanya. Qaseh tidak pernah terniat pun untuk mengambil harta Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa apatah lagi harta Fareez. Niat Qaseh untuk berkahwin dengan Fareez, telah disalahertikan. Air matanya bertakung. “ Itulah perempuan. Sikit-sikit, menangis. Kalau dengan lelaki lain, kau boleh jadikan air mata kau tu sebagai senjata. Tapi dengan aku, kau keluar air mata darah sekali pun, aku takkan tertipu.” Fareez berkata-kata pedas. Maria yang hanya menyaksikan kejadian itu berlaku, sudah tidak senang berdiri. Walaupun dia tidak memahami sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Fareez, tetapi dia tahu dari raut wajah Qaseh. Sahabatnya itu dalam kesedihan. “ Kau nak pergi mana, suka hati kau. Aku tak nak masuk campur. Dan kau…jangan ambil tahu kemana aku nak pergi. Buat selama-lamanya.” Kata Fareez. Ditudingkan jarinya ke arah muka Qaseh. Fareez beredar dari situ. Maria melangkah ke arah Qaseh. Sahabatnya itu sedang mengelap air mata. Maria memegang muka Qaseh. “ Hey…what’s wrong?” “ Nothing wrong.” “ Are you okay?” “ Ya…I’m fine. So, where are we going next?” Qaseh bertanya dalam nada pura-pura ceria. Maria melepaskan keluhan. Digelengkan kepalanya perlahan. Qaseh tersenyum. Dia mahu menceriakan keadaan. Setelah hatinya dihiris sedalam-dalamnya oleh Fareez. Qaseh tidak mahu bersedih. Dia berharap esok akan merubah pendirian Fareez. Dia benar-benar berharap. “ Kautenbach?” “ Yes. I love that place.” “ Come on. Let’s go.” Maria menarik tangan Qaseh dan mereka sama-sama berjalan menuju ke kereta semula. 45 minit kemudian, mereka tiba di Kautenbach. Kautenbach terletak di kuala Clerve. Wiltz sememangnya terletak di kawasan-kawasan yang tersergam indah. Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Pemandangan yang indah dapat dinikmati dengan berjalan melalui hutan yang disajikan dengan keindahan flora dan fauna yang sangat cantik. Tidak jauh daripada Kautenbach ialah Schuttbourg Chateau yang dibina pada kurun ke 16. Qaseh dan Maria berjalan di sekeliling Kauntebach. “ So, tell me what’s the matter?” tanya Maria tiba-tiba. Qaseh tidak faham dengan pertanyaan Maria mengerutkan dahi. “ Come on. Tell me.” desak Maria. “ Tell you what?” “ What is going on between you and Freez?” barulah Qaseh faham maksud Maria kini. Dia tersenyum dan menggeleng. Dia tidak mahu membocorkan rahsianya. Biarlah ini menjadi rahsia dia dan Datuk. “ Nothing wrong. We are happy married couple. And my husband name is Fareez not Freez.” Bohong Qaseh. Dia tidak mahu Maria mengungkit cerita yang menjadi rahsianya selama ini. “ Happy? I just saw Fareez scolded you in front of other people. Don’t you lie to me. I knew you well.” Maria menangkis kenyataan Qaseh. Dia dapat melihat Qaseh dan Fareez bukan seperti pasangan lain. “ That is the way he’s talking to me.” Qaseh cuba membela Fareez. “ I may be stupid. But, I’m not fool.” “ You’re not stupid.” “ Come on, Q. I’ve known you for about…what? 8 years…9 years?” “ You don’t know everything about me.” Qaseh meraup anak rambutnya yang berjuntaian ke belakang. “ Yes, I do. Believe me…I do.” Maria bersungguh-sungguh mahu Qaseh menceritakan perihal rumahtangganya. “ Okay…Okay…But, you have to promise me one thing.” “ Promise you what?” tanya Maria kembali dengan senyuman. “ Don’t tell Auntie Rose.” Qaseh lihat Maria mengangguk. Dia percaya dengan Maria. Maria seorang yang pandai menyimpan rahsia. Qaseh menceritakan satu persatu. Dari A hingga Z. Terbelalak biji mata Maria. Tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Qaseh kepadanya. “ You married him because of the stupid will?” tanya Maria. “ The will is not stupid, okay. My parents just made an agreement with Fareez parents. They just want me to be happy. That’s all.” Qaseh memperbetulkan ayat Maria. Dia tidak suka Maria menghina wasiat dari ibubapanya yang dianggap penting dan wajib diikuti. “ Okay…Okay…I’m sorry. But marrying him is just like…one big hell.” Maria masih tidak setuju dengan tindakan Qaseh. Begini juga reaksi Aishah apabila mendapat tahu tujuan sebenar Qaseh mengahwini Fareez. “ He’s my husband, right now. We’re legally married.” Qaseh melemparkan pandangannya ke arah bukit yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan. Mencari kedamaian. “ But…I still don’t agree with what you doing right now. Marrying him because of the will that your parents made up for you? That’s ridiculous. You should follow your heart not the will.” Ujar Maria lagi. Maria meluahkan ketidakpuasan hatinya. Qaseh hanya menundukkan wajahnya. Maria menggengam erat jari jemari Qaseh. Qaseh mengangkat muka dan memandang Maria. “ You love him, do you?” tanya Maria. Lambat-lambat Qaseh mengangguk. Maria tersenyum. Dia tidak pernah nampak cahaya cinta yang terpancar dari wajah Qaseh. Inilah kali pertama Maria menyaksikannya. “ You follow your heart, aren’t you? Not the will? Well…I hope you will be happy with this marriage.” Maria turut berdoa akan kebahagiaan rumahtangga Qaseh. Mereka berpelukan seketika sebelum mereka berangkat pulang. Hari semakin senja. Maria menghidupkan enjin keretanya dan mereka pulang ke rumah. MEREKA tiba di rumah lewat petang. Fareez sudah pulang. Begitu juga dengan adik Maria, Devon. Qaseh minta diri. Dia naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian tidur. Selesai sahaja menunaikan solat Maghrib, Qaseh turun semula ke tingkat bawah untuk makan malam bersama-sama keluarga Maria. Auntie Rosemarie sudah siap menyediakan salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Itulah makan malam mereka. Fareez sudah duduk di meja makan. Qaseh meletakkan pinggan di atas meja. “ Abang nak salad buah ke salad sayur?” “ Salad sayur sikit, salad buah sikit.” Kata Fareez sambil melihat kedua-dua salad tersebut. Langsung tidak membuka seleranya untuk makan tetapi dia harus menjamah sedikit salad yang dibuat Auntie Rosemarie. Kalau tidak makan, nanti apa pula katanya. Qaseh menceduk salad buah dan salad sayur ke dalam pinggan suaminya. Kemudian, dihulurkan pinggan tersebut kepada Fareez. Fareez menyambut dan mula menyuap ke mulut. Maria cuba untuk menceriakan suasana. Mulutnya kecoh bercerita itu ini. Tentang dia bersiar-siar dengan Qaseh pun diceritakan kepada ibunya. Tergelak Auntie Rosemarie mendengar cerita Maria apabila Maria membuka cerita mengenai Qaseh yang terjatuh tersadung batu sewaktu mendaki bukit. Qaseh hanya tersenyum pahit. Dia risau jika Maria membuka cerita mengenai perkahwinannya kepada Auntie Rosemarie. Qaseh memandang wajah Fareez sekilas. Tiada reaksi dari lelaki itu. “ We’ve meet Freez at Heiderscheider-Grund. Aren’t we, Freez?” tersedak Qaseh dengan pertanyaan Maria. Fareez mengangkat wajahnya memandang Maria yang sedang tersenyum. Fareez dengan selamba mengangguk. Dia meneruskan kembali suapan. Maria mendengus geram. Qaseh menendang kaki Maria perlahan. Sahabatnya itu mengaduh. “ Ouch…” “ What’s wrong, honey?” tanya Auntie Rosemarie. “ Nothing, Mother. It’s just that…big damn mosquito bite me.” Kata Maria. Dia menjeling ke arah Qaseh. “ Mosquito? Are you dreaming? It’s spring. There’s no mosquito.” “ Ohh…My bad.” Maria tersilap cakap. “ Q, do you want to join me tomorrow?” tanya Maria cuba mengalih dari perhatian Auntie Rosemarie. Terhenti suapan di mulut Qaseh. “ Doing what?” tanya Qaseh kembali. “ Have fun.” Maria berkata sambil tersenyum riang. Seronok juga membawa Qaseh lari sebentar dari masalah yang membelenggu dirinya. Fareez memandang Maria kemudian dialihkan pandangan ke arah Qaseh. Takut-takut Qaseh memandang Fareez. “ You have to ask my husband first.” Ujar Qaseh. Fareez mengangkat keningnya memandang Qaseh. “ Freez, can Q join me?” tanya Maria kepada Fareez. Fareez tersenyum. Qaseh tidak mengerti dengan senyuman itu. “ My name is Fareez and not Freez. Sure. In one condition.” Fareez mendapat idea untuk mengenakan syarat. Maria mengerutkan dahi. Begitu juga dengan Qaseh dan Auntie Rosemarie. “ You name it.” Maria berkata sambil menyuapkan buah ke mulut. “ I have to follow you guys.” “ Is that all?” “ Ya. Or else, Q have to stay at home.” “ Okay, fine. You can follow us.” Maria memberikan persetujuan. Qaseh sudah tidak senang duduk. Entah kenapalah Fareez mahu mengikuti mereka. Apa tujuannya? Qaseh mengucap di dalam hati. Dia tidak sepatut meragui suaminya itu. Tetapi kenapa Fareez hendak mengikuti mereka? “ Where are you planning to go, Maria?” tanya Auntie Rosemarie. Maria memandang wajah ibunya itu. “ Echternach.” Qaseh meneruskan semula suapan ke mulutnya setelah mendengar jawapan dari mulut Maria. Dia dan Maria pernah pergi ke tempat itu. Tempat itu sungguh indah. Air terjun yang nyaman dapat menghilangkan keresahannya. Mereka bertiga leka bersembang. Fareez awal-awal lagi sudah masuk ke bilik untuk tidur. Auntie Rosemarie melihat jam dinding. Sudah sampai masanya untuk masuk tidur. Qaseh dan Maria masih lagi bersembang. Tentang zaman universiti mereka. Bagaimana pelajar-pelajar lelaki cuba memikat Qaseh tetapi menggunakan Maria sebagai orang tengah. Hati Qaseh tetap tidak terpikat walaupun datanglah semacho Christopher Plummer atau sekacak Shane West. Kadangkala gelak ketawa mereka bergema di ruang tamu. Kemudian sama-sama menekup mulut. Lewat malam itu, barulah mereka berasa mengantuk. Mereka menuju ke bilik masing-masing. Qaseh membuka pintu kamar tidurnya yang dikongsi bersama suami yang baru dinikahinya selama 96 jam. Katil itu kosong. Tidak ada tanda-tanda Fareez berada di dalam bilik itu. Dia tidur dimana? Qaseh menuju ke bilik air untuk menggosok gigi dan mencuci kaki. Keluar sahaja daripada bilik air, matanya tertancap pada satu tubuh yang tidur merengkot di atas lantai. Diamati tubuh itu di dalam gelap. Fareez! Qaseh mendekati Fareez. Fareez memeluk tubuhnya yang kesejukan itu. Qaseh mengeluh. Sanggup dia tidur di atas lantai kerana tidak mahu sekatil dengannya. Teragak-agak Qaseh hendak menyentuh Fareez. Diberanikan diri. Qaseh mengejutkan Fareez dari lenanya. Digoncangkan perlahan bahu Fareez. “ Abang…Abang…” panggil Qaseh perlahan. Tidak mahu membuatkan Fareez terkejut. Masih tiada respon. Qaseh memanggil sekali lagi. Kali ketiga Qaseh memanggil, barulah ada respon. “ Mmmm….” Fareez mengalihkan badannya. Perlahan-lahan dia membuka biji mata yang terasa berat. “ Abang tidurlah atas katil. Sejuk kat bawah ni.” Kata Qaseh separuh berbisik. Dia tidak mahu mengejutkan Maria dan Auntie Rosemarie yang tidur di bilik sebelah kiri dan kanan mereka. “ Aku tak nak tidur sekatil dengan kau. Suka hati akulah nak tidur kat mana pun. Kacau jelah.” Fareez mendengus marah. Dia tidak suka tidurnya terganggu. Dia membelakangkan badan menghadap dinding. “ Saya tak tidur dengan Abang. Abang tidurlah atas katil. Abang tak biasa tidur kat bawah.” Ujar Qaseh dengan nada sebak. Sampai begitu sekali Fareez membencinya. “ Hiii…Kau memang tak boleh tengok aku senang.” Fareez melipat gebar yang ditidurnya itu dan dia memanjat katil. Dia segera merebahkan badan dan memejamkan mata. Qaseh terduduk di atas lantai. Air matanya turun. Setitik demi setitik. Semakin lama semakin laju. Kemudian, dia terlelap di atas lantai itu tanpa berlapikkan gebar. Malam itu, dia tidur bertemankan air mata yang seakan-akan tidak mahu berhenti. BERSAMBUNG..... |
Thursday, November 20, 2008
Dari KL ke Luxembourg 19
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 11/20/2008 03:23:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 tukang komen paling setia:
xupdate ag kerw?bile nk sambung?
citer nie best gilew.
Post a Comment