BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

Dari KL ke Luxembourg 11

SETAHUN KEMUDIAN…..
QASEH menuju ke bilik Encik Sulaiman. Bilik yang tertera CEO itu diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Qaseh membuka pintu bilik tersebut dan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik majikannya. Encik Sulaiman membuka kacamata dan memandang wajah Qaseh.
“ Duduklah.” Qaseh duduk di kerusi di hadapan Encik Sulaiman. Bosnya itu memakai semula cermin mata dan meneliti storyboard yang ada di hadapannya. Qaseh gelisah dalam duduk. Macam mana dia nak beritahu ni? Hati Qaseh bergumam sendirian.
“ Kenapa Qaseh nak jumpa saya?” tanya Encik Sulaiman. Cermin matanya diturunkan sedikit supaya dapat memandang wajah Qaseh. Lambat-lambat Qaseh menyerahkan surat yang bersampul putih kepada Encik Sulaiman. Encik Sulaiman mengambil surat itu lalu membuka dan membaca. Surat perletakan jawatan. Encik Sulaiman agak terkejut dengan keputusan Qaseh.
“ Kenapa Qaseh nak resign? Position Qaseh sekarang tak bagus ke? Atau gaji tak cukup? Kenapa tak beritahu saya? Boleh lah saya uruskan.” Encik Sulaiman tidak mahu kehilangan pekerja terbaiknya. Qaseh menggelengkan kepalanya pantas. Encik Sulaiman terlalu baik kepada Qaseh. Bukan sahaja kepada Qaseh, pekerja-pekerjanya yang lain pun Encik Sulaiman tidak sanggup melepaskan mereka pergi.
“ Bukan macam tu, Encik Sulaiman. Encik Sulaiman jangan salah anggap. Cuma…cuma…sekarang saya tengah bina syarikat saya sendiri.” Qaseh menerangkan perkara sebenar. Dia menceritakan satu persatu. Kadang-kadang, Encik Sulaiman menganggukkan kepalanya yang separuh botak itu.
“ Barulah saya faham sekarang. Baguslah awak nak buka syarikat sendiri.” Qaseh memandang muka Encik Sulaiman tidak berkedip apabila mendengar kata-kata Encik Sulaiman.
“ Encik Sulaiman tak marah?”
“ Buat apa nak marah? Kan bagus anak bangsa sendiri nak buka syarikat. Lebih banyak saingan, barulah dunia perniagaan ni mencabar.” Qaseh lega dengan penerimaan Encik Sulaiman. Disangkanya Encik Sulaiman akan melenting. Encik Sulaiman melipat kembali surat itu dan memasukkan surat tersebut ke dalam sampul surat.
“ Ok. I’ll accept your resignation letter.” Encik Sulaiman berkata-kata sambil berdiri. Qaseh juga turut berdiri. Encik Sulaiman menghulurkan tangannya. Qaseh menyambut huluran tangan tersebut.
“ I hope you will always succeed. And I hope you can compete with my company.” Mereka berjabat tangan. Qaseh mengerutkan dahi.
“ I can’t compete with your company. It’s already established.” Qaseh bercakap dalam loghat King Englishnya. Qaseh selalu masuk pidato dalam bahasa Inggeris semasa di sekolahnya dahulu dan muncul sebagai juara. Guru-gurunya juga amat menyukai cara Qaseh bercakap dalam bahasa Inggeris. Kalau orang tidak melihat mukanya, pasti orang akan mengatakan dia minah bermata biru.
“ Take my words as a challenge…for you.” Qaseh tersenyum dan mengangguk. Kata-kata Encik Sulaiman selama 2 tahun akan dijadikan pendorong semangatnya untuk menjadikan syarikatnya terkenal di dalam bidang pengiklanan.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, Qaseh berjalan keluar dari bilik Encik Sulaiman. Dia terus menuju ke biliknya. Mengemas apa yang patut. Satu persatu barangnya disimpan di dalam kotak. Kemudian, dia menutup lampu di dalam bilik tersebut. Sebelum dia melangkah keluar, sempat dia memandang seluruh biliknya sekali imbas. Dia akan simpan segala kenangannya di dalam bilik ini ke dalam ingatannya. Qaseh menuju ke arah meja Aishah.
“ Kalau kau nak mintak tolong, jangan lupa call aku.” Kata-kata Aishah disambut oleh anggukan kepala Qaseh. Dia meletakkan kotak yang berisi barang-barangnya di atas meja Aishah. Qaseh bersalaman dengan semua pekerja-pekerja yang ada di syarikat Encik Sulaiman itu.
“ Thanks, Kev for all your help.”
“ It’s my job to help you, Cik Qaseh.” Qaseh tersenyum dengan kata-kata Kevin. Dia menyusuri satu persatu meja yang tersusun di dalam pejabat itu. Razif, Melah, Putri, Farzana, Mirza, Dewi, Radja, Ratana dan Fidel. Qaseh suka nama penuh Fidel iaitu Fidel Castro. Seperti nama Presiden Negara Cuba. Seorang demi seorang bersalaman dengan Qaseh.
“ Fid, jaga Zana.” Pesan Qaseh. Qaseh tahu Fidel menyukai Farzana. Tersipu-sipu Farzana. Yang lain hanya tergelak.
“ Chief….Jaga anak-anak.” Qaseh sempat berpesan kepada Razif. Semasa mula-mula Qaseh bekerja, Razif pernah memberitahu Qaseh bahawa dia sudah berkahwin dengan Ratana. Dan yang lain-lain adalah anak-anaknya. Mereka hanya bermain-main. Agaknya bosan duduk di pejabat. Seperti zaman kanak-kanak pula.
Teringat Qaseh semasa zaman kanak-kanaknya. Zaman itu tidak seindah yang disangkakan orang.
Ratana memukul lembut di lengan Razif. Razif tersenyum dan mengangguk. Qaseh tiba di meja Tina. Tina bangun dan bersalaman dengan Qaseh. Yang lain tercengang apabila Tina memeluk Qaseh. Aishah juga terpinga-pinga. Mereka semua tahu Tina tidak berapa menyukai Qaseh. Sudah banyak berita buruk mengenai Qaseh tersebar di bangunan itu. Siapa lagi kalau bukan Tina, tukang pembawa cerita. Semenjak dua menjak ini, Tina mula berubah. Dia tidak mengata Qaseh lagi. Tersenyum kepada bos perempuannya itu. Mereka juga ingin tahu apakah penyebab utama Tina berubah. Setiap kali ditanya kepada Qaseh, hanya tersenyum atau jawapannya, no comment. Qaseh berjalan semula ke arah Aishah. Berpelukan dengan sahabat baiknya itu.
“ Kirim salam pada Eyla.” Qaseh berbisik kepada Aishah. Aishah mengangguk. Raheyla, salah seorang rakan pejabat mereka telah ke luar negara atas urusan kerjanya. Bulan depan, barulah Raheyla pulang.
“ Ok, guys. Bye.” Kata Qaseh sambil melambai kepada rakan-rakan pejabatnya. Dia rasa tidak sanggup untuk berhenti kerja kerana suasana pejabatnya sekarang, sangat menyenangkan. Tetapi dia harus melaksanakan cita-cita yang pernah dibuat sewaktu dia di Luxembourg lagi.
“ Cik Qaseh…Cik Qaseh…Nanti dulu.” Qaseh berpaling. Namira menuju ke arahnya. Masih seperti dulu. Suka berlari-lari.
“ Kenapa awak ni, Mira?”
“ Encik Sulaiman nak jumpa dengan Cik Qaseh di bilik mesyuarat. Dia kata ada hal sikit. Dia lupa nak beritahu.” Ujar Namira. Qaseh meletakkan semula kotak yang dibawanya dan menuju ke bilik mesyuarat. Namira berkata sesuatu ke arah teman sepejabatnya. Mereka semua menuju ke bilik mesyuarat. Qaseh membuka pintu bilik mesyuarat.
“ Surprise.” Jeritan pekerja-pekerja bergema di seluruh pejabat. Qaseh terkejut. Makanan tersedia di atas meja. Bihun goreng, macaroni goreng dan macam-macam snek serta bermacam-macam air bergas. Dia mengerutkan dahinya. Memandang ke arah Aishah yang tersengih. Zahrien turut hadir. Begitu juga dengan isteri Encik Sulaiman, Puan Widya.
“ Macam mana boleh tahu saya nak letak jawatan hari ni?” Qaseh pelik. Semua menghalakan jari telunjuk masing-masing ke arah Aishah. Termasuk Encik Sulaiman. Puan Widya tersenyum. Qaseh bercekak pinggang. Kemudian, dia tersenyum. Ada bagusnya Aishah memberitahu tarikh dia meletakkan jawatan. Tidaklah hambar sahaja perpisahannya.
“ Cik Qaseh, potonglah kek tu. Puan Widya buat khas untuk Cik Qaseh.” Kata Ratana. Puan Widya tersenyum.
“ Menyusahkan Puan saja.” Ujar Qaseh. Dia paling tidak suka menyusahkan orang lain.
“ Tak ada susahlah, Qaseh. Kek ni senang je nak buat. Potonglah kek tu.” Puan Widya berkata. Dia juga tidak sanggup melepaskan Qaseh pergi. Sudah dianggap gadis itu sebagai anaknya. Tetapi, apakan daya. Qaseh juga mempunyai impiannya sendiri. Impian yang harus digapai.
Qaseh memotong kek tersebut. Mereka makan dengan begitu selera. Selepas selesai mereka menjamu selera, Qaseh menolong mereka berkemas. Sudah dihalang tetapi Qaseh tetap bertegas untuk menolong.
Selesai berkemas, Qaseh sekali lagi bersalaman dengan mereka. Puan Widya mencium pipi Qaseh. Qaseh terkejut dengan tindakan Puan Widya. Tetapi dia tetap tersenyum.
“ Good luck.” Puan Widya mengucapkan selamat berjaya kepada Qaseh.
“ Terima kasih, Puan Widya.”
“ Tak payahlah Puan Widya. Auntie Widie, cukup.” Qaseh tersenyum dan mengangguk. Dia senang dengan keramahan yang ditunjukkan oleh Puan Widya. Isteri bekas ketuanya itu memang peramah orangnya. Sesiapa sahaja yang bercakap dengannya, memang terasa seperti bercakap dengan kawan. Bertuah bakal-bakal menantunya. Terutama sekali Aishah.
“ Aishah, saya bagi kamu cuti hari ni dan esok. Pergilah tolong Qaseh, apa-apa yang patut.” Arah Encik Sulaiman.
“ Eh! Tak payahlah, Encik Sulaiman. Nanti Encik Sulaiman tak ada secretary pulak.” Qaseh menolak pertolongan Encik Sulaiman.
“ Tak apa. Buat 2 hari ni, Mira boleh tolong saya.”
“ Terima kasih, Encik Sulaiman.”
“ Kalau dengan Puan Widya, awak panggil Auntie Widie. Dengan saya, panggil Uncle Man lah.” Encik Sulaiman juga sudah menganggap Qaseh sebahagian daripada keluarganya. Qaseh tersenyum.
“ Zahrien, pergi ikut dia orang.”
“ Hari ni dan esok jugak ke, Pa?”
“ Hari ni je. Esok pergi kerja.”
“ Yalah, Pa.” Aishah tertawa kecil melihat wajah tunangnya yang memuncung. Mereka bertiga menuju ke lif. Qaseh sempat berpaling dan melambai. Pejabat ini terlalu banyak kenangan manis daripada pahit. Akan disimpan kenangan ini buat selama-lamanya.
“ Senang-senang nanti. Datanglah jenguk kami.” Namira bersuara. Qaseh mengangguk. Mereka bertiga hilang ke dalam perut lif.






KERETA yang dipandu oleh Zahrien dan Qaseh, tiba di destinasi. Mereka membawa kereta masing-masing. Kecuali Aishah menaiki kereta Zahrien. Mereka memarkirkan kereta bersebelahan. Masing-masing keluar dari perut kereta. Aishah menolong Qaseh mengangkat kotak-kotaknya. Zahrien juga turut menolong.
“ Jom.” Ajak Qaseh. Aishah dan Zahrien membuntuti Qaseh. Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan yang sudah siap diubahsuai. Aishah dan Zahrien terpegun dengan rekaan yang menghiasi ruang pejabat. Ruang pejabat nampak begitu luas dan ceria. Qaseh memang sukakan suasana yang dapat membangkitkan moodnya untuk bekerja. Mereka berjalan ke arah bilik pejabat Qaseh.
“ Silalah, masuk. Taklah besar macam pejabat aku kat sana.” Kata Qaseh merendah diri. Zahrien duduk di sofa sementara Aishah menarik kerusi dihadapan Qaseh dan duduk.
“ Macam ni kau kata tak besar?” tanya Zahrien. Matanya masih memerhati sekeliling pejabat.
“ Yalah. Kalau nak dibandingkan dengan bilik pejabat aku dulu. Memang tak setandingnya.” Qaseh masih merendah diri. Zahrien masih lagi tidak puas hati dengan kata-kata Qaseh.
“ Bilik kau ni dah macam bilik Papa aku, tau.”
“ Tapi…” belum sempat Qaseh menyudahkan ayatnya, sudah dipintas oleh Aishah.
“ Apa-apa je lah. Apasal nak bertekak pasal bilik pejabat pulak?” tanya Aishah. Bingit telinga apabila mereka berdua ini mula bertelingkah. Ada sahaja yang tidak kena.
“ Ok….ok…saya minta maaf.” Kata Zahrien.
“ Apa nama syarikat kau ni?” Aishah bertanya. Mengamati hiasan yang ada di dalam bilik pejabat. Simple. Seperti tuannya juga.
“ Fragile Advertising Company.” Jawab Qaseh sambil meneliti kertas-kertas dihadapannya. Zahrien berjalan mendekati mereka berdua dan duduk di sebelah tunangnya.
“ Kenapa namakan Fragile?” tanya Zahrien. Dia sendiri tidak faham. Banyak lagi nama lain. Kenapa mesti memilih nama itu?
“ Kau orang tengoklah syarikat aku ni. Kebanyakan terdiri daripada kaca. So, kaca fragile kan?” Qaseh menggawangkan tangannya ke seluruh bilik. Menunjukkan bilik serta syarikatnya di kelilingi oleh kaca.
“ Tapi aku still tak paham. Kenapa nak pilih nama Fragile? Kau boleh letak, Qaseh Advertising Company. Ataupun Soraya Advertising Company.” Cadang Aishah. Qaseh tergelak. Zahrien hanya mengiakan kata-kata Aishah.
“ Kalau aku letak nama perempuan, mestilah pelanggan aku tak yakin. Sebab pemilik syarikat ni perempuan.” Kata Qaseh sambil matanya menatap kembali kertas dihadapannya.
“ Apasal pulak? Zaman sekarang ni, lebih ramai perempuan success daripada lelaki, tau. Kau tengok dekat universiti. Lebih ramai perempuan. Disebabkan perempuan terlebih daripada jangkaan dia orang, kuota untuk pelajar perempuan melanjutkan pelajaran ke universiti lebih tinggi. Bukan macam lelaki. Yang lulus setakat nyawa-nyawa ikan pun, boleh masuk. Sebab lelaki kurang.” Aishah memberikan hujahnya. Qaseh tahu kalau Aishah sudah membuka hujahannya, ini bermakna panjanglah syarahannya nanti. Zahrien hanya memandang wajah Aishah sambil tersenyum kecil.
“ Apasal, Ecah? Kau macam tak puas hati je.” tanya Qaseh.
“ Aku patutnya masuk universiti. Tapi disebabkan gred aku tak layak, tak dapatlah masuk. Masa zaman aku dulu, memanglah kuota untuk perempuan lebih tinggi. Tak tahulah zaman sekarang.” Luah Aishah. Kesal apabila diingati kembali permohonannya untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti tidak layak.
“ Dan kuota untuk lelaki jugak ada empat.” Kata-kata Zahrien disambut jelingan tajam oleh Aishah. Qaseh tergelak besar.
“ Beranilah awak nak tambah. Kahwin pun belum lagi.” Zahrien cepat-cepat memujuk Aishah. Kalau Aishah sudah merajuk, mahu seminggu dia makan seorang diri. Aishah susah merajuk. Sekali dia merajuk, lamalah juga baru Zahrien dapat melembutkan hatinya. Qaseh tersenyum. Senang dengan pasangan di hadapannya. Aishah sudah tersenyum kembali. Sebenarnya, dia sengaja hendak menguji kesabaran Zahrien memujuknya.
“ Kalau kau tak nak letak nama kau, kau letaklah nama parents atau nama atuk kau. Macam Encik Sulaiman. Dia letak nama W&S. Widya and Sulaiman. Orang tak tahu pun yang W tu nama perempuan. Kau letak QS. Qaseh Soraya.” Aishah masih mencadangkan nama-nama untuk syarikat Qaseh. Qaseh masih belum mendaftar nama syarikatnya. Mana tahu, mungkin tergerak hati Qaseh untuk menukarnya. Qaseh seperti berfikir sesuatu. Tetapi sebenarnya dia sudah nekad hendak menggunakan nama itu.
“ Kau tak payahlah nak cakap apa lagi. Aku tetap dengan pendirian aku. Nama Fragile mempunyai nilai sentimen kepada aku.” Qaseh tetap dengan keputusannya. Tidak usahlah menghalangnya lagi. Qaseh seorang yang berpendirian tetap. Apa pun yang terjadi, dia tidak akan mengubah fikirannya. Dia menundukkan kembali wajahnya. Melakukan kerjanya.
“ Sama dengan perasaan dan emosi tuannya?” tanya Aishah sambil memerhati seraut wajah yang tenang itu. Qaseh mengangkat muka memandang wajah Aishah. Diperhatinya sekeliling. Patutlah dia bercakap terus terang. Zahrien sudah lama menghilangkan diri. Ke tandas agaknya, fikir Qaseh. Aishah memeluk tubuh. Masih menanti jawapan yang keluar dari bibir merah merekah itu.
Aishah masih ingat lagi. Qaseh pernah bercerita kepadanya yang dia pernah bercinta dan juga dikecewakan semasa di zaman sekolahnya. Selepas 4 tahun kedua ibubapanya meninggalkannya, dia bercinta. Dia perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hatinya. Separuh mati dia cintakan lelaki itu. Tetapi akhirnya lelaki itu curang kepadanya. Dia hampir membunuh diri kerana kebodohannya ketika itu. Selepas itu dia sedar. Dia mula mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Dan semenjak daripada itu, dia kurang percaya kepada lelaki yang datang menghulurkan cinta. Baginya, semua lelaki sama sahaja.
“ Perasaan aku rapuh, Ecah. Kau nampak aku kuat, tabah. Sebenarnya, tak. Masa parents aku meninggal, aku terasa seperti tak guna aku hidup. Aku nak ikut dia orang. Tapi keluarga mak cik aku dan kawan parents aku serta atuk, banyak memberi semangat dan dorongan kepada aku untuk teruskan hidup. Aku masih teruskan kehidupan aku sekarang ni disebabkan atuk. Kalau tak, aku memang tak balik Malaysia lagi ni. Balik sini, mengundang derita.” Akhirnya terluah juga segala yang bersarang di dalam kepala Qaseh. Aishah menggengam erat jari jemari Qaseh. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat baiknya itu. Qaseh mengelap air matanya yang menitis.
“ Aku dah lama nak tanya kau ni, Qaseh. Kau tak ada best friend lain ke selain aku?” teringin juga dia mengetahuinya. Qaseh selalu bersamanya. Kalau tidak dapat makan bersama Aishah, dia akan makan bersendirian. Seperti Aishah sahaja sahabat baiknya. Kesian juga Aishah melihatnya.
“ Ada. Nama dia Tengku Nadirah. She’s so nice. Dia tak menunjuk dan sombong. Walaupun dia kerabat diraja, tapi dia dan family dia, treat aku macam aku ni salah seorang daripada dia orang. Tapi aku dah lost contact dengan dia. Sorang lagi kawan aku…dia duduk kat Luxembourg. Nama dia Maria.” Aishah mengangguk dan mula berdiri. Dia berjalan di seluruh bilik. Meninjau keadaan jalan raya yang sesak daripada cermin bilik pejabat Qaseh.
Qaseh menundukkan mukanya semula. Menghadap bil-bil yang ada dihadapannya. Banyak betul belanja yang harus dikeluarkan untuk pembaikan pejabat ini.
“ Ohh…”
“ Kenapa kau tanya?”
“ Saja je. Haa…Aku lupa nak beritahu kau sesuatu.” Qaseh mengangkat wajahnya dan memandang Aishah yang masih memandang pemandangan di luar. Dialihkan mukanya ke arah Qaseh.
“ Encik Sulaiman bagi Encik Fareez kat kau.”
“ Bagi Encik Fareez kat aku?” Qaseh tidak memahami maksud Aishah. Aishah tergelak. Pemikiran Qaseh mungkin tidak sama dengan pemikirannya.
“ Kau ni otak biru lah. Encik Sulaiman bagi Encik Fareez kat kau sebab selama ni kan kau yang uruskan Encik Fareez.” Qaseh bercekak pinggang. Buat-buat marah. Aishah seperti hendak mengenakannya.
“ Siapa yang otak biru kat sini?” mereka sama-sama tergelak.
“ Lagi satu, Encik Sulaiman bagi semua pelanggan yang pernah berurusan dengan kau untuk syarikat kau ni uruskan.” Aishah berkata. Sudah lama dia memberitahu Zahrien akan syarikat yang dibina oleh Qaseh. Dia tidak menyangka Zahrien tidak boleh menyimpan rahsia dan memberitahu Encik Sulaiman. Encik Sulaiman telah membuat keputusan untuk menyerahkan semua pelanggannya yang pernah diuruskan oleh Qaseh kepada pekerjanya itu. Qaseh terkejut.
“ Seganlah aku dengan Encik Sulaiman. Banyak dah dia tolong aku.” Aishah berjalan semula dan duduk menghadap Qaseh.
“ Terima sajalah. Encik Sulaiman kata, kalau kau tak nak uruskan, dia suruh aku cari syarikat lain untuk uruskan. Syarikat saya tak nak uruskan.” Aishah mengajuk percakapan Encik Sulaiman. Perlahan-lahan Qaseh menganggukkan kepalanya bererti dia menerima pemberian Encik Sulaiman itu. Tetapi perasaan serba salahnya tetap ada.
“ Ok. Jom pergi makan. Aku dah lapar ni.” Ajak Aishah.
“ Mana Zahrien?”
“ Dia pergi solat.”
“ Wah! Semenjak dengan kau, aku tengok dia jarang tinggal sejadah.” Usik Qaseh. Aishah mencapai beg tangannya di atas kerusi.
“ Well…see the leg lah.” Aishah membangga diri. Qaseh mencebik. Zahrien membuka pintu bilik pejabat Qaseh dan memandang ke arah mereka berdua. Entah apalah yang disembangkan oleh mereka berdua.
“ Mengutuk saya ke?” tanya Zahrien. Mereka berdua tertawa kecil sambil melankah keluar dari pejabat Qaseh. Kemudian berjalan beriringan menuju ke kereta Zahrien.
Semasa di dalam restoran, Zahrien memesan makanan untuk mereka bertiga. Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. Mereka menjamu selera dengan begitu enak sekali.
“ Kau orang jangan lupa datang kenduri kesyukuran kat rumah aku esok.” Pesan Qaseh. Pasangan itu mengangguk tanda faham.
“ Kau nak suruh aku bawak apa-apa ke?” tanya Aishah.
“ Tak payah. Esok kau bawak diri je. Makanan semua sudah disediakan.”
“ Ok. Pukul berapa, yeh?”
“ Pukul 8 malam. Zahrien pun jangan lupa datang tau?”

“ Iya.” mereka menyambung semula menjamu selera.

BERSAMBUNG.....


0 tukang komen paling setia: