BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 19, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 8

BAB 8

AISHAH baru sahaja sampai ke kedai. Dia lewat sedikit pagi itu kerana terpaksa mengambil baju pengantin di kedai tukang jahit profesional yang di upahnya. Dengan keadaan jalan raya yang sesak itu dan orang ramai berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing, menyebabkan dia terlewat sampai ke butik. Sudahlah pagi itu dia mempunyai temujanji dengan pelanggan di kedai. Nasib baik Datin Hawa tidak sampai lagi. Kalau tidak, mahu mengamuk orang tua itu. Entah apalah yang tidak kena lagi, agaknya. Pelamin sedang dalam proses diubahsuai kerana anak Datin Hawa kata rekaan pelamin yang direka oleh Aishah tidak kena dengan seleranya sebagai seorang anak orang kenamaan. Kalau sudah tahu tidak kena, upah sajalah orang lain. Tetapi Aishah tidak akan berkata begitu. Kerana baginya, customer is always right. Baju pengantin juga terpaksa diubah sedikit. Hendak kain jenis meleret. Majlis tidak sampai seminggu lagi. Sudahlah perkahwinan Nina perlu diuruskan. Nasib baik kakaknya itu tidak secerewet anak Datin Hawa. Kalau pandai sangat, rancanglah sendiri perkahwinan tu. Ini cari orang jugak, dengus Aishah. Meluat dia dengan perangai mengada-ada anak Datin Hawa itu. Perasan lawa. Sedang Aishah asyik berangan, loceng pintu kedai berbunyi apabila ada orang membuka pintu itu. Aishah memandang ke arah pintu. Bala sudah sampai! Datin Hawa masuk ke dalam kedai itu bersama seorang gadis. Gadis itu memandang ke sekeliling kedai dengan jelek. Siapakah gadis ini? Macam bagus sahaja. Aishah menarik nafas dalam-dalam. Dia berjalan ke arah mereka berdua dengan senyuman sentiasa diukir dibibir mungilnya.
“Apa khabar, Datin?” Aishah sekadar berbasa-basi dan bersalaman dengan Datin Hawa. Sedangkan dia tahu perempuan angkuh dihadapannya itu baik-baik sahaja. Kalau tidak, masakan dia datang ke butik Aishah itu.
“Baik.” Angkuhnya!
“Silalah duduk, Datin.” Pelawa Aishah.
“Ni saya kenalkan anak saya yang nak kahwin tu, Anne. Anne, this is your wedding planner, Aishah.” Datin Hawa memperkenalkan mereka berdua. Aishah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Acuh tidak acuh sahaja Anne menyambut huluran tangan Aishah. Patutlah wajah gadis itu tidak pernah nampak. Selama ini, Datin Hawa yang menguruskan tentang perihal perkahwinan itu. Dia hanya menunjukkan sekali sahaja gambar Anne pada Aishah. Dia pun sudah lupa bagaimana wajah bakal pengantin itu. Baru hari ini berkesempatan untuk melihat sendiri. Tidaklah secantik mana pun. Tapi menurut Datin Hawa, anaknya itu seorang model antarabangsa. Setaraf Tyra Banks, katanya. Kalau beginilah rupa anak Datin Hawa, bukan kata tidak ada rupa Tyra Banks, telapak kaki Tyra Banks pun belum tentu ada rupa si Anne ini. Aishah tertawa sendirian di dalam hati.
“Have a sit, please.” Aishah mempersilakan tetamu-tetamunya duduk. Anne duduk di sebelah ibunya dan disilangkan kakinya yang putih. Aishah berdehem kecil. Anne memakai skirt pendek dan top yang terdedah dibahagian dada. Kata anak Datin, tapi ibunya beri pula kebenaran untuk berpakaian menjolok mata. Bagaimanalah tidak menjemput perogol bersiri diluar sana untuk melakukan kerjanya apabila perempuan sendiri tidak mahu menutup aurat apa yang terdedah. Kalau dia yang berpakaian begini, pasti sudah dihambat dengan parang oleh abangnya. Aishah melabuhkan punggung di atas sofa yang menghadap mereka berdua. Dia melepaskan keluhan perlahan.
“Can I get you anything, Datin? Coffee or tea?” tanya Aishah. Terpaksa memaniskan muka.
“Dah lama saya duduk. Baru sekarang awak nak tanya?” tanya Datin Hawa sombong. Kalau tidak kerana orang dihadapannya itu berpangkat Datin, mahu sahaja ditempeleng. Geramnya dia.
“Sorry, Datin. Anne?” tidak ikhlas sahaja Aishah meminta maaf.
“Whatever.” Anak dan mak serupa sahaja perangai.
Baru mendapat gelaran Datin. Sudah mahu berlagak. Kalau tidak kerana suami kau yang bekerja keras, takkannya dapat pangkat Datin. Kalau harapkan kau, nak perhabiskan harta orang tua tu je, getus hati kecil Aishah. Dia mendapat tahu daripada Kamal bahawa Datin Hawa adalah isteri kedua. Isteri pertama Datuk Afizan meninggal dunia kerana menghidap barah payudara. Kesian Datuk Afizan mempunyai isteri yang tidak tahu bersyukur. Aishah pernah berjumpa dengan isteri Datuk Afizan yang terdahulu semasa hendak menguruskan perkahwinan abang kepada Anne, Anuar. Baik orangnya. Tidak serupa Datin Hawa.
“Wawa….” Keras sahaja panggilan Aishah. Tergesa-gesa gadis itu berlari ke arahnya. Kesian Najwa. Dia tidak patut melampiaskan amarah kepada gadis yang tidak tahu apa-apa itu.
“Tolong buatkan 2 cawan air kopi.” Arah Aishah sambil dikenyitkan mata ke arah Najwa. Najwa sudah faham akan isyarat ketuanya itu. Dia membalas dengan senyuman yang meleret.
“Baik, Kak Adik.” Najwa segera berlalu ke pantri dan menyediakan dua cawan kopi seperti yang diminta oleh Aishah. Diletakkan satu sudu kecil gula dan 5 sudu kecil serbuk kopi. Sambil membancuh air kopi tersebut, Najwa tertawa kecil seorang diri. Najwa menatang dulang yang berisi dua cawan air kopi. Diletakkan perlahan-lahan dihadapan Datin Hawa dan Anne. Datin Hawa dan Anne mencapai cawan itu serentak dan menghirup air kopi tersebut. Dengan serentak juga mereka menghamburkan air kopi yang pahit itu. Datin Hawa mengelap mulut.
“Apasal pahit sangat ni? Pembantu awak tu tak reti buat air ke?” marah Datin Hawa. Aishah menahan ketawa.
“Macam mana nak kahwin esok, Mama? Buat air pun tak reti.” Kata Anne lantang. Hampir sahaja Najwa hendak memberi sebiji penumbuk secara percuma kepada Anne. Aishah segera menghalangnya.
“Maafkan saya, Datin…Anne…Kami sedang kurangkan gula. Saya minum pun tak ada gula, Datin. Takut nanti kena kencing manis. Penyakit zaman sekarang ni bukan kira tua ke, muda ke. Asalkan orang tu tak jaga kesihatan, dapatlah penyakit.” Aishah membuat memek muka sambil berkata-kata. Dia senyum pun secara tidak ikhlas.
“Apa hajat Datin dan Anne datang hari ni? Ada apa-apa yang tak kena lagi ke?” lembut sahaja pertanyaan Aishah.
“Anne ni datang nak tengok baju pengantin dia. Dah siap?” ujar Datin Hawa.
“Dah, Datin. Saya baru je pergi ambil tadi. Sekejap, ya.” Aishah bangun dan menuju ke arah baju-baju yang bergantungan di atas besi penyidai baju. Ditarik satu baju keluar dari celah-celah baju pengantin yang berona putih itu. Dia membawa baju itu ke arah pelanggan-pelanggannya. Diserahkan baju itu kepada Anne yang sedang berdiri kerana terpegun melihat baju pengantin yang sudah siap itu.
“Macam mana, Anne? You suka?” tanya Datin Hawa kepada anaknya yang sedang asyik meletakkan baju itu dibadan di hadapan cermin. Anne mengangguk gembira. Dia asyik berpusing-pusing seperti sedang memperagakan sebuah koleksi baju di pentas peragaan.
“I suka, Ma. Cantik sangat. Kalau my friend tengok, Ma...mesti tersembul keluar biji mata dia orang.” Kata Anne dengan bangga.
“You ajak ke your model friend?” tanya Datin Hawa teruja.
“Of course lah, Ma. Especially yang you minat sangat tu.” Kata Anne lagi. Dia sedang berangan memakai busana yang indah itu.
“Haa…you ajak Henry?” tanya Datin Hawa tidak percaya. Aishah memandang ke arah Anne yang dilihatnya mengangguk pantas.
“Oh…I kene make up cantik-cantik and do my hair.” Angan Datin Hawa. Mereka sama-sama tergelak. Aishah menggeleng perlahan. Kalaulah Datuk Afizan tahu akan perangai isterinya, tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Malas dia mahu berfikir dan masuk campur akan perihal perempuan tua yang tidak sedar diri ini.
“Ada apa-apa lagi yang you nak tukar ke?” tanya Datin Hawa pada Anne. Aishah mengerutkan dahi. Panggilan mereka seperti kawan. Tidak ada panggilan yang mesra untuk ibu dan anak.
“I rasa I suka yang kali ni punya. Macam mana dengan pelamin I?” tanya Anne. Datin Hawa memandang wajah Aishah.
“ So how?” tanya Datin Hawa pula.
“On the way, Datin.” Aishah berkata.
“Make sure you dah siap. I nak majlis ni berjalan dengan lancar. Satu kesilapan je, I hebohkan pasal cara you plan the wedding tak betul pada kawan-kawan Datin I. I ramai lagi kawan-kawan Datin yang tengah cari wedding planner for their kids.” Ugut Datin Hawa. Aishah tersenyum sumbing. Sikit pun dia tidak hairan. Pergilah mengadu kalau berani. Ada hati hendak meletakkan pasir dalam ‘periuk nasi’ orang. Dia belum kenal siapa Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz.
“Don’t worry, Datin. Everything is just going to be fine.” Ucap Aishah. Datin Hawa mengangguk perlahan. Aishah mengeluh lega.
“You dah kira budget?” tanya Datin Hawa kepada Aishah.
“Saya dah bagi quotation pada Datin hari tu. Saya terpaksa tambah
RM 800 lagi. Sebab dengan kos baju dan pelamin yang Datin tukar hari tu. Kos upah pekerja lagi.” Ujar Aishah. Datin Hawa mengangguk. Dia tidak kisah kena tambah walaupun RM 1000. Ini semua untuk menggembirakan anaknya. Datin Hawa mengeluarkan duit tunai dari beg tangannya. Dikira satu persatu. Kemudian, diserahkan duit itu kepada Aishah.
“Datin nak resit macam hari tu ke?”
“Tak payah. Masukkan je dalam quotation tu.” Datin Hawa berkata. Aishah hanya mengangguk. Hampir 2 jam Datin Hawa dan Anne berada di kedai butik pengantin Aishah, mereka beredar untuk pulang.


BELUM pun sampai setengah jam Datin Hawa dan anaknya pulang, loceng pintu kedai berbunyi sekali lagi. Aishah segera memandang ke arah pintu tersebut. Seorang gadis melangkah masuk dengan senyuman yang manis. Aishah membalas senyuman gadis itu. Mereka berpelukan.
“Wah! Makin berseri-seri kau sekarang. Ada apa-apa ke?” seloroh Diyana.
“Kepala hotak kau! Baru tak jumpa seminggu. Kau dah kata aku berseri-seri. Aku ni siapalah nak suka. Lainlah macam kau. Dah nak kahwin. Kau datang seorang je ke?” Aishah menarik tangan Diyana dan mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa. Gadis itu meletakkan tas tangan di sebelah.
“Taklah. Aku datang dengan abang saudara aku.” Ujar Diyana.
“Mana Khaz?” tanya Aishah. Terjenguk-jenguk ke luar untuk melihat bayangan tunang Diyana, Khazrul.
“Dia ada meeting. Biasalah orang dah naik pangkat jadik Managing Director. Sibuk memanjang. Orang lain pun tak sibuk macam tu.” Kata Diyana sambil menyelak album yang terletak di atas meja dihadapannya.
“M.D tu pangkat besar jugak tau. Berkuasa dalam ofis tu. Cuma bawah sikit je daripada CEO. Tapi kira ahli lembaga pengarah jugaklah. Dia dianggap penting dalam ofis tu. Busy perkara utama. Sebab tulah dia terima kenaikan pangkat tu. Sebab dia tak kisah dengan busy. Lagipun aku pasti dia buat semua tu bukan untuk diri dia je. Mestilah untuk kau sekali dan untuk bakal famili yang dia akan bina selepas ini.” Aishah menyandarkan badan ke kerusi. Diyana memandang wajah sahabatnya itu.
“Alah…setakat jadi M.D kat syarikat bapak dia. Bolehlah. Cuba kalau dia kerja dengan orang, paling tinggi pun Exec je.” Kata Diyana. Aishah menggeleng. Ada sahaja benda yang tidak puas hati yang timbul di hati Diyana apabila bercerita tentang Khazrul yang baru-baru ini dinaikkan pangkat.
“Hey, don’t you ever under estimate people. Kau ni suka sangat merendah-rendahkan Khaz. Kau jangan merendahkan dia dihadapan orang lain. Ni depan aku, tak pelah. Jangan sesekali menjatuhkan maruah dia.” Aishah menggawang-gawangkan jari telunjuk dihadapan Diyana. Sempat dia memesan kepada sahabatnya itu.
“Yelah, aku tahu. Dah berkali-kali kau pesan benda yang sama.” Kata Diyana bosan. Aishah menggeleng. Tidak boleh beri nasihat sikit. Mulalah mukanya ditarik panjang. Diyana menjungkitkan bahu dan menjuihkan bibir. Malas mahu melayan Aishah. Ada banyak benda lain lagi yang harus difikirkan.
“Kau kata kau datang dengan abang saudara kau. Mana dia?” tanya Aishah. Diyana terjenguk-jenguk ke luar.
“Tak pelah. Kejap lagi dia datanglah tu. Mana baju aku?” tanya Diyana dengan gembira. Tidak sabar untuk mencuba pakaian yang setelah berbulan-bulan dia melihat Aishah melakar busana itu.
“Jom pergi try.” Aishah bangun dan menuju ke arah rak-rak baju. Diyana menyusul kemudian setelah membuat satu panggilan. Aishah menyerahkan baju untuk akad nikah yang berona krim. Diyana kelihatan gembira dan menyambut baju itu dari Aishah. Dia segera mencuba pakaian itu di bilik persalinan.
Loceng butiknya sekali lagi berbunyi. Mata Aishah tertuju ke arah pintu kedai. Seorang lelaki yang segak berpakaian melangkah masuk ke dalam kedai. Mata Aishah leka memerhatikan gerak geri lelaki itu. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa dan membelek sebuah album. Kandungannya berisi foto-foto yang diambil dari majlis-majlis perkahwinan yang direka oleh Aishah. Diyana keluar dari bilik persalinan itu. Tersenyum ke arah Aishah. Kemudian, Diyana beralih kepada lelaki yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam butik tersebut. Siapa orang itu? Terlupa pulak. Abang saudara Diyana.
“Cantik tak, Angah?” tanya Diyana. Orang itu mengangguk. Tersenyum dan mengangkat ibu jari sebagai tanda dia suka akan baju itu.
Diyana terus sahaja ke bilik persalinan untuk mencuba baju bersanding. Sebentar kemudian Diyana keluar semula untuk memperagakan bajunya itu. Baju berona merah hati itu sangat sesuai untuk orang yang berkulit cerah seperti Diyana dan Khazrul. Itulah warna tema pilihan mereka. Baju yang berkain lace putih digandingkan dengan korset dan kain labuh meleret dari warna merah hati. Ciri-ciri ketimuran tetap ada walaupun Aishah telah memodenkan potongan dan gaya busana tersebut. Baju untuk pengantin lelaki pula baju melayu dan bersamping serta tengkolok juga dari warna yang sedondon. Kalau wajah Diyana disolek dan rambutnya didandan, pasti dia pengantin yang paling cantik di alaf ini. Aishah sudah dapat membayangkan hari yang bersejarah untuk sahabatnya itu. Diyana menyalin semula kepada pakaian asal. Dia keluar dan menyerahkan baju pengantin itu kepada pembantu Aishah.
“Zura ada call kau?” tanya Diyana. Aishah memandang Diyana dengan kerutan di dahi. Dia menggeleng.
“Kenapa?” tanya Aishah.
“Biasalah. Ada masalah.” Kata Diyana bosan.
“Kali ni dengan mak dia atau dengan Fique?” Aishah bertanya lagi.
“Dua-dua.” Diyana membuntuti Aishah sehingga ke meja.
“Aik? Apa yang masalah besar sangat tu?”
“Entahlah. Tapi Zura kata dia nak datang jumpa kau kat kedai petang ni. Dia selalu jugak try call kau. Tapi tak pernah dapat. Kau ada tak kat butik petang ni?” Diyana melabuhkan punggung di atas kerusi yang menghadap Aishah. Aishah menganggukkan kepala. Kemana lagi dia hendak pergi. Kalau tidak berjumpa pelanggan, alamatnya memerap sahajalah di butik ini.
“Adalah. Aku nak kemana lagi. Apa agaknya masalah dia tu?”
“Kau bukan tak tahu. Mak dia bukannya suka sangat si Rafique tu. Zura pulak dah separuh gilakan mamat tu. Aku call Fique hari tu. Tanya apa masalah dia orang. Sebab Zura call aku sampai nangis-nangis. Aku tak sampai hati. Fique kata tak ada apa-apa. Alahh…macam kau tak kenal mamat tu. Dia malas nak ambil ‘port’ pasal problem remeh macam ni. Kadangkala aku rasa macam nak cekik-cekik je batang leher si beruk tua tu.” Ujar Diyana siap sekali dengan gayanya. Aishah tergelak sampai menutup mulut.
“Tapi menurut si Zura pulak, mak dia bukanlah benci dengan Fique tu. Mak dia nak Fique potong rambut je. Kau tahulah. Macam mana punya panjang berjelanya rambut si Fique.” Diyana membetulkan duduk. Aishah berhenti menulis apabila Diyana mula bercerita beria-ia.
“Fique bersungguh-sungguh tak nak potong rambut. Mak Zura ugutlah. Kalau Fique tak nak potong rambut, perkahwinan tu terpaksa ditangguhkan sehingga Fique setuju nak potong rambut. Mak Zura bagi dia masa untuk berfikir. Dah dekat 2 bulan dia berfikir. Mana Zura tak hangin. Tarikh majlis dah nak dekat. Tapi habuk pun dia tak buat. Potong rambut tidak. Barang hantaran tak siap lagi. Zura rasa macam Fique tak bersungguh nak kahwin dengan dia. Kau tahulah kan. Mak Zura tu warak sikit orangnya. Pakai jubah dengan tudung labuh. Anaknya je tak serupa. Selalu pakai ketat-ketat. Bapak Zura tak kisah sangat tentang Fique rambut panjang tu. Tapi mak Zura lah. Malulah dia nanti dengan family belah mak dia. Atuk Zura ustaz kat masjid dekat kampung dia. Pak Long dia imam masjid. Mak Ngah dia ustazah. Mengajar budak-budak mengaji Al-Quran. Pak Su dia pulak bilal masjid. Malulah mak dia nanti kalau adik beradik dia tengok menantu dia macam tak serupa orang.” Diyana bercerita dengan ekspresi muka yang amat melucukan. Aishah tersenyum. Macam-macam, fikirnya. Kesian Zura! Tapi apa yang boleh dilakukan untuk menolong sahabatnya yang lagi satu?
“Aku cakap terus terang dengan Fique. Ada benarnya mak Zura buat macam tu. Aku kata, kau nak kahwin dengan anak dara orang. Bukan kahwin dengan babun.” Kata-kata Diyana lucu. Aishah ketawa kecil. Diyana mengeluh. Masalahnya sendiri belum selesai. Datang pula masalah Zura. Menimpa diri.
Aishah mengetuk pen di meja. Aishah, Diyana, Zura dan Lily. Empat sahabat di zaman universiti. Mereka bertiga mengingatkan Aishah kepada Zanariah, Amy dan Soraya. Kalau kemana, pasti berempat. Amalan itu masih diamalkan. Cuma rakan-rakannya sahaja yang bertukar. Zura, gadis yang sopan santun. Penuh kelembutan apabila bercakap. Gayanya yang ala-ala perempuan melayu terakhir pasti akan membuatkan jejaka-jejaka yang terpandangkannya pasti tertarik kepada gadis itu. Jalan lenggang lenggok. Selalu membuatkan mereka berempat lambat ke kelas dengan gaya berjalan Zura itu. Sama seperti Soraya. Saling tidak tumpah. Tetapi entah macam mana dia boleh terpikat dengan Rafique yang berambut panjang itu. Lelaki yang tidak serupa orang itu. Lelaki itu hampir bertindik telinga tetapi sempat dihalang oleh Zura dan mereka bertiga.
Diyana pula gadis gangster. Cara percakapan, berjalan dan cara melawaknya juga kasar. Selalu Zura dibulinya. Tetapi perangai yang ‘sewel’ membuatkan ramai orang senang untuk berdampingan dengan gadis yang bernama Diyana ini. Happy go lucky. Tidak reti bersedih walaupun dilanda masalah besar seperti kereta pemberian ayahnya dicuri sewaktu dia keluar membeli belah bersama Lily. Gayanya sama dengan Amy.
Gadis yang berasal dari Sabah ini amat meminati kumpulan rock. Terutamanya Bon Jovi, My Chemical Romance dan Scorpion. Sering kali dia melalak menyanyikan lagu Have A Nice Day dan The Black Parade. Dia juga meminati kumpulan Maroon 5. Lagu Wake Up Call sering meniti di bibir. Nampak sahaja seperti perempuan yang feminin. Tapi siapa sangka. Berjiwa rock. Mulutnya ‘banyak’ tetapi baik hati. Itulah Lily. Serupa Zanariah? Ya, memang serupa. Mereka bertiga seringkali mengingatkan Aishah kepada sahabat-sahabat zaman sekolahnya. Aishah? Masih seperti dahulu. Cuma sekarang ini hatinya lebih keras dan dia sudah pandai melawan jika dirinya dicaci.
Aishah mula mengenali mereka semasa di universiti. Yalah, berada di rantauan orang pasti akan membuatkan pelajar-pelajar Malaysia menjadi rapat sesama mereka. Mereka dikelilingi oleh bangsa asing. Aishah belajar di dalam bidang Mass Communication. Bila balik ke Malaysia, dia menjadi perancang majlis perkahwinan. Antara mereka berempat, dialah yang paling berjaya setakat ini. Hanya Aishah dan Lily sahaja yang belum berpunya. Tapi desas-desus mengatakan Lily sedang berpacaran dengan bosnya sendiri. Sudah berbuih mulut mereka menasihatkan Lily supaya menjauhkan diri dari lelaki itu yang lebih dikenali sebagai ‘buaya darat’. Bosnya itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang isteri serta 12 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan dua orang isteri. Tegakah mereka melihat Lily menjadi isteri ketiga? Sudah tentu tidak.
Diyana bangun dan melangkah ke arah abang saudaranya. Aishah menyediakan sebut harga. Jumlah keseluruhan majlis perkahwinan untuk Diyana. Dibawa sebut harga itu ke arah Diyana dan abang saudaranya.
“Ni quotation yang kau nak tu.” Aishah menyerahkan sebut harga itu kepada Diyana. Diyana menyambut dan meneliti satu persatu. Ada barang yang tidak dikira oleh Aishah. Ada juga yang diberikan diskaun. Diyana leka meneliti sebut harga itu.
“Kau bagi diskaun kat aku?” tanya Diyana dengan senyuman melebar. Aishah mengangguk. Gadis itu tersenyum lebar. Diyana mencapai beg tangan. Abang saudara Diyana berdehem. Diyana menepuk dahi kerana terlupa hendak memperkenalkan Aishah dengan abang saudaranya.
“Shah, kenalkan ni abang sedara aku, Hariz. Angah ni…Aishah. Best friend D masa kat U dulu.” Kata Diyana sambil memeluk bahu Aishah. Mereka sama-sama mengangguk. Aishah tersenyum kecil.
“Ni bukan zaman Jepun lah. Angguk-angguk. Ni zaman teknologi. Salamlah.” Diyana tergelak dengan kata-katanya. Aishah tersenyum.
“Ada sesetengah manusia tu yang belum ada hubungan dalam ikatan yang sah, tak boleh bersalam. Bukan muhrim.” Kena bersyarah sekali! Aishah tersenyum kecil. Diyana menjuihkan bibir.
“Kau tengok Angah ni putih kan? Kau tak tengok lagi abang dia. Hitam.” Kata Diyana. Hariz tersenyum.
“D kata Along hitam? Nanti bila Along balik, Angah beritahu Along.” Ugut Hariz. Diyana menjelirkan lidah.
“Tapi manis ada. Abang dia lagi handsome.” Diyana sengaja hendak menyakiti hati Hariz. Tapi Hariz sedikit pun tidak ambil hati. Sejak dari kecil lagi dia sedar, abangnya itu lagi kacak berbanding dengan dirinya walaupun dia putih.
“Bila Along nak balik, ya?” tanya Diyana.
“Sebulan sebelum hari perkahwinan D.” kata Hariz pula.
“Tak sabar D nak tunggu Along balik.” Diyana tersenyum sinis ke arah Hariz. Aishah tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu yang kebudak-budakan. Ada sepasang mata yang sedang asyik melirik ke arah Aishah. Dupp!!! Tiba-tiba sahaja pemilik hati yang bernama Aishah Najyha ini berdegup kencang.

BERSAMBUNG.....

2 tukang komen paling setia:

keSENGALan teserlah.. said...

haaaa...
along dye ntah2 si hafiz tuh??
hihi..
berdebar2 plak....

aqilah zainal said...

cpt r bwat smbngn dy
xsbr lorr,,
huhu