BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 31, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 34

BAB 34

RUMAH banglo 2 tingkat itu kelihatan sunyi. Tiada lagi gurauan yang membingitkan penghuni rumah tersebut. Semua penghuni yang dahulunya mendiami kediaman itu telah berpindah ke kediaman sendiri. Bersama pasangan masing-masing. Kelihatan seorang wanita anggun bertudung ringkas, keluar ke tamannya untuk berkebun. Sudah lama Wan Jah dan Wak Leman bersara dan pulang ke kampung mereka. Tidak mahu lagi Nurradiah menyusahkan kedua orang tua itu yang banyak berjasa buat keluarganya. Dia juga sudah mampu menguruskan keluarganya sendiri. Tambahan lagi, anak-anak dara dan teruna sudah membesar dan mempunyai keluarga masing-masing. Tidak perlu lagi dikerah keringat mereka berdua.
Tanah bunga ros digemburkan dan dimasukkan beberapa biji baja. Kemudian ditepuk-tepuk tanah tersebut menggunakan sudip yang digunakan untuk mengembur tanah. Diambil gunting dedaun bunga dan diguntingkan daun-daun bunga yang sudah digigit ulat. Hish! Makan racun pun tak mati-mati jugak, gumam Nurradiah. Tangannya masih lagi ligat menggemburkan bunga-bungaan di sekeliling kebun. Dari satu ke satu pasu bunga, Nurradiah melakukan kerja. Peluh dikesat menggunakan hujung lengan baju. Diambil topi yang tersangkut elok di kepalanya dan dikibas-kibaskan untuk menyejuk badan. Mendongak ke langit yang cerah. Matanya dikecilkan sedikit apabila matahari menyuluh mata. Setelah selesai melakukan kerja-kerja di kebun, Nurradiah masuk ke dalam rumah melalui dapur. Tidak mahu melalui ruang tamu dengan keadaan yang kotor dan berlumpur itu. Diletakkan gunting daun ke atas sinki. Nurradiah membasuh tangan di sinki tersebut. Kemudian, dia melihat jam dinding yang tergantung di ruangan dapur itu. Sudah hampir jam 11 pagi. Sebentar lagi Nina dan Sofyan serta Aishah dan Hariz akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama Nurradiah dan Syed Mahfuz. Nadira mengikuti Shah Fuzey ke Jepun atas urusan kerja. Dan sambil itu bercuti. Sudah lama Nadira tidak bercuti semenjak sibuk menolong Aishah menguruskan butiknya.
Nurradiah memanjat tangga untuk menuju ke tingkat atas. Awal pagi lagi selepas sarapan, Syed Mahfuz sudah keluar bermain golf bersama teman-teman perniagaannya. Sudah pasti ada perkara yang hendak dibincangkan tentang projek terbaru yang diusaha sama oleh syarikat mereka. Setengah jam kemudian, Nurradiah turun semula ke tingkat bawah. Dengan lengkap berpakaian dan sudah membersihkan diri, Nurradiah mula mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk dimasak. Dikeluarkan ayam dari peti sejuk beku dan diletakkan di dalam sinki. Kemudian, dikeluarkan pula sayur-sayuran. Diletakkan di atas sinki. Dibasuh sayur dan dipotong mengikut selera. Kemudian, dibasuh pula ayam tersebut. 45 minit kemudian, masakan sudah siap dimasak. Gulai ayam, sayur yang dimasak secara simple atau lebih dikenali oleh anak-anaknya sebagai sayur ‘bodoh’. Bukan maksud mereka sayur-sayuran itu bodoh tetapi sayur yang dimasak secara ringkas. Sambal telur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Pasti anak-anaknya sudah lama rindukan masakan Mama mereka sebegitu. Kalau Nadira dan Shah Fuzey ada, pasti lengkap makan tengah hari mereka pada itu. Setiap minggu, Nurradiah dan Syed Mahfuz akan menjemput anak-anaknya untuk makan tengah hari dirumah. Tetapi hanya Khairul dan Sabrina sahaja yang dapat datang. Nina dan Sofyan ke Zurich untuk melihat perniagaan Sofyan yang ada disana. Aishah dan Nadira sibuk di butik untuk menyelesaikan tempahan pelanggan yang akan berkahwin pada minggu lepas. Hariz ke tapak projek terbaru, Kiara Alam Chalet and Resort di Pahang. Manakala Shah Fuzey ke Sabah atas urusan kerja selama 3 hari. Tidak mengapalah. Asalkan dapat berjumpa dengan cucu-cucunya. Minggu ini pula, hanya ada Nina, Sofyan, Aishah dan Hariz. Memadailah. Tetapi masih tidak dapat makan bersama-sama Nadira dan Shah Fuzey. Anak-anak juga turut dibawa bersama untuk bercuti. Lagipun, Shah Fuzey tidak biasa jika tidak ke luar negara tanpa isteri dan anak-anak. Pada mulanya, Nurradiah melarang Nadira membawa anak-anak mereka tetapi atas alasan hendak bercuti, Nurradiah relakan juga mereka pergi. Khairul dan Sabrina pulang ke kampung Sabrina di Pulau Pinang. Untuk menjenguk nenek Sabrina. Sudah lama mereka tidak pulang kesana.
Nurradiah melihat jam dinding itu sekali lagi. Jarum jam pendek menunjukkan pukul 12 dan jarum jam panjang menunjukkan pukul 6. Sudah 12.30. Seorang pun anak-anaknya masih belum sampai. Syed Mahfuz juga masih belum pulang. Kemana mereka semua ini? Nurradiah kegelisahan. Sesekali dilihat jam dinding. Terasa seperti jam tersebut tidak bergerak langsung. Dijenguk pula ke luar rumah. Masih tiada tanda-tanda seseorang akan pulang. Nurradiah membuat keputusan untuk ke dapur. Membuat pencuci mulut pula. Dibiarkan dirinya sibuk dengan kerja-kerja memasak. Jadi, tidaklah terlalu risau. Pencuci mulut yang paling biasa dibuatnya ialah pisang kustard. Kegemaran suami dan anaknya, Aishah. Sedang Nurradiah sedang sibuk di dapur, suami anak-anak serta menantu mereka pulang. Nina turun dari kereta dengan membawa sekotak kek. Diluar rumah, mereka merungkaikan ikatan kotak kek dan mengeluarkan kek dari kotak tersebut. Perlahan-lahan Syed Mahfuz membuka pintu utama dan mereka masuk secara perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Nurradiah yang sedang leka di dapur. Aishah menjenguk ke dalam dapur. Kemudian, memberi isyarat kepada yang lain bahawa Nurradiah berada di dapur. Sofyan memegang kek tersebut. Aishah melangkah masuk ke dalam dapur. Dipeluk pinggang Nurradiah dari belakang. Terkejut Nurradiah dengan perbuatan tersebut segera berpaling. Aishah tersenyum manis. Rindunya dia pada wajah itu. Hampir 3 minggu mereka tidak bersua muka.
“Ma…jomlah makan. Adik laparlah.” Rengek Aishah. Nurradiah tersenyum.
“Hish! Adik ni. Dah jadi isteri orang pun masih nak merengek dengan Mama lagi.” Usik Nurradiah. Aishah tersenyum.
“Hah, jomlah.” Ujar Nurradiah lagi dan mereka sama-sama melangkah keluar dari dapur.
“Surprise.” Jeritan mereka serentak dan bergema di ruang makan tersebut. Nurradiah terkejut dan tidak menyangka mereka ingat akan harijadinya pada hari itu. Dia menekup mulut. Benar-benar terkejut. Tidak berganjak Nurradiah dari tempat dia berdiri. Statik. Hampir menitis airmatanya. Dipandang ke arah suami yang berdiri di sebelah Hariz sambil tersenyum lebar. Syed Mahfuz melangkah ke arah Nurradiah dan memeluk bahu isterinya itu. Aishah bertukar tempat dengan Syed Mahfuz. Dia pula berdiri di sebelah Hariz dan memeluk lengan gagah lelaki itu. Hariz tersenyum melihat kemesraan kedua mentuanya.
“Ma…blow this candle. And make a wish.” Nina berkata. Menyedarkan Nurradiah. Wanita itu mengangguk perlahan. Kemudian, dia menghembuskan lilin-lilin tersebut.
“Ma…you’re not mak a wish.” Nina berkata manja.
“What wish is more important than my children?” tanya Nurradiah kembali. Syed Mahfuz di sebelah mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Nurradiah. Yang lain hanya tersenyum. Sofyan meletakkan kek tersebut di atas meja. Tertulis di atas kek tersebut ‘Happy 51 Birthday Mama. From ur luvly children.’. Masing-masing melabuhkan punggung ke atas kerusi di meja makan. Kek ditolak ke hujung meja. Tiba-tiba telefon berdering. Serentak telefon bimbit Aishah dan telefon rumah. Aishah mengangkat panggilan telefon tersebut. Nina berlari-lari anak menuju ke talian telefon rumah. Diangkat dan dijawab panggilan itu.
“Ma…Ong telefon.” Aishah berkata dan menyerahkan telefon bimbitnya kepada Nurradiah. Disambut telefon itu dan dijawab panggilan tersebut.
“Happy birthday, Ma. Ong sayang sangat Mama.” Ujar Khairul sebaik sahaja mendengarkan suara Nurradiah.
“Terima kasih, sayang.” Ucap Nurradiah ringkas. Tidak terkata apa-apa.
“Bri nak cakap dengan Mama.” Khairul berkata lagi dan diserahkan telefon itu kepada isteri di sebelah.
“Ma…Selamat Hari Jadi.” Ucap Sabrina pula.
“Thank you so much, sayang.” Nurradiah berkata sebak.
“Hareefa dan Hareesya pun wish happy birthday kat nenek dia orang.” Ujar Sabrina lagi.
“Kirim salam peluk cium dari Mama buat dia orang.” Nurradiah mulai sebak. Seperti mahu menangis sahaja. Tidak dapat dilihat wajah anak, menantu dan cucu-cucunya.
“Mama nak apa-apa ke dari sini? Ole-ole?” tanya Sabrina.
“Hmm….beli jelah jeruk kat pasar Chowrasta Road tu untuk Mama. Dah lama tak makan jeruk kat situ.” Nurradiah berkata pula.
“Yelah, Mama. Assalamualaikum.” Sabrina memberikan salam. Salam dijawab perlahan oleh Nurradiah dan mereka sama-sama mematikan talian.
“Ma…Dira.” Laung Nina dari talian telefon rumah. Nurradiah bangun dari kerusinya dan menuju ke telefon tersebut. Nina memberikan laluan kepada Nurradiah. Dia menuju semula ke meja makan dan duduk di sebelah Sofyan.
“Assalamualaikum, Ma…Happy Birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Mama, Happy birthday to you.” Nadira siap menyanyi lagi untuk Nurradiah. Wanita itu tersenyum dalam tangisan.
“Ma, tak maulah sedih-sedih. Hari ni kan birthday girl. Kenalah happy.” Ujar Nadira dalam nada memujuk.
“Macam mana Mama nak happy? Dira, Fuzey, Shah dan Sarah tak ada kat sini. Apa yang ada kat Tokyo tu? Lagi best duduk dengan Mama kat sini.” Ujar Nurradiah sambil mengelap air matanya. Yang lain hanya memerhatikan gerak-geri Nurradiah. Nadira tergelak kecil.
“Dia orang semua wish happy birthday kat Mama.”
“Mana Fuzey?” Nurradiah bertanya.
“Abang keluar pergi office. Kejap lagi balik lah tu. Lagipun nak bawak budak-budak ni pergi Disneyland.” Ujar Nadira lagi. Nurradiah mengangguk perlahan. Macamlah Nadira nampak akan perbuatannya itu.
“Ma, I have one good news for you.” Nadira berkata gembira.
“Apa dia?” tanya Nurradiah pula.
“I’m expecting.” Nadira berkata ringkas.
“Expecting what?” Nurradiah bertanya bingung.
“Ma….I’m pregnant.” Nadira bersuara ceria.
“What??!!” ujar Nurradiah tidak percaya.
“Ya, 2 months. Semalam pergi check. Sebab Dira asyik muntah-muntah je. So, kami pergi klinik.” Ujar Nadira lagi. Nurradiah menekup mulutnya. Yang lain sedang berada di meja makan, mengalihkan pandangan memandang Nurradiah. Masing-masing mengerutkan dahi. Entah apalah yang disembangkan dua beranak itu. Setelah meletakkan gagang telefon, Nurradiah berjalan ke arah meja makan dan melabuhkan punggung di situ. Mereka hanya memerhatikan gerak-geri Nurradiah, tidak lepas dari pandangan. Sedari tadi, Nurradiah asyik tersenyum.
“Kenapa, Nur?” tanya Syed Mahfuz. Nurradiah memandang suami di sebelah.
“Dira pregnant lagi.” Ujar Nurradiah ringkas. Yang lain, tersenyum lebar.
“Makanlah. Dah sejuk pun lauk tunggu kamu semua.” Nurradiah berkata seloroh. Dengan berseleranya, mereka menjamu makan tengah hari. Usai makan, Aishah dan Nina sibuk mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Nurradiah memotong kek New York Cheese dan diletakkan di atas piring-piring kecil. Disua kepada suami dan menantu-menantunya. Tiba-tiba terdengar hempasan kaca berderai ke atas lantai. Nina berlari keluar. Melaung-laung nama Nurradiah dan Hariz berselang-seli.
“Kenapa, Na?” tanya Syed Mahfuz.
“Adik, Pa. Adik pengsan.” Nina berkata sedikit mengah. Tanpa berkata apa-apa, Hariz terus berlari ke dapur mendapatkan isteri yang sedang terbaring lemah di lantai dapur. Hariz mencempung badan Aishah dan dibawa menuju ke keretanya. Nina mengikuti mereka sehingga ke hospital.

“TAHNIAH, Puan Aishah.” Ucap doktor yang merawatnya sambil menyelak langsir katil yang ada di dalam bilik pemeriksaan milik doktor tersebut. Aishah bangun perlahan-lahan dari katil tersebut. Keningnya dikerutkan.
“Kenapa doktor ucapkan tahniah pada saya?” tanya Aishah terpinga-pinga.
“Puan dah mengandung. 6 weeks.” Ujar doktor tersebut lagi. Aishah tergamam. Gembira sehingga tiada kata-kata yang dapat diucapkan. Bertakung mutiara jernih di tubir mata.
“Suami Puan datang ke sini sekali?” tanya doktor itu pula.
“Ada, di luar.” Tergagap-gagap Aishah berkata.
“Mengikut butir diri Puan di dalam fail ini, nama suami Puan, Encik Hariz ya?”
“Ya.” Jawab Aishah ringkas. Dia terbayangkan reaksi Hariz sebentar nanti apabila mengetahui berita gembira ini. Seorang jururawat memasuki bilik doktor itu.
“Zera, tolong panggilkan Encik Hariz. Suami kepada Puan Aishah, diluar.” Arah doktor itu. Jururawat tersebut mengangguk dan terus beredar ke luar. Sebentar kemudian, pintu bilik doktor itu sekali lagi diketuk. Terjengul wajah jururawat itu.
“Doktor, ini suami dia.” Unjuk jururawat bernama Zera itu kepada Hariz. Terjengul pula wajah Hariz disebalik muka pintu. Doktor yang merawat Aishah mempersilakan Hariz duduk. Dia melabuhkan punggung disebelah Aishah yang berwajah ceria. Dia pelik. Apakah penyakit Aishah sehingga doktor memanggilnya masuk? Tetapi Aishah tidak pula bersedih. Doktor itu berdehem kecil. Hariz memandang ke hadapannya.
“Saya Doktor Syafiqah.” Ujar doktor itu memperkenalkan diri. Hariz mengangguk perlahan. Masih menanti butir bicara doktor itu dengan sabar.
“Isteri Encik Hariz disahkan mengandung. Sudah 6 minggu.” Kata Dr. Syafiqah lembut. Hariz seperti tidak percaya. Terpinga-pinga memandang Aishah disebelah. Isterinya itu mengangguk sambil tersenyum lebar. Tanpa segan silu, terus sahaja Hariz memeluk Aishah. Memerah wajah Aishah menahan malu dihadapan doktor itu. Dr. Syafiqah tersenyum. Faham benar akan kelakuan pasangan bahagia. Mereka beredar dari klinik itu.
Nina mengerutkan dahi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Tadi Aishah pengsan. Kini, dia siap tersenyum lebar sebaik sahaja keluar dari bilik doktor tersebut. Bertambah-tambah kerutan di dahi. Hariz memandang Nina melalui cermin pandang belakang. Dia tahu kakak iparnya itu pasti memikirkan sesuatu.
“Balik nanti, barulah kami ceritakan semuanya.” Ujar Hariz. Nina yang tersedar dari lamunan memandang Hariz. Kemudian tersenyum dan mengangguk perlahan.

BERSAMBUNG.....

Saturday, January 24, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 33

BAB 33

HARIZ segak memakai sepersalinan Jawa berona merah menyala. Manakala Aishah yang cantik bergaya dengan memakai baju kebaya moden yang jarang dilengan dan berkorset dari rona yang sama. Kain batik Jawa dan memakai bunga melur yang dikait untuk dijadikan sebagai veil. Pemakaian ala-ala Jawa menjadi pilihan Aishah. Sudah lama diimpikan untuk memakai baju yang ditempah khas dari Bandung. Ditangan Aishah memegang bunga yang diperbuat daripada kristal. Wajah Aishah disolek oleh mekap artis yang terkenal dari Indonesia yang juga merupakan teman baik Aishah. Rupa gadis itu setelah mendapat sentuhan dari jurusolek Indonesia tersebut, sangat berbeza. Wajahnya seperti anak patung. Aishah sendiri tidak percaya akan wajahnya yang sudah bertukar rupa.
“Benar ini aku?” tanya Aishah. Sambil membelek-belek wajah di cermin.
“Ya, iyalah.” Jawab jurusolek itu yang dikenali sebagai Sandra. Dia tersenyum melihat gelagat Aishah yang seakan-akan tidak percaya.
“Nggak ah. Aku nggak percaya.” Kata Aishah. Dia memandang Sandra sambil tersengih.
“Ya, iyalah Shah. Itu kamu.” Ujar Sandra sambil mengemas alatan solek yang telah digunakan ke dalam beg khasnya.
“Aku masih nggak percaya. Cuba kamu cubit aku, San.” seloroh Aishah. Tanpa berkata apa-apa, Sandra mencubit Aishah. Gadis itu mengaduh kesakitan. Diusap-usap perlahan tempat yang dicubit itu.
“Naaa…itukan kamu. Benaran.” Sandra berkata. Dia segera menjauhkan diri apabila Aishah kelihatan seperti hendak membalas kembali cubitannya.
“Makasih ya, San. Aku senang banget.” Ucap Aishah ikhlas. Dia bangun dan menuju ke almari yang disediakan di dalam bilik. Khairul menempah sebuah bilik di Hotel Concorde, Shah Alam sebagai permulaan bulan madu Aishah dan Hariz.
“Ini hadiah untuk kamu. Kamu banyak tolong aku.” Aishah berkata dan diserahkan hadiah yang berbungkus elok kepada Sandra. Gadis itu seperti segan hendak menerimanya.
“Ahh...nggak usah repot-repot.” Tolak Sandra perlahan. Tidak mahu menerima hadiah itu. Aishah tetap menghulurkan bungkusan tersebut. Kemudian dihulurkan pula sampul putih.
“Ini pula upah kamu, San. Kerna kamu menatarias aku hari ini.” Ujar Aishah. Fasih Aishah berbahasa Indonesia. Dia tidak pergi ke kelas bahasa untuk mempelajari sebaliknya Aishah selalu menonton sinetron dari negara seberang.
“Alah...nggak usah repot-repot deh, Shah. Aku ikhlas ni nolong kamu. Gratis. Lagian, kamu banyak nolong aku dapatkan job gede-gedean.” Sandra berkata. Dia sememangnya ikhlas hendak menolong Aishah. Selama inipun, Aishah lah yang banyak menolong Sandra mendapatkan kerja-kerja menyolek dari orang yang berpangkat dan ternama di Malaysia. Jadi, untuk membalas budi Aishah, Sandra sanggup menyolek wajah Aishah secara percuma.
“Kamu tau nggak. Aku shock banget waktu kamu bilang kamu mau nikah.” Ujar Sandra lagi. Tangannya lincah membetulkan veil diperbuat daripada bunga yang dicucuk di sanggul rambut. Putri, Najwa dan Suhaila sedang sibuk di dewan. Jadi, mereka tidak datang menolong mendandan Aishah.
“Iya? Kenapa?” Aishah bertanya. Dia memandang dari cermin wajah Sandra.
“Ya iyalah. Aku shock kerna kamu nggak pernah bilang ama aku yang kamu itu punya pacar. Ganteng lagi.” Puji Sandra. Aishah tersipu-sipu malu.
“Aku mau bikin suprise ama kamu.” Ujar Aishah pula. Mereka sama-sama tergelak. Bukan Sandra tidak kenal siapa Aishah. Dia tidak akan menghebohkan sesuatu perkara selagi perkara itu tidak menjadi kenyataan.
“Kamu marah ama aku?” tanya Aishah lagi.
“Ya, udah deh. Aku nggak marah ama kamu. Cuma kesal.”
“Kenapa?” Aishah bertanya.
“Aku nggak ketemu ama Hariz dulu.” Usik Sandra. Aishah terjerit kecil dan mencubit pinggang Sandra. Kedua-dua sahabat itu tertawa riang. Pintu bilik diketuk perlahan. Sandra melangkah dan membuka pintu. Dibenarkan orang tersebut masuk ke dalam bilik berhawa dingin itu. Tersenyum manis sahaja Nadira memandang Aishah.
“Dah ready, Kak?” tanya Nadira. Terpegun sebentar dia melihat keanggunan Aishah dalam pakaian ala-ala Jawa itu. Aishah mengangguk perlahan. Aishah berdiri dan membetulkan baju. Sandra sudah mengangkat beg soleknya dan menuju ke pintu bilik.
“Lepas kenduri, kamu jangan pulang dulu ya, San.” Ujar Aishah. Sandra berpaling dan mengangguk. Dia terus beredar.
Aishah dan Nadira turun menggunakan lif untuk ke lobi. Kereta Mazda RZ 4 yang dipandu oleh Hariz sendiri sedia menunggu dihadapan pintu lobi. Nadira menolong Aishah masuk ke dalam kereta. Manakala Nadira menaiki kereta Mitsubishi Evolution yang dimiliki dan dipandu oleh Shah Fuzey. Kereta itu dibeli dengan hasil titik peluh Shah Fuzey sendiri. Tidak pernah diharapkan ibubapanya untuk membeli kereta itu untuk dia. Kereta mereka sama-sama menderum pergi meninggalkan kawasan hotel dan menuju ke Dewan Banquet MBSA.
Sebaik sahaja mereka sampai dihadapan dewan, semua mata tertumpu ke arah pemandu dan penumpang kereta tersebut. Pasangan pengantin yang turun dari kereta menjadi tumpuan mata-mata tetamu yang baru sahaja sampai untuk menghadiri majlis tersebut. Kelipan cahaya kamera tidak henti-henti. Terasa seperti selebriti pada hari itu. Hariz memimpin Aishah masuk ke dalam dewan. Pintu dewan sudah ditutup. Pengumuman oleh emcee mengenai ketibaan pengantin juga sudah diumumkan. Tetamu yang datang lewat daripada kedatangan pengantin terpaksa tunggu untuk masuk ke dewan bersama-sama pengantin. Pintu dewan dibuka perlahan-lahan. Semua mata tertumpu dipintu tersebut. Aishah menarik nafas dan dilepaskan. Hariz tampak tenang. Semasa pintu dewan dibuka, Aishah tersenyum kecil melihat dewan yang sudah dihias cantik. Dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja anak-anak buahnya. Pasangan pengantin mula melangkah masuk ke dalam dewan. Bergema selawat yang dibaca oleh ustaz yang diundang khas oleh Syed Mahfuz. Dan, juga para tetamu turut membaca selawat junjungan ke atas para Nabi s.a.w. Perlahan-lahan pasangan pengantin melangkah menuju ke pelamin. Sampai sahaja di pelamin, selawat pun selesai dilaungkan. Mereka berdiri untuk menghormati doa yang dibacakan oleh ustaz tersebut. Kesemua para tetamu turut berdiri. Selesai berdoa, pengantin melabuhkan punggung di kerusi atas pelamin. Bermulalah upacara pada malam itu seperti lawak jenaka antara emcee. Kisah-kisah pengantin dari kecil sehinggalah meningkat dewasa. Upacara merenjis pasangan pengantin dan makan beradab. Semasa memotong kek, Hariz mengenakan sepasang tuksedo. Manakala Aishah mengenakan evening gown berona krim. Baju yang bereka bentuk off shoulder dan mengikut potongan badan. Aishah tidak memakai veil tetapi bunga ros yang sudah dipotong tangkai dan cucuk di sanggulnya. Berserta tiara bertatahkan mutiara yang direka oleh Aishah sendiri. Dia tampak anggun sekali dengan busana rekaannya sendiri.
Selesai sahaja majlis bersanding, Aishah dan Hariz terus pulang untuk menginap di Hotel Concorde kerana keesokkan harinya mereka hendak pergi berbulan madu di Bukit Tinggi, Pahang. Mereka berdua tidak mahu berbulan madu jauh-jauh. Aishah masih sibuk dengan butiknya manakala Hariz hendak melihat perkembangan projek terbaru yang diusahakannya. Nantilah, mungkin selepas selesai kerja, baru mereka hendak pergi berbulan madu sekali lagi di luar negara.

HAFIZ sudah berada di London. Kembali ke tempat yang banyak menenangkan fikirannya di kala dia kekusutan. 3 minggu sebelum majlis perkahwinan Hariz, dia sudah memohon permohonan untuk berpindah ke London semula. Perihal ini tidak diberitahu langsung kepada Hariz. Sebaiknya Hariz tidak tahu. Dia tidak mahu Hariz tahu kerana jika Hariz tahu, pasti Aishah juga tahu. Hafiz berdiri memandang Sungai Thames. Tangannya disilangkan, memeluk tubuh. Adakah dia akan kecewa dengan sikapku ini? Hati Hafiz bergumam sendirian. Maafkan Along, Ngah. Along tak sanggup melihat wajah isterimu lagi. Terlalu perit. Terlalu sakit. Maafkan Along kerana tiadak memberitahu perkara sebenar. Aku memang mencintai isterimu, Ngah. Tapi akan ku relakan perasaan ini pergi dibawa angin London, desis hati Hafiz perlahan. Diraup wajahnya. Hafiz melihat jam di tangan. Sudah hampir jam 3 petang. Hafiz melepaskan keluhan. Fikirannya menerawang jauh semula.
Sudah berbulan Hafiz tidak mendengar khabar berita dari Ellisa. Bagaimanalah agaknya keadaan diri bekas tunangnya itu? Selepas malam kejadian Aishah dipukul dan mereka berdua pergi melawat gadis itu di hospital, hampir 3 minggu lamanya Ellisa tidak menjawab panggilan mahupun mesej pesanan ringkas dari Hafiz. Dia pelik kerana Ellisa pasti akan membalas panggilan atau SMSnya walaupun sudah keesokkan hari. Selepas beberapa minggu, keluarga Ellisa datang ke rumahnya untuk memulangkan cincin pertunangan semula. Baru Hafiz sedar bahawa tindakannya pada malam itu telah melukai hati Ellisa. Cuba ditelefonnya. Ellisa menjawab dan memberitahu kepada Hafiz bahawa dia belum bersedia untuk menempuh satu fasa kehidupan bersama lelaki yang mempunyai cerita cinta semalam. Lelaki yang belum bersedia untuk meninggalkan cintanya buat diri Ellisa. Dia tidak mahu hidupnya merana kemudian hari. Terpaksa menerima sikap Hafiz yang tidak menentu dan memakan diri. Sudah lama Ellisa memendam rasa. Bukan niat dia hendak memalukan atau melukakan hati keluarga Hafiz. Hatinya dan juga keluarga perlu dijaga. Memang diakui Ellisa seorang yang lemah lembut dan mempunyai pekerti budi bahasa dan adat ketimuran yang tinggi di dalam diri gadis tinggi lampai ini. Tetapi tidak bermakna dia harus berdiam diri. Dan, hanya melihat Hafiz menyintai gadis lain. Bukan dirinya. Jadi, lebih baik dia meminta perpisahan. Tidak mahu merana. Walau apapun yang terjadi, Ellisa tidak pernah berdendam dengan Hafiz mahupun Aishah. Bagi dia, tidak ada jodoh di antara mereka.
Tiba-tiba sahaja satu keluhan keluar dari mulut Hafiz. Menyesal kerana tidak menjaga hati Ellisa dengan baik. Hafiz dirundung rasa bersalah. Ellisa terlalu baik untuknya. Tidak sesuai mereka bersama. Hafiz masih mencintai Aishah. Entah kenapa hatinya masih tidak boleh menerima Aishah sebagai adik ipar. Sungai Thames yang tenang itu direnung. Disinilah Hafiz dan Ellisa selalu menghabiskan masa bersama jika mereka bercuti. Kini, segala kenangan itu ingin dihapuskan. Hubungan sudah musnah. Hafiz juga bingung memikirkan. Semasa mereka berpisah, Hafiz kelegaan. Bukan kerana dapat melepaskan diri dari cinta Ellisa tetapi lega kerana walaupun hati Ellisa terluka, lebih baik hatinya tercalar sekarang dari terluka kemudian.
“Aishah...” tanpa disedarinya, Hafiz menyebut nama itu perlahan. Kemudian, satu lagi keluhan dilepaskan. Dia berpaling dari Sungai Thames dan beredar dari situ.

3 BULAN sudah Aishah dan Hariz berkahwin. Setiap hari Aishah tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya walaupun sibuk dengan kerja-kerja di butik. Dia akan pasti balik sebelum pukul 7. Sebelum Hariz pulang. Disediakan sarapan dan juga makan malam. Kecuali tengah hari. Masing-masing sibuk bertemu pelanggan. Jadi, manalah ada masa untuk balik makan tengah hari. Baju-baju Hariz dibasuh, dilipat dan juga diseterika. Kesemua dilakukan sendirian. Seperti mengemas rumah dan juga memasak. Tidak mahu mempunyai pembantu. Bukan Hariz tidak pernah berkata hendak mengambil pembantu rumah. Tetapi Aishah lebih senang melakukan kerja-kerjanya sendiri. Hariz juga begitu. Pasti tidak dilupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Memberikan wang perbelanjaan setiap bulan walaupun dia tahu Aishah mampu untuk menyara dirinya sendiri. Semakin hari semakin sayang Aishah pada Hariz. Dia juga sudah mula jatuh cinta. Semasa dia memberitahu perasaannya terhadap Hariz sebelum berkahwin kepada Nurradiah, itu hanyalah omongan kosong semata-mata. Mahu dilupakan Hafiz buat selamanya. Tidak sedikit pun ada perasaan pada Hariz. Kini, Aishah dengan yakinnya mampu berkata bahawa dia sememangnya sudah jatuh cinta pada Hariz. Benarlah kata orang. Cinta yang dipupuk selepas berkahwin, lebih indah.
Selepas sarapan, Hariz terus berangkat pergi kerja. Ada mesyuarat penting, katanya. Aishah segera bersiap untuk ke butik. Ada pelanggan penting yang ingin ketemuinya pagi itu. Sebaik sahaja Aishah melangkah masuk, Putri terus menerpa ke arah Aishah.
“Akak nak tau tak....” Putri berkata seperti teruja. Aishah mengerutkan dahi melihat kelakuan gadis itu.
“Tak nak.” Seloroh Aishah. Kemudian, dia tersenyum kecil apabila Putri memuncungkan bibir. Boleh dibuat penyidai baju bibirnya itu.
“Hiiihhh...geram dengan Akak ni tau.” Ujar Putri dan memeluk tubuh.
“Apa dia Cik Putri ku sayang?” Aishah berseloroh lagi.
“Akak kenalkan dengan Anne?” tanya Putri pula.
“Kenal. Anak Datin Hawa tu kan?” giliran Aishah pula bertanya. Dilihatnya Putri mengangguk laju.
“Dia dah cerai, Kak.” Kata-kata Putri itu membuatkan Aishah sedikit terjerit.
“Hah??!!! Mana Put tahu ni?”
“Alaa...dia kan model terkenal. So, cerita-cerita panas macam ni dah tentu-tentulah masuk majalah.” Putri berkata. Sambil tangannya menghulurkan majalah yang baru sahaja dibacanya sebentar tadi. Aishah segera mencapai majalah tersebut lalu dibaca. Menurut wartawan yang melaporkan berita panas ini, Anne tidak mahu melahirkan anak sedangkan suaminya begitu inginkan cahaya mata kerana sukakan kanak-kanak. Oleh sebab itulah mereka bercerai. Aishah menggeleng. Ada juga jenis manusia macam ini. Kahwin tidaklah lama mana. Tapi kalau hendak bercerai, sekejap sahaja. Entahkan bayaran hutang kahwin pun belum selesai. Entahlah. Dunia...dunia....
Aishah meletakkan majalah itu ke atas meja dan terus berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Diletakkan tas tangan ke dalam laci. Surat khabar yang baru sahaja dibelinya, dibaca. Diteliti satu persatu berita yang terkandung di dalam surat khabar tersebut. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu berita. Tajuk berita ‘Pegawai tinggi sebuah syarikat swasta, diberkas atas tuduhan pecah amanah’. Bertambah terkejut apabila ‘pegawai tinggi’ yang dimaksudkan adalah pak ciknya sendiri, Imran Idris. Aishah segera meletakkan surat khabar tersebut dan mula mendail nombor telefon Hariz. Panggilannya tidak berjawab. Aishah tiba-tiba teringat Hariz sedang bermesyuarat. Diletakkan semula gagang telefon.
Setengah jam kemudian, telefon pejabatnya berdering. Segera diangkat.
“Shah call Abang ke tadi? Sorry. I’m in a meeting.” Ujar Hariz.
“No...no...I should say sorry for disturbing you.” Aishah pula berkata.
“Ni mesti pasal headline dalam paper kan?” Hariz bertanya.
“Mana Abang tahu?” Aishah bertanya lagi.
“Abang dah agak. Memang betul. Baru pagi tadi polis dah call Papa and confirm kan perkara ni. So, he’s in jail now. And you should not worry much, okay sayang.” Hariz berkata lembut. Aishah melepaskan satu keluhan.
“Shah bukan apa, Bang. Risaukan Papa. Takut Uncle Im berdendam dengan Papa. Banyak history antara dia orang.” Kata Aishah lagi. Benar-benar risauakan akan keadaan Papanya. Sejarah lama yang tidak mampu dikorek kembali.
“Boleh Abang tahu pasal apa?” tanya Hariz lagi.
“Panjang ceritanya. Nantilah. Ada masa nanti, Shah ceritakan.”
“Okay, sayang.”
“Okaylah, tak nak ganggu Abang kerja. See you tonight. Bye. Assalamualaikum.” Ujar Aishah lembut. Hariz tersenyum kecil walaupun Aishah tidak nampak akan perbuatannya itu.
“Waalaikumussalam.” Jawab Hariz pula. Dan, mereka sama-sama mematikan talian.
Pintu bilik pejabat Hariz diketuk. Arahan masuk diberikan. Terjengul wajah Syafiq yang tersenyum lebar. Almaklumlah. Bakal ayah masih dalam mood untuk berbulan madu bersama bakal ibu. Tidak lama lagi mereka akan menjadi berempat. Isteri Syafiq, Anyzah disahkan mengandung anak kembar. Jantinanya tidak dapat dipastikan lagi. Samada kembar perempuan atau lelaki.
Syafiq melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya dihadapan Hariz. Ditangannya sebuah fail yang berwarna hijau cair. Diserahkan fail tersebut kepada Hariz.
“So, apa perkembangan projek Kiara Alam Chalet and Resort tu?” Hariz bertanya. Dia memang ambil berat akan setiap projek yang dilakukannya.
“Just waiting for the interior designer to go there.” Ucap Syafiq ringkas.
“Anyzah?”
“Munasabahlah sikit. Wife aku tu tengah pregnant kot.” Ujar Syafiq. Hariz tergelak kecil.
“Sorry, lupa.” Hariz mengangkat sepuluh jari dan menyusun dihadapan lelaki itu.
“Hmm...so, aku rasa dah tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi kan? Just for the interior design.” Hariz menyelak fail dan membaca isi kandungan satu persatu.
“Kau okay?” tanya Syafiq. Hariz mengerutkan dahi. Dipanggung kepala memandang wajah hitam manis dihadapannya itu.
“Kenapa?” Hariz bertanya kembali.
“Pasal Hafiz pindah balik London.” Ujar Syafiq.
“Sedih. Tapi nak buat macam mana kan. He gets the better offer there. Jadi, aku relakanlah dia pergi balik sana.” Hariz berkata. Sedih masih bertamu dihatinya. Dia terlalu rindukan Hafiz. Gurauan bersama Hafiz masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya.
“Aku tahu Hafiz pun sama juga macam kau.” Syafiq berkata. Dia kenal sudah lama akan dua beradik itu. Hampir 10 tahun. Semasa mula-mula Hariz bertugas di syarikat Syed Mahfuz, mereka sama-sama terkejut. Tidak menyangka akan berjumpa semula selepas terpisah hampir 5 tahun lebih.
“Okaylah. Cukup-cukuplah bercakap pasal peribadi. Now, lets focus on work.” Hariz berkata. Syafiq mengangguk perlahan. Dan, mereka mula berbincang mengenai rekaan hiasan dalaman yang bersesuaian dengan projek yang baru sahaja disiapkan itu.



BERSAMBUNG.....


Wednesday, January 21, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 32

BAB 32

HARI perkahwinan Aishah dan Hariz tinggal seminggu sahaja lagi. Sudah seminggu Aishah tidak bertemu atau bercakap dengan Hariz. Ini semua atas permintaan Farehan dan juga Nurradiah. Mereka masih mengekalkan adat lama. Tidak mahu bakal pengantin berjumpa sebelum tibanya hari akad nikah. Tidak manis menurut mereka. Aishah dan Hariz hanya menurut kata-kata mereka berdua sahaja. Apalah guna melawan kata. Mereka terlebih dahulu makan garam dan merasai ada-ada perkahwinan ini semua. Aishah sedang mengubah serba sedikit hantarannya. Shah Fuzey sedang sibuk mengambil gambar hantaran dan juga pelamin akad nikah. Nina yang baru datang dari dapur menuju ke arah mereka semua dengan menatang dulang sejag air dan gelas. Diletakkan disisi Aishah. Dituang dan dihulurkan kepada mereka semua air jus oren tersebut. Nina hanya memerhatikan Aishah menyelesaikan kerjanya. Putri hendak datang menolong tetapi dihalang oleh Aishah. Tugasnya hanya memastikan baju pengantin sudah siap dan dijahit manik-manik yang diimport khas oleh Aishah dari luar negara. Nadira juga melabuhkan punggung disebelah Aishah sambil tangannya sibuk menolong apa-apa yang patut. Mereka semua dapat melepaskan nafas kelegaan apabila Aishah bersetuju untuk menerima pinangan Hariz. Tetapi mereka yang lain tahu bahawa Aishah sedang menangis di dalam hatinya. Cuma tidak diluahkan sahaja melalui mulut. Leka Nina memerhatikan wajah Aishah yang nampak berseri itu. Aishah yang terperasan mengalihkan pandangan ke arah Nina.
“Kenapa Kak Na?” tanya Aishah. Dia mengerutkan sedikit dahinya.
“Kenapa apa?” tanya Nina kembali.
“Yalah. Kenapa Kak Na tengok Adik macam tu?” Aishah bertanya. Nina segera menggeleng dan menolong apa-apa yang boleh dibuatnya. Nadira memandang Nina dan membuat isyarat untuk bertanya. Nina segera menggeleng dan tersenyum kecil. Nadira tahu apa yang bersarang di kepala kakaknya itu. Dan, Nadira pasti Aishah yakin dengan keputusannya itu.
Sofyan baru sahaja pulang dari menemui Hafiz. Nina segera menuju ke arah Sofyan terus melangkah naik menuju ke kamar mereka. Nina membuntuti Sofyan. Sebaik sahaja pintu kamar bilik mereka tertutup, Nina terus menerpa ke arah Sofyan.
“Apa yang Abang bincangkan dengan Hafiz tadi?” soal Nina yang benar-benar ingin tahu apa yang dibicarakan oleh dua orang sahabat itu.
“Kenapa sayang nak tahu?” tanya Sofyan kembali.
“Ya Allah, Bang. Mestilah Na nak tahu. Apa yang kau orang cakapkan.” Ujar Nina dan duduk di birai katil. Sofyan melangkah ke arah Nina dan melabuhkan punggungnya di sebelah isteri tersayang.
“Hafiz kata lepas je Adik dan Hariz kahwin, dia dah mintak transfer nak balik ke London.” Sofyan berkata perlahan. Nina begitu terkejut sampai ternganga mulutnya. Kenapalah selepas satu perkara terjadi satu perkara mula lagi terjadi? Nina meraup mukanya. Letih mendengar kisah cinta yang tidak kesampaian mereka ini. Entahlah. Mulai dari sekarang Nina sudah tidak mahu masuk campur dan mengambil tahu akan keadaan cinta mereka. Biar mereka yang menyelesaikannya sendiri. Pening…pening….Sofyan bangun dan melangkah ke arah pintu.
“Nak kemana pulak tu, Bang?” tanya Nina.
“Turun ke bawahlah. Kan banyak lagi benda yang nak ditolongnya. Kalau kita duduk memerap kat bilik ni, karang apa pulak kata yang lain.” Ujar Sofyan. Nina seperti tersedar yang keluarganya sedang sibuk dengan majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Dia bangun dan turut melangkah turun kebawah bersama-sama suaminya. Nina tertancap pandangan ke arah Aishah. Dia nampak begitu gembira sekali. Tidak perlulah dikhabarkan berita yang baru sahaja didengarinya. Aishah, Nadira dan Shah Fuzey begitu seronok sekali bergelak ketawa. Nina turut menyertai mereka dan bergelak bersama mereka.
Sejak jam 4 pagi, Aishah sudah bangun dan menunaikan solat Istikharah. Bersolat meminta petunjuk bahawa pilihan suaminya adalah yang terbaik dan dapat memberikan kebahagian kepadanya. Dan, selama 2 hari berturut-turut Aishah sudah mendapat petunjuknya. Dia bersyukur dan bersolat untuk menenangkan hati yang gundah gulana. Kenapa dia harus memikirkan hati dan perasaan Hafiz sedangkan lelaki itu langsung tidak memikirkan hati dan perasaannya? Usai solat Istikharah, Aishah melipat sejadah dan telekung. Disangkutnya ke penyidai. Dia membaringkan diri dan matanya ditala ke arah kipas yang berputar laju di siling. Kemudian, perlahan-lahan memejamkan mata. Biarlah bermimpi yang indah. Hanya mimpi yang indah boleh melupakan kenangan silam.
Aishah terjaga semula jam 6 pagi. Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan melangkah menuju ke bilik air. Dicapai tuala yang tersangkut di penyidai. Selesai membersihkan diri dan mengambil wuduk, Aishah mula menunaikan solat Subuh. Selepas bersolat, Aishah turun ke tingkat bawah. Dijenguk ke dapur. Nurradiah sedang sibuk menyediakan sarapan. Dipeluk pinggang Mamanya dari belakang. Nurradiah terkejut sehingga melatah. Aishah tergelak kecil.
“Ishhh….budak ni. Terkejut Mama tau.” Kata Nurradiah. Aishah meleraikan pelukan itu.
“Mama masak apa tu?” tanya Aishah sambil menjenguk ke dalam kuali yang sedang panas. Nurradiah menyenduk keluar lauk dari kuali tersebut. Nurradiah menghidangkan sarapan diatas meja. Aishah memasak air panas dengan menggunakan cerek air elektrik. Dimasukkan 4 sudu kecil serbuk kopi dan 5 sudu kecil gula ke dalam teko. Sesudah air panas masak, dituang ke dalam teko. Dibancuh air kopi dan diletakkan di atas meja. Diletakkan juga 7 cawan yang beraneka jenis dan warna. Dia menolong Mamanya menghidangkan makanan untuk sarapan. Nurradiah asyik memerhatikan gerak geri Aishah. Selepas dia berkahwin nanti, bila pula akan Aishah datang menolongnya menyediakan sarapan. Sudah tentu tidak ada masa. Selepas berkahwin, dia haruslah melayani suaminya pula. Entah-entah datang menjenguknya pun sebulan sekali. Tiba-tiba satu keluhan keluar dari mulut Nurradiah. Aishah yang sedang leka melakukan kerjanya memandang ke arah Nurradiah.
“Kenapa, Ma?” tanya Aishah menyebabkan lamunan Nurradiah terhenti. Dia tersentak dan segera memandang anak gadisnya itu. Kemudian, menggeleng perlahan.
“Tak ada apa-apalah. Adik dah siap hidang?” tanya Nurradiah kembali. Dilihatnya Aishah mengangguk perlahan. Dia tahu apa yang bersarang difikiran Nurradiah.
“Pergilah panggil yang lain turun makan.” Arah Nurradiah. Aishah segera melangkah ke pintu dapur dan sebelum dia keluar dari dapur, Aishah berpaling semula.
“Mama jangan risau. Adik akan selalu datang jenguk dan tolong Mama siapkan sarapan.” Ujar Aishah. Nurradiah tersentak. Kemudian, tersenyum.
“Hish….Adik dah kahwin nanti, kena sediakan sarapan untuk Hariz pulak.” Usik Nurradiah. Wajah Aishah memerah seperti dibakar bahang matahari. Dia terus melangkah keluar dari dapur untuk memanggil ahli keluarga yang lain turun makan. My only hope is to see you happy, doa hati Nurradiah.

SUDAH 2 hari berturut-turut Putri, Najwa dan Suhaila berkampung di Dewan Banquet MBSA bagi menghias dewan tersebut menjadi sebuah impian perkahwinan yang diidamkan oleh Aishah. Hiasan itu adalah hadiah kejutan buat Aishah dan Hariz. Langsung tidak diberi kebenaran untuk Aishah melihat apa-apa yang patut di majlis tersebut. Kata mereka, ini adalah hadiah buat Aishah kerana atas dasar tunjuk ajar selama ini. Ingin mereka buktikan kepada Aishah bahawa mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar tanpa pengawasan Aishah. Nina dan Nadira sekali-sekala datang menjenguk. Tetapi mereka tidak membenarkan Nina dan Nadira melaporkan apa-apa sekalipun kepada Aishah. Nanti tiada kejutan. Hanya dituruti sahaja kemahuan mereka.
Dirumah Aishah sedang menghias pelamin akad nikah dan untuk majlis berinai pada sebelah malamnya. Dia melepaskan nafas kelegaan setelah melihat pelamin sudah siap dihias. Saudara mara yang hadir mengagumi hasil kerja Aishah. Adik Syed Mahfuz, Sharifah Kirana turun dari Sarawak bersama suaminya, Hamzani. Adik Syed Mahfuz yang paling bongsu, Syed Izuan beserta isterinya, Sharifah Rianna, turut terbang dari Paris untuk melihat majlis perkahwinan anak Syed Mahfuz yang terakhir walaupun Aishah bukan yang bongsu. Sepupu-sepupu Aishah tidak melepaskan peluang untuk menolong apa-apa pertolongan yang diperlukan oleh Aishah.
“Lepas ni, Kak Kya pulak.” Usik Nadira. Tersipu-sipu Kyarana menahan malu.
“Apa pulak Kak Kya. Kirin dulu la.” Ujar Kyarana sambil menjuihkan mulut ke arah Kiriyna. Gadis itu turut menunduk malu.
“Tak la. Kay dulu.” Kiriyna mengusik adik mereka yang bongsu, Kayeisha.
“Eh, Kay kecik lagi la.” Kayeisha berkata. Yang lain hanya mentertawakan gelagat budak perempuan berusia 11 tahun itu. Sharifah Kirana sudah maklum akan perangai anak-anak perempuannya yang suka mengusik diantara satu sama lain. Malam itu, Syed Mahfuz dan Nurradiah memesan katering untuk menjamu sanak saudara.
Pagi esoknya seawal jam 6 pagi, Aishah sudah bangun untuk membersihkan diri dan bersolat Subuh. Putri sudah sampai dirumahnya tepat jam 8 pagi untuk menyolek dan mendandan Aishah. Dia bersiap sedia dihadapan meja solek. Shah Fuzey sibuk mengambil wajah Aishah sebelum bersolek. Putri membuka beg make-up nya dan memulakan tugas. Satu persatu dititipkan diwajah Aishah. Selesai siap bersolek, sekali lagi Shah Fuzey mengambil gambarnya. Untuk disimpan di dalam album, katanya. Kemudian, Shah Fuzey keluar dari kamar Aishah kerana gadis itu hendak menukar baju. Seketika kemudian, Shah Fuzey masuk semula untuk mengambil gambar. Tidak ketinggalan Kamal juga turut menjalankan tugas. Nina melihat jam ditangan. Hampir jam 11 pagi. Khairul masuk ke dalam kamar Aishah. Dia terpegun melihat keanggunan dan kecantikan adiknya itu sehingga mulutnya ternganga.
“Kenapa sampai macam tu sekali, Ong?” tanya Aishah. Kemudian, Khairul menggeleng.
“Okay, sekarang beritahu pada Ong aturcara majlis ni.” Ujar Khairul.
“Pukul 11, tunang dulu. Lepas Zuhur, akad nikah. Lepas Maghrib, majlis berinai.” Nadira pula yang berkata-kata.
“Ohh...ok. Sanding?” tanya Khairul lagi.
“Esok malam.” Jawab Aishah ringkas. Khairul mengangguk. Dia keluar dari kamar Aishah dan menuju ke tingkat bawah apabila salah seorang sepupunya, Rashidin memberitahu rombongan pengantin lelaki sudah tiba. Dada Aishah bertambah-tambah debarnya dengan pengumuman itu. Dia membetulkan duduk. Nadira membetulkan selendang yang menutupi separuh kepalanya. Dari kamar Aishah, boleh kedengaran suara riuh rendah. Nina dan Nadira berbisik sesama sendiri. Tertawa kecil melihat gelagat gelabah Aishah itu.
Seketika kemudian, seorang perempuan yang sudah berusia masuk ke dalam kamar Aishah. Tiba-tiba sahaja kamarnya dipenuhi orang yang tidak begitu dikenali. Selepas menyarungkan cincin, Aishah tunduk menyalami wanita tua itu. Nina dan Nadira turut bersalaman dengan wanita tua tersebut.
“Mana Umi Hariz?” tanya Nina pada wanita itu.
“Ada dibawah.” Jawapannya ringkas.
“Mak cik ni?” tanya Nina kembali. Wanita tersebut mendehem perlahan.
“Saya kakak kepada Abah Hariz. Dia orang panggil saya Mak Long.” Kata wanita tua yang dikenali sebagai Mak Long itu. Nina dan Nadira mengangguk serentak. Mak Long keluar dari kamar dan menuju ke bawah. Mereka membuntuti Mak Long sehingga ke bawah. Di dalam bilik, Aishah melepaskan nafas kelegaan. Selesai sudah satu majlis. Tinggal lagi 3 aturcara. Saudara mara, sahabat handai dan juga pekerja-pekerja butiknya mengerumuni Aishah untuk melihat cincin pertunangan milik gadis itu. Cincin belah rotan yang berwarna platinum. Masih diingat lagi Hariz apa yang diberitahu oleh Aishah kepadanya. Fikiran Aishah melayang-layang sebentar. Dia tersenyum sendirian.
“Kalau diberi pilihan, Shah nak cincin warna apa?” tanya Hariz tiba-tiba. Aishah terpinga-pinga dengan soalan itu. Dia terdiam seketika. Aishah memandang wajah Hariz yang tampak serius itu. Hariz mengalihkan pandangan ke arah Aishah.
“Ehh...Shah jangan salah faham. Riz cuma nak tahu.” Hariz berkata kemudian.
“Ermm...saya prefer warna platinum.” Kata Aishah.
“Kenapa tak suka gold?” tanya Hariz lagi.
“Tak naklah. Dah biasa tengok orang pakai warna gold. Lagipun saya suka warna platinum.” Ujar Aishah lagi. Hariz mengangguk perlahan. Dia kemudian tersenyum kecil. Aishha pelik. Dikerutkan sedikit dahinya.
“Kenapa Hariz beria-ia nak tahu?” Aishah bertanya. Pelik. Belum pernah ada orang bertanyakan warna kegemaran untuk cincinnya.
“Saja.” Hariz berkata seraya menjungkitkan bahu.
Tiba-tiba Aishah tersentak apabila bahunya ditepuk kuat. Dilihat Nina dan Nadira tersengih melihat Aishah. Matanya jatuh pada cincin yang bersinar ditangan. Dia sudah menjadi milik seseorang. Dan sebentar lagi, akan menjadi milik sah dan mutlak seseorang. Akan dijaga kesucian dan kemurnian cincin tersebut. Aishah melepaskan keluhan. Nina melabuhkan punggung disebelah Aishah. Nadira hanya berdiri sambil memeluk tiang katil.
“Apa yang difikirkan lagi, Adik?” tanya Nina apabila melihat wajah Aishah yang tadi ceria tiba-tiba bertukar sedih.
“Tak ada apa-apalah, Kak Na.” Ujar Aishah dan tersenyum kecil. Mengusir kerisauan dihati Nina.
“Usah difikirkan masa lalu. Hariz adalah sekarang. Hafiz adalah dulu.” Nina memberi kata semangat. Cuba membuatkan Aishah lupa akan kenangan lalu.
“Bahagiakanlah Abang Hariz, Kak. He deserves it.” Nadira pula berkata. Aishah tersenyum dan mengangguk perlahan. Dia sudah berjanji. Dan, janji itu akan ditepatinya.
Tepat jam 2.30 petang, pihak pengantin lelaki tiba di perkarangan rumah banglo milik Syed Mahfuz dan Nurradiah. Rombongan dijemput masuk oleh wakil pihak pengantin perempuan. Kadi juga tiba bersama pembantunya selang beberapa minit. Berjalan masuk menuju ke pintu rumah. Pembantunya mengendong fail dan beg bimbit yang diperlukan untuk menjalankan upacara akad nikah dengan sempurna. Hariz melabuhkan punggungnya diatas kusyen khas yang disediakan dihadapan kadi. Dada terasa sesak tiba-tiba. Menggelabah tidak tentu arah. Fareez turut datang ke majlis pernikahannya. Dia mengurut perlahan belakang Hariz. Dia faham dengan situasi Hariz sekarang. Aishah turun ke tingkat bawah. Diiringi oleh Diyana. Aishah melabuhkan punggungnya diatas pelamin yang disediakan. Semua mata tertumpu ke arah Aishah yang anggun berbaju kebaya moden berona putih dan bertatahkan berlian serta bertudung litup. Hariz hanya menundukkan wajah. Menekur pandangan ke lantai. Langsung tidak memandang Aishah. Seram sejuk jadinya. Selepas semua bersiap sedia, kadi tersebut mengalihkan badan ke arah Syed Mahfuz yang duduk menghadap kadi dan Hariz. Kadi bertanyakan kepada Syed Mahfuz samada Syed Mahfuz sendiri hendak mengakad atau diserahkan kuasa kepada kadi untuk menjalankan upacara akad. Lalu Syed Mahfuz sendiri bersetuju untuk mengakad Aishah kerana baginya ini adalah anak terakhir berkahwin dan dia sendiri ingin menjadi kadinya. Bertambah-tambah debaran dihati Hariz. Fareez tersenyum kecil melihat gelagat sahabatnya itu. Upacara akad dimulai.
“Aku nikahkan akan dikau dengan anakku, Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz dengan mas kahwinnya 80 ringgit, tunai.” Ucap Syed Mahfuz.
“Aku terima akan nikahnya, Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz dengan mas kahwinnya 80 ringgit, tunai.” Dengan sekali lafaz, Aishah sah menjadi milik Hariz semutlaknya. Berjurai air mata Aishah menuruni pipi. Diyana segera menghulurkan tisu kepada Aishah. Dilapnya air mata tersebut perlahan-lahan. Tidak mahu merosakkan solekan yang sedia cantik.
Hariz membaca aturan yang disediakan di dalam kertas dan wajib bagi semua pengantin untuk membaca aturan tersebut. Diikuti pula oleh Aishah. Selesai sudah majlis akad, Hariz bersolat sunat 2 rakaat. Kemudian, dia menuju ke arah Aishah yang hanya setia menunggu untuk menyarungkan cincin. Hariz duduk diatas lututnya dan menghadap Aishah. Hariz menarik perlahan jemari halus itu dan disarungkan cincin. Terbatallah sudah hubungan yang menghalang mereka bersentuhan. Sudah ada ikatan yang sah. Yang menghalalkan perkara yang haram selama ini. Kaku sebentar perbuatan mereka itu kerana kehendak jurugambar untuk mengambil foto buat kenangan. Kemudian, dicium dahi Aishah. Sekali lagi mereka kaku. Tapi ada yang sempat usik-mengusik membuatkan kedua pengantin tersipu-sipu malu. Memerah wajah mereka. Aishah tersenyum malu. Tiba-tiba pandangannya melekat pada satu wajah di belakang Hariz. Wajah itu yang seharus dilupai kerana dirinya sudah dimiliki. Aishah tunduk memandang lantai. Tidak sanggup lagi memandang wajah itu.
Jurugambar sibuk menyuruh mereka membuat aksi-aksi pengantin baru diatas pelamin. Aishah terasa segan apabila Hariz memeluk pinggangnya. Kemudian, pengantin baru sama-sama menuju ke luar untuk menjamu selera bersama tetamu. Riuh rendah banglo itu pada hari bersejarah yang menyaksikan anak Syed Mahfuz yang terakhir sekali berkahwin. Aishah memandang wajah Hariz disebelah. Berseri-seri wajah itu. Kemudian, Aishah beralih pandang kepada Syed Mahfuz dan Nurradiah yang sibuk melayan tetamu. Kegembiraan jelas terpancar diwajah-wajah tua itu. Begitu juga dengan Khairul, Nina dan Nadira. Tidak lupa kepada ipar-ipar duainya yang masing-masing sibuk mengawasi kelancaran majlis tersebut.

SEBAIK sahaja solat Maghrib selesai, mereka sudah bersedia untuk majlis berinai. Hariz sudah pulang kerumah keluarganya semula. Aishah dan Hariz akan berjumpa semula di majlis bersanding. Malam itu, sakan Aishah bergambar bermacam-macam pose. Kelipan lampu kamera tidak henti-henti mengelip. Berpinau sebentar matanya. Majlis itu hanya dihadiri oleh sanak saudara kaum wanita sahaja. Kaum lelaki tidak dibenarkan mengikuti majlis tersebut. Bertambah riuh dengan gelak ketawa kaum wanita. Sesekali bertemu pasti beginilah jadinya. Selesai sahaja majlis berinai, sanak saudaranya beransur pulang. Mereka akan terus ke dewan pada keesokkan malamnya. Walaupun hanya majlis berinai, sudah bertimbun hadiah yang diterima oleh Aishah. Nurradiah, Nina, Nadira dan Sabrina sibuk melihat Aishah merungkaikan kertas-kertas pembalut hadiah. Ingin juga mereka tahu apakah hadiah yang diterimanya. Ada yang diterimanya perkakas-perkakas dapur dan juga pinggan mangkuk.
Jam menunjukkan angka 11 malam. Nurradiah sudah lama naik tidur. Kepenatan seharian bertungkus-lumus. Aishah, Nina dan Nadira sibuk bersembang di tingkat bawah. Ada sahaja cerita yang ingin diceritakan. Selepas ini, pasti ini semua sudah tidak sama lagi. Aishah sudah tentu berpindah ke kediaman baru yang dihadiahi oleh bapa Hariz kepada pasangan pengantin baru. Segan untuk Aishah menerima hadiah tersebut. Dia tidak kisah tinggal dimanapun. Samada di rumah Syed Mahfuz ataupun di rumah Najmuddin. Tetapi hadiah itu adalah pemberian ikhlas oleh keluarga mentuanya. Mahu tidak mahu, Aishah menerima juga.
Gelak ketawa mereka menyebabkan Nurradiah tidak boleh tidur. Dia menjenguk ke bawah dari pintu kamarnya. Melihat 3 orang anak dara yang sudah dimiliki sedang bersembang sesama sendiri. Tidak mengapalah. Dibiarkan sahaja. Entah bila lagi mereka akan bersama-sama seperti ini. Nurradiah masuk semula ke dalam dan ditutup pintu kamar perlahan-lahan. Apabila jam loceng berdenting pukul 2 pagi, masing-masing beransur ke bilik. Yang lain tidur berteman. Hanya Aishah sahaja tidur keseorangan. Pada mulanya, ada yang menyuruh Hariz tidur sahaja dirumah Syed Mahfuz tetapi kehendak itu dihalang oleh Mak Long Hariz. Katanya, tidak berserilah wajah di malam persandingan nanti. Lebih baik dituruti pantang larang orang-orang tua dari membangkang.

BERSAMBUNG....




Friday, January 16, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 31

BAB 31

Tidak pernah terlintas di fikiran Aishah bahawa satu hari nanti dia yang akan mereka majlis dan baju pengantinnya sendiri. Tidak pernah disangka pada umur 30 tahun dia akan menamatkan zaman bujangnya. Sahabat-sahabat Aishah yang lain pada umur 25 sudah menjadi seorang ibu. Aishah tersenyum sendirian sambil melukis baju pengantin yang dibayangkan selama ini. Tangan kiri sedang asyik melukis manakala tangan kanan digunakan untuk menongkat dagu. Pintu kamar diketuk. Aishah tersentak. Segera disimpan kertas yang dilukisnya ke dalam laci sisi sebelah katil. Arahan masuk diberikan. Terjengul wajah Nadira yang tersengih. Aishah membalasnya. Tetapi kemudian dikerutkan sedikit dahi.
"Dira tak kerja ke hari ni?" tanya Aishah. Setahu dia, sesudah Subuh Nadira akan keluar ke pejabatnya. Kata Nadira, tidak mahu bersesak nanti dengan kenderaan yang semakin banyak apabila jam menginjak ke pukul 7 pagi.
"Nilah yang Dira nak cakap dengan Akak ni." ujar Nadira dan melabuhkan punggungnya ke atas katil menghadap Aishah. Tetapi kemudian Nadira diam membisu. Tidak berkata sepatah perkataan pun.
"Dira nak cakap apa? Cakap jelah." Aishah berkata dan membetulkan duduknya sedikit.
"Ermm...sebenarnya...." Nadira tidak jadi meneruskan ayatnya. Aishah sudah menjadi kurang sabar. Direnung wajah Nadira yang kurang ceria itu.
"Kenapa ni?" tanya Aishah lembut. Prihatin dengan keadaan adiknya itu.
"Akak nanti kalau ada apa-apa yang boleh Dira tolong Akak kat butik tu, Akak cakap je dengan Dira." kata Nadira. Semakin berkerut dahi Aishah.
"Habis kalau Dira tolong Akak kat butik, kerja Dira kat Astro tu macam mana?" Aishah bertanya lagi. Nadira memainkan jari jemarinya.
"Dira dah resign." ujar Nadira perlahan.
"What?! Why?" Aishah bertanya. Meninggi sedikit suaranya. Tidak percaya dengan kata-kata Nadira itu.
"Dira selalu balik mengadu kat Fuzey yang ada budak perempuan satu team dengan Dira selalu buli Dira. So, Fuzey suruh Dira berhenti je. Now, I'm unemployed." terang Nadira. Wajahnya sengaja diceriakan.
"Bagus jugak Fuzey suruh Dira berhenti. Lagipun dengan kerja Fuzey sekarang ni, dia mampu nak jaga makan minum Dira dan anak-anak dengan sempurna. Nak tambah lagi satu pun boleh." ujar Aishah sambil berseloroh. Nadira menjeling geram.
"Beranilah dia kalau pandai-pandai nak tambah kuota. Kalau dia teringin nak masuk headline paper, cubalah." Nadira berkata dan memeluk tubuh.
"Headline paper?" tanya Aishah, kurang faham.
"Yalah. 'Suami nak tambah satu lagi, isteri amuk'." barulah Aishah faham dengan kata-kata Nadira dan mereka sama-sama ketawa berdekah-dekah.
"Hmm...nanti Akak tengoklah. Kalau ada apa-apa yang boleh Dira tolong, Akak call Dira jelah." Aishah berkata sambil mengesat air matanya kerana terlalu banyak ketawa.
"Ermm...Dira ada satu soalan ni nak tanya Akak." tiba-tiba sahaja nada suara Nadira bertukar serius. Aishah tersenyum lembut.
"Apa yang serius sangat ni?" Aishah bertanya. Nadira seperti berfikir sesuatu. Nak tanya ke tak nak, fikir Nadira. Kalau tanya, takut tersinggung. Kalau tidak tanya, nanti sampai bila-bila pun tidak akan ada jawapan yang pasti.
"Kenapa Akak nak kahwin jugak dengan Abang Hariz?" tanya Nadira. Dia melepaskan keluhan perlahan. Lega dapat menanyakan soalan yang sudah bersarat di otaknya itu.
"Kenapa Dira tanya?" soalan berbalas soalan.
"Kak, Dira concern tentang Akak. Dira tak nak Akak terima Abang Hariz sebab Akak nak balas dendam kat Abang Hafiz. Jadi Akak nak kecewakan Abang Hafiz dan kahwin dengan Abang Hariz." Nadira membuat andaian sendiri. Aishah hanya tersenyum.
"Kak, Dira serius ni." ujar Nadira lagi.
"Akak pun serius nak kahwin dengan Abang Hariz." Aishah pula berkata.
"Akak cintakan Abang Hariz?" Nadira masih bertanya. Tidak putus asa. Aishah tidak memberikan sebarang respon. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
"Lebih dari Akak cintakan Abang Hafiz?" desak Nadira lagi.
"Dira, soal hati dan perasaan ni susah untuk Akak terangkan. Sometimes, tanpa kita luah dan terangkan pun, orang boleh agak tentang perasaan kita." ujar Aishah. Nadira mengangguk perlahan. Dia faham. Mungkin susah untuk Aishah terangkan soal hati dan perasaannya.
"Memang Akak tak boleh cintakan Abang Hariz sepertimana Akak cintakan Abang Hafiz. Tapi selagi kita tak mencuba, selagi tulah kita tak tahu kan?!" Aishah berkata, perlahan. Nadira kemudian tersenyum. Dia sudah mengerti akan perasaaan kakaknya itu.
"Kak Na pergi mana, Kak Adik? Dah lama Dira tak nampak." tanya Nadira. Sudah hampir sebulan tidak bertemu kakaknya yang seorang lagi.
"Macam mana Dira nak nampak. Dira pun dah tak tinggal sini. Kalau Dira duduk sini pun masa Fuzey pergi outstation, pagi-pagi lagi dah keluar pergi office. Tengah malam baru balik." Aishah berkata. Dia berjalan menuju ke balkoni dan melabuhkan punggung di kerusi balkoni tersebut. Nadira juga turut melakukan perkara yang sama.
"Yelah. Kalau Dira tak keluar awal, alamatnya pukul 10 lah baru Dira sampai." Nadira menyilakan kakinya ke atas kerusi.
"Kak Na kan dah jadi macam Dira. Suri rumahtangga sekarang ni. Jadi, mana je Abang Sof pergi, dia kenalah ikut." jelas Aishah. Dia menebarkan pandangan ke hadapan. Menghidu aroma angin yang bertiup.
"Ni Kak Na pergi mana pulak kali ni?"
"Zurich." jawab Aishah ringkas.
"Berapa lama?" tanya Nadira lagi bertubi-tubi.
"2 bulan atau 3 bulan, kot. Akak pun tak pasti." rambut Aishah berterbangan. Dikuakkan rambutnya itu kebelakang.
"Habis, Qayyum dan Aqeem ikut lah?"
"Tak." Nadira pelik dengan jawapan Aishah.
"Haa???"
"Seminggu rumah nenek sana, seminggu rumah tok sini." jelas Aishah lagi.
"Oho...pandai dia, ya. Dia pergi berjalan, dia susahkan nenek dan atuk budak-budak tu." ujar Nadira sedikit tidak berpuas hati.
"Memang mula-mula Kak Na nak bawak, tapi Mama dan Mummy Abang Sof tak bagi. Kata dia orang, tak payahlah. Tu yang Kak Na tak bawak." Aishah menjelaskan sebelum Nadira tersalah faham. Nadira mengangguk tanda mengerti. Mereka sama-sama diam membisu.


TARIKH perkahwinan Aishah dan Hariz makin hampir. Nurradiah dan Farehan sama-sama setuju tidak mahu membuat majlis pertunangan sebaliknya pada hari akad nikah, Aishah dan Hariz akan bertunang sekejap pada waktu pagi sahaja. Mereka tidak mahu Aishah dan Hariz bertunang lama-lama. Sudah lama mereka berkawan. Semakin hari semakin kuat resah hati Aishah. Dia yakin dengan keputusannya itu tetapi kenapa dadanya terasa berdebar?
Telefon bimbitnya menjerit kuat. Tersentak dan memandang ke arah telefon tersebut. Dilihat nama di skrin. Debaran dada semakin kuat. Dijawab panggilan itu.
"Hello?" jawab Aishah lemah.
"Fiz nak jumpa Aishah sekarang jugak." ujar Hafiz dengan nada suara yang tegang. Seperti satu arahan baru sahaja diberikan.
"Tak perlulah, Fiz. Tak elok kalau orang nampak kita bersama." tolak Aishah perlahan.
"Shah nak Fiz pergi butik Shah atau Shah jumpa Fiz kat luar?" Hafiz seolah-olah mengugut. Aishah tiada pilihan lain.
"Okay...okay. Kat mana?" Aishah bertanya. Malas mahu memanjangkan lagi bicara.
"Maju Junction." ujar Hafiz perlahan dan terus sahaja mematikan talian. Aishah termangu. Termenung sebentar. Apa yang hendak dikatakan kepada Hafiz nanti? Dia buntu. Dicuba buang bayangan Hafiz dan meneruskan kerjanya.
Tepat jam 11 pagi, Aishah keluar dari butik dan menuju ke kereta. Ditalakan kereta ke arah jalanraya. Fikirannya menerawang. Kereta dihadapan berhenti kerana jalan yang sesak. Aishah tidak begitu fokus dengan pemanduan. Tiba-tiba dia menekan brek secara mengejut. Sikit lagi keretanya akan berlanggar dengan kereta hadapan. Aishah mengucap di dalam hati. Dia terlalu banyak berfikir. Kedengaran bunyi hon bertalu-talu. Terus sahaja dia memberikan tumpuan kepada pemanduan. Kereta Aishah menyusur keluar dari jalanraya tersebut dan menuju ke arah Jalan Sultan Ismail. Keretanya melepasi bangunan Sime Darby dan UniAsia. Dia membelok ke arah kanan dan memarkirkan keretanya di tempat letak kereta di Maju Junction.
Hafiz sedang menunggu Aishah di Starbucks, Maju Junction. Aishah melangkah masuk ke dalam kedai itu. Dilihatnya Hafiz sabar menunggu kedatangan Aishah. Dilepaskan keluhan perlahan dan berjalan menuju Hafiz. Aishah berdehem kecil. Hafiz memanggung kepala melihat gadis dihadapannya itu.
"Duduklah." pelawa Hafiz. Aishah melabuhkan punggung dalam keterpaksaan.
"Apa hal yang penting sangat ni, Fiz?" tanya Aishah berterus-terang. Hafiz tidak terus menjawab sebaliknya dia mengalihkan pandangan ke luar.
"Fiz...." panggil Aishah, lembut.
"Fiz dengar Shah terima pinangan Hariz." ujar Hafiz perlahan dalam keadaan hingar-bingar dengan bunyi kereta yang lalu lalang dihadapan Maju Junction tersebut. Walaupun berkeadaan begitu, Aishah masih boleh mendengar dengan jelas kata-kata Hafiz itu.
"Jadi?" tanya Aishah kembali.
"Fiz nak tahu. Kenapa Shah terima Hariz?" Hafiz bertanya pula.
"Fiz...sekali saya dah buat keputusan, saya takkan berpatah balik dan menyesal. Saya takkan tarik balik kata-kata saya tu." ujar Aishah dengan tegas. Matanya mencerlang merenung wajah Hafiz yang masih tenang mendengar kata-kata Aishah itu.
"Aishah marahkan Fiz?" tanya Hafiz lagi.
"Kenapa saya nak marah Fiz pulak?" soalan berbalas soalan.
"Sebab Fiz bawak balik Lisa." jawab Hafiz sengaja menduga hati Aishah. Aishah tersentak.
"Jangan jadi bodohlah, Fiz." kata Aishah sinis. Dia menebarkan pandangan ke seluruh kedai.
"Tapi, Fiz masih sayangkan Shah." Hafiz berkata. Aishah memandang wajah Hafiz. Berdebar-debar hatinya. Masih berdebar seperti waktu pertama kali mereka bertembung mata.
"Sayang tak bermaksud cinta." Aishah meninggikan sedikit suaranya. Melawan bunyi bising kenderaan di luar. 2-3 pasangan yang berada di situ, melihat mereka berdua.
"Dan, kahwin tak bermaksud cinta." sambung Hafiz pula.
"Saya cintakan Hariz."
"Jangan tipu Fiz, Shah. Fiz tak suka penipu." kali ini Hafiz pula yang meninggikan suaranya. Aishah terdiam. Memang dia tipu. Tapi dia tipu kerana memikirkan Ellisa. Dia tidak sanggup melihat penderitaan seorang wanita. Kerna dia juga seorang wanita.
"Fiz takkan faham." Aishah berkata ringkas.
"Memang Fiz tak faham. Cuba Shah jelaskan pada Fiz." paksa Hafiz lagi.
"Tak guna jelaskan apa-apa pada Fiz." kata Aishah dan ditundukkan wajahnya. Mereka sama-sama diam membisu. Seketika kemudian, Hafiz berkata sesuatu.
"Karena wanita ingin dimengerti." ujar Hafiz perlahan.
"Huh??" Aishah mengangkat wajah memandang Hafiz.
"Tajuk lagu Ada Band, Karena wanita ingin dimengerti." Hafiz berkata. Mengingatkan Aishah pada lagu kegemarannya.
"Ohh..." Aishah berkata perlahan. Melepaskan dengusan. Masih Hafiz ingat lagu kesukaannya pada masa dahulu.
"Memang Fiz takkan faham. Sebab wanita ini ingin dimengerti." ujar Hafiz lagi. Aishah terdiam. Tidak mahu berkata apa-apa lagi.
"Fiz doakan Aishah dan Hariz bahagia." ucap Hafiz ikhlas seketika kemudian.
"Ini je sebab yang Fiz nak jumpa saya?" tanya Aishah. Hafiz mengangguk perlahan. Aishah mendengus geram. Dia mencapai tas tangannya dan berkira-kira untuk beredar. Tetapi kemudian terhenti sebentar apabila Hafiz berkata sesuatu.
"Bahagiakanlah Hariz. Dia lebih berhak bersama Shah." Hafiz berkata-kata dengan sebuah senyuman yang sukar dimengertikan.
"I will." ujar Aishah ringkas dan terus melangkah pergi.

BERSAMBUNG....

Tuesday, January 13, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 30

BAB 30

TERDUDUK Syed Mahfuz dikerusi apabila Hariz mengkhabarkan berita tidak baik itu. Syed Azahari dan Sharifah Norell segera menerpa ke arah abang mereka. Ditangannya masih tergenggam telefon bimbit. Kaku dikerusi. Mereka berdua takut melihat Syed Mahfuz begitu. Tidak bergerak. Syed Azahari menggoncangkan perlahan badan Syed Mahfuz. Tersedar dan memandang kedua adiknya.
“Staff Abang dari K.L baru je beritahu yang….” Ayat Syed Mahfuz tergantung. Mereka berdua masih sabar menanti butir bicara seterusnya.
“Adik kena pukul kat kepala.” Syed Mahfuz berkata perlahan.
“Apa?!!” ujar Sharifah Norell sedikit terjerit.
“Siapa yang lakukan perkara ni?” tanya Syed Azahari kepada abangnya itu. Syed Mahfuz tidak berkata apa-apa sebaliknya memandang wajah Syed Azahari.
“Imran!!!” Syed Azahari berkata perlahan dan diketapkan giginya. Dia menggenggam penumbuk. Kalaulah dia dapat lelaki itu, lunyai dikerjakannya. Sharifah Norell menangis teresak-esak. Tidak disangkakan sampai begitu sekali tindakan Imran.
“Sudahlah, Norell. Menangis pun tak guna. Benda dah jadik. Abang nak balik K.L malam ni jugak. Abang nak balik beritahu Kak Nur kamu.” Ujar Syed Mahfuz. Dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Mereka membuntuti Syed Mahfuz dan pulang ke rumah Sharifah Norell yang terletak di Laguna Merbok.
Sebaik sahaja Syed Mahfuz melangkah masuk, Nurradiah yang sedang asyik menonton televisyen mengalih pandang ke arah suaminya itu. Tercungap-cungap Syed Mahfuz menahan nafas.
“Abang, kenapa ni?” Nurradiah risau apabila wajah Syed Mahfuz berubah pucat.
“Tak ada apa-apa.” Ujar Syed Mahfuz. Menekan dada yang terasa sesak.
“Janganlah buat kerja tergopoh-gapah. Abang tu ada semput tau. Rehatlah. Esok sambung lagi buat kerja. Nur ambilkan ubat Abang, ya?” Nurradiah berkata. Dia berkira-kira untuk bangun tetapi tangannya segera disambar oleh Syed Mahfuz.
“Kita kena balik K.L malam ni jugak, Nur.”
“Kenapa? Ada masalah ke dengan syarikat Abang kat K.L tu?” tanya Nurradiah yang prihatin akan perjalanan syarikat Syed Mahfuz itu. Suaminya menggawang-gawangkan tangan. Menidakkan ayat yang baru sahaja ditutur oleh Nurradiah.
“Bukan.” Jawab Syed Mahfuz ringkas.
“Habis tu yang Abang tergesa-gesa nak balik K.L malam ni, kenapa?” Nurradiah bertanya. Kurang berpuas hati dengan jawapan Syed Mahfuz.
“Adik…Adik kena pukul.” Jawab Syed Mahfuz tersekat-sekat.
“Haaa?? Adik kena pukul dengan siapa?” masih selamba Nurradiah bertanya. Tiada reaksi diwajahnya.
“Imran!” Syed Azahari pula menjawab.
“Ohh…” tenang sahaja rekasi Nurradiah. Mereka yang berada disitu semakin pelik. Asmah tidak berkata apa-apa sebaliknya tersenyum.
“Tadi Hariz dah call Nur. And, he told me about Adik’s condition. She’s fine and she’s resting. Let her rest.” Ujar Nurradiah lembut. Sharifah Norell tidak dapat menahan sebak. Menangis sambil memegang jari jemari Nurradiah.
“Kak Nur, Norell mintak maaf banyak-banyak. Norell tak tahu sampai begini sekali Im sanggup buat pada keluarga kita.” Ucap Norell bersungguh-sungguh. Nurradiah menggeleng dan tersenyum.
“Bukan salah Norell. Ini semua kerja Im. Im yang lakukan benda ni. Kak Nur tak pernah terlintas nak salahkan Norell, ya. Adik pun tak salahkan Norell. Sebab kita semua tak sangka akan termakan dengan budi bicara Im yang lemah lembut tu.” Nurradiah berkata lembut. Sharifah Norell mengangguk perlahan.
“Dia bukan manusia. Dia syaitan bertopengkan manusia.” Bentak Syed Azahari geram. Mereka semua memandang ke arah lelaki itu.
“Hish…tak baik Zahar cakap macam tu. Apa-apa pun, Im tetap adik ipar kita.” Syed Mahfuz berkata lemah. Sesak dadanya semakin lega.
“Zahar tak ada adik ipar macam tu.” Syed Azahari menyambung kata-katanya.
“Zahar, tak baik cakap macam ni. Sedih Norell dengar.” Syed Mahfuz berkata lembut. Berharap hati adiknya menjadi sedikit sejuk.
“Tapi Abang nak balik K.L malam ni jugak.” Syed Mahfuz berkata dan mengalih pandang ke arah Nurradiah. Isterinya itu menggeleng.
“Dah malam dah ni, Bang. Esok pagi-pagi kita bertolak balik.” Ujar Nurradiah.
“Kak Nur dah maklumkan pada yang lain?” Asmah bertanya.
“Tak perlu maklumkan yang lain. Biarlah dia orang berseronok. Biar dia orang berehat sekali-sekala.” Nurradiah berkata lagi. Yang lain, hanya mengangguk tanda mengerti.
“Zahar dan Norell awasi perjalanan syarikat kita.” Arah Syed Mahfuz. Mereka mengangguk pantas menerima arahan daripada abang mereka. Syed Mahfuz akan cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan syarikat arwah bapanya yang diwarisi oleh Syed Mahfuz. Adik-beradik Syed Mahfuz masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Syed Azahari mempunyai syarikat perkapalan yang diwariskan oleh arwah datuk mereka kepadanya. Sharifah Kirana bekerjaya sebagai seorang pendidik di sebuah pendalaman di Sarawak dan juga turut berkahwin dengan penduduk tempatan di sana. Manakala Syed Izuan merantau ke Perancis dan membuka kedai minyak wangi serta bakeri roti dan kafe yang diusahakan bersama isterinya, Sharifah Arisya.
“Abang jangan risau. Zahar akan tolong Norell.” Kata Seyd Azahari.
“Thanks, Zahar. Abang rasa lega sangat.” Ucap Syed Mahfuz seikhlasnya. Syed Azahari mengangguk pantas dan menepuk peha abangnya itu.
“Abang rehatlah, ya. Soal syarikat biar Zahar dan Norell yang risaukan.” Syed Mahfuz mengangguk dan beredar menuju ke kamar tidur untuk merehatkan diri serta minda yang seharian sudah berperah otak untuk melaksanakan kerja-kerja yang terbengkalai. Ini semua dilakukan oleh Imran. Memang dasar lelaki tidak guna! Bentak Syed Azahari dalam hati. Tidak mahu terluah. Bimbang abangnya itu terdengar.


PERLAHAN-lahan Aishah membuka mata. Kemudian matanya mengecil semula kerana suluhan lampu dalam bilik wad itu. Dia memandang ke sekeliling. Terlihat wajah Hariz yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Aishah membalas senyuman itu, lemah. Aishah cuba untuk bangun tetapi segera dihalang oleh Hariz.
“Shah, berehatlah ya.” Ujar Hariz lembut. Aishah mengangguk perlahan dan memejamkan matanya semula. Hariz melihat wajah Aishah sekali imbas dan beredar keluar dari bilik wad itu. Semasa Hariz hendak keluar dari bilik wad itu, dia bertembung dengan Hafiz yang kebetulan sahaja baru sampai. Hafiz tidak jadi bergerak walau seinci pun. Dia berdiri kaku di sebelah Ellisa.
“Ehh…Along, Kak Lisa.” Hariz berkata. Hafiz diam membisu.
“Hariz, macam mana dengan Aishah?” tanya Ellisa. Dia pelik. Bukankah Hafiz yang tergesa-gesa mahu ke hospital untuk melihat keadaan gadis itu tetapi sebaliknya tidak berkata apa-apa pun.
“Dia okay. Dah sedar pun. Tapi masih berehat.” Ujar Hariz, hambar. Ellisa mengangguk perlahan.
“Hariz dah contact family dia?” Ellisa bertanya lagi.
“Dah, Kak.” Jawab Hariz ringkas.
“Jom, Fiz. Kita masuk tengok dia.” Ellisa berkata kuat. Menyedarkan Hafiz dari lamunan. Terangguk-angguk Hafiz menjawab.
“Along dengan Kak Lisa pergilah tengok Shah dulu. Riz nak pergi minum kejap.” Ujar Hariz. Kemudian, kakinya melangkah menuju ke kafeteria.
Sebaik sahaja Hafiz menjejakkan kaki ke dalam bilik itu, tergamam dia melihat keadaan Aishah yang terbaring lesu. Segera dia menuju ke arah Aishah. Digenggam jari jemari Aishah yang lemah itu. Tidak pernah dia terfikir akan melihat gadis itu berada di dalam hospital dalam keadaan sebegini. Setitik air mata Ellisa menitis. Kini, dia faham. Dia benar-benar mengerti. Tanpa perlu diberitahu. Dia mengerti akan kejadian yang berlaku dihadapannya itu. Ellisa beralih untuk keluar dari pintu bilik wad.
“Lisa, saya hantar awak balik. Dah malam ni. Nanti apa pula kata parents awak.” Ujar Hafiz tiba-tiba. Ellisa beralih semula ke arah Hafiz yang sudah sedia berdiri.
“Tak apalah, Fiz. Saya mintak June datang ambil saya kat sini.” Ujar Ellisa perlahan. Hafiz ingin berkata sesuatu tetapi segera dipintas oleh Ellisa.
“It’s okay, Fiz. Bye.” Ellisa berkata seraya melangkah keluar. Kali ini tiada lagi ucapan jumpa lagi atau see you tomorrow kerana Ellisa tidak pasti samada Hafiz akan berjumpa dengannya lagi. Hati Ellisa tidak kuat. Tidak kuat menerima hakikat. Dia berlari sekuat hati menuju ke pintu utama hospital. Menangis semahunya.
Hariz sudah kembali dari kafeteria. Dia mengetuk pintu bilik wad itu. Hafiz segera melepaskan pegangan jari jemari Aishah. Gadis itu sudah terjaga dari tidurnya. Terkebil-kebil memandang dua orang lelaki dihadapannya itu. Hariz tersenyum dan mendekati Aishah. Hafiz mengundur sedikit ke belakang memberi ruang kepada Hariz.
“Riz, Along balik dululah.” Kata Hafiz. Dia berdehem kecil.
“Yalah, Long.” Ucap Hariz.
“Riz tak nak balik lagi?” Hafiz bertanya.
“Kejap lagilah, Along.” Tukas Hariz. Hafiz mengangguk perlahan tanpa memandang wajah mereka berdua. Hafiz melangkah keluar. Aishah tidak lepas-lepas memerhatikan Hafiz walaupun hanya dari belakang sahaja. Baginya itu sudah cukup. Cukup untuk membuatkan Aishah melepaskan Hafiz dari hatinya. Hafiz, mengertilah kau bahawa cintaku untuk mu masih ada. Cuma telah kupadamkan api yang membara itu buat selamanya, desis perlahan hati Aishah.
Lama Hariz menemani Aishah. Hampir jam 12 malam, Hariz beredar. Aishah memejamkan mata. Mengelamun tentang saat manis antara dia dan Hafiz serta perbezaannya antara Hafiz dan Hariz. Dia sudah nekad akan memilih salah seorang daripada mereka. Dan, salah seorang lagi pasti akan terluka hatinya.


KEESOKKAN HARINYA, seawal jam 8 pagi Syed Mahfuz dan Nurradiah sudah siap berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Selepas menjamu sarapan yang disediakan oleh Asmah dan Sharifah Norell. Nurradiah bersalam-salaman dengan adik-adik ipar juga birasnya. Begitu dengan Syed Mahfuz.
“Kalau Ong dan yang lain-lain balik sini, baru beritahu mereka tentang keadaan Adik.” Ujar Syed Mahfuz. Adik-adik Syed Mahfuz mengangguk perlahan.
“Yalah, Abang. Bawak kereta tu elok-elok.” Ucap Syed Azahari pula. Mereka tersenyum dan melambai. Kemudian, beransur beredar.

Syed Mahfuz dan Nurradiah yang baru sahaja tiba segera masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Aishah. Dilihat anak gadis mereka dan Hariz sedang leka bersembang sehinggakan tidak menyedari kedatangan mereka berdua. Syed Mahfuz berdehem kecil. Hariz terus berdiri tegak seperti askar. Nurradiah menerpa ke arah gadis yang terbaring itu. Aishah tersenyum kecil melihat gelagat Hariz itu. Syed Mahfuz menepuk-nepuk bahu anak muda itu. Tersipu-sipu Hariz tersenyum.
“Adik….Adik tak apa-apa?” tanya Nurradiah. Ibu mana tidak bimbang apabila anaknya dicederakan. Tambah-tambah anak perempuan. Aishah menggeleng perlahan.
“Adik okay lah, Ma. Mama kata nak balik Rabu depan.” Ujar Aishah. Tidak selesa jika kerana dia, urusan kedua ibubapanya tertangguh.
“Papa pun dah tak ada apa-apa nak buat kat sana. Jadi, kami baliklah.” Nurradiah berkata sambil memandang Syed Mahfuz dan Hariz sekilas.
“Yang lain?” Aishah bertanya apabila tidak nampak satu pun wajah-wajah kesayangannya.
“Dia orang semua ke Langkawi.” Syed Mahfuz berkata pula. Aishah mengangguk perlahan. Dia membetulkan duduknya.
“Janganlah risaukan dia orang. Biar dia orang balik sini dulu baru beritahu.” Nurradiah menyambung. Yang lain, hanya mengangguk tanda setuju.


DUA hari Khairul dan Nina membebel kerana tidak diberitahu Aishah tercedera. Sudah dijangkakan oleh Aishah bahawa mereka pasti sangat marah jika ketahui hal yang sebenar. Tapi dia tidak mahu menganggu mereka berseronok. Biarlah mereka hendak membebel. Tadahkan telinga sahaja.
“Adik, Kak Na risau sangat tau bila Ngah Asmah beritahu perkara yang sebenar pada kami semua. Kami kalau boleh nak balik malam tu jugak, tapi Ngah Zahar tak bagi. Lain kali, kami nak kemana-mana sekalipun, Adik kena jugak ikut. Tinggalkan je kerja kat butik tu pada Putri. Dia kan dah tahu selok-belok pasal hal-hal kat butik tu.” Panjang lebar bebelan Nina kali ini. Ada harapan esok atau lusa, dia akan berhenti membebel.
“Yalah, Kak Na. Adik tahu. Masuk ni dah 15 kali Kak Na beritahu benda yang sama.” Seloroh Aishah. Nina tidak langsung rasa nak tergelak. Nadira sudah tersengih.
“Adik, I’m not kidding, okay.” Ujar Nina yang sudah panas hati.
“Okay. Adik tahu. Sekarang ni Adik nak ke butik, ya. Adik dah lambat nak jumpa customer.” Aishah bangun dari kerusi meja solek dan membetulkan baju yang sedikit kedut. Melihat wajah sekali imbas di cermin. Puas hati! Dia mencapai tas tangan.
“Tulah Adik. Kerja, kerja, kerja.” Bebel Nina lagi.
“Yalah. Kalau Adik tak kerja, duduk rumah nak buat apa. Lebih baik Adik pergi butik.” Aishah membalas sambil berjalan keluar dari kamar.
“Kahwin je.” Laung Nina dari kamar Aishah.
“Dengan siapa?” Aishah membalas.
“Hariz.” Ujar Nina. Aishah tersenyum lebar dan menggeleng. Kakinya pantas melangkah ke arah kereta yang diparkir di bawah garaj.


SESAMPAI sahaja Aishah dibutik, dia diserbu oleh pekerja-pekerjanya. Aishah pelik dan dikerutkan sedikit dahinya. Orang itu bertanya soalan, yang ini pun tidak kurangnya. Pening kepala Aishah menjawab satu persatu soalan bonus mereka itu. Setelah selesai sesi bersoal jawab, mereka kembali meneruskan kerja masing-masing. Aishah menuju ke mejanya. Ada sekuntum bunga lili yang mengharum baunya. Aishah ambil dan cium kewangian bunga tersebut. Putri yang ternampak perbuatan ketuanya itu segera menghampiri meja Aishah.
“Tu Abang Hariz bagi.” Ujar Putri tiba-tiba. Aishah yang terkejut dengan kata-kata Putri itu memandang gadis dihadapannya.
“Macam mana Putri tahu yang ini Abang Hariz bagi?” tanya Aishah sedikit hairan. Putri tersengih.
“Dah dia datang tadi.” Jawab Putri ringkas. Kemudian, dia beredar. Aishah masih tersenyum. Dia meletakkan kuntuman bunga itu ke dalam pasu yang terletak elok di tepi mejanya. Aishah terasa bahagia. Najwa yang melintasi mejanya, dipanggil.
“Wa, tolong pergi Cindai Biru. Ambil set aksesori baru dari Kak Ema. Set tu baru sampai semalam.” Arah Aishah. Najwa mengangguk dan segera melangkah keluar dari butik Aishah itu. Cindai Biru dan butik Aishah itu tidak jauh. Hanya beberapa kedai sahaja. Seketika kemudian, Kamal pula memasuki bilik pejabat Aishah.
“Dah selesai dengan Cik Ferda?” tanya Aishah. Kamal mendengus. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi menghadap ketuanya itu.
“Selesai apa bendanya. Kita punya shoot kena tangguh. Dia orang bagi laluan pada production tu shooting dulu. Sebab kata production tu nak selesaikan scene dia orang cepat-cepat. Kiranya kat UPM ni last scene lah.” Ujar Kamal sambil membentak geram. Aishah menggeleng. Kebetulan sahaja.
“Tak apalah, Kamal. Cik Ferda cakap apa?”
“Dia kata tak apa. Sebab dia punya majlis pun lambat lagi. So hujung bulan ni pun sempat lagi.” Kamal berkata sambil tangannya mencapai gula-gula yang ada diatas meja Aishah.
“Hmm…betul jugak cakap Cik Ferda tu.
“Tak apalah, Kak. Mal keluar buat kerja dulu.” Kamal berkata dan melangkah keluar dari ruangan bilik itu.


AISHAH pulang kerumah setelah selesai kerjanya di butik. Kini, dia boleh berehat sedikit. Tempahan pelanggan juga kurang kerana musim cuti sekolah baru sahaja habis. Putri baru sahaja pulang bersama tunangnya. Manakala Najwa masih meneruskan kerja-kerja yang harus diselesaikan. Kamal dan Suhaila sudah lama pulang.
“Wa, Akak balik dulu, ya. Kunci pintu.” Pesan Aishah berkali-kali.
“Yalah, Kak.” Ujar Najwa. Aishah melangkah keluar dari butik dan menuju ke keretanya. Dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan kawasan itu.
Sebaik sahaja Aishah tiba di rumah, Nurradiah sedang menunggu kepulangan anak gadisnya itu.
“Assalamualaikum.” Laung Aishah. Nurradiah menjawab perlahan.
“Ehh…Ma.” Ucap Aishah seraya tunduk menyalami Nurradiah yang duduk menghadap peti televisyen yang tidak terpasang. Diperhatikan lama seraut wajah Aishah.
“Dik…Adik duduk dulu. Mama ada benda sikit nak cakap dengan Adik.” Ujar Nurradiah lembut. Aishah melabuhkan punggung disebelah Mamanya.
“Mama harap Adik tak terkejut dengan apa yang Mama nak cakapkan ni.” Nurradiah berkata lagi. Aishah sudah gelisah diduduknya.
“Apa dia, Ma? Cakap jelah.” Ujar Aishah sudah tidak sabar.
“Family Hariz datang tadi.” Kata Nurradiah, perlahan. Aishah melepaskan keluhan. Sudah dapat diagak ayat seterusnya yang akan keluar dari mulut Nurradiah.
“Dia orang datang hantar rombongan meminang. Mereka nak risik Aishah.” Nurradiah memandang wajah Aishah yang sedikitpun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Nurradiah melepaskan satu keluhan kuat.
“Mama mintak tempoh 2 hari. Sebab Mama tak tahu apa keputusan Adik. Mama tak nak terburu-buru menerima Hariz jadi menantu Mama kalau anak Mama ni sendiri tidak dapat menerima Hariz dengan rela hati.” Ujar Nurradiah. Dia mengusap rambut Aishah yang ikal mayang. Aishah menundukkan wajah.
“Ma…terima sajalah lamaran mereka tu.” Aishah berkata perlahan dan bangun dari sofa yang didudukinya. Kemudian, dia beralih semula ke arah Nurradiah yang berkata sesuatu.
“Jangan kerana Hafiz, Adik terima Hariz. Tak ikhlas. Mama tak nak nanti rumahtangga kalian berantakan. Tak sempat sampai hujung. Mama tak nak. Mama tak nak Adik jadi macam Aunt Chelsea. Mama nak tengok kamu hidup bahagia sampai ke anak cucu. Sampai ke tua. Macam Mama dan Papa.” Panjang lebar syarahan Nurradiah berikan. Aishah tersenyum dan entah kenapa dia begitu yakin dengan pilihannya.
“Ma…Adik yakin. Adik takkan menyesal. Dan, Adik takkan sekali-kali berpatah balik dengan keputusan yang telah Adik buat ni. Mama percayalah pada Adik.” Kata Aishah dan berkira-kira untuk melangkah. Tetapi dia berpatah balik menghadap Mamanya yang melepaskan dengusan.
“Adik rasa, Adik dah mula cintakan Hariz.” Ucap Aishah ringkas dan terus sahaja beredar dari situ menuju ke kamarnya. Nurradiah memerhatikan bayangan Aishah hilang dari pandangan dengan ekor matanya. Kemudian, tersenyum lebar. Lega! Anak yang dahulunya terkapai-kapai di lautan dalam, kini telah berjumpa dengan penyelamatnya.

BERSAMBUNG.......

Monday, January 12, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 29

BAB 29

AISHAH tidak dapat mengikuti keluarganya ke Sungai Petani untuk melihat keadaan Sharifah Norell dan syarikat Syed Mahfuz di sana. Ada urusan yang belum diselesaikan. Tempahan pelanggan semakin banyak dan hari Sabtu itu juga Aishah harus pergi ke rumah keluarga Hariz untuk makan malam. Telefon bimbit Aishah berdering dan segera dicapai untuk menjawab. Tidak sanggup membiarkan telefon itu menjerit lebih lama. Dilihat nama pemanggil di skrin.
“Hello, Ma?” jawab Aishah.
“Adik. Adik kat mana ni?” tanya Nurradiah yang ambil berat akan keadaan anak perempuannya yang terpaksa dibiarkan keseorangan di rumah.
“Kat butik lah, Mama. Kenapa Mama tanya?” Aishah bertanya. Hari itu, ramai pelanggan yang berkunjung ke butiknya. Lebih ramai daripada hari lain.
“Laa…kenapa Adik ada kat butik? Bukan ke malam ni Adik ada dinner kat rumah Hariz?” tanya Nurradiah. Anaknya itu dari hari ke hari semakin kuat bekerja. Risau pula dia akan kesihatan Aishah. Takut jatuh sakit.
“Ya, Mama. Tapi Adik banyak kerja kat butik ni nak siapkan lagi.” Ujar Aishah. Ditelinganya dilekapkan telefon bimbit manakala tangannya sibuk menyelak fail dan mengira sebut harga yang dikehendaki oleh pelanggan.
“Adik ni. Cuba-cubalah bawak berehat sikit. Mama tengok Adik asyik busy je.” Nurradiah berkata. Dia melepaskan keluhan perlahan.
“Iya, Mama. Nanti Adik rehat, okay? Bila dah kurang sikit kerja ni.” Aishah berkata untuk meredakan perasaan Nurradiah yang bimbang.
“Mama dah sampai ke Sungai Petani?” tanya Aishah. Buat-buat bertanya supaya Mamanya lupa untuk membebel seketika.
“Dah. Kami semua baru balik dari makan tadi.” Nurradiah berkata pula.
“Ong dan yang lain-lain mana?”
“Semua turun ke Alor Star. Katanya, nak ke Pekan Rabu. Entah apa lah yang nak dibelinya dia orang tu. Mama tinggal dengan Ngah Asmah kat rumah Lang Norell ni. Papa, Ngah Zahar dan Lang Norell pergi office. Survey keadaan kat sana.” Jelas Nurradiah. Aishah terangguk-angguk walaupun Nurradiah tidak nampak akan perbuatannya itu.
“Haa, Ma. Sebelum Adik lupa, minggu depan Achik Kira dan Achik Zani nak turun K.L. Dia orang call Adik tadi.” Ujar Aishah. Tapi fikirannya tidak begitu fokus terhadap perbualannya dengan Nurradiah. Dia lebih tertumpu kepada kerja dihadapannya itu. Kamal yang baru sahaja masuk ke dalam bilik untuk berbincang sesuatu dengan Aishah, tidak jadi bercakap apabila terlihat ketuanya sedang bercakap di talian. Aishah mengangkat tangan. Kamal mengangguk perlahan.
“Ohh…kenapa dia orang nak turun K.L?” tanya Nurradiah lagi.
“Nak tengok pakej wedding untuk Kirin. Dan tengok kita sekali. Dah lama kan Achik Kira tak turun sini.” Aishah berkata sambil tangannya sibuk mengetuk kalkulator.
“Ohh…bila nak kahwinnya tak tahu lagi?”
“Entahlah, Ma. Achik Kira tak pulak beritahu. Oklah, Ma. Adik kena letak ni.” Aishah berkata untuk menamatkan perbualan mereka.
“Yalah. Rehat tau, dik. Maybe hari Rabu depan Mama dan Papa balik.” Nurradiah berkata pula.
“Yang lain?”
“Tak esok, lusa. Entahlah. Mama pun tak tahu macam mana perancangan dia orang. Ada yang kata nak ke Penang. Ada pulak tu nak ke Langkawi.” Aishah mengangguk perlahan mendengar kata-kata Mamanya.
“Oklah, Ma. Adik letak dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Nurradiah perlahan. Mereka sama-sama mematikan talian. Aishah melepaskan keluhan sebentar sebelum memulakan perbincangan bersama Kamal. Lelaki itu meletakkan sebuah fail dihadapannya.
“So, macam mana dengan rancangan kita nak shoot kat UPM tu?” tanya Aishah tanpa memandang wajah Kamal. Dia masih sibuk dengan fail dihadapannya.
“Pihak UPM dah beri persetujuan. Dia cuma nak tanya bila kita nak shoot. Sebab secara kebetulannya, ada production nak shooting jugak dalam minggu depan ni. Dia nak tarikh yang tepat. Supaya boleh cakap dengan pihak production tu.” Ujar Kamal. Aishah memanggung kepalanya.
“Hmm…setiap kali kita nak shoot, ada je production pun nak pergi shooting. Coincidence betul, kan?” Aishah memandang muka Kamal. Lelaki itu mengangguk perlahan sambil berfikir. Ada betul juga kata ketuanya itu.
“Tak apalah, Kamal. Nanti Akak suruh Ila confirm kan balik dengan Cik Ferda.” Ujar Aishah. Kembali tunduk menghadap fail-fail yang bertimbun. Kamal mengangguk dan tersenyum. Kemudian, dia pun beredar untuk melangsaikan kerja-kerjanya.


MALAM itu, Hariz datang menjemput Aishah dirumah. Aishah memakai baju kurung berwarna peach. Sesuai dengan kulitnya yang putih kemerahan. Hati Aishah tidak berdebar seperti hari pertama dia menjejakkan kakinya ke rumah banglo yang tersergam indah itu. Dia sudah tahu apa yang bakal menunggunya disana. Hafiz! Tetapi kenapa perasaan Aishah tetap tidak enak. Aishah menjadi semakin tidak selesa. Hariz di sebelah tidak bercakap walau sepatah pun dengan dia. Hariz memasang radio. Alunan lagu yang membuai perasaan berkumandang.


tertutup sudah pintu, pintu hatiku

yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu

kini kau pergi dari hidupku

ku harus relakanmu walau aku tak mau
berjuta warna pelangi di dalam hati

sejenak luluh bergeming menjauh pergi

tak ada lagi cahaya suci

semua nada beranjak, aku terdiam sepi


Aishah memandang keluar. Tidak sanggup mendengar bait-bait seterusnya dalam lagu itu. Kenapalah lagu-lagu kebanyakan yang didengarinya serupa seperti hidup yang dilalui. Dia menguak rambutnya ke belakang. Hariz mengetuk jari jemari di stereng kereta. Aishah memandang sekilas kepada lelaki disebelahnya itu. Handsome! Itulah perkataan pertama yang terdetik dibenaknya. Tapi dia tidak berdebar apabila terpandangkan wajah itu. Tidak seperti debarnya dia memandang Hafiz. Aishah merenung Hariz lama sehinggakan lelaki itu terperasan akan renungan Aishah.
“Kenapa, Shah?” tanya Hariz tiba-tiba.
“Kenapa apa?” Aishah bertanya kembali. Tidak faham dengan soalan Hariz.
“Kenapa Shah pandang Riz macam tu sekali.” Ujar Hariz sambil tersenyum. Aishah menjadi gelabah. Terus pandangan dialihkan keluar.
“Tak ada apa-apa. Saja.” Aishah berkata, gugup. Hariz tersenyum lebar. Fikiran Hariz menerawang semula kepada masalah kerja.
Baru sebentar tadi, orang yang dipertanggungjawabkan oleh Hariz untuk mencari Imran, berkata Imran sedang bersembunyi sekitar Kuala Lumpur. Perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Syed Mahfuz. Ketuanya itu juga turut berpesan agar tolong menjaga dan menjenguk keadaan Aishah sewaktu mereka semua berada di Sungai Petani. Berita itu langsung Hariz tidak khabarkan kepada Aishah. Khuatir Aishah menjadi takut apabila terpaksa tinggal bersendirian.


KERETA Hariz tiba diperkarangan rumah banglo yang terletak di Kota Damansara. Aishah turun dari kereta setelah Hariz membukakan pintu untuknya. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Di pintu rumah, Aishah disambut oleh Hanita dan Farehan yang tidak sabar menunggu kedatangannya. Aishah senang dengan layanan yang diberikan oleh mereka. Hariz tersenyum melihat kelakuan Umi dan adiknya. Najmuddin yang baru sahaja turun ke ruang tamu tersenyum ke arah Aishah. Segera dia tunduk menyalami lelaki tua itu. Hanita menarik Aishah dan mereka sama-sama melabuhkan punggung diatas sofa kulit yang tersedia di ruang tamu. Seronok Hariz tengok adiknya sekepala dengan pujaan hati dia. Sekali lagi dia tersenyum. Najmuddin menepuk bahu Hariz perlahan. Tersentak dengan tepukan itu, dia tersipu-sipu memandang Abahnya.
“Mana…” soalan Aishah tergantung. Tercari-cari bayangan wajah itu.
“Mana siapa?” tanya Hanita kembali.
“A..ab…abang…Hafiz.” kekok untuk Aishah memanggil Hafiz dengan panggilan abang. Tidak pernah terfikir pun untuk memanggil dia abang.
“Ohh…Along?” Hanita bertanya. Aishah mengangguk perlahan.
“Dia pergi ambil Kak Lisa.” Ujar Hanita lagi.
“Kak Lisa?” Aishah bertanya. Tetapi belum sempat Hanita menjawab, ada seseorang memberi salam di muka pintu. Terjengul wajah Hafiz. Kemudian, muncul pula seorang wanita disisinya. Tersenyum manis ke arah mereka sekeluarga. Farehan yang datang dari arah dapur segera memeluk wanita itu. Hanita juga turut berbuat demikian. Siapakah wanita itu? Benak Aishah diserbu seribu pertanyaan.
“Kak Lisa, kenalkan girlfriend Angah, Aishah.” Hanita memperkenalkan mereka berdua. Wanita itu tersenyum ke arahnya. Aishah membalas senyuman itu.
“Kak Shah, nilah tunang Along. Tak lama lagi dia orang nak kahwin.” Hanita berkata lagi. Aishah tersentak. Kahwin?! Aishah memandang Hafiz yang sibuk bersembang bersama Hariz dan Abahnya. Kemudian, dialihkan semula pandangannya ke arah Ellisa.
“Ohh ya ke? Tahniah.” Ucap Aishah lemah. Entah kenapa dia tidak ada perasaan ikhlas dalam hatinya.
“Aishah? Aishah Najyha?” tanya Ellisa dengan wajah yang ceria.
“Saya.” Jawab Aishah.
“Dah lama saya nak berjumpa dengan Aishah.” Kata Ellisa sambil tersenyum.
“Atas sebab apa, ya?” Aishah bertanya acuh tidak acuh.
“Saya nak mintak Aishah plan kan wedding saya dan Hafiz.” Ellisa berkata dengan nada lebih gembira.
“InsyaAllah. Kak Lisa datang jelah butik saya. Nanti saya tunjukkan pakej wedding yang ada di butik saya.” Aishah berkata hambar. Ellisa mengangguk pantas.
Ya Allah! Apakah semua ini dugaan buat hambaMu yang lemah ini? Adakah aku akan tabah mengharungi cabaranMu ini? Ataupun aku harus menyerah kalah tanpa mencuba untuk melakukan yang terbaik?Tetapi bila melihatkan kebaikan Ellisa, aku rasa aku tidak layak untuk bertanding dengannya. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku berperasaan sebegini. Aishah menangis di dalam hati.
Makan malam itu berjalan dengan lancar. Tetapi hati Aishah berperang dengan perasaan sendiri. Hafiz tidak banyak bercakap. Begitu juga dengan Hariz. Hanya Hanita dan Farehan sahaja yang kecoh bersembang. Entah apa yang difikirkan oleh Hariz. Sesekali mata Aishah bertembung dengan sepasang mata redup milik Hafiz. Hati Aishah jadi bergetar. Setelah selesai menjamu selera, Farehan menyediakan pencuci mulut. Hanita sudah menghilang ke biliknya. Kata dia, hendak melayari internet. Aishah dan Ellisa menuju ke taman yang indah, Pondok Usang Rehan yang terletak di dalam vila tersebut. Aishah berdiri menghadap kolam ikan. Ikan koi yang berenang kesana sini, mengocak air kolam dengan ekor. Sesekali dia menguak rambutnya ke belakang apabila dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Ellisa melabuhkan punggungnya di atas pangkin kayu yang disediakan taman itu.
Aishah mengalihkan pandangan ke arah Ellisa yang sedang termenung jauh. Sesekali terdengar keluhan dari bibir mungil itu. Aishah mengerutkan dahi.
“Kenapa, Kak Lisa?” tanya Aishah. Ellisa mengalihkan pandangan ke arah Aishah. Telus. Kosong. Dia menundukkan wajah. Aishah berjalan ke arah Ellisa dan duduk disebelah wanita itu.
“Tak ada apa-apa.” Ellisa cuba berselindung.
“Tak mungkinlah, Kak Lisa. Saya tahu ada yang menganggu fikiran Kak Lisa. Kalau Kak Lisa tak keberatan, ceritalah pada saya.” Pujuk Aishah lembut. Ellisa mengeluh perlahan dan memandang ke langit yang gelap.
“Entahlah, Shah. Kak Lisa rasa macam kadangkala Abang Hafiz tu tak ada perasaan nak kahwin dengan Kak Lisa pun.” Ujar Ellisa lemah. Aishah tersentak. Terdiam, bungkam.
“Kenapa Kak Lisa cakap macam tu? Mana Kak Lisa tahu, mungkin Abang Hafiz memang ikhlas menyayangi Kak Lisa.” Ujar Aishah, tergagap-gagap. Sedangkan dia sendiri tidak pasti akan perasaan Hafiz.
“Tak mungkin, Shah. Kak Lisa dapat rasa.” Ellisa tersenyum dan memandang Aishah disisi. Aishah terdiam lagi.
“Abang Hafiz ada orang yang dicintainya. Dan, Kak Lisa yakin itu adalah cinta pertama dan terakhir buat diri dia.” Ellisa berkata perlahan. Sekali lagi dia melepaskan keluhan perlahan.
“Kak Lisa jangan fikir yang bukan-bukanlah, ya.” Aishah cuba menenangkan hati Ellisa. Begitu juga dengan hatinya.
“Kak Lisa tak fikir yang bukan-bukan. Dan Kak Lisa yakin sangat, Shah.”
“Kak Lisa sayangkan Abang Hafiz?” tanya Aishah tanpa sedikitpun memandang wajah Ellisa yang bungkam. Ellisa memanggung dan memandang Aishah. Dia mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil.
“Lebih dari Kak Lisa sayangkan diri sendiri?” tanya Aishah lagi. Ellisa masih tetap sama, mengangguk.
“Dan, saya juga pasti Abang Hafiz akan menyayangi Kak Lisa sebagaimana Kak Lisa menyayangi dia.” Ujar Aishah dengan yakin. Ellisa termangu. Aishah nekad. Nekad dengan keputusan yang dibuatnya. Hafiz pergilah kau dari mimpi dan hatiku, desis Aishah perlahan.


HARIZ menghantar Aishah pulang setelah jam menginjak ke angka 10. Aishah harus pulang segera kerana seawal jam 8 pagi dia harus ke butik untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Aishah menyalami setiap ahli keluarga Hariz. Begitu juga dengan Ellisa. Sebaik sahaja tiba di depan rumah banglo milik Syed Mahfuz sekeluarga, Aishah melangkah turun dari kereta Hariz. Dia sempat mengucapkan selamat malam kepada gadis itu dan terus menderum pergi. Aishah melambai sambil tersenyum kecil. Dia melepaskan keluhan. Tegakah kau mendapat tahu kebenaran yang selama ini tersimpan rapi? Ucap Aishah dalam hati.
Aishah membuka pintu pagar kecil dan melangkah masuk ke halaman rumah. Suasana gelap menyelubungi kawasan banglo sedikit menyeramkan. Meremang bulu roma Aishah apabila terdengar salakan anjing yang semakin kuat. Segera dia melangkah masuk ke dalam rumah. Aishah mengerutkan dahinya. Kenapa lamu ditutup? Bukankah sebelum dia ke rumah Hariz tadi, sudah dibuka lampu-lampu dalam rumah? Begitu juga dengan pintu pagar. Aishah semakin pelik. Ditekan suis-suis lampu. Tetapi satu pun tidak menyala. Bertambah-tambah kerutan di dahi. Mengagau Aishah mencari tangga untuk ke tingkat atas. PAP! Terasa kepalanya dihentak sesuatu. Ada cecair mengalir turun dari kepala. Disentuh cecair tersebut. Kemudian, pandangan Aishah menjadi kelam. Dan semakin kelam. Terjelepuk dia jatuh di atas tanah.
Hariz memegang handbreak sambil menyanyi-nyanyi kecil. Tiba-tiba dia terpegang sesuatu. Diambil dan dilihatnya. Telefon bimbit Aishah. Hariz mengerutkan keningnya sedikit. Tidak pernah Aishah cuai sebegini.
“Hmm…tak apalah. Patah balik saja. Dah dekat pun dengan rumah dia.” Gumam Hariz sendirian.

Hariz memberhentikan keretanya dihadapan rumah Aishah. Hariz sedikit pelik. Kenapa rumah itu masih gelap? Sedangkan Aishah sudah lama pulang? Hariz berasa tidak sedap hati. Dia segera melangkah masuk ke halaman dan menuju ke pintu utama. Dipegang tombol. Tidak berkunci. Hariz meluru masuk. Dia terdengar orang membaling sesuatu ke atas lantai dan derapan kaki berlari. Cuba dikejarnya sehingga ke pintu belakang. Tetapi habis dilanggar perabot-perabot yang menghalang dia dari mengejar lembaga itu. Tetap tidak sempat dikejarnya. Lembaga itu berlari dengan pantas sekali. Hariz masuk semula ke dalam rumah.
“Shah….” Panggil Hafiz.
“Shah…” lagi sekali dicubanya.
“Aishah…” kali ini panggilan lebih kuat. Tetap tiada sahutan. Hati Hariz dilanda kerisauan. Dia segera mencari suis lampu. Ditekan-tekan tetap tidak menyala. Hariz baru teringat yang dia ada menyimpan lampu picit di dalam keretanya. Segera dia berlari keluar dan mengambil lampu picit tersebut. Hariz masuk semula ke dalam rumah dan disuluh sekeliling rumah. Mencari kotak suis elektrik. Dibuka kotak tersebut dan memetik semula suis elektrik. Lampu seluruh rumah menyala terang. Mata Hariz mengecil dengan suluhan lampu tersebut. Dia melihat sekeliling rumah yang sudah berantakan itu. Bersepah sana sini. Seperti baru lepas dirompak. Tiba-tiba mata Hariz tertancap pada satu tubuh yang terbaring lemah. Dia segera berlari ke arah Aishah. Dipangku badan gadis itu sambil memanggil-manggil nama Aishah. Tiada respon. Hariz segera menelefon ambulans. 15 minit kemudian, ambulans tiba di tempat kejadian.
Ellisa sedang bergelak ketawa mendengar jenaka Hafiz. Telefon bimbit Hafiz berbunyi. Mereka sama-sama tersentak. Hafiz menjawab panggilan itu. Tiba-tiba telefon bimbit yang dipegang terlepas dari genggaman. Brek kereta segera ditekan. Ellisa terdorong ke depan dengan perbuatan Hafiz itu. Lama Hafiz terkaku dikerusinya. Ellisa pelik. Dikerutkan sedikit dahinya. Memandang Hafiz disebelah.
“Kenapa ni, Fiz?” tanya Ellisa. Tiada reaksi atau jawapan.
“Fiz….” Panggil Ellisa.
“Fiz….” Ellisa memanggilnya sekali lagi. Hafiz tersentak.
“Ermm…saya hantar awak balik. Saya nak ke hospital ni.” Ujar Hafiz. Riak wajahnya jelas menunjukkan kerisauan yang amat sangat.
“Kenapa ni, Fiz?” tanya Ellisa sekali lagi. Tidak putus asa.
“Aishah…” ayat Hafiz tergantung.
“Kenapa dengan dia?” Ellisa bertanya. Turut terkejut dengan ayat yang dikeluarkan oleh Hafiz sebentar tadi.
“Dia kena pukul. Hariz percaya ini perbuatan pakciknya.” Ujar Hafiz lagi. Hatinya berdegup pantas.
“Saya ikut awak pergi tengok Aishah.” Ellisa berkata. Dia juga risau akan keadaan gadis itu. Baru sahaja sebentar tadi mereka bergelak ketawa dan bersembang soal hati. Hafiz mengangguk dan memusingkan stereng keretanya menuju ke arah lebuhraya untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Kereta Hafiz memecut laju. Secepat mungkin dia ingin melihat wajah gadis itu yang terlantar di hospital. Ellisa memandang Hafiz. Takut dia melihat gaya Hafiz memandu. Kini, dia mengerti sesuatu. Tetapi dipendamkannya dahulu. Biarlah masa akan membongkar rahsia ini.

BERSAMBUNG.....