BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 19, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 7

BAB 7

KENANGAN 12 tahun lalu mengusik jiwa. Tatkala teringatkan wajah yang sering bertandang di dalam tidurnya, dia akan menangis. Dia mengelap air mata yang masih menuruni pipi. Dipandang ke sekeliling. Inilah hasil kerjayanya dalam masa 5 tahun. Nama dia sebaris dengan pereka majlis perkahwinan terkenal di antarabangsa. Siapa yang tidak kenal dengan Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz. Seorang gadis yang berusaha untuk bertapak di dalam bidang yang tidak pernah dirancang untuk diceburi. Dia seperti bidan terjun. Lain yang dibelajarnya, lain pula yang pekerjaan yang dijadikan kerjaya. Seorang pereka majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan yang direka pasti eksklusif, bergaya, elegan dan macam-macam lagilah. Bukan sahaja perkahwinan di hotel tetapi juga perkahwinan di rumah. Dia akan menjadikan hari itu bersejarah buat kedua mempelai. Ramai juga pelanggan tetapnya bertanya kepada dia. Bilakah masa untuk dia mendirikan rumah tangga? Tidak teringinkah dia? Bukan tidak teringin. Cuma hati belum terbuka untuk mana-mana lelaki. Tiada lelaki yang inginkannya? Atau dia terlalu memilih? Memilih bukanlah perkara utama dalam hidupnya mencari pasangan. Tetapi ada sesuatu yang merantai hatinya dari terus menjadi pencari cinta yang sejati. Pembohonglah jika dia mengatakan bahawa tiada lelaki yang mahu menjadi pasangan hidup dia kini. Dia bukan lagi Aishah Najyha yang dahulu. Siapa yang tidak mahukan dia? Kini, dengan potongan badan yang menawan, wajah campuran dan ditambah pula dengan lesung pipit di kedua belah pipi yang akan terserlah apabila dia tersenyum. Pakej dengan kerjaya yang semakin hari semakin terkenal di kalangan selebriti dan personaliti. Ada sahaja selebriti yang mencari dia untuk mereka majlis perkahwinan mereka.
Orang yang dahulu membuat dirinya sebagai musuh, kini datang untuk meminta pertolongan. Aishah tidak menyangka bahawa Tengku Nora akan meminta dia menjadikan hari bersejarah ‘musuh ketatnya’ sebagai ingatan kepada sesiapa yang datang ke majlis perkahwinannya. Tengku Nora berkahwin dengan keturunan diraja juga. Mengikut Tengku Nora, ini adalah lelaki pilihan keluarga kerana datang dari darjat dan status yang sama. Kerabat diraja. Ahli keluarganya sudah ada pilihan pereka majlis perkahwinan untuk anak-anak diraja yang terkenal di kalangan saudara-maranya tetapi Tengku Nora sudah terlebih dahulu memilih Aishah sebagai pereka majlis perkahwinannya nanti. Aishah tidak mungkin menolak kerana itu adalah rezeki. Dan baginya, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.
Perkahwinan abang sulung Aishah, Khairul dan Sabrina adalah diatas sentuhan rekaan Aishah. Kata Ong, senang apabila adik sendiri yang menguruskan majlis mereka. Tidak perlu berfikir untuk membuat bayaran lumayan kepada pereka majlis perkahwinan luar. Walaupun adik Khairul sendiri yang merekanya, tetapi dia tetap tidak sambil lewa membuat bayaran. Bagi Khairul, bussiness is still bussiness. Kakaknya, Nina juga bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang tersayang, Sofyan. Perkahwinan itu juga atas sentuhan kreatif oleh Aishah. Katanya, dia ada kejutan yang bakal menanti kakak dan abang iparnya.
Dahulu, hanya Aishah yang membuat segala-gala kerja. Kini, dia sudah ada 3 orang pembantu yang menolong dan juga seorang jurugambar. Mereka bertiga dibahagikan tugas masing-masing. Putri yang menolong Aishah melakar baju pengantin perempuan dan lelaki. Kemudian lukisan tersebut akan dihantar terus kepada tukang jahit profesional yang diupah oleh Aishah. Seorang lagi, Najwa atau lebih dikenali sebagai Wawa akan menyediakan bahan-bahan keperluan untuk sesuatu majlis. Jika pelanggan itu berkehendakkan majlisnya bertemakan merah putih, kesemua barangan termasuklah pelamin, baju, kasut dan barang hantaran akan mengikut warna tema. Dan yang seorang lagi, Suhaila akan membantu jurugambar tersebut. Menyediakan studio, pakaian dan mekap yang bersesuaian untuk pengantin yang datang mengambil gambar mereka samada di studio ataupun outdoor.


TELEFON bimbitnya berdering kuat sehingga mematikan lamunan. Aishah meneliti nama di skrin tersebut. Diyana. Aishah menekan butang hijau dan segera menjawab panggilan tersebut.
“Hello, D.”
“Yelah. Jumpa esok. Tapi kau kena datang awal.”
“Biasalah. Kenduri Kak Nina minggu depan je. Banyak kerja aku kena uruskan.” Aishah mengetuk meja dengan pen. Sesekali digigit penutup pen tersebut.
“Kau jangan lewat.”
“Oklah. Bye.” Aishah mematikan talian. Salah seorang daripada pembantunya mendekati Aishah yang sedang asyik melakukan kerja.
“Macam ni ke, Kak Adik?” dihulurkan lukisan rekaan pakaian pengantin yang diminta oleh pelanggan tetap mereka, Datin Hawa. Anak Datin Hawa akan melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama dengan Nina. Pada minit terakhir, anak Datin Hawa hendak menukar rekaan pakaian pengantin. Nasib baik tukang jahit profesional yang diupah oleh Aishah ramai. Kalau tidak, mahu kelam kabut juga dibuatnya. Ada-ada sahaja karenah orang yang hendak mendirikan ‘masjid’ ini. Pernah sekali, salah seorang pelanggannya tidak mahu mengupah dia sebagai pereka majlis perkahwinan. Dia membatalkan tempahannya disaat akhir untuk alasan yang tidak diketahui oleh Aishah. Sedangkan barangan semua sudah siap ditempah. Dia kerugian beribu ringgit tetapi perkara itu tetap tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya di dalam bidang ini. Kerana dia tahu. Bukan setiap masa dia akan mengalami kesenangan. Ada masanya kesusahan itu akan datang mengetuk pintu rezekinya.
Aishah mengalter sedikit rekaan itu. Ditambah kain organza pada gaya kembang payung. Rekaan baju itu tidak akan menggunakan satin tetapi sebaliknya menggunakan korset berona hijau epal untuk bahagian dalamnya. Veil yang panjang hampir mencecah lantai itu dipendekkan sedikit. Tidak mahu pengantin tersadung apabila berjalan di atas karpet merah. Tentulah malu dihadapan tetamu kalau terjatuh. Baju pengantin lelaki tidak sesukar ini. Hanya bertuksedo hitam. Aishah menyerahkan kembali lukisan itu kepada pembantunya, Putri.
“Put, tolong panggilkan Kamal.” Perintah Aishah. Putri mengangguk seraya melangkah ke arah studio yang tertutup itu.
“Kak Adik panggil saya?” Kamal berdiri tercegat dihadapan Aishah. Kamal menarik kerusi dan duduk menghadap ketuanya itu.
“Macam mana dengan gambar anak menantu Cik Puan Nouna tu?” Aishah memang mengambil berat akan kerja-kerja yang dilakukan di kedainya. Dia tidak mahu satu kerja pun tertangguh.
“Ok, Kak. Tapi menantu Cik Puan tu hitam. Bila buat outdoor, susah nak cari lighting yang bagus. Pakai lighting, cerah sangat. Anak Cik Puan tu pulak putih. Bila terlebih, cahaya tu akan merembes. Gambar burn. Bila pakai cahaya matahari, macam tak kena pulak. Nasib baik saya tahu macam mana nak adjust. Gambar tak burn.” Terang Kamal satu persatu. Aishah ketawa kecil mendengar celoteh Kamal yang peramah itu. Jurugambarnya yang satu inilah selalu membuatkan dia tidak kering gusi.
“Kau ni ada-ada je. Kalau dengar dek Cik Puan tu, tak ke naya. Dahlah menantu kesayangan tu.” Ujar Aishah sambil membelek fail dihadapannya.
“Menantu dia tu kerja apa, Kak? Dengan saya, kerek semacam je. Naik meluat saya tengok. Asyik berkepit je dengan wife dia. Tahulah wife dia cantik. Bila pandang saya macam nak makan je, Kak. Takut saya dengan orang minyak tu.” Kamal membuat memek muka menyampah. Macamlah lawa sangat isterinya tu. Lawa lagi buah hati aku, omel Kamal dalam hati.
“Alaa…Esok bila kau kahwin pun, kau jadi macam tu jugak lah. Berkepit dengan wife. Kalau tak silap Akak, menantu Cik Puan tu lecturer. Nama dia Profesor Dr. Nizam Khir. Cik Puan pernah cerita kat Akak. Menantu dia tu lecturer kat U.M.” Aishah menyelak satu persatu kertas yang ada di dalam fail tersebut. Suhaila masuk ke dalam bilik pejabat Aishah.
“Kak Adik, macam mana dengan gaun pengantin untuk Kak D? Dia dah pilih ke untuk outdoor?” tanya Suhaila. Kamal sempat bermain mata dengan Suhaila. Gadis itu tersipu-sipu malu. Aishah hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Aishah berdehem kuat. Suhaila segera memandang Aishah. Kamal mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“Akak tak suka kau orang bercinta time-time macam ni.” Ujar Aishah tegas.
“Alaa, Kak. Kita orang kawan jelah. Salah ke?” Kamal membela diri. Suhaila menundukkan wajah.
“Bukan Akak tak bagi kau orang nak bercintan-cintun. Tapi, whatever it is. Work comes first. Okay?” kata Aishah apabila wajah mereka berubah.
“Yalah, Kak. Kami faham.” Kamal berkata kemudian. Mereka sama-sama mengangguk dan tersenyum.
“Esok Kak D datang untuk try gaun tu lah. Boleh tak Ila pergi ambil kasut yang sama colour dengan gaun tu kat Cindai Biru?” Aishah menulis sesuatu di atas kertas. Suhaila dan Kamal hanya memerhatikan gerak geri ketua mereka.
“Bagi ni kat Kak Ema. Kalau boleh Ila pergi ambil kasut tu hari ni. Kamal temankan Ila, ya?” Aishah menundukkan semula kepala. Menulis sesuatu. Semenjak kebelakangan ini, dia semakin sibuk. Sudah jarang hendak keluar meluangkan masa bersama kawan-kawannya. Mereka meminta diri untuk beredar. Aishah tersenyum sendirian. Sengaja dia memberikan peluang kepada mereka berdua. Dia tidak suka pekerjanya bercinta sewaktu bekerja. Kerja adalah kerja. Cinta adalah perkara kedua. Bukan utama bagi dia kerana mengikut pendirian Aishah yang selama ini dipegang ialah ‘love doesn’t pay the bill.’
Telefon pejabat berdering. Dia segera menjawab. Tidak mahu pemanggil menunggu dengan lebih lama. Dia berdehem perlahan.
“Hello?”
“Shah, aku ni.” Kata suara pemanggil.
“Hah! Zana. Apahal kau call aku ni?” tanya Aishah.
“Nak ajak kau lunch sama. Dah lama tak keluar dengan kau. Amy dan Aya pun ada jugak.” Zanariah bersuara ceria. Aishah bersetuju untuk keluar dengan mereka. Mereka mematikan talian telefon masing-masing. Teringat dia sewaktu zaman sekolah dahulu. Zanariah sudah banyak berubah. Bahasa Inggerisnya juga sudah ada kemajuan. Semenjak dia gagal dalam Percubaan SPM dalam matapelajaran Inggeris, dia sudah nekad untuk berusaha dengan lebih gigih supaya dapat lulus bahasa yang satu itu dengan cemerlang. Kini, dia sudah menjadi seorang peguam di salah sebuah firma peguam yang terkenal di ibukota. Amy pula sudah menjadi seorang pensyarah. Dia memang bercita-cita hendak menjadi seorang pendidik. Agaknya bagaimanalah dia mengajar pelajar-pelajarnya? Dengan otak yang ‘gila-gila’, pasti akan membuatkan kelas itu kecoh dengan kehadirannya sebagai seorang pensyarah. Dia menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala Soraya, seorang gadis yang lemah lembut. Tutur kata dan bicaranya sangat manis. Sesiapa sahaja yang terlihatkannya pasti jatuh cinta pada empunya diri. Siapa sangka dia akan menjadi seorang polis yang berpangkat Cif Inspektor. Satu-satunya wanita yang berpangkat tinggi di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Mereka semua terkejut dengan keputusan Soraya untuk menjadi seorang polis. Mereka semua bertaruh kecuali Aishah. Dia fikir tiada yang mustahil buat Soraya. Zanariah dan Amy yakin Soraya pasti tidak akan tahan dengan latihan di PULAPOL. Latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Mereka tidak yakin dengan ketabahannya. Tetapi nampaknya, Soraya sudah menunjukkan kepada mereka bahawa walaupun dia seorang yang mempunyai perwatakan lemah lembut, dia masih boleh melakukan aktiviti lasak seperti seorang lelaki. Aishah bangga dengan pencapaian rakan-rakannya yang sudah pun menjadi ‘manusia’. Kalau semasa zaman sekolah dahulu, siapa yang dapat menyangka bahawa mereka berempat akan menjadi manusia yang berguna buat keluarga, sahabat handai dan masyarakat. Ini kerana Zanariah dan Amy selalu sahaja buat onar disekolah. Manakala Aishah dan Soraya terkenal sebagai konco mereka berdua.
Zanariah bakal melangsungkan perkahwinan dengan buah hati. Kenyataan Zanariah agak mengejutkan mereka kerana dia adalah seorang yang kasar. Siapalah agaknya lelaki ‘malang’ yang menyukai diri perempuan yang bernama Zanariah Zakaria? Walaupun kasar tetap ada lembutnya. Soraya pula baru sahaja berkahwin pada 5 bulan lepas dengan salah seorang pegawai tinggi di bahagian Narkotik, Shukri, yang juga merupakan ketua kelas mereka di zaman sekolah dahulu manakala Amy dikurniakan dengan dua orang cahaya mata diatas hasil perkahwinannya dengan kekasih zaman sekolah, Daniel. Seorang putera dan seorang puteri. Hanya tinggal Aishah sahaja yang belum berkahwin. Macam mana hendak kahwin? Teman lelaki pun tiada. Tapi, Aishah percaya. Jodohnya ada dimana-mana sahaja. Putri mendekati Aishah yang sedang asyik berangan.
“Kak Adik…” Aishah masih tidak dengar akan panggilan Putri. Dia masih asyik berangan.
“Kak Adik…” panggil Putri kuat sedikit. Aishah tersedar dari lamunan dan memandang wajah Putri sambil mengerutkan dahi.
“Kak Adik berangan, ya?”
“Eh, tak adalah. Kenapa ni?” Aishah menudingkan jari ke arah kain lace yang dipegang oleh Putri. Baru Putri teringat sesuatu.
“Kain lace ni koyak lah, Kak.”
“Hah!!Apa??!!Macam mana boleh koyak?” Aishah meneliti lace yang berada di dalam tangan Putri. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Kain ni baru je kita orang bukak. Tengok-tengok dah koyak.”
“Hmm…Tak pelah. Nanti Akak call Kak Janna. Najwa mana?” tanya Aishah apabila menyedari salah seorang pembantunya tiada di situ.
“Najwa kan kena pergi Butik Kirana. Dia nak ambil contoh baju batik yang nak dijadikan baju pengantin.” Kata Putri. Aishah mengangguk. Putri berlalu dari situ. Aishah meneruskan semula kerjanya.


TENGAHARI itu Aishah berjumpa dengan kawan-kawannya di sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis hidangan ala carte. Aishah memilih tempat duduk di tengah-tengah restoran tersebut. Zanariah, Amy dan Soraya belum sampai lagi. Seorang pelayan mendekati meja Aishah.
“Boleh saya ambil pesanan, Cik?” tanya seorang pelayan dengan ramah serta senyuman yang senantiasa terukir di bibir.
“Bagi saya apple juice.”
“Makan?” tanya pelayan tersebut.
“Kejap lagi.” Pelayan itu mengangguk dan beredar dari situ. Amy menepuk bahu Aishah. Terkejut Aishah dengan sergahan itu dan terus sahaja melatah. Mereka bertiga tertawa kecil. Perangai mereka masih tidak berubah.
“Kau ni. Cuba-cubalah bagi salam sikit.” Ujar Aishah sambil mengurut dada. Dia amat terkejut dengan sergahan itu. Amy meminta maaf. Pelayan yang sama mendekati meja itu semula. Setelah mengambil pesanan, pelayan itu beredar.
“So, macam mana Zana? Dah ready nak jadik pengantin baru?” tanya Amy. Zanariah menjuihkan bibir. Tahulah dia sudah berpengalaman.
“Dah. Tapi takut sikit la. Aku tengok Nilam macam rileks je. Aku pulak yang takut. Takut dia tersasul banyak kali karang masa akad nikah tu nanti macam mana.” Luah Zanariah. Itulah yang amat ditakutinya.
“Alaa….kau rileks je. Jangan takut. Tok kadi tu tak makan orang punya.” Amy berkata dan tersenyum kecil.
“Masa Daniel dulu, berapa kali dia lafaz akad?” tanya Zanariah pula kepada Amy. Perempuan dihadapannya itu seperti berfikir sesuatu.
“Sekali je. Laki aku kan dah terer.” Puji Amy bangga.
“Elehhh…blah la kau. Nilam kirim salam kat kau, Shah.” Kata Zanariah kepada Aishah. Tidak mereka menyangka bahawa Ku Nilam bakal menjadi suami Zanariah. Kalau sewaktu zaman persekolahan dahulu, Ku Nilam lah musuh ketatnya. Manusia yang paling dibenci. Virus yang bisa membunuhnya. Tapi kini, bakal menjadi suaminya.
“Waalaikumussalam.” Jawab Aishah.
“Kau nak tahu, Shah. Kawan kita yang seorang ni bakal jadik ibu tak lama lagi.” Amy menyiku lengan Soraya. Soraya tersipu malu. Aishah terpinga-pinga tidak faham. Dia memandang mereka semua dengan kerutan di dahi.
“Kau pregnant, Aya?” tanya Aishah yang inginkan kepastian. Soraya mengangguk. Patutlah wajahnya nampak berseri-seri.
“Congrats! When is the due date?”
“Hujung tahun ni.” Mereka bersalaman. Lama Aishah menggenggam jari jemari Soraya. Dia turut berasa gembira untuk sahabatnya itu.
“Kau tu bila lagi?” tanya Amy kepada Aishah.
“Belum ada jodoh.” Jawab Aishah perlahan.
“Setiap kali tanya, tu je lah jawapan kau. Kau tak cuba mencari ke?” tanya Amy lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Aishah.
“Aku dah cuba. Tapi semua not up to my taste.” Kata Aishah dengan gaya berlagak. Sedangkan hati dia sangat bergelora.
“Banyaklah kau. Takkan kau masih tunggu si Hafiz lagi?” Soraya menyiku Amy kerana laju sahaja mulutnya bertanya. Zanariah mengetap bibir sambil membeliakkan mata ke arah Amy yang celupar itu. Aishah mengeluh perlahan.
“Hati aku ni tak terbuka pada mana-mana lelaki. Bukan aku tak cuba mencintai lelaki yang pernah aku kenali. Tetapi tak sama macam Hafiz. Hati ini tak boleh dipaksa mencintai seseorang yang kita tak suka.” Jelas Aishah. Barulah mereka faham kini. Bukan Aishah tidak mencuba tetapi tidak boleh dipaksa. Mereka tidak mahu berkata apa-apa lagi. Aishah sudah membuat keputusan untuk membiarkan kedua ibubapanya mencari jodoh untuk dia.
Mereka berempat menikmati hidangan tengahari mereka dengan berselera. Sudah lama tidak berjumpa. Macam-macam cerita yang keluar. Ketawa mereka berempat sahaja sudah cukup menggegarkan restoran itu.
“Macam mana dengan Daniel?” tanya Aishah. Amy tersenyum. Mereka semua memandang Amy.
“Alhamdulillah. Lepas operation hari tu, dia makin sembuh.” suami Amy yang menghidap penyakit jantung berlubang terpaksa membuat pembedahan. Ada manusia yang berhati mulia sanggup hendak mendermakan jantung kepada suaminya.
“Siapa organ donor tu?” tanya Soraya.
“Aku tak tahu.”
“Aii…Kau tak tahu siapa organ donor tu, tapi kau terima je jantung dia untuk Daniel.” Zanariah menggaru-garukan kepala. Pelik juga dia dengan jawapan Amy.
“Orang tu sakit brain tumor. Dah last stage pun. Dia pernah visit Daniel. 2-3 kali jugak lah. Aku ingat dia orang welfare. Sebab dari satu katil ke satu katil dia tanya pesakit tu apa penyakit dia orang. Lepas tu hampir 2 bulan dia tak datang buat ‘tour’. Tiba-tiba, ada orang nak donate jantung dia kat laki aku. Aku gembira sangat. But at the same time, aku kesian jugak kat orang yang donate tu. Lepas Daniel operation, aku terus terlupa nak tanya pasal orang yang selalu buat ‘tour’ tu. Satu hari tu, aku teringat pasal dia. Aku tanyalah ada nurse tu. Nurse tu kata orang tu dah meninggal. Dia donate jantung dia kat Daniel lah. Aku gila-gila tak sangka, beb! Aku macam nak menangis. Sebab dia baik sangat. Dia pun boleh tahan handsome.” Amy berkata-kata. Mereka semua mendengar dengan penuh minat. Soraya mengusap lengan Amy.
“Umur dia berapa?” tanya Aishah pula.
“Tak silap aku, nurse tu kata lingkungan 25 tahun.”
“Muda lagilah.” Kata Zanariah lagi. Amy mengangguk.
“Wei, kau orang. Aku kena balik ofis dulu. Ada kes aku nak selesaikan.” Kata Zanariah sambil melihat jam ditangan. Mereka berempat berebut hendak membayar makanan. Akhirnya, mereka bertiga mengalah pada Zanariah yang petah berkata-kata. Patutlah dia menjadi seorang peguam.
Amy menumpang Zanariah manakala Aishah dan Soraya membawa kereta masing-masing. Mereka menuju ke arah destinasi yang hendak ditujui.


BERSAMBUNG.....

1 tukang komen paling setia:

keSENGALan teserlah.. said...

eeii best2...
cpat2 smbung..
hihiihh...