BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 22, 2010

Haluuu......

Salam.......

Esok saya akan postkn gambar watak2 e-novel saya....hope you ollss boleh berikan sepatah dua kata. janganlah buat aksi yang sangat2 dramatik.sampai boleh patah tengkuk membacanya.....hahahh

Daaa.........

Tuesday, February 9, 2010

SEINDAH AL-HAMRA BAB 7

BAB 7

KERETA Dr. Hanita memasuki perkarangan kawasan rumah dan diletakkan di dalam garaj. Melangkah turun dari keretanya dan dibuka pintu belakang. Mengendong beg bimbit komputer riba dan buku-buku subjek yang diajarinya. Menutup semula pintu belakang keretanya dan berjalan ke pintu utama. Terjengul Laily di muka pintu. Tersenyum melihat Dr. Hanita. Mengambil buku-buku berat yang dikendong Mummynya itu dan beg bimbit komputer riba tersebut. Berpaling masuk ke dalam rumah semula. Dr. Hanita membuntuti anak perempuan sulungnya itu.
“Baru balik, Laily?” tanya Dr. Hanita. Hanya anggukan sahaja yang diterima Dr. Hanita.
Laily membawa barang-barang Dr. Hanita masuk ke bilik bacaan. Kemudian Laily kembali semula ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sebelah Dr. Hanita.
“Uzai mana?” tanya Dr. Hanita apabila tidak kelihatan bayangan anak lelakinya itu. Laily mencebik.
“Kemana lagi, Mummy kalau tak pergi melepak dengan kawan-kawan dia tu.” Ujar Laily. Dr. Hanita hanya menggeleng. Melepaskan keluhan perlahan.
“Awal Mummy balik hari ni.” Laily berkata sambil mencapai majalah Remaja yang berada di bawah meja kopi.
“Tak banyak kerja. Tu sebabnya Mummy balik awal. Daddy belum balik?” soal Dr. Hanita.
Laily hanya menggeleng. Diselak-selak majalah tersebut. Durrah menatang dulang. Diatasnya diletakkan dua biji gelas berisi air jus oren. Diletakkan dihadapan mereka berdua.
“Minumlah, Puan...Laily.” ujar Durrah sambil tersenyum.
Dr. Hanita dan Laily mengangguk serentak. Dr. Hanita mencapai gelas tersebut dan diteguk rakus air tersebut. Terasa lega apabila air sejuk menuruni tekaknya yang kedahagaan. Durrah berlalu semula ke dapur.
“Erm...sebelum Mummy lupa, keluarga Pak Long nak datang.” Sela Dr. Hanita. Laily meletakkan majalah yang dibacanya ke atas peha dan mengangkat muka memandang Dr. Hanita.
“Malam ni?” Laily bertanya pula. Dr. Hanita tersenyum kecil dan menggeleng.
“Malam esok.” Jawab Dr. Hanita ringkas. Mengangkat punggung dan ingin beredar dari situ. Menuju ke arah tangga.
“Datang dengan siapa?” laung Laily dari ruang tamu. Dr. Hanita beralih ke arah Laily yang sedang menongkat dagu di atas sofa.
“Dengan siapa lagi. Along, Syauqi, Ain dan Aida lah.” Dr. Hanita turut melaung dari tangga.
Laily tersengih dan membetulkan duduknya kembali. Hanya menyelak majalah tersebut tanpa dibaca. Fikiran Laily menerawang ke tempat lain. Tersenyum seorang diri.
Tepat jam 8 malam, penghuni rumah tersebut sudah berada di meja makan dan bersedia untuk menjamu selera. Hidangan yang disediakan oleh Safiah amat menyelerakan. Uzair sudah menceduk lauk ke dalam pinggannya. Dr. Hanita dan Dr. Faiz leka bersembang sesama sendiri. Manakala Laily hanya menguis nasi yang ada di dalam pinggan. Tiba-tiba terasa tidak berselera untuk makan. Masih tersenyum seorang diri. Dr. Hanita menyiku lengan Dr. Faiz dan menjuihkan mulutnya ke arah Laily. Kening Dr. Faiz bertaut.
“Kenapa dengan kamu ni, Laily? Dari tadi Mummy tengok asyik tersenyum seorang diri.” Dr. Hanita berkata. Laily mengangkat wajah dan memandang kedua ibubapanya. Uzair tersenyum sinis melihat gelagat Laily itu.
“Tak ada apa-apalah, Mummy. Laily...Laily....teringat pasal hal kat kolej tadi.” Laily berselindung perkara sebenar daripada pengetahuan Dr. Hanita. Mencerun sahaja pandangan Dr. Hanita ke arah Laily.
“Ala, Mummy...Kak Laily tu bukannya apa. Seronok sangat dengan Abang Upik nak datang esok.” Dengan selamba Uzair berkata sambil menyuap lagi nasi ke mulutnya. Mata Laily sudah menjegil. Geram melihat Uzair.
“Upik? Siapa Upik?” giliran Dr. Faiz pula bertanya. Laily menelan air liur.
“Tak ada siapalah, Daddy. Uzai ni suka merepek.” Cepat Laily meningkah. Uzair hanya mengukirkan senyuman.
“Hmm...esok malam pukul berapa Along dan Kak Syah nak datang?” tanya Dr. Faiz. Menolak cermin mata yang melurut turun dari hidung.
“Mungkin dalam pukul 8 malam.” Jawab Dr. Hanita. Kembali meneruskan jamu seleranya.
“Nanti minta Kak Piah masak sedap-sedap, ya. Adam suka udang goreng kunyit.” Sela Dr. Faiz.
“Hurm...yalah.” Dr. Hanita mengangguk perlahan.


DURRAH menolong Safiah menyediakan makan malam untuk tetamu yang akan datang ke rumah majikannya itu sebentar lagi. Laily datang menjenguk ke dapur untuk melihat hidangan yang disediakan oleh mereka berdua. Laily mengacau santan yang sudah dimasak untuk hidangan pencuci mulut. Kelihatan Durrah sedang memotong mangga sehingga menjadi dadu dan diletakkan di dalam satu bekas yang bersih. Dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian, Durrah membuka tudung periuk kukus untuk melihat pulut yang sedang dikukus. Masih belum masak pulut tersebut lalu ditutup semula tudung tersebut. Laily hanya memerhatikan kecekapan Durrah melakukan tugas-tugas memasak. Laily terasa yang Durrah lebih cekap daripadanya membuat kerja-kerja rumah.
“Cekap Dura buat kerja kan, Mak Piah?” Laily berkata setelah Durrah sibuk menyiapkan meja di ruang makan.
Safiah berpaling dan memandang Laily yang sedang duduk di meja makan yang ada di dalam dapur itu. Dia mengangguk perlahan.
“Hah, sebelum Mak Piah lupa. Keluarga Datuk nak datang pukul berapa?” soal Safiah kepada Laily. Dia melihat jam di tangan.
“Kejap lagi dalam pukul 8, Mak Piah. Kenapa Mak Piah tanya?” Laily bertanya kembali. Safiah hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
“Mak Piah nak tahu. Takut tak sempat nanti Mak Piah nak siapkan semua.” Ujar Safiah. Laily mengerutkan kening.
“Apa yang tak sempatnya Mak Piah? Semuanya Laily tengok dah siap.” Laily meningkah.
Safiah tersenyum kecil. Betul juga kata Laily, apa yang tidak sempatnya? Kesemua hidangan sudah siap dimasak. Cuma belum dihidangkan sahaja lagi. Pencuci mulut juga sudah siap. Safiah melurut dagu. Memikirkan jika dia tertinggal apa-apa masakan yang belum dimasak lagi. Durrah kembali semula ke dapur. Terlihat Safiah seperti orang sedang berfikir sesuatu.
“Kenapa, Mak Lang?” soal Durrah dengan senyuman di bibir.
“Mak Lang rasa macam Mak Lang lupa masak sesuatu.” Ujar Safiah. Durrah juga cuba untuk mengingati menu masakan pada makan malam nanti.
“Tapi, rasa-rasanya semua yang Dr. Hanita tulis kita dah buat, Mak Lang.” Durrah berkata lagi. Safiah mengangguk kepalanya tetapi dengan rasa kurang yakin.
Loceng berbunyi nyaring. Laily berlari keluar dari dapur dan menjenguk melalui jendela. Tersenyum dan segera menekan butang untuk membuka pintu pagar automatik. Kereta Datuk Hafiz dan kereta milik Syauqi menyusur masuk ke dalam perkarangan rumah Dr. Hanita. Natrah dan Aida menyerbu keluar dari kereta Syauqi. Meluru ke arah Laily dan memeluk erat sepupu mereka itu. Tergelak kecil yang lain melihat gelagat mereka bertiga itu. Sudah lama Natrah dan tidak bertemu dengan Laily. Bukan sahaja mereka seperti sepupu tetapi mereka lebih seperti adik beradik kandung. “Baru tak jumpa 4 bulan dah rindu?” usik Amar. Laily mengangkat wajahnya dan meregangkan pelukan pada Natrah. Tiba-tiba hati laily berdegup pantas.
“Eh, Abang Upik pun datang? Tak perasan pulak.” Ujar Laily. Amar memasukkan tangan kanannya ke dalam poket.
“Tak perasan? Tak mungkinlah.” Sindir Natrah. Laily tersengih malu. Amar juga turut tersenyum.
“Along...” Laily terus tunduk menyalami Adam yang baru sahaja melangkah keluar dari keretanya.
“Masuklah. Apa lagi yang tercegat kat luar ni?” sapa Dr. Hanita yang baru sahaja muncul di sebalik pintu utama. Dr. Hanita bersalaman dan berpelukan dengan Datin Aisyah. Kesemua tetamu melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.
“Kak Piah...” panggil Datin Aisyah. Safiah yang sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja mengalih pandang ke arah Datin Aisyah yang sedang tersenyum. Safiah turut bersalaman dengan wanita elegan itu.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong Kak Piah?” tanya Datin Aisyah. Safiah menggeleng dan menggawangkan tangnnya.
“Tak perlu, Datin. Kak Piah dah ada orang yang boleh tolong Kak Piah.” Ujar Safiah sambil tersenyum.
Durrah keluar dari dapur dengan membawa semangkuk besar berisi kuah spagetti. Tersenyum pada Datin Aisyah yang hanya memerhatikan gerak-geri Durrah menyiapkan kerjanya.
“Siapa tu, Kak Piah?” soal Datin Aisyah sebaik sahaja Safiah keluar semula ke ruang makan. Safiah memandang ke arah Durrah.
“Anak saudara Kak Piah, Durrah.” Jawab Safiah. Datin Aisyah mengangguk.
“Baru sampai ke? Saya tak pernah tengok pun sebelum ni.” Tutur Datin Aisyah lagi. Safiah mengangguk perlahan.
“Tak adalah baru. Dah hampir sebulan.” Safiah menjawab pertanyaan Datin Aisyah. Dr. Hanita menuju ke arah Datin Aisyah.
“Apa yang Kak Syah dan Kak Piah sembangkan ni?” Dr. Hanita bertanya.
Safiah meminta diri untuk ke dapur semula. Menolong Durrah menyediakan pinggan untuk para tetamu yang hadir. Datin Aisyah menggeleng perlahan.
“Tak ada apa-apalah.” Datin Aisyah dan Dr. Hanita berjalan beriringan menuju ke ruang tamu. Riuh mereka bersembang sesama sendiri.
Safiah menjenguk ke arah meja yang terhidang dengan makanan itu. Setelah berpuas hati, dia berjalan menuju ke ruang tamu. Menjemput para tetamu untuk menjamu selera.
“Silakan. Makanan dah disediakan.” Tutur Safiah lembut. Dr. Faiz memandang ke arah Safiah dan berkalih pula ke arah Datuk Hafiz.
“Jom.” Datuk Hafiz mengangguk dan berdiri. Kemudian, berjalan beriringan dengan Dr. Faiz menuju ke arah ruang makan. Keluarga Datuk Hafiz sibuk menjamu selera sambil bersembang.
Selesai mereka menjamu makanan yang terhidang, Durrah menolong Safiah mengemas meja dan bersedia untuk membawa keluar hidangan pencuci mulut.
“Thanks.” Ucap Adam sebaik sahaja Durrah meletakkan semangkuk pulut beserta mangga dihadapan Adam. Durrah membalas dengan senyuman. Kembali semula ke dapur.
Selesai mereka menghabiskan pencuci mulut, Durrah membawa mangkuk kotor tersebut ke dapur untuk mencucinya. Safiah berada di ruang tamu, menghidangkan kopi kepada para tetamu. Sambil itu leka bersembang bersama Datin Aisyah dan anak-anaknya yang sudah lama tidak berkunjung ke rumah Dr. Hanita itu. Tepat jam 11 malam, Datuk Hafiz meminta diri untuk pulang. Mereka sekeluarga bersalam-salaman. Natrah dan Laily berpelukan.
“Dengan Abang tak nak peluk jugak ke?” usik Amar. Mereka meregangkan pelukan. Wajah Laily merona merah.
“Tak malu.” Laily berkata perlahan. Amar tergelak kecil melihat wajah Laily.
“Abang memang tak malu pun.” Amar menyambung kata.
“Nanti Along kahwinkan kamu berdua, baru kamu tahu.” Adam yang berada di belakang Amar menepuk perlahan bahu adiknya itu.
“Okay jugak.” Amar melurut dagunya sambil melirik ke arah Laily yang pura-pura tergelak mendengarkan kata-kata Adam dan Amar itu.
“Merepek jelah Along ni.” Laily menumbuk perlahan bahu Adam.
Durrah tidak sedar akan kehadiran Uzair di dalam dapur tersebut sehingga Uzair berdehem kecil. Durrah mengalihkan kepalanya memandang Uzair yang tersenyum menggoda. Durrah melepaskan keluhan perlahan dan menyambung kerjanya semula.
“Dura tengah buat apa tu?” soal Uzair sambil meneliti setiap inci tubuh Durrah.
“Tengah cuci pinggan.” Jawab Durrah, malas. Masih meneruskan kerja-kerjanya.
Uzair melurut dagunya dan tersenyum sinis. Tiba-tiba sahaja Uzair memeluk Durrah dari belakang. Gadis itu terkejut dan segera hendak melepaskan diri daripada pautan Uzair itu.
“Apa ni, Uzai? Lepaskan saya.” Arah Durrah. Meronta dalam pelukan Uzair. Tetapi Uzair tidak mempedulikan permintaan Durrah itu sebaliknya semakin erat pelukan tersebut.
“Uzai...lepaskan saya.” Sekali lagi Durrah meminta.
“Uzai tak nak lepaskan Dura. Uzai sayangkan Dura.” Uzair berbisik di telinga Durrah. Geli Durrah dibuatnya. Durrah masih meronta. Uzair mencium pipi Durrah.
Sebaik sahaja Durrah terasa pelukan di pinggangnya semakin longgar, Durrah berpaling dan tanpa dapat dikawal, Durrah menampar pipi Uzair sehingga pelukan itu terlerai. Uzair memegang pipi yang terasa pijar.
“Tolong keluar.” Pinta Durrah. Mengetap gigi menahan geram. TIdak mahu meninggikan suara dan memalukan Uzair dihadapan ahli keluarganya.
Uzair mengecilkan sedikit matanya dan masih memegang pipi yang pedih. Dia mencebik. Lalu melangkah keluar dari dapur. Bertembung dengan Laily yang baru sahaja hendak menuju ke dapur. Laily memandang Uzair dari atas sehingga ke bawah.
“Apa yang kau buat kat dapur ni?” soal Laily seperti dapat menghidu apa yang sedang dilakukan oleh Uzair.
“Suka hati akulah.” Bentak Uzair sebelum beredar dari situ.
Laily memandang bayangan Uzair sehingga hilang dari pandangannya. Laily mencebik menyampah. Dia melangkah masuk ke dalam dapur. Kelihatan wajah Durrah pucat. Kalau toreh sekali pun wajah mulus itu, pasti tidak berdarah. Laily seperti berfikir sesuatu. Dia mendekati Durrah dan memegang lembut bahu gadis itu.
“Dura tak apa-apa?” soal Laily. Durrah tidak memberikan apa-apa reaksi. Hanya mendiamkan diri. Laily mengerutkan dahi.
“Dura...” panggilan Laily itu menyedarkan Durrah. Memanggung kepala memandang Laily yang melihatnya pelik.
“Saya tak apa-apa.” Jawab Durrah ringkas.
“Betul ke Dura tak apa-apa ni?” tanya Laily sekali lagi.
Durrah mengangguk perlahan. Mana mungkin dikhabarkan sikap Uzair kepada Laily. Pasti Laily tidak percaya akan kata-katanya. Laily menggigit bibir. Durrah kembali meneruskan kerjanya. Tapi hatinya berasa takut. Takut akan perkara sama yang akan berlaku lagi.

BERSAMBUNG.....