BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009

Dan Sebenarnya....32

BAB 32

PINTU lif berdenting dan Dizyan melangkah masuk. Wajahnya keletihan kerana terpaksa membuat temujanji bersama wakil dari syarikat produksi yang terbesar di Amerika Syarikat. Mereka berminat hendak membuat filem hasil kerjasama dengan RUFA Productions. Tetapi dengan tindakan Faizal ini akan menjatuhkan imej dan maruah penggiat filem dan drama tempatan. Geram sungguh Dizyan dengan Faizal. Nasib baik mereka sudi memberikan Faizal satu lagi peluang. Tetapi jika Faizal masih melepaskan peluang yang terakhir ini, kali terakhir mereka akan berurusan dengan RUFA Productions. Satu keluhan kuat dilepaskan. Sebaik sahaja pintu lif hendak tertutup, satu tangan gagah milik seorang lelaki menahan pintu itu dari tutup. Dizyan terjerit kecil. Pintu lif kembali terbuka. Syed Ezra melangkah masuk dengan sengihan.
“Ez terkejutkan Yan, ke?” tanya Syed Ezra. DIzyan mengurut dada.
“Ez, masuk ni dah kali ke-2 Ez buat macam ni tau. Lain kali jerit aje. Yan pasti dengar.” Dizyan berkata. Syed Ezra tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Sorry. Lain kali Ez tak buat lagi.” Syed Ezra mengangkat kesepuluh jarinya dihadapan Dizyan. Mereka sama-sama tergelak kecil.
“Yan buat apa kat sini seorang-seorang lagi? Dah 2-3 malam Ez tengok Yan jarang balik awal.” Ujar Syed Ezra sambil membetulkan tali beg galas komputer ribanya yang melurut ke bawah.
“Banyak kerjalah, Ez.” Dizyan berkata. Syed Ezra mengangguk perlahan. Lama mereka mendiamkan diri.
“Maaflah kalau pertanyaan Ez ni buat Yan tak selesa.” Ujar Syed Ezra. Dizyan mengangkat muka dan memandang wajah lelaki di sebelahnya itu.
“Apa dia?” tanya Dizyan kembali.
“Tadi....Ez ada dengar Yan bergaduh dengan girlfriend Faizal, betul ke?” serba salah Syed Ezra hendak bertanya.
“Betul. Tapi dah selesai pun.” Ujar Dizyan sambil tersenyum kecil. Mereka sembang sesama sendiri sehingga mereka sampai ke Basement.
“Thanks, Ez.” Ucap Dizyan. Syed Ezra mengerutkan dahi.
“Kenapa?” SYed Ezra bertanya. Dizyan tersenyum.
“Sebab Ez dah berjaya ceriakan hati Yan ni.” Ujar Dizyan sambil menepuk dadanya berkali-kali. Syed Ezra tersenyum dan mengangguk.
“You are most welcome.” Ucap Syed Ezra kembali. Dizyan memasukkan tas tangan ke dalam kereta. Dihidupkan enjin kereta.
“Ermmm, Yan.” Panggil Syed Ezra. Dizyan berpaling.
“Boleh Ez belanja Yan makan malam?” teragak-agak Syed Ezra hendak bertanya.
“Err....maafkan saya, Ez. Saya....saya....” Dizyan tidak tahu hendak menjawab apa.
“....ada hal.” Sambung Dizyan. Syed Ezra mengangguk perlahan.
“Okay. Maybe next time.”
“Maybe....” Dizyan tidak mahu memberikan apa-apa harapan kepada Syed Ezra.
Tiba-tiba ada satu suluhan lampu kereta disuluh ke arah mereka berdua. Syed Ezra mengangkat lengannya dan cuba mengenal pasti kereta tersebut. Dizyan mengecilkan mata. Sebuah kereta yang dikenali Dizyan mendekati mereka berdua. Pemandu tersebut keluar bersama penumpangnya. Faizal memandang tajam ke arah mereka. Ku Zhety menjeling Dizyan tetapi kemudian tersenyum pada Syed Ezra. Lelaki itu membalas senyuman Ku Zhety.
“Tak balik lagi, Ez?” tanya Faizal pada Syed Ezra.
“Nak baliklah ni.” Syed Ezra berkata. Faizal mengangguk perlahan. Dia beralih pula pada Dizyan.
“Kau pulak apasal tak balik lagi?” Faizal bertanya pula Dizyan. Tetapi kali ini lebih keras pertanyaannya itu.
“Saya dah nak baliklah ni, Encik Faizal.” Dizyan berkata selembut mungkin. Tetapi perasaan menyampahnya menular dalam hati, tiada siapa yang tahu. Ku Zhety memandang dan tersenyum sinis. Kemudian dia beralih pandang dan memandang Faizal.
“Sayang, you kata nak ambil barang. Cepatlah pergi.” Ujar Ku Zhety. Faizal mendengus. Memandang Syed Ezra dan Dizyan silih berganti.
“Sayang....” panggil Ku Zhety. Faizal masih tidak mendengar panggilan itu.
“Sayang!” Ku Zhety sedikit menekan nada suaranya. Faizal tersentak dan memandang wajah Ku Zhety yang putih dengan bedak itu.
“You kata nak pergi ambil barang. Pergilah!” Ku Zhety mengulangi ayatnya semula. Bernanah rasanya telinga Dizyan mendengar suara Ku Zhety yang sengaja dilunakkan.
“Aaaa....Errr.....Emmm....I baru teringat, barang tu I dah bawak balik.” Tujuan Faizal kembali ke pejabat adalah untuk memastikan Dizyan sudah pulang ke rumah. Tetapi ternampak pula kemesraan Syed Ezra bersama Dizyan. Cemburu? Mana mungkin. Dia tiada langsung perasaan terhadap Dizyan. Marah? Kenapa harus berasa marah? Apakah perasaan ini? Faizal berteka-teki di dalam hatinya.
“Apalah you ni. Cepat sangat pelupa. Jom, sayang. You kata nak pergi makan. I lapar sangat ni.” Rengek Ku Zhety. Dizyan memandang ke arah lain. Sakit hatinya melihat perangai Ku Zhety. Aku yang isterinya pun tak pernah merengek macam tu, desis hati Dizyan.
“Kalau macam tu, saya minta diri dulu.” Ujar Dizyan. Memandang tepat ke arah Faizal. Kemudian beralih pandang pula ke arah Syed Ezra. Tersenyum manis pada lelaki itu. Faizal rasa tidak puas hati. Kenapa Dizyan tidak pernah memberikan senyuman sebegitu kepadanya? Hanya kepada Syed Ezra. Lelaki yang langsung tiada hubungan dengannya. Hanyalah hubungan sebagai pekerja dan pegawai sahaja. Hati Faizal sekali lagi membara.
“See you tomorrow.” Syed Ezra berkata tanpa mempedulikan pandangan tajam daripada Faizal. Dizyan mengangguk perlahan dan masuk ke dalam perut kereta. Syed Ezra beralih ke arah Faizal.
“Aku balik dulu, Zal.” Ujar Syed Ezra meminta diri.
“Hmm....” itu sahaja jawapan daripada Faizal. Kemudian, Syed Ezra terus beredar dari situ. Dia juga tidak suka dengan sikap Ku Zhety yang mengada-ngada itu.
Bukannya Ku Zhety tidak pernah terserempak dengan dia semasa dia memulakan tugas sebagai GM (General Manager) di dalam RUFA Tower itu. Malahan dengan sengaja Ku Zhety buat-buat terjatuh dihadapannya. Beberapa kali Ku Zhety cuba bercakap dengan dia tetapi bagi Syed Ezra, bukan perempuan jenis itu yang menjadi pilihan hidupnya. Syed Ezra sudah biasa dengan sikap wanita yang gilakan wajah dan duitnya itu. Siapa yang tidak kenal dengan Syed Ezra? Anak pemilik syarikat perkapalan yang terbesar di Asia. Tetapi dia tidak mahu bekerja dengan ayahnya itu selagi dia belum mendapatkan sebarang pengalaman. Semasa pertama kali bertemu dengan Dizyan, gadis itu langsung tidak mahu melayannya. Seperti Dizyan tidak kenal akan latarbelakang lelaki bernama Syed Ezra bin Syed Akbar Al-Barakbah. Dia tertarik dengan sikap Dizyan yang sederhana. Dia juga dapat tahu daripada Fateen yang Dizyan adalah anak peguambela dan peguamcara terkenal, tetapi juga tidak mahu bekerja dengan Abahnya kerana tidak berminat menjadi peguam. Suka dengan sikap Dizyan yang ingin berdikari dan berdiri di atas kakinya sendiri. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Kereta Hummer H3 pemberian ayahnya semasa hari graduasi, ditekan alat penggera kereta. Berbunyi kuat. Bergema satu tingkat tempat letak kereta itu. Memasukkan beg bimbit dan kot dibahagian belakang kereta. Tetapi hatinya tertanya-tanya. Kenapa Faizal seperti tidak suka akan dia berhubungan dengan Dizyan? Kemudian dijungkitkan bahu. Entahlah. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menderum pergi meninggalkan bangunan RUFA Tower itu.


KERETA MyVi berwarna Tangerine Orange itu membelah jalanraya yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan walau waktu apa sekalipun. Dibawa perlahan sahaja. Tidak mahu memecut laju. Di dalam kereta, Dizyan sempat menyumpah Faizal. Geram apabila diperlakukan seperti anak-anak kecil. Tangannya menghentak-hentak stereng. Perasaan marah membara apabila dilihatnya Faizal menarik Ku Zhety. Volume radio dipasang kuat. Lagu Kantoi nyanyian Zee Avi berkumandang. Sekali-sekala Dizyan tergelak besar mendengarkan bait-bait lagunya. Kemudian, ditekup mulut. Takut pula dikatakan gila jika ada kereta yang berselisih dengan keretanya dan terlihat Dizyan tergelak seorang diri.
Setengah jam kemudian, Dizyan tiba dihadapan rumah banglo yang tersergam indah di salah sebuah kawasan perumahan di Kota Damansara. Keretanya diparkir dalam garaj. Dicapai tas tangan yang berada di tempat duduk penumpang. Perlahan-lahan melangkah menuju ke pintu utama. Diambil kunci yang jauh terbenam ke dalam tas tangannya. Dikuak pintu tersebut dan Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan kedua mertuanya sedang menonton televisyen bersama Fikhri dan Fathiq.
“Assalamualaikum.” Dizyan memberi salam. Kesemua mereka beralih pandang dan memandang ke arah Dizyan yang sedang tersenyum manis.
“Baru balik, Yan?” tanya Datin Rubaiyah. Dizyan mengangguk perlahan.
“Yan dah makan?” giliran Datuk Farid pula bertanya.
“Belum lagi, Pa.” Jawab Dizyan lembut. Datin Rubaiyah berdiri dan berjalan mendekati Dizyan.
“Yan pergi naik mandi. Lepas tu, turun makan. Bibik ada sediakan makan malam.” Ujar Datin Rubaiyah. Dizyan mengangguk dan terus mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Datin Rubaiyah berjalan semula ke arah suami dan anak-anaknya yang tidak lepas dari memandang isteri serta ibu mereka.
“Kak Yan memang selalu balik lambat macam ni ke?” tanya Fathiq, ingin tahu. Datin Rubaiyah melepaskan keluhan.
“Selalu jugaklah. Mama pun tak paham. Kenapalah Abang Faizal kamu tu bagi banyak sangat kerja kat Kak Yan.” Mata Datin Rubaiyah tertala semula ke peti televisyen yang terpasang. Fathiq hanya memandang tangga yang menuju ke bilik Faizal di tingkat atas. Kemudian, menggeleng perlahan.
Seketika kemudian, Dizyan turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi dan bersolat. Masuk ke dalam dapur dan bertembung dengan Sutinah.
“Bik....” sapa Dizyan. Sutinah tersenyum memandang gadis itu.
“Kamu udah makan?” tanya Sutinah. Sejak kebelakangan ini, Dizyan jarang sekali pulang awal. Dan setiap kali dia pulang, pasti terus masuk ke biliknya dan langsung tidak keluar. Dizyan menggeleng perlahan. Sutinah beralih dan mencapai pinggan dari atas para penyidai pinggan. Dihulurkan kepada Dizyan. Gadis itu menyambutnya dengan senyuman. Dizyan menceduk nasi dari dalam periuk nasi yang ada di dapur. Dia menuju ke ruang makan dan dibuka tudung saji. Tetapi sebelum itu sempat ke ruang tamu dahulu.
“Mama dan Papa dah makan?” tanya Dizyan lembut. Kedua orang tua itu mengalih pandang dan mengangguk perlahan.
“Yan pergilah makan. Nanti masuk angin pulak.” Ujar Datin Rubaiyah. Dizyan mengangguk perlahan. Tercari-cari juga wajah kedua adik iparnya itu. Tetapi tidak pula kelihatan. Dizyan terus menuju ke meja makan dan melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi. Baru sahaja hendak masuk suapan pertama, Dizyan disergah oleh kedua orang adik iparnya. Tidak jadi hendak meneruskan suapan. Memandang Fikhri dan Fathiq yang tersengih. Berkali-kali Dizyan memandang wajah mereka berdua silih berganti. Tidak nampak perbezaan. Dizyan mengerutkan dahi.
“Kak Yan mesti tak dapat bezakan kami, kan?” tanya Fathiq. Perlahan Dizyan mengangguk.
“Senang je. Fathiq ada lesung pipit, Fik tak ada.” Jawab Fikhri pula. Barulah Dizyan mengerti.
“Makan?” jemput Dizyan.
“Ehh....tak apa, tak apa. Kita orang dah makan dah tadi dengan Mama dan Papa.” Tolak Fathiq dengan baik. Dizyan mengangguk dan menyambung semula suapan yang terhenti itu. Kedua kembar itu menongkat dagu dan tidak lepas dari memandang Dizyan. Gadis itu berasa terganggu apabila dia dapat merasakan mereka berdua merenungnya. Dizyan mendongak dan memandang mereka berdua.
“Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka Kak Yan?” tanya Dizyan. Serentak dengan itu, mereka menggeleng. Dahi Dizyan berkerut.
“Fathiq cuma nak tanya.” Teragak-agak Fathiq berkata. Dizyan mengunyah perlahan.
“Apa dia?” bertambah-tambah kerutan di dahi Dizyan.
“Macam mana Kak Yan kenal dengan Abang?” terus-terang Fikhri bertanya. Fathiq mengangguk pantas. Fikhri seperti tahu sahaja apa yang bermain di fikiran Fathiq. Itulah dinamakan kembar seiras. Abang atau kakak dapat merasakan perasaan adiknya. Tergagau Dizyan mencari jawapan. Dia melepaskan keluhan perlahan.
“Kami memang tahu kenapa Kak Yan kahwin dengan Abang. Cuma kami nak tahu kenapa Kak Yan boleh ada kat rumah masa Abang pun ada.” Itu sahaja persoalan yang berlegar-legar di fikiran Fathiq selama berbulan setelah menerima perkhabaran bahawa Abangnya akan menikahi seorang perempuan yang mereka tidak kenal. Dan penyebab mereka berkahwin juga mengaibkan. Menggaru kepala Dizyan mencari jawapan.
“Ermm....” belum sempat Dizyan menjawab soalan Fikhri dan Fathiq itu, Datuk Farid muncul di meja makan. Dalam diam, Dizyan melepaskan keluhan lega.
“Papa nak bercakap sikit dengan Kak Yan.” Ujar Datuk Farid. Mereka berdua yang mengerti akan kata-kata itu segera beredar dari meja makan dan menuju ke arah Mama mereka di ruang tamu.
Datuk Farid melabuhkan punggung dan duduk menghadap Dizyan. Dia menolak pinggan makannya. Tidak jadi hendak meneruskan jamu selera. Datuk Farid membetulkan duduknya. Berdehem perlahan. Dizyan masih menunggu butir bicara dari Datuk Farid.
“Tanty ada beritahu Papa yang Zhety datang ke office tadi.” Pembukaan bicara Datuk Farid sahaja sudah cukup membuatkan Dizyan terkedu. Sekali lagi Datuk Farid berdehem.
“Tapi apa yang Papa dengar seterusnya dari mulut Tanty, buat Papa tak senang hati.” Datuk Farid mencerunkan pandangan ke arah Dizyan yang diam membisu dari tadi.
“Ermm... sebenarnya....” ayat Dizyan dipotong oleh Datuk Farid.
“Biar Papa habis cakap dulu.” Sedikit tegas Datuk Farid berkata tetapi masih terselit nada lembut. Dizyan terdiam. Sekali-sekala Datin Rubaiyah menjenguk ke arah ruang makan. Geram juga dia apabila mendengar cerita yang dikhabarkan oleh Datuk Farid tentang kejadian yang berlaku di pejabat mereka siang tadi.
“Papa minta maaf bagi pihak Faizal. Tak sepatutnya Faizal sebelahkan Zhety. Dia sepatut tahu yang mana satu isteri dan bekas kekasih.” Dizyan rasa tidak selesa apabila Datuk Farid yang terpaksa meminta maaf bagi pihak Faizal sedangkan Faizal yang bersalah dalam hal ini.
“Papa jangan minta maaf dengan Yan. Yan tak selesa. Lagipun Yan dah maafkan Faizal. Papa jangan risau. Perkara macam tu takkan berlaku lagi.” Janji Dizyan walaupun dia tidak tahu apa lagi yang Ku Zhety akan datang dan menggila di pejabat itu nanti.
“Papa tak suka Zhety datang berjumpa dengan Faizal. Sedangkan dia tak ada apa-apa urusan lagi dah dengan Faizal. Zhety ni pun satu hal.” Ujar Datuk Farid tidak berpuas hati. Dizyan hanya tersenyum. Si Faizal tu yang menggatal. Sikit-sikit telefon Zhety. Kata nak jumpalah, rindulah. Macam-macam lagi, muntah Dizyan tetapi hanya dalam hati sahaja. Tidak sampai hati pula hendak berkata di mulut.
“Kalau lepas ni Zhety datang buat kacau dengan office, beritahu saja pada Papa. Tahulah apa yang Papa nak buat.” Kata Datuk Farid.
“Insya-Allah, Pa.” Dizyan berkata. Tidak mahu Datuk Farid memanjangkan isu tersebut. Setakat ditampar, hanyalah perkara kecil. Kalau keluarga mentuanya tahu apa yang pernah berlaku terhadap diri dia, pasti mereka lagi tidak bisa menerima perkhabaran itu. Datuk Farid kembali ke ruang tamu.
Dizyan sudah tidak berselera untuk terus menjamu selera. Diambil pinggan tersebut dan dibawa ke dapur. Dibasuh dan disidai pinggan tersebut di para yang terletak di atas sinki. Sutinah sedang sibuk mengemas dapur yang berselerak.
“Bik, Yan naik dulu, ya.” Ujar Dizyan pada Sutinah. Wanita tua itu mengangguk perlahan. Dizyan berjalan melintasi ruang tamu.
“Ma, Pa...Yan naik dulu.” Sapa Dizyan. Datuk Farid dan Datin Rubaiyah mengalih pandang. Mengangguk dan tersenyum. Fikhri dan Fathiq juga turut beralih ke arah kakak ipar mereka.
“Akak naik dulu.” Ujar Dizyan pada kembar itu. Mereka juga turut mengangguk. Dizyan mendaki tangga menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Fathiq hanya memerhatikan bayangan Dizyan hilang disebalik pintu bilik yang tertutup itu. Dia menggeleng dan mendengus keras. Geram mendengar perbuatan yang dilakukan oleh abangnya terhadap Dizyan.
Jam 2 pagi, Faizal baru balik dari berkaraoke dengan Ku Zhety. Dizyan yang masih belum tidur, tidak dapat melelapkan mata. Diusap perlahan pipinya. Pipi yang pedih tidak dipedulikan tetapi hati yang sakit terasa seperti tiada ubatnya. Dizyan berdiri di balkoni. Angin malam berhembus dingin tetapi masih tidak dapat mendinginkan hati yang panas. Dizyan tidak perasan akan Faizal yang baru sahaja pulang. Faizal berjalan melintasi taman di halaman rumah. Terpandang Dizyan yang berada di balkoni. Perasaan bersalah menerjah di hati. Tidak sepatutnya dia menyebelahi Ku Zhety walaupun Faizal sedar Ku Zhety yang bersalah dalam hal ini. Satu keluhan dilepaskan. Faizal berjalan masuk ke dalam rumah. Penghuni rumah banglo itu sudah lama dibuai mimpi kecuali Dizyan. Perlahan-lahan Faizal mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Melintasi bilik kedua ibubapanya. Tiba-tiba pintu dibuka. Terkejut Faizal dibuatnya. Terjengul wajah Datuk Farid di sebalik pintu kayu itu. Terhenti langkah Faizal.
“Zal....” belum sempat Datuk Farid hendak berkata sesuatu, ayatnya sudah dipotong oleh Faizal.
“Pa, please. Not tonight. Zal penat sangat ni.” Faizal tahu apa yang ingin diceramahkan oleh Datuk Farid itu. Apa lagi kalau bukan tentang perihal kejadian siang tadi di pejabat. Datuk Farid mengangguk perlahan.
“Okay. I want to see you, first thing tomorrow morning in my office.” Faizal tahu arahan Datuk Farid tidak boleh dibuat acuh tidak acuh. Dia mengangguk. Pintu kayu itu tertutup semula. Perlahan kaki Faizal melangkah semula ke arah biliknya.
Pintu bilik dibuka perlahan. Menjenguk ke dalam. Dipandang ke arah sofa. Tiada kelibat disitu. Dipandang pula ke arah balkoni. Dizyan masih lagi berdiri disitu dengan tangan disilangkan ke dada. Faizal melangkah perlahan-lahan ke arah balkoni. Sesekali terdengar keluhan yang keluar dari mulut Dizyan. Faizal berdehem. Tersentak gadis itu dibuatnya. Dia masih tidak beralih ke arah Faizal.
“Aku....aku....” Faizal malu hendak meminta maaf. Terasa egonya lebur jika dia buat begitu. Dizyan masih menunggu Faizal menyambung bicaranya. Faizal tidak jadi meneruskan ayat, sebaliknya menggaru kepala yang tidak gatal. Dizyan melepaskan dengusan kasar. Dia masuk ke dalam dan melintasi Faizal. Langsung tidak dipedulikan lelaki itu.
“Aku....” Faizal lagi masih tidak tahu hendak berkata apa. Dizyan membaringkan diri di atas sofa dan membelakangkan Faizal yang sudah mendekati tempat tidur Dizyan itu.
“Dahlah. Awak pergilah mandi. Saya tak apa-apa. Kalau awak nampak saya berdiri depan awak ni, masih bernafas, masih hidup, maknanya saya okay.” Sindir Dizyan tanpa sedikitpun memandang ke arah Faizal. Terkedu Faizal. Tidak tahu hendak membalas apa-apa. Marahkah Dizyan padanya? Sakitkah hati Dizyan kerana dia melebihkan Ku Zhety berbandingnya? Faizal mengeluh perlahan. Dicapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dizyan menyelubungi kepalanya dengan selimut. Sebal apabila tidak mendengar sepatah kata maaf pun dari Faizal.

BERSAMBUNG.....

Saturday, August 22, 2009

Dan Sebenarnya....31

BAB 31

DATUK Farid berjalan semula ke arah meja makan dan melabuhkan punggung di kepala meja. Kedua wanita tersebut memandangnya. Datuk Farid mencapai kuih karipap sardin yang masih panas. Disuap ke mulut perlahan-lahan. Datin Rubaiyah memandang suaminya tidak berkelip sehingga Datuk Farid berasa tidak selesa. Dizyan meletakkan sudu apabila sudah selesai menjamu selera.
“Kenapa Fikhri call Abang?” tanya Datin Rubaiyah tidak sabar. Datuk Farid meletakkan karipap tersebut ke atas pinggan yang ada dihadapannya.
“Minggu depan kolej dia orang semester break. 2 bulan. So, cadangnya nak balik sinilah. Dah selalu dia orang bila cuti je pergi tour Europe. Kali ni, dia orang nak balik jumpa kakak ipar dia orang ni, hah.” Ujar Datuk Farid sambil melirik pandang ke arah Dizyan. Gadis itu mengangkat wajah memandang bapa mertua yang sedang tersenyum. Dizyan turut tersenyum.
“Bagus jugak dia orang balik sini. Kalau dia orang tak balik, ada je aktiviti kat sana. Pergi bercuti dengan kawan-kawanlah, kerja sambilan lah. Kalau dia orang balik ke sini, boleh jugak saya melepas rindu.” Ujar Datin Rubaiyah. Dizyan memandang wajah ibu mentuanya itu. Menurut Sutinah, Fikhri lebih rapat dengan Datin Rubaiyah berbanding Faizal dan Fathiq.
“Kan saya ada.” Usik Datuk Farid. Menjeling tajam wanita anggun itu kepada suaminya.
“Saya nak tengok anak-anak. Abang ni hari-hari dah saya tengok.” Datin Rubaiyah mengenakan suaminya kembali.
“Kalau macam tu, saya pun carilah seorang lagi nak buat melepas rindu jugak.” Datuk Farid sengaja mengapi-apikan Datin Rubaiyah.
“Abang dah ada calon ke? Kalau ada, saya pergi pinangkan.” Sinis sekali Datin Rubaiyah berkata. Datuk Farid menyengih.
“Saya main-main jelah. Awaklah cinta pertama dan terakhir saya.” Ujar Datuk Farid. Isterinya mencubit peha Datuk Farid, perlahan. Dizyan tergelak kecil melihat kemesraan kedua mentuanya. Alangkah bahagia jika dia dan Faizal juga begitu. Ini tidak. Setiap kali hujung minggu, batang hidung Faizal pasti tidak nampak. Bayangnya juga lesap.
“Si Faizal pulak asyik tak lekat kat rumah je. Kalau Fikhri ada, mesti dia asyik berkepit je dengan saya.” Ujar Datin Rubaiyah sambil menyuap lagi seketul karipap ke mulutnya.
“Hah, speaking of the devil, balik pun. Panjang umur.” Datuk Farid pula berkata apabila terdengar deruman enjin kereta Faizal memasuki garaj. Sebaik sahaja Faizal melangkah masuk ke dalam rumah, dia diserbu oleh Datin Rubaiyah.
“Adik-adik kamu nak balik.” Ujar Datin Rubaiyah ringkas. Faizal yang terkejut itu, kelihatan terpinga-pinga.
“Bila?”
“Minggu depan. Mama tak sabar nak jumpa dia orang.” Datin Rubaiyah berkata, teruja. Faizal mencebik. Kemudian, mengangguk perlahan. Dizyan hanya melihat reaksi Faizal dari jauh. Pelik melihat wajah Faizal yang seperti tidak gembira. Kemudian, Faizal meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Dizyan juga turut meminta diri untuk naik ke tingkat atas.




KAPAL terbang Boeing-777 200ER yang membawa 255 penumpang, mendarat di landasan Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Fikhri dan Fathiq menuju ke tempat mengambil bagasi setelah selesai urusan bersama pihak kastam. Datin Rubaiyah melambai ke arah dua anak lelaki kembarnya. Mereka membalas lambaian Mama mereka dan terus meluru memeluk Datin Rubaiyah. Tidak malu berkelakuan seperti anak-anak kecil walaupun mereka sudah besar panjang. Kemudian, tunduk pula menyalami Datuk Farid yang tersenyum lebar. Diusap kepala anak-anaknya.
“Mama rindu sangat dengan Fik dan Fathiq.” Ujar Datin Rubaiyah. Dilap airmata yang menitis setitik. Mereka berdua memeluk bahu Datin Rubaiyah.
“Alaa…Ma. Baru…..”ayat Fikhri tergantung kerana dia seperti mengira sesuatu dengan jarinya.
“…..nak masuk 3 bulan lebih tak jumpa kita orang. Dah rindu?” ujar Fikhri apabila cuba mengingati kali terakhir Datuk Farid dan Datin Rubaiyah melawat mereka di Switzerland.
“Mama dengan Papa memanglah pergi melawat kamu 3 minggu. Tapi seminggu yang pertama tu kan, kamu pergi bercuti dengan kawan-kawan. 2 minggu je kami dapat spend time dengan kamu orang.” Datuk Farid pula berkata. Kedua-dua mereka tersengih.
“Mama datang berdua je dengan Papa?” tanya Fathiq. Dilihatnya Datin Rubaiyah mengangguk. Mereka berempat menuju ke kereta Datuk Farid yang diparkir di aras 3, bangunan lapangan terbang tersebut. Dimasukkan bagasi-bagasi pakaian milik Fikhri dan Fathiq.
“Bibik masak apa malam ni?” tanya Fathiq yang tidak sabar hendak balik berjumpa dengan Sutinah. Mereka berempat masuk ke dalam perut kereta.
“Bibik masak special.” Kata-kata Datin Rubaiyah membuatkan Fathiq bertambah tidak sabar.
Sampai sahaja di rumah, Fathiq menolong Fikhri memunggah bagasi-bagasi mereka dan masuk ke dalam rumah. Mereka berdua terus meluru ke dapur untuk mencari Sutinah. Sutinah sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka semua. Dicucuk pinggang wanita tua itu sehingga Sutinah melatah. Terkekeh Fikhri dan Fathiq mentertawakannya.
“Fikhri….Fathiq…” panggil Sutinah geram.
“Kamu ini bikinin Bibik kejutan aja.” Luah Sutinah. Fikhri dan Fathiq mendekati Sutinah. Dipeluk bahu wanita tua itu.
“Kita orang rindulah dengan Bibik. Duduk sana makan tak sedap.” Fathiq berkata. Fikhri mengangguk. Mengiakan kata-kata adik kembarnya.
“Yang tak sedapnya, sebab kena masak sendiri.” Tiba-tiba sahaja Datin Rubaiyah masuk ke dalam dapur. Mereka berdua tersengih.
“Iya, Bibik liat(lihat) kamu ini, kurus aja. Biarin Bibik masak yang enak-enak untuk kamu, ya.” Ujar Sutinah dan meneruskan kerja yang terbengkalai.
“Eloklah tu, Bibik. Manjakan budak-budak ni. Nanti esok dah malas nak balik Switzerland.” Datin Rubaiyah membantah. Sutinah hanya tersenyum.
“Kita orang baru je sampai. Katil pun tak sempat melawat lagi, Mama dah halau kita orang balik.” Seperti merajuk sahaja nada suara Fathiq.
“Hmm…sudahlah tu. Kamu pergi naik rehat dulu. Lepas tu mandi, solat Maghrib. Then, baru turun ke bawah. Kita makan malam sesama.” Datin Rubaiyah menukas. Mereka mengangguk dan membawa bagasi masing-masing menuju ke tingkat atas.


SEPERTI biasa, Faizal akan pulang dahulu ke rumah sebelum keluar semula untuk berjumpa sahabat handai. Hari itu, kerja yang ditinggalkan oleh Faizal serasanya bertimbun di atas meja sehinggakan tidak nampak langsung bayang wajah Dizyan. Fateen berjalan ke arah Dizyan. Dia menjenguk melepasi fail-fail tersebut, baru ternampak wajah Dizyan yang sedang tekun menyelesaikan kerjanya. Gadis itu langsung tidak menyedari kehadiran Fateen yang sedang mengintai itu.
“Tak balik lagi, Yan?” ujar Fateen. Dizyan hanya menggeleng sambil menekur ke arah fail-fail yang menimbun. Sibuk sungguh dia sejak kebelakangan ini.
“Belumlah, Teen.” Jawab Dizyan. Masih lagi menekur pandangan ke fail yang sedang diselesaikannya itu.
“Load sangat ke kerja kau?” tanya Fateen. Memandang ke sekeliling pejabat. Kebanyakan pekerja sudah beransur pulang.
“Banyaklah jugak. Kau tak balik lagi ke?” giliran Dizyan pula bertanya. Mengangkat muka memandang Fateen.
“Nak baliklah ni. Kau hati-hati sikit duduk kat office ni. Tempat ni keras.” Fateen berkata sambil berlalu dengan sengihan. Mata Dizyan terbeliak. Dari jauh terdengar Fateen mentertawakan Dizyan. Gadis itu menggeleng perlahan. Dizyan memerhatikan sekeliling. Tertinjau-tinjau ke arah kawasan yang sudah gelap. Telefon bimbit yang berbunyi nyaring mengejutkan Dizyan. Kelam-kabut mencari telefon bimbit yang terbenam jauh ke dalam tas tangan.
“Assalamualaikum, Mama.” Jawab Dizyan apabila terlihat nombor telefon yang terpapar di skrin telefon. Matanya masih memerhatikan sekeliling.
“Yan tak balik lagi?” tanya Datin Rubaiyah.
“Kejap lagi, Mama.” Dizyan berkata. Terdengar dengusan Datin Rubaiyah. Dia tahu pasti ibu mertuanya itu tidak senang hati selagi tidak nampak muka Dizyan di rumah.
“Hmmm....yalah. Jangan lambat sangat.” Datin Rubaiyah berpesan.
“Baiklah, Mama.” Mereka sama-sama mematikan talian. Telefon bimbit diletakkan di atas meja dan kembali menyelesaikan kerja-kerjanya. Setelah selesai kesemua kerja, Dizyan mengemas meja dan mencapai tas tangan yang ada di dalam laci. Berjalan ke arah lif. Menekan butang lif dan menunggu pintu lif untuk terbuka. Teringat kejadian tengah hari tadi yang menyakitkan hati.


INTERKOM di meja Dizyan berkelip lampu berwarna merah. Ditekan interkom tersebut dan terdengar suara Mastura di hujung talian. Dikatakan bahawa Ku Zhety ingin berjumpa dengan Faizal.
“Mas, Encik Faizal tengah sibuklah. Ada meeting. Minta Cik Zhety tunggu sekejap.” Ujar Dizyan. Belum sempat Mastura ingin berkata perkara apa yang disampaikan oleh Dizyan kepadanya, dia sudah dimarahi oleh Ku Zhety. Terdengar suara Ku Zhety melalui corong telefon.
“I tak kisah. I kata I nak jumpa Faizal. I nak jumpa dengan Faizal jugak! Siapa dia nak halang I dari jumpa Faizal.” kuat suara Ku Zhety berkata-kata.
“Maafkan saya, Cik Zhety. Tapi Encik Faizal benar-benar sibuk.” Mastura berkata perlahan. Berusaha menyabarkan hati yang sedang panas.
“I don’t care.” Ku Zhety berkata kuat. Suaranya yang lantang bergema di ruang menunggu itu. Terus berjalan meninggalkan Mastura yang terpinga-pinga.
“Cik Zhety....Cik Zhety....” Mastura mengejar Ku Zhety. Berdiri di hadapan Ku Zhety, mendepangkan tangan untuk menghalang daripada Ku Zhety terus berjalan.
“Tepilah.” Ku Zhety menolak Mastura dengan kasar sehingga Mastura terjatuh dan hampir-hampir terkena bucu meja milik Malek.
“Kau okay ke, Mas?” tanya Malek. Dia menolong Mastura untuk bangun. Mastura mengangguk perlahan. Hanya melihat bayangan Ku Zhety yang berjalan laju. Dia menggeleng. Berlalu semula untuk ke tempatnya di kaunter penyambut tetamu.
Ku Zhety menepis fail-fail yang ada di atas meja Dizyan. Gadis itu yang terkejut dengan tindakan Ku Zhety memandang wajah putih yang disapu bedak itu. Ku Zhety menyilangkan lengannya ke dada dan mendengus kasar. Dizyan berdiri menghadap Ku Zhety.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong, Cik Zhety?” Dizyan bertanya dengan suaranya yang dibuat selembut mungkin. Ku Zhety menolak bahu Dizyan dengan kasar. Pekerja-pekerja yang masih ada di dalam pejabat itu menyaksikan ‘drama’ petang itu. Ada yang berbisik sesama sendiri dan ada yang mencebik melihat kelakuan Ku Zhety yang kurang ajar itu.
“Kau ni memang sengaja nak pisahkan aku dengan Faizal, KAN??!!” Ku Zhety melaungkan suaranya dengan kuat. Segera Dizyan memerhatikan keadaan sekeliling. Ramai yang terjenguk-jenguk ke arah mereka berdua.
“Saya harap Cik Zhety boleh perlahankan sedikit suara Cik Zhety. Sini pejabat. Tidak elok jika pekerja-pekerja ini melihat kelakuan Cik Zhety. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan imej Cik Zhety sebagai seorang model antarabangsa yang terkenal.” Sedaya-upaya Dizyan berdiplomasi.
“Ahhhh.....” Ku Zhety tidak mahu mendengar kata-kata Dizyan. Dia tidak peduli. Perasaan cemburu terhadap Dizyan sudah lama jauh terpendam di dalam lubuk hati. Sejak kejadian Faizal menghantar Dizyan pulang ke rumah 7 tahun yang lalu.
Kejadian Dizyan dan Faizal ‘disergah’ oleh pencuri semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Dizyan, itu semua adalah rancangan Ku Zhety. Ryzal terlepas cakap kepada Ku Zhety mengenai rancangan yang dirancang oleh Faizal setelah berkali-kali didesak oleh Ku Zhety. Dia juga yang mengupah Kazim dan Iqbal untuk berpura-pura menjadi pencuri.
“Aku nak kau orang berdua, rogol perempuan ni. Dan, kau belasah yang lelaki ni sampai lembik. Tapi jangan sampai mati pulak. Kalau kau orang dah bunuh lelaki ni, aku tak nak bertanggungjawab!” tegas Ku Zhety sambil menghulurkan dua keping gambar kepada mereka berdua.
“Upah kita orang?” tanya Iqbal.
“Nah, ambil dulu separuh. Bahagi dua.” Ku Zhety menghulurkan beg kertas yang berisi duit. Mereka mencapainya dan dibuka. Gembira tidak terkira mereka melihat berkeping-keping wang kertas.
“Mana lagi separuh?” tanya Kazim pula.
“Buatlah dulu kerjanya. Kalau aku dah puas hati, baru aku bayar lagi separuh.” Ku Zhety berpaling dan kira-kira hendak beredar dari situ.
“Nanti dulu.” Panggil Iqbal. Terhenti langkah Ku Zhety dan berpaling memandang wajah kedua penyangak dihadapannya itu.
“Mana kau dapat duit yang banyak macam ni?” Iqbal bertanya. Terasa sangsi kerana Ku Zhety baru sahaja habis bersekolah. Kerja pun belum. Macam mana ada duit sebanyak itu?
“Kau jangan tanya mana aku dapat duit tu. Kau buat kerja kau dan kerja aku, bayar kau je. Faham!!!” ujar Ku Zhety sambil menuding jari ke arah muka Iqbal. Mereka berdua mengangguk pantas. Setelah Ku Zhety beredar, Kazim mendekati Iqbal.
“Sepupu aku tu anak orang kaya. Pandai-pandai kaulah nak fikir dari mana dia dapat duit.” Kazim menepuk bahu Iqbal.
Tersentak Ku Zhety dari lamunan apabila Dizyan memegang lengan Ku Zhety. Dia cuba menepis sekuat hati. Kemudian, menolak Dizyan jauh darinya.
“Kau ni memang tak sedar diri. Kau ingat kau cantik sangat ke sampai Faizal nak gilakan kau? Dahlah gemuk. Huh....dari sekolah lagi Faizal memang sukakan aku je. Aku tahu, kau kerja kat sini sebab kau nak goda Faizal, kan?!” satu persatu fitnah yang dicipta oleh Ku Zhety keluar dari mulut perempuan itu. Dizyan menggeleng perlahan. Beristghfar di dalam hati.
“Maafkan saya, Cik Zhety. Lebih baik Cik Zhety beredar sebelum saya panggil sekuriti.” Dizyan sudah tidak tahan dengan karenah Ku Zhety yang semakin melampau ini.
Dizyan memegang lengan Ku Zhety dan menarik perempuan itu supaya mengikut rentak kakinya untuk melangkah keluar dari pejabat itu. Tetapi dengan pantas Ku Zhety menepis tangan Dizyan yang mencengkam lengannya dan berpaling. Ditampar wajah Dizyan sehingga membuatkan gadis itu terkedu. Fateen yang terlihat akan kejadian itu terus bertindak memanggil Faizal yang sedang bermesyuarat di dalam biliknya. Fateen terus meluru masuk setelah pintu diketuk berkali-kali. Faizal yang rasa rimas dengan ketukan itu, memberikan arahan masuk.
“Encik Faizal, Yan dan Cik Zhety bergaduh kat luar.’’ Fateen berkata dengan tercungap-cungap.
“Apa?!” Faizal berdiri dan meninggalkan pegawai-pegawai yang sedang bermesyuarat dengannya itu dalam keadaan terpinga-pinga.
“Please excuse us for a moment.” Fateen pula yang meminta maaf bagi pihak Faizal. Lelaki itu meluru ke arah mereka berdua.
“Apa yang you kecohkan kat sini, Zhety?” Faizal menarik tangan Ku Zhety dari terus bertubi-tubi menampar dan memukul Dizyan. Kebanyakan pekerja yang berada di dalam pejabat petang itu, cuba menyabarkan Ku Zhety dan menyelamatkan Dizyan dari terus menjadi mangsa perempuan itu. Faizal melonggarkan pegangan tangannya terhadap Ku Zhety apabila terlihat wajah Dizyan berubah.
“Betina ni tak bagi I jumpa dengan you. Dia kata you ada meeting. Sebenarnya dia sengaja kan tak mahu I jumpa dengan you. Sebab dia jealous. Sebab dia suka kat you.” Ku Zhety menunjal dahi Dizyan. Faizal sekali lagi menarik badan Ku Zhety. Perempuan itu seperti singa yang sedang menunggu masa untuk menerkam mangsa.
“I memang tengah meeting dengan client I. That project involves millions. Tapi disebabkan perangai bodoh you ni, I terpaksa lari keluar dari meeting tu dan selamatkan keadaan kat sini, you boleh fikir tak tentang kepentingan I? Dah berbulan I cuba dapatkan projek ni. Sekarang ni, you dah ganggu kelancaran meeting I. You boleh tak jangan datang buat kecoh kat sini. I pening kepala lah dengan perkara remeh macam ni.” Nada suara Faizal meninggi sahaja. Geram apabila projek yang cuba didapatkan berbulan-bulan akan lebur macam itu sahaja sebentar lagi jika dia tidak kembali bermesyuarat dengan pegawai-pegawai yang menunggu di dalam biliknya itu.
“I tak peduli. I tetap nak jumpa you jugak, sayang.” Ku Zhety bercakap seperti merengek. Pekerja-pekerja yang ada disitu hanya menjelirkan lidah tanda meluat. Faizal mendengus geram. Memandang Ku Zhety dan Dizyan silih berganti. Kemudian, dia beralih pada Dizyan.
“Kau pergi cakap dengan officers yang ada kat dalam tu, kata aku ada hal lain. Reschedule appointment aku dengan dia orang.” Faizal memberikan arahan.
“Tapi, Encik Faizal....Saya nak buat appointment dengan dia orang hari ni pun, makan masa berminggu.” Dizyan meningkah. Tidak setuju dengan tindakan Faizal. Melebihkan kekasih daripada kerja sendiri. Dizyan sempat memaki hamun di dalam hati. Sudah membara hatinya.
“Aku tak peduli, aku nak kau reschedule appointment tu jugak.” Faizal berkata tegas dan terus beredar dari situ dengan Ku Zhety. Sempat perempuan itu berpaling dan tersenyum sinis. Dizyan menarik dan melepaskan nafas dengan kuat.
“Kau okay ke?” tanya Fateen. Dizyan mengangguk lemah. Berjalan menuju ke bilik Faizal dan berjumpa dengan pegawai-pegawai yang sedang menunggu kedatangan Faizal semula ke bilik itu.
“I’m so sorry, gentlemen. Unfortunately, Encik Faizal had something important to attend to. We have to postponed the meeting until further notice.” Dizyan berkata. Serba salah apabila terpaksa menangguhkan mesyuarat yang begitu penting. Pegawai-pegawai yang berada di situ menggelengkan kepala perlahan. Salah seorang pegawai itu berdiri dan memandang wajah Dizyan dengan perasaan marah. Dicapai beg bimbitnya.
“This is so unethical.” Ujar pegawai tersebut. Mereka semua terus beredar dari bilik pejabat itu. Berkali-kali Dizyan memohon maaf.


BERSAMBUNG......

Thursday, August 20, 2009

sesajer...

GAMBAR KAT BAWAH SKALI......


gambar2 watak yg kat BAWAH SKALI (bawah drpd post) yg korg blh tgk nie,adelah bkn ssb aku ske die org nie sume....tp aku mengikut kesesuaian karakter n bakat yg die org blh bawak watak2 nie....okay! aku dh kaji watak n perwatakan die org......aku rase sesuai sgt......so nk mintakler pendapat korg plak......

tenkiu!comment,k......

Sunday, August 16, 2009

Dan Sebenarnya....30

BAB 30

DATIN Rubaiyah dan Dizyan pulang dari pasar. Banyak sekali barangan yang mereka beli dari pasar. Seperti hendak menjamu beratus-ratus orang sahaja. Sudah Dizyan katakan pada Datin Rubaiyah. Keluarganya tidak kisah jika makan lauk yang ringkas sekalipun. Dan berkali-kali juga Datin Rubaiyah menolak cadangan Dizyan itu. Pertama kali keluarga besannya hendak menjamu selera di rumah mereka. Haruslah dihidangkan dengan lauk-pauk yang sedap. Sutinah turut menolong menurunkan barang-barang yang dibeli mereka.
“Banyak barang yang Datin beli.” Sutinah berkata sambil mengendong beberapa plastik besar.
“Mestilah. Ini kan baru pertama kali besan saya nak datang makan.” Datin Rubaiyah menukas. Dan mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam. Dizyan membuntuti mereka berdua dari belakang. Tetapi kemudian dia mendengar Datin Rubaiyah mengucap panjang. Dizyan mengangkat muka memandang Faizal yang berdiri tercegat dengan wajah merah menyala.
“Kamu ni kenapa, Zal? Sampai langgar-langgar Mama. Dah tak sabar nak jumpa isteri kamu ke?” usik Datin Rubaiyah. Tidak dijawab usikan itu. Hanya berdiam diri memandang Dizyan.
“Kau ikut aku kejap.” Faizal berkata keras sambil menarik lengan Dizyan dengan kasar. Terpinga-pinga Dizyan dibuatnya. Dengan cepat, Sutinah mengambil beg-beg plastik yang dipegang oleh Dizyan. Laju langkah kaki Dizyan mengikut rentak Faizal. Lelaki itu melepaskan cengakaman lengan Dizyan itu dan berdiri tercegat memandang Dizyan tanpa berkelip. Dizyan mengurut lengannya yang terasa sakit. Menjeling tajam. Apa masalah dia ini? Desis Dizyan dalam hati. Faizal menyilangkan lengan ke dada.
“Bila rasa-rasanya kau akan beritahu kat aku yang family kau nak datang malam ni?” tanya Faizal. Terkedu Dizyan seketika. Macam mana dia boleh terlupa hendak memaklumkan kedatangan keluarganya malam ini pada Faizal?
“Saya memang nak beritahu awak lepas awak keluar bilik air. Tapi, lama sangat awak kat dalam tu. Saya dah mengantuk. Jadi, saya tidurlah dulu.” Dizyan memberi alasan. Mata Faizal mencerlung.
“Kalau macam tu, kau tak boleh ketuk pintu bilik air tu?” Faizal bertanya lagi. Geram mendengar alasan tidak munasabah Dizyan itu.
“Manalah saya tahu.” Jawab Dizyan selamba dan memandang ke arah lain. Dia akui memang salahnya kerana tidak mencari jalan supaya dapat memberitahu Faizal mengenai rancangan malam ini.
“Susah-susah sangat letak je sticky note. Macam hari tu. Boleh pulak kau buat hari tu.” Ungkit Faizal. Dizyan memandang ke wajah Faizal. Dia baca nota yang aku lekatkan hari itu? Hati Dizyan berdetik. Perasaan bersalah tiba-tiba timbul.
“Maafkan saya. Saya terlupa.” Ujar Dizyan. Wajahnya ditundukkan. Faizal melurut dagu.
“Aku ada janji dengan kawan aku malam ni. Jadi, aku tak dapat nak join dinner malam ni.” Faizal berkata. Dizyan mendongak memandang Faizal.
“Awak tak boleh cancel?” tanya Dizyan. Berharap Faizal boleh membatalkan rancangannya itu. Dilihatnya lelaki itu menggeleng pantas.
“Aku dah janji dengan dia dari semalam.” Faizal meningkah. Dizyan melepaskan keluhan.
“Saya nak buat macam mana lagi kalau awak dah kata macam tu.” Ujar Dizyan lemah dan melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak sempat untuk Faizal berkata sesuatu. Dia mendengus kasar dan melabuhkan punggung di kerusi di halaman rumah banglo itu.


TIGA orang wanita sedang sibuk memotong, memasak dan menyediakan hidangan di dapur. Masing-masing mempunyai peranan. Dizyan hanya memberitahu sahaja makanan kegemaran ahli keluarganya kepada Sutinah. Semua Sutinah tahu memasaknya. Lagipun keluarga Dizyan tidak kisah lauk apa pun. Kesemuanya menjadi kegemaran mereka. Setelah siap memasak, Dizyan dan Datin Rubaiyah naik untuk membersihkan diri dan bersolat Maghrib. Menunggu kedatangan keluarga Dizyan.
Dizyan yang masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan bersolat, mengerutkan dahi melihat Faizal yang masih duduk menghadap komputer ribanya. Bukankah dia berkata hendak berjumpa dengan sahabat dia? Desis hati Dizyan.
“Awak nak pergi jumpa kawan awak tu pukul berapa?” tanya Dizyan. Tangannya pantas mencapai tuala yang tergantung.
“Lepas Maghrib.” Ujar Faizal selamba. Matanya masih tertancap di skrin komputer riba. Dizyan mengangguk perlahan dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air. Usai membersihkan diri dan berwuduk, dilihatnya Faizal masih tidak berganjak dari situ. Dijungkitkan bahu dan membentangkan sejadah. Bersedia untuk bersolat Maghrib. Sesudah bersolat, Dizyan melepat telekung dan sejadah. Faizal masih tidak berganjak. Malas mahu bertanya lagi. Dizyan segera turun ke tingkat bawah. Datin Rubaiyah dan Datuk Farid juga sudah ada di bawah. Sedang leka menonton berita Buletin Utama yang ditayangkan di TV3. Dizyan juga turut melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Pukul berapa family Yan janji nak datang?” tanya Datuk Farid setelah menyedari kehadiran menantunya disitu.
“Dalam 8.30 kata Abah.” Dizyan berkata lembut. Datuk Farid mengangguk perlahan. Matanya kembali tertala ke kaca televisyen. Sejak Dizyan mula bekerja di RUFA Tower, jarang sekali dia bertemu muka dengan Datuk Farid. Hanya sekali-sekala di pejabat. Di rumah pun, kadang-kadang. Sibuk benar bapa mertuanya itu walaupun dengan ada pertolongan Faizal.
“Faizal mana? Tak turun lagi?” Datuk Farid sekali lagi bertanya. Terkedu Dizyan dibuatnya. TIdak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan bapa mertuanya itu. Pasti orang tua itu akan marah jika diketahuinya Faizal ingin keluar berjumpa dengan sahabat daripada makan malam bersama keluarga Dizyan. Tidak tahu hendak berkata apa. Datuk Farid memandang wajah Dizyan yang mendiamkan diri itu. Diturunkan sedikit cermin mata yang sedang dipakainya. Memandang Dizyan dengan lebih jelas.
“Zal dah turun lah, Papa.” Ujar Faizal dan berjalan mendekati mereka bertiga yang berada di ruang tamu. Terpinga-pinga Dizyan memandang Faizal. Lelaki itu sudah siap berpakaian kemeja T dan juga seluar jeans.
Deruman enjin kereta yang kedengaran di luar rumah, menyebabkan Dizyan tersedar. Dibuka pintu utama rumah. Kelihatan 2 biji kereta mewah menjalar masuk ke dalam kawasan perumahan banglo milik Datuk Farid itu. Asyifa yang memandu kereta Tuan Haji Azmin keluar dari perut kereta sambil melambai. Diikuti oleh Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa yang duduk di bahagian belakang. Kereta satu lagi sudah tentulah dipandu oleh Izham. Yasmin keluar dari perut kereta dan terus meluru ke arah Dizyan. Dipeluk erat sahabat yang sudah lama tidak ketemu itu. Si kecil, Natalia, digendong oleh Ayahnya. Asyifa juga turut memeluk adik angkatnya itu. Dizyan tunduk menyalami Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa. Kepalanya diusap perlahan oleh Tuan Haji Azmin. Faizal hanya melihat perbuatan itu. Hubungan mereka sangat rapat. Tidak seperti dia dan Fathiq. Hanya Fikhri sahaja yang rapat dengannya. Dia turut berjalan mendekati kedua mentuanya. Tunduk dan menyalami. Senang hati Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa melihat Faizal. Bagi mereka, menantu mereka itu sangat sopan orangnya. Dizyan hanya melihat perbuatan Faizal itu dengan senyuman. Yasmin menyinggung pinggang Dizyan dan memberikan isyarat mata kepada adik iparnya itu. Dizyan tersenyum malu. Tidak menyangka perbuatannya itu, Yasmin dapat lihat.
“Masuklah, Umi….Abah.” jemput Faizal. Mereka mengangguk dan membuntuti Datuk Farid dan Datin Rubaiyah. Faizal menarik lengan Dizyan supaya mengikuti rentak kakinya di belakang keluarga Dizyan. Tuan Haji Azmin bersalaman dengan Datuk Farid manakala Puan Hajjah Karissa bersalaman dengan Datin Rubaiyah. Sempat Faizal mencuit pipi gebu Natalia yang berada di dukungan Izham.
“Awak kata ada janji malam ni?” tanya Dizyan separuh berbisik di telinga Faizal.
“Dah cancel.” Jawab Faizal ringkas. Dizyan mengerutkan dahi. Selalunya Faizal tidak suka membatalkan temujanji yang sudah dibuat lebih awal.
“Kenapa cancel?” Dizyan bertanya sekali lagi. Faizal hanya menjungkitkan bahu. Malas menjawab. Bibir Dizyan mengukirkan senyuman kecil.
Kesemua ahli keluarga Dizyan sudah melabuhkan punggung di meja makan. Datuk Farid dan Tuan Haji Azmin duduk di kepala meja. Faizal di sebelah Dizyan. Yasmin menghulurkan pinggan kepada Dizyan untuk menceduk nasi dan dihulurkan setiap satunya kepada tetamu yang ada di meja itu. Dizyan menceduk lauk-pauk yang diminta oleh Faizal. Lega hati Tuan Haji Azmin dan Datuk Farid melihat anak dan menantu mereka itu bahagia walaupun mereka berkahwin tanpa kerelaan hati. Mereka sama-sama tersenyum di antara satu sama lain dengan perasaan gembira.
“Jemputlah makan.” Pelawa Datuk Farid. Mereka mula menjamu selera. Riuh di meja makan dengan gelak tawa dan juga sembang. Natalia tidak habis-habis merengek lapar. Izham menyuap nasi kepada Natalia. Barulah si anak kecil itu tertawa riang kerana perutnya kenyang.
Selepas menjamu selera, kaum lelaki duduk bersembang di ruang tamu. Rancak mereka bersembang. Dihidangkan pula air kopi dan pencuci mulut sebagai snek sambil bersembang. Kaum ibu di meja makan menjadi ruangan untuk bersembang. Dizyan, Asyifa dan Yasmin sibuk menolong Sutinah mencuci pinggan dan mengemas meja makan.
“Aku tengok kau happy sekarang dengan Faizal.” Ujar Yasmin. Dizyan memandang wajah kakak iparnya itu. Tersenyum sahaja.
“Happy ke? Entahlah.” Jawab Dizyan dalam misteri. Yasmin menggelengkan kepala. Tanda tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Dizyan itu.
“Kak Syifa rasa memang Yan happy. Kalau tak, takkanlah sepanjang kita makan sampai cuci pinggan pun, Yan boleh tersenyum je.” Usik Asyifa. Dizyan dan Yasmin tergelak kecil. Ketarakah wajahnya? Hati Dizyan berdetik. Kemudian, mereka bertiga menyertai Datin Rubaiyah dan Puan Hajjah Karissa di meja makan. Natalia berlari-lari anak menuju ke arah Yasmin. Dizyan mengagah anak saudaranya yang seorang itu. Dari kejauhan, Faizal hanya memerhati Dizyan yang sedang leka bermain dengan Natalia. Dia mengukirkan senyuman kecil.
Hampir jam 11 malam, keluarga Dizyan minta diri untuk berangkat pulang. Dizyan bersalaman dan berpelukan dengan Puan Hajjah Karissa, Asyifa dan Yasmin. Tunduk juga menyalami Tuan Haji Azmin dan Izham. Dua biji kereta mewah yang tersadai di laman rumah banglo Datuk Farid itu, keluar dari perkarangan rumah tersebut dan beredar dari kawasan perumahan itu. Sempat Dizyan melambai ke arah bayangan kereta yang makin menghilang. Berpaling dan tersentak apabila Faizal berdiri tercegat dibelakangnya. Ingin beredar dari situ tetapi langkah kaki Dizyan terhenti apabila Faizal berbisik sesuatu di telinganya.
“Kau teringin nak ada seorang macam Natalia?” tanya Faizal. Dizyan terkedu. Mendongak memandang wajah Faizal.
“Hish….apa yang awak merepek ni?” Dizyan berkata dan terus berlalu. Tidak mahu berlama disitu. Hatinya resah. Tidak menentu. Degupan jantung berdegup dengan pantas. Dipegang dada yang terasa seperti hendak meletup.
“Ma….Pa. Yan naik dulu.” Ucap Dizyan kepada kedua mertuanya apabila dia melintasi ruang tamu dan terlihat kedua orang tua itu masih duduk bersembang di situ. Mereka sama-sama memandang dan mengangguk perlahan. Laju sahaja kaki Dizyan memanjat tangga menuju ke bilik tidur.
Perasaan bercampur baur apabila mendengarkan kata-kata Faizal itu. Apakah maksudnya? Sangupkah Faizal menerima dirinya yang kotor ini? Bolehkah? Adakah Faizal akan menerima atau membuang dia jauh-jauh dari hidupnya? Jangan menaruh harapan dan perasaan terhadap Faizal. Itu janji hatinya. Bagaimana kalau dia ada perasaan terhadap Faizal dan sampai satu masa nanti, Faizal akan membencinya dan menghalau dia dari hidup lelaki itu. Sudah tentu Dizyan tidak sanggup. Dia tidak sanggup untuk kecewa buat kali keduanya.
Dizyan menunaikan solat Isyak. Mengangkat tangan untuk mendoakan kebahagiaan rumahtangganya. Memohon petunjuk samada benarkah Faizal ini sememangnya ditakdirkan untuk dia. Selesai bersolat, Dizyan membaringkan diri di atas sofa. Berangan. Matanya ditala ke siling. Setiap kali Faizal berada berdekatan dengan dia, hatinya berdebar-debar. Tombol pintu dipulas. Dizyan tersentak dan segera memejamkan mata. Dia tahu pasti Faizal yang masuk ke dalam bilik itu. Dengan perlahan, lelaki itu mendekatinya. DIlihat wajah Dizyan yang sedang tidur itu. Tersenyum dan terus beredar ke bilik air. Dizyan melepaskan nafas tanda kelegaan.


HUJUNG minggu begini, Datuk Farid suka memanaskan diri di padang golf bersama teman-teman perniagaannya. Ada sahaja perkara penting yang ingin dibincangkan. Manakala Datin Rubaiyah lebih gemar ‘berkomunikasi’ bersama bunga-bunga di taman bunganya. Dizyan sedang leka menolong Sutinah mengemas dapur. Faizal pula keluar entah ke mana. Datin Rubaiyah masuk ke dalam rumah setelah hampir sepagi berada di luar rumah. Badannya berpeluh kerana terlalu lama berjemur di luar. Lega melihat taman bunga yang sudah bersih daripada rerumput yang tumbuh meliar. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Melepaskan lelah. Dizyan menatang segelas air sirap bandung. Diletakkan dihadapan Datin Rubaiyah. Wanita itu mencapai gelas tersebut dan dihirup perlahan. Terasa lega apabila dapat menikmati air sejuk semasa cuaca panas sebegini.
“Faizal kemana?” tanya Datin Rubaiyah apabila tidak nampak bayang kereta anaknya sejak pagi lagi. Tidak tahu hendak memberikan apa jawapan yang terbaik buat pendengaran Datin Rubaiyah.
“Keluar dengan kawan, Ma.” Jawab Dizyan sedikit berbohong. Sedangkan sebentar tadi dia terdengar perbualan telefon diantara Faizal dan Ku Zhety.
“Yan kena perhatikan gerak-geri Zal tu. Mama tak sukalah dia asyik keluar dengan Zhety. Lagipun Mama tak suka perempuan tu.” Dizyan mengerutkan dahi. Bukankah dahulu Datin Rubaiyah sangat memuja Ku Zhety untuk dijadikan menantunya? Dizyan mengangguk perlahan.
“Mama nak makan cucurlah. Petang nanti, Yan tolong masakkan cucur ikan bilis.” Pinta Datin Rubaiyah. Tidak sampai hati hendak membantah, Dizyan mengangguk. Terus bangun dari tempat yang diduduknya dan menuju ke dapur. Menyediakan bahan-bahan untuk memasak cucur ikan bilis yang diingini ibu mertuanya.
Setengah jam kemudian, kelihatan kereta Datuk Farid memasuki garaj. Dikeluarkan beg golf dari but kereta. Digendong dan dibawa masuk ke dalam rumah. Diletakkan beg golf tersebut dibawah tangga. Senang untuk dicapai ketika hendak keluar bermain nanti. Datuk Farid melabuhkan punggung disebelah isterinya. Leka sekali Datin Rubaiyah menonton televisyen.
“Awak tengah tengok apa tu?” tanya Datuk Farid. Sudah lama tidak bermesra dengan isteri tersayang sejak sibuk dengan kerja dan projek yang memerlukan perhatiannya.
“Ni hah drama melayu.” Ujar Datin Rubaiyah. Dicapai gelas sirap bandung tersebut dan terus sahaja diteguk pantas.
“Ehh, Abang. Tu air saya.” Ujar Datin Rubaiyah apabila tersedar Datuk Farid sudah meneguk hampir setengah gelas.
“Tak apalah. Saya minum pun air isteri saya sendiri.” Datuk Farid berkata dalam senyuman. Kembali memeluk bahu Datin Rubaiyah.
“Mana si Faizal ni? Dari tadi saya tak nampak pun bayang dia.” Tanya Datuk Farid. Meninjau ke sekeliling rumah. Tidak nampak kelibat anak sulungnya itu.
“Mana lagi kalau tak ‘merambu’ dengan kawan-kawannya.” Ujar Datin Rubaiyah sebal. Datuk Farid menggeleng perlahan. Apalah hendak jadi pada anak seorang itu? Sudah berkahwin tetapi masih berlagak bujang.
“Dari sebelum kahwin, sampailah dah kahwin pun masih suka nak pergi melepak lagi.” Datuk Farid berkata tidak puas hati. Isterinya hanya menjungkitkan bahu. Dizyan berjalan ke arah kedua mentuanya yang sedang leka menonton televisyen.
“Ma…Pa. Marilah makan. Bibik dah siap masak.” Ujar Dizyan. Mereka berdua mengangguk perlahan. Tiba-tiba telefon rumah berdering. Cepat sahaja langkah kaki Dizyan mencapai gagang telefon.
“Hello?” terdengar suara garau si pemanggil.
“Hello.” Dizyan menjawab kembali.
“Bik….nak cakap dengan Papa.” Ujar pemanggil itu. Dizyan mengerutkan dahi.
“Maafkan saya. Saya bukan Bibik.”
“Kalau awak bukan Bibik, siapa awak?” pemanggil itu bertanya, kehairanan.
“Saya Dizyan. Menantu Datuk Farid.” Ujar Dizyan lembut. Bertambah-tambah kerutan di dahi.
“Siapa tu, Yan?” kedengaran suara Datin Rubaiyah melaung dari jauh.
“Tak tahulah, Mama.” Dizyan berkata lagi.
“Menantu Datuk Farid?” pemanggil itu bertanya lagi. Dia juga bertambah hairan.
“Ya Allah. Blur lah Abang Fik ni. Kak Dizyan, wife Abang.” Terdengar satu lagi suara garau menyambut kata-kata pemanggil.
“Wife Abang Fik? Bila Abang Fik kahwin?” dengan terpinga-pinga Fikhri bertanya kepada Fathiq. Terdengar gelak Fathiq yang kuat sehingga membingitkan telinga Dizyan.
“Bukan wife Abang Fik. Wife Abang Zal.” Ujar Fathiq sambil menghabiskan sisa tawanya. Fikhri turut tertawa sama. Dizyan hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan.
“Kak, Fik nak cakap dengan Papa kejap, boleh?” Fikhri berkata.
“Boleh. Kejap, ya.” Ujar Dizyan dan meletakkan gagang telefon di atas meja. Dizyan mendekati Datuk Farid yang sedang enak menjamu selera.

“Pa, Fikhri nak bercakap dengan Papa.” Ujar Dizyan. Datuk Farid mengangguk. Dilap mulut dengan tisu yang diambil dari kotak tisu berdekatannya. Dia bangun dan menuju ke arah tempat telefon. Dizyan melabuhkan punggung. Duduk menghadap Datin Rubaiyah.


BERSMABUNG.......

Sunday, August 9, 2009

tajuk e-novel

Harap maklum semua!

Tajuk e-novel Kau Milikku akan ditukar ke Dan Sebenarnya.....

Sbb kakak saya dah baca sinopsis e-novel ni n rase tajuk langsung tak kena n dh byk tajuk org guna macam ni.....so mulai minggu dpn e-novel ini akan menjadi Dan Sebenarnya....

Keep on supporting me u guys!

Saturday, August 8, 2009

Kau Milikku 29

BAB 29


LAMA Dizyan menunggu di lobi. Masih tidak kelihatan bayangan Faizal lagi disitu. Dizyan sudah kegelisahan. Kemana dia ini pergi pula? Seketika kemudian, kelihatan Faizal berjalan ke arahnya dengan senyuman manis. Bertambah kacak sesekali Dizyan melihat Faizal. Dia hanya memakai kemeja berona putih dan memakai vest tanpa lengan diluar. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti akan terpegun ditambah pula wajah dan badan yang ala-ala model itu. Dizyan bersyukur kerana dia menjadi isteri kepada lelaki yang diidamkan ramai wanita itu.
“Dah? Jom.” Ajak Faizal.
Syirin, penyambut tetamu menggantikan Auzra yang sedang bercuti kerana sakit, terjenguk-jenguk memandang mereka berdua. Berbanding Auzra, Syirin suka bergosip. Itu yang menyebabkan Dizyan menjadi tidak selesa apabila mata Syirin tidak lepas dari memandang mereka. Cuba berjalan sejauh mungkin daripada Faizal. Bukan tidak kenal dengan mulut Syirin itu walaupun baru 2 bulan dia bekerja disitu. Laju sahaja kaki Faizal menuju ke lif untuk ke Basement. Pelik! Dizyan mengerutkan dahi. Bukankah kereta dia di kawasan tempat letak kereta di lobi itu? Kenapa turun ke Basement pula?
“Naik kereta kau.” Faizal berkata dan berhenti dihadapan kereta Dizyan. Gadis itu mencebik.
“Ajak aku lunch, tapi naik kereta aku pulak.” Bebel Dizyan. Mulutnya terkumat-kamit perlahan.
“Apa yang kau membebel tu?” Faizal bertanya. Dizyan menggeleng pantas dan segera dibunyikan alat penggera keretanya. Mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta.
“Kita nak makan kat mana ni?” tanya Dizyan sambil menghidupkan enjin kereta. Perlahan-lahan menyusur keluar dari kawasan tempat letak kereta.
“Mana yang kau selalu pergi makanlah.” Jawab Faizal pula. Terus sahaja Dizyan menekan pedal minyak dan menuju ke destinasi gerai yang selalu ditujuinya bersama Fateen dan Hartanty.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di destinasi yang dituju. Teragak-agak Faizal hendak keluar dari kereta itu. Memandang ke sekeliling. Dizyan yang sudah melangkah turun, menunggu untuk Faizal juga turun. Agak lama dan tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu akan keluar. Dizyan mengetuk cermin kereta sebelah penumpang. Faizal membuka pintu.
“Kenapa tak turun lagi?” tanya Dizyan. Berkerut dahi Faizal cuba berkata sesuatu.
“Kenapa?” sekali lagi Dizyan bertanya.
“Kau makan kat sini?” giliran Faizal pula bertanya. Dizyan mengangguk dan tersenyum kecil. Mungkin Faizal tidak biasa dengan tempat sebegitu.
“Saya selesa makan kat gerai je berbanding restoran mewah.” Sinis sekali Dizyan berkata. Lelaki itu tersenyum sinis.
“Ohh…sesuailah dengan kau.” Faizal membalas. Dizyan sekali lagi mencebik geram. Faizal melangkah jua turun dari kereta. Mereka duduk di satu sudut.
Nasi campur yang disediakan di gerai itu begitu menyelerakan sekali. Dizyan mengambil lauk-lauk kegemarannya. Dibawa pinggan berisi lauk-pauk itu ke meja yang diduduk oleh Faizal. Dia mula menyuap makanan ke mulutnya. Faizal hanya melihat Dizyan menjamu selera. Terasa terganggu apabila Faizal tidak habis-habis merenungnya, Dizyan mengangkat muka.
“Kenapa awak tak makan? Sini bukan ada waiter. Self-service, ya.” Perli Dizyan. Faizal tidak menjawab kata-kata Dizyan itu sebaliknya hanya tersenyum. Kemudian, dia bangun dan menuju ke arah meja yang terletaknya lauk-pauk. Setelah itu, dia melabuhkan semula punggungnya dihadapan Dizyan. Menyuap perlahan-lahan ke mulut. Terkedu Faizal seketika. Belum pernah dia rasa masakan sesedap itu.
“Kan saya dah kata makanan kat sini sedap-sedap. Awak tak percaya.” Ujar Dizyan apabila dilihatnya Faizal begitu asyik dengan makanan dihadapan dia.
“Siapa kata aku tak percaya? Aku cuma tak sangka kau suka makan kat sini.” Faizal membidas. Dizyan mencebik tetapi kemudian tersenyum kecil. Mereka terus menjamu selera.


KERETA MyVi diparkir semula di Basement. Sebelum sempat Faizal melangkah turun dari keretanya, Dizyan berkata sesuatu membuatkan Faizal tidak jadi turun.
“Thanks sebab belanja makan tadi.” Ucap Dizyan. Sebentar tadi, mereka menjadi perhatian pengunjung gerai apabila masing-masing berebut hendak membayar harga makanan yang telah dimakan mereka. Faizal beralih ke arah Dizyan.
“Lain kali kau pulak belanja.” Ujar Faizal dan terus melangkah turun dengan cepat. Dizyan mencebik. Kemudian tergelak kecil. Langkah kaki Faizal laju menuju ke lif. Sambil itu, dia turut mengukirkan senyuman.
Senyuman asyik terukir di bibir Dizyan sehinggakan Fateen yang perasan akan perubahan Dizyan itu, mengerutkan dahi. Dizyan melabuhkan punggung di tempat duduknya. Dengan perasaan ingin tahu, Fateen mendekati Dizyan.
“Kau tak apa-apa?” tanya Fateen. Dikerutkan dahi memandang Fateen. Lagaknya seperti penyiasat pula.
“Kenapa kau tanya?” Dizyan bertanya kembali. Pelik melihat kelakuan Fateen.
“Tak adalah. Aku tengok kau senyum sampai ke telinga dari kau masuk pejabat tadi.” Fateen mencapai organizer dan membuka serta menutup kembali diari catatan itu.
“Aku okay je.” Dizyan berkata sambil mengambil semula organizer tersebut daripada tangan Fateen. Diletakkan ke atas meja.
“Tapi aku dengar kau pergi makan dengan bos. Betul ke?” tanya Fateen. Tersentak Dizyan dibuatnya dengan pertanyaan tersebut.
“Mana kau dengar cerita mengarut macam ni?” sedaya-upaya Dizyan cuba mengelak. Ini tidak lain dan tidak bukan, Syirin pasti sudah menghebohkan perkara ini sehingga satu bangunan.
“Alahh, si Syirin yang kata. Kau keluar makan dengan bos. Siap pegang tangan, peluk-peluk pinggang.” Dizyan menepuk dahi. Kenapalah Syirin suka menokok-nambah cerita yang sedikit sehingga menjadi besar? Digelengkan kepalanya perlahan.
“Keluar makan dengan bos, itu kebenaran. Pegang tangan dna peluk pinggang, itu fitnah.” Ujar Dizyan, ringkas. Buat apa hendak menipu. Nanti mereka akan tahu perkara sebenarnya juga satu hari nanti. Fateen mengangguk perlahan dan tersenyum nakal.
“Pergi makan kat mana dengan bos?” Fateen bertanya lagi.
“Tempat yang selalu kita pergi.” Jawab Dizyan selamba. Tersedak Fateen mendengar kata-kata Dizyan itu. Membeliakkan mata memandang Dizyan.
“Kat gerai Kak Siah tu? Serius?” Fateen bertanya. Dilihatnya gadis itu mengangguk pantas.
“Wow…ini cerita hebat. Kena khabarkan pada Tanty.” Perli Fateen. Dizyan hanya menjungkitkan bahu. Malas hendak mengambil tahu.
“Suka hati kaulah, Teen.” Ujar Dizyan. Meneruskan kembali kerjanya yang bertimbun. Fateen kembali ke tempatnya untuk meneruskan kerja. Sesekali matanya memandang ke arah bilik Faizal yang tertutup itu. Tersenyum kemudian kembali menyiapkan kerja.





JAM di tangan di pandang sekilas. Hampir jam 7 malam. Faizal masih dalam pejabat. Sibuk menyiapkan kerjanya. Fateen juga sudah lama pulang kerana letih, hampir seharian berada di lokasi penggambaran. Dizyan mengemas meja dan mencapai tas tangan yang ada dibawah meja. Berjalan ke arah bilik Faizal dan diketuk pintunya perlahan. Arahan masuk diberikan. Dizyan lihat Faizal masih menumpukan fokus ke arah skrin komputer riba.
“Encik Faizal, saya balik dulu.” Ujar Dizyan. Faizal mendongak memandan gadis itu yang berada di muka pintu. Mengangguk sekali dan kembali menunduk. Dizyan tersenyum dan menutup pintu tersebut. Berjalan ke arah lif dan menekan butang lif tersebut. Pintu lif terbuka dan Dizyan melangkah masuk ke dalam. Sampai sahaja di lobi, pintu lif sekali lagi terbuka. Dizyan terus sahaja melangkah keluar dan ingin menuju ke arah lif yang turun ke Basement. Tetapi langkah kaki Dizyan terhenti apabila namanya dipanggil. Dia berpaling ke arah orang yang memanggil namanya itu. Hati Dizyan menjadi resah. Berpaling ke arah lain. Tidak mahu memandang orang itu. Lelaki tersebut berdiri dihadapan Dizyan. Ingin berbicara sesuatu.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong, Encik Aneeq?” tanya Dizyan, tegas. Aneeq terkedu. Tidak pernah dia mendengar Dizyan menggunakan nada sebegitu terhadapnya.
“Saya perlu jelaskan sesuatu pada awak.” Ujar Aneeq. Dizyan mendengus kasar. Tidak mahu berbicara, tidak mahu memandang dan tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu.
“Cakap jelah. I’m listening.” Dizyan berkata. Matanya masih memandang tempat lain. Tidak langsung memandang ke arah Aneeq. Lama mereka dia membisu. Aneeq masih lagi tercari-cari perkataan yang sesuai untuk memulakan bicara.
“Saya nak jelaskan pada awak pasal malam tu.” Aneeq berkata setelah lama mereka mendiamkan diri. Mata Dizyan mencerlung memandang Aneeq.
“Jangan ingatkan saya tentang malam tu. Saya tak ingat apa-apa. Dan, saya tak mahu ingat. Kita mungkin pernah ada hubungan tapi hubungan tu dah terputus sejak malam itu. Dan, mulai hari ini, saya dan Encik Aneeq hanyalah sebagai pekerja dan ketua sahaja. Tak lebih dari tu.” Dizyan tidak mahu mengingati malam yang amat memeritkan itu. Bagi dia, cintanya terhadap Aneeq telah terhapus sama sekali. Aneeq masih mengharapkan Dizyan akan mendengar penjelasannya dahulu. Dizyan ingin melangkah pergi tetapi Aneeq menarik lengan Dizyan. Meronta gadis itu minta dilepaskan. Dia menepis kasar tangan Aneeq. Jijik apabila dipegang oleh lelaki yang telah menghancurkan hidupnya.
“Jangan pernah sekalipun Encik Aneeq sentuh saya. Saya tak suka.” Sambil mengetap bibir Dizyan berkata.
“Yan, dengar dulu cakap saya.” Kata Aneeq. Dipandang wajah lembut dihadapannya itu. Berharap agar Dizyan mahu mendengarnya.
“Can we go somewhere else? Sini tak sesuai untuk kita berbicara.” Aneeq ingin menyentuh lengan Dizyan tetapi dengan segera gadis itu menjauhkan diri.
“I’m so sorry, Encik Aneeq. Saya dah bersuami. Tak elok jika suami saya tahu kalau saya keluar dengan lelaki lain. Dan....saya tak sudi nak keluar dengan Encik Aneeq. Saya harap Encik Aneeq faham. Mulai hari ini, jangan pernah ganggu saya. Saya tak nak tengok muka Encik Aneeq lagi dah. Saya harap Encik Aneeq lupakan saja apa yang pernah kita lalui dulu. Dan anggap, kita tak pernah ada hubungan.” Dizyan memberi amaran. Terus sahaja dia beredar dari situ. Sudah tidak sanggup melihat wajah Aneeq. Hatinya sakit. Hancur dan luluh. Sepantas kakinya melangkah, selaju itu jugalah airmata menuruni pipi. Menekan butang lif untuk turun ke Basement.
Sebaik sahaja sampai ke Besement, dia menuju ke kereta dan dibunyikan alat penggera kereta. Masuk ke dalam perut kereta dan dihidupkan enjin. Menderu pergi meninggalkan bangunan RUFA Tower. Kakinya menekan pedal minyak sekuat mungkin. Tidak mahu pulang ke rumah lagi. Ingin bersiar-siar mencari ketenangan.


DIZYAN memarkirkan keretanya di garaj. Kereta Faizal masih tidak kelihatan. Belum pulang agaknya. Dengan langkah kaki yang longlai, dia masuk ke dalam rumah. Disapa oleh Sutinah. Tersenyum pada pembantu rumah itu dan terus mendaki tangga naik ke tingkat atas. Tetapi langkah kaki Dizyan berhenti sebaik sahaja namanya dilaungkan. Berpaling memandang Datin Rubaiyah yang berada di hujung tangga. Turun ke bawah semula dan tunduk menyalami ibu mertuanya itu.
“Kenapa, Yan? Mama tengok muka Yan pucat je.” Ujar Datin Rubaiyah. Mengambil berat akan menantu sulungnya itu.
“Tak ada apa-apalah, Mama. Yan kurang sihat sikit je. Mama tak tidur lagi?” ujar Dizyan sambil melihat jam di tangan. Datin Rubaiyah tersenyum.
“Belum lagi. Mama tengah tunggu Yan ni. Esok malam, Mama ajak keluarga Yan datang makan. Dah lama kita tak makan bersama. Nanti cakap pada Zal, ya. Dah berhari Mama tak jumpa Zal.” Datin Rubaiyah menukas. Dizyan mengangguk perlahan.
“Yan kerja tak esok?” tanya Datin Rubaiyah. Dizyan seperti berfikir sesuatu.
“Esok Sabtu. Yan tak kerja. Kenapa, Mama?” giliran Dizyan pula bertanya.
“Esok kita pergi beli barang, ya.” Ujar Datin Rubaiyah. Sekali lagi Dizyan mengangguk. Kemudian, dia meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Ingin membersihkan diri yang terasa melekit.
Dilemparkan tas tangan ke atas sofa yang menjadi tempat tidurnya itu. Menghempaskan punggung di atas sofa. Menyandarkan badan dan memandang ke siling. Kipas angin yang berputar terasa perlahan. Entah bila masa, airmata menitis. Dari perlahan sehingga lebat menuruni pipi. Dilap tetapi seakan-akan tidak mahu berhenti.
“Maafkan saya, Aneeq. Saya tak mungkin kembali pada awak. Jiwa dan hati saya telah saya serahkan pada Faizal. Dan hanya Faizal saja yang berhak. Saya tak mungkin menyintai awak. Saya tak mungkin ada apa-apa hubungan dengan awak. Biarlah kisah semalam menjadi penutup hubungan kita.” Ujar Dizyan dalam tangisan. Hatinya benar-benar yakin. Bahawa walau apapun yang terjadi, dia tidak mungkin akan kembali pada Aneeq. Biarpun sampai satu masa nanti, Faizal melepaskan dia dari sisinya. Dia tidak mungkin kembali ke pangkuan Aneeq. Bukan kerana benci tetapi hati sudah tidak mahu mengenang cinta lama.
Lama Dizyan duduk berteleku di sofa tersebut. Sedar dari lamunan. Memandang ke arah jam loceng yang ada di sisi katil. Hampir 1 pagi. Dizyan tidak sedar akan waktu yang berlalu pantas. Dia berjalan ke arah balkoni. Bayangan kereta Faizal masih tidak kelihatan. Bermakna dia masih belum pulang. Nasib baik juga. Kalau tidak, sudah pasti disoal oleh lelaki itu. Kenapa tidak tukar baju? Apasal termenung? Bermacam-macam lagilah yang akan dibebelnya. Melebihi orang perempuan. Dizyan mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas itu, dia bersolat Isyak. Usai bersolat, Dizyan duduk berteleku di atas sejadah. Menadah tangan untuk berdoa dan memohon petunjuk. Fikiran tidak tenang, jiwa kacau. Selepas itu, Dizyan berdiri dan melipat sejadah serta telekung. Terkejut apabila terlihat satu lembaga berdiri di pintu dan hanya memerhatikannya tanpa sebarang reaksi.
“Bila…bila awak….awak balik?” tergagap-gagap Dizyan bertanya. TIdak sedar langsung akan kehadiran Faizal disitu.
“Baru je. Malas nak ganggu kau yang tengah khusyuk berdoa. Apa yang kau doakan?” Faizal pula bertanya. Dizyan hanya mendiamkan diri. Malas mahu menjawab. Sebaliknya, dia merebahkan diri ke atas sofa dan menyelimuti diri yang kedinginan.
Dizyan berpaling tetapi tidak sempat berkata sesuatu apabila dilihatnya Faizal mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. Lama Dizyan mencelikkan mata. Menunggu untuk Faizal keluar dari bilik air. Tetapi mata yang terasa mengantuk tidak dapat ditahan dan akhirnya terpejam.


USAI bersolat Subuh, Dizyan melipat semula sejadah dan telekung sebelum mengejutkan Faizal dari tidurnya. Setelah itu, dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama Datin Rubaiyah. Menolong Sutinah di dapur sementara menunggu Datin Rubaiyah untuk turun. Kalau di hujung minggu, jangan haraplah Faizal akan turun bersarapan bersama mereka. Dia lebih rela menyambung tidur. Dizyan meletakkan seteko kopi dan cawan di atas meja. Dizyan melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Duduk merenung pinggan yang berisi sarapan dihadapannya. Datin Rubaiyah mendekati meja makan. Dilabuhkan punggung di tempat biasa. Dizyan mengangkat muka memandang ibu mertuanya. Dituang kopi ke dalam cawan. Diletakkan dihadapan Datin Rubaiyah.
“Yan tak sihat ke? Mama tengok dari semalam muka Yan pucat je.” Ujar Datin Rubaiyah.
“Taklah, Mama.” Ujar Dizyan ringkas. Disuap bijiran sarapan perlahan-lahan ke mulutnya. Tetapi fikirannya tetap menerawang ke tempat lain.
“Tengok tu. Mama cakap dengan Yan ni. Dia boleh buat tak reti je.” Ujar Datin Rubaiyah dengan perasaan geram. Dizyan tersentak dan memandang wajah Datin Rubaiyah terpinga-pinga.
“Mama ada cakap something ke?” tanya Dizyan kembali. Datin Rubaiyah melepaskan dengusan.
“Mama cakap kalau Yan tak sihat, tak payahlah pergi. Mama pergi dengan Bibik je.” Ujar Datin Rubaiyah sekali lagi. Terus Dizyan meletakkan sudunya semula ke dalam mangkuk.
“Tak apa, Mama. Yan dah sihat. Yan boleh temankan Mama beli barang.” Dizyan menukas. Datin Rubaiyah menghirup kopi yang masih berasap itu perlahan. Diletakkan semula cawan tersebut ke atas meja. Memandang wajah pucat Dizyan.
“Betul ni?” tanya Datin Rubaiyah sekali lagi. Menantunya itu mengangguk pantas.
“Okay. Kalau macam tu, kita pergi sekarang. Kalau pergi lambat nanti, pasar tutup pulak.” Datin Rubaiyah berkata. Dizyan bangun dan mengemas apa yang patut di meja makan. Datin Rubaiyah bangun dan mencapai tas tangan di atas kerusi. Mereka keluar dari rumah banglo itu beriringan.


DERAPAN kaki Faizal kedengaran menuruni anak tangga. Menuju ke meja makan dan melabuhkan punggung disitu. Terjenguk-jenguk mencari Datin Rubaiyah dan Dizyan. Sutinah yang baru sahaja muncul dari dapur dengan membawa cawan untuk Faizal, pelik melihat lelaki itu seperti mencari sesuatu. Mengerutkan dahi sambil meletakkan cawan tersebut di hadapan Faizal.
“Ngapain, Jal?” tanya Sutinah. Faizal memandang wajah Bibiknya itu.
“Mama, Papa dan Yan kemana, Bik?” Faizal bertanya. Sutinah menuang kopi ke dalam cawan tersebut dan dihulurkan kepada Faizal.
“Papa Ijal biasalah. Kemana lagik. Main golf. Mama dan Yan ke pasar. Malam ini, Mama Ijal jemput keluarga Yan makan disini.” Sutinah berkata. Hampir tersedak Faizal mendengar kata-kata Sutinah itu. Mengangkat muka memandang wanita tua dihadapannya itu.
“Mama ajak keluarga Yan makan kat sini? Mama tak beritahu apa-apa pun pada Zal.” Ujar Faizal. Diambil tisu dan dilap air kopi di bibirnya.
“Mama udah pesan ama Yan. Nyuruh bilang ama Ijal.” Ujar Sutinah. Faizal mengerutkan dahi. Dizyan tidak berkata apa-apa pun kepadanya semalam.
“Barangkali Yan lupa.” Sambung Sutinah kembali apabila dilihatnya wajah keruh Faizal.
“Tapi malam ni, Zal ada janji dengan kawan Zal.” Faizal meningkah. Sutinah menjungkitkan bahu dan terus beredar dari situ. Menuju semula ke dapur. Sambil itu digelengkan kepalanya. Langsung tidak boleh menunda janji bersama sahabatnya itu. Sedangkan hari-hari berjumpa juga.

BERSAMBUNG.....

Saturday, August 1, 2009

u olssss!!!!!

buku novel Dari K.L ke Luxembourg telah pun berada di pasaran....sesiapa yang dari kawasan shah alam dan juga kuala lumpur, silalah berkunjung ke Pesta Buku Selangor di PKNS Shah Alam.....

cari dekat booth PTS Publications yang share booth dengan Al-Hidayah Publications.......

hehe sokongan anda semua amatlah dihargai sesungguhnya.....

thanx u guys!

Kau Milikku 28

BAB 28

MAZDA MX-5 berhenti dihadapan bangunan RUFA Tower. Lama Faizal duduk bertafakur di dalam kereta. Telefon bimbit yang berkali-kali berdering tidak dipedulikan. Sahabat handai menunggu kedatangannya. Ditenung bangunan itu dengan pandangan kosong. Diraup wajahnya dan melepaskan keluhan sekali. Dia membuka pintu keretanya dan turun menuju ke lif di lobi. Setelah pintu lif terbuka, Faizal masuk ke dalam perut lif tersebut dan menekan butang 12. Sekali lagi pintu lif terbuka di tingkat 12. Perlahan-lahan Faizal melangkah keluar. Terdengar bunyi seseorang mengetuk papan kekunci. Kemudian, senyap. Sesekali diselangi dengan keluhan. Faizal menjenguk ke meja Dizyan dari jauh. Kelihatan gadis itu sedang khusyuk melakukan kerjanya. Faizal menuju ke arah meja Dizyan. Diketuk meja tersebut perlahan tetapi cukup mengejutkan gadis itu. Dizyan terus berdiri.
“Baliklah. Dah malam ni. Mama risau kat rumah tu.” Ujar Faizal tetapi tidak dipandang wajah gadis tersebut. Sebaliknya mata Faizal meliar ke sekeliling pejabat. Khuatir jika ada yang terdengar perbualannya bersama Dizyan. Almaklumlah, ada yang belum pulang lagi kerana sibuk menyiapkan kerja masing-masing. Berkerut dahi Dizyan.
“Tapi kan Encik Faizal nak draft proposal ni esok pagi.” Dizyan berkata pula. Faizal berdehem kecil. Disilangkan lengan ke dada.
“Bawak balik ke rumah. Guna laptop aku. Tapi untuk siapkan proposal ni je tau. Jangan memandai kau bukak fail-fail yang lain yang ada dalam tu.” Pesan Faizal. Dizyan mengangguk perlahan dan mula mengemas mejanya yang berselerak.
“Jangan lama-lama duduk kat office ni. Tempat ni keras.” Bisik Faizal perlahan di tepi telinga Dizyan. Meremang bulu roma gadis itu.
“Hah?!” Dizyan menjarakkan badannya sedikit dari Faizal. Mata mereka bertentang. Lama mereka berkeadaan begitu. Faizal dibuai satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Mata Dizyan mengasyikkan. Dizyan juga begitu. Memandang mata Faizal menimbulkan satu perasaan yang mendamaikan. Derapan kaki seseorang mendekati mereka berdua.
“Bos…apa yang bos buat kat sini malam-malam ni?” pertanyaan Fateen mengejutkan mereka berdua yang sedang dibuai perasaan masing-masing. Dizyan segera mengalihkan pandangan ke arah Fateen. Faizal memandang ke tempat lain.
“Tak ada apa. Ada tertinggal barang.” Ujar Faizal dan terus sahaja beredar dari situ. Sambil berjalan dia memegang dada. Apakah perasaan ini? Faizal menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Hish, dah nyanyuk agaknya orang tua ni.” Fateen membebel seorang diri. Dizyan turut memegang dadanya. Kenapa perasaan ini muncul kembali? Kenapa dia ada perasaan ini apabila bersama Faizal? Perasaan yang sama pernah ada ketika dia bersama Aneeq dahulu. Dizyan memejamkan matanya. Ditepuk dahi dengan kuat. Fateen yang melihat perbuatan itu, menuju semula ke arah Dizyan.
“Yan, kenapa ni? Kau tak apa-apa?” Fateen bertanya. Risau pula apabila melihat wajah Dizyan yang tiba-tiba pucat.
“Aaa…aku…aku tak apa-apa.” Dizyan berkata sambil meneruskan kerja mengemas meja. Fateen kembali semula ke mejanya.
“Teen, aku nak tanya ni.”
“Apa dia? Tanya jelah.” Jawab Fateen dari jauh.
“Betul ke tempat ni…..keras?” akhirnya terluah juga apa yang ada di fikiran Dizyan.
“Mana kau dengar cerita ni?” giliran Fateen pula bertanya.
“Encik Faizal.” Jawab Dizyan ringkas. Fateen tergelak kecil.
“Memanglah tempat ni keras. Kan bangunan ni diperbuat daripada simen dan batu-bata.” Seloroh Fateen. Dizyan memasamkan wajahnya. Terasa seperti dipermainkan oleh Faizal.
“Sebenarnya department dan tingkat kita ni tak pernah kena lagi benda-benda macam tu. Tapi tingkat 8, selalu. Budak-budak kat bawah tu cerita.” Tukas Fateen. Dizyan terasa seram sejuk.
“Ohh…ye ke? Tak apalah, Teen. Yan balik dulu.” Dizyan segera meminta diri. Dia menuju ke lif dan menekan butang untuk ke lobi.
Sebaik sahaja tiba di lobi, Dizyan berlari anak menuju ke lif untuk ke Basement. Dizyan berjalan laju menuju ke keretanya. Kereta Mazda MX-5 diparkir di sebelah kereta MyVinya. Kelihatan Faizal sedang duduk di atas bonet kereta sambil menyilangkan lengan ke dada. Terhenti langkah kaki Dizyan.
“Awak tak balik lagi? Saya ingatkan awak dah pergi.” Ujar Dizyan. Penggera kereta dibunyikan dan dimasukkan segala barangan yang digendong ke dalam perut kereta. Serba salah Dizyan dibuatnya. Masih tercegat di tepi pintu kereta.
“Cepatlah masuk. Aku hantar kau balik.” Faizal berkata. Dizyan memandang sekilas wajah Faizal dan terus masuk ke dalam kereta.
Kereta Faizal membuntuti kereta Dizyan sehingga mereka tiba dihadapan banglo 3 tingkat milik keluarga Datuk Farid itu. Sebaik sahaja kereta Dizyan masuk ke dalam perkarangan rumah, kereta Faizal terus menderum pergi meninggalkan kawasan perumahan itu. Tidak sempat untuk Dizyan mengucapkan terima kasih. Pintu pagar automatik ditutup semula. Malam itu juga, Dizyan menyiapkan deraf kertas kerja yang diminta Faizal. Dizyan melihat jam dinding yang tergantung di dalam bilik tersebut. Hampir jam 3 pagi. Kelibat Faizal masih belum nampak. Mata Dizyan yang semakin mengecil itu minta dipejam. Akhirnya, Dizyan terlelap di sofa yang dijadikan katil tidur dia selama ini.


JAM antik di sudut rumah berdenting sebanyak 4 kali. Kereta Mazda MX-5 perlahan-lahan menyusur masuk ke dalam garaj. Faizal keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah. Rumah yang gelap itu menandakan kesemua penghuni rumah itu telah pun belayar ke alam mimpi. Terjengket-jengket Faizal menuju ke biliknya di tingkat atas. Memulas tombol pintu. Bilik tidurnya juga sudah gelap. Memandang ke arah sofa. Dizyan berbungkus di dalam selimut. Penghawa dingin yang kuat itu mendinginkan. Faizal memperlahankan penghawa dingin tersebut apabila dilihatnya Dizyan menggeletar kesejukan. Membuka baju T yang dipakainya. Dilemparkan ke atas katil. Mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri dan keluar dari bilik air, Faizal mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan tuala. Sambil berdiri di hadapan meja yang diletakkan komputer ribanya, menyelak deraf kertas kerja yang dilakukan oleh Dizyan. Amat mengkagumkan walaupun baru pertama kali Dizyan melakukan kertas kerja. Dia menutup semula deraf kertas kerja tersebut. Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai ‘sticky note’ yang dilekatkan di komputer riba.
‘Thanks for sending me home’. Kata-kata yang ringkas itu mengundang senyuman dari bibir Faizal. Ditarik ‘sticky note’ tersebut dari komputer ribanya. Faizal melabuhkan punggung di atas katil. Sambil matanya memandang ke arah Dizyan. Gadis itu bergerak. Lampu yang menyala menyakitkan mata. Dibuka mata sekecil yang mungkin. Terasa seperti ada seseorang sedang merenungnya. Mata yang kecil kini terbuka luas.
“Awak baru balik?” tanya Dizyan. Duduk di atas sofa sambil menggosok mata yang masih ada sisa kantuknya. Faizal mengangguk perlahan.
“Pergilah tidur. Esok nak kerja lagi.” Faizal berkata. Dizyan pula mengangguk. Dibaringkan badan yang keletihan ke atas sofa semula. Menutup wajah menggunakan selimut. Sekali lagi Faizal tersenyum kecil. Dia bangun dari katilnya dan menutup lampu. Dibaringkan badan ke atas katil setelah siap berpakaian tidur. Memejamkan mata dan terlelap.

2 bulan kemudian....
JAM 8.30 pagi, Faizal terjaga. Terlajak tidur sehingga tidak sedar masa. Selepas dikejut Dizyan untuk menunaikan solat Subuh, Faizal terlelap kembali setelah melakukan kewajipan kepada-Nya. Faizal hanya membasuh muka kerana sebelum bersolat Subuh, dia sudah membersihkan diri. Menyarungkan pakaian yang memang disediakan oleh Dizyan setiap pagi. Walaupun, dia sibuk bekerja. Hampir 2 bulan Dizyan bekerja di syarikat milik Papanya itu. Jarang sekali mereka bersua muka di rumah. Hanya sesekali dipejabat sahaja. Itupun jika Faizal tidak sibuk. Jika tidak, hujung minggu sahaja mereka boleh berjumpa. Faizal sudah siap berpakaian. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Sudah pasti Dizyan dan Datuk Farid berangkat ke tempat kerja. Kelihatan Datin Rubaiyah dengan tenang menikmati sarapan paginya.
“Morning, Ma.” Ucap Faizal. Meletakkan beg bimbit di tepi tangga. Senang untuk mencapainya nanti. Duduk menghadap Datin Rubaiyah.
“Morning.” Jawab Datin Rubaiyah. Menghulurkan semangkuk lontong kepada Faizal.
“Rajin Mama masak lontong pagi-pagi ni.” Ujar Faizal sambil menyuapkan sesudu nasi impit ke mulutnya. Datin Rubaiyah tersenyum.
“Bukan Mama. Yan yang masak.” Datin Rubaiyah pula berkata. Faizal mengerutkan dahi.
“Dia tak pergi kerja ke?” tanya Faizal. Memanjangkan leher. Terjenguk-jenguk ke dalam dapur.
“Taklah. Lepas masak tadi, Yan terus pergi. Sebab Papa kata teringin nak makan lontong. Tu yang Yan masak untuk Papa.” Jelas Datin Rubaiyah. Menyuap sesudu lagi ke mulut. Menikmati masakan menantunya. Tidak disangka Dizyan pandai memasak. Faizal mengangguk perlahan.
“Zal agak-agaklah kan, bila Mama boleh merasa ada cucu?” Datin Rubaiyah pura-pura bertanya. Terhenti suapan Faizal. Dia mendongak memandang wajah Datin Rubaiyah yang selamba.
“Ke situ pulak Mama fikir. Lambat lagi kot. Ini pun Zal yang tak bersedia jadi seorang suami. Macam mana nak jadi seorang ayah pulak?” ujar Faizal. Datin Rubaiyah mengerutkan dahi. Tidak faham dengan kata-kata anaknya itu.
“Hish…budak bertuah ni. Tak baik tau Zal cakap macam tu. Nasib baik Yan dah pergi kerja. Kalau dengar kat dia, mesti dia kecil hati nanti. Yalah, lagipun dah dekat 3 bulan kamu berkahwin. Takkan Yan tak ada lagi tanda-tanda nak ada isi?” Datin Rubaiyah tidak senang mendengar kata Faizal itu. Faizal hanya menjungkitkan bahu. Sesudah bersarapan, Faizal tunduk menyalami Datin Rubaiyah dan beredar dari situ. Datin Rubaiyah menggeleng perlahan mengenangkan sikap acuh tidak acuh Faizal itu.
Sutinah mengemas meja makan. Datin Rubaiyah hanya duduk termenung di meja makan tersebut. Berkerut dahi Sutinah. Dibawa pinggan mangkuk yang kotor itu ke belakang. Kemudian muncul semula di ruang makan.
“Ngapain, Datin? Dari tadi, saya liat(lihat) Datin menung aja terus. Kaya(Seperti) Yan juga.” Ujar Sutinah. Datin Rubaiyah mendongak memandang pembantu rumahnya itu.
“Entah bilalah saya ni nak merasa ada cucu, Bik. Si Faizal tak mahu fikir pasal anak lagi. Fikhri kata nak ada kerjaya dulu. Si Fathiq memanglah dah ada calon. Tapi orang putih pulak. Tak berkenan saya ni dengan bangsa penjajah macam tu.” Datin Rubaiyah merenung masa hadapan. Sutinah tersenyum kecil. Itu rupanya yang dikhuatirkan wanita anggun itu.
“Tapi kalau namanya udah jodoh, kita juga nggak bisa melawan takdir Allah.” Ujar Sutinah. Datin Rubaiyah memandang sekilas ke arah Sutinah dan mengangguk perlahan.
“Agaknya sampai saya mati lah tak merasa saya ada cucu.” Ujar Datin Rubaiyah, sedih. Menongkat dagu. Sutinah menggeleng perlahan.
“Nggak usah kawatir(khuatir), Datin. Pastinya satu hari nanti Allah akan makbulkan doa Datin yang pingin(ingin) punya cucu.” Kata-kata Sutinah sedikit melegakan perasaan Datin Rubaiyah yang gundah-gulana. Sutinah meneruskan kerjanya kembali.



SUASANA di RUFA Tower riuh dan sibuk dengan para pekerja yang tergesa-gesa menyiapkan tugasan masing-masing. Dizyan juga sibuk menyiapkan kerja yang diberikan Faizal. Apabila Faizal melintasi mejanya, langsung Dizyan tidak mengangkat muka memandang lelaki itu. Faizal berhenti dihadapan meja Dizyan. Diketuk meja itu, kuat. Terkejut! Dizyan mendongak memandang Faizal.
“Nescafe ‘O aku mana?” tanya Faizal. Dizyan mengerutkan dahi. Dipandang Faizal dari atas ke bawah. Masih memegang beg bimbit dan juga kot masih tersarung di tubuh sasa lelaki itu.
“Dah ada kat dalam.” Ujar Dizyan. Tunduk semula untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai. Faizal sudah tidak tahu hendak berkata apa. Dia mendengus geram dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Mata Dizyan mengikuti bayangan Faizal sehingga menghilang di sebalik pintu kayu tersebut.
Faizal melemparkan kot dan beg bimbitnya ke atas sofa. Dilabuhkan punggung ke atas kerusi di meja tulis. Kedua belah jari telunjuk mengetuk tempat meletakkan tangan di kerusi tersebut. Sesekali matanya memandang ke luar. Dizyan masih leka melakukan kerja. Faizal berdiri dan menghampiri jendela kaca yang membentangkan pemandangan suasana pejabatnya. Diselak tirai tersebut. Dizyan masih lagi tidak sedar dirinya menjadi perhatian si suami. Tangan kanan disilangkan ke dada manakala tangan kiri melurut dagu. Faizal mendengus. Berjalan semula ke mejanya dan mencapai cawan Nescafe tersebut dan dihirup perlahan. Kemudian, idea datang menerjah fikirannya. Dibuka pintu biliknya dengan kasar. Dia berjalan ke arah meja Dizyan dengan membawa cawan Nescafenya itu. Diletakkan dihadapan Dizyan.
“Kenapa kau buat hari ni tak sedap?” tanya Faizal. Dizyan mengerutkan dahi. Memandang Faizal dengan perasaan tidak puas hati.
“Manalah saya nak tahu.” Dizyan menjawab selamba. Mencerlang mata Faizal.
“Pergi buat yang baru. Aku nak panas-panas.” Faizal berkata dan terus berlalu pergi.
Mulut Dizyan terkumat-kamit membebel seorang diri. Dia menuju ke pantri dan membuat Nescafe ‘O yang baru untuk Faizal. Kemudian, dibawa semula ke bilik Faizal. Diletakkan cawan tersebut di atas meja Faizal. Lelaki itu yang sedang leka membaca fail dihadapannya, mencapai cawan itu dan menghirupnya. Segera meletakkan semula cawan tersebut. Panas! Lidah terasa melecur.
“Kau nak buat lidah aku melecur ke?” Faizal bertanya kasar.
“Encik Faizal kata nak yang panas-panas. Jadi, saya pun buatlah yang panas-panas.” Perli Dizyan. Faizal tahu salahnya. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi.
“Keluarlah. Aku banyak kerja ni.” Ujar Faizal. Dizyan mencebik. Siapa yang menyuruh dia membuat airnya sebentar tadi? Kini, dihalau pula. Geramnya Dizyan pada Faizal tidak terkata.
“Saya minta diri dulu.” Separuh menyindir Dizyan berkata. Mencebik geram. Faizal langsung tidak mengangkat muka memandang Dizyan. Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup selepas Dizyan melangkah keluar, bibir Faizal mengukir senyuman kecil.
Leka Dizyan menyelesaikan kerjanya sehingga tidak sedar sudah tiba waktu makan tengah hari. Interkom di tempat Dizyan berbunyi. Lampu merah berkelip-kelip. Ditekan butang tersebut. Terdengar Faizal menyuruh Dizyan masuk ke dalam biliknya. Dengan langkah longlai Dizyan masuk ke dalam bilik tersebut. Apalah lagi yang dimahukan oleh Faizal pula kali ini? Pintu bilik diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan dan terjengul wajah Dizyan disebalik pintu. Dia menutup semula pintu bilik Faizal itu. Mendekati meja kerja Faizal.
“Kau lunch dengan siapa hari ni?” tanya Faizal tetapi wajahnya tidak dipandang ke arah Dizyan. Matanya masih melekat di skrin komputer riba. Gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Selama 2 bulan dia kerja disitu, belum pernah sekalipun Faizal bertanya kepadanya tentang jadual waktu makan tengah hari dia.
“Tak ada siapa-siapa. Lagipun saya bawak bekal lontong tadi dari rumah.” Terus-terang Dizyan berkata. Tidak mahu selindung. Dilihatnya Faizal mengangguk perlahan.
“Kau lunch dengan aku hari ni.” Kata-kata Faizal itu membuatkan Dizyan tersentak.
“Lunch dengan Encik Faizal? Encik Faizal tak takut ke orang akan kata kita ni ada skandal?” bersungguh Dizyan bertanya. Pelik dengan sikap Faizal hari ini. Faizal tersenyum. Tahu apa yang bermain di fikiran Dizyan. Dia tahu gadis itu tidak mahu para pekerja mengatakan yang bukan-bukan tentang dirinya dan juga Faizal.
“Salah ke seorang bos nak keluar makan dengan pekerjanya?” giliran Faizal pula bertanya.
“Bagi saya, memanglah tak salah. Tapi orang lain tak fikir macam tu. Nanti dia orang akan bercerita buruk. Akan merosakkan imej Encik Faizal sendiri.” Jelas Dizyan. Dia tidak mahu orang mengutuk Faizal. Sudah banyak cerita mengenai Faizal sampai ditelinganya. Encik Faizal kaki perempuanlah, Encik Faizal dah tidur dengan Ku Zhety, Encik Faizal kaki mabuk dan bermacam-macam lagilah. Tetapi Dizyan yakin, Faizal bukan begitu orangnya. Dia lebih kenal Faizal daripada orang lain. Langsung tidak mempercayai kata-kata yang singgah di telinganya.
“Kau jangan risaulah. Selama ni pun, memang orang suka cerita buruk pasal aku.” Faizal cuba untuk menyakinkan Dizyan. Akhirnya, Dizyan mengangguk tanda setuju. Terpaksa bersetuju. Tidak mahu Faizal kecewa.
“Kau tunggu aku kat lobi. Lagi 15 minit, aku turun.” Dizyan mengangguk dan keluar dari bilik Faizal. Menuju ke mejanya dan mencapai tas tangan yang berada di dalam laci. Setelah log off komputernya, Dizyan menuju ke lif dan menekan butang G untuk turun ke lobi.

BERSAMBUNG.....