BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 21, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 10

BAB 10

AISHAH sedang duduk dan berkhayal di taman halaman rumah yang dinamakan Taman Mewah Indah oleh Papa dan Mamanya. Taman itu memang mewah. Mewah dengan hiasan jambatan kayu di tengah-tengah kolam ikan Koi. Terdapat gazebo yang memang disediakan untuk tetamu yang datang dan juga tuan rumah yang ingin merehat-rehatkan minda yang keletihan setelah sepanjang hari bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Hiasan ‘Rock Garden’ menjadi pilihan Whittier Crystal Smith alias Nurradiah Abdullah. Landskap yang menghijau dengan rumput yang ditanam menambahkan lagi keindahan taman itu. Taman itu memang lengkap dengan kemewahan dan keindahan yang dicari-cari oleh segelintir manusia di kota yang inginkan ketenangan.
Aishah juga mendapat ketenangan apabila berada di taman itu. Dia memang suka ke taman itu. Sejak dari zaman persekolahan lagi, taman itu seakan-akan menemani hatinya yang sunyi. Malam itu dia bukan keseorangan seperti selalu. Dia ditemani dengan bunyi unggas malam yang menandakan hari hendak hujan. Aishah memandang ke langit. Tiada satu bintang pun yang bertaburan di dada langit. Bulan juga seperti malu untuk menunjukkan diri dan berlindung di sebalik awan tebal. Aishah tercari-cari wajah tenang Hafiz di dada langit. Wajah yang selalu bertandang di alam mimpinya. Kenapa sejak akhir-akhir ini wajah lelaki itu selalu bermain di ruang fikiran Aishah? Dilepaskan keluhan. Rindu pada Hafiz menggunung.
‘Sampai bila kau hendak menyiksa diri kau?’ kata hatinya.
‘Aku tak pernah menyiksa diriku. Perasaanku yang tersiksa kerana tidak
berjumpa dengan Hafiz. Dimanakah dia sekarang? Sihatkah dia?’ Aishah bertingkah dengan kata hati yang tiba-tiba datang menyapa.
‘Belajarlah untuk bercinta. Ada lagi lelaki lain yang lebih baik untuk
kau.’ Kata hatinya berkata-kata lagi.
‘Cintaku hanya satu. Tiada dua atau tiga. Aku serahkan cintaku pada
dia seorang sahaja.’ Aishah berkata.. Air matanya sudah bertakung di tubir mata. Entah kenapa begitu senang dia mengalirkan air mata sebaik sahaja wajah lelaki itu terlayar di minda.
‘Kau tidak tahu dia kemana. Apa khabarnya? Kau sendiri tercari-cari
wajahnya di dalam mimpimu.’ sambung kata hati.
‘Aku pasti satu hari nanti, dia akan muncul di dalam hidupku.’ Tegas Aishah. Kata hati menyambung kata-katanya dalam nada mengejek.
‘Berhentilah dari bermimpi di siang hari. Kerna mimpi di siang hari tidak
akan menjadi kenyataan.’
‘Kau siapa hendak mempersoalkan kesetiaan Hafiz padaku?’ Aishah bertingkah dengan kata hati. Tiba-tiba dia tersedar dan segera beristighfar. Pipi terasa basah. Dia segera mengelap air jernih yang membasahi pipinya itu.

NURRADIAH masuk semula ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syed Mahfuz. Suaminya itu merenung Nurradiah dengan penuh kasih sayang. Nurradiah mengeluh. Syed Mahfuz memandang wajah Nurradiah yang cerah itu.
“Kenapa dengan awak ni, Nur? Awak tak sihat?” tanya Syed Mahfuz dengan nada suara yang agak cemas. Nurradiah menggeleng dan tersenyum. Syed Mahfuz berasa lega dengan gelengan kepala dari Nurradiah itu. Tentu ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya.
“Habis tu? Apa yang tak kena?” tanya Syed Mahfuz yang begitu risau dengan keadaan isteri yang sering sakit sejak kebelakangan ini.
“Saya kesian tengok Adik, Bang.” Ujar Nurradiah.
“Hah! Kenapa pulak dengan dia? Dia tak sihat ke?” Syed Mahfuz masih bertanya. Gelengan Nurradiah melegakan Syed Mahfuz.
“Bukanlah. Semenjak Hafiz pergi ke U.K dulu, Adik dah jarang senyum. Gelak pun sekali-sekala. Macam dah tak orang yang memberi semangat kepadanya. Saya takut Adik masih mengharapkan Hafiz tu. Sampai dia tak nak beri peluang pada lelaki lain.” Nurradiah meluahkan kerisauan. Syed Mahfuz tersenyum dan mengalihkan pandangan ke arah kaca televisyen.
“Kita cakap betul-betul, dia senyum pulak. Awak tak kesian kat Adik?” tanya Nurradiah. Sakit hati melihat senyuman Syed Mahfuz.
“Saya pun kesiankan dia. Tapi hati dia tu keras sikit daripada adik beradiknya yang lain. Ong, memang tegas tapi cepat lembut. Nina, aggressive but sensitive. Dira pulak degil tapi tak cepat memberontak.” Syed Mahfuz masak benar dengan perangai anak-anaknya. Nurradiah mendengar sahaja kata-kata suaminya.
“Adik ni pendiam, pemalu, dengar cakap orang tua, tak reti melawan, baik. Segala-galanya ada pada Adik. Tapi…” Syed Mahfuz membiarkan ayatnya tergantung.
“Tapi apa, Bang?” tanya Nurradiah tidak sabar.
“Hatinya keras.” Syed Mahfuz memeluk bahu Nurradiah.
“Apa maksud, Abang?”
“Kita tak boleh paksa dia menerima seseorang yang dia tak suka. Biarlah dia buat pilihan dan jodohnya sendiri. Kita jangan memaksa. Masa akan menentukan segala-galanya. Masa untuk Adik berkahwin akan tiba jugak. Cuma antara lambat dan cepat je.” Syed Mahfuz menenangkan hati Nurradiah yang gundah gulana. Lama Nurradiah memerhati wajah Syed Mahfuz. Wajah lelaki yang membuatkan dia mula mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Dia masuk Islam bukan kerana hendak berkahwin dengan Syed Mahfuz tetapi kerana dia mula jatuh cinta dengan Islam semenjak dia di sekolah menengah lagi.


Terlayar kembali kenangan 35 tahun dahulu. Ibubapa Nurradiah tinggal di Malaysia sejak Nurradiah dan adik-adiknya masih kecil. Bapanya terpaksa berpindah ke sini kerana syarikat yang bapanya bekerja kekurangan kakitangan di Malaysia. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab, Mr. Smith dan keluarga berpindah ke Malaysia. Nurradiah adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik.
“Chelsea…Chelsea…” panggil Roxanne.
“Yes, Mother.” Termengah-mengah gadis yang bernama Chelsea itu berdiri dihadapan Roxanne.
“Tell your sister to come down. Dinner time.” Arah Roxanne. Segera Chelsea berlari ke tingkat atas untuk memanggil kakaknya itu.
Pintu bilik diketuk. Tiada jawapan. Sudah tidurkah? Diketuk sekali lagi. Masih tiada jawapan. Chelsea memulas tombol pintu. Pintu tidak berkunci. Dijenguk ke dalam. Tiada tanda-tanda Whittier ada di dalam bilik. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Terdengar deruan air yang turun dari bilik mandi. Sebaik sahaja kaki Chelsea hendak melangkah keluar, tiba-tiba dia ternampak buku-buku agama yang berlonggok di atas katil Whittier. Chelsea segera mendekati katil dan mencapai salah sebuah buku. Dia mengerutkan dahi. Tidak faham dengan tulisan yang tertulis diatas buku tersebut. Tetapi seperti pernah dilihat buku itu sebelum ini. Bukankah Elisabeth, teman baik Chelsea di sekolah juga mempunyai buku yang sama? Kata Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Lizzie itu, dia hendak bertukar agama. Dari Kristian ke Islam. Jadi, buku itu telah mengajarnya beberapa perkara asas yang perlu diambil tahu sebagai umat Islam. Kenapa kakaknya mempunyai buku orang Islam? Sedang dia berfikir sendirian, matanya memandang ke sekeliling bilik. Tiada lagi salib yang menghiasi dinding. Semua sudah diturunkan. Chelsea tertanya-tanya sendirian. Whittier yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut dengan kehadiran Chelsea yang hanya berdiri tercegat memegang salah sebuah buku yang baru sahaja dibeli di pekan petang tadi.
“What are you doing in my room?” tanya Whittier cemas.
“Mother asks me to call you. She’s said dinner is ready.” Ujar Chelsea perlahan.
“I’ll be down in a minute.” Tergagap-gagap Whittier berkata. Chelsea mengangguk perlahan dengan kerutan di dahi. Dia beralih dan mula berjalan ke arah pintu bilik. Sebentar kemudian, dia mengalih semula ke arah Whittier yang memanggilnya.
“Chels…the book?” unjuk Whittier ke arah buku yang dipegang adiknya.
“Hmm…about the book. What are you doing actually?” tanya Chelsea yang mula curiga dengan perubahan sikap yang ditunjukkan kakaknya.
“Nothing.” Ringkas jawapannya.
“Don’t lie to me, Whit. I hate liars.” Chelsea mula membeliakkan mata.
“It’s nothing, really. Just give me the book back.” Suara Whittier tidak sengaja ditinggikan.
“NO!!! I want the truth. Tell me truth.” Chelsea masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Ok, you want the truth? What are you doing in my room? You’re not suppose to be here.” Whittier berkata tegas.
“I’m the one who should be asking you that question.” Kata Chelsea sambil memandang wajah kakaknya. Chelsea mengawang-gawangkan buku tersebut dihadapan wajah Whittier.
“It’s none of your own business.” Whittier mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja tulisnya.
“Ohh…I swear, Whit. I will tell Father if you don’t tell me the truth.” Ugut Chelsea. Whittier semakin cuak.
“I dare you.” Kata Whittier dengan muka selamba. Tetapi hatinya tetap berasa risau jika Chelsea benar-benar membongkarkan rahsia.
“Don’t you ever dare me, Whittier Crystal Smith. And I know what are you doing behind all of us.” Chelsea masih lagi tidak mahu mengalah.
“What do you mean?”
“This is a muslim book. What are you doing with it? Are you going to convert?” soalan yang keluar dari mulut Chelsea bertubi-tubi. Whittier merampas buku tersebut dari tangan Chelsea dan menyimpan semula ke dalam laci.
“You must have gone crazy.” Whittier cuba berlaagak selamba.
“You….arghh….You really on my nerves this time.” Jerit Chelsea.
“I’m your big sister, Chelsea Ophelia Smith. You should behave the way you talk to me. And please, respect me as your older sister.” Whittier mula tidak puas hati dengan cara percakapan Chelsea yang semakin kasar.
“Ok, I’m sorry. But…is it true? Is it true that you’re going to convert?” Chelsea masih bertanya. Dia mahukan kepastian dari kakaknya sendiri sebelum dia membuat sebarang andaian. Dia melepaskan satu keluhan besar. Whittier mengangguk perlahan. Chelsea menggeleng.
“Now…What are you going to tell them?”
“I have to tell them the truth. I don’t want to hide anything from them. They need to know the whole truth about me. I’m still the old Whittier. But, I have to look for the perfect time.” Kata Whittier perlahan. Lemah sahaja bunyinya.
“You have my fully support on that.” Chelsea menggengam erat jemari kakaknya.
“Thanks, Chels. It means a lot to me.” Chelsea tersenyum ke arah Whittier.
“What families are for.” mereka berpelukan.
Memang Whittier dapat menduga kemarahan ayahnya. Roxanne hanya menangis teresak-esak. Tidak tahu hendak berkata apa-apa. Sudah puas menghalang suami dari melakukan tindakan yang lebih jauh. Tetapi paling tidak disangkanya, Gardner sanggup membuang anak yang dikandung oleh Roxanne selama 9 bulan 10 hari hanya disebabkan pertukaran agama. Gardner telah membuat keputusan menghalaunya keluar dari rumah. Puas Chelsea dan Nicholas menahan Whittier melangkah keluar dari rumah itu. Tetapi mereka tahu. Keputusan yang dibuat oleh Gardner tidak boleh dibangkang. Jika ada yang membantah, pasti mereka juga bakal dihalau bersama.
“Whit, don’t go.” Rayu Chelsea.
“No, Chels. That is Father’s decision. And mine too.” Tegas Whittier berkata. Nicholas memandang wajah kakaknya itu dengan perasaan hiba. Selepas ini, pasti semuanya tidak akan sama lagi seperti sebelum ini.
“Where do you want to live? Did you find a place?” tanya Chelsea yang begitu mengambil berat akan dirinya.
“I’m staying with my husband.” Ujar Whittier perlahan.
“Husband?” tanya dua adiknya serentak.
“Yes. I’m married. With a Malay guy. A muslim.” Dia memegang wajah Nicholas. Adik yang sangat rapat dengannya. Pasti dia akan merindui kenakalan dan lawak jenaka adik itu.
“Do I know him?” tanya Nicholas pula.
“I don’t think so. His is name is Syed Mahfuz.” Whittier memasukkan baju-baju yang dicampak oleh ayahnya ke dalam beg pakaian yang juga turut dicampak sekali.
“I believe that guy will love you as much as we do.” Kata-kata Chelsea begitu menyenangkan hati Whittier yang kesedihan kerana dia sudah seperti dibuang keluarga. Whittier mengangguk.
“Group hug!!!” Nicholas mendepangkan tangan. Mereka bertiga berpelukan erat. Seperti tidak mahu melepaskan kakaknya itu pergi.
Semenjak hari itu, Whittier tidak pernah menyesal dan berpaling ke belakang lagi. Baginya, dia tidak sekali-kali pulang ke rumah itu. Walaupun Islam tidak menggalakkan sesiapapun umatnya memutuskan silaturrahim. Tetapi ini semua kemahuan bapanya, Gardner Smith. Dia tiada pilihan lain. Cuma memastikan kemahuan bapanya dituruti. Whittier mula jatuh cinta dengan Islam dan mulai dari saat dia memeluk agama Islam, pendiriannya sudah ditetapkan. Biar dia lahir sebagai orang musyrik tetapi hidup dan matinya sebagai orang Islam.


“NICK ada call saya tadi.” Kata-kata Syed Mahfuz mematikan lamunan Nurradiah. Nurradiah mengangkat muka memandang wajah Syed Mahfuz yang tersenyum. Dikerutkan sedikit dahi.
“Kenapa?”
“Katanya dia dan Chels akan datang ke K.L, 2 minggu lagi.. His coming to visit us.” Syed Mahfuz memegang alat kawalan jauh dan menekan siaran demi siaran. Tiada rancangan yang menarik. Baik buka saluran yang menayangkan rancangan sukan. Nurradiah tidak dapat melindungi perasaan gembira. Dia tersenyum lebar. Sudah lama tidak berjumpa dengan adik-adiknya. Apa khabar Father dan Mother? Sihatkah? Atau sakit-sakit? Orang tualah katakan. Tentu wajah adik-adiknya sudah lain sekarang. Mungkin wajah mereka menunjukkan usia yang semakin meningkat.
“Papa…Mama…Nina keluar kejap.” Kata Nina sambil menyalami tangan Syed Mahfuz dan Nurradiah. Mereka hanya mengangguk. Anak perempuan ini tidak reti hendak duduk di rumah. Asal ada peluang sahaja mesti keluar dengan tunang tersayang. Yang seorang lagi asyik memerap di rumah. Anak lelaki yang seorang itu semenjak kahwin, jarang-jarang sekali balik ke rumah. Sibuk katanya. Anak perempuan yang bongsu pula berada jauh di rantauan tetapi dia pun jarang-jarang balik ke Malaysia apabila waktu bercuti. Hendak berjalan sahaja. Asyik-asyik tour Europe. Sudah beberapa kali, Nadira berkata begitu. Bilalah keluarga mereka akan kembali seperti dulu? Nurradiah paling suka sewaktu mereka masih kanak-kanak. Kemana sahaja pasti hendak bersama ibubapa.
“Kamu nak kemana, Nina?” tanya Syed Mahfuz.
“Keluar dengan Syira, Pa.” Kata Nina sambil menyarungkan kasut sneakersnya. Nurradiah bangun dan berjalan ke arah anak perempuan.
“Cuba kamu ajak Adik sekali.” Nurradiah berdiri di sebelah Nina. Gadis itu hanya mengangguk. Tanpa bantahan. Nina berjalan ke arah Aishah. Adiknya itu masih merenung ke dada langit.
“Adik, jom ikut Kak Na.” ajak Nina.
“Pergi mana?” Aishah memandang wajah Nina.
“Pergi jumpa kawan Kak Na.” ujar Nina ceria.
“Adik kenal ke?” Aishah bertanya.
“Adik kenal. Kak Syira.”
“Kak Na pergi jelah.” Kata Aishah malas.
“Alaa…jomlah. Kak Syira pun dah lama tak jumpa Adik. Dia kata kalau nak datang jumpa dia, bawak sekali Adik.” Nina tidak berputus asa. Dia cuba memujuk lagi.
“Alaa…malaslah, Kak Na.” Aishah memeluk tubuh.
“Itulah Adik ni. Bila Kak Na ajak je, mesti malaslah, penatlah. Macam-macam alasan Adik tau. Jomlah. Dah lama Kak Na tak keluar dengan Adik.” Pujuk Nina lagi.
“Yelah…yelah. Kak Na kena tunggu kejap. Adik naik tukar baju.” Aishah bangun. Nina tersenyum. Adiknya itu senang sahaja hendak dipujuk.
“Ok. Kak Na tunggu dalam kereta.” Pantas Nina menuju ke keretanya. Dihidupkan enjin kereta. Memasang penghawa dingin dan radio sementara menunggu Aishah bersiap.


KERETA Nina menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut. Keretanya menghala ke destinasi yang ditujui. Aishah hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Dia membuka radio untuk menghiburkan hati. Lagu Biarlah Rahsia diputarkan oleh DeeJay radio Hotfm tersebut. Kisahnya seperti lagu itu. Setiap bait yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza amat menyusuk hatinya.

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Nina menutup radio apabila dilihat Aishah mengelap air mata. Nina memegang tangan Aishah. Adiknya itu memandang wajah Nina dengan mata yang merah.
“Kenapa Adik?” kakak yang sangat prihatin bertanya kepada adiknya.
“Tak ada apa-apalah, Kak.” Jawab Aishah. Masih mengelap airmata yang masih berjuraian. Tidak mahu membuka kisah lama.
“Kenapa Adik tak lepaskan Hafiz dari hati Adik?” tanya Nina. Tumpuannya masih kepada pemanduan.
“Entahlah, Kak. Semenjak kebelakangan ni, Adik selalu teringatkan dia. Rindukan dia. Dia sentiasa di hati Adik, Kak. Dia dah sebati.” Kata-kata Aishah membuatkan Nina mengeluh perlahan. Adakah kau akan pasrah menerima berita ini, adikku? Adakah kau akan setabah yang dilihat orang luar? Dapatkah kau menerima bahawa lelaki pujaan hatimu telah menjadi milik gadis lain? Nina tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata-katanya.
Sudah hampir 12 tahun Hafiz berada di U.K. Dia sudah berjumpa dengan gadis yang dapat memikat hati lelakinya. Mereka juga tidak lama lagi akan bertunang. Apakah berita ini akan menambah lagi derita dijiwamu, dik? Pasrahlah menerima takdir ini. Jangan sesekali kau menyerah, bisik Nina perlahan.
“Kenapa Akak senyap?” pertanyaan Aishah mengejutkan Nina dari lamunan. Nina hanya menggeleng. Tidak mahu Aishah mendapat tahu mengenai berita pertunangan Hafiz.

BERSAMBUNG.....

3 tukang komen paling setia:

keSENGALan teserlah.. said...

eeeiii..
takkan larrr....
kecian kat aisyah nnty..
adoyyy...
isk2...
smbung2...

ceritaku MEMORIKU said...

eeee.xkanlah
habis kalo hafiz nk tunang mne hero nye.ahakzz.
xsuke2.
cpt sambung.OK.da.-na`dz

eija said...

alamak..ksian aishah..
huh nsib baik hariz
ada..mrangkap adik hapiz


kak ecah sbg lg..