BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 10, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 28

BAB 28

AISHAH menuju ke butik setelah selesai berbincang dengan Hafiz. Lelaki itu harus pulang dengan segera kerana mendapat panggilan kecemasan dari hospital. Sepanjang perjalanan Aishah hanya tersenyum gembira. Gembira kerana masalahnya dengan Hafiz sudah selesai. Tiada di antara mereka yang berdendam. Sebaik sahaja kaki Aishah melangkah masuk ke dalam butik. Putri terus sahaja menerpa ke arah Aishah. Kaget gadis itu dengan gelagat pembantunya itu. Putri segera meminta maaf. Dia tidak sengaja. Aishah tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya tersenyum. Putri pelik. Aishah menuju ke mejanya sambil bernyanyi kecil. Putri semakin pelik. Dikerutkan sedikit dahi. Dia berjalan menuju ke arah Aishah.
“Kak Adik okay ke?” tanya Putri yang begitu mengambil berat akan keadaan Aishah yang tiba-tiba sahaja ceria.
“Okay je. Kenapa Put tanya?” pelik Aishah dengan soalan itu.
“Tak adalah. Akak nampak happy semacam je.” Kata Putri sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“Ye ke? Akak rasa macam biasa.” Ujar Aishah sambil tersenyum manis. Putri terangguk-angguk seperti burung belatuk.
“Put cari Akak ke tadi?” Aishah bertanya apabila dikeluarkan telefon bimbit dari tas tangan dan lihat lebih daripada 10 missed calls yang diterimanya.
“A’ah. Tadi Abang Hariz ada call. Dia try call phone Akak. Tapi asyik masuk voicemail je. Tu yang dia call butik.” Jelas Putri. Aishah kaget. Hariz menelefonnya?
“Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan?” tanya Aishah. Hatinya menjadi gelisah tiba-tiba bila Putri menyebut nama Hariz.
“Dia suruh call dia balik. Penting, katanya.” Pesan Putri kembali. Aishah melabuhkan punggungnya ke kerusi. Kemudian dia mengangguk perlahan. Putri meminta diri untuk keluar dari bilik pejabat Aishah. Ada kerja yang harus diselesaikan dengan segera. Aishah mengetuk pen di meja.
Aishah memandang telefon bimbitnya dengan lama. Haruskah dia menelefon Hariz? Kenapa dia tiba-tiba sahaja menjadi begini? Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Bukankah dia sudah bertekad untuk memberikan peluang kepada Hariz. Bukankah dia sudah berjanji untuk mencintai Hariz sebagaimana dia mencintai Hafiz. Kenapa sejak pertemuannya dengan Hafiz pagi tadi mengubah segala persepsinya? Aishah keliru. Diraup rambut yang panjang mengurai itu ke belakang. Perhubungan yang terputus itu bercantum semula atas dasar kawan. Tidak lebih dari itu. Hafiz dan Aishah membuat keputusan untuk memberikan semula harapan atas hubungan ini. Hanya sebagai kawan. Tetapi kenapa dia rasa resah jika Hariz tahu mengenai perhubungan mereka?
Aishah mengenggam telefon bimbit itu. Kemudian dicapai gagang telefon pejabat dan segera didail nombor Hariz. Lama tidak berjawab. Aishah semakin resah. Nafasnya menjadi laju. Dada semakin berombak menahan perasaan. Panggilannya berjawab. Ada satu suara menyahut.
“Hello?” jawab suara itu.
“Hello. Assalamualaikum, Hariz. Aishah ni.” Sahut Aishah pula. Dadanya semakin sesak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begini. Cool Aishah. Cool! Tenang je. Jangan kecoh-kecoh. Nanti dia tahu kau ada hubungan dengan abang dia, desis hati Aishah. Tetapi kemudian, hatinya berdesis lagi. Kenapa nak takut? Aku hanya kawan je dengan Hafiz. Tak lebih dari tu, detik Aishah.
“Kenapa senyap je ni, Shah?” pertanyaan Hariz menyebabkan lamunan Aishah jatuh berderai. Dia tidak berkata apa-apa.
“A…a…ada apa Ha…Hariz cari saya?” tanya Aishah. Dia menepuk dahinya sendiri. Macam manalah boleh tergagap pula ni? Terdengar tawa kecil Hariz dihujung talian. Aishah semakin bingung. Kenapa dia senang mendengarkan gelak tawa dan melihat senyuman Hariz sejak kebelakangan ini? Apakah perasaan ini? Diusir jauh bayangannya sebentar.
“Kita keluar lunch? Ada perkara yang Hariz nak beritahu Shah ni.” Ujar Hariz. Dup! Jantung Aishah semakin kuat. Berdebar-debar hatinya. Tidak berasa enak seketika.
“Lunch?” sekali lagi tergagap-gagap Aishah bertanya.
“Or Shah dah ada appointment with client tengah hari ni?”
“Ehh…tak. I’m quite free this afternoon.” Ujar Aishah segera. Tidak mahu Hariz berkecil hati. Tidak sampai hati pula untuk menolak pelawaan dari Hariz.
“So, jadilah ni?” tanya Hariz, inginkan kepastian.
“Ya.” Jawab Aishah ringkas.
“So, I’ll come and pick you up?” Hariz bertanya lagi. Segera Aishah menolak.
“No. It’s okay. Kita jumpa je kat mana-mana. Sebab lepas ni saya tak balik ke butik terus. Ada tempat yang harus saya pergi untuk ambil tempahan customer.” Terang Aishah. Hariz mengangguk perlahan walaupun Aishah tidak melihat dia berbuat demikian. Setelah itu mereka masing-masing mematikan talian.
Aishah berpeluk tubuh. Melayang-layang fikirannya sebentar pada pertemuan bersama Hafiz pagi tadi. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Fail yang bertimbun di atas meja dilihat. Segera lamunannya mati. Dicapai satu persatu fail tersebut. Diselak dan dilihat apakah tempahan yang diperlukan oleh pelanggan.


TENGAH HARI itu Aishah sudah siap meneliti tempahan yang diperlukan. Dia menyerah fail barangan yang dia perlu untuk mengubah hantaran kepada Putri yang sedang setia menunggu. Kemudian Aishah memanggil Kamal dan berbincang mengenai tarikh dan lokasi penggambaran yang sesuai untuk bakal pegantin yang akan melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lagi.
“Kamal rasa location mana yang sesuai untuk Cik Ferda?” tanya Aishah. Sekali lagi dia melihat nama di dalam fail tersebut. Seperti pernah didengari nama itu. Dia mengerutkan dahi.
“Dekat atas bukit kat UPM tu pun cantik jugak, Kak.” Kamal berkata. Aishah seperti berfikir sesuatu.
“Hmm…nanti Akak tanya Cik Ferda. Kalau kita ambil gambar dengan ada lembu-lembut tengah pagut rumput pun cantik jugak kan.” Aishah meminta pendapat Kamal lagi. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia pun ada terfikir begitu juga.
Tiba-tiba telefon bimbit Aishah berdering. Terkejut dia dengan nada deringan itu segera melatah. Kamal yang melihat telatah Aishah tergelak besar. Aishah segera memasamkan wajah. Dicapai telefon yang ada di atas meja itu dan dijawab panggilan tersebut tanpa melihat nama di skrin telefon.
“Hello?” jawab Aishah dengan nada marah. Baru sahaja orang hendak membayangkan lokasi penggambaran, sudah terbantut.
“Hello…Assalamualaikum.” Pemanggil memberi salam. Suara Aishah dikendurkan semula.
“Awak busy ke?” tanya pemanggil itu. Aishah pelik. Dijungkitkan kening. Siapakah pemanggil ini? Tetapi suaranya dikenali. Dia melihat skrin telefon. Terpampang nama Hariz. Aishah menepuk dahi.
“Ehh…taklah. Kenapa awak telefon saya?” tanya Aishah sedikit bingung. Hariz mengerutkan dahi. Tidak ingatkah dia? Hmm..tidak mengapa. Mungkin Aishah lupa kerana terlalu sibuk, getus Hariz.
“Awak dah lupa awak janji dengan saya nak lunch?” Hariz bertanya perlahan. Aishah ternganga dan sekali lagi menepuk dahi. Dia benar-benar terlupa kerana leka menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai.
“So sorry. Lupa sangat-sangat.” Jawab Aishah jujur. Hariz mendengus perlahan. Dia tidak mahu memaksa gadis itu keluar makan dengannya jika Aishah sibuk.
“Tak apalah, Shah. Kalau awak sibuk, lain kali jelah, ya.” Hariz pula berkata. Aishah serba-salah apabila nada Hariz berubah.
“Hariz, jangan macam ni, okay. Bila saya dah janji dengan awak, maknanya saya akan tetap tunaikan janji saya.” Aishah berniat memujuk.
“Betul ni saya tak ganggu awak?” tanya Hariz sekali lagi. Benar-benar inginkan kepastian. Aishah menyatakan kepastiannya. Hariz bersuara ceria semula. Aishah menggeleng perlahan. Seperti kanak-kanak ribena sahaja. Kemudian dia tergelak kecil.
“Baiklah. Kita jumpa di The Gardens.” Ujar Hariz pula. Aishah memberikan persetujuannya dan mematikan talian.


15 MINIT kemudian, Aishah keluar dari butik dan menuju ke arah kereta yang diparkir di bawah sepohon pokok. Dihidupkan enjin kereta dan keretanya terarah ke jalanraya yang semakin sibuk. Aishah pening kepala setiap kali terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas sebegini. Keretanya perlahan-lahan menyusuri lebuhraya persekutuan dan menuju ke The Gardens, Mid Valley. Diparkir di tempat letak kereta yang disediakan khas di dalam bangunan tersebut. Kaki Aishah melangkah turun dari kereta dan menuju ke lif. Ditekan butang 2. Lif itu terus menuju ke tingkat 2. Nasib baik tidak begitu ramai pengunjung yang datang ke The Gardens pada waktu tengah hari itu. Laju sahaja kaki Aishah melangkah ke arah medan selera yang terletak di tingkat 2 itu. Tercari-cari wajah Hariz. Lelaki itu melambai ke arahnya. Dengan senyuman manis, Aishah melangkah ke arah Hariz yang sedang menikmati minumannya. Dia belum lagi memesan apa-apa pun makanan. Aishah melabuhkan punggung menghadap Hariz yang sedang tersenyum melihatnya. Aishah melepaskan keluhan perlahan. Termengah sedikit.
“Awak nak minum apa? Makan?” bertubi-tubi Hariz bertanya. Aishah seperti berfikir. Kemudian, dia bangun dan menyusuri satu persatu kedai makan yang ada di dalam medan selera tersebut. Setelah membuat keputusan untuk memilih minuman dan makanan, Aishah duduk semula menghadap Hariz.
“Shah, awak free tak hujung minggu ni?” tanya Hariz. Aishah mengerutkan dahi.
“Kenapa?” Aishah bertanya kembali.
“Umi saya ajak datang makan malam kat rumah Sabtu ni.” Ujar Hariz pula. Aishah merenung Hariz. Kalau dia menerima pelawaan Umi Hariz, bermakna dia akan bertembung muka dengan Hafiz. Dia sebolehnya tidak mahu bertemu dengan Hafiz di rumah mereka itu. Perasaan Aishah menjadi tidak selesa.
“Kalau awak tak free, saya cakap dengan Umi lain kali je lah.” Hariz terkesan perubahan wajah Aishah. Tidak mahu memaksa gadis itu. Aishah berasa serba-salah. Kesian pula pada Farehan yang bersusah-payah menjemputnya menyertai mereka sekeluarga makan malam.
“Saya tak cakap pulak saya tak free.” Aishah memberli klu kepada Hariz. Dengan segera lelaki itu tersenyum lebar.
“Okay. Saya pergi ambil awak kat rumah pukul 8 malam, ya?” Hariz berkata lagi. Aishah mengangguk perlahan dengan senyuman kecil. Cukup untuk membuatkan Hariz tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu.
Setelah selesai mereka menjamu selera pada tengah hari itu, mereka menuju ke destinasi masing-masing. Aishah memarkirkan keretanya semula dibawah pokok sebelum ini. Dia turun dari kereta dan tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang. Aishah mengaduh kesakitan dan orang yang melanggarnya segera meminta maaf.
“Saya minta maaf banyak-banyak Cik. Saya tak sengaja.” Kata orang itu. Aishah memanggung kepala memandang orang itu. Tergamam Aishah seketika melihat gadis dihadapannya itu. Gadis ini! Gadis inilah penyebabnya hubungan Aishah dan Hafiz terputus seketika dahulu. Tidak disangka akan terjumpa Shila semula. Dan Aishah sekali lagi mengerutkan dahi. Pakaian Shila….baju kurung? Dikepalanya….tudung? Aishah benar-benar hairan. Memandang Shila tidak berkelip. Gadis itu tersenyum manis memandang Aishah yang keliru.
“Shah, apa khabar?” tanya Shila lembut. Aishah masih lagi tidak berkelip matanya memandang Shila.
“Ba..ba…baik.” jawab Aishah, gagap.
“Mesti Shah terkejutkan tengok Shila macam ni.” Ujar Shila sambil membetulkan semula tudung yang ditiup angin. Tanpa dapat dikawal, Aishah mengangguk perlahan. Bukan niatnya untuk menyinggung perasaan Shila. Tetapi memang itulah perasaan Aishah ketika ini.
“Aishah sibuk ke sekarang ni?” tanya Shila lagi.
“Ermm…tak.” Ringkas jawapan Aishah.
“Boleh kita pergi mana-mana untuk bersembang? Kat sini panaslah. Kalau boleh, kita pergi minum.” Shila berkata lagi. Memang berlainan sekali Shila dahulu dan Shila dihadapannya kini. Pertuturannya lemah lembut. Gayanya juga tidak lagi seperti dahulu. Mekap juga sudah tidak tebal. Natural, setara dengan wajahnya yang putih.
“Of course.” Aishah berkata pula. Dia melihat jam di tangan. Masih punyai waktu untuk dia bersembang bersama Shila sebelum berjumpa dengan pelanggannya pada pukul 3.30 petang. Mereka berjalan seiringan menuju ke restoran yang betul-betul berada di sebelah kedai butik milik Aishah. Mereka sama-sama melabuhkan punggung dikerusi yang menghadap diantara satu sama lain. Pelayan datang membawa menu. Mereka memesan minuman yang dikehendaki. Selepas itu, pelayan tersebut beredar dengan membawa pesanan mereka ke dapur.
“Sebenarnya…Shila memang datang nak jumpa Aishah.” Kata Shila, lembut. Aishah masih lagi tekun mendengar setiap tutur kata Shila.
“Sebenarnya, Shah…Shila rasa bersalah sangat pada Aishah. Sebab Shila, Aishah dan Hafiz putus. Memang Shila tahu niat Shila pada masa tu salah. Tapi Shila tak dapat halang perasaan benci dan dendam kesumat Shila pada Aishah. Shila seperti dirasuk untuk melakukan perbuatan-perbuatan itu. Entah macam mana Shila boleh terlibat dengan Lutfi. Dinni pernah nasihatkan Shila untuk tak terlibat dengan dia. Tapi, Shila rasa hanya Lufti saja yang boleh laksanakan rancangan Shila ni. Lagipun sekarang ni Lutfi dah menerima hukuman dia. Dia dah dipenjarakan atas kesalahannya. Parents Shila nasihatkan Shila untuk buat police report.” Jelas Shila panjang lebar. Dia melepaskan keluhan kelegaan. Lega dapat meluahkan segala-galanya selepas 12 tahun. Shila juga sudah menerima hukumannya dengan menjadi mangsa rogol lelaki jahanam itu. Shila sekarang dapat hidup dengan tenang selepas Lutfi dipenjarakan.
Aishah tersenyum. Tidak terdetik sewaktu pun dihatinya untuk berdendam dengan gadis itu. Sudah dilupakan segala-galanya. Sudah dimaafkan Shila. Begitu juga dengan Tengku Nora yang muncul dihadapan Aishah memberikan penjelasan terhadap apa yang dilakukan selama ini semasa dia hendak meminta khidmat Aishah untuk merancang majlis kahwinnya. Dia tidak berkecil hati. Aishah tahu kenapa mereka bertindak sedemikian. Aishah juga sedar bahawa dia tidak layak langsung mendekati lelaki seperti Hafiz itu. Aishah menggenggam erat jemari Shila. Dan, tersenyum.
“Saya tak pernah marahkan Shila. Atau benci pada Shila. Saya tahu kenapa Shila buat macam ni.” Ujar Aishah pula. Shila mengangguk tanda kelegaan.
“Sebenarnya ada satu lagi sebab Shila datang jumpa Aishah ni.” Shila berkata lagi. Aishah mengerutkan dahi.
“Shila dah nak kahwin.” Ujar Shila. Wajahnya berseri-seri.
“Ya ke? Congratulations.” Ucap Aishah, ikhlas.
“Dan…” ayat Shila tergantung. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan butir bicara. Aishah tersenyum.
“Shila nak menggunakan khidmat saya?” teka Aishah. Dilihatnya Shila mengangguk pantas.
“Sebab hari tu muka Aishah ada masuk magazine. Aishah ada kata yang butik Shah ni ada sediakan pakej untuk pakaian pengantin muslimah. So, without hesitate, I just came here.” Shila berkata panjang lebar. Aishah mengangguk.
“Siapa future husband Shila?” tanya Aishah perlahan. Segan pada mulanya untuk dia bertanya.
“Dia muallaf.” Jawab Shila ringkas.
“Muallaf?”
“Ya. Dia orang India. Tapi dia masuk Islam masa umur 15 tahun. Semua family dia dah masuk Islam. Termasuk parents dia sekali.” Terang Shila.
“Ohh…macam mana Shila boleh jumpa dia?” tanya Aishah lagi. Wajah Shila sudah berubah.
“Sorry, kalau pertanyaan saya ni buatkan Shila tak selesa.” Aishah berkata. Tidak mahu Shila terasa hati.
“It’s okay. Jumpa kat office. Dia tingkat 7, Shila tingkat 9. So, selalu lah jugak jumpa dalam lif. I thought he was Indian. Then suddenly, I bump into him at surau. I was shocked. Bila Shila tanya kawan-kawan at office, semua cakap dia masuk Islam dah lama.” Shila berkata dengan wajah yang ceria. Belum pernah Aishah melihat wajah Shila seperti itu. Mungkin Shila sudah berjumpa dengan hidayah-Nya dan dipertemukan dengan jodoh yang baik. Hati Aishah berdoa supaya mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Hatinya ikhlas.
“Shila kerja kat mana sekarang?” tanya Aishah. Dia begitu ingin tahu perkembangan rakan-rakan sekolah. Tetapi Aishah hanya tahu perkembangan sesetengah pelajar dari kelasnya sahaja.
“SM Holdings.” Shila menjawab ringkas.
“Hah? SM Holdings?” tanya Aishah seperti tidak percaya. Dilihatnya Shila mengangguk perlahan.
“Dah berapa lama Shila kerja kat situ?” Aishah bertanya lagi.
“Baru je setahun lebih. Tu pun sebab sepupu Shila yang recommend kan.” Ujar Shila. Aishah ingin bertanya lagi.
“Siapa sepupu Shila?”
“Syafiq. Salah seorang bos kat situ jugak.” Shila berkata. Aishah terdiam.
“Jadi, Shila kenal Hariz?” Aishah bertanya perlahan.
“Encik Hariz? Kenal. Dia bos department Shila. Kenapa Aishah tanya? Aishah kenal ke?” Shila seolah-olah dapat menghidu sesuatu. Dia bertanya kembali. Cepat sahaja kepala Aishah menggeleng. Kenapa harus dinafikan? Shila tentu tidak akan beritahu apa-apa kepada Hariz. Aishah sendiri tidak faham dengan tindakannya itu.
“What a coincidence.” Aishah berkata perlahan.
“Apa, Shah?” tanya Shila lagi.
“Tak ada apa-apa.” Segera Aishah menafikannya.
“Jomlah masuk dalam butik. Aishah nak tunjuk pada Shila collection baru pakaian muslimah yang baru je sampai semalam.” Ujar Aishah dan segera menarik lengan Shila setelah gadis itu membayar harga minuman mereka. Terdorong gadis itu mengikut rentak kaki Aishah.


SHILA sudah lama pulang. Dia tidak bekerja hari ini. Sengaja mengambil cuti semata-mata untuk survey pakaian di butik Aishah. Sudah 2-3 hari Shila datang ke butiknya. Mengesahkan tempahan. Baru sebentar tadi, Shila datang membawa bakal suaminya. Terkejut Aishah melihat lelaki itu. Lelaki itu tersengih memandang Aishah. Shila menjadi pelik. Shila mendesak dan bertanya kepada mereka. Barulah Aishah menceritakan perkara sebenar bahawa SM Holdings itu adalah milik bapanya. Dan, bakal suami Shila itu adalah Ketua Akauntan di syarikat tersebut. Barulah Shila faham kini. Mereka sudah mencuba koleksi pakaian yang baru sahaja sampai semalam. Nampaknya, Shila dan bakal suaminya yang dikenali sebagai Akbar Ravi, berpuas hati dengan pakaian yang dipilih dan telah pun mengesahkan tempahan mereka. Aishah mengeluh lega. Tidak susah berurusan dengan mereka ini.
Deringan telefon mematikan lamunan Aishah. Segera dicapai telefon bimbit yang terletak di atas meja. Dilihat nama yang dipaparkan di skrin pemanggil. Hafiz! Aishah melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab panggilan itu.
“Hello?” jawab Aishah perlahan.
“Assalamualaikum.” Hafiz memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Jawab Aishah perlahan.
“Shah busy ke?” tanya Hafiz.
“Taklah sangat. Kenapa?” Aishah bertanya kembali.
“Kita dinner sama. Itupun kalau Shah tak keberatan.” Pelawa Hafiz. Aishah melepaskan keluhan perlahan sekali lagi. Susahnya membuat keputusan.
“Okay. Kita nak jumpa kat mana?”
“Fiz pergi ambil Shah?” kata Hafiz dalam nada gembira. Lega apabila Aishah memberikan persetujuan. Takut juga dia Aishah tidak bersetuju untuk keluar bersamanya.
“Tak apalah, Fiz. Lagipun saya bawak kereta. Kita jumpa kat mana-mana jelah.” Ujar Aishah. Menolak pelawaan Hafiz.
“Okay. Kita jumpa kat Bintang Sidewalk Café?” Hafiz bertanya. Aishah memberikan persetujuannya sekali lagi. Mereka sama-sama mematikan talian.


TEPAT jam 9 malam, Hafiz sudah terpacak di hadapan Bintang Sidewalk Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. 10 minit kemudian, Aishah juga tiba dihadapan restoran tersebut. Mereka sama-sama melangkah masuk. Setelah memesan makanan dan minuman, Hafiz ingin berbicara sesuatu. Tetapi terasa seperti ruang kerongkongnya tersekat. Air liur tidak lepas menuruni celah kerongkong. Aishah sedang leka menonton televisyen yang disiarkan di kain rentang besar yang ada disediakan di restoran itu. Hafiz berdehem kecil. Aishah memandang lelaki dihadapannya itu.
“Ermm…Umi ada ajak Aishah untuk datang dinner kat rumah kan Sabtu ni?” tanya Hafiz sedikit gagap. Aishah tersenyum kecil.
“Ada. Hariz call hari tu.” Ujar Aishah sedikit tidak selesa.
“Aishah datang?” tanya Hafiz lagi. Aishah mengangguk perlahan. Hafiz terdiam lagi. Tidak tahu hendak memulakan bicara.
“Aishah harap hubungan kita ni, tak lebih dari kawan ya, Fiz.” Ujar Aishah tiba-tiba. Hafiz memanggung kepala memandang Aishah.
“Kenapa Shah kata macam tu?”
“Kita sama-sama tak nak lukakan hati orang yang sama-sama sayangkan kita.” Aishah ujar perlahan.
“Tapi, Shah…Fiz sayangkan Aishah.” Ujar Hafiz dan menggenggam jari jemari Aishah. Gadis itu menarik tangannya semula perlahan.
“Itu dulu, Fiz. Sekarang ni, saya sendiri tak tahu apa perasaan saya.” Aishah berkata lagi. Hafiz hanya merenung gadis dihadapannya itu. Sudah tidak adakah perasaannya untukku? Desis hati Hafiz.
“Berilah saya masa untuk fikirkannya.” Ujar Aishah lagi. Hafiz melepaskan keluhan. Hatinya sebal. Geram. Sedih. Semuanya bercampur aduk menjadi satu.

BERSAMBUNG....

4 tukang komen paling setia:

IyanAslom said...

nak aisah ngn hariz....hafiz bajet hensem je...huhuhuhu

ceritaku MEMORIKU said...

nak aisyah dgn hafiz.
sweet je dowang.
xkn nk korbankn perasaan sendri.
suke2.
-na`dz

keSENGALan teserlah.. said...

ngeee...
huh..
nk aisyah ngn spe ek??
zatie yg kompius cmnieh..
hehehhe..
complicated tol relationship downg nieh...
iskk22..
smbung2..

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

haha..
xtaw nak kenenkan aishah dgn sape?
hariz?cian dia andai aishah pilih hafiz..
hafiz?die chenta ptamo aishah..mayb ade peluang kot..tp ellisa nak campak mane?
ish2..