BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 6, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 25

BAB 25

HARIZ menuju ke tingkat bawah setelah lengkap berpakaian. Dilihat Hafiz sedang duduk menonton televisyen. Hafiz memandang adiknya yang sudah segak berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali leher, menjinjing sebuah briefcase. Dia tersenyum kepada Hariz.
“Lambatnya kamu hari ni, Angah.” Ujar Hafiz. Tangannya memegang alat kawalan jauh dan ligat menukar siaran.
“Taklah, Along. Angah tak masuk pejabat hari ni. Ada meeting luar. Eh! Along tak pergi hospital ke?” tanya Hariz. Dia mencapai kunci kereta yang terletak di dalam almari kaca. Dia tahu bahawa Hafiz memang sibuk semenjak sudah bekerja di Malaysia, tiada masa untuk bersuka ria bersama Hariz dan bertemu janji dengan Ellisa. Mungkin Hafiz sibuk mengumpul duit untuk majlis perkahwinannya yang bakal tiba nanti.
“Tak. Hari ni Along on call.” Hafiz lihat adiknya mengangguk. Hariz menuju ke arah Hafiz dan menyalami abangnya itu. Hariz segera menyarung kasut apabila jam di tangan menunjukkan pukul 11.45 pagi.
“Oklah, Along. Angah pergi dulu.” Kata Hariz. Dia berlalu ke garaj. Dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi.
Setengah jam kemudian, keretanya berhenti di hadapan Hotel Hilton. Nasib baik jalan tidak sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar kerana sudah waktu menganjak ke tengah hari. Sudah tentulah pekerja-pekerja pejabat pasti keluar untuk menikmati makan tengah hari.
Joki kereta yang sedia menunggu di lobi mengambil kunci kereta daripada Hariz dan membawa kereta Hariz menuju ke tempat meletakkan kereta. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke coffee house. Seorang lelaki yang segak berpakaian kot dan seorang wanita yang anggun lagi bergaya elegan sedang menanti kehadiran Hariz sejak tadi dengan sabar. Mereka berdua adalah pekerja di cawangan syarikat milik Syed Mahfuz di Sungai Petani, Kedah. Mereka berdua sedang rancak bersembang.
“Can I help you, sir?” tanya seorang pelayan.
“No, it’s okay. My friend’s over there.” Hariz menuju ke arah orang-orang yang sedang menunggunya. Pelayan itu mengangguk dan tersenyum.
“Sorry. Am I late?” tanya Hariz sambil melihat jam.
“No. We’re early. Actually, we just had a meeting with our client here. So, we decided to wait for you.” Kata lelaki berbangsa India itu. Wanita itu hanya tersenyum. Hariz berjabat tangan dengan mereka berdua. Seorang pelayan mendekati mereka bertiga.
“May I take your order, sir?” tanya pelayan itu yang fasih berbahasa Inggeris. Lelaki India yang dikenali sebagai Nathan menghulurkan menu kepada Hariz.
“Give me Set A. How about you, Fiza?” tanya Nathan kepada wanita dihadapannya yang bernama Fiza.
“Set A for me too.” Jawab Fiza sambil tersenyum manis.
“You, Encik Hariz?” tanya Fiza kepada Hariz.
“No, it’s okay. Just give me coffee.” Kata Hariz dan menyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan itu.
“Very well, sir.” Pelayan itu beredar dari situ setelah mengambil pesanan daripada mereka bertiga.
“So, what is the urgent matters?” tanya Hariz kepada dua orang dihadapannya itu. Sudah tidak sabar untuk mengetahui perihal penting yang membuatkan mereka berdua sanggup datang dari jauh untuk menyampaikan perkara itu. Kalau tidak penting, masakan tidak bercakap melalui telefon sahaja. Kenapa harus mereka bersusah-payah turun dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur? Mesti perkara ini sangat penting.
“We have some bad news for you.” Kata Nathan. Matanya sesekali terarah kepada Fiza. Wanita itu mengangguk perlahan.
“What is the matter?” tanya Hariz lagi, kurang sabar. Pelayan itu datang semula ke meja mereka dengan membawa pesanan mereka. Terhenti sebentar perbualan mereka. Pelayan itu beredar setelah menghidangkan makanan di hadapan mereka. Berkeroncong perut Hariz minta diisi. Tetapi dia sudah berjanji dengan rakannya hendak makan tengah hari bersama sebaik sahaja dia selesai temujanjinya yang kedua pada petang itu.
“Kerajaan terpaksa memberhentikan pembinaan projek perumahan Desa Setia.” Kata Fiza perlahan. Hariz memandang wanita itu dengan kerutan di dahi. Dia melurutkan dagu. Dia seperti berfikir sesuatu. Desa Setia? Kenapa nama projek itu seperti pernah didengarinya? Kemudian, Hariz teringat sesuatu.
“Desa Setia? Yang diuruskan oleh Encik Imran dengan kerjasama M-Pire Architecture Holdings?” Hariz bertanya. Menginginkan kepastian. Dilihatnya kedua-dua mereka mengangguk serentak.
“What? Kenapa?” tanya Hariz.
“Ada penyelewengan.” Jawab Fiza tegas.
“Penyelewengan? Siapa yang berani nak seleweng dengan Tuan Syed. Dia seorang yang peka dalam setiap kerja yang dilakukannya.” Hariz pula berkata seperti tidak percaya dengan kata-kata mereka.
“That’s true. Memang tak ada yang berani seleweng dia. Tapi hanya ada seorang sahaja yang boleh.” Nathan pula berkata. Bertambah-tambah kerutan di dahi Hariz.
“Okay. So, do tell me. What is this Desa Setia project has got to do with me?” Hariz bertanya lagi. Setahu dia selain projek Lembah Bayung, dia langsung tiada kaitan dengan projek-projek lain.
“Memang Encik Hariz tiada kaitan. Tapi hanya Encik Hariz orang kepercayaan Datuk. And, kami hanya percaya Encik Hariz.” Fiza berkata lembut. Mengharap pengertian Hariz. Dia melepaskan keluhan.
“Okay, fine. Sekarang beritahu saya, kenapa kerajaan tak luluskan projek tu?” Hariz ingin tahu akan sebab-musababnya. Sebelum dia melakukan tindakan seterusnya.
“Simen yang digunakan tidak mengikut piawaian. Structure tak kukuh. Takut nanti tak sampai 2-3 bulan pembeli mendiami kediaman mereka, berlaku kerosakan yang tak dapat kita bayangkan. Kerugian boleh mencecah berjuta-juta ringgit, Encik Hariz. Syarikat ni dah lama bertapak dalam bidang pembinaan. Sudah tentu kami berdua tak mahu perkara-perkara macam ni berlaku dan boleh merosakkan kepercayaan peneroka tanah kepada kami.” terang Fiza. Hariz hanya mengangguk.
“Blue print juga tak dicetak untuk diluluskan oleh kerajaan.” Terang Fiza lagi. Hariz membeliakkan mata.
“Blue print? You gotta be kidding.” Hariz berkata.
“I wish I am. But I’m not.” Jawab Fiza. Hariz menggeleng perlahan.
“I’m serious, Encik Hariz. Tulah sebabnya kerajaan tak sahkan projek kita.” sambung Fiza lagi. Nathan sesekali mengangguk.
“Oh, my god!” Hariz memegang kepalanya.
“Awak ada syak siapa-siapa?” pertanyaan Hariz itu membuatkan mereka memandang di antara satu sama lain.
“Ada, Encik Hariz. Tapi kami tak berani nak cakap terang-terang sebab kami tak ada bukti.” Nathan berkata-kata.
“Cakap je siapa.” Paksa Hariz.
“Kenny and Darwin.” Jawab Nathan.
“Yang menguruskan jual beli?” tanya Hariz lagi.
“Encik Imran.” Perlahan sahaja Fiza menyebut nama orang yang disyaki oleh mereka berdua. Hariz terkejut besar. Hampir ternganga mulut. Reaksi Hariz sahaja sudah membuatkan Nathan dan Fiza tahu bahawa dia sama sekali tidak menyangka dalangnya itu adalah Imran.
“Tapi kami tak pasti lagi samada benar atau tidak Encik Imran yang melakukan jual beli tanpa pengetahuan Datuk.” Cepat sahaja Nathan memintas. Dia tidak mahu menuduh seseorang itu tanpa bukti yang kukuh.
“Datuk? Datuk mana pulak ni?” tanya Hariz, kebingungan.
“Datuk Syed Mahfuz.” Jawab Nathan ringkas.
“Sejak bila dia dapat pangkat Datuk?” tanya Hariz lagi. Inginkan kepastian. Nathan dan Fiza saling berpandangan. Mustahil Hariz tidak tahu. Dia kan kerja satu pejabat dengan Syed Mahfuz.
“Dah hampir 4-5 bulan.” Kata Fiza pula.
“Ya ke? Nampak sangat saya tak ambil tahu perkembangan lain.” Hariz tersengih kepada dua orang bawahannya itu. Mereka hanya tersenyum.
“Jemput makan, Encik Hariz.” Kata Nathan.
“Ya…silakan.” Berkerut-kerut dahi Hariz seperti memikirkan sesuatu. Dia memeluk tubuh.
“Puan Norell tahu tak?” tanya Hariz setelah puas berfikir.
“Tahu, Encik Hariz. Puan Norell tahu yang projek ni telah diberhentikan.” Nathan berkata sambil menyuapkan sepotong daging ke mulutnya.
“So, where’s Imran now?” tanya Hariz.
“Dia dah larikan diri ke luar negara. Kenny dan Darwin masih lagi dalam siasatan polis untuk mengetahui siapa dalang yang sebenarnya.” Nathan menjawab sambil berpeluk tubuh. Fiza menghirup air minuman dihadapannya.
“Macam mana awak tahu dia dah larikan diri?” Hariz bertanya lagi. Banyak betul soalan yang keluar dari mulut lelaki ini.
“Hari tu dengan tidak sengajanya, statement account Encik Imran tersalah hantar kepada secretary saya. So, she thought that statement was mine. She handed it to me. Without looking at the receiver name, I opened it. Tapi saya terkejut bila lihat jumlah sebanyak RM 2.3 juta ada dalam akaun saya. So, saya lihat balik nama penerima pada sampul surat and guess what, it’s Encik Imran statement account.” Nathan menerangkan perkara sebenar kepada Hariz bagaimana dia mengesyaki lelaki itu telah menyeleweng duit syarikat Syed Mahfuz.
“Ni masalah berat.” Keluh Hariz.
“Encik Hariz, perkara ni hanya Datuk yang berkuatkuasa untuk menentukan. Sememangnya Puan Norell yang bertanggungjawab menjalankan projek ini tetapi hanya Datuk sahaja yang dapat mengesahkan perkara ini.” Jelas Fiza panjang lebar. Dilihat Hariz terangguk-angguk. Dia melepaskan satu dengusan nafas yang kuat.
“I’ll see what I can do. Dan, apa pun keputusannya nanti, saya akan maklumkan kamu berdua.” Hariz berkata. Kedua-dua mereka hanya mengangguk dan tersenyum kelegaan kerana dapat menceritakan masalah sebenar kepada orang yang lebih dipercayai.
Hariz melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Dia harus bergerak kerana perlu berjumpa dengan Puan Qaseh.
“Tak apalah, Nathan, Fiza. Saya kena gerak dulu. Saya ada meeting lain pulak ni.” Kata Hariz. Dia bangun dan membetulkan baju kemeja yang sedikit berkedut.
“Baiklah, Encik Hariz.” Mereka berkata serentak.
“Kalau ada apa-apa, awak boleh terus call saya. Ada sesiapa lagi yang tahu tentang perkara ni?” tanya Hariz. Khuatir juga dia jika perkara ini tersebar kepada media massa. Reputasi syarikat Syed Mahfuz boleh menjadi buruk.
“Tak ada, Encik Hariz. Cuma kami berdua sahaja dan Puan Norell.” Ujar Fiza. Hariz mengangguk perlahan.
“Saya nasihatkan, kamu berdua berhati-hatilah. Kalau nak siasat perkara ni, beritahu saya dulu. Nanti kita sama-sama fikirkan jalan untuk tindakan selanjutnya. Kamu tahu je lah kan. Imran tu ada pengaruh yang kuat. Kenny dan Darwin orang kanan dia. Mereka boleh arahkan orang untuk mengapa-apakan kamu. Jangan bertindak apa-apa selagi belum mendapatkan pengesahan. Dan jangan biarkan mereka tahu yang kamu dah tahu tentang kegiatan mereka.” Hariz seperti orang memberi arahan. Mereka berdua mengangguk dan berdiri untuk berjabat tangan dengan pegawai atasan mereka. Hariz tersenyum dan beredar dari situ.


KERETA Hariz betul-betul berhenti dihadapan lobi Hotel Le Meridien. Seperti biasa, dia menyerahkan kunci keretanya kepada car jockey dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Dia menuju ke coffee house. Perutnya masih berkeroncong. Masakan tidak. Dari pagi lagi dia tidak mengisi apa-apa. Hariz berdiri dihadapan coffee house. Dia disapa oleh seorang pelayan. Tiba-tiba lambaian tangan seorang lelaki yang cukup Hariz kenali. Dia tersenyum dan menuju ke meja yang diduduki oleh orang yang ingin diketemuinya.
“Woi, mangkuk! Kau buat apa kat sini?” tanya Hariz. Dia berpeluk dan bersalaman dengan lelaki dihadapannya itu. Isteri lelaki itu hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua.
“Apa khabar, Puan Qaseh?” Hariz bertanya. Kesian melihat wanita dihadapannya itu yang gigih menyelesaikan kerja walaupun kini berbadan dua.
“Tak perlulah berpuan-puan dengan saya. Cukuplah hanya Qaseh.” Kata Puan Qaseh mesra. Pelayan datang membawa menu dan menyerahkan kepada mereka bertiga.
“Kau nak makan apa, Fareez?” tanya Hariz.
“Aku nak makan nasi minyak.” Usik Fareez. Tidak habis-habis sahabatnya itu mengenakan dia sejak zaman sekolah lagi.
“Kat sini mana ada nasi minyak.” Kata Hariz lagi.
“Aku tahu. Aku sebenarnya tengah perli kau ni.” Ujar Fareez pula.
“Kau nak perli aku kejap-kejap lagi. Sekarang ni aku tengah lapar. Karang dengan kau, aku telan.” Ujar Hariz sambil meneliti menu. Dia terdengar tawa kecil Fareez. Setelah mengambil pesanan, pelayan itu segera beredar. Fareez begitu asyik meneliti muka Hariz.
“Dah lama aku tak jumpa kau. Makin handsome pulak sekarang ni. Dah ada awek ke?” usik lelaki itu. Hariz tersengih.
“Biasak ah, Fareez. Ini dah anak ke berapa pulak ni?” tanya Hariz sambil memandang perut Qaseh yang sedang memboyot. Fareez pura-pura mengira. Qaseh ketawa kecil melihat gaya suaminya itu.
“Anak yang ke…kiranya ini anak aku yang ketiga. First, anak aku dengan ex-wife dulu. Second, kembar. Kembar, beb! Yang ini the third one lah.” Terang Fareez satu persatu.
“How’s your ex-wife?” tanya Hariz.
“She’s fine. But, she’s in jail. Dia dihukum penjara 7-8 tahun. Or maybe sentence to life.” Kata Fareez perlahan. Hariz turut bersimpati dengan nasib bekas isteri Fareez yang dituduh membunuh secara tidak sengaja.
“Ok. Kita tutup topik. Bukak topik baru. Bila lagi aku nak merasa nasi minyak kau?” tanya Fareez dengan nada mengusik. Dia tahu sangat yang kawannya itu memang tidak pandai berkawan dengan perempuan. Semasa sekolah sehinggalah zaman universiti pun kalau tidak dipaksa mencari kawan perempuan, memang dia selama-lamanya lebih senang hidup berseorangan. Hariz tersengih.
“Tunggulah. Bila dah berminyak, kau nak lantak satu tempayan pun aku tak kisah.” Ketawa mereka sama-sama meledak. Orang-orang yang sedang menjamu selera di coffee house itu memandang mereka dengan kerutan yang sukar ditafsirkan.
“Aku cakap betul ni.” Kata Fareez yang mulai geram dengan sikap Hariz yang main-main.
“Alaa…kau tunggu je kad jemputan aku.” Kata Hariz. Qaseh hanya mendiamkan diri dan memandang Hariz dan suaminya silih berganti.
“Along macam mana sekarang?” tanya Fareez yang turut mengenali Hafiz. Mereka berlima memang sahabat yang baik. Hafiz, Hariz, Fareez, Rashdan dan Raja Zikri. Kalau mereka berjumpa, pasti gamat satu kedai dengan gelagat masing-masing.
“Wei, amacam kawan kita lagi seorang tu? Dah lama aku tak jumpa Zeke.” Kata Hariz. Agak lama mereka sudah tidak berkumpul bersama. Sejak masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri.
“Kau tak tahu ke?” tanya Fareez, kehairanan.
“Tahu apa?” Hariz bertanya kembali.
“Zeke dengan Nad dah ke Australia sambung belajar.” Terang Fareez.
“Hah? Aku tak tahu pun. Mangkuk sorang tu kalau buat apa-apa pun, mesti senyap-senyap je.” Kadangkala Hariz geram dengan sikap Raja Zikri.
“Dia kata, dia try call kau. Tapi selalu tak dapat.” Ujar Fareez.
“Kepala hotak dia! Aku bukannya duduk kat autospace.” Geram Hariz dengan perbuatan Raja Zikri kalau melakukan sesuatu perkara mesti dilakukan secara senyap.
“Itu aku tak tahu. Kalau kau nak belasah dia, dipersilakan waktu dia balik cuti semester break ni.” Ujar Fareez. Tangan selalu dilingkar ke bahu isteri tersayang. Cemburu pula Hariz melihat kebahagiaan di hadapan matanya itu. Fareez memandang Qaseh. Dia faham akan isyarat mata yang diberikan oleh isterinya itu.
“Maafkan Abang, sayang. Kalau dah berjumpa dengan kawan lama, macam nilah jadinya.” Kata Fareez sambil mencuit dagu Qaseh. Qaseh tertunduk malu apabila diperlakukan sebegitu.
“Apahal kau ikut wife kau ke tempat kerja ni?” Hariz mengusik.
“Aku sebenarnya cuti hari ni. Tapi aku risau kan keadaan dia. Dia alami morning sickness yang teruk semenjak mengandung yang kedua ni.” Kata Fareez sambil tangannya ligat mengusap perut Qaseh.
“Ke kau takut tinggal kat rumah sorang-sorang?” ketawa Hariz tercetus. Qaseh turut tergelak kecil.
“Hallo…semenjak kau dan Zeke tak ada nak buat cerita-cerita mistik tu semua, aku dah okey duduk rumah sensorang.” Ujar Fareez. Ketawa Hariz sekali lagi meletus.
Hariz dan Zikri pernah bercerita kepada Fareez yang mereka pernah terjumpa perempuan berpakaian putih dan berambut panjang mengurai selalu masuk ke tandas lelaki. Selepas mendengar cerita itu, hampir sebulan Fareez minta mereka temankannya setiap kali hendak ke tandas di blok yang mereka duduki. Selepas cerita mengenai kejadian perempuan berpakaian putih itu selalu masuk ke tandas lelaki tersebar dikalangan pelajar-pelajar kampus, kecoh satu blok. Warden blok menyiasat perkara ini. Rupa-rupanya, bukan perempuan berpakaian putih dan rambut panjang yang masuk ke tandas itu tetapi lelaki. Salah seorang daripada pelajar lelaki yang tinggal satu blok dengan mereka berambut panjang hampir mencecah pinggang. Dan selalu suka berpakaian tidur berwarna putih. Kelakar pula apabila dikenang kembali peristiwa sebegitu. Akibatnya, pelajar tersebut dikehendaki memotong pendek rambut.
“Teringat pulak aku kat Gerard.” Kata Hariz sambil ketawa mengekeh.
“Macam mana lecturers dia boleh tak perasan rambut dia tu?” tanya Fareez kerana sampai hari ini dia berasa hairan.
“ Dia masukkan rambut dia dalam topi. Tulah sebabnya kita selalu nampak dia pakai topi.” Ujar Hariz. Dilap air mata yang terkeluar sedikit akibat terlalu banyak ketawa. Sudah lama tidak bergelak ketawa sebegini.
“Dahlah tu. Kita asyik sembang je. Nanti tak jalan pulak kerja aku.” Kata Hariz. Dia memandang Qaseh yang sedang tersenyum. Lekas sahaja Qaseh mengeluarkan storyboard dan menunjukkan kepada Hariz. Diterang serba sedikit jika lelaki dihadapannya itu bertanya soalan. Hariz meneliti satu persatu. Dia berpuas hati dengan kerja Qaseh. Fareez kadangkala mendengar penerangan isterinya. Kadangkala membalas mesej pesanan ringkas. Kemudian, tertawa sendirian.
“Woi…message girlfriend ke?” usik Hariz yang melihat perbuatan Hariz itu. Qaseh turut mengalihkan pandang kepada suami disebelah.
“Banyaklah kau. Aku tengah mesej dengan Dan ni.” Ujar Fareez.
Makanan dan minuman yang dipesan sudah siap dihidang dihadapan mereka. Hariz meletakkan storyboard tersebut ke tepi.
“Maafkan saya, Qaseh. Kalau saya dah nampak makanan, semua benda saya sanggup tolak ketepi.” Kata Hariz apabila dilihatnya wajah Qaseh berubah. Kemudian, wanita itu tersenyum.
“Lepas makan, kita continue.” Sambung Hariz. Mereka bertiga menjamu selera dengan gelak ketawa daripada Hariz dan Fareez.
“Apa pangkat kau kat tempat kerja sekarang?” tanya Fareez.
“Alahh…kecik je.” Hariz berkata.
“Cakap je lah.” Paksa Fareez.
“Aku tak lah jadik Chairman of the company macam kau.” Kata Hariz merendah diri. Fareez menghirup sedikit air minuman.
“Aku pun ambil alih company bapak aku je.” Pintas Fareez.
“General Manager... and at the same time aku adalah arkitek.”
“Wow! G.M. Pangkat besar lah tu sampai Datuk pun boleh beri kepercayaan pada kau untuk uruskan promosi iklan Lembah Bayung 2 tu.” Kata Fareez memuji-muji sahabatnya itu.
“Haa…bila cerita pasal Lembah Bayung tu, macam mana dah siap ke projek tu?” tanya Hariz sambil menyuapkan makanan ke mulut.
“Azlan kata kalau ada maklumat lanjut, nanti dia akan beritahu aku terus.” Ujar Fareez. Hariz mengangguk perlahan.
“Mestilah beritahu kau. Kau kan bos besar.” Usik Hariz lagi.
“Kau ni tak habis-habis lagi ke?” mereka sama-sama ketawa. Entah apa yang lucunya, isteri Fareez tidak pula ambil tahu.
Selepas selesai mereka menjamu selera, Hariz mengambil semula storyboard itu dan ditelitinya satu persatu. Ada sesuatu yang kurang kena di dalam iklan itu.
“Kalau saya cakap ni, Puan Qaseh jangan ambil hati, ya?” kata Hariz.
“Cakap sajalah, Encik Hariz. Encik Hariz yang bayar iklan ni.” Ujar Qaseh lembut. Hariz mengangguk perlahan.
“Pasal projek iklan syarikat ni, saya sangat berpuas hati. Tapi pasal Lembah Bayung, macam ada yang tak kena saja.” Ujar Hariz. Matanya masih meneliti storyboard-storyboard di hadapan.
“Apa yang tak kenanya?” tanya Qaseh lagi.
“Puan Qaseh perhatikan storyboard ni betul-betul, ya?” Hariz berkata dan meletakkan storyboard tersebut menghala ke arah Qaseh. Fareez juga turut melihat iklan tersebut. Cuba meneliti dimana kekurangan dalam iklan itu.
“Lembah Bayung 2 ni adalah sequel kepada Lembah Bayung 1. Banyak perbezaannya antara dua projek ini. Lembah Bayung 2, kita tambah bilik, commodition lebih banyak. Dan kita buat projek ni di satu tempat yang lain. Bukan berdekatan dengan Lembah Bayung 1. Tempat Lembah Bayung 2 ni, agak kurang strategik daripada Lembah Bayung 1. Tetapi tapak yang kita pilih ni adalah tempat perlancongan. Cuma tak terkenal di kalangan pelancong. Kita nak memperkenalkan kawasan itu kepada bukan sahaja pelancong tetapi kepada orang tempatan juga supaya dengan kedatangan lebih ramai pengunjung dan pelancong akan dapat meningkatkan dasar ekonomi dikawasan tersebut secara tidak langsung.” Jelas Hariz panjang lebar. Qaseh mengangguk perlahan. Fareez tersenyum. Hariz berkata dengan penuh keyakinan.
“Puan Qaseh fahamkan apa yang saya nak?” tanya Hariz. Inginkan kepastian. Qaseh mengangguk pantas dan tersenyum.
“Baiklah, Encik Hariz. Saya akan ubah balik iklan ni.”
“Puan Qaseh tak payah susah nak ubah banyak-banyak. Cuma alter tempat yang mana patut je. Memang ada sedikit kesalahan dalam iklan Puan Qaseh. Saya minta maaf kalau apa yang cakapkan ni menyakitkan hati Puan Qaseh. Tapi satu je yang saya puas hati dengan iklan Puan Qaseh ni.” Ujar Hariz. Dia menghirup sedikit air jusnya untuk menghilangkan dahaga.
“Apa dia?”
“Iklan ni penuh informasi, tepat dan cara penyampaiannya sangat ringkas. Saya suka. Penonton boleh faham apa yang kita cuba nak sampaikan.” Hariz berkata-kata. Fareez hanya menjadi pemerhati.
“Apa yang kau pandang?” tanya Hariz apabila sedari tadi Fareez hanya mendiamkan diri. Sahabatnya itu tergelak kecil.
“Tak rugi aku serahkan promosi iklan ni kepada syarikat Datuk. Rupa-rupanya, Datuk menyerahkan tugas ini kepada orang yang berbakat.” Puji Fareez tinggi melambung. Wajah Hariz merona merah. Begitulah sahabatnya itu kalau dipuji sedikit.
“Tak adalah. Ini adalah projek bawah seliaan aku. Jadi, aku kena pastikan ianya betul-betul sempurna.” Hariz menyangkal kata-kata Fareez. Dia tidak suka dipuji lebih-lebih. Dia mahu memastikan kelancaran dalam sesebuah projek itu.
“Puan Qaseh boleh tak siapkan iklan tu selewat-lewatnya hujung minggu depan?” tanya Hariz. Diharap masa yang diberikan cukup untuk wanita itu menyelesaikan iklan itu.
“Insya-Allah, saya akan siapkan.” Janji Qaseh.
“Betul ni, Puan Qaseh?” tanya Hariz sekali lagi. Dilihatnya wanita itu mengangguk. Lega hati. Dia perlu menyerahkan iklan itu kepada Syed Mahfuz untuk pengesahan. Kalau tidak disahkan lagi, iklan itu tidak boleh dikomersialkan dan mungkin setelah projek itu siap sepenuhnya, tiada pelancong yang akan pergi kerana mereka belum ‘mesra’ dengan tempat tersebut. Itulah yang selalu dirisaukan oleh Hariz. Projek ini adalah tanggungjawab terbesarnya. Dia tidak mahu menghampakan Syed Mahfuz yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.
“Terima kasih banyak-banyak, Puan Qaseh.”
Hariz dan Fareez bersembang sehingga waktu menginjak ke petang. Qaseh awal-awal lagi sudah meminta diri untuk pulang ke pejabat. Fareez hendak menghantarnya ke pejabat tetapi Qaseh memberikan sedikit ruang untuk suaminya bersembang bersama Hariz. Dia tahu sudah lama mereka tidak ketemu. Pasti banyak cerita yang mahu diceritakan. Tentang kisah zaman sekolah, zaman percintaan dan zaman kini.

BERSAMBUNG....

2 tukang komen paling setia:

keSENGALan teserlah.. said...

waahh...
fareez ngn qasseh pon enterframe nieh..
hihi...
bhgie gak dowang uh...
hihi..
ske2..
smbung2...

ceritaku MEMORIKU said...

wahhh.
xsangka lak fareez n hariz best fwenzz.agagag
suke2.
qaseh mengandung ag.agagag
suke2.
smbung2.
-na`dz