BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

Dari KL ke Luxembourg 4

BAB 4

QASEH memilih meja bersudut tepi yang menghadap pemandangan luar. Pelayan restoran tersebut datang menghampiri meja mereka sambil datang membawa menu di tangannya. Mereka memesan makanan.
“Bagi saya Laksa Sarawak.” Tanpa melihat menu, Qaseh memesan makanan kegemarannya. Pelayan tersebut mencatit sesuatu di kertasnya.
“Bagi saya, Chicken Chop.” Aishah memesan makanannya pula. Sekali lagi pelayan tersebut mencatit sesuatu.
“Air, Cik?” tanya pelayan tersebut.
“Bagi saya Apple juice.” Qaseh menyerahkan kembali menu kepada pelayan tersebut. Terangguk-angguk pelayan itu mengambil pesanan.
“Samalah untuk saya.” Aishah juga menyerahkan kembali menu tersebut. Mereka bersembang sesama sendiri. Tiba-tiba mata Aishah tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Orang itu memandangnya. Aishah tersenyum kepadanya tetapi dibalas dengan jelingan.
“Meluat aku tengok.” Aishah mengalihkan pandangannya ke arah luar jendela. Hatinya panas membara.
“Kenapa, Cah?” Qaseh tidak faham apa yang sedang berlaku.
“Kau nampak tak lelaki yang ada di tengah-tengah restoran tu? Itulah anak Encik Sulaiman, Zahrien.” Aishah hanya menunjukkan tempat lelaki itu duduk tetapi tidak dipandang langsung ke arah tersebut. Qaseh memusingkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh Aishah.
“Ooo…itu ke? Handsome ye.”
“Handsome memanglah handsome tapi perangainya membuatkan aku meluat.” Aishah menjelirkan lidahnya. Qaseh menggelengkan kepalanya. Dipandang semula ke arah Zahrien. Zahrien tersenyum menawan ke arahnya. Qaseh membalas kembali senyuman tersebut.
“Dia senyum je dengan aku, Cah.” Qaseh memandang muka Aishah.
“Dengan kau memanglah dia nak senyum sebab kau cantik. Dengan aku tak hingin lah dia. Aku ni dah la tak lawa. Gemuk pulak tu.” Aishah seperti merendah diri. Qaseh menggelengkan kepalanya sekali lagi.
“Kau jangan cakap macam tu. Setiap ciptaan Tuhan ni ada keistimewaannya yang tersendiri.” Pujuk Qaseh.
“Hye, girls!” Zahrien menyapa mereka berdua. Aishah menjadi semakin meluat. Dipandangnya ke tempat lain.
“Assalamualaikum.” Qaseh memperbetulkan ayat Zahrien. Terasa tebal kulit muka Zahrien.
“Waalaikumussalam.” Zahrien menjawab kembali. Zahrien berdiri di kepala meja. Memandang ke arah Qaseh.
“Saya, Zahrien. Nama awak apa?” tanya Zahrien kepada Qaseh. Zahrien mengulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Qaseh. Berterus-terang betul lelaki ini.
“Saya, Qaseh. Dan ini Aishah.” Qaseh menyambut huluran tangan Zahrien. Qaseh turut memperkenalkan Aishah kepada Zahrien.
“Saya dah kenal dia. May I have a sit?” Zahrien segera duduk bersebelahan dengan Qaseh. Belum sempat Qaseh berkata apa-apa.
“Awak ni kerja satu ofis dengan dia ke?” tanya Zarien kepada Qaseh.
“Ya. Saya Pengarah Seni yang baru.”
“Oh, nilah Art Director yang baru. Papa selalu cerita pasal awak kat rumah. Tapi belum berkesempatan nak berjumpa dengan awak.” Terang Zahrien. Qaseh tersenyum. Bangga apabila dipuji.
“Encik Sulaiman cerita yang baik-baik ke yang buruk pasal saya?”
“Mestilah yang baik-baik. Macam mana awak handle client yang cerewet tu. Papa betul-betul kagum dengan awak.” Kata Zahrien. Qaseh mengangguk. Aishah mendengus kuat. Qaseh tersenyum kecil. Zahrien memandang Aishah sambil menjungkit keningnya.
Qaseh dan Zahrien masih lagi bersembang sesama sendiri. Kemudian, sama-sama tergelak. Entah apa yang seronok sangat. Aishah tidak ambil peduli pun. Hatinya masih geram dengan perbuatan Zahrien. Tiba-tiba Zahrien ditegur oleh seorang lelaki. Aishah seperti mengenali suara itu. Dia beralih ke arah orang itu. Zahrien dan lelaki itu bersalaman. Lelaki itu memandang Aishah. Dia seperti terkejut dengan kehadiran Aishah.
“Shah?”
“Ghazi?” dia seperti tidak percaya berjumpa semula dengan abang kawan rapatnya semasa di sekolah dahulu. Ghazi lah orang yang selalu menghantar adiknya, Sofiya dan sahabat baik adiknya, Aishah ke sekolah. Muka Aishah semakin berseri-seri apabila dapat berjumpa dengan Ghazi Iskandar, lelaki yang berjaya mencuri hatinya satu waktu dahulu.
“Is, kau kenal ke dia?” tanya Zahrien yang sedikit keliru. Kadangkala orang memanggilnya Iskandar dan kadangkala pula, Ghazi. Hanya sesetengah orang sahaja yang memanggilnya Ghazi. Orang yang teristimewa di hatinya.
“Kenal. More than you think.” Ghazi memandang wajah Aishah. Tertunduk malu gadis itu. Aishah berharap Ghazi tidak membocorkan rahsia mereka. Dia belum lagi bersedia cerita lama diungkit kembali.
“Apa maksud kau? Aku tak paham.” Zahrien mengerutkan dahinya. Qaseh pun turut mengerutkan dahinya. Nampaknya, ada rahsia di antara mereka. Ghazi ubah tajuk. Tidak mahu mereka tahu apa-apa mengenai hubungan dahulu.
“Siapa yang di sebelah kau tu? Girlfriend?” Ghazi kenal sangat dengan citarasa Zahrien. Hanya berkehendakkan perempuan yang cantik sahaja. Zahrien tersenyum. Qaseh juga turut tersenyum.
“I wish she is. But she’s not. Dia kerja dengan Papa aku. Is, kenalkan Qaseh. Qaseh…Is.” Qaseh bersalaman dengan Ghazi. Mereka sama-sama tersenyum.
“Qaseh? Sedap nama tu.” Kata Ghazi.
“Thanks.” Ucap Qaseh. Ada tanda tanya di benak Qaseh. Siapa Ghazi ini dengan Aishah? Orangnya hendak dikatakan kacak, tidaklah sangat. Tetapi ada tarikan pada wajah itu. Dia harus bertanya kepada Aishah nanti. Aishah seperti dalam kegelisahan.
“So, join us?” tanya Qaseh. Ghazi memandang wajah Zahrien.
“Ya, sure.” Zahrien tersenyum memandang Qaseh. Tetapi Zahrien memandang Aishah dengan mata yang tajam. Ghazi menarik kerusi di sebelah Aishah.
“Is, apa kata awak duduk tempat saya dan saya duduk sebelah Ecah? Itukan lebih manis.” Qaseh memberi cadangan. Ghazi berfikir sebentar.
“That’s a good idea.” Ghazi berjalan ke arah tempat Qaseh. Aishah seperti malu-malu berhadapan dengan Ghazi. Qaseh dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Tapi dia masih mahukan kepastian.
“So, apa hubungan kau orang berdua?” Zahrien seperti dapat membaca apa yang ada di fikiran Qaseh. Qaseh tersenyum nakal. Zahrien masih cuba mencungkil rahsia hati mereka berdua. Ghazi tersenyum.
“Kawan.” Cepat sahaja mulut Aishah berkata. Ghazi mengangguk. Zahrien malas hendak ambil peduli. Dia bersembang semula dengan Qaseh. Tetapi telinganya tetap mendengar perbualan mereka berdua. Qaseh juga memasang telinga. Sesekali mata tajam Zahrien melekap pada seraut wajah Aishah. Qaseh perasan akan perbuatan Zahrien. Tetapi dia hanya tersenyum di dalam hati.
“Ecah, apa khabar?” tanya Ghazi. Sudah lama tidak mendengar berita daripada Aishah setelah adiknya berpindah dan mengikut suaminya ke London. Adik Ghazi adalah penghubung mereka berdua.
“Baik. Ghazi?”
“Sihat. Pia ada call hari tu.” Ghazi memulakan perbualan dengan perasaan sedikit kekok. Sudah lama tidak berjumpa dengan gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pia, nama manja adik Ghazi.
“Pia macam mana? Sihat ke? Dah lama tak dengar cerita dia.” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aishah. Sudah lama dia tidak ketemu dengan Sofiya.
“Fine, but she’s going to be a mother.” Ghazi menyampaikan berita gembira kepada Aishah. Sofiya juga pernah berpesan kepada abangnya supaya menyampaikan perkhabaran tentang diri dia kepada Aishah jika terserempak dengan sahabat baiknya itu.
“Really? Tak sangka. Setomboy-tomboy Pia tu, dah nak jadik ibu juga. At last.” Aishah tergelak. Ghazi turut tergelak. Menahan gelodak di hati.
“Dia kirim salam pada Ecah.” Ghazi memandang Aishah dengan matanya yang menawan. Salam itu hanya dijawab di dalam hati. Pandangannya terus menusuk ke hati Aishah. Sudah lama dia tidak nampak renungan itu. Mereka berdiam diri lagi.
“Saya ada benda nak beri pada Ecah.” Ghazi berkata sambil berdiri. Aishah hanya memandang perbuatan Ghazi.
“Tapi saya tertinggal kat dalam kereta. Saya pergi ambil kejap.”
“Kau nak kemana ni?” tanya Zahrien.
“Nak ambil barang dalam kereta kejap.” Ghazi berlalu pergi. Aishah memandang belakang Ghazi. Ghazi memusingkan kepalanya dan tersenyum kepada Aishah. Itulah selalunya kebiasaan yang dilakukan oleh Ghazi semasa mereka mempunyai hubungan yang istimewa dahulu. Sekarang sudah tidak bermakna lagi. Aishah hanya menganggapnya kawan. 15 minit kemudian, Ghazi datang semula dengan bungkusan di tangannya.
“Sebelum Pia nak pindah, Pia ada serahkan bungkusan ni pada Ghazi. Suruh beri pada Ecah.” Ghazi menyerahkan bungkusan kepada Aishah. Aishah menyambutnya dengan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.
“Apa ni?” tanya Aishah dengan tanda tanya dibenaknya.
“Bukalah.” Ghazi berkata. Aishah segera merungkaikan tali bungkusan tersebut. Dilihatnya ada bingkai gambar yang amat cantik. Berkilau. Gambar Aishah bersama-sama Sofiya, Razman, suami Sofiya dan Ghazi. Mereka bergambar pada hari terakhir persekolahan. Pada masa itu, Ghazi di tingkatan 6 Atas. Manakala Aishah di tingkatan 5. Mereka bergambar dihadapan dewan peperiksaan. Masih diingat lagi masa itu Ghazi memeluk pinggangnya. Kenangan manis itu tidak akan dilupakan.
“Apa dia, Ecah? Hmm…frame. Wow! It’s so beautiful.” Qaseh terpegun melihat bingkai gambar itu. Aishah tersenyum sambil menahan tangis. Senyuman Aishah yang membuatkan Ghazi kadangkala tidak tidur malam memikirkannya. Zahrien hanya memandang Ghazi dan Aishah bersilih ganti. Ada cemburu bersarang di hatinya. Kenapa dia mesti berasa cemburu sedangkan dia tidak pernah menyukai Aishah? Qaseh asyik memuji gambar itu. Kadangkala matanya menuju ke arah Zahrien. Dia perasan Zahrien hanya memerhatikan wajah Aishah agak lama. Kemudian dialihkan pula kepada Ghazi. Cemburu ke? Hati Qaseh tertanya-tanya. Ada cerita menarik akan berlaku tidak lama lagi. Dia hanya perlu menunggu dengan sabar.
Makanan yang dipesan oleh mereka berempat telah dihidangkan dihadapan mereka. Masing-masing menjamu selera. Mereka bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam bidang pengiklanan cuma Aishah dan Ghazi sahaja yang berdiam diri. Ghazi mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu terbang tinggi di langit. Menjadi juruterbang. Impiannya telah pun tercapai. Aishah berminat ke arah belakang tabir dalam sesebuah produksi tetapi kerana dia bertubuh besar, dia lebih cenderung ke arah pengiklanan. Nasib baik Aishah mempunyai kemahiran melukis.
Aishah hanya menikmati makanan tengah harinya sahaja. Ghazi pula kadangkala masuk campur dalam perbualan Zahrien dan Qaseh.
“Kenapa diam saja ni? Ecah…Ghazi…” Qaseh memandang ke arah mereka. Aishah tersenyum.
“Tak ada benda nak dicakapkan.” Aishah tunduk menghadap hidangannya. Terus mati seleranya apabila ditegur begitu.
“Ada. Tapi kau orang je tak nak cakap.” Aishah memandang Qaseh dengan kerutan di dahinya. Tidak faham dengan apa yang cuba diperkatakan oleh Qaseh.
“Apa dia?” Aishah bertanya kembali.
“Tentang hubungan kamu berdua.” Qaseh tersenyum simpul. Muka Aishah merona merah. Ghazi tersenyum tetapi Zahrien hanya memasamkan mukanya sahaja.
“Kau orang nak tahu sangat ke?” tanya Ghazi. Qaseh mengangguk laju. Zahrien tidak lepas matanya daripada menatap wajah Aishah. Hati Aishah berdegup laju.
“Oklah. Kita orang pernah bertunang.” Ghazi akhirnya berterus terang. Aishah hanya menundukkan mukanya. Tidak berani menatap wajah Qaseh.
“What?! Are you serious?” tanya Qaseh.
“Ya. Tapi tak ada siapa yang tahu kecuali immediate family.” Ujar Ghazi. Qaseh dan Zahrien seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
“Ooo…inilah rahsia kau orang.” Qaseh menyuap Laksa Sarawak ke mulutnya. Zahrien hanya memandang Aishah. Aishah menjadi tidak selesa dengan renungan Zahrien. Kenapalah dengan dia ni? Hati Aishah gusar. Zahrien tidak suka kepadanya tetapi kenapa Zahrien rasa tidak selesa apabila dia dan Ghazi bersembang sesama mereka tentang masa silam.
“Kenapa putus?” tanya Qaseh lagi.
“Aku nak sambung belajar. Ghazi pun nak sambung belajar. Tahu jelah. Duduk jauh-jauh, macam-macam boleh jadi. Kami ambil keputusan untuk beri sedikit ruang. Tapi tak sangka sampai…terputus.” Kata Aishah perlahan.
“I’m so sorry.” Sela Qaseh.
“It’s ok. Kalau dah ada jodoh, tak kemana, kan?” kata Ghazi. Qaseh mengangguk dan tersenyum.
“Makan…makan….Aku tak nak usiklah kau orang.” Qaseh menghirup sedikit jus epalnya. Zahrien yang seakan-akan tersedar dengan suara Qaseh segera menyuap Nasi Goreng Ikan Masin ke mulut. Hatinya membara.






SELEPAS makan tengah hari, Aishah dan Qaseh berkira-kira untuk beredar pulang semula ke pejabat. Tetapi Zahrien berkeras hendak mengikut mereka berdua pulang ke pejabat. Ghazi pelik. Sepatutnya mereka balik bersama kerana Ghazi yang menjemput Zahrien di pejabatnya tadi. Dia tidak membawa kereta. Takkanlah Zahrien hendak menyusahkan Qaseh.
“Zahrien, kau kan datang dengan aku? Kenapa kau nak balik dengan Qaseh dan Aishah?” tanya Ghazi. Zahrien bersikap pelik semenjak dari makan tengah hari tadi.
“Aku nak pergi jumpa Papa aku. Kejap lagi aku balik pejabat. Kau balik dululah.” Alasan yang dicipta oleh Zahrien.
“Betul ni?” tanya Ghazi lagi.
“Betul.” Jawab Zahrien ringkas.
“Ok. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa, call aku.” Kata Ghazi. Kemudiannya dia beralih ke arah Aishah. Gadis tu hanya tersenyum manis memandangnya.
“Kalau senang nanti, kita berjumpa?” tanya Ghazi.
“Ok. Ghazi call Aishah lah.”
“Ok.” Mereka sama-sama membalas senyuman. Hati Zahrien semakin membara dengan perbuatan mereka berdua.
Qaseh, Aishah dan Zahrien menuju ke tempat letak kereta di dalam Maju Junction itu. Qaseh menekan remote keretanya. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Mereka dihiburkan dengan alunan radio sepanjang perjalanan. Tiada sesiapapun yang berkata-kata. Qaseh mengetuk stereng keretanya mengikut alunan lagu.
Tiba sahaja dihadapan bangunan W & S Advertising Company, mereka bertiga turun dari kereta Qaseh.
“Saya nak bercakap sikit dengan awak, Aishah.” Kata Zahrien tiba-tiba. Qaseh seperti dapat mengagak apa yang hendak dikatakan oleh Zahrien itu. Dia segera meminta diri untuk naik ke pejabatnya.
“Kenapa Encik Zahrien?” tanya Aishah selepas Qaseh beredar.
“Dah berapa lama awak berkawan dengan Ghazi?”
“Hah?” Aishah terkejut dengan pertanyaan Zahrien.
“Awak tak dengar soalan saya ke?” tanya Zahrien kasar.
“Ermm…dari sekolah menengah lagi.”
“Awak rapat dengan dia dulu?”
“Mestilah, Encik Zahrien. Kalau tidak, takkanlah kita orang bertunang. Kenapa Encik Zahrien tanya soalan ni semua? Saya rasa Encik Zahrien tak patut tanya.” Aishah sedikit bengang. Dia berkira-kira hendak melangkah. Dia tidak suka hal peribadinya dijadikan isu.
“Saya tak suka awak berkawan dengan dia.” Kata-kata Zahrien itu membuatkan Aishah tidak jadi melangkah. Aishah berpaling semula.
“Apa masalah Encik Zahrien? Suka hati sayalah.”
“Saya tak suka awak berkawan dengan dia sebab….saya…saya…sukakan awak.” Kata-kata Zahrien itu benar-benar membuatkan Aishah terkejut besar. Kemudian, dia ketawa seakan-akan mengejek. Tetapi apabila dia lihat Zahrien berwajah serius, terus mati ketawanya.
“Apa maksud Encik Zahrien?”
“Saya sukakan awak sejak kali pertama saya jumpa awak kat ofis Papa.”
“Encik Zahrien jangan main-main. Encik Zahrien bermain dengan perasaan orang.” Kata Aishah. Dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu Zahrien hanya berniat untuk melukakan perasaannya.
“Saya tak main-main, Aishah.”
“Apa yang menyebabkan Encik Zahrien berkata begitu?” tanya Aishah lagi.
“Awak lain. Lain daripada perempuan-perempuan yang saya kenal.”
“Lain macam mana? Saya tak faham.”
“Awak mempunyai sesuatu yang saya rasa tak terdapat pada perempuan lain.” Kata Zahrien. Aishah menjungkitkan keningnya.
“Tapi saya tak cantik, Encik Zahrien. Tak secantik kekasih-kekasih Encik Zahrien.” Aishah merendah diri. Zahrien melepaskan satu keluhan.
“Kecantikan itu hanyalah luaran. Awak ada sesuatu istimewa yang membuatkan saya terpikat pada awak.” Jelas Zahrien bersungguh-sungguh.
“Tapi Encik Zahrien bencikan saya.”
“Saya tak bencikan awak. Saya cuma tak berani nak luahkan perasaan saya. Jadi, saya berpura-pura bencikan awak. Lagipun, saya tak berani nak berdepan dengan perasaan saya.” Terang Zahrien lagi.
“Kenapa Encik Zahrien tak berani nak berhadapan dengan perasaan sendiri? Saya tak fahamlah dengan Encik Zahrien ni.” Aishah berkata-kata. Pelik apabila seorang lelaki tidak berani berhadapan dengan perasaannya sendiri. Sangat pelik.
“Sebab saya tak pernah jatuh cinta pada….pada…” ayat Zahrien tergantung.
“Pada perempuan gemuk macam saya?”
“Jangan cakap macam tu, Aishah.”
“Memang itu hakikatnya, Encik Zahrien. Saya sedar diri saya ni siapa dengan Encik Zahrien. Memang tak boleh dibandingkan. Macam langit dengan bumi.” Kata Aishah lagi.
“Jangan cakap macam tu, Aishah. Saya tak suka.” Zahrien meninggikan suaranya sedikit. Aishah terkejut. Pertama kali, dia dimarahi oleh lelaki yang menyukainya. Zahrien memang tidak suka Aishah berkata begitu. Seolah-olah Aishah tidak bersyukur kerana Zahrien menyukai dirinya.
“Aishah, tolonglah faham kenapa saya ambil masa yang lama untuk luahkan perasaan saya pada awak.” Zahrien berkata. Barulah Aishah faham kini. Dia juga sememangnya ada perasaan kepada Zahrien. Tetapi apabila Zahrien melayaninya begitu, dipendamkan sahaja perasaan itu. Zahrien mengambil jari-jemari Aishah dan digenggam.
“Saya harap awak boleh jadi kekasih hati saya.”
“Tapi…”
“Tapi apa?”
“Encik Zahrien ada rupa. Saya takut Encik Zahrien dirampas orang. Ada lagi perempuan yang lebih cantik dari saya.” Terang Aishah sebenar-benarnya. Dia belum bersedia untuk terluka.
“Saya janji dengan awak. Saya takkan memandang perempuan lain. Saya akan setia dengan awak. Sampai bila-bila.” Ucap Zahrien tulus dari hati yang ikhlas. Aishah tersenyum. Pertama kali Zahrien bercakap lembut dengannya.
“Ucap melalui mulut Encik Zahrien, memang senang. Nak melakukannya, itu yang susah.” Aishah sengaja hendak menguji Zahrien.
“Awak nak saya buat macam mana lagi?”
“Saya akan berikan peluang kepada Encik Zahrien untuk buktikan.” “Terima kasih, Aishah. Sebagai permulaan, saya tak nak awak panggil saya Encik Zahrien lagi dah. Zahrien je dah cukup.” Semakin erat Zahrien menggenggam jari jemari Aishah. Mereka sama-sama tersenyum.

BERSAMBUNG.....

0 tukang komen paling setia: