BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

Dari KL ke Luxembourg 3

BAB 3

SUDAH 2 hari Qaseh memikirkan iklan yang sesuai. Tetapi otaknya buntu. Macam mana dia hendak buat sekarang? Tinggal lagi 1 hari untuk dia menyiapkan storyboard. Ke hulur ke hilir Qaseh di dalam bilik pejabatnya. Aishah mengetuk pintu biliknya dan terus masuk ke dalam.
“Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Macam kucing nak beranak je.” gurau Aishah. Qaseh kembali duduk di kerusinya.
“Aku tak dapat fikir lagi pasal iklan syarikat tu. Tinggal 1 hari je lagi. Aku risaulah.” Qaseh mengeluh. Kemudian diletakkan kepalanya ke atas meja. Mengeluh lagi.
“Aku tak dapat tolong kau. Sebab aku tak tau sangat pasal syarikat Encik Fareez.” Aishah pun turut mengeluh. Sebentar kemudian Qaseh mengangkat kepalanya dan memandang Aishah.
“Kau memang boleh tolong aku.” Qaseh tersenyum nakal. Aishah pelik dengan perangai Qaseh. Sekejap muram, sekejap ceria. Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Apa maksud kau?”
“Kau pernah kata kat aku yang sepupu kau bekerja sebagai setiausaha ‘harimau tua’ tu kan?” Aishah mengangguk sambil tergelak mendengar kata-kata Qaseh. Harimau tua. Belum pernah orang menggelar Fareez sebagai harimau tua.
“Tentu dia tahu apa si tua tu nak. Kau ajak sepupu kau keluar lunch. Aku belanja.” Kata Qaseh. Aishah mengangguk dan segera menelefon sepupunya melalui telefon Qaseh. Selepas itu, dia meletakkan gagang telefon.
“Dia kata ok.” Aishah memberikan jawapan yang diberikan oleh sepupunya. Qaseh meyandarkan badan dan memeluk tubuhnya. Tersenyum. Aishah pelik dengan Qaseh. Dia keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya.
Tepat jam 12.00 tengah hari, Qaseh mengemaskan mejanya. Dia harus pergi berjumpa dengan sepupu Aishah dengan kadar segera. Aishah sudah siap menunggunya di lobi.
“Dia nak jumpa kat mana?”
“Hotspot dialah. Let me be the driver.” Aishah menghulurkan tangannya meminta kunci kereta. Tanpa teragak-agak, Qaseh menyerahkan kunci kereta ke tangan sahabat yang hanya baru dikenali selama 3 hari. Kereta Qaseh meluncur laju membelah jalanraya yang semakin sesak dengan kereta yang berpusu-pusu keluar untuk ke bandaraya. Apa lagi yang boleh dibuat kalau tengah hari? Makanlah, jawabnya. 45 minit kemudian, kereta Qaseh berhenti di hadapan sebuah kompleks membeli belah. Aishah memarkirkan kereta Qaseh dan mereka berdua turun dari kereta dan berjalan ke arah kompleks Atria. Belum pernah Qaseh sampai ke situ lagi.
“Jauhnya kompleks ni daripada ofis kita.” kata Qaseh. Aishah tersenyum.
“Inilah hotspot dia.” Aishah menuju ke arah sebuah restoran. Sepupu Aishah melambai ke arah mereka. Qaseh dan Aishah menuju ke arah orang tersebut.
“Dah lama ka hang sampai?” terkeluar sudah loghat Kedah Aishah. Qaseh memerhati seluruh restoran. Restoran ini melakukan konsep secara terbuka. Kalau pelanggan ingin mengambil angin, bolehlah duduk di luar.
“Lama, tak lama. Baghu ja. Hang nak makan ka nak minum ka, pi lah order. Ini self service.” Kata sepupu Aishah sambil menghirup minumannya.
“Ni aku kenai kan. Qaseh. Bos aku jugaklah.” Aishah memperkenalkan mereka berdua. Qaseh bersalaman dengan sepupu Aishah. Mereka sama-sama tersenyum. Manisnya sepupu Aishah ini. Bertudung lagi. Qaseh duduk bertentangan dengan Aishah.
“Aii! Bukan ka bos hang Encik Sulaiman Akhlaken tu? Hang dah tukaq bos ka?” Hadirah tertanya-tanya.
“Dak aih. Bos aku still Encik Sulaiman. Ni Pengarah Seni kat syarikat aku. Pangkat lagi tinggi daripada aku, beb. Kiranya bos aku lah.” Terang Aishah. Hadirah hanya mengangguk. Aishah berpaling pada Qaseh.
“Qaseh, kenalkan Hadirah. Qaseh boleh panggil dia Didi.” Aishah memperkenalkan pula Hadirah kepada Qaseh. Lawanya bos Aishah ini. Rambut yang panjang ikal mayang, mata yang bundar, pipi kemerah-merahan dan lesung pipit yang dalam. Sebenarnya, itulah yang paling mahal. Pasti membuatkan ramai lelaki tertawan padanya. Aishah memesan makanan dan minuman untuk mereka berdua.
“Qaseh nak minum apa?” tanya Aishah.
“Apa speciality kat sini?”
“Of courselah, coffee.” Aishah berkata sambil memandang wajah bosnya itu. Qaseh berfikir sebentar.
“Bagi Kopi ‘O.”
“Makan?”
“Hmm… Assam Laksa.” Selepas mendapat pesanan daripada Qaseh, Aishah segera memesan makanan. Aishah duduk kembali ke tempat mereka.
“Didi, kita orang nak mintak tolong hang sikit. Buleh ke dak?” Aishah memandang muka Hadirah. Selamba sahaja wajah sepupunya itu.
“Hang ni pun. Sabaq-sabaq lah sikit. Makanlah dulu. Nanti baghu ceghita. Kesian kat Qaseh. Nak makan.” Hadirah memarahi Aishah kerana perangainya yang kurang sabar. Aishah tersengih seperti kerang busuk. 20 minit kemudian, makanan yang dipesan sampai.
“Makanlah, Cik Qaseh.” Jemput Hadirah. Aishah sudah lama menjamu selera. Tanpa dijemput.
“Usahlah bercik-cik dengan saya. Qaseh saja. Saya tak biasa orang panggil Cik.” kata Qaseh sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit. Hadirah mengangguk. Mereka bercerita perihal lain dahulu sebelum mereka ke perkara yang sebenarnya.
“Kenapa, Cik…Ermm…maksud saya kenapa Qaseh ajak saya keluar makan?” tanya Hadirah. Qaseh memandang wajah Aishah. Tersenyum.
“Pasal syarikat Encik Fareez. Saya nak tahu Encik Fareez pernah tak kata apa-apa mengenai iklan yang dia mahu untuk syarikat dia?” Qaseh memandang wajah Hadirah penuh mengharap. Hadirah seperti memikir sesuatu.
“Ada hari tu dia cakap dengan orang yang mereka iklan untuk syarikat dia dulu. Saya adalah juga terdengar. Tapi orang tu tak nak ikut cakap dia. Jadi, dia pecat saja perempuan tu. Kesian saya tengok. Dia nak iklan yang susah-susah saja. Cadangan orang dia tak nak dengar.” marah Hadirah. Tapi marahnya itu disimpan. Sakit hati dia melihat bosnya itu. Perangai tidak pernah berubah. Patutlah isterinya lari tinggalkan dia. Kemudian, mereka berbincang tentang iklan yang patut dibuat.






SETELAH diberi masa selama 3 hari, Fareez datang ke syarikat W&S Advertising Company untuk melihat hasil storyboard. Qaseh menunggu di dalam bilik mesyuarat. Fareez masuk bersama Encik Sulaiman. Mereka bersembang sambil ketawa. Qaseh berdiri dan tersenyum manis dihadapan Fareez. Fareez senyum kembali tetapi hanya sekejap. Dialihkan mukanya semula ke arah Encik Sulaiman. Qaseh menyampah dengan perangai Fareez yang berlagak bagus.
“Encik Fareez bolehlah tengok iklan yang direka oleh Qaseh. Saya pasti Encik Fareez akan menyukainya.” Encik Sulaiman memuji-muji Qaseh dihadapan Fareez. Fareez mencebikkan bibir. Dilihatnya storyboard yang terletak di atas meja. Jalan cerita yang menarik. Dia tertarik dengan hasil kerja Qaseh. Dia kagum dengan Qaseh. Hanya 3 hari sahaja, dia boleh menyiapkan jalan cerita iklan yang sebagus ini.
“Awak ada spy ke kat ofis saya?” Fareez sengaja hendak menguji Qaseh. Fareez seperti pernah lihat iklan ini. Qaseh mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan maksud Fareez.
“Apa maksud Encik Fareez?”
“Macam iklan yang saya suruh orang yang dulu tu lukis. Ada sesiapa beritahu awak ke? Iklan macam mana yang saya nak.” Fareez memandang tajam ke arah Qaseh. Qaseh menelan air liur. Dipandang ke tempat lain. Tidak sanggup menentang wajah Fareez. Qaseh mematahkan jari jemarinya.
“Walau apapun, saya suka. Mulai sekarang, awak akan bekerja dengan saya.” Kata-kata Fareez membuatkan Qaseh lega. Lepas sudah satu bala.
“Tapi, jangan tiru iklan orang.” Amaran yang diberikan oleh Fareez. Qaseh mengangguk lemah. Fareez bersalaman dengan Encik Sulaiman. Dia meminta diri untuk pulang ke pejabat.
“Good job.” Encik Sulaiman menepuk bahunya. Qaseh tersenyum. Baru pertama kali dia mendapat pujian. Dia berjalan ke arah bilik pejabatnya. Ada seorang pekerja wanita yang seakan-akan tidak berpuas hati dengannya. Pekerja wanita itu hanya memandang ke tempat lain apabila Qaseh tersenyum kepadanya. Apa kena dengan perempuan ini? Hati Qaseh tertanya-tanya. Qaseh masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi empuk miliknya. Dia menyandarkan badan. Memejamkan mata sebentar. Letih. Satu malam dia tidak tidur kerana menyiapkan storyboard tersebut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Qaseh terjaga dan segera membetulkan pakaiannya yang kedut. Membetulkan duduknya. Arahan masuk diberikan.
“So, how?” tanya Aishah.
“Tired.” Kata Qaseh.
“I mean, the meeting.”
“Great. He likes it. Encik Sulaiman say good job. Tapi Encik Fareez dah bagi warning. Jangan tiru iklan orang.” Qaseh meniru gaya Fareez. Tergelak besar Aishah. Mereka sama-sama tergelak.
“So, lunch?”
“Ajak Didi sekali, ya.”
“Aku pergi telefon dia.” Aishah keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya. Dia segera menelefon Hadirah. Mereka telah membuat temujanji untuk keluar makan tengahari bersama.






MEREKA keluar makan di tempat kegemaran Qaseh pula kali ini. Semasa melintasi meja pekerja wanita yang dikenali sebagai Tina, wanita itu hanya menjelingnya.
“Kenapa dengan dia tu, Cah? Macam tak suka dengan aku je.” Qaseh bertanya. Aishah memandang Qaseh.
“Siapa?” Aishah memandang ke sekeliling. Cuba mengenal pasti orang yang dimaksudkan oleh Qaseh.
“Tina.”
“Ah! Kau buat tak tahu je dengan dia. Dia memang macam tu. Aku pun menyampah juga dengan dia. Bila ada perempuan lawa sikit daripada dia, mulalah nak buat musuh. Asyik nak melawa dan ‘menggetek’ dengan Encik Sulaiman. Nak jadi bini nombor dua lah tu. Tapi dia tak tahu, Encik Sulaiman pun meluat dengan dia. Mentang-mentanglah Encik Sulaiman tu pemilik syarikat kita kerja ni. Bukan saja bapaknya nak digoda, dengan anak dia pun nak digodanya.” Mereka menuju ke arah lif. Qaseh menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam lif.
“Siapa nama anak dia?”
“Zahrien. Memang handsomelah. Wa cakap lu. But he’s so arrogant.” Aishah terbayangkan kekacakan wajah Zahrien. Dia hanya boleh berangan. Tidak mungkin Zahrien akan memandangnya. Dia tidaklah secantik Camelia atau semanis Siti Nurhaliza. Dia juga berbadan gempal. Tapi ada perkara yang boleh membuatkan orang tertarik dengan dirinya. Perangai menyombong Zahrien juga membuatkan Aishah meluat dengan anak lelaki Encik Sulaiman itu.
Qaseh menaiki keretanya dan menuju ke tempat yang menjadi pilihannya untuk makan tengahari. Qaseh memarkirkan keretanya di Maju Junction. Mereka menaiki lif untuk menuju ke restoran kegemaran Qaseh, Restoran Mejaku. Makanan kegemaran Qaseh ialah laksa. Kesemua laksa dia pernah rasa tetapi laksa yang paling digemarinya ialah Laksa Kedah dan Laksa Sarawak. Semasa mereka turun dari kereta, Aishah melihat wajah Qaseh yang seperti memikirkan sesuatu.
“Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Kau tak payahlah pikir pasal si Tina. Bukan ada faedah pun.” Aishah membetulkan bajunya. Mereka sama-sama jalan menuju ke arah lif yang disediakan.
“Aku nak tanya kau satu soalan ni.”
“Apa dia?” Aishah pelik dengan Qaseh. Apakah benda yang hendak ditanyanya sehingga dia seperti tidak menumpukan fikirannya di situ.
“Menggetek tu apa?”
“Laa….itu je ke yang kau nak tanya. Maksudnya, gatal...gedik…tergolong lah perkataan semua tu.” Aishah lihat Qaseh terangguk-angguk tanda faham. Tersenyum memandang sahabatnya itu. Aishah cuba menelefon Hadirah. Tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab. Aishah cuba pula menelefon pejabatnya.
“Hello.” Kata satu suara. Lembut.
“Boleh saya bercakap dengan Hadirah?”
“Maaf, Cik. Hadirah tak ada. Dia keluar mesyuarat dengan bos dia, Encik Fareez.” Kata penyambut tetamu tersebut. Lemah lembut sahaja pertuturannya. Aishah terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh penyambut tetamu tersebut.
“Ermm…tak apalah kalau macam tu.”
“Cik nak tinggalkan apa-apa pesanan ke?”
“Mmm…tak apalah. Terima kasih.”
“Sama-sama.” Jawab penyambut tetamu itu. Aishah mematikan talian telefonnya segera.
“Kenapa, Cah?” tanya Qaseh.
“Didi keluar mesyuarat dengan Encik Fareez.”
“Tapi takkan nak batalkan lunch kita ni. Jomlah lekas. Aku dah lapar ni.” Ajak Qaseh dan segera menuju ke lif yang berdekatan.

BERSAMBUNG.....

1 tukang komen paling setia:

mira ;) said...

waa..best la cite ni!hurmm,nak publish dah cite ni?mira ni dah jauh ketinggalan la..