BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 2, 2009

Kau Milikku 17

BAB 17

KELUHAN dilepaskan perlahan. Sepasang mata bundar merenung ke dada langit. Bibir mengetap kegeraman. Tidak suka dikongkong. Terasa diri seperti berada di dalam penjara. Sekali lagi Dizyan melepaskan keluhan. Sutinah yang baru sahaja selesai kerjanya di dapur, tercari-cari bayangan gadis itu di ruang tamu. Televisyen tidak terpasang. Sudah tentu dia tiada disitu. Mata Sutinah teralih ke pintu utama rumah yang terbuka luas. Melangkah ke arah pintu utama. Menuju ke arah buaian yang berayun perlahan. Dizyan merenung jauh. Sutinah melabuhkan punggungnya menghadap Dizyan. Gadis itu memandang Sutinah dan memberikan senyuman hambar.
“Ngapain, Yan? Kamu menung aja dari tadi. Kamu nggak suka tinggal disini?” Ujar Sutinah. Memecahkan kesunyian yang hanya kedengaran bunyi unggas menyanyi.
“Saya dah biasa duduk dengan family saya. Bila kena pindah rumah orang, saya jadi kurang selesa.” Luah Dizyan tentang perasaan sebenarnya. Tidak suka menipu. Itulah yang dirasakan oleh Dizyan sejak hari pertama berpindah masuk ke rumah banglo 3 tingkat itu.
“Ya iya...nanti bila kamu nikah juga, kamu harus ikutin suami kamu kan.” Ujar Sutinah. Cuba menceriakan perasaan Dizyan. Gadis itu masih memberikan senyuman hambar.
“Mungkin betul cakap Encik Faizal tu. Dia tak mahu Datuk dengan Datin tahu saya tak tinggal kat sini.” Dizyan berkata lemah. Teringat kembali akan permintaan Faizal yang pada masa itu dirasakan langsung tidak munasabah. Dizyan sedikit memberontak. Tidak mahu tinggal serumah dengan musuh ketatnya. Serasa ingin berhenti sahaja. Tetapi dia sudah berjanji pada dirinya. Dia ingin berdikari tanpa pertolongan dari keluarga.
“Tapi...saya harus akui, Bik. Walaupun saya tak suka tinggal rumah orang, tapi rumah ni dapat berikan saya keselesaan. Rasa macam rumah saya sendiri.” Kali ini barulah Dizyan memberikan senyuman yang seikhlasnya. Sutinah tersenyum. Dia turut mengaku akan kenyataan Dizyan itu.
Perbualan mereka terhenti apabila pintu pagar automatik terbuka luas. Kereta Mazda MX-5 menyusuri masuk perlahan-lahan ke dalam garaj. Enjin kereta dimatikan dan pemandunya keluar dari perut kereta dengan wajah yang keletihan.
“Itu. Ijal udah pulang. Kamu lekas ke sana. Bik masuk duluan, ya.” Ujar Sutinah dan menepuk peha berisi Dizyan itu. Sutinah bangun dan beredar dari buaian tersebut. Dizyan mengangguk dan berjalan menuju ke arah Faizal.
“Cepatlah sikit. Apa yang terhegeh-hegeh tu. Aku nak keluar makan ni.” Jerit Faizal sedikit kuat.
Dizyan tersentak dan laju sahaja kakinya melangkah ke arah kereta Faizal. Dibuka pintu belakang dan diambil beg bimbit serta fail-fail kerja yang selalu dibawa pulang oleh Faizal. Setelah Dizyan menutup pintu belakang, Faizal mencampakkan kotnya ke muka Dizyan. Dia terus sahaja masuk ke dalam tanpa membawa apa-apa barangan. Dizyan meletakkan beg bimbit dan fail-fail tersebut ke dalam bilik bacaan. Setengah jam kemudian, terdengar hon kereta bertalu-talu di luar rumah. Dizyan menjenguk dari jendela. Tergesa Faizal menuruni anak tangga sehingga terlanggar Sutinah yang baru sahaja hendak mendaki anak tangga.
“Aduh, Ijal! Hati-hati kok.” Sutinah mengaduh kesakitan.
“Maaf, Bik. Zal dah lambat.” Ujar Faizal dan segera menyarungkan kasut sneakers yang ada di rak kasut. Dizyan sudah membukakan pintu. Memang itu tugas dia dan sudah sedia maklum akan tugasannya yang ala-ala bell boy hotel itu.
“Kau jangan tidur lagi selagi aku tak balik.” Pesan Faizal sebelum sempat dia melangkah keluar. Dizyan tidak memberikan apa-apa respon. Hatinya sakit apabila diperlakukan seperti itu. Maruahnya terasa dipijak. Tetapi apa yang boleh dilakukannya. Itu adalah tuntutan kerja yang harus dilaksanakan. Dengan cepat Dizyan menutup pintu utama dan menjenguk melalui jendela. Kelihatan kereta Fairlady Z tersadai di luar rumah. Tidak kelihatan pula akan pemandunya.
“Hebat-hebat juga kawan si mangkuk hayun ni.” Gumam Dizyan. Ditutup semula langsir jendela yang dibukanya.


JAM antik di sudut rumah berdenting sebanyak 2 kali. Sudah jam 2 pagi. Bayangan Faizal masih tidak kelihatan. Mata yang mengantuk terpaksa ditahan atas teringatkan arahan Faizal itu. Dizyan terasa panas duduk di dalam rumah. Dibuka pintu utama rumah dan keluar menuju ke gazebo yang terletak di dalam taman hiasan yang ada di laman rumah itu. Dia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang ada di dalam gazebo tersebut. Menongkat dagu di atas meja. Telefon bimbit yang memang selalu dibawanya bersama berbunyi nyaring. Memecahkan kesunyian malam. Terlihat nombor yang terpapar di skrin, membuatkan senyuman lebar terukir di bibir Dizyan. Segera dijawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.” Jawab Dizyan lembut.
“Waalaikumussalam. Yan sihat?” itulah perkara pertama yang ditanya oleh si pemanggil.
“Sihat. Abang?” tanya Dizyan kembali. Suaranya berubah menjadi girang.
“Abang, alhamdulillah. Abang tak ganggu Yan tidur ke? Kan kat sana pukul 2 pagi.” Tanya Izham. Mata yang terasa mengantuk terus menjadi segar-bugar apabila mendengarkan suara yang teramat dirinduinya. Kalaulah Izham ada dihadapannya, pasti sudah dipeluk sepuas hati.
“Taklah. Mata Yan tak mengantuk pun lagi.” Ujar Dizyan. Dari nada suara Dizyan sahaja, Izham tahu adiknya itu gembira dapat bercakap dengan dia.
“Abang ada good news untuk Yan ni.” Izham berkata. Dizyan masih menanti butir bicara Izham.
“Ya? Apa dia, Bang?”
“Next week, maybe Thursday or Friday, Abang dengan Akak akan balik Malaysia. We are back for good.” Beritahu Izham akan berita gembiranya itu. Terus sahaja Dizyan menekup mulut. Rasa tidak percaya menyelubungi diri.
“Serious?” tanya Dizyan bagaikan tidak percaya. Inginkan kepastian.
“Ya, I’m serious. So, Abang harap Yan dapat ambil kita orang kat airport.” Ujar Izham lagi. Wajah Dizyan terus berubah. Bagaimana dia hendak meminta cuti? Sebab dia bekerja di rumah orang. Bukannya di pejabat.
“Alamak, Bang! Yan tak janjilah. Sebab Yan baru start kerja. And I’m not sure, samada dia orang bagi cuti ke tak.” Ujar Dizyan. Walaupun dia tidak mahu berterus terang tetapi sekurang-kurangnya Izham tahu keadaan yang sedang dialami Dizyan.
“It’s ok. Atleast Abang dah beritahu. And, kita boleh jumpa kat rumah, kan?” Izham mengerti. Dan dia tidak memaksa Dizyan.
“Ya...” jawab Dizyan kurang pasti. Dapatkah mereka jumpa di rumah? Kalau Izham pulang pada minggu hadapan, bererti majikannya sudah pulang hampir seminggu. Bolehkah dia meminta cuti? Nanti apa pula kata Datuk Farid dan Datin Rubi?
“Abang, Yan nak cakap dengan Akak kejap.” Ujar Dizyan. Mengubah topik. Izham menyerahkan telefon bimbit kepada isteri yang sudah dikahwininya 2 tahun lalu.
“Assalamualaikum.” Ucap isteri Izham dengan lembut.
“Waalaikumussalam, Kak Yas.” Ujar Dizyan. Cuba ditahan senyum yang ingin terukir.
“Kau jangan nak mengada panggil aku Kak Yas. Panggil aku Yas, sudah. Kau ni buat aku terasa tua, tau.” Yasmin berkata. Dizyan tertawa kecil.
“Kau kan kakak ipar aku. Mana boleh aku panggil kau, Yas je.” Sindir Dizyan. Sekali lagi mentertawakan sahabat yang banyak mengharungi suka duka bersamanya.
“Tak ada maknanya. Panggil aku macam biasa sudahlah.” Yasmin membentak. Dizyan menekup mulut. Tidak tertahan tawanya.
“Yelah...yelah. Jangan marah, Yas. Nanti baby dalam perut kau tu pun, emo macam kau jugak.” Dizyan beralah. Tidak mahu membuatkan ibu yang sedang mengandung berada di dalam emosi yang tidak tentu. Nanti jenuh pula Izham terpaksa memujuk Yasmin. Sejak kebelakangan ini, Yasmin kerapkali merajuk tidak tentu hala.
“Eh, kau tahu kan Misha dan Asrul dah bertunang?” tanya Dizyan tiba-tiba. Teringat pula pada sahabat yang baru sahaja melangsungkan pertunangannya 3 bulan yang lepas.
“Tahu. Lagi seminggu dia orang nak bertunang, baru Misha call aku. Aku cakap dengan dia, apa kejadahnya telefon aku time ni. Macam mana aku nak balik. Tunggu jelah wedding dia nanti, baru aku pergi.” Yasmin berkata. Geram sungguh dengan Misha. Lagi seminggu hendak melangsungkan pertunangannya, baru tergesa menelefon Yasmin yang berada nun jauh di perantauan orang. Lainlah kalau telefon sebulan sebelum. Boleh juga dia membuat perancangan untuk balik seketika sehingga majlis Misha selesai.
“Kau tu bila lagi? Kawan-kawan kau semuanya dah selamat.” Yasmin menyindir. Dia tahu sejak peristiwa yang berlaku ke atas diri Dizyan 6 tahun yang lalu, hati Dizyan seakan-akan tertutup buat insan yang bernama lelaki.
“Yas, aku ada something nak beritahu pada kau.” Dizyan berkata. Nadanya turut menjadi lemah. Yasmin mengerutkan dahi. Tentu ada sesuatu yang penting ingin disampaikan.
“Kau tunggu kejap.” Kata Yasmin. Dia menekup telefon tetapi setiap butir perbualan Yasmin dan Izham masih dapat didengari oleh Dizyan.
“Sayang...Yas nak cakap something private dengan Yan.” Lemah lembut Yasmin berkata. Izham memandang wajah isteri tercinta.
“So, Abang tak boleh dengarlah ni?” tanya Izham. Yasmin menggeleng manja.
“Ok, fine.” Izham beredar dari bilik yang menempatkan ruangan televisyen mereka. Menuju ke dapur. Tiba-tiba pula terasa dahaga.
“Apa dia, Yan?” pertanyaan Yasmin menyebabkan Dizyan tersentak dari lamunannya. Mendengar suara manja Yasmin dan Izham itu dari perbualan mereka, tahulah Dizyan bahawa mereka sangat bahagia. Ditambah pula dengan cahaya mata pertama yang akan dilahirkan dalam masa 5 bulan lagi. Dizyan melepaskan keluhan kuat.
“Aku terserempak dengan dia.” Ujar Dizyan ringkas. Yasmin mengerutkan dahi.
“Dia? Dia tu siapa?” tanya Yasmin lagi. Dizyan berdehem.
“Orang yang bertanggungjawab menghancurkan hidup aku.” Jelas Dizyan dengan lebih terang. Tercengang Yasmin dibuatnya.
“Kau biar benar, Yan? Macam mana kau boleh terserempak dengan dia?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Yasmin. Dizyan tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Yasmin itu.
“Aku kerja satu company dengan dia.” Dizyan berbohong sedikit. Sememangnya dia bekerja di satu syarikat dengan lelaki yang dimaksudkannya itu tetapi dibawah ‘pentadbiran’ yang lain.
“Oh My God! Habis tu, macam mana kau menghadapi dia? Dia kenal kau?” seperti peluru berpandu soalan-soalan itu memecahkan kepala otak Dizyan.
“Aku tahu dia kenal aku. Tapi dia sengaja buat-buat tak kenal. Dan, aku tak pasti kenapa. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi dia. Kau tau kan perasaan aku.” Airmata menuruni pipi gebu Dizyan itu. Tidak larat lagi hendak mengelap airmata yang akan menitis setiap kali bercerita tentang perasaan.
“Aku dah pernah nasihatkan kau, Yan. Kau tak patut ada perasaan tu. Tengok apa yang dia buat pada kau.” Suara Yasmin sedikit meninggi.
“Aku tahu, Yas. Aku tahu. Aku dah cuba lupakan dia. Dia memang dah tak ada dalam kamus hidup aku. Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan perbuatan dia pada aku. Aku takkan maafkan dia.” Teresak-esak Dizyan berkata. Yasmin mengendurkan suaranya.
“Aku yakin kau boleh teruskan hidup. Tapi belajar untuk menerima orang lain dalam hidup kau.” Nasihat Yasmin. Sememangnya sesuai sekali Yasmin menjadi kakak ipar DIzyan. Wanita itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan hatinya yang gundah.
“Aku takut, Yas. Aku takut.” Ujar Dizyan. Bertambah menjadi-jadi esak tangis gadis itu.
“Apa yang kau takutkan? Kau beritahu aku.” Yasmin sedikit mendesak. Dia menjadi risau kerana tidak dapat berada di sisi Dizyan dan menenangkan perasaan Dizyan.
“Aku....” ayat Dizyan tergantung apabila Yasmin mencelah.
“Kau jangan cakap perkataan tu lagi dah. Perkara tu terjadi bukan atas kerelaan kau. Terjadi di luar dugaan kau.” Bersungguh Yasmin memberikan nasihat. Meminta Dizyan melupakan segala yang terjadi. Tidak mahu sahabatnya itu teringatkan peristiwa hitam yang berlaku. Dizyan sudah tidak berkata apa-apa tetapi esak tangisnya masih kedengaran.
“Yan, kalau kau explain pada bakal husband kau tentu dia faham. Aku yakin, dia akan kata perkara tu terjadi bukan kerana kau yang nak. Tetapi disebabkan lelaki jahanam tu.” Yasmin menyambung kata. Dizyan mengelap pipi yang sudah basah kuyup.
“Kau jangan fikir pasal hal tu lagi. Aku yakin yang dia akan terima balasannya. Sekarang ni, kau pergi tidur. Tidur sepuas-puasnya. Esok Sabtu kan? Kau kerja ke?” Yasmin bertanya.
“Yup.” Dizyan menjawab ringkas.
“Ok. Kau pergi tidur. Tenangkan fikiran. Janganlah fikir benda-benda merepek macam tu. Okay?” Yasmin memberikan pesanan. Dizyan mengukir senyuman lemah.
“Okay.”
“Assalamualaikum.” Ucap Yasmin. Dizyan menjawab salamnya di dalam hati dan sama-sama mematikan talian selepas itu.
Tidur? Bolehkah dia tidur? Faizal memesan supaya jangan tidur selagi dia belum pulang. Dizyan merenung ke dada langit yang terbentang luas. Bintang-bintang berkelipan. Ada satu bintang yang bersinar terang. Masih adakah cahaya yang dapat menerangi kegelapan hidupku ini? Masih adakah harapan untuk ku merasai kebahagiaan? Bisakah aku punya perasaan cinta sepertimana aku pernah punya perasaan ini dahulu? Dizyan berteka-teki sendirian. Dia tiada jawapan untuk itu. Hidupnya masih kabur. Belum ada cahaya perasaan yang dapat menerangi jiwanya.
Enjin kereta sport yang menderu bunyinya berhenti dihadapan pintu pagar rumah banglo Faizal. Dizyan berhenti melamun. Memandang ke arah pintu pagar automatik yang terbuka menggunakan alat kawalan. Dizyan sudah berdiri tercegat dihadapan pintu pagar tersebut. Faizal yang baru sahaja turun dari kereta tersenyum sinis.
“Dengar juga kata aku ni.” Faizal berkata di dalam hati. Pemandu kereta Fairlady Z itu turut melangkah turun dari keretanya tetapi enjin kereta tidak dimatikan.
“Masuklah dulu, Neeq.” Pelawa Faizal. Neeq? Dizyan mengangkat wajah memandang gerangan pemandu kereta tersebut. Terpana! Dizyan dan Aneeq saling berpandangan.
“Eh tak payahlah, Zal. Dah pagi ni. Esok ada shoot.” Aneeq menolak pelawaan Faizal itu dengan baik. Faizal mengangguk perlahan.
“Kirim salam pada Intan Airina tu.” Ujar Faizal. Aneeq tersenyum. Tahu sangat kirim salam itu untuk pelakon baru yang sedang membintangi drama terbaru arahan syarikat produksi milik Faizal. Aneeq masuk ke dalam perut kereta dan menderum pergi. Bayangan kereta Fairlady Z itu hilang dari pandangan mata. Pintu pagar tertutup semula. Kaki Faizal laju melangkah ke arah pintu utama. Dizyan membuntuti majikannya itu. Dizyan menutup perlahan pintu utama.
“Encik Faizal, sebelum saya lupa. Bibik ada beritahu yang Datuk dan Datin ada call tadi. Dia orang pesan suruh Encik Faizal ambil dia orang kat airport dalam pukul 8 pagi.” Dizyan menyampaikan pesan apa yang diberitahu Sutinah kepadanya sebentar tadi sebelum wanita tua itu masuk ke kamarnya. Dikhuatiri dia tidak terjaga semasa Faizal pulang nanti. Faizal tidak memberikan apa-apa respon. Laju sahaja dia melangkah menuju ke bilik tidurnya. Gadis itu menjungkitkan bahu dan juga turut menuju ke bilik tidur yang berada di tingkat bawah berdekatan dapur.
Pintu bilik kecil itu dibuka seluasnya. Dizyan melangkah masuk dan menutup semula serta pintu itu dikunci. Berjalan ke arah jendela yang terbuka luas. Menongkat dagu.
“Kenapa kau masih muncul dalam hidup aku sampai sekarang?” rintih Dizyan seorang diri. Airmata sudah merembes menuruni pipi.
“Aku takkan maafkan kau. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.” Dizyan berkata. Peristiwa 6 tahun lalu begitu perit untuk diingati.

BERSAMBUNG.....

9 tukang komen paling setia:

Dewi said...

laaa kesian Dizyan...
hope dia menemui kebahagian x lama lg..

Anonymous said...

eeeiiiiiii geramnya dgn faizal ni
kak ecah, cerita ni ada brape episode eh?:)

keSENGALan teserlah.. said...

adehh..
kompius sket nieh..
dlu aneeq ngn yan adee hbgn ker??
n kes rogol uh,,yan nyaris kene rogol ke da kene??
huhuu..
penin2..
hehe..
smbung2..

::cHeeSeCaKe:: said...

yan pernh kne rogol ngn aneeq keR?waawa..xsabar je nk tau kisah silam yan n aneeq..dorang kapel ek dulu..?

Arisa Aizawa said...

alamak makin lama baca makin sedih la pulak,
teruk betul lah aneeq ngan faizal ni,

Aishah Hamzah said...

hehe x pasti plak brape episode....nie pown blom abes lg wat...

sYaFaRiNa said...

adoyai...
sgt sedeh ni...
knp dgn yan...
sgt nk tau

rahmahmokhtaruddin said...

cepat betul update, da episod 17..
truskan usaha cik aisyah!!

Niafablog said...

Bagus banget ceritanya