BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 29, 2009

Kau Milikku 16

BAB 16

HAMPIR dua minggu Dizyan bekerja di rumah banglo milik keluarga Faizal sebagai pembantu rumah. Seawal jam 7 pagi Dizyan sudah tercegat dihadapan pintu pagar rumah banglo itu. Dijenguk ke dalam kawasan rumah. Kereta Mazda MX-5 kepunyaan Faizal masih tersadai di garaj. Dizyan melihat jam di tangan. Baru pukul 7 pagi. Siapalah yang rajin sangat hendak ke tempat kerja seawal itu. Hanya dia seorang sahaja yang tercongok di hadapan rumah Faizal. Serba salah Dizyan dibuatnya. Hendak masuk, khuatir dimarahi Faizal. Sudah Faizal memberi amaran jika dia masih berada di dalam rumah, Dizyan tidak dibenarkan masuk. Takut nanti jiran sekeliling mengatakan benda-benda yang kurang enak didengari. Almaklumlah, Datuk Farid dan Datin Rubi sudah 3 minggu tiada di rumah kerana pergi menjenguk Fikhri dan Fathiq yang sedang melanjutkan pelajaran Switzerland. Silap haribulan kena tangkap basah, merana badan. Betul juga kata-kata Faizal itu. Dan selama seminggu juga Dizyan sudah jarang bertemu muka dengan ahli keluarganya. Dia begitu rindukan masakan Puan Hajjah Karissa dan Mak Nani. Rindukan masa untuk bersembang dengan Tuan Haji Azmin. Juga rindukan gelak ketawa bersama Asyifa. Dizyan melepaskan keluhan perlahan. Dia harus datang ke rumah itu sebelum pukul 7.30 pagi. Entah kenapa Faizal memberikan arahan sebegitu. Sedangkan sudah pukul 7 pagi, dia masih belum bangun dari tidur. Entah bersolat Subuh, entah tidak. Selalunya Faizal akan keluar untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 9 pagi. Jadi, setiap pagi Dizyan harus menunggu di luar pintu pagar sehingga jam 9 pagi. Sekali lagi dilepaskan keluhan. Dia melabuhkan punggungnya di atas tembok yang berada di luar pintu pagar. Kadangkala terasa punggungnya seperti sudah berkematu.
Pintu pagar automatik terbuka. Tersentak Dizyan dibuatnya. Dia melihat jam di tangan. Baru pukul 7.15 pagi. Awalnya Faizal sudah keluar untuk ke pejabat. Yang dilihatnya bukanlah kereta Faizal tetapi Sutinah terkedek-kedek menuju ke arah dia.
“Kenapa, Bik?” tanya Dizyan apabila dilihatnya wajah Sutinah yang cemas itu.
“Bik udah telat(lambat) ni mau ke pasar. Yan nemanin Bik, ya.” Ujar Sutinah sambil mengendong bakul yang selalu dibawanya ke pasar.
“Kita nak naik apa ni, Bik?” Dizyan bertanya. Bukannya Sutinah punya kereta untuk ke pasar yang terletak 10 kilometer dari kawasan perumahan mereka itu.
“Kita naik angkut aja, ya?” Sutinah memandang wajah Dizyan.
“Sini mana ada angkut, Bik. Sini ada bas.” Dizyan tersenyum. Mujur dia memahami serba sedikit perkataan atau ayat-ayat Bahasa Indonesia. Angkut, sejenis kenderaan yang digunakan oleh rakyat Indonesia untuk membawa mereka ke destinasi yang diingini. Kenderaan yang digunakan adalah van dan mereka akan menaiki van tesebut secara beramai-ramai.
“Iya, bas. Bibik selalu nyebut angkut. Di Indonesia ada ojek, ada angkut.” Walaupun sudah bertahun Sutinah menetap di Malaysia, dia masih belum melupakan kehidupannya di negara sendiri.
“Sini Malaysia lah, Bik. Rakyat Malaysia ada kenderaan sendiri. Tak pun, dia orang naik public transport. Macam LRT, bas, teksi.” Ujar Dizyan. Bibirnya terukir senyuman manis.
“Udah deh. Kita naik taksi aja.” Cadang Sutinah. Dizyan seperti berfikir sesuatu.
“Tak apalah, Bik. Kita naik kereta.” Dizyan pula memberikan cadangan.
“Waduh! Bik nggak ada mobil(kereta) kok.” Tergaru-garu Sutinah. Dizyan tergelak kecil.
“Siapa kata saya nak naik kereta Bik? Bibik naik kereta saya.” Unjuk Dizyan kearah MyVi miliknya yang tersadai di bawah pokok. Terangguk-angguk Sutinah membuntuti Dizyan menuju ke arah kereta berwarna oren itu.
FAIZAL mengeliat ke kiri dan ke kanan. Memejam dan mencelikkan mata berulangkali. Sisa kantuk masih ada. Semalam pulang dari kelab malam hampir jam 3 pagi. Ini semua Ku Zhety punya pasal. Kalau tidak kerana gadis itu memujuknya supaya duduk lebih lama disitu, pasti dia akan pulang awal. Sejak Datuk Farid tiada di Malaysia untuk menguruskan perihal syarikat, Faizal yang mengambil alih urusan-urusan penting. Sekali lagi mengeliat. Membuka mata dan memandang ke siling. Melihat kipas berputar perlahan. Penghawa dingin sudah dimatikan suis. Menguap. Mulutnya terbuka luas. Segera ditutup dengan telapak tangan. Pernah Faizal menguap tanpa menutup mulutnya dengan tangan, dia dimarahi oleh Papanya. Kata Papa kalau tidak ditutup mulut semasa menguap, syaitan akan masuk ke dalam tubuh kita. Pesanan itu diingati sehingga dewasa ini. Mengalihkan kepalanya ke meja sisi. Melihat jam loceng. Jarum jam panjang di pukul 3 manakala jarum pendek pada pukul 10. Terbelalak biji mata Faizal. Sudah pukul 10.15 pagi. Dia ada mesyuarat penting pada pukul 11 dengan production group untuk membincangkan pembikinan drama terbaru terbitan produksi syarikatnya.
“Kenapa Bibik tak kejut aku?” gumam Faizal dan terus melompat dari katil. Mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air.
10 minit kemudian, dia sudah keluar untuk siap berpakaian. Disemburkan minyak wangi Polo Black. Memakai jam tangan dan dompet dimasukkan ke dalam poket. Mengemas katil ala kadar. Mengambil beg bimbit. Faizal memulas tombol pintu tetapi kakinya tidak jadi melangkah. Dia menuju ke arah walk-in wardrobenya dan membuka suis lampu. Bilik kecil itu dari gelap terus menjadi terang benderang. Membuka laci yang diletakkan kaca mata hitamnya. Mengambil satu yang sememangnya menjadi pilihan Faizal, Ray Ban. Disarungkan ke wajah. Melihat wajah sekali imbas di cermin dalam almari itu. Berpuas hati dan tersenyum kecil. Terus Faizal keluar dari almari pakaiannya dan juga keluar dari kamar tidur. Menutup semula pintu kayu itu. Menjenguk ke arah meja makan. Tiada sarapan yang dihidangkan di meja itu. Menjenguk pula ke dapur. Kemana Sutinah? Dan adakah Dizyan masih belum sampai? Malas mengambil tahu, Faizal menuju ke rak kasut dan memakai stoking serta menyarungkan kasut yang selalu dipakai untuk ke tempat kerja. Alarm kereta dibunyikan. Diletakkan beg bimbit di tempat duduk sebelah. Bumbung kereta dibuka. Faizal memang suka bumbung keretanya dibuka. Biar angin luar dapat memberikan kedinginan kepadanya berbanding penghawa dingin kereta. Itulah kebaikannya. Tetapi keburukannya pula, terpaksa menghidu asap kenderaan dan debu kotor yang berterbangan di atas jalanraya. Pintu pagar automatik dibuka. Kelihatan Dizyan dan Sutinah mengendong plastik-plastik bermacam warna. Tahulah dia bahawa mereka berdua ke pasar.
“Aikkk, Ijal....udah telat(lambat) kamu ke kantor(pejabat)?” ujar Sutinah. Wajah pembantu rumah itu sudah dibasahi peluh. Dizyan membuntuti dari belakang. Tidak langsung memberikan senyuman. Apatah lagi hendak memandang Faizal. Sedangkan mata Faizal sudah mencerun memandangnya.
“Bibik ke mana?” ditanya juga soalan itu, sedangkan Faizal sudah tahu akan jawapannya.
“Bibik ke pasar ama Yan.” Jelas Bibik. Faizal terdiam. Apa yang perlu ditanya lagi? Semua jawapan dia sudah ada.
“Lain kali, Bik suruh je dia pergi ke pasar. Bibik duduk rumah. Masakkan sarapan untuk Zal.” Ujar Faizal. Ingin mencari reaksi Dizyan. Tetapi gadis itu langsung tidak memberikan apa-apa respon.
“Bik minta maaf, ya. Lupa mau bikinin(buat) sarapan.” Sutinah meminta maaf. Faizal melepaskan keluhan perlahan. Tidak guna dimarahinya juga pembantu rumah itu.
“Tak apalah, Bik. Saya makan je kat office.” Ujar Faizal dan tanpa menunggu lebih lama, dia masuk ke dalam perut kereta. Menghidupkan enjin dan mengundurkan kereta. Setelah itu, kereta sport itu menderum pergi.
“Bik, apasal tak suruh je Encik Faizal tu kahwin? Kan senang. Biar wife dia je yang buat semua kerja.” Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Membuntuti Sutinah menuju ke arah dapur.
“Nikah? Nikah itu gampang(senang). Tapi rela atau nggak wanita itu menghadapi dia. Dia itu cerewet banget(sangat cerewet). Belum ada satu pun wanita yang cocok(sesuai) buat Ijal.” Ujar Sutinah sambil memasukkan sayur-sayuran yang dibelinya ke dalam peti sejuk. Hanya lauk yang diperlukan sahaja tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ayam yang dibeli itu, diletakkan di dalam sinki. Dizyan mencuci ayam tersebut sehingga bersih. Tiada lagi darah-darah beku yang melekat pada tulang ayam tersebut. Diambil pula ikan-ikan di dalam plastik berwarna merah itu. Membuang isi perut ikan dan menghiris secara menyenget di badan ikan tersebut. Dicuci semula. Supaya hilang darah yang melekat. Diletakkan di dalam bekas kosong dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Cekap juga Dizyan membuat kerja walaupun baru seminggu dia bekerja bersama Sutinah. Sudah Sutinah mengajar dia perkara-perkara asas yang perlu seorang wanita tahu mengenai kerja rumah. Jika dirumahnya, pasti dia tidak berpeluang belajar memotong dan memasak. Kesemuanya sudah diselesaikan oleh Mak Nani dan Uminya, Puan Hajjah Karissa.
“Dia lebih cerewet daripada perempuan ke, Bik?” tanya Dizyan sambil leka melakukan kerja-kerjanya menolong Sutinah.
“Iya...lebih cerewet dari Datin Rubi.” Kata-kata Sutinah itu mengundang tawa kecil Dizyan.
“Hah! Cerita pasal Datin Rubi. Bila dia orang nak balik sini?” Dizyan bertanya. Dia sudah selesai memotong sayur kobis. Sediakan bahan masakan untuk makan malam. Dizyan sendiri hairan. Buat apa sediakan makan malam? Sedangkan Faizal langsung tidak pulang untuk makan.
“Bik nggak tau kok, Yan. Mereka bilang sebulan aja mereka di sana. Mungkin minggu depan mereka langsung pulang.” Sutinah berkata dan menghilang di sebalik pintu dapur. Dizyan tahu ke mana wanita tua itu pergi. Mesti berada di kebun bunga di laman rumah.
Dizyan mengemas apa yang patut di dapur. Sambil itu berfikir hendak memasak apa untuk tengah hari. Lagipun mereka berdua sahaja yang tinggal. Tidak perlulah masak yang remeh. Diambil gelas kosong. Dizyan membuka peti sejuk dan ingin mengambil jus oren yang baru sahaja dibelinya. Dituang jus oren tersebut ke dalam gelas. Dihirup perlahan-lahan. Bagus juga dia membeli air itu tadi. Dapat juga melepaskan dahaga dengan air perisa oren. Selalunya air sejuk atau kordial sirap sahaja yang menuruni tekaknya selama dua minggu ini.


“OKAY...kami dah capai persetujuan untuk ambil pelakon baru bagi teraju utama drama kita ni.” Ujar penerbit dan pengarah drama terbaru arahan dan terbitan Rufa Grand Million Productions, Kau Milikku, Ian Khalif. Faizal terangguk-angguk mendengar penjelasan krew produksinya. Tangan kanan menyilang di dada dan tangan kiri melurut dagu.
“Nik Mellissa dan Faizi Adham.” Sambung Ian Khalif. Lama mereka terdiam. Faizal masih tidak memberikan apa-apa respon. Mindanya bukan berada disitu. Terawang-awang jauh teringatkan perbualan bersama Mamanya sebentar tadi.
“Zal, Mama dan Papa akan balik ke Malaysia hari Khamis ni. Zal tak payahlah susah payah nak jemput kami. Kami boleh balik sendiri.” Ujar Datin Rubaiyah. Terkedu Faizal mendengar kata-kata Mamanya itu. Menggaru kepala yang tidak gatal. Bagaimana kalau mereka pulang ke rumah dan mendapati ada pembantu rumah baru yang bekerja disitu? Dan pembantu rumah itu mempunyai kereta dan sering berulang-alik ke rumah mereka. Sudah tentu Datuk Farid dan Datin Rubaiyah akan syak sesuatu. Dia harus memikirkan jalan untuk mengelakkan syak wasangka kedua orang tuanya itu. Dia harus memikirkan cara yang terbaik. Tetapi otaknya buntu. Tidak dapat langsung memikirkan strategi yang terbaik.
Kesemua mata krew produksi Rufa Grand Million Productions memandang ke arah Faizal yang sekejap tergaru-garu, kemudian mengeluh. Dahi berkerut. Dan bermacam lagilah wajah yang dibuatnya.
“Bos....” panggil Ian Khalif. Faizal tersentak. Memandang wajah mereka yang berada di bilik mesyuarat itu satu persatu.
“Ya...siapa nama pelakon tu?” Faizal sedaya upaya cuba menyembunyikan wajah malunya. Dengan membuat wajah yang serius.
“Nik Mellissa dan Faizi Adham.” Ulang Pembantu Penerbitan, Norza dengan lembut. Faizal mengangguk perlahan.
“Aren’t they the highest paid newcomer artist?” Faizal bertanya lagi.
“Taklah. Reporter salah faham je. Sebenarnya itu artis lain. Yang muka lebih kurang macam dia orang ni.” Ujar Norza. Sekali lagi Faizal mengangguk.
“Okay. Kalau macam tu, awak buat appointment dengan dia orang. Suruh dia orang datang jumpa saya. I need to see them face to face.” Norza mencatit dalam buku jadual hariannya arahan yang perlu dilaksanakan. Krew yang lain hanya tersenyum sinis. Tahu sangat kenapa Faizal beria-ia hendak berjumpa dengan artis baru itu? Sudah tentulah untuk mengurat Nik Mellissa. Faizi Adham cuma alasan untuk menutup perbuatannya. Siapa yang tidak tergoda melihat wajah kacak Faizal itu. Boleh dikatakan kesemua perempuan ingin memiliki lelaki bernama Fezrull Faizal ini.
“So, ada apa-apa lagi?” ditanya Faizal. Matanya melilau ke sekeliling. Rata-rata mereka hanya menggelengkan kepala.
“Bajet semua dah selesai, ya?” Faizal bertanya sekali lagi. Norza mengangguk.
“Bila boleh start shoot?” mata Faizal terarah ke Ian Khalif.
“Anytime. Bos bagi green light, kita orang jalan je.” Ujar Ian Khalif dan menyandarkan badan ke kerusi empuk.
“After saya jumpa dengan pelakon ni lah, baru kita start shoot. So, tak ada apa-apa lagi. Meeting adjourned. Norza jangan lupa.” Pesan Faizal sekali lagi. Norza mengangguk tanda mengerti.
“Ian, jumpa saya kat bilik.” Arah Faizal kepada Ian Khalif. Lelaki itu mengangguk dan seraya membuntuti Faizal sehingga ke bilik pejabatnya. Mereka berdua melintasi meja Hartanty.
“Tanty, awak tolong follow-up dengan Norza pasal meeting saya dengan pelakon baru tu, Nik Mellissa.” Faizal memberikan arahan. Hartanty mengangguk dan tersenyum kecil.
“Dan, Faizi Adham.” Sambung Ian Khalif. Dia tersenyum sinis memandang Faizal.
“Ya...and that guy.” Langsung tidak terlintas difikiran Faizal mengenai lelaki yang bernama Faizi Adham itu. Hartanty menekup mulut menahan tawa. Faham sangat dengan tujuan ketuanya itu untuk berjumpa dengan pelakon baru. Tambahan lagi pelakon wanita.
Faizal menonong menuju ke biliknya. Dibuka pintu bilik itu sehingga terkuak luas. Ian Khalif tersenyum dan mengenyitkan mata kepada Hartanty. Gadis itu membalas senyuman pengarah muda tersebut. Ian Khalif masuk ke dalam bilik pejabat Faizal. Ketuanya itu sudah melabuhkan punggung di kerusi empuk milik pengarah syarikat. Dia menyandarkan kepala yang terasa berat. Ian Khalif duduk menghadap Faizal yang seperti orang kebingungan.
“Aneeq tak cakap apa-apa ke yang dia tak terlibat dalam drama kali ni?” ujar Ian Khalif. Risau juga jika sahabat yang seorang itu berfikir yang bukan-bukan.
“Taklah. Dia tengah sibuk shoot drama Terima Kasih Cinta untuk Astro Prima. Aku dah tanya dah dengan dia. Dia tak nak terlibat ke dalam drama kali ni. 60 episod. Untuk Akasia TV3. Dia kata tak apa, bagi pada kau je. Lagipun dia ada lagi 2-3 drama yang dia kena fikir nak habiskan shoot. Untuk Cerekarama TV3 dan Layaria Astro Ria pun tak siap lagi.” Jelas Faizal. Ian Khalif menarik nafas lega. Tidak suka bermasam muka dengan sahabat sepejabat.
“Ni apahal pulak kau panggil aku masuk office kau ni? Aku nak pergi check equipment.” Ian Khalif menyilangkan lengannya ke dada. Memandang wajah Faizal dengan tanda tanya.
“Kau tau kan pasal orang gaji baru aku tu?” tanya Faizal. Berkerut dahi Ian Khalif cuba mengingati pembantu rumah yang dikatakan oleh Faizal itu.
“Ohh...apa nama dia tu? Aku tak ingatlah.” Ian Khalif sudah dapat menggambarkan gadis yang dimaksudkan Faizal itu. Tetapi masih tidak mengingati namanya.
“Dizyan.” Jawab Faizal ringkas.
“Hah...Dizyan. Kenapa dengan dia?” Ian Khalif masih tidak memahami cerita yang ingin disampaikan oleh Faizal.
“Parents aku nak balik dari Switzerland Khamis ni. Dan, dia orang tak tahu yang aku dah ambil orang gaji baru untuk tolong Bibik. Mesti dia orang akan terkejut punya tengok ada orang gaji baru. And then, pakai kereta dan ulang-alik pulak ke rumah aku tu.” Dipatah-patahkan jari jemarinya. Faizal jika berada di dalam kegelisahan, itulah perkara yang akan dilakukannya.
“Apa susah? Kau beritahu jelah terus terang pada parents kau yang kau tu berniat nak kenakan perempuan tu.” Dengan selamba Ian Khalif berkata.
“Kau boleh tak bagi idea yang bernas sikit? Kau jangan cakap dengan aku benda-benda merepek macam ni. Aku tak nak dengarlah.” Bentak Faizal. Mencerun memandang Ian Khalif yang menggoyangkan kerusinya.
“Ek eleh...kau minta idea aku. Lepas tu, kau nak marah-marah pulak.” Kemarahan Ian Khalif juga turut memuncak melihat kelakuan Faizal itu.
“Sorry ah, Ian. Aku tengah tension gila ni.” Faizal mengendurkan suaranya sedikit. Sedar akan keterlaluan yang ditonjolkan.
“Apa benda lah yang kau fikir sampai nak pecah kepala otak tu? Kau suruh je dia pindah ke rumah kau. Habis cerita. Kau bagi syarat, jangan bawak kereta ke rumah kau. Suruh dia tinggalkan kereta dia kat rumah parents dia.” Ian Khalif sekali lagi memberikan cadangan. Wajah Faizal kembali ceria.
“Kenapalah aku tak terfikir langsung pasal ni? Thanks, Ian. Kau memang kawan aku yang paling baik lah. Otak kau ni memang boleh pakai.” Faizal terus berdiri dan bersalaman dengan Ian Khalif.
“Itu dah tentu. Kau tengoklah apa position aku. Kalau tak pecah kepala otak aku ni fikir pasal camera angle, bukan namanya director lah aku ni.” Ian Khalif memuji diri sendiri.
“Ni yang aku malas nak puji kau lebih ni. Balik-balik kau pulak yang masuk bakul angkut sendiri.” Madah Faizal. Kemudian mereka sesama tertawa kuat.

BERSAMBUNG.....

6 tukang komen paling setia:

Loser said...

eleh faizal tu kalau dia x tutup mulut masa menguap pun x membawa makna apa-apa sbb dia mmg jahat
haha :P

Dewi said...

faizal ni suka pula cari nahas..
nnt mesti tangkap cintan ngan Dizyan... baru padan muka... angau.. hahhaa..

sYaFaRiNa said...

x abes2 nk kenakan dizyan...
skli dizyan sue bru tau...

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..jahatnye faizal..nyampah i..hehe
seanla dizyan ni..nape yan ni xbalas ape2? ikut je..bile leh tau kisah silam aneeq n yan..

-cheesecake-

keSENGALan teserlah.. said...

smbung2...hehehe..

nurhakim said...

klau lpas nie parent faizal
'tersuka' ngn yan plk msti gmpak..
hihiii..hope2 jdi cam nie..
biar faizal 2 sdar skt..
jgn ska2 nk kenakan org..huhuuu