BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 5, 2009

Dan Sebenarnya....33

BAB 33

DIZYAN terjaga sebaik sahaja jam loceng berdering pada pukul 6 pagi. Dimatikan jam loceng tersebut sebelum Faizal membebel. Dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Bukan sahaja tuala yang dibawa masuk ke dalam bilik air tetapi juga baju kerjanya. Usai berwuduk dan berpakaian, Dizyan keluar dari bilik air dan segera membentangkan sejadah. Menyarungkan telekung ke badan dan mula bersolat Subuh. Usai bersolat, disangkutkan semula telekung ke atas tempat menyidai. Kemudian, bersolek ala kadar. Dipandang sekali lagi dirinya di dalam cermin. Dipegang pipi yang ditampar semalam. Pipi ini bukan sesakit mana pun. Sakit lagi hati melihat suami sendiri menarik perempuan lain yang tiada ikatan langsung dengan dia. Dipandang ke arah Faizal yang sedang nyenyak tidur sambil memegang pipinya. Satu keluhan dilepaskan perlahan. Melangkah ke arah katil. Badan Faizal yang diselimut itu, disentuh lembut.
“Awak….” Dizyan mengejutkan Faizal. Masih tiada respon. Sekali lagi digoyangkan badan Faizal.
“Awak, bangunlah.” Dizyan menarik semula tangannya apabila Faizal bergerak sedikit. Tetapi tiada tanda-tanda Faizal akan bangun dari tidur. Dizyan mendengus geram.
“Awak, bangunlah. Nanti terlepas Subuh.” Dizyan menggoyangkan badan Faizal sedikit kuat. Faizal mengeliat. Dibuka matanya. Tetapi kemudian dikecilkan semula apabila terasa suluhan lampu bilik menyuluh ke matanya. Dia bangun dan duduk menghadap Dizyan. Menggosok hidung yang terasa gatal.
“Pukul berapa sekarang?” tanya Faizal. Terkebil-kebil biji matanya cuba memandang ke arah jam loceng. Ah, kabur pula biji matanya itu. Dizyan memandang sekilas ke arah jam loceng yang terletak di sisi katil.
“Dah pukul 6.30. Saya turun dulu.” Ujar Dizyan dan tanpa berlengah lagi, dia menuju ke pintu bilik. Belum sempat pintu dibuka, langkah kakinya terhenti apabil Faizal berkata sesuatu.
“Sorry.” Ringkas sahaja Faizal berkata tetapi cukup untuk membuatkan hati Dizyan sejuk. Tiada lagi api kemarahan yang disimpan sejak semalam.
“Kenapa pulak awak yang nak minta maaf?” Dizyan bertanya tanpa sedikitpun mengalih pandang ke arah Faizal.
“Sebab semalam. Saya tahu saya tak patut sebelahkan Zhety. Sebab Zhety yang bersalah dalam hal ni.” Faizal berkata. Dizyan melepaskan keluhan.
“Hal semalam tak usahlah awak nak bangkitkan lagi. Saya dah lupa. Lagipun saya tak ambil hati. Saya bukan jenis seorang yang pendendam.” Dizyan memulas tombol pintu dan terus keluar. Tidak sempat untuk Faizal menyambung kata. Pintu ditutup perlahan. Dizyan memang bukan jenis seorang yang pendendam. Dia tidak kisah apa yang orang lain hendak lakukan kepada dia. Dahulu, mungkin. Tetapi sekarang tidak lagi.
Dizyan menuju ke dapur. Melihat Sutinah sedang menyediakan sarapan pagi. Diambil teko yang terletak di dalam almari dapur. Dicapai sudu yang terletak di rak menyidai pinggan mangkuk. Dibancuh kopi. Kemudian diambil pula gelas yang tersangkut elok di dalam almari dapur. Dibancuh Nescafe untuk Faizal. Dia tahu Faizal tidak begitu menggemari kopi.
“Ngapain, Yan? Kamu menung terus.” Dizyan mengangkat muka memandang Sutinah. Kemudian digelengkan kepalanya. Sutinah mengerutkan dahi. Sejak dari semalam, Dizyan asyik termenung sahaja selepas bersembang bersama Datuk Farid di meja makan.
“Ceritalah sama, Bibik. Mungkin Bibik bisa nolongin kamu.” Sutinah memujuk. Dizyan melepaskan keluhan. Sutinah meneruskan kerja-kerja memasakanya.
“Bik....” panggil Dizyan.
“Hmm....” sahut Sutinah. Dizyan meletakkan sudu selepas air Nescafe sudah siap dibancuh. Dizyan mengalihkan badannya dan memandang ke arah Sutinah yang masih sibuk menggoreng bihun.
“Yan...” ayat Dizyan tergantung. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.
“Maksud Yan, kawan Yan ni. Dia ada masalah sikit. Minta pendapat Yan. Tapi Yan tak tahu macam mana nak nasihatkan dia.” Ujar Dizyan. Malu hendak menyatakan masalahnya sendiri kepada Sutinah. Digunakan kata-kata berkias.
“Masalah apaan?” tanya Sutinah lagi.
“Errmm.....kawan Yan ni, tak suka pada seorang lelaki ni. Tapi semenjak dua menjak ni, dia rasa lain sangat bila berhadapan dengan lelaki tu. Berdebar-debar dan terasa nafasnya sesak.” tergagap Dizyan hendak menceritakan permasalahan sebenar.
“Tapi dia tahu lelaki tu tak suka kat dia. Sebab dia tak cantik, gemuk. Pendek kata, bukan jenis gadis idaman lelaki lah.” Lancar sekali Dizyan menceritakan apa yang terbuku di fikirannya. Sutinah mendengar sambil tangannya ligat menyenduk bihun goreng ke dalam mangkuk.
“Jadi?” tanya Sutinah lagi. Mulutnya sudah diukirkan senyuman lebar.
“Dia tahu lelaki tu dah ada girlfriend. Walau macam-macam yang girlfriend lelaki tu buat kat kawan Yan ni, hati dia akan jadi cair bila lelaki tu minta maaf pada kawan Yan.” Dizyan membawa cawan Nescafe tersebut ke ruang makan. Kemudian, dia kembali ke dapur.
“Itu maknanya Yan udah jatuh cinta ama Ijal.” Ujar Sutinah. Memandang wajah Dizyan yang seperti berfikir sesuatu.
“Bibik rasa Yan.....Errr.....” baru Dizyan tersedar bahawa dia sudah tersalah kata.
“Bibik rasa KAWAN YAN dah jatuh cinta dengan lelaki tu?” sengaja ditekankan perkataan ‘kawan Yan’. Sutinah tersenyum penuh makna.
“Iya....iya....temennya Yan.” Sutinah membetulkan ayatnya semula. Dizyan tersengih.
“Kenapa dengan kawan Yan?” tiba-tiba ada satu suara garau bertanya. Dizyan terkaku. Sutinah tersentak dan memandang ke arah orang yang bertanya itu.
“Nggak apa-apa, kok. Yan cuma bilang temennya itu punya masalah besar banget(sangat).” Ujar Sutinah cuba berselindung perkara sebenar. Faizal mengangguk.
“Nescafe aku dah siap?” tanya Faizal lembut. Tidak lagi kasar seperti sebelum ini. Gadis itu mengangguk perlahan. Faizal juga turut mengangguk. Sutinah hanya memerhatikan gerak-geri mereka berdua. Kemudian, Sutinah beredar dari situ. Faizal menggaru kepala yang tidak gatal.
“Jomlah, breakfast.” Ajak Faizal. Dizyan hanya membuntuti Faizal dari belakang. Faizal menarik kerusi untuk Dizyan. Dia berasa segan dengan kelakuan gentleman Faizal itu. Kemudian, Datuk Farid dan Datin Rubaiyah menyertai mereka di meja makan. Diikuti oleh Fikhri dan Fathiq. Riuh kembar itu bersembang sambil membuat lawak jenaka. Kadangkala Dizyan tergelak kecil. Dalam diam, Faizal memerhatikan seraut wajah Dizyan yang memerah tatkala menahan ketawa.


“SELAMAT pagi.” Ucap Fateen semasa melintasi meja Dizyan. Tersenyum lebar sahaja dia. Dizyan mengerutkan dahi.
“Waalaikumussalam, Teen.” Perli Dizyan. Fateen menekup mulutnya.
“Assalamualaikum.” Fateen membetulkan ayatnya semula. Dizyan tersenyum dan kembali meneruskan kerjanya. Fateen menuju ke mejanya dan meletakkan tas tangan di atas meja.
“Oii....” Fateen mengetuk kuat meja Dizyan. Terkejut gadis itu sehingga melatah. Diurut dada yang turun naik.
“Kau ni cuba-cubalah bagi salam. Nasib baik aku tak ada sakit jantung.” Ujar Dizyan, sedikit marah. Fateen tersengih seperti kerang busuk.
“Sorry.” Ucap Fateen. Dizyan mendengus.
“Sorry-morry, naik lori, makan biskut marie.” Sindir Dizyan. Fateen tergelak kecil. Dizyan kembali tunduk menghadap fail yang bertimbun.
“Wei....” panggil Fateen.
“Hmm....” sahut Dizyan tanpa memandang wajah Fateen. Kerja yang menimbun harus diselesaikan dengan kadar segera kerana sebentar lagi Faizal ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri dan fail itu amat penting untuk mesyuarat tersebut.
“Aku dengar semalam kau balik dengan Syed Ezra.” Ujar Fateen. Segera Dizyan memanggung muka. Fateen tersenyum sinis.
“Ha’ah. Kenapa?” duga Dizyan. Ingin mencari reaksi Fateen. Dan, seperti yang disangka oleh Dizyan, mulut Fateen ternganga besar.
“Serius? Serius kau balik dengan Syed Ezra? Betul? Betul ke?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Fateen. Sebentar kemudian, Dizyan tergelak kecil.
“Kami sama-sama turun ke Basement je. Bukan dia hantar aku balik. Aku naik kereta aku, dia naik kereta dia lah.” Ujar Dizyan dan kembali menunduk. Tekun menghadap fail dihadapannya. Fateen terdengar Dizyan terkekeh perlahan.
“Hish.....kau kenakan aku je.” Fateen sempat mencubit lengan Dizyan yang berisi itu.
“Ouchhh!!!” Dizyan menjerit kecil. Fateen berlari anak menuju ke mejanya semula sambil menjelirkan lidah. Dizyan menggeleng perlahan.
“Assalamualaikum.” Ucap satu suara. Dizyan menjawab ucapan salam itu dan mendongakkan wajahnya. Tersenyum sahaja memandang lelaki dihadapannya itu.
“Dah breakfast?” tanya Syed Ezra. Dizyan tersenyum manis.
“Dah. Awak?” Dizyan bertanya kembali.
“Belum lagi. Ingatkan kalau awak belum breakfast, saya nak ajak awaklah.” Ujar Syed Ezra dengan senyuman yang menawan. Dizyan membalas senyumannya.
“Maybe next time.” Ujar Syed Ezra.
“Maybe....” Dizyan berkata. Tidak mahu memberikan apa-apa harapan kepada lelaki itu. Syed Ezra tersenyum dan mengangguk. Dia berlalu dari situ. Tetapi ada satu pandangan mata yang membara memerhatikan adegan dari jauh.


“Assalamualaikum.” Ucap seseorang. Dizyan menjawab salam tersebut dan mendongak memandang lelaki dihadapannya itu. Terus sahaja Dizyan berdiri. Menghadap lelaki itu. Aneeq tersenyum manis.
“Ada apa-apa yang perlu saya bantu, Encik Aneeq?” tegas sekali suara Dizyan bertanya. Aneeq berdehem perlahan.
“Saya perlu berbicara dengan awak. Tentang.....” ayat Aneeq tergantung apabil segera dipintas oleh Dizyan.
“Maaf, Encik Aneeq. Rasanya tak sesuai untuk kita berbincang tentang masalah peribadi di pejabat. Juga saya tak ada apa-apa yang hendak dibincangkan dengan Encik Aneeq. Saya harap Encik Aneeq jangan lagi ganggu saya selepas ini.” Ujar Dizyan. Wajahnya tegang. Tidak suka apabila Aneeq datang berjumpanya semasa waktu kerja.
“Ohh...jadi awak tak suka kalau saya yang datang untuk berbicara dengan awak. Kalau Syed Ezra, boleh je.” Aneeq berkata dalam nada cemburu. Mencerlung mata Dizyan memandang Aneeq. Dia memerhatikan gerak-geri aku? Desis hati Dizyan.
“Awak....maksud saya.....Encik Aneeq. Encik Aneeq tak berhak nak masuk campur dalam urusan saya. Dan, saya tiada lagi urusan yang berkaitan dengan Encik Aneeq.” Tegas sekali Dizyan berkata tetapi suaranya cuba diperlahankan. Tidak mahu orang sekeliling mendengar perbualan mereka.
“Tapi, saya.....” sekali lagi ayat Aneeq tergantung apabila bahunya ditepuk perlahan. Mereka sama-sama beralih ke arah orang yang menepuk bahunya. Dizyan terkedu. Wajah Faizal yang dihiasi senyuman itu, menggetarkan hati Dizyan. Belum pernah Dizyan melihat senyuman seperti itu. Tetapi senyuman itu dibalas dengan hambar. Hatinya gelisah.
“Kau panggil aku ke bilik kau, tapi kau pergi mana?” tanya Aneeq. Cuba berselindung tentang perasaan gugupnya. Terkejut juga apabila disergah sebegitu.
“Kena panggil dengan Papa.” Ujar Faizal. Aneeq mengangguk perlahan.
“Jom.” Ajak Faizal. Aneeq membuntuti Faizal sehingga ke biliknya. Dizyan kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sesekali menjenguk ke arah bilik Faizal. Tidak senang apabila Aneeq selalu berjumpa dengan Faizal tetapi dia tahu mungkin Aneeq punya urusan kerja dengan Faizal.
2 jam kemudian, Aneeq keluar dari bilik Faizal. Sempat memandang Dizyan sebelum melangkah pergi beredar dari situ. Dizyan memandang sekilas ke arah Aneeq. Pandangan itu yang dahulu bisa menggetarkan naluri wanitanya. Tetapi kini tidak lagi. Dizyan kaku menghadap monitor komputer dihadapannya. Jasad dia memang berada disitu, tetapi tidak fikirannya. Ketukan kuat di meja Dizyan mengejutkan dia yang sedang mengelamun jauh.
“Fail yang aku minta tadi, dah siap ke belum?” tanya Faizal dengan lembut. Tiada lagi nada kasar seperti selalu. Tetapi cuma masih lagi ber aku dan ber kau.
“Errr.....hurm....be...belum...belum lagi.” Tergagap Dizyan berkata. DItakuti Faizal akan memarahinya kerana tidak sempat menyiapkan kerja yang diberikan.
“It’s okay. Yang penting kau siapkan sebelum meeting aku pukul 3 petang ni.” Ujar Faizal sebelum beredar dan masuk semula ke dalam biliknya.


MEJA yang berselerak dikemas. Dizyan menutup semula fail-fail dan diletakkan di atas tray. Melihat sekali imbas jam di tangan. Sudah pukul 8 malam. Menutup pc komputer dan bersedia untuk pulang. Dicapai tas tangan dari dalam meja. Melangkah perlahan ke arah bilik Faizal. Mengetuk pintu tersebut. Terdengar arahan masuk.
“Encik Faizal...” panggil Dizyan lembut. Faizal mengangkat wajah memandang Dizyan yang berdiri tercegat dihadapannya.
“Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.” Pinta Dizyan. Faizal tersenyum dan mengangguk. Dizyan mengerutkan dahi.
“Betul saya boleh balik?” Dizyan bertanya sekali lagi. Inginkan kepastian. Manalah tahu, Faizal akan memberikan kerja last minute.
“Betul. Baliklah.” Faizal sekali lagi mengangguk dan tersenyum.
“Okay. Thanks.” Ucap Dizyan. Membalas senyuman itu dan ingin beredar dari situ. Tetapi langkah kaki Dizyan terhenti apabila Faizal memanggil namanya.
“Terima kasih.” Ucap Faizal. Dizyan sekali lagi mengerutkan dahi.
“Kenapa?”
“Sebab maafkan aku.” Faizal berkata dan berdiri. Berjalan mendekati Dizyan. Lalu dibisikkan sesuatu di telinga isterinya itu.
“Dan, tak marahkan aku lagi.” Terasa deru nafas Faizal di tepi telinga Dizyan. Hati Dizyan berdebar. Jantungnya berdegup pantas. Bahagia! Lama Dizyan dibuai perasaan begitu.
“Baliklah. Kata nak balik tadi.” Kata-kata Faizal menyentakkan Dizyan dari lamunannya. Segera memandang ke arah Faizal. Matanya menatap anak mata Faizal yang berwarna hazel brown itu.
“Apa yang kau pandang?” tanya Faizal dengan senyuman sinis. Dizyan menggelabah. Terasa dirinya ditertawakan oleh Faizal.
“Tak ada apa-apalah. Sa...sa....saya balik dulu.” Dalam pada itu, Dizyan mengutuk dirinya yang tidak habis-habis mengelamun. Dizyan memulas tombol pintu bilik Faizal dan melangkah keluar. Sambil berjalan keluar, digelengkan kepalanya berkali-kali. Di dalam bilik, Faizal tertawa gelihati melihat gerak-geri Dizyan. Lucu...lucu! Tetapi bila difikirkan kembali, comel pula apabila Dizyan membuat wajah gelabahnya. Faizal juga turut menggelengkan kepala. Dipegang dada yang tiba-tiba sahaja berdegup pantas. Tidak pernah dia rasa sebegitu terhadap perempuan lain. Terutama Ku Zhety.
“Relax, Zal. Cool. Kau dah janji yang takkan jatuh cinta dengan dia. Lagipun memang tujuan kau nak seksa perasaan dia masa dia mula-mula kahwin dengan kau.” Seorang diri Faizal berkata. Dilabuhkan punggung di atas kerusi empuk miliknya. Diketuk jari jemari di atas meja. Seketika kemudian, ketukan di jari berhenti secara perlahan-lahan. Tersenyum mengenangkan gelagat Dizyan. “Zal, wake up. She’s not your type!” lantang sekali Faizal bersuara. Mengetuk kepalanya berkali-kali. Menyedarkannya dari anganan. Tetapi matanya asyik terbayangkan seraut wajah Dizyan. Hish…..parah ni!

BERSAMBUNG.....

17 tukang komen paling setia:

alom said...

waaaa..jd org yg 1st komen..suka2.. haha tau x kak sha,sy tiap2 pg wiken mesti bukak blog akak nk bc ksh yan n faizal ni..tp 2la,smgu skali..waaa cdih rasanyer..n 1 lg,novel DKLKL tu leh x sy dptkan trus ngn kak sha? xjpa la kt MPH alamanda tu..pliz2..

aL-HaNis said...

haha parah ni parah =)

ha-ra said...

hahahhahaha
faizal da jtuh cnta tp nk nafi kan...
cute nye...
hehehhehe

Bisikans said...

aya... semakin mendebarkan... cinta telah berputik tapi ego masih menggunung... kui kui... bestnye... tak sabar nak tau citer seterusnya....

ecah hamzah said...

alom: blh2.....bg alamat nnt akak poskn....sori kene seminggu skali...sbb ari2 biase bz sket.....keje....hehe

L said...

faizal dah suka kat yan kan? hee :D

keSENGALan teserlah.. said...

huuuuuuuu..
faizal cm da bek..
ske2..
tiap sabtu,,mesty kobar2 bce cite nieg..tp xpuas laa...

kak ecah..semnggu due kali la..
huhu..sabtu ahad..
hehe...
smbung2..

ceritaku MEMORIKU said...

hahaha betolbetol tiap sabtu tak sabar nak bace entry baru.ahakzz
comelcomel
zal dah berdebar?tandanya?ahakzzz.
sukesuke
-na'dz

Hana_aniz said...

sy org baru. hehehe... satu malam je da dpt abis cite ni. from epi 1-33. fuh.. bez!! sambung lg!! skejap rase cm ske faizal. pas tu aneeq. pastu faizal blk. pas tu syed ezra lak... huhuhu... tp kn... rasenye cm faizal xkn trime Yan kalo dpt tau citer sbenar.. huhuhu...x pe!! ada syed ezra!! kekeke.. pape pn, harap faizal n Dizyan slame-lamernye..

LiNa said...

hehehe..faizal suka kat yan ..
tp dia nafikan.. xsuka la dgn aneeq tue..sambung lagi yer..

alom said...

akak..sy nk sent email tuk akak camner? bg la almt mail akak..sy xjpa la kat cni kak..nti nk ata add n nk tau price DKLKL..

ecah hamzah said...

alom:aishah_sara86@yahoo.com
price:RM29.90

terkiniadmin said...

salam ziarah

swit hanna said...

Slm ecah..lama dah x aktif dunia blog..hehhe...bez arr DS nie...nak agy..kekeke..

nak wat link utk every n3 ker ecah?
1-klik kat episod tue, pastu copy url dia..
2-p customize layout tue..add widget text..
3-kat bahagian content,taip la bab 1 (cthnya)..ada ikon macam bentuk bumi tue kan..sebelah ikon kaler tue..klik situ..
4-paste la url yg di copy tadi kat situ..save..
begitulah seterusnya..slmt mcuba..heheh...^-^

swit hanna said...

oppss...terlupa lak..
3-kat bahagian content,taip la bab 1 (cthnya)..BALL'kan bab 1 tue td...pastu, ada ikon macam bentuk bumi tue kan..sebelah ikon kaler tue..klik situ..

ecah hamzah said...

thanks hanna....nnt nk cube jap!hehe

alreinsy said...

bestnya faizal dah jatuh hati kat yan... dah bini sendiri... sape suh kerek sgt... nk gak tau reaksi si gedik ku zhety tu... hahahaha... ketawa besar dibuatnya... sure muka cam cemberut jer...