BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 23, 2009

Kau Milikku 13

BAB 13

MEJA pendaftaran penuh dengan para pelajar yang sibuk untuk mendaftar. Tidak ketinggalan juga gadis gempal yang memiliki nama Dizyan Farhana ini. Nasib baik mereka dikehendaki beratur semasa mendaftar. Kalau tidak mahu kena berebut dengan pelajar-pelajar asing yang lain. Usai mendaftar, Dizyan menuju ke kaunter yang terletak bersebelahan dengan meja pendaftaran. Mengambil senarai buku yang diperlukan sewaktu pembelajarannya nanti. Tercari-cari koperasi buku. Segala-galanya Dizyan terpaksa melakukan sendirian. Tuan Haji Azmin dan Asyifa ada kes penting yang berkaitan dengan perceraian seorang artis dan orang ternama, perlu diselesaikan. Tidak mungkin Tuan Haji Azmin membenarkan Puan Hajjah Karissa berseorangan menemani Dizyan. Selama ini pun, Puan Hajjah Karissa tidak pernah pergi jauh tanpa kehadiran Tuan Haji Azmin di sisi. Kasihan pada Dizyan yang terpaksa melakukan semuanya di rantauan orang. Menguruskan tempat tinggal dan kenderaan awam yang diperlukan untuk berulang-alik dari rumah sewa ke kampus.
Dizyan berdiri menghadap papan tanda universiti yang tertulis THE UNIVERSITY of ADELAIDE. Terasa bangga cita-citanya tercapai untuk menjejakkan kaki di rantau orang, Australia. Seperti Izham. Tetapi mengambil jurusan yang berlainan daripada kehendak Tuan Haji Azmin. Memang Dizyan agak degil jika dibandingkan dengan Asyifa dan Izham. Cuma Izham, memberontak dalam diam. Sudah beberapa tahun Izham tidak pulang ke Malaysia. Katanya, ingin mencari pengalaman. Sampai sekarang, Dizyan masih tidak berputus asa memberikan nasihat kepada abangnya yang seorang itu. Agaknya sudah tersangkut minah bermata biru. Itulah selalu memberi alasan tidak mahu pulang terlalu awal. Masih banyak pengalaman yang belum ditimba, kononnya.
Tiba-tiba bahu Dizyan ditepuk kuat. Sehingga tersedak gadis itu. Ada tangan sasa yang mengurut belakangnya. Dizyan mencekak pinggang dan beralih ke sebelah. Kelihatan seorang pemuda tampan tersenyum ke arahnya. Dizyan menjeling geram. Kali ini, seseorang sekali lagi menepuk bahu Dizyan kuat. Sekali lagi tersedak kuat.
“Ni sekor lagi. Apahal suka tepuk-tepuk bahu aku, hah?” marah Dizyan. Gadis itu menyusun sepuluh jari dihadapan Dizyan.
“Kau ni kan perempuan, Yas. Cubalah berlagak feminin sikit. Bagi salam ke? Ini tak. Macam tomboy. Abang Iz wonder lah kan. Siapa yang nak suka kat kau ni?” perli pemuda itu yang disebut Abang Iz atau nama sebenarnya Izham Firdauz. Yasmin mencekak pinggang. Jari telunjuk sudah dihalakan ke muka Izham di sebelah Dizyan.
“Abang ni suka sangat cari gaduh dengan Yas. Apasal?” tanya Yasmin kembali. Kepala Dizyan sudah pening. Mereka berdua ini pantang berjumpa. Pasti ada sahaja hal yang hendak digaduhkan.
“Abang…setomboy-tomboy Yasmin ni pun, dia ada boyfriend tau.” Ujar Dizyan pula. Lelaki itu tersenyum sinis. Seperti tidak percaya sahaja, lagaknya.
“Eh, hello. Ex-boyfriend, okay.” Yasmin membetulkan ayat Dizyan.
“Apa dah jadi pada Qazem? Boyfriend kau yang ala-ala dapat title couple of the year tu?” tanya Dizyan. Pelik juga. Kerana sebelum mereka berangkat, Dizyan ada juga dengar dari Misha yang Yasmin keluar menghabiskan masa bersama Qazem.
“We are officially break-off.” Jawab Yasmin, tegas. Mata Izham asyik meliar ke kiri dan ke kanan. Pantang nampak perempuan yang cantik dan seksi. Dia menguak rambutnya yang jatuh ke depan. Dan, pasti ada sahaja perempuan yang akan terpandang dan membalas senyuman menggoda Izham itu.
“Kenapa? Aku tengok okay je hari tu.” Ujar Dizyan lagi. Yasmin mengeluh.
“Kau pun tahu kan dia join geng rempit tu. Aku memanglah tak kisah. Tapi yang aku tak boleh blah nya….” Ayat Yasmin tergantung. Dizyan masih menanti butir bicara seterusnya.
“….dia jadi toyboy.” Muka Dizyan berubah mendengar kata-kata Yasmin.
“Are you sure, Yas?” Izham turut berpaling dan bertanya kepada Yasmin. Dilihatnya gadis itu mengangguk pantas.
“You gotta be kidding. He’s such a nice guy.” Dizyan masih tidak mempercayai kata-kata Yasmin. Bukan dia tidak pernah mengenali Qazem. Mereka selalu makan di kantin sekolah bersama-sama.
“I’m not joking, okay. Aku tak tahulah dia jadi toyboy Datin mana. Tapi, yang aku pastinya. Datin tu bestfriend Mummy dia.” Ujar Yasmin lagi bersungguh. Dizyan mengerutkan dahi. Izham sudah menggelengkan kepala. Apalah yang difikirkan oleh orang zaman sekarang. Terdesak sungguh sehingga sanggup menjadi boneka mainan orang lain. Kalau benarlah Datin itu kawan baik ibu Qazem, sudah tentu umur Datin tersebut lebih kurang sebaya ibu Qazem sahaja.
“Macam mana kau tahu dia jadi toyboy?” tanya Dizyan. Kurang berpuas hati.
“Tak silap aku sebulan yang lepas, aku ada terserempak dengan dia dan Datin tu. Aku ingat Mummy dia. Sebab dari gaya Datin tu, memang ada rupa Mummy dia sikit-sikit. Tapi aku tengok macam pelik sangat. Berpeluk sakan. Datin tu asyik lentokkan kepala kat bahu dia. Aku tahulah Mummy Qazem memang sayang dia. Tapi, takkanlah Mummy dia nak buat macam tu kat public kan. Of course lah akan memalukan anak sendiri. Dah anak teruna, kot. Aku tak puas hati. Aku follow. Dari Pavillion. Dia orang masuk Starhill Gallery. Pergi butik LV. So, aku ni yang macam ala-ala gaya Bond Girl macam tu, aku masuk jugak dalam butik tu. Tapi konon macam customer lah. Nasib baik aku tak kena halau. Dahlah aku pakai selekeh. Cuma ada seorang salesgirl tu pandang aku semacam. Ingat aku nak curi beg kat situ. Tapi beg dia memang marvellous lah. Cantik gila!” sudah terpesong perbualan mereka itu. Dizyan mencubit pinggang Yasmin sehingga gadis itu melatah. Tergelak kecil Dizyan melihat sahabatnya itu.
“Apasal ke sana cerita kau?” Dizyan berkata. Yasmin tersengih.
“Ingatkan tomboy tak reti melatah.” Perli Izham pula.
“Cekik kang.” Ugut Yasmin. Siap menjelirkan lidah ke arah Izham lagi.
“Cekiklah. Ada beran?” Izham mencabar. Dizyan bertambah pening. Sudahlah Yasmin tidak habis bercerita, mereka berdua pula sudah mula bergaduh.
“Hish…sudahlah tu. Asyik gaduh je. Sambung balik cerita kau.” Dizyan meleraikan pertengkaran itu daripada melarat.
“Yang aku boleh tahu Qazem ni toyboy Datin tu, siap cakap bersayang-sayang lagi. Apa cer? Aku memang syak dari dulu lagi, ada orang support dia. Sebab aku tengok dia pakai barang memang mahal-mahal. Memanglah parents dia support dia kan. Tapi dia cakap dengan aku yang parents dia sebulan sekali je bagi duit. And, barang yang dia beli tu, bukan boleh dapat seribu dua ribu je harga. Lebih sepuluh ribu dua puluh ribu. Siapalah yang tak kenal dengan father dia kan. Tan Sri yang banyak kontroversi tu.” Terjuih-juih mulut Yasmin bercerita. Dizyan seperti berfikir sesuatu.
“Tan Sri yang banyak kontroversi?”
“A’ah. Tan Sri Hashim. Yang dia kena tangkap basah baru-baru ni dengan artis baru tu. Padan muka artis tu. Baru je nama nak naik dalam industri muzik ni, dah kena tangkap basah. Aku dengar penjualan album dia, tak laku.” Yasmin bercerita seolah-olah seperti seorang wartawan. Angin yang bertiup terasa nyaman. Tidaklah terlalu panas. Walaupun sekarang ini musim panas.
“Aku kenal rapat dengan Mummy Qazem. Kesian Mummy dia. Gila baik lah perempuan tu.” Mimik muka Yasmin bersungguh bercerita.
“Kesian! Dahlah baik, gila pulak tu.” Seloroh Izham. Dizyan tertawa kecil. Bibir Yasmin sudah dicebikkan. Ada sahaja benda yang ingin dimasuk campurnya. Sebal Yasmin melihat Izham.
“Wei, dahlah tu. Aku dah kepanasan duduk kat sini. Jom pergi minum. Aku dah dahaga tahap gaban ni.” Yasmin berkata. Izham ingin berkata sesuatu tetapi segera dihalang oleh Dizyan. Takut terjadi pula Perang Teluk disitu.


MEREKA bertiga melabuhkan punggung di salah sebuah kafe yang terletak berdekatan dengan kampus tersebut. Setelah memesan minuman, Yasmin sedang sibuk berbual di telefon bersama ahli keluarganya. Izham dan Dizyan bersembang sesama sendiri. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memandang ke arah mereka sejak dari tadi. Yasmin mematikan talian setelah dapat berbual dengan ibu tersayang.
“Mama aku kirim salam kat kau.” Ujar Yasmin sambil membetulkan duduk.
“Waalaikumussalam.” Jawab Dizyan.
“Mama Yas tak kirim salam kat Abang Iz?” tanya Izham kepada Yasmin. Gadis itu mencebik memandang Izham.
“Penting ke?” Yasmin pura-pura bertanya.
“Pentinglah. Abang kan menantu dia.” Seloroh Izham. Yasmin menjelirkan lidah.
“Pigirah! Perasan. Menantu konon. Ex-bakal menantu, okay. Kak Kila dah ada boyfriend baru lah.” Ujar Yasmin lagi. Sebenarnya, Izham pernah bercinta dengan kakak Yasmin yang sulung, Shakila. Setelah 4 tahun menyulam cinta, akhirnya terputus jua. Atas sebab apa, tidak pula Yasmin tahu. Pernah Yasmin bertanya kepada Shakila. Tetapi jawapan yang diterima, menghampakan. Katanya, mereka sudah tidak sehaluan dan memilih untuk berpisah. Akan tetapi bila Yasmin sendiri menyaksikan sikap Izham yang seperti kasanova ini, barulah Yasmin terfikir akan sebab sebenarnya.
“Handsome ke?” Izham bertanya lagi. Ingin tahu rupa kekasih baru Shakila. Ada nada cemburu yang terselit. Dizyan menahan senyum.
“Handsome lah daripada Abang Iz.” Sengaja Yasmin ingin membakar perasaan Izham. Dilihatnya Izham mengangguk perlahan dan menyandarkan badan ke kerusi.
“Takkan Abang Iz jealous lagi kot? Dah setahun lebih Abang Iz pisah dengan Kak Kila.” Ujar Yasmin lagi. Izham menggeleng dan tersenyum.
“Taklah jealous. Abang Iz cuma doakan kebahagiaan Kak Kila.” Tukas Izham. Siapa tidak cemburu jika cinta pertama sudah mendapat cinta baru? Hanya orang tidak punya perasaan sahaja yang berasa tidak cemburu. Sedangkan dia masih menanti Shakila untuk kembali ke pangkuannya. Harapan yang disimpan untuk meluahkan perasaan semula kepada Shakila, ranap dalam sekelip mata.
Pelayan kafe itu menghantar minuman yang dipesan oleh mereka tadi. Mata Yasmin leka memandang ke sekeliling. Tidak pernah dia menyangka bahawa dia akan belajar di satu tempat yang sama dengan Dizyan. Juga merupakan bekas tempat belajar Izham. Sedang leka dia memerhati keadaan sekeliling, matanya tertancap pada seseorang. Orang itu melambai dan tersenyum ke arahnya. Yasmin tidak membalas apa-apa pun. Dia terkaku. Segera dialihkan pandangan ke tempat lain. Yasmin mencuit Dizyan yang sedang seronok bersembang bersama abangnya. Dibisikkan sesuatu.
“Yan, kau pandang straight je ke depan.” Arah Yasmin. Diikuti arahan itu. Dizyan tersentak.
“Macam mana dia boleh ada kat sini?” tanya Dizyan pula. Yasmin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka sama-sama mengeluh.
“Kenapa, Yan?” tanya Izham apabila melihatkan reaksi dua orang gadis dihadapannya itu berubah. Yasmin tidak berkata apa-apa. Dizyan menggeleng perlahan. Dialih pandangan ke arah sahabat disebelah. Mengeluh perlahan.
“Aku ingat bila kita dah kat sini, taklah jumpa orang ni lagi.” Ucap Dizyan. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mata Yasmin asyik terarah ke orang itu. Dizyan hanya menundukkan wajah. Malas mahu melihat wajah itu. Sakit hati. Izham turut terarah matanya ke arah orang yang dipandang mereka. Orang itu tersenyum dan mengangkat tangan. Izham membalas.
“Siapa tu, Yas? Boyfriend ke?” tanya Izham. Matanya masih melekat pada seraut wajah yang duduk bertentangan dengan mereka itu.
“Chish!!! Simpang malaikat 44.” Ujar Yasmin bersungguh-sungguh. Izham tergelak kecil.
“Habis, dia siap senyum dan melambai lagi tu. Macam dah kenal lama dengan kau orang.” Izham berkata. Matanya kini dialihkan ke arah Yasmin yang kegelisahan.
“He’s our old...Well, not-so old...nemesis.” jelas Yasmin. Izham mengerutkan dahi.
“Nemesis? Why?” tanya Izham lagi, kurang berpuas hati.
“Geng dia tu lah yang selalu buli Yan ni.” Terjuih-juih bibir Yasmin. Anggukan dikepala Izham menandakan dia mula memahami keseluruhan cerita yang ingin disampaikan ini.
“Tapi mamat ni kira sub geng je. Yang kepala geng dia orang ni ha, yang lagi evil. Bapak segala devil.” Yasmin bercerita. Izham ingin tergelak tetapi ditahan sahaja. Lelaki yang dinyatakan oleh Yasmin itu menuju ke arah mereka bertiga.
“Assalamualaikum.” Lelaki itu memberi salam. Salam itu hanya dijawab oleh Izham seorang sahaja. Dizyan dan Yasmin lebih rela menjawabnya dalam hati.
“Ohh...tahu bagi salam. Islam jugak kau ni rupanya.” Perli Yasmin. Mencerun memandang lelaki yang sedang berdiri itu. Izham berdehem kuat. Yasmin mengalih pandang ke arah Izham dan terus mendiamkan diri. Gerun juga melihat pandangan mata Izham. Masing-masing terdiam. Tiada lagi kata yang hendak diucapkan. Izham berdiri dan menghulurkan tangan kepada lelaki itu.
“Izham.” Izham memperkenalkan diri. Lelaki itu mengangguk perlahan. Menyambut huluran tangan Izham yang gagah.
“Aneeq.” Lelaki tersebut juga memperkenalkan diri.
“Duduklah.” Pelawa Izham, sopan. Yasmin sudah menyilangkan lengan ke dada. Tanda protes, tidak puas hati. Hanya sesekali Dizyan mencuri pandang ke arah Aneeq. Semakin kacak pula lelaki ini bila diperhatikan betul-betul. Tetapi disebabkan geng mereka ini pernah menyakiti hati Dizyan, terus sahaja rupa Aneeq dibuang jauh ke dasar lautan.
“Sebenarnya, Iz lebih selesa bersembang dengan kawan lelaki panggil aku, kau. Aneeq tak kisah kan?” tanya Izham. Dia benar rasa tidak selesa jika terpaksa menyebut saya, awak.
“Tak kisah.” Aneeq berkata dalam senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit.
“Datang register ke?” tanya Izham lagi.
“Taklah. Baru habis class.” Jawab Aneeq. Menghirup kopi dihadapannya.
“Class? Dah berapa lama kau kat sini?” Izham bertanya lagi. Sesekali memandang ke arah dua orang gadis disebelah yang lebih suka bersembang sesama sendiri tanpa mempedulikan lelaki dihadapan mereka itu. Pelik. Tiba-tiba, timbul sikap ‘ingin tahu’ Izham.
“This is my second year.” Aneeq menjawab ringkas.
“Ohh...senior kau orang lah ni.” Ujar Izham memandang ke arah Yasmin dan Dizyan. Yasmin memandang jelek. Benci melihat senyuman Aneeq itu. Baginya, senyuman itu penuh kepura-puraan. Berpura untuk mengenakan Dizyan semula.
“Ohh ye ke? Tak hairan pun.” Yasmin berkata selamba. Izham membeliakkan mata. Sebuah senyuman terukir di bibir Aneeq. Sudah tentu Yasmin membencinya kerana selalu mengenakan Dizyan.
“Yas...” Izham menyebut nama Yasmin dengan keras. Gadis itu menjeling geram. Nasib baik ada Izham. Kalau tidak, sudah tentu Yasmin menghalau Aneeq dari situ.
“Kau orang dah lama kenal ke?” Izham beralih pula kepada Aneeq. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Ya. We’re schoolmate.” Ujar Aneeq. Baru kini Izham mengerti. Tentu ada apa-apa yang pernah Aneeq buat sehinggakan Yasmin dan Dizyan begitu membencinya. Sudah lama Izham mengenali mereka. Kalau tidak orang yang membuat kacau dahulu, pasti mereka tidak akan bersikap begitu.
“Kau pun datang register jugak ke?” giliran Aneeq pula bertanya. Izham tersentak.
“Ehh...taklah. Aku dah 5 tahun lepas, register.” Seloroh Izham. Terhambur gelak kecil dari bibir Aneeq. Dizyan dan Yasmin tidak terasa pun hendak tergelak.
“So, kau buat apa kat sini?” tanya Aneeq sambil mengangkat cawan kopi dan dihirupnya sedikit.
“Teman ni hah. Adik aku, Dizyan.” Izham berkata. Aneeq mengangguk.
Leka dua orang lelaki itu bersembang. Bermacam-macam cerita yang keluar. Izham bertanya tentang sikap, kelakuan Dizyan dan Yasmin kepada Aneeq. Lelaki itu bercerita seperti dia tahu segala-galanya tentang mereka. Izham pula bercerita tentang zaman kanak-kanak yang memalukan. Dizyan langsung tidak memandang wajah Izham dan Aneeq. Malu apabila sejarah lama terbongkar. Nasib Yasmin sedikit baik kerana Izham tidak begitu mengenalinya dari kecil.
“Okaylah, Iz. Aku minta diri dulu. Ada class lagi lepas ni. Jumpa lagi.” Aneeq sudah bangun. Izham turut bangun dan bersalaman dengan anak muda itu. Kemudian, Izham melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi.
“Macam mana dia jadi senior kau orang sedangkan dulu dia schoolmate kau orang?” tanya Izham. Dikerutkan sedikit dahinya.
“Kan kita orang cuti setahun sebelum nak masuk intake ni. Agaknya, dia lepas SPM je terus apply masuk sini.” Dizyan menjelaskan. Izham terangguk-angguk.
“So, kau orang dapat hostel ke?” Izham bertanya lagi.
“Tak. Hostel dah penuh. Kita orang kena sewa rumah. Tapi, rumah tu taklah jauh. Dalam 10 minit je dari kampus kalau jalan kaki.” Yasmin berkata. Izham mengangguk perlahan.
“Abang akan datang visit Yan, sebulan 2 kali je tau. Sebab Abang tak naklah ganggu Yan study and lagipun Abang selalu busy. Kalau Abang tak busy, Abang datang jenguk Yan.” pesan Izham. Dizyan mengangguk. Memahami tuntutan kerja Izham.
“Bila Abang nak tunjuk kat Yan girlfriend Abang?” usik Dizyan. Teringat pula cerita Izham berkenalan dengan seorang gadis berkulit putih, bermata biru.
“Abang baru je break-off dengan dia. Lebih kurang minggu lepas.” Ujar Izham. Yang peliknya, tiada langsung riak sedih.
“Abang baru break, Yas pun baru clash. Senang-senang, Abang dengan Yas jelah yang couple.” Cadang Dizyan. Mata Yasmin dan Izham terbeliak.
“Hish...tak nak Abang. Couple dengan tomboy ni? Memang taklah. Abang nak pilih jadi pasangan hidup Abang mestilah, P.E.R.E.M.P.U.A.N. Perempuan.” Izham menggeleng pantas. Siap mengeja lagi.
“Aku couple dengan mat kasanova ni? Sampai mati hidup balik pun, belum tentu tau. Biar pun dia lelaki terakhir yang ada kat dunia, takkan aku pilih dia ni.” Yasmin membalas kata. Tergelak kecil Dizyan mendengar kata-kata mereka berdua ini.
“Yan cuma cadangkan je. Yang kau orang nak marah tak tentu pasal ni, kenapa?” tanya Dizyan lembut. Yasmin dan Izham tersedar akan keterlanjuran mereka berkata. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Dizyan tersenyum.

BERSAMBUNG.....

3 tukang komen paling setia:

Loser said...

alahai apa kes between aneeq & yan ni
x sabar nak tau :)

senang2 buat je yas & iz together
haha :P

sYaFaRiNa said...

ooo diorg dh jmpa sblom ni...
sgt2 nk tau ni...

::cHeeSeCaKe:: said...

haha..sesuai gak iz ngn yas..
owh..xsgke lak sblm jmpe kt ofis, yan n aneeq 1 u dlu..menarik2..
ape yg terjd ek smpai aneeq pure2 xknal yan..huhu..

-cheesecake-