BAB 25 PEMILIK Fairlady Z itu memarkirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan khas. Aneeq turun dari keretanya dan dia menyandarkan badan ke kereta. Perasaan bersalah kembali menghantui. Begitu sukar untuk dia lupakan saat itu. Leka Aneeq memerhatikan sebuah kereta yang berhenti di pintu keselamatan kondominium tersebut. Seorang gadis turun dari kereta itu dan melambai ke arah pemilik kereta tersebut. Gadis itu berpaling dan berjalan menuju ke arah Aneeq dengan senyuman manis. Aneeq membalas senyuman itu. ��Baru balik, Bang?�� sapa gadis itu. Aneeq hanya tersenyum. Tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Gadis tersebut menghentikan langkah kakinya dan berdiri menghadap Aneeq. ��Siapa tu?�� tanya Aneeq. Bibirnya dijuihkan ke arah kereta tersebut. Gadis itu berpaling ke arah yang diunjukkan Aneeq. Dia tersenyum lebar. ��Tunang.�� Jawab gadis itu ringkas. Aneeq mengerutkan dahi. ��Bila Sarah bertunang?�� tanya Aneeq kembali. Tidak pernah dia tahu bahawa Sarah, anak gadis jiran sebelahnya itu bertunang. Tidak pula nampak kenduri yang diadakan di rumah orang tua Sarah. Kalau tidak, sudah pasti kedua ibubapa Sarah akan menjemputnya. ��Minggu lepas.�� Sarah menjawab lagi. Kerutan bertambah-tambah di dahi Aneeq. ��Apasal Abang tak tahu? Tak jemput pun Abang.�� Rajuk Aneeq seketika. ��Hari tu nenek Sarah sakit. Nenek tak boleh turun K.L. Jadi, kita orang buat tunang kat kampung.�� Jelas Sarah. Terangguk-angguk Aneeq mendengar penjelasan Sarah. ��Nanti bila kawin, jangan lupa jemput Abang.�� Ujar Aneeq. Tangannya disilangkan ke dada. ��Yalah. Sarah sendiri akan serahkan kad kahwin kat Abang.�� Sarah tergelak kecil. Aneeq turut sama tergelak. ��Okaylah, Bang. Sarah naik dulu.�� Sarah berkata sambil membetulkan tali tas tangan yang sudah melurut jatuh. ��Okay. Kirim salam kat tunang dan parents Sarah.�� Ujar Aneeq. Sarah hanya mengangguk perlahan dan beredar dari situ. Aneeq masih lagi duduk menekur disitu. Sakit hatinya melihat layanan Faizal terhadap Dizyan sebentar tadi. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya. Diketuk-ketuk kotak rokok tersebut sehingga mampat. Dirungkai bungkusan yang membalut kotak rokok tersebut dan dikeluarkan sebatang dari kotak itu. Dinyalakan api dan dihisap rokok tersebut. Disedut dan dihembuskan perlahan-lahan. Aneeq pernah berhenti merokok buat seketika kerana Dizyan tidak suka bau asap rokok. Segala-galanya dilakukan kerana Dizyan. Bodohnya aku kerana satu kesilapan, semua itu hanya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Aneeq menepuk-nepuk dahinya sendiri. Dia membunyikan alat penggera kereta. Berbunyi dua kali. Menandakan kereta sudah dikunci. Aneeq menggalas beg dan berjalan menuju ke lif. Setibanya dihadapan pintu rumah, Aneeq mengeluarkan kunci dari poket seluar. Kunci berlaga cuba untuk membuka pintu grill rumah itu. Aneeq mengunci semula pintu grill rumahnya setelah masuk ke dalam. Ditutup pintu utama perlahan. Melemparkan beg galas ke atas sofa. Dia menuju ke dapur dan dibuka pintu peti sejuk. Aneeq mengeluarkan sekotak jus oren dan dicapai gelas yang sememangnya diletakkan di sebelah peti sejuk tersebut. Dituang perlahan-lahan. Dia menuju ke arah balkoni. Angin yang berhembus mendamaikan. Masih terbayang-bayang difikirannya peristiwa 6 tahun lalu. SATU tumbukan hinggap di wajah Rohan. Terduduk lelaki itu apabila tumbukan padu daripada Aneeq mengena wajahnya. Memegang pipi yang terasa pijar. Darah sudah mengalir keluar dari celah bibir. Dilap darah itu dengan tapak tangan. Cuba untuk bangun sambil ditolong oleh Andrew. Aneeq sudah disabarkan oleh Bomeann dan Lil J. Mereka menarik lengan Aneeq dan menahan daripada Aneeq menerkam ke arah Rohan. ��Aku cuma nak tolong kau je, Neeq.�� Separuh menjerit Rohan berkata. ��Kau tak perlu tolong aku. Aku boleh dapatkan dia melalui cinta aku.�� Aneeq sudah seperti orang gila. Meronta dari genggaman sahabat-sahabatnya. ��Aku minta maaf, Neeq. Aku tak sengaja. Aku betul-betul tak sengaja.�� Rohan memohon maaf. Aneeq sudah bertenang. Bomeann dan Lil J melonggarkan pegangan mereka. Dibetulkan baju yang berkedut. Rohan memandang wajah Aneeq. Dia betul-betul menyesal. ��Kenapa kau masukkan pil tidur tu dalam air dia? Dan kenapa kau masukkan pil khayal tu dalam air aku? Apa salah aku pada kau, Han? Apa aku dah buat pada kau sampai kau nak balas dendam kat aku?�� bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aneeq menikam dada Rohan. ��Aku cuma nak kau ��ikat�� dia je.�� Rohan membela diri. Tidak mahu mengiakan kesalahan sendiri. ��Aku akan ��ikat�� dia melalui ikatan yang sah. Ikatan yang sah disisi agama Islam. Kau tahu tak, kerana kau, aku dah kehilangan dia.�� Aneeq terjerit-jerit dihadapan muka Rohan. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan ��drama tanpa pengarah�� itu berlaku. ��I��m so sorry, Neeq. I really am.�� Rohan ingin mendekati Aneeq. Lelaki itu menjarakkan diri dan menepis tangan Rohan yang sudah memegang lengannya. Bomeann, Andrew dan Lil J hanya berdiri tercegat kerana tidak memahami perbualan mereka berdua. ��Sudahlah, Han. Mulai sekarang, persahabatan kita dah putus. Aku dah tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku.�� Langkah kaki Aneeq ingin beredar dari situ. Rohan terpana. ��Hanya kerana perempuan tu, kau sanggup putuskan persahabatan kita yang dah lebih 20 tahun ni?�� Rohan bertanya. Sedih apabila sahabat yang dikenali sejak dari kecil lagi ingin memutuskan persahabatan mereka hanya kerana seorang wanita. ��Ya. Hanya kerana perempuan tu. Perempuan yang aku cintai. Belum pernah aku cintakan mana-mana perempuan selain dia. And thanks to you, kau dah musnahkan cinta aku.�� Aneeq memerli. Rohan menundukkan wajahnya. Tidak sanggup bertentang mata dengan sahabat yang dikenali secara tidak sengaja semasa bermain di taman permainan dihadapan taman perumahan mereka. Aneeq mengeluh dan melangkah pergi. Sejak dari hari kejadian itu, Aneeq tidak lagi bertemu atau menghubungi Rohan lagi. Bagi Aneeq, Rohan sudah tidak wujud dalam senarai sahabatnya. Aneeq mendongak memandang langit. Awan yang cerah membuatkan bintang-bintang menonjolkan diri dengan sinaran yang bergemerlapan. Disebabkan kesilapan Rohan, dirinya terjerat dalam kebencian Dizyan. Aneeq menyilangkan lengan ke dada. ��Maafkan saya, Dizyan. Apa yang berlaku tu bukan di atas kehendak saya. Berlaku kerana kesilapan bodoh yang dilakukan oleh Rohan. Tapi saya tahu, bukan senang awak ingin mengucapkan kata maaf. Dan, saya harap awak akan berbahagia di samping Faizal. Jika awak tak bahagia di sampingnya, saya akan bawa awak pulang ke pangkuan saya. Ini janji saya.�� Aneeq berkata-kata. Mengharapkan bayu angin yang lalu, pergi menyampaikan hasrat ini kepada Dizyan. Dia melangkah masuk semula ke dalam dan dibiarkan pintu balkoni terbuka luas. DIZYAN mengeliat di atas sofa sebaik sahaja terdengar loceng jam berbunyi nyaring. Dia segera menutup jam loceng itu dari terus menganggu tidur Faizal. Dilihatnya lelaki itu menyelimuti badan sehingga menutup muka. Dizyan menggeleng perlahan. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air. Sempat mencapai tuala dan baju yang sudah disediakan untuk dipakai. Kalau dahulu keluar sahaja dari bilik air, berkemban. Kini, susah sedikit hendak berkemban kerana terpaksa berkongsi bilik dengan Faizal. Walaupun Faizal suami yang sah dinikahinya tetapi perasaan malu tetap ada. Lagipun, semasa di dalam bilik, Dizyan terasa seperti berada bersama orang luar. Usai berpakaian, dia tidak dapat menunaikan solat Subuh kerana uzur dan terus turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan selepas mengejutkan Faizal dari tidurnya. Hampir 2 minggu Dizyan menjadi menantu rumah itu. Datin Rubaiyah juga sudah mula bercakap elok dengannya. Dizyan meletakkan seteko kopi dan cawan. Sutinah membawa lauk-pauk Nasi Lemak yang sudah siap dimasak. Kalau di Indonesia, sarapan pagi mereka selalu dijamukan dengan Nasi Uduk. Seperti Nasi Lemak, cuma lauk-pauk mereka dihidangkan dengan tempe goreng dan seperti lauk-pauk nasi campur tetapi tidak ada sambal. Semenjak Sutinah tinggal di Malaysia, barulah dia belajar cara-cara menyediakan Nasi Lemak. Dizyan menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diletakkan dihadapan kedua ibubapa mentuanya. Disendukkan sepinggan untuk Faizal walaupun lelaki itu belum lagi turun. Seketika kemudian, terdengar derapan kaki Faizal menuruni anak tangga turun ke bawah. Seperti biasa, dia akan duduk menghadap Datin Rubaiyah dan bersebelahan Dizyan. Begitu berselera mereka semua menjamu selera. ��Zal, Papa nak Tanty gantikan tempat Shima.�� Tiba-tiba sahaja Datuk Farid bersuara. Yang lain mengangkat muka memandang wajah serius lelaki tua itu. Faizal mengerutkan dahi. ��Kenapa Tanty yang gantikan tempat Shima pulak? Shima nak pergi mana?�� Datin Rubaiyah menyampuk perbualan di antara Datuk Farid dan Faizal. ��Shima nak resign. Hujung bulan ni, lastlah dia. Dia nak ikut suami dia pergi sambung belajar kat Berlin. This is such a short notice and Abang tak boleh cari siapa-siapa untuk gantikan tempat Shima. So, Abang fikir lebih baik Abang ambil Tanty.�� Datuk Farid berkata sambil meneruskan suapan. Datin Rubaiyah mengangguk perlahan. Faizal menghirup perlahan kopi yang masih berasap. ��Kalau Papa ambil Tanty, siapa yang nak jadi secretary Zal?�� Faizal bertanya setelah diam buat seketika. Datuk Farid meletakkan sudu garfu yang digunakan. ��Yan boleh jadi secretary Zal.�� Kata-kata Datuk Farid itu menyebabkan Dizyan terbatuk kecil. Nasi yang melalui kerongkongnya terasa tersekat. Cepat-cepat mencapai air kosong yang ada di atas meja. Meneguk perlahan, menuruni kerongkong. ��What?! Zal tak setuju.�� Terus sahaja Faizal membantah. ��Kenapa pulak Zal tak setuju?�� tanya Datuk Farid. Dihirup kopi tersebut. ��Pa...Zal lebih suka cara Tanty kerja. Teratur dan kemas. Kalau Yan kerja nanti, boleh ke dia nak ikut cara Tanty? Lagipun Zal dah biasa dengan Tanty.�� Faizal menolak cadangan Datuk Farid. Tidak mahu bekerja satu bumbung dengan isteri yang tidak rela dinikahinya itu. ��Suruhlah Tanty ajar Yan sebelum dia pindah ke tempat Shima. Kan lebih baik kalau isteri sendiri jadi secretary Zal.�� Datuk Farid menyambung kata. Faizal mengeluh perlahan. Selera Dizyan tiba-tiba sahaja mati. Tidak jadi meneruskan suapan. ��But, Pa....�� ayat Faizal tergantung apabila tiba-tiba sahaja dipintas oleh Datin Rubaiyah. ��Zal, betul jugak cakap Papa tu. Lebih baik isteri sendiri yang jadi secretary Zal, daripada orang luar. Lagipun, dah lama Yan memerap kat rumah ni. Kalau setakat kerja rumah tu, Bibik boleh uruskan seorang diri.�� Kata-kata Datin Rubaiyah itu membuatkan Faizal mati akal. Tidak langsung memandang wajah isteri yang menunduk di sebelah. Faizal meletakkan sudu dan garfunya. Sudah tidak berselera untuk terus menjamu selera. Diteguk sekali kopi itu. Dia menolak kerusi meja makan dengan kuat sehingga berdesing bunyinya. "Zal pergi dulu Pa...Ma.�� ujar Faizal dan tunduk menyalami tangan kedua ibubapanya. Dizyan turut bangun dan membuntuti Faizal. Dia menyarungkan kasut dan terus sahaja berjalan ke kereta. Langsung tidak mempedulikan Dizyan yang sedang membawa beg bimbit dan kot miliknya. Dibunyikan alat penggera dan dibuka pintu keretanya. Berpaling memandang Dizyan. Dirampas beg bimbit dan kot daripada tangan Dizyan. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. ��Apa kau dah cakap pada Papa dan Mama sampai dia orang boleh suruh kau jadi secretary aku?�� Faizal bertanya keras di tepi telinga Dizyan. Gadis itu sedikit mengelak. ��Saya...saya tak cakap apa-apa pun.�� Dizyan berkata lembut. Wajahnya ditundukkan. ��Aku tahu kenapa Papa suruh kau jadi secretary aku dan tak nak interview orang lain.�� Faizal seperti berfikir sesuatu. Dizyan mendongak memandang Faizal yang tersenyum sinis. ��Dia nak kau awasi aku. Apa yang aku buat, dengan siapa aku jumpa. Tapi, kau dengar sini. Kau jangan pandai-pandai nak cerita apa-apa pada Papa. Kalau aku dapat tahu, nahas kau.�� Ugut Faizal dan bersedia untuk masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Dizyan hendak menyalami tangannya, kereta Faizal sudah menderum pergi. Berat terasa langkah kaki Dizyan hendak melangkah masuk semula ke dalam rumah. Dia lebih senang mengambil angin di luar. Melabuhkan punggung di atas kerusi dalam gazebo di luar rumah. Hati Dizyan berbelah bahagi. Kalau dia bekerja di situ, pasti akan selalu berjumpa dengan Aneeq. Jika tidak, Papa pasti akan kecewa dengan keputusannya. Dizyan memandang ke tepi. Melihat Datuk Farid dan Datin Rubaiyah keluar beriringan dari rumah. Dengan lembut, Datuk Farid mengambil beg bimbit dan kotnya dari tangan Datin Rubaiyah. ��Abang pergi dulu.�� Ujar Datuk Farid. Lemah lembut sekali. Datin Rubaiyah mengangguk dan menyalami tangan Datuk Farid. Lelaki itu mencium lembut dahi Datin Rubaiyah. Dizyan hanya memerhati dari jauh. Alangkah bahagianya kalau Faizal juga melakukan seperti itu. Tetapi Dizyan tahu. Itu semua tidak mungkin terjadi tanpa ada rasa cinta dalam hati. Kereta Datuk Farid meninggalkan kawasan perumahan itu. Datin Rubaiyah yang berjalan masuk ke dalam rumah terperasan akan pandangan mata Dizyan yang leka sekali termenung. ��Kenapa ni, Yan? Termenung je dari tadi.�� Ujar Datin Rubaiyah. Semenjak dua menjak ini, ibu mertuanya sudah mula bercakap baik dengan dia. Dilabuhkan punggungnya sebelah Dizyan yang mengengsot ke tepi sedikit. ��Tak ada apa-apalah, Ma.�� Ujar Dizyan sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Datin Rubaiyah melepaskan keluhan perlahan. ��Mama tahu Yan tak setuju dengan cadangan Papa yang suruh Yan jadi secretary Zal, kan? Tapi, Papa cakap lebih senang kalau Yan yang jadi penolong suami sendiri.�� Datin Rubaiyah cuba menjelaskan apa yang disampaikan oleh suaminya sebentar tadi. ��Yan faham, Ma. Kenapa Papa buat macam tu. Yan tak kisah pun.�� Dizyan tersenyum hambar. ��Dah lah tu, Yan. Mama masuk dulu.�� Datin Rubaiyah menepuk peha menantunya itu. Wanita anggun itu terus melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Dizyan yang masih termenung di luar rumah. Buat kesekian kalinya, Dizyan melepaskan keluhan kecil. FAIZAL menghempaskan beg bimbit ke atas sofa di dalam bilik pejabatnya itu. Mundar-mandir di dalam bilik tersebut. Masih tidak berpuas hati dengan cadangan Datuk Farid itu. Hartanty mengetuk pintu bilik Faizal dengan perlahan. Takut kerana melihat wajah bengis Faizal masih ada lagi. Salam yang diberi tidak dijawab. Hartanty berdiri tercegat memandang Faizal yang membelakangkannya. ��Bos, betul ke saya nak kena pindah tempat Shima?�� tanya Hartanty. Faizal mendengus kasar. Berpaling menghadap Hartanty. ��Siapa beritahu awak?�� Faizal pula bertanya. ��Kak Sherry. Datuk dah suruh saya kemaskan barang. Minggu depan saya nak kena gantikan tempat Shima.�� Hartanty berkata lembut. Dalam hatinya, dipanjatkan kesyukuran. Tidak perlu lagi menghadap angin Faizal yang tidak menentu itu. Dan, sekurang-kurangnya, tidaklah sewenang-wenang Ku Zhety hendak datang ke pejabat setelah Dizyan menjadi setiausaha Faizal nanti. ��Kalau dah Datuk yang suruh awak kemaskan barang, betullah maknanya tu.�� Faizal berjalan menuju ke meja kerjanya dan melabuhkan punggung di situ. Menarik laci dan mengeluarkan komputer riba. Ditekan suis on dan melakukan kerjanya seperti biasa. ��Saya keluar dulu, bos.�� Ujar Hartanty setelah melihat Faizal seperti sibuk menyiapkan kerja. Sebaik sahaja Hartanty duduk di mejanya, terlihat Ku Zhety menuju ke arah bilik Faizal. ��Eh, Cik Zhety...Cik Zhety...�� panggil Hartanty. Ku Zhety berpaling memandang Hartanty yang menggawangkan tangannya laju. ��Cik Zhety tak boleh masuk ke dalam. Encik Faizal tengah sibuk.�� Ujar Hartanty. Ku Zhety menguak rambutnya yang panjang mengurai itu ke belakang. Menjeling tajam dan terus memulas tombol pintu bilik Faizal. Pintu sederhana besar itu tertutup rapat. Hartanty mencebik geram. ��Hish...ada jugak yang kena cekik dengan aku ni, karang.�� Hartanty melepaskan keluhan kuat dan melabuhkan punggung menghadap skrin komputer. Pintu yang terhempas kuat itu mengejutkan Faizal. Dipandang ke arah pintu tersebut dan terlihat sekujur tubuh berdiri dengan wajah yang merah menyala. Ku Zhety menyilangkan lengan. ��Kenapa pulak ni? Marah-marah je.�� Ujar Faizal acuh tidak acuh. Ku Zhety mendengus geram. Dihempaskan punggung ke atas sofa. ��Kenapa you tak bagi CF Toyota tu pada I?�� Ku Zhety bertanya kasar. Marah apabila mendapat tahu iklan kereta berjenama Toyota yang sepatutnya diberikan kepada dia telah diberikan kepada seorang model baru yang namanya baru sahaja meningkat naik sejak kebelakangan ini. ��You nak I buat macam mana. Dah client request Shafa.�� Jelas Faizal. Lembut sahaja cara dia bercakap dengan Ku Zhety. ��You tahu tak. I ni malu tau. I dah canang pada Tina kepoh tu yang I ni model baru untuk CF Toyota. Alih-alih dapat kat betina tu. Apa yang dia dah bagi kat you sampai you boleh bagi CF tu kat dia?�� Ku Zhety berkata sinis. Mata Faizal terbelalak memandang Ku Zhety. ��You ni dah melampau tau. Ini atas client��s request. I tak boleh nak bangkang cakap dia. Sebab dia yang bagi duit. I cuma boleh bangkang tentang storyboard sahaja. Tu pun I tak boleh ubah banyak. You nak I buat apa lagi kalau dia dah tak nak model tua macam you ni.�� Bidas Faizal. Tercengang Ku Zhety mendengarkan kata-kata Faizal. ��You....Argh!!!!!�� Ku Zhety menjerit kegeraman. ��Dahlah tu, Zhety. I ni banyak lagi benda nak fikir daripada benda remeh-temeh macam ni. I rasa lebih baik you balik je.�� Halau Faizal. Ku Zhety mendengus geram. Dicapai tas tangannya dengan kasar dan memulas tombol pintu bilik Faizal. Dia beredar dari situ. Faizal bukannya hendak memujuk, malahan menyakitkan lagi hati. |
Saturday, July 11, 2009
Kau Milikku 25
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 7/11/2009 07:00:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 tukang komen paling setia:
whoaaa..
cmtuh rupenye kisah yan ngn aneeq..
aneeq cm sungguh2 cntakan yan..huhu...
faizal plak??
lgsung tade rse lgi ker??
yan lak cintakan spe??
huhu...pertanyaan...smbung2..
yan suka sape? confuse ni
tp harap2 ya dgn aneeq jugak
ugh >.<
okey..
aneeq xslah...
cian kt aneeq..
slah sgka kt dia...
sowie ek aneeq...
huhuhu
pdan la mke zhety 2..
nk ngada2 sgt...
pasni tgk la cmne plak keadaan bla yan yg jd s/u faizal..
tp la 2org 2 nk ade rase??
alahai...
ecah,cpat la smbg!!!
ala..
cian plak ngan aneeq..
cian gak kat dizyan..
hurm,
faizal neh sengal ler..
mmg sengal thp gaban la faizal nih... mmintak2 yan dgn aneeq la.. bila yan nk tau citer sbnrnya... hopefully faizal lpskn la si yan tuh kt aneeq... biar dia dgn ku zhety yg gedik tuh... mmg pdn pun...
cian nye kat yan.cian gak kat aneeq,
xpela ade jodoh kot.kalo bole nk la yan dgn aneeq. xnk la dgn fzal tu.biar die lepas kn yan hiihi t aneeq lak ngn yan,baru die mnyesal,hihihi.
aura jht ku da keluar
owh..gitu kisahnyer
will faizal lepaskan dizyan utk aneeq?
rasenye akan ada 1 scene faizal tuh rogol dizyan nih..ekekek..takdela.... dh ada tanda2 faizal tu suka kt dizyan..kesian kt aneeq... huhuhuhuh....
best2.sambung lg tau =)
lorr macam tu kerw kisah aneeq
yan cintakan sape
-na'dz
Post a Comment