BAB 35
SEBAIK sahaja Aishah dan Hariz melangkah masuk ke dalam rumah, terus mereka diterpa oleh Nurradiah yang sedari tadi tidak senang duduk mengenangkan Aishah. Mereka berdua hanya tersenyum. Nina yang turut muncul di muka pintu sebaliknya tidak langsung tersenyum. Malah seperti memikirkan sesuatu. Aishah melabuhkan punggung ke atas kerusi. Yang lain-lain juga turut duduk di ruang tamu itu. Untuk mendengar perkhabaran baik yang ingin disampaikan oleh Hariz.
“Adik, kenapa dengan Adik ni? Adik sakit ke?” tanya Nurradiah yang kebimbangan. Syed Mahfuz dan Sofyan masih lagi leka menonton televisyen. Malas mahu masuk campur. Biasalah orang perempuan. Risaunya terlebih. Aishah tersenyum kecil melihat Mamanya.
“Good news, Ma. Aishah pregnant.” Ujar Hariz. Yang lain hanya memanjatkan kesyukuran kerana sekaligus dua orang ahli keluarga mereka disahkan mengandung. Nurradiah memeluk Aishah. Dalam tangisan, dia berdoa. Berdoa semoga kebahagiaan Aishah akan sentiasa mengiringi anaknya itu sepanjang hayat. Hariz melihat jam di tangan. Kalau di sini petang, mesti waktu di London awal pagi. Difikir mahu telefon Hafiz. Tapi malam nantilah.
“For how many months?” tanya Syed Mahfuz pula.
“6 weeks, Pa.” Jawab Aishah ringkas.
“Hmm...masa nilah kena jaga pregnancy tu betul-betul. Sebab rahim masih tak kuat lagi untuk memegang embrio. Anything can happen. So, before anything happen, lebih baik mencegah dari berubat. Betul tak, Ma?” jelas Nina. Nurradiah mengangguk pantas.
“Macam mana nak jaga, Ma?” tanya Aishah pula. Hariz sudah melabuhkan punggung disebelah Sofyan dan mereka bertiga asyik menonton.
“Jangan terlalu aktif sangat. Dan, jaga pemakanan.” Jawab Nurradiah.
“Tapi bukan ke kalau kita aktif, kita senang bersalin?”
“Memanglah. But, for about 3-4 months ni, jangan aktif sangat la. Tunggu bila fetus dah membesar dalam 7-8 bulan macam tu. Barulah boleh aktif.” Terang Nina pula. Aishah mengangguk perlahan tanda faham. Kaum lelaki dan kaum perempuan bersembang sesama mereka sahaja.
Hariz dan Aishah tiba di rumah mereka dalam jam 10 malam. Nurradiah ingin mereka bermalam disana. Hariz tidak kisah tetapi Aishah menolak pelawaan Nurradiah itu. Baginya, rumah yang didiami oleh mereka ini adalah rumahnya kini. Nurradiah tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Mereka sama-sama memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Aishah meletakkan tas tangan di atas meja solek. Terus sahaja mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Hariz hilang entah kemana. Pada mulanya, memang Hariz berada di dalam bilik. Selepas seketika, Hariz keluar. Mungkin menonton tv.
Hariz yang berada di bawah mengambil telefon yang tidak berwayar (cordless) dan didail satu persatu nombor telefon bimbit Hafiz. Tiada orang yang menjawab. Didail sekali lagi. Kali ini panggilannya bersahut.
“Hello?” jawab Hafiz.
“Assalamualaikum, Along.” Ucap Hariz.
“Waalaikumussalam, Angah. Wei, apa cerita? Lama Along tak dengar khabar Angah.” Ujar Hafiz yang begitu gembira dengan panggilan itu.
“Angah sihat-sihat je, Along. Along pulak macam mana?”
“Sihatlah. Kalau tak, takkanlah boleh bercakap dengan Angah.” Seloroh Hafiz. Mereka sama-sama tergelak besar. Aishah menjenguk keluar dari bilik apabila terdengar suara orang berbual dan bergelak ketawa. Dijenguk ke bawah. Hariz sedang bercakap telefon, rupanya. Aishah berjalan semula masuk ke dalam bilik untuk membaringkan diri yang sedikit keletihan.
“Macam mana dengan Umi dan Abah?” Hafiz bertanya. Tentu sekali dia ingin tahu akan keadaan Aishah. Tetapi takkanlah hendak bertanya dengan adiknya. Nanti apa pula yang difikirkan oleh Hariz.
“Baik. Dia orang sihat.” Jawab Hariz ringkas.
“Nita?” tanya Hafiz. Dia risau akan keadaan Hanita yang sedikit tidak terurus selepas putus tunang akibat tunangnya ditangkap basah bersama teman baik Hanita. Teman yang dikenali sejak sekolah rendah lagi.
“She’s not so well. But she’s okay.” Hariz menjawab. Hafiz kelegaan. Dia mengangguk perlahan seperti Hariz dapat lihat akan perbuatannya itu.
“Sepanjang Along tak ada kat sana, tengok-tengokkanlah Umi, Abah dan Nita.” Pesan Hafiz. Nada suaranya dikendurkan sedikit. Rindu pada keluarga menggunung.
“Angah ada satu good news untuk Along.” Kata Hariz tiba-tiba bersuara ceria.
“Apa dia?” tanya Hafiz pula.
“Tak lama lagi Along akan jadi Pak Long.” Kata Hariz. Hafiz mengerutkan dahi. Tidak faham dengan kata-kata Hariz.
“Hah? Along tak faham.” Terus-terang Hafiz berkata.
“Aishah pregnant.” Kata-kata Hariz membuatkan Hafiz tersentak. Tergamam. Tidak tahu hendak berkata apa. Baguslah? Seperti tidak ikhlas saja. Tahniah? Terlalu formal. Macam mana dengan Aishah sekarang? Apa pula difikirkan Hariz nanti. Dah bersedia nak jadi ayah? Terlalu awal untuk menjangkakan perasaan itu. Hafiz jadi serba-salah.
“Along....Along....” panggil Hariz menyedarkan Hafiz dari lamunan.
“Haa...aaa....apa?” tergagap-gagap Hafiz jawab.
“Along ni dah berangan sampai ke mana?” usik Hariz.
“Tak ada apa-apalah.” Tukas Hafiz.
“Itulah. Dulu ada Kak Lisa, Along tolak mentah-mentah. Kalau tak, dah jadi ayah sekarang.” Hariz masih mengusik. Dia ketawa kecil. Hafiz tidak langsung rasa hendak ketawa. Dia melepaskan keluhan. Hariz mengigit bibir. Dia tahu dia sudah terlepas kata.
“Sorry, Along. Angah tak sengaja.” Ucap Hariz bersungguh-sungguh.
“Tak apalah, Angah. Mungkin jugak bukan jodoh Along.” Hafiz berkata perlahan.
“Along...Angah ada satu permintaan ni. Angah harap sangat Along boleh tunaikan.” Pinta Hariz. Hafiz mengerutkan dahi. Belum pernah Hariz merayu sebegini.
“Apa dia, Angah? Cakap jelah. Kalau boleh, pasti Along akan tunaikan.” Janji Hafiz walaupun tidak secara rasminya.
“Along...andaikata satu hari nanti Angah dah tak dapat tunaikan tanggungjawab Angah sebagai ayah kepada bakal anak kami nanti, Angah harap sangat yang Along boleh gantikan tempat Angah. Jadilah ayah yang terbaik untuk anak kami. Bimbinglah dia. Jaga dan belailah dia sepenuh hati Along. Anggap dia sebagai anak Along. Angah hanya minta sedikit dari perasaan kasih sayang yang Along ada, Along berikan untuk anak kami. Jangan biarkan orang lain menyakiti dia, walaupun sebesar zarah. Sebab dia dah tak ada orang lain untuk bergantung harap kecuali Along.” Hafiz benar-benar terkejut dengan permintaan Hariz. Seperti permintaan terakhir sahaja, lagaknya.
“Apa yang Angah merepek ni? Along tak sukalah.” Tingkah Hafiz.
“Along janji dulu dengan Angah.” Paksa Hariz.
“Ya...ya...Along janji dengan Angah. Tapi jangan merepek macam ni lagi. Tak ada orang boleh ganti tempat Angah untuk jadi ayah pada bakal anak Angah nanti. Walaupun Along. Lagipun Aishah kan ada.” Nasihat Hafiz. Tiba-tiba hatinya berasa tidak enak. Kenapa pelik sangat akan permintaan Hariz ini? Tapi diusir perasaan ini pergi sejauh yang mungkin.
“Along kena tunaikan janji Along ni. Sebab Along dah janji dengan Angah. Walaupun tiada hitam putih, tapi bersaksikan alam yang mendengar perjanjian Along dengan Angah ni. Juga Allah s.w.t. Kasih sayang seorang ayah tidak sama dengan kasih sayang seorang ibu. Walaupun dia ada Aishah sebagai ibunya tetapi dia masih memerlukan seorang ayah.” ujar Hariz bermakna. Hafiz akur. Dia tahu dia tidak boleh lupakan janji itu. Walaupun dia tidak tahu apa akan terjadi pada hari yang akan mendatang, tetapi satu janjinya, dia akan tetap tunaikan permintaan itu.
“Sudahlah, Angah. Jangan cakap macam ni. Macamlah Angah nak pergi mana-mana je.” Usik Hafiz. Dia tergelak kecil. Meyakinkan hati bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.
“Manalah kita tahu, Along. Ketentuan Illahi tak dapat kita lawan atau sangkal.” Hariz berhujah lagi.
“Hish...sudah-sudahlah tu. Angah jangan merepek lagi dah.” Kata Hafiz.
“So, Along...how’s life?” tanya Hariz. Suaranya tiba-tiba ceria. Hafiz mengerutkan dahi. Kemudian menggeleng perlahan. Budak ini cepat sangat berubah emosinya, getus Hafiz.
“Fine. Along pun seronok dapat balik sini. Along dah tak boleh menyewa dengan Matt. Dia dah kahwin. Jadi, Along menyewa sorang diri lah.” Ujar Hafiz. Hariz mengangguk. Dia dapat tahu bekas sahabat serumahnya itu sudah berkahwin 3 bulan lalu.
“Rumah lama jugak ke?” Hariz bertanya lagi.
“Taklah. Rumah ni dekat sikit dengan hospital. Senang Along nak berulang-alik. Tak payah naik public transport. Jalan kaki je. Dalam 10 minit, dah sampai.” Tukas Hafiz. Lama mereka bersembang sehingga tidak menyedari jam sudah hampir 1 pagi.
“Ehh…okaylah Along. Angah nak tidur dulu. Esok pagi ada meeting.” Ujar Hariz mengakhiri perbualan mereka.
“Okay. Along free nanti, Along call Angah.” Hafiz pula berkata. Kemudian mereka sama-sama mematikan talian. Dia berjalan naik menuju ke tingkat atas. Tetapi semasa di atas tangga dia beralih pandang ke arah telefon yang baru sahaja dia sudah bercakap sebentar tadi. Along, Angah harap sangat yang Along boleh tunaikan janji Along. Jaga anak kami dan…..jagalah Aishah. Dia juga akan memerlukan perhatian, desis hati Hariz. Entah kenapa dia berfikiran begitu. Dia tidak tahu. Cuma, dia dapat merasakannya.
HARIZ sedang berbual dengan seseorang di talian semasa Kamazarina masuk ke dalam bilik pejabatnya. Hariz mengangkat tangan menandakan tunggu sebentar bahawa di sedang di talian. Kamazarina mengangguk perlahan tetapi tetap berjalan mendekati meja Hariz. Selepas meletakkan gagang telefon, Hariz memandang wajah Kamazarina. Gadis itu segera meletakkan sebuah fail yang memerlukan tandatangan Hariz.
“Encik Hariz, Tuan Syed minta Encik Hariz masuk ke biliknya. Sekarang.” Ujar Kamazarina sedikit termengah. Tergesa-gesa dia pulang ke pejabat selepas bersarapan apabila ditelefon oleh Sakinah. Mengatakan Syed Mahfuz ingin berjumpa dengan Hariz secepat mungkin. Hariz mengerutkan dahi.
“Ada Tuan Syed cakap, kenapa?” tanya Hariz. Matanya masih lagi meneliti fail dihadapan. Dia perlu membaca butiran fail tersebut sebelum menandatanganinya. Manalah tahu kertas kerja itu mungkin adalah komplot atau konspirasi untuk menggelapkan wang syarikat. Atau cara-cara mudah untuk menjatuhkan posisi kerjaya Hariz dalam bidang ini. Jadi, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, sebaiknya dia membaca butiran tersebut dengan teliti.
“Menurut Kinah, Tuan Syed kata urgent.” Kamazarina tersenyum memandang ketuanya itu. Hariz mengangguk perlahan.
“Tak apalah. Awak tinggalkan dulu fail tu kat sini. Lepas jumpa Tuan Syed, saya sign.” Ujar Hariz seraya bangun dari kerusinya. Kamazarina mengangguk pantas dan terus keluar dari bilik Hariz. Dia juga turut keluar dan menuju ke bilik Syed Mahfuz yang terletak di tengah-tengah ruangan pejabat. Bilik itu dikelilingi oleh cermin kaca. Boleh nampak tuan punya bilik dan tetamu-tetamunya yang berada di dalam bilik itu. Pintu bilik Syed mahfuz diketuk. Arahan masuk diberikan. Terlihat Syed Mahfuz tengah bercakap seseorang di talian. Syed Mahfuz menggamit ke arahnya. Hariz berjalan menuju ke arah Syed Mahfuz dan melabuhkan punggung dihadapan bapa mertuanya. Selepas Syed Mahfuz meletakkan gagang telefon semula ke tempatnya, Hariz lihat lelaki itu mengurut kepala yang tiba-tiba rasa berdenyut.
“Kenapa, Pa? Papa tak sihat ke?” tanya Hariz yang begitu mengambil berat akan keadaan bapa mertuanya yang sejak kebelakangan ini selalu sahaja sakit.
“Tak ada apa-apalah, Riz. Pening kepala sikit je.” Syed Mahfuz berkata kemudian membetulkan cermin mata yang sudah melurut.
“So, macam mana dengan Kiara Alam?” Syed Mahfuz bertanya. Ingin tahu perkembangan projek yang diusahakan menantunya itu.
“Semua dah beres. Interior designer pun dah siap menghias. Sekarang cuma tinggal nak launching je.” Hariz berkata gembira. Gembira kerana segala usahanya sudah dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
“Bila launching?”
“Ermm...hujung bulan ni.” Jawab Hariz ringkas. Syed Mahfuz mengangguk perlahan dan seperti memikirkan sesuatu. Dia bangun dan menuju ke rak fail yang ada dibelakangnya. Dicari satu persatu nama fail yang sudah disusun mengikut abjad. Hariz hanya memerhatikan gerak geri Syed Mahfuz. Bapa mertua Hariz itu sememangnya seorang yang kemas, teliti dan sangat mementingkan kebersihan. Satu habuk pun tiada di atas mejanya. Tengok sahajalah fail-fail yang disusun mengikut abjad. Bilik Hariz tidak pula seperti bilik Syed Mahfuz. Semak dengan fail-fail yang bertimbun di atas meja dan atas lantai dibawah mejanya. Sampaikan kadangkala telefon bimbit Hariz juga hilang disebalik timbunan fail-fail tersebut. Cuma kalau ada pelanggan yang datang untuk bertemu, barulah Hariz mengemaskan mejanya sedikit. Itupun diatas pertolongan Kamazarina.
“Haa...ni dia.” Kata Syed Mahfuz. Diserahkan fail yang diambilnya dan diberikan kepada Hariz. Dia menyambut fail itu dan berkerut dahinya memandang fail tersebut. Diselak muka surat pertama yang ada dalam fail itu. Bertambah-tambah kerutan di dahi Hariz.
“Ni projek perumahan, Pa.” Jawab Hariz ringkas. Dia mengangkat muka memandang Syed Mahfuz yang tersenyum sambil mengangguk perlahan.
“Kenapa dengan projek ni?” tanya Hariz lagi.
“Papa nak Hariz uruskan.” Syed Mahfuz berkata. Hariz terkejut dengan kata-kata Syed Mahfuz itu. Sehingga ternganga mulutnya.
“Kenapa Hariz macam terkejut?”
“Tak...tak...tak adalah, Pa. Tapi, Riz tak pernah uruskan projek perumahan sebelum ni. Selama ni pun, Papa suruh Riz uruskan projek penginapan.” Hariz semacam tidak percaya dengan kata-kata Syed Mahfuz. Bukan dia tidak berani mengambil risiko untuk menguruskan projek perumahan tetapi bagi Hariz, dia tahu ada lagi pekerja Syed Mahfuz yang sudah biasa menguruskan projek-projek berkaitan dengan perumahan. Dan, orang itu lebih berpengalaman darinya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kenapa Papa mintak Hariz yang uruskan? Bukan ke Encik Atim yang selalu buat berkenaan projek-projek perumahaan ni?” tanya Hariz perlahan. Takut juga dia jika menyinggung perasaan Encik Atim yang selalunya bertanggungjawab terhadap projek-projek sebegini. Syed Mahfuz faham akan perasaan menantunya itu.
“Papa nak tengok kebolehan kamu dalam menguruskan projek-projek perumahan ni. Lagipun Encik Atim dengan isterinya nak berhijrah ke Australia. Anak-anak Encik Atim yang suruh dia berhenti kerja. Lepas tu tinggal dengan mereka kat sana.” Jelas Syed Mahfuz. Hariz terangguk-angguk tanda faham. Mungkin inilah masanya anak-anak Encik Atim ingin berbakti kepada kedua ibubapanya. Tetapi kemudian wajah Hariz berubah sedikit kelat.
“Kenapa, Riz? Kamu tak suka?” Syed Mahfuz bertanya.
“Tak adalah, Pa. Bukan macam tu. Sebenarnya Riz dah janji dengan Aishah. Lepas je projek Kiara Alam ni siap, Riz nak bawak Aishah pergi honeymoon.” Ujar Hariz perlahan. Malu dengan Syed Mahfuz. Lelaki dihadapan Hariz itu tersenyum lebar.
“Laa...Papa tak kata pun projek ni kena mula sekarang. Papa cuma nak bagi tugas je pada kamu. Bila-bila kamu rasa nak mulakan projek ni, haa...barulah mula. Lagipun Papa faham, tentu kamu sibuk dengan launching Kiara Alam ni.” Usik Syed Mahfuz. Wajah Hariz memerah. Tersipu-sipu menahan malu.
“Tapi Ferry takkan tolong kamu lagi dah. Cuma Syafiq je yang tinggal untuk tolong kamu. Yang nak gantikan tempat Ferry ni, budak baru start kerja semalam. Firman. Fresh graduate.” Terang Syed Mahfuz.
“Kenapa Ferry dah tak tolong Riz, Pa?” tanya Hariz. Diusap sedikit dagu yang ditumbuhi janggut. Syed Mahfuz berdehem.
“Ferry dah kena transfer ke Sarawak. Dia yang mintak ke sana. Sebab isterinya kena mengajar kat Pedalaman Sarawak, kata Ferry.” Jelas Syed Mahfuz lagi. Hariz menggangguk tanda mengerti. Tidak pernah pula Ferry memberitahunya akan pemergian dia kesana. “Oklah, Pa. Nanti Hariz look through dulu proposal ni. Apa-apa hal, Riz maklumkan Papa.” Ujar Hariz. Syed Mahfuz mengangguk dan Hariz melangkah keluar dari bilik pejabat bapa mertuanya itu. Menuju kebiliknya sendiri.
Thursday, February 5, 2009
Kasih Aishah Najyha BAB 35
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 2/05/2009 12:37:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 tukang komen paling setia:
isk2..
plenye permintaan hariz nieh..
ape jd kat dye nnty..
suspen nieh..
n lgi 1 kak ecah,,
confused sket..
hariz call hafiz kat uma dye ke office??
sbb kate hariz call dri uma,,tp tup2..
kazamaria msok blk dye plak...
??
papepon,,cpat2 smbung...xsaba nk tggu ending neih...
best sgt2....
btul 2..
sy pn confused..
kata hariz call kt uma..tpi knp tbe2 kt opic...??
knp hariz wat pmintaan mrapu, hariz mcm nk mati je..alahai nie yg sdih nie...
sbg cpt kak..
haah lah kak ecah..pening skit sy bc crite akak ni..slalu citer akak ok je..ni msti k.ecah berangan ni..he3..hariz tel hafiz bkn dekat rmh ke?asal tetiba je ade kat office?
betul..betul.. sy pun konfius yg tu..???
sori2.....
error mistake....
2 la nk siapkn cpt 2 yg terkonpius sket....
hehe nie dh btolkn blk dh.....
dh btolkn dh....
nie pslnye wat smbl berangan nk wat cte len....
2 la jd cm nie tuh.....
hehe
thanx sbb ingatkn....
huhuhu..
Hanna rase kan at last dorang akn bersame nyer..
tp kesian lak andai something happen kat hariz..uwauwa...
nk lagi la ecah..hehehe..
sedih la plak.
compem aishah dgn hafiz gak an?
sweet.
smbung2
-na'dz
Post a Comment