BAB 17 KELUHAN dilepaskan perlahan. Sepasang mata bundar merenung ke dada langit. Bibir mengetap kegeraman. Tidak suka dikongkong. Terasa diri seperti berada di dalam penjara. Sekali lagi Dizyan melepaskan keluhan. Sutinah yang baru sahaja selesai kerjanya di dapur, tercari-cari bayangan gadis itu di ruang tamu. Televisyen tidak terpasang. Sudah tentu dia tiada disitu. Mata Sutinah teralih ke pintu utama rumah yang terbuka luas. Melangkah ke arah pintu utama. Menuju ke arah buaian yang berayun perlahan. Dizyan merenung jauh. Sutinah melabuhkan punggungnya menghadap Dizyan. Gadis itu memandang Sutinah dan memberikan senyuman hambar. “Ngapain, Yan? Kamu menung aja dari tadi. Kamu nggak suka tinggal disini?” Ujar Sutinah. Memecahkan kesunyian yang hanya kedengaran bunyi unggas menyanyi. “Saya dah biasa duduk dengan family saya. Bila kena pindah rumah orang, saya jadi kurang selesa.” Luah Dizyan tentang perasaan sebenarnya. Tidak suka menipu. Itulah yang dirasakan oleh Dizyan sejak hari pertama berpindah masuk ke rumah banglo 3 tingkat itu. “Ya iya...nanti bila kamu nikah juga, kamu harus ikutin suami kamu kan.” Ujar Sutinah. Cuba menceriakan perasaan Dizyan. Gadis itu masih memberikan senyuman hambar. “Mungkin betul cakap Encik Faizal tu. Dia tak mahu Datuk dengan Datin tahu saya tak tinggal kat sini.” Dizyan berkata lemah. Teringat kembali akan permintaan Faizal yang pada masa itu dirasakan langsung tidak munasabah. Dizyan sedikit memberontak. Tidak mahu tinggal serumah dengan musuh ketatnya. Serasa ingin berhenti sahaja. Tetapi dia sudah berjanji pada dirinya. Dia ingin berdikari tanpa pertolongan dari keluarga. “Tapi...saya harus akui, Bik. Walaupun saya tak suka tinggal rumah orang, tapi rumah ni dapat berikan saya keselesaan. Rasa macam rumah saya sendiri.” Kali ini barulah Dizyan memberikan senyuman yang seikhlasnya. Sutinah tersenyum. Dia turut mengaku akan kenyataan Dizyan itu. Perbualan mereka terhenti apabila pintu pagar automatik terbuka luas. Kereta Mazda MX-5 menyusuri masuk perlahan-lahan ke dalam garaj. Enjin kereta dimatikan dan pemandunya keluar dari perut kereta dengan wajah yang keletihan. “Itu. Ijal udah pulang. Kamu lekas ke sana. Bik masuk duluan, ya.” Ujar Sutinah dan menepuk peha berisi Dizyan itu. Sutinah bangun dan beredar dari buaian tersebut. Dizyan mengangguk dan berjalan menuju ke arah Faizal. “Cepatlah sikit. Apa yang terhegeh-hegeh tu. Aku nak keluar makan ni.” Jerit Faizal sedikit kuat. Dizyan tersentak dan laju sahaja kakinya melangkah ke arah kereta Faizal. Dibuka pintu belakang dan diambil beg bimbit serta fail-fail kerja yang selalu dibawa pulang oleh Faizal. Setelah Dizyan menutup pintu belakang, Faizal mencampakkan kotnya ke muka Dizyan. Dia terus sahaja masuk ke dalam tanpa membawa apa-apa barangan. Dizyan meletakkan beg bimbit dan fail-fail tersebut ke dalam bilik bacaan. Setengah jam kemudian, terdengar hon kereta bertalu-talu di luar rumah. Dizyan menjenguk dari jendela. Tergesa Faizal menuruni anak tangga sehingga terlanggar Sutinah yang baru sahaja hendak mendaki anak tangga. “Aduh, Ijal! Hati-hati kok.” Sutinah mengaduh kesakitan. “Maaf, Bik. Zal dah lambat.” Ujar Faizal dan segera menyarungkan kasut sneakers yang ada di rak kasut. Dizyan sudah membukakan pintu. Memang itu tugas dia dan sudah sedia maklum akan tugasannya yang ala-ala bell boy hotel itu. “Kau jangan tidur lagi selagi aku tak balik.” Pesan Faizal sebelum sempat dia melangkah keluar. Dizyan tidak memberikan apa-apa respon. Hatinya sakit apabila diperlakukan seperti itu. Maruahnya terasa dipijak. Tetapi apa yang boleh dilakukannya. Itu adalah tuntutan kerja yang harus dilaksanakan. Dengan cepat Dizyan menutup pintu utama dan menjenguk melalui jendela. Kelihatan kereta Fairlady Z tersadai di luar rumah. Tidak kelihatan pula akan pemandunya. “Hebat-hebat juga kawan si mangkuk hayun ni.” Gumam Dizyan. Ditutup semula langsir jendela yang dibukanya. JAM antik di sudut rumah berdenting sebanyak 2 kali. Sudah jam 2 pagi. Bayangan Faizal masih tidak kelihatan. Mata yang mengantuk terpaksa ditahan atas teringatkan arahan Faizal itu. Dizyan terasa panas duduk di dalam rumah. Dibuka pintu utama rumah dan keluar menuju ke gazebo yang terletak di dalam taman hiasan yang ada di laman rumah itu. Dia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang ada di dalam gazebo tersebut. Menongkat dagu di atas meja. Telefon bimbit yang memang selalu dibawanya bersama berbunyi nyaring. Memecahkan kesunyian malam. Terlihat nombor yang terpapar di skrin, membuatkan senyuman lebar terukir di bibir Dizyan. Segera dijawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum.” Jawab Dizyan lembut. “Waalaikumussalam. Yan sihat?” itulah perkara pertama yang ditanya oleh si pemanggil. “Sihat. Abang?” tanya Dizyan kembali. Suaranya berubah menjadi girang. “Abang, alhamdulillah. Abang tak ganggu Yan tidur ke? Kan kat sana pukul 2 pagi.” Tanya Izham. Mata yang terasa mengantuk terus menjadi segar-bugar apabila mendengarkan suara yang teramat dirinduinya. Kalaulah Izham ada dihadapannya, pasti sudah dipeluk sepuas hati. “Taklah. Mata Yan tak mengantuk pun lagi.” Ujar Dizyan. Dari nada suara Dizyan sahaja, Izham tahu adiknya itu gembira dapat bercakap dengan dia. “Abang ada good news untuk Yan ni.” Izham berkata. Dizyan masih menanti butir bicara Izham. “Ya? Apa dia, Bang?” “Next week, maybe Thursday or Friday, Abang dengan Akak akan balik Malaysia. We are back for good.” Beritahu Izham akan berita gembiranya itu. Terus sahaja Dizyan menekup mulut. Rasa tidak percaya menyelubungi diri. “Serious?” tanya Dizyan bagaikan tidak percaya. Inginkan kepastian. “Ya, I’m serious. So, Abang harap Yan dapat ambil kita orang kat airport.” Ujar Izham lagi. Wajah Dizyan terus berubah. Bagaimana dia hendak meminta cuti? Sebab dia bekerja di rumah orang. Bukannya di pejabat. “Alamak, Bang! Yan tak janjilah. Sebab Yan baru start kerja. And I’m not sure, samada dia orang bagi cuti ke tak.” Ujar Dizyan. Walaupun dia tidak mahu berterus terang tetapi sekurang-kurangnya Izham tahu keadaan yang sedang dialami Dizyan. “It’s ok. Atleast Abang dah beritahu. And, kita boleh jumpa kat rumah, kan?” Izham mengerti. Dan dia tidak memaksa Dizyan. “Ya...” jawab Dizyan kurang pasti. Dapatkah mereka jumpa di rumah? Kalau Izham pulang pada minggu hadapan, bererti majikannya sudah pulang hampir seminggu. Bolehkah dia meminta cuti? Nanti apa pula kata Datuk Farid dan Datin Rubi? “Abang, Yan nak cakap dengan Akak kejap.” Ujar Dizyan. Mengubah topik. Izham menyerahkan telefon bimbit kepada isteri yang sudah dikahwininya 2 tahun lalu. “Assalamualaikum.” Ucap isteri Izham dengan lembut. “Waalaikumussalam, Kak Yas.” Ujar Dizyan. Cuba ditahan senyum yang ingin terukir. “Kau jangan nak mengada panggil aku Kak Yas. Panggil aku Yas, sudah. Kau ni buat aku terasa tua, tau.” Yasmin berkata. Dizyan tertawa kecil. “Kau kan kakak ipar aku. Mana boleh aku panggil kau, Yas je.” Sindir Dizyan. Sekali lagi mentertawakan sahabat yang banyak mengharungi suka duka bersamanya. “Tak ada maknanya. Panggil aku macam biasa sudahlah.” Yasmin membentak. Dizyan menekup mulut. Tidak tertahan tawanya. “Yelah...yelah. Jangan marah, Yas. Nanti baby dalam perut kau tu pun, emo macam kau jugak.” Dizyan beralah. Tidak mahu membuatkan ibu yang sedang mengandung berada di dalam emosi yang tidak tentu. Nanti jenuh pula Izham terpaksa memujuk Yasmin. Sejak kebelakangan ini, Yasmin kerapkali merajuk tidak tentu hala. “Eh, kau tahu kan Misha dan Asrul dah bertunang?” tanya Dizyan tiba-tiba. Teringat pula pada sahabat yang baru sahaja melangsungkan pertunangannya 3 bulan yang lepas. “Tahu. Lagi seminggu dia orang nak bertunang, baru Misha call aku. Aku cakap dengan dia, apa kejadahnya telefon aku time ni. Macam mana aku nak balik. Tunggu jelah wedding dia nanti, baru aku pergi.” Yasmin berkata. Geram sungguh dengan Misha. Lagi seminggu hendak melangsungkan pertunangannya, baru tergesa menelefon Yasmin yang berada nun jauh di perantauan orang. Lainlah kalau telefon sebulan sebelum. Boleh juga dia membuat perancangan untuk balik seketika sehingga majlis Misha selesai. “Kau tu bila lagi? Kawan-kawan kau semuanya dah selamat.” Yasmin menyindir. Dia tahu sejak peristiwa yang berlaku ke atas diri Dizyan 6 tahun yang lalu, hati Dizyan seakan-akan tertutup buat insan yang bernama lelaki. “Yas, aku ada something nak beritahu pada kau.” Dizyan berkata. Nadanya turut menjadi lemah. Yasmin mengerutkan dahi. Tentu ada sesuatu yang penting ingin disampaikan. “Kau tunggu kejap.” Kata Yasmin. Dia menekup telefon tetapi setiap butir perbualan Yasmin dan Izham masih dapat didengari oleh Dizyan. “Sayang...Yas nak cakap something private dengan Yan.” Lemah lembut Yasmin berkata. Izham memandang wajah isteri tercinta. “So, Abang tak boleh dengarlah ni?” tanya Izham. Yasmin menggeleng manja. “Ok, fine.” Izham beredar dari bilik yang menempatkan ruangan televisyen mereka. Menuju ke dapur. Tiba-tiba pula terasa dahaga. “Apa dia, Yan?” pertanyaan Yasmin menyebabkan Dizyan tersentak dari lamunannya. Mendengar suara manja Yasmin dan Izham itu dari perbualan mereka, tahulah Dizyan bahawa mereka sangat bahagia. Ditambah pula dengan cahaya mata pertama yang akan dilahirkan dalam masa 5 bulan lagi. Dizyan melepaskan keluhan kuat. “Aku terserempak dengan dia.” Ujar Dizyan ringkas. Yasmin mengerutkan dahi. “Dia? Dia tu siapa?” tanya Yasmin lagi. Dizyan berdehem. “Orang yang bertanggungjawab menghancurkan hidup aku.” Jelas Dizyan dengan lebih terang. Tercengang Yasmin dibuatnya. “Kau biar benar, Yan? Macam mana kau boleh terserempak dengan dia?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Yasmin. Dizyan tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Yasmin itu. “Aku kerja satu company dengan dia.” Dizyan berbohong sedikit. Sememangnya dia bekerja di satu syarikat dengan lelaki yang dimaksudkannya itu tetapi dibawah ‘pentadbiran’ yang lain. “Oh My God! Habis tu, macam mana kau menghadapi dia? Dia kenal kau?” seperti peluru berpandu soalan-soalan itu memecahkan kepala otak Dizyan. “Aku tahu dia kenal aku. Tapi dia sengaja buat-buat tak kenal. Dan, aku tak pasti kenapa. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi dia. Kau tau kan perasaan aku.” Airmata menuruni pipi gebu Dizyan itu. Tidak larat lagi hendak mengelap airmata yang akan menitis setiap kali bercerita tentang perasaan. “Aku dah pernah nasihatkan kau, Yan. Kau tak patut ada perasaan tu. Tengok apa yang dia buat pada kau.” Suara Yasmin sedikit meninggi. “Aku tahu, Yas. Aku tahu. Aku dah cuba lupakan dia. Dia memang dah tak ada dalam kamus hidup aku. Sampai bila-bila pun aku takkan lupakan perbuatan dia pada aku. Aku takkan maafkan dia.” Teresak-esak Dizyan berkata. Yasmin mengendurkan suaranya. “Aku yakin kau boleh teruskan hidup. Tapi belajar untuk menerima orang lain dalam hidup kau.” Nasihat Yasmin. Sememangnya sesuai sekali Yasmin menjadi kakak ipar DIzyan. Wanita itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan hatinya yang gundah. “Aku takut, Yas. Aku takut.” Ujar Dizyan. Bertambah menjadi-jadi esak tangis gadis itu. “Apa yang kau takutkan? Kau beritahu aku.” Yasmin sedikit mendesak. Dia menjadi risau kerana tidak dapat berada di sisi Dizyan dan menenangkan perasaan Dizyan. “Aku....” ayat Dizyan tergantung apabila Yasmin mencelah. “Kau jangan cakap perkataan tu lagi dah. Perkara tu terjadi bukan atas kerelaan kau. Terjadi di luar dugaan kau.” Bersungguh Yasmin memberikan nasihat. Meminta Dizyan melupakan segala yang terjadi. Tidak mahu sahabatnya itu teringatkan peristiwa hitam yang berlaku. Dizyan sudah tidak berkata apa-apa tetapi esak tangisnya masih kedengaran. “Yan, kalau kau explain pada bakal husband kau tentu dia faham. Aku yakin, dia akan kata perkara tu terjadi bukan kerana kau yang nak. Tetapi disebabkan lelaki jahanam tu.” Yasmin menyambung kata. Dizyan mengelap pipi yang sudah basah kuyup. “Kau jangan fikir pasal hal tu lagi. Aku yakin yang dia akan terima balasannya. Sekarang ni, kau pergi tidur. Tidur sepuas-puasnya. Esok Sabtu kan? Kau kerja ke?” Yasmin bertanya. “Yup.” Dizyan menjawab ringkas. “Ok. Kau pergi tidur. Tenangkan fikiran. Janganlah fikir benda-benda merepek macam tu. Okay?” Yasmin memberikan pesanan. Dizyan mengukir senyuman lemah. “Okay.” “Assalamualaikum.” Ucap Yasmin. Dizyan menjawab salamnya di dalam hati dan sama-sama mematikan talian selepas itu. Tidur? Bolehkah dia tidur? Faizal memesan supaya jangan tidur selagi dia belum pulang. Dizyan merenung ke dada langit yang terbentang luas. Bintang-bintang berkelipan. Ada satu bintang yang bersinar terang. Masih adakah cahaya yang dapat menerangi kegelapan hidupku ini? Masih adakah harapan untuk ku merasai kebahagiaan? Bisakah aku punya perasaan cinta sepertimana aku pernah punya perasaan ini dahulu? Dizyan berteka-teki sendirian. Dia tiada jawapan untuk itu. Hidupnya masih kabur. Belum ada cahaya perasaan yang dapat menerangi jiwanya. Enjin kereta sport yang menderu bunyinya berhenti dihadapan pintu pagar rumah banglo Faizal. Dizyan berhenti melamun. Memandang ke arah pintu pagar automatik yang terbuka menggunakan alat kawalan. Dizyan sudah berdiri tercegat dihadapan pintu pagar tersebut. Faizal yang baru sahaja turun dari kereta tersenyum sinis. “Dengar juga kata aku ni.” Faizal berkata di dalam hati. Pemandu kereta Fairlady Z itu turut melangkah turun dari keretanya tetapi enjin kereta tidak dimatikan. “Masuklah dulu, Neeq.” Pelawa Faizal. Neeq? Dizyan mengangkat wajah memandang gerangan pemandu kereta tersebut. Terpana! Dizyan dan Aneeq saling berpandangan. “Eh tak payahlah, Zal. Dah pagi ni. Esok ada shoot.” Aneeq menolak pelawaan Faizal itu dengan baik. Faizal mengangguk perlahan. “Kirim salam pada Intan Airina tu.” Ujar Faizal. Aneeq tersenyum. Tahu sangat kirim salam itu untuk pelakon baru yang sedang membintangi drama terbaru arahan syarikat produksi milik Faizal. Aneeq masuk ke dalam perut kereta dan menderum pergi. Bayangan kereta Fairlady Z itu hilang dari pandangan mata. Pintu pagar tertutup semula. Kaki Faizal laju melangkah ke arah pintu utama. Dizyan membuntuti majikannya itu. Dizyan menutup perlahan pintu utama. “Encik Faizal, sebelum saya lupa. Bibik ada beritahu yang Datuk dan Datin ada call tadi. Dia orang pesan suruh Encik Faizal ambil dia orang kat airport dalam pukul 8 pagi.” Dizyan menyampaikan pesan apa yang diberitahu Sutinah kepadanya sebentar tadi sebelum wanita tua itu masuk ke kamarnya. Dikhuatiri dia tidak terjaga semasa Faizal pulang nanti. Faizal tidak memberikan apa-apa respon. Laju sahaja dia melangkah menuju ke bilik tidurnya. Gadis itu menjungkitkan bahu dan juga turut menuju ke bilik tidur yang berada di tingkat bawah berdekatan dapur. Pintu bilik kecil itu dibuka seluasnya. Dizyan melangkah masuk dan menutup semula serta pintu itu dikunci. Berjalan ke arah jendela yang terbuka luas. Menongkat dagu. “Kenapa kau masih muncul dalam hidup aku sampai sekarang?” rintih Dizyan seorang diri. Airmata sudah merembes menuruni pipi. “Aku takkan maafkan kau. Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.” Dizyan berkata. Peristiwa 6 tahun lalu begitu perit untuk diingati. BERSAMBUNG..... |
Tuesday, June 2, 2009
Kau Milikku 17
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 6/02/2009 09:28:00 AM 9 tukang komen paling setia
Friday, May 29, 2009
Kau Milikku 16
BAB 16 HAMPIR dua minggu Dizyan bekerja di rumah banglo milik keluarga Faizal sebagai pembantu rumah. Seawal jam 7 pagi Dizyan sudah tercegat dihadapan pintu pagar rumah banglo itu. Dijenguk ke dalam kawasan rumah. Kereta Mazda MX-5 kepunyaan Faizal masih tersadai di garaj. Dizyan melihat jam di tangan. Baru pukul 7 pagi. Siapalah yang rajin sangat hendak ke tempat kerja seawal itu. Hanya dia seorang sahaja yang tercongok di hadapan rumah Faizal. Serba salah Dizyan dibuatnya. Hendak masuk, khuatir dimarahi Faizal. Sudah Faizal memberi amaran jika dia masih berada di dalam rumah, Dizyan tidak dibenarkan masuk. Takut nanti jiran sekeliling mengatakan benda-benda yang kurang enak didengari. Almaklumlah, Datuk Farid dan Datin Rubi sudah 3 minggu tiada di rumah kerana pergi menjenguk Fikhri dan Fathiq yang sedang melanjutkan pelajaran Switzerland. Silap haribulan kena tangkap basah, merana badan. Betul juga kata-kata Faizal itu. Dan selama seminggu juga Dizyan sudah jarang bertemu muka dengan ahli keluarganya. Dia begitu rindukan masakan Puan Hajjah Karissa dan Mak Nani. Rindukan masa untuk bersembang dengan Tuan Haji Azmin. Juga rindukan gelak ketawa bersama Asyifa. Dizyan melepaskan keluhan perlahan. Dia harus datang ke rumah itu sebelum pukul 7.30 pagi. Entah kenapa Faizal memberikan arahan sebegitu. Sedangkan sudah pukul 7 pagi, dia masih belum bangun dari tidur. Entah bersolat Subuh, entah tidak. Selalunya Faizal akan keluar untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 9 pagi. Jadi, setiap pagi Dizyan harus menunggu di luar pintu pagar sehingga jam 9 pagi. Sekali lagi dilepaskan keluhan. Dia melabuhkan punggungnya di atas tembok yang berada di luar pintu pagar. Kadangkala terasa punggungnya seperti sudah berkematu. Pintu pagar automatik terbuka. Tersentak Dizyan dibuatnya. Dia melihat jam di tangan. Baru pukul 7.15 pagi. Awalnya Faizal sudah keluar untuk ke pejabat. Yang dilihatnya bukanlah kereta Faizal tetapi Sutinah terkedek-kedek menuju ke arah dia. “Kenapa, Bik?” tanya Dizyan apabila dilihatnya wajah Sutinah yang cemas itu. “Bik udah telat(lambat) ni mau ke pasar. Yan nemanin Bik, ya.” Ujar Sutinah sambil mengendong bakul yang selalu dibawanya ke pasar. “Kita nak naik apa ni, Bik?” Dizyan bertanya. Bukannya Sutinah punya kereta untuk ke pasar yang terletak 10 kilometer dari kawasan perumahan mereka itu. “Kita naik angkut aja, ya?” Sutinah memandang wajah Dizyan. “Sini mana ada angkut, Bik. Sini ada bas.” Dizyan tersenyum. Mujur dia memahami serba sedikit perkataan atau ayat-ayat Bahasa Indonesia. Angkut, sejenis kenderaan yang digunakan oleh rakyat Indonesia untuk membawa mereka ke destinasi yang diingini. Kenderaan yang digunakan adalah van dan mereka akan menaiki van tesebut secara beramai-ramai. “Iya, bas. Bibik selalu nyebut angkut. Di Indonesia ada ojek, ada angkut.” Walaupun sudah bertahun Sutinah menetap di Malaysia, dia masih belum melupakan kehidupannya di negara sendiri. “Sini Malaysia lah, Bik. Rakyat Malaysia ada kenderaan sendiri. Tak pun, dia orang naik public transport. Macam LRT, bas, teksi.” Ujar Dizyan. Bibirnya terukir senyuman manis. “Udah deh. Kita naik taksi aja.” Cadang Sutinah. Dizyan seperti berfikir sesuatu. “Tak apalah, Bik. Kita naik kereta.” Dizyan pula memberikan cadangan. “Waduh! Bik nggak ada mobil(kereta) kok.” Tergaru-garu Sutinah. Dizyan tergelak kecil. “Siapa kata saya nak naik kereta Bik? Bibik naik kereta saya.” Unjuk Dizyan kearah MyVi miliknya yang tersadai di bawah pokok. Terangguk-angguk Sutinah membuntuti Dizyan menuju ke arah kereta berwarna oren itu. FAIZAL mengeliat ke kiri dan ke kanan. Memejam dan mencelikkan mata berulangkali. Sisa kantuk masih ada. Semalam pulang dari kelab malam hampir jam 3 pagi. Ini semua Ku Zhety punya pasal. Kalau tidak kerana gadis itu memujuknya supaya duduk lebih lama disitu, pasti dia akan pulang awal. Sejak Datuk Farid tiada di Malaysia untuk menguruskan perihal syarikat, Faizal yang mengambil alih urusan-urusan penting. Sekali lagi mengeliat. Membuka mata dan memandang ke siling. Melihat kipas berputar perlahan. Penghawa dingin sudah dimatikan suis. Menguap. Mulutnya terbuka luas. Segera ditutup dengan telapak tangan. Pernah Faizal menguap tanpa menutup mulutnya dengan tangan, dia dimarahi oleh Papanya. Kata Papa kalau tidak ditutup mulut semasa menguap, syaitan akan masuk ke dalam tubuh kita. Pesanan itu diingati sehingga dewasa ini. Mengalihkan kepalanya ke meja sisi. Melihat jam loceng. Jarum jam panjang di pukul 3 manakala jarum pendek pada pukul 10. Terbelalak biji mata Faizal. Sudah pukul 10.15 pagi. Dia ada mesyuarat penting pada pukul 11 dengan production group untuk membincangkan pembikinan drama terbaru terbitan produksi syarikatnya. “Kenapa Bibik tak kejut aku?” gumam Faizal dan terus melompat dari katil. Mencapai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air. 10 minit kemudian, dia sudah keluar untuk siap berpakaian. Disemburkan minyak wangi Polo Black. Memakai jam tangan dan dompet dimasukkan ke dalam poket. Mengemas katil ala kadar. Mengambil beg bimbit. Faizal memulas tombol pintu tetapi kakinya tidak jadi melangkah. Dia menuju ke arah walk-in wardrobenya dan membuka suis lampu. Bilik kecil itu dari gelap terus menjadi terang benderang. Membuka laci yang diletakkan kaca mata hitamnya. Mengambil satu yang sememangnya menjadi pilihan Faizal, Ray Ban. Disarungkan ke wajah. Melihat wajah sekali imbas di cermin dalam almari itu. Berpuas hati dan tersenyum kecil. Terus Faizal keluar dari almari pakaiannya dan juga keluar dari kamar tidur. Menutup semula pintu kayu itu. Menjenguk ke arah meja makan. Tiada sarapan yang dihidangkan di meja itu. Menjenguk pula ke dapur. Kemana Sutinah? Dan adakah Dizyan masih belum sampai? Malas mengambil tahu, Faizal menuju ke rak kasut dan memakai stoking serta menyarungkan kasut yang selalu dipakai untuk ke tempat kerja. Alarm kereta dibunyikan. Diletakkan beg bimbit di tempat duduk sebelah. Bumbung kereta dibuka. Faizal memang suka bumbung keretanya dibuka. Biar angin luar dapat memberikan kedinginan kepadanya berbanding penghawa dingin kereta. Itulah kebaikannya. Tetapi keburukannya pula, terpaksa menghidu asap kenderaan dan debu kotor yang berterbangan di atas jalanraya. Pintu pagar automatik dibuka. Kelihatan Dizyan dan Sutinah mengendong plastik-plastik bermacam warna. Tahulah dia bahawa mereka berdua ke pasar. “Aikkk, Ijal....udah telat(lambat) kamu ke kantor(pejabat)?” ujar Sutinah. Wajah pembantu rumah itu sudah dibasahi peluh. Dizyan membuntuti dari belakang. Tidak langsung memberikan senyuman. Apatah lagi hendak memandang Faizal. Sedangkan mata Faizal sudah mencerun memandangnya. “Bibik ke mana?” ditanya juga soalan itu, sedangkan Faizal sudah tahu akan jawapannya. “Bibik ke pasar ama Yan.” Jelas Bibik. Faizal terdiam. Apa yang perlu ditanya lagi? Semua jawapan dia sudah ada. “Lain kali, Bik suruh je dia pergi ke pasar. Bibik duduk rumah. Masakkan sarapan untuk Zal.” Ujar Faizal. Ingin mencari reaksi Dizyan. Tetapi gadis itu langsung tidak memberikan apa-apa respon. “Bik minta maaf, ya. Lupa mau bikinin(buat) sarapan.” Sutinah meminta maaf. Faizal melepaskan keluhan perlahan. Tidak guna dimarahinya juga pembantu rumah itu. “Tak apalah, Bik. Saya makan je kat office.” Ujar Faizal dan tanpa menunggu lebih lama, dia masuk ke dalam perut kereta. Menghidupkan enjin dan mengundurkan kereta. Setelah itu, kereta sport itu menderum pergi. “Bik, apasal tak suruh je Encik Faizal tu kahwin? Kan senang. Biar wife dia je yang buat semua kerja.” Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Membuntuti Sutinah menuju ke arah dapur. “Nikah? Nikah itu gampang(senang). Tapi rela atau nggak wanita itu menghadapi dia. Dia itu cerewet banget(sangat cerewet). Belum ada satu pun wanita yang cocok(sesuai) buat Ijal.” Ujar Sutinah sambil memasukkan sayur-sayuran yang dibelinya ke dalam peti sejuk. Hanya lauk yang diperlukan sahaja tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ayam yang dibeli itu, diletakkan di dalam sinki. Dizyan mencuci ayam tersebut sehingga bersih. Tiada lagi darah-darah beku yang melekat pada tulang ayam tersebut. Diambil pula ikan-ikan di dalam plastik berwarna merah itu. Membuang isi perut ikan dan menghiris secara menyenget di badan ikan tersebut. Dicuci semula. Supaya hilang darah yang melekat. Diletakkan di dalam bekas kosong dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Cekap juga Dizyan membuat kerja walaupun baru seminggu dia bekerja bersama Sutinah. Sudah Sutinah mengajar dia perkara-perkara asas yang perlu seorang wanita tahu mengenai kerja rumah. Jika dirumahnya, pasti dia tidak berpeluang belajar memotong dan memasak. Kesemuanya sudah diselesaikan oleh Mak Nani dan Uminya, Puan Hajjah Karissa. “Dia lebih cerewet daripada perempuan ke, Bik?” tanya Dizyan sambil leka melakukan kerja-kerjanya menolong Sutinah. “Iya...lebih cerewet dari Datin Rubi.” Kata-kata Sutinah itu mengundang tawa kecil Dizyan. “Hah! Cerita pasal Datin Rubi. Bila dia orang nak balik sini?” Dizyan bertanya. Dia sudah selesai memotong sayur kobis. Sediakan bahan masakan untuk makan malam. Dizyan sendiri hairan. Buat apa sediakan makan malam? Sedangkan Faizal langsung tidak pulang untuk makan. “Bik nggak tau kok, Yan. Mereka bilang sebulan aja mereka di sana. Mungkin minggu depan mereka langsung pulang.” Sutinah berkata dan menghilang di sebalik pintu dapur. Dizyan tahu ke mana wanita tua itu pergi. Mesti berada di kebun bunga di laman rumah. Dizyan mengemas apa yang patut di dapur. Sambil itu berfikir hendak memasak apa untuk tengah hari. Lagipun mereka berdua sahaja yang tinggal. Tidak perlulah masak yang remeh. Diambil gelas kosong. Dizyan membuka peti sejuk dan ingin mengambil jus oren yang baru sahaja dibelinya. Dituang jus oren tersebut ke dalam gelas. Dihirup perlahan-lahan. Bagus juga dia membeli air itu tadi. Dapat juga melepaskan dahaga dengan air perisa oren. Selalunya air sejuk atau kordial sirap sahaja yang menuruni tekaknya selama dua minggu ini. “OKAY...kami dah capai persetujuan untuk ambil pelakon baru bagi teraju utama drama kita ni.” Ujar penerbit dan pengarah drama terbaru arahan dan terbitan Rufa Grand Million Productions, Kau Milikku, Ian Khalif. Faizal terangguk-angguk mendengar penjelasan krew produksinya. Tangan kanan menyilang di dada dan tangan kiri melurut dagu. “Nik Mellissa dan Faizi Adham.” Sambung Ian Khalif. Lama mereka terdiam. Faizal masih tidak memberikan apa-apa respon. Mindanya bukan berada disitu. Terawang-awang jauh teringatkan perbualan bersama Mamanya sebentar tadi. “Zal, Mama dan Papa akan balik ke Malaysia hari Khamis ni. Zal tak payahlah susah payah nak jemput kami. Kami boleh balik sendiri.” Ujar Datin Rubaiyah. Terkedu Faizal mendengar kata-kata Mamanya itu. Menggaru kepala yang tidak gatal. Bagaimana kalau mereka pulang ke rumah dan mendapati ada pembantu rumah baru yang bekerja disitu? Dan pembantu rumah itu mempunyai kereta dan sering berulang-alik ke rumah mereka. Sudah tentu Datuk Farid dan Datin Rubaiyah akan syak sesuatu. Dia harus memikirkan jalan untuk mengelakkan syak wasangka kedua orang tuanya itu. Dia harus memikirkan cara yang terbaik. Tetapi otaknya buntu. Tidak dapat langsung memikirkan strategi yang terbaik. Kesemua mata krew produksi Rufa Grand Million Productions memandang ke arah Faizal yang sekejap tergaru-garu, kemudian mengeluh. Dahi berkerut. Dan bermacam lagilah wajah yang dibuatnya. “Bos....” panggil Ian Khalif. Faizal tersentak. Memandang wajah mereka yang berada di bilik mesyuarat itu satu persatu. “Ya...siapa nama pelakon tu?” Faizal sedaya upaya cuba menyembunyikan wajah malunya. Dengan membuat wajah yang serius. “Nik Mellissa dan Faizi Adham.” Ulang Pembantu Penerbitan, Norza dengan lembut. Faizal mengangguk perlahan. “Aren’t they the highest paid newcomer artist?” Faizal bertanya lagi. “Taklah. Reporter salah faham je. Sebenarnya itu artis lain. Yang muka lebih kurang macam dia orang ni.” Ujar Norza. Sekali lagi Faizal mengangguk. “Okay. Kalau macam tu, awak buat appointment dengan dia orang. Suruh dia orang datang jumpa saya. I need to see them face to face.” Norza mencatit dalam buku jadual hariannya arahan yang perlu dilaksanakan. Krew yang lain hanya tersenyum sinis. Tahu sangat kenapa Faizal beria-ia hendak berjumpa dengan artis baru itu? Sudah tentulah untuk mengurat Nik Mellissa. Faizi Adham cuma alasan untuk menutup perbuatannya. Siapa yang tidak tergoda melihat wajah kacak Faizal itu. Boleh dikatakan kesemua perempuan ingin memiliki lelaki bernama Fezrull Faizal ini. “So, ada apa-apa lagi?” ditanya Faizal. Matanya melilau ke sekeliling. Rata-rata mereka hanya menggelengkan kepala. “Bajet semua dah selesai, ya?” Faizal bertanya sekali lagi. Norza mengangguk. “Bila boleh start shoot?” mata Faizal terarah ke Ian Khalif. “Anytime. Bos bagi green light, kita orang jalan je.” Ujar Ian Khalif dan menyandarkan badan ke kerusi empuk. “After saya jumpa dengan pelakon ni lah, baru kita start shoot. So, tak ada apa-apa lagi. Meeting adjourned. Norza jangan lupa.” Pesan Faizal sekali lagi. Norza mengangguk tanda mengerti. “Ian, jumpa saya kat bilik.” Arah Faizal kepada Ian Khalif. Lelaki itu mengangguk dan seraya membuntuti Faizal sehingga ke bilik pejabatnya. Mereka berdua melintasi meja Hartanty. “Tanty, awak tolong follow-up dengan Norza pasal meeting saya dengan pelakon baru tu, Nik Mellissa.” Faizal memberikan arahan. Hartanty mengangguk dan tersenyum kecil. “Dan, Faizi Adham.” Sambung Ian Khalif. Dia tersenyum sinis memandang Faizal. “Ya...and that guy.” Langsung tidak terlintas difikiran Faizal mengenai lelaki yang bernama Faizi Adham itu. Hartanty menekup mulut menahan tawa. Faham sangat dengan tujuan ketuanya itu untuk berjumpa dengan pelakon baru. Tambahan lagi pelakon wanita. Faizal menonong menuju ke biliknya. Dibuka pintu bilik itu sehingga terkuak luas. Ian Khalif tersenyum dan mengenyitkan mata kepada Hartanty. Gadis itu membalas senyuman pengarah muda tersebut. Ian Khalif masuk ke dalam bilik pejabat Faizal. Ketuanya itu sudah melabuhkan punggung di kerusi empuk milik pengarah syarikat. Dia menyandarkan kepala yang terasa berat. Ian Khalif duduk menghadap Faizal yang seperti orang kebingungan. “Aneeq tak cakap apa-apa ke yang dia tak terlibat dalam drama kali ni?” ujar Ian Khalif. Risau juga jika sahabat yang seorang itu berfikir yang bukan-bukan. “Taklah. Dia tengah sibuk shoot drama Terima Kasih Cinta untuk Astro Prima. Aku dah tanya dah dengan dia. Dia tak nak terlibat ke dalam drama kali ni. 60 episod. Untuk Akasia TV3. Dia kata tak apa, bagi pada kau je. Lagipun dia ada lagi 2-3 drama yang dia kena fikir nak habiskan shoot. Untuk Cerekarama TV3 dan Layaria Astro Ria pun tak siap lagi.” Jelas Faizal. Ian Khalif menarik nafas lega. Tidak suka bermasam muka dengan sahabat sepejabat. “Ni apahal pulak kau panggil aku masuk office kau ni? Aku nak pergi check equipment.” Ian Khalif menyilangkan lengannya ke dada. Memandang wajah Faizal dengan tanda tanya. “Kau tau kan pasal orang gaji baru aku tu?” tanya Faizal. Berkerut dahi Ian Khalif cuba mengingati pembantu rumah yang dikatakan oleh Faizal itu. “Ohh...apa nama dia tu? Aku tak ingatlah.” Ian Khalif sudah dapat menggambarkan gadis yang dimaksudkan Faizal itu. Tetapi masih tidak mengingati namanya. “Dizyan.” Jawab Faizal ringkas. “Hah...Dizyan. Kenapa dengan dia?” Ian Khalif masih tidak memahami cerita yang ingin disampaikan oleh Faizal. “Parents aku nak balik dari Switzerland Khamis ni. Dan, dia orang tak tahu yang aku dah ambil orang gaji baru untuk tolong Bibik. Mesti dia orang akan terkejut punya tengok ada orang gaji baru. And then, pakai kereta dan ulang-alik pulak ke rumah aku tu.” Dipatah-patahkan jari jemarinya. Faizal jika berada di dalam kegelisahan, itulah perkara yang akan dilakukannya. “Apa susah? Kau beritahu jelah terus terang pada parents kau yang kau tu berniat nak kenakan perempuan tu.” Dengan selamba Ian Khalif berkata. “Kau boleh tak bagi idea yang bernas sikit? Kau jangan cakap dengan aku benda-benda merepek macam ni. Aku tak nak dengarlah.” Bentak Faizal. Mencerun memandang Ian Khalif yang menggoyangkan kerusinya. “Ek eleh...kau minta idea aku. Lepas tu, kau nak marah-marah pulak.” Kemarahan Ian Khalif juga turut memuncak melihat kelakuan Faizal itu. “Sorry ah, Ian. Aku tengah tension gila ni.” Faizal mengendurkan suaranya sedikit. Sedar akan keterlaluan yang ditonjolkan. “Apa benda lah yang kau fikir sampai nak pecah kepala otak tu? Kau suruh je dia pindah ke rumah kau. Habis cerita. Kau bagi syarat, jangan bawak kereta ke rumah kau. Suruh dia tinggalkan kereta dia kat rumah parents dia.” Ian Khalif sekali lagi memberikan cadangan. Wajah Faizal kembali ceria. “Kenapalah aku tak terfikir langsung pasal ni? Thanks, Ian. Kau memang kawan aku yang paling baik lah. Otak kau ni memang boleh pakai.” Faizal terus berdiri dan bersalaman dengan Ian Khalif. “Itu dah tentu. Kau tengoklah apa position aku. Kalau tak pecah kepala otak aku ni fikir pasal camera angle, bukan namanya director lah aku ni.” Ian Khalif memuji diri sendiri. “Ni yang aku malas nak puji kau lebih ni. Balik-balik kau pulak yang masuk bakul angkut sendiri.” Madah Faizal. Kemudian mereka sesama tertawa kuat. |
BERSAMBUNG.....
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/29/2009 03:04:00 PM 7 tukang komen paling setia
Berita Baik untuk sekalian alam!!!!
GOOD NEWS! untuk semua...... Seperti yang kalian tahu, Dari K.L ke Luxembourg akan keluar dalam bulan Jun....so jgn lupa dapatkan di pasaran....Korang semua tahu kan pasal Kasih Aishah Najyha.....Juga akan dipasarkan pada bulan Julai..... Jgn lupa terus support saya untuk terus berkarya....hope korang beli, k?hehe.... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/29/2009 09:48:00 AM 6 tukang komen paling setia
Tuesday, May 26, 2009
Kau Milikku 15
BAB 15 PINTU pagar automatik terbuka luas. Hartanty melangkah masuk dahulu. Diikuti oleh Dizyan dari belakang. Pintu utama rumah terbuka. Terjengul wajah Sutinah. Tersenyum pada Hartanty. Dia sudah mengenali Hartanty kerana selalu sahaja gadis itu datang ke rumahnya jika Faizal tidak ke pejabat. Kadangkala dirungut juga kepada Sutinah. Dia terpaksa bersusah-payah meredah kesesakan di Kuala Lumpur dan datang ke Kota Damansara. Claim minyak kereta yang terdahulu juga masih belum diselesaikan lagi. Bengang juga. Sudahlah gaji tiap-tiap bulan tidak seberapa. Terpaksa pula hulur dahulu kepada stesen minyak untuk ke rumah ketuanya yang jauh berbatu ini. “Bik...” panggil Hartanty. Menyalami pembantu rumah yang sudah bertahun berkhidmat di rumah banglo itu. “Tanty. Masuklah.” Pelawa Sutinah. Tersenyum pada Dizyan dibelakang Hartanty. Senyuman dibalas dan Dizyan menyalami Sutinah. “Encik Faizal ada, Bik?” tanya Hartanty. Memang sudah diketahui Sutinah bahawa Faizal adalah orang yang dicari Hartanty. “Nggak ada. Udah pamit (keluar).” Ujar Sutinah. Hartanty melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Mempelawa Dizyan untuk duduk bersamanya. Dizyan perlahan-lahan duduk di atas sofa mewah itu. Memperhatikan keadaan sekeliling. Rumah banglo itu terasa ada kedamaian. Susun atur hiasan kediaman itu, begitu menarik dan unik. Mesti tuan punya rumah ini mempunyai citarasa yang tinggi. Lihat sahajalah jam antik yang terletak di sudut rumah. Susah hendak mencari jenis itu lagi. “Kemana dia pergi, Bik?” pertanyaan Hartanty itu menyebabkan Dizyan memandang wajah gadis dihadapannya. “Iya...katanya lagi ada urusan ama Non Zhety. Langsung lagi pergi.” Ujar Sutinah. Cemberut sahaja wajah Hartanty. “Non Zhety? Urusan apalah yang dia ada dengan perempuan tu, Bik?” Hartanty berkata jelek. Sutinah menjungkitkan bahu dan terus berlalu ke dapur. Untuk membancuh air buat tetamunya. “Kenapa, Tanty? Jealous ke?” usik Dizyan sambil menepuk perlahan bahu Hartanty. “Hish...tak ada maknanya nak jealous. Nanti bila dia dah jumpa perempuan tu, dia orang akan gaduh. Nanti, orang tua tu balik office dia lepaskan kemarahan dia pada saya. Siapa tak geram, Cik Dizyan. Balik-balik kita yang kena.” Keluh Hartanty. Sudah faham sangat akan sikap Faizal. Dizyan menggeleng. Teruk juga perangai si Faizal ini. Seketika kemudian, Sutinah kembali ke ruang tamu dengan membawa sejag air oren dan 2 gelas kosong. Diletakkan dihadapan Hartanty dan Dizyan. Dituang ke dalam gelas mereka. Kemudian, Sutinah melabuhkan punggungnya di sebelah Hartanty. “Jemput, ya.” Ujar Sutinah. Dizyan dan Hartanty mengangguk serentak. Hartanty mencapai air oren itu dan menghirupnya dengan rakus. Kedahagaan di tahap maksimum sudah hilang. “Ada apaan kamu ke sini, Tan?” tanya Sutinah. Tidak pernah dia melihat Hartanty membawa rakan bersama dengannya jika dia ada urusan dengan Faizal. “Begini, Bik. Mulai hari ni, Cik Dizyan akan tolong Bik uruskan rumah ni.” Jelas Hartanty satu persatu. Kening Sutinah berkerut. “Nolongin (tolong)?” Sutinah bertanya lagi. “Ya. Encik Faizal dah cari pembantu untuk tolong Bik uruskan rumah ni.” Hartanty memperjelaskan lagi supaya Sutinah faham akan kehendak majikan mudanya itu. “Jadinya, Non...” Sutinah memandang ke arah Dizyan. Gadis itu tersenyum. “Yan.” Jawab Dizyan lembut. “Non Yan nolongin Bik urusin rumah ini?” berkali-kali Sutinah bertanya inginkan kepastian. “Ya, Bik.” Hartanty menjawab sambil mengangguk perlahan. “Aduh! Gimana ni? Bik udah biasak ngurusin rumahnya sendirian.” Berkerut dahi Sutinah. Hartanty tersenyum. Faham akan perasaan Sutinah yang sudah biasa menguruskan kediaman itu sendiri. Kini, bertambah pembantu pula akan mengurangkan kerjanya. Sutinah tidak suka duduk sahaja. Dia lebih suka melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, apabila kerjanya sudah selesai, barulah dia akan mengajak pembantu rumah sebelah bersembang. Itupun bukan Sutinah ke rumah sebelah tetapi hanya bersembang di kawasan belakang dapur. “Tak apa, Bik. Sekurang-kurangnya Bibik ada orang yang tolong.” Pujuk Hartanty. Lama Sutinah terdiam. Memandang wajah Hartanty dan Dizyan silih berganti. “Iya...udah deh. Kalau itu yang di bilang Ijal, Bik ikut aja.” Sutinah mengalah. Hartanty tersenyum lega. Lega dapat memujuk Sutinah. “Kalau macam tu, Bik nanti tolong cakap pada Cik Dizyan apa yang perlu Cik Dizyan tolong.” Hartanty berkata. Sutinah mengangguk pantas. “Tak payahlah ber Cik dengan saya. Namanya pun saya dah jadi pembantu rumah. Tanty panggil saya Yan je dah cukup.” Dizyan berkata hambar. “Maafkan saya, Cik....Yan.” Hartanty serba salah. Tetapi itu bukan kehendaknya. Dia disuruh untuk bersubahat dengan Faizal. Jika tidak dia akan kehilangan kerja. Almaklumlah, tahun 2009 ini kegawatan ekonomi masih belum stabil. Mahu tidak mahu, terpaksa juga bekerja dengan singa tua itu. Seketika kemudian, Hartanty meminta diri untuk pulang ke pejabat setelah berkali-kali Faizal menelefonnya supaya segera ke pejabat. Ada urusan penting Faizal hendak berjumpanya. Setelah kelibat kereta Hartanty hilang dari pandangan, Dizyan menutup pintu rumah banglo itu. Dia beralih ke arah dapur. Ingin menolong Sutinah yang sedang melakukan kerjanya disitu. “Bik...ada apa-apa yang perlu saya tolong?” tanya Dizyan. Sutinah beralih ke arah gadis itu yang berada di muka pintu dapur. “Eh, nggak usah deh, Non. Bik bisa kok ngurusin sendirian.” Pintas Sutinah. Tidak biasa mempunyai penolong. Sedari dulu lagi, Sutinah melakukan kerja-kerja rumah sendirian. “Tak apalah, Bik. Encik Faizal bayar gaji saya untuk tolong Bibik.” Ujar Dizyan sambil tersenyum. Sutinah mengerutkan dahinya. Tidak senang jika ada yang menolongnya. “Iya kalau udah gitu yang di bilang Non. Baju di laundry room masih belum dicuci.” Sutinah memberikan ‘arahan’nya yang pertama. Terasa kekok terpaksa menyuruh orang lain membuat kerjanya. Dizyan mengangguk dan berjalan pantas ke arah laundry room yang dinyatakan oleh Sutinah. Leka dia melakukan kerja membasuh baju di bilik itu. Setelah dimasukkan baju ke dalam mesin pembasuh front load, Dizyan menunggu untuk baju-baju itu selesai membasuh. Selepas mesin pembasuh itu berbunyi sebanyak 3 kali, diangkat baju-baju tersebut dan dimasukkan ke dalam dryer atau mesin pengering. Ditunggu pula untuk mesin pengering itu berbunyi. Selepas itu, dikeluarkan baju-baju tersebut dan melipatnya. Dizyan sudah biasa menolong Mak Kiah dan Mak Nani di bilik dobi. Jadi, tidaklah terasa kekok melakukan kerja-kerja sebegitu. Dilipat sahaja baju-baju tersebut kerana belum betul mengenali pemilik baju itu. Diletakkan baju-baju tersebut ketepi. Nanti Sutinah yang akan membawa baju-baju kepunyaan penghuni rumah itu ke bilik masing-masing. Baju yang perlu diseterika, siap diseterika dan digantung oleh Dizyan. Sutinah yang baru sahaja selesai kerjanya di dapur, masuk ke dalam laundry room dan ingin menolong Dizyan. Tetapi nampaknya, Dizyan sudah menyelesaikan kerja yang diberikan. Sutinah tersenyum. Berpuas hati. Rupanya tidak susah jika mempunyai pembantu. Dapat juga menolong menyelesaikan kerja lain dan meringkan bebannya sedikit. “Saya dah lipat baju tu, Bik. Nanti Bik bawaklah ke bilik dia orang. Saya tak tahu yang mana satu baju Faizal. Jadi saya letak je kat tepi tu dulu.” Ujar Dizyan sambil tersengih. Diunjuk ke arah baju-baju yang sudah berlipat. “Iya, nggak apa-apa. Biar Bik aja yang buat.” Sutinah mengangkat baju-baju yang sudah dilipat itu dan mengasingkan baju-baju tersebut mengikut pemilik. “Non, tolong ya antarin baju Ijal ke biliknya. Soalnya, tangan Bik udah penuh.” Sutinah bukanlah mengarah tetapi meminta tolong. Baju yang dikendongnya sahaja sudah tinggi melangit. “Bilik dia kat mana, Bik?” tanya Dizyan. Sutinah berpaling kembali memandang Dizyan. “Itu di tingkat atas. Sebelah kiri.” Sutinah memberi arah. Dizyan mengangguk. Mengangkat baju Faizal yang sudah dilipat dan diseterika itu ke tingkat atas. “Atas. Sebelah kiri.” Gumam Dizyan. Kakinya sudah jejak di tingkat atas. Mengalih badan ke sebelah kiri. Berjalan menghampiri pintu bilik kayu yang sederhana besar itu. Dizyan jadi teragak-agak hendak masuk ke dalam bilik itu.Tidak manis seorang gadis memasuki bilik anak teruna. Tetapi apakan daya. Dia bekerja disitu. Dan sudah menjadi kerja dia untuk menghantar baju-baju itu ke bilik tuannya. Memulas tombol bilik tersebut perlahan-lahan. Terpegun Dizyan melihat bilik itu. Dinding berwarna pastel beige yang menenangkan. Ada telefon cordless yang terletak di atas meja sisi katil. Meja solek yang terletak di hujung katil tetapi tiada tempat duduk. Yalah, diakan lelaki. Kenapa perlu duduk menghadap meja solek lama-lama. Katil polster kayu jati. Nasib baik tiada kain yang berjuraian di tiang katil tersebut. Dizyan tergelak kecil. Tidak disangka segangster Faizal itu, susun atur biliknya kemas dan teratur. Dimana almari baju? Ada satu tirai yang menutupi satu bilik. Dizyan menyelak tirai itu dan memasang suis lampu yang ada di dinding tersebut. Menyala. Terang benderang menyuluh bilik yang sedari tadi gelap itu. Walk-in wardrobe. Tidak pernah Dizyan menyangka Faizal mempunyai koleksi baju dan kasut sebanyak itu. Matanya meneliti di setiap sudut almari itu. Memang Dizyan ingin mempunyai walk-in wardrobe. Tetapi bajunya tidak sebanyak itu. Diletakkan baju yang sudah dilipat itu di rak yang dikhaskan untuk baju yang dilipat. Dizyan keluar dari bilik itu dan menutup semula lampu dan tirai. Belum sempat kaki Dizyan melangkah keluar, matanya terpandang gambar-gambar yang terletak elok disisi katil. Dizyan berjalan ke arah meja sisi. Dicapai kedua-dua gambar yang berbingkai lutsinar itu. Satu bingkai diletakkan gambar Ku Zhety. Dizyan tergelak kecil. “Sentimental jugak mamat ni.” Dizyan omong sendirian. Diletakkan semula gambar Ku Zhety ke tempatnya. Bingkai yang satu lagi, diletakkan gambar ahli kumpulan mereka yang masih memakai baju sekolah tetapi tandatangan sudah memenuhi baju putih itu. “Mesti masa last day.” Dizyan berkata sendirian lagi. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang. Hati Dizyan berdegup pantas. Airmata menitis setitik. Segera dilap sebelum berjuraian lebat. Hatinya pernah dilukai oleh orang itu. Tidak mungkin untuk dia memaafkan lelaki yang banyak menyakiti hati dia. Dilap airmata yang menitis di atas bingkai gambar. Diletakkan semula di atas meja sisi. Berjalan keluar dari bilik Faizal. Menutup semula pintu kayu tersebut. JAM antik di sudut rumah sudah berdenting sebanyak 1 kali. Dizyan semakin kegelisahan. Hati tidak tenang. Langit luar semakin gelap. Menggaru kepala yang tidak gatal. Apakah alasan yang akan diberikan kepada keluarganya nanti jika dia pulang selewat itu? Wajahnya jelas terpampang riak tidak senang duduk. Sesekali dijenguk ke arah pintu pagar. Masih tiada tanda-tanda bahawa Faizal pulang. Sutinah juga masih belum tidur. Mata yang mengantuk tidak sedikit pun menganggu dia. Risau juga melihat Dizyan kelakuan sebegitu. “Ngapain, Yan? Kamu duduk disini aja.” tanya Sutinah. Dizyan mengalih badannya ke arah Sutinah. Dahinya berkerut. Ingin bertanya sesuatu, tetapi tidak jadi. “Udah jam setengah satu ni. Kamu pulang aja deh.” Usul Sutinah. Dizyan serba salah. Haruskah diikuti arahan yang diberikan? “Tak boleh, Bik. Encik Faizal dah beri arahan yang selagi dia belum balik, saya tak boleh balik.” Dizyan berkata. Menyatakan apa yang tertulis di dalam kertas arahan yang diberikan kepada Hartanty itu. Giliran dahi Sutinah pula berkerut. “Nggak apa-apa kok. Kamu pulang aja. Bentar lagi kalau Ijal pulang, Bibik ngomong sama dia. Yang kamu udah pulang duluan.” Sutinah berkata lagi. Dizyan melepaskan keluhan perlahan. “Bik...memang selalu ke Encik Faizal pulang lewat?” tanya Dizyan. Ingin juga mengetahui serba sedikit aktiviti majikannya. “Iya...udah biasak kok dia pulang jam segini. Udah dibentak ama Tuan dan Puan pun, masih juga nggak mau didengarin.” Sutinah menyambung kata. Dizyan menggeleng. “Degil betul mamat ni.” Gumam Dizyan. Sedang mereka berdua asyik bersembang di atas buaian di luar rumah, kelihatan lampu kereta menyuluh masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu pagar automatik terbuka sendiri. Kereta Faizal masuk ke dalam garaj. Dizyan berdiri. Untuk menyambut majikannya yang baru sahaja pulang. Sutinah sudah mendekati Faizal yang baru sahaja turun dari kereta dengan mengendong fail dan beg bimbit. Diambil fail dan beg bimbit dari Faizal. Dibawa masuk ke dalam rumah. Sutinah tahu dia harus meletakkan barang-barang itu di bilik bacaan Faizal. “Bik...” panggil Faizal. Sutinah berpaling memandang majikan mudanya itu. “Suruh dia hantar barang Zal tu.” Juih Faizal ke arah Dizyan. Gadis itu mencebik. “Udah, Ijal. Nggak apa-apa. Biar Bik aja yang buat, ya.” Sutinah tidak mahu Dizyan dibebani apa-apa kerja lagi. Sudah banyak yang dia tolong Sutinah semasa siang tadi. “Bik, mulai sekarang ini kerja dia. Jadi, dia harus tahu buat kerja dia. Bik bagi je barang Zal tu pada dia.” Arah Faizal sedikit keras. Sutinah serba salah. “Tak apa, Bik. Biar saya buat.” Dizyan mengambil barang-barang Faizal dari Sutinah dan terus sahaja membawa masuk ke dalam rumah. Dibawa ke bilik bacaan Faizal. Sebentar kemudian, Dizyan muncul semula di ruang tamu dengan menggalas tas tangan. Faizal yang sedang merehatkan kepalanya di sofa, membuka mata. “Kau nak kemana?” tanya Faizal. “Saya nak balik.” Ujar Dizyan ringkas. Faizal mengangkat kepalanya memandang Dizyan. “Balik mana?” Faizal menjungkitkan keningnya sedikit. “Balik rumah sayalah.” Jawab Dizyan. Faizal kembali membaringkan kepala di atas sofa. “Hmmm....” itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Faizal. Dizyan sudah menggenggam penumbuk. Mahu ditumbuk sahaja sehingga lumat wajah putih bersih itu. “Saya minta diri dulu, Encik Faizal.” Dizyan berkata selembut mungkin. Sedangkan hatinya panas membara. Dia terus menyarungkan kasut tumit tinggi yang dipakainya sebentar tadi dan melangkah keluar dari rumah banglo itu. Menghidupkan enjin kereta yang berada di luar rumah. Dan menderum pergi meninggalkan kawasan perumahan banglo yang mewah itu. Faizal mengangkat semula kepalanya. Memandang Sutinah yang sedang meletakkan secawan nescafe panas di atas meja. Berfikir sesuatu. Tidak elok membiarkan seorang perempuan pulang ke rumahnya keseorangan. Nanti jika apa-apa yang terjadi kepada gadis itu, tidak akan dimaafkan dirinya. Kemudian, dicapai kunci kereta yang tergantung elok di dalam almari kaca. “Mau kemana lagi tu, Jal?” tanya Sutinah apabila dilihatnya Faizal terburu-buru keluar dari rumah itu. Tanpa menoleh dan berkata apa-apa, dia terus sahaja menghidupkan enjin kereta Mazda MX-5 yang baru sahaja dibelinya bulan lalu. Sutinah menjenguk di luar. Bayangan kereta Faizal sudah tidak kelihatan. Sutinah menggeleng perlahan dan menutup semula pintu utama rumah itu. BERKALI-kali Dizyan melihat melalui cermin pandang belakang. Kereta yang sama mengikuti daripada dia keluar dari kawasan perumahan banglo itu sehingga dia hampir ke kawasan rumahnya. Sengaja dia ikut jalan jauh untuk pulang ke rumahnya. Kereta itu masih lagi setia mengikuti kereta milik Dizyan. Risau juga. Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit nyaring. Tersentak Dizyan. Nasib baik dia tidak menekan minyak kerana terlalu terkejut. Melihat nombor yang tertera di skrin. Tidak pernah dilihat nombor itu. Dizyan mengerutkan dahi. Dijawab juga telefon itu. “He...hell...hello?” tergagap-gagap Dizyan menjawabnya. “Kau ni memang nak kena dengan aku ke! Kat mana rumah kau ni sebenarnya?” si pemanggil memarahi Dizyan. Terkejut dia. Sehingga dijarakkan sedikit telefon itu dari telinganya. “Kau ni siapa? Tanya pasal rumah aku pulak.” Dizyan memarahi kembali si pemanggil. “Aku ni siapa? Aku ni bos kaulah.” Hampir terjerit Faizal berkata. “Hah?! Encik Faizal? Kenapa Encik Faizal tanya pasal rumah saya?” pelik juga Dizyan. Sampai berkerut seribu dahinya. “Aku tengah follow kereta kau daripada belakang. Kau ni tak nak balik rumah ke?” Faizal membentak. Dizyan terdiam. Dilihat melalui cermin pandang belakang. Lampu yang menyuluh mata, tidak dapat dilihat dengan jelas kereta di belakang. “Kenapa Encik Faizal ikut saya?” tanya Dizyan lagi. Inginkan kepastian. “Kau tu kan perempuan. Takkan aku nak biarkan kau balik seorang-seorang. Walaupun aku ni kejam, tapi taklah sampai sanggup nak tengok kau diapa-apakan.” Ujar Faizal dengan nada suara yang sudah dikendurkan sedikit. Dizyan tersenyum sinis. “Tahu pun kau ni kejam.” Dizyan bercakap perlahan tetapi tidak disangkanya Faizal terdengar apa yang telah dikatakan oleh Dizyan. “Apa kau kata? Cuba ulang sekali lagi.” Tukas Faizal. Dizyan terdiam. Ditelan air liur yang tersekat di kerongkong. “Tak ada apa-apa. Terima kasih ya, Encik Faizal. Sebab teman saya.” Ucapan diberikan seikhlas hati oleh Dizyan. “Hmm...cepatlah balik rumah kau. Habis dah minyak kereta aku.” Ujar Faizal dan sekaligus mematikan talian. Tercengang Dizyan. “Hish...baru aku nak fikir kau tu memang baik. Rupanya tak ikhlas jugak.” Gumam Dizyan, geram. Terus sahaja dia memandu kereta MyVi nya menuju ke kawasan perumahan banglo yang berada berhadapan dengan UITM Shah Alam. Pintu pagar automatik dibuka. Kereta Dizyan menderum masuk sehingga ke garaj. Sempat juga Faizal meneliti rumah banglo milik keluarga Dizyan itu. Terfikir juga dia kenapa Dizyan sanggup bersusah-payah untuk bekerja dengan orang. Sedangkan kalau dilihat dari rumah yang tersergam indah itu, pasti keluarganya bukanlah calang-calang orang. Pasti mempunyai perniagaan keluarga sendiri. Selepas memastikan pintu pagar rumah Dizyan ditutup rapat, kereta Faizal terus sahaja menderum meninggalkan kawasan perumahan. BERSAMBUNG...... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/26/2009 03:05:00 PM 5 tukang komen paling setia
Monday, May 25, 2009
Kau Milikku 14
BAB 14
TERSEDAR dari lamunan, Dizyan melangkah ke arah meja solek. Memerhatikan wajahnya. Kenapa lelaki itu pernah muncul dalam hidup Dizyan? Air mata menitis setitis di atas tangan. Kerana perbuatan lelaki itu yang langsung tidak boleh diterima oleh Dizyan, menyebabkan dia membenci lelaki yang bernama Aneeq sehingga kini. Tidak akan sekali-kali dimaafkan perbuatannya. Luka yang berdarah di hati Dizyan, masih ada nanahnya. Tidak ada seorang pun ahli keluarga yang tahu akan perkara yang telah terjadi ke atas dirinya. Kecuali Yasmin. Tidak juga diceritakan kepada Misha. Selepas kejadian yang menimpa diri Dizyan itu, Yasmin berjumpa dengan Aneeq. Bersemuka. Dan hampir Yasmin menumbuk muka Aneeq. Dizyan langsung tidak ingin berjumpa dengan Aneeq. Bagi Dizyan, Aneeq sudah mati ketika dia mengaku akan perbuatan yang telah dilakukannya itu. Kini, hati Dizyan berbelah bahagi. Samada hendak menerima tawaran kerja itu atau tidak. Jika dia menerima, ini bermakna dia akan selalu berjumpa dengan lelaki tidak guna itu. Jika tidak, dia terpaksa bekerja dengan Abahnya. Menjadi seorang peguam, bukanlah cita-cita yang diimpikan selama ini. Tetapi kalau sudah terpaksa, apa yang boleh dilakukan.
Pintu bilik diketuk perlahan. Segera Dizyan mengelap air mata yang menitis. Tombol pintu dipulas. Terjengul wajah ibu kesayangan. Tersenyum sahaja memandang wajah keruh Dizyan. Puan Hajjah Karissa melabuhkan punggung di atas katil Dizyan. Masih tersenyum. Dizyan mengalihkan badan menghadap Puan Hajjah Karissa.
“Yan dah siap ke? Jomlah kita turun sarapan.” Ajak Puan Hajjah Karissa lembut. Dizyan masih tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya diam membisu.
“Umi...Yan rasa, Yan tak jadi nak kerja kat RUFA Tower tu. Yan nak kerja dengan Abah.” Dizyan memberitahu apa yang terlintas difikirannya. Tiada reaksi terkejut yang ditunjukkan Puan Hajjah Karissa.
“Yan pasti Yan nak kerja dengan Abah?” tanya Uminya. Lambat-lambat Dizyan mengangguk.
“Yan, Umi tak paksa kalau Yan nak kerja dengan Abah. Tapi, Yan kena fikir masak-masak dulu. Dulu Yan jugak yang beria-ia tak nak kerja dengan Abah. Sekarang bila Yan dah dapat kerja, Yan nak kerja dengan Abah pulak.” Ujar Puan Hajjah Karissa. Dizyan hanya menundukkan wajah. Tidak mahu berkata apa-apa.
“Yan...Umi tak nak Yan tak gembira kerja dengan Abah. Umi yakin Yan takkan gembira. Sebab Yan pernah beritahu Umi, menjadi seorang peguam bukanlah cita-cita impian Yan. Yan ingat lagi kan?” Puan Hajjah Karissa sudah berdiri dan menuju ke arah anak gadis tunggalnya itu.
“Yan kena fikir melalui hati dan akal. Bukan melalui perasaan. Kadangkala perasaan kita tak menentu. Dan, kadangkala boleh mengelirukan kita. Yan fikirlah. Berikan keputusan yang terbaik untuk diri Yan.” Ujar Puan Hajjah Karissa. Tersenyum sambil mengusap perlahan wajah Dizyan. Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik Dizyan.
Dilepaskan sedikit keluhan. Memejamkan matanya serapat yang mungkin.
‘Ini adalah cita-cita kau. Disebabkan ingin mengejar kerjaya sebegini, kau sanggup melawan kata-kata Abah kau. Kini, kau sanggup melepaskan satu-satunya perkara yang boleh memberikan kebahagiaan kepada kau dalam sekelip mata. Mengapa? Kerana lelaki itu bekerja di satu syarikat dengan kau? Biarkan saja! Satu hari nanti, dia pasti akan menerima balasannya. Balasan di atas perkara yang telah dilakukannya terhadap kau. Kau harus terus menggapai cita-cita yang menjadi impian kau selama ini. Dimana Dizyan Farhana yang aku kenal dulu? Dizyan yang aku kenal, tidak pernah cepat mengalah.’ Kata hati Dizyan membisikkan kata-kata semangat. Benar! Satu hari nanti, dia pasti akan menerima balasannya. Seperti ada satu semangat baru yang telah meresap dalam jiwa Dizyan. Ditarik dan dilepaskan nafas perlahan-lahan. Dia berdiri dan mencapai tas tangan serta fail yang diperlukan oleh pihak atasan untuk menyimpan rekodnya sebagai pekerja. Dizyan keluar dari bilik dan menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan kedua ibubapanya serta Asyifa sedang enak menjamu sarapan. Puan Hajjah Karissa tersenyum.
“Marilah sarapan dulu, Yan.” Ujar Tuan Haji Azmin. Dizyan melangkah ke arah mereka bertiga di ruang makan setelah meletakkan tas tangan dan fail di atas kerusi dekat pintu utama. Asyifa menghulurkan sepinggan bihun goreng. Dituang nescafe yang masih berasap ke dalam cawan. Dihulurkan kepada Dizyan. Begitu berselera Dizyan menjamu makanan yang terhidang.
“Yan nak jugak pergi kerja dengan orang. Sampai sanggup melawan cakap Abah.” Tuan Haji Azmin memulakan bicara. Dizyan mengangkat muka memandang Abah yang disayangi.
“Tapi, Abah tetap doakan yang terbaik buat Yan. Jagalah diri Yan baik-baik. Jangan buat perkara yang boleh memalukan kami semua.” Nasihat Tuan Haji Azmin akan Dizyan simpan dan turuti. Bukan kepada Dizyan sahaja yang dipesannya termasuklah Izham dan Asyifa walaupun Asyifa bekerja di firma guaman miliknya.
“Pesanan Abah tu, Yan takkan lupa sampai bila-bila.” Janji Dizyan. Tuan Haji Azmin mengangguk kepalanya yang separuh botak itu.
“Hah! Teringat pulak Umi pasal kes Datuk...apa nama? Alaa...yang dengan perempuan orang putih tu? Kes berebut hak anak tu.” Ujar Puan Hajjah Karissa tiba-tiba. Asyifa seperti berfikir sesuatu.
“Ohh...Veronica Lhullier vs Datuk Karim tu? Kes tu dah selesai. Datuk Karim yang dapat hak. Sebab anak tu dah umur 18. So, Syifa tanya budak lelaki tu, dia nak tinggal dengan ibu atau bapa dia? He choose to be with his father. Tapi, dia akan selalu pergi melawat ibu dia kat U.S. Yalah, dah bapa dan mak tiri dia yang jaga dari kecil. Memang dia kata dengan Syifa yang dia rindukan ibu dia. Tapi, dia tak sanggup nak tinggalkan bapa dia jugak.” Jelas Asyifa sambil menyuap sesudu bihun goreng ke mulut. Puan Hajjah Karissa mengangguk dan tersenyum.
“Alhamdulillah. Pandai jugak budak tu pilih, ya.” Tukas Puan Hajjah Karissa.
“Betul didikannya. Dia akan pilih siapa yang dia mahu lah.” Ujar Tuan Haji Azmin pula. Mereka yang lain hanya mengangguk. Mengiakan kata-kata lelaki itu.
“Yan dengan Syifa kenal kan Hawa?” tanya Puan Hajjah Karissa. Mereka mengangguk, serentak.
“Kenapa, Umi?” Dizyan pula bertanya.
“Kesian dengan dia. Hari tu dia kena rogol masa on the way balik rumah dari mengajar mengaji kat sekolah.” Tersentak Dizyan mendengar kata-kata Puan Hajjah Karissa.
“Macam mana boleh kena rogol, Umi Rissa?” giliran Asyifa pula bertanya.
“Dia naik basikal macam biasalah. Rumah dengan sekolah tak jauh. Buat apa naik kereta. Naik basikal, jimat. Yang Umi tahu dari Mak Kiah, katanya, Hawa dah nak dekat sampai rumah, tiba-tiba je ada orang keluar dari semak dan tangkap dia. Kata Mak Kiah, 2 orang. Kita kudrat perempuan. Manalah boleh lawan dengan lelaki. Walaupun lelaki tu kurus dari kita. Sekarang ni Hawa dah pregnant. Orang kampung, biasalah kalau dah tengok perempuan tu mengandung tanpa bernikah. Macam-macam lah dikatakannya. Jadi, Mak Kiah bawak Hawa tinggal dengan dia kat Singapore. Terpaksalah Hawa berhenti dari mengajar.” Terang Puan Hajjah Karissa panjang lebar. Tuan Haji Azmin sudah selesai menjamu selera. Ditolak pinggan serta cawan yang diminum ke tepi. Menyandarkan badan ke kerusi sambil melurutkan dagu yang sudah ditumbuhi janggut putih.
“Orang zaman sekarang ni tak takut dosa.” Tuan Haji Azmin berkata.
“Betul tu, Bang.” Puan Hajjah Karissa bersetuju. Dada Dizyan berdegup pantas. Serasa ingin meletup. Dapatkah mereka menerima hakikat apa yang telah terjadi ke atas diriku sepanjang ku berada di rantauan orang dulu? Gumam Dizyan sendirian di dalam hati.
“Eh, cerita...cerita jugak. Yan nak kena masuk office pukul berapa?” pertanyaan Puan Hajjah Karissa mengembalikan Dizyan ke alam nyata.
“Pukul 9, Umi.” Ujar Dizyan. Puan Hajjah Karissa menjenguk ke arah jam antik yang terletak di sudut rumah. Lagi 45 minit, jam 9.
“Hmm...pergilah cepat. Nanti lambat pulak. Dahlah office kamu tu kat tengah-tengah K.L. Kamu nak redah jam lagi.” Dizyan mengangguk selepas mendengar kata Puan Hajjah Karissa.
Dizyan tunduk menyalami kedua ibubapa dan Asyifa. Dia segera menuju ke rak kasut. Mengambil kasut tumit tinggi yang sedondon dengan rona baju yang dipakai. Membunyikan alarm kereta. Diletakkan tas tangan dan fail yang dibawanya ke kerusi penumpang sebelah. Dia masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin kereta MyVi Limited Edition berwarna Tangerine Orange. Kereta itu dihadiahkan oleh Abah sempena dia berjaya menamatkan pembelajarannya dan bergelar seorang graduan. Kereta itu terus menderum pergi membelah kawasan perumahan yang agak lengang.
HARTANTY sudah tiba di pejabat awal pagi lagi. Selepas menerima panggilan daripada Faizal. Menurut arahan Faizal, dia harus pergi ke pejabat awal. Belum pernah Hartanty tiba di pejabat sebelum pukul 9. Selalunya 10 ke atas, baru nampak batang hidungnya muncul di ruangan pejabat itu. Diletakkan tas tangan di dalam laci dan melabuhkan punggung di kerusinya. Dihidupkan suis komputer. Telefon pejabat berdering. Terkejut Hartanty. Siapa pula yang menelefonnya seawal ini? Ditekan punat merah yang berkelip itu dan diangkat gagang telefon.
“Hello?” jawab Hartanty lembut.
“Tanty, awak masuk dalam bilik saya. Ambil kontrak tu atas meja dan baca arahan yang telah saya tulis. Mesti ikut semua arahan tu. Faham?!” tiada ucapan salam dan sebagainya, terus sahaja Faizal memberikan arahan. Hartanty sempat mencebik.
“Baiklah, bos.” Ujar Hartanty selembut yang mungkin.
Geram juga dengan ketuanya itu kadangkala. Tahulah dia itu ketua, tetapi sesuka hati sahaja hendak memberikan arahan. Kemudian, Faizal terus mematikan talian tanpa berkata apa-apa. Hartanty menghempas gagang telefon. Nasib baik tiada sesiapa pun yang sudah sampai ke pejabat. Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik pejabat Faizal. Dikuak pintu itu perlahan. Berjalan menuju ke meja sederhana besar itu. Terlihat kontrak dan kertas putih yang terselit di antara helaian kontrak tersebut. Ditarik perlahan-lahan. Dibacanya. Berkali-kali Hartanty menepuk dahi.
“Aduh!!! Mampus aku kalau Cik Dizyan tahu pasal hal ni.” Gumam Hartanty. Dia harus mengikuti setiap arahan. Jika tidak, dia akan dipecat. Sudah Faizal nyatakan sekali di dalam surat tersebut.
“Hish...bos ni pun. Entah apalah yang didendamkan sangat dengan Cik Dizyan ni. Nak kata ex-lover? Tak mungkin. Tengok dari gaya Cik Dizyan, bukanlah taste bos.” Leter Hartanty keseorangan.
Pintu pejabat Faizal diketuk. Hartanty tersentak. Peluh sudah memercik di dahi. Lagak seperti orang baru sahaja menghabiskan sepuluh pusingan larian. Dipusingkan badannya perlahan-lahan ke belakang. Dizyan tersenyum kecil. Gadis itu melepaskan keluhan lega. Takut juga datang ke pejabat di awal pagi sebegini. Dengar cerita dari rakan sepejabatnya, sudah banyak kali mereka terserempak dengan perkara-perkara di atas paranormal ini.
“Awal Cik Dizyan datang?” ujar Hartanty dan berjalan ke arah Dizyan sambil membawa kontrak. Ditutup semula pintu bilik Faizal.
“Encik Faizal memang suruh saya datang pukul 9.” Dizyan berkata dan tersenyum. Murah dengan senyuman gadis gempal ini. Hartanty membalas senyuman itu.
“Jom kita ke bilik mesyuarat. Senang untuk tandatangan kontrak.” Kata Hartanty. Dizyan mengangguk. Dia membuntuti Hartanty ke bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan dengan bilik pengerusi dan pemilik syarikat. Hartanty membuka pintu bilik mesyuarat dan memasang suis lampu. Bilik itu menjadi terang-benderang. Hartanty melabuhkan punggung di kerusi kepala meja iaitu kerusi yang selalu diduduki oleh Faizal atau Datuk Farid.
“Silakan duduk.” Pelawa Hartanty. Dizyan melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
“Ini kontraknya. Cik Dizyan bacalah dulu sebelum sign. Saya pergi buat air, kejap.” Ujar Hartanty dan segera bangun untuk menuju ke pantri. Dizyan mengangguk perlahan. Beberapa minit kemudian, Hartanty kembali semula ke bilik mesyuarat dengan membawa 2 gelas cawan. Satu diletakkan dihadapan Dizyan. Satu lagi dihirup perlahan. Panas!
“Cik Dizyan dah baca?” tanya Hartanty apabila dilihatnya Dizyan sudah menutup kontrak tersebut. Takut juga jika Dizyan menolak akan syarat-syarat yang ditetapkan.
“Dah.” Jawab Dizyan perlahan.
“Jadi, macam mana? Cik Dizyan setuju?” tanya Hartanty takut-takut.
“Saya setuju.” Dizyan menjawab lagi. Lega. Hartanty mengurut dada.
“Bolehlah kita sign contract.” Hartanty menarik kontrak itu dan membuka di muka surat yang harus ditandatangani. Dilihatnya Dizyan menandatangani kontrak tersebut. Sekali lagi dia melepaskan keluhan lega. Dia menarik kontrak itu. Hartanty berdiri dan membawa kontrak itu bersama.
“Mari, Cik Dizyan. Saya tunjukkan office Cik Dizyan.” Ujar Hartanty lagi. Dizyan mengangguk dan turut bangun. Keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Membuntuti Hartanty sehingga ke mejanya. Hartanty mencapai tas tangan yang ada di dalam laci.
“Mari, Cik Dizyan.” Kata Hartanty. Dizyan menjadi pelik. Dimanakah tempat duduknya sehingga Hartanty terpaksa membawa tas tangan sekali? Tetapi, Dizyan masih tidak berkata apa-apa. Apabila dilihatnya Hartanty menekan butang lif untuk ke tingkat bawah. Dia menekan butang G untuk lobi. Kemudian, mereka sama-sama turun dari lif yang dinaiki itu. Melintasi kaunter penyambut tetamu. Auzra tersenyum ke arah Dizyan. Senyuman itu dibalas.
“Kat mana Cik Dizyan parking kereta?” tanya Hartanty. Dizyan mengerutkan dahinya.
“Ermm...kat sebelah tower ni.” Ujar Dizyan lambat. Dia bingung.
“Okay. Cik Dizyan bawak kereta Cik Dizyan. Saya bawak kereta saya.” Hartanty berkata lagi.
“Kita nak kemana sebenarnya ni, Cik Hartanty?” giliran Dizyan pula bertanya. Sudah tidak mahu bermain teka-teki.
“Panggil Tanty saja. Nanti saya akan terangkan pada Cik Dizyan bila kita dah sampai tempat tu. Cik Dizyan tunggu kat depan tower ni, ya.” Hartanty tidak mahu mengulas lebih lanjut. Dia terus berjalan laju meninggalkan Dizyan yang terpinga-pinga. Hartanty mengambil lif yang lain untuk turun ke Basement. Dizyan berjalan keluar dari bangunan yang gah itu dan pergi mengambil keretanya. Menunggu dihadapan tower tersebut.
Kelihatan kereta Hartanty yang juga MyVi berwarna putih keluar dari bangunan tersebut. Dihonkan sekali supaya Dizyan mengikutinya. Kedua-dua MyVi tersebut membelah kesibukan jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur. Kiri kanan penuh dengan kenderaan. Nasib baik jalan yang mereka ingin lalui bertentangan dengan jalan ke Kuala Lumpur. Tetapi jalanraya menghala Jalan Duta, juga sesak. Dizyan memasang radio. Untuk mengelak rasa mengantuk. Dia pasti akan rasa mengantuk jika memandu sewaktu jalanraya sesak. Lagu kegemarannya berkumandang di corong radio. Nyanyian Lady Gaga bertajuk Poker Face. Kereta Hartanty membelok ke arah Damansara Utama sebelum memasuki jalan menuju ke Kota Damansara. Semakin berkerut dahi Dizyan.
“Ini kawasan rumah. Ada ke pejabat kat sini?” gumam Dizyan sendirian di dalam kereta. Dilihatnya Hartanty memberhentikan kereta dihadapan sebuah rumah banglo. Dizyan memarkirkan keretanya di sebelah kereta Hartanty. Dia turun dari keretanya dan berjalan ke arah Hartanty yang tersenyum kecil.
“Kita buat apa kat sini, Tanty?” tanya Dizyan curiga.
“Cik Dizyan jangan marah saya, tau. Sebelum tu, Cik Dizyan baca dulu surat ni.” Ujar Hartanty dan menyerahkan surat yang ditulis oleh Faizal itu. Terbelalak biji mata Dizyan.
“Apa?! Saya kena kerja dekat rumah dia sebagai pembantu rumah?” ulang Dizyan akan ayat yang ditulis Faizal itu. Wajah Hartanty sudah berkerut. Ditundukkan wajahnya.
“Habis, kenapa suruh saya sign contract segala?” nada suara Dizyan sedaya-upaya cuba dikendurkan. Menahan marah.
“Itu untuk memastikan Cik Dizyan tidak melawan kata-kata Encik Faizal atau berhenti secara tiba-tiba.” Jelas Hartanty. Rasa serba salah menyerbu di hati.
“Tanty, awak dah bersekongkol dengan bos awak untuk menipu saya. Saya boleh menyaman awak berdua atas kes penipuan. Awak tahu tak saya ni anak Tuan Haj....” ayat Dizyan tergantung. Tidak jadi diteruskan. Dia terfikir semula. Dia mencari kerja inipun untuk berdikari sendiri daripada bergantung hidup dengan Tuan Haji Azmin selamanya.
“....pendek kata saya kenal lah peguam terkenal di Malaysia tu.” Dizyan berkata. Wajahnya dialihkan ke arah lain. Hartanty mengangkat muka memandang Dizyan.
“Cik Dizyan kenal Tuan Haji Azmin dan Asyifa Dahari?” tanya Hartanty. Dia menelan air liur apabila dilihatnya Dizyan mengangguk pantas.
“Cik Dizyan, maafkan saya. Saya terpaksa ikut arahan Encik Faizal. Kalau tidak, dia akan pecat saya.” Berkali-kali Hartanty memohon kemaafan. Sebenarnya, Dizyan tiada perasaan amarah pada Hartanty. Tetapi dia paling benci ditipu. Sepertimana Aneeq pernah menipunya.
“It’s ok, Tanty. Benda dah jadi pun. Tapi, nampaknya Encik Faizal awak tu memang berhajat nak mengenakan saya. Tak apa. Saya akan ikut rentak permainan dia. Nanti, kita tunggu dan lihat. Siapa yang akan tersungkur di akhir permainan.” Janji Dizyan bersungguh. Hartanty memandang wajah gadis disebelahnya itu tidak berkelip. Sesungguhnya, Dizyan tidak hanya bermain kata. Dia akan mengotakan janjinya. Hartanty terlihat senyuman sinis yang terukir di bibir Dizyan. Hartanty juga turut tersenyum. Nampaknya lelaki ini sudah bertemu buku dengan ruas.
BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/25/2009 09:02:00 AM 7 tukang komen paling setia
Saturday, May 23, 2009
Kau Milikku 13
BAB 13 MEJA pendaftaran penuh dengan para pelajar yang sibuk untuk mendaftar. Tidak ketinggalan juga gadis gempal yang memiliki nama Dizyan Farhana ini. Nasib baik mereka dikehendaki beratur semasa mendaftar. Kalau tidak mahu kena berebut dengan pelajar-pelajar asing yang lain. Usai mendaftar, Dizyan menuju ke kaunter yang terletak bersebelahan dengan meja pendaftaran. Mengambil senarai buku yang diperlukan sewaktu pembelajarannya nanti. Tercari-cari koperasi buku. Segala-galanya Dizyan terpaksa melakukan sendirian. Tuan Haji Azmin dan Asyifa ada kes penting yang berkaitan dengan perceraian seorang artis dan orang ternama, perlu diselesaikan. Tidak mungkin Tuan Haji Azmin membenarkan Puan Hajjah Karissa berseorangan menemani Dizyan. Selama ini pun, Puan Hajjah Karissa tidak pernah pergi jauh tanpa kehadiran Tuan Haji Azmin di sisi. Kasihan pada Dizyan yang terpaksa melakukan semuanya di rantauan orang. Menguruskan tempat tinggal dan kenderaan awam yang diperlukan untuk berulang-alik dari rumah sewa ke kampus. Dizyan berdiri menghadap papan tanda universiti yang tertulis THE UNIVERSITY of ADELAIDE. Terasa bangga cita-citanya tercapai untuk menjejakkan kaki di rantau orang, Australia. Seperti Izham. Tetapi mengambil jurusan yang berlainan daripada kehendak Tuan Haji Azmin. Memang Dizyan agak degil jika dibandingkan dengan Asyifa dan Izham. Cuma Izham, memberontak dalam diam. Sudah beberapa tahun Izham tidak pulang ke Malaysia. Katanya, ingin mencari pengalaman. Sampai sekarang, Dizyan masih tidak berputus asa memberikan nasihat kepada abangnya yang seorang itu. Agaknya sudah tersangkut minah bermata biru. Itulah selalu memberi alasan tidak mahu pulang terlalu awal. Masih banyak pengalaman yang belum ditimba, kononnya. Tiba-tiba bahu Dizyan ditepuk kuat. Sehingga tersedak gadis itu. Ada tangan sasa yang mengurut belakangnya. Dizyan mencekak pinggang dan beralih ke sebelah. Kelihatan seorang pemuda tampan tersenyum ke arahnya. Dizyan menjeling geram. Kali ini, seseorang sekali lagi menepuk bahu Dizyan kuat. Sekali lagi tersedak kuat. “Ni sekor lagi. Apahal suka tepuk-tepuk bahu aku, hah?” marah Dizyan. Gadis itu menyusun sepuluh jari dihadapan Dizyan. “Kau ni kan perempuan, Yas. Cubalah berlagak feminin sikit. Bagi salam ke? Ini tak. Macam tomboy. Abang Iz wonder lah kan. Siapa yang nak suka kat kau ni?” perli pemuda itu yang disebut Abang Iz atau nama sebenarnya Izham Firdauz. Yasmin mencekak pinggang. Jari telunjuk sudah dihalakan ke muka Izham di sebelah Dizyan. “Abang ni suka sangat cari gaduh dengan Yas. Apasal?” tanya Yasmin kembali. Kepala Dizyan sudah pening. Mereka berdua ini pantang berjumpa. Pasti ada sahaja hal yang hendak digaduhkan. “Abang…setomboy-tomboy Yasmin ni pun, dia ada boyfriend tau.” Ujar Dizyan pula. Lelaki itu tersenyum sinis. Seperti tidak percaya sahaja, lagaknya. “Eh, hello. Ex-boyfriend, okay.” Yasmin membetulkan ayat Dizyan. “Apa dah jadi pada Qazem? Boyfriend kau yang ala-ala dapat title couple of the year tu?” tanya Dizyan. Pelik juga. Kerana sebelum mereka berangkat, Dizyan ada juga dengar dari Misha yang Yasmin keluar menghabiskan masa bersama Qazem. “We are officially break-off.” Jawab Yasmin, tegas. Mata Izham asyik meliar ke kiri dan ke kanan. Pantang nampak perempuan yang cantik dan seksi. Dia menguak rambutnya yang jatuh ke depan. Dan, pasti ada sahaja perempuan yang akan terpandang dan membalas senyuman menggoda Izham itu. “Kenapa? Aku tengok okay je hari tu.” Ujar Dizyan lagi. Yasmin mengeluh. “Kau pun tahu kan dia join geng rempit tu. Aku memanglah tak kisah. Tapi yang aku tak boleh blah nya….” Ayat Yasmin tergantung. Dizyan masih menanti butir bicara seterusnya. “….dia jadi toyboy.” Muka Dizyan berubah mendengar kata-kata Yasmin. “Are you sure, Yas?” Izham turut berpaling dan bertanya kepada Yasmin. Dilihatnya gadis itu mengangguk pantas. “You gotta be kidding. He’s such a nice guy.” Dizyan masih tidak mempercayai kata-kata Yasmin. Bukan dia tidak pernah mengenali Qazem. Mereka selalu makan di kantin sekolah bersama-sama. “I’m not joking, okay. Aku tak tahulah dia jadi toyboy Datin mana. Tapi, yang aku pastinya. Datin tu bestfriend Mummy dia.” Ujar Yasmin lagi bersungguh. Dizyan mengerutkan dahi. Izham sudah menggelengkan kepala. Apalah yang difikirkan oleh orang zaman sekarang. Terdesak sungguh sehingga sanggup menjadi boneka mainan orang lain. Kalau benarlah Datin itu kawan baik ibu Qazem, sudah tentu umur Datin tersebut lebih kurang sebaya ibu Qazem sahaja. “Macam mana kau tahu dia jadi toyboy?” tanya Dizyan. Kurang berpuas hati. “Tak silap aku sebulan yang lepas, aku ada terserempak dengan dia dan Datin tu. Aku ingat Mummy dia. Sebab dari gaya Datin tu, memang ada rupa Mummy dia sikit-sikit. Tapi aku tengok macam pelik sangat. Berpeluk sakan. Datin tu asyik lentokkan kepala kat bahu dia. Aku tahulah Mummy Qazem memang sayang dia. Tapi, takkanlah Mummy dia nak buat macam tu kat public kan. Of course lah akan memalukan anak sendiri. Dah anak teruna, kot. Aku tak puas hati. Aku follow. Dari Pavillion. Dia orang masuk Starhill Gallery. Pergi butik LV. So, aku ni yang macam ala-ala gaya Bond Girl macam tu, aku masuk jugak dalam butik tu. Tapi konon macam customer lah. Nasib baik aku tak kena halau. Dahlah aku pakai selekeh. Cuma ada seorang salesgirl tu pandang aku semacam. Ingat aku nak curi beg kat situ. Tapi beg dia memang marvellous lah. Cantik gila!” sudah terpesong perbualan mereka itu. Dizyan mencubit pinggang Yasmin sehingga gadis itu melatah. Tergelak kecil Dizyan melihat sahabatnya itu. “Apasal ke sana cerita kau?” Dizyan berkata. Yasmin tersengih. “Ingatkan tomboy tak reti melatah.” Perli Izham pula. “Cekik kang.” Ugut Yasmin. Siap menjelirkan lidah ke arah Izham lagi. “Cekiklah. Ada beran?” Izham mencabar. Dizyan bertambah pening. Sudahlah Yasmin tidak habis bercerita, mereka berdua pula sudah mula bergaduh. “Hish…sudahlah tu. Asyik gaduh je. Sambung balik cerita kau.” Dizyan meleraikan pertengkaran itu daripada melarat. “Yang aku boleh tahu Qazem ni toyboy Datin tu, siap cakap bersayang-sayang lagi. Apa cer? Aku memang syak dari dulu lagi, ada orang support dia. Sebab aku tengok dia pakai barang memang mahal-mahal. Memanglah parents dia support dia kan. Tapi dia cakap dengan aku yang parents dia sebulan sekali je bagi duit. And, barang yang dia beli tu, bukan boleh dapat seribu dua ribu je harga. Lebih sepuluh ribu dua puluh ribu. Siapalah yang tak kenal dengan father dia kan. Tan Sri yang banyak kontroversi tu.” Terjuih-juih mulut Yasmin bercerita. Dizyan seperti berfikir sesuatu. “Tan Sri yang banyak kontroversi?” “A’ah. Tan Sri Hashim. Yang dia kena tangkap basah baru-baru ni dengan artis baru tu. Padan muka artis tu. Baru je nama nak naik dalam industri muzik ni, dah kena tangkap basah. Aku dengar penjualan album dia, tak laku.” Yasmin bercerita seolah-olah seperti seorang wartawan. Angin yang bertiup terasa nyaman. Tidaklah terlalu panas. Walaupun sekarang ini musim panas. “Aku kenal rapat dengan Mummy Qazem. Kesian Mummy dia. Gila baik lah perempuan tu.” Mimik muka Yasmin bersungguh bercerita. “Kesian! Dahlah baik, gila pulak tu.” Seloroh Izham. Dizyan tertawa kecil. Bibir Yasmin sudah dicebikkan. Ada sahaja benda yang ingin dimasuk campurnya. Sebal Yasmin melihat Izham. “Wei, dahlah tu. Aku dah kepanasan duduk kat sini. Jom pergi minum. Aku dah dahaga tahap gaban ni.” Yasmin berkata. Izham ingin berkata sesuatu tetapi segera dihalang oleh Dizyan. Takut terjadi pula Perang Teluk disitu. MEREKA bertiga melabuhkan punggung di salah sebuah kafe yang terletak berdekatan dengan kampus tersebut. Setelah memesan minuman, Yasmin sedang sibuk berbual di telefon bersama ahli keluarganya. Izham dan Dizyan bersembang sesama sendiri. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memandang ke arah mereka sejak dari tadi. Yasmin mematikan talian setelah dapat berbual dengan ibu tersayang. “Mama aku kirim salam kat kau.” Ujar Yasmin sambil membetulkan duduk. “Waalaikumussalam.” Jawab Dizyan. “Mama Yas tak kirim salam kat Abang Iz?” tanya Izham kepada Yasmin. Gadis itu mencebik memandang Izham. “Penting ke?” Yasmin pura-pura bertanya. “Pentinglah. Abang kan menantu dia.” Seloroh Izham. Yasmin menjelirkan lidah. “Pigirah! Perasan. Menantu konon. Ex-bakal menantu, okay. Kak Kila dah ada boyfriend baru lah.” Ujar Yasmin lagi. Sebenarnya, Izham pernah bercinta dengan kakak Yasmin yang sulung, Shakila. Setelah 4 tahun menyulam cinta, akhirnya terputus jua. Atas sebab apa, tidak pula Yasmin tahu. Pernah Yasmin bertanya kepada Shakila. Tetapi jawapan yang diterima, menghampakan. Katanya, mereka sudah tidak sehaluan dan memilih untuk berpisah. Akan tetapi bila Yasmin sendiri menyaksikan sikap Izham yang seperti kasanova ini, barulah Yasmin terfikir akan sebab sebenarnya. “Handsome ke?” Izham bertanya lagi. Ingin tahu rupa kekasih baru Shakila. Ada nada cemburu yang terselit. Dizyan menahan senyum. “Handsome lah daripada Abang Iz.” Sengaja Yasmin ingin membakar perasaan Izham. Dilihatnya Izham mengangguk perlahan dan menyandarkan badan ke kerusi. “Takkan Abang Iz jealous lagi kot? Dah setahun lebih Abang Iz pisah dengan Kak Kila.” Ujar Yasmin lagi. Izham menggeleng dan tersenyum. “Taklah jealous. Abang Iz cuma doakan kebahagiaan Kak Kila.” Tukas Izham. Siapa tidak cemburu jika cinta pertama sudah mendapat cinta baru? Hanya orang tidak punya perasaan sahaja yang berasa tidak cemburu. Sedangkan dia masih menanti Shakila untuk kembali ke pangkuannya. Harapan yang disimpan untuk meluahkan perasaan semula kepada Shakila, ranap dalam sekelip mata. Pelayan kafe itu menghantar minuman yang dipesan oleh mereka tadi. Mata Yasmin leka memandang ke sekeliling. Tidak pernah dia menyangka bahawa dia akan belajar di satu tempat yang sama dengan Dizyan. Juga merupakan bekas tempat belajar Izham. Sedang leka dia memerhati keadaan sekeliling, matanya tertancap pada seseorang. Orang itu melambai dan tersenyum ke arahnya. Yasmin tidak membalas apa-apa pun. Dia terkaku. Segera dialihkan pandangan ke tempat lain. Yasmin mencuit Dizyan yang sedang seronok bersembang bersama abangnya. Dibisikkan sesuatu. “Yan, kau pandang straight je ke depan.” Arah Yasmin. Diikuti arahan itu. Dizyan tersentak. “Macam mana dia boleh ada kat sini?” tanya Dizyan pula. Yasmin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka sama-sama mengeluh. “Kenapa, Yan?” tanya Izham apabila melihatkan reaksi dua orang gadis dihadapannya itu berubah. Yasmin tidak berkata apa-apa. Dizyan menggeleng perlahan. Dialih pandangan ke arah sahabat disebelah. Mengeluh perlahan. “Aku ingat bila kita dah kat sini, taklah jumpa orang ni lagi.” Ucap Dizyan. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mata Yasmin asyik terarah ke orang itu. Dizyan hanya menundukkan wajah. Malas mahu melihat wajah itu. Sakit hati. Izham turut terarah matanya ke arah orang yang dipandang mereka. Orang itu tersenyum dan mengangkat tangan. Izham membalas. “Siapa tu, Yas? Boyfriend ke?” tanya Izham. Matanya masih melekat pada seraut wajah yang duduk bertentangan dengan mereka itu. “Chish!!! Simpang malaikat 44.” Ujar Yasmin bersungguh-sungguh. Izham tergelak kecil. “Habis, dia siap senyum dan melambai lagi tu. Macam dah kenal lama dengan kau orang.” Izham berkata. Matanya kini dialihkan ke arah Yasmin yang kegelisahan. “He’s our old...Well, not-so old...nemesis.” jelas Yasmin. Izham mengerutkan dahi. “Nemesis? Why?” tanya Izham lagi, kurang berpuas hati. “Geng dia tu lah yang selalu buli Yan ni.” Terjuih-juih bibir Yasmin. Anggukan dikepala Izham menandakan dia mula memahami keseluruhan cerita yang ingin disampaikan ini. “Tapi mamat ni kira sub geng je. Yang kepala geng dia orang ni ha, yang lagi evil. Bapak segala devil.” Yasmin bercerita. Izham ingin tergelak tetapi ditahan sahaja. Lelaki yang dinyatakan oleh Yasmin itu menuju ke arah mereka bertiga. “Assalamualaikum.” Lelaki itu memberi salam. Salam itu hanya dijawab oleh Izham seorang sahaja. Dizyan dan Yasmin lebih rela menjawabnya dalam hati. “Ohh...tahu bagi salam. Islam jugak kau ni rupanya.” Perli Yasmin. Mencerun memandang lelaki yang sedang berdiri itu. Izham berdehem kuat. Yasmin mengalih pandang ke arah Izham dan terus mendiamkan diri. Gerun juga melihat pandangan mata Izham. Masing-masing terdiam. Tiada lagi kata yang hendak diucapkan. Izham berdiri dan menghulurkan tangan kepada lelaki itu. “Izham.” Izham memperkenalkan diri. Lelaki itu mengangguk perlahan. Menyambut huluran tangan Izham yang gagah. “Aneeq.” Lelaki tersebut juga memperkenalkan diri. “Duduklah.” Pelawa Izham, sopan. Yasmin sudah menyilangkan lengan ke dada. Tanda protes, tidak puas hati. Hanya sesekali Dizyan mencuri pandang ke arah Aneeq. Semakin kacak pula lelaki ini bila diperhatikan betul-betul. Tetapi disebabkan geng mereka ini pernah menyakiti hati Dizyan, terus sahaja rupa Aneeq dibuang jauh ke dasar lautan. “Sebenarnya, Iz lebih selesa bersembang dengan kawan lelaki panggil aku, kau. Aneeq tak kisah kan?” tanya Izham. Dia benar rasa tidak selesa jika terpaksa menyebut saya, awak. “Tak kisah.” Aneeq berkata dalam senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit. “Datang register ke?” tanya Izham lagi. “Taklah. Baru habis class.” Jawab Aneeq. Menghirup kopi dihadapannya. “Class? Dah berapa lama kau kat sini?” Izham bertanya lagi. Sesekali memandang ke arah dua orang gadis disebelah yang lebih suka bersembang sesama sendiri tanpa mempedulikan lelaki dihadapan mereka itu. Pelik. Tiba-tiba, timbul sikap ‘ingin tahu’ Izham. “This is my second year.” Aneeq menjawab ringkas. “Ohh...senior kau orang lah ni.” Ujar Izham memandang ke arah Yasmin dan Dizyan. Yasmin memandang jelek. Benci melihat senyuman Aneeq itu. Baginya, senyuman itu penuh kepura-puraan. Berpura untuk mengenakan Dizyan semula. “Ohh ye ke? Tak hairan pun.” Yasmin berkata selamba. Izham membeliakkan mata. Sebuah senyuman terukir di bibir Aneeq. Sudah tentu Yasmin membencinya kerana selalu mengenakan Dizyan. “Yas...” Izham menyebut nama Yasmin dengan keras. Gadis itu menjeling geram. Nasib baik ada Izham. Kalau tidak, sudah tentu Yasmin menghalau Aneeq dari situ. “Kau orang dah lama kenal ke?” Izham beralih pula kepada Aneeq. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk perlahan. “Ya. We’re schoolmate.” Ujar Aneeq. Baru kini Izham mengerti. Tentu ada apa-apa yang pernah Aneeq buat sehinggakan Yasmin dan Dizyan begitu membencinya. Sudah lama Izham mengenali mereka. Kalau tidak orang yang membuat kacau dahulu, pasti mereka tidak akan bersikap begitu. “Kau pun datang register jugak ke?” giliran Aneeq pula bertanya. Izham tersentak. “Ehh...taklah. Aku dah 5 tahun lepas, register.” Seloroh Izham. Terhambur gelak kecil dari bibir Aneeq. Dizyan dan Yasmin tidak terasa pun hendak tergelak. “So, kau buat apa kat sini?” tanya Aneeq sambil mengangkat cawan kopi dan dihirupnya sedikit. “Teman ni hah. Adik aku, Dizyan.” Izham berkata. Aneeq mengangguk. Leka dua orang lelaki itu bersembang. Bermacam-macam cerita yang keluar. Izham bertanya tentang sikap, kelakuan Dizyan dan Yasmin kepada Aneeq. Lelaki itu bercerita seperti dia tahu segala-galanya tentang mereka. Izham pula bercerita tentang zaman kanak-kanak yang memalukan. Dizyan langsung tidak memandang wajah Izham dan Aneeq. Malu apabila sejarah lama terbongkar. Nasib Yasmin sedikit baik kerana Izham tidak begitu mengenalinya dari kecil. “Okaylah, Iz. Aku minta diri dulu. Ada class lagi lepas ni. Jumpa lagi.” Aneeq sudah bangun. Izham turut bangun dan bersalaman dengan anak muda itu. Kemudian, Izham melabuhkan punggungnya semula ke atas kerusi. “Macam mana dia jadi senior kau orang sedangkan dulu dia schoolmate kau orang?” tanya Izham. Dikerutkan sedikit dahinya. “Kan kita orang cuti setahun sebelum nak masuk intake ni. Agaknya, dia lepas SPM je terus apply masuk sini.” Dizyan menjelaskan. Izham terangguk-angguk. “So, kau orang dapat hostel ke?” Izham bertanya lagi. “Tak. Hostel dah penuh. Kita orang kena sewa rumah. Tapi, rumah tu taklah jauh. Dalam 10 minit je dari kampus kalau jalan kaki.” Yasmin berkata. Izham mengangguk perlahan. “Abang akan datang visit Yan, sebulan 2 kali je tau. Sebab Abang tak naklah ganggu Yan study and lagipun Abang selalu busy. Kalau Abang tak busy, Abang datang jenguk Yan.” pesan Izham. Dizyan mengangguk. Memahami tuntutan kerja Izham. “Bila Abang nak tunjuk kat Yan girlfriend Abang?” usik Dizyan. Teringat pula cerita Izham berkenalan dengan seorang gadis berkulit putih, bermata biru. “Abang baru je break-off dengan dia. Lebih kurang minggu lepas.” Ujar Izham. Yang peliknya, tiada langsung riak sedih. “Abang baru break, Yas pun baru clash. Senang-senang, Abang dengan Yas jelah yang couple.” Cadang Dizyan. Mata Yasmin dan Izham terbeliak. “Hish...tak nak Abang. Couple dengan tomboy ni? Memang taklah. Abang nak pilih jadi pasangan hidup Abang mestilah, P.E.R.E.M.P.U.A.N. Perempuan.” Izham menggeleng pantas. Siap mengeja lagi. “Aku couple dengan mat kasanova ni? Sampai mati hidup balik pun, belum tentu tau. Biar pun dia lelaki terakhir yang ada kat dunia, takkan aku pilih dia ni.” Yasmin membalas kata. Tergelak kecil Dizyan mendengar kata-kata mereka berdua ini. “Yan cuma cadangkan je. Yang kau orang nak marah tak tentu pasal ni, kenapa?” tanya Dizyan lembut. Yasmin dan Izham tersedar akan keterlanjuran mereka berkata. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Dizyan tersenyum. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/23/2009 12:43:00 PM 3 tukang komen paling setia
Wednesday, May 20, 2009
Kau Milikku 12
BAB 12
DIZYAN berdiri menghadap cermin. Meneliti wajah dan badannya. Tiada apa-apa perubahan selama beberapa tahun ini. Teringin sekali dia berdiet seperti rakan-rakan yang lain tetapi setiap kali dicuba untuk tidak makan nasi beberapa hari, pasti dia akan diserang sakit perut yang amat sangat. Mahu atau tidak, ditelan juga nasi sepinggan dua. Disebabkan badannya yang gempal juga, dia selalu menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekolah atau pun universiti. Sudah terbiasa. Dipekakkan sahaja telinga. Malas mahu mendengar suara-suara sumbang. Tidak sabar pula rasanya dia hendak pergi temuduga pada hari esok. Dizyan bangun dan menuju ke almari pakaian. Dikuak pintu tersebut. Menyelak pakaian yang ingin dipakai. Ditarik sepasang baju kurung rona ungu. Berbunga kecil warna merah jambu. Dilayangkan pakaian tersebut ke badannya dihadapan cermin.
“Ishk…nak pergi interview kat production house. Tapi takkan pakai baju kurung?” gumam Dizyan. Tergaru-garu kepalanya mencari baju yang sesuai. Berjalan semula menuju ke arah almari pakaiannya.
“Elok jugak kalau pakai seluar.” Ditarik sehelai seluar slack hitam dari celah baju-baju yang dilipatnya. Diambil baju kemeja yang bergantungan. Baju kemeja berbelang ke bawah. Dan, beropol di tangan. Berpuas hati. Dibawa baju dan seluar itu ke laundry room yang terletak di tingkat bawah. Diseterika baju kemeja itu sehingga tiada kedutan. Dizyan memang pantang jika baju yang digosoknya itu berkedut. Mak Nani yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tersebut, mengerutkan dahi.
“Yan nak kemana seterika baju cantik-cantik ni?” tanya Mak Nani dengan senyuman. Senyuman itu dibalas oleh Dizyan.
“Esok ada interview, Mak Nani.” Jawab Dizyan. Mak Nani mengangguk.
“Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak Yan kerja.” Ucap Mak Nani bersungguh.
“Memang Yan usaha untuk dapatkan kerja. Tak naklah kerja dengan Abah. Bukan Mak Nani tak kenal Abah tu macam mana. Kak Syifa yang dah kerja lebih daripada 10 tahun dengan Abah pun pening kepala. Fussy sangat Abah tu. Itu tak kena, ini tak kena. Semua nak kena ikut cara dia. Nasib baiklah, Kak Syifa dah faham kehendak Abah.” Terang Dizyan. Mak Nani menggeleng sambil tersenyum kecil.
“Hmm…nampaknya punahlah harapan Tuan Haji nak tengok Yan tolong dia kat pejabat tu. Kena jugak dia tunggu Izham balik.” Ujar Mak Nani sambil melipat longgokkan baju yang sudah dibasuh di tepi mesin basuh.
“Tunggu jelah, Mak Nani. Yan tak belajar pasal Law. Abang Iz dengan Kak Syifa je yang belajar. Lagipun lecehlah, Mak Nani. Nak kena hafal akta-akta yang ada dalam buku tu. Dahlah Yan ni paling tak suka menghafal.” Dizyan menyangkutkan baju yang sudah diseterika itu. Turut menolong Mak Nani melipat baju.
“Entah bilalah Izham tu nak balik.” Keluh Mak Nani. Tangannya laju sahaja melipat baju.
“Kata Abang Iz dalam masa terdekat ni. Tapi dia tak pasti bila.” Mak Nani mengerutkan dahi memandang Dizyan apabila mendengar kata-kata anak gadis muda itu. Terus sahaja Dizyan menekup mulutnya. Menepuk dahi kerana telah terlepas kata.
“Mak Nani jangan cakap dengan Umi atau Abah tau. Ni secret kita.” Dizyan memandang wajah tua dihadapannya itu.
“Takkanlah Mak Nani nak bocorkan rahsia pada Tuan Haji dan Puan Hajjah.” Dizyan mengangguk mendengar kata Mak Nani itu. Lega hatinya sedikit.
Selesai melipat baju, Mak Nani beredar ke dapur untuk menyediakan makan malam buat majikannya. Dizyan mencapai baju yang sudah diseterika dan mendaki tangga untuk menuju ke biliknya.
SEAWAL jam 6 pagi lagi, Dizyan sudah bangun untuk membersihkan diri dan bersolat Subuh. Berdoa, memohon supaya sesi temuduganya sebentar lagi akan berjalan dengan lancar. Setelah itu, dia menyidai telekung di penyidai. Disarungkan baju ke tubuh. Meneliti wajah di cermin. Bersolek ala kadar. Berpuas hati. Dizyan keluar dari kamarnya. Turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama ahli keluarga yang lain. Terpegun mereka melihat Dizyan yang sudah kemas.
“Yan, cantik-cantik ni nak kemana?” tanya Asyifa. Dizyan tersenyum lebar dan melabuhkan punggung disebelah Asyifa.
“Yan ada interview hari ni, Kak.” Ujar Dizyan sambil menceduk bihun goreng ke pinggannya.
“Hmm…baguslah tu, Yan.” Ucap Tuan Haji Azmin pula. Mereka yang lain mengerutkan dahi.
“Abah tak marah?” Dizyan bertanya.
“Kenapa pulak Abah nak marah? Abah tumpang gembira tengok Yan dapat kerja. Abah tak suka nak paksa Yan kerja dengan Abah. Tapi kalau dah Abang Izham kamu tu tak balik langsung tolong Abah, Abah terpaksa jugaklah.” Tuan Haji Azmin berkata. Dizyan memandang wajah Mak Nani yang muncul dari sebalik dapur dengan membawa seteko kopi. Memandang wajah tua itu. Mak Nani hanya tersenyum. Memahami isyarat mata Dizyan.
“Pukul berapa interviewnya?” tanya Puan Hajjah Karissa. Mata Dizyan beralih kepada Uminya.
“10, Umi.” Jawab Dizyan.
“Pagi?” Puan Hajjah Karissa bertanya lagi.
“Yalah. Takkan malam pulak.” Tuan Haji Azmin menjawab bagi pihak Dizyan. Cemberut sahaja wajah isterinya itu. Dizyan dan Asyifa tergelak kecil. Asyifa membawa pinggan yang digunakannya ke dapur. Setelah itu seperti kebiasaan, dia akan menyalami Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa sebelum berangkat ke tempat kerja.
KAKI Dizyan sudah berada dihadapan bangunan RUFA Tower. Matanya tidak berkelip memandang bangunan yang gah berdiri itu. Menarik nafas sedalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan. Melangkah ke arah pintu yang terbuka secara automatik itu. Menuju ke arah kaunter pertanyaan. Gadis yang berada di kaunter penyambut tetamu itu tersenyum manis ke arahnya.
“Selamat pagi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cik?” Ucap gadis itu. Dizyan tersenyum.
“Pagi. Saya nak ke Rufa Grand Million Productions.” Ujar Dizyan pula. Gadis itu mengangguk perlahan. Dia mengangkat gagang telefon dan mendail nombor seseorang.
Sedang gadis itu bercakap dengan orang yang dipanggilnya, Dizyan leka memerhati ke seluruh bangunan. Rekaan bangunan ini begitu unik sekali. Rupanya, pemilik RUFA Tower itu bukan sahaja mengasaskan Rufa Grand Million Productions tetapi banyak lagi syarikat-syarikat kecil yang diasasnya. Seperti Rufa Construction, Rufa Architecture, Rufa Engineering dan bermacam-macam lagi.
Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh. Hati Dizyan berdegup pantas. Dia kerja disinikah? Hati Dizyan tertanya-tanya. Orang yang paling tidak diingini dia berjumpa, kenapa boleh hari ini dia terserempak? Dizyan kegelisahan. Lelaki yang diperhatikan oleh Dizyan itu, memandang ke arahnya. Segera Dizyan mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dada dia ketika itu seperti mahu meletup.
“Cik...Cik...” panggil gadis penyambut tetamu itu. Dizyan berpaling ke arah gadis tersebut.
“Cik boleh naik ke atas sekarang. Tingkat 12, ya.” Ujar gadis itu. Ada plet nama berwarna hitam di atas kaunter tersebut. Tertera nama Auzra.
“Terima kasih. Ermm...Auzra?” ujar Dizyan. Gadis itu tersenyum dan mengangguk perlahan.
“Boleh saya tahu dia tu siapa?” unjuk Dizyan ke arah sekujur tubuh itu tadi.
“Ohh...itu Encik Aneeq. Dia kerja bahagian production house. Dialah producer untuk Rufa Grand Million Productions.” Ujar gadis bernama Auzra itu. Masih dengan senyuman manisnya. Dizyan menjadi tidak keruan. Dia keliru. Patutkah dia pergi untuk sesi temuduga itu? Sebolehnya, dia tidak mahu langsung ada kaitan dengan lelaki yang disebut Auzra tadi. Berkali-kali keluhan dilepaskan. Kaki Dizyan melangkah semula ke arah pintu utama.
“Cik Dizyan nak kemana tu?” tanya Auzra, cemas melihat Dizyan.
“Saya...saya....” tidak tahu harus berkata apa kepada gadis itu.
“Bos sedang menunggu Cik Dizyan di atas.” Ujar Auzra lagi. Menyedarkan Dizyan dari alamnya. Dia menarik nafas dan dilepaskan perlahan.
“Yan, kau kena juga pergi interview tu. Pedulikan lelaki tu. Buat tak tahu je.” Dizyan memberikan semangat kepada diri sendiri. Dilepaskan keluhan kuat. Pelik Auzra melihat kelakuan gadis dihadapannya.
“Terima kasih, ya.” Ucap Dizyan lemah. Auzra mengangguk. Kembali meneruskan kerjanya.
Langkah Dizyan yang longlai itu menyebabkan dia sudah tidak ada semangat untuk pergi bertemuduga. Ditekan punat lif untuk ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam lif, ditekan pula butang untuk ke tingkat 12. Tetapi belum sempat pintu lif ditutup, pintu tersebut terbuka semula. Kelihatan seorang gadis yang sangat cantik, melangkah masuk. Dizyan tersenyum manis ke arahnya. Hanya jelingan sahaja yang dibalas. Dizyan seperti pernah nampak perempuan ini. Bukankah dia model antarabangsa yang terkenal dengan kontroversi skandalnya bersama anak pemilik RUFA Tower ini? Dizyan kini yakin, perempuan itulah yang selalu sahaja wajahnya menghiasi dada-dada akhbar dan majalah. Tetapi sombong sangat. Meluat pula hendak melihat muka gadis tinggi lampai yang berdiri disebelahnya itu. Pintu lif sekali lagi terbuka di tingkat 2. Terjengul wajah seorang perempuan yang ayu bertudung. Tersenyum kepada Dizyan. Senyuman dibalas. Tersenyum juga kepada perempuan sombong itu. Tetapi hanya jelingan yang diberi balasan.
“Ku Zhety...” panggil wanita bertudung itu.
“Hamidah.” Model yang bernama Ku Zhety itu turut memanggil nama wanita bertudung yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam lif.
“You buat apa kat sini? Ini mesti tak lain dan tak bukan, asyik nak mengacau adik sepupu I tu je.” Ujar wanita bertudung bernama Hamidah itu.
“Excuse me. You better watch out your mouth. I dengan adik sepupu you tu, couple. So, MYOB.” Ku Zhety pula menukas. Hamidah memandangnya dengan perasaan jelek. Kenapalah adik sepupunya itu tergila-gilakan perempuan sebegini? Sedangkan pak ciknya juga, tidak menyukai Ku Zhety.
“Mind your own business? You dah pandai gunakan short form for Instant Messages. I ingatkan you ni bodoh.” Perli Hamidah. Berapi sahaja mata Ku Zhety memandang wanita bertudung itu.
“Hei, Mid! Apa yang you tak puas hati dengan I? Dari dulu lagi you suka cari gaduh dengan I.” Sudah bercekak pinggang Ku Zhety. Geram dengan sikap Hamidah.
“Ohh...ni mesti pasal hal Fakhrul kan?” Ku Zhety sengaja ingin menduga kemarahan Hamidah. Mencerlung sahaja mata Hamidah memandang Ku Zhety. Kalaulah di dalam dunia ini tiada hukuman buat orang yang membunuh, sudah pasti orang pertama yang dibunuh adalah perempuan dihadapannya itu.
“Kalau you pandai jaga laki, takkanlah laki you tu cari I.” Ku Zhety berkata dengan senyuman sinis. Dizyan hanya membeliakkan mata tetapi tidak langsung dipandang ke arah mereka berdua.
“Fakhrul tu jantan tak guna. You nak dengan dia, I sanggup bagi free je kat you. F.O.C.” apabila pintu lif terbuka di tingkat 8, terus sahaja laju kaki Hamidah melangkah keluar. Sempat berlanggar bahu dengan Ku Zhety. Gadis itu tergelak sinis sehinggalah pintu lif tertutup semula.
Sampai sahaja di tingkat 12, terburu-buru Ku Zhety hendak keluar dari lif itu sehingga terlanggar Dizyan. Merengus marah gadis itu.
“Hish...lif sikit punya besar. Aku jugak yang kau nak langgar pun.” Gumam Dizyan. Terlihat gadis sombong itu berdiri di kaunter penyambut tetamu.
“I want to see your boss.” Dengan angkuh sekali Ku Zhety berkata.
“I’m so sorry, Cik Zhety. Boss is having an interview session. He’s quite busy right now.” Gadis yang sedang berdiri di kaunter penyambut tetamu itu berkata dengan senyuman. Seorang lagi gadis sibuk menjawab telefon.
“What?! So, I have to wait?” tanya Ku Zhety pula kepada gadis kecil molek itu.
“I’m afraid, so.” Gadis itu berkata lagi.
“Tanty, I don’t care. I want to see him right now.” Ujar Ku Zhety lagi. Dizyan terus menuju ke arah kaunter penyambut tetamu.
“Ada apa yang boleh saya tolong, Cik?” tanya gadis penyambut tetamu itu dengan sopan.
“Saya ada interview hari ni.” Ujar Dizyan ringkas. Ku Zhety memandang jelek ke arah gadis gempal tersebut.
“Nama Cik?” tanya gadis itu lagi.
“Dizyan Farhana.” Sebaik sahaja Dizyan mengucapkan namanya, mata Ku Zhety terbelalak.
“Ohh...Cik Dizyan. Saya Hartanty.” Mereka berdua bersalaman. Ku Zhety memandang Dizyan sehingga tidak berkelip.
“Cik Dizyan duduklah dulu. Bos ada lagi 2-3 orang yang perlu di interview. Cik Dizyan tunggu sebentar, ya.” Ujar Hartanty dengan lembut. Dizyan mengangguk. Belum sempat Dizyan melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan disitu, namanya disebut.
“Dizyan...Dugong....” Ku Zhety berkata. Dia berpaling semula ke arah Ku Zhety.
“Maaf. Saya kenal Cik ke?” tanya Dizyan semula. Sebenarnya dari awal lagi dia sudah tahu itu adalah Ku Zhety, musuh lamanya sejak zaman sekolah lagi. Tetapi sengaja tidak mahu mengenali perempuan itu. Bagi Dizyan, dia sudah lupakan kisah lama sejak hari terakhir persekolahan.
“Kau memanglah tak kenal aku. Sebab aku dah cantik sekarang. Tapi, aku tetap kenal kau. Dugong hodoh.” Ku Zhety tergelak sinis. Gadis yang berada di kaunter penyambut tetamu itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan melihat kelakuan melampau Ku Zhety.
“Zhety? You buat apa kat sini?” suara seorang lelaki mengejutkan Ku Zhety yang sedang seronok bergelak ketawa. Mata Dizyan tertancap ke arah lelaki itu.
“I nak jumpa boyfriend I lah.” Ucap Ku Zhety dengan gaya gediknya.
“But this is office hours.” Ujar lelaki itu pula. Kurang berpuas hati dengan jawapan Ku Zhety.
“You ni siapa nak halang I? Suka hati I lah. You patut bersyukur, tau. Boyfriend I nak ambil you kerja. Kalau tak, sampai sekarang you menganggur je.” Marah Ku Zhety. Luah segala apa yang tidak patut diucapkan oleh perempuan itu disitu.
“I get this job because I’m qualified for that, okay.” Lelaki itu membidas kata-kata keterlaluan Ku Zhety. Digelengkan kepala. Matanya teralih ke arah Dizyan yang sedang duduk di atas kerusi itu. Tergamam. Mata mereka bertembung. Segera Dizyan mengalih pandang ke tempat lain. Serasa ingin lari sahaja dari berkeadaan begitu. Ku Zhety turut memandang ke arah Dizyan apabila dilihat mata lelaki dihadapannya itu tidak berkelip.
“Ahh...Aneeq. You masih ingat lagi budak dugong ni?” Ku Zhety bertanya. Mematikan lamunan Aneeq. Tersentak.
“Sorry...tak ingat.” Ringkas sahaja Aneeq berkata dan terus beredar dari situ. Hati Dizyan terasa sakit. Dah bermacam benda kau buat kat aku, kau masih tak ingat pada aku lagi? Hati Dizyan mendongkol geram.
“Cik Dizyan, giliran Cik Dizyan pula sekarang.” Ujar Hartanty yang entah dari mana munculnya. Mengejutkan Dizyan dari lamunan. Perlahan-lahan Dizyan bangun dan membuntuti Hartanty. Pintu bilik sederhana besar itu diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Hartanty menjenguk ke dalam kemudian mempersilakan Dizyan masuk.
“Silakan duduk.” Suara garau lelaki itu menerjah gegendang telinga Dizyan. Langsung tidak nampak wajah lelaki dihadapannya. Lelaki itu asyik menghadap skrin komputer riba.
“So, boleh ceritakan serba sedikit tentang diri Cik...?” lelaki tersebut memandang borang yang telah diisi oleh Hartanty itu. Dizyan hanya dapat melihat dahinya yang berkerut.
“Dizyan Farhana?” lelaki itu mengangkat wajah. Mendongak melihat gerangan gadis yang disangka itu. Memang tepat tekaannya.
“Kau?!!” ujar lelaki itu terkejut. Mata Dizyan sekali lagi terbeliak.
“Awak??!!!” Dizyan benar-benar terkejut. Tidak menyangka akan berjumpa semula dengan lelaki itu. Kakinya terasa lemah.
“So, kau yang nak mintak kerja as A.P and scriptwriter tu?” tanya lelaki itu. Inginkan kepastian.
“Saya mintak maaf, Encik Faizal. Rasanya saya dah salah company. Saya minta diri dulu.” Cepat sahaja Dizyan bangun dan ke pintu bilik pejabat Faizal itu. Sudah dipulas tombolnya tetapi tidak jadi apabila Faizal berkata sesuatu.
“Bukan kau datang untuk interview?” tanya Faizal semula.
“Memanglah saya datang untuk interview. Tapi rasanya saya dah silap company.” Ujar Dizyan. Tombol dipulas lagi. Pintu bilik sudah ditarik.
“You got the job.” Mendengar sahaja kata-kata yang baru terucap dari mulut Faizal, Dizyan tercengang. Tiada kata yang terucap.
“Kenapa? Kau tak suka?” pertanyaan Faizal mengembalikan Dizyan ke alam nyata.
“Tapi, Encik Faizal belum pun interview saya.” Kata Dizyan.
“Ini aku tengah interview kau lah.” Faizal menyandarkan badan ke kerusi empuknya.
“Saya tak tahu nak cakap apa.” Dizyan menambah.
“Thanks? I guess is the best word to describe it.” Faizal tersenyum. Apabila melihatkan senyuman Faizal yang terasa ikhlas itu, hati Dizyan berasa lega. Dia mengangguk perlahan tanda setuju.
“It’s a deal, then. Make sure kau datang hari Isnin ni, pukul 9 pagi untuk sign contract.” Sekali lagi Faizal menghadiahkan senyuman.
“Thanks a lot.” Ucap Dizyan. Faizal menyilangkan lengan ke dada. Tersenyum sinis.
“Kau tunggu dan lihat je, Dugong. It’s showtime.” Ujar Faizal dalam senyuman sinisnya.
Tersenyum lebar Dizyan keluar dari bilik Faizal. Hartanty mengerutkan dahi. Dizyan mengucapkan terima kasih. Setengah jam kemudian, interkom di meja Hartanty berbunyi. Lampu merah berkelip-kelip. Ditekan punat hijau.
“Yes, bos?” Hartanty sudah tahu panggilan daripada siapa itu.
“Masuk kejap.” Arahan diberi oleh Faizal. Hartanty melepaskan keluhan. Mengambil diari yang memang digunakan untuk mengisi catatan penting. Pintu bilik diketuk perlahan menandakan dia akan masuk ke dalam bilik pejabat milik ketuanya.
“Ada apa, bos?” Hartanty bertanya dengan pen yang sudah bersedia untuk ‘menari’ di atas diari catatan penting itu.
“Tolong sediakan kontrak untuk Cik Dizyan.” Arahan dari Faizal dicatit pantas. Terangguk-angguk seperti burung belatuk.
“That’s all, bos?” Hartanty bertanya lagi.
“Masukkan R&R and benefit yang saya telah tulis ni ke dalam kontrak. I want her to sign this contract by this Monday. When the contract is ready, saya akan berikan arahan seterusnya kepada awak.” Faizal berkata penuh rahsia. Hartanty mengerutkan dahi tetapi dianggukkan jua kepalanya.
“Baiklah. Itu je ke, bos?”
“Ya. Tunggu je arahan daripada saya Isnin ni.” Faizal berkata. Hartanty mengangguk dan ingin segera beredar. Tetapi dia teringatkan sesuatu dan berpaling semula ke arah Faizal.
“Sorry, bos. Saya terlupa nak beritahu bos yang Cik Zhety ada menunggu bos di luar.” Ujar Hartanty takut. Seram juga dimarahi oleh Faizal.
“Apa? Dah berapa lama?” Faizal mengerutkan dahi. Entah kenapa dia tidak ada perasaan untuk berjumpa dengan Ku Zhety buat masa sekarang. Dia lebih senang memikirkan rancangan untuk mengenakan Dizyan sahaja.
“Lebih kurang satu jam lebih.” Hartanty berkata perlahan.
“Hurmm…awak pergi tengok kat luar. Kalau dia ada lagi, suruh dia masuk.” Arah Faizal. Hartanty segera mengangguk dan beredar keluar untuk melihat Ku Zhety. Sebentar kemudian, Hartanty masuk semula ke dalam bilik Faizal.
“Maaf, bos. Cik Zhety dah tak ada kat luar. Kata Mas, Cik Zhety marah-marah dan terus je beredar.” Hartanty mengucapkan semula kata-kata Mastura itu.
“It’s ok. I’ll call her later.” Ujar Faizal. Hartanty mengangguk perlahan dan segera beredar dari bilik pejabat tersebut.
“Perempuan ni. Menyusahkan orang betul.” Gumam Faizal sendirian.
AWAL pagi Isnin lagi Dizyan sudah bersiap sedia. Usai membersihkan diri dan bersolat Subuh, dia terus menyarungkan baju yang sesuai untuk dipakainya ke pejabat. Menyolek wajahnya senipis yang mungkin. Berpuas hati dengan wajah yang begitu. Dia berdiri dan membetulkan baju. Melihat wajah sekali imbas di cermin. Mencapai tas tangan. Tiba-tiba badannya terkaku sebentar. Jawatan yang dimohon adalah sebagai A.P dan penulis skrip. A.P membawa maksud Assisstant Producer atau Penolong Penerbit. Bukankah Penerbit yang dimaksudkan oleh Auzra, gadis penyambut tetamu di lobi itu adalah Aneeq? Ini bermakna dia akan menjadi penolong kepada lelaki yang dibencinya itu? Kaki Dizyan terasa lemah sekali. Dia terduduk di atas katil. Hatinya penuh kebencian terhadap lelaki yang bernama Aneeq itu. Teringat kisah yang terjadi 6 tahun lalu. Ingin dihapuskan segala kenangan silam.
BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 5/20/2009 04:38:00 PM 8 tukang komen paling setia