BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 1, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 42

BAB 42

SABTU pagi, seawal jam 8 pagi lagi Aishah dan Hariz sudah tiba di rumah banglo dua tingkat itu. Syed Mahfuz sudah keluar untuk bermain golf bersama rakan perniagaannya. Aishah terus ke dapur untuk menolong Mamanya menyediakan makanan. Hariz keluar semula selepas menghantar Aishah. Dia hendak membelikan hadiah untuk bapa mentuanya.
“Kamu dah jemput keluarga mentua kamu?” tanya Nurradiah sebaik sahaja terlihat kelibat Aishah berada di dapur itu.
“Dah, Ma. Dalam pukul 2 lebih nanti, dia orang sampai.” Aishah berkata sambil tangannya sibuk membantu apa-apa yang patut.
“Semalam Achik Kira call.” Kata Nurradiah.
“Ohh...ye ke? Macam mana dengan wedding Kirin?” tanya Aishah. Dia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Kiriyna. Ada urusan mendadak yang perlu diselesaikan segera.
“It was a successful. Ramai orang tanya pada Achik Kira. Dari mana ambil wedding planner ni. So, Achik Kira akan introduce 5-6 orang customer pada Adik nanti.” Nurradiah berkata gembira. Ligat dia melakukan kerja-kerjanya. Mungkin kerana sudah lama menjadi suri rumahtangga, segala pekerjaan dilakukan dengan cepat. Sejak sudah tinggal berasingan dari keluarga, menyebabkan Aishah semakin cekap melakukan kerja-kerja memasak.
Makanan sudah siap dihidangkan. Nina dan juga Sofyan berserta anak-anak sudah datang dengan membawa kek untuk melengkapkan lagi majlis harijadi Syed Mahfuz. Kesemua anak menantu serta cucu-cucu sudah siap sedia menunggu kepulangan Syed Mahfuz. Ketibaan keluarga mentua masing-masing bertambah memeriahkan lagi majlis. Deruman enjin kereta membuatkan kesemua penghuni di dalam banglo itu berdebar. Sebaik sahaja Syed Mahfuz melangkah masuk dengan membawa beg golf yang disandangnya dibahu, jeritan bergema di seluruh ruang. Terkejut. Serentak dengan itu, nyanyian lagu harijadi turut bergema. Syed Mahfuz memotong kek yang berbentuk segi empat itu. Dicubit sedikit dan disuapkan ke mulut isteri tersayang. Nurradiah juga melakukan perkara yang sama. Turut diambil gambar sebagai kenangan.
Mereka semua menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Nurradiah. Ada yang bergelak ketawa, ada yang bersembang sesama sendiri. Aishah turut tidak ketinggalan bersembang bersama kakak dan adiknya yang jarang-jarang sekali mereka bertemu. Hariz pula bersama kelompok kaum Adam. Sebentar kemudian, Syed Mahfuz menerima panggilan penting. Dia beredar masuk ke dalam bilik bacaan. Selepas mematikan talian, Syed Mahfuz segera mendail nombor telefon Hariz dan menyuruhnya masuk ke dalam bilik bacaan tanpa disedari oleh sesiapapun.
“Kenapa, Pa?” tanya Hariz sebaik sahaja menutup pintu bilik bacaan. Syed Mahfuz mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan Hariz itu. Hariz melabuhkan punggung menghadap Syed Mahfuz yang seperti berfikir sesuatu.
“Kenapa Papa panggil Riz?” Hariz cuba bertanya sekali lagi. Terdengar keluhan keras yang keluar dari mulut Syed Mahfuz.
“Tadi Inspektor Hairy telefon Papa.” Ujar Syed Mahfuz. Hariz masih setia mendengar setiap kata-kata yang keluar dari Syed Mahfuz itu.
“Katanya, Imran dah terlepas dari penjara.” Sambung Syed Mahfuz.
“Apa?! Sekali lagi?” separuh menjerit Hariz bertanya.
“Shuuu....jangan kuat sangat. Papa tak nak yang lain tahu. Biarlah perkara ni, kita berdua je yang tahu.” Jari telunjuk Syed Mahfuz diletakkan di bibir.
“Macam mana boleh terlepas?” Hariz mengendurkan sedikit suara yang tegang tadi.
“Itu...Papa tak pasti pulak. Tapi menurut Inspektor Hairy lagi, pihaknya masih dalam siasatan cuba untuk mengesan dimana kemungkinan Imran akan berada.” Syed Mahfuz jelas kembali kepada Hariz apa yang telah diberitahu oleh Inspektor Hairy kepadanya.
“Kita berdoa supaya Imran segera ditemui oleh anggota polis. Dan, berdoa agar dia tidak mengapa-apakan keluarga kita. Lagipun rumah kita ni ada polis yang menjaga 24 jam.” Pesan Syed Mahfuz. Hariz mengangguk perlahan. Risau juga dia memikirkan kemungkinan Imran berada. Mungkin dia berada beberapa meter sahaja dari mereka. Mungkin dia sudah berada di dalam kawasan banglo itu tanpa disedari oleh sesiapapun. Imran ini licik orangnya. Sudah tentu dia dapat bersembunyi dimana-mana. Ataupun menyamar menjadi sesiapa sahaja. Tetapi disebabkan Syed Mahfuz mempunyai pangkat Datuk, dua orang anggota polis dikehendaki mengawasi rumah banglo itu 24 jam. Jadi, mereka tidaklah terlalu risau akan keselamatan Syed Mahfuz itu. Hariz melurutkan dagunya.


JAM loceng berdenting 6 kali menandakan jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Aishah terjaga dari tidurnya. Berpeluh-peluh. Dia mengelap peluh yang menuruni dahinya. Entah kenapa dia bermimpi giginya patah. Dia melihat disebelah. Hariz masih lena di dalam tidurnya. Aishah mengurut dada yang mula berasa kurang enak. Sudah 3 malam berturut-turut dia bermimpikan hal yang sama. Aishah segera bangun dan mencapai tuala. Melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Walaupun sedang sarat mengandung, tetapi kewajipan yang wajib tidak harus diabaikan. Usai bersolat, dikejutkan Hariz lembut. Perlahan-lahan lelaki itu membuka mata. Kemudian tersenyum melihat isteri di dalam telekung pemberiannya sewaktu Hariz pulang dari Bandung, Indonesia hari itu atas urusan kerja.
“Bangunlah, Bang. Dah 6.30 ni. Nanti Abang lambat pulak nak masuk kerja. Kata nak pergi dengan Papa.” Aishah menanggalkan telekung. Hariz mengangguk dan bangun dari perbaringan. Aishah mengeluarkan baju kemeja yang sudah diseterika dari dalam almari. Diletakkan di atas katil. Kemudian, berjalan keluar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah. Menolong Nurradiah menyediakan sarapan. Hariz yang baru sahaja turun dari tingkat atas, menuju ke arah isteri yang sedang sibuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja. Dipeluk pinggang Aishah dari belakang. Terkejut isterinya itu dan menoleh.
“Ishh...Abang ni. Kalau Mama dan Papa nampak kan segan.” Aishah cuba meloloskan diri dari pelukan Hariz yang semakin erat.
“Nanti sayang rindu tak kat Abang?” tanya Hariz. Dibisikkan di telinga Aishah. Dia cuba mencari wajah Hariz yang betul-betul hampir dengan wajahnya.
“Dah tentulah. Hari-hari saya rindukan Abang.” Usik Aishah. Tersenyum lebar.
“Nanti sayang pasti akan rindukan Abang lagi.” Kata-kata Hariz menimbulkan semula rasa kurang enak Aishah. Teringat akan mimpinya selama 3 hari berturut-turut.
“Abang ni kenapa? Abang nak pergi kerja je kan? Kejap lagi Abang baliklah lepas habis kerja.” Aishah berkata. Mengusir segala rasa yang menjalar diperasaannya.
“Just incase kalau Abang tak balik, sayang jangan selalu rindukan Abang. Ingat pada baby kita ni. Jaga dia sebaik mungkin.” Pesan Hariz. Semakin menjadi-jadi kerutan di dahi Aishah. Hariz meleraikan pautan pinggang tersebut. Memegang bahu Aishah untuk menghadapnya.
“Kalau Abang tak balik, Abang pergi mana?” tanya Aishah seperti orang bodoh.
“Mungkin Abang outstation.” Ujar Hariz. Sedikit keluhan lega dilepaskan oleh Aishah.
“Kalau Abang kena outstation, Abang call jelah saya.” Aishah berkata. Sedikit getaran perasaan muncul di jiwa. Hariz tersenyum dan mengangguk. Dia melabuhkan punggung di meja makan.
Aishah menceduk nasi goreng yang dimasaknya sebentar tadi ke dalam pinggan. Dan dihulurkan kepada Hariz. Dituang pula air kopi ke dalam cawan. Juga diserahkan kepada Hariz. Hariz mencapai pinggan itu dan perlahan-lahan menyuap nasi goreng yang masih berasap itu ke dalam mulut. Aishah melabuhkan punggung di sebelah Hariz. Menyuap ke mulut makaroni goreng yang dimasak oleh Nurradiah. Perut terasa lapar tetapi mindanya tiada di situ. Menerawang entah kemana. Kemudian, mereka disertai oleh Syed Mahfuz dan Nurradiah. Terbatuk kuat Syed Mahfuz. Hariz mengangkat muka memandang bapa mentuanya. Nurradiah menghulurkan sepinggan makaroni goreng dan secawan kopi kepada suaminya.
“Kenapa, Pa? Papa tak sihat?” tanya Hariz. Syed Mahfuz menekup mulutnya. Menahan batuk.
“A’ah, Riz. Dari semalam Papa tiba-tiba demam. Mama pun hairan.” Ujar Nurradiah dan menghulurkan segelas air kosong kepada Syed Mahfuz. Lelaki tua itu meneguk air kosong tersebut dengan perlahan. Tekak yang gatal terasa ingin digaru. Tetapi sudah tentu tidak boleh. Sudahnya, batuk yang kuat dapat mengurangkan kegatalan tekak tersebut.
“Kalau macam tu, Papa berehatlah kat rumah hari ni. Urusan syarikat, Papa jangan risau. Biar Riz yang uruskan.” Cadang Hariz. Nurradiah dan Aishah mengangguk. Tanda mengiakan cadangan Syed Mahfuz. Tangannya diangkat dan digawang-gawangkan. Tanda tidak setuju.
“Tak bolehlah macam tu, Riz. Kita kan dah janji nak pergi office bersama.” Tingkah Syed Mahfuz berserta batuk yang kuat.
“It’s okay, Pa. You just take a rest. I’ll handle everything.” Hariz tetap tidak bersetuju dengan kata-kata bapa mentuanya itu.
“Betul ni?” tanya Syed Mahfuz inginkan kepastian. Hariz mengangguk pantas.
“Okay. If you said so.” Akhirnya Syed Mahfuz mengalah dengan kata-kata Hariz itu.
Usai bersarapan, Aishah membuntuti Hariz sehingga ke keretanya. Dicapai tangan Hariz dan tunduk menyalami. Hariz memegang wajah Aishah. Lama dicium dahi wanita itu. Serasa tidak ingin dilepaskan. Kemudian, dia memeluk Aishah. Semakin pelik Aishah dengan tindakan Hariz itu.
“Sayang ingat pesan Abang, ya. Jaga diri dan jaga baby.” Sekali lagi Hariz berpesan sebelum memasuki perut kereta. Untuk kesekian kalinya, Aishah berjanji akan mengingati pesanan itu.
Hariz menghidupkan enjin keretanya. Dipulas kunci kereta di lubang untuk hidupkan enjin kereta. Berkali-kali dicuba. Masih tiada tanda-tanda bahawa kereta itu akan hidup. Hariz keluar semula dari kereta. Dibuka bonet hadapan kereta. Cuba mencari kerosakan pada kereta tersebut. Oleh kerana dia bukanlah bekerja sebagai mekanik, jadi Hariz tidak tahu apa sebenarnya kerosakan yang dialami oleh kereta itu. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Kenapa ni, Riz?” tanya Syed Mahfuz yang menjenguk keluar setelah mendengar enjin kereta yang cuba dihidupkan berkali-kali oleh Hariz. Batuk. Kemudian menekan dada yang sedikit sakit apabila terbatuk kuat tadi.
“Entahlah, Pa. Kereta ni buat hal pulak. Dari kelmarin, masa Riz keluar pergi beli hadiah lagi. Dah rosak kat shopping mall. Tapi bila try banyak kali, boleh start. Hari ni, mogok pulak.” Aishah turut memandang ke arah Papanya yang berdiri di muka pintu.
“Riz tunggu kejap.” Syed Mahfuz berkalih dan masuk ke dalam rumah semula. Kemudian, keluar dengan membawa kunci kereta.
“Riz pakailah kereta Papa dulu. Nanti lambat pulak Riz pergi kerja. Kejap lagi Papa call mechanic Papa untuk datang check kereta Riz.” Cadang Syed Mahfuz. Diserahkan kunci kereta tersebut kepada Hariz. Dia menyambutnya dengan senyuman.
“Baiklah, Pa. Terima kasih. Nanti Papa call jelah Riz. Berapa nak kena bayar kat mechanic tu.” Sela Hariz.
“Dah. Tak usah risaukan pasal kereta ni. Kamu pergi je kerja.” Syed Mahfuz menukas. Hariz mengangguk dan segera berlalu ke kereta Syed Mahfuz yang berada di garaj. Syed Mahfuz melangkah masuk ke dalam rumah. Aishah membuntuti Hariz sehingga ke kereta Syed Mahfuz. Hariz berpaling memandang Aishah.
“Abang pergi dulu.” Hariz berkata. Aishah mengangguk dan tersenyum manis. Hariz masuk ke dalam perut kereta. Dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan kawasan banglo dua tingkat itu. Aishah masuk ke dalam rumah setelah bayangan kereta Syed Mahfuz menghilang dari pandangan. Dilihatnya Nurradiah sedang mengemas meja makan.
“Ma, biar Adik tolong.” Ujar Aishah. Segera menuju ke meja makan untuk menolong Nurradiah mengemas. Tersenyum wanita tua itu kepada Aishah.
“Adik tak pergi butik hari ni?” Nurradiah bertanya setelah melihatkan jam dinding berdenting sebanyak sembilan kali.
“Tak, Ma. Tak ada banyak sangat tempahan pelanggan yang perlu disiapkan. Jadi, Adik minta Putri uruskan. Hari ni, Adik nak rehat.” Aishah berkata sambil tersenyum manja.
“Hmm...bagus jugaklah kamu berehat hari ni. Dah sarat sangat dah tu. Mama pun risau tengok kamu pergi butik selalu. Kamu ni bukan reti duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya tu.” Aishah mengangguk mendengarkan kata-kata Nurradiah. Pinggan-pinggan kotor diletakkan di dalam sinki. Aishah tidak boleh melihat pinggan kotor. Segera dia membasuhnya.


KERETA Syed Mahfuz diparkir di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pemilik syarikat gergasi itu. Hariz turun dari kereta dengan mengendong beg bimbit dan juga beberapa fail penting. Beberapa orang pekerja yang terserempak dengan Hariz, segera mengucapkan salam kepada pegawai atasan mereka itu. Terangguk-angguk Hariz menjawab salam. Terserempak pula dengan Syafiq yang kebetulan juga menaiki lif yang sama.
“Wei, bro. Kau nak aku tolong ke?” tanya Syafiq.
“Boleh jugak. Naik lenguh aku pegang fail-fail ni.” Hariz menyerahkan 2-3 fail untuk Syafiq pegang. Terkial-kial Syafiq menyambutnya.
“Nanti kejap lagi kau masuk bilik aku.” Arah Hariz sebagai pegawai atasan Syafiq.
“Baik, boss.” Syafiq berseloroh. Mereka sama-sama tergelak kecil. Mereka sampai di tingkat yang terletak pejabat mereka. Segera mereka keluar. Masing-masing berpisah mengikut haluan bilik yang telah ditempatkan.
Seketika kemudian, Syafiq berjalan menuju ke meja Kamazarina. Wanita itu mendongak memandang Syafiq dihadapannya yang tersengih seperti kerang busuk.
“Ya, Encik Syafiq? Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Syafiq?” Kamazarina bertanya.
“Boss ada dalam?” Syafiq pula bertanya. Soalan berbalas soalan. Kamazarina tersenyum dan mengangguk perlahan. Jari telunjuk Syafiq ditunjalkan ke dada dan menunjuk pula ke arah bilik Hariz. Kamazarina mengangguk perlahan. Tanda memberikan kebenaran Syafiq untuk masuk.
Diketuk pintu bilik pejabat Hariz. Arahan masuk diberikan. Syafiq melabuhkan punggung dihadapan Hariz. Dilihatnya Hariz sedang meneliti sesuatu di dalam fail tersebut.
“So, okay...show house projek Putri Idaman tu dah siap. I need you to re-confirm with Anyzah about interior design. Siapa yang dia assign untuk projek ni. Sebab aku tahu Anyzah kena uruskan projek lain.” Jelas Hariz. Syafiq mencebik.
“Apa hal pulak ni?” tanya Hariz. Tersenyum memandang Syafiq. Mengerti benar akan cebikan itu. Syafiq menyilangkan lengan ke dada.
“Si Rafa’ei tu lah. Sikit-sikit call Anyzah. Kadangkala kat rumah pun, aku tengok phone Anyzah asyik berdering je. Keluar kat skrin nama Rafa’ei.” Tergelak kecil Hariz mendengar kata-kata Syafiq itu.
“Macam mana nak buat. Namanya pun Anyzah yang uruskan projek dia.” Hariz menahan tawa melihat sikap kebudak-budakan Syafiq.
“Taklah. Maksud aku, malam pun call lagi. Takkan tak boleh call esok pagi.” Geram Syafiq mengingatkan panggilan yang diterima Anyzah malam kelmarin. Bersembang siap bergelak lagi. Kalaulah si Rafa’ei tu ada di depan matanya, lunyai dikerjakan lelaki itu.
“Jealous ke?”
“Haruslah. Wife aku, kot. Kau takkan tak jealous kalau ada orang call Aishah, then sembang dengan dia siap gelak-gelak lagi.” Ujar Syafiq.
“Aku tak kisahlah. Sebab aku tahu, dia bersembang pasal kerja. Bukan pasal hal peribadi.” Hariz berkata dalam senyuman.
“Lain orang, lain perasaan.” Syafiq pula berkata.
“Tahu tak pe.” Kemudian Hariz tergelak kecil.
“Okaylah. Aku keluar dulu. Maybe after lunch, aku confirm balik dengan kau.” Syafiq berkata seraya bangun dari kerusi yang diduduknya.
“Aikk?!! Kenapa sampai lepas lunch?”
“Dia ada meeting dengan supplier. Dah siap bagi warning kat aku jangan call dia before lunch. Sebab dia takkan angkat punya.” Terang Syafiq. Hariz mengangguk perlahan.
“Okay.” Hariz mengangkat ibu jarinya. Syafiq membalas kemudian melangkah keluar.


LEKA Hariz menyiapkan kerjanya sehingga tidak sedar akan masa berlalu dengan pantas. Dilihat ke arah jam tangan, sekilas. Sudah jam 1 pagi. Dia meraup wajah yang keletihan. Kemudian diurut tengkuk yang terasa sengal. Hariz mengemas meja yang berselerak. Dimasukkan iklan cadangan kempen ke dalam beg bimbit. Kemudian, dia memasukkan laptop ke dalam beg sandangnya. Hariz mengendong fail-fail yang perlu diteliti. Dia ingin menyelesaikan kerjanya di rumah. Hariz melangkah keluar dari bilik pejabat. Menuju ke arah lif. Dia menekan butang untuk turun ke tingkat bawah. Lif tersebut berhenti di tingkat B. Hariz keluar dari lif tersebut dan menuju ke kereta yang diletakkan di tempat letak kereta khas. Dia menekan alat penggera. Berbunyi nyaring di dalam kawasan parkir Basement yang sunyi itu. Hariz memasukkan barang-barangnya di kerusi belakang. Dihidupkan enjin kereta dan menderum kereta itu meninggalkan kawasan parkir tersebut.
Keretanya sudah berada di atas lebuhraya yang lengang. Mata Hariz terlalu letih untuk dibuka. Kadangkala dia terlelap sebentar. Kemudian segera terjaga. Digosok mata yang semakin letih. Hariz sekali lagi terlelap. Apabila dia terjaga, keretanya makin menghampiri belakang sebuah treler. Hariz menggelabah. Dia segera menukar lorong kanan. Treler itu masuk pula ke lorong yang dimasuki Hariz itu secara tiba-tiba kerana mengelak sebuah kereta yang dipandu perlahan dihadapan. Hariz cuba menekan brek. Tetapi brek kereta itu seperti tidak berfungsi. Akhirnya, kereta yang dipandu oleh Hariz itu menghentam belakang treler tersebut dan sedikit terperosok masuk. Pemandu treler tersebut mengheret kereta itu sejauh 50 meter sebelum menyedari trelernya dilanggar. Dia memberhentikan treler tersebut. Nasib baik keadaan pada waktu itu pagi. Jadi, tidak banya kereta yang melalui lebuhraya itu. Kereta Syed Mahfuz remuk teruk. Orang ramai yang lalu-lalang dikawasan itu segera berhenti. Melihat keadaan kereta yang remuk itu, mereka menjangkakan pasti pemandu kereta tersebut tidak akan selamat. Salah seorang pemandu yang prihatin memberhentikan kenderaannya dan mendekati kereta Syed Mahfuz itu. Terdengar suara Hariz mengerang. Pemandu lelaki itu segera mencapai jemari Hariz yang terjuntai keluar. Dia menggenggam erat jemari Hariz. Memberikan kekuatan kepada Hariz untuk terus bertahan sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.
“Sabar, Bang. Sabar. Cuba bertahan sikit.” Nasihat pemandu lelaki itu.
“Arghhhhhhhhh.............” jerit Hariz. Tidak tertahan lagi menanggung kesakitan. Kakinya tersepit di bawah stereng kereta. Darah memancut keluar dari setiap tubuh badan Hariz. Badannya dibasahi darah. Dada Hariz berombak laju. Pemandu itu tanpa ada sebarang perasaan geli dengan darah itu, masih memegang jemari Hariz.
“Aishah....” Hariz berkata lemah.
“Apa dia, Bang?” tanya pemandu lelaki itu. Dia cuba untuk mendekati Hariz.
“Aishah...” sekali lagi Hariz menyebut, semakin lemah.
“Sabar, Bang. Mengucap. Mengucap dua kalimah syahadah.” Pemandu lelaki itu berpesan. Mata Hariz semakin mengecil.
“Along....” Hariz menyebut pula nama Hafiz.
“Mengucap, Bang.” Sekali lagi pemandu lelaki itu berpesan. Terkumat-kamit mulut Hariz mengucapkan dua kalimah syahadah. Matanya semakin mengecil. Nafas tersekat-sekat. Selesai sahaja mengucap kalimah Allah itu, Hariz menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tangan Hariz lemah. Pemandu lelaki itu memandang Hariz yang terkulai layu. Perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Hariz. Dia menundukkan kepalanya ke bawah.
“Innalillahi wainnaillahirojiun.” Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali, ucap pemandu lelaki itu didalam hati.
Seketika kemudian, bantuan kecemasan tiba. Dikeluarkan Hariz dari kereta yang separuh remuk itu. Mayat Hariz dibawa balik ke hospital untuk dibedah siasat.


AISHAH terkejut jaga dari tidur. Terus sahaja dia duduk menegak. Badannya berpeluh-peluh. Dia seperti dapat merasakan Hariz sedang memanggil namanya. Dada Aishah berombak. Perasaan kurang enak datang lagi. Diurut perlahan dada. Jangan fikirkan sangat, gumam Aishah sendirian. Perut Aishah terasa ditendang oleh bayinya. Dipegang perut yang membesar itu. Diusap-usap perlahan.
“Belum masanya lagi untuk baby keluar. Duduklah dulu dalam perut Mama ni. Ada lagi 2 bulan.” Aishah bercakap kepada anak yang ada di dalam kandungannya. Tetapi bayi di dalam perut itu seperti tidak mahu mendengar kata. Ditendang lagi perut Mamanya. Sehingga Aishah mengaduh kesakitan.
Bersusah-payah Aishah cuba bangun dari katil. Dia menuju ke arah pintu bilik. Perut semakin sakit ditendang. Aishah menahan kesakitannya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik Syed Mahfuz dan Nurradiah. Disebabkan Hariz pulang lewat malam itu, Aishah sekali lagi tidur di rumah ibubapanya. Diketuk pintu bilik kayu itu. Mula-mula perlahan. Aishah mengaduh kesakitan.
Nurradiah menggosok mata. Mendengar orang mengaduh dan juga ketukan di pintu bilik. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke pintu bilik. Dikuak pintu tersebut dan terkejut melihat Aishah yang berdiri dalam keadaan tidak selesa itu. Memandang anak yang sedang berkerut menahan sakit.
“Kenapa ni, Adik?” tanya Nurradiah, cemas.
“Ma...I think it’s time.” Ujar Aishah. Nurradiah memandang ke atas lantai yang sudah dibasahi air. Terbeliak mata wanita tua itu. Dia berlari masuk semula ke dalam bilik. Mengejutkan Syed Mahfuz yang sedang nyenyak tidur.
“Abang...Bangun, Bang. Abang....bangunlah.” kuat Nurradiah mengejutkan Syed Mahfuz. Terpisat-pisat dia mencelikkan mata memandang Nurradiah yang sudah berpeluh. Bilik mereka dilengkapi penghawa dingin. Kenapa masih Nurradiah berpeluh?
“Abang, bangunlah. Kita kena bawak Adik pergi hospital. Air ketuban dia dah pecah.” Nurradiah melompat turun dari katil dan segera menukar baju. Disarungkan tudung ala kadar. Syed Mahfuz bingkas bangun dan menyarungkan baju T dan juga seluar slack.
“Ma...hurry up. I think the baby is coming.” Aishah berkata dalam kesakitan yang amat sangat. Nurradiah berlari ke bilik Aishah dan mengambil baju apa-apa yang patut untuk dibuat persalinan nanti semasa di hospital selepas melahirkan.
Perlahan-lahan Nurradiah dan Syed Mahfuz memimpin Aishah turun ke tingkat bawah dan masuk ke dalam kereta. Enjin kereta terus sahaja dihidupkan. Nurradiah sempat mengunci pintu dan tingkap rumahnya sebelum memasuki perut kereta. Menderum kereta itu meninggalkan kawasan banglo tersebut. Syed Mahfuz memecut ke Hospital Pantai Medikal, Bangsar. Tetapi pemanduannya masih berhati-hati. Sempat Nurradiah menelefon Khairul, Nina dan Nadira semasa di dalam kereta. Memaklumkan keadaan Aishah.
“Ahh....” jerit Aishah buat kesekian kalinya.
“Sabar, Adik. Sabar, ya. Kita dah dekat dah ni.” Ujar Nurradiah. Oleh kerana jalanraya yang lengang, dalam masa 20 minit mereka sudah tiba dihadapan hospital tersebut. Syed Mahfuz memberhentikan kereta di lobi hospital tersebut.
"Nur turun dulu dengan Adik. Abang nak pergi parking kereta ni.” Sela Syed Mahfuz. Nurradiah mengangguk dan segera masuk ke dalam lobi untuk memanggil atendan hospital yang bertugas malam itu. Mereka datang memberikan pertolongan. Selepas menurunkan Aishah, Syed Mahfuz segera beredar menuju ke tempat letak kereta pelawat.
“Ahh...” Aishah menjerit sambil mengusap perut yang semakin sakit. Nafasnya turun naik.
“Dah selang berapa kali kontraksi dia berlaku?” tanya atendan yang menolak kerus beroda yang diduduki Aishah itu. Kaki mereka laju melangkah ke arah wad bersalin.
“Selang 5 minit.” Nurradiah berkata. Atendan itu mengangguk dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam teater bersalin.
“Puan tidak dibenarkan masuk ke dalam teater bersalin. Sila tunggu disini.” Salah seorang jururawat yang bertugas pada malam itu berkata. Nurradiah mengangguk pantas. Gelisah Nurradiah dibuatnya. Mundar-mandir Nurradiah dihadapan teater bersalin itu. Kemudian, dia duduk dikerusi yang disediakan dihadapan teater bersalin tersebut.
Syed Mahfuz melangkah lemah menuju ke arah Nurradiah. Wajahnya muram. Dia melabuhkan punggung disebelah Nurradiah. Syed Mahfuz meraup wajah. Berkali-kali keluhan dilepaskan. Nurradiah hairan dengan sikap Syed Mahfuz. Terkejut juga dia apabila melihat setitis airmata menitik di wajah suaminya. Dipeluk bahu Syed Mahfuz.
“Kenapa ni, Bang?” tanya Nurradiah. Selama 30 tahun lebih mereka berkahwin, belum pernah dia melihat Syed Mahfuz menitiskan airmata. Airmata kegembiraankah? Atau airmata kesedihan? Fikirannya tertanya-tanya.
“Abang...Nur tanya ni. Kenapa dengan Abang ni?” pujuk Nurradiah lembut. Syed Mahfuz menarik jemari isteri yang melingkar kemas dibahunya. Dia melepaskan keluhan kuat.
“Tadi Din call Abang.” Ujar Syed Mahfuz. Memulakan bicara.
“Din? Din mana?” tanya Nurradiah, kurang pasti.
“Najmuddin. Besan kita.” Nurradiah mengangguk perlahan apabila Syed Mahfuz mengingatkan dia kembali.
“Apa yang dia katakan pada Abang?”
“Riz....dah tak ada.” Tutur Syed Mahfuz perlahan.
“Tak ada? Tak ada pergi mana?” Nurradiah bertanya seperti orang bodoh.
“Dia...dah tak ada...di dunia ni lagi.” Syed Mahfuz menyambung kata. Terbeliak mata Nurradiah sehingga menganga. Kemudian, dia menekup mulut. Airmata menitis tanpa dipaksa.
“Apa?!” soal Nurradiah tidak percaya. Syed Mahfuz mengangguk perlahan.
“Accident. Masa on the way balik rumah.” Jelas Syed Mahfuz. Semakin laju airmata Nurradiah.
“Polis dah suruh Din pergi tuntut mayat Hariz. Laporan bedah siasat akan diberitahu kelak oleh pihak hospital.” Sambung Syed Mahfuz. Dia juga tidak menyangka pemergian menantunya secara mendadak. Sedangkan baru kelmarin mereka bersembang dan bergelak ketawa. Dada Nurradiah berdegup kencang. Bagaimana harus dikhabarkan berita buruk ini kepada Aishah? Sedangkan dia baru sahaja bertarung nyawa di dalam.
“Nur, jangan nangis. Abang tak nak Adik terkejut menerima berita ni nanti. Kita kena nampak tabah untuk Adik.” Pujuk Syed Mahfuz. Dipeluk bahu isteri tersayang. Memahami gelojak jiwa yang sedang melanda di dalam diri Nurradiah.

BERSAMBUNG.....

Thursday, February 26, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 41

BAB 41

HAMPIR seminggu mereka berada di London, Aishah sudah siap mengemas baju dan dimasukkannya ke dalam bagasi kerana esok malam mereka akan pulang ke Malaysia. Hariz berada di balkoni bilik hotel tersebut. Fikirannya menerawang jauh. Perlukah dia menjalani rawatan itu? Sesekali terdengar keluhan yang keluar dari bibirnya. Aishah sedikit pelik. Terhenti kerja mengemas baju dan melangkah ke arah Hariz yang membelakanginya. Tersenyum dan memeluk lengan Hariz.
“Kenapa ni, Bang? Dari tadi saya tengok Abang asyik mengeluh je. Ada apa-apa yang tak kena ke?” tanya Aishah, prihatin. Hariz memandang ke sisi dan menggeleng.
“Entahlah, sayang. Abang rasa satu hari nanti Abang akan rindukan tempat ni.” Ujar Hariz.
“Kalau Abang rindukan tempat ni, kita datanglah balik.” Aishah berkata tanpa mengesyaki apa-apa. Hariz tersenyum lebar.
“Sayang pergilah siap. Kata nak pergi Trafalgar Square dan Harrods.” Usul Hariz. Aishah mengangguk dan melangkah masuk untuk bersiap. Entah kenapa debaran hatinya sejak kebelakangan ini seperti mengatakan ada sesuatu yang akan berlaku. Semakin lama semakin kuat rasa debaran itu. Setelah bersiap mereka sama-sama keluar dari bilik hotel itu dan menunggu teksi diluar hotel. Setelah joki hotel tersebut menahan sebuah teksi, mereka berdua masuk ke dalam perut teksi.
“Harrods, please.” Kata Hariz. Pemandu teksi itu mengangguk dan keretanya dihalakan ke destinasi yang ingin ditujui oleh penumpangnya. Sepanjang perjalanan, mereka banyak mendiamkan diri. Sesekali Hariz memperkemaskan genggaman jemarinya dengan Aishah. Kemudian, dicium telapak tangan isterinya itu. Setibanya mereka di Harrods dan setelah membayar duit tambang teksi, mereka turun dari teksi tersebut dan berjalan di atas susur pejalan kaki. Berjalan melintasi kedai-kedai mewah yang ada di dalam Harrods itu. Semakin erat pegangan tangan mereka itu.
Setelah puas berjalan-jalan di dalam Harrods itu, mereka sekali lagi menahan teksi dan menuju ke Trafalgar Square. Aishah duduk di atas satu batu dan meneliti bangunan sekeliling yang ada di Trafalgar Square. Sesekali matanya terarah ke Hariz yang sedang leka memberikan makanan burung-burung merpati yang setelah penat berterbangan, singgah disitu untuk ‘bersantai’ sebentar. Menikmati makanan yang diberikan oleh manusia-manusia baik hati yang singgah disitu untuk menikmati kedamaian. Aishah tergelak kecil apabila melihat seekor burung merpati asyik bertenggek di bahu Hariz. Puas lelaki itu cuba untuk menghalaunya. Hariz melabuhkan punggungnya di sebelah Aishah setelah berjaya menghalau burung merpati tersebut.
“Sayang masih cintakan dia?” tanya Hariz tiba-tiba. Aishah yang sedang leka memerhatikan kawasan sekeliling, terus beralih kepada wajah Hariz yang semakin pucat itu.
“Hah?!” terkejut Aishah dengan persoalan itu.
“Sayang masih cintakan dia?” Hariz bertanya sekali lagi. Manalah tahu, isterinya itu tidak mendengar soalan yang diajukan.
“Siapa?” Aishah berpura-pura tanya. Sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkan Hariz itu.
“Lelaki tu.”
“Lelaki mana?” Aishah seperti mahu bermain tarik tali. Tidak mahu menunjukkan reaksi benar-benar terkejutnya.
“Ex-lover sayanglah.” Hariz berkata dalam senyuman. Dia tahu Aishah sengaja hendak mengelakkan soalan begitu. Aishah terdiam.
“Tak.” Ringkas jawapannya membuatkan Hariz berasa kurang yakin.
“Takkanlah sayang tak ada perasaan pada dia lagi? Sedangkan sayang selalu jumpa dia.” Aishah membeliakkan mata mendengar kata-kata Hariz.
“Apa....” belum sempat Aishah bertanya apa-apa, tangannya sudah ditarik oleh Hariz.
“Jom pergi makan, sayang. Abang laparlah.” Rengek Hariz manja. Terkaku Aishah sebentar. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi.


SUDAH 5 bulan peristiwa di London berlalu, tetapi bagai dirasakan seperti semalam. Termenung sahaja Aishah dibutik jika tiada pelanggan yang datang. Putri menggawangkan tangan dihadapan wajah Aishah. Tersentak dibuatnya. Memandang wajah Putri yang semakin berseri-seri pula semenjak bergelar seorang isteri. Putri tersenyum.
“Apa yang Akak menungkan tu?” usik Putri. Aishah melepaskan keluhan. Mengusap perut yang semakin membesar. Kandungannya kini sudah masuk 7 bulan.
“Tak ada apa-apalah, Put. Ada apa-apa ke yang Put cari Akak ni?” tanya Aishah apabila dilihat Putri berada di dalam bilik pejabatnya.
“Kak D telefon tadi. Tapi katanya Kak Adik tak angkat phone. Tu yang dia call office.” Jelas Putri. Aishah segera mencari telefon yang ada di dalam tas tangannya. 11 missed calls. 7 panggilan dari Diyana. Manakala 2 dari Lily dan 2 lagi dari Zanariah. Kenapa dia tidak dengar?
“Ohh...patutlah. Akak silentkan phone.” Ujar Aishah sambil menutup simbol silent itu.
“Ermm....Cik Baiyah punya preparation dah siap? Pelamin, baju, aksesori? Hantaran?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aishah. Putri melabuhkan punggung menghadap Aishah.
“Semua dah beres. Yang belum siap lagi, hantaran saja.” Terang Putri.
“Hantaran tak siap lagi? Majlis Sabtu ni je.”
“On the way. Ada 2-3 dulang je lagi.” Sela Putri.
“Ohh...ingatkan satu dulang pun tak buat lagi. Dahlah dia ada 19 dulang. Campur belah lelaki lagi 17 dulang. Orang paling limit buat 15 dulang je, tak pernah sampai banyak macam ni. Dia nak buat sampai 19 dulang. Kalah anak raja.” Seloroh Aishah. Mereka sama-sama tergelak.
“Tulah pasal, Kak. Terkejut jugak Put bila dia kata nak buat 19 dulang. Ingatkan nak letak kuih-muih or coklat je lah sampai 19 dulang. Rupa-rupanya barang hantaran dia memang banyak. Patutlah nak buat sampai 19 dulang.” Putri pula berkata. Masih menahan tawa. Belum pernah berjumpa dengan pelanggan yang menempah dulang sebegitu banyak.
“Lori 3 tan yang nak bawak fresh flowers tu dah tempah?” tanya Aishah lagi dalam sisa tawanya. Ketawa, ketawa juga. Tapi permintaan pelanggan harus dipenuhi.
“Dah, Kak. Semalam Put dah tempah.”
“Tempah dengan siapa?”
“Dengan Pak Mali lah. Dengan siapa lagi.” Ujar Putri. Aishah mengangguk.
“Okaylah, Kak. Kalau tak ada apa-apa lagi, Put keluar dulu. Banyak kerja kat luar lagi.” Kata Putri seraya bangun dari kerusi yang didudukinya. Sekali lagi Aishah mengangguk.
Sebaik sahaja Putri keluar dari bilik pejabatnya, Aishah terus mendail nombor Diyana. Terdengar bunyi deringan. Seseorang menjawab panggilannya itu.
“Hello?”
“Hello. D, aku ni.” Jawab Aishah.
“Hah...mana kau menghilang ni? Dari tadi aku try call, tak dapat-dapat.”
“Adalah. Aku silentkan phone aku. Apa hal kau call aku?” terus sahaja Aishah bertanya.
“Kita orang nak ajak kau lunch lah. Dah lama kan kita tak keluar sama-sama.” Diyana pula berkata. Aishah tersenyum.
“Haih...baru minggu lepas kita jumpa.” Aishah berkata.
“Itu aku dengan kau je. Ni hah...si Lily dan Zura pun nak join sekali lunch kita ni.”
“Ohh...boleh. Kat mana?” tanya Aishah. Diyana terdiam lama. Seperti berfikir sesuatu.
“Ermm...” Diyana tidak dapat menentukan dimana hendak mereka menjamu selera.
“Mamaklah, jom. Aku mengidam nasi kandar pulak.” Aishah menyambung kata.
“Aihh...nasi kandar pun boleh mengidam?” usik Diyana.
“Tulah pasal. Budak dalam perut ni hah. Macam-macam permintaannya.” Seloroh Aishah pula. Terdengar gelak Diyana yang nyaring. Sudah jadi isteri dan ibu tetapi perangainya yang satu ini tetap tidak boleh dibuang.
“Boleh jugak. Aku pun dah lama tak pekena nasi kandar.” Sahut Diyana. Sama-sama mencapai persetujuan.
“Nanti aku call Lily dan Zura.” Ujar Diyana.
“Okay.” Selepas itu, mereka sama-sama mematikan talian.


TEPAT jam 12 tengah hari, Aishah keluar dari butik dan menuju ke restoran mamak yang dinyatakan oleh Diyana di dalam khidmat pesanan ringkasnya. Dia menahan teksi dihadapan butiknya. Sebuah teksi berhenti betul-betul dihadapan Aishah. Dia masuk ke dalam teksi tersebut. Terus sahaja teksi itu memecut menghala ke destinasi yang ingin ditujui oleh penumpangnya. Sampai sahaja di hadapan restoran mamak tersebut, Aishah bersusah-payah cuba keluar dari teksi itu selepas membayar tambang. Terkial-kial. Kasihan pula pemandu teksi itu melihat Aishah. Selepas itu, perlahan-lahan dia menapak ke restoran itu. Kelihatan Diyana, Lily dan Zura sedang menunggu kedatangan Aishah.
“Oitt...mak buyung.” Panggil Diyana kuat. Kesemua mata yang ada di situ memandang ke arah Diyana yang sedang menekup mulut. Lily dan Zura mengalih pandang ke tempat lain. Pura-pura tidak kenal dengan manusia dihadapan mereka itu. Aishah tersenyum sumbing menuju ke arah mereka bertiga. Dilabuhkan punggung di sebelah Lily. Mereka berpelukan.
“Sukanya aku dapat jumpa dengan mak buyung ni.” Zura berseloroh. Yang lain, tergelak. Aishah mencebikkan bibir.
“Elok sangatlah tu. Nanti baby kau muka macam tu.” Diyana pula berkata.
“Lama tak jumpa Lily...Zura.” Aishah berkata girang. Seronok dapat berkumpul semula bersama teman-teman lama.
“Yalah. Kau kan dah sibuk sekarang ni. Menjaga suami. Tak lama lagi nak jaga baby. Baby....baby....dan baby lagi.” Usik Diyana. Aishah tergelak kecil. Teringat dia pada Amy. Sikap Diyana dan Amy saling tidak tumpah. Ahh...rindunya dia pada Amy. Setitis airmata berguguran di pipinya.
“Aik?! Seronok sangat jumpa kita orang sampai menangis pulak.” Diyana tidak habis-habis menggiat. Aishah tersenyum dan menggeleng. Segera dilap airmata kerinduan itu.
“Taklah. Aku rindu pada kawan aku, arwah Amy. Yang aku pernah cerita kat kau tu.” Ujar Aishah. Diyana mengangguk. Tahu siapa yang dimaksudkannya itu.
“Dahlah tu, Shah. Dia pun dah lama tak ada.” Diyana memujuk. Menggenggam erat jemari Aishah. Wanita itu hanya mengangguk.
Amy dan 2 orang anaknya mengikuti Daniel ke Kanada atas urusan kerja. Kereta yang dipandu oleh Daniel terbabas dan berlanggar dengan sebuah treler yang juga melalui kawasan itu. Daniel dan 2 orang anak mereka meninggal di tempat kejadian. Manakala Amy disahkan meninggal dunia tetap jam 10 malam, waktu Malaysia. Akibat mengalami pendarahan yang teruk di organ dalamannya. Kecuali anak arwah Amy dan arwah Daniel yang bongsu sahaja tinggal di Malaysia kerana masih bayi. Dijaga oleh ibubapa Amy. Ketika menerima berita mengenai kejadian itu, Aishah, Zanariah dan Soraya sedang menjamu selera bersama. Sudah lama tidak berjumpa. Ingatkan mahu berjumpa sekali dengan Amy. Tetapi dikhabarkan oleh ibu Amy bahawa mereka mengikuti Daniel ke Kanada pun, atas perancangan minit terakhir. Sebelum ini, Amy tidak menunjukkan sikap-sikap pelik. Ceria sahaja seperti selalu. Tetapi tidak disangka bahawa ajalnya sampai dahulu. Mereka bertiga redha dengan pemergiannya. Sekurang-kurangnya Aishah ada Diyana untuk melepaskan kerinduan terhadap Amy. Bagaimanalah agaknya dengan keadaan Soraya dan Zanariah untuk melepaskan kerinduan mereka terhadap sahabat seorang itu? Baru terasa seperti semalam dia bercakap dan bergelak ketawa bersama Amy. Segera dilap semula airmata yang kembali menitis.
“So, nak makan apa?” pertanyaan Lily memecahkan lamunan Aishah.
“Nasi kandar lah.” Jawab Diyana sambil menggolekkan kepala. Zura menampar bahu Diyana. Sempat berlawak pula minah seorang ini. Lily dan Zura memilih makanan yang digoreng. Aishah dan dan Diyana bangun dan menuju ke arah kaunter makanan.
“Nasi?” tanya mamak itu. Mereka sama-sama mengangguk.
“Makan atau bungkus?” mamak itu bertanya lagi.
“Makan.” Jawab Diyana ringkas. Dia meletakkan nasi ke dalam pinggan.
“Mau lauk apa?” Diyana seperti berfikir sesuatu. Diunjukkan jarinya ke arah lauk-pauk yang terhidang. Saat-saat ini, bermacam lauk pula ingin dirasai. Setelah itu, mamak tersebut menyerahkan pinggan nasi tersebut kepada Diyana. Dicapai dan segera melangkah ke tempat duduknya. Mamak itu meletakkan nasi putih itu ke atas pinggan sekali lagi.
“Mau lauk apa?” tanya mamak itu.
“Kuah taruk atas.” Aishah pula berkata. Mamak itu menggolekkan kepalanya tanda mengerti akan permintaan Aishah itu. Kesemua kuah lauk-pauk yang ada disitu dicampurkan di atas nasi Aishah.
“Lauk apa?” sekali lagi mamak itu bertanya.
“Ayam.” Aishah menunjuk ke arah ayam yang diingininya. Mamak itu memotong kecil-kecil isi ayam tersebut dan diletakkan semula di atas pinggan nasi.
“Sayur?” tanya mamak itu.
“Yang tu.” Unjuk Aishah. Kemudian, pinggan itu dihulurkan kepada Aishah.
Puas sudah mereka menjamu selera. Lega Aishah dapat makan nasi kandar. Sudah lama rasanya dia tidak makan makanan itu. Diyana sendawa kuat. Kemudian dia menutup mulut.
“Hish...kau ni kan. Memang tak senonoh betul lah.” Marah Zura.
“Sorry...sorry...tak sengaja. Sedap sangat.” Diyana menyusun sepuluh jari dihadapan mukanya. Tanda meminta maaf.
“So, fight kau untuk anak-anak kau macam mana hari tu?” tanya Zura tiba-tiba kepada Lily.
“Okay. Ada harapan nak menang kot.” Jawab Lily.
“Aku ni still tak faham. Apa benda yang kau fightkan sebenarnya?” Diyana bertanya.
“Hak anak-anak aku untuk dapatkan nafkah hidup dari ex-husband aku. Walaupun aku dan dia dan bercerai, tapi anak-anak aku still ada hak tu. Tak kisahlah dia tak nak bagi kat aku. Sebab aku pun tak hadap sangat duit dia tu. Tapi, dia kena ingat. Itu anak-anak dia jugak. So, anak-anak aku berhak dapat hak sama rata dengan anak-anak first wife dia tu.” Bentak Lily geram.
“Kau tak cuba selesaikan luar mahkamah?” tanya Diyana lagi.
“Aku dah cakap dengan dia. Aku tak nak naik turun mahkamah. Sebab benda ni akan melibatkan anak-anak sekali. Jadi, aku nak selesaikan kat luar mahkamah jelah. Aku tuntut apa yang patut dia beri je. Aku tak mintak lebih-lebih. Berapa sangatlah amountnya pun. Tak sampai seribu. Dia ada business sendiri. Bulan-bulan masuk juta-juta. Takkanlah tak mampu nak bayar nafkah anak yang tak sampai seribu tu. Tapi first wife dia dah cakap yang husband dia tetap takkan bayar. So, nak expect aku berdiam diri lagi? Tak tuntut apa yang sepatutnya anak-anak aku dapat? Memang taklah. Sekarang ni, daripada bayar nafkah anak yang tak sampai seribu tu, dah jadi kena bayar ribu-riban. Lawyer lagi, nafkah anak-anak aku lagi. Tak ke menyusahkan hidup tu, namanya.” Marah benar si Lily ini dengan bekas suaminya. Ada betul juga kata-katanya itu. Daripada membayar nafkah anak yang tidak sampai seribu sebulan, kini terpaksa bayar yuran peguam lagi, yuran itulah, yuran inilah. Nafkah anak-anak yang tertunggak lagi.
“So, sekarang ni kau dah ada title J ni, kau tak terfikir ke nak cari ayah baru untuk budak-budak tu?” seloroh Diyana. Aishah tersenyum, Zura mengangguk.
“Tak naklah. Kalau yang datang tu nak menyusahkan hidup aku. Lebih baik aku jadi ibu tunggal. Jaga dan berikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak aku. Lagipun, pengalaman lalu mengajar aku untuk berhati-hati dengan insan yang bernama lelaki.” Jelas Lily dengan tegas. Mereka semua setuju dengan kata-kata Lily.


SETELAH berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, Aishah pulang semula ke butik. Dia meletakkan tas tangan di dalam laci. Belum pun sempat dia melabuhkan punggung, telefon pejabatnya berdering. Segera diangkat. Tidak mahu pemanggil menunggu lama.
“Hello?” jawab Aishah.
“Assalamualaikum, Adik.” Sahut si pemanggil.
“Waalaikumussalam. Ma...Kenapa, Ma?” sudah dikenali si pemanggil tanpa perlu dia memperkenalkan dirinya.
“Saja. Esok hari Sabtu kan? Adik ingat tak esok ada apa?” Nurradiah pura-pura bertanya.
“Ingatlah, Ma. Esok birthday Papa.” Aishah berkata. Masakan dia lupa setiap harijadi keluarganya. Selalu, dialah yang menjadi ‘kalendar bergerak’. Pemberitahuan pada tarikh bilakah harijadi ahli keluarganya. Sampaikan ipar duai dan birasnya juga dia tahu harijadi mereka.
“Tapi kami tidur sana esok. Sebab kata Abang Hariz, hari Isnin tu, dia nak pergi kerja sekali dengan Papa.” Ujar Aishah. Gagang telefon dilekapkan ke telinga. Tetapi tangan dan matanya sibuk membuat kerja-kerja tempahan pelanggan yang harus diselesaikan.
“Hmm...yalah. Keluarga mentua kamu jangan lupa jemput sekali.”
“Yalah, Ma.”
“Adik datang pagi tau. Esok pagi Papa nak pergi main golf dulu dengan Datuk mana entah. So, dalam tengah hari baru dia balik.” Pesan Nurradiah.
“Okay, Ma. Yang lain semua?” tanya Aishah tentang adik beradiknya yang lain.
“Kak Na dengan Abang Sof pergi ambil kek dulu. Baru datang sini. Yang lain, terus ke sinilah.” Nurradiah berkata lagi.
“Baiklah, Ma. See you tomorrow.” Kemudian mereka sama-sama mematikan talian.
Lewat petang itu, Hariz datang menjemput Aishah di butik. Semenjak Aishah berbadan dua ini, Hariz lebih suka menghantar dan mengambilnya pulang dari butik. Tidak mahu Aishah memandu sendirian. Perasaannya jadi tidak tenteram jika tidak melihat Aishah sampai dengan selamat.

BERSAMBUNG.....

Wednesday, February 25, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 40

BAB 40

KEESOKKANNYA, Hariz sudah bersiap memakai pakaian yang lengkap. Berpakaian tebal kerana cuaca sejuk yang mengigit kulitnya. Walaupun sudah berada di bulan Januari, suasana sejuk masih terasa walaupun musim salju baru sahaja berlalu pergi. Musim bunga baru sahaja mula menunjukkan wajah. Aishah masih lagi termenung di balkoni. Dia masih belum bersiap. Seperti tidak bersedia untuk keluar makan bersama Hafiz. Hariz berdehem kecil. Aishah mengalih pandang.
“Sayang tak siap lagi? Tak nak pergi lunch ke?” tanya Hariz dengan senyuman.
“Tak naklah, Bang. Rasa macam nak duduk dalam bilik je.” Ujar Aishah dan melabuhkan punggung ke atas kerusi yang ada di balkoni itu.
“Hmm…tak apalah. Nanti lepas Abang balik lunch dengan Along, Abang bawak sayang pergi jalan kat Trafalgar Square, ya?” Hariz memegang kedua belah bahu Aishah. Wanita itu mengangguk dan menyentuh jari jemari suaminya dibahu itu.
“Abang pergi dulu, ya.” Ujar Hariz dan mencium ubun-ubun kepala Aishah. Dia mengangguk perlahan. Hariz beralih masuk semula ke dalam dan menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja pintu bilik itu tertutup semula, Aishah memandang semula ke hadapan. Tidak sanggup untuk dia berhadapan dengan Hafiz. Aishah melepaskan keluhan perlahan.
Hariz mengambil Hafiz di hotel menggunakan keretanya dan mereka hanya menjamu selera di kawasan itu sahaja. Hafiz juga tidak mahu pergi jauh. Sebentar lagi dia akan memulakan shif kerjanya. Hafiz memilih sudut yang agak tersorok. Pelayan restoran mendekati mereka berdua. Diserahkan menu yang berona hitam itu kepada mereka.
“May I take your order, Sir?” tanya pelayan itu. Soalan rutin. Hariz dan Hafiz sibuk melihat makanan yang ada di dalam senarai makanan itu.
“Sirloin Steak and Brewed Cappucino for me.” Hafiz berkata dan menutup menu itu semula. Diletakkan di atas meja. Kelihatan pelayan itu mencatit sesuatu.
“Smoked Salmon and Hot Choco for me.” Kata Hariz. Menu itu diletakkan di atas menu yang dipegang oleh Hafiz. Pelayan itu sekali lagi mencatit di atas kertasnya. Kemudian, diulangi pesanan-pesanan tersebut. Mereka hanya mengangguk. Pelayan itu mengambil semula menu tersebut. Mereka sama-sama memerhatikan langkah pelayan itu meninggalkan meja mereka.
“So, Along….” Panggil Hariz. Hafiz berkalih pandang ke arah Hariz.
“How’s your life?” Hariz bertanya. Tangannya disilangkan ke dada.
“Fine, I guess.” Jawab Hafiz ringkas.
“I guess? Apa maksudnya tu?” Hariz mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap Hafiz.
“Along rasa seronok dapat balik sini, sebenarnya.” Hafiz membetulkan duduk.
“Dah lama Angah nak tanya Along ni.” Ujar Hariz lambat-lambat.
“Apa dia?” tanya Hafiz bersama kerutan di dahi.
“Apa yang membuatkan Along balik ke sini semula? Bukan ke dulu Along dah mintak transfer nak balik K.L?” pertanyaan Hariz benar-benar membuatkan Hafiz terkedu. Tidak tahu hendak memberikan alasan apa.
“Memanglah. Tapi Along tak dapat apa yang Along mahu kat sana. Jadi, Along buat keputusan untuk balik ke sini lah.” Alasan Hafiz. Sedikit berbohong kepada Hariz.
“Apa yang tak dapat? Cinta? Dulu Along ada Kak Lisa. Tapi sayangnya, Along lepaskan dia. Duit? Rasanya, Along lagi kaya dari Angah.” Seloroh Hariz. Hafiz tergelak kecil.
“Jangan berguraulah, Angah. Bukan pasal duit.” Sangkal Hafiz. Dia melepaskan keluhan perlahan. Kening Hariz bertaut.
“Habis? Kalau bukan pasal duit, heheheh…..ni mesti pasal cinta.” Usik Hariz. Perbualan mereka terhenti sebentar apabila pelayan yang sama datang semula membawa makanan mereka. Berasap-asap Sirloin Steak dihadapan Hafiz. Membuatkan dada Hafiz sedikit sesak dengan asap itu. Dikibas-kibas asap itu untuk pergi jauh.
“Pasal cinta?” tanya Hariz lagi, tidak puas hati.
“Kenapa Angah sibuk sangat nak tahu?” Hafiz bertingkah sedikit geram.
“Yalah. Mestilah Angah nak tahu. Angah dah kahwin. Nak jadi ayah dah pun. Along je. Rasa macam Angah ni langkah bendul Along.” Ucap Hariz. Dia masih rasa bersalah kerana Hafiz masih lagi tidak berkahwin. Hafiz memandang wajah Hariz yang sedikit pucat itu.
“Kita lelaki, Ngah. Mana ada istilah langkah bendul ni. Lain lah kalau perempuan.” Sela Hafiz.
“Ahhh….Angah tak kira. Cepat lah cerita, Long.” Paksa Hariz lagi.
“Kita makan dulu, okay. Nanti Along cerita panjang-panjang.” Hafiz berkata siap dengan tangannya didepangkan lagi. Hariz tergelak.
“Yalah. Angah nak jugak tahu.” Ugut Hariz. Satu keluhan kecil dilepaskan. Bersediakah kau, dik? Jika kebenaran ini dibongkarkan? Tidak sanggup rasanya melihat wajahmu yang kecewa, Hafiz bergumam. Dia leka dengan makanan yang terhidang dihadapannya kini.
Usai menjamu selera, Hafiz menghirup minuman yang masih berbaki. Pandangannya ditebarkan ke kawasan sekeliling. Walaupun sibuk dengan kereta yang lalu-lalang, keadaan di kawasan itu masih lagi menyamankan. Dia memandang ke sisi apabila terperasan akan sepasang mata yang merenungnya dari tadi. Mengerutkan dahi. Hariz tersengih sehingga menampakkan gigi ‘manis’nya.
“Angah nak apa?” Hafiz pura-pura bertanya.
“Your story.” Barulah Hafiz faham akan kemahuan adiknya itu. Dia mengeluh.
“Lupakan jelah, Angah. Along tak ada mood nak cerita.” Bukan tidak ada mood, tetapi sebaliknya lebih kepada mengelak persoalan itu.
“Nope. Along dah promise.” Paksa Hariz. Sekali lagi dilepaskan keluhan, kuat.
“Okay...okay.” Hariz bersandar ke belakang. Tangan kanan Hafiz disilangkan ke dada manakala sebelah kiri, melurut dagu. Tidak tahu bagaimana untuk mulakan proses penceritaan.
“Okay, kalau Along tak tahu nak mula cakap macam mana, Along ceritakan ciri-ciri perempuan yang pernah ada dalam hidup Along tu.” Hariz tahu sangat kalau Hafiz seperti orang berfikir, pasti dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan cerita. Hafiz tersenyum kecil.
“True love requires no word.” Jawab Hafiz ringkas.
“Come on. There must be something about her that she is so special to you.” Hariz berkata. Separa tidak puas hati.
“Dia suka makan western or sushi. Kalau dia makan especially western, dia akan potong makanan tu jadi kepingan yang kecil-kecil. Lepas tu, suap perlahan-lahan. Macam menikmati makanan tu. And you can see her expression that she really enjoy the food.” Terang Hafiz sambil tersenyum. Membayangkan gadis yang dicintainya itu. Hariz tersenyum.
“Along tak pentingkan rupa. Tapi bagi Along wajahnya yang sangat manis itu membuatkan Along rasa berdebar-debar. Along suka kalau dia senyum. Mesti nampak lesung pipit dia yang sangat dalam tu. Dan yang paling penting, she’s the one that I loved the most.” Sambung Hafiz. Wajah Aishah terlayar diruang mindanya.
“Hurmm...and she is so special to you?” tanya Hariz. Hafiz mengangguk perlahan.
“Then, kenapa tak teruskan je hubungan dengan dia?” bertubi soalan yang keluar dari mulut Hariz. Satu keluhan berat keluar dari mulut Hafiz. Dia memandang Hariz yang masih lagi setia mendengar ceritanya.
“Ada satu ikatan hubungan yang mengikat hubungan kami ini dari terus terputus. “ tersirat benar kata-kata Hafiz. Adiknya itu mengerutkan dahi. Tanda tidak faham.
“I don’t get it.”
“One day, Angah. One day, you will get it.” Hafiz berkata ringkas lagi. Mematahkan perbicaraan ini dari terus berlanjutan.
“Angah tak nak order apa-apa ke untuk Aishah?” tanya Hafiz. Baru Hariz teringat bahawa isteri di hotel masih belum menjamah apa-apa makanan tengah hari.
“Waiter.” Lambai Hariz ke salah seorang pelayan yang berdiri di kaunter. Pelayan itu segera menuju ke arah mereka.
“The menu, please.” Hafiz berkata ringkas. Pelayan itu berjalan semula ke arah kaunter dan mengambil sebuku menu. Dia berpatah semula ke tempat yang diduduki mereka. Hariz mencapai menu yang diserahkan dan melihat menu itu sambil berfikir makanan apa yang hendak dibungkusnya.
“Bagi Spaghetti Meat Ball.” Hariz berkata dan diserahkan semula menu itu kepada pelayan tersebut. Hafiz menahan pelayan itu dari melangkah pergi.
“Spaghetti? Bukan ke Aishah suka Chicken Lasagna?” tanya Hafiz.
“A’ah lah. Lupa. Ermm...cancel Spaghetti, tukar kepada Lasagna.” Hariz memandang ke arah pelayan itu.
“Chicken atau Beef?” tanya pelayan itu semula.
“Chicken.” Jawab Hafiz pula. Pelayan itu terangguk-angguk menerima pesanan. Terus sahaja pelayan itu menghantar pesanan yang dicatitnya tadi ke dapur. Hariz mengalih pandang ke arah Hafiz.
“Mana Along tahu yang Shah suka makan Chicken Lasagna?” pertanyaan Hariz benar-benar membuatkan Hafiz terpana. Macam mana dia boleh terlepas cakap? Tapi sememangnya Aishah tidak suka Spaghetti Meat Ball.
“Kan Along kawan baik dengan Kak Nina. So, Along pernah keluar makan bersama dia orang. Ramai-ramai.” Bohong Hafiz. Dilihatnya Hariz mengangguk. Sementelah menunggu, mereka bersembang cerita lama-lama. Zaman sekolah, zaman cinta monyet, zaman rock jiwang karat. Semuanya ada. Semuanya mereka lalui bersama. Kini, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Sehingga tiada lagi masa untuk menghabiskan waktu bersama. Sebentar kemudian, pesanan bungkusan makanan Aishah tiba. Bungkusan itu diletakkan di atas meja.
“Bill, please.” Ujar Hariz. Pelayan itu mengangguk seraya melangkah kembali ke kaunter. Dia mengambil sebuah buku yang di dalamnya beserta bil pembayaran. Hafiz sudah mengeluarkan dompetnya dan ingin membayar makanan mereka. Segera Hariz menghalang.
“Along belanja.” Ujar Hafiz.
“Eh, tak apa. Angah belanja.”
“Tak apalah. Bukan selalu Angah datang holiday. Biarlah Along belanja.”
“It’s okay. Hari ni Angah belanja. Esok pulak Along belanja.” Sesama beradik itu tidak habis bertingkah. Pelayan itu memandang mereka dengan senyuman. Segera Hariz mengeluarkan beberapa not Pound Sterling dan diletakkan di atas buku tersebut. Pelayan itu mengangguk dan berjalan semula ke arah kaunter. Setelah mendapatkan baki, dia membawa semula kepada Hariz. Hariz hanya mengambil baki not Pound Sterling sahaja. Syiling dibiarkan untuk menjadi tips.
“Terima kasih, Tuan. Datang lagi.” Ucap pelayan itu dalam senyuman. Mereka sama-sama mengangguk sebelum masing-masing melangkah keluar.
“Oklah, Ngah. Along nak kena balik hospital ni.” Ujar Hafiz sambil melihat jam di tangan.
“Okay. Malam ni kita dinner sama lagi nak? Sekali dengan Shah.” Pelawa Hariz. Hafiz mengerutkan sedikit dahinya.
“Malam ni Along kena on call. So, maybe tak dapat join kau orang dinner.” Hafiz menolak pelawaan itu. Mana mungkin dia menganggu mereka berdua menjamu selera selalu. Nanti apa pula kata Aishah. Lagipun, sudah tentu wanita itu juga tidak mahu berjumpa selalu dengannya. Hati masih belum kuat untuk masing-masing melupakan kisah sejarah dulu.
“Okay.” Ucap Hariz. Mereka bersalaman. Kemudian, berpisah mengikut haluan masing-masing.


HARIZ menguak pintu bilik hotel yang didiami mereka selama seminggu itu. Dilihatnya Aishah masih berada di balkoni. Merenung entah kemana. Sentuhan lembut dibahu, menyebabkan Aishah tersentak dan berpaling memandang Hariz yang berada dibelakangnya.
“Eh, bila Abang balik? Tak sedar pun.” Ujar Aishah sambil membetulkan duduk.
“Macam mana nak sedar? Sayang asyik termenung je. Dahlah tu. Jom makan. Abang dah take away untuk sayang.” Hariz berkata dengan senyuman. Aishah mengangguk dan membuntuti Hariz masuk ke dalam. Sejak seminggu lebih mereka berada di luar negara, kedinginan sudah bagaikan lali menggigit kulit. Hariz membuka plastik yang membungkus makanan itu.
“Eee...Lasagna.” Aishah terjerit kesukaan. Hariz tersenyum dan menggeleng perlahan. Seperti keanak-anakan sahaja perangai isterinya semenjak sudah berbadan dua ini.
Aishah duduk menghadap Hariz. Dia mengambil pisau dan garfu yang disediakan oleh Hariz. Dipotong Chicken Lasagna itu kepada bahagian yang lebih kecil. Disuap perlahan-lahan ke mulut. Dikunyah perlahan. Menikmati rasa keju dan isi ayam yang sangat enak itu. Sesekali dipejamkan mata. Sambil mengunyah sambil tersenyum. Hariz mengerutkan dahi. Apalah yang sedap sangat dengan Lasagna itu? Tiba-tiba Hariz teringatkan kata-kata Hafiz semasa menjamu selera tengah hari tadi. Ada persamaan antara Aishah dan gadis yang digambarkan oleh Hafiz itu. Mungkinkah....
“Sayang...” panggil Hariz lembut.
“Hmm...” Aishah menyahut dan mendongakkan kepala.
“Ermm...tak ada apa-apalah.” Hariz berkata kemudian. Dahi Aishah berkerut. Kemudian, dia senyum sehingga menampakkan lesung pipit. Membuatkan Hariz terkedu. Mungkinkah ini gadis yang dimaksudkan Hafiz?
“Sayang, boleh tak ceritakan pada Abang tentang ex-lover sayang tu?” Hariz buat-buat bertanya. Aishah tergamam. Terus terlepas garfu yang dipegangnya itu.
“Hah?!”
“Yalah. Abang pun nak tahu jugak. Siapa orang tu yang berjaya menambat hati sayang sebelum Abang.” Hariz berdolak-dalih. Dia perlukan kepastian.
“Adalah orang tu.” Aishah mengelak. Tiba-tiba dibangkitkan soal ini. Mati sudah seleranya.
“Sayang...tell me the truth.” Paksa Hariz. Aishah gelisah.
“Abang kenal dia?” duga Hariz.
“Eh....taklah.”dalih Aishah.
“Okay. Kalau tak ada kaitan dengan Abang, tentu sayang boleh cerita dengan Abang siapa dia.” Pujuk Hariz lembut.
“Okay. Kalau sayang tak nak cerita siapa dia, ceritakan ciri-ciri dia. Barulah Abang boleh bandingkan dengan diri Abang.” Hariz menyengih. Aishah melepaskan keluhan kuat. Dipejamkan mata.
“True love requires no word.” Ucap Aishah. Ditolak pinggan makannya. Dihirup sedikit air untuk menghilangkan dahaga yang tiba-tiba datang. Tersentap jiwa Hariz. Pura-pura gelak. Menutup jiwa yang resah dengan kata-kata itu.
“Apa yang kelakarnya?” tanya Aishah, tidak faham.
“Kelakarlah. Sayang dengan Along sama je. Bila Abang tanya siapa ex-lover, Along pun cakap macam tu jugak.” Ujar Hariz. Cuba mencari reaksi Aishah. Spontan dengan itu Aishah bangun dan berjalan menuju balkoni. Gelak Hariz diganti dengan senyumannya yang manis.
“Ceritalah, sayang.” Hariz masih memaksa. Satu keluhan kecil dilepaskan.
“He’s very gentleman.” Ujar Aishah, ringkas.
“Itu je?”
“Yang lain semua tak penting bagi saya. Yang penting, dia adalah orang yang saya cintai.” Ucap Aishah membuatkan cemburu Hariz meluap-luap. Namun ditahan rasa amarah itu.
“Sayang masih lagi berhubung dengan dia?” tanya Hariz. Ingin tahu serba-sedikit. Gelengan Aishah sedikit sebanyak melegakan hati yang gundah gulana.
“Saya dah jadi seorang isteri. Tak mungkin untuk kami teruskan hubungan lagi. Tapi...” ayat Aishah yang tergantung itu membuatkan nafas Hariz kembali tersekat-sekat.
“Ada ikatan hubungan yang menyebabkan hubungan kami tidak boleh terputus. Malah lebih terikat.” Kata-kata yang penuh makna. Hariz faham akan maksud itu. Dia melepaskan keluhan, kuat. Dia yakin kini bahawa orang yang dimaksudkan Hafiz adalah, Aishah. Manakala lelaki yang dimaksudkan Aishah adalah Hafiz. Entah kenapa perasaan cemburunya tiba-tiba mati. Tiada rasa amarah buat mereka berdua. Dia tidak suka berperasaan begini. Kenapa tiada cemburu? Hariz meraup wajahnya.
“Kenapa Abang tiba-tiba tanya?” soal Aishah.
“Saja.” Hariz berkata ringkas seraya melangkah masuk ke bilik air. Pelik.

BERSAMBUNG.....

Saturday, February 21, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 39

BAB 39

HARIZ kembali semula ke kabin di tempat mereka tadi dengan membawa sebungkus sandwich dan 2 cawan plastik yang berisi air kopi. Dihulurkan bungkusan sandwich tersebut kepada isteri dihadapan yang sedang leka mendengar lagu melalui mp4 sambil membaca novel Sepi Berlalu Pergi, karya Damya Hanna. Aishah mencapai bungkusan tersebut. Dirungkaikan plastik itu dan perlahan-lahan menyumbat sandwich itu ke dalam mulutnya. Hariz juga leka membaca novel hasil nukilan mendiang Sidney Sheldon. Dalam masa 1 jam, keretapi tersebut tiba di stesen keretapi London. Hariz turun dahulu untuk mendapatkan bagasi-bagasi mereka. Aishah yang turun kemudian, segera mendapatkan Hariz yang sudah sedia menunggu dengan bagasi mereka. Aishah memaut lengan Hariz dan mereka sama-sama menuju ke tempat menunggu teksi. Setelah mendapatkan sebuah teksi untuk disewa, Hariz memunggah masuk bagasi mereka ke dalam teksi tersebut. Masing-masing masuk ke dalam perut kereta.
“Where are we heading, Sir?” tanya pemandu teksi itu.
“To Regent Palace, Sherwood Street, please.” Ujar Hariz sambil menarik tali pinggang keledar di kerusi belakang. Aishah juga turut melakukan perbuatan yang sama.
“Alright.” Teksi itu bergerak perlahan meninggalkan stesen keretapi.
Sampai sahaja di Regent Palace itu, pemandu teksi itu turun dan menolong memunggahkan bagasi. Seorang bell boy hotel turut datang membantu mereka. Hariz membayar tambang teksi dan mengucapkan terima kasih. Aishah tersenyum memandang pemandu teksi itu. Terus sahaja mereka menuju ke kaunter front desk dan seorang wanita yang bekerja di front desk itu tersenyum memandang mereka. Mata Aishah leka memerhatikan hiasan di dalam hotel tersebut. Terpegun seketika.
“Welcome to Regent Palace, Sir..Madam. How can I help you?” sapaan rutin yang dilakukan wanita itu.
“Yes, ermm…I’ve already booked a room.”
“May I know your name, Sir?”
“Hariz.” Ringkas jawapan Hariz. Wanita itu segera menundukkan wajah dan menatap skrin komputer dihadapannya. Menyemak nama Hariz jika terdapat di dalam senarai pelanggan hotel tersebut. Kemudian, wanita itu tersenyum kecil dan menulis sesuatu di atas kad kecil. Kemudian, diserahkan kad kecil itu kepada Hariz. Berkali-kali wanita itu menekan loceng yang ada di atas meja. Seorang bell boy terkocoh-kocoh datang menuju ke arah wanita itu.
“Please bring Mr. Hariz to 7th floor.” Arah wanita itu. Lelaki tersebut mengangguk pantas. Dia menyerahkan kunci bilik kepada bell boy tersebut.
“Thank you, Mr. Hariz. Have a nice stay and enjoy.” Ucap wanita itu lagi. Tersenyum kepada Aishah disebelah Hariz. Mereka membuntuti bell boy itu ke arah lif. Ditekan butang naik ke tingkat atas. Sekejap sahaja lif itu berdenting dan pintu terbuka. 2-3 orang pelanggan hotel itu turut keluar dari lif tersebut. Bell boy itu menolak troli sorong yang membawa bagasi-bagasi mereka ke dalam lif. Kemudian, Aishah dan Hariz melangkah masuk ke dalam lif setelah dipastikan bell boy itu menekan butang dari dalam untuk menghalang lif tersebut tertutup.
Tiba sahaja di tingkat empat, Aishah dan Hariz keluar dahulu. Kemudian, barulah bell boy itu melangkah keluar. Menyorong laju troli bagasi-bagasi ke arah bilik yang dinyatakan. Membuka pintu menggunakan kunci yang diserahkan oleh wanita front desk itu tadi. Dipunggah bagasi-bagasi dan membawa masuk ke dalam bilik yang luas itu. Aishah leka memerhatikan keindahan bilik itu dan terus sahaja melabuhkan punggung di atas katil. Di muka pintu, Hariz memberikan tips kepada bell boy itu kerana menolong mereka. Dia mengucapkan terima kasih dan terus beredar. Hariz menutup semula pintu. Aishah membaringkan diri. Sudah berkali-kali dia menahan kantuk. Menguap sahaja. Hariz berdehem kecil. Aishah memandang Hariz yang sedang meletakkan barang-barang berharganya ke atas meja solek seperti jam, telefon bimbit dan walletnya.
“Nanti malam kita pergi dinner dengan Along, ya.” Habis sahaja Hariz berkata, seperti terkena renjatan elektrik, Aishah terus bangun dan duduk tercegat di atas katil. Perlahan-lahan pandangan dikalihkan kepada Hariz. Tidak memberikan sebarang reaksi.
“Sekarang ni, sayang berehatlah dulu. Abang pun nak berehat jugak. Letih sangat.” Hariz berkata dan melabuhkan punggung disebelah Aishah. Dipaut bahu wanita itu dengan lembut. Aishah tersentak. Mengejutkan dia dari lamunan.
“Abang berehatlah. Saya nak pergi balkoni. Ambil angin.” Unjuk Aishah ke arah balkoni yang dihalangi oleh cermin kaca yang dilindungi oleh langsir organza berwarna putih. Hariz melihat ke arah itu dan mengangguk perlahan. Tersenyum kemudian, dia segera membaringkan diri.
Aishah berjalan ke arah balkoni dan membuka pintu cermin kaca itu. Sebaik sahaja membukanya, angin sejuk berhembus masuk ke dalam bilik. Berdiri kesemua liang romanya. Angin bersepoi meniup ke wajah. Rambut melayang-layang ditiup angin. Sesekali dikuak ke belakang. Seketika kemudian, Aishah memejamkan mata. Cuba membayangkan keadaan dia bertemu dengan Hafiz sebentar lagi. Entah kenapa dia ada perasaan rindu pada Hafiz. Bukan dia tidak rasa bersalah kepada Hariz. Hatinya memberontak. Dia membuka semula mata dan pandangan dicerunkan ke arah Hariz yang sedang enak berbaring. Badannya dibalutkan dengan selimut tebal. Aishah menebarkan semula pandang ke arah panorama indah itu. Diusap perlahan perutnya. Zuriat hasil perkongsian hidup dengan Hariz. Menitik air matanya. Maafkan Mama, sayang. Mama menyayangi lelaki lain selain dari Papa kamu, detik hati Aishah. Ya Allah, aku rasa berdosa sangat. Aku hanyalah insan mu yang lemah, Ya Allah. Lemah dalam perasaan cinta yang merimaskan ini. Lemah dalam keredhaan takdir. Lemah sebelum berjuang. Lemah dalam dugaan-Mu, rintih Aishah sendirian. Dia memandang ke arah langit. Air mata menuruni pipi semakin laju. Diseka perlahan dengan jemarinya.
Tiba-tiba Aishah terdengar bunyi khidmat pesanan ringkas masuk. Aishah melangkah masuk semula ke dalam. Mencapai tas tangan dan mengeluarkan telefon bimbit. Tiada. Dia menjenguk ke arah meja solek. Lampu telefon bimbit Hariz menyala. Aishah berjalan ke arah meja solek dan mencapai telefon tersebut. Ada dua khidmat pesanan ringkas. Satu daripada Khalid dan satu lagi daripada Nathan. Siapa mereka ini? Aishah tertanya sendirian. Jemarinya menekan ‘exit’ untuk mesej dari Nathan tetapi entah dimana silapnya, Aishah tertekan ‘show’ untuk mesej Khalid.

Riz, mcm mana keputusan kau? Kau kene buat treatment tu cpt.

Treatment? Rawatan apakah yang dimaksudkan oleh Khalid? Siapa Khalid? Berkerut dahi Aishah. Tidak mengapalah. Sebentar lagi, dia akan bertanya sendiri kepada Hariz. Hariz bergerak sedikit. Aishah segera meletakkan telefon Hariz semula ke atas meja. Dia berjalan semula ke arah balkoni. Dan menyambung menungannya.
Hariz terjaga dari tidurnya. Melihat Aishah di balkoni. Di sebelah wanita itu terdapat secawan kopi. Agaknya sudah berapa lama dia tertidur dan Aishah berada di balkoni itu. Hariz bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Untuk membersihkan diri dan bersolat Asar. Walaupun berada di rantauan orang, belum pernah dia lupa untuk mengerjakan suruhan Allah. Usai bersolat, dia menuju ke arah Aishah. Sentuhan lembut Hariz, mengejutkan Aishah. Dipandang suami tercinta. Hariz melabuhkan punggung di sebelah Aishah.
“Abang minumlah. Saya tak minum pun lagi. Baru je buat.” Ditolak cawan kopi itu kepada Hariz. Lelaki itu mengangguk perlahan. Aishah memandang ke arah bangunan-bangunan pencakar langit yang berdiri gah bersebelahan mahupun bertentangan dengan hotel itu.
“Panjang menung isteri Abang ni.” Usik Hariz. Aishah mengalih pandang ke arah Hariz. Tersenyum dan menggeleng.
“Tak adalah, Bang.” Hariz mengangguk perlahan mendengarkan kata-kata Aishah.
“Sayang dah solat?”
“Dah. Sebelum Abang bangun lagi.”
“Ermm…Abang. Saya tanya sesuatu, boleh?” ujar Aishah penuh berahsia.
“Apa dia?” Hariz mengerutkan dahi.
“Tadi saya tak sengaja terbaca message Abang.” Lambat-lambat Aishah ingin meneruskan ayatnya. Hariz menghirup sedikit minumannya.
“Bacalah, sayang. Abang tak ada rahsiakan apa-apa pun dari sayang.” Hariz menyandarkan badan ke kerusi.
“Ada message dari Khalid. Katanya Abang kena buat treatment cepat. Treatment apa, Bang? Siapa Khalid? Ada apa-apa yang Abang tak beritahu saya?” gusar Aishah akhirnya terluah jua. Hariz terbelalak. Terkedu. Apakah alasan yang terbaik untuk diciptanya? Aishah menggigit bibir apabila tiada respon dari Hariz. Perasaan bersalah terbit dari dalam diri. Tidak patut dia membaca pesanan itu tadi.
“Sayang kan tahu Abang selalu sangat sakit kaki. So, dia nak buat full check-up.” Aishah mengangguk perlahan mendengar kata Hariz.
“Tapi kan Bang, dia tak cakap pasal check-up. Dia cakap pasal treatment.” Aishah menyambung kata lagi. Giliran Hariz pula menggigit bibir.
“Yalah. Kalau kaki Abang ada apa-apa hal, dia teruslah nak buat treatment.” Berharap benar Aishah akan mempercayai kata-katanya.
“Siapa pulak Khalid?” tanya Aishah lagi.
“Kawan Abang. Dia doktor. Abang selalu pergi klinik dia.” Jelas Hariz tanpa selindung. Sekali lagi wanita itu mengangguk. Hariz memerhatikan seraut wajah dihadapannya itu. Sesungguhnya, dia belum punya kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar.
“Sayang pergilah siap. Jom keluar. Bosanlah Abang duduk perap dalam bilik ni je.” Hariz bersuara manja. Aishah lekas bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri. Disarungkan pakaian yang ada di dalam bagasi.
“Dah siap, Bang.” Hariz berkalih pandang ke arah Aishah. Tersenyum dan segera mengangkat punggung. Dicapai telefon bimbit, wallet dan disarungkan jam tangan. Aishah mencapai tas tangannya.
Aishah tidak tahu harus kemana. Dia mengikut sahaja rentak Hariz. Kerna Hariz lebih tahu selok-belok jalan di London itu. Mereka berjalan menyusuri Piccadilly Circus. Kadangkala Aishah hairan kenapa nama tempat itu Piccadilly Circus, sedangkan ia hanyalah sebuah bulatan.
“Kita nak kemana ni, Bang?”
“Abang nak bawak sayang ke Planet Hollywood.” Hariz menjawab sambil kakinya laju melangkah ke arah destinasi yang ingin ditujuinya. Mereka berpegangan tangan.
Sepanjang perjalanan ke sana, sudah beberapa kali mereka melintasi panggung dan teater yang ada di dalam kawasan itu. Berpuluh-puluh panggung ada disitu. Sekejap sahaja kaki mereka sudah berdiri dihadapan Planet Hollywood.
“Malam ni kita nak dinner kat mana, Bang?” tanya Aishah. Matanya masih meliar ke sekeliling.
“Chinatown.” Ringkas Hariz berkata. Mereka masih berjalan menyusuri jalan-jalan yang ada disitu. Tiba-tiba telefon Hariz berdering. Aishah memandang sekilas. Kemudian pandangannya ditebarkan ke sekeliling. Setelah Hariz mematikan talian, Aishah bertanya.
“Siapa, Bang?”
“Along. Dia dah on the way. Nanti dia jumpa kita kat Chinatown.” Dup! Serta-merta jantung Aishah rasakan bagai terhenti berdegup. Dia memejamkan mata sebentar dan melepaskan keluhan. Terlepas pegangan Hariz. Lelaki itu berhenti dan berpaling ke belakang. Mendekati Aishah yang berdiri tercegat. Hariz menarik semula lengan Aishah. Dia menyaingi rentak Hariz berjalan.
“Kenapa sayang?” Hariz prihatin akan keadaan Aishah. Wanita itu tidak langsung memberikan sebarang reaksi. Sebaliknya hanya meneruskan langkah. Hariz memilih sebuah restoran Melayu. Di London, restoran masakan melayu lebih senang dijumpai berbanding semasa mereka di Paris. Hariz memilih tempat untuk tiga orang. Pelayan restoran mendudukkan mereka berdua di satu sudut. Mereka sudah sedia memilih makanan melalui menu yang dibawa oleh pelayan itu tadi.
“Itu saja?” tanya pelayan itu. Hariz mengangguk. Pelayan itu segera mengulangi pesanan yang dipesan sebentar tadi. Kemudian, pelayan itu beredar semula ke dapur.
Kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian kemeja melangkah masuk ke dalam restoran itu. Hariz melambai ke arah lelaki tersebut. Hafiz tersenyum dan laju melangkah ke arah mereka. Tetapi rentak kaki menjadi perlahan saat terpandang wajah wanita yang sangat dicintainya sepenuh hati. Wanita itu langsung tidak memandang ke arahnya. Lebih selesa memandang ke arah lain. Hafiz menarik kerusi perlahan. Dan melabuhkan punggung menghadap Aishah.
“Along...” Hariz bersalaman dengan Hafiz yang sudah pun menghulurkan tangan. Aishah tersentak apabila bertembung pandang dengan Hafiz.
“Shah...” panggil Hafiz lembut.
“Ermm...Abang.” Aishah menjadi serba-salah. Perlukah dia memanggil Hafiz dengan panggilan Along? Atau lebih sesuai dengan panggilan Abang?
“Riz dah order makanan Along.” Hariz berkata ceria. Dia tidak sedar akan situasi yang berlaku dihadapannya kini. Kedua orang kesayangannya, kaku lidah. Suasana mereka menjadi dingin, sedingin salju yang membasahi bumi. Hariz cuba membawa mereka ke alam khatulistiwa, dimana kehangatan dapat dirasai. Bersuara ceria, berlawak jenaka. Masih tidak dapat menghidupkan suasana di antara mereka. Hariz mengerutkan dahi.
“Along...Shah....” panggil Hariz. Mereka berdua memandang wajah Hariz, serentak.
“Nak pergi toilet kejap.” Kedua mereka mengangguk, juga serentak. Hariz beredar meninggalkan mereka. Aishah rasa makin tidak selesa tinggal berduaan dengan Hafiz. Dia takut akan perasaannya. Dia takut dia akan membuat satu kesalahan dalam statusnya sebagai seorang isteri.
“Shah, apa khabar?” Hafiz memulakan bicara. Aishah mendongak memandang Hafiz yang tampak tenang di kerusinya.
“Baik. Alhamdulillah.” Ujar Aishah ringkas. Terdiam lagi.
“Shah bahagia?” pertanyaan tiba-tiba dari Hafiz itu membuatkan Aishah membulatkan mata.
“Soalan apa yang cuba awak tanya ni, Fiz?” soal Aishah kurang senang.
“Fiz tahu, Shah bahagia. Fiz tumpang gembira. Hariz memang pandai mengambil hati perempuan. Tapi tu tak bermakna dia kaki perempuan. Sebelum kahwin, hanya Shah saja perempuan yang dapat menambat hati dia.” Jelas Hafiz panjang lebar. Aishah mengerutkan dahi.
“Penjelasan apa ni, Fiz? Apa yang awak nak jelaskan ni? Saya tak faham. Berterus-terang saja.” Sela Aishah geram. Hafiz berdehem kecil.
“Shah,Fiz...rindukan...Shah.” perlahan dan sedikit gagap Hafiz berkata. Terbeliak mata Aishah.
“Awak dah gila ke, Fiz? Saya ni isteri orang, adik ipar awak.” Tingkah Aishah sedikit marah. Tetapi entah kenapa di dalam hatinya, langsung tiada amarah yang dihamburkan buat Hafiz. Ya Allah, aku rasa bersalah pada Hariz. Ya Allah, ampunilah dosaku.Ya Allah, berdosanya aku. Rintih Aishah di dalam hati.
Hariz kembali semula ke meja makan yang diduduki mereka bertiga tadi. Dia mengambil sapu tangan yang ada di dalam poket dan dilap tangan yang basah.
“Masa Riz tak ada tadi, Along dengan Shah sembang apa?” tanya Hariz.
“Tak ada apa-apa sangat. Just tanya bila due date? Kat mana nak bersalin nanti?” Hafiz berbohong. Maafkan Along, Angah. Bukan niat Along untuk menipumu, dik. Tapi aku terpaksa, omong Hafiz di dalam hati.
“Ohh...” jawab Hariz. Makanan yang dipesan sudah siap dihidangkan di hadapan mereka. Hariz menjamu dengan selera sekali. Aishah hanya mengusik makanannya sedikit sahaja. Hafiz pula sudah tidak berselera untuk makan. Seleranya mati sama sekali.
“Esok Along kerja pagi ke petang?” Hariz bertanya, tiba-tiba.
“Hmm...esok shif satu hari. Kenapa?” Hafiz menyuap daging yang dipotong kecil ke mulutnya.
“Kita lunch sama esok.” Hariz mencadangkan. Hafiz tersentak. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu selalu berada bersama mereka. Melihat kemesraan Hariz dan Aishah, hatinya dibakar api cemburu.
“Ehh...tak naklah Along ganggu kau orang.” Hafiz menolak permintaan Hariz lembut. Kalau dengan Hariz, itu bukan suatu pelawaan tetapi lebih kepada permintaan.
“Alaaa....bolehlah, Along. Entah bilalah lepas ni kita nak selalu berjumpa. Entah bilalah pulak Angah nak bermanja dengan Along.” Rajuk Hariz. Pecah tawa Hafiz.
“Yalah...yalah. Jangan Angah cakap macam tu lagi dah. Geli Along dengar.” Sela Hafiz dalam tawanya. Hariz turut tertawa sama. Aishah langsung tiada perasaan untuk turut serta dalam ruang sembang mereka. Tetapi apabila didongakkan kepala, melihat gelak tawa Hafiz. Dia jadi lemah. Ya Allah, betapa aku merindui gelaknya itu, gumam dia sendirian. Lantas, Aishah mengalih pandang ke arah lain. Dia sudah tidak sanggup. Ini baru sehari bertemu dengan Hafiz, dia sudah lemah dalam melawan ombak ganas dalam dirinya. Apatah lagi mereka akan bercuti di sini selama seminggu. Sudah tentu, hari-hari Hariz ingin berjumpa dengan abangnya itu. Ya Allah, dugaan apakah ini?
Selepas selesai menjamu selera, mereka masing-masing terpisah di laluan Chinatown dan mengikut haluan masing-masing untuk pulang.

BERSAMBUNG.....

Saturday, February 14, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 38

BAB 38

TURUN sahaja dari Eiffel Tower, perut Aishah sudah mendendangkan lagu rock, Zakiah-Zakiah. Terus sahaja Hariz menarik tangan Aishah dan menuju ke salah sebuah kafe yang berada di sepanjang laluan pejalan kaki di Trocadero. Mereka memilih salah sebuah kafe yang menghidangkan makanan Malaysia. Pengusahanya adalah warganegara Malaysia. Bangga mereka apabila melihat pengusahanya adalah berbangsa Melayu. Anak Melayu jati dari Kedah. Sudah menetap di kota Paris itu selama 21 tahun. Anak-anaknya membesar juga disana. Bersekolah di Paris tetapi setelah masing-masing dapat menjejakkan kaki ke menara gading, anak-anaknya seramai 4 orang berada di serata negara. Yang sulung berada di Manhattan, yang kedua berada di Hokkaido, Jepun. Yang ketiga berada di Rome, Itali manakala yang paling bongsu berada di Mumbai, India. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di sana. Anak mereka yang sulung sehinggalah yang ketiga, sudah berkahwin. Nasib baik mereka berkahwin dengan orang Melayu juga, bukanlah bangsa asing yang menjadi pilihan mereka.
Sempat juga Aishah dan Hariz menemuramah pakcik dan makcik itu. Sudah beberapa tahun, mereka jarang menerima pelancong dari Malaysia. Selalunya orang Malaysia yang mempunyai pemastautin tetap disitu sahaja yang selalu mengunjungi restoran milik mereka. Nasib baik jugalah Aishah boleh berbahasa Kedah. Jadi, dia tidak kekok bersembang bersama mereka dalam loghat utara. Hanya Hariz yang sedikit terpinga-pinga. Kalau orang berbahasa Minang dengannya, mungkin dia faham sedikit-sedikit kerana Farehan sendiri berasal dari Negeri Sembilan yang masih mengamalkan Adat Perpatih.
Begitu berselera Aishah makan kari ayam yang disediakan oleh isteri Pak Akob, Mak Temah. Sehingga bertambah nasinya. Hariz hanya tersenyum memerhatikan gelagat Aishah.
“Sedap sangat ke?” tanya Hariz sambil mengusik. Aishah memanggung kepala memandang Hariz yang sedang tersenyum itu. Pantas sekali kepalanya mengangguk. Ada sebutir nasi yang melekat di pipi Aishah. Hariz cuba memberitahu Aishah tentang nasi itu. Tetapi Aishah menjungkitkan kening. Tanda tidak faham. Hariz memegang pipi Aishah dan membuang nasi itu. Kemudian, diusap pipi isterinya seketika. Aishah mengerutkan dahi. Sejak kebelakangan ini, sikap Hariz berlainan sekali. Dia ingin bermanja dan selalu bersikap romantis. Aishah leka memerhatikan seraut wajah Hariz yang tampak sedikit pucat. Senyuman Hariz mematikan lamunan Aishah.
“Sedaplah. Abang tak nak cuba ke?”
“Abang tak makanlah kari-kari ni. Abang makan masak lemak cili api je.” Usik Hariz. Sememangnya dia tidak berapa suka makan kari. Dia lebih ke arah Uminya, Farehan yang menggemari masak lemak cili api.
“Too bad. Sini tak ada masak lemak cili api. Kari je, okay.” Seloroh Aishah. Kemudian mereka sama-sama tertawa. Tiba-tiba Pak Akob dan Mak Temah menuju ke arah mereka.
“Macam mana Shah, Hariz? Okay ka cara kami masak ni? Kena dak dengan selera hangpa?” tanya Pak Akob.
“Okay, Pak Akob. Mak saya reti la masak kari. Tapi macam rasa lain sikit la, Mak Temah.” Ujar Aishah. Memandang ke arah dua orang tua yang berdiri tercegat dihadapan mereka.
“Mungkin mak Shah pakai rempah lain kot.” Kata Mak Temah. Ditarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.
“Hmm…mungkin lah. Mak Temah pakai rempah apa?” tanya Aishah. Matanya ditala ke arah wanita tua yang masih mengekalkan awet mudanya walaupun Mak Temah lebih tua dari Nurradiah.
“Pakai rempah Naina Muhammad. Kedai tu dok kat Jalan Sultanah. Depa buat rempah tu sendiri. Tak pakai mesin.” Pak Akob pula berkata. Aishah mengangguk.
“Jadi, import dari sana la?” Hariz pula yang bertanya. Kedua-dua orang tua itu mengangguk, serentak. Tersandar Aishah dan Hariz ke kerusi dek kekenyangan yang amat sangat.
“Nak apa-apa lagi ka? Tak cukup, boleh tambah lagi.” Kata Pak Akob yang sangat peramah orangnya. Tersenyum mereka memandang orang tua itu.
“Eh, tak apalah, Pak Akob. Ni pun dah kenyang.” Hariz berkata dan kemudian matanya beralih pada jam. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Mereka harus pulang ke kedai untuk menemui Harfiah kerana sudah berjanji untuk pulang bersama. Hariz sudah bangun dari kerusinya dan mahu menuju ke dalam restoran untuk membuat pembayaran.
“Eh, nak kemana pulak ni Hariz?” tanya Mak Temah.
“Nak bayar.” Ujar Hariz lembut.
“Tak payahlah, Riz. Hari ni Pak Akob dan Mak Temah belanja kamu. Bukan senang kami nak dapat pelancong dari Malaysia ni.” sela Pak Akob. Mak Temah disebelah hanya mengangguk.
“Janganlah macam ni. Kami segan dengan Pak Akob dan Mak Temah.” Aishah pula berkata. “Tak apa, tak apa. Lain kali kamu datang je baru kamu bayar.” Tukas Mak Temah seraya mendekati Aishah yang sudah berdiri. Dia memeluk Aishah. Terlerai sedikit kerinduannya pada anak-anak yang berada jauh di mata. Aishah juga tidak segan untuk membalas pelukan itu. Menitik sedikit air mata Mak Temah.
“Lain kali bila kamu senang, datang lagi ya.” Ujar Mak Temah lagi. Aishah mengangguk.
“Terima kasih banyak-banyak, Mak Temah, Pak Akob. Kami minta diri dulu.” Hariz menarik tangan Aishah lembut.
“Yalah.” Sahut kedua orang tua itu serentak. Kemudian, pasangan muda itu beredar dari restoran tersebut sambil melambai kepada Pak Akob dan Mak Temah. Lambaian itu dibalas.


MALAM itu, Hariz sedang duduk termenung di verandah rumah Syed Izuan. Merenung, mendongak memandang langit yang kelam. Aishah yang baru sahaja datang dari arah dapur, menuju ke arah Hariz. Dia membawa secawan coklat panas.
“Nah, Bang. Hot chocolate.” Aishah menyerahkan cawan tersebut kepada Hariz. Suaminya itu memandang ke arah dia. Hariz membetulkan duduk.
“Esok kemana kita?” tanya Hariz. Aishah memandang ke kawasan sekeliling yang dikelilingi pokok yang menghijau. Serasa seperti tidak mahu pulang.
“Disneyland. Teringin nak pergi situ dah lama.” Ujar Aishah sambil tersenyum kecil. Dilihatnya Hariz mengangguk perlahan. Aishah cuba mencari rumah jiran Syed Izuan. Tetapi tidak begitu nampak kerana terlindung dek pokok yang besar dan merimbun. Hanya nampak lampu-lampunya sahaja.
“Ermm...” Hariz berdehem kecil.
“Abang ingat nak pergi tengok Along. Dah kita ada kat sini, sekaligus lah pergi melawat Along.” Kata-kata Hariz membuatkan Aishah tersentap. Terus berkalih memandang Hariz. Sudah lama tidak mendengar nama itu, tetapi hatinya tetap berdebar tiapkali nama Hafiz meniti di bibir Hariz. Sudahlah, Shah. Dia abang ipar kau. Usah dikenang cinta lalu, kata hati Aishah mengeluarkan kata-kata tajam yang menghiris tangkai hati wanita itu.
“Shah tak kisah ke kita pergi melawat Along?” Hariz bertanya. Dia memandang wajah wanita itu. Aishah hanya mendiamkan diri. Tidak berkata apa.
“Suka hati Abang lah.” Ujar Aishah seketika kemudian. Dia bangun dari kerusi.
“Saya masuk tidur dulu.” Aishah menyambung kata. Hariz mengangguk perlahan. Wanita itu terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa segaris senyuman dia membalas. Hanya riak wajah yang bungkam. Hariz mengerutkan dahi melihat perubahan sikap Aishah. Dia seperti tidak suka aku sebut nama Along. Kenapa? Hati Hariz tertanya-tanya sendirian.
Kedinginan malam menyebabkan Hariz juga turut masuk ke dalam rumah. Tidak tahan dengan sejuk yang mengigit kulitnya.


SELAMA seminggu Aishah dan Hariz berada disitu, kesemua tempat-tempat menarik sudah dilawatinya seperti Pigalle, dimana terletaknya Moulin Rouge, La Defense Arche, Marne-le Vallee Disneyland dan bermacam-macam lagi tempat tumpuan pelancong. Aishah mula mengemas pakaian Hariz dan juga pakaiannya. Dimasukkan ke dalam bagasi-bagasi mereka. Perlahan-lahan Hariz membawa turun bagasi-bagasi tersebut. Aishah berpelukan bersama Sharifah Farisya, Hawa dan Harfiah. Dia juga berpelukan dengan Dania. Kemudian menyalami Syed Izuan dan Izham. Hariz turut menyalami mereka semua yang ada disitu.
“Adik, are you sure that you’re going to RER with taxi?” tanya Izham. Aishah mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Tak naklah menyusahkan Abang Iz.” Aishah berkata.
“Apa pulak menyusahkan. Kamu kan adik Abang.” Tingkah Izham.
“Alah...Iz, lagipun Hariz kan ada.” Kata Syed Izuan pula. Mengusik mereka berdua. Aishah tertunduk malu. Wajahnya memerah.
“Abang Iz kamu ni memang macam ni. Risau sangat tentang Adik ni, ha. Kalau Kak Hawa atau Fiah, tak pulak dia risau macam ni. Alah...lagipun dia orang ni rapat dari kecil lagi.” Ujar Syed Izuan memandang ke arah Hariz.
“Baiklah kamu berangkat sekarang. Nanti lambat pulak sampai London.” Sharifah Farisya mencelah perbualan mereka. Terus sahaja bagasi-bagasi tersebut dipunggah masuk ke dalam sebuah teksi yang sedia menunggu dihadapan kawasan rumah.
“Thanks again.” Laung Aishah sebelum masuk ke dalam perut kereta.
“Take care.” Laung keluarga Syed Izuan serentak. Mereka saling berbalas lambaian.
Teksi tersebut bergerak menuju ke stesen RER Argenteuil yang terletak 20 minit dari rumah Syed Izuan. Sesampai sahaja di stesen tersebut, pemandu teksi itu menolong Hariz memunggah keluar bagasi-bagasi tersebut. Setelah membayar duit tambang teksi, Hariz berjalan ke arah kaunter dan membeli tiket ke Boulainvilliers. Setiap 5 minit, RER tersebut akan sampai. Dalam masa 10 minit, mereka tiba di Boulainvilliers. Mereka harus menukar keretapi di Lane No.9 yang menuju ke Strasbourg-St-Denis. Dan kemudian terpaksa menukar sekali lagi keretapi di Lane No.4 dan turun di Gare de L’est. Sampai sahaja ke Gare de L-est, Aishah dan Hariz berjalan kaki menuju ke stesen keretapi luarbandar di Gare du Nord.
“Penat, sayang?” tanya Hariz apabila dilihatnya Aishah seperti sedikit termengah cuba menyaingi rentak Hariz berjalan.
“Jalan kaki ni, penatlah. Masa naik-turun train, tak lah penat sangat. Laju betul train dia.” Ujar Aishah. Dia berhenti seketika sebelum melepaskan keluhan kuat.
“Kita berhenti minum dululah.” Hariz mengusulkan cadangan.
“Boleh jugak. Dahaga ni.” Pucuk dicita, ulam mendatang. Aishah terus bersetuju.
“Duduk kat sinilah.” Hariz berkata dan menarik lengan Aishah ke sebuah kafe. Selepas memesan minuman, Hariz mengalih pandang melihat panorama yang indah di sekitar kawasan tersebut. Minuman yang dipesan, sampai dan diletakkan dihadapan mereka. Aishah mengacau minumannya dengan straw. Lamunannya terbang jauh. Sanggupkah dia berhadapan dengan Hafiz? Sejak dia berkahwin dengan Hariz, belum pernah dia bersua atau bercakap dengan Hafiz lagi.
Hariz memandang Aishah yang sedang asyik dengan lamunannya itu. Matanya mencerun memandang wajah isteri yang kekeruhan itu.
“Kenapa, sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke?” pertanyaan Hariz yang tiba-tiba itu membuatkan lamunan Aishah yang berada di awangan, jatuh terhempas ke bumi. Dia segera mendongak memandang Hariz. Kemudian, menggeleng.
“Tak kanlah tak ada apa-apa. Dari semalam lagi Abang tengok sayang macam muram je. Ada apa dalam fikiran sayang tu? Takkan Abang tak boleh berkongsi?” kata-kata Hariz yang romantis itu menusuk ke jiwa Aishah. Dia menarik jari jemari gagah Hariz dan digenggamnya.
“Betul, tak ada apa-apa. Cuma saya rasa dah mula rindukan Argenteuil.” Aishah berkata dalam senyuman kecil. Mana mungkin dia memberitahu perkara sebenar yang ada di dalam fikirannya. Walaupun tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Aishah itu, Hariz tetap mengangguk.
Selepas membayar harga minuman, mereka berjalan beriringan sambil menyorong bagasi-bagasi tersebut menuju ke stesen keretapi Gare du Nord. Hariz membeli tiket ke London. Aishah duduk di kerusi yang disediakan khas. Telinganya sudah disumbat dengan headphone mp4nya.

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup tuk mengisi sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara

Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali menawan hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini ku akui

Segala kemaafan
Ku pohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku.....

Lagu yang berjaya menyentuh naluri kewanitaannya. Serasa ingin menangis. Tetapi tidak mahu Hariz melihat tangisannya. Kenapa harus wajah dan nama Hafiz yang terlayar di kotak fikiran? Bukan dia tidak tahu berdosa jika seorang wanita yang sudah berkahwin memikirkan tentang lelaki lain. Tetapi apakan daya dia, yang hanyalah seorang manusia yang lemas dalam arus percintaan ini. Aishah menundukkan wajah. Hariz yang bercakap disebelah, langsung tidak dilayan. Hariz sedikit pelik apabila dia rasa tiada respon dari Aishah. Dikalihkan wajah ke isteri disebelah. Hariz menyentuh lembut bahu Aishah. Terkejut wanita itu memandang Hariz dengan dahi berkerut. Memang sah! Ada sesuatu yang bermain di fikiran Aishah. Tetapi dia tidak pasti apakah penyebabnya. Hariz mengangkat kening. Aishah menarik sebelah headphone yang tersangkut elok di telinga kanannya.
“Train kita kejap lagi sampai.” Ujar Hariz, lembut. Sekadar anggukkan dan senyuman kecil, yang dapat Aishah balas. Disangkut semula headphone ke telinga.
15 minit kemudian keretapi yang ingin dinaiki mereka, tiba di stesen. Aishah mengambil tempat duduk dekat tingkap. Hariz duduk berhadapan dengan Aishah. Hariz meletakkan buku novel Inggeris yang dibacanya ke atas meja yang memisahkan dia dan Aishah. Lelaki itu menyentuh lembut jari jemari Aishah. Dia leka bernyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang terdapat didalam senarai mp4 itu.
“Abang pergi beli minuman, ya.”
“Bang, boleh beli sandwich tak? Lapar la.” Rengek Aishah, manja. Hariz tersenyum dan terus beredar dari situ. Menuju ke kafeteria yang disediakan di dalam keretapi itu sendiri.


SELAMA 2 jam berada di dalam keretapi tersebut, langsung tidak terasa perjalanan yang agak jauh itu. Aishah leka melihat panorama yang terbentang di luar. Semasa Hariz ke kafeteria di dalam keretapi itu tadi, sempat dia menelefon Hafiz.
“Hello?” jawab Hafiz, lembut.
“Assalamualaikum, Along.” Hariz menyapa.
“Waalaikumussalam. Apasal bising sangat ni? Angah ada kat mana?” tanya Hafiz dan menjauhkan telefon sedikit dari telinganya.
“Angah ada dalam train ni. On the way ke London. Kami nak pergi melawat Along lah.”
“Hah, ye ke? Kami?” bertubi soalan Hafiz bertanya.
“Yalah. Angah dan Aishah.” Jawapan Hariz benar-benar membuatkan Hafiz tersentak. Hampir tersembur air yang diminumnya itu.
“Hah?” Hafiz seperti orang yang kebingungan.
“Kenapa dengan Along ni? Aishah dan Along serupa je perangai. Aishah pun terkejut bila Angah cakap nak pergi melawat Along.” Hariz tergelak kecil di hujung kata. Hafiz terdiam. Tidak membalas apa-apa. Hariz mengerutkan dahi.
“Along....Along....” panggil Hariz.
“Ya.” Hafiz bersuara.
“Oklah, Along. Angah letak dulu. Dalam masa 1 jam setengah, kami sampailah.” Hariz berkata riang. Hafiz meraup wajah. Dia berdehem kecil.
“Okay. Nak Along ambil kau orang ke?”
“Tak payahlah, Long. Macamlah London tu baru first time Angah pergi. Kita dah duduk sana pun hampir 5 tahun. Selok-belok London tu, Angah tahu.” Seloroh Hariz. Kemudian, tergelak kecil lagi.
“Okay.” Jawab Hafiz ringkas. Kemudian, mereka sama-sama mematikan talian. Hafiz menguak rambut yang menutupi dahinya ke belakang. Dia membaringkan diri ke atas sofa. Kenapa kau harus muncul dihadapanku ketika aku sedang cuba melupakanmu? Hati Hafiz resah. Tiba-tiba terlayang wajah putih gebu milik gadis yang bernama Aishah Najyha. Senyuman dan gelak ketawa gadis itu sentiasa bermain difikirannya. Hafiz melepaskan keluhan. Fikirannya merawang teringat kisah kali pertama mereka keluar bersama.


“AWAK nak ajak saya kemana ni, Fiz?” tanya Aishah. Gemuruh juga dadanya apabila pertama kali keluar bersama jejaka idaman Malaya, pendek kata orang. Hafiz tersenyum meleret.
“Adalah. Kenapa? Shah ingat Fiz nak culik Shah?” usik Hafiz. Dia tergelak kecil.
“Saya taklah kata macam tu pulak. Nanti bila Kak Nina tanya, tahulah saya nak jawab saya kemana.” Tingkah Aishah. Tersipu-sipu malu. Menahan gelodak jiwa.
“Ok. Ikut saja. Jangan risau, okay.” Hafiz berkata. Aishah memandang ke sisi dan mengangguk.
Kereta Hafiz tiba dihadapan sebuah restoran. Terjenguk-jenguk Aishah memandang ke luar. Dia membuka tali pinggang keledar dan melangkah turun apabila pintunya dibuka oleh Hafiz. Segan pula terasa. Membahang wajah Aishah. Mereka sama-sama masuk ke dalam restoran tersebut. Hafiz memilih meja yang paling hujung sekali di dalam restoran. Tidak mahu orang yang lalu-lalang menganggu perbualan mereka. Hafiz memesan makanan dan minuman untuk dirinya dan juga Aishah. Gadis dihadapannya itu mengerutkan dahi.
“Macam mana awak tahu makanan favourite saya?” Aishah bertanya.
“Adalah. Saya ada informer.” Hafiz bergurau.
“Yelah tu. Mesti Kak Nina beritahu kan?” duga Aishah.
“Alahh...Shah. Kalau Fiz dah suka seseorang, semua pasal diri dia, pasti Fiz tahu. Tak perlu orang lain beritahu dulu.” Hafiz berkias. Merona wajah Aishah memerah. Dia menundukkan wajah. Makanan dan minuman yang dipesan mereka, sudah siap dihidangkan. Perlahan-lahan Aishah mengangkat pisau dan garfu, dipotong Chicken Lasagna itu menjadi kepingan kecil dan disuap ke mulut. Aishah sedang menikmati makanannya. Kemudian, dia tersenyum kecil. Seperti enak sekali makanan itu.
“Sedap?” tanya Hafiz. Aishah mengangguk perlahan. Hafiz tersenyum lebar. Bahagia sekali dia melihat senyuman itu. Terlekat secebis makanan di tebing mulut Aishah.

"Shah..." panggil Hafiz. Aishah memanggung kepala memandang Hafiz. Lelaki itu menunjukkan sesuatu di tepi mulutnya. Aishah mengerutkan dahi dan menjungkitkan kening. Tidak faham dengan kelakuan Hafiz.

"Ada something kat tepi ni." unjuk Hafiz kepada mulutnya di sebelah kiri. Oleh kerana Aishah duduk menghadap Hafiz, jadi kiri Aishah akan menjadi kanan Hafiz. Puas Aishah menyapu mulutnya. Masih tiada apa disitu.

"Apa dia?" Aishah bertanya.

"Ni..." Hafiz terus sahaja menghulurkan jarinya dan mengelap kotoran tersebut. Dia bangun sedikit dari kerusi supaya mudah mengelap kotoran itu di wajah Aishah. Aishah membeliakkan mata. Belum pernah seorang lelaki pun menyentuh tangan Aishah apatah lagi mulutnya. Lama mata mereka bertembung. Jiwa Hafiz terasa tenang. Ada kedamaian di mata itu. Hati Aishah terasa berdebar. Rasa selamat bila memandang anak mata coklat milik Hafiz. Kedatangan pelayan yang membawa hidangan pencuci mulut mereka menyebabkan masing-masing tersentak. Hafiz terus duduk semula di kerusinya. Mereka hanya mendiamkan diri sepanjang mereka menjamu selera itu. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar. Hanya perasaan bahagia yang meresapi ke dalam jiwa mereka berdua.


Hafiz tersedar dari lamunannya apabila terdengar mesej masuk. Mencapai telefon yang berada di meja kopi berdekatan. Melihat pesanan apakah dan dari siapakah yang penghantar itu. Selepas selesai membalas pesanan ringkas itu kembali, Hafiz merenung ke siling. Diraup wajahnya. Ahh....harus dihapuskan kenangan ini. Dia sudah menjadi seseorang yang penting dalam keluargaku. Mana mungkin aku merampas dia hanya untuk kebahagiaan diriku, Hafiz bergetus. Dia terus bangun dari sofa dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia harus ke hospital dengan segera. Shifnya akan bermula sebentar lagi.

BERSAMBUNG.....

Wednesday, February 11, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 37

BAB 37

MEREKA berempat perlahan-lahan berjalan menyusuri kedai-kedai yang menjual minyak wangi, bakeri, beg tangan, baju dan macam-macam lagi yang ada disitu. Mata Aishah meliar ke seluruh kawasan. Terambang sebentar. Ada jualan hebat. Teruja sedikit untuk masuk ke kedai-kedai tersebut. Tetapi ditahan keinginannya. Mereka menuju ke kedai Syed Izuan yang terletak di tengah antara kedai-kedai lain. Kedai minyak wangi dan kedai bakerinya terletak bersebelahan. Syed Izuan membuka pintu kedai. Hawa yang ternampak ibu dan ayahnya segera menyalami kedua orang tua itu.
“Cuba tengok Papa bawak siapa.” Ujar Syed Izuan kepada Hawa. Teruja kedua sepupu itu apabila berjumpa. Berpelukan seeratnya. Semasa majlis perkahwinan Aishah dulu, Hawa, Izham dan Harfiah tidak dapat turun ke Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Aishah kerana Hawa dan Harfiah sibuk menjaga kedai minyak wangi dan kedai bakeri manakala Izham sibuk dengan kerjanya.
“Selamat Pengantin Baru, Adik. Oppsss….silap Selamat Bakal Menjadi Mama.” Usik Hawa. Aishah tersipu-sipu menahan malu. Hariz hanya tersenyum kecil melihat gelagat dua sepupu itu.
“Thanks, Kak Hawa.” Aishah memegang jari jemari Hawa. Hawa memeluk bahu Aishah dan diusapnya. Tiba-tiba pintu kedai berdenting locengnya. Semua mata terarah kepada pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai tersebut.
“Bienvenue (welcome)!” ujar Syed Izuan, Sharifah Farisya dan Hawa serentak. Aishah dan Hariz mengalih pandang ke arah pelanggan tersebut.
“Laa…ingatkan customer tadi. Rupanya kamu, Fiah.” Kata Syed Izuan. Harfiah tersenyum kambing. Matanya terbelalak memandang Aishah. Kemudian terus memeluk Aishah tanpa segan silu kepada Hariz. Yang lain hanya menggeleng perlahan.
“Rindunya pada Kak Adik. Lama tak jumpa.” Rengek Harfiah. Mereka memang rapat. Tetapi Harfiah lebih rapat dengan Nadira kerana mereka sebaya.
“Kak Adik pun rindu pada Fiah.”
“How’s Dira?”
“Hmm…pregnant again.”
“Wow…the third one?” tanya Harfiah. Aishah mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Fiah bila lagi?” usik Aishah.
“Aaa…nanti dulu kot. Tunggu Kak Hawa lepas dulu.” Seloroh Harfiah. Hawa menjeling manja.
“Apa kena mengena dengan Kak Hawa? Fiah nak kahwin, kahwin jelah dulu.” Ujar Hawa. Harfiah tergelak besar. Bukan dia tidak tahu Hawa sedang bercinta dengan salah seorang pekedai yang ada di kawasan Avenue Paul Doumer itu. Orangnya masih muda, kacak pula. Sesuai dengan Hawa yang cantik dan ayu itu.
“Hah, Hawa atau Fiah yang nak temankan Adik dan Hariz jalan-jalan keliling Paris ni?” tanya Sharifah Farisya. Masing-masing berpandangan.
“Eh, tak apalah, Chu Isya. Adik dengan Hariz boleh jalan-jalan sendiri.” Sela Aishah. Tidak berniat mahu menyusahkan keluarga pakciknya itu.
“Boleh ke? Kamu tahu jalan-jalan kat sini?” tanya Syed Izuan pula.
“Tak tahu. Tapi namanya pun pelancong. Pandai-pandailah kami cari jalan. Kami dah beli map pun.” Aishah mengunjuk peta tersebut. Syed Izuan mengerutkan dahi. Risau jika anak saudaranya itu tersesat. Lagipun Paris ini sebuah kawasan yang besar.
“Betul ni?” tanya Syed Izuan. Menagih kepastian.
“Betul, Chu. Nanti Kak Hawa atau Fiah balik rumah tak?” Aishah bertanya seraya mengalih pandang ke arah dua sepupu yang berdiri sebelah-menyebelah.
“Fiah balik. Kak Hawa tak balik kot.” Ujar Harfiah. Aishah mengangguk.
“Tak apalah. Nanti kita balik sama-sama ya. Nanti Kak Adik tunggu Fiah kat kedai.” Aishah berkata lagi. Harfiah mengangguk pantas.
“Hati-hati, Dik. Riz jaga Aishah ya.” Pesan Sharifah Farisya. Hariz mengangguk sambil tersenyum. Mereka bersalaman dan terus beredar dari kedai minyak wangi tersebut. Sebelum mereka keluar, sempat bertembung dengan dua orang pelanggan yang baru sahaja melangkah masuk ke kedai tersebut.
“Soyez le binevenu (welcome)!” terdengar mereka berempat menyahut serentak. Pasangan itu berjalan meninggalkan kawasan Avenue Paul Doumer itu. Hariz mengenggam erat jari jemari Aishah.
“Kita nak kemana ni?” tanya Hariz. Aishah seperti berfikir sesuatu.
“Louvre? Muzium yang movie Da Vinci Code pernah shooting tu.” cadang Aishah.
“Larat ke sayang nak jalan? Louvre tu ada 3 wing. Keluasan Louvre tu je, macam kawasan KLCC sampai ke Hotel Nikko sampai ke Jalan Yap Kwan Seng. Punyalah luas.” Jelas Hariz. Ternganga Aishah mendengarnya. Belum pernah dia mendengar keluasan sebesar itu. Kawasan yang sebesar KLCC itu pun sudah termengah dia berjalan di sekitar kawasan itu.
“Alaa…kita pergi satu wing jelah. Saya nak tengok potret Mary Magdalene with oil lamp, Rape of The Sabine Woman, Mona Lisa dan Peasant Family.” Rengek Aishah. Sejak berbadan dua ini, perangainya sedikit kebudak-budakan. Kadangkala Aishah sendiri pelik dengan sikapnya.
“Okaylah. Kalau macam tu kita ke wing Richelieu. Situ semua potret tu adalah.” Cadang Hariz. Aishah mengangguk pantas. Hariz menebarkan peta yang dipegangnya. Mencari arah dari Avenue Paul Doumer ke Musee Du Louvre (The Louvre Museum). Hariz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mencari arah untuk ke Louvre.
“Tanya orang jelah, Bang.” Aishah mencadangkan apabila dilihatnya dahi Hariz sekejap-kejap berkerut mencari arah. Hariz mengangguk dan segera bertanya kepada penduduk tempatan. Ada yang tidak boleh berbahasa Inggeris dan ada juga yang fasih.
“Bonjour, Monsieur.” Ucap Hariz. Walaupun tidak fasih dalam bahasa Perancis tetapi kalau setakat selamat pagi, selamat malam dan selamat datang, Hariz boleh bercakap tanpa melihat kamus.
“Bonjour.” Ucap penduduk itu semula.
“How can I get to Louvre from here?” tanya Hariz dalam pelat Inggerisnya.
“You walk to Alma Marceau Station from here. You take Metro Lane No.9 to Trocadero. Then, you get down from that train. Change the lane. You take train in Lane No.6 to Kleber. And, you get down again from the train and change the lane to Lane No.1 to Palais Royal-Musee Du Louvre.” Jelas penduduk tempatan itu.
“Merci beau-coup (thanks), Monsieur.” Hariz mengucapkannya. Tersenyum manis.
“Merci (welcome).” Ucap penduduk itu pula. Kemudian Hariz berpaling dan menuju ke arah Aishah yang sedang menunggu di bawah pohon. Mengigil Aishah menahan kesejukan. Walaupun musim sudah menganjak ke bulan Januari tetapi kesejukan musim salji masih dapat dirasai sehingga ke tulang hitam. Sesekali Aishah menghembuskan angin nafas ke tangannya yang hampir membeku. Kemudian digosok pantas untuk menghasilkan haba.
“Kemana arah kita ni, Bang?” tanya Aishah. Hariz melipat semula peta dan dimasukkan ke dalam poket kot baju saljinya. Hariz menerangkan semula apa yang diterangkan penduduk itu kepada Aishah. Alamak! Banyaknya train nak kena tukar. Karang bersalin jugak aku kat sini. Eh, tapi baru 2 bulan, desis Aishah sambil tersenyum sendirian.
“Kenapa, sayang?” Hariz bertanya apabila dilihatnya Aishah tersenyum kecil.
“Aaaa...tak ada apa-apalah.” Aishah menggeleng pantas. Perlahan-lahan mereka berdua berjalan kaki ke Stesen Metro di Alma Marceau sambil menikmati panorama sekeliling yang indah.
SETENGAH jam kemudian, Aishah dan Hariz tiba dihadapan Palais Royal-Musee Du Louvre. Terpegun seketika mereka melihat keindahan Louvre itu. Ada kaca yang berbentuk segitiga dihadapan Louvre tersebut. Tidak menyangka dia akan berdiri dihadapan Louvre itu. Memang keluarga Syed Mahfuz selalu menjenguk Syed Izuan sekeluarga tetapi semasa Syed Izuan masih bekerja di Seoul, Korea Selatan. Mereka jarang melawat ke arah negara-negara Eropah ini. Ini baru kali pertama Aishah menjejakkan kaki ke Paris setelah keluarga Syed Izuan berpindah ke sini. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam muzium tersebut. Melawat satu sayap sahaja pun sudah letih. Lebih besar dari satu sayap di One Utama. Setelah selesai melawat di sayap Richelieu, mereka keluar dari Louvre dan berjalan menyusuri Jardin Des Tuileries, taman bunga yang terdapat di dalam kawasan Louvre itu. Mata Aishah meliar ke sekeliling kawasan tersebut sambil menyedut wangian bunga. Dia mendepangkan tangan dan menghirup udara segar. Hariz leka memerhatikan gelagat Aishah itu. Dia tersenyum kecil. Mata Aishah jatuh pada senyuman Hariz itu.
“Kenapa?” Aishah mengerutkan dahi. Tidak mengerti akan senyuman itu.
“Tak ada apa-apa. Abang suka tengok sayang happy.” Ujar Hariz. Bertambah-tambah lebar senyumannya. Aishah berjalan mendekati Hariz. Dicapai jari jemari gagah itu. Kemudian menarik Hariz supaya berjalan mengikutinya.
“Mestilah sayang happy. Sebab Abang ada sama.” Entah kenapa Aishah ada perasaan yang belum pernah dia ada pada mana-mana lelaki pun kecuali kepada Hafiz. Apakah perasaan ini? Adakah cinta? Ya, sememangnya cinta, Aishah berteka-teki sendirian.
“Sayang...” Hariz memanggilnya seraya menarik tangan Aishah. Terhenti rentak perjalanan Aishah. Dia berpusing menghadap Hariz. Lelaki itu memegang kedua belah jari jemari Aishah.
“Kalaulah satu hari nanti, Abang tak dapat jaga sayang. Tak dapat jaga anak kita, sayang harus teruskan hidup. Jangan sesekali lupakan Abang. Sebab Abang yakin, Abang takkan lupakan sayang. Selamanya.Kalaupun sayang hendak meneruskan hidup dengan orang lain, Abang benarkan. Abang rela. Abang redha, sayang. Abang takkan berdendam dengan sayang. Abang takkan marahkan sayang. Tetapi, hanya satu permintaan Abang. Jangan hapuskan cinta Abang dari hati sayang. Abang tak kisah kalau sayang nak serahkan sepenuhnya hati sayang kepada orang lain. Tapi tinggalkanlah sebahagian hati sayang untuk Abang.” Pesan Hariz bersungguh-sungguh. Mata Aishah terbeliak, dahinya dikerutkan. Tidak faham akan permintaan pelik suaminya itu.
“Kenapa Abang cakap macam ni? Abang nak tinggalkan saya?” tanya Aishah bertubi-tubi. Hariz melepaskan keluhan perlahan. Dia harus menyampaikan amanatnya. Kepada Aishah mahupun Hafiz.
“Andaikata.....satu hari nanti.” Hariz membetulkan ayatnya semula.
“Abang jangan dah cakap macam ni. Saya tak suka, okay.” Ujar Aishah tegas. Hariz mengangguk perlahan. Diukir sedikit senyuman tetapi senyumannya tawar, hambar. Aishah belum bersedia untuk kehilangan Hariz. Tepat mata Aishah memandang wajah Hariz. Lelaki itu menariknya semula untuk meneruskan perjalanan sehingga keluar dari Jardin Des Tuileries dan menuju ke Place de la Concord dan melalui jambatan Pont de la Concord. Kemudian mereka perlahan-lahan menuruni anak tangga untuk ke bot yang boleh membawa mereka bersiar-siar di sekitar Sungai Seine.
Aishah begitu gembira sekali dapat bersiar-siar di atas bot. Diatas bot itu juga ada cafe untuk pelancong menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan disepanjang susur Sungai Seine. Aishah dan Hariz memilih tempat duduk yang paling dekat dengan railing bot. Aishah leka memandang deburan air yang berkocak semasa bot melalui tempat itu. Deburan air itu dapat menenangkan jiwanya yang gundah gulana selepas mendengarkan ayat-ayat yang keluar dari mulut Hariz sebentar tadi. Sedari tadi, Hariz tidak lepa memandang wajah putih merah Aishah itu.
“Sayang nak pergi mana pulak lepas ni?” tanya Hariz tiba-tiba. Mematikan lamunan Aishah.
“Kita pergi Eiffel Tower. Tujuan saya datang sini nak pergi Eiffel Tower je sebenarnya.” Sela Aishah. Dia tersenyum kecil. Hariz mengangguk.
Sebaik sahaja turun dari bot persiaran itu, mereka berjalan kaki menuju ke stesen Metro di Palais Royal-Musee Du Louvre dan menaiki keretapi di Lane No.1 ke Kleber. Kemudian mereka menukar keretapi dan menaiki di Lane No.6 menuju ke Trocadero. Hariz tahu Eiffel Tower terletak di Trocadero kerana semasa dia dan Hafiz masih bergelar pelajar di rantauan, mereka pernah melancong sehingga ke Paris semasa cuti semester. Malas mahu balik ke Malaysia. Lebih baik mereka tinggal di sana dan melancong sekeliling negara-negara Eropah. Perjalanan dari Kleber ke Trocadero hanya mengambil masa selama 15 minit. Tetapi oleh kerana Aishah sudah keletihan, dia sempat memejamkan mata dan melentokkan kepala ke bahu Hariz. Diusap ubun-ubun wanita itu dan dicium sepenuh hatinya. Terima kasih sayang kerana berikan Abang zuriat yang dapat meneruskan keturunan Abang, ucap Hariz di dalam hati. Tiba-tiba ada mutiara putih yang menuruni pipinya. Jatuh mengena pipi Aishah. Wajah wanita itu berkerut tetapi tidak pula dibuka matanya. Mungkin terlalu keletihan. Maafkan Abang, sayang. Satu hari nanti masa Abang akan tiba. Abang akan pergi jua, sambung Hariz lagi di dalam hatinya.


“ENCIK Hariz....” panggil salah seorang jururawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Hariz mendongak memandang jururawat itu dan mendekati gadis tersebut.
“Saya.” Jawab Hariz ringkas.
“Dr. Khalid ingin berjumpa dengan Encik Hariz.” Ujar jururawat yang memakai tag nama Nisa itu. Hariz mengangguk dan membuntuti jururawat tersebut. Pintu bilik yang tertera nama Dr. Khalid diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan.
“Doktor, Encik Hariz ada diluar.” Nisa berkata. Memandang Dr. Khalid dengan senyuman manis.
“Ya, panggil dia masuk.” Arah Dr. Khalid. Nisa berpaling dan membenarkan Hariz memasuki ruangan bilik tersebut. Tiba-tiba dia menggigil. Terasa sejuk dengan kedinginan dari penghawa dingin tersebut.
“Silakan duduk, Encik Hariz.” Pelawa Dr. Khalid. Hariz sekali lagi mengangguk dan melabuhkan punggung dihadapan Dr. Khalid. Doktor itu membuka fail yang berwarna coklat cair dihadapannya. Meneliti sesuatu dalam fail tersebut. Kemudian berdehem dan mendongak memandang Hariz yang setia menunggu dihadapan doktor itu. Dr. Khalid melepaskan dengusan perlahan.
“Encik Hariz, saya berharap Encik Hariz tabah menerima berita yang akan saya sampaikan ini.” Ujar Dr. Khalid penuh berhati-hati. Sekali lagi berdehem.
“Tak usahlah berencik dengan aku, Lid. Cukuplah Hariz sahaja. Formal sangat. Tak biasa aku.” Hariz berkata berseloroh. Dr. Khalid tergelak kecil.
“I’ve done a full check up on you. Blood test, urine test. And I found something.” Doktor yang kacak memakai cermin mata itu berkata penuh hati-hati.
“Sum-sum tulang kau menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dengan jumlah yang berlebihan. And this is not good. So, aku buat pemeriksaan lebih terperinci dan mendapati.....” ayat Dr. Khalid tergantung. Semakin mendebarkan jantung Hariz.
“Cakap jelah, Lid.”
“Kau menghidap penyakit Leukemia.” Saat Dr. Khalid habis berkata, seluruh badan Hariz terasa lemah. Kakinya lemah untuk berdiri. Dia menekup mulut. Memandang Dr. Khalid dengan pandangan yang jelas tidak percaya.
“That is why kau kerapkali mengalami Anemia, such as pucat, letih dan pendek nafas. Kau juga pernah cakap dengan aku yang hidung kau selalu mengalami pendarahan. Itu juga salah satu puncanya.” Dr. Khalid menerangkan simptom-simptom yang pernah dialami oleh Hariz sebelum dia membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Hariz meraup wajahnya.
“Apa yang perlu aku buat, Lid?” tanya Hariz lemah. Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika itu. Hanya Aishah dan keluarganya sahaja yang difikirkan sekarang. Bagaimana reaksi mereka nanti apabil mengetahui tentang penyakit Hariz ini?
“Kau boleh menjalani rawatan kemoterapi.”
“Tetapi nanti aku akan botak.” Ujar Hariz yang semakin ketakutan. Tidak dapat dibayangkan kehidupannya kelak.
“Ya...kau akan mengalami baldness. But, it’s only for a time being. Sampai kau selesai menjalani kemoterapi.” Dr. Khalid berusaha memujuk Hariz. Dia tahu kesemua pesakit yang perlu menjalani rawatan kemoterapi akan bertanya kepada dia perkara yang sama.
“What is the effect of the chemotherapy?” Hariz bertanya lagi.
“It will slower your cancer from spreading fast.” Jelas Dr. Khalid. Menaikkan sedikit cermin mata yang sudah melurut turun.
“Slower? Maknanya, kanser tu still ada?”
“Well...setiap orang ada sel kanser dalam badan mereka. Cuma antara aktif dan tidak aktif saja. Ia akan melambatkan proses kanser itu merebak. Kita tengok perkembangannya selepas kau menjalani rawatan ini.” Bersungguh-sungguh Dr. Khalid menerangkan perkara ini kepada Hariz.
“So somehow I will die eventually.” Hariz berkata. Terus berdiri tegak dan mundar-mandir di dalam bilik Dr. Khalid. Mata Dr. Khalid mengikut rentak Hariz berjalan.
“Everybody is going to die. Ini semua kerja Allah. Jangan kita mempersoalkannya, Hariz. Ini sudah takdir. Kau seperti tak redha dengan apa yang menimpa diri kau ni. Kau boleh rujuk pada aku jika kau perlukan apa-apa bantuan. Kan dari dulu pun aku je yang selalu buat check up kau. Kau banyak-banyakkanlah bersabar. Berdoa, memohon kepada Yang Esa.” Pujuk Dr. Khalid. Dia berdiri dan menghadap Hariz yang semakin buntu.
“Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan Shah. Dengan Along. Dengan family aku.” Hariz berkata dalam nada sebak. Dr. Khalid menepuk-nepuk bahu Hariz.
“Aku faham, Riz. Kau ambillah masa untuk fikirkan tentang rawatan ni. Tapi aku harap kau tak kecewakan aku. Kau kena jalani rawatan ni secepat mungkin.” Nasihat Dr. Khalid. Hariz menepuk kembali bahu Dr. Khalid. Mengangguk dalam keterpaksaan. Kemudian memeluk sahabat yang sedang bersedih itu. Diusap perlahan belakang Hariz. Selepas meleraikan pelukan, Hariz meninggalkan bilik Dr. Khalid dengan hati yang gusar.


SENTUHAN lembut di tangan Hariz, mengejutkannya dari lamunan. Memandang isteri disebelah yang sedang menggosok mata. Tersenyum semanis yang mungkin.
“Kita dah sampai, Bang.” Ujar Aishah lembut. Hariz mengangguk dan segera menarik tangan Aishah. Mereka berjalan menyusuri Trocadero. Di kiri dan kanan, terdapat restoran atau kafe untuk pelancong dan penduduk tempatan menjamu selera. Di kejauhan, Eiffel Tower sudah kelihatan. Hariz mengeluarkan kameranya dan menangkap keseluruhan menara yang gah berdiri dihadapan mereka itu. Aishah mendongak memerhatikan keseluruhan struktur menara tersebut. Terpegun dia sebentar. Kemudian berfikir. Bagaimanalah agaknya juruteranya, Gustave Eiffel, dapat melakarkan menara setinggi ini di dalam kertas dan dijadikan impiannya itu suatu realiti?
“Macam manalah Gustave Eiffel tu boleh terfikir nak buat Eiffel Tower ni?” akhirnya terluah juga apa yang bermain di fikiran Aishah.
“Tulah sebabnya Eiffel Tower ni, is one of the 7 wonders of the world.” Hariz berkata. Aishah mengangguk mengiakan kata-kata itu.
“Sayang nak makan dulu ke?” tanya Hariz.
“Kejap lagilah. Kita naik dulu Eiffel ni.” Aishah berkata. Kemudian, mereka sama-sama menuju ke arah Eiffel Tower. Mereka naik ke tingkat yang paling atas dalam menara itu di Observe Deck. Aishah melihat melalui teropong yang disediakan khas di atas menara tersebut. Dari atas deck, dapat dilihat seluruh Paris. Mengagumkan. Aishah tersenyum riang. Lagaknya seperti anak-anak kecil. Hariz leka memerhatikan wajah isterinya itu. Dapatkah aku selalu mengingati senyumanmu? Dapatkah aku mendengar gelak tawa mu lagi selepas ini? Dapatkah aku merasai sentuhan lembutmu selepas ini? Dapatkah aku mengusap pipimu dan menghapuskan air matamu? Tiba-tiba Hariz melepaskan satu keluhan. Serta-merta Aishah memandang Hariz.
“Kenapa, Bang? Abang tak sihat ke? Muka Abang nampak pucat je.” Ujar Aishah dalam kerisauan. Hariz menggeleng perlahan dan tersenyum untuk mengurangkan gundah hati sang isteri.
“Tak ada apa-apalah.” Hariz berkata seraya memeluk bahu Aishah.
“Kita ambil gambar. Buat kenangan.” Ujar Hariz. Dia mengeluarkan kamera DSLR dari beg kamera. Bermacam pose yang Aishah lakukan. Kemudian, mereka meminta salah seorang pengunjung di situ untuk tolong mengambil gambar mereka berdua.
“Bonjour, Monsieur.” Ucap Hariz.
“Bonjour.”
“Can you help me? Take our pictures, together.” Pinta Hariz. Lelaki berbangsa Perancis itu segera mengangguk dan tersenyum. Dia mencapai kamera dari tangan Hariz. Selepas itu, Hariz mengucapkan terima kasih.
“Merci beau-coup.”
“Merci.” Lelaki itu berkata kembali. Hariz melihat kembali gambar yang telah ditangkap melalui memory card yang tersimpan di dalam kamera tersebut. Melihat kegembiraan dan senyuman Aishah, hatinya diruntun pilu.

BERSAMBUNG......

BAB 37