BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 5, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 24

BAB 24

AISHAH menolong memotong buah-buahan. Farehan pula sedang menyediakan pencuci mulut yang mahir dibuat. Hanita menyertai Abah dan abang-abangnya menonton televisyen. Entah dari mana Hariz muncul dan memeluk bahu Aishah dari. Kaget gadis itu dibuatnya. Lamunan Aishah hilang entah kemana. Dia memandang Hariz yang tersenyum disebelah.
“Awak tak malu ke kalau Umi awak nampak?” tanya Aishah. Segan juga dia kalau Farehan atau Najmuddin yang nampak perbuatan mereka itu. Yalah, mereka masih belum ada ikatan sah. Masakan dibenarkan berpegang. Kalau Hanita yang terserempak, tidak apalah. Atau dia tidak mahu Hafiz yang melihat itu semua? Hati Aishah semakin kusut dan lebih runsing dari tadi.
“Apa nak dimalukan? Tak ada siapa-siapa pun kat dapur ni.” Kata-kata Hariz itu membuatkan Aishah memandang ke sekeliling dapur. Memang benar katanya itu. Tidak ada sesiapapun.
“Yalah. Kalau tak ada siapa-siapa pun, seganlah kalau tiba-tiba Umi awak masuk ke dapur.” Ujar Aishah sambil cuba melepaskan tangan Hariz dari bahunya
“Tak punya. Umi saya tengah makan dessert kat depan tu. Takkan masuk ke dapurlah.” Kata Hariz. Aishah mengerutkan dahi dan menjenguk ke luar. Memang Farehan sedang menjamu pencuci mulut. Hariz melepaskan pelukan bahu Aishah.
“Ada-ada jelah tau awak ni. Dahlah jangan kacau saya nak potong buah ni. Nanti saya potong tangan awak, baru awak tau.” Ujar Aishah. Tergelak kecil.
“Ish…belum kahwin awak dah nak potong tangan saya. Kalau dah kahwin esok, entahlah macam mana.” Seloroh Hariz. Mereka sama-sama bersembang didapur dan bergelak ketawa. Lawak jenaka yang diutarakan oleh Hariz benar-benar terasa lucunya. Aishah ketawa sehingga keluar air mata. Kerja-kerja memotong buah pun menjadi sedikit lambat. Asyik sahaja melayan karenah dan lawak Hariz.
Tiba-tiba ada satu suara berdehem kuat. Mereka sama-sama memandang. Hafiz sedang berdiri tegak memandang kemesraan mereka berdua. Hatinya menjadi cemburu. Darah merah menyerbu ke mukanya. Muka terasa panas. Cemburu melihat gelak ketawa itu yang sepatutnya bersama dia.
“Umi suruh bawak buah-buahan ke depan.” Katanya tegas dan terus berlalu. Aishah tergamam. Hariz juga turut berlalu ke depan. Hati Aishah resah. Adakah Hafiz melihat kemesraan mereka? Kenapa dia perlu ambil peduli sedangkan Hafiz tidak pernah mempedulikan perasaannya? Hati kecilnya berkata-kata sendirian.
Aishah membawa buah-buahan yang sudah dipotong itu ke hadapan. Dia meletakkan buah-buahan itu diatas meja kopi. Hafiz memandang gerak geri Aishah tidak berkedip. Aishah hanya menundukkan wajah. Tidak berani dia hendak menentang mata Hafiz yang redup itu. Dia beredar dari situ dan duduk di meja makan. Hariz menyertai Aishah. Api cemburu bertambah-tambah meluap di dalam diri Hafiz. Mereka bersembang dengan rancak. Farehan juga turut menyertai mereka berdua. Entah apa yang disembangkan tetapi Hafiz melihat sesekali Aishah tergelak. Manja seperti dahulu. Lesung pipitnya juga masih menyerlah di pipi putih gebu itu. Hanita menuju ke meja makan dan juga turut bersembang dengan mereka. Kadangkala dia akan memeluk bahu Aishah.
‘Kenapa dengan kau ni, Hafiz? Cemburu?’ kata hatinya bersuara.
‘Tidak. Mengapa aku perlu cemburu?’ Hafiz bertingkah.
‘Kau cemburu melihat kemesraan yang ditunjuk oleh gadis itu dan adik
kau’ hatinya berkata-kata lagi.
‘TIDAK!!! Aku tidak cemburu. Aku tidak cemburu’ Hafiz menafikan tekaan kata hati. Walaupun dia tahu memang itulah yang sedang berlaku dalam dirinya.
‘Kau jangan nak bohong aku. Aku kenal diri kau lebih dari kau
mengenali diri kau sendiri.’ Kata hati bergema semakin kuat. Hafiz jadi semakin tidak selesa. Najmuddin yang perasaan akan perubahan anaknya itu bertanya. Hafiz hanya menggeleng perlahan.
‘Aku tak kisah. Hariz pasti boleh membahagiakan dia’ ucap Hafiz dalam hati, perlahan. Walaupun mata ditala ke arah peti televisyen, tetapi tumpuannya tidak disitu. Menerawang jauh.
‘Kau kisah sebenarnya. Kau masih cintakan dia. Mengapa kau perlu
menafikan segalanya?’ kata hati juga mula mengendurkan gemaan.
‘Kalau aku masih cintakan dia, aku takkan sanggup mengahwini Lisa’
‘Kau kesiankan Lisa. Tetapi cinta kau hanya untuk gadis itu’ tekaan kata hati semakin berasas. Benarkah aku menyintai Lisa? Atau sekadar simpati? Hafiz berdesis sendirian.
‘Aku tak sanggup mengecewakannya sekali lagi. Aku tak sanggup
melihat Hariz berduka. Aku tak sanggup melukakan hati Lisa.
Ketiga-tiga mereka adalah orang yang aku sayangi. Aku tak sanggup
melihat mereka menderita.’ Hafiz berkata sambil memegang kepalanya. Sakit kepala bila memikirkan terlalu banyak perkara.
‘Tapi perbuatan kau ini membuatkan kau sendiri menderita’ ucap kata hati, sedih. Hafiz melepaskan keluhan perlahan.
‘Biarlah aku saja yang menanggung penderitaan ini. Tetapi aku tak
sanggup melihat mutiara putih yang berjujuran di pipi si dia. Aku
akan tetap dan terus mencintai dia sepenuh hatiku. Aku juga akan
membahagiakan Lisa’ pertelingkahan Hafiz dengan kata hati terhenti begitu sahaja apabila matanya menatap wajah lembut itu. Mata Aishah seperti sudah kehilangan sinar. Tidak seperti dulu. Aishah membalas pandangan itu. Tetapi segera dialihkan pandangannya itu apabila Farehan bertanya sesuatu kepada dia.


HARIZ menghantar Aishah pulang ke rumah. Kereta Hariz berhenti betul-betul dihadapan rumah banglo itu. Aishah memandang wajah Hariz dan tersenyum. Dia berkira-kira hendak turun dari kereta itu tetapi tidak jadi apabila Hariz ingin berkata sesuatu. Dia berpaling menghadap Hariz. Lidah lelaki itu menjadi kelu apabila Aishah memandang. Tatapan gadis disebelahnya ini sangat memukau.
“Kenapa, Riz? Awak ada sesuatu nak cakap dengan saya?” tanya Aishah. Hariz hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak bertanya. Dia menjadi serba salah.
“Tak apalah. Bila awak dah bersedia nak cakap nanti, awak call saya.” Kata Aishah sambil membuka pintu. Kaki kirinya sudah melangkah keluar. Belum sempat kaki kanannya turut melangkah keluar, Hariz berdehem. Aishah memandang lelaki itu.
“Sebelum saya, pernahkah awak mencintai lelaki lain?” pertanyaan Hariz itu dirasakan amat berat sekali. Aishah mengeluh perlahan. Dia tidak pasti samada hendak menjawab soalan itu atau tidak. Lama dia berfikir. Hariz kegelisahan.
“Ada.” Ringkas jawapan Aishah. Tidak terlintas langsung untuk menipu Hariz. Baginya, Hariz terlalu baik. Tidak patut ditipu dan dipersia-siakan.
“Boleh saya tahu siapa dia?”
“Itu cerita lama. Biarlah kisah tu berlalu. Saya pun dah buka kisah baru. Tak perlulah awak tahu siapa dia. Anggap sajalah awak pernah mengenali dia.” Kata-kata Aishah banyak berkias. Hariz terdiam. Aishah bungkam.
“Awak?” tanya Aishah tiba-tiba.
“Hah?” Hariz menjadi bingung.
“Awak pernah ada sesiapa ke sebelum saya?” tanya Aishah kembali. Hariz tersenyum dan mengangguk.
“Ada. Tapi dia dah kahwin. Dah ada seorang anak pun.”
“Awak masih cintakan dia?” tanya Aishah lagi.
“Cakap pada saya. Siapa yang boleh lupakan cinta pertama. Tapi untuk soalan awak itu, saya akan katakan tidak. Saya doakan kebahagiaan dia. Apa-apa pun kami tetap kawan. Tak baik bermusuh walaupun kami dulu pernah bercinta. Tak sangka pulak husband dia kawan baik saya masa sekolah dulu.” Terang Hariz untuk mengelakkan salah faham Aishah. Tetapi gadis itu tidak cepat melatah. Dia hanya tersenyum manis. Aishah tahu. Walaubagaimanapun, perasaan cinta pertama itu masih ada dalam dirinya. Tapi dia takut untuk memberitahu kerana Hariz fikir Aishah akan salah faham. Tetapi Hariz juga tidak tahu bahawa perasaan cinta pertama Aishah itu masih ada. Masih wujud sehingga kini. Dan, tidak tahu bila boleh dihapuskan. Semakin dia cuba melupakan Hafiz, semakin terikat perhubungan mereka. Benarkah ada jodoh diantara mereka?
“Dia adalah cerita dulu. Awak, cerita sekarang.” Sambung Hariz. Aishah tersenyum simpul. Hariz menarik jari jemari Aishah dan dicium jari-jari runcing itu.
“Selamat malam, Hariz.” Kata Aishah. Cuba melepaskan jari jemarinya tetapi Hariz seperti tidak mahu melepaskan.
“Hariz…” panggil Aishah lembut. Perlahan-lahan lelaki itu melepaskan jari jemari gadis yang teramat dicintainya itu.
“Selamat malam. Assalamualaikum.” Kata Hariz. Aishah turun dari kereta. Ditutup pintu kereta dan menjenguk semula ke dalam kereta.
“Waalaikumussalam.” Aishah berkata dan melangkah masuk ke dalam. Pintu pagar automatik itu menutup semula. Aishah melambai. Hariz membalas lambaian itu.
Aishah berpaling dan berjalan perlahan-lahan menuju ke Taman Mewah Indah. Hatinya berbelah-bahagi. Benarkah keputusannya ini? Menerima cinta Hariz sedangkan hatinya masih pada Hafiz. Aishah terbayang-bayang lirikan mata Hafiz. Masih seperti dahulu. Dia masih membayangkan peristiwa sewaktu makan malam tadi. Hafiz tidak banyak bercakap. Berlainan benar dengan Hafiz yang dahulu. Aishah dapat menangkap pandangan Hafiz melalui ekor matanya. Lelaki itu banyak merenung dirinya. Dia jadi gelisah. Tidak tenteram.
‘Aku mesti membuang wajah Hafiz dari kamus hidupku’
‘Baguslah kalau kau berfikir begitu. Hariz lebih selayaknya berada di
mata, hati dan jiwa kau’ kata hati berkata secara tiba-tiba.
‘Aku akan berikan peluang kepadanya’ tegas Aishah lagi.
‘Itulah yang sebetulnya’ kata hatinya memberi semangat.
‘Aku akan belajar menyintai Hariz’ Aishah bertekad.
‘Inilah Aishah Najyha yang aku kenal dahulu. Tegas dengan
pendiriannya’ kata hati semakin galak memberi semangat.
‘Aku mesti cuba! Tapi…aku tak sekuat yang aku sangkakan. Aku
menyangka aku boleh berdepan dengannya’ kata hati Aishah mati begitu sahaja. Tiada lagi kata-kata semangat. Kenapalah dia selemah ini? Semenjak keluar daripada universiti, dia sudah pandai menjaga hati dan perasaannya daripada disakiti. Tapi kini, itu semua tidak berguna lagi. Apabila terpandangkan wajah Hafiz, kenangan silam menjengah memori.
Katak-katak sedang menyanyi lagu rasmi memanggil hujan. Aishah memandang awan gelap yang menyelubungi bulan. Setitik demi setitik air hujan menimpa muka. Aishah melangkah masuk ke dalam apabila hujan semakin renyai.


HARIZ duduk di dalam kereta yang sudah diparkir di dalam garaj rumah. Dia duduk termenung. Mulutnya asyik tersenyum. Senyuman Aishah melekat di hati kini. Dia yakin dapat membahagiakan Aishah. Dia akan membuatkan gadis itu melupakan kisah cinta lamanya. Itu semua sudah berlalu. Hariz keluar dari kereta. Dari garaj, dia ternampak Hafiz sedang duduk termenung di balkoni. Dia tersenyum. Tiba-tiba datang idea hendak mengusik abangnya. Hariz menuju ke tingkat atas dan terus sahaja masuk ke dalam bilik Hafiz secara senyap tanpa Hafiz sedari akan kehadirannya. Dia menyergah Hafiz sehingga lelaki itu melompat dari kerusi.
“Angah ni buat terkejut Along je.” Hafiz mengurut dada. Hariz ketawa berdekah-dekah. Kelakar pula bila melihat wajah Hafiz yang panik.
“Apa yang Along menungkan tu sampai Angah masuk pun Along tak sedar?” Hariz masih lagi dengan sisa ketawa. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di balkoni itu.
“Macam-macam. Especially, pasal kerja.” Hafiz memandang ke arah kegelapan malam. Mencari bintang. Hatinya terkapai-kapai di dalam kegelapan itu. Dia perlukan seseorang untuk menariknya keluar. Wajah Ellisa muncul untuk menyelamatkan dia. Benar-benarkah gadis itu datang menyelamatkan dia atau pun hanya fikirannya sahaja yang mereka wajah gadis itu semata-mata hendak membuang wajah Aishah?
“Kenapa dengan kerja Along?” tanya Hariz tiba-tiba. Memecahkan lamunan Hafiz yang berpanjangan.
“Lepas Along kahwin, commitment akan bertambah. Along ingat nak suruh Kak Lisa berhenti kerja. Tapi dia tak nak. Dia kata kerja sebagai doktor ni adalah impian dia dari kecil. Tapi kalau kami sama-sama sibuk dengan patient, bila masa nak berjumpa? Bila masa nak bina keluarga? Bila masa dia nak beranak? Kalau atleast dia jadi surirumah, adalah masa Along nak berjumpa dengan dia.” Rupa-rupanya itu yang dirisaukan oleh Hafiz. Hariz tersenyum. Dia tahu bagaimana hendak menceriakan abangnya semula. Hariz berdehem.
“Along…Angah tak tahu macam mana nak bagi nasihat pada Along. Tapi satu je Angah tahu. Kalau Kak Lisa sayangkan Along, apa pun dia sanggup buat.” Hariz menghirup sedikit air nescafe panas abangnya. Hafiz mengeluh perlahan. Kemudian, mengangguk.
“Macam Aishah sanggup buat apa je untuk Angah?” tanya Hafiz perlahan. Hariz memandang abangnya itu.
“Angah tak pasti tentang hati dia. She’s hard to predict. Walau macamana pun, Angah akan tetap cuba membuat dia jatuh cinta pada Angah dan lupakan cinta lama dia.” Jelas Hariz panjang lebar.
“Cinta lama?” tanya Hafiz lagi. Hariz mengangguk.
“Angah tanya Aishah tentang kisah cinta silam dia. Dia kata dia memang ada lelaki yang dicintainya sebelum Angah.” Ujar Hariz. Hafiz memandang ke kegelapan malam sambil tersenyum kecil.
“Habis tu, dia ada cakap siapa?” Hafiz bertanya dengan senyuman masih dibibir.
“Tak pun. Dia kata biarlah cinta itu menjadi kisah silam dia.” Hariz berkata. Hafiz mengangguk perlahan. Sedikit hampa tetapi dia mengerti. Biarlah kau jua menjadi kisah silamku, kata hati kecil Hafiz.
“Dahlah tu, Along. Kita tak payah fikir pasal perempuan. Sekarang ni, kita pergi main PS2. Dah lama kita tak main kan?” cadang Hariz. Hafiz memandang wajah Hariz. Lama. Bertuahnya Aishah kerana dapat memiliki sekeping hati milik Hariz. Dia seorang yang ceria dan tidak tahu bersedih. Dan aku juga bertuah kerana memiliki sekeping hati milik gadis bernama Aishah. Walaupun hanya untuk seketika cuma. Tetapi akan aku pulangkannya kepada kau satu hari nanti, adikku. Detik hati kecil Hafiz sekali lagi.
Mereka sama-sama keluar dari bilik Hafiz dan menuju ke tingkat bawah. Hariz memasang peti televisyen dan menyambungkan suis PS2 ke peti tersebut. Hafiz memilih game daripada CD Bag. Satu persatu game yang dilihatnya. Akhirnya, dia memilih Final Fantasy. Hariz ke dapur untuk mengambil snek ringan dan air bergas.
Mereka bermain sehingga lewat malam. Jam berdenting sebanyak 3 kali menandakan jam sudah pukul 3 pagi. Mereka masih leka bermain. Kadangkala gelak ketawa kedua-duanya bergema di seluruh rumah. Farehan tidak boleh tidur kerana terdengar bunyi suara orang bercakap dan bergelak, menjenguk dari tingkat atas. Dilihat dua beradik itu sedang bermain PS2. Farehan menggeleng dan masuk semula ke dalam bilik tidur. Dia tersenyum. Sudah lama dia tidak mendengar dua beradik itu bergaduh, bersembang dan bergelak sesama mereka. Kini, dia pasti. Kedua anak lelakinya yang dahulu pergi jauh mencari ilmu, sudah kembali ke pangkuannya semula. Dia gembira kerana dahulu anak-anak kecilnya sudah menjadi anak-anak teruna. Dan dara.





PAGI itu mata Hariz tidak boleh diangkat. Mengantuk sangat. Semalam tidur lewat. Bermain PS2 sehingga pagi. Telefon bimbit Hariz berdering. Bingit telinga. Dia segera mencapai telefon itu sebelum jeritannya lebih kuat. Hariz meneliti nama di skrin. Pejabat. Dia segera menjawab.
“Hello…” jawabnya.
“Hello, Encik Hariz.”
“Hah!Kama. Kenapa? Ada hal penting ke?”
“Encik Hariz masuk pejabat lewat ke hari ni?” tanya Kamazarina.
“Ya. Kepala saya pening. Kama boleh tolong saya tak?”
“Boleh Encik Hariz. Ada apa yang Encik Hariz perlukan?”
“Tolong beritahu Encik Syafiq. Pasal projek Lembah Bayung 2 Spa and Resort, yang projek kerjasama dengan FAF Architecture, arkitek daripada syarikat tu nak berjumpa dengan kita hari ini. Tapi, saya rasa saya tak dapat hadir. Kama minta Encik Ferry ikut Encik Syafiq pergi ke sana.” arah Hariz.
“Perlu saya terangkan apa-apa pada Encik Syafiq dan Encik Ferry?”
“Tak perlu. Sebab projek tu pun dah tinggal 35 per cent lagi nak siap. Encik Syafiq tahulah apa yang patut dibuatnya.” Kata Hariz sambil menutup mulut menguap. Sisa kantuk masih ada.
“Baik Encik Hariz. Itu saja ke?”
“Satu lagi. Kamu masuk dalam bilik saya. Ambil fail yang warna merah. Yang saya letak atas meja saya tu. Saya tulis initial LBS & R. Awak berikan pada Encik Syafiq.” Arah Hariz sekali lagi.
“Baik Encik Hariz. Ada apa-apa lagi?”
“Ada. Satu je lagi. Maaflah, Kama.” Hariz memang tidak suka menyusahkan setiausahanya.
“Tak apa Encik Hariz.”
“Kamu cakap dengan Encik Syafiq. Lepas saja meeting tu, suruh dia call saya.” Arahan Hariz dicatat oleh Kamazarina dalam buku diari.
“Hari ni saya ada apa-apa meeting ke, Kama?”
“Hari ni Encik Hariz ada meeting dengan Encik Nathan dan Puan Fiza. Pukul 12.30 tengah hari di Hotel Hilton, P.J. Lepas tu, Encik Hariz ada meeting dengan Puan Qaseh dari Fragile Advertising Company. Mengenai iklan syarikat dan iklan promosi projek Lembah Bayung tu.” Kata Kamazarina sambil matanya meneliti diari yang tercatit jadual harian Hariz.
“Iklan syarikat? Bukankah Tuan Syed yang berkuasa untuk memilih iklan syarikat? Kenapa pulak saya? Kalau iklan projek Lembah Bayung tu, memang saya yang uruskan.” Ujar Hariz. Setahu dia memang Syed Mahfuz yang selama ini menguruskan iklan syarikat.
“Tuan Syed tahu yang Encik Hariz nak pergi berjumpa dengan Puan Qaseh. Jadi, dia suruh Encik Hariz uruskan.” Terang Kamazarina.
“Baiklah. Saya kena berjumpa dengan Puan Qaseh pukul berapa?”
“Pukul 3.00 petang.”
“Baiklah, Kama. Nanti kalau ada apa-apa mesej, awak telefon saya saja. Saya mungkin tak masuk pejabat hari ini.” Kata Hariz.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka sama-sama mematikan talian. Hariz meraup muka dan melihat jam loceng di sisi katil. Sudah pukul 11 pagi. Dia kena berjumpa dengan pelanggan pukul 12.30 tengah hari. Nanti lambat pula. Sudahlah berjumpa di Hotel Hilton. Jalan ke Petaling Jaya kalau sudah hampir waktu tengah hari, jalan raya semakin sesak dengan kereta. Hariz bangun dan segera menuju ke bilik air.

BERSAMBUNG.....

Sunday, January 4, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 23

BAB 23

AISHAH berasa gementar. Dia belum pernah berjumpa dengan keluarga Hariz. Kecuali Hariz pernah memperkenalkan adiknya, Hanita kepada Aishah. Baru sahaja 3 hari lepas Hariz menelefonnya dan menyatakan Umi Hariz mahu berjumpa dengan dia. Aishah tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dan berkata-kata. Dia takut dia akan terlepas cakap perkara-perkara yang tidak sepatut dibangkitkan. Contohnya, berkenaan politik. Ini kerana bapa Hariz ahli politik yang terkenal. Aishah juga tidak tahu cara berpakaian yang sesuai. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan tidak ada baju yang sesuai untuk acara kali ini. Dia berasa resah, gelisah, takut. Semua perasaan bercampur aduk menjadi satu. Lama dia membelek diri dihadapan cermin solek. Pintu bilik diketuk. Pintu itu terkuak sedikit. Terjengul wajah Nina dan Nadira. Mereka mengerutkan dahi melihat Aishah. Gadis itu mengurut tengkuk. Keletihan kerana seharian memilih baju yang sesuai. Otaknya benar-benar keliru.
“Akak nak kemana? Dress up lawa-lawa ni.” tanya Nadira.
“Esok nak kena pergi jumpa parents Abang Hariz. Dia orang jemput makan malam.” Ujar Aishah sambil memperagakan beberapa helai baju. Tetapi semua rasa tidak kena. Hatinya berdebar. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Dia tidak pasti. Dan, debaran itu dari sehari ke sehari makin kuat degupannya. Nina dan Nadira saling berpandangan. Nadira tahu apa yang sedang bermain di fikiran Nina. Dia juga turut merasakan perkara yang sama.
“Ok tak pakaian Akak ni?” tanyanya kepada Nadira. Diperagakan baju tersebut ke tubuhnya dan ditayang depan Nadira.
“Ok je.” Jawab Nadira ringkas.
“Kak, sesuai ke Adik pakai seluar?” Aishah bertanya pula kepada Nina.
“Masa Akak nak pergi jumpa family Abang Sof dulu, Akak pakai baju kurung. Jadi, Akak rasa lebih sesuai Adik pakai baju kurung. Nampak sopan sikit.” Nasihat Nina. Aishah mengangguk. Dia membuka almari dan membelek satu pesatu baju kurungnya.
“Akak rasa yang mana satu cantik?” tanyanya lagi.
“Yang purple tu. Adik sesuai dengan colour purple.” Aishah menarik baju kurung ungunya. Dia membelek diri sambil memegang baju kurung itu. Tiba-tiba wajah Hafiz terlayar di ruang minda. Hafiz juga menyukai warna ungu. Lama Aishah menatap dirinya sambil melekatkan baju itu dibadan. Kenapalah aku harus memikirkan dia lagi? Detik hati Aishah.
“Aishah, kau harus lupakan dia!” Aishah berkata kuat. Kedua kakak dan adiknya memandang ke arah dia. Baru Aishah tersedar yang dia terlepas cakap.
“Apa yang Adik merepek tu?” tanya Nina. Aishah termalu sendiri. Segera menggeleng sambil tersengih kecil.
Mereka berdua berbisik sesama sendiri dan ketawa kecil. Aishah memandang kakak dan adiknya.
“Apa yang seronok sangat tu?” Aishah bertanya.
“Tak ada apa-apalah.” Kata Nina.
“Kita orang cakap yang muka Kak Adik macam muka Kak Na dan Dira dulu. Masa mula-mula nak pergi jumpa keluarga mentua.” Ujar Nadira pula.
“Hish….Kak Adik bukan nak pergi jumpa keluarga mentua lah. Kak Adik nak jumpa family Hariz saja. Itu je.” Kata Aishah.
“Kalau seorang lelaki tu, bawa seorang perempuan ke rumah keluarganya, itu bermakna dia dah bersedia nak mendirikan rumah tangga dengan perempuan tu. Eloklah tu, Adik. Dah dekat setahun lebih kamu berdua berkawan. Dah tiba masanya.” Nina berkata. Aishah memandang ke arah dua beradiknya itu. Ada kebenaran juga di kata-kata itu. Aishah berfikir.
“Oklah, Adik. Akak masuk tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.” Nina bangun dari duduknya dan menuju ke pintu bilik. Salam Nina dijawab dalam hati.
“Dira pun masuk tidur dululah. Tak nak ganggu Akak.” Nadira segera keluar dari bilik itu.
Aishah menghempaskan punggung di atas katil. Apakah benar kata-kata kakaknya itu? Itukah tujuan sebenarnya Hariz membawa dia berjumpa dengan keluarganya? Kalau itu benar, dia akan terima. Terima sahaja apa yang akan terjadi. Hakikatnya, dia sendiri tidak pasti akan hati dia sendiri. Benarkah dia sudah bersedia? Adakah dia akan menerima Hariz atas dasar simpati? Kalau kerana simpati, tidak guna meneruskan hubungan ini. Kerana sudah pasti, cinta itu tidak akan hadir. Biarlah masa yang menentukan. Biarlah hati ini menerima kehadiran cinta itu.
Aishah meletakkan baju kurung di atas sofa. Dia menutup lampu dan berbaring. Mata masih tidak mengantuk. Kedinginan penghawa dingin menggigit kulit. Dia menarik gebar tebal dan menyelimuti diri yang dalam kesejukan.


“ASSALAMUALAIKUM.” Seseorang memberi salam dari pintu pagar. Berkali-kali salam diberi.
“Waalaikumussalam.” Jawab Nurradiah. Dia menjenguk ke luar. Seorang anak muda berdiri sambil terjenguk-jenguk ke dalam. Nurradiah membuka pintu pagar. Anak muda itu melangkah masuk ke dalam rumah. Nurradiah hanya tersenyum memandangnya.
“Apa khabar, Auntie?” kata anak muda itu dan tunduk menyalami Nurradiah. Sopan sungguh. Berkenan Nurradiah melihatnya.
“Baik. Ohh…Hariz.” Tersenyum Nurradiah memandang anak muda itu.
“Saya, Auntie.” Jawab Hariz, sopan.
“Datang jemput Aishah?” tanya Nurradiah lagi.
“Ya, Auntie.”
“Marilah masuk dulu. Aishah tengah bersiap. Kejap lagi dia turun.” Hariz membuntuti Nurradiah masuk ke dalam rumah.
“Hariz duduk dulu, ya? Auntie buatkan air.” Kata Nurradiah. Belum sempat Hariz berkata apa-apa, Nurradiah menyambung.
“Tidak ada bantahan.” Mereka sama-sama tersenyum.
Derapan kaki yang menuruni anak tangga kedengaran. Terjengul wajah tua yang sudah dipenuhi uban di kepala. Syed Mahfuz melintasi ruang tamu tanpa perasan akan kehadiran Hariz di situ.
“Tuan Syed.” Panggil Hariz. Syed Mahfuz berpaling. Dia menuju ke arah Syed Mahfuz dan bersalaman dengan lelaki itu.
“Eh! Kamu Hariz. Kamu datang nak jemput Aishah, ya?” tanya Syed Mahfuz pula. Hariz mengangguk perlahan.
“Ya, Tuan Syed.”
“Kamu duduklah dulu, ya. Sekejap lagi dia turun lah tu.” Syed Mahfuz berkata.
“Terima kasih, Tuan Syed.” Ucap Hariz.
“Kalau kat rumah saya, tak usahlah panggil Tuan-Tuan. Panggil je saya Uncle. Hariz kan berkawan dengan anak saya. Kat ofis je sesuai panggilan tu.” Kata Syed Mahfuz sambil menepuk bahu Hariz.
“Baiklah, Tuan…Uncle Syed.” Tergagap-tergagap dia menukar panggilan Syed Mahfuz. Dia menjadi kekok.
“Haa….kan molek tu. Lebih elok lagi kalau Hariz panggil saya Papa je terus.” Gurau Syed Mahfuz. Hariz tersipu-sipu malu. Syed Mahfuz tergelak dan beredar ke dapur. Hariz turut tersenyum menerima layanan daripada keluarga itu.
Seorang demi seorang menuruni anak tangga. Hariz memandang adik beradik Aishah. Mereka semua tersenyum dan bersalaman dengan Hariz. Nina tersenyum.
“Hariz….” Kata Nina.
“Kak Na, Abang Sof.”
“Hai, Abang.” Nadira memberi salam. Dia memperkenalkan suaminya, Shah Fuzey kepada Hariz.
“Siapa ni?” Khairul yang baru sahaja menjejakkan kaki ke ruang tamu, bertanya. Dia belum pernah berjumpa dengan Hariz sebelum ini.
“Inilah Hariz. Boyfriend Adik.” Nina memperkenalkan Hariz kepada Khairul.
“Boyfriend Adik?” tanya Khairul. Lantang suaranya bertanya. Wajah yang bengis membuatkan Hariz kecut perut. Tetapi adik-adiknya yang lain sudah biasa. Mereka tahu walaupun Khairul berwajah bengis tetapi dia baik hati. Suka melindungi adik-adiknya walaupun mereka sudah berdikari dan boleh menguruskan hidup mereka sendiri. Sabrina memegang lengan suaminya. Khairul memandang isteri disebelah. Dia bersuara kendur semula. Berdehem kecil.
“Apa khabar?” Khairul sambil tersenyum dan menghulurkan tangan. Hariz menyambut huluran tangan itu.
“Baik.”
“Saya abang yang sulung kepada Aishah. Dia orang semua panggil saya Ong. Singkatan daripada Along. Hariz bolehlah panggil saya Ong.” Kata Khairul. Hariz mengangguk.
“Baiklah, Bang.”
Semua mata tertumpu ke arah anak tangga. Aishah yang lengkap berpakaian baju kurung dan berselendang menutupi sedikit rambut. Mereka semua terpegun dengan kecantikan Aishah yang semulajadi. Nurradiah yang baru sahaja datang dari dapur juga mengalihkan pandangan ke arah anak tangga. Dia tersenyum melihat Aishah yang kelihatan sangat ayu dan jelita.
“Kenapa semua pandang macam tu? Ada apa-apa ke kat muka Adik?” tanya Aishah sambil memegang wajahnya.
“Tak ada apa-apa. Adik nampak….different.” kata Khairul.
“Ada-ada jelah Ong ni.” Dia menuruni anak tangga yang terakhir dan menuju ke arah Hariz yang memandangnya tidak berkelip.
“Jomlah, Riz.”
“Ah…Ha…Ermm….Mmm…Hmm…..OK, jom.” Bermacam-macam bunyi yang dibuatnya. Hariz seperti baru tersedar dari mimpi yang panjang.
“Minumlah dulu, Riz. Auntie dah buat air tu.” Kata Syed Mahfuz yang turut keluar dari dapur apabila tiba-tiba ruang tamunya menjadi senyap sunyi. Hariz segera meneguk air jus yang dibancuh oleh Nurradiah. Hariz bersalaman dengan kesemua ahli keluarga Aishah. Mereka berjalan beriringan ke kereta Hariz yang diletakkan di luar rumah. Kesemua ahli keluarga yang ada di dalam rumah, kelegaan melihat perubahan pada diri Aishah.


SEPANJANG perjalanan ke rumah Hariz, Aishah hanya mendiamkan diri. Hariz sesekali mengetuk jarinya di stereng mengikut rentak lagu yang berkumandang di radio kereta. Matanya mengerling sekilas ke arah gadis di sebelah. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka. Hariz menggenggam jari jemari Aishah. Gadis itu berpaling ke arahnya.
“Kenapa dengan awak ni? Diam je.” Tanya Hariz, lembut.
“Tak ada apa-apalah.” Tingkah Aishah.
“Takkanlah tak ada apa-apa. Mesti ada apa-apa.” Paksa Hariz lagi.
“Betul, saya tak apa-apa.” Masih sama reaksi Aishah.
“Cakap jelah. Apa benda yang merunsingkan awak sangat ni?” tanya Hariz. Aishah mengeluh besar.
“Awak takut dengan family saya?” tanya Hariz memandang sekilas ke arah Aishah. Dia mengangguk perlahan.
“Itu rupanya. Awak jangan takutlah. Family saya baik. Macam family awak jugak. Dia orang tak makan awak punya.” Seloroh Hariz. Aishah menjeling sambil tersenyum manja.
“Kan manis senyum tu? Senang hati saya tengok awak senyum. Belum ada dalam sejarah lagi family saya makan orang.” Hariz mengusik lagi. Aishah tergelak kecil. Kereta Hariz meluncur laju menuju ke destinasi.
Mereka tiba di perkarangan rumah keluarga Hariz. Perasaan berdebar Aishah makin menjadi-jadi. Hariz sudah keluar dari kereta. Dia membukakan pintu untuk Aishah. Dia menarik nafas sedalam-dalam dan melangkah keluar dari kereta. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Kedatangan Aishah disambut oleh Hanita. Dia tersenyum kepada Hanita. Mereka berpelukan erat.
“Mi…Ooo, Mi….Umi….” laung Hanita. Farehan terkocoh-kocoh keluar dari dapur menuju ke ruang tamu.
“Tadaa…Inilah bakal menantu baru, Umi.” Hanita mendepangkan tangan dan memperkenalkan Aishah kepada Farehan. Betul kata Hariz. Keluarganya tidaklah menakutkan. Wanita dihadapannya itu tersenyum lebar.
“Apa khabar, Auntie?” Aishah bertanya sekadar berbasa-basi.
“Baik. Aishah apa khabar?” tanya Farehan pula.
“Baik, Auntie.” Farehan tersenyum sahaja memandang Aishah. Apabila pertama kali dia memandang Aishah, hatinya sudah terpikat dengan tingkah laku anak gadis itu. Bukan seperti teman-teman wanita Hariz sebelum ini. Semuanya kurang sopan. Kecuali Julia. Walaupun dia berpakaian seperti orang tidak cukup kain, tetapi pertuturannya lemah lembut dan gayanya juga menunjukkan dia masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Sebab dia berpisah dengan Hariz? Sampai sekarang Farehan masih tidak ketahui penyebabnya. Malas dia mahu masuk campur.
“Aishah duduklah dulu, ya. Auntie nak hidangkan makanan.” Farehan berkira-kira hendak beredar ke dapur.
“Boleh saya tolong Auntie?” tanya Aishah. Farehan berpaling ke arah Aishah semula. Farehan segera mengangguk. Aishah membuntuti Farehan. Mereka sama-sama menuju ke dapur. Hanita sudah hilang entah kemana. Hariz juga sudah menghilangkan diri ke bilik. Suami Farehan masih belum turun. Dia memasukkan lauk-pauk ke dalam pinggan yang sudah disediakan.
Hanita menarik abang sulungnya menuruni tangga. Hafiz mengerutkan dahi. Pelik dia dengan adiknya ini. Kuat juga Hanita menarik. Nasib baik dia tidak jatuh tangga. Kalau tidak, seperti buah nangka busuk dia terguling di atas tangga.
“Kenapa ni, Nita?” sungut Hafiz. Geram dengan sikap adiknya itu.
“Along ikut je lah.” Kata Hanita. Hafiz menarik tangan semula dengan kasar.
“Along takkan ikut selagi Nita tak beritahu kenapa.” Ugut Hafiz.
“Nita nak tunjuk girlfriend Angah lah.” Ujar Hanita separuh berbisik.
“Girlfriend Angah dah datang?” Hafiz bertanya seperti orang berbisik.
“Dah. Ada kat dapur dengan Umi.” Hanita berkata. Mereka sama-sama menuruni anak tangga. Hafiz menuju ke dapur. Hanita memeluk bahu Uminya dari belakang. Terkejut sebentar wanita itu dengan pelukan Hanita. Hanita melepaskan pelukan dan menepuk perlahan bahu Aishah yang sedang leka melakukan kerja. Aishah melatah. Tergelak Hanita dan Farehan.
“Kak…Nita nak kenalkan Along Nita.” Kata Hanita. Hafiz memeluk tubuh sambil bersandar pada pintu dapur. Dia hanya memandang belakang gadis itu sahaja. Tersenyum. Pasti Hariz adalah orang yang paling bahagia kerana memiliki gadis ini. Bukan sahaja baik tetapi gayanya juga lemah lembut. Hanita menarik lengan Aishah dan berpaling ke arah Hafiz. Aishah Najyha tersenyum manis.
Tiba-tiba senyuman di bibir Aishah mati. Begitu juga dengan Hafiz. Mereka merenung di antara satu sama lain. Lama mereka bertatapan. Hanita menggawang-gawangkan tangan dihadapan Hafiz.
“Hello…anybody home?” seloroh Hanita. Mereka tersedar dari lamunan.
“Kenapa dengan Along dan Kak Aishah ni?” tanya Hanita. Pelik dengan sikap abang dan bakal kakak iparnya itu.
“Ohh….Nita tau. Mesti Along dengan Kak Aishah kenalkan each other? Satu sekolah namannya pun.” Ujar Hanita lagi. Dia yang bertanya soalan, dia juga yang menjawabnya. Farehan turut memandang anak-anak dan bakal menantunya.
“Satu sekolah? Mana Nita tahu ni?” tanya Farehan.
“Nita tahu sebab Angah pernah beritahu Kak Aishah dulu sekolah mana.” Jawab Hanita. Farehan mengangguk. Dia memegang lengan Aishah apabila gadis itu hanya tercegat seperti patung yang tidak bernyawa. Aishah memandang farehan dan mengukirkan senyuman kecil.
Aishah segera berpaling dan meneruskan kerja menghidangkan lauk-pauk. Kini dia tahu mengapa hati berdegup kencang apabila kakinya mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik keluarga Hariz. Hati menjadi sebak. Seperti mahu menitis air mata ini. Tetapi ditahankan jua. Hafiz beredar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Menonton bersama Abahnya.
Aishah dan Farehan berdua menghidangkan makan malam. Hanita sibuk bermain komputer. Tidak mahu langsung menolong Aishah dan Farehan. Seperti Nadira sahaja. Cuma adiknya itu semenjak berkahwin, sudah pandai menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Dia pandai membahagikan masa.
Hariz menarik kerusi dan mempersilakan Aishah duduk disebelah kanannya. Gadis itu melabuhkan punggung di sebelah Hariz.
“Hariz, kamu pindah ke tempat Aishah. Umi nak Aishah duduk dekat dengan Umi.” Kata Farehan. Dia meminta Hariz duduk ditempat Aishah manakala Aishah duduk ditempat Hariz.
“Alaa….Umi ni. Bila Kak Lisa datang, macam tu jugalah yang Umi suruh Along buat.” Ujar Hanita. Farehan tersenyum.
“Senang sikit nak cakap. Tak perlulah cakap kuat-kuat. Betul tak, Aishah?” Farehan mengalihkan pandangan ke arah Aishah yang baru sahaja melabuhkan punggungnya. Gadis itu mengangguk perlahan sambil tersenyum. Fikiran dia sangat buntu. Mengapa mesti duduk menghadap Hafiz? Hatinya runsing. Umi dan Abah Hariz masing-masing duduk di kepala meja. Aishah lebih dekat dengan Farehan. Umi Hariz tidak habis-habis memerhatikan Aishah. Kemudian Farehan memberi isyarat mata kepada Hariz. Aishah faham sangat akan maksudnya itu. Hafiz tidak berkata apa-apa. Dia seperti orang yang kebisuan malam itu. Tidak disangka gadis yang dicintai oleh adiknya adalah orang yang juga dicintainya. Hanita menyiku lengan Hafiz. Dia tersenyum sambil memberi isyarat mata. Hafiz membalas dengan senyuman hambar.
“Apa pendapat Along tentang Aishah?” tanya Farehan tiba-tiba. Hafiz terkejut apabila namanya disebut segera mengangkat kepala memandang Farehan.
“Pendapat apa, Umi?” tanya Hafiz kembali. Tidak faham dengan soalan Farehan.
“Hish! Kamu ni. Aishah lah.” jawab Farehan. Dia kemudian beralih kepada Aishah. Gadis itu hanya menundukkan wajah menghadap hidangan di hadapan mata.
“Ok.” Jawab Hafiz perlahan.
“Ok je?” tanya Farehan lagi.
“Umi nak Fiz cakap apa lagi?” Hafiz bertanya dalam menahan getaran suaranya.
“Cakaplah baik ke, cantik ke.” ujar Farehan. Gadis itu hanya tertunduk malu.
“Cantik.” Jawab Hafiz lebih perlahan. Hanita mengerutkan dahi. Belum pernah Alongnya bersikap seperti itu sewaktu gadis-gadis lain yang diperkenalkan oleh Hariz kepada keluarga mereka. Hafiz lebih suka bersikap ceria. Kenapa dia bertukar sikap?
“Aishah ada buat apa-apa tak hujung minggu depan?” Farehan mengalihkan pandangan kepada gadis disebelah.
“Minggu depan saya free, Auntie. Kenapa Auntie tanya?” tanya Aishah. Farehan tersenyum.
“Mmmm….Auntie nak ajak makan malam kat rumah ni lagi minggu depan.” Ujar Farehan sambil menyuap nasi ke mulut.
“Ohh….” Jawab Aishah hambar.
“Hmm….kamu ajaklah tunang kamu, Lisa datang makan sekali minggu depan. Dah lama Umi tak jumpa dia. Rindu pulak.” Kata Farehan berpaling ke anak lelaki sulungnya. Terhenti suapan di mulut Aishah.
“Along tak boleh janjilah, Mi. Lisa semenjak balik ramai pulak saudara-mara dia jemput makan kat rumah. Tengoklah dulu. Nanti Along tanya dia.” Ujar Hafiz meneruskan suapan.
“Alaa…Along. Suruh dia luangkan sedikit masa untuk bakal mak mentua dia ni. Takkan tak boleh.” Paksa Farehan. Najmuddin berdehem kecil. Hafiz memandang Aishah sekilas. Tiada rekasi dari gadis itu. Kenapalah kau yang dicintai adikku? Kenapa kau? Tidak adakah gadis lain yang lebih sesuai untuk Hariz? Bukan dia. Bukan Aishah Najyha, hati Hafiz seperti ingin menjerit kuat.
“Kalau dah tak boleh, takkan lah kita nak paksa dia. Dia belum sah lagi jadi isteri Along. Bila dah sah esok, awak nak paksa sekalipun dah tak kisah.” Kata Najmuddin. Muka tidak diangkat. Sebaliknya tunduk menghadapi nasi dihadapan. Wajah Farehan berubah. Farehan memasamkan sedikit muka. Meminta simpati sang suami.
“Alaa…Abang ni. Saya cuma nak jumpa Lisa je. Dah lama tak jumpa.” Farehan memasamkan muka. Aishah tersenyum kecil. Keluarga Hariz tidak ubah seperti keluarganya. Ada suasana kemesraan yang dapat dirasai. Anak-anak yang lain hanya tergelak melihat gelagat kedua ibubapanya. Kecuali Hafiz. Dia sedari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.
“Tak apalah, Bah. Nanti saya ajak Lisa datang makan malam dengan kita semua.” Akhirnya Hafiz berkata tiba-tiba. Meredakan suasana.
“Nanti Aishah jemput datang sekali, ya?” tanya Farehan. Gadis itu hanya mengangguk perlahan. Wajah nampak tenang. Tetapi tiada siapa yang tahu hatinya bergoncang hebat. Kecuali Yang Maha Esa.
Makan malam itu berakhir dalam keadaan yang tidak selesa bagi Aishah. Mata Hafiz tidak lepas dari memandangnya. Aishah gelisah. Kalau Hariz tahu, bagaimana? Apa pula katanya nanti? Hati Aishah tertanya-tanya. Walaupun sememangnya dahulu ada kisah di antara Aishah dan Hafiz tetapi Aishah tidak sampai hati untuk melukakan hati lelaki yang begitu baik dan sabar denga setiap tingkah lakunya selama setahun ini.


BERSAMBUNG......

Friday, January 2, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 22

BAB 22

SUDAH setahun Aishah dan Hariz berkenalan. Dan, baru 2 bulan lepas Aishah menyambut huluran cinta yang diberikan oleh Hariz. Puas Hariz cuba untuk memikat hati gadis itu. Pada mulanya, hampir sahaja Hariz berputus asa tetapi dengan desakan semangat dari Diyana, dia bertekad untuk memiliki sekeping hati milik gadis yang bernama Aishah Najyha ini.
Hariz mengajak Aishah keluar pada hari itu untuk menyambut harijadi Aishah yang ke-30. Gadis itu bersetuju. Mereka pergi makan dan setelah itu bersiar-siar di Suria KLCC. Aishah begitu teringin hendak pergi ke Aquaria tetapi tidak ada masa. Sekarang, dia tidak mahu melepaskan peluang begitu sahaja. Bukan senang dia mengambil cuti dan menyerahkan segala tugas kepada anak-anak buahnya. Dia rasa tidak senang hati. Hari ni dia mahu melepaskan semua tekanan. Hariz membeli tiket. Mereka berdua masuk beriringan. Aishah mahupun Hariz lebih selesa berjalan seperti seorang kawan. Mereka pernah cuba untuk berjalan sambil berpegangan tangan tetapi Aishah berasa kekok dan tidak selesa. Jadi, mereka lebih senang berjalan seperti biasa.
Banyak ikan-ikan yang melintasi di atas kepala mereka. Aishah terasa seperti berada di dasar lautan. Tiba-tiba ada jerung putih yang mendekati mereka. Aishah terkejut dan dengan pantas memaut lengan Hariz. Lama dia berpaut pada Hariz. Kemudian, Aishah tersedar dan cepat-cepat meleraikan pautan itu. Hariz tersenyum kecil. Mereka sama-sama berjalan keluar dari Aquaria itu.
Laju sahaja kaki Aishah menuju ke kedai cenderahati yang disediakan di situ. Patung-patung yang ada disitu menarik perhatian Aishah. Dia hendak menghadiahkan patung-patung itu kepada anak-anak abang dan kakaknya. Nadira juga turut menunggu cahaya mata yang pertama. Aishah tumpang gembira untuk adiknya itu. Tinggal beberapa hari lagi Nadira akan bersalin. Sudah lama dia tidak merasa seronok begini. Walaupun dia masih malu-malu apabila ditenung oleh Hariz tetapi entah kenapa hati dia berbunga-bunga ketika setiap kali Hariz mengajaknya keluar. Seluruh ahli keluarga Aishah juga tumpang gembira melihat perubahan gadis itu.
Telefon bimbit Aishah berdering. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg.
“Hello…” jawab Aishah.
“Assalamualaikum, Adik.” Kata satu suara yang amat dikenali oleh Aishah.
“Waalaikumussalam, Ong. Kenapa Ong call Adik?”
“Adik cepat ke hospital. Kak Bri dan Dira dah masuk labour room.” Nada suara Khairul kedengaran cemas.
“Ba..bai…baiklah, Ong. Adik balik sekarang.” Mereka sama-sama mematikan talian telefon. Aishah menuju ke arah Hariz .
“Riz, saya kena balik sekarang.” Ujar Aishah. Nadanya turut kedengaran cemas.
“Kenapa, Shah?” tanya Hariz yang risau akan keadaan kekasihnya itu.
“Dira dan kakak ipar saya dah masuk wad.”
“Dira dan kakak ipar awak?” tanya Hariz sekali lagi. Aishah mengangguk sebagai tanda menjawab kepada persoalan Hariz tadi.
“Jomlah.” Mereka menuju ke tempat meletakkan kereta yang disediakan.
Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Perasaan risau Aishah tidak dapat disembunyikan. Hariz memandang gadis disebelah dan mengenggam erat jari jemari gadis itu. Aishah membiarkan perbuatan Hariz itu. Dia berasa selesa dan selamat dengan Hariz. Dia juga pernah ada perasaan selamat begini sewaktu dengan Hafiz. Kenapalah disaat yang cemas begini pun masih boleh teringatkan lelaki itu? Desis hati Aishah. Adakah kesungguhan Hariz selama setahun itu tidak dapat membuatkan Aishah membuang nama Hafiz jauh dari sudut hatinya? Betulkah ada cinta untuk Hariz? Hati Aishah sering tertanya-tanya. Dia memandang Hariz yang sedang tenang memandu disebelah. Iras wajah Hariz dari tepi membuatkan dia teringat pada Hafiz. Aishah segera mengalihkan pandangannya ke luar.
Kereta Hariz membelok masuk ke dalam perkarangan hospital. Hariz menurunkan Aishah di lobi hospital. Sementara dia memarkirkan kereta. Aishah segera menuju ke kaunter pertanyaan. Tetapi belum sempat dia bertanya, namanya dilaung. Aishah mencari-cari wajah orang yang memanggilnya. Nina mendekati.
“Dah bersalin ke, Kak Na?” tanya Aishah, tidak sabar.
“Belum lagi. Tapi air ketuban dah pecah. Kejap lagilah tu. Kak Na risau ni.” Kata Nina. Aishah melepaskan keluhan.
“Jomlah kita naik atas.” Nina menarik tangan Aishah.
“Kejap. Adik tengah tunggu Hariz.”
“Hariz pun datang jugak?” tanya Nina. Terkejut. Aishah mengangguk. Hariz masuk melalui pintu lobi. Aishah melambai ke arah lelaki itu. Hariz menuju ke arah mereka. Tersenyum kepada dua wanita itu.
“Hai, Kak Na.” ucap Hariz.
“Riz pun ada jugak. Kak Na ingat Aishah datang seorang.”
“Mulanya, memang dia nak datang seorang diri. Tapi Riz yang beria-ia nak hantar dia. Lagipun dia tak bawak kereta.” Ujar Hariz.
“Jomlah.” Ajak Nina sekali lagi. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik wad, Nina
menguak pintu bilik yang berkelas dua itu yang menempatkan dua buah katil pesakit.
“Dira dah bersalin ke, Ma? Kak Bri macam mana?” tanya Nina bertubi-tubi.
“Belum lagi. Mama tak tahu.” Kata Nurradiah. Dia begitu risaukan menantu dan anak bongsunya itu. Semasa Nina bersalin pun, dia tidak serisau ini. Nampaknya, Nadira dan kakak iparnya, Sabrina, akan bersalin pada hari yang sama. Dan juga pada tarikh harijadi Aishah. Nurradiah memandang Aishah yang sedang gelisah sambil berdiri disebelah Hariz. Nurradiah meluru ke arah anaknya itu dan memeluk Aishah. Semua yang berada disitu terkejut dengan tindakan spontan Nurradiah.
“Happy birthday, sayang. Mama lupa nak wish pagi tadi.” Ucap Nurradiah. Kemudian, seorang demi seorang daripada ahli keluarga mengucapkan selamat harijadi kepada Aishah. Dia hanya mengangguk dan tersenyum manis.
Tiba-tiba pintu bilik wad tersebut dikuak. Terjengul wajah Shah Fuzey yang masam. Nurradiah sudah tidak senang duduk. Sofyan mendekati Shah Fuzey. Ditepuk bahu birasnya itu.
“Macam mana, Fuzey? Dira macam mana?” tanya Nurradiah tidak sabar untuk mengetahui keadaan anaknya itu. Kemudian, Shah Fuzey tersenyum lebar.
“Dia dah selamat melahirkan.” Mereka semua lega dengan kata-kata Shah Fuzey. Terdengar keluhan yang keluar dari setiap mulut ahli keluarganya.
“Kamu ni buat terkejut Mama je tau.” Marah Nurradiah.
“Anak apa, Fuzey?” tanya Syed Mahfuz.
“Kembar.” Jawab ringkas Shah Fuzey.
“Alhamdulillah.” Mereka berkata serentak.
“Sepasang.” Jawab Shah Fuzey lagi.
“Alhamdulillah.” Mereka berkata serentak sekali lagi. Aishah tersenyum sambil melepaskan nafas kelegaan. Adiknya itu sudah menjadi seorang ibu.
“Bila boleh berjumpa dengan Dira?” tanya Nurradiah.
“Doktor kata, biarlah Dira berehat dulu. Badan dia lemah sangat sekarang. Esok, baru dia boleh menerima kehadiran pelawat.” Kata Shah Fuzey. Nurradiah kelihatan sedikit kecewa. Syed Mahfuz memeluk bahu isterinya.
“Tak apalah, Nur. Biarlah Dira berehat. Dia dah kepenatan kerana melahirkan cucu kembar buat kita. Esok awak boleh jumpa dia.” Syed Mahfuz memujuk Nurradiah. Kesemua anak-anaknya hanya tersenyum.
Pintu wad dikuak sekali lagi. Terjengul wajah Khairul yang ceria. Mereka hanya menantikan berita gembira yang akan keluar dari mulut Khairul.
“Macam mana, Ong?” tanya Syed Mahfuz.
“Lelaki, Pa.” kata Khairul. Mereka memanjatkan kesyukuran. Keluarga Syed Mahfuz dan Nurradiah menerima 3 cahaya mata sekaligus.
“Kamu dah azankan?” tanya Syed Mahfuz lagi.
“Dah, Pa.” jawab Khairul.
“Kamu, Fuzey? Dah azan? Dah qamatkan anak tu?” soalan Syed Mahfuz beralih kepada Shah Fuzey yang tersenyum gembira.
“Sudah, Papa.” Shah Fuzey menjawab pertanyaan Syed Mahfuz. Dia melabuhkan punggung di sebelah Aishah. Kakak iparnya tersenyum melihat dia. Shah Fuzey memang manja dengan Aishah sejak dari kecil lagi. Segala rahsia akan diceritakan kepada Aishah.
Ahli keluarga kebanyakannya sudah beredar pulang. Cuma Aishah sahaja yang masih belum pulang. Hariz juga sudah pulang kerana dia ada urusan sedikit di pejabat. Shah Fuzey dan Aishah menuju ke kantin hospital.
Setelah membeli makanan dan minuman, mereka memilih satu tempat yang agak tersorok. Aishah memandang ke luar. Shah Fuzey duduk menghadapnya. Aishah
mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Dia tersenyum.
“Akak tak makan?”
“Tak. Akak dah makan tadi.” Ujar Aishah.
Keadaan menjadi senyap. Tiba-tiba sahaja Shah Fuzey tidak tahu hendak berbual topik apa buat pertama kalinya. Dia menyusun ayat sebaik mungkin supaya sedap di pendengaran Aishah. Dia mengeluh kecil.
“Kak…kalau Fuzey tanya Akak sesuatu, Akak jangan marah, yeh?”
“Fuzey nak tanya apa?” Aishah memandang Shah Fuzey lembut.
“Dira dah ceritakan segala-galanya pasal Akak kat Fuzey.” Takut-takut dia memandang wajah Aishah.
“Apa yang dia cerita?” Aishah bertanya sambil tersenyum.
“Kenapa Akak takut sangat nak bercinta? Akak dah pernah dikecewakan orang?” Shah Fuzey menghirup air nescafe yang masih berwap.
“Kata Dira dah ceritakan segala-galanya. Kenapa tanya Akak lagi?”
“Fuzey nakkan kepastian.” Tegas Shah Fuzey. Aishah mengeluh. Dia tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi.
“Abang Hariz tak sesuai dengan Akak?” tanya Shah Fuzey apabila Aishah hanya mendiamkan diri. Aishah berdehem kecil.
“Itulah masalahnya.”
“Masalah?” tanya Shah Fuzey lagi.
“Bukan Abang Hariz yang tak sesuai dengan Akak. Akak yang tak sesuai dengan dia. Abang Hariz terlalu baik buat Akak.” Aishah tunduk memandang minumannya. Shah Fuzey memegang tangan Aishah yang dianggap sebagai kakak kandung. Dia mengeluh. Tiba-tiba rasa bersalah menerpa. Kenapalah masa ini hendak dibangkitkan pasal percintaan yang membawa duka itu? Shah Fuzey tidak tahu hendak berkata apa-apa untuk menenangkan hati kakaknya. Shah Fuzey melepaskan genggaman tangannya.
“Kak, maafkan Fuzey. Tak patut Fuzey bangkitkan hal ni.”
“Tak apalah, Fuzey. Fuzey nakkan kepastian Akak je. Bukan salah Fuzey. Tapi untuk kebaikan semua orang, Akak akan cuba menyayangi Abang Hariz.” Ujar Aishah dalam tidak kepastian. Dia sendiri tidak tahu. Mampukah dia menyayangi Hariz sepertimana dia mencintai Hafiz?
“Akak, jangan lafazkan ayat yang Akak sendiri tak pasti kemana arah tujunya.” Shah Fuzey memandang Aishah dengan perasaan simpati.
“Wahh…dah pandai berfalsafah sekarang. Nak jadi doktor pakar cinta, ya?” seloroh Aishah. Gadis itu tergelak kecil. Shah Fuzey sedikit pun tidak mahu gelak.
“Akak, I’m trying to be serious, here.” Ujar Shah Fuzey.
“Akak pun serious jugak. Fuzey jangan risaulah. Tahulah apa yang Akak akan buat nanti.” Aishah berkata untuk menenangkan hati Shah Fuzey.
“Akak janji?” tanya Shah Fuzey. Dilihatnya Aishah mengangguk sambil tersenyum ke arahnya. Shah Fuzey sedikit kelegaan.
Mereka sama-sama menuju ke wad Nadira dan Sabrina ditempatkan. Adiknya itu sedang tidur bersama bayi kembar. Shah Fuzey mencium dahi isterinya. Dia mengangkat salah seorang daripada bayi dan diserahkan kepada Aishah. Shah Fuzey mengangkat seorang lagi bayinya. Aishah mendukung bayi lelaki. Dia melihat ke arah Shah Fuzey. Dia sedikitpun tidak kekok memegang anaknya. Aishah memandang semula ke arah bayi yang sedang lena tidur. Hatinya tersentuh. Alangkah bahagia mempunyai anak sendiri. Anak yang dibelai dan disayangi. Sahabat-sahabat baiknya juga sudah mempunyai anak. Zanariah bakal melahirkan anak sulung. Soraya sudah melahirkan anak kedua. Amy bakal melahirkan anak keempat. Produktif sungguh sahabatnya yang seorang itu. Diyana, baru sahaja keguguran anak yang kedua. Kesian pada Diyana. Dia sungguh gembira apabila menerima berita yang dia sedang mengandung anak kedua. Tetapi bukan rezekinya. Lily dan Zura akan melahirkan anak mereka pada bulan yang sama. Ceria sahaja bakal ibu-ibu itu. Orang-orang disekeliling sudah mempunyai keluarga bahagia. Adakah peluang sebegitu untuk dirinya? Dia menyoal diri sendiri.

‘Bagaimana kau hendak ada peluang sebegini. Kau sendiri tak
memberi peluang kepada diri sendiri. Kau tak teringinkah
mempunyai anak dan keluarga yang bahagia? Kau tanyalah pada
diri sendiri.’ Kata hatinya tiba-tiba berkata.
‘Aku tak perlukan sesiapa untuk bahagia. Aku boleh bahagia.
Walaupun sendirian.’ Ujar Aishah, lemah.
‘Kau terlalu degil. Aku tak tahu macam mana hendak menyakinkan
kau bahawa Hariz itu lelaki yang sesuai untuk kau.’ Kata hati sudah bosan menyakinkan dirinya. Aishah mengeluh.
‘Aku akan cuba menyayangi dia.’ Janji Aishah walaupun dia tidak tahu samada dia boleh memenuhi atau tidak janji itu.
‘Tidak cukup dengan hanya sekadar menyayangi dia. Kau harus kenal
dan cuba mencintai dia.’ Kata hati berkata lagi.
‘Aku akan cuba. Tapi biarlah buat masa ini aku menyayangi dia
dahulu.’ Akhirnya kata-kata hati itu hilang. Lenyap. Aishah termenung jauh sambil memerhati raut wajah bayi lelaki yang dipangkunya itu. Ada seperti suara orang sedang bercakap. Aishah mengangkat muka dan memandang ke hadapan. Nadira sudah tersedar dan sedang bercakap-cakap dengan Shah Fuzey. Mereka sama-sama memandang ke arah Aishah. Sabrina yang berada di katil sebelah sedang tertidur lena. Khairul pulang ke rumah untuk membersihkan diri kerana semalaman berada di hospital. Habis badannya berbau ubat-ubatan.
“Kak.” Panggil Nadira. Aishah tersenyum dan bangun dari tempat duduk menuju ke arah Nadira yang sedang bersandar pada kepala katil hospital.
“Kami dah buat keputusan nak menamakan anak-anak kami.” Kata Nadira. Kakaknya itu tersenyum lebar.
“Apa nama mereka?” tanya Aishah sambil mengagah bayi lelaki yang didukungnya.
“Yang Akak pegang tu, perkenalkan Shah Faezal Indra.”
“Yang ini pulak, Sarah Faezah….Najyha.” habis sahaja Nadira berkata, Aishah memandang wajah adiknya yang pucat itu. Nadira mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Thanks, Dira…Fuzey. Akak tak tahu nak cakap apa. It means a lot to me.” Ucap Aishah. Nadira menghulurkan tangan. Aishah turut menghulurkan tangan. Tangan mereka bertaut dihadapan Shah Fuzey.
“Akak…You deserve a better man. I hope you will find him. He’s lost somewhere. Better find him, hurry.” Seloroh Nadira. Aishah tersenyum. Kemudian dia mengangguk. Dia tidak mahu lagi membiarkan dirinya terkapai-kapai keseorangan tanpa arah tujuan yang tidak pasti. Dia perlu menerima hakikat bahawa Hafiz memang tidak tertulis menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Hampir pukul 10 malam, Aishah meminta diri untuk pulang. Shah Fuzey beria-ia hendak menghantarnya pulang. Aishah menolak dan mengatakan Hariz akan datang menjemputnya. Shah Fuzey menemani Aishah turun ke lobi. Tetapi tanpa disangkanya, Hariz sedang menunggu Aishah. Dia tidak menelefon pun Hariz. Shah Fuzey berasa lega apabila ternampak kelibat Hariz di lobi. Mereka sama-sama menuju ke arah Hariz. Hariz berdiri dan bersalaman dengan Shah Fuzey. Adik iparnya itu meminta diri untuk naik ke tingkat atas. Mereka jalan beriringan menuju ke tempat meletak kereta.
“Saya tak telefon pun awak. Macam mana awak tahu pukul berapa saya nak balik?” tanya Aishah. Dikerutkan sedikit dahi.
“Saya memang dah agak yang awak takkan telefon saya. Jadi, lepas saya uruskan hal saya tu, saya datang balik ke sini. Lepas tu, saya pun tunggulah kat lobi ni.” Kata Hariz. Aishah mengerutkan dahi. Lama sungguh dia menunggu aku! Detik hati Aishah.
Mereka sama-sama menuju ke arah kereta. Hariz cuba memegang tangan Aishah. Tetapi tangan gadis itu kerapkali terlepas. Aishah dapat merasakan yang Hariz ada mencuba memegang tangannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia akan cuba memberi peluang kepada lelaki itu. Aishah berjalan agak rapat dengan Hariz. Kemudian, dia memegang tangan lelaki itu. Hariz agak terkejut. Aishah tersenyum ke arahnya. Hariz membalas senyuman itu. Dia berasa sungguh bahagia hari itu. Hatinya yakin. Hariz akan membahagiakannya.


SELEPAS Hariz menghantar Aishah pulang, dia menuju ke destinasinya iaitu rumah. Hariz melangkah masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Tiba-tiba sahaja satu tepukan kuat dibahu mengejutkannya. Hariz memandang orang itu.
“Along….terkejut Angah dibuatnya.” Kata Hariz sambil mengurut dada. Hafiz tersengih seperti kerang busuk.
“Kenapa Along tak tidur lagi?” tanya Hariz apabila Hafiz melabuhkan punggung di atas sofa.
“Along tunggu Angah. Kenapa Angah balik lambat?” tanya Hafiz pula. Hariz tersenyum simpul.
“Hantar kawan balik rumah.”
“Yelah tu. Kawan ke kawan istimewa?” Hafiz melirik ke arah Hariz yang masih sedang tersenyum simpul.
“Hish…taklah, Along.”
“Angah jangan nak tipu Along. Along kenal sangat muka angau macam ni.” Seloroh Hafiz.
“Ohh…jadik Along pernahlah buat muka angau. Sebab Along tahu macam mana muka orang yang sedang angau.” Balas Hariz. Mereka sama-sama tergelak kecil.
“So?” tanya Hafiz.
“So what?”
“How was she?” tanya Hafiz lagi inginkan kepastian. Hariz tersenyum.
“She’s a nice girl. Kalau Along tengok dia, mesti Along berkenan.” Ujar Hariz sambil membayangkan wajah gadis itu.
“Kalau Along berkenan, Kak Lisa kau tu nak campak kat mana?” sekali lagi Hafiz berseloroh. Mereka sama-sama tergelak.
“Maksud Angah, Along pasti akan sukakan perwatakan dia.”
“Baguslah kalau macam tu. Senang hati Along dengar yang sekarang adik Along ni sedang…apa kata orang Indon tu? Berpacaran?” usik Hafiz. Hariz tersenyum dan menggeleng.
“Tapi kan, Long…dia tu pemalu sikit orangnya.”
“Oklah tu. Kalau Angah dapat orang yang tak tahu malu, macam mana?” ada benarnya juga kata-kata Hafiz itu.
“Apa kata kalau Angah bawak dia ke rumah? Kenalkan dengan kami.” Cadang Hafiz. Ada juga Hariz terfikirkan perkara ini. Tetapi sewaktu itu masih awal lagi dia hendak memperkenalkan Aishah kepada keluarganya. Masih belum dapat ‘confirmation’ lagi tentang hubungan mereka. Kini, dia sudah pasti.
“Boleh jugak tu, Along. Nanti Angah tanya Mama.” Kata Hariz.
“Angah naik dulu.” Sambung Hariz. Dia bangun dari sofa itu dan berkira-kira hendak meninggalkan Hafiz.
“Ngah, what is her name?” tanya Hafiz. Ingin tahu.
“Lain kali Angah beritahu. Bila dia dah datang ke rumah ni untuk berkenalan dengan family kita.” Ujar Hariz sambil tersenyum lebar. Dia melangkah laju ke bilik yang berada di tingkat atas. Hafiz menggeleng perlahan dan juga turut tersenyum.

BERSAMBUNG.....

Kasih Aishah Najyha BAB 21

BAB 21

KERETA Honda Civic milik Aishah tiba di perkarangan rumahnya. Dia memarkirkan kereta di dalam garaj. Aishah keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Nadira sedang menonton televisyen dengan berpakaian baju kurung yang lengkap. Siap bersolek lagi. Aishah mengerutkan dahi.
“Dira nak kemana cantik-cantik ni?” tanya Aishah.
“Ke kenduri kahwin Kak D lah.” Jawab Nadira sedikit pelik. Dikerutkan dahi.
“Ohh…Mama dan Papa ikut sekali ke?” tanya Aishah lagi.
“Ha’ah. Kak Na dan Abang Sof pun pergi jugak.” Nadira berkata tetapi matanya masih ditumpukan di kaca televisyen. Budak seorang ini memang tidak boleh lepas dari menonton televisyen. Kadangkala tidak ada cerita menarik pun akan ditontonnya. Nina yang baru sahaja turun ke bawah ternampak Aishah.
“Aikk? Adik tak pergi kenduri D ke?” tanya Nina apabila dilihatnya Aishah pulang ke rumah.
“Pergi, Kak. Tapi Adik nak mandi dan tukar baju dulu. Lepas tu, Adik nak kena pergi tengok rumah pelanggan-pelanggan Adik. Tengok dia orang punya arrangement macam mana. Lancar ke tak. Sebab Putri pergi rumah D. Ila pergi rumah customer kat Puchong. Wawa pulak ke TTDI. Kamal tak tahu apa-apa. Tugas dia kat studio and outdoor je. Itupun shoot gambar. Adik boleh harapkan kat Putri seorang je. Yang dua orang lagi tu kena pergi buat check up sikit.” Terang Aishah. Nina asyik memandang wajah adiknya itu. Langsung tidak ada masa untuk bercinta. Hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. Bilakah hatimu akan terbuka untuk menerima sekeping hati, adikku? Desis Nina sendirian.
“Akak nak pergi dah ke?” pertanyaan Aishah mengejutkan Nina dari lamunan.
“Hmm…” ringkas jawapan Nina.
“Kalau macam tu, tak apalah. Adik naik mandi dulu.” Aishah meminta diri dan menuju ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik dan segera mencapai tuala mandi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Selepas itu, dia menukar pakaian ke pakaian yang lebih selesa. Dia membaringkan diri di atas katil sambil memejamkan mata. Dia harus tidur sebentar. Pening kepalanya seperti tidak mahu hilang.
Aishah terjaga dari tidur dan melihat jam loceng diatas meja sisi di sebelah katil. Sudah pukul 1.30 petang. Dia berjanji hendak pergi melihat kelancaran majlis-majlis perkahwinan pelanggan-pelanggannya. Dia juga sudah berjanji dengan Diyana hendak pergi semula ke kendurinya. Aishah masuk semula ke dalam bilik air dan membersihkan diri sekali lagi. Selepas itu, dia bersiap dan bersolek ala kadar. Cukuplah wajahnya nampak berseri. Tidak perlu tebal-tebal. Siapalah yang hendak melihatnya nanti. Dia melihat wajah di cermin sekali imbas dan mencapai tas tangan di atas sofa dan keluar dari bilik. Dia berjalan turun ke tingkat bawah dan mencapai kunci kereta yang tergantung di dalam almari kaca. Selepas menghidupkan enjin kereta, dia menderum pergi dan menuju ke destinasi yang sudah pasti.
HAFIZ memarkirkan kereta agak jauh. Senang nanti dia hendak keluar. Tidaklah terperangkap di dalam kesesakan dihadapan rumah Diyana. Ellisa turun dari kereta dan membetulkan baju kebaya pendek yang dipakainya. Dia menyangkutkan selendang yang melurut itu semula ke bahu. Dengan mengepit tas tangan yang tidak bertali, menampakkan Ellisa benar-benar anggun. Siapa yang terpandangkannya pasti akan terpikat pada gadis berkacukan Arab itu. Nina yang baru sahaja tiba bersama ahli keluarganya terus menerpa ke arah Ellisa. Dia bersalaman dan berpeluk cium. Seperti kawan lama sahaja, gayanya. Hafiz tersenyum dan turut bersalaman dengan Sofyan.
“Ni aku kenalkan, Papa dan Mama aku.” Nina memperkenalkan Syed Mahfuz dan Nurradiah kepada Hafiz dan Ellisa.
“Ini Hafiz. Dan ini bakal tunang dia, Lisa.” Nina memperkenalkan pula dua orang sahabat itu kepada ibubapanya. Nurradiah memandang wajah Nina apabila anaknya itu menyebut nama lelaki yang selalu menjadi sebutan Aishah. Nina membalas pandangan Nurradiah dan mengangguk perlahan.
“Kau kenalkan Dira?” tanya Nina pada Hafiz. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Nadira membalas senyuman itu.
“Ni tunang dia, Shah Fuzey. Anak angkat keluarga aku.” Nina tidak lupa memperkenalkan tunang Nadira kepada Hafiz.
“Eh! Jomlah kita masuk. Apa tunggu lagi kat luar ni?” kata Nina. Mereka berjalan masuk secara beriringan. Tetapi Hafiz menarik lengan Nina dan mereka jalan di bahagian paling belakang sekali.
“Mana dia?” tanya Hafiz. Sememangnya pertanyaan itu sudah dijangka oleh Nina. Sofyan hanya memandang sekilas ke arah dua sahabat itu.
“She’s not coming. Dia ada hal.” Ringkas sahaja jawapan Nina. Dia tahu Aishah akan datang ke kenduri Diyana. Cuma, lambat sedikit. Dia ada urusan yang perlu diselesaikannya. Tetapi dia tidak mahu Hafiz menunggu kedatangan Aishah. Dia tidak mahu sekali-kali Aishah terserempak dengan Hafiz. Biarlah cerita duka ini berlalu. Nina tidak mahu Aishah terluka sekali lagi. Dia mahu adiknya itu meneruskan hidup. Bercinta dengan orang lain. Bukan dengan Hafiz. Kerana Hafiz sudah menjadi kepunyaan orang. Hafiz adalah bayangan semalam.
“Tapi kan, D best friend dia.” Kata Hafiz lagi.
“Fiz, please. Dia takkan datang. Tak payahlah kau tunggu dia.” Ujar Nina sedikit kasar. Tidak sengaja dia meninggikan suara.
Nina memandang wajah kecewa Hafiz. Dia tahu Hafiz hendak melihat wajah Aishah. Tetapi dia tidak mahu Ellisa berkecil hati dengan sikap Hafiz.
“Dahlah tu, Fiz. Lupakan dia. Dia dah ada hidup baru. Let her go on with her life.” Ujar Nina. Mereka sama-sama tersenyum dan berjalan masuk ke dalam khemah yang disediakan.
Ellisa berdiri dihadapan bekas yang disediakan untuk meletakkan nasi. Dia mencedok sepinggan nasi minyak dan diserahkan kepada Hafiz. Kemudian, dia mencedok nasi itu untuk dirinya. Hafiz terasa yang Ellisa melebihkan dirinya dalam segala hal. Dia terasa bahagia mempunyai kekasih seperti Ellisa. Hafiz mencuit pinggang Ellisa dan gadis itu terperanjat serta melatah. Hafiz tergelak kecil. Perbuatan Hafiz itu dibalas cubitan kecil di lengan Hafiz oleh Ellisa. Nina tersenyum melihat gelagat manja Ellisa apabila diusik oleh Hafiz. Gayanya tidak ubah seperti Aishah.

‘Maafkan Kak Na, Adik. Kak Na terpaksa. Kak Na terpaksa membuatkan Hafiz lupakan Adik. Kak Na tak sanggup melukakan hati Lisa. Dia terlalu baik. Kak Na tak sanggup melihat Lisa kecewa.’ Hati kecil Nina berbisik.

Hafiz dan Ellisa duduk semeja dengan keluarga Nina. Baru hari ini Syed Mahfuz mendapat tahu bahawa Hariz itu adalah adik kepada Hafiz. Perasaan Nurradiah semakin tidak tenteram. Dia memandang kedua anak gadisnya. Mereka hanya mampu menundukkan wajah. Tidak sanggup bertentang mata dengan Mama mereka. Selepas sahaja selesai makan, Syed Mahfuz segera meminta diri daripada tuan rumah. Mereka semua turut pulang. Kecuali Hafiz dan Ellisa. Mereka hendak berjumpa dengan pengantin dahulu.
“Oklah. Aku balik dulu.” Kata Nina.
“Baliklah. Tak ada siapa yang halang pun.” Hafiz berkata secara berseloroh. Ellisa menyiku lengan Hafiz.
“Kau memang nak kena dengan aku ke?”
“Elehh…baliklah cepat-cepat sikit.” Hafiz berkata secara berseloroh lagi. Sofyan tersenyum dan menggeleng. Hafiz ini ada sahaja benda yang hendak dikenakan Nina.
“Nanti kau call lah aku. Kita keluar minum ke.” Ujar Sofyan. Hafiz mengangguk dan bersalaman dengan sahabatnya itu. Nina dan Sofyan berjalan ke arah kereta yang diparkir di bawah pohon yang rendang. Hafiz dan Ellisa melambai ke arah Nina sekeluarga. Kemudian, mereka masuk ke dalam rumah.
“Sof dan Fuzey naik kereta dengan Papa, ya? Mama, Nina dan Dira naik kereta Sof.” Kata Nurradiah. Sofyan mengangguk dan menyerahkan kunci kereta kepada Nina tanpa banyak bersoal.
“Kenapa pulak ni? Selalunya, awak naik kereta dengan saya.” Tanya Syed Mahfuz. Pelik dengan sikap isterinya.
“We have some women things to discuss.” Ujar Nurradiah.
“Suka hati awaklah.” Kata Syed Mahfuz. Malas hendak bertekak dengan isteri kesayangannya.
“Pa, biar Sof bawak.” Kata Sofyan. Syed Mahfuz mengangguk dan menyerahkan kunci kepada Sofyan. Syed Mahfuz segera masuk ke dalam kereta. Diikuti oleh Sofyan dan Fuzey.
Nurradiah masuk ke dalam perut kereta. Nina dan Nadira masih berdiri di luar. Mereka bertukar-tukar pandangan. Nina mengeluh. Nurradiah menjengahkan kepala ke luar. Melihat anak-anak gadisnya.
“Hah! Apa lagi yang ditunggunya tu? Masuklah cepat.” Kata Nurradiah. Nina menghidupkan enjin kereta dan menderum meninggalkan rumah Diyana.
“Kamu berdua dah tahu yang Hariz tu adik Hafiz?” memang Nina dan Nadira sudah dapat mengagak bahawa pertanyaan itu yang akan ditanya oleh Nurradiah. Tetapi mereka tidak sangka secepat ini soalan itu akan ditanya.
“Tahu, Ma.” Mereka berdua menjawab serentak.
“Kenapa kamu rahsiakan daripada Mama? Daripada Adik?”
“Kami takut Mama tak benarkan Adik berkawan dengan Hariz. Kami rasa Hariz yang dapat memberikan kebahagiaan kepada Adik. Kami nak Adik lupakan Hafiz.” Jelas Nina. Dia meluahkan apa yang terpendam di dadanya selama ini.
“Dengan membiarkan Adik berkawan dengan Hariz? Itu bukan hendak membuatkan Adik lupa pada Hafiz. Mereka akan jadi ipar duai. Kalau Hariz benar-benar masuk meminang Adik. Kelam kabut jadinya. Adik dan Hafiz sama-sama saling mencintai di antara satu sama lain. Cuma, tidak ada sesiapapun di antara mereka yang meluahkan perasaan itu.” Nurradiah juga turut meluahkan rasa bimbang. Nina terkejut dengan pernyataan Mamanya itu. Dia memandang wajah di sebelah.
“Mana Mama tahu Hafiz cintakan Adik?”
“Mama ni makan garam lebih daripada kamu semua. Walaupun Mama tak tahu sangat perkembangan mengenai diri Hafiz, tapi dari cara dia pandang Ellisa tak seperti cara dia melihat Adik.” Kata Nurradiah bersungguh-sungguh.
“Mana Mama nampak Hafiz lihat Adik?” tanya Nina lagi. Pelik. Kerana selama Aishah berkawan dengan Hafiz, belum pernah Hafiz datang kerumahnya lagi.
“Kamu ni banyak tanya pulak. Kalau Mama cakap, Mama tahu maknanya Mama tahulah. Perasaan tu macam pertama kali Papa memandang Mama.” Ujar Nurradiah sambil teringat kisah silamnya.
“Memang betul cakap Mama tu. Sof sendiri beritahu pada Na yang Hafiz cintakan Adik. Bodoh kan dia orang tu, Ma. Cinta sama cinta tapi takut nak luah.” Kata Nina sambil tersenyum kecil dan menggeleng.
“Dia orang tak bodoh, Nina.” Ringkas kata-kata Nurradiah. Nina dan Nadira mengerutkan dahi tanda tidak faham.
Nina menumpukan sepenuh perhatian ke atas pemanduannya. Nadira yang berada di belakang hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak berani hendak masuk campur. Keadaan di dalam kereta itu menjadi senyap. Hanya bunyi angin penghawa dingin yang menderu masuk dan menyejukkan orang-orang di dalamnya sahaja.
“Bagaimana kalau Hariz masuk meminang Adik?” soal Nurradiah tiba-tiba. Nina memandang Mamanya sekilas.
“Mama berfikir terlalu jauh. Belum tentu mereka tu nak berkahwin.” Kata Nina. Dia tersenyum kecil.
“Itu kata kamu, Nina. Soal masa depan, siapa yang tahu. Kita sendiri tak tahu. Ini semua sudah ketentuan-Nya. Mungkin benar ada jodoh di antara Hariz dan Adik. Bagaimana? Kamu tak terfikirkan benda-benda ni semua?” Ada benarnya juga kata-kata Nurradiah itu. Nina tiba-tiba berfikir.
“Kamu tak bercadang nak beritahu Adik yang Hariz tu adik kepada Hafiz?” tanya Nurradiah. Nina memandang Mamanya dan Nadira berselang-seli.
“Tak, Ma. Na tak sanggup lukakan hati Adik.” Nurradiah mengangguk perlahan. Kemudian, terdengar dia mengeluh.
“Eloklah tu. Biar dia sendiri yang dapat tahu. Kita jangan masuk campur. Faham tu?” pesan Nurradiah. Anak-anaknya hanya mengangguk. Tanda patuh akan arahan Mama mereka.
Kereta yang dipandu oleh Nina menuju ke destinasi yang ingin ditujui. Sepanjang perjalan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya alunan radio sahaja yang kedengaran.




AISHAH menuju ke rumah Diyana setelah dia pergi ke rumah pelanggan-pelanggannya. Semua berjalan dengan lancar. Nampaknya, dia boleh mengharapkan Najwa dan Suhailah. Aishah memarkirkan kereta tidak jauh dari rumah pengantin. Dia turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah. Aishah melihat Diyana yang sedang menjamu selera. Pengantin baru itu selalu sahaja tersenyum. Kecantikannya terserlah. Acara suap menyuap sudah menjadi seperti satu adat. Kerlipan cahaya kamera bertalu-talu. Kamal juga ada disitu. Turut mengambil gambar seperti yang dilakukan di setiap kenduri. Putri yang berada dihujung khemah sedari tadi tidak habis menguap. Aishah tersenyum dan berjalan ke arahnya. Putri perasan akan kehadiran ketuanya segera berdiri dengan tegak seperti seorang askar.
“Putri mengantuk ke?” tanya Aishah.
“Adalah sikit, Kak.” Putri menjawab sambil tersengih.
“Semua kerja dah beres?” Aishah bertanya lagi.
“Dah, Kak. Cuma tunggu Kamal habis ambil gambar je.” Jarinya dituding ke arah Kamal yang sedang sibuk mengambil gambar pengantin.
“Tak apalah. Akak tunggu Kamal. Putri pergilah balik tidur.”
“Betul ke ni, Kak?” tanya Putri meminta kepastian.
“Betul. Pergilah. Muka dah sembap.”
“Terima kasih, Kak.” Aishah mengangguk. Putri beredar dari situ dengan segera. Tanpa Aishah sedar, ada sepasang mata melihatnya dari jauh. Orang itu mendekati Aishah. Tetapi dia masih tidak menyedari kehadiran orang itu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Aishah. Memandang orang disebelahnya yang sedang tersenyum.
“Eh! Awak?” tanya Aishah, kaget.
“Ya, saya. Awak buat apa kat sini?” tanya Hariz. Aishah mengerutkan dahi.
“Saya kan best friend and wedding planner D.”
“Oh, lupa pulak.” Mereka sama-sama memandang ke arah kedua pengantin baru tersebut. Mereka sudah bangun dan bersalaman. Diyana memperkenalkan Khazrul kepada saudara maranya.
“Cuba awak tengok dia orang dua orang tu. Sesuai kan?” kata Hariz. Aishah memandang Hariz. Tidak faham dengan kata-kata lelaki itu. Hariz memandang Aishah. Kemudian, tersenyum.
“Maksud saya, D tu seorang yang ceria. Susah nak tengok dia sedih. Khaz pulak, tegas tapi pendiam. Sesuai. Api dan air.” Barulah Aisha dapat menangkap kata-kata Hariz. Diyana dan Khazrul menuju ke arah mereka berdua. Diyana tersenyum lebar. Dia terus sahaja memeluk dan mencium kedua belah pipi Aishah.
“Congratulations. I’m happy for you.” Ujar Aishah. Dia bersalaman pula dengan Khazrul.
“Thanks, Shah. This is so beautiful.” Kata Khazrul.
“Of course, I choose it and she design it.” Kata Diyana sambil menjeling ke arah Khazrul. Lelaki itu tergelak kecil. Begitu juga dengan Hariz.
“Aku harap kau akan jaga dia dengan baik, Khaz. She’s the best sister…beside Nita.” Pesan Hariz kepada lelaki dihadapannya itu.
“Dah tentu, Riz.” Mereka bersalaman dan berpelukan. Pelukan dileraikan.
“Lepas ni, D dah jadi wife orang. Jagalah kelakuan D. Angah tahu D pandai jaga maruah diri. Jangan naik angin selalu.” Pesan Hariz. Diyana mengangguk perlahan. Dia terima sahaja setiap nasihat yang diberikan oleh Hariz kerana dia menganggap Hariz seperti abangnya. Dia tidak ada abang dan anak sulung daripada 3 beradik. Selama ini, Hafiz dan Hariz yang menjaganya. Mata Diyana melilau ke sekeliling. Tercari-cari seseorang.
“Angah, Along mana?” tanya Diyana.
“Dia dah balik. Hantar Kak Lisa balik.” Kata Hariz. Diyana mengangguk. Tidak dapatlah dia hendak mempertemukan Hafiz dan Aishah. Wajah Diyana kelihatan kecewa.
“Lepas hantar Kak Lisa, Along datang sini balik.” Ujar Hariz. Diyana mengangkat wajah.
“Along kata nak datang sini balik?”
“Dia call Angah tadi. Dia kena hantar Kak Lisa. Kak Lisa tak ada transport.” ujar Hariz lagi.
“Kau tunggu kejap ya, Shah. Aku nak kenalkan kau dengan abang aku yang lagi sorang tu.” Kata Diyana. Aishah mengangguk perlahan.
Lama mereka bersembang. Tiba-tiba telefon Aishah berdering. Dia mengangkat telefon tersebut kerana tidak mahu pemanggil itu menunggu dengan lebih lama. Selepas bercakap dengan pemanggil itu, Aishah terus sahaja bangun.
“Kau nak kemana, Shah?” tanya Diyana.
“Aku kena balik dulu, D.”
“Kenapa? Kau janji nak tunggu Along datang.”
“Lain kalilah aku jumpa dia. Aku kena balik dulu ni. Aku terlupa nak pergi kenduri sepupu aku.” Aishah hendak melangkah tetapi lengannya ditarik oleh Diyana.
“Kalau kau tak pergi, tak boleh ke?”
“Tak eloklah kalau aku tak pergi. Dia sepupu yang paling rapat dengan aku. Mak saudara aku dah bising-bising. Kenapa tak sampai lagi.” Kata Aishah. Perlahan-lahan Diyana melepaskan lengan Aishah.
“Tak apalah, D. Kan Shah dah janji yang lain kali dia akan jumpa dengan Along.” Pujuk Khazrul. Diyana tersenyum dan mengangguk. Hariz menghantar Aishah ke kereta.
Selepas Aishah beredar, Diyana berfikir. Adakah betul tidak ada jodoh di antara mereka? Setiap kali mereka hampir bertemu, pasti ada yang akan datang menghalang. Bahu Diyana dipeluk. Gadis itu tersedar dan memandang wajah suaminya. Khazrul tahu tujuan Diyana hendak memperkenalkan Aishah kepada Hafiz. Dia juga tahu cerita mereka berdua kerana Diyana pernah menceritakan kepadanya dahulu.
“Tapi, B…”
“Kalau ada jodoh, tak kemana. Ayang tak usah buat apa-apa. Kalau betul ada jodoh di antara mereka, biar apapun yang datang menghalang, pasti mereka tidak akan berpisah.” Kata-kata Khazrul itu mempunyai kebenaran. Diyana tidak mahu membuat apa-apa. Biarlah jodoh yang mempertemukan mereka. Biarlah masa yang menentukannya.

BERSAMBUNG....

Kasih Aishah Najyha BAB 20

BAB 20

HARI perkahwinan Diyana sudah tiba. Aishah yang menjadi pereka perkahwinannya menyiapkan pelamin daripada semalam. Semalaman dia memastikan segala berjalan lancar untuk hari bersejarah sahabatnya itu. Aishah menggubah bunga hidup yang terdiri daripada bunga tulip dan kekwa pilihan Aishah. Hari ini hari berinai untuk Diyana. Aishah turut serta sambil menyiapkan apa-apa yang patut. Putri dan Najwa turut datang menolong Aishah menyiapkan apa-apa yang patut.
“Kak Put, mana aksesori Mawar Merah tu?” tanya Najwa.
“Manalah Kak Put tahu. Bukan Kak Put yang bawak. Kak Put tak tahu pun Kak D nak guna aksesori Mawar Merah. Hari tu kata Kak Adik, Kak D nak guna Cemara Kuning.” Kata Putri sambil tangan ligat menggubah bunga-bunga hidup itu. Tangannya memang menjadi tanpa melihat buku gubahan bunga.
“Wa lupa ke nak bawak, hah?” tanya Najwa sambil menggaru-garu kepala. Sudah merata dia mencari aksesori itu. Tidak jumpa juga.
“Cuba Wa tanya Kak Adik. Mungkin dia ada nampak ke?” usul Putri. Najwa menuju ke arah Aishah yang masih sibuk menyiapkan pelamin bersama dua orang pembantu butik Cindai Biru, Sam dan Mina.
“Sam, cuba kau rentangkan sikit kain tu.” Arah Aishah. Sam atau nama sebenarnya Samsul, membuat apa yang disuruh oleh Aishah. Dia seperti berfikir sesuatu.
“Nokkk…Cantik ke macam ni? ‘Mak’ rasa macam disaster je tau tak. Macam baru lepas gempa bumi.” Ujar Samsul, seloroh. Aishah tergelak kecil.
“Ok…Ok….Kau turunkan balik. Lepas tu, naik kat yang kat sebelah Mina tu sikit. Macam meleret sangat.” Arah Aishah sekali lagi. Sam dan Mina membuat apa yang dipinta oleh Aishah.
“Hish…tak eloklah pulak. Macam meleret sangat. Kau naikkan balik. Lepas tu, kau lilit kat polster tu.” Arah Aishah Najyha lagi. Sam mengubah sekali lagi.
“Hiih…kau ni sengal tau tak.” Ujar Mina yang sudah keletihan kerana semalaman cuba menyiapkan pelamin yang dikehendaki oleh Aishah.
“Hmm…pun tak elok jugak. Macam kosong je.” Aishah berkata lagi.
“Kau ni perempuan, cepat-cepatlah sikit buat keputusan. Dah penat tangan aku ni mengubah.” Kata Sam dengan gaya lembutnya.
“Aku nak buat macam Fusion Modern.” Kata Aishah, sedikit kehampaan kerana semua cara yang digubah tidak kena.
“Katalah kau nak buat macam Fusion Modern. Sikit punya penat ke aku mengubah. Jangan risau. Aku boleh buat dengan pejam mata je.” Kata Sam, berseloroh lagi. Tangannya ligat membetulkan pelamin itu.
“Nokk….kau pejam mata macam mana nak buat. Kang daripada kau belit kain tu kat pelamin, kau belit kain tu kat badan kau pulak.” Sindir Mina pula. Aishah tergelak. Samsul menjeling, geram dan manja.
“Kak Adik…Akak ada nampak tak aksesori Mawar Merah?” tanya Najwa. Aishah mengerutkan dahi sedikit.
“Tak pulak. wa tak bawak ke?” tanya Aishah pula.
“Wa rasa macam Wa bawak.” Najwa seperti berfikir.
“Jangan main rasa je. Cuba kamu call Ila. Suruh dia check balik.” Najwa mencapai telefon bimbit yang ada di dalam poket. Sebentar kemudian, Najwa kembali kepada Aishah.
“Ila kata ada kat butik. Saya pergi balik ambil, Kak Adik.”
“Tak apa. Tak apa. Wawa tolong Kak Put kat sini. Akak pergi balik ambil.” Aishah mencapai kunci kereta.
“Sam, Mina. Kalau ada apa-apa nanti call aku tau. Aku nak balik butik kejap.” Kata Aishah sambil berlalu.
“Ok.” Laung Sam. Aishah segera menuju ke kereta. Dia menghidupkan enjin dan berlalu dari perkarangan rumah Diyana.
Diyana yang baru sahaja selesai majlis berinai pergi melihat pekerja-pekerja Aishah melakukan kerja mereka. Diyana mahu semuanya sempurna. Dia tahu dia boleh mengharapkan Aishah Najyha.
“Mana Kak Aishah?” tanya Diyana pada Putri.
“Dia balik pergi ambil aksesori Akak. Wa terlupa nak bawak tadi.” Jelas Putri. Diyana menganggukkan kepala.
“Assalamualaikum.” Ada seseorang memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Diyana menuju ke pintu utama. Dua orang tetamu yang begitu dikenalinya.
“Masuklah Along, Kak Lisa.” Jemput Diyana.
“Sorry, tak dapat salam.” Diyana menunjukkan tangan yang penuh berinai. Diyana menginginkan inai yang diukir seperti kaum India. Aishah menjemput seorang kenalannya yang berbangsa India untuk mengukir inai di tangan Diyana. Walaupun Diyana adalah sahabat rapatnya, bagi Aishah semua adalah pelanggan butik dia. Seharusnya, dia menunaikan apapun setiap permintaan pelanggan.
“Tak apa.” Kata Hafiz. Diyana mencium pipi Ellisa walaupun tidak dapat bersalam. Kemudian Ellisa tersenyum memandang Diyana.
“Wow! Lawanya pelamin D. It’s….fusion.” ujar Hafiz.
“Memang D suka fusion modern style.”
“Pandai wedding planner D menghias.” Kata Ellisa.
“Well…she’s well known because of her stylish design. Bunga ni pun dia yang pilihkan. Dia memang suka bunga tulip.” Kata Diyana sambil memerhati hiasan di sekeliling. Dia cukup berpuas hati dengan hasil kerja Aishah. Hafiz memandang bunga tulip yang ada disitu. Dia teringatkan seseorang yang juga menyukai bunga tulip. Lama dia memerhatikan bunga itu.
“Nanti bolehlah D kenalkan wedding planner D pada Akak nanti.” Ujar Ellisa.
“Boleh, apa salahnya. Dia best friend D masa universiti dulu.” Diyana berkata riang. Hafiz mengalihkan pandangan pada mereka berdua yang leka bersembang.
“Oh, ye ke?” Ellisa masih lagi mengamati hiasan-hiasan tersebut.
“Marilah makan dulu Along, Kak Lisa.” Ajak Diyana.
“Eh! Tak apalah, D. Kak Lisa kena balik dulu ni. Ada dinner dengan family Kak Lisa.” Ellisa menolak jemputan itu.
“Along pun ikut sekali?” tanya Diyana. Hafiz mengangguk sambil tersenyum.
“Huu…dinner dengan bakal mentua tu.” Usik Diyana.
“Kami balik dulu, D.” kata Hafiz. Diyana mengangguk dan sekali lagi dia bercium pipi dengan Ellisa.
Baru sahaja beberapa minit Hafiz dan Ellisa meminta diri untuk pulang, Aishah tiba di rumah Diyana. Dia menjinjing beberapa beg plastik. Diyana tersenyum melihatnya. Diyana tidak mahu menyorok lagi perkara mengenai Hafiz. Lambat-laun Aishah akan tahu juga.
“Kau terserempak dengan siapa-siapa tak tadi?” tanya Diyana.
“Dengan siapa?” tanya Aishah kembali.
“Aku tanya kau, kau tanya aku pulak.” Diyana berkata.
“Mana ada siapa-siapa.” Aishah pelik dengan soalan Diyana. Najwa menuju ke pintu apabila ternampak Aishah menjinjing beg-beg plastik tersebut.
“Aksesori Mawar Merah tak adalah, Wa. Kak Ema ambil. Untuk pelanggan dia. Yang ada cuma Seri Mutiara, Seri Indah, Tulip Putih, D’Javu, Bunga Keruing, Batik Mewah dan Seri Mersing. Yang lain semua ada kat Kak Ema.” Ujar Aishah. Diyana mengerutkan dahi. Pelik-pelik nama aksesori yang diberikan oleh Aishah ini.
“Habis tu, Akak ambil yang mana?” tanya Najwa lagi.
“Tulip Putih. Sesuai dengan bunga-bunga tulip ni.” Kata Aishah. Najwa mengangguk. Najwa menyerahkan satu beg plastik kepada Putri.
“D, aku cuma bawak baju akad nikah kau je. Baju bersanding kau, esok aku bagi. Sebab Ila tengah tambah diamond. Aku order diamond tu khas daripada Paris untuk kau, D.” kata Aishah sambil meletakkan barang-barang yang diambil daripada butik.
“Mahal ke?”
“Sebiji pun dah seratus lebih. Kau pernah tengokkan baju akad nikah Siti Nurhaliza?” tanya Aishah. Diyana mengangguk perlahan.
“Yang berlian biru tu ke?”
“Dia nampak macam biru. Tapi sebenarnya dia bukan biru.” Jelas Aishah.
“Mahallah. Aku nak kena tambah lagi?” Diyana bertanya. Takut lari bajet.
“Tak payah. Aku bagi je kat kau.” Aishah tersenyum.
“Bagi je?” tanya Diyana.
“Sebab kau dah lama kawan dengan aku. Jadi, diamond tu hadiah dari aku buat kau.” Kata Aishah.
“Jadi, aku tak payah tambahlah?”
“Tak. It’s on me.” Aishah duduk bersila dan mencucuk bunga-bunga telur ke tempat yang dipanggil bunga pahar. Mereka sedang leka melakukan kerja-kerja yang belum sudah. Diyana tidak mahu mengganggu dan segera menuju ke dapur. Beberapa minit selepas itu, Diyana datang semula dengan seorang gadis manis yang berwajah seperti Diyana.
“Minumlah, Shah. Mesti kau orang penatkan?”
“Kita orang dah biasa lah.” Ujar Aishah. Putri menghirup sedikit air jus oren. Adik kepada Diyana, Dafina, menghulurkan gelas tersebut kepada Aishah. Gadis itu menghirup sedikit air jus itu.
“Sedapnya. Siapa yang buat ni?” tanya Aishah.
“Chi lah yang buat.” Kata Dafina atau nama panggilannya dirumah, Chi.
“Oh, ye ke? Pandai Chi buat air.” Puji Aishah.
“Eh! Tak adalah, Kak. Senang je nak buat air jus oren ni. Tuang Sunkist, lepas tu tuang air. Dah jadi jus oren.” Kata Dafina dengan menunjukkan gaya membancuh air.
“Dia kena lah belajar-belajar buat air. Tak lama lagi dia pulak nak kahwin.” Kata Diyana sambil menjeling ke arah adiknya.
“Ye ke, Chi? Dah ada calon?” tanya Aishah. Dafina tersipu-sipu malu. Aishah tersenyum. Tangannya masih meneruskan kerja-kerja yang belum siap.
“Belum lagilah, Kak. Tak ada yang nakkan kita ni.” Ujar Dafina merendah diri.
“Samalah macam, Akak.” ujar Aishah.
“Bukan ke Angah suka kat…” ayat Dafina menjadi tergantung apabila Diyana menumbuk peha Dafina dengan kuat sehingga gadis itu mengaduh kesakitan.
“Apa kena dengan Kak Long ni? Sakit tau tak.” Marah Dafina.
“Baik Chi pergi tolong Mama kat dapur tu. Ada faedahnya jugak daripada Chi menyibuk kat sini.” Diyana berkata. Dafina menjeling dan terus bangun menuju ke dapur. Aishah hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik ini.
Aishah meletakkan bunga-bunga pahar tersebut di atas pentas pelamin. Kemudian, dia membetulkan serba-sedikit pelamin tersebut. Sam dan Mina sudah pulang kerana mereka harus menyiapkan pelamin di rumah pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Aishah melabuhkan punggung semula di sebelah Diyana.
“Putri, esok Akak mungkin sampai lambat sikit. Sebab ada hal. Esok dandan Kak D, ok?” kata Aishah. Putri memandang wajah ketuanya sambil mengangguk.
“Akak nak suruh dandan macam mana?” tanya Putri.
“Buat sanggul kon. Kau tak nak pakai veil kan?” Aishah beralih kepada Diyana.
“Yup. Macam old-fashioned je.” Kata Diyana.
“Ok. Ermm…Putri cucukkan bunga hidup. Tulip putih ada tiara kan? Letak tiara tu di tengah-tengah bunga. Tapi jangan tenggelamkan tiara tu dengan bunga.” Aishah berkata. Dia menerangkan kepada Putri. Walaupun Putri sudah biasa mendandan pengantin di hari perkahwinan mereka tetapi dia tetap meminta pandangan Aishah.
“Make up, natural. Itu je.” Pesan Aishah.
“Itu je?” tanya Putri meminta kepastian.
“Itu saja.” Jawab Aishah ringkas.
“Are you sure?” tanya Putri.
“Hmm…satu lagi. Jangan guna foundation terlampau tebal. Kulit Kak D dah putih. Tak ada jerawat, tak ada jeragat. Nanti kalau terlampau putih, macam opera cina pulak.” Sambung Aishah. Putri mengangguk.
“Faham tak ni?” tanya Aishah meminta kepastian.
“Faham.”


MAJLIS akad nikah Diyana berjalan dengan lancar. Aishah turut serta dalam majlis akad nikah itu. Entah kenapa. Semenjak kebelakangan ini, hati Aishah berdebar dengan kuat. Seperti ada sesuatu akan berlaku. Hatinya selalu berdoa. Janganlah ada sesuatu perkara buruk yang berlaku semasa perkahwinan Diyana berlangsung. Diyana memakai selendang menutupi separuh dari rambutnya. Berbaju kurung Johor berwarna krim.
“Cantiknya kau, D.” kata Lily.
“Thanks. Ni semua Aishah yang buat.” Kata Diyana pula.
“Bila aku kahwin nanti, aku mesti nak suruh kau buat jugak, Shah.” Kata Zura sambil membayangkan hari perkahwinan yang bakal tiba.
“Akhirnya, Rafique nak jugak potong rambut?” Kata Diyana.
“Sebenarnya, aku ada perkara nak beritahu kat kau orang.” Zura berkata. Teragak-agak dia hendak meluahkan.
“Apa dia?” tanya Lily.
“Aku dah putuskan pertunangan aku dengan Rafique.” Jelas Zura. Diwajahnya tiada riak-riak kesedihan.
“Hah?!” mereka semua berkata serentak.
“Habis tu, tak jadiklah kau kahwin.” Diyana memandang wajah Zura. Gadis itu hanya tersenyum.
“Jadi.” Mereka semakin pelik dengan kata-kata Zura.
“Tapi, aku kahwin dengan abang sepupu aku sendiri.” Sambung Zura. Lily ternganga. Aishah dan Diyana tidak tahu hendak berkata apa.
“Abang sepupu kau sendiri?” tanya Aishah yang sedang membetulkan selendang Diyana. Zura mengangguk.
“Aku kenal dengan dia dari kecil. Mak aku pun suka dengan dia. Hari tu, dia ada luahkan perasaan dia pada aku. Aku ingatkan dia main-main. Sekali dia masuk meminang. Kiranya, masa dia tepatlah. Sebab aku baru je putus tunang. Mak dia tak nak kita orang bertunang. Terus kahwin. Abang sepupu aku pun dah meningkat umur. Dah masuk 30 lebih. Jadi, mak dia tak nak tangguh lama-lama. Mak aku mintalah masa sikit. Dalam 6 bulan macam tu. Mak dia tak nak. Sebab mak dia tahu yang kita orang dah sediakan barang hantaran semua. Bila aku tak jadi kahwin je, mak dia terus masuk meminang.” Jelas Zura sambil tersenyum. Wajahnya berseri-seri.
“Tahniah. Bila kau orang nak kahwin?” tanya Aishah lagi.
“Ermm…seminggu selepas tarikh yang aku dan Rafique tetapkan.”
“Kenapa tak pakai hari yang dah ditetapkan tu?”
“Mak dia tak nak. Mak aku pun tak nak. Aku pun tak nak. Sebab kita orang rasa itu hari yang aku dan Rafique pilih. Rafique perkara lepas. Dia perkara baru. Hidup aku yang baru. Jadi, kita orang pilih hari yang baru.” Mereka semua mengangguk mendengar penjelasan Zura.
“Tapi, aku tak ada wedding planner lagi.” Kata Zura sambil tersenyum memandang Aishah. Sahabatnya itu juga turut tersenyum.
“Aku sanggup jadi wedding planner kau.” Kata-kata Aishah itu membuatkan Zura memeluknya dengan erat.
Dafina berlari ke tingkat atas. Dia mengetuk pintu sebelum arahan masuk diberikan. Lily membuka pintu. Terjengul wajah Dafina yang kepenatan.
“Kak Long, pengantin lelaki dah sampai.” Kata Dafina. Hati Diyana bertambah berdebar. Mereka yang lain hanya tersenyum melihat kegelisahan Diyana.
Aishah memandang sahabatnya itu. Sebentar sahaja lagi Diyana akan menjadi milik seseorang secara mutlak dan sah. Zura bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Lily pula kekasih hatinya sudah masuk meminang. Kesemua sahabat-sahabatnya sudah dan bakal berkahwin. Termasuklah Amy, Zanariah dan Soraya. Tetapi dia? Hanya dia yang belum mempunyai sesiapa untuk mengisi kekosongan hatinya. Belum punyai sesiapa untuk mengubati hati yang terluka.
Aishah tersedar dari lamunan apabila tangannya digenggam oleh seseorang. Aishah memandang ke sisi. Diyana tersenyum manis ke arahnya. Hilang sudah rupa garang, perangai gangsternya.
Zura dan Lily membuat keputusan untuk di duduk di atas tangga dan mendengar saat Khazrul mengucapkan lafaz ijab dan kabul. Diyana meminta Aishah menemaninya. Tangan Diyana menjadi sejuk. Mungkin gemuruh.
“Shah…” bisik Diyana. Aishah memandang sahabatnya itu.
“Aku harap kau akan mulakan hidup baru. Lupakan Hafiz. Aku yakin Hariz boleh beri kebahagiaan kepada kau.” Kata Diyana. Dilihat Aishah mengeluh perlahan.
“Aku tak mengharapkan apa-apa, D. Aku belum cuba untuk menyintai mana-mana lelaki lain. Hati aku bagaikan terkunci. Belum ada kunci yang sesuai untuk membuka mangga yang merantainya. Aku belum jumpa kunci tu. Mungkin kunci tu dah hilang.” Aishah berkata sambil tersenyum. Kenapalah perkara ini yang dibincangkan oleh Diyana saat dia diijabkabulkan? Hatinya mengeluh.
“Kau yang hilangkan kunci tu. Kau tak cuba cari. You don’t want to unlocked it.” Diyana berkata dalam nada yang sedikit meninggi.
“I’ve tried. But, I keep losing it. So…I stop trying.” Ujar Aishah perlahan.
“Kau tak boleh berhenti mencuba. Manalah tahu kalau-kalau ada lelaki lain yang lebih baik, lebih handsome dan dapat menyayangi kau lebih daripada Hafiz.” Ujar Diyana. Setitik air mata jatuh di pipi Aishah. Diyana tidak dapat menahan perasaan. Air matanya juga turut bertakung di tubir mata.
“Maafkan aku, Shah. Aku tak berniat nak lukakan hati kau.”
“Bukan salah kau. Dahlah tu. Hari ni hari perkahwinan kau. Kita mesti happy. Tak mau sedih-sedih.” Kata Aishah sambil mengelap air mata.
Ucapan sah bergema di ruang tamu. Zura dan Lily berlari masuk ke dalam bilik apabila Khazrul dan ibunya menuju ke arah tangga. Diyana melepaskan keluhan lega apabila ucapan sah kedengaran. Diyana sudah bersedia. Aishah bangun dari katil apabila pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam bilik. Aishah melihat Khazrul menyarungkan cincin di jari manis Diyana. Gadis itu tersenyum manja. Bahagianya Diyana. Alangkah indah kalau dia juga turut merasai perasaan itu. Tetapi dia sedar. Dia belum mempunyai sesiapa di dalam hidupnya. Bagaimana dia hendak merasai perasaan itu? Sudah beberapa kali Aishah mengeluh.
Selepas selesai majlis akad nikah, tibalah masa persandingan. Putri datang membawa baju bersanding.
“Aku balik dulu, D. Aku nak rest kejap. Penat semalam tak habis lagi.” Kata Aishah sambil mengemas barang-barang.
“Nanti kau nak datang pukul berapa?” tanya Diyana.
“Dalam pukul 2.”
“Jangan lupa datang, tau.” Pesan Diyana lagi.
“Iye, sayang. Nanti aku datang.” Aishah mencapai tas tangan dan menuju ke tingkat bawah. Dia segera menuju ke arah kereta. Lebih baik dia beredar sekarang kerana tetamu mula memenuhi ruang halaman rumah banglo milik keluarga Diyana.


BERSAMBUNG.....

Thursday, January 1, 2009

Kasih Aishah Najyha BAB 19

BAB 19

HAFIZ sudah menunggu di salah sebuah restoran. Digamit ke arah mereka berdua. Nina dan Sofyan segera menuju ke arah Hafiz. Seorang gadis yang berwajah ala-ala Arab duduk di sebelah Hafiz sambil tersenyum kecil. Hafiz mempersilakan mereka berdua duduk. Nina melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Dia turut membalas senyuman gadis itu apabila gadis itu tersenyum kepada Nina. Nina bersalaman dengan gadis itu.
“Fiz, kau makin putihlah.” Puji Nina. Hafiz dan Sofyan sama-sama tergelak besar. Hafiz tergelak sehingga menampakkan gigi ‘manis’ nya.
“Kau jangan nak sindir aku, Nin.” Ujar Hafiz sambil menghabiskan sisa tawa.
“Taklah. Aku serius ni.” Hafiz tersenyum sahaja mendegar kata-kata Nina. Sudah lama tidak mendengar usikan daripada sahabat baiknya itu. Sofyan menyiku Hafiz. Dia membuat isyarat mata. Hafiz faham akan isyarat itu. Hafiz berdehem.
“Kenalkan ni, Ellisa. Bakal tunang aku.” Ellisa tersenyum manis.
“Lisa, ni kawan-kawan saya. Sofyan dan Nina. Baru kahwin.” Hafiz memperkenalkan mereka berdua pula.
“Kau tak ada isi lagi ke?” tanya Hafiz kepada Nina.
“Ishh…apa awak ni? Tanya soalan macam tu.” Ellisa berkata perlahan. Nina tersenyum. Nina memandang sekilas ke arah Ellisa. Manis gadis ini. Berambut panjang mengurai, hidung mancung, mata bulat dan galak. Berkulit putih. Gadis ini seolah-olah gadis yang sempurna. Bertuah Hafiz memilikinya.
“Apa pulak? Betul lah saya tanya soalan macam ni.” Hafiz masih tidak mahu mengalah. Ellisa menjeling geram.
“Helloo…kita orang baru kahwin tak sampai 2 bulan, okey. Kau ni pun fikir lah sikit.” Nina berkata.
“Oh, ye ke? Aku ingatkan dah lebih 2 bulan.” Kata Hafiz.
“Kau macam mana sekarang? Kerja ok?” tanya Sofyan.
“Ok. Tapi aku ingat nak balik kerja kat sinilah.” Hafiz berkata sambil membetulkan duduknya.
“Apasal? Tak seronok kerja kat sana?” tanya Nina pula.
“Dah lebih 8 tahun aku duduk kat sana. Aku nak tukar angin lah pulak. Aku dengar hospital kat Malaysia ni banyak perlukan doktor. Jadi, aku nak cuba nasib lah.” Kata Hafiz sambil menghirup air jus orennya. Pelayan restoran tersebut mendekati meja mereka. Selepas membuat pesanan, pelayan tersebut beredar dari situ.
“So, how’s your life after marriage?” tanya Hafiz kepada Sofyan.
“Biasa je. Well…cuma bertambah tanggungjawablah. Mana aku nak fikirkan pasal anak-anak. Siapa tak nak anak kan? Nak tanggung anak pun, perlukan perbelanjaan yang besar.” Jelas Sofyan kemudian tersenyum kecil.
“Macam mana dengan parents kau, Nin? Dia orang sihat?” pertanyaan Hafiz beralih pula kepada Nina.
“Sihat. Alhamdulillah.” Ringkas jawapan Nina.
“Adik beradik kau?” tanya Hafiz lagi. Sofyan dan Nina saling berpandangan.
“Dia orang pun sihat. Family aku happy. Tak ada yang sakit-sakitlah.” Jawab Nina. Dia tahu sangat maksud Hafiz bertanya soalan mengenai adik beradiknya. Tentu dia mahu tahu tentang Aishah. Sengaja dia berbasa-basi. Untuk mengelakkan Ellisa menghidu persoalan tersembunyinya. Hafiz mengangguk perlahan. Hafiz hanya memandang Nina dengan seribu persoalan. Tidak fahamkah Nina mengenai soalan yang ingin ditanyanya? Atau sengaja dielakkan kerana tahu Ellisa turut berada disitu mendengar perbualan mereka?
Pelayan restoran tersebut menghantar pesanan makanan mereka. Sambil menjamu selera, bermacam-macam cerita yang keluar. Mengenai kepopularan Hafiz di masa sekolah menengah. Ellisa hanya tergelak sekali-sekala apabila terkeluar cerita lucu daripada mulut Nina mengenai Hafiz.
“Kalau Lisa nak tahu. Masa sekolah dulu, si Hafiz jadi rebutan budak-budak perempuan kat sekolah tu. Entah apa yang dia orang tengok kat dia ni pun, Na tak tahu.” Sengaja Nina mengapi-apikan Hafiz.
“Hello…aku ni dalam kategori handsome, ok? Kalau tak, takkanlah jadi kegilaan Tengku Nora. Anak kerabat diraja yang dibangga-banggakannya tu.” Hafiz membalas. Nina menjuihkan bibir. Sofyan dan Ellisa banyak mendiamkan diri. Sesuailah mereka menjadi pasangan orang yang banyak bercakap.
“Hiii…meluatnya aku dengan lelaki yang perasan ni.” Jijik Nina mendengar kata pujian Hafiz mengenai dirinya sendiri.
“Kau ni dengki dengan aku, yeh? Kalau aku tak handsome, takkanlah…” ayat Hafiz tergantung. Dia tidak jadi meneruskan ayatnya.
“Takkanlah apa?” tanya Nina sambil menjungkitkan kening. Hafiz berdehem perlahan. Kemudian dia menggeleng.
“Kau ni memang macam ni kan? Suka cakap gantung-gantung.” Ujar Nina geram dengan sikap Hafiz.
“Tak ada apa-apalah.” Fikiran Hafiz tiba-tiba melekat pada satu wajah putih bersih. Tidak mungkin aku akan beritahu yang Aishah juga merinduiku. Seperti mana yang diberitahu oleh Diyana selama ini. Adakah dia masih menunggu aku? Hati Hafiz terdetik kecil. Nina memetik jari dihadapan muka Hafiz. Hafiz tersedar dan memandang wajah Ellisa yang tersenyum dihadapannya. Dia memandang pula Nina dan Sofyan. Mereka berdua pun tersenyum memandangnya. Nina tahu apa yang bermain difikiran Hafiz. Tidak sampai hati dia melihat Aishah dan Hafiz terseksa begini tanpa mengetahui perasaan masing-masing.
“Lupa aku nak beritahu kau, Fiz.” Nina akhirnya berkata.
“Apa dia?” Hafiz mengangkat muka dan memandang Nina. Menunggu ayat yang akan keluar dari mulut wanita itu.
“Adik-adik aku kirim salam.” Kata Nina. Sofyan memandang Nina dengan perasaan terkejut. Bila masa pula adik-adik Nina berkirim salam kepada Hafiz? Hatinya tergaru-garu mencari jawapan.
“Ye ke? Kirim salam balik kat dia orang. Dah lama aku tak jumpa dia orang. Rindu pulak.” Kata-kata Hafiz itu amat Nina dan Sofyan fahami. Hati Sofyan dilanda resah. Janganlah Nina memberi harapan kepada Hafiz. Dia sudah mahu bertunang. Tidak patut lagi dia berhubung dengan Aishah. Kesian kepada Ellisa. Dia tidak tahu apa-apa. Sofyan tidak mahu Hafiz menjadikannya sebagai mangsa keadaan.
“Lepas ni, ke mana kita?” tanya Sofyan.
“Suka hati kau orang lah. Aku dengan Lisa ikut je.” Kata Hafiz.
“Wayang lah, Bang. Dah lama Na tak tengok wayang.” Rengek Nina, manja.
“Abang?” Hafiz bertanya.
“Salah ker aku panggil Sof, Abang? Kan dia suami aku.” Nina berkata dengan jengkel. Hafiz menahan gelaknya.
“Tak salah. Cuma…..” ayat Hafiz tergantung.
“Cuma apa? Kau cakap gantung-gantung lagi. Kang anak kau keluar sekerat nanti, baru padan muka kau.” Nina berkata. Sudah tidak tahan dengan sikap Hafiz.
“Kelakar.” Ringkas jawapan Hafiz.
“Dahlah tu, Nina. Lagi awak melayan si Hafiz ni, karang tak jadik pulak kita nak tengok wayang. Kau nak ikut tak, Fiz?” Sofyan beralih kepada Hafiz.
“Boleh jugak.” Kata Hafiz selepas mendapat persetujuan dari Ellisa.
Sofyan dan Hafiz berebut hendak membayar harga makanan yang di pesan oleh mereka.


NINA sedang asyik bersembang dengan Ellisa. Macam-macam yang disembangkan oleh mereka. Hafiz dan Sofyan sedang beratur membeli tiket wayang. Pada pandangan Nina, Ellisa sangat cantik dan sesuai dengan Hafiz. Orang yang pemalu dan kurang bercakap. Hanya sesekali tersenyum dan tertawa melihat gelagat Nina dan Hafiz bertegang urat. Masing-masing hendak menang. Tidak mahu kalah. Gayanya seperti Aishah. Memang gadis idaman Hafiz seorang yang mempunyai gaya yang mirip.
“Aishah Najyha tu adik Nina ke?” pertanyaan Ellisa itu benar-benar membuatkan Nina tergamam.
“Ermm…Macam mana Lisa tahu?” Nina bertanya kembali.
“Hafiz pernah cerita kat Lisa. Aishah pernah masuk Bridal’s Mag. Dia terkenal di seluruh Malaysia. Even international pun. Lisa cakap dengan Hafiz yang balik Malaysia je, Lisa nak jumpa dengan Aishah. Nak plan wedding Lisa dengan Hafiz.” Ujar Ellisa. Nina memandang Hafiz sekali imbas. Dilihatnya, lelaki itu sedang tergelak besar bersama Sofyan. Entah apa cerita lucu yang diceritakan oleh dua sahabat karib itu.
“Hafiz kata apa?” tanya Nina lagi.
“Dia tak kata apa-apa. Cuma kadangkala Lisa rasa yang Hafiz tak bersungguh nak kahwin dengan Lisa. Dia suka bincang main-main. Macam….Lisa pulak yang mendesak dia untuk berkahwin. Lisa dapat rasakan yang hati Hafiz bukan untuk Lisa. Tetapi untuk perempuan lain. Lisa dapat rasakan kehadiran perempuan tu.” Kata Ellisa. Nina hanya mengeluh. Dia tidak tahu hendak berkata apa.
“Tapi, apa yang Lisa cerita kat Nina ni Lisa harap Nina jangan beritahu pada Hafiz atau Sofyan. Just…women instinct.” Pesan Ellisa. Nina mengangguk perlahan. Adakah Hafiz sedang menceritakan perasaan sebenarnya kepada Ellisa tanpa disedari oleh gadis itu?
Hafiz dan Sofyan menuju ke arah mereka. Kemudian, mereka sama-sama beratur membeli popcorn dan air. Nina sengaja menarik lengan Sofyan dan mereka beratur di barisan lain untuk membeli popcorn. Tidak mahu menganggu Ellisa dan Hafiz. Mereka nampak mesra bersembang.
“Bang, kerisauan Na dah menjadi kenyataan.” Bisik Nina perlahan. Sofyan memandang isterinya disebelah.
“Apa maksud sayang?”
“Hafiz pun sukakan Adik. Nampaknya, Adik tak bertepuk sebelah tangan.” Luah kerisauan Nina. Sofyan tersenyum.
“Kita cakap benda betul ni, dia boleh senyum pulak.” Marah Nina. Sofyan tersenyum sekali lagi.
“Sayang…sebenarnya dari dulu lagi Abang dah tahu yang Hafiz ada perasaan pada Adik. Dia baru menyedari perasaan itu selepas dia berangkat ke London. Setiap kali dia hantar e-mail pada Abang, nama Adik saja yang ada dalam setiap e-mail dia. Bila Abang suruh dia luahkan, dia tak nak. Dia kata Adik dah putuskan hubungan dengan dia. Dia tak nak ganggu Adik yang masa tu tengah SPM. Lagipun, Hafiz kata yang cinta jarak jauh ni takkan bertahan lama.” Terang Sofyan.
“Tapi, dia patut tanya perasaan Adik terhadap dia dulu. Dia tak tahu yang Adik macam orang separuh gila ingatkan dia, rindukan dia.” Luah Nina geram. Kenapalah orang zaman sekarang suka sangat berahsia mengenai perasaan masing-masing? Sofyan memeluk bahu isterinya.
“Dahlah tu, sayang. Biarlah Hafiz dan Adik selesaikan masalah mereka sendiri. Kita jangan masuk campur. Nanti lagi parah jadinya.” Kata-kata Sofyan ada benarnya. Nina mengangguk perlahan. Hafiz dan Ellisa sudah bersedia menunggu dihadapan pintu panggung.
“Pasangan pengantin baru ni tak cukup ke bermesra-mesraan. Naik ketuat mata aku ni tengok kau orang berdua punya kemesraan.” Kata Hafiz. Nina menjelirkan lidah. Sofyan menepuk bahu Hafiz dan mereka sama-sama masuk ke dalam panggung.


SELESAI sahaja menonton wayang cerita Love Wrecked, mereka berjalan-jalan di dalam KLCC. Nina dan Ellisa masuk ke sebuah kedai kasut. Mereka membelek satu persatu kasut yang ada di kedai itu sambil memberikan pandangan kasut mana yang bersesuaian dengan mereka. Hafiz dan Sofyan membuat keputusan untuk di berdiri di luar kedai sahaja. Lagipun kedai itu sedang mengadakan jualan hebat. Penu dengan kaum wanita sahaja. Dari mereka bersempit di dalam, lebih baik duduk di luar.
“Apa khabar adik ipar kau?” tanya Hafiz, akhirnya.
“Aku ada 2 adik ipar. Yang mana satu?” tanya Sofyan kembali.
“Sebelum yang bongsu.” Hafiz memeluk tubuh.
“Dia sihat. Happy with her life, now.” Jelas Sofyan sambil membalas mesej pesanan ringkas.
“Itu je?”
“Apa sebenarnya yang kau nak tahu?” tanya Sofyan. Dia memandang wajah sahabat karibnya itu. Hafiz mendengus perlahan.
“Betul ke dia happy?” Hafiz bertanya perlahan.
“Masa kau mula-mula berangkat ke London dulu, dia macam orang putus asa. Tak ada orang yang memberi semangat. Tapi gred dia tetap bagus. Lepas tu, dia cuba lupakan kau. Selama 12 tahun ni. Dia tak pernah cuba menyintai lelaki lain. I think 12 years, it’s too long. But she just waited. Waited for you to come back to her. Eventhough you never disgorge you’re feeling towards her. Aku kesian tengok dia. Hidup dia hanya rumah dan butik.” Sofyan menceritakan perihal adik iparnya kepada Hafiz.
“Nina risaukan dia. Dulu, dia tak pernah macam ni. Semenjak kenal dengan kau je. Parents dia pun risau.” Sambung Sofyan. Hafiz mengeluh. Perasaan bersalah terbit dihatinya. Dia tidak patut membiarkan Aishah terkapai-kapai keseorangan. Sekurang-kurangnya dia patut menghantar e-mail. Memberi semangat kepada gadis itu. Dia sepatutnya tidak mempedulikan kata-kata Aishah yang memutuskan perhubungan mereka. Baginya, hubungan itu tidak pernah terputus. Cuma tidak tahu bagaimana untuk menyambung kembali.
“How was she now?”
“She’s fine. Dia sedang berkenalan dengan seorang lelaki. Aku rasa kau pun patut lupakan dia. Kau dah nak bertunang. Aku tahu kau takkan lukakan hati Lisa. She’s a nice girl. She’s a suitable girl for you.” Itulah harapan Sofyan kepada Hafiz. Dia tidak mahu sahabat karibnya itu mematahkan hati orang lain demi mengejar cinta yang lalu.
“Aku takkan kecewakan dia. Ini janji aku.” Hafiz bertekad akan tetap membahagiakan Ellisa walaupun hatinya masih pada Aishah. Sofyan tersenyum dan menepuk bahu Hafiz berkali-kali.
Nina dan Ellisa keluar dari kedai kasut itu sambil menjinjing satu beg plastik jernih yang berisi 2 kotak kasut.
“Sayang beli kasut lagi?” tanya Sofyan.
“Iya. Cantik sangat sandal dengan high heels ni. Jadi sayang belilah.” Kata Nina, manja. Hafiz menggeleng perlahan.
“Sayang kan banyak lagi kasut kat rumah. Rak kasut tu sampai tak muat dengan kasut sayang.” Usik Sofyan.
“Alaa…tu semua kasut lama.” Nina memasamkan muka.
“Kenapa tak buang je kasut-kasut tu?”
“Sayanglah. Tu semua sayang beli pakai duit tau. Bukan pakai daun.” Ujar Nina. Dia memuncungkan bibir. Hafiz dan Ellisa tergelak kecil.
“Lain kali, sayang beli je satu kasut. Jangan beli banyak-banyak. Membazirlah. Kebanyakan kasut sayang tu boleh pakai lagi.” Kata Sofyan.
“Dua kasut ni bukan jenis yang sama. Satu sandal, satu lagi heels.” Muncung Nina sudah sedepa. Semenjak kebelakangan ini, Nina gemar merajuk.
“Yelah…yelah…malas Abang nak bertengkar dengan sayang lagi. Suka hati sayang lah.” Kata Sofyan apabila dilihatnya Nina semakin memuncung.
“Seronok saya tengok kawan-kawan awak tu, Fiz.” Ujar Ellisa. Hafiz memandang gadis di sebelahnya.
“Kenapa awak cakap macam tu?” tanya Hafiz. Dikerutkan sedikit dahinya.
“Bahagia, mesra.” Ringkas Ellisa berkata.
“Biasalah. Pengantin baru.” Hafiz sedang sibuk berbalas mesej dengan rakannya yang baru sahaja tahu dia sudah pulang ke Malaysia.
“Harap-harap biarlah selamanya dia orang macam ni.” Harapan Ellisa kepada pasangan bahagia itu.
“Saya harap kita pun akan jadi macam tu jugak.” Hafiz berkata.
“Apa maksud awak?” Ellisa segera memandang Hafiz.
“Saya akan hantar rombongan peminangan secepat mungkin.” Kata-kata Hafiz itu membuatkan Ellisa tertunduk malu. Wajahnya merona merah. Hafiz tersenyum melihat Ellisa.



Pergilah kasih,
Pergilah sayang,
Pergilah sepi,
Wajahmu tetap terpahat dihatiku selama-lamanya,
Walaupun kita tidak ditakdirkan bersama,
Aku harap kau bahagia,
Walau dimana jua kau berada,
Doa ku tetap bersamamu.


Setiap waktu,
Setiap saat,
Aku mengharapkan kau menjadi milikku,
Tetapi kau hanya boleh menjadi bayangan dalam mimpiku,
Hanya satu kupinta,
Izinkan aku menyayangimu,
Walaupun sedetik cuma,
Dan izinkan aku mengukir wajahmu,
Kau tetap dan selamanya berada dijiwaku.

Itulah kata-kata hati Hafiz yang hanya mampu diucapkan di dalam hati. Dia sanggup melepaskan cintanya hanya untuk Ellisa. Dia tidak mahu membiarkan wajah Aishah menghalang hatinya untuk memberikan sedikit tempat untuk Ellisa bertakhta dihati. Dia akan cuba belajar menyintai Ellisa sepertimana gadis itu menyayangi dirinya. Dia akan cuba walaupun Aishah adalah cinta pertama. Biarlah wajah itu hanya tersimpan jauh di dalam lubuk hatinya.


BERSAMBUNG.....