BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

ISTIQAMAH CINTA BAB 2

BAB 2

HAJAH Husna menghidangkan sarapan pagi. Dibantu oleh Izzah. Tersenyum kepada Idham yang baru sahaja turun ke tingkat bawah. Segak berseluar jeans berwarna hitam dan berkemeja T lengan pendek, berjalur biru melintang. Idham menolong Hajah Husna dengan membawa mangkuk bihun goreng dan dihidangkan di atas meja. Mereka melabuhkan punggung di tempat masing-masing. Izzah menceduk bihun goreng dan dihulurkan pinggan itu kepada Idham. Pinggan tersebut bersambut. Dihulurkan juga sepinggan kepada Hajah Husna. Izzah menghulur pula garfu kepada Hajah Husna dan Idham. Leka mereka menjamu selera sarapan pagi itu.
“Hari ni Ham balik lambat lagi ke?” soal Hajah Husna. Idham yang sedang menikmati sarapannya itu, mengangkat kepala memandang ibunya.
“Tak tahu lagi. Kenapa Mak tanya?” Idham pula bertanya. Hajah Husna melepaskan keluhan perlahan. Kembali tunduk menghadap sarapannya.
“Mak…ada apa-apa hal penting ke yang perlu Ham balik awal?” Idham bertanya lembut.
Izzah hanya memerhatikan perbualan di antara Hajah Husna dan Idham. Hajah Husna mengangguk perlahan.
“Malam ni, Ku Dara ajak kita semua pergi makan malam kat rumah dia.” Sela Hajah Husna.
Idham mengerutkan dahi. Tengku Khaldun tidak pula berkata apa-apa kepadanya. Jika tidak, tentu Tengku Khaldun sudah memaklumkan kepada Idham bahawa malam ini mereka dijemput makan malam di rumah banglo 3 tingkat milik keluarga Tengku Khaldun.
“Ku Dun tak kata apa-apa pun pada Ham yang dia jemput kita dinner malam ni.” Tukas Idham. Hajah Husna tersenyum.
“Memanglah. Sebab Ku Dara yang jemput. Ku Dun tak tahu pun. Macamlah Ham tak biasa dengan Ku Dara. Apa yang dia buat mesti takkan dibincangan dengan Ku Dun dulu.” Sela Hajah Husna. Idham mengangguk. Mengiakan kata-kata Hajah Husna.
“Pukul berapa, Mak?” soal Izzah pula. Hajah Husna mengalih pandang ke arah anak bongsunya.
“Pukul 8 malam.” Jawab Hajah Husna ringkas. Lama Idham mendiamkan diri seperti memikirkan sesuatu. Kemudian, dengan perlahan kepalanya dianggukkan.
“Yalah, Mak. Nanti Ham balik ambil Mak dan Zah.” Ujar Idham. Hajah Husna tersenyum senang.
“Hmm…mesti Ku Dun nak jodohkan Abang Ham dengan Karmila.” Izzah melirik pandang ke arah Hajah Husna dengan senyuman.
“Janganlah Izzah nak berangan mempunyai kakak ipar dari kaum kerabat mereka. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Kita berdiri tak sama tinggi, duduk pun tak sama rendah. Takkan enggang terbang bersama pipit.” Berkias sekali Idham berkata. Izzah menundukkan wajah. Menghadap semula sarapan yang terhidang di hadapan mata. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja seleranya mati. Tersentap apabila disyarah sebegitu oleh abangnya.
“Kita mungkin tak sama darjat dengan mereka, Ham. Tapi kita semua tetap manusia biasa. Melakukan kesilapan adalah perkara biasa. Yang hanya membezakan kita adalah pangkat dan gelaran.” Hajah Husna meningkah. Tidak suka Idham membezakan pangkat dan darjat yang menjadi penghalang hubungan seseorang.
“Mungkin betul cakap Mak tu.” Kata Idham.
“Memang betul cakap Mak.” Tingkah Hajah Husna pula. Izzah hanya memandang ibu dan abangnya itu. Kembali meneruskan suapan mereka.
Tiba-tiba telefon rumah berdering nyaring. Kesemua mata tertancap ke arah telefon tersebut. Izzah segera bangun dan menuju ke arah telefon itu. Diangkat gagangnya dan bercakap dengan pemanggil yang menelefon. Seketika kemudian, kembali semula ke arah meja makan. Melabuhkan semula ke atas kerusi meja makan tersebut.
“Siapa, Zah?” tanya Hajah Husna. Izzah tersenyum kecil.
“Abang Iffat. Dia kata minggu ni dia tak balik, Mak. Sebab ada assignment yang perlu diselesaikan.” Izzah menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Iffat di dalam talian sebentar tadi.
Iffat Hilman, adik kepada Idham Hilal yang sedang menyambungkan pembelajarannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah. Hajah Husna mengangguk. Dia tahu Iffat sedang berusaha untuk menghabiskan pelajarannya dan kini dia berada di semester terakhir.
“Biarlah. Tak lama lagi dia nak exam akhir. Biar dia selesaikan apa yang perlu dibuat.” Hajah Husna menukas.
Kedua anaknya sama-sama mengangguk. Idham melihat jam di tangan. Jarum panjang berada di angka 6 dan jarum pendek di angka 8. Waktu sudah menunjukkn jam 8.30 pagi. Segera Idham meneguk air kopi yang masih berasap itu dan mengelap mulutnya dengan tisu yang diambil dari kotak tisu berdekatan Izzah.
“Mak, Ham pergi dulu. Nanti kita pergi sama-sama rumah Ku Dun.” Idham berkata seraya menyalami tangan Hajah Husna.
Hajah Husna hanya mengangguk perlahan. Izzah mencapai tangan Idham dan menyalami abangnya itu. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka adik beradik. Itulah juga nilai-nilai yang diterapkan oleh Hajah Husna di dalam diri anak-anaknya.


TENGKU Khaldun dan Tengku Darayani sudah bersiap sedia menunggu anak-anak mereka di meja makan. Sebentar kemudian, muncul Tengku Afdal Khaizuran dari tangga. Menuju ke arah kedua ibubapanya. Melabuhkan punggung di tempat kebiasaannya. Shima, pembantu rumah yang setia melayani Khaizuran. Setiap penghuni rumah tersebut mempunyai pembantu masing-masing. Shima menuang air Nescafe tersebut ke dalam cawan Khaizuran. Dihadiahkan sebuah senyuman sebagai balasan kepada Shima. Gadis itu hanya membalas kembali senyuman tersebut dengan perasaan malu. Menghulurkan pula semangkuk bijirin kepada Khaizuran. Diletakkan mangkuk tersebut dihadapan Khaizuran. Tipah yang baru sahaja ke turun ke tingkat bawah, ingin terus ke dapur. Tetapi langkah kakinya terhenti apabila Tengku Khaldun bertanya sesuatu.
“Mana Mila, Tipah?” soal Tengku Khaldun, tegas. Perlahan-lahan Tipah mengalihkan badannya memandang Tengku Khaldun.
“Ku Mila tengah mandi, Ku Dun. Kejap lagi dia turun.” Tengku Khaldun hanya mengangguk mendengarkan kata-kata Tipah. Segera Tipah berlalu semula ke dapur.
“Apa lagi yang Mila dah buat semalam, Bang?” tanya Tengku Darayani. Tengku Khaldun mendengus kasar.
“Apa lagi kalau bukan balik semalam dalam keadaan mabuk.” Tengku Khaldun berkata. Khaizuran tidak ambil peduli akan perbualan kedua orang tuanya. Masih sibuk menikmati sarapan pagi.
“Alah, Bang...Biasalah. Budak-budak muda.” Ujar Tengku Darayani. Mencerlung mata Tengku Khaldun memandang isterinya.
“Biasa, awak kata? Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni. Kita ni orang Melayu. Islam pulak tu. Ada pegangan agama.” Meninggi sahaja suara Tengku Khaldun. Isterinya itu hanya menjeling. Khaizuran mendongakkan kepala. Memandang ibubapanya silih berganti.
“Ran tahu, Pa. Mesti Joe yang pengaruh Mila.” Sampuk Khaizuran tiba-tiba. Mata Tengku Khaldun dan Tengku Darayani mengalih pandang ke arah Khaizuran.
“Johan. Anak Tan Sri Maidin.” Jawab Khaizuran.
Berkerut dahi Tengku Khaldun. Cuba memikirkan siapakah gerangannya si Johan itu. Kemudian, wajah Johan terlintas di ruang fikiran Tengku Khaldun. Memandang wajah Tengku Darayani yang sudah berubah reaksinya.
“Ohh...bukan ke budak Johan tu awak nak jodohkan dengan Mila?” Tengku Khaldun menyoal. Tengku Darayani pura-pura tidak mendengar soalan suaminya itu.
“Kalau macam ni lah gayanya, Abang lebih rela kahwinkan Mila dengan tukang sapu sampah.” Selamba sahaja pertuturan keluar dari mulut Tengku Khaldun. Mata Tengku Darayani terbeliak.
“Abang jangan cakap sesuka hati je, tau. Ini boleh menjadi satu doa.” Ugut Tengku Darayani. Tengku Khaldun tersenyum sinis.
“Kalau si tukang sapu sampah tu bagi Mila makan dan pakai dengan cukup, bimbingan agama pun cukup, apa lagi yang perlu saya minta untuk jadi menantu saya?” Tengku Khaldun meningkah. Tengku Darayani mencebik.
“Apasal bincang pasal perkahwinan Mila pulak?” Karmila bertanya seraya melabuhkan punggung dihadapan Khaizuran.
Tanpa dapat dikawal, Khaizuran menghamburkan tawanya. Karmila memandang pelik ke arah abangnya. Karmila tidak mempedulikan tawa Khaizuran itu. Tipah yang baru sahaja muncul dari dapur, segera menuju ke arah Karmila dan menghidangkan minuman serta makanan dihadapan Karmila. Khaizuran masih tidak berhenti ketawa.
“Yang kau ni dah, kenapa? Dah tak betul pakai sunglasses dalam rumah? Abang tak nampak pun matahari dalam rumah ni. Kalau kat luar rumah, adalah.” Khaizuran menyindir. Sekali lagi ketawa berdekah-dekah tanpa memikirkan perasaan Karmila.
Karmila memandang tajam ke arah abangnya tetapi dia tahu pasti Khaizuran tidak perasan akan tenungannya kerana dia berkaca mata hitam.
“Mila, buka sunglass tu.” Arah Tengku Khaldun. Karmila masih selamba menyuapkan bijirin Cornflakes ke dalam mulutnya.
“Mila, this is an order. Take off your sunglasses.” Arah Tengku Khaldun kali ini lebih keras.
Karmila melepaskan dengusan kuat dan menarik cermin mata hitamnya dengan kasar. Dicampak ke atas meja makan. Menguak rambut panjangnya ke belakang. Khaizuran menahan ketawanya.
“Dah macam beruang panda terlepas dari Zoo kat China tu, Abang tengok kau ni.” Dan untuk kesekian kalinya, Khaizuran menghamburkan lagi tawa. Menekan perut yang kesakitan akibat ketawa melebihi batas. Karmila merenung tajam ke arah Khaizuran.
“Suka hati, Mila lah. Yang Abang sibuk, kenapa? Abang jaga hal Abang. Mila jaga hal Mila. Abang tak pernah dengar ke perkataan, M.Y.O.B? Mind your own business.” Karmila berkata kasar. Khaizuran menghabiskan sisa tawanya dan langsung tidak ambil peduli akan kata-kata Karmila itu.
“Sudahlah tu, Mila...Ran. Depan rezeki ni. Tak baik bergaduh.” Lembut sahaja Tengku Darayani berkata. Karmila terus bangun. Sempat dicapai cermin mata hitamnya jenama Marc Jacobs itu.
“Mila, duduk dulu. Mama ada benda nak cakapkan ni.” Tengku Darayani berkata. Karmila kembali melabuhkan punggungnya. Tetapi mangkuk bijirin ditolak jauh darinya.
“Ada apa hal yang penting sangat ni, Ma?” Khaizuran bertanya setelah tawanya reda.
“Mama jemput Mak Cik Husna sekeluarga datang makan malam kat sini.” Ujar Tengku Darayani. Tengku Khaldun memandang isterinya itu dengan kerutan di dahi.
“Awak tak cakap pun dengan Abang?” Tengku Khaldun menyoal.
“Lupalah, Bang. Semalam memang saya nak cakap kat Abang. Tapi masa Abang balik dari jumpa client tu, saya dah tidur. Tu yang pagi ni, ingat nak sampaikan sekali. Depan anak-anak.” Tengku Darayani meningkah. Dilihatnya kepala Tengku Khaldun mengangguk.
“Idham pun adalah, Ma?” tanya Khaizuran, teruja.
Sudah lama tidak bersua muka dengan sahabatnya yang satu itu semenjak Idham sibuk dengan kerja. Tengku Darayani mengangguk dan tersenyum. Tidak sabar pula hendak bertemu dengan Idham. Karmila hanya memandang malas ke arah Tengku Darayani.
“Malaslah, Ma. Malam ni, Mila ada janji dengan kawan-kawan Mila.” Karmila berkata.
“Just cancel it.” Tengku Khaldun mengarah. Karmila mengalih pandang ke arah ayahnya.
“What?! Mila tak boleh batalkan. Dah lama Mila janji dengan kawan-kawan Mila.” Bantah Karmila. Dihentak meja makan dengan kuat. Terkejut Tengku Darayani dan Khaizuran. Tetapi Tengku Khaldun masih berwajah tenang.
“Kalau setakat Lela, Marisa dan Erni tu, selalu sangat Mila berjumpa dengan mereka. Just postponed it.” Sekali lagi arahan keluar dari mulut Tengku Khaldun.
“Mila bukan nak berjumpa dengan mereka malam ni. Mila nak berjumpa dengan kawan-kawan Mila satu kampus di Australia dulu.” Tukas Karmila. Tengku Khaldun membetulkan cermin mata yang melurut turun dari hidungnya.
“Just postponed it to another day.” Tengku Darayani pula menyampuk. Mulut Karmila terbuka. Matanya mengecil memandang kedua ibubapanya.
“Penting sangat ke untuk Mila jumpa dengan Mak Cik Husna tu? She’s just our maid. Tak penting pun bagi Mila.” Sarkastik sekali Karmila berkata.
Tengku Khaldun sudah berdiri. Tangannya sudah meninggi tetapi sempat dihalang oleh Tengku Darayani. Kecut juga Karmila melihat Papanya begitu. Belum pernah Tengku Khaldun memukul dia. Walaupun sekali.
“She’s not just our maid. She’s more than that. Dia lebih kepada sebahagian keluarga ni. Pastikan Mila berada di rumah malam ni.” Tegas arahan yang keluar dari mulut Tengku Khaldun sebelum dia beredar dari meja makan. Sudah tidak berselera meneruskan suapan.
Sememangnya dari dulu lagi Hajah Husna tidak dianggap sebagai orang gaji tetapi lebih kepada sebahagian dari keluarga mereka. Hajah Husna berkerja dengan keluarga Tengku Khaldun sebelum dia berkahwin lagi. Sehingga Tengku Khaldun berkahwin pun, Hajah Husna tetap bekerja dengannya. Tetapi Hajah Husna terpaksa berhenti kerja selepas suaminya kemalangan dan disahkan lumpuh separuh badan. Tengku Khaldun terpaksa melepaskan Hajah Husna. Sudah terbiasa dengan kehadiran Hajah Husna sehinggakan pembantu rumahnya yang baru pun akan dipanggil dengan panggilan Kak Hus. Tengku Darayani juga menganggap Hajah Husna seperti kakaknya sendiri. Hajah Husna sempat menjaga Khaizuran sehingga umurnya mencecah 17 tahun manakala Karmila hanya berumur 15 tahun ketika itu sebelum Hajah Husna berhenti. Tetapi sehingga kini, Hajah Husna tetap berhubung dengan keluarga Tengku Khaldun.
“Hiiii....tak penting pun untuk Mila jumpa dengan dia.” bentak Karmila. Dia mendengus kasar. Tengku Darayani dan Khaizuran menggeleng, serentak.
“Bukan ke dulu Mila berkawan baik dengan Izzah?” Khaizuran bertanya. Karmila mencebik.
“Itu dulu. Sebelum dia rampas Shahrul dari Mila.” Karmila meningkah. Khaizuran menggeleng.
“Itu kan cerita lama. Lagipun Shahrul sendiri cakap dengan Mila kan yang dia sayangkan Mila hanya sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Apa lagi yang Mila nak berdendam dengan Izzah?” Khaizuran terus sahaja beredar dari meja makan.
Malas mahu bertekak lagi dengan Karmila. Entah apalah yang didendamkan sangat dengan Izzah. Tengku Darayani juga turut beredar dari situ. Karmila mengetap gigi.
“Sampai mati aku takkan maafkan kau, Izzah.” Karmila menggumam sendirian. Jemarinya digenggam erat.




“SHAH...kenapa you tak boleh cintakan I?” soal Karmila.
Shahrul berpaling memandang Karmila yang sedang melabuhkan punggung di bawah pokok. Karmila memandang wajah Shahrul dengan sugul. Shahrul melepaskan keluhan perlahan. Turut melabuhkan punggung di sebelah Karmila tetapi masih mengekalkan jarak badannya di antara mereka berdua. Tidak manis jika dipandang orang duduk berduaan di taman tersebut.
“I tak boleh cintakan you, Mila. Perasaan I hanya lah sebagai kawan je pada you. Tak lebih dari tu.” Shahrul melepaskan dengusan.
“Kenapa?! Kenapa you tak boleh cintakan I?” Karmila memaksa lagi. Shahrul menggeleng.
“I hanya anggap you kawan. Tak lebih dari tu. I cintakan Izzah. Pertama kali I pandang dia, I dah jatuh cinta. Perasaan I pada you tak sama dengan perasaan I pada Izzah.” Shahrul menerangkan perkara sebenar.
Mata Karmila membeliak. Giginya diketap. Masih Karmila ingat pertama kali dia memperkenalkan Izzah kepada Shahrul. Tidak pernah Karmila sangka bahawa Shahrul dan Izzah mempunyai perasaan yang sama.
“Tapi Izzah kata, dia tak sanggup nak lukakan hati you sebab dia kata you cintakan I. I katakan pada dia yang I anggap you sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Tetapi cinta I hanya untuk dia sahaja. Maafkan I, Mila. I tak boleh cintakan you.” Shahrul melemparkan pandangan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain galah panjang.Karmila tidak berkata apa-apa, sebaliknya mencapai tas tangan tanpa tali itu dan berjalan meninggalkan Shahrul. Tidak sempat untuk Shahrul menahan Karmila. Dia tidak mahu hubungannya dengan Karmila sebagai sahabat terputus di situ sahaja. Sudah lama mereka bersahabat sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi Karmila juga harus faham bahawa hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Sekali lagi Shahrul melepaskan keluhan.

BERSAMBUNG....

Thursday, December 24, 2009

SEINDAH AL-HAMRA BAB 4

BAB 4

HANYA tinggal beberapa jam sahaja lagi kapal terbang Boeing-777 200ER yang membawa 255 penumpang akan mendarat di landasan lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA) itu. Jemari Adam dan Zurin bertaut. Sangat erat pegangan jemari mereka ketika itu. Serasa tidak mahu dilepaskan walaupun selepas turun dari kapal terbang tersebut. Zurin melentokkan kepalanya ke bahu Adam. Sejak dari kapal terbang itu terbang membelah awan lagi, mata Zurin seakan tidak mahu lelap. Dia menongkat dagu di bahu Adam. Memerhatikan wajah itu sepuas hatinya. Sebaik sahaja kapal terbang ini mendarat, mereka mungkin tidak boleh jadi seperti dahulu lagi. Hubungan mereka akan lebih terbatas. Sekalipun mereka berjumpa selepas ini, pasti tidak sama seperti dahulu. Airmata Zurin menitis. Ditekup mulutnya daripada kedengaran esak tangis yang berpanjangan. Kembali merebahkan kepala ke atas bahu Adam dan melemparkan pandangan ke luar.
Adam membuka matanya perlahan. Memandang gadis yang teramat dicintainya itu. Mencium ubun-ubun kepala Zurin, lama. Dia tahu Zurin sedang bersedih. Badan Zurin bergoncang sedikit. Menahan tangisan daripada kedengaran kuat. Zurin mengalihkan badannya dan memeluk Adam seerat yang mungkin. Adam membalas pelukan itu. Mereka sama-sama memejamkan mata. Berharap bahawa kapal terbang ini tidak akan pernah mendarat.
3 jam kemudian, kapal terbang itu mendarat di landasan lapangan terbang KLIA. Tali pinggang yang terikat di pinggang, mula dileraikan oleh para penumpang. Adam dan Zurin seperti tidak mahu turun daripada perut kapal tersebut. Akhirnya, Adam bangun apabila dilihatnya kabin itu mulai kosong. Menarik tangan Zurin. Gadis itu membuntutinya dengan langkah perlahan. Jemari mereka masih lagi erat bertaut. Pramugari yang bertugas pada hari itu tersenyum kepada mereka berdua.
“Selamat pulang ke Malaysia.” Ucap pramugari itu dengan senyuman yang sangat manis walaupun sudah berpenat lelah untuk melayani setiap penumpang yang bermacam ragam.
“Terima kasih.” Ucap Adam dan Zurin serentak. Adam melangkah perlahan menuruni anak tangga tersebut.
Setelah itu, mereka sama-sama menuju ke tempat untuk mengambil bagasi pakaian. Melalui pemeriksaan kastam dan pengesahan pasport sebelum mereka menuju ke balai ketibaan. Kelihatan keluarga Adam dan Zurin berdiri tidak jauh dari mereka. Tautan jemari mereka itu dilepaskan perlahan-lahan sebelum masing-masing menuju ke arah keluarga yang sedang menunggu. Sempat Adam dan Zurin saling bertatapan. Belum pun lagi meninggalkan lapangan terbang itu, hati sudah merindu. Adam menarik nafas dan dilepaskannya perlahan. Menuju ke arah keluarganya dengan senyuman lebar. Rindu pada kedua ibubapa dan adik-adiknya sudah terlerai. Memeluk Mamanya yang sedang mengelap airmata. Dipeluk wanita elegan itu seerat mungkin. Rindunya pada Datin Aisyah menggunung. Melonggarkan pelukan dan beralih pula pada Datuk Hafiz yang tersenyum melihat kelakuan dua beranak itu. Adik bongsu Adam sedang menunggu giliran untuk berpelukan dengan abangnya itu.
“Rindu kat Along ke?” tanya Adam. Dicuit perlahan hidung Aida Imanina. Adiknya itu mencebik.
“Mestilah. Along kan dah lama tak balik sini.” Terus sahaja Aida memeluk Adam. Abangnya mencium ubun-ubun kepala Aida. Beralih memandang pula ke arah Dr. Hanita dan Dr. Faiz. Tersenyum kepada kedua orang tua itu.
“Ucu, Pak Cu.” Tunduk menyalami mereka berdua.
“Along...” panggil Laily. Adam menggosok kepala Laily, kasar. Sehingga kusut rambut gadis itu dibuatnya. Laily mencebik. Menyikat rambutnya menggunakan tangan.
“How’s final exam?” soal Adam. Laily membuat mimik angkuh.
“Alah...kalau setakat 4 flet tu, kacang je lah.” Adam menunjal kepala Laily. Gadis itu sekali lagi mencebik. Yang lain, hanya mentertawakan mereka berdua.
“Ohh...dah for sure ada dalam Dean’s list lah ni?” Adam bertanya, sinis. Laily memeluk tubuh.
“Haruslah. Tengok oranglah, Along.” Dengan penuh lagak, Laily menyambung kata.
“Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni kalau bergaduh, sampai tahun depan pun tak habis.” Datuk Hafiz memeluk bahu Adam.
Mereka semua mengangguk tanda bersetuju. Adam menolak troli yang diletakkan bagasi-bagasinya itu dan berjalan keluar dari lapangan terbang bersama sanak-saudaranya. Sempat memandang sekilas ke arah Zurin yang juga turut berjalan keluar bersama keluarganya. Seperti tidak mahu lepas, dia memandang gadis itu berlalu. Laily yang terperasan akan perbuatan Adam itu, mengalih pandang ke arah tempat yang dipandang oleh Adam. Kelihatan seorang gadis bersama kedua ibubapanya berjalan keluar meninggalkan kawasan itu. Laily menepuk lengan Adam, kuat. Adam tersedar dan terpinga-pinga memandang Laily.
“Kenapa, Long?” soal Laily. Perasaan curiganya tiba-tiba sahaja timbul. Adam menggeleng pantas. Laily sempat memandang semula ke arah yang dipandang oleh Adam sebentar tadi. Dahinya dijungkitkan. Mengalih pandang ke arah Adam yang seperti orang dalam kegelisahan.

‘Ada satu rahsia yang perlu aku tahu,’ hati Laily bergumam sendirian. Kemudian, membuntuti ahli keluarganya.


SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, Haji Ali dan Hajah Kasmiah leka bersembang sesama sendiri. Zurin melemparkan pandangan ke luar. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan satu khidmat pesanan ringkas tertera di skrin telefon. Senyuman kecil diukirkan. Perasaan rindu mula terbit di hati walaupun tidak sampai sejam mereka berpisah. Haji Ali melihat anak perempuannya itu melalui cermin pandang belakang. Wajah mendung Zurin bertukar ceria. Haji Ali berdehem perlahan. Zurin memandang abahnya melalui ekor mata.
“Kamu tak suka balik ke sini ke, Rin?” perlahan sahaja Haji Ali bertanya. Zurin menggeleng perlahan. Mengukirkan senyuman hambar.
“Taklah, Abah. Rin seronok sangat dapat balik ke sini. Dapat jumpa Mak...Abah.” lemah sahaja Zurin menutur kata. Haji Ali menumpukan penuh konsentrasi ke pemanduannya.
“Kenapa Abang tanya macam tu? Takkanlah Rin tak suka balik ke sini.” Hajah Kasmiah menyampuk. Zurin melepaskan keluhan perlahan. Kembali melemparkan pandangan ke luar. Terbayang wajah Adam. Tanpa disedari, satu keluhan kuat keluar dari mulutnya.
45 minit kemudian, kereta Perodua Alza milik Haji Ali tiba dihadapan rumah teres berkembar 2 tingkat. Zurin membuka pintu kereta. Haji Ali menarik pedal untuk membuka but kereta. Zurin membuka but dan memunggah bagasi-bagasi pakaiannya. Haji Ali menolong Zurin manakala Hajah Kasmiah membuka pintu utama. Zurin meneliti sekeliling rumahnya. Menarik nafas dan dilepaskannya. Terasa rindu juga terhadap rumah itu. Zurin menarik bagasi-bagasinya dan menuju ke pintu utama. Bersusah-payah menarik bagasi-bagasinya ke dalam rumah. Tiba-tiba jeritan sanak saudara Zurin yang sudah sedia menunggu kepulangan mereka di rumah Haji Ali dan Hajah Kasmiah itu. Zurin terkejut melihat sanak saudara yang ada di dalam rumah. Bersalaman dengan sepupu-sepupunya. Tunduk menyalami ibu dan bapa saudara yang hadir. Zurin sengaja menceriakan wajahnya walaupun di hati tiada perasaan untuk turut serta bersama-sama mereka yang lain meraikan kepulangannya.
“Kak Rin, best tak London?” tanya salah seorang sepupu Zurin yang muda 13 tahun darinya. Zurin tersenyum manis. Mengusap wajah adik sepupunya itu.
“Best. Faiqah belajar rajin-rajin. Get a good grades. Lepas tu apply lah universiti kat sana.” Ujar Zurin. Gadis yang bernama Faiqah itu mengangguk pantas.
“Tapi Kak Rin lepas grad, Kak Rin kerja kan kat sana?” soal seorang lagi gadis yang dikenali sebagai Syuhadha. Zurin mengangguk perlahan.
“Adha, apa khabar?” Zurin bertanya. Syuhadha tersenyum.
“Baik, Kak Rin. Haa...sebelum Adha lupa, Kak Syuzi kirim salam.” Ujar Syuhadha menyampaikan salam Syuziana kepada Zurin.
“Waalaikumussalam. Kak Syuzi buat apa sekarang ni? Dah lama tak dengar cerita dia.” Sela Zurin. Syuhadha membetulkan tudungnya.
“Kak Syuzi sekarang ada kat Jordan.” Syuhadha berkata. Dihirup air yang berada di tangannya itu. Zurin mengerutkan dahi.
“Buat apa kat sana? Kerja?” soal Zurin bertubi. Syuhadha menggeleng perlahan.
“Taklah. Company’s trip. Minggu depan baru balik. Dia nak jumpa dengan Kak Rin. Tak sabar, katanya. Dia dah lama tak jumpa dengan Kak Rin.” Jawab Syuhadha. Zurin mengangguk. Dia juga terasa rindu terhadap sepupu yang paling rapat dengannya sedari kecil lagi.
“Cukup-cukuplah interview Kak Rin kamu tu. Penat pun tak hilang lagi, kamu dah soal dia macam-macam.” Ujar Hajah Kasmiah. Syuhadha mencebik.
“Ala...Mak Ngah. Bukan selalu dapat berborak dan berjumpa dengan Kak Rin.” Faiqah pula mencelah. Zurin tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.
“Betul cakap Mak Ngah kamu tu, Iqah...Adha. Rin, pergilah makan dulu. Tentu Rin lapar kan. Baru je turun dari plane tadi.” Puan Natasya menyampuk. Mereka semua berpaling ke arah suara menyahut kata-kata Hajah Kasmiah itu.
“Ehh...bila Mak Su sampai?” tanya Zurin. Tunduk menyalami wanita elegan itu. Semasa dia baru tiba di rumah itu, tidak pula perasan akan kehadiran Puan Natasya.
“Baru je, Rin.” Jawab Puan Natasya ringkas. Rindu betul Puan Natasya terhadap anak abangnya itu. Sudah bertahun tidak berjumpa.
“Pak Su Zahid mana?” soal Zurin lagi. Tercari-cari wajah suami Mak Su nya itu.
“Tu...ada kat luar. Tengah bersembang dengan Abah kamu.” Unjuk Puan Natasya ke arah Encik Zahid yang berada di halaman rumah. Leka lelaki itu sedang bersembang dengan abang iparnya. Zurin mengangguk perlahan.
“Mak Su dah makan?” Zurin bertanya. Puan Natasya menggeleng.
“Mak Su pergilah makan dulu.”
“Jomlah Rin makan sekali dengan Mak Su.” Ajak Puan Natasya.
“Tak apalah. Kejap lagi Rin makan. Mak Su pergilah dulu.” Tolak Zurin lembut. Puan Natasya meneliti wajah Zurin yang sedikit cengkung itu.
“Mak Su tengok Rin ni makin kurus. ‘Makan hati’ ke?” berkias sekali Puan Natasya bertanya. Zurin tergamam. Ketarakah di wajahnya? Zurin memegang pipinya.
“Apa maksud Mak Su?” tergagap Zurin menyoal. Puan Natasya tersenyum.
“Tak apa-apalah. Cuma Mak Su tengok Rin cengkung sangat. Tak macam mula-mula Rin berangkat ke sana.” Puan Natasya segera menukas apabila wajah anak saudaranya itu sudah berubah.
“Dulu, selalu sibuk dengan assignment. Bila dah kerja, busy dengan paperwork yang menimbun kat office. Jadi selalu skip meal.” Seribu satu alasan yang dicipta oleh Zurin. Puan Natasya hanya tersenyum mendengar alasan Zurin itu.
“Yalah...yalah...” akhirnya Puan Natasya mengalah. Zurin tersenyum kecil.
“Jadi, Rin tak nak makanlah ni?” sekali lagi Puan Natasya bertanya. Zurin tetap memberikan jawapan yang sama. Diikuti dengan gelengan perlahan.
Tepat jam 10 malam, para tetamu yang hadir mula beransur pulang. Zurin sudah keletihan kerana tidak habis dengan jet lag lagi sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tanah air, pulang ke rumah terus di arah melayani tetamu yang hadir. Zurin merebahkan badan ke atas katil empuk kepunyaannya. Bilik itu tetap tidak berubah dari 8 tahun yang dulu. Ah! Rindunya pada bilik itu. Zurin memeluk bantal bolster. Alangkah indahnya jika dapat memeluk Adam ketika ini. Zurin bangun dari katilnya dan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja solek. Mula mendail satu persatu nombor telefon bimbit Adam. Ada nada deringan. Ada juga yang menjawab panggilannya.
“Assalamualaikum.” Sahut seseorang dengan lembut di talian sebelah sana. Zurin tersenyum.
“Waalaikumussalam. Am tengah buat apa tu?” tanya Zurin. Rindu Zurin terlerai apabila mendengar suara orang yang sangat dicintainya itu.
“Am tengah fikirkan tentang Rin.” Jawab Adam. Zurin mengerutkan dahi.
“Tengah fikir tentang Rin? Kenapa?” bertubi soalan yang keluar dari bibir mungil Zurin.
“Am rindukan Rin.” Jawab Adam ringkas, cukup untuk membuatkan hati Zurin sayu. Airmata mula bertakung di tubir mata.
“Rin pun rindukan Am.” Zurin berkata, sebak.
“Malam ni tidur mimpikan Am, ya.” Lembut sekali suara garau itu berkata. Tanpa tertahan, airmata itu turun jua membasahi pipi mulusnya.
“Dalam setiap mimpi Rin, hanya ada Am saja.” Zurin teresak kecil.
“Jangan menangis, sayang. Am pasti. Satu hari nanti, kita akan bersatu.” Adam berusaha untuk memujuk sekeping hati milik perempuan bernama Zurin. Gadis itu mengelap airmatanya dengan belakang telapak tangan.
“Rin rehatlah. Am kena masuk dalam dulu ni. Keluarga Ucu belum balik lagi.” Adam berkata. Zurin mengangguk walaupun Adam tidak melihat akan perbuatannya itu.
“Assalamualaikum.” Adam memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Dengan suara yang serak, Zurin menjawab salam lelaki itu.
Sebaik sahaja mereka sama-sama mematikan talian, gambar Adam muncul sebagai wallpaper di skrin Blackberry milik Zurin. Mereka berdua sedang bergembira ketika itu. Ke Berlin untuk bercuti sambil menenangkan fikiran dari segala kekusutan yang membelenggu apabila seharian di tempat kerja. Zurin menekapkan telefon bimbitnya ke dada. Membaringkan diri semula di katilnya. Masih memandang skrin telefon bimbit. Seketika kemudian, Zurin bangun dari perbaringannya dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.


KERETA Mercedes CLK 200 milik Dr. Faiz berhenti dihadapan pintu pagar rumah banglo yang tersergam indah. Dr. Hanita melihat jam di dashboard kereta. Jam sudah menunjukkan hampir 12 malam. Pintu pagar automatik terbuka perlahan-lahan. Sebaik sahaja kereta itu melintasi pintu pagar, segera Dr. Hanita menekan butang di alat kawalan jauh untuk menutup semula pintu pagar itu secepat mungkin. Almaklumlah, waktu mereka pulang ke rumah sahaja sudah lewat. Bermacam-macam cerita sudah didengari daripada jiran tetangga. Baru sahaja dalam minggu lepas, salah seorang jiran mereka rumahnya dimasuki pencuri. Sempat pencuri itu memasuki melalui pintu pagar automatik yang tertutup perlahan itu dan merompak jiran mereka semasa mereka sekeluarga baru sahaja hendak keluar dari perut kereta. Hampir RM10,000 barangan yang dicuri. Termasuk barang kemas yang berada di badan si isteri serta komputer riba milik si suami. Berserta duit tunai sebanyak RM1,000.
Sebaik sahaja pintu pagar automatik itu tertutup, Dr. Faiz dan Dr. Hanita serta Laily melangkah turun dari keretanya. Laily mengambil beg plastik yang berisi makanan di kerusi belakang dan membawanya turun. Mengambil kunci dari dalam tas tangan dan kedengaran kunci itu berlaga di pintu utama. Terkuak luas pintu utama tersebut. Lampu di ruang tamu masih terpasang. Kelihatan Safiah menuju ke arah Laily. Diambil beg plastik tersebut yang dihulurkan oleh Laily.
“Mak Piah, anak saudara Mak Piah tu dah sampai ke?” tanya Laily. Tercari-cari wajah yang selalu disebut-sebut oleh Safiah. Wanita tua yang bersanggul itu menganggukkan kepalanya perlahan.
“Dah. Ada kat dapur. Tengah mengemas.” Ujar Safiah. Mulutnya terjuih ke arah dapur. Laily menjenguk ke arah dapur.
“Boleh Laily jumpa dia?” Laily bertanya. Safiah mengerutkan dahi.
“Boleh. Apa salahnya. Pergilah.” Ujar Safiah. Laily bertepuk tangan perlahan dan tersenyum kecil. Menuju ke arah dapur. Dr. Hanita melangkah masuk ke dalam rumah. Tersenyum pada Safiah.
“Kak Piah tak tidur lagi?” Dr. Hanita bertanya. Dr. Faiz juga baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Menanggalkan kasut dan diletakkan di dalam rak kasut.
“Belum lagi, Puan. Ada kerja yang perlu diselesaikan.” Safiah menukas. Dr. Hanita mengangguk perlahan. Ditanggalkan tudung yang dipakainya. Berjalan mendekati tangga tetapi beralih semula ke arah Safiah yang baru sahaja berkira-kira hendak melangkah ke dapur.
“Anak saudara Kak Piah dah sampai?” tanya Dr. Hanita lembut.
“Dah, Puan. Ada kat dapur.” Unjuk Safiah ke arah dapur. Dr. Hanita menjenguk ke arah dapur dari tangga. Terlihat kelibat dua orang manusia di dapur. Mengangguk perlahan.
“Tak apalah, Kak Piah. Kalau macam tu saya naik dululah.” Tukas Dr. Hanita. Giliran Safiah pula mengangguk. Dr. Hanita mendaki tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Safiah berjalan masuk ke dalam dapur. Tersenyum Safiah melihat Laily dan Durrah leka bersembang.
“Dah pukul berapa dah ni?” soal Safiah. Matanya tertancap pada jam dinding yang tergantung elok di dalam dapur itu.
“Laily tak nak tidur lagi ke? Mak Piah dah mengantuk ni. Dura pun tentu dah penat.” Ujar Safiah berkias. Laily yang memahami maksud Safiah itu, segera membawa gelas yang diminumnya itu dan dibawa ke sinki.
“Okaylah. Selamat malam Mak Piah, Dura. Assalamualaikum.” Laily berkata sebelum berlalu. Salamnya itu disambut perlahan oleh Safiah dan Durrah.

BERSAMBUNG....

Saturday, December 19, 2009

ISTIQAMAH CINTA BAB 1

Salam semua pengunjung2 bloggers yang disayangi a.k.a geng-kipas-susah-mati. Disebabkan Seindah Al-Hamra sebenarnya tidak dapat disambung buat sementara waktu kerana kekontangan idea atau lebih dikenali sebagai 'otak blur' dan juga dikenali sebagai otak tak center. Jadi, dalam otak-otak yang tak center ni pun, saya telah pun membuat e-novel yang ke-4....Pape pun jangan lupa tinggalkan komen. OKay...Daaa for now!


BAB 1

RENTAK lagu Calle Ocho nyanyian Pitbull berkumandang dalam salah sebuah kelab malam yang tersohor di Kuala Lumpur. Pengunjung yang mengunjungi kelab tersebut tidak kira anak-anak muda dari bangsa Melayu, Cina dan India sehinggalah bangsa asing. Kesemuanya sedang seronok menggoyangkan badan, menghentakkan kaki dan ‘mencucuk langit’. Mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing berdansa. Ada yang sedang bersembang bersama sahabat handai sambil bergelak ketawa. Ada juga yang bermesra ketika pengunjung lain sedang sibuk di dalam dunia mereka. Dan tidak kurang juga yang sedang meneguk minuman keras. Langsung tidak mempeduli apa akan jadi, mereka asyik dengan dunia khayalan yang dicipta oleh mereka sendiri. Di satu sudut kelab malam tersebut, kelihatan sekumpulan gadis-gadis pertengahan 20-an yang terdiri daripada golongan anak-anak orang yang berpengaruh di Malaysia, sedang meneguk minuman keras tanpa mempedulikan diri mereka sedang diperhati oleh orang lain. Oleh kerana wajah mereka sering terpapar di majalah, menyebabkan mereka juga seringkali dikejar wartawan-wartawan yang ingin mendapatkan cerita mengenai kehidupan seharian mereka sekeluarga.
Tengku Afza Karmila, anak kepada usahawan tekstil terkenal, Tengku Khaldun. Mempunyai wajah kacukan Arab dan Bugis, membuatkan sesiapa sahaja yang terpandangkan wajah mulus itu pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Bekerja sebagai Pengarah Pemasaran di syarikat Khaldara Textile yang telah membuka cawangan butiknya di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, Khaldara Textile melebarkan lagi sayapnya sehingga ke kota London.
Lela Nurlina, sahabat baik kepada Karmila sejak dari sekolah rendah mereka berkenalan dan terus menjadi sahabat sehingga kini. Bekerja sebagai wartawan hiburan dan sudah banyak mengelakkan cerita-cerita yang melibatkan sahabat-sahabatnya.
Siapa tidak kenal dengan model antarabangsa yang terkenal di seluruh negara. Sahabat merangkap sepupu Karmila, Tengku Syafa Marisa. Memilih untuk berdikari dan mencari pengalaman bekerja dengan orang lain sebelum bekerja dengan ayah sendiri. Dan yang terakhir sahabat baik kepada mereka bertiga, Erni Farida, penyanyi dan pelakon terkenal yang dikejar komposer dan pengarah serta penerbit drama. Kemana sahaja mereka berada, pasti berempat.
“Sayang...” panggil seorang lelaki muda. Melabuhkan punggung di sebelah Karmila. Gadis itu meliuk badannya dan bersandar ke badan lelaki tersebut.
“Kenapa you lambat?” soal Karmila dengan manja.
Lela dan Marisa saling berpandangan di antara satu sama lain. Kemudian, sama-sama mencebik. Erni masih asyik dengan dunianya. Meneguk minuman keras dan mengangkat punggung, turun ke lantai tari untuk menari bersama orang lain.
“Sorrylah, sayang. I ada hal sikit tadi.” Johan mengusap rambut ikal mayang Karmila itu. Tanpa segan silu, Johan mencium bibir Karmila.
“Joe, malulah sikit. Kau tu anak VVIP. Kalau kau tak nak jaga air muka kau, jagalah air muka kita orang yang duduk semeja dengan kau orang ni.” Sindir Lela. Karmila mencebik ke arah Lela.
“Kalau kau tak suka, kau duduklah meja lain.” Karmila berkata selamba.
Lela langsung tidak mengambil hati akan kata-kata Karmila. Sudah tahu mengenai sikap Karmila yang lebih suka menangkan Johan. Lela mencapai gelas minumannya dan beredar bersama Marisa. Mereka melabuhkan punggung di meja bar.
“Seriously, babe. Aku menyampah dengan Joe tu. Tak malu betul.” Lela meneguk lagi minumannya. Marisa hanya menggelengkan kepala.
“Biasalah. Macam kau tak kenal Mila. Selalu nak menyebelahi ‘mangkuk tingkat’ tu.” Seloroh Marisa. Mereka sama-sama tertawa.
“Mangkuk tingkat? Bagus jugak kan kau bagi nama kat dia.” ujar Lela dan mereka memandang ke arah Karmila dan Johan yang sedang memadu asmara sementara orang lain sibuk berkhayal.
Malam semakin lewat. Lela dan Marisa yang sudah penat menari, menuju ke arah Karmila. Johan pula menghilang entah ke mana. Erni sudah pulang bersama seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya di atas lantai tari sebentar tadi.
“Mila...Mila...” panggil Lela apabila dilihatnya Karmila sudah melentokkan badan ke atas sofa kelab malam tersebut.
“Hmm?” Karmila membuka mata perlahan-lahan.
“Jom balik. Joe mana?” soal Marisa apabila Johan tidak kelihatan di mana-mana.
“Entah. Dah balik kot.” Ujar Karmila acuh tidak acuh.
Mula mengangkat punggung dan mencapai tas tangan tanpa tali yang terletak di atas meja dan membuntuti Lela yang sudah meninggalkan mereka dahulu. Marisa memimpin Karmila yang sudah mabuk teruk. Terhuyung-hayang gadis itu cuba mengatur langkah. Karmila melangkah masuk ke dalam kereta Lela. Semasa hendak pergi ke kelab malam itu, Lela mengambil Karmila dan Marisa. Kerana Lela tahu, Karmila pasti akan mabuk dan tidak boleh memandu sendirian pulang ke rumah. Manakala kereta Marisa berada di bengkel untuk servis.


RUANG tamu sudah gelap. Sekilas, Idham melihat jam di tangan. Hampir jam 1 pagi. Dengan langkah perlahan, Idham melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah. Tidak mahu mengejutkan ibunya yang mungkin sudah tidur. Mendaki tangga juga dengan perlahan. Tiba-tiba sahaja ibu Idham, Hajah Husna, muncul di hujung tangga. Idham yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba ibunya itu, hampir-hampir terjatuh dari tangga.
“Mak...terkejut Ham. Mak tak tidur lagi?” tanya Idham lembut. Hajah Husna hanya menggeleng perlahan. Mengeluh melihat anak lelakinya itu yang sering pulang lewat sejak kebelakangan ini.
“Banyak sangat ke kerja kamu sampai balik lewat je sekarang ni?” Hajah Husna pula bertanya. Idham tersenyum kecil. Meraup rambutnya ke belakang.
“Banyaklah jugak, Mak. Ada kain baru je sampai lewat petang tadi. Jadi, Ham kena kira stok dan tengok kualiti fabrik yang baru sampai.” Ujar Idham. Melepaskan lelah di tangga.
Hampir 3 tahun Idham bekerja sebagai Pengurus Logistik, yang memastikan kualiti barangan yang baru sahaja diimport. Diberi kepercayaan oleh Tengku Khaldun untuk menjadi pegawai. Tengku Khaldun juga merupakan bekas majikan Hajah Husna.
“Ku Dun paksa kamu buat kerja lebih masa ke?” Hajah Husna risau melihat Idham.
Seringkali mengelak makan tengah hari hanya untuk menyelesaikan kerjanya. Idham menggeleng perlahan. Idham tahu ibunya risau tentang kesihatan dia.
“Taklah, Mak. Ham yang rela untuk kerja sampai lewat malam. Lagipun, dia orang bayar O.T, Mak.” Ujar Idham. Melonggarkan sedikit tali lehernya dari menjerut leher.
“O.T?” soal Hajah Husna lagi. Idham mengangguk dan tersenyum.
“Over time.” Jawab Idham ringkas. Hajah Husna hanya menggeleng.
“Kamu nak kahwin ke, Ham?” Hajah Husna bertanya lagi. Lantas Idham tergelak kecil apabila terdengar kata-kata ibunya itu.
“Kahwin? Kenapa Mak cakap macam tu?”
“Manalah tahu. Kamu beria-ia nak kumpul duit sangat ni.” Hajah Husna meneliti wajah Idham. Semakin kurus Idham kini.
“Macam mana Ham nak kahwin, Mak? Calon pun belum ada. Lainlah kalau Fat atau Zah.” Ujar Idham merendah diri.
Idham seorang yang pemalu. Tambahan pula dengan perempuan. Mulutnya berat sahaja hendak memulakan bicara jika berhadapan dengan seorang perempuan. Sudah berkali-kali Iffat Hilman dan Izzah Hariani memperkenalkan sahabat masing-masing kepada Idham. Tetapi reaksi yang diberikan oleh Idham tetap sama. Berdiam diri.
“Fat dah bertunang dengan Adah. Lepas tu, tak lama lagi keluarga Shahrul nak masuk meminang Zah. Ham ni je yang tak ada orang nak, Mak.” Sengaja Idham merendahkan suaranya. Tidak mahu lagi Hajah Husna mengungkit mengenai perihal kahwin.
“Orang nakkan kamu, tapi kamu yang buat macam tak ada respon.” Sindir Hajah Husna. Idham tersenyum. Keluhan kecil keluar dari mulut Hajah Husna.
“Dahlah tu. Dah pukul 1 pagi pun. Pergilah masuk tidur. Esok kamu kerja ke?” Hajah Husna bertanya. Idham mengangguk perlahan.
“Hari Sabtu pun kamu kerja jugak?” Hajah Husna bertanya dengan gelengan.
“Ya, Mak. Esok nak siapkan report mengatakan barang baru sampai. Tadi tak sempat nak buat. Baru sempat siap kira stok je.” Kaki Idham mula melangkah naik ke tingkat atas. Tetapi berpaling semula ke arah Hajah Husna apabila ibunya berkata sesuatu.
“Dah solat Isya’?” tanya Hajah Husna. Memang dia amat menitikberatkan soal-soal agama anaknya itu. Tidak mahu akidah mereka terpesong.
“Dah, Mak. Tadi kat office.” Ujar Idham. Sekali lagi Hajah Husna mengangguk.
Hajah Husna berpaling dan melangkah masuk semula ke dalam kamar tidurnya. Idham menolak pintu kamar dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Ditutup semula pintu yang terkuak luas itu. Meletakkan beg bimbitnya di tepi meja solek. Menarik tali leher yang masih tergantung itu dan diletakkan juga ke atas meja solek. Membuka butang baju dan dicampakkan masuk ke dalam bakul baju yang tersedia di tepi pintu bilik. Menilik wajahnya di cermin meja solek.
“Aku ni bukannya tak handsome. Tapi...aku segan je dengan perempuan. Aku bukan macam Iffat. Dia tu berani sikit kalau setakat nak bercakap-cakap dengan perempuan. Tulah sebabnya Syahadah boleh ‘sangkut’ dekat dia.” omong Idham sendirian. Keluhan kasar dilepaskan. Terus sahaja mencapai tuala dan melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri setelah seharian berpanas di gudang.



“AKU tak nak balik lagilah. Aku nak minum lagi. Lela, jom kita pergi kelab yang aku pernah bawak kau dulu tu.” Karmila berkata dalam keadaan mabuk.
Marisa meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Tidak mahu suara Karmila yang lantang itu, mengejutkan penghuni rumah banglo itu yang sudah menganyam mimpi. Lela memimpin Karmila di sebelah kanan manakala Marisa di sebelah kiri. Mereka berdua terpaksa mengikut rentak kaki Karmila yang sudah terhuyung-hayang itu. Dengan payahnya, Lela menyelongkar tas tangan tidak bertali milik Karmila itu. Kemana pula pergi kunci rumahnya ini?
“Cepatlah, Lela. Aku dah penat pegang si Mila ni. Dia ni bukannya ringan. Berat dia mengalahkan tong gas.” Sempat Marisa berseloroh. Berkerut-kerut wajah Marisa memegang badan Karmila dari jatuh menyembah tanah.
“Sabarlah, Risa. Ish...time ni jugaklah kunci dia nak hilang.” Rungut Lela.
Akhirnya kunci yang dicari Lela, jumpa jua. Ditarik keluar dari tas tangan tersebut dan dijolok ke arah lubang kunci. Dipulas ke kiri sekali, dan selak kunci pun terbuka. Segera Lela menguak pintu yang bercat putih itu. Menjenguk ke dalam rumah. Khuatir juga jika ibubapa Karmila terjaga dan masih menunggu kepulangan anak perempuan tunggal mereka itu.
“Apa yang kau jenguk tu? Macam pencuri pulak. Meh lah tolong aku ni. Ya Allah, beratnya minah ni.” Marah Marisa kepada Lela.
Sahabatnya itu hanya tersengih dan segera menolong Marisa memimpin Karmila. Dengan perlahan mereka melangkah masuk. Dengan langkah pantas, mereka bertiga menuju ke tangga. Belum pun sempat hendak melangkah naik ke tingkat atas, lampu ruang tamu menyala terang. Marisa dan Lela sama-sama menelan air liur apabila melihatkan wajah bengis Tengku Khaldun. Lelaki tua itu berjalan menuju ke arah mereka bertiga.
“Tipah!!!” jerit Tengku Khaldun, kuat. Tipah yang berada di dapur segera menuju ke arah Tengku Khaldun. Kecut mereka mendengar suara nyaring itu.
“Bawa Mila naik ke atas.” Arah Tengku Khaldun, keras. Tipah pantas mengangguk dan mengambil alih ‘tugas’ memimpin Karmila.
“Mila tak naik tidur.” Karmila meronta. Tipah meletakkan jari telunjuk ke bibir. Risau juga jika Tengku Khaldun naik angin.
“Eh...Kak Tipah! Kak Tipah jom menari. Mila nak menari.” Ajak Karmila dengan sengihan. Berkerut dahi Tipah menahan bau yang keluar mulut Karmila.
“Mabuk lagi. Asal balik je, mesti mabuk. Apa nak jadi dengan kamu ni, Mila?” suara Tengku Khaldun seperti halilintar memecah bumi bertanya. Lela dan Marisa hanya menundukkan wajah. Tidak berani hendak berkata apa-apa.
“Tipah, bawa Mila naik ke atas.” Sekali lagi Tengku Khaldun memberikan arahan.
Tipah mengangguk dan segera membawa Karmila naik ke tingkat atas. Setelah kelibat Karmila dan Tipah hilang dari pandangan, mata Tengku Khaldun mencerun ke arah Lela dan Marisa.
“Kamu berdua ni perempuan tau. Yang kamu ni, Lela. Kerja wartawan hiburan. Asyik kesilapan dan perbuatan artis je kamu tahu korek. Silap kamu, perbuatan kamu, kamu nak simpan mana? Dalam almari? Fikir sikit. Ingat kamu wartawan orang tak ambil tahu? Yang kamu ni pula, Risa. Keluar malam-malam macam ni, Umi dan Walid kamu tahu kamu keluar?” mata Tengku Khaldun sudah mencerlung ke arah anak saudaranya. Marisa hanya menggeleng perlahan.
“Umi dan Walid kamu pergi haji. Sedang menunaikan rukun Islam yang kelima. Berdoa akan keselamatan anak-anak mereka. Tapi kamu ni, buat perangai yang tak elok. Tak ingat pasal Umi dan Walid kamu ke? Tak kesian pada mereka?” semakin meninggi suara Tengku Khaldun. Wajah Marisa pula semakin menunduk.
“Risa minta maaf, Papa Dun.” Ucap Marisa. Matanya sudah bergenang dengan airmata.
“Sudahlah. Kamu berdua cepat balik ke rumah masing-masing. Jangan duduk ‘bertapa’ pulak dalam rumah ni.” Segera kaki Lela dan Marisa melangkah ke arah pintu utama.
“Hati-hati bawa kereta tu, Lela.” Sempat Tengku Khaldun memesan. Risau juga memikirkan keselamatan dua anak gadis itu. Lela anak kepada sahabat baik Tengku Khaldun manakala Marisa pula anak saudaranya. Tengku Khaldun hanya menggelengkan kepalanya.
Lela mengangguk pantas. Segera sahaja mereka melangkah keluar dan menuju ke kereta Lela. Memasuki ke dalam perut kereta dan bergerak meninggalkan kawasan rumah Tengku Khaldun.



KARMILA terjaga dari tidur. Segera memegang kepala yang berdenyut kuat. Ingin bangun dari perbaringan tetapi badannya tidak berdaya. Membaringkan kepala ke atas bantal semula. Pintu kamar Karmila diketuk perlahan. Tiada respon daripada Karmila. Sekali lagi pintu diketuk. Kali ini lebih kuat. Karmila menekup kepala yang masih pening. Pintu kamar diketuk untuk kali ketiga. Karmila mendengus. Dilemparkan bantal kepalanya ke bawah.
“Ku Mila, Kak Tipah ni.” Tipah bersuara perlahan.
Karmila mendengus dan bangun semula dari perbaringan. Terhuyung-hayang berjalan ke arah pintu. Rambut yang panjang mengurai, dikuak ke belakang. Membuka pintu kamar dan terjengul wajah Tipah. Tersenyum sahaja wanita separuh abad itu kepada Karmila.
“Ku Mila...Kak Tipah bawa air suam ni. Ku Mila minum sikit, ya. Kak Tipah tahu Ku Mila mesti pening, kan. Lepas tu, Ku Mila boleh turun sarapan. Nanti lepas makan, Kak Tipah bagi Uphamol. Lepas tu, Ku Mila rehat balik. Okay?” Ujar Tipah sambil menghulurkan air suam kepada Karmila. Gadis itu mengerutkan dahi dan mencapai kasar gelas tersebut. Diteguk rakus air suam tersebut.
“Kak Tipah boleh tak jangan ganggu saya? Orang nak rehat sikit pun tak boleh. Bisinglah. Saya tak mahu breakfast. Saya nak tidur.” Ujar Karmila dan menyerahkan semula gelas kosong tersebut kepada Tipah.
Karmila kembali merebahkan diri ke atas katil. Matanya dipejamkan perlahan-lahan. Denyutan di kepala sudah sedikit berkurangan. Tetapi masih belum puas merehatkan diri. Tipah sudah kelihatan gelisah. Digigit bibir dan dengusan nafas Tipah itu menganggu tidur Karmila. Gadis tersebut membuka matanya dan memandang Tipah yang ke hulu ke hilir di dalam bilik.
“Kak Tipah ni, kenapa? Ganggulah saya nak tidur.” Ujar Karmila kasar. Tipah mendekati katil Karmila dan berdiri tercegat di sebelah katil tersebut.
“Tapi...Ku Dun dah tunggu Ku Mila kat bawah. Ku Mila kena juga turun bawah untuk sarapan. Ini arahan Ku Dun.” Tipah berkata perlahan. Karmila melepaskan keluhan kuat. Digagahkan jua diri yang keletihan dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tipah turun semula ke tingkat bawah dan mengatakan kepada Tengku Khaldun bahawa Karmila akan turun sebentar lagi.

BERSAMBUNG......

Saja nak tengok undian?!

Salam semua.....

Minggu ni saya tak mau post lagi next n3 S.A.H....hehe
Saya sebenarnye nk test market. Saya akan post new e-novel iaitu ISTIQAMAH CINTA seiring dengan SEINDAH AL-HAMRA.....okay x? Nnt saya postkn sneak peek okay....

Daaaa for now........

Thursday, December 10, 2009

Special Episode Dan Sebenarnya!

+ Apakah perasaan ini? Benarkah aku sudah melupakan dia, benarkah cinta ku untuk dia sudah mati semasa lafaz cerai diucapkan dari mulutnya? Masih ada lagikah perasaan ini untuk dia? Ahh...sukarnya menafsir satu perasaan. Di mulut berkata tidak, di hati.....aku rindu pelukan dan ciuman hangat 'malam pertama' itu.

Kusut....kusut!

- Sudahlah Dizyan. Lupakan dia. Dia juga ingin mulakan kehidupan yang baru bersama wanita yang sejak dahulu lagi berada di hatinya, kata hati Dizyan meningkah.

+ Tapi....dia tidak cintakan Zhety. Yang itu aku pasti.

- Benarkah dia tidak cintakan Zhety? Atau hanya kau yang ingin menyedapkan hati sendiri?

+ Ah...susahnya mencintai lelaki yang tidak mencintai kita. Benar kata Yasmin. Hanya aku yang cintakan dia. Tetapi dia....entahlah. Hati lelaki sukar ditafsir, Dizyan melepaskan keluhan. Ditebarkan pandangan jauh menembusi dada langit senja. Angin yang berhembus sepoi-sepoi bahasa menampar wajah dan meniup rambutnya sehingga beralun. Terbayang wajah Faizal.

+ Sukarnya melupakan dia, Dizyan memejamkan mata serapat-rapatnya. Cuba menghapuskan bayangan yang setiap kali menyinggahi lenanya.

********************************************************************************

"NANA, tolong lah Abang. Hanya Nana seorang je boleh tolong Abang." pujuk Faizal.
Liyana mencebik. Malas mahu melayan abang sepupunya itu. Datin Rubaiyah memandang Faizal melalui ekor matanya. Kasihan pula melihat keadaan Faizal yang sedang merayu itu. Tidak pernah Faizal sebegitu.
"Abang ni macam orang gila talak lah." ujar Liyana tanpa memikirkan perasaan Faizal.
Rimas apabila setiapkali Faizal akan merayu kepadanya. Datin Rubaiyah tersenyum kecil. Pandangan ditala semula ke peti televisyen yang terpasang.
"Tak kisahlah Nana nak kata Abang ni gila talak ke, gila meroyan ke, gila hape ke.....yang penting, Nana kena jugak tolong Abang." kali ini Faizal sudah tidak mahu berkata baik.
Dipaksa Liyana untuk menolong dia dalam melaksanakan rancangannya. Liyana mengangkat punggung dan berjalan menuju ke arah tangga. Kaki kanannya sudah mula mendaki anak tangga tersebut. Kemudian berpaling ke arah Faizal.
"InsyaAllah. Tapi Nana tak janji. Whatever the consequences is, Nana tak nak bertanggungjawab lagi dah. Pandai-pandailah Abang selesaikan sendiri." Liyana memberi amaran.
Dengan pantas, Faizal mengangguk. Mulut Faizal mengukirkan senyuman kerana Liyana sudah memberikan persetujuan untuk menolongnya. Liyana terus mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Faizal melabuhkan punggung di atas sofa sebelah Datin Rubaiyah. Mamanya hanya menggeleng.
"Zal pasti ke yang Yan akan terima apa yang akan dikatakan oleh Nana nanti?" soal Datin Rubaiyah.
Kurang yakin Liyana akan berjaya memujuk Dizyan. Bukannya Datin Rubaiyah tidak kenal akan Dizyan. Keras hati, orangnya. Dilihatnya Faizal mengangguk. Kadangkala wajah Faizal juga mempamerkan perasaan tidak yakinnya. Datin Rubaiyah mengeluh perlahan. Menepuk peha anak lelaki sulungnya itu.
"Mama akan doakan yang terbaik buat Zal." akhirnya Datin Rubaiyah berkata. Ingin menyedapkan hati Faizal. Faizal tersenyum kecil.

****************************************************************************

"ATAS sebab apa awak nak berjumpa dengan saya, Nur Adha Liyana? Penting sangat ke?" tanya Dizyan dengan kasar.
Bukan niat dia hendak memarahi Liyana. Tetapi kerana ikutkan perasaan sakit hatinya terhadap Faizal. Kenapa harus mereka merancang semua ini?
"Maafkan saya, Miss Hana. Saya tak berniat nak tipu Miss. Ini semua rancangan abang sepupu saya." ujar Liyana. Dizyan memeluk tubuh. Mencerun pandangannya ke arah Liyana. Dizyan mendengus perlahan.
"Kenapa awak nak tipu saya? Apa faedahnya awak dapat?" suara Dizyan sedikit meninggi dan kepala Liyana semakin menunduk. Dizyan menggigit bibir. Kasihan pula pada Liyana. Rasa menyesal datang bertimpa-timpa. Ah...sudahlah. Dia tak bersalah, hati Dizyan berkata.
"Sudahlah, Yana. Saya tak marahkan awak pun. Tapi kenapa? Kenapa awak buat macam ni?" Dizyan kembali menyoal. Kini suaranya sudah dikendurkan. Liyana mengangkat muka memandang wajah mulus dihadapannya itu.
"Maafkan saya, Miss. Saya sebenarnya tak sanggup nak tengok abang-abang sepupu saya bersedih." Liyana berkata perlahan. Dizyan mengerutkan dahi.
"Kenapa pulak? Bukankah mereka itu hanyalah abang-abang sepupu awak je. Bukannya abang kandung pun." telinga Dizyan dapat menangkap keluhan kecil yang keluar dari mulut Liyana.
"Bukan takat hanya abang. Mereka lebih dari tu. Mereka segala-galanya bagi saya. Melebihi keluarga saya sendiri. Saya sayangkan mereka lebih dari keluarga kandung saya. Jadi, tak salahkan kalau saya nak tengok dia orang semua bahagia." Liyana meningkah. Dizyan melepaskan keluhan. Diraup rambut yang jatuh ke dahi.
"Takkan Miss langsung tak ada perasaan pada Abang Faizal?" tanya Liyana tiba-tiba setelah mereka mendiamkan diri buat seketika. Perlahan sahaja gelengan kepala Dizyan.
"Sikit pun tak?" soal Liyana lagi. Kemudian dilihatnya perlahan Dizyan mengangguk. Liyana tersenyum dalam diam.
"Habis, sampai bila Miss dan Abang Zal nak menyeksa perasaan masing-masing? Setiap malam, Abang Zal mesti call atau message Miss. Tapi Miss buat tak layan je." Liyana mengeluh. Degil sungguh mereka berdua ini. Cinta, katakan sahajalah cinta. Bukannya main-main tarik tali, dengus Liyana dalam hati.
"Saya nak tengok sampai bila dia boleh bertahan." Dizyan berkata perlahan.
"Apa?! Apa Miss kata?" sekali lagi Liyana bertanya.
"Saya nak tengok selama mana dia boleh bertahan. Takkanlah setakat 2-3 bulan je dah nak give up. Saya sanggup tunggu dia bertahun, takkan dia tak boleh." akhirnya terluah juga apa yang ada di benak Dizyan. Liyana mengukirkan senyuman lebar. Lega juga dengan pengakuan Dizyan.
"Okaylah, Yana. I've got to go." ujar Dizyan seraya beredar dari situ.
Belum sempat Liyana mengambil tindakan untuk mendail nombor telefon Faizal, tertera sudah nama Faizal di skrin telefon. Menandakan Faizal terlebih dahulu menelefon Liyana.
"Abang, Nana rasa dah patut pun kita mulakan Plan B." ujar Liyana.
"What?!"
"Balik nanti Nana cerita. Okaylah, Nana nak pergi makan dengan Erika. Bye." ujar Liyana seraya mematikan talian sekaligus mematikan telefon bimbit. Tidak mahu Faizal berterus-terusan menganggunya.

******************************************************************************

Lampu dalam walk-in wardrobe dipasang oleh Faizal. Menyala terang. Terlihat gitar-gitar miliknya yang disangkut elok di penyangkut khas. Dicapai sebuah dan mula memetik tali gitar tersebut. Fikirannya menerawang kembali. Teringat perbualan dia bersama Dizyan.
"Kau buat apa kat sini?" tanya Faizal apabila dilihatnya Dizyan duduk termenung di taman halaman rumah.
Dizyan mengangkat wajah dan mengalih pandang ke arah Faizal yang melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Saja. Ambil angin." jawab Dizyan ringkas.
Faizal mengangguk seraya menebarkan pandangan ke langit yang kelam.
Bintang di angkasa berkelipan. Cantik! Andai dapat aku gapai untuk dijadikan hadiah terbaik buatmu, terdetik di hati Faizal. Bibirnya mengukirkan senyuman. Dizyan yang memandang perbuatan Faizal itu mengerutkan dahi.
"Kenapa awak senyum?" tanya Dizyan tiba-tiba.
Mengembalikan Faizal ke alam nyata. Faizal tersentak dan menggeleng perlahan.
"Tak ada apa-apalah." jawab Faizal. Meraup wajah yang terasa membahang. Ish, kenapa dengan aku ni? Faizal bersoal jawab sendirian.
"Aku ada satu soalan. Dah lama nak tanya kau." ujar Faizal. Dizyan mengalihkan semula pandangan ke arah Faizal. Dahinya berkerut.
"Apa dia?"
"Ciri-ciri lelaki idaman kau." tutur Faizal perlahan. Hampir sahaja tidak kedengaran di telinga Dizyan. Tetapi Dizyan dapat menangkap butir bicara Faizal.
"Apa?! Tak dengarlah." pura-pura Dizyan bertanya sekali lagi.
"Apa ciri-ciri...." belum sempat Faizal menyambung ayatnya apabila terlihatkan senyuman yang mula terukir di bibir Dizyan.
"Kau main-mainkan aku." ujar Faizal. Sedikit geram dengan perbuatan Dizyan.
"Saja je nak tengok kesabaran awak. Hurm...ciri-ciri lelaki idaman?" Dizyan seperti berfikir sesuatu. Dilurut dagunya dan pandangan ditala ke langit.
"Saya tak kisah paras rupa macam mana. Tapi yang penting, mestilah beriman." jawab Dizyan. Faizal mengangguk perlahan.
"Dan yang paling penting, mestilah tahu main gitar. Tak kisahlah, kapak ke...elektrik ke. Yang penting, gitar." sela Dizyan lagi. Kali ini, Faizal mengukirkan senyuman dalam sembunyi apabila mendengar kata-kata Dizyan.
"Kenapa awak tanya?" soal Dizyan kembali. Faizal tersentak. Mati senyumannya.
"Saja nak tahu. Manalah tahu, aku ni tergolong dalam ciri-ciri lelaki idaman kau." kata Faizal. Ingin tahu akan reaksi Dizyan. Gadis itu hanya mencebik meluat.

Faizal tersentak dari lamunan 4 tahun lepas. Rindunya menggunung pada cinta nan satu itu. Terasa ingin mengelus wajah mulus itu. Ingin merasai kehangatan pelukannya semula. Dilepaskan keluhan berat. Faizal mula menyangkutkan tali gitar tersebut ke bahu. Lalu dipetik perlahan. Faizal mula bernyanyi kecil.

well you done done me and you bet i felt it
i tried to get you but you're so hot that i melted
i fell right through the cracks
and i'm trying to get back
before the cool done run out
i'll be giving it my bestest
nothin's going to stop me but devine intervention
i reckon its again my turn to win some or learn some
i won't hesitate no more
no more it cannot wait, i'm yours

well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love
listen to the music of the moment maybe sing with me
ah la peaceful melody
its your godforsaken right to be loved love loved love love
so i won't hesitate no more
no more it cannot wait i'm sure
theres no need to complicate
our time is short
this is our fate, i'm yours
i been spending way too long checking my tongue in the mirror
and bendin over backwards just to try to see it clearer
my breath fogged up the glass
so i drew a new face and laughed
i guess what i'm sayin is there ain't no better reason
to rid yourself of vanity and just go with the seasons
its what we aim to do
our name is our virtue
i won't hesitate no more
no more it cannot wait i'm sure
theres no need to complicate
our time is short
it cannot wait, i'm yours


p/s:okaylah, Special Episode kali ni bukannye nak beritahu lebih2 pasal hubungan Yan and Zal. Tapi cuma nak beritahu nak sampai mana je tahap hubungan mereka tu. OKay.......daaaaaaaa!!!!!!

Wednesday, December 9, 2009

Wassalam!

Hehe nie baru je selesai taip S & P (sale and purchase agreement yg byknye bermuke2 tuh...udahle tu dalam english plak...ngan tulisan yg kici kenot...sakit mate!~huhu) hehe....baru le ade tyme nk berskodeng ngan kelian semue. Tentu korg tertanya2 kn kenapa dh x sambung S.A.H bab 4? sebenrnya, malas lagik nk sambung. Actually dh wat lepas pun bab 7. Tapi sesaje jer. Malas nk posting bebnyk. Nnt x thrilling la. Tgk la, kalo rajin mungkin minggu nie ade.......hehe

YAY! jumaat nie cuti sbb Sultan Selangor's birthday....jadi kepada sesape yg keje di selangor,slamat bercuti yerk! Rupe2 nye baru la sye sedar yg bln ni byk cuti ari jumaat. Jumaat nie, birthday sultan selangor. Jumaat dpn, awal muharram...jumaat lusa, krismas....jumaat tulat, new year.....wargh! keje 4 hari seminggu.....

Heh, lagi satu....tengokla kalo ade kesempatan n kerajinan yang tahap melampau, ade Special Episode for Dan Sebenarnya! Tapi seperti yang sye katakan tadi, kalo sempat + rajin ye! Kalo x, nan hado....tunggu jelah buku D.S kuar. Hehe jangan mare!

Friday, December 4, 2009

PERHATIAN SEMUA!!!!!!!

Pengumuman2 (ehh....cm ade yg penting plaks?! mmg penting pun......huwargh!)

Kepada sesiapa yang bernama Syafira (betul ke ejaannya nieh?!) yang belajar kat Temerloh(kalo x silap arh) + dok kat Kelantan + esok nk turun K.L.......sila hubungi saya semula.....

Unfortunately, handphone saye telah 'tersampuk' n dlm received caller list x ada number anda....
Sila hubungi saya semula kepada sesiapa yang bernama Syafira yang belajar kat Temerloh + dok kat Kelantan + esok nk turun K.L......

Selepas ini kepada sesiapa yang ingin meng'order' buku saya, silalah mesej.....sbb takut nnt number anda...anda....dan anda....juga tak appear............jangan telefon lagi buat sementara waktu,mesej je.....huhu.......

Kepada handphone ku: NAK ROSAK PUN TUNGGU LAH TAHUN DPN BLE AKU DH BELI BLACKBERRY!!!!!!!

Perhatian lagi buat Syafira: sila mesej saya! I'm waiting...............Tenkiu......

Thursday, December 3, 2009

D.K.L.K.L!!!!

Ada sesiapa nak order D.K.L.K.L lagi? ada lagi 4 naskhah extra.....

RING me at 019-2780402......hehe sesaje nk abeskn stok......

Wednesday, December 2, 2009

BESTNYE!

Issshhhh.....bestnye kan kalo dpt bertapa 2-3 bulan kat tmpt yg cm dlm page layout aku nieh....conty berterus-terusan wat novel.....non stop.....ARGHHHHHHHHH!!!!!!!! alangkah indahnya. tp nnt sape nk bayar duet gaji??? seballlllllllllll...................kalo ler aku nie ade business yg blh org len tolong handle then aku pi bercoti.............wawawawawawawa beta la org yg plg bahagia........STRESSSSSSSS sesgt skrg nie, x taw nk cakap ape dh........