BAB 12 AISHAH meletakkan tas tangan di dalam laci. Semak betul mejanya dengan fail-fail yang berselerakkan. Dikemas sedikit agar senang dia mencari fail yang dikehendaki. Dia mengambil fail yang bertanda nama D dan dibukanya. Satu persatu diselak. Disemak semula sebut harga. Kalkulator memang tersedia disebelah fail tersebut. Dikira semula sebut harga itu. Gambar baju-baju pengantin dan pelamin yang dikehendaki oleh Diyana, semuanya sudah diselitkan di dalam fail itu. Cerewet juga sahabatnya ini. Semalam Diyana ada menelefon. Katanya ada hal mustahak yang hendak dicakapkan kepada Aishah. Mereka bercadang hendak berjumpa dan sekali keluar makan tengah hari bersama. Loceng pintu kedai berbunyi. Aishah mengangkat muka memandang ke arah pintu butik. Putri sedang melangkah masuk dengan tersengih. “Sorry, Kak Adik. Lambat hari ni.” Kata Putri sambil meletakkan bungkusan nasi lemak kegemaran Aishah dihadapan ketuanya itu. Memang itulah rutin harian Putri setiap pagi. Membelikan makanan untuk Aishah dan dirinya sendiri. “It’s ok. Akak yang datang awal.” Aishah masih menyelak fail itu. Putri segera berlalu ke pantri. Dia memang biasa makan di situ. Aishah mencapai bungkusan nasi lemaknya dan menuju ke pantri untuk menyertai Putri. “Hmm…Kak Adik. Sebelum Put lupa. Semalam Cik Rozy datang. Tapi Kak Adik tak ada. Dia nak jumpa Kak Adik. Pasal…pasal…pasal apa, ya?” Putri tergaru-garu. Aishah sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku. Si Putri ini bukannya hendak mencatit apa yang dipesan oleh pelanggan. “Haa…” baru Putri teringat sesuatu. Hampir tersedak Aishah dengan sergahan seperti itu. Diurutnya dada. “Sorry, Kak Adik.” Putri meminta maaf. “Apa yang dipesan Cik Rozy?” “Dia nak tukar sikit gaya pelamin. Lepas tu, dia nak bunga korsaj untuk usherer and family. Lagi…dia nak bunga segar untuk pelamin. Nak bunga…bunga….bunga…” tergagap-gagap Putri berkata sambil cuba mengingatkan kembali kemahuan Cik Rozy. “Bunga apa, Put?” tanya Aishah sambil menyuapkan sesudu lagi nasi lemak ke mulut. Putri menggarukan kepalanya yang tidak gatal. “Yang bunga Kak Adik guna untuk hias pelamin Sharifah Mastura tu.” Kata Putri. Banyak betul pesanan bakal pengantin baru ini. “Ohh…bunga Sundal Malam?” Aishah bertanya. “Haa…yang itulah. Tapi itu untuk pelamin akad je tau. Pelamin sanding dia nak bunga…bunga….halamak! Tak ingat pulak. Kak Adik tanya sendirilah dengan Cik Rozy. Saya pun tak paham apa yang Cik Rozy nak.” Putri menyuap nasi lemak ke mulut. Aishah mengeluh. Apalah yang hendak diubahnya lagi? Perkahwinan tak sampai seminggu sahaja lagi. Kepala Aishah Najyha semakin pening. Dia harus mengawal 3 kenduri kahwin sekaligus. Kakaknya, Nina, anak Datin Hawa, Anne dan Cik Rozy. Nasib baiklah Nina tidak secerewet mereka berdua itu. Dia menggeleng perlahan. Aishah memasukkan bungkusan nasi lemak yang kosong itu ke dalam plastik. Dibuang ke dalam tong sampah yang ada di situ. Dia membancuh air milo ‘kaw’ untuknya dan Putri. Dihulur cawan tersebut kepada Putri. “Thanks, Kak.” Ucap Putri. Aishah tersenyum kecil. “Kalau ada apa-apa lagi, panggil Akak. Akak ada kat meja.” Kata Aishah. Putri mengangguk dan meneruskan kembali suapan ke mulut. Kaki Aishah pantas menuju ke mejanya. Dia duduk dan mata tertancap pada fail-fail yang berada dihadapan. SEPERTI yang Aishah janjikan dengan Diyana, sahabatnya itu datang ke butik dan mereka sama-sama menuju ke Restoran Only Mee yang terletak di SACC. Pilihan Diyana. Aishah tidak kisah makan dimana-mana. Mereka memilih kerusi yang berada di luar kedai. Aishah mahu mengambil angin. Kalau duduk di dalam kedai, pasti sesak dengan bau masakan yang menusuk hidung. Pelayan restoran itu mendekati mereka berdua dan menyerahkan menu kepada Aishah dan Diyana. “Bagi saya Ice Lemon Tea dan Spaghetti Bolognaese.” Aishah menutup menu itu selepas memberikan pesanan. “For me, Black and White. And Mee Rebus Mamak. Chicken Siew Mai ada?” tanya Diyana. Pelayan itu mengangguk. “Hmm…bagi satu.” Diyana menutup menu itu. Pelayan tersebut mengambil menu itu dan menyerahkan kertas yang bercatit pesanan mereka berdua kepada tukang masak yang berada di dapur. “Black and White tu apa?” tanya Aishah. Pelik. Tidak pernah dengar lagi. “Air soya campur cincau. Dipanggilnya Black and White. Aku nak bagi kau rasa Dim Sum Chicken Siew Mai. Kat sini memang sedap.” Habis-habisan Diyana merekomenkan kepada Aishah. Sahabatnya itu mengangguk. “Apahal kau nak jumpa aku ni? Pasal wedding gown kau lagi ke? Kau jangan nak banyak songeh, haa…Majlis kau tinggal beberapa hari lagi.” tanya Aishah. Dia sudah pening hendak menguruskan perkahwinan sahabatnya ini. Ada pelanggan yang baru sahaja menempah dia untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya. Pelanggan itu pun nampak seperti cerewet. Yang bakal pengantinnya, tiada apa-apa. Yang lebih-lebih, selalunya yang turut sama menguruskan perihal perkahwinan itu. Kepala dia naik pening melihat fail yang bertimbun dan ada pesanan pelanggan yang masih belum diselesaikan. “Taklah. Pasal abang sepupu aku, Hariz.” Kata Diyana tiba-tiba. “Kenapa dengan dia?” Aishah bertanya lagi. Dia mengerutkan dahi. “Dia kirim salam kat kau.” “Waalaikumussalam.” Ucap Aishah perlahan. “Sebenarnya…ada benda lain lagi.” Sambung Diyana. “Apa dia?” “Hmm….Mmm…Hish! Aku tak tau nak cakap macam mana kat kau.” Diyana seperti orang kegelisahan. “Cakap je lah. Aku bukan budak-budak lagi. Tak paham cakap kau.” Paksa Aishah. Diyana menarik nafas sedalamnya. “Tak apalah. Lupakan saja.” Diyana berkata pula. “Kau ni kan. Dari dulu lagi macam ni. Kalau ada apa-apa yang kau tak puas hati, cakap je. Kau kan bayar aku.” Aishah berkata. Pelayan restoran menghantar minuman kepada mereka. Cepat sahaja Diyana menghirup air tersebut untuk menghilangkan dahaga. Aishah memain-mainkan straw di dalam gelas. Diyana mengangkat muka memandang Aishah yang sedang merenungnya tajam. Akhirnya, Diyana mengalah. “Oklah. Benda ni tak ada kena-mengena dengan wedding aku.” Kata-kata Diyana melegakan hati Aishah. “Habis?” tanya Aishah lagi. “Abang saudara aku tu….” Ayat Diyana tergantung. “Kenapa dengan dia?” “Dia….ada hati…kat…kat…” lambat-lambat Diyana menuturkan kata-kata. Takut Aishah tidak dapat menerima. Gadis dihadapan Diyana itu sudah kurang sabar. “Kat siapa?” sergah Aishah. “Kau.” Pendek sahaja jawapan Diyana. Bertambah-tambah kerutan di dahi gadis itu. Diyana menelan air liur. Dia tahu Aishah belum dapat menerima mana-mana lelaki lagi di dalam hidupnya. “Laa…itu je ke? Aku ingatkan apa tadi.” Aishah tertawa kecil. Diyana langsung tidak turut sama ketawa. Dia merenung Aishah yang sudah berhenti ketawa. Diyana memandang Aishah lama. Memohon pengertian sahabat yang satu. Aishah serba salah. Dilepaskan keluhan perlahan. “D, kau tahu kan? Aku…..” ayat Aishah tergantung. “Shah, sampai bila kau nak macam ni? Kau nak tunggu dia sampai bila? Sampai kau dah tua? Baru hati kau nak terbuka? Shah, belajarlah untuk mencintai lelaki lain pulak. Kau tak nak ada orang yang menjaga kau? Kau tak nak zuriat?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Diyana seperti peluru. Aishah mengeluh. Inilah yang amat ditakutinya. Hati dia bukan senang untuk dibuka kepada lelaki lain. Hatinya masih pada seorang lelaki. Selagi lelaki itu belum memulangkan serpihan hati yang berderai itu, selagi itulah dia tidak akan membuka pintu hatinya untuk lelaki lain. Dia tidak mahu memberikan harapan kepada mana-mana lelaki selagi dia tidak yakin dia dapat mencintai lelaki lain seperti mana dia mencintai Hafiz. “D, maafkan aku. Aku tak boleh…” belum sempat Aishah menghabiskan ayat, Diyana sudah memotong. “Kenapa kau nak minta maaf dengan aku? Kau tak bersalah pada aku.” Ucap Diyana sambil merenung bebola mata yang berwarna hazel cair itu. “Aku…aku….” Aishah seperti sudah kehilangan kata-kata. Tidak mampu lagi meluahkan apa yang terbuku dihati. “Sampai bila kau nak tunggu Hafiz? Dah tentu dia tak balik keseorangan. Dia dah jumpa orang yang boleh memikat hati dia.” Kata-kata Diyana membuatkan Aishah terkejut besar. Dikerutkan dahi. “Mana kau tahu Hafiz nak balik dan dia balik bukan seorang diri?” tanya Aishah sedikit curiga. Diyana tahu dia sudah terlepas cakap. Diyana menjelirkan lidah. Dek kerana kelancangan mulutnya, dia sendiri terperangkap dengan rahsia yang cuba disimpan selama ini. Gadis itu tersengih. “Kau sendiri cakap dengan aku kan? Hafiz nak balik bulan 8 ni. Bawak balik bakal tunang sekali.” Diyana cepat-cepat menyembunyikan perkara sebenar. Aishah mengangkat kening ala-ala Ziana Zain. “Aku ada cakap dengan kau, ya?” “Ada. Kau dah lupa kot?” Diyana menghembus nafas lega. Nasib baik Aishah percaya dengan kata-katanya. Selepas ini, dia harus berhati-hati bila berbicara. Pesanan yang dipesan oleh mereka sudah siap dihidangkan oleh pelayan restoran tersebut. Perlahan-lahan Diyana menyuapkan Mee Rebus Mamak yang masih berasap itu ke mulut. Persoalan itu mati begitu sahaja. Tanpa ada jawapan yang pasti. Aishah memainkan Spaghettinya dengan garfu. Tiada selera hendak menjamah makanan. Hanya 2-3 suap sahaja yang boleh masuk. Dia seperti memikirkan sesuatu. “Kau masih teringatkan Hafiz?” tanya Diyana tiba-tiba. Aishah mengangkat muka memandang Diyana. “Mana ada. Dia pun tentu dah lama lupakan aku.” Ujar Aishah, tunduk merenung makanan yang masih bersisa. “Aku ni bukannya apa. Kau masih muda, Shah. Banyak lagi lelaki lain yang kau boleh luahkan perasaan cinta. Kau sendiri cakap dengan aku yang kau tak pernah beritahu Hafiz yang kau cintakan dia. Mungkin dia tak expect perasaan tu daripada kau. Mungkin jugak dia ada perasaan yang sama. Tapi…Kau tak bagi jawapan yang pasti pada dia. Dia tak boleh nak mengharapkan kau. Dia takut dia bertepuk sebelah tangan.” Diyana masih cuba menasihati Aishah. Sahabatnya ini memang boleh dikatakan pakar cinta. Sesiapa sahaja yang ada masalah, boleh datang berjumpa dengannya. Aishah hanya tersenyum dan mengangguk. Tidak mahu berkata apa-apa. Biarlah. Orang lain tidak akan memahami perasaan orang yang mengalaminya. “Aku tahu kau ambil berat tentang diri aku, D. Tapi berilah aku masa. Untuk menerima cinta lelaki lain.” Ujar Aishah. Diyana mengangguk perlahan tanda lega apabila Aishah berkata begitu. Mereka terus menjamu selera. AISHAH membuka pintu kedai dan menuju ke meja yang menghadap pintu tersebut. Diatas meja terletak jambangan bunga yang cantik. Ros putih dan merah jambu kegemarannya digubah elok menjadi jambangan bunga yang besar. Entah siapa yang punya. Aishah sempat mengambil jambangan bunga tersebut dan dicium bau. Memang wangi. Putri melintasi mejanya. “Putri…” panggil Aishah. Putri berhenti dihadapan mejanya. Dia tersenyum memandang gadis itu. “Kenapa, Kak?” “Siapa punya bunga ni?” tanya Aishah dan diunjukkan ke arah bunga tersebut. “Akak punyalah. Ada lelaki cina daripada kedai Espariza Florist datang hantar bunga ni.” Kata Putri. “Siapa agaknya yang hantar, ya?” “Akak cubalah baca kad tu.” Kata Putri sambil menudingkan jari ke arah kad yang bersampul kuning pekat yang diselit di celah-celah jambangan bunga itu. Aishah menarik keluar kad tersebut dan mula membaca bait-bait yang tertulis di dalam kad tersebut. Tiada nama yang tertulis. Hanya nama samaran yang digunakan. “Siapa bagi, Kak?” tanya Putri tidak sabar. “Entahlah. Dia tak tulis nama. Dia cuma tulis nama samaran. Ermm…Camar Kesepian.” Kata Aishah. Putri menggaru-garukan kepalanya. Camar Kesepian? Pelik sungguh nama samaran orang ini. Adakah dia tidak mahu dikenali? Kenapa? Dia yang beria-ia menghantar jambangan bunga. Tetapi tidak mahu dikenali. Pelik…pelik. Aishah memasukkan semula kad tersebut ke dalam sampul surat itu dan meletakkan kad tersebut di dalam laci. Dirungkaikan balutan kertas yang mengikat bunga tersebut. Aishah mengambil pasu bunga kaca yang memang ada di tepi meja dan berlalu ke pantri dan mengisi air daripada air oksigen yang memang tersedia di situ. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kesegaran bunga itu. Diletakkan bunga itu ke dalam pasu bunga kaca. Sudah lama pasu bunga itu tidak terisi dengan bunga segar. Sempat dia mencium bunga itu. Dia meletakkan bunga itu di atas mejanya. HAMPIR seminggu dia menerima bunga yang sama dan juga daripada pengirim yang sama. Aishah semakin pelik. Bait-bait yang ditulis pada kad juga berlainan. ‘Izinkan saya mengenali hati budi saudari dengan lebih dekat. Sudikah saudari menerima pelawaan saya ini?’ ‘Tinta ini tidak bermaksud untuk menganggu ketenangan saudari, tetapi sekadar mengetuk pintu hati milik saudari.’ ‘Wajah saudari semakin berseri dengan segaris senyuman saudari yang manis itu. Saya hanya mengenali saudari dari jauh sahaja. Tidak sudikah saudari menerima salam persahabatan ini?’ ‘Adakah senyuman saudari itu ikhlas pada pandangan saya? Mengapa saudari sembunyikan lesung pipit yang membuatkan hati ini terpikat?’ ‘Sudah tiadakah segaris senyuman yang mekar untuk diri ini?’ Bermacam-macam lagilah yang ditulis di dalam kad yang sederhana besar itu. Aishah semakin keliru. Tidak tahu samada hendak menerima pelawaan lelaki yang tidak dikenali itu atau tidak. Bagaimana kalau dia seorang perogol? Seram juga Aishah memikirkannya. Tetapi ayatnya begitu puitis. Apakah dia seorang ahli falsafah yang terkenal? Camar Kesepian adalah seorang yang terpelajar. Dari gaya bait disusun menjadi satu ayat yang indah didengari. Itu memang Aishah tidak menafikan. Camar Kesepian pandai bermain dengan kata-kata. Kadangkala perasaannya terbuai dengan keasyikan bait-bait ayat itu. ‘Apakah hati saudari sudah dimiliki?’ Ayat terakhir daripada jambangan bunga yang terakhir. Yang ditulis dalam kad yang terakhir. Selepas itu tiada lagi bunga, kad atau ayat yang memberikan kata-kata semangat kepada Aishah. Ayat terakhir itu membuatkan hati Aishah berdegup kencang. Adakah Camar Kesepian tahu mengenai Hafiz? Tetapi dia hanya mengenali diriku dari jauh. Ah! Tak mungkinlah, getus hati kecil Aishah. Masakan dia tahu segala-galanya tentang diri Aishah. Adakah dia diintip? Aishah meletakkan kepala di atas meja. Pintu butik berbunyi. Dia tidak begitu ambil peduli akan bunyi loceng kedai tersebut. Putri pasti akan menyambut pelanggan itu. Biarlah dia hendak menenangkan fikiran yang kusut. “Assalamualaikum, Aishah.” Kata satu suara garau. “Waalaikumussalam.” Jawabnya. Perlahan-lahan Aishah mengangkat kepala memandang lelaki yang berdiri tercegat dihadapannya. “Hmmm…”Aishah cuba mengingati sesuatu. “Hariz?” Aishah meneka nama lelaki tersebut. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Terpegun Aishah seketika melihat ketampanan Hariz. “Camar Kesepian.” Kata Hariz tiba-tiba. Aishah terpinga-pinga. “Camar Kesepian?” tanya Aishah kembali. Dilihatnya Hariz hanya tersenyum. Dia seperti tidak percaya Hariz adalah orang yang selalu menghantar bunga kepadanya. “Sudikah saudari keluar makan tengah hari bersama saya?” tanya Hariz. Aishah melihat jam di tangan. Hampir pukul 1.30 tengah hari. Aishah kaget dengan pelawaan itu. “Kita berdua?” tanya Aishah. Dia menggigit bibir. Satu lagi kebiasaannya apabila dia terkejut. Dilihatnya Hariz mengangguk. “Ermm…” Aishah tidak tahu hendak memberikan persetujuan atau tidak. Dia tidak begitu mengenali Hariz. Dia cuma mengenali lelaki itu melalui Diyana. Itupun Diyana tidak menceritakan dengan lebih terperinci tentang diri Hariz. Hariz itulah, Hariz inilah. Seperti mempromosi pula abang saudaranya itu kepada Aishah. “Sebagai kawan?” pujuk Hariz lagi. “Ok.” Aishah membuat keputusan dan mencapai tas tangan. Dia segera bangun dari kerusi. Hariz tersenyum. Tidak menyangka pelawaannya diterima. “Put, Akak nak keluar makan kejap. Jaga kedai, ya?” kata Aishah. Putri tersenyum dan mengangguk pantas. Aishah dan Hariz keluar beriringan dari kedai tersebut. Putri intai dari dalam kedai. Dia tersenyum sendirian. Ada juga sepasang mata yang memerhatikan gerak geri dua insan itu. Dan, dibibirnya terukir senyuman lebar. HARIZ memarkirkan kereta ditempat letak kereta terbuka dihadapan SACC. Eloklah tu. Dia dengan adik sedara dia sama saja. Makan pun kat tempat yang sama, fikir Aishah. Hariz membukakan pintu kereta untuk Aishah. Dia menjadi segan dengan sikap gentleman yang ditunjukkan oleh Hariz. Mereka sama-sama menuju masuk ke dalam SACC. Tetapi kaki Hariz berhenti melangkah dihadapan Restoran Asiari. Dilihat menu yang dipamerkan dihadapan restoran tersebut. “Apa kata kalau kita makan kat sini?” tanya Hariz. “Saya tak kisah. Ikut awak je.” Kata Aishah. Hariz melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Aishah membuntuti Hariz. Mereka memilih tempat di satu sudut. Seperti restoran makanan Jepun sahaja pemilik restoran itu menyusun tempat duduk. Pelayan restoran itu membawa menu dan menyerahkan kepada mereka berdua. Aishah meneliti satu persatu makanan di dalam menu tersebut. Tidak banyak masakan yang berasaskan pedas. Kebanyakannya sup. Kurang pedas. Dia tidak tahu hendak memilih makanan apa. Hariz membuat pesanan. Pelayan itu bertanya pula kepada Aishah. “ Sama macam dia lah.” Aishah menutup menu tersebut dan diserahkan semula kepada pelayan itu. Setelah mengulangi pesanan, pelayan tersebut beredar. “Makanan kat restoran ni lain sikit. Sebab dia banyak masakan Vietnam. Banyak sup.” Ujar Hariz. Aishah terangguk-angguk mendengar penjelasan Hariz. Agak lama mereka mendiamkan diri tanpa seorang pun yang memulakan kata-kata. “Apa yang membuatkan awak ingin tahu mengenai diri saya?” terus terang Aishah bertanya setelah bosan diam diri. Tanpa ada selindung. Hariz tersenyum. Dia sudah dapat mengagak soalan itu yang akan ditanya oleh Aishah. Dia sudah sedia dengan jawapan. Tetapi tidak disangka secepat ini gadis dihadapannya bertanya. “Banyak. Saya nak tahu tentang latar belakang awak. Adik beradik awak. Macam-macam. Kalau awak tak kisah, saya jugak nak tahu tentang kisah silam hidup awak.” Kata Hariz. Aishah mengerutkan dahi. Hariz tahu mengenai Hafiz? Aishah tidak berkata apa-apa. “Kalau awak keberatan, tak apalah. Saya tak kisah.” Ucap Hariz apabila dilihatnya wajah Aishah berubah semasa Hariz menyebut kisah silam. Apa yang menyebabkan dia berubah wajah? “Ok…Ok….Apa yang awak nak tahu dulu?” tanya Aishah pula. “Nama penuh awak dan adik beradik yang lain.” “Nama saya Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz. Bos awak tu.” Kata Aishah sambil tersenyum. “Nama adik beradik awak?” “Cukuplah awak tahu nama saya. Sebab awak nak berkenalan dengan saya. Bukan dengan adik beradik saya.” Bidas Aishah. Hariz tersenyum. Pandai juga dia berkata-kata walaupun pada hakikatnya dia nampak seperti seorang yang pendiam. “Ok, fine. Awak dulu belajar kat mana? Maksud saya dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. And then, awak pergi universiti mana?” banyak betul yang Hariz hendak tahu mengenai dirinya. “Saya sekolah rendah kat Seksyen 6. Masa menengah pulak, Seksyen 2. SSAAS. Lepas tu saya sambung belajar kat New Zealand. Ambil degree dalam Mass Communication.” Jelas Aishah. Hariz dilihatnya sedikit terangguk-angguk. “Hmm...Belajar dalam Mass Communication tapi kenapa boleh terlibat dalam bidang wedding planner?” Hariz bertanya. Soalan itu dibiarkan tergantung apabila pelayan menghantar hidangan makanan mereka. Selepas pelayan itu beredar dari situ, Aishah memberikan jawapan untuk pertanyaan Hariz itu. “Mass Communication terlalu susah. Lagipun, pilihan saya untuk jadi wartawan. Tapi saya tak boleh nak teruskan. Too hectic. I can’t stand it.” Aishah menghirup air dihadapannya. “Jadi, sebab itulah awak memilih bidang ini?” “Yup. More relaxing and I can take my own sweet time to finish my work.” Disuapkan makanan yang masih berasap itu ke mulut. Panasnya! Nasib baik tidak melecur mulut. “Kejap lagi kita sambung lagi. Sekarang makan dulu.” Akhirnya Hariz berkata begitu. BERSAMBUNG..... |
Wednesday, December 24, 2008
Kasih Aishah Najyha BAB 12
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 12/24/2008 12:19:00 AM 1 tukang komen paling setia
Tuesday, December 23, 2008
Kasih Aishah Najyha BAB 11
SYAHIRA yang menunggu hampir 1 jam itu memasamkan muka apabila ternampak bayangan Nina dan Aishah yang sedang berjalan ke arahnya. Syahira pura-pura merajuk. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Nina ketawa kecil. Aishah hanya tersenyum.
“Wei, kau tu dah tua tau. Buat lah perangai macam orang dewasa sikit. Buruk benor muka kau merajuk. Cuba kau tengok dalam cermin.” Kutuk Nina. Bertambah muncung mulut Syahira. Panas sahaja hatinya.
“Kau ni bukan nak pujuk aku. Kutuk lagi adalah.”
“Sorrylah. Aku lambat sikit. Puas pujuk Adik nak datang jumpa kau. Lepas tu, jalan jam lagi. Tu yang lambat. Bukan sengaja aku nak lambat.” Terang Nina. Dia melabuhkan punggung menghadap Syahira.
“Kepala hotak kau! Malam-malam macam ni mana ada jalan jam. Kalau ye pun kau nak bagi alasan, bagilah yang munasabah sikit.” Kata Syahira sambil membetulkan duduk. Nina tersengih.
“Aku buat lawak je lah. Itu pun nak marah.” Nina berkata.
“Itulah kau kan janji melayu.” Marah Syahira.
“Macam mana nak buat. Aku memang orang melayu pun. Hey, tak semua orang melayu suka buat janji melayu. Cuma serius aku cakap, jalan jam. Ada accident tadi.” Bersungguh-sungguh Nina berkata.
“Betul ni, Adik?” tanya Syahira kepada Aishah.
“Betul, Kak Syira. Teruk jugak accident tadi.” Ujar Aishah pula.
“Aku main-main je. Aku pun baru sampai.” Syahira tersengih.
“Ahh…kau pun janji melayu jugak.” Nina berkata. Mereka tergelak besar sehingga orang di sekeliling mereka hanya memerhatikan tiga gadis pingitan itu.
“Eii….kalau mak mentua lalu pun tak hingin tengok kita ni. Gelak macam langsuir betul la.” Kata Syahira sambil menahan gelaknya.
“Kau tu kan dah ada mak mentua. Aku dengan Adik je yang belum lagi. Aku dah confirm. Si Adik ni haa....” ujar Nina dan melirik pandang ke arah Aishah yang masih meneruskan gelaknya.
“Hah cerita pasal mak mentua kau. Macam mana orang tua tu. Sihat lagi ke?” Nina bertanya sambil menggawang ke arah seorang pelayan yang sedang duduk bersantai. Bukan hendak kerja, curi tulang sahaja, omel Nina dalam hati.
“Ehh…Kau…kau…orang nak minum apa?” tergagap-gagap Syahira bertanya pada Nina. Syahira tidak mahu ceritanya dikhabarkan dahulu. Biarlah mereka bersantap dengan tenang. Pelayan restoran tersebut mendekati mereka bertiga.
“Bagi saya Orange Juice.” Kata Nina kepada pelayan tersebut. Pelayan itu mencatit sesuatu di buku nota kecil yang dibawanya bersama di dalam poket apron.
“Bagi saya Iced Lemon Tea.” Kata Aishah pula. Pelayan itu terangguk-angguk.
“Makan?” tanya pelayan itu.
“Kau orang nak makan apa?” tanya Syahira sambil membelek menu dihadapannya. Nina memandang Aishah. Adiknya itu hanya menggeleng.
“Tak naklah. Dah makan kat rumah tadi.” Ujar Nina. Syahira menyerahkan menu tersebut kepada pelayan itu.
“That’s all.” Pelayan itu mengulangi pesanan mereka dan beredar dari situ setelah mengesahkan pesanan.
“Apa cerita kau nak jumpa aku ni?” tanya Nina. Syahira hanya termenung jauh. Nina memandang muka Syahira. Berat benar masalah sahabatnya itu.
“Hoi! Aku datang sini nak dengar masalah kau. Bukan nak tengok kau termenung.” Nina menepuk meja. Mengejutkan Syahira yang sedang memikirkan sesuatu. Syahira mengeluh besar.
“Aku dah bercerai dengan Helmy.” Terkejut besar Nina dan Aishah apabila mendengar kenyataan yang meluncur laju dari mulut Syahira.
“Kau biar benar, Syira?” Syahira mengangguk perlahan. Aishah hanya mendiamkan diri. Tidak mahu berkata apa-apa. Lagipun dia tidak begitu rapat dengan bekas suami Syahira walaupun selalu juga Nina mengajak Aishah untuk turut serta dalam majlis perjumpaan rakan-rakan sekolah. Apakah yang menyebabkan sehingga Syahira menuntut cerai dari Helmy Iskanda? Lelaki pertama yang dicintainya. Lelaki yang dicintai daripada zaman sekolah.
Syahira dan Helmy Iskanda. Pasangan kekasih yang terkenal di zaman sekolah. Begitu juga dengan Nina Latasya dan Sofyan. Mereka berempat berkawan baik. Kemana sahaja pasti berempat. Selepas sahaja tamat tingkatan 5, Helmy Iskanda terus masuk meminang Syahira. Puas sudah Nina memberi nasihat kepada Syahira untuk memikirkan perihal ini semasak-masaknya. Ini bukan perkara main-main. Bukan perkara kecil. Mereka baru lepas SPM. Kerja pun belum. Mampukah Is hendak memberi makan anak dara orang? Itulah kata-kata yang selalu keluar dari mulut Nina dan setiap kali itulah Syahira pasti membela Helmy Iskanda.
“Kenapa sampai nak bercerai? Apa masalah kau orang?” pertanyaan Nina itu mematikan lamunan Aishah.
“Mak mentua aku dan Makcik Helmy tak suka aku. Dia orang nak jodohkan anak masing-masing. Lepas tu, Helmy suruh pulak mak dia masuk minang aku. Dia orang macam putus harapanlah. Dah dekat 10 tahun kita orang kahwin. Tak dapat anak. Mak mentua aku kata mungkin aku mandul. Dia suruh Helmy kahwin lain untuk dapatkan zuriat. Helmy tak nak. Macam-macam mak mentua aku buat. Pura-pura sakitlah. Dia kata kena buatan orang tapi tuduh aku yang guna-gunakan dia. Banyak cantik muka dia! Tak teringin aku nak guna-gunakan dia. Buat tambah dosa, adalah. Lagipun buat habis duit aku je pergi jumpa bomoh atau dukun. Kalau aku, aku suka kerja senang. Cekik dia je. Tak payah keluarkan duit pun.” Sempat lagi Syahira berseloroh. Nina menggeleng perlahan. Tetapi tidak dapat ditahan gelaknya apabila Syahira berjenaka.
“Macam-macam dia dan adik dia hasut Helmy. Sampai Helmy betul-betul percaya dan benci gila dengan aku. Tanpa pengetahuan aku, Helmy dan sepupu dia tu berkahwin. Semua tu rancangan mak dan makcik dia lah tu.” Terang Syahira. Mukanya merah padam. Menahan marah. Nina menggeleng.
“Habis tu, kau buat apa?”
“Mak Helmy paksa Helmy ceraikan aku. Helmy ni macam pak turut, kau tau tak? Dia pun ceraikanlah aku. So, sekarang ni aku single lah.” Syahira berkata dengan wajah ceria. Nina menggeleng.
“Kau tak protect diri kau sendiri? Hiii…Kalau akulah, memang nahas tau orang tua tu.” kata Nina sambil menggenggam penumbuk.
“Aku cakap apa pun, Helmy takkan percaya. Diakan anak mak.” Pelayan tersebut menghantar pesanan mereka bertiga. Syahira menghirup air yang dihidangkan dihadapannya. Dahaga segera hilang apabila dapat menghirup air kegemaran.
“Helmy tu pengecutlah. Dia tak nak lukakan hati mak dia, kot?” Nina mengacau air jus orennya dengan straw.
“Betul cakap kau, Nin. I’ve made a biggest mistake in my life. Tapi yang peliknya, aku tak pernah menyesal. Saat menjadi isteri Helmy adalah saat yang paling bahagia. Dia benar-benar layan aku sebagai seorang perempuan. Dia tak buat aku macam orang gaji walaupun aku surirumah. Dia layan aku macam isteri. Dan…saat paling bahagia adalah mengandungkan zuriat Helmy.” Kata-kata Syahira mendapat reaksi terkejut daripada Nina dan Aishah. Mereka memandang wajah Syahira dengan perasaan tidak percaya. Syahira tersenyum. Wajahnya berseri-seri.
“Kau mengandung, Syira?” tanya Nina sekali lagi. Inginkan kepastian. Syahira mengangguk perlahan.
“Berapa bulan?”
“Dah 2 bulan. Tapi, aku baru dapat tahu seminggu sebelum tarikh prosiding kat mahkamah syariah.” Jelas Syahira. Nina seperti berfikir sesuatu.
“Tak sah kan lafaz cerai Helmy tu?”
“Memanglah sebab aku tengah mengandung masa kami bercerai. Tapi habis je tempoh pantang, baru sah lafaz cerai tu. So, sekarang ni kita orang dah tak duduk bersama.” Jelas Syahira. Mereka berdua mengangguk perlahan. Agama Islam melarang berlakunya perceraian semasa isteri tengah mengandung. Tetapi hukum sebegitu sebenarnya memberikan masa kepada pasangan untuk memikirkan semula hubungan mereka. Mungkin dengan adanya zuriat akan mengikat kembali tali kasih yang terlerai.
“Kalau Helmy nak rujuk balik dengan kau, kau nak buat apa?” tanya Nina. Syahira melepaskan keluhan besar. Sudah semalaman dia memikirkan akan perkara ini.
“Tak mungkin, Nin. Hati aku dah kosong. Luka aku dah lama kering. Kalau toreh sekalipun hati aku ni, dah tak keluar darah dah.” Ucap Syahira lirih.
“Sabar jelah, Syira. Mungkin dugaan untuk kau jugak. Nak tengok samada kau nak salahkan takdir atau kau menerima dugaan dengan hati yang terbuka. Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” Nina bertanya kerana dia begitu mengambil berat akan keadaan sahabat yang sedang berbadan dua itu.
“Aku akan pindah balik ke rumah Mummy dan Daddy aku. Kerja dengan Daddy aku. Lepas aku bersalin, aku akan cari kerja lain dan pindah dari rumah tu. Aku akan cuba hidup berdikari dan sebagai ibu tunggal kepada anak aku ni.” Terang Syahira. Nina tersenyum lebar mendengar penjelasan Syahira.
“Lega aku dengar kau cakap macam tu.” Nina menghirup airnya. Aishah tersenyum. Tabah sungguh wanita dihadapannya itu.
“Kau ada dengar tak pasal Hafiz?” tiba-tiba persoalan itu yang ditimbulkan oleh Syahira. Aishah tersentak.
“Kenapa?” Nina bertanya kembali. Ekor matanya dapat menangkap wajah Aishah yang kegelisahan. Kenapalah Syahira membangkitkan soal ini?
“Aku dengar bulan 8 ni, dia nak balik ke Malaysia. Tapi bawak bakal tunang. Kata adik si Hafiz, lawa bakal tunang dia tu. Macam Arab. Jumpa kat sanalah, kot.” Kata Syahira sambil bersungguh-sungguh cerita.
“Kau ada contact Hafiz ke?” tanya Nina.
“Tak bertelefon. Ber e-mail je. Tapi dia kata dia selalu contact kau.”
“Adalah sekali dua. Tanya pasal aku. Pasal Sof. Tapi dia tak dapat balik masa kenduri kahwin aku nanti.” Perlahan sahaja Nina berkata. Aishah hanya menundukkan wajah. Tidak mahu ikut serta dalam ruang sembang mereka. Hatinya hancur, luluh. Tunang? Apakah Hafiz sudah lupakan dia? Tidak adakah sekelumit cinta buat diri dia? Tapi tidak boleh menyalahkan Hafiz. Bukan salah Hafiz. Dia yang tidak berterus terang pada lelaki itu. Hafiz tidak tahu akan perasaannya itu. Aishah mengeluh perlahan. Penantiannya selama 12 tahun, hanyalah sia-sia. Tidak bermakna. Dirinya sudah dilupai. Sesekali Nina memandang ke sebelah. Memerhatikan seraut wajah adiknya yang sedari tadi asyik mengelamun.
Syahira dan Nina bersembang sehingga terlupa kehadiran Aishah disitu. Lama mereka bersembang. Almaklumlah sudah lama sudah tidak berjumpa.
SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, sepatah perkataan tidak terkeluar dari mulut Aishah. Hanya alunan lagu dari radio sahaja buat peneman mereka.
Dengarlah matahariku
Puisi tentang hidupku hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakan mu walau aku tak mau….
Sepotong lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica yang mengundang rasa pilu di hati Aishah. Lagu ini juga benar-benar menggambarkan tentang dirinya. Segera Nina menutup radio tersebut. Nina tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan. Dia harus berkata sesuatu.
“Adik, maafkan Kak Na.” Aishah memandang Nina yang sedang memandang ke hadapan. Dia tersenyum kecil.
“Kenapa nak maafkan Kak Na? Kak Na tak buat salah.”
“Pasal Hafiz.”
“Kenapa dengan dia?” perlahan Aishah menyoal kembali. Walaupun dia sudah dapat mengagak apa yang hendak dikatakan oleh kakaknya itu.
“Kak Na tahu dia nak balik bulan 8 ni. Kak Na pun tahu pasal dia nak bawak balik bakal tunang dia ke Malaysia.” Kata Nina. Dia berharap yang Aishah tidak akan memarahinya kerana menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan Aishah.
“Adik tak marahkan Kak Na lah. Kak Na tak usah rasa bersalah. Memang dari dulu lagi hati dia tak ada pada Adik. Cuma Adik je yang perasan lebih.” Aishah berkata-kata sambil tergelak kecil. Menyembunyikan hati yang lara. Nina tidak langsung rasa untuk ketawa.
“Adik, Kak Na serius ni.” Kata Nina. Sebentar kemudian, ketawa Aishah mati. Dia tersenyum hambar.
“Kak Na, no worries, ok? I’m fine.” Aishah berkata perlahan. Untuk menyedapkan hati kakaknya. Nina tersenyum kecil walaupun dia tahu pada hakikat sebenarnya Aishah cuba menyembunyikan perasaannya.
Sampai sahaja di rumah, Aishah terus menuju ke bilik. Nurradiah yang baru sahaja melintasi ruang tamu bertanya kepada Nina. Anaknya itu hanya menjungkitkan bahu. Tidak mahu berkata panjang-panjang. Nurradiah mengeluh. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Aishah. Masakan tidak, anaknya itu pasti duduk bersembang dengan Mamanya dahulu sebelum masing-masing ke kamar tidur.
SUDAH 2 hari Aishah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di kedai butik pengantinnya. Semua diserahkan kepada Putri untuk menguruskan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai tersebut. Fikirannya tiada di situ. Aishah membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah.
Tiba sahaja di rumah, Aishah segera menaiki tangga dan menuju ke bilik. Dia terus merebahkan diri ke atas katil empuk. Dia menekup muka dengan bantal. Menangis semahu-mahunya. Puas dia menunggu selama 12 tahun. Tetapi hati tetap terluka. Penantiannya hanya membuatkan jiwa lebih merana. Kenapa Hafiz memberikan harapan kepadanya? Memberi harapan bahawa dia akan tetap mengingati persahabatan ini sehingga bila-bila.
‘Mungkin aku tidak erti akan maksud persahabatan.’
‘Sudah aku katakan kepada kau dahulu bahawa kau hanya bermimpi
di siang hari. Kau tidak mahu mendengar. Sekarang siapa yang
terluka?’ kata hatinya tiba-tiba menyampuk.
‘Aku memang bodoh kerana tidak tahu erti sebenar makna sahabat. Dia
memang hanya hendak bersahabat dengan aku sahaja. Betapa
bodohnya aku rasa diriku ini.’
‘Kau masih belum terlambat untuk menerima cinta mana-mana lelaki.
Belajarlah untuk menyayangi mereka sebagaimana kau menyayangi
lelaki itu.’ Kata hati memberi semangat.
‘Aku takkan terlalu lemah. Aku takkan terlalu lemah! Tapi aku terlalu
menyintainya.’ Aishah bertingkah lagi dengan kata hatinya. Air mata seperti tidak mahu berhenti. Pintu bilik diketuk. Aishah segera mengelap air mata. Dia bangun perlahan-lahan dari katil dan menuju ke pintu. Dibuka selak pintu dan pintu kayu yang menutupi kamar itu terbuka. Terjengul wajah Nadira. Tersenyum sahaja adik bongsunya itu. Aishah sedikit terkejut dengan kepulangan Nadira. Dipeluk adiknya itu sekuat hati.
“Bila Dira sampai?” tanya Aishah.
“Baru je, Kak. Dira ada bawak balik seseorang.” Kata Nadira sambil tersipu-sipu malu. Aishah mengerutkan dahi.
“Siapa? Mamat bermata biru ke?” usik Aishah. Walaupun hatinya masih lara tetapi gembira bukan kepalang melihat adiknya sudah pulang.
“How I wish. Adalah. Akak jomlah turun tengok.” Nadira menarik tangan kakaknya dan mereka sama-sama turun ke tingkat bawah. Aishah masih terpinga-pinga. Tidak faham dengan tindak-tanduk adiknya.
“Tadaa….” Nadira menunjukkan ke arah seorang lelaki. Aishah seperti mengingati sesuatu. Dia pernah nampak lelaki itu di satu tempat. Perlahan-lahan memori dahulu muncul kembali.
“Kak Adik?” panggil lelaki itu.
“Fuzey?” lelaki itu mengangguk. Shah Fuzey tunduk menyalami Aishah. Mereka semua tersenyum.
“Tak sangka akan jumpa Fuzey balik. Ingatkan Fuzey dah lupa kat kita orang.” Kata Nina. Shah Fuzey melabuhkan punggung di sebelah Nurradiah.
“Macam mana Fuzey datang ke rumah ni?” tanya Syed Mahfuz.
“Fuzey terserempak dengan Dira kat airport. Mula-mula Dira yang tegur Fuzey. Fuzey tak perasan pun dia. Sebab dah makin cantik. Lama kita orang sembang kat airport. Lepas tu, Dira ajak Fuzey datang rumah.” Terang Shah Fuzey. Mereka semua terangguk-angguk mendengar penjelasan Shah Fuzey itu. Wajah Nadira merona merah apabila dipuji sebegitu oleh lelaki dihadapannya itu. Aishah tersenyum simpul. Dia tahu sangat Nadira suka sangat berkelahi dengan Shah Fuzey sewaktu mereka masing-masing masih kecil lagi. Berebut permainan, cuba untuk mendapatkan perhatian Mama dan Papa dan juga berebut untuk mendapatkan sahabat yang sama, Nazari. Macamlah mereka tidak boleh berkongsi sahabat sama-sama.
Shah Fuzey, anak angkat keluarga Syed Mahfuz dan Nurradiah. Muda 2 tahun dari Aishah. Kedua ibubapa Shah Fuzey tidak begitu mengambil berat akan dirinya. Dia menumpang kasih dengan Syed Mahfuz dan Nurradiah. Segala kasih sayang yang diperlukan oleh Shah Fuzey terdapat di rumah itu. Sebab itulah dia tidak pernah melupakan mereka semua. Jasa mereka terlalu besar. Budi mereka terlalu banyak untuk dibalas. Pemergian Shah Fuzey untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara pun atas bantuan Syed Mahfuz dan Nurradiah. Bukan ibubapanya orang susah. Mereka orang berada. Tetapi perhatian mereka lebih kepada kakak-kakak dan abang kepada Shah Fuzey. Jadi, mereka tidak begitu mempedulikan keadaan Shah Fuzey. Kesian pada budak ini. Kini, dia sudah berjaya membuktikan walaupun hanya dengan bantuan keluarga angkatnya, dia berjaya menyelesaikan pelajarannya dan bekerja sambil menyambung kembali pelajarannya di peringkat ph.D.
Nadira yang duduk di sebelah Aishah begitu asyik merenung Shah Fuzey semasa lelaki itu sedang leka bersembang. Shah Fuzey yang perasan akan diri ditenung membalas pandangan itu. Nadira menundukkan wajah. Aishah hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Dia tersenyum kecil. Aishah tersenyum ke arah Shah Fuzey yang leka memandang Nadira. Shah Fuzey memandang ke arah Aishah. Kelam kabut Shah Fuzey mengawal tindakannya.
“Nak main-main mata pun tunggulah kami dah blah dari sini dulu.” Bisik Aishah perlahan di telinga Nadira. Adiknya itu tertunduk malu.
Manja Shah Fuzey apabila dia memeluk lengan Nurradiah. Sudah lama dia tidak bermanja dengan keluarga angkatnya. Semenjak dia melanjutkan pelajaran ke United Kingdom selepas tamat SPM.
“Dira baru balik dari melancong ke?” pertanyaan itu membuatkan Nadira mengangkat muka memandang Shah Fuzey. Dikerutkan dahi.
“Melancong?”
“Yelah. Fuzey nampak Dira bawak beg besar.”
“Ooo…Hmm…Bukan. Dira balik cuti. Semester break. Patutnya ada trip pergi Holland. Tapi Dira tak ikut sebab nak balik kenduri kahwin Kak Nina.” Nadira memberi penjelasan.
“Dira belajar kat mana?” tanya Shah Fuzey lembut.
“U.K.” ringkas jawapan Nadira.
“Samalah dengan Fuzey.” Kata Shah Fuzey lagi.
“Fuzey bila nak balik ke U.K?” tanya Nurradiah.
“Bulan depan, Ma.”
“Hmm…Dira pun nak balik bulan depan. Fuzey tolonglah Mama. Tolong tengok-tengokkan si Dira. Dia satu universiti dengan Fuzey.” Kata Nurradiah. Aishah menyiku lengan Nadira. Adiknya itu tergelak kecil.
“Oh, ya ke, Mama? Tapi kenapa tak pernah jumpa Dira?” Shah Fuzey berkata sedikit pelik. Takkanlah selama bertahun-tahun dia belajar di situ, sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Nadira? Tapi sekarang dia senang hati. Dapat berjumpa gadis pujaannya itu selalu. Dia memang menyukai Nadira semenjak mereka berada di sekolah menengah. Tetapi masa itu, Shah Fuzey sudah ada kekasih manakala Nadira dikatakan kaki ‘lelaki’ semasa di sekolah. Setiap minggu pasangannya akan bertukar. Jadi, perasaan Shah Fuzey itu hanya dipendamkannya sahaja.
“Tak tahulah. Mungkin tak ada jodoh sebelum ni.” Kata Syed Mahfuz yang memberikan maksud yang amat mendalam. Aishah dan Nina tersenyum. Begitu juga dengan Nurradiah. Nadira hanya tertunduk malu. Shah Fuzey mendiamkan diri.
“Kak Nina nak kahwin?” tanya Shah Fuzey tiba-tiba. Nina mengangguk.
“Bila?” tanyanya lagi.
“Minggu depan. Memang tepatlah Fuzey balik pun. Boleh datang kenduri sekali. Ong pun selalu tanyakan Fuzey. Bila Fuzey nak balik? Fuzey tak pernah call ke? Dia frust sangat sebab Fuzey tak balik kenduri kahwin dia.” Kata Nina.
“Ong dah kahwin?”
“Dah.” Kata Aishah pula.
“Dengan siapa? Kak Bri ke?”
“Yelah tu.” Kata Nina sambil menghulurkan segelas air sirap kepada Shah Fuzey. Shah Fuzey menyambut huluran itu.
“Fuzey tidur mana malam ni?” tanya Nurradiah.
“Tak tahulah, Mama. Sebab Fuzey balik ni pun, Ibu tak tahu.” Shah Fuzey menghirup sedikit air itu.
“Apa kata kalau Fuzey tidur sini? Banyak benda Kak Adik nak cerita kat Fuzey.” Cadang Aishah. Nadira sedikit terkejut dan memandang kakak yang berada di sebelah.
“Bagus jugak cadangan tu. Hah! Apa kata kamu, Fuzey?” tanya Syed Mahfuz.
“Saya ikut je, Papa. Kalau kedatangan saya disini dialu-alukan, saya lagi suka.” Suara sengaja dikuatkan. Matanya melirik ke arah Nadira yang sedang leka bersembang dengan Aishah.
“Fuzey tidur bilik yang dulu ke?” Nurradiah memandang Shah Fuzey. Sudah banyak berubah anak lelaki ini.
Dulu badan melengkung kerana terlalu kurus. Sekarang ini, badannya boleh tahan juga tegap. Banyak buat workout agaknya, fikir Nurradiah. Wajah yang dahulu putih bersih kini ditumbuhi janggut-janggut liar. Alis mata tetap lentik seperti dulu. Semakin kacak. Tapi satu sahaja yang tidak berubah, perangai yang hormatkan orang tua. Dari dahulu itu sahaja yang tidak diubahnya. Walaupun telah menetap di United Kingdom hampir 6 tahun, Shah Fuzey tetap Shah Fuzey yang dahulu. Tidak hairanlah jika ada gadis-gadis muda yang tergila-gilakannya.
“A’ah, Mama.” Kata Shah Fuzey kepada Nurradiah sekaligus mematikan lamunan Nurradiah yang sudah menerawang jauh.
“Nur, sediakan biliklah.” Kata Syed Mahfuz.
“Eh, tak payah susah-susah, Mama…Papa…Mama tak ubah apa-apakan?” tanya Shah Fuzey kepada Nurradiah. Nurradiah tersenyum dan mengangguk.
“Kalau macam tu, Fuzey pergilah naik berehat. Dah tentu Fuzey penatkan? Perjalanan yang panjang. Takkan tak jet lag?” Ujar Nina.
“Alah, Kak Na. Dah biasa.” Kata Shah Fuzey.
“Pergilah berehat, Fuzey. Malam nanti kita sembang panjang-panjang lagi.” Kata Syed Mahfuz. Shah Fuzey mengangguk. Dia segera menjinjing beg pakaian dan menuju ke bilik yang didiaminya dahulu.
BAB 11 BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 12/23/2008 12:07:00 AM 1 tukang komen paling setia
Sunday, December 21, 2008
Kasih Aishah Najyha BAB 10
BAB 10 AISHAH sedang duduk dan berkhayal di taman halaman rumah yang dinamakan Taman Mewah Indah oleh Papa dan Mamanya. Taman itu memang mewah. Mewah dengan hiasan jambatan kayu di tengah-tengah kolam ikan Koi. Terdapat gazebo yang memang disediakan untuk tetamu yang datang dan juga tuan rumah yang ingin merehat-rehatkan minda yang keletihan setelah sepanjang hari bergelumang dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai. Hiasan ‘Rock Garden’ menjadi pilihan Whittier Crystal Smith alias Nurradiah Abdullah. Landskap yang menghijau dengan rumput yang ditanam menambahkan lagi keindahan taman itu. Taman itu memang lengkap dengan kemewahan dan keindahan yang dicari-cari oleh segelintir manusia di kota yang inginkan ketenangan. Aishah juga mendapat ketenangan apabila berada di taman itu. Dia memang suka ke taman itu. Sejak dari zaman persekolahan lagi, taman itu seakan-akan menemani hatinya yang sunyi. Malam itu dia bukan keseorangan seperti selalu. Dia ditemani dengan bunyi unggas malam yang menandakan hari hendak hujan. Aishah memandang ke langit. Tiada satu bintang pun yang bertaburan di dada langit. Bulan juga seperti malu untuk menunjukkan diri dan berlindung di sebalik awan tebal. Aishah tercari-cari wajah tenang Hafiz di dada langit. Wajah yang selalu bertandang di alam mimpinya. Kenapa sejak akhir-akhir ini wajah lelaki itu selalu bermain di ruang fikiran Aishah? Dilepaskan keluhan. Rindu pada Hafiz menggunung. ‘Sampai bila kau hendak menyiksa diri kau?’ kata hatinya. ‘Aku tak pernah menyiksa diriku. Perasaanku yang tersiksa kerana tidak berjumpa dengan Hafiz. Dimanakah dia sekarang? Sihatkah dia?’ Aishah bertingkah dengan kata hati yang tiba-tiba datang menyapa. ‘Belajarlah untuk bercinta. Ada lagi lelaki lain yang lebih baik untuk kau.’ Kata hatinya berkata-kata lagi. ‘Cintaku hanya satu. Tiada dua atau tiga. Aku serahkan cintaku pada dia seorang sahaja.’ Aishah berkata.. Air matanya sudah bertakung di tubir mata. Entah kenapa begitu senang dia mengalirkan air mata sebaik sahaja wajah lelaki itu terlayar di minda. ‘Kau tidak tahu dia kemana. Apa khabarnya? Kau sendiri tercari-cari wajahnya di dalam mimpimu.’ sambung kata hati. ‘Aku pasti satu hari nanti, dia akan muncul di dalam hidupku.’ Tegas Aishah. Kata hati menyambung kata-katanya dalam nada mengejek. ‘Berhentilah dari bermimpi di siang hari. Kerna mimpi di siang hari tidak akan menjadi kenyataan.’ ‘Kau siapa hendak mempersoalkan kesetiaan Hafiz padaku?’ Aishah bertingkah dengan kata hati. Tiba-tiba dia tersedar dan segera beristighfar. Pipi terasa basah. Dia segera mengelap air jernih yang membasahi pipinya itu. NURRADIAH masuk semula ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syed Mahfuz. Suaminya itu merenung Nurradiah dengan penuh kasih sayang. Nurradiah mengeluh. Syed Mahfuz memandang wajah Nurradiah yang cerah itu. “Kenapa dengan awak ni, Nur? Awak tak sihat?” tanya Syed Mahfuz dengan nada suara yang agak cemas. Nurradiah menggeleng dan tersenyum. Syed Mahfuz berasa lega dengan gelengan kepala dari Nurradiah itu. Tentu ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya. “Habis tu? Apa yang tak kena?” tanya Syed Mahfuz yang begitu risau dengan keadaan isteri yang sering sakit sejak kebelakangan ini. “Saya kesian tengok Adik, Bang.” Ujar Nurradiah. “Hah! Kenapa pulak dengan dia? Dia tak sihat ke?” Syed Mahfuz masih bertanya. Gelengan Nurradiah melegakan Syed Mahfuz. “Bukanlah. Semenjak Hafiz pergi ke U.K dulu, Adik dah jarang senyum. Gelak pun sekali-sekala. Macam dah tak orang yang memberi semangat kepadanya. Saya takut Adik masih mengharapkan Hafiz tu. Sampai dia tak nak beri peluang pada lelaki lain.” Nurradiah meluahkan kerisauan. Syed Mahfuz tersenyum dan mengalihkan pandangan ke arah kaca televisyen. “Kita cakap betul-betul, dia senyum pulak. Awak tak kesian kat Adik?” tanya Nurradiah. Sakit hati melihat senyuman Syed Mahfuz. “Saya pun kesiankan dia. Tapi hati dia tu keras sikit daripada adik beradiknya yang lain. Ong, memang tegas tapi cepat lembut. Nina, aggressive but sensitive. Dira pulak degil tapi tak cepat memberontak.” Syed Mahfuz masak benar dengan perangai anak-anaknya. Nurradiah mendengar sahaja kata-kata suaminya. “Adik ni pendiam, pemalu, dengar cakap orang tua, tak reti melawan, baik. Segala-galanya ada pada Adik. Tapi…” Syed Mahfuz membiarkan ayatnya tergantung. “Tapi apa, Bang?” tanya Nurradiah tidak sabar. “Hatinya keras.” Syed Mahfuz memeluk bahu Nurradiah. “Apa maksud, Abang?” “Kita tak boleh paksa dia menerima seseorang yang dia tak suka. Biarlah dia buat pilihan dan jodohnya sendiri. Kita jangan memaksa. Masa akan menentukan segala-galanya. Masa untuk Adik berkahwin akan tiba jugak. Cuma antara lambat dan cepat je.” Syed Mahfuz menenangkan hati Nurradiah yang gundah gulana. Lama Nurradiah memerhati wajah Syed Mahfuz. Wajah lelaki yang membuatkan dia mula mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Dia masuk Islam bukan kerana hendak berkahwin dengan Syed Mahfuz tetapi kerana dia mula jatuh cinta dengan Islam semenjak dia di sekolah menengah lagi. Terlayar kembali kenangan 35 tahun dahulu. Ibubapa Nurradiah tinggal di Malaysia sejak Nurradiah dan adik-adiknya masih kecil. Bapanya terpaksa berpindah ke sini kerana syarikat yang bapanya bekerja kekurangan kakitangan di Malaysia. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab, Mr. Smith dan keluarga berpindah ke Malaysia. Nurradiah adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. “Chelsea…Chelsea…” panggil Roxanne. “Yes, Mother.” Termengah-mengah gadis yang bernama Chelsea itu berdiri dihadapan Roxanne. “Tell your sister to come down. Dinner time.” Arah Roxanne. Segera Chelsea berlari ke tingkat atas untuk memanggil kakaknya itu. Pintu bilik diketuk. Tiada jawapan. Sudah tidurkah? Diketuk sekali lagi. Masih tiada jawapan. Chelsea memulas tombol pintu. Pintu tidak berkunci. Dijenguk ke dalam. Tiada tanda-tanda Whittier ada di dalam bilik. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Terdengar deruan air yang turun dari bilik mandi. Sebaik sahaja kaki Chelsea hendak melangkah keluar, tiba-tiba dia ternampak buku-buku agama yang berlonggok di atas katil Whittier. Chelsea segera mendekati katil dan mencapai salah sebuah buku. Dia mengerutkan dahi. Tidak faham dengan tulisan yang tertulis diatas buku tersebut. Tetapi seperti pernah dilihat buku itu sebelum ini. Bukankah Elisabeth, teman baik Chelsea di sekolah juga mempunyai buku yang sama? Kata Elisabeth yang lebih dikenali sebagai Lizzie itu, dia hendak bertukar agama. Dari Kristian ke Islam. Jadi, buku itu telah mengajarnya beberapa perkara asas yang perlu diambil tahu sebagai umat Islam. Kenapa kakaknya mempunyai buku orang Islam? Sedang dia berfikir sendirian, matanya memandang ke sekeliling bilik. Tiada lagi salib yang menghiasi dinding. Semua sudah diturunkan. Chelsea tertanya-tanya sendirian. Whittier yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut dengan kehadiran Chelsea yang hanya berdiri tercegat memegang salah sebuah buku yang baru sahaja dibeli di pekan petang tadi. “What are you doing in my room?” tanya Whittier cemas. “Mother asks me to call you. She’s said dinner is ready.” Ujar Chelsea perlahan. “I’ll be down in a minute.” Tergagap-gagap Whittier berkata. Chelsea mengangguk perlahan dengan kerutan di dahi. Dia beralih dan mula berjalan ke arah pintu bilik. Sebentar kemudian, dia mengalih semula ke arah Whittier yang memanggilnya. “Chels…the book?” unjuk Whittier ke arah buku yang dipegang adiknya. “Hmm…about the book. What are you doing actually?” tanya Chelsea yang mula curiga dengan perubahan sikap yang ditunjukkan kakaknya. “Nothing.” Ringkas jawapannya. “Don’t lie to me, Whit. I hate liars.” Chelsea mula membeliakkan mata. “It’s nothing, really. Just give me the book back.” Suara Whittier tidak sengaja ditinggikan. “NO!!! I want the truth. Tell me truth.” Chelsea masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. “Ok, you want the truth? What are you doing in my room? You’re not suppose to be here.” Whittier berkata tegas. “I’m the one who should be asking you that question.” Kata Chelsea sambil memandang wajah kakaknya. Chelsea mengawang-gawangkan buku tersebut dihadapan wajah Whittier. “It’s none of your own business.” Whittier mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja tulisnya. “Ohh…I swear, Whit. I will tell Father if you don’t tell me the truth.” Ugut Chelsea. Whittier semakin cuak. “I dare you.” Kata Whittier dengan muka selamba. Tetapi hatinya tetap berasa risau jika Chelsea benar-benar membongkarkan rahsia. “Don’t you ever dare me, Whittier Crystal Smith. And I know what are you doing behind all of us.” Chelsea masih lagi tidak mahu mengalah. “What do you mean?” “This is a muslim book. What are you doing with it? Are you going to convert?” soalan yang keluar dari mulut Chelsea bertubi-tubi. Whittier merampas buku tersebut dari tangan Chelsea dan menyimpan semula ke dalam laci. “You must have gone crazy.” Whittier cuba berlaagak selamba. “You….arghh….You really on my nerves this time.” Jerit Chelsea. “I’m your big sister, Chelsea Ophelia Smith. You should behave the way you talk to me. And please, respect me as your older sister.” Whittier mula tidak puas hati dengan cara percakapan Chelsea yang semakin kasar. “Ok, I’m sorry. But…is it true? Is it true that you’re going to convert?” Chelsea masih bertanya. Dia mahukan kepastian dari kakaknya sendiri sebelum dia membuat sebarang andaian. Dia melepaskan satu keluhan besar. Whittier mengangguk perlahan. Chelsea menggeleng. “Now…What are you going to tell them?” “I have to tell them the truth. I don’t want to hide anything from them. They need to know the whole truth about me. I’m still the old Whittier. But, I have to look for the perfect time.” Kata Whittier perlahan. Lemah sahaja bunyinya. “You have my fully support on that.” Chelsea menggengam erat jemari kakaknya. “Thanks, Chels. It means a lot to me.” Chelsea tersenyum ke arah Whittier. “What families are for.” mereka berpelukan. Memang Whittier dapat menduga kemarahan ayahnya. Roxanne hanya menangis teresak-esak. Tidak tahu hendak berkata apa-apa. Sudah puas menghalang suami dari melakukan tindakan yang lebih jauh. Tetapi paling tidak disangkanya, Gardner sanggup membuang anak yang dikandung oleh Roxanne selama 9 bulan 10 hari hanya disebabkan pertukaran agama. Gardner telah membuat keputusan menghalaunya keluar dari rumah. Puas Chelsea dan Nicholas menahan Whittier melangkah keluar dari rumah itu. Tetapi mereka tahu. Keputusan yang dibuat oleh Gardner tidak boleh dibangkang. Jika ada yang membantah, pasti mereka juga bakal dihalau bersama. “Whit, don’t go.” Rayu Chelsea. “No, Chels. That is Father’s decision. And mine too.” Tegas Whittier berkata. Nicholas memandang wajah kakaknya itu dengan perasaan hiba. Selepas ini, pasti semuanya tidak akan sama lagi seperti sebelum ini. “Where do you want to live? Did you find a place?” tanya Chelsea yang begitu mengambil berat akan dirinya. “I’m staying with my husband.” Ujar Whittier perlahan. “Husband?” tanya dua adiknya serentak. “Yes. I’m married. With a Malay guy. A muslim.” Dia memegang wajah Nicholas. Adik yang sangat rapat dengannya. Pasti dia akan merindui kenakalan dan lawak jenaka adik itu. “Do I know him?” tanya Nicholas pula. “I don’t think so. His is name is Syed Mahfuz.” Whittier memasukkan baju-baju yang dicampak oleh ayahnya ke dalam beg pakaian yang juga turut dicampak sekali. “I believe that guy will love you as much as we do.” Kata-kata Chelsea begitu menyenangkan hati Whittier yang kesedihan kerana dia sudah seperti dibuang keluarga. Whittier mengangguk. “Group hug!!!” Nicholas mendepangkan tangan. Mereka bertiga berpelukan erat. Seperti tidak mahu melepaskan kakaknya itu pergi. Semenjak hari itu, Whittier tidak pernah menyesal dan berpaling ke belakang lagi. Baginya, dia tidak sekali-kali pulang ke rumah itu. Walaupun Islam tidak menggalakkan sesiapapun umatnya memutuskan silaturrahim. Tetapi ini semua kemahuan bapanya, Gardner Smith. Dia tiada pilihan lain. Cuma memastikan kemahuan bapanya dituruti. Whittier mula jatuh cinta dengan Islam dan mulai dari saat dia memeluk agama Islam, pendiriannya sudah ditetapkan. Biar dia lahir sebagai orang musyrik tetapi hidup dan matinya sebagai orang Islam. “NICK ada call saya tadi.” Kata-kata Syed Mahfuz mematikan lamunan Nurradiah. Nurradiah mengangkat muka memandang wajah Syed Mahfuz yang tersenyum. Dikerutkan sedikit dahi. “Kenapa?” “Katanya dia dan Chels akan datang ke K.L, 2 minggu lagi.. His coming to visit us.” Syed Mahfuz memegang alat kawalan jauh dan menekan siaran demi siaran. Tiada rancangan yang menarik. Baik buka saluran yang menayangkan rancangan sukan. Nurradiah tidak dapat melindungi perasaan gembira. Dia tersenyum lebar. Sudah lama tidak berjumpa dengan adik-adiknya. Apa khabar Father dan Mother? Sihatkah? Atau sakit-sakit? Orang tualah katakan. Tentu wajah adik-adiknya sudah lain sekarang. Mungkin wajah mereka menunjukkan usia yang semakin meningkat. “Papa…Mama…Nina keluar kejap.” Kata Nina sambil menyalami tangan Syed Mahfuz dan Nurradiah. Mereka hanya mengangguk. Anak perempuan ini tidak reti hendak duduk di rumah. Asal ada peluang sahaja mesti keluar dengan tunang tersayang. Yang seorang lagi asyik memerap di rumah. Anak lelaki yang seorang itu semenjak kahwin, jarang-jarang sekali balik ke rumah. Sibuk katanya. Anak perempuan yang bongsu pula berada jauh di rantauan tetapi dia pun jarang-jarang balik ke Malaysia apabila waktu bercuti. Hendak berjalan sahaja. Asyik-asyik tour Europe. Sudah beberapa kali, Nadira berkata begitu. Bilalah keluarga mereka akan kembali seperti dulu? Nurradiah paling suka sewaktu mereka masih kanak-kanak. Kemana sahaja pasti hendak bersama ibubapa. “Kamu nak kemana, Nina?” tanya Syed Mahfuz. “Keluar dengan Syira, Pa.” Kata Nina sambil menyarungkan kasut sneakersnya. Nurradiah bangun dan berjalan ke arah anak perempuan. “Cuba kamu ajak Adik sekali.” Nurradiah berdiri di sebelah Nina. Gadis itu hanya mengangguk. Tanpa bantahan. Nina berjalan ke arah Aishah. Adiknya itu masih merenung ke dada langit. “Adik, jom ikut Kak Na.” ajak Nina. “Pergi mana?” Aishah memandang wajah Nina. “Pergi jumpa kawan Kak Na.” ujar Nina ceria. “Adik kenal ke?” Aishah bertanya. “Adik kenal. Kak Syira.” “Kak Na pergi jelah.” Kata Aishah malas. “Alaa…jomlah. Kak Syira pun dah lama tak jumpa Adik. Dia kata kalau nak datang jumpa dia, bawak sekali Adik.” Nina tidak berputus asa. Dia cuba memujuk lagi. “Alaa…malaslah, Kak Na.” Aishah memeluk tubuh. “Itulah Adik ni. Bila Kak Na ajak je, mesti malaslah, penatlah. Macam-macam alasan Adik tau. Jomlah. Dah lama Kak Na tak keluar dengan Adik.” Pujuk Nina lagi. “Yelah…yelah. Kak Na kena tunggu kejap. Adik naik tukar baju.” Aishah bangun. Nina tersenyum. Adiknya itu senang sahaja hendak dipujuk. “Ok. Kak Na tunggu dalam kereta.” Pantas Nina menuju ke keretanya. Dihidupkan enjin kereta. Memasang penghawa dingin dan radio sementara menunggu Aishah bersiap. KERETA Nina menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut. Keretanya menghala ke destinasi yang ditujui. Aishah hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Dia membuka radio untuk menghiburkan hati. Lagu Biarlah Rahsia diputarkan oleh DeeJay radio Hotfm tersebut. Kisahnya seperti lagu itu. Setiap bait yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza amat menyusuk hatinya. Pernahkah kau bermimpi seketika Berada di tempatku Membayangkan pahit manis berlalu Entah siapa yang tahu Nina menutup radio apabila dilihat Aishah mengelap air mata. Nina memegang tangan Aishah. Adiknya itu memandang wajah Nina dengan mata yang merah. “Kenapa Adik?” kakak yang sangat prihatin bertanya kepada adiknya. “Tak ada apa-apalah, Kak.” Jawab Aishah. Masih mengelap airmata yang masih berjuraian. Tidak mahu membuka kisah lama. “Kenapa Adik tak lepaskan Hafiz dari hati Adik?” tanya Nina. Tumpuannya masih kepada pemanduan. “Entahlah, Kak. Semenjak kebelakangan ni, Adik selalu teringatkan dia. Rindukan dia. Dia sentiasa di hati Adik, Kak. Dia dah sebati.” Kata-kata Aishah membuatkan Nina mengeluh perlahan. Adakah kau akan pasrah menerima berita ini, adikku? Adakah kau akan setabah yang dilihat orang luar? Dapatkah kau menerima bahawa lelaki pujaan hatimu telah menjadi milik gadis lain? Nina tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata-katanya. Sudah hampir 12 tahun Hafiz berada di U.K. Dia sudah berjumpa dengan gadis yang dapat memikat hati lelakinya. Mereka juga tidak lama lagi akan bertunang. Apakah berita ini akan menambah lagi derita dijiwamu, dik? Pasrahlah menerima takdir ini. Jangan sesekali kau menyerah, bisik Nina perlahan. “Kenapa Akak senyap?” pertanyaan Aishah mengejutkan Nina dari lamunan. Nina hanya menggeleng. Tidak mahu Aishah mendapat tahu mengenai berita pertunangan Hafiz. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 12/21/2008 09:40:00 PM 3 tukang komen paling setia
Kasih Aishah Najyha BAB 9
BAB 9 HARIZ membaringkan diri di atas katil. Badan terlalu letih kerana seharian menemani Diyana membeli belah barang hantaran. Ke hulur ke hilir Diyana membawa Hariz. Hanya Hariz sahajalah yang Diyana boleh meminta tolong. Gadis itu memang rapat dengan abang sepupunya itu. Almaklumlah, Diyana selalu ‘menempek’ di rumah Hariz sejak kecil lagi. Sudah dianggap Diyana sebagai adiknya. Mata Hariz memerhatikan kipas siling yang sedang ligat berputar itu. Siapakah Aishah? Gadis itu dapat menggoyangkan hati lelakinya. Belum pernah ada gadis yang cuba membuatkan hati Hariz yang kontang kembali berair selepas Julia meninggalkan dia terkapai-kapai dalam mencari cinta yang tidak kesampaian. Lirikan mata, bibir dan senyuman yang manis itu. Entah kenapa pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu, hatinya mula bergetar hebat. Dia tidak pernah rasa terhadap mana-mana gadis lain. Bukan tidak ada gadis yang lebih cantik atau lebih seksi dari Aishah. Tetapi hatinya berkata-kata. Dia mesti mengorek rahsia mengenai gadis itu daripada Diyana. Hariz segera bangun dari perbaringan dan mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. Didail nombor Diyana dan dia menekan punat hijau. Lama. Tiada respon. Hariz mencuba kali kedua. Masih tiada respon. Voice message sahaja. Hariz menekan menu dan dipilih message. Dia menaip sesuatu. Kemudian, dia menekan phonebook. Dia menekan D dan terkeluar nama Diyana. Dia menghantar mesej tersebut kepada Diyana. Diyana yang sedang asyik ber e-mail dengan rakan sekolah mencapai telefon bimbit di sebelah meja komputer apabila komputernya menerima isyarat gangguan. Diyana melihat skrin telefon bimbit. Banyaknya missed calls. Kesemua nama Hariz. Ada SMS. Pun dari Hariz juga. Dibuka dan membaca khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh Hariz. Apa sahaja yang dimahukan orang tua ni malam-malam sebegini, omel Diyana. D, sok jmp kat S.B kol 3 ptg. Diyana menaip dan menghantar semula mesej itu kepada Hariz. Agak lama Hariz tidak menerima sebarang mesej balasan dari Diyana. Hariz mula risau. Diyana sudah tidurkah? Hariz melihat jam loceng. Baru sahaja pukul 11 malam. Diyana jarang tidur awal. Paling awal pun Diyana tidur pukul 2 pagi. Manalah tahu sekarang ini dia mula tidur awal. Yalah, tidak lama lagi majlis perkahwinannya. Dia mestilah hendak tampak segar dan berseri. Hariz memeluk tubuh sambil melontarkan pandangan diluar jendela. Telefon bimbit Hariz berbunyi. Dia tahu ada mesej yang masuk. Dengan pantas Hariz mencapai telefon bimbit di atas katil dan membaca SMS yang dihantar oleh Diyana. Sori…D x bkk sound. Vibrate kn je. Wat pe? S.B tu pe? Hariz menepuk dahi. Macam mana Diyana hendak tahu? Kod itu hanya digunakan untuk kawan-kawannya sahaja. Dia menaip semula. Starbucks. Ade lah bende yg angah nk ckpkn. URGENT! Diyana menyanyi kecil. Hatinya riang apabila Khazrul mengirimkan bunga dan hati digital yang bergerak-gerak di dalam e-mail. Walaupun Khazrul sibuk dengan kerja, dia tetap tidak lupa menyatakan kata cintanya. Tambah-tambah hari perkahwinan mereka semakin dekat. Satu SMS baru sahaja masuk. Diyana membaca. Menaip. Kat ner? Lmbt sket bleh x? Sok D de janji ngan kengkawan. Nk lunch 2gether. Hariz membaca SMS itu. Dia mengeluh. Hariz berfikir sesuatu. Pukul 5 petang dia ada janji dengan Julia, bekas kekasihnya. Ada benda yang perlu diselesaikan. Tidak mengapa. Dia batalkan sahaja perjumpaannya dengan Julia. Kemudian hari dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu. Perempuan yang telah menyebabkan hati dia luka dan berdarah. Dia perlu cepat-cepat memikat gadis yang sedang bermain di fikirannya kini. Ditaip semula. Ok. Kol 5.30 ptg. K? Diyana sedang leka membaca e-mail jenaka kiriman Lily. Dia ketawa mengekeh. Lucu. Sampai terkeluar air mata. Diyana mengambil tisu dan dilap air mata. Sambil itu dia membaca SMS. K. Hariz lega. Kini, dia perlu menyusun kata-kata untuk memberi alasan yang terbaik kepada Julia. Dia berfikir sesuatu. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Satu persatu nombor Julia didail. Hariz keresahan. Tidak lama kemudian, ada seseorang menjawab panggilan itu. Lega. “Ju, I ni.” Hariz berkata perlahan. “Hai, Hariz. Kenapa ni Riz? Suara you macam ada yang tak kena.” Julia seolah-olah mengambil berat akan dirinya. Hariz terbatuk kecil. “I kurang sihatlah. I rasa esok I terpaksa batalkan pertemuan kita.” Hariz terbatuk lagi. Hariz pura-pura sakit. Julia mengeluh perlahan tetapi cukup untuk Hariz menangkap keluhan itu. Dia tahu kelemahan wanita itu. Kalau dia berlakon sakit sewaktu mereka bercinta dahulu, sekali sahaja Julia mendengar suara Hariz yang lemah, terus sahaja Julia terpa ke rumah sewanya. Tetapi kini tidak lagi. Jurang yang dibina oleh Julia menyebabkan Hariz tidak mahu lagi perempuan itu muncul dihadapannya. “I ingat kalau kita jumpa esok, bolehlah kita selesaikan perkara ni. Lagipun I nak serahkan kad kahwin I kat you. Tapi you tak sihat pulak. Tak pelah. Bila you dah sihat nanti, you call I. Kita tetapkan hari. Ok?” kata Julia. Hariz mengurut dada. Julia sudah termakan alasannya. Dia tersenyum kecil. “Ok. Thanks, Ju.” “It’s ok. Get well soon. ” Mereka sama-sama mematikan talian. Hariz melepaskan nafas kelegaan. Bila rasanya dia hendak berjumpa dengan Julia, barulah dia akan menelefon. Tetapi sudah tentu bukan dalam masa terdekat ini. SUDAH hampir 2 tahun Hariz mengelak untuk berjumpa dengan Julia. Julia adalah gadis pertama yang dicintainya sepenuh hati. Tetapi gadis itu hendak berkahwin dengan pilihan keluarga. Mereka terpaksa berpisah atas alasan yang Hariz rasakan langsung tidak munasabah. Mana ada di zaman yang serba canggih dan berteknologi moden ini, anak-anak zaman sekarang harus berkahwin dengan orang yang menjadi pilihan keluarga. Hariz rasakan itu semua sudah tidak praktikal lagi jika diamalkan di zaman ini. Tapi, apa yang boleh dia lakukan untuk mengembalikan semula kenangan lalu. Hariz tidak dapat menerima alasan yang diberikan Julia. Mereka berkawan daripada zaman sekolah rendah lagi. Bila ke sekolah menengah yang sama, mereka mula berpacaran. Mereka sama-sama diterima masuk ke salah sebuah universiti di United Kingdom. Bertambah erat lagi hubungan mereka yang mereka bina. Tinggal lagi 2 bulan sebelum kepulangan mereka ke Malaysia, tiba-tiba sahaja Julia memutuskan hubungan mereka. Julia mengajaknya keluar untuk berbincang sesuatu perkara. Hariz menyangka Julia hendak membincangkan bagaimana untuk memberitahu keluarga mereka tentang perhubungan mereka. “Riz, I rasa kita tak patut teruskan hubungan ni lagi.” Julia memandang muka Hariz yang putih merah. Wajah itu bertambah merah kerana disinari cahaya matahari walaupun sekarang musim dingin. “What??!! But why, Ju? I ada buat salah? Kalau I bersalah, I mintak maaf.” Hariz menggenggam erat jari jemari gadis dihadapannya. Julia mengeluh. “You tak bersalah. Tapi I terpaksa putuskan jugak.” Perlahan-lahan Julia menarik jari jemarinya. Rasa bersalah menebal di dalam diri. “Sebab apa?” Hariz bingung. “My parents dah pilihkan jodoh untuk I. Balik je ke Malaysia, I kena kahwin.” Kata-kata Julia tidak munasabah. Mana ada zaman sekarang orang kahwin dengan pilihan ibubapa. Kalau ada pun, sesetengahnya sahaja. “You tak beritahu dia orang pasal I?” tanya Hariz lembut walaupun hatinya membentak marah. “Dah. Tapi dia orang tak nak dengar. Lagipun I nak kahwin dengan anak Tan Sri. Perkahwinan ni untuk merge company Papa I dengan Tan Sri tu.” Julia meraup anak rambut yang berjuntaian ditiup angin ke belakang telinga. Dia berasa rimas. Hariz mengerutkan dahi dan memandangnya tajam. “Anak Tan Sri? Ooo.…Ya. I forgot. You pun anak Datuk kan? Perkahwinan you boleh bawak keuntungan pada business bapak you. Kalau you kahwin dengan I, keuntungan apalah sangat yang boleh bapak you dapat. I ni bukannya anak orang berpangkat. Hanya anak businessman kecil-kecilan saja. Tak dapat bertanding dengan bapak you.” Hariz mengetuk meja dengan kuat. Julia terkejut dengan perbuatan Hariz. Wajah Hariz merah padam. Menahan marah. Tidak dapat ditahan lagi amarah yang sedang membakar diri. “Bukan itu maksud I, Riz.” Kata Julia lembut. “Kalau bukan sebab tu, sebab apa lagi?” tanya Hariz dalam nada tegang. “You pun tahu kan. Business Papa I dah mengalami kerugian berjuta-juta ringgit disebabkan keadaan ekonomi sekarang. Jadi, I harus berkorban untuk selamatkan company Papa I.” jelas Julia. Dia rasa bersalah kerana terpaksa memutuskan perhubungan ini. Tidak tahukah Hariz, dia yang sedang melakukan perngorbanan. Julia terlalu cintakan Hariz. Dia tidak mahu Hariz diapa-apakan kerana Papanya pernah mengugut untuk mengapa-apakan Hariz jika Julia tidak mahu berkahwin dengan anak Tan Sri yang disebut-sebutkan itu. Dia terlalu sayangkan lelaki itu. Tidak sanggup melihat setitis darah pun yang mengalir dari tubuh itu. “Sudahlah, Ju. I pun rasa kita tak patut teruskan hubungan kalau relationship ni berdasarkan materialistik. Harta duniawi. Boleh pergi jalanlah dengan harta bapak you tu!” Hariz berkata dan mengetuk meja itu sekali lagi sebelum beredar dari situ. Meninggalkan Julia yang terpinga-pinga. Julia tidak sempat berkata apa-apa. Semenjak daripada itu, Hariz selalu mengelak daripada berjumpa dengan Julia. Berkali-kali juga Julia cuba menghubunginya dan bermacam-macam alasan jugalah yang diberikan oleh Hariz. Tidak mahu mengenangkan kisah lalu. Buat apa berduka sedangkan orang lain bersuka? Hariz redha dan menerima ketentuannya. TELEFON bimbit itu dipandang sepi. Hatinya sudah tawar untuk bercinta. Tetapi kemunculan gadis yang diperkenalkan oleh Diyana di butik tadi, telah membuka pintu hatinya semula. Hati yang kering telah menjadi merah dan berdarah kembali. Pintu bilik diketuk. Terkejut dia. Kaget sebentar. Sedang enak berangan, ada pula yang datang mengacau daun. Hariz memandang jam loceng di tepi katil. Sudah pukul 1.30 pagi. Siapalah yang mengacau pagi-pagi buta ini? Dengan langkah perlahan, Hariz menuju ke pintu bilik dan membuka selak pintu tersebut. Terjengul wajah adik perempuannya, Dewi Hanita. Tersengih-sengih melihat abangnya. “Apa yang Nita nak? Ketuk tengah-tengah malam ni. Nita tak tidur lagi ke?” Hariz pura-pura marah. Sedangkan dia sendiri belum tidur. Hanita segera meminta maaf. “Eleh…Angah pun apasal tak tidur lagi?” tanya Hanita. “Angah tengah tidur lah tu. Lepas tu Nita datang kacau.” Ujar Hariz. “Angah jangan nak tipu. Nita dengar bunyi message masuk je.” Hanita menyerkap jarang. Hariz tersengih kecil. “Macam mana Nita boleh dengar?” Hariz bertanya pula. “Nita tak pekak lagi tau.” “Sudahlah. Malas nak layan Nita. Apahal Nita ketuk bilik Angah ni?” Hariz bertanya lagi. Hanita menggarukan kepalanya. Sudah lupa tujuan sebenar ke bilik Hariz. “Nita lupalah.” Kata Hanita masih menggaru kepala yang tidak gatal. :Nilah perangai Nita. Asyik pelupa je. Hei!!! Belum tua lagi dah pelupa. Esok dah tua, macam manalah pulak.” Sindir Hariz. Hanita menjeling. “Haaa…..baru Nita ingat.” Jerkah Hanita. “Apa dia? Terkejut Angah tau.” Hariz mengurut dada. “Angah, pinjam laptop.” Manja sahaja suara Hanita. “Nak buat apa?” “Adalah. Jangan banyak tanya.” Hanita berkata. Hariz berjalan ke meja tulisnya dan mengambil laptop. Diserahkan kepada Hanita yang sedang tersenyum. “Pinjamlah sekali broadband wireless.” Hanita tersengih. Selepas menyerahkan broadband wireless kepada Hanita, sempat lagi Hariz berpesan kepadanya. “Reti pakai, reti jimat. Bukan Nita yang nak bayar. Angah yang kena bayar.” Hariz memberi amaran. Hanita tersengih dan mengangguk. Dia segera berlalu ke biliknya. Hariz menutup semula pintu bilik dan menghempaskan badan ke atas katil. Masa untuk berangan! Matanya semakin lama semakin mengecil. Menguap. Bertambah kecil dan akhirnya tertutup. Berdengkur. HARIZ terkejut jaga apabila ada orang mengetuk pintu biliknya dengan kuat. Dia duduk di birai katil. Terkebil-kebil matanya cuba untuk membuka kelopak mata yang berat. Menguap berkali-kali. Perasaan mengantuk masih menguasai diri. Ketukan di pintu masih tidak berhenti. Dengan langkah longlai, Hariz membuka pintu. Terjengul wajah Hanita. Hariz menyandarkan badan ke pintu. Hanita hanya tersengih. “Angah, sekarang dah pukul 8.15. Angah tak kerja ke hari ni?” tanya Hanita. Hariz menggosok mata. Dia melihat jam loceng di tepi katil. Jam loceng menunjukkan pukul 7 pagi. Selepas sahaja solat Subuh, dia terus menyambung kembali tidurnya. “Nita ni tak ada kerja ke? Kacau Angah pagi-pagi ni. Baru pukul 7.” Hariz menguap. Dia masih bersandar di pintu. Matanya dipejamkan. “Pukul 7? Angah cuba tengok jam Nita. Dah pukul 8.15. Angah tak reti tengok jam ke?” Hanita menunjukkan jam tangannya kepada Hariz. Mata Hariz terbeliak. 8.15 pagi. Dia sudah terlewat. Pejabatnya bermula dari jam 8.30 pagi. Bangunan pejabat itu pula berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang selalu sibuk dengan kenderaan. Macam mana boleh ‘terlajak’ ni? Hatinya mengetus sendirian. Selalunya pukul 7, dia akan bangun dan bersiap. Ini mesti sebab jam loceng sudah kehabisan bateri dan tidak berbunyi menyebabkan dia leka. Kenapa mesti disalahkan jam loceng itu? Sedangkan orang-orang tua dahulu paling pantang jika kita tidur kembali selepas sahaja mengerjakan solat Subuh. “Apalagi yang termenung tu? Cepatlah pergi mandi.” Kata Hanita sambil menolak badan abangnya. Hariz mandi ala kadar sahaja. Cukuplah badannya terkena air sedikit. Yang selebihnya, disemburkan sahaja dengan minyak wangi Hugo Boss miliknya. Dia hanya menggantung tali leher di lehernya sahaja. Hariz keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Dia terus melangkah ke arah almari kaca yang menyimpan kesemua kunci kereta dan menuju ke garaj. Hariz mengendong beg bimbit, kasut dan fail-fail yang diperlukan semasa mesyuarat nanti. Beg bimbit dan fail-fail diletakkan di kerusi bahagian belakang. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Pintu pagar dibuka secara automatik. Keretanya menderum pergi. Meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Tepat jam 9.30 pagi, Hariz tiba di hadapan bangunan pejabatnya. Dia segera memarkirkan kereta di tempat letak kereta khas untuk Manager. Hariz mengikat tali leher dan memakai stoking serta kasut yang tidak sempat dipakai di rumah tadi. Dia turun dan mengambil beg bimbit dan fail-fail yang diletakkan di bahagian belakang. Tergesa-gesa menuju ke arah lif yang terbuka itu. Dia menekan butang G. Lif itu terbuka di tingkat yang ditekan oleh Hariz. Hariz sekali lagi berlari ke arah lif yang menuju ke pejabatnya. Lif yang dinaiki sebentar tadi adalah lif daripada Basement. Jadi, untuk pergi ke pejabat dia perlu menaiki lif yang ada di Ground Floor. Semasa pintu lif itu terbuka, Hariz segera masuk dan hampir melanggar seseorang. “Sorry.” Hariz segera meminta maaf. “It’s ok.” Hariz mengangkat muka memandang orang itu. Dia terpana. Orang itu tersenyum ke arahnya. Belum sempat Hariz berkata apa-apa, pintu lif itu tertutup. Hariz menyesal tidak bertanya khabar kepada orang itu. Pintu lif terbuka. Hariz segera keluar. Kakinya laju sahaja melangkah ke arah bilik mesyuarat. Dibuka pintu bilik mesyuarat. Semua mata tertumpu ke arahnya. “Maafkan saya, Tuan Syed. Terlewat hari ni.” Kata Hariz. Syed Mahfuz memandang wajah anak muda yang tercungap-cungap kerana kepenatan. “Kamu berlari ke, Hariz?” tanya Syed Mahfuz lalu menurunkan sedikit cermin mata. Hariz hanya tersengih dan segera duduk di tempatnya. “Tak apalah. Kita continue mana yang kita stop tadi. Yes, Nureen. As you were saying…” Syed Mahfuz mengalihkan pandangan ke arah Ketua Projek, Nureen. Mereka memulakan semula perbincangan mereka yang terhenti sebentar tadi. “Baiklah. Saya rasa sampai sini saja meeting kali ni. Next meeting I will inform Sakinah. Meeting adjourned.” Syed Mahfuz bangun dan sebelum tangannya sempat mencapai pemegang pintu bilik mesyuarat namanya dipanggil. Syed Mahfuz berpaling. “Tuan Syed. Hari ni birthday Kairul. Kita orang ingat nak pergi lunch ramai-ramai. Tuan Syed boleh join kita orang.” Kata Syafiq. Salah seorang orang terpenting dalam syarikat itu. Syed Mahfuz hanya tersenyum. “Kamu cakap lambat sangat. Saya dah janji dengan girlfriend baru saya nak lunch bersama. Tak apalah. Kamu pergi je, saya belanja. Nanti resit bagi kat saya.” Kata Syed Mahfuz. Dia memang baik dengan anak-anak buahnya. Mereka bersorak kegembiraan. Baru sahaja kaki Syed Mahfuz hendak melangkah keluar, Syafiq berkta lagi. Dia mengalihkan pandangannya ke arah anak muda itu. “Tuan Syed pergi lunch dengan girlfriend baru ni Puan Nur tak marah ke?” tanya Syafiq. Syed Mahfuz tergelak kecil. “Puan Nur kamu sporting.” Mereka semua tergelak. Syed Mahfuz keluar dari bilik mesyuarat itu dan menuju ke biliknya. Tengah hari itu, pejabat mulai kosong apabila kebanyakan pekerja keluar untuk makan. Syed Mahfuz masih berada di dalam biliknya. Hariz juga masih berada di dalam bilik. Syafiq mengetuk pintu bilik pejabat Hariz. Hariz memandang sahabatnya yang sedang tersengih itu. “Riz, jomlah. Pergi makan. Kita nak celebrate sekali birthday Kairul.” Kata Syafiq. Hariz masih menundukkan wajah untuk menyelesaikan kerjanya. “Kejap. Sikit lagi. Tak pun kau pergi dululah, Syaf. Nanti aku jumpa kau kat mana-mana.” Kata Hariz. Syafiq mengangguk dan beredar dari situ. Setelah selesai kerjanya, Hariz keluar dari bilik pejabat. Hampir-hampir dia terlanggar seseorang. “Sorry.” Kata Hariz. “It’s ok.” Hariz mengangkat muka. Orang itu lagi. Orang yang dilanggarnya semasa bertembung di lif pagi tadi. Buat apa dia ke sini? “Adik….” Panggil Syed Mahfuz. Aishah menuju ke arah Syed Mahfuz. Dicium tangan Papanya itu. Hariz bingung. Syed Mahfuz mencium dahi anak kesayangannya itu. Hariz semakin bingung. “Hariz…” panggil Syed Mahfuz dan digamit ke arah Hariz. Perlahan-lahan Hariz menuju ke arah Syed Mahfuz dan Aishah. “Hmm…Lupa nak kenalkan Hariz dan Adik. Adik, nilah Hariz. Manager baru syarikat ni. Hariz, ni Aishah Najyha. Girlfriend baru saya.” Terang Syed Mahfuz. Dia memeluk bahu Aishah Najyha. “Hi…” Aishah tersenyum ke arah Hariz. Hariz tersenyum hambar. Hancur hati apabila Syed Mahfuz berkata begitu. Rupa-rupanya hati Aishah sudah dimiliki. Tapi tidak sedarkah Aishah yang dia telah melukakan hati isteri Tuan Syed? Hati Hariz bergetus sendirian. Tuan Syed ni pula tak sedar diri. Dah tua. Tapi ada hati nak berpacaran dengan yang muda. Hati Hariz berdetik lagi sekali. “Tak apalah, Tuan Syed. Saya minta diri dulu.” Syed Mahfuz hanya mengangguk. Hariz segera beredar dari situ. DIYANA menggawang-gawangkan tangan di hadapan muka Hariz. Hariz tersedar dari lamunan dan memandang wajah Diyana dengan terpinga-pinga. Diyana mengeluh. “Kenapa dengan Angah ni? Kata ada benda penting yang Angah nak cakapkan dengan D. Apa dia?” tanya Diyana. Dia menghirup air Ice Blended Mocha Caramelnya. “Pasal Aishah.” “Kenapa? Angah suka kat dia ke?” serkap jarang soalan Diyana. Gadis ini memang seorang yang suka berterus-terang. “Apa gunanya Angah suka dia pun? Dia dah ada yang punya.” Diyana sedikit terkejut dengan kenyataan Hariz. Tetapi segera disembunyikan rasa terkejutnya itu. “Mana Angah tahu dia dah ada yang punya?” tanya Diyana perlahan. “Tadi, boyfriend dia yang introduce dia pada Angah.” Diyana semakin terkejut dengan kata-kata Hariz. “Boyfriend dia dah balik?” tanya Diyana dengan mata terbeliak. “Bila masa pulak boyfriend dia pergi mana-mana?” Hariz mengerutkan dahi sambil memandang Diyana yang tergaru-garu. “Kan boyfriend dia…Ah! Tak ada apa-apalah. Lupakan je.” Dahi Diyana berkerut. Dia memeluk tubuh memandang lelaki dihadapannya. “Rupa-rupanya taste dia orang tua, ya?” Hariz seakan-akan berbisik. Diyana ternganga. Orang tua? Hafiz hanya tua 2 tahun dari Aishah Najyha dan setahun tua dari Hariz. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Sebenarnya Diyana sudah tahu perkara sebenar yang terjadi di antara Hafiz dan Aishah. Tetapi dia tidak pernah memberitahu Aishah bahawa dia kenal akan Hafiz. Dia hanya hendak membuat kejutan kepada sahabatnya itu. Tetapi kini Hariz menyukai diri Aishah. Ah! Masak….Masak…, fikir Diyana. “Angah ni biar betul?” tanya Diyana mahukan kepastian. “Betullah. Bos Angah, boyfriend dia.” Hariz berkata sambil menghirup minumannya. Kemudian, mengeluh lagi. “Bos Angah?” Diyana bertanya lagi. “Bos Angah, Syed Mahfuz dia tu…” belum pun Hariz habis berkata-kata, ayatnya sudah dipotong oleh Diyana. “Nanti…nanti. Apa nama bos Angah?” “Syed Mahfuz. Kenapa?” soalan berbalas soalan. Hariz mengerutkan dahi. Diyana tergelak besar. Hariz tidak faham dengan ketawa Diyana yang tiba-tiba itu. “Angah…Angah….Angah tak nak tahu nama penuh Aishah?” “Buat apa? Dia kan dah ada yang punya?” kata Hariz hampa. “Nama penuh dia Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz.” Diyana berkata. Hariz tergamam. “Cuba D ulang lagi sekali.” “Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz. Angah silap orang, ya?” ketawa Diyana pecah. Hariz tersenyum sumbing. Cuba menyembunyikan muka. Malu. BERSAMBUNG...... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 12/21/2008 01:59:00 AM 1 tukang komen paling setia
Friday, December 19, 2008
Kasih Aishah Najyha BAB 8
BAB 8 AISHAH baru sahaja sampai ke kedai. Dia lewat sedikit pagi itu kerana terpaksa mengambil baju pengantin di kedai tukang jahit profesional yang di upahnya. Dengan keadaan jalan raya yang sesak itu dan orang ramai berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing, menyebabkan dia terlewat sampai ke butik. Sudahlah pagi itu dia mempunyai temujanji dengan pelanggan di kedai. Nasib baik Datin Hawa tidak sampai lagi. Kalau tidak, mahu mengamuk orang tua itu. Entah apalah yang tidak kena lagi, agaknya. Pelamin sedang dalam proses diubahsuai kerana anak Datin Hawa kata rekaan pelamin yang direka oleh Aishah tidak kena dengan seleranya sebagai seorang anak orang kenamaan. Kalau sudah tahu tidak kena, upah sajalah orang lain. Tetapi Aishah tidak akan berkata begitu. Kerana baginya, customer is always right. Baju pengantin juga terpaksa diubah sedikit. Hendak kain jenis meleret. Majlis tidak sampai seminggu lagi. Sudahlah perkahwinan Nina perlu diuruskan. Nasib baik kakaknya itu tidak secerewet anak Datin Hawa. Kalau pandai sangat, rancanglah sendiri perkahwinan tu. Ini cari orang jugak, dengus Aishah. Meluat dia dengan perangai mengada-ada anak Datin Hawa itu. Perasan lawa. Sedang Aishah asyik berangan, loceng pintu kedai berbunyi apabila ada orang membuka pintu itu. Aishah memandang ke arah pintu. Bala sudah sampai! Datin Hawa masuk ke dalam kedai itu bersama seorang gadis. Gadis itu memandang ke sekeliling kedai dengan jelek. Siapakah gadis ini? Macam bagus sahaja. Aishah menarik nafas dalam-dalam. Dia berjalan ke arah mereka berdua dengan senyuman sentiasa diukir dibibir mungilnya. “Apa khabar, Datin?” Aishah sekadar berbasa-basi dan bersalaman dengan Datin Hawa. Sedangkan dia tahu perempuan angkuh dihadapannya itu baik-baik sahaja. Kalau tidak, masakan dia datang ke butik Aishah itu. “Baik.” Angkuhnya! “Silalah duduk, Datin.” Pelawa Aishah. “Ni saya kenalkan anak saya yang nak kahwin tu, Anne. Anne, this is your wedding planner, Aishah.” Datin Hawa memperkenalkan mereka berdua. Aishah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Acuh tidak acuh sahaja Anne menyambut huluran tangan Aishah. Patutlah wajah gadis itu tidak pernah nampak. Selama ini, Datin Hawa yang menguruskan tentang perihal perkahwinan itu. Dia hanya menunjukkan sekali sahaja gambar Anne pada Aishah. Dia pun sudah lupa bagaimana wajah bakal pengantin itu. Baru hari ini berkesempatan untuk melihat sendiri. Tidaklah secantik mana pun. Tapi menurut Datin Hawa, anaknya itu seorang model antarabangsa. Setaraf Tyra Banks, katanya. Kalau beginilah rupa anak Datin Hawa, bukan kata tidak ada rupa Tyra Banks, telapak kaki Tyra Banks pun belum tentu ada rupa si Anne ini. Aishah tertawa sendirian di dalam hati. “Have a sit, please.” Aishah mempersilakan tetamu-tetamunya duduk. Anne duduk di sebelah ibunya dan disilangkan kakinya yang putih. Aishah berdehem kecil. Anne memakai skirt pendek dan top yang terdedah dibahagian dada. Kata anak Datin, tapi ibunya beri pula kebenaran untuk berpakaian menjolok mata. Bagaimanalah tidak menjemput perogol bersiri diluar sana untuk melakukan kerjanya apabila perempuan sendiri tidak mahu menutup aurat apa yang terdedah. Kalau dia yang berpakaian begini, pasti sudah dihambat dengan parang oleh abangnya. Aishah melabuhkan punggung di atas sofa yang menghadap mereka berdua. Dia melepaskan keluhan perlahan. “Can I get you anything, Datin? Coffee or tea?” tanya Aishah. Terpaksa memaniskan muka. “Dah lama saya duduk. Baru sekarang awak nak tanya?” tanya Datin Hawa sombong. Kalau tidak kerana orang dihadapannya itu berpangkat Datin, mahu sahaja ditempeleng. Geramnya dia. “Sorry, Datin. Anne?” tidak ikhlas sahaja Aishah meminta maaf. “Whatever.” Anak dan mak serupa sahaja perangai. Baru mendapat gelaran Datin. Sudah mahu berlagak. Kalau tidak kerana suami kau yang bekerja keras, takkannya dapat pangkat Datin. Kalau harapkan kau, nak perhabiskan harta orang tua tu je, getus hati kecil Aishah. Dia mendapat tahu daripada Kamal bahawa Datin Hawa adalah isteri kedua. Isteri pertama Datuk Afizan meninggal dunia kerana menghidap barah payudara. Kesian Datuk Afizan mempunyai isteri yang tidak tahu bersyukur. Aishah pernah berjumpa dengan isteri Datuk Afizan yang terdahulu semasa hendak menguruskan perkahwinan abang kepada Anne, Anuar. Baik orangnya. Tidak serupa Datin Hawa. “Wawa….” Keras sahaja panggilan Aishah. Tergesa-gesa gadis itu berlari ke arahnya. Kesian Najwa. Dia tidak patut melampiaskan amarah kepada gadis yang tidak tahu apa-apa itu. “Tolong buatkan 2 cawan air kopi.” Arah Aishah sambil dikenyitkan mata ke arah Najwa. Najwa sudah faham akan isyarat ketuanya itu. Dia membalas dengan senyuman yang meleret. “Baik, Kak Adik.” Najwa segera berlalu ke pantri dan menyediakan dua cawan kopi seperti yang diminta oleh Aishah. Diletakkan satu sudu kecil gula dan 5 sudu kecil serbuk kopi. Sambil membancuh air kopi tersebut, Najwa tertawa kecil seorang diri. Najwa menatang dulang yang berisi dua cawan air kopi. Diletakkan perlahan-lahan dihadapan Datin Hawa dan Anne. Datin Hawa dan Anne mencapai cawan itu serentak dan menghirup air kopi tersebut. Dengan serentak juga mereka menghamburkan air kopi yang pahit itu. Datin Hawa mengelap mulut. “Apasal pahit sangat ni? Pembantu awak tu tak reti buat air ke?” marah Datin Hawa. Aishah menahan ketawa. “Macam mana nak kahwin esok, Mama? Buat air pun tak reti.” Kata Anne lantang. Hampir sahaja Najwa hendak memberi sebiji penumbuk secara percuma kepada Anne. Aishah segera menghalangnya. “Maafkan saya, Datin…Anne…Kami sedang kurangkan gula. Saya minum pun tak ada gula, Datin. Takut nanti kena kencing manis. Penyakit zaman sekarang ni bukan kira tua ke, muda ke. Asalkan orang tu tak jaga kesihatan, dapatlah penyakit.” Aishah membuat memek muka sambil berkata-kata. Dia senyum pun secara tidak ikhlas. “Apa hajat Datin dan Anne datang hari ni? Ada apa-apa yang tak kena lagi ke?” lembut sahaja pertanyaan Aishah. “Anne ni datang nak tengok baju pengantin dia. Dah siap?” ujar Datin Hawa. “Dah, Datin. Saya baru je pergi ambil tadi. Sekejap, ya.” Aishah bangun dan menuju ke arah baju-baju yang bergantungan di atas besi penyidai baju. Ditarik satu baju keluar dari celah-celah baju pengantin yang berona putih itu. Dia membawa baju itu ke arah pelanggan-pelanggannya. Diserahkan baju itu kepada Anne yang sedang berdiri kerana terpegun melihat baju pengantin yang sudah siap itu. “Macam mana, Anne? You suka?” tanya Datin Hawa kepada anaknya yang sedang asyik meletakkan baju itu dibadan di hadapan cermin. Anne mengangguk gembira. Dia asyik berpusing-pusing seperti sedang memperagakan sebuah koleksi baju di pentas peragaan. “I suka, Ma. Cantik sangat. Kalau my friend tengok, Ma...mesti tersembul keluar biji mata dia orang.” Kata Anne dengan bangga. “You ajak ke your model friend?” tanya Datin Hawa teruja. “Of course lah, Ma. Especially yang you minat sangat tu.” Kata Anne lagi. Dia sedang berangan memakai busana yang indah itu. “Haa…you ajak Henry?” tanya Datin Hawa tidak percaya. Aishah memandang ke arah Anne yang dilihatnya mengangguk pantas. “Oh…I kene make up cantik-cantik and do my hair.” Angan Datin Hawa. Mereka sama-sama tergelak. Aishah menggeleng perlahan. Kalaulah Datuk Afizan tahu akan perangai isterinya, tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Malas dia mahu berfikir dan masuk campur akan perihal perempuan tua yang tidak sedar diri ini. “Ada apa-apa lagi yang you nak tukar ke?” tanya Datin Hawa pada Anne. Aishah mengerutkan dahi. Panggilan mereka seperti kawan. Tidak ada panggilan yang mesra untuk ibu dan anak. “I rasa I suka yang kali ni punya. Macam mana dengan pelamin I?” tanya Anne. Datin Hawa memandang wajah Aishah. “ So how?” tanya Datin Hawa pula. “On the way, Datin.” Aishah berkata. “Make sure you dah siap. I nak majlis ni berjalan dengan lancar. Satu kesilapan je, I hebohkan pasal cara you plan the wedding tak betul pada kawan-kawan Datin I. I ramai lagi kawan-kawan Datin yang tengah cari wedding planner for their kids.” Ugut Datin Hawa. Aishah tersenyum sumbing. Sikit pun dia tidak hairan. Pergilah mengadu kalau berani. Ada hati hendak meletakkan pasir dalam ‘periuk nasi’ orang. Dia belum kenal siapa Syarifah Aishah Najyha binti Syed Mahfuz. “Don’t worry, Datin. Everything is just going to be fine.” Ucap Aishah. Datin Hawa mengangguk perlahan. Aishah mengeluh lega. “You dah kira budget?” tanya Datin Hawa kepada Aishah. “Saya dah bagi quotation pada Datin hari tu. Saya terpaksa tambah RM 800 lagi. Sebab dengan kos baju dan pelamin yang Datin tukar hari tu. Kos upah pekerja lagi.” Ujar Aishah. Datin Hawa mengangguk. Dia tidak kisah kena tambah walaupun RM 1000. Ini semua untuk menggembirakan anaknya. Datin Hawa mengeluarkan duit tunai dari beg tangannya. Dikira satu persatu. Kemudian, diserahkan duit itu kepada Aishah. “Datin nak resit macam hari tu ke?” “Tak payah. Masukkan je dalam quotation tu.” Datin Hawa berkata. Aishah hanya mengangguk. Hampir 2 jam Datin Hawa dan Anne berada di kedai butik pengantin Aishah, mereka beredar untuk pulang. BELUM pun sampai setengah jam Datin Hawa dan anaknya pulang, loceng pintu kedai berbunyi sekali lagi. Aishah segera memandang ke arah pintu tersebut. Seorang gadis melangkah masuk dengan senyuman yang manis. Aishah membalas senyuman gadis itu. Mereka berpelukan. “Wah! Makin berseri-seri kau sekarang. Ada apa-apa ke?” seloroh Diyana. “Kepala hotak kau! Baru tak jumpa seminggu. Kau dah kata aku berseri-seri. Aku ni siapalah nak suka. Lainlah macam kau. Dah nak kahwin. Kau datang seorang je ke?” Aishah menarik tangan Diyana dan mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa. Gadis itu meletakkan tas tangan di sebelah. “Taklah. Aku datang dengan abang saudara aku.” Ujar Diyana. “Mana Khaz?” tanya Aishah. Terjenguk-jenguk ke luar untuk melihat bayangan tunang Diyana, Khazrul. “Dia ada meeting. Biasalah orang dah naik pangkat jadik Managing Director. Sibuk memanjang. Orang lain pun tak sibuk macam tu.” Kata Diyana sambil menyelak album yang terletak di atas meja dihadapannya. “M.D tu pangkat besar jugak tau. Berkuasa dalam ofis tu. Cuma bawah sikit je daripada CEO. Tapi kira ahli lembaga pengarah jugaklah. Dia dianggap penting dalam ofis tu. Busy perkara utama. Sebab tulah dia terima kenaikan pangkat tu. Sebab dia tak kisah dengan busy. Lagipun aku pasti dia buat semua tu bukan untuk diri dia je. Mestilah untuk kau sekali dan untuk bakal famili yang dia akan bina selepas ini.” Aishah menyandarkan badan ke kerusi. Diyana memandang wajah sahabatnya itu. “Alah…setakat jadi M.D kat syarikat bapak dia. Bolehlah. Cuba kalau dia kerja dengan orang, paling tinggi pun Exec je.” Kata Diyana. Aishah menggeleng. Ada sahaja benda yang tidak puas hati yang timbul di hati Diyana apabila bercerita tentang Khazrul yang baru-baru ini dinaikkan pangkat. “Hey, don’t you ever under estimate people. Kau ni suka sangat merendah-rendahkan Khaz. Kau jangan merendahkan dia dihadapan orang lain. Ni depan aku, tak pelah. Jangan sesekali menjatuhkan maruah dia.” Aishah menggawang-gawangkan jari telunjuk dihadapan Diyana. Sempat dia memesan kepada sahabatnya itu. “Yelah, aku tahu. Dah berkali-kali kau pesan benda yang sama.” Kata Diyana bosan. Aishah menggeleng. Tidak boleh beri nasihat sikit. Mulalah mukanya ditarik panjang. Diyana menjungkitkan bahu dan menjuihkan bibir. Malas mahu melayan Aishah. Ada banyak benda lain lagi yang harus difikirkan. “Kau kata kau datang dengan abang saudara kau. Mana dia?” tanya Aishah. Diyana terjenguk-jenguk ke luar. “Tak pelah. Kejap lagi dia datanglah tu. Mana baju aku?” tanya Diyana dengan gembira. Tidak sabar untuk mencuba pakaian yang setelah berbulan-bulan dia melihat Aishah melakar busana itu. “Jom pergi try.” Aishah bangun dan menuju ke arah rak-rak baju. Diyana menyusul kemudian setelah membuat satu panggilan. Aishah menyerahkan baju untuk akad nikah yang berona krim. Diyana kelihatan gembira dan menyambut baju itu dari Aishah. Dia segera mencuba pakaian itu di bilik persalinan. Loceng butiknya sekali lagi berbunyi. Mata Aishah tertuju ke arah pintu kedai. Seorang lelaki yang segak berpakaian melangkah masuk ke dalam kedai. Mata Aishah leka memerhatikan gerak geri lelaki itu. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa dan membelek sebuah album. Kandungannya berisi foto-foto yang diambil dari majlis-majlis perkahwinan yang direka oleh Aishah. Diyana keluar dari bilik persalinan itu. Tersenyum ke arah Aishah. Kemudian, Diyana beralih kepada lelaki yang baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam butik tersebut. Siapa orang itu? Terlupa pulak. Abang saudara Diyana. “Cantik tak, Angah?” tanya Diyana. Orang itu mengangguk. Tersenyum dan mengangkat ibu jari sebagai tanda dia suka akan baju itu. Diyana terus sahaja ke bilik persalinan untuk mencuba baju bersanding. Sebentar kemudian Diyana keluar semula untuk memperagakan bajunya itu. Baju berona merah hati itu sangat sesuai untuk orang yang berkulit cerah seperti Diyana dan Khazrul. Itulah warna tema pilihan mereka. Baju yang berkain lace putih digandingkan dengan korset dan kain labuh meleret dari warna merah hati. Ciri-ciri ketimuran tetap ada walaupun Aishah telah memodenkan potongan dan gaya busana tersebut. Baju untuk pengantin lelaki pula baju melayu dan bersamping serta tengkolok juga dari warna yang sedondon. Kalau wajah Diyana disolek dan rambutnya didandan, pasti dia pengantin yang paling cantik di alaf ini. Aishah sudah dapat membayangkan hari yang bersejarah untuk sahabatnya itu. Diyana menyalin semula kepada pakaian asal. Dia keluar dan menyerahkan baju pengantin itu kepada pembantu Aishah. “Zura ada call kau?” tanya Diyana. Aishah memandang Diyana dengan kerutan di dahi. Dia menggeleng. “Kenapa?” tanya Aishah. “Biasalah. Ada masalah.” Kata Diyana bosan. “Kali ni dengan mak dia atau dengan Fique?” Aishah bertanya lagi. “Dua-dua.” Diyana membuntuti Aishah sehingga ke meja. “Aik? Apa yang masalah besar sangat tu?” “Entahlah. Tapi Zura kata dia nak datang jumpa kau kat kedai petang ni. Dia selalu jugak try call kau. Tapi tak pernah dapat. Kau ada tak kat butik petang ni?” Diyana melabuhkan punggung di atas kerusi yang menghadap Aishah. Aishah menganggukkan kepala. Kemana lagi dia hendak pergi. Kalau tidak berjumpa pelanggan, alamatnya memerap sahajalah di butik ini. “Adalah. Aku nak kemana lagi. Apa agaknya masalah dia tu?” “Kau bukan tak tahu. Mak dia bukannya suka sangat si Rafique tu. Zura pulak dah separuh gilakan mamat tu. Aku call Fique hari tu. Tanya apa masalah dia orang. Sebab Zura call aku sampai nangis-nangis. Aku tak sampai hati. Fique kata tak ada apa-apa. Alahh…macam kau tak kenal mamat tu. Dia malas nak ambil ‘port’ pasal problem remeh macam ni. Kadangkala aku rasa macam nak cekik-cekik je batang leher si beruk tua tu.” Ujar Diyana siap sekali dengan gayanya. Aishah tergelak sampai menutup mulut. “Tapi menurut si Zura pulak, mak dia bukanlah benci dengan Fique tu. Mak dia nak Fique potong rambut je. Kau tahulah. Macam mana punya panjang berjelanya rambut si Fique.” Diyana membetulkan duduk. Aishah berhenti menulis apabila Diyana mula bercerita beria-ia. “Fique bersungguh-sungguh tak nak potong rambut. Mak Zura ugutlah. Kalau Fique tak nak potong rambut, perkahwinan tu terpaksa ditangguhkan sehingga Fique setuju nak potong rambut. Mak Zura bagi dia masa untuk berfikir. Dah dekat 2 bulan dia berfikir. Mana Zura tak hangin. Tarikh majlis dah nak dekat. Tapi habuk pun dia tak buat. Potong rambut tidak. Barang hantaran tak siap lagi. Zura rasa macam Fique tak bersungguh nak kahwin dengan dia. Kau tahulah kan. Mak Zura tu warak sikit orangnya. Pakai jubah dengan tudung labuh. Anaknya je tak serupa. Selalu pakai ketat-ketat. Bapak Zura tak kisah sangat tentang Fique rambut panjang tu. Tapi mak Zura lah. Malulah dia nanti dengan family belah mak dia. Atuk Zura ustaz kat masjid dekat kampung dia. Pak Long dia imam masjid. Mak Ngah dia ustazah. Mengajar budak-budak mengaji Al-Quran. Pak Su dia pulak bilal masjid. Malulah mak dia nanti kalau adik beradik dia tengok menantu dia macam tak serupa orang.” Diyana bercerita dengan ekspresi muka yang amat melucukan. Aishah tersenyum. Macam-macam, fikirnya. Kesian Zura! Tapi apa yang boleh dilakukan untuk menolong sahabatnya yang lagi satu? “Aku cakap terus terang dengan Fique. Ada benarnya mak Zura buat macam tu. Aku kata, kau nak kahwin dengan anak dara orang. Bukan kahwin dengan babun.” Kata-kata Diyana lucu. Aishah ketawa kecil. Diyana mengeluh. Masalahnya sendiri belum selesai. Datang pula masalah Zura. Menimpa diri. Aishah mengetuk pen di meja. Aishah, Diyana, Zura dan Lily. Empat sahabat di zaman universiti. Mereka bertiga mengingatkan Aishah kepada Zanariah, Amy dan Soraya. Kalau kemana, pasti berempat. Amalan itu masih diamalkan. Cuma rakan-rakannya sahaja yang bertukar. Zura, gadis yang sopan santun. Penuh kelembutan apabila bercakap. Gayanya yang ala-ala perempuan melayu terakhir pasti akan membuatkan jejaka-jejaka yang terpandangkannya pasti tertarik kepada gadis itu. Jalan lenggang lenggok. Selalu membuatkan mereka berempat lambat ke kelas dengan gaya berjalan Zura itu. Sama seperti Soraya. Saling tidak tumpah. Tetapi entah macam mana dia boleh terpikat dengan Rafique yang berambut panjang itu. Lelaki yang tidak serupa orang itu. Lelaki itu hampir bertindik telinga tetapi sempat dihalang oleh Zura dan mereka bertiga. Diyana pula gadis gangster. Cara percakapan, berjalan dan cara melawaknya juga kasar. Selalu Zura dibulinya. Tetapi perangai yang ‘sewel’ membuatkan ramai orang senang untuk berdampingan dengan gadis yang bernama Diyana ini. Happy go lucky. Tidak reti bersedih walaupun dilanda masalah besar seperti kereta pemberian ayahnya dicuri sewaktu dia keluar membeli belah bersama Lily. Gayanya sama dengan Amy. Gadis yang berasal dari Sabah ini amat meminati kumpulan rock. Terutamanya Bon Jovi, My Chemical Romance dan Scorpion. Sering kali dia melalak menyanyikan lagu Have A Nice Day dan The Black Parade. Dia juga meminati kumpulan Maroon 5. Lagu Wake Up Call sering meniti di bibir. Nampak sahaja seperti perempuan yang feminin. Tapi siapa sangka. Berjiwa rock. Mulutnya ‘banyak’ tetapi baik hati. Itulah Lily. Serupa Zanariah? Ya, memang serupa. Mereka bertiga seringkali mengingatkan Aishah kepada sahabat-sahabat zaman sekolahnya. Aishah? Masih seperti dahulu. Cuma sekarang ini hatinya lebih keras dan dia sudah pandai melawan jika dirinya dicaci. Aishah mula mengenali mereka semasa di universiti. Yalah, berada di rantauan orang pasti akan membuatkan pelajar-pelajar Malaysia menjadi rapat sesama mereka. Mereka dikelilingi oleh bangsa asing. Aishah belajar di dalam bidang Mass Communication. Bila balik ke Malaysia, dia menjadi perancang majlis perkahwinan. Antara mereka berempat, dialah yang paling berjaya setakat ini. Hanya Aishah dan Lily sahaja yang belum berpunya. Tapi desas-desus mengatakan Lily sedang berpacaran dengan bosnya sendiri. Sudah berbuih mulut mereka menasihatkan Lily supaya menjauhkan diri dari lelaki itu yang lebih dikenali sebagai ‘buaya darat’. Bosnya itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang isteri serta 12 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan dua orang isteri. Tegakah mereka melihat Lily menjadi isteri ketiga? Sudah tentu tidak. Diyana bangun dan melangkah ke arah abang saudaranya. Aishah menyediakan sebut harga. Jumlah keseluruhan majlis perkahwinan untuk Diyana. Dibawa sebut harga itu ke arah Diyana dan abang saudaranya. “Ni quotation yang kau nak tu.” Aishah menyerahkan sebut harga itu kepada Diyana. Diyana menyambut dan meneliti satu persatu. Ada barang yang tidak dikira oleh Aishah. Ada juga yang diberikan diskaun. Diyana leka meneliti sebut harga itu. “Kau bagi diskaun kat aku?” tanya Diyana dengan senyuman melebar. Aishah mengangguk. Gadis itu tersenyum lebar. Diyana mencapai beg tangan. Abang saudara Diyana berdehem. Diyana menepuk dahi kerana terlupa hendak memperkenalkan Aishah dengan abang saudaranya. “Shah, kenalkan ni abang sedara aku, Hariz. Angah ni…Aishah. Best friend D masa kat U dulu.” Kata Diyana sambil memeluk bahu Aishah. Mereka sama-sama mengangguk. Aishah tersenyum kecil. “Ni bukan zaman Jepun lah. Angguk-angguk. Ni zaman teknologi. Salamlah.” Diyana tergelak dengan kata-katanya. Aishah tersenyum. “Ada sesetengah manusia tu yang belum ada hubungan dalam ikatan yang sah, tak boleh bersalam. Bukan muhrim.” Kena bersyarah sekali! Aishah tersenyum kecil. Diyana menjuihkan bibir. “Kau tengok Angah ni putih kan? Kau tak tengok lagi abang dia. Hitam.” Kata Diyana. Hariz tersenyum. “D kata Along hitam? Nanti bila Along balik, Angah beritahu Along.” Ugut Hariz. Diyana menjelirkan lidah. “Tapi manis ada. Abang dia lagi handsome.” Diyana sengaja hendak menyakiti hati Hariz. Tapi Hariz sedikit pun tidak ambil hati. Sejak dari kecil lagi dia sedar, abangnya itu lagi kacak berbanding dengan dirinya walaupun dia putih. “Bila Along nak balik, ya?” tanya Diyana. “Sebulan sebelum hari perkahwinan D.” kata Hariz pula. “Tak sabar D nak tunggu Along balik.” Diyana tersenyum sinis ke arah Hariz. Aishah tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu yang kebudak-budakan. Ada sepasang mata yang sedang asyik melirik ke arah Aishah. Dupp!!! Tiba-tiba sahaja pemilik hati yang bernama Aishah Najyha ini berdegup kencang. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 12/19/2008 11:59:00 PM 2 tukang komen paling setia