BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 18, 2009

Kau Milikku 11

BAB 11

8 TAHUN KEMUDIAN

“ASSALAMUALAIKUM, Umi...Abah.” Dizyan tersenyum dan duduk berhadapan dengan Uminya, Puan Hajjah Karissa. Asyifa juga baru turun dari tingkat atas. Melabuhkan punggung di sebelah Dizyan. Mencapai pinggan dan menceduk makaroni goreng. Disuap makaroni goreng tersebut perlahan-lahan ke mulutnya. Asyifa mengambil sekeping roti dan disapukan jem peanut butter Goober Grape kegemarannya. Mak Nani keluar dari dapur dengan membawa seteko kopi.
Mak Kiah sudah lama bersara selepas anaknya menyatakan hasrat hendak membawa dia tinggal bersama mereka di Singapura. Anaknya itu tidak suka melihat ibu dia bersusah payah untuk bekerja lagi dan menyara hidup sebagai pembantu rumah. Setelah Mak Kiah kematian suami sejak 16 tahun yang lalu, dia bekerja di rumah Tuan Haji Azmin. Kini, kerjanya digantikan oleh Mak Nani. Adik kepada arwah suami Mak Kiah. Keluarga Mak Nani orang susah. Dan terpaksa menyara anak seramai 6 orang. Suami sudah tidak mampu bekerja sejak lumpuh beberapa tahun yang lepas. Kebanyakan anak-anak Mak Nani masih bersekolah. Hanya 2 orang sahaja anaknya yang sudah memasuki universiti. Tetapi perbelanjaan di universiti juga bukannya murah. Dua orang anaknya itu terpaksa bekerja sambilan untuk membiayai kehidupan mereka. Setakat dapat duit biasiswa yang tidak sampai RM500 sebulan itu, tidak cukup. Mak Nani tidak menghalang mereka untuk bekerja cuma jangan sampai menganggu pembelajaran mereka. Kadangkala, mereka datang ke rumah banglo itu. Dizyan mengajar mereka apa yang tidak difahami oleh mereka berdua itu.
“Dah lama Misha tak datang. Kemana dia?” tanya Puan Hajjah Karissa tiba-tiba. Tuan Haji Azmin dan Asyifa memandang ke arah Dizyan yang tersedak apabila ditanya secara mengejut. Diminum air jus oren bagi menghilangkan rasa tersedaknya itu.
“Misha kan nak kahwin dah, Umi. Jadi sibuk uruskan majlisnya tu.” Dizyan masih meneruskan suapannya. Mereka semua terangguk-angguk mendengar cerita Dizyan.
“Abah Az...” panggil Asyifa. Tuan Haji Azmin memandang muka anak saudaranya itu.
“Abah Az tahu pasal case Veronica Lhullier vs Datuk Karim?” tanya Asyifa. Tuan Haji Azmin seperti berfikir sesuatu.
“Aryanna ada jugak beritahu Abah Az semalam. Tapi Abah Az tak pasti lah pasal apa.” Tuan Haji Azmin menolak pinggan makaroni gorengnya ke tepi. Menghirup kopi yang masih panas.
“Pasal case child custody tu.”
“Haa...okay. Kenapa, ya?” barulah Tuan Haji Azmin teringat kembali.
“Ms. Lhullier nak bawak anak tu balik U.S. Tapi Datuk Karim tak bagi. Dia pun dah tak tahu Ms. Lhullier tu dah agama apa sejak dia orang cerai tahun lepas. So, dia nak anak tu beragama Islam.” Jelas Asyifa. Tuan Haji Azmin mengangguk. Dilurut dagunya yang sudah ditumbuhi janggut putih.
“Hish...tulah kan sebabnya kahwin dengan orang putih. Kan ramai orang Melayu kat Malaysia ni. Entah apa yang dipilihnya juga orang putih tu. Hebat sangat ke?” Puan Hajjah Karissa meluahkan rasa marahnya terhadap bangsa asing itu.
“Umi...kata lah kan. Yan kahwin dengan orang putih, macam mana?” uji Dizyan ingin melihat reaksi Uminya itu.
“Kamu jangan cuba nak kahwin dengan orang putih. Umi tak izinkan. Kenapa kamu nak kahwin dengan bangsa penjajah macam tu? Kan ramai lagi orang Melayu kat Malaysia lagi ni, hah?” marah benar Puan Hajjah Karissa. Dizyan tergelak kecil.
“Marah betul Umi Rissa dengan orang putih ni.” Tukas Asyifa.
“Umi kamu ni, bukannya apa. Dia cuma marahkan George Bush tu je. Sebabkan peperangan di Iraq tu.” Tuan Haji Azmin menyambung kata.
“Tapi, Umi suka pada Barack Obama tu. Dia tak amalkan sistem pemerintahan George Bush.” Puan Hajjah Karissa pula mencelah.
“Tapi Umi, suppose bukan dia first native Black American President kan?” ujar Asyifa. Disuapkan sesudu makaroni ke mulut.
“Yalah. Suppose Martin Luther King. Tapi dah dia mati kena tembak sebelum sempat orang angkat dia jadi president. Alahh..dalangnya orang putih jugak. Sebab tak nak sistem dia orang dicemarkan oleh orang kulit hitam ni. Zaman tu kan, orang kulit hitam ni masih slave orang putih lagi. Jadi bagi dia orang, slave tak boleh duduk setara dengan dia orang.” Tuan Haji Azmin menambah.
“Hish...sampai macam tu sekali kan, Abah Az.” Asyifa menggeleng perlahan.
“Hari tu, Yan adalah tengok macam dokumentari ni tau. Pasal Martin Luther King. Kan ada satu hotel murah yang didiami oleh Martin Luther King masa hari kejadian dia ditembak tu. Sekarang ni, dia orang dah jadikan bilik pameran untuk pelancong yang pergi kesana dan nak tengok tempat kejadian tu. Dia orang tak ubah langsung. Bilik tu semak macam tu jugaklah. Dia orang tak kemas. Macam mana bilik tu masa Martin Luther King dijumpai, macam tu jugaklah sampai sekarang ni.” Jelas Dizyan. Ruang makan sudah menjadi ruang sembang politik pula.
“Actually, he’s a nice guy, right? Tapi orang putih ni takut jugak. Sebab dia terlalu baik. Nanti mesti dia ubah sistem yang boleh mengkorupkan negara. So, dia orang dah tak boleh nak buat jahat lagi dah.” Tuan Haji Azmin menyandarkan badannya ke kerusi.
“Dan, dia orang dah tak boleh nak tunjuk kuasa dan menganiaya orang lain.” Tambah Asyifa.
“So true.” Setuju Puan Hajjah Karissa.
“Tapi, Abang Iz dengan Kak Syifa study kat overseas. Negara orang putih jugak, Umi.” Sengaja Dizyan mahu menguji kemarahan Puan Hajjah Karissa.
“Kalau cuma nak menuntut ilmu, tak salah. Tapi janganlah sampai lupa adat orang Melayu dan orang Islam. Setakat nak menuntut ilmu, Umi tak larang. Cuma yang Umi tak mahu terjadi ialah budaya barat menjadi ikutan. Itu yang Umi marahkan.” Jelas Puan Hajjah Karissa lagi. Asyifa melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 9.30 pagi. Dihirup jus oren dengan cepat. Dia terus bangun dengan membawa pinggan dan gelas yang digunakan ke dapur. Hendak dicuci tetapi dihalang oleh Mak Nani. Asyifa keluar semula ke ruang makan.
“Umi Rissa, Abah Az...Syifa pergi dulu.” Dia tunduk menyalami kedua orang tua itu. Mata mereka bertiga mengikuti langkah Asyifa.
“Bila Yan nak datang tolong Abah ni?” tanya Tuan Haji Azmin kepada anak bongsunya itu.
“Alaa...Bah. Yan tak reti sangat pasal Law ni. Yan tak belajar pun pasal Law. Yan belajar pasal Mass Comm. Abah tunggu jelah Abang Iz balik.” Sememangnya Dizyan mengelak untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Tuan Haji Azmin itu.
“Huh!! Entah bilalah Abang Iz kamu tu nak balik. Katanya, setahun dua je nak cari experience. Ni dah bertahun. Tak jugak balik-balik.” Kemarahan Tuan Haji Azmin tercetus apabila mendengar nama Izham. Anak sulungnya itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu pulang ke Malaysia.
“Nanti dululah, Bah. Yan tak ready lagi.” Berkali-kali cuba menolak ajakan Tuan Haji Azmin itu.
“Bila lagi kamu nak ready? Dah lama kamu jadi penganggur terhormat kat rumah ni.” Luah Abahnya kesal. Dizyan tersengih.
“Yan tengah cari kerjalah, Abah.” Dizyan mencipta alasan lagi.
“Abah bagi tempoh untuk Yan cari kerja sebulan je lagi. Kalau dalam masa sebulan tak dapat jugak, Yan kena kerja dengan Abah. No more excuses.” Ugut lelaki tua itu. Dizyan menggaru kepalanya. Bukan dia tidak pernah menghantar borang permohonan. Tetapi masih tiada jawapan.
Telefon bimbit Dizyan nyaring berdering. Lambat sekali dia hendak menjawab panggilan itu apabila nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Nombor telefon pejabat siapalah pula ini? Hatinya tertanya-tanya. Ditekan punat hijau.
“Hello?” jawab Dizyan sedikit curiga.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Dizyan Farhana?” tanya si pemanggil. Suara perempuan. Lembut sekali. Baru terasa lega sedikit hati Dizyan.
“Saya bercakap. Boleh saya tahu siapa disana?” Dizyan bertanya kembali.
“Saya, Hartanty daripada Rufa Grand Million Productions.” Ujar gadis itu. Dizyan seperti berfikir sesuatu. Pernahkah dia menghantar borang permohonan ke syarikat produksi itu?
“Okay. Boleh saya tahu kenapa ya, Cik Hartanty?” suara Dizyan sudah bertukar nada. Takut kecewa permohonannya ditolak.
“Cik Dizyan boleh datang untuk sesi temuduga pada Rabu depan?” tanya Hartanty. Dizyan menarik nafas sebelum memberikan jawapan.
“Boleh, Cik Hartanty. Pukul berapa?” jiwa Dizyan teruja sekali mendengar khabar itu.
“10 pagi.”
“Baiklah. Ada apa-apa yang Cik Hartanty perlukan?”
“Cuma bawak original copies of your cert.”
“Okay. Thanks, Cik Hartanty.”
“Welcome. See you this Wednesday.” Ucap Hartanty dan sama-sama mematikan talian. Dizyan melepaskan keluhan lega.


SEBAIK sahaja Hartanty meletakkan gagang telefon, ketuanya yang berada di dalam bilik terjengul di muka pintu bilik pejabat. Langsung tidak memberikan senyuman. Hartanty sudah kenal benar akan sikap ketuanya itu. Tetapi tetap dihadiahkan sebuah senyuman yang paling manis buat ketuanya.
“Tanty, hari ni saya ada meeting dengan production house. So, meeting dengan construction group postponed ke Khamis ni. Inform yang lain.” Selepas memberikan arahan, ketuanya itu masuk semula ke dalam bilik pejabat. Hartanty mendengus. Hendak mengarahkan orang melakukan kerja. Ucapan terima kasih langsung tidak diberikan. Sudah masak benar akan sikap ketuanya itu yang suka mengarahkan orang lain melakukan kerja.
“Baiklah, bos. Hamba yang menurut perintah.” Gumam Hartanty sendirian.
“Kenapa dengan kau ni, Tanty?” tanya seorang gadis yang baru sahaja masuk ke pejabat.
“Tak ada apa-apalah. Kalau aku cakap, buat sakit hati je.” Hartanty menaip sesuatu di dalam komputer ribanya.
“Kau tak pergi location ke, Fateen?” Hartanty pula yang bertanya kepada gadis tersebut. Gadis yang dikenali sebagai Fateen itu mengangguk.
“Dah. Ni pun baru balik.” Jawab Fateen. Dia berjalan ke arah meja Hartanty.
“Geram betul aku. Masa aku sampai kat location dalam pukul 12.30, aku tengok crew tengah siap melantak lunch lagi. Aku tanya pada Abang Darus, director commercial lah kan, dia kata model tak sampai lagi. Aku angin gila. Aku tanya dia, siapa model. Kata Abang Darus, model yang selalu bos kesayangan kau tu ambil lah. Aku rasakan perempuan ni macam ambil kesempatan tau. Dia tahu dia kesayangan bos kau, suka hati dia je nak datang location pukul berapa.” Fateen mendengus geram mengenangkan sikap perempuan yang tidak ada perasaan tanggungjawab itu.
“Habis, kau tak suruh Abang Darus pecat je model tu?” Hartanty berkata sambil matanya masih menatap ke skrin komputer riba itu.
“Kau dah gila? Silap haribulan, aku pulak yang kena pecat dengan bos kau.” Fateen berkata geram. Si Hartanty ini, cakap tidak pernah menggunakan akal fikiran. Ikut sedap mulut dia sahaja.
“Dah tu? Sabar jelah. Masa kau balik tu, dah habis shoot ke?” tanya Hartanty. Memandang wajah keruh sahabatnya itu.
“Malas aku nak tunggu lama-lama kat situ. Panas! Baru siapkan half. Aku terus balik je. Crew keluar dari pukul 9 pagi. So, setup semua equipments, around 1 hour jugaklah. Aku expect, model dah datang awal untuk makeup bagai. Kau tahu lah kan makeup commercial dengan makeup drama or filem tu lain. Aku ingat pukul 11 tu dah start shoot. So, bila aku datang tengok kat location, aku tahulah apa yang aku nak balik report kat bos kau. Ini start shoot dah dekat pukul 2. Aku balik dah pukul 4.30. Baru siapkan half. Lagi half bila nak buat. Ini kan sebenarnya buang masa, makan budget. Leceh lah perempuan tu. Aku benci gila dengan dia. Perempuan ni ada attitude problem. Dia ingat dia international model, dia boleh buat apa je. Pigirahh!! Tak lama lah wei kau duduk kat dalam industri ni. Aku ni ramai kawan reporter. Kalau aku hebahkan je cerita buruk pasal dia, tak boleh hidup karang. Kata nanti, aku tutup periuk nasi dia pulak. Tapi kalau dah perangai macam ni. Siapa yang tahan.” Luah Fateen. Benar-benar kesal dengan sikap model tersebut. Hartanty menggeleng perlahan. Pintu bilik ketua mereka terkuak luas. Fateen kaget. Dilihat bosnya itu sedang menyilangkan lengan ke dada.
“So, Fateen. How’s the shoot?” tanya bosnya itu dengan senyuman yang sukar dimengertikan. Tergaru-garu gadis itu mencari jawapan. Menipu? Bukan gayanya.
“Masa saya balik pukul 4.30 tadi, dia orang baru habis kan half of the commercial.” Jelas Fateen.
“WHAT?!!! Half? Bila nak siapkan lagi half?” terjerit bosnya itu. Fateen terkejut. Hartanty mengurut dada. Turut terkejut. Para pekerja yang lain hanya memerhatikan mereka berdua.
“Menurut Abang Darus, kalau tak boleh nak siapkan hari ni, dia nak habiskan lagi half esok.” Jelas Fateen. Matilah dia! Pasti akan dimaki oleh ketuanya itu.
“Kau cakap dengan Darus tu, jangan jadi gilalah. Kau tahu tak tu semua budget. Client baru bayar half, mana aku nak korek lagi half nak keluarkan budget. Potong gaji kau dengan Darus, cukup kot?” sindir ketuanya itu.
“Tapi bos, Abang Darus dengan crew dah keluar awal. Yang lambatnya, model tu.” Ujar Fateen takut-takut.
“Aku tak nak dengar apa-apa alasan. Yang aku tahu, kau orang mesti siapkan shoot tu hari ni jugak.” Ketuanya masuk semula ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Berdentum bunyinya. Fateen mendengus geram. Telefon bimbit Fateen menjerit nyaring. Membingitkan telinga. Berlari anak Fateen menuju ke mejanya untuk menjawab panggilan.
“Hello?” jawab Fateen.
“Hello, Teen. Model kau buat hal lah. Dia tak nak siapkan shoot tu hari ni. Dia kata dia letih.” Ujar Darus, pengarah iklan tersebut. Fateen menepuk dahinya.
“Aduh!! Macam mana ni Abang Darus? Bos suruh siapkan hari ni jugak. Kalau tak, dia potong gaji kita. Mampus kita, Bang! Nak soru apa bulan ni?” Fateen sudah kegelisahan. Betul-betul model itu buat hal. Pembawa masalah kepada mereka berdua.
“Aduh, Teen! Kalau potong gaji, kereta dengan rumah Abang siapa nak bayar?” keluh Darus pula. Fateen menggaru kepalanya yang tiba-tiba diserang kegatalan yang amat. Mereka sama-sama terdiam. Memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah.
“Teen, kau cakap model ni model kesayangan bos kau, kan?” tanya Darus tiba-tiba.
“A’ah.” Jawab Fateen ringkas.
“Cuba kau suruh bos pujuk perempuan tak betul ni. Manalah tau. Lembut sikit hati dia nak siapkan shoot.” Usul Darus. Fateen terangguk-angguk.
“Okay. Saya akan cuba.” Ujar Fateen pula.
“Cepat sikit tau. Crew dah letih ni.” Sambung Darus lagi.
“Okay...okay.” mereka sama-sama mematikan talian. Fateen menuju ke arah meja Hartanty semula. Sahabatnya itu mendongak memandang Fateen.
“Tanty, aku nak jumpa bos kau.” Ujar Fateen.
“Masuk jelah.” Hartanty pula berkata. Fateen mengerutkan dahi.
“Kau dah gila? Kalau aku serbu office dia macam tu je, kejap lagi dia halau aku, sia-sia je aku tak dapat nak sampaikan hajat aku.” Hartanty menggaru kepala mendengar kata-kata Fateen. Malasnya untuk berhadapan dengan angin ketua yang seorang itu. Berubah-ubah memanjang. Hartanty bangun dari kerusi yang diduduknya dan mengetuk pintu bilik pejabat yang sederhana besar itu.
“Masuk!!!” arahan masuk diberikan. Hartanty memulas tombol pintu dan melangkah perlahan masuk ke dalam bilik pejabat tersebut.
“Bos, Fateen nak berjumpa dengan bos.” Ujar Hartanty. Ketuanya itu langsung tidak mengangkat muka memandang Hartanty. Hanya anggukan yang diterima sahaja. Hartanty keluar semula dan memberikan kebenaran kepada Fateen untuk masuk. Pintu bilik pejabat itu ditutup perlahan-lahan oleh Fateen.
“Apa hal?” tanya ketuanya itu. Juga tidak mengangkat muka memandang Fateen. Takut-takut Fateen berjalan menuju ke arah meja bosnya.
“Bos, model tak nak siapkan shoot hari ni. Dia kata dia letih. Puas dah Abang Darus pujuk dia. Tapi, dia tetap tak nak.” Luah Fateen laju. Sebaik sahaja Fateen habis berkata-kata, ketuanya itu mendongak memandang wajah dia. Fateen menelan air liur tetapi terasa tersekat di kerongkong.
“Saya...saya...saya nak....nak min...mintak...tolong....bos, cakap dengan model tu.” Tergagap-gagap Fateen menyatakan hajatnya. Lelaki itu menyilangkan lengan di dada dan menyandarkan badan ke kerusi empuk miliknya.
“Kau boleh keluar sekarang.” Ujar lelaki itu. Fateen mengangguk pantas. Laju sahaja kakinya melangkah keluar. Setelah keluar dari bilik ‘maut’ itu, bilik yang selalu dinyatakan oleh para pekerja sebagai bilik hukuman bunuh, Fateen mengurut dada kelegaan. Terlepas sudah balanya.


TELEFON bimbit Engku Zhety Engku Nashman berbunyi nyaring. Menganggu ketenangan dia untuk berehat setelah penat bekerja. Dicapai telefon yang ada di atas meja. Melihat nama yang terpapar di skrin menggembirakan hatinya yang sebal. Segera dijawab panggilan tersebut tanpa menunggu lebih lama. Disilangkan kakinya.
“Hello, sayang....” jawab Ku Zhety dengan nada manja. Orang yang ada disekeliling memandangnya dengan perasaan meluat.
“Sayang, I nak tahu kenapa you tak nak teruskan shoot tu?” spontan lelaki si pemanggil itu bertanya. Ku Zhety tersentak.
“Sayang, I penatlah.” Ku Zhety berkata.
“Penat? You pergi mana semalam?” tanya lelaki itu lagi. Geramnya hati apabila mendengar kata-kata sebegitu yang terluah dari mulut si kekasih.
“I pergi club with my friends.” Sengaja Ku Zhety buat-buat letih.
“Club? You pergi clubbing sedangkan you tahu hari ni you ada shoot?” nada suara lelaki itu sudah meninggi. Menunjukkan kemarahan yang sudah memuncak.
“Sayang, I baru balik dari fashion show kat Jakarta. Apa, salah ke I nak pergi release tension?” suara Ku Zhety juga sudah mulai meninggi.
“Salah tu, memanglah tak. But, you have to act professional. Ini berkaitan dengan periuk nasi you. Kalau I tak bagi job pada you, you marah. Kata I tak sayang kat you. Bila I dah bagi, macam ni pulak you buat.” Luah segala kekesalan yang terbuku di dada lelaki tersebut.
“You pun kenalah faham, sayang. Kenapa you letak hari shoot tu hari ni? You tahu kan, I baru balik semalam dari Jakarta? I penat ni.” Masih tidak mahu mengalah. Ku Zhety tetap melawan.
“Sayang, crew I ada kerja lain lagi tau. Ada lagi 60 episod nak kena siapkan untuk slot Akasia kat TV3. You fikir crew I ni, goyang kaki je ke? Dia orang banyak lagi kerja lain. Ini pun I terpaksa bahagikan crew. Half siapkan slot 60 episod tu. Yang lagi half pergi siapkan commercial. You tahu tak, client I yang request you? So, you kena ada sikap professional. I just can’t understand your attitude.” Segala lahar yang mengelegak di dalam dada lelaki itu, sudah dimuntahkan.
“I tak peduli. I nak you siapkan shoot tu hari ni. Kalau tak, I potong half of your payment untuk masukkan dalam budget.” Ugut lelaki itu dan dimatikan talian dengan segera. Ku Zhety menjerit kuat. Terkejut krew produksi yang berada di situ. Mereka semua memandangnya dengan tanda tanya.
“Tu singa betina dah kena marah dengan bapak singa lah tu.” Seloroh Darus. Mereka yang lain hanya tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.

BERSAMBUNG.....




Wednesday, May 13, 2009

Kau Milikku 10

BAB 10

HANYA tinggal beberapa minit terakhir sahaja lagi untuk menghabiskan kertas terakhir. Dizyan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada subjek tersebut. Leka dia menyelesaikan soalan yang diberikan sehingga tidak perasan akan sepasang mata yang asyik memerhatikan gerak-gerinya sedari tadi. Dizyan mendongakkan kepala untuk melihat jam dinding yang tergantung elok dihadapan. Tidak sampai 20 minit sahaja lagi. Sebenarnya, Dizyan sudah menyelesaikan soalan terakhir tetapi dia mahu memeriksa semula. Dikhuatiri ada jawapan yang salah atau masih belum diselesaikan lagi. Setelah berpuas hati dengan jawapan yang ditulis, Dizyan mengikat kertas jawapan. Diletakkan di sebelah kanan supaya senang untuk guru pengawas mencapainya. Memandang ke sebelah kanan. Chempaka Emilin sedang tekun untuk menyelesaikan soalannya. Memandang pula ke kiri. Faizal tersenyum manis. Dizyan kaget. Buat-buat tidak nampak sahaja senyuman lelaki itu dan memandang ke arah lain. Curi-curi pandang ke arah Faizal tetapi lelaki itu memandang ke arah Hezlin yang berada di barisan paling hujung dan di kerusi yang paling hadapan. Masih bermain mata dan gadis itu seronok menguak rambutnya sambil tersenyum manis. Dizyan mencemik. Dasar lelaki! Loceng berbunyi tepat jam 4.30 petang. Tanda menamatkan peperiksaan untuk kertas terakhir. Sekolah tersebut riuh rendah dengan suara pelajar yang rata-ratanya menyatakan rasa lega mereka kerana sudah terlepas bebanan yang dipikul selama setahun itu. Dizyan mengemas alat tulis yang berselerak di atas meja ke dalam bekas penselnya semula.
“Saya harap kamu semua akan cemerlang dalam keputusan masing-masing dan selamat berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.” Ucap guru pengawas tersebut sebelum dia mengutip kertas tersebut. Setelah kertas terakhir pada pelajar terakhir di dalam kelas tersebut diambil oleh guru pengawas, mereka semua berpusu-pusu keluar dari kelas kecuali Dizyan. Disangkanya hanya dia sahaja yang lambat keluar dari kelas tersebut tetapi Faizal dan juga Hezlin tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka akan keluar awal bersama pelajar lain. Ku Zhety awal-awal lagi sudah keluar.
Faizal berjalan ke arah Hezlin dengan gaya machonya. Tangan kanan dimasukkan ke poket seluar. Dizyan mencebikkan bibir. Meluat melihat gaya manja Hezlin. Faizal beralih ke arah Dizyan yang sedang memandang mereka dengan perasaan jelek. Tersenyum sinis. Hezlin juga turut berbuat demikian. Sengaja Faizal mengusap lembut rambut Hezlin. Entah apa yang diceritakan oleh Faizal sehingga Hezlin terkekeh kecil. Leka Dizyan memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Sayang!!! You buat apa ni?” separuh menjerit Ku Zhety bertanya. Dizyan tersentak dan memandang ke arah Ku Zhety yang berdiri mencekak pinggang dihadapan pintu kelas. Hezlin kaget, Faizal masih selamba.
“Relakslah, sayang. I dengan Lin tak ada apa-apa. Kami cuma sembang pasal kertas tadi je.” Faizal memberikan penjelasan walaupun dia tahu Ku Zhety pasti tidak akan percaya. Dizyan sudah tertawa kecil sambil menekup mulut. Mata Ku Zhety tajam menikam wajah Dizyan.
“Dugong, betul ke dia orang discuss pasal paper tadi?” tanya Ku Zhety pada Dizyan. Gadis itu seperti berfikir sesuatu kemudian menjungkitkan bahu.
“Kau baik cakap betul-betul dengan aku, Dugong.” Ugut Ku Zhety. Terkumat-kamit mulut Dizyan menyumpah Ku Zhety. Hendak bertanya kepada dia tetapi memanggil namanya macam-macam.
“Oppsss...sorry. Hal rumahtangga kau orang, aku tak nak involve.” Dizyan terus sahaja mencapai bekas alat tulisnya dan beredar dari situ. Sempat berpaling ke arah Faizal dan Hezlin. Dijelirkan lidah. Laju sahaja Ku Zhety menuju ke arah mereka berdua. Terdengar suara Ku Zhety menjerit kuat dari jauh. Dizyan menggeleng perlahan. Misha dan Yasmin melangkah menyaingi rentak kaki Dizyan. Ditepuk bahu Dizyan kuat sehingga gadis itu melatah.
“Wooii...eh!” Dizyan beralih ke arah dua sahabat baiknya itu.
“Kau orang ni kan. Cuba-cubalah bagi salam dulu. Nasib baik aku tak kena heart attack. Kalau tak, mau mampus jugak aku kat sini kang.” Dizyan mengurut dada yang terkejut dengan tindakan sahabat-sahabatnya itu.
“Sorry....sorry.” ujar Misha.
“Sorry, morry. Makan biskut marie.” Seloroh Dizyan. Misha dan Yasmin mengekek ketawa.
“Kita orang nak tanya kau pasal laki bini yang bergaduh kat kelas kau tadi tu.” Yasmin pula berkata. Ingin juga mereka tahu akan sebab terjadi pergaduhan itu. Memanglah Faizal dan Ku Zhety selalu bergaduh tetapi tidaklah sampai kecoh satu sekolah.
“Ahhh...pedulikanlah pasal dia orang.” Dizyan berkata dan melangkah menuju ke kantin. Perut berkeroncong minta diisi. Ingin menyantap masakan mak cik kantin itu untuk kali terakhir. Namanya pun sudah hari terakhir mereka akan bersekolah disitu. Kebanyakan para pelajar sudah pulang. Kertas peperiksaan yang terakhir juga, selesai.
“Alahh...kita orang nak jugak tahu masalah dia orang tu.” Yasmin berkata lagi.
“Hish, kau ni kan Yas. Aku rasa lebih baik kau jadi wartawan tau. Asyik sibuk je nak jaga tepi kain orang.” Sindir Dizyan pedas. Tetapi Yasmin sikit pun tak terasa.
“Memang itupun cita-cita aku.” Ujar Yasmin membalas.
“Ceritalah, Yan.” Pujuk Misha pula.
“Pasal si Faizal tu goda Hezlin. Zhety nampak. Mengamuklah perempuan ahli sihir tu.” Kata Dizyan. Misha dan Yasmin serentak tergelak besar. Perempuan ahli sihir? Baru pertama kali mereka dengar Dizyan memanggil nama Ku Zhety sebegitu.
“Wei, dahlah cerita pasal dia orang. Cerita pasal mangkuk hayunan dua ekor tu bikin perut aku lapar je.” Dengan pantas Dizyan meninggalkan mereka berdua yang sedang menghabiskan sisa tawa mereka. Tetapi ketawa mereka dengan serentak mati, apabila terlihat Dizyan jatuh terduduk dilanggar sekumpulan orang.
“Eiii, kau orang ni kan dah last day pun still nak cari pasal dengan aku.” Kata Dizyan cuba untuk bangun. Terkial-kial menolak badan gempalnya untuk berdiri.
“Sebab kita orang memang suka cari pasal dengan kau. Apasal masa aku gaduh dengan Zhety tadi, kau tak tolong?” mata Faizal mencerun ke arah Dizyan. Gadis itu mencekak pinggang.
“Aku nak tolong kau? Memang taklah. Kau ingat kau tu siapa? Boyfriend aku? Lainlah kalau kau tu boyfriend aku, aku tolonglah. Kalau tak, jangan harap. Yang kau nak goda si Hezlin ulat bulu tu dalam sekolah ni, apahal? Kau nak goda dia, goda kat luar sekolah. Masa girlfriend ‘witch’ kau tu tak nampak. Aku ingatkan gangster macam kau ni, pandai. Tapi tak sangka, bodoh jugak rupanya.” Perli Dizyan dengan senyuman sinis.
“Kau ni memang dah melampau, Dugong.” Faizal mengetap gigi. Benar geram dengan sikap gadis dihadapannya itu. Dizyan menjelirkan lidah dan berlalu dari situ. Menuju ke kaunter makanan.
“Zal, kau kata kau nak laksanakan rancangan yang telah kau rancang selama berbulan-bulan pada dugong tu.” Aneeq mengingatkan Faizal kembali akan rancangan asal Faizal.


DIZYAN, Misha dan Yasmin sudah berjanji untuk bertemu di kompleks membeli-belah Mid Valley untuk menonton wayang bersama. Katanya ada cerita terbaru lakonan Zac Efron, jejaka idaman gadis. Misha yang sudah sampai paling awal terpaksa membeli tiket dahulu kerana Yasmin dan Dizyan masih juga belum sampai. Kelihatan kelibat Dizyan dan Yasmin berjalan beriringan. Misha menyilangkan lengan ke dada. Pura-pura marah.
“Sorry, Sha. Bas tu lambat sangat.” Alasan Dizyan.
“Yelah tu. Kau pulak?” Misha beralih ke arah Yasmin yang tersengih seperti kerang busuk.
“Hehe...aku singgah kat ZARA. Kedai tu buat sale. Lepas tu, dah lalu kat MNG, aku masuk jugak. Sale tengah gila-gila ni. Tu yang aku sempat shopping dulu. Takut melepas barang yang aku nak beli.” Alasan Yasmin yang boleh diterima. Melihatkan beg-beg kertas barang yang dibelinya.
“Kau ni kan, Yas. Kita dah janji nak shopping sama-sama.” Misha berkata separuh merajuk.
“Alahh...lepas ni kita shopping lagi. Sebab semalam aku tengok cousin aku, Airisa, beli baju kat ZARA. Cantik gila. Tu yang aku datang-datang je pergi singgah ZARA dulu.” Jelas Yasmin. Dizyan menggeleng. Si Yasmin ini, pantang lihat baju yang cantik. Pasti akan dibelinya.
“Mana tiketnya?” tanya Dizyan. Misha menggawangkan tiket tersebut dihadapan muka mereka.
“Kau beli cerita apa?” tanya Yasmin pula.
“17 Again. Kata nak tengok Zac Efron.” Mereka mengangguk serentak. Mereka bertiga berjalan ke arah kaunter tiket untuk masuk ke dalam panggung wayang. Menunggu lampu panggung mereka untuk menyala.
“Kau orang tak nak beli pop corn?” Dizyan bertanya.
“Tak naklah. Semalam pun aku dah makan.” Yasmin menyahut.
“Semalam bukan exam ke? Bila masa kau makan?” Misha bertanya hairan.
“Semalam aku dah tengok wayang dengan Qazem. X-Men Origins:Wolverine.” Tersengih Yasmin.
“Ohh...maknanya lepas je balik, kau terus pergilah?” Misha bertanya.
“Yup. Tu sebabnya aku nak blah awal.” Terang Yasmin lagi. Dizyan dan Misha mengangguk.


HABIS sahaja tayangan filem yang ditonton oleh mereka, perut masing-masing sudah berkeroncong minta diisi. Melangkah menuju ke food court yang terletak di aras 5 kompleks tersebut. Dizyan tahu apa yang hendak dimakannya. Segera menuju ke gerai Japanese Cuisine. Misha dan Yasmin masih tercari-cari makanan apa yang hendak dimakan. Dizyan cepat sahaja menuju ke arah tempat kosong setelah ada sepasang kekasih beredar. Misha dan Yasmin turut duduk ditempat itu. Mereka melihat makanan Dizyan. Berselera sekali gadis dihadapan mereka itu menjamu selera.
“Kau makan apa tu, Yan?” tanya Misha. Ini mesti makanan Jepun. Makanan seperti ini tidak boleh melalui tekak melayu Misha itu.
“Chicken Teriyaki. Kau orang makan apa?” Dizyan pula yang bertanya.
“Aku makan nasi goreng kampung.” Misha berkata.
“Aku nasi ayam.” Yasmin pula menyahut.
“Ohh...lupa pulak kau orang ni Melayu.” Perli Dizyan, kemudian tertawa.
“Atleast, kita orang sedar sikit asal-usul kita orang. Daripada kau.” Sindir Yasmin kembali. Mereka bertiga tertawa kecil. Sepasang mata asyik sahaja memerhatikan gerak-geri mereka sejak dari mereka keluar dari panggung lagi.
“Lepas ni, kemana kita?” tanya Misha. Menyuap sesudu nasi ayam ke mulut.
“MNG. Aku nak beli baju kejap.” Yasmin berkata sambil menggaul nasi goreng kampung yang berasap dihadapannya.
“Aihh...bukan kau dah beli ke tadi?” Misha bertanya lagi.
“Dah. Tapi ada satu baju tu, cantik sangat. Tadi tak sempat nak beli. Tu yang nak pergi beli lagi ni.” Ujar Yasmin. Menghirup ice lemon teanya.
“Kau ni boros sangatlah, Yas.” Dizyan pula berkata. Dengan menggunakan chopstick, dia menyuapkan nasi di dalam mangkuk ke mulut. Hairan Yasmin dan Misha melihat dia. Cekap juga Dizyan makan nasi menggunakan kayu penyepit itu.
“Alah, sekali-sekala.” Ujar Yasmin lagi. Kemudian, mereka tidak berkata apa-apa lagi dan meneruskan menjamu selera.
Setelah puas mereka bertiga membeli-belah barangan yang sudah lama diidamkan, Dizyan melihat jam di tangan. Hampir pukul 9 malam. Terbeliak biji mata Dizyan. Tidak disangka sudah selewat itu, dia masih belum pulang ke rumah.
“Kau orang...jomlah. Dah dekat pukul 9 ni. Nanti bising pulak parents aku.” Ajak Dizyan.
“A’ahlah, wei. Macam mana aku boleh tak perasan dah lewat.” Yasmin pula menyambung kata. Mereka menuju ke arah teksi yang masih menunggu di luar kompleks tersebut. Mereka ingin turun di K.L Sentral. Jadi, tidak perlu menunggu KTM di bawah kompleks itu lagi. Jika mereka menaiki tren di Mid Valley, bila tiba di K.L Sentral terpaksa pula menukar tren untuk pulang ke Shah Alam. Pukul berapa hendak sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Masing-masing sudah keletihan.
“Yan...” panggil seseorang dari arah belakang. Serentak dengan itu, mereka bertiga berpaling ke belakang. Terlihat Faizal sedang menuju ke arah mereka dengan gayanya yang macho itu.
“Kau buat apa kat sini?” tanya Yasmin. Sudah berdiri dihadapan Dizyan. Mahu melindungi sahabatnya itu.
“Aku macam kau oranglah. Shopping. Tak boleh?” sinis sekali Faizal berkata.
“Macam mana kau tahu kita orang shopping? Kau intip kita orang?” Yasmin bertanya lagi. Meletus tawa kecil di bibir merah itu. Kata orang, Faizal merokok. Tetapi kenapa bibirnya masih merah?
“Orang gila pun boleh tahu, kau orang baru balik dari shopping.” Sindir Faizal sekali lagi. Juih ke arah beg-beg kertas yang dipegang oleh mereka. Memerah wajah Yasmin menahan malu.
“Kau cakap kau pun shopping jugak, tapi mana barangan kau?” Yasmin masih tidak mahu kalah.
“Aku dah simpan dalam kereta.” Tukas Faizal.
“Habis tu, kau buat apa lagi kat sini?” Dizyan pula yang berkata. Faizal tersenyum.
“Makan. Tapi aku baru je habis.” Unjuk Faizal ke arah Starbucks. Mata mereka bertiga teralih ke arah restoran yang dimaksudkan Faizal itu. Hanya mata Faizal sahaja yang menuju ke arah Dizyan yang berada di belakang Yasmin.
“So? Apa kena-mengena dengan kita orang?” Yasmin pula bertanya.
“Tak. Aku cuma nak tolong hantar kau orang balik. Yelah, dah malam-malam buta macam ni. Kau orang kan perempuan.” Nada suara Faizal seperti memerli sahaja.
“Motif kau nak hantar kita orang balik?” Yasmin menyilangkan lengan ke dada.
“Perlu ke aku nak hantar kau orang balik kena ada motif, begitu? Asrul dan Qazem, bestfriend aku. Salah ke aku nak berbaik-baik dengan girlfriend dia orang?” ujar Faizal seolah-olah merajuk. Serba salah pula Misha dan Yasmin melihat Faizal. Dizyan sangsi. Tidak pernah Faizal hendak berbuat baik dengan mereka walaupun satu sekolah. Mereka terdiam.
“Suka hati kau oranglah, kalau orang nak balik dengan pak cik teksi tu. Entah-entah pak cik teksi tu lagi jahat daripada aku.” Sengaja Faizal ingin menakutkan mereka. Misha memegang lengan Yasmin.
“Yang kau nak merajuk ni, apa kes? Kata lelaki.” Yasmin menyindir. Faizal tersenyum dalam diam. Jeratnya mengena.
“Jadi, kau orang setujulah aku hantar kau orang?” Faizal bertanya sekali lagi. Inginkan kepastian. Yasmin mengangguk.
“Ermm...tapi kan Zal, Sha nak minta tolong Zal hantar Sha kat Subang Jaya.” Ujar Misha lembut.
“Buat apa Sha nak kesana?”
“Sha nak jumpa dengan Asrul. Ada janji.”
“Ohh...dating. Okay, okay. No hal.” Terus sahaja mereka menuju ke tempat letak kereta. Dizyan duduk dihadapan. Puas sudah Dizyan menolak. Tetapi ada benarnya juga kata-kata Yasmin itu. Faizal akan menghantar Yasmin dahulu kerana rumah Dizyan berhampiran sahaja dengan rumah Faizal. Takkanlah mahu Dizyan mengubah tempat duduk pula.
Dihantar Misha ke Subang Jaya untuk bertemu dengan kekasih hati. Sempat juga Faizal turun dari kereta dan berjumpa dengan sahabatnya itu. Kemudian, menghalakan kereta menuju ke arah Shah Alam. Menghantar Yasmin di seksyen 18 dahulu. Kemudian menuju ke arah seksyen 7. Kawasan perumahan banglo yang berhampiran dengan Istana Mestika. Tiba-tiba kereta Mitsubishi Lancer milik Faizal terhenjut-henjut. Rentak badan mereka berdua mengikuti gerak kereta itu. Kemudian, kereta tersebut berhenti ditepi hutan yang menuju ke arah kawasan perumahan banglo disitu. Rasa seram menyelubungi diri Dizyan.
“Kenapa dengan kereta ni, Zal?” tanya Dizyan. Hutan yang tebal itu menggerunkan dia.
“Tak tahulah. Aku tengok kejap.” Faizal turun dari keretanya dan membuka bonet kereta. Pura-pura melihat enjin yang kerosakan. Tersenyum sinis mengenangkan rancangan yang bakal dilaksanakan. Dizyan juga turun dari kereta untuk melihat keadaan kereta itu.
“Aku tak tahulah pasal baiki kereta ni. Nanti aku call mekanik aku dulu.” Ujar Faizal dan mencapai telefon bimbit di dalam poket seluar. Cuba mendail berkali-kali.
“Hish...apasal tak dapat je ni.” Faizal berkata geram.
“Rumah kau dah dekat sini kan? Aku hantar kau balik jelah.” Faizal berkata dan mengambil kunci kereta. Dizyan kebingungan.
“Naik apa?” tanya Dizyan seperti orang bodoh.
“Jalan kaki lah. Aiii...takkan tak larat kot.” Perli Faizal. Dizyan mencebik. Dia mengambil beg-beg kertas di dalam kereta Faizal dan berjalan mengikuti rentak lelaki itu yang sudah berjalan jauh meninggalkannya. Dari jauh, Faizal menggunakan alarm kereta untuk mengunci kereta tersebut.
Sengaja Faizal berjalan rapat dengan Dizyan sehinggakan gadis itu berasa tidak selesa. Ingin cuba menjauhkan diri tapi takut terjatuh ke dalam longkang kecil di sebelah kirinya itu nanti. Sudahnya, dibiarkan sahaja. Tiba-tiba muncul dua orang lelaki dari hutan tersebut. Salah seorang daripada dua orang lelaki itu menghunus pisau ke arah mereka. Dizyan ketakutan. Faizal berdiri dihadapan gadis itu. Dia bingung seketika. Sejak bila dia mengupah 'pelakon tambahan' untuk rancangannya ini? Setahu dia, rancangannya ini langsung tidak diberitahu kepada sesiapa pun termasuk Aneeq. Faizal menelan air liur.
“Bagi aku duit kau.” Ujar lelaki itu dengan suara garau. Dizyan sudah membuka beg dompetnya dan ingin mengeluarkan duit yang diminta itu. Begitu juga dengan Faizal. Mereka sengaja melengahkan masa. Tidak mahu menyerahkan duit tersebut terlalu awal.
“Cepat!!!” jerit salah seorang lelaki itu, kurang sabar. Setelah menyerahkan duit, dua orang lelaki perompak itu masih tidak berpuas hati. Mereka memandang ke arah Dizyan dari atas hingga ke bawah. Lelaki yang memegang pisau memberikan isyarat mata dan rakannya itu faham akan isyarat itu. Dia menarik lengan Dizyan untuk mengikuti gerak langkahnya.
“Zal, tolong saya Zal. Tolong saya!” jerit Dizyan. Dia benar-benar ketakutan.
“Diam! Ikut aku cepat.” Lelaki itu menjerit kembali ke arah Dizyan.
“Apa yang kau nak buat dengan dia? Lepaskan dia! Kau dah ambil duit, blah jelah.” Faizal cuba mendapatkan Dizyan yang sudah diheret masuk ke hutan. Lelaki yang memegang pisau itu menghalang Faizal dari mendekati Dizyan dan rakannya. Faizal sudah kegelisahan. Mereka berdua ini benar-benar telah merosakkan rancangannya.
“Kau jangan sibuk. Kau tengok je kita orang kerjakan kekasih hati kau tu, cukup-cukup.” Lelaki yang memegang pisau itu berbisik di telinga Faizal. Kemarahan Faizal memuncak. Dia menumbuk lelaki tersebut. Lelaki itu memegang mukanya yang terasa pijar. Kembali membalas perbuatan Faizal sehingga Faizal jatuh tersungkur menahan kesakitan. Dia turut berlari mengikuti rakannya yang sudah masuk ke dalam hutan itu. Sambil memegang perut yang sakit akibat ditumbuk tadi, Faizal bangun dan cuba mengejar mereka. Terdengar jeritan Dizyan meminta tolong.
“Diam! Kau jangan bising kalau kau tak nak kena bunuh.” Ugut salah seorang lelaki itu. Faizal sudah mendekati tempat Dizyan dibawa oleh mereka. Dilihat gadis itu meronta-ronta ingin melepaskan diri. Terdetik sesuatu di perasaannya.
“Padan muka dengan dia! Dia dah malukan kau, Zal. Ini pembalasan untuknya. Biar dia rasakan.” Suara hati jahat bergema di dalam hati Faizal.
“Jangan ikutkan perasaan sangat, Zal. Kau kena selamatkan dia. Biarpun dia dah buat macam-macam pada kau, tapi dia tetap seorang perempuan. Ingat Zal. Bagi perempuan, maruah adalah segala-galanya.” Suara hati yang satu lagi menangkis suara jahat itu. Faizal menggelengkan kepalanya berkali-kali. Membuang segala perasaan yang bertamu dihati. Ingin segera menyelamatkan gadis yang sedang dalam kesusahan itu.
Faizal mengambil sebatang kayu pokok yang ada berdekatan dengannya dan melangkah laju ke arah dua orang lelaki itu. Dipukul salah seorang dengan batang kayu tersebut sehingga lelaki itu jatuh pengsan. Lelaki yang sudah berada di atas Dizyan itu, beralih ke arah Faizal. Dia berdiri dan ingin menumbuk Faizal tetapi sempat dia mengelak dan membalas tumbukan itu di muka. Ditendang perut lelaki itu sehingga lelaki tersebut jatuh tersungkur. Dizyan segera berdiri dan menutupi dadanya yang separuh terdedah itu. Bajunya sudah terkoyak akibat ditarik oleh dua orang penjahat tersebut. Faizal menarik tangan Dizyan dan mereka berlari keluar dari hutan gelap itu. Mereka berlari semula menuju ke kereta Faizal. Habis semua beg-beg kertas barang yang dibeli oleh Dizyan tadi tidak sempat diambil. Dihidupkan enjin keretanya. Airmata Dizyan tidak berhenti mengalir tetapi dalam pada masa itu, dia tetap pelik. Dikatakan kereta Faizal itu rosak, tetapi kenapa boleh sahaja berjalan dengan baiknya? Malas ditanya.
Kereta Faizal berhenti betul-betul dihadapan rumah Dizyan. Gadis itu masih menangis teresak-esak. Faizal yakin, peristiwa itu pasti akan melekat di dalam ingatan gadis tersebut selamanya. Faizal berdehem. Dizyan memandang wajah lelaki disebelah. Faizal mencapai sesuatu di kerusi belakang dan diserahkan kepada Dizyan.
“Nah, kau pakai ni. Nanti parents kau tanya yang bukan-bukan pulak.” Ujar Faizal. Dizyan mengangguk perlahan. Disarungkan sweater ke badan. Nasib baik sweater Faizal itu besar. Boleh muat badannya yang gempal itu.
“Thanks, Zal. Sebab selamatkan saya.” Lemah sahaja Dizyan menuturkan kata.
“No hal lah.” Ucap Faizal ringkas. Dizyan membuka pintu kereta dan ingin melangkah keluar. Tetapi apabila Faizal berkata sesuatu, dia tidak jadi melangkah keluar.
“Ini kali terakhir aku tolong kau. Dan, aku harap lepas ni, kita dah tak berjumpa lagi.” Faizal berkata tegas.
“Maksud Zal?”
“Aku dah tak nak ada kaitan dengan kau. Kau tahu tak, kau ni menyusahkan aku?” Faizal mengalih pandang ke arah Dizyan. Gadis itu nyata ada riak terkejut terpamer diwajahnya.
“Tapi...”
“Sudah. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau dan lupakan apa saja hubungan yang pernah kita ada sebelum ni.” Ujar Faizal. Dizyan menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia mengangguk perlahan. Terus sahaja kakinya melangkah keluar dari kereta Faizal itu. Kereta Faizal menderum pergi meninggalkan Dizyan yang termangu seorang diri. Matanya mengekori bayangan kereta Faizal itu sehingga hilang dari pandangan.
“Aku juga harap kita tak pernah ada hubungan. Tapi, aku tetap takkan dapat lupakan hubungan ni.” Dizyan bergumam seorang diri. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

BERSAMBUNG.....

Monday, May 11, 2009

Kau Milikku 9

BAB 9

BUKU-buku ulangkaji berselerak di atas meja. Lagu alunan dari laptop terpasang kuat nyanyian Gym Class Heroes, Cookie Jar. Jam berdenting sebanyak 3 kali, menunjukkan angka 3 petang. Dizyan menggeliat. Letih membaca buku seharian. Hujung minggu juga diperuntukkan untuk membaca buku. Langsung tiada masa untuk keluar bersama rakan-rakannya bersuka ria. Dia mahu mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam hidupnya selama ini, 12A1. Mahu lebih daripada Izham yang mendapat 11A1 semasa SPM dahulu. Pintu bilik Dizyan diketuk. Tombol dipulas untuk memastikan pintu bilik tidak dikunci. Terjengul wajah Mak Kiah di sebalik pintu kayu itu dengan menatang segelas jus oren Sunkist. Diletakkan di atas meja belajar Dizyan. Gadis itu tersenyum ke arah Mak Kiah.
“Minumlah, Yan. Tadi Mak Kiah tengok Yan makan nasi pun sikit je. Kenapa? Yan nak diet ke?” usik Mak Kiah. Dizyan membeliakkan mata dan mencekak pinggang. Pura-pura marah. Dicuit pinggang Mak Kiah sehinggakan perempuan tua itu melatah.
“Opocot mak kau anak ayam!” latah Mak Kiah. Dizyan terkekeh kecil.
“Taklah, Mak Kiah. Cuma tak ada selera. Sekarang ni otak Yan tengah fokus untuk study je.” Ujar Dizyan. Matanya kembali tertumpu ke atas buku-buku dihadapan yang berselerak itu.
“Boleh ke kamu belajar dengan meja selerak macam ni?” Mak Kiah mengerutkan dahi. Belum pernah jumpa meja orang yang ingin belajar berselerak seperti itu. Mak Kiah bukannya tidak ada anak. Anaknya seramai 9 orang lagi. Tidak pernah pula nampak anaknya membaca buku sampai berselerak sebegitu. Yalah, mungkin sebab mereka orang susah dan terpaksa belajar di atas lantai. Mak Kiah selalu berpesan. Buku yang dibaca jangan dibiarkan orang melangkah. Nanti tidak masuk apa yang kita baca.
“Yan dah biasalah, Mak Kiah.” Dizyan mengambil jus oren tersebut dan dihirup perlahan-lahan. Menuruni anak tekak yang kekeringan. Memang Dizyan hendak turun mengambil air bagi penghilang dahaga. Tetapi belum ada masa sejak mula mengulangkaji selepas makan tengah hari tadi. Mak Kiah rasa kurang selesa dengan keadaan Dizyan belajar. Dikemas serba sedikit buku-buku yang bertaburan di atas lantai. Cara dia mengulangkaji mengalahkan budak universiti sahaja.
“Tak payahlah nak kemas, Mak Kiah. Nanti Yan tak tahu mana pulak perginya nota yang Yan dan tanda.” Ujar Dizyan. Dia memang tidak suka orang lain tolong mengemas bukunya.
“Alahh...buku-buku atas lantai ni Mak Kiah kemas. Selerak sangat. Macam tongkang pecah.” Perli Mak Kiah. Dizyan tersipu malu. Sesudah mengemas, Mak Kiah turun semula ke tingkat bawah untuk menyediakan makan malam majikannya.
Dizyan mengangkat muka memandang kalendar dihadapan. Tinggal lagi beberapa minggu untuk dia mengulangkaji pelajaran dan menghadapi SPM. Terfikir juga dia. Adakah keputusannya akan sebaik Izham? Mampukah dia untuk belajar satu universiti bersama abangnya? Izham sudah berada di semester akhir tahun ini. Selepas hari konvokesyen, Izham dikehendaki pulang dan menguruskan firma guaman milik keluarga mereka. Teringat pula perbualannya bersama Izham, 3 hari yang lepas. Dalam e-mail yang dihantar oleh Izham, dia tidak akan terus pulang ke Malaysia. Sebaliknya, bekerja dahulu dan menimba pengalaman di rantau orang. Tetapi Dizyan diminta untuk merahsiakannya. Apalah reaksi Tuan Haji Azmin nanti bila tahu satu-satunya anak lelaki yang diharapkan untuk mewarisi dan menggalas tanggungjawab sebagai pemilik firma guaman itu, tidak akan pulang dalam masa yang terdekat ini. Sampai bilalah Izham hendak mengubah sikapnya itu. Asyik merisaukan kedua orang tuanya sahaja. Dilepaskan keluhan. Kembali menumpukan perhatian kepada buku dihadapan.

KETUKAN pintu bertalu-talu di pintu bilik mengejutkan Dizyan dari tidurnya. Mengeliat. Meregangkan otot-otot badan. Menguap. Ketukan di pintu bilik masih lagi tidak berhenti. Dengan langkah longlai, Dizyan turun dari katil dan membuka pintu tersebut. Terjengul wajah Puan Hajjah Karissa dengan senyuman. Dizyan masih tidak dapat membuka mata sepenuhnya. Sisa kantuk masih ada.
“Yan cepatlah pergi mandi. Nanti lambat pulak nak ke sekolah. Hari ni kan first day paper.” Kata-kata Puan Hajjah Karissa itu menyebabkan Dizyan mencelik mata dan terus sahaja melihat jam loceng di atas meja sisi katilnya. Sudah pukul 6.30 pagi. Berlari ke arah bilik air dan mencapai tuala yang tergantung di penyidai. Akibat terlalu kuat Dizyan menarik tualanya, penyidai itu terbalik. Puan Hajjah Karissa menggelengkan kepala. Dia menutup semula pintu bilik Dizyan dan menurun ke tingkat bawah untuk bersarapan.
Selesai mandi, Dizyan bersolat Subuh. Meminta doa supaya dimudahkan otaknya berjalan untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lancar. Menyangkutkan semula telekung ke tempatnya dan segera bersiap. Lagi 10 minit ke pukul 7. Dia turun ke tingkat bawah. Tidak mahu bersarapan. Dia terus sahaja menuju ke rak kasut. Ingin menyarung kasutnya. Takut benar jika terlewat tiba di dewan peperiksaan. Tidak mahu dicop sebagai pelajar yang tidak berdisiplin.
“Marilah makan dulu, Yan. Nanti kamu tak boleh jawab exam kalau perut kosong.” Tuan Haji Azmin berkata. Puan Hajjah Karissa dan Mak Kiah yang baru sahaja keluar dari dapur memandang ke arah Dizyan yang kegelisahan. Asyifa juga baru turun dari tingkat atas. Beralih ke arah adik sepupunya.
“Kak Syifa hantar Yan pergi sekolah kejap lagi. Jangan risaulah, Yan. Kak Syifa drift sampai sekolah Yan. Gerenti 5 minit je dah sampai.” Seloroh Asyifa. Tuan Haji Azmin tersenyum. Perlahan-lahan Dizyan melangkah ke arah meja makan.
“Drift tu drift jugak. Tapi bawak kereta elok-elok.” Pesan Puan Hajjah Karissa. Bukan dia tidak pernah menaiki kereta yang dipandu oleh Asyifa. Takut dia melihat cara pemanduan gadis muda itu.
“Yalah, Umi Rissa.”
“Dah. Duduk makan. Meh makan cepat, Yan.” Panggil umi Dizyan. Hendak atau tidak, dia harus juga mengisi perut yang kekosongan. Nanti tidak boleh menjawab soalan dengan tenang kerana asyik memikirkan perut yang sedang berkeroncong minta diisi.
Sesudah bersarapan, Dizyan terus bangun dan tunduk menyalami Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa. Dia ke rak kasut semula dan menyarungkan kasut sekolah. Melihat jam yang terletak elok di tangan berisinya. Sudah tepat pukul 7. Asyifa segera meminta diri apabila melihat Dizyan yang seperti orang kegelisahan. Tiba sahaja di sekolah, Dizyan turun dari kereta Asyifa dan berlari-lari anak menuju ke pintu pagar sekolah. Tidak sempat untuk bersalaman dengan kakak sepupunya itu seperti selalu. Tetapi dia sempat melambai. Asyifa menggelengkan kepalanya. Tersenyum. Begitulah dia dahulu. Sejak dari kecil sudah tinggal bersama keluarga Tuan Haji Azmin menjadikan Asyifa lebih berdisiplin.
Dizyan melangkah ke laman sekolah dimana pelajar-pelajar SPM dikehendaki beratur dahulu sebelum memasuki dewan peperiksaan. Dizyan ditempatkan di kelas 5 Bakawali kerana namanya bermula daripada huruf D. Manakala Misha tetap di kelas 5 Amanah. Namanya bermula daripada huruf A, Armisha. Kasihan pada Yasmin. Terpaksa duduk di dalam dewan kerana kelas tingkatan 5 yang menempatkan para pelajar sudah penuh. Nasib baik namanya bermula huruf Y. Jadi dia tidaklah terasa tidak selesa seperti Dizyan apabila berada di kelas lain semasa menjalani peperiksaan akhir. Kesemua pelajar dikehendaki berdiri di luar kelas sebelum guru pengawas selesai meletakkan kertas peperiksaan di atas meja dalam kelas. Dizyan memandang ke arah kelas sebelah. Beruntung Misha. Asrul juga ditempatkan kelas yang sama dengannya. Dizyan memandang pula ke kanan. Kelihatan Kartika melambai ke arahnya. Lambaian dibalas. Gadis itu ditempatkan di kelas 5 Mawar. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang memandang ke arah dia dengan tajam. Tidak tertelan serasa air liur itu. Seperti tersekat dikerongkongnya.
“Okay. Semua pelajar dikehendaki meletakkan beg anda di luar. Hanya bawak masuk alat tulis yang perlu sahaja. Saya hanya nak lihat pen, pensel, pembaris dan pemadam sahaja. Liquid paper tidak dibenarkan. Kamu masuk dengan senyap. Hanya kaki sahaja yang berjalan. Saya tak mahu mulut pun turut berjalan jugak. Sila duduk di tempat yang telah ditetapkan. Arahan selanjutnya akan menyusul selepas ini. Kamu boleh masuk sekarang.” Ujar guru pengawas yang bertugas untuk subjek peperiksaan pada hari itu. Belum pernah mereka melihat guru wanita itu. Almaklumlah, sewaktu peperiksaan guru-guru sekolah mereka yang bertugas untuk menjaga pelajar SPM akan dihantar ke sekolah lain dalam daerah yang sama. Guru-guru dari sekolah lain, akan dihantar ke sekolah mereka untuk mengawas sepanjang peperiksaan itu berlangsung. Arahan diikuti dengan tertib sekali. Dizyan ingin masuk ke dalam kelas tetapi dia sempat terlanggar seseorang. Lelaki itu mendengus.
“Kau ni dah tau kau tu gemuk, bagilah aku masuk dulu.” Tolak Faizal. Terdorong badan Dizyan sedikit ke belakang. Dizyan mencemik.
“Hish...tak gentleman langsung.” Gumam Dizyan. Dia melangkah masuk dan melabuhkan punggung di tempat yang ditetapkan. Memandang ke kanan. Tersenyum kepada Chempaka Emilin. Senyuman dibalas. Memandang ke kiri pula. Tidak jadi tersenyum sebaliknya wajah dicebikkan. Faizal memandang sinis ke arahnya.
“Cepat sikit! Apa lagi yang kamu buat kat luar lama-lama tu? Ujian akan bermula sebentar lagi.” ujar guru pengawas wanita itu dengan lembut. Para pelajar yang masih berada di luar segera masuk ke dalam kelas. Dan, tanpa disangka Ku Zhety juga turut berada di dalam kelas yang sama. Terlupa pula Dizyan pangkal nama Ku Zhety bermula daripada huruf E, Engku Zhety Engku Nashman. Dia melepaskan keluhan. Berharap dapat fokus terhadap peperiksaannya. Ku Zhety perasan akan kehadiran Dizyan di dalam kelas itu. Tempat duduk Ku Zhety hanya beberapa kerusi dihadapan Faizal. Macam manalah Dizyan boleh ditempatkan betul-betul di sebelah musuhnya itu?
“Letakkan alat tulis anda di atas meja. Saya mahu lihat semua tangan di atas meja.” Arahan guru wanita itu dituruti tanpa sebarang bunyi. Penerangan cara menjawab diterangkan oleh guru muda itu. Mereka mendengar dengan tekun.
“Baiklah. Kamu boleh mula sekarang.” Sebaik sahaja guru wanita itu selesai berkata, para pelajar yang berada di dalam kelas itu, terus membuka kertas peperiksaan mereka dan mula menjawab. Minggu pertama dan hari pertama peperiksaan, dimulai dengan subjek Bahasa Melayu dahulu.
Sedang Dizyan leka menyelesaikan soalan yang ada di dalam kertas tersebut, terdetik di hatinya untuk melihat Faizal di sebelah. Ekor mata Dizyan melirik pandang ke arah lelaki itu. Faizal berwajah serius menjawab peperiksaan. Tangan kiri sedang menulis, tangan kanan diletakkan di atas meja. Lagak tangan kanan itu kadangkala seperti bermain piano. Lefthanded, rupanya! Detik hati Dizyan. Entah kenapa sejak pertama kali terpandangkan Faizal, dia sudah tahu lelaki itu mempunyai kriteria yang dicari dalam diri seorang lelaki. Leka Dizyan memandang lelaki disebelahnya itu dan tersenyum sendirian. Tanpa dia sedar, Faizal mengalih pandang ke arahnya. Dijungkitkan kening. Seolah-olah bertanya sesuatu kepada gadis itu. Dizyan tidak menggeleng ataupun mengiakannya. Dia segera beralih semula kepada kertas peperiksaan dihadapan. Perasaan berdebar cuba dikawal sebaik mungkin. Faizal tersenyum kecil dan kembali menjawab soalan.
Loceng sekolah berdering menandakan tamat masa peperiksaan untuk kertas pertama di hari pertama peperiksaan. Menggeletar juga perasaan apabila melihat kertas jawapan yang telah diambil oleh guru pengawas. Kelas sudah mulai riuh rendah dengan suara para pelajar yang menyatakan perasaan lega mereka apabila terlepas sudah bala yang pertama. Guru pengawas yang sedang mengutip kertas jawapan berhenti seketika dan memandang ke seluruh kelas.
“Tolong diam. Saya masih belum selesai mengutip kertas jawapan kawan-kawan kamu ni. Bila dah habis, barulah kamu boleh bercakap.” Suara guru pengawas wanita itu sedikit meninggi. Kelas kembali diam. Dizyan menggeliat sedikit. Untuk meregangkan otot-otot sendi yang kejang. Sempat mengerling ke sebelah. Faizal sedang bermain mata dengan seseorang. Sekejap mengenyit, sekejap lagi tersenyum menggoda. Kepada siapa dia cuba menggoda? Kalau Ku Zhety, tidak mungkin. Kerana gadis itu duduk dihadapannya. Dizyan cuba memandang ke arah yang dipandang oleh Faizal. Kelihatan Hezlin menguak rambutnya ke belakang sambil tersipu-sipu malu membalas senyuman lelaki itu.
“Dasar lelaki mata keranjang!” Dizyan menggumam geram tetapi cukup perlahan. Faizal segera beralih ke arah Dizyan.
“Kau jealous ke?” sindir Faizal dengan senyuman sinisnya. Serta-merta Dizyan mengalih pandang ke arah lelaki itu. Dizyan mencemik dan menjelirkan lidah.
“Hiih…perasan la, lu! Apa kau ingat kau tu Hugh Jackman? Kalau kau macam dia, lainlah cerita.” Dizyan memerli. Tergelak kecil dia. Menahan perasaan gementar. Macam mana Faizal boleh terdengar kata-katanya itu.
“Aku tahu aku ni memang handsome. Kalau tak, takkanlah semua perempuan kat sekolah ni boleh tergila-gilakan aku. Termasuk kau, kan?” Faizal sengaja ingin menguji perasaan Dizyan. Bibirnya masih mengukir senyuman sesinis yang mungkin. Ternganga Dizyan. Kata-kata guru pengawas mematikan perbualan mereka yang lebih kepada pertingkahan itu.
“Okay. Semua boleh pergi rehat sekarang. Kejap lagi masuk balik untuk next paper, ya. Jangan seorang pun ada dalam kelas ni.” Ujar guru pengawas itu. Kesemua pelajar sudah beredar ke kantin. Terpusu-pusu mereka keluar dari kelas. Agaknya menahan lapar sejak dari tadi. Tidak terkecuali Dizyan. Dia menunggu Misha di luar kelas. Kelihatan Misha berjalan dengan lenggoknya menuju ke arah gadis gempal itu.
“Macam mana exam tadi? Okay?” tanya Misha.
“Okaylah. First paper lagi pun. Kau?” Dizyan pula bertanya sambil kaki mereka melangkah menuju ke kantin. Yasmin sudah lama menunggu dikantin. Maklum sajalah, kantin bersebelahan dengan dewan peperiksaan.
“Okay jugak.” Jawab Misha ringkas.
“So, kau boleh target A1 lah ni?” perli Dizyan. Misha menggeleng.
“Tak jugak. Aku tak expect apa-apa pun.”
“Kau ni mana satu? Kejap kata okay, kejap kata tak expect. Tak pahamlah aku .” Dizyan menggaru kepalanya yang terasa sedikit gatal.
“Taklah. Aku tak nak menaruh harapan. Aku takut kecewa.” Memang selama ini, itulah yang menjadi kerisauan Misha. Memikirkan kemungkinan dia kecewa jika terlalu berharap dengan keputusan yang terbaik.
“Ohh…kalau macam tu, aku tujukan lagu ni untuk kau. ‘Dulu aku sendiri, kini masih sendiri hadapi hidup ini. Susah senang dirimu, tiada tempat mengadu. Seperti burung kepatahan sayap. Di hati kecil ku menaruh harapan’.” Dizyan bernyanyi kecil siap dengan gayanya sekali. Misha terkekeh-kekeh ketawa.
“Uihh…sedapnya suara. Ada konsert AF rupanya kat sini.” Sindir seseorang. Dizyan dan Misha serentak mengalih pandang ke belakang. Kelihatan ahli kumpulan Faizal sedang mengikuti mereka dari belakang.
“Kenapa kau tak pergi audition je?” perli Rizal pula. Dizyan malas menjawab. Dia terus memandang ke tempat lain dan bersedia untuk beredar dari situ. Menarik lengan Misha untuk mengikuti rentak langkahnya.
“Kalau dapat, muat ke nak masuk TV? Nanti bila time si dugong ni, asyik outframe je.” Aneeq pula berkata. Misha beralih memandang mereka semua.
“Apa masalah kau orang ni? Asyik nak kenakan Yan je.” Misha berkata marah. Tetapi oleh kerana suaranya yang lembut, bila marah pun serasa pihak musuh tidak akan takut mendengar suara Misha. Yang lain hanya mentertawakan Misha.
“Apa masalah kau orang ni? Asyik nak kenakan Yan je.” Aneeq bersuara mengejek. Misha mencebik geram.
“Ni apahal ni?” Asrul bertanya tiba-tiba. Entah dari mana dia muncul, tidak pula mereka tahu.
“Haaa…hero kita dah datang untuk selamatkan dunia.” Ejek Aneeq. Mujur Faizal tiada disitu. Jadi bolehlah dia membalas dendam terhadap Asrul yang telah memalukannya sejak kebelakangan ini.
“Apahal kau nak cari gaduh dengan aku pulak? Kau ni memang tak boleh hidup kalau tak gaduh dengan orang.” Mencerlung mata Asrul memandang Aneeq.
“Memang aku suka cari gaduh.” Aneeq mendada tinggi. Ahli kumpulan yang lain sudah kegelisahan jika mereka benar-benar ingin bergaduh disini.
“Ohh…bolehlah kau letak dalam resume kau nanti dalam bahagian pekerjaan terdahulu: kaki pukul.” Kata-kata Asrul itu mengundang gelak besar Dizyan. Misha tidak mahu turut serta. Takut pula nanti Asrul menjadi sasaran Aneeq.
“Kau ni memang melampau!” Aneeq berkata kuat. 2-3 orang pelajar yang lalu disitu turut memandang ke arah mereka. Misha menarik lengan Asrul untuk beredar dari situ.
“Jomlah, Rul. Jangan gaduh kat sini. Kita baru je start SPM.” Dizyan pula berkata untuk meredakan ketegangan di antara mereka. Asrul mengangkat jari telunjuknya ke muka Aneeq. Tanda memberi amaran. Aneeq cuba untuk mendada sekali lagi tetapi segera ditahan oleh Rizal.
“Mamat jangkung tu memang nak kena dengan aku. Aku memang tak puas hati dengan dia.” Aneeq mengepal penumbuknya.
“Aku tahulah, Neeq. Kau nakkan si Misha tu, Misha tak layan. Jadi, kau memang anti dengan Asrul.” Rizal menepuk-nepuk bahu Aneeq.
“Ishh…dengan perempuan macam suara itik tercekik biji durian tu? Memang taklah. Aku suka orang lainlah.” Ujar Aneeq. Yang lain hanya mengerutkan dahi.
“Siapa?” tanya Hakimy pula.
“Satu hari nanti, kau orang akan tahu jugak.” Ujar Aneeq penuh berahsia. Rizal hanya menjungkitkan bahu.

BERSAMBUNG.....

Saturday, May 9, 2009

Kau Milikku 8

BAB 8

TUMBUKAN kuat di meja Faizal mengejutkan kelas 5 Kemboja. Mata kesemua para pelajar tertumpu ke arahnya. Ku Zhety juga turut terkejut dengan tindakan Faizal itu. Belum pernah Faizal semarah itu. Bukan dia tidak pernah marah, tapi belum pernah sehingga menumbuk meja.
“Kenapa ni, you?” tanya Ku Zhety. Takut juga ingin menegur Faizal yang sedang amuk itu. Faizal tidak menjawab apa-apa sebaliknya hanya mendiamkan diri. Guru subjek Matematik melangkah masuk ke dalam kelas. Faizal tidak terasa untuk belajar apa-apa pelajaran pun hari ini. Dia segera bangun dan ingin keluar dari kelas tersebut. Kata-kata Encik Bahar membuatkan kaki Faizal berhenti dari melangkah.
“Kalau awak berani keluar masa kelas saya, saya akan laporkan pada Cikgu Alias.” Ugut Encik Bahar. Faizal memandang sekilas. Kemudian, terus sahaja keluar tanpa berkata sepatah pun. Ahli kumpulannya tercengang. Tidak pernah Faizal bersikap biadap sebegitu. Sesungguhnya mereka memang gangster sekolah. Tetapi tidak pernah bersikap kurang ajar dengan mana-mana pun guru sekolah itu. Cuma, mereka selalu sahaja dipanggil oleh Cikgu Alias. Itu tidak boleh dielakkan. Namanya pun guru disiplin. Encik Bahar meneruskan kelas untuk hari itu.
Faizal melabuhkan punggung bawah pokok tempat mereka selalu berkumpul itu. Hatinya mendongkol geram bila teringatkan kembali perbualan antara dia dan Cikgu Alias.
“Apa nak jadi dengan kamu ni ha, Faizal?” lantang suara Cikgu Alias bertanya sebaik sahaja Faizal menutup pintu bilik guru disiplin itu.
“Kalau ya pun kamu marahkan saya, jangan calarkan kereta saya. Sekarang ni, kereta saya dah calar. Siapa nak ganti? Kamu? Kamu bukannya berduit. Harapkan ibubapa kamu saja yang kaya. Cubalah untuk sekali ni, jangan malukan ibubapa kamu terutama bapa kamu tu, Datuk Farid. Siapa tak kenal dengan Datuk Farid? Penyumbang terbesar di sekolah ni. Jadi, kamu ingat bila bapa kamu dah jadi penyumbang di sekolah ni, kamu boleh buat sesuka hati? Begitu? Ingat, Faizal. Kamu datang sini untuk belajar. Bukan untuk jadi gangster atau ketua mafia sekolah. Kes peras ugut kamu terhadap pelajar tingkatan 2 tu pun belum selesai lagi. Jangan bawak masalah pada sekolah ni. Jangan beri masalah pada saya. Ini tahun terakhir kamu disini. Harap kamu tak berikan masalah untuk tahun terakhir kamu. Ingat! Penilaian kamu berdasarkan kelakuan kamu. Pelajar-pelajar lain akan dinilai oleh guru kelas masing-masing. Tapi bagi kes kamu, saya sendiri akan menilai kamu. Ya, saya tahu kamu pandai. Paling pandai dalam kelas 5 Kemboja tu. Kamu jugak pelajar cemerlang. Lebih cemerlang daripada sesetengah pelajar 5 Amanah. Tapi, kenapa kamu buat masalah? Kamu ada masalah di rumah?” panjang lebar Cikgu Alias berleter. Faizal menundukkan wajah. Malas mahu menjawab.
“Kalau kamu tak nak cerita pada saya, ceritakan pada guru kaunseling kamu. Dia sentiasa ada untuk menolong kamu.” Sambung Cikgu Alias. Disilangkan lengan ke dada. Cikgu Alias melepaskan keluhan. Pening kepala dengan pelajar seorang ini.
“Saya takkan beri apa-apa hukuman kepada kamu hari ni. Cuma, pada Jumaat ni, sewaktu perhimpunan, saya mahu kamu minta maaf kepada saya di hadapan pelajar-pelajar lain kerana mencalarkan kereta saya.” Ujar Cikgu Alias. Faizal membeliakkan mata.
“Tapi, Cikgu....” ayat Faizal dipintas oleh Cikgu Alias.
“Tak ada tapi-tapi lagi. Kamu boleh masuk ke kelas sekarang.” Arah Cikgu Alias. Faizal masih tidak berganjak dari kerusi yang didudukinya.
“Ada apa-apa masalah lagi, Faizal? Kamu nak saya tambah lagi hukuman kamu?” ugut Cikgu Alias. Dengan malas, Faizal bangun dan beredar dari bilik guru disiplin itu. Meminta maaf dihadapan pelajar-pelajar lain sewaktu perhimpunan? Ini akan memalukan dia sebagai ketua gangster sekolah.
Faizal menumbuk pokok yang dijadikan tempat berteduh itu. Ini memang kerja Dizyan. Tidak lain dan tidak bukan, mesti dia!
“Sabar, Zal! Sabar. Kau mesti bertenang kalau nak kenakan dugong tu. Kau mesti kenakan dia habis-habisan. Kau mesti malukan dia.” Faizal memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Dia melepaskan keluhan perlahan.
Dizyan terlihat Faizal melintasi kelasnya dengan wajah yang muram. Membuatkan dia terfikir. Apakah hukuman yang diberikan oleh Cikgu Alias kepada Faizal? Loceng berbunyi sekali menandakan subjek Prinsip Akaun yang sedang Dizyan belajar tamat pada hari itu. Cikgu Izwan keluar dari kelas setelah memberikan kerja rumah untuk pelajar-pelajarnya. Misha dan Yasmin mendekati Dizyan yang sedang leka menyiapkan kerja rumah Prinsip Akaunnya itu.
“Yan, kau nak tahu tak?” ujar Yasmin membuatkan Dizyan mendongak memandang sahabatnya itu. Dikerutkan sedikit dahi. Seperti wartawan sahaja, gayanya.
“Faizal calarkan kereta Cikgu Alias.” Misha pula berkata. Menyambung ayat Yasmin.
“Ohh...ye ke? Itu aku dah tahu.” Perlahan sahaja tutur Dizyan. Misha dan Yasmin saling berpandangan.
“Macam mana kau tahu? Aku pun dapat tahu masa lalu depan bilik Cikgu Alias tadi.” Sela Yasmin. Tiada reaksi menggelabah yang ditunjukkan Dizyan. Sebaliknya, hanya tersenyum meleret.
“Jangan-jangan kau....” ayat Yasmin tergantung.
“Kau jangan nak tuduh aku. Tak ada bukti, tak boleh tuduh.” Kata Dizyan, masih dengan senyuman misterinya. Misha menyilangkan lengan dan menggeleng perlahan.
“Kau tahu tak Cikgu Alias bagi hukuman apa?” ujar Yasmin lagi. Ingin mencari reaksi Dizyan. Gadis itu menjungkitkan bahu.
“Minta maaf secara terbuka masa kat perhimpunan nanti.” Yasmin menukas.
“So? Apa yang susahnya? Minta maaf saja, sudah. Aku ingatkan hukuman apalah tadi.” Ujar Dizyan. Sahabat-sahabatnya hanya menggelengkan kepala. Mereka seperti sudah tidak mengenali gadis yang bernama Dizyan Farhana ini.
“Kau tahu tak, minta maaf bagi orang macam dia tu, it’s just like a suicide.” Tingkah Yasmin. Dizyan masih berwajah selamba.
“Biarlah dia nak suicide sekalipun. Aku tak hairan.” Ujar Dizyan, seperti orang yang tiada perasaan. Misha hanya mendiamkan diri. Malas mahu ikut campur.
“Yan, kenapa dengan kau sekarang ni? Bukan macam Yan yang dulu. Yan yang ini dah tak ada sifat keperimanusiaan.” Sela Misha. Yasmin mengangguk pantas.
“Dia yang mulakan perang ni. Dan, aku akan pastikan, aku yang tamatkan perang ni.” Dengan penuh perasaan dendam, Dizyan mengucapkan kata-kata.
“Yan...nasihat aku untuk kau. Kau orang nak gaduh, jangan libatkan sesiapa pun.”Misha menyampaikan nasihat. Dizyan mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Kau orang jangan risau. Aku takkan libatkan sesiapa. Sebab ini adalah perang antara aku dan dia je.” Dizyan memberi janji. Misha dan Yasmin sedikit lega walaupun mereka pada mulanya tidak pasti akan janji itu.


HARI Jumaat, hari yang paling disukai oleh semua orang terutama sekali bagi pelajar-pelajar sekolah. Tidak terkecuali bagi Dizyan juga. Begitu bersemangat dia ke sekolah. Seorang gadis pengawas tersenyum ke arahnya. Seawal 7 pagi lagi, Dizyan sudah terpacak dihadapan pintu pagar sekolah.
“Awal kau hari ni?” ujar pengawas itu yang memakai tag nama Afyza.
“Biasalah, Afy. Aku memang boleh datang awal. Saja je aku suka melengah.” Sengih Dizyan. Afyza menggelengkan kepalanya.
“Bersemangat kau hari ni.” Puji Afyza.
“Haruslah aku bersemangat. Sebab aku dah berjaya kenakan gangster sekolah.” Ujar Dizyan sambil membetulkan beg galas yang sudah melurut ke bawah.
“Siapa? Faizal?” terbelalak biji mata Afyza melihatkan wajah selamba Dizyan.
“Siapa lagi?” Dizyan berkata.
“Hah...cerita pasal Faizal. Katanya, dia ada satu pengumuman yang dia nak buat waktu perhimpunan nanti.” Afyza menyambung. Dizyan tersenyum penuh makna.
“Tulah sebabnya aku bersemangat nak datang awal hari ni.” Ujar Dizyan dan terus melangkah meninggalkan Afyza yang terpinga-pinga. Sempat melambai ke arah sahabatnya itu.
Dizyan menuju ke kelasnya yang terletak di tingkat atas. Meletakkan beg galas ke atas kerusi. Dilabuhkan punggung sebentar sebelum loceng berbunyi menandakan mereka harus beratur. Tidak sabar dia menunggu untuk ‘pengumuman’ khas yang akan disampaikan oleh Faizal itu. Dizyan beratur di belakang Yasmin. Misha beratur di belakangnya. Seperti biasa semasa perhimpunan, mereka dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan diikuti pula oleh lagu sekolah. Kemudian, membaca ikrar dan rukun negara oleh ketua pengawas. Pengerusi majlis mencapai mikrofon yang tergantung itu.
“Sekarang diminta Azem untuk membacakan doa. Dipersilakan.” Seorang pelajar yang memakai baju putih dan seluar hijau tua, naik ke atas pentas untuk membaca doa. Memang setiap minggu dia dipertanggungjawabkan untuk membaca doa. Selesai doa dibacakan, pengerusi majlis mengambil semula mikrofon dan mula menyampaikan ‘amanat-amanat’ guru yang diberikan untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar.
Sesekali terdengar Dizyan mengeluh kuat. Yasmin memusingkan kepala ke belakang. Misha mendekatkan badannya ke badan Dizyan.
“Apasal kau ni dari tadi mengeluh tak habis-habis?” tanya Yasmin. Dizyan tersenyum kecil. Mereka seperti memahami akan maksud senyuman itu. Yasmin menjungkitkan bahu dan memaling semula ke hadapan. Misha menggeleng perlahan.
“Sekarang kita ada satu pengumuman yang akan disampaikan oleh salah seorang rakan kita. Dipersilakan Faizal untuk naik ke pentas.” Mata Dizyan yang sejak sedari tadi kuyu sahaja, terus menjadi segar apabila mendengar kata-kata pengerusi majlis itu. Tersenyum lebar. Ahli kumpulan Faizal tercengang. Ada sesetengah pelajar berbisik sesama sendiri. Ku Zhety yang pada mulanya leka bersembang bersama rakan-rakan, terus mengalihkan pandangan ke hadapan. Perlahan-lahan Faizal melangkah naik ke atas pentas. Disambut mikrofon yang dihulurkan pengerusi majlis. Faizal berdehem kecil. Kesemua pelajar masih menanti butir bicara anak muda itu.
“Pertama sekali, terima kasih kepada pengerusi majlis sebab berikan saya peluang ni untuk menyampaikan sesuatu.” Ucap Faizal dan memandang ke arah pengerusi majlis yang berdiri tidak jauh dari situ. Budak lelaki yang dikenali sebagai Ashraff atau Acap itu, mengangguk perlahan dan tersenyum.
“Keduanya, saya ingin minta maaf dengan Cikgu Alias sebab calarkan kereta cikgu hari tu. Saya sebenarnya tak berniat. Tapi sebab ikutkan rasa marah, saya buat jugak.” Suara Faizal yang lembut itu membuatkan hati Cikgu Alias tidak lagi dibakar api. Sebaliknya terus sejuk. Hilang sudah rasa amarahnya. Senyuman di bibir Dizyan serta-merta mati. Tidak lagi selebar tadi. Rasa bersalah menerpa di benak. Aku yang buat, dia yang tanggung, gumam hati Dizyan sendiri.
“Di kesempatan ini jugak, saya nak minta maaf kepada semua yang pernah saya buli atau peras ugut. Saya tahu saya banyak buat salah pada kau orang. Saya mengaku saya rasa seronok bila kenakan kau orang. Tapi lama-kelamaan rasa seronok tu jadi rasa bersalah. Hati saya rasa tak tenang.” Jelas Faizal. Wajahnya ditundukkan sebentar. Kemudian didongakkan semula dan memandang ke hadapan. Tepat ke arah Dizyan. Gadis itu kegelisahan. Pura-pura memandang ke arah lain.
“Tapi, ego saya terlalu besar. Dan, menghalang saya daripada meminta maaf. Hari ni, hati saya telah terbuka untuk meminta maaf. Maafkanlah saya. Ini tahun terakhir saya berada disini. Berharap kemaafan kau orang semua dapat menjadikan saya manusia yang lebih berguna kelak.” Panjang lebar Faizal berucap. Kesemua mata memandang sayu ke arahnya. Tiba-tiba hati Faizal digeletek lucu. Nampak sangat rancangannya sudah berjaya. Dia memandang ke arah Dizyan. Gadis itu juga menampakkan riak wajah bersalah. Ingin tersenyum tetapi segera ditahan. Faizal menghulurkan mikrofon itu semula kepada pengerusi majlis.
“Terima kasih, Faizal. Jadi, macam mana? Kau orang semua maafkan dia?” Acap bertanya kepada ratusan pelajar dihadapannya. Mereka semua mengatakan setuju serentak. Acap menyuakan mikrofon tersebut ke arah mulut Faizal.
“Terima kasih. Walaupun dah macam-macam aku buat, kau orang tetap maafkan aku. Terima kasih banyak-banyak.” Faizal berkata se’ikhlas’nya. Yasmin memusingkan badan ke belakang. Memandang Dizyan
“Kau tengok. Dia sanggup ketepikan ego dia dan minta maaf. Kau tak rasa apa-apa ke?” Yasmin menyindir. Dizyan mendengus perlahan.
“Dahlah tu. Aku dah cukup rasa bersalah ni.” Ujar Dizyan.Yasmin tersenyum kecil.
“Tahu tak apa.” Yasmin memusingkan semula badannya ke hadapan.


SELEPAS tamat perhimpunan, ahli kumpulan Faizal menyerbunya. Mereka masih tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana Faizal cepat sangat mengikut kata-kata Cikgu Alias. Faizal tidak peduli semua itu. Yang penting, dia rasa puas dapat melihat reaksi Dizyan tadi. Sudah pasti gadis itu mengena jeratnya. Dia hanya tersenyum penuh misteri. Asrul dan Najib menuju ke arah Faizal yang dikerumuni ahli kumpulannya.
“Apa yang ada dalam fikiran kau?” tanya Najib tiba-tiba. Aneeq memandang Najib dengan perasaan jengkel. Tidak suka Faizal selalu bergaul dengan anak muda itu. Tetapi apakan daya, mereka sudah bersahabat sejak dari kecil. Aneeq berfikir sesuatu. Dia harus mencari jalan supaya Faizal tidak selalu mendekati Najib. Baginya, Najib membawa pengaruh positif terhadap Faizal. Dan sekaligus akan mengurangkan nilai-nilai negatif yang disemai oleh Aneeq dalam diri Faizal.
“Tak ada apa-apa. Betul jugak cakap Cikgu Alias. Aku kena minta maaf dengan semua orang. Sebab ini, last year aku kat sini.” Ujar Faizal. Tiada reaksi yang ditunjukkan. Tetapi dia tahu, Najib tetap dapat membaca isi hatinya.
“Come on lah, Zal. Ingat! Aku kenal kau.” Najib seperti memberi amaran.
“Kau jangan buat benda-benda yang akan memalukan family kau nanti. Papa kau tu, Datuk Farid.” Sela Asrul pula. Faizal mengeluh bosan.
“Yelah, aku tahu. Berapa kali kau orang nak remind kan aku tentang bapak aku tu?” Faizal sudah menyampah. Setiap kali seseorang ingin memberikan nasihat atau pesanan kepadanya, pasti akan disebut nama Papa Faizal sekali. Dia sudah bosan. Bosan hidup dibawah nama Datuk Farid. Faizal ingin orang mengenalinya kerana Fezrull Faizal bukan kerana Datuk Farid. Tetapi, namanya pun berbinkan Datuk Farid. Kemana lagi harus dia buang nama itu? Nama itu akan sentiasa mengikuti dia sehingga hari tua kelak. Asrul menepuk bahu Faizal perlahan.
“Fez, jom karaoke malam ni.” Ajak Aneeq. Yang lain turut bersetuju dengan cadangannya itu. Faizal memandang malas.
“Sorry, guys. Fez tak boleh ikut kau orang.” Najib mencelah. Mata Aneeq mencerlung memandang anak muda itu.
“Kau apahal nak tolong cakap untuk Fez? Ada aku ajak kau? Tak, kan? Jadi, tolong diam. Aku tanya Fez.” Kata-kata Aneeq mencetuskan kemarahan Najib.
“Aneeq, kau kena ingat. Kalau tak kerana Fez kesiankan kau dan ajak kau masuk kumpulan kami dulu, sumpah sampai sekarang pun kau masih akan jadi orang yang dibuli. Bila kau dah masuk kumpulan ni, pandai-pandai pulak kau nak hasut Fez jadi budak jahat. Dulu, kumpulan ni tak pernah jadi most wanted A-list Cikgu Alias. Sekarang ni, sejak ada kau, kumpulan ni dah selalu diburu guru disiplin dan pengawas sekolah. Kalau aku kata Fez tak boleh pergi karaoke malam ni, apa kau nak buat?” ugut Najib. Faizal menyilangkan lengan dan menyandarkan badan ke batang pokok yang dijadikan tempat berteduh mereka. Aneeq sudah berdiri dari duduknya dan berhadapan dengan Najib.
“Sekarang ni pun kau bukan ahli kumpulan ni lagi dah. Apa kata kalau kau blah je dari sini? Sebelum kau masuk hospital sebab aku belasah kau.” Aneeq mengugut. Najib tersenyum sinis. Asrul menggeleng perlahan.
“Kau nak belasah aku? Kau fikir sikit siapa yang tukar imej kau jadi macam ni sekarang kalau tak aku yang buat. Kalau tak, imej kau still macam dulu. Geeky. Nerd.” Ujar Najib membuka cerita. Ahli kumpulan yang lain sudah bersedia untuk mendengar cerita Najib. Faizal mendengus kasar. Tidak suka Najib mula mengungkit kisah lama.
“Dahlah, Jib. Apa yang dah lepas, lupakan je. Janganlah nak ungkit kat sini.” Faizal berkata perlahan. Najib memandang Faizal selamba.
“Aku memang tak nak ungkit. Tapi kawan kau ni yang tak sedar diri.” Lantang Najib melontarkan rasa amarah yang ditahan-tahan selama ini. Faizal berdiri dan menepuk-nepuk bahu Najib perlahan.
“Dahlah tu. Aku tak nak kau orang gaduh kat sini. Please...” rayu Faizal perlahan ditelinga sahabat karibnya itu. Najib mengangguk perlahan. Terpaksa akur dengan kehendak Faizal.
“Aku lepaskan kau sebab Fez je tau.” Ujar Najib. Sengaja Aneeq menyengetkan mulutnya. Membuat muka jahat. Najib menuding jari ke arah Aneeq. Tanda amaran. Najib terus sahaja beredar dari situ. Malas hendak melihat wajah Aneeq lagi.

BERSAMBUNG.....

Thursday, May 7, 2009

GOOD NEWS!!!!

Good news for Dari K.L ke Luxembourg fans!!!!!

Hehe serasanya dah ber'abad' Ecah menulis novel Dari K.L ke Luxembourg. Baru sekarang ni dapat peluang nak publish...So jangan lupa dapatkan novel D.K.L.K.L 1 & 2.....Sbb pjg sgt....So publisher terpaksa wat 2 jilid....hehe itulah, menulis tak hengat punya.....bantai tulis jer....skang nie smpi kene wat 2 jilid.....

If i'm not mistaken, maybe in June akan berada di pasaran.....so watch out u D.K.L.K.L lovers!!!!hope to support me all the way.....and 4 ever n ever...haha gila sekejap! sorry.....excited sgt!!!!!

BELI TAW!!!!kihkihkih......

Daaaaaaaa

Kau Milikku 7

BAB 7

USTAZAH Khalisah masuk ke dalam kelas 5 Kemboja. Kesemua pelajar berdiri dan mengucapkan salam. Salam dibalas oleh ustazah muda itu. Kebanyakan pelajar-pelajar lelaki disekolah itu, menyukai ustazah ini. Bukan kerana dia baik tetapi orangnya cantik, lemah-lembut dan yang paling penting, masih bujang. Pelajar perempuan yang tidak memakai tudung, digalakkan untuk mengenakan tudung. Menghormati pembelajaran yang yang sedang dibelajari itu. Ku Zhety membuka beg galasnya. Ingin mengambil tudung yang memang selalu dibawa ke sekolah. Tiada! Habis diselongkar begnya itu. Mengeluarkan buku-buku untuk memudahkan dia mencari tudung yang dibawanya. Masih tiada. Ku Zhety sudah menggelabah. Dicari bawah meja. Juga tiada. Kemanalah agaknya pergi tudung dia itu?
“Kenapa awak tak pakai tudung, Zhety?” tanya Ustazah Khalisah. Apakah alasan terbaik untuk diberikan kepada ustazah tersebut. Pelajar yang lain memerhatikan gelagat Ku Zhety itu.
“Saya bercakap dengan awak ni, Zhety.” Ujar Ustazah Khalisah. Pantang baginya, jika pelajar itu yang ditanya tetapi tiada jawapan atau respon. Perlahan-lahan Ku Zhety bangun dari kerusinya.
“Saya lupa bawak, Ustazah.” Jawab Ku Zhety.
“Awak tahu kan. Saya tak suka kalau orang tak pakai tudung dalam kelas saya. Awak pergi berdiri kat belakang sampai tamat kelas saya.” Arah Ustazah Khalisah. Masih bernada lembut tetapi mempunyai sedikit ketegasan yang terselit di nada suaranya. Ku Zhety mengangguk perlahan dan berjalan hingga ke belakang kelas. Harus menjalani hukuman buat hari itu. Terfikir juga dia. Siapakah yang berniat ingin mengenakan dia?
Tiba-tiba Dizyan melintasi kelas 5 Kemboja bersama Misha dan Yasmin. Terlihat akan Ku Zhety yang berdiri di belakang kelas. Turut memandang ke arah Dizyan dengan perasaan jengkel. Dizyan hanya memberikan senyuman yang cukup sinis pada pandangan mata Ku Zhety. Perasaan Ku Zhety bertambah geram. Dia pasti akan membalas dendam.
Pandangan Faizal turut teralih ke luar kelas semasa Dizyan melintasi kelasnya. Gadis itu mengangkat ibu jari dan menjelirkan lidah. Tanda padan muka. Faizal membeliakkan mata. Dia yakin ini adalah angkara Dizyan. Faizal melepaskan keluhan kasar. Memandang ke arah Ku Zhety yang berada di belakang kelas. Mereka saling memberi isyarat mata dan memahami akan isyarat itu. Tumpuan Faizal dan Ku Zhety tidak terarah kepada pembelajaran Agama Islam pada hari itu. Lebih kepada rancangan membalas dendam.
Sebaik sahaja Ustazah Khalisah melangkah keluar, Ku Zhety duduk semula di tempatnya di sebelah Faizal. Tidak punya selera untuk keluar makan. Ku Zhety sudah ada rancangan. Tidak tahu samada menjadi ataupun tidak. Yang penting, dia dapat mengenakan Dizyan sudah memadai baginya.
“I nak pergi kantin ni. You tak nak makan ke?” tanya Faizal lembut.
“Tak naklah.” Ujar Ku Zhety. Faizal menjungkitkan bahu dan keluar dari kelas tersebut bersama ahli kumpulannya. Pandangan mata Ku Zhety mengekori langkah Faizal dan ahli kumpulannya. Tersenyum penuh misteri.
“Jagalah kau, dugong. Kau memang nak kena dengan aku. You’re messing with the wrong lady.” Ucap Ku Zhety. Setelah itu, dia tertawa kuat. Kemudian menekup mulutnya. Takut juga jika orang mengatakan dia tidak waras kerana gelak seorang diri.



TAMAT sahaja persekolahan pada hari itu, Ku Zhety menyandarkan badan kepada Faizal. Lelaki itu sibuk memasukkan buku ke dalam beg galasnya. Perlahan-lahan Faizal menolak badan Ku Zhety supaya menjauhi dia. Rimas pula dengan kelakuan Ku Zhety itu. Muncung Ku Zhety sudah panjang sedepa. Faizal malas mahu melayan sikap keanak-anakan gadis tersebut. Ahli kumpulan yang lain sudah mulai berkumpul di meja Faizal. Ku Zhety menghentakkan kaki dan terus berlalu dari situ. Sebal apabila tidak dilayan oleh kekasih hati. Aneeq hanya tersenyum melihat Faizal menolak Ku Zhety itu.
“Fez, jom lepak karaoke hari ni.” Ajak Aneeq. Faizal menggeleng.
“Tak naklah. Hari ni aku ada hal.” Tolak Faizal akan pelawaan itu.
“Hal? Hal apa?” Aneeq bertanya pula.
“Adalah hal aku. Kenapa kau nak sibuk?” Faizal berkata perlahan. Dia terus menggalas beg dan meninggalkan ahli kumpulannya terpinga-pinga. Mereka berpandangan sesama sendiri dan menjungkitkan bahu. Kemudian, mereka turut beredar dari kawasan sekolah.
Terhendap-hendap Dizyan melihat ke arah Faizal. Ternampak Faizal berdiri dihadapan tandas lelaki dengan memegang sebaldi air sabun dan sebatang berus. Dizyan menepuk dinding yang dijadikan tempatnya untuk berlindung itu. Kenapa Faizal boleh dapat sebatang berus? Sedangkan sewaktu dia dikenakan hukuman, Dizyan diberikan berus sabut sahaja. Ini tidak adil. Tetapi tidak mengapa. Sudah puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Seterus, finale untuk rancangannya ini. Biar dia dihukum seberat-beratnya oleh Cikgu Alias. Dizyan berjalan ke arah laman sekolah dimana guru-guru sekolah tersebut memarkirkan kereta mereka. Dikeluarkan kunci rumah yang sememangnya dibawa kemana-mana sahaja. Dizyan memandang ke kiri dan ke kanan. Ingin melihat samada ada orang yang sedang memerhatikan dia ataupun tidak. Nampaknya, tiada. Segera dia menoreh kereta Cikgu Alias dengan kunci yang dipegangnya disebelah pintu pemandu. Kemudian, dia membuang kepingan cat kereta yang melekat di kuncinya itu. Takut juga bahan itu akan dijadikan bukti untuk menuduh dia. Itulah sebabnya terlalu banyak sangat menonton rancangan CSI:Crime Scene Investigation. Sudah tahu bagaimana untuk mencari bahan bukti.
Cepat sahaja Dizyan menyimpan semula kunci ke dalam poket baju sekolahnya. Sempat lagi tersenyum sinis.
“Padan dengan muka kau, Faizal! Esok gerenti kena panggil dengan Cikgu Alias lagi.” Gumam Dizyan seorang diri. Mengekek dia tertawa kecil. Memandang semula ke kiri dan ke kanan. Terus sahaja kaki dia laju melangkah meninggalkan kawasan tempat letak kereta tersebut.
Sengaja pada hari itu Dizyan pulang lewat. Ingin menguji tahap kemarahan Faizal lagi. Dia menunggu di kantin. Sambil itu, menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan guru sebentar tadi. Sedang menyiapkan kerja rumah Perdagangan, ternampak kelibat Faizal melintas. Dengan pantas, Dizyan mengemaskan buku-buku sekolahnya dan dimasukkan ke dalam beg galas. Dia tahu pasti Faizal akan berhenti melepak di bawah pokok tempat ahli kumpulannya selalu melepak. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi kawasan ahli kumpulan Faizal sedang melepak. Mereka semua sedang leka bersembang. Hanya Faizal sahaja yang mencerunkan pandangan ke arah Dizyan. Gadis itu tersenyum sangat sinis. Ibu jarinya diterbalikkan ke bawah. Dizyan beredar dari situ setelah berjaya menyakitkan hati Faizal walaupun sedikit. Faizal menggenggam penumbuk sekuat hatinya. Geram tidak terkata.


DALAM perjalanan pulang ke rumah, Dizyan bernyanyi kecil sambil berjalan kaki. Puas hati dapat mengenakan ketua gangster sekolah. Sedangkan mafia, mobster atau yakuza yang ingin cari pasal dengannya pun, pasti Dizyan tidak takut untuk menentang musuh. Inikan pula hanya ketua gangster sekolah. Tetapi keterlaluan sangatkah dia menggores kereta Cikgu Alias dan menuduh Faizal yang melakukannya? Ah...usah difikirkan perkara itu. Mereka yang selalu mendajalkan dia pun, tidak pernah ada perasaan bersalah.

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Disebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku....

Dari kejauhan, terdengar suara-suara sumbang motor kapcai yang sedang ditekan minyak. Telinga Dizyan menjadi bingit. Tetapi tidak dipedulikan bunyi-bunyian itu. Langkah Dizyan perlahan. Belum sempat dia memasuki kawasan taman perumahan yang didiaminya, perjalanan Dizyan disekat oleh sebuah motor. Lelaki di atas motor itu melemparkan senyuman. Tidak tahu samada sinis atau manis. Dizyan mendengus kasar. Memandang lelaki itu dengan renungan yang tajam.
“Tepilah.” Ujar Dizyan kasar. Ditolak badan lelaki itu. Nasib baik sempat diseimbangkan. Kalau tidak, mahu jatuh tersungkur dia disitu.
“Aku takkan ketepi selagi aku tak dapat jawapan.” Ugut lelaki itu. Dizyan menjungkitkan kening.
“Jawapan apa? Kau ingat aku ni ketua peperiksaan. Kau nak jawapan, tunggulah periksa.” Dizyan berkata. Membalas pandangan tajam lelaki itu.
“Kau boleh buat lawak pulak dengan aku, ya.” Tahap kemarahan lelaki itu hampir memuncak.
“Kau nak apa sebenarnya ni, Faizal? Cakap cepat-cepat boleh tak? Aku dah panas ni.” Dizyan mengibarkan tangannya ke arah muka. Wajah coklat susu itu sudah dibasahi peluh.
“Kau yang conteng tandas lelaki kan? Lepas tu Cikgu Alias ingat aku yang buat.” tanya Faizal. Kesemua mata ahli kumpulannya yang turut serta, sama-sama memandang ke arah Dizyan.
“Ada bukti ke yang kau main tuduh aku melulu je ni?” muka Dizyan selamba menuturkan kata.
“Memang kau yang buat kan? Kau yang nak balas dendam kat aku.” Nada suara Faizal sedikit meninggi. Dizyan masih mengekalkan reaksi pura-pura tidak tahu diwajahnya itu.
“Ada bukti? Kalau kau ada bukti, bolehlah kau cakap. Masalahnya, kau tak ada bukti. Jadi jangan tuduh aku. Macam aku jugak. Aku tak ada bukti yang kau orang ‘tolong’ contengkan dinding dalam toilet perempuan. Then, tuduh aku yang buat. Tapi aku tak ada bukti. Jadi aku tak tuduh pun kau orang. So, jangan kacau hidup aku lagi dah lepas ni.” Dizyan menjeling geram. Terus sahaja dia berlalu pergi.
“Apa ada dalam otak kau, Fez?” tanya Rizal apabila dilihatnya Faizal seperti memikirkan sesuatu.
“Aku ada satu plan. Tapi plan ni kita akan buat lepas kita habis SPM. Dan, aku akan pastikan si dugong tu malu nak jumpa dengan kita. Aku akan pastikan hidup dia merana.” Begitu kejam sekali kedengaran pelan yang direncanakan oleh Faizal itu. Rizal dan Hakimy saling berpandangan. Aneeq tersenyum sinis. Dany dan Rifki hanya menjungkitkan bahu. Kemudian, mereka beredar dari situ.


SEPERTI yang dijangkakan oleh Dizyan, Faizal dipanggil sekali lagi oleh Cikgu Alias. Marah benar orang tua itu apabila melihat keretanya dicalarkan oleh anak muda tersebut. Yasmin menepuk bahu Dizyan. Terkejut gadis itu. Diurut dadanya. Disangkakan Faizal yang datang ingin mencari pasal lagi.
“Wei, kenapa haa...2 hari berturut-turut si ketua geng syaitan tu kena panggil?” tanya Yasmin. Misha menggelengkan kepala.
“Kau ni, Yas. Dia orang ada nama kumpulan lah. Faizal and the boys. Kenapa kau panggil geng syaitan? Tak baik tau, Yas.” Ujar Misha. Walaupun dia juga turut tidak menyukai ahli kumpulan itu tetapi baginya, tidak patut kita menggelarkan seseorang itu syaitan.
“Yelah...yelah. Aku tahu. Tu kan bekas kumpulan boyfriend kau.” Perli Yasmin. Sekali lagi mendapat gelengan daripada Misha. Kali ini, Dizyan turut serta menggeleng sama.
“Bukan sebab Asrul pernah join group dia orang. Tapi...kan tak baik.” Misha berkata lagi.
“Betul cakap Sha tu, Yas. Tak baik. Aku yang selalu kena naya dengan dia orang pun aku tak panggil dia orang geng syaitan.” Dizyan membela Misha dari dituduh Yasmin.
“Oklah...oklah...Aku takkan panggil dia orang geng syaitan lagi.” Yasmin mengalah.
“Tapi yang aku peliknya, kenapa si Faizal tu asyik kena panggil je 2 hari ni?” Yasmin masih meluahkan rasa ingin tahunya.
Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke dalam kelas, seorang gadis menyerbu ke arah mereka. Pelik mereka bertiga melihat Kartika.
“Kenapa ni, Tika?” tanya Misha. Memegang lengan Kartika.
“Yan, ada bungkusan untuk kau atas meja.” Ujar Kartika. Dizyan mengerutkan dahi.
“Bungkusan?” tanya Dizyan kembali. Kartika mengangguk pantas.
Dizyan melangkah laju ke arah mejanya. Memang ada sebuah bungkusan yang dibungkus elok seperti hadiah terletak di atas mejanya. Tiada nama pengirim. Perlahan-lahan Dizyan merungkaikan ikatan reben di kotak hadiah tersebut. Dibuka sahaja kotak itu, lalu melompatlah keluar katak dan tikus. Menjerit-jerit pelajar perempuan kelas tingkatan 5 Amanah. Tidak terkecuali Dizyan, Misha, Yasmin dan Kartika. Pelajar-pelajar kelas sebelah keluar dari kelas masing-masing dan menjenguk ke dalam kelas 5 Amanah. Kelihatan para pelajarnya sedang menjerit kegelian. Seekor tikus menaiki kain biru cair milik Dizyan. Menjerit kuat gadis itu. Terlompat-lompat menepis tikus itu dari terus menaiki kainnya. Kesemua para pelajar keluar dari kelas tersebut. Ku Zhety dan rakan-rakannya tertawa kuat melihat telatah Dizyan dan ahli kelas 5 Amanah itu. Mata Dizyan mencerlung memandang ke arah Ku Zhety.
“Aihh...takkan lah dugong takut dengan tikus dan katak. Kalau kau pijak sekali je pun, aku rasa binatang-binatang tu dah jadi macam lempeng. Kaki kau kan berat. For sure tak hidup punya.” Sindir Ku Zhety. Dizyan melepaskan keluhan. Tahulah dia bahawa Ku Zhety yang menghantar bungkusan itu.
“Ohh...kaulah yang hantar bungkusan tu?” pura-pura Dizyan bertanya. Ku Zhety menjungkitkan bahu dengan wajah mengejek.
“Dah jumpa ke tudung kau? Jangan nanti kena denda lagi.” Perli Dizyan pula. Ku Zhety membeliakkan mata.
“Aku dah beli barulah.” Ujar Ku Zhety sedikit kasar.
“Ohh..kau dah beli baru. Harap kau tak misplaced lagi kali ni.” Dizyan pula bersuara menyindir. Ku Zhety mendengus geram. Terus mengajak rakan-rakannya untuk pulang ke kelas.
“Huh...kau jangan main-main dengan aku. Ini Dizyan Farhana lah.” Gumam Dizyan keseorangan. Tiba-tiba suara Cikgu Alias memekik menghentikan tawa mereka yang lain. Dizyan beralih pandang ke arah lelaki itu. Faizal bermuka masam. Tidak langsung dipandang ke arah Dizyan. Gadis itu seperti terfikir. Apakah hukuman yang diberikan oleh Cikgu Alias kepada Faizal? Ah...lantaklah. Yang penting, dendamnya sudah terbalas.
“Ni kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Cikgu Alias. Kesemua pelajar menuding jari ke arah Dizyan yang berada di luar kelas.
“Yan, kenapa ni?” tanya Cikgu Alias lantang. Dizyan tersentak. Memandang semula ke arah Cikgu Alias yang berdiri tercegat dihadapan pintu kelas.
“Ada orang hantar sebungkus katak dan tikus kat saya, Cikgu.” Dizyan berwajah tidak bersalah. Pandai sungguh dia bermain dengan emosi. Kalau bertanding di Oscar, pasti namanya tercalon dan sekaligus memenangi anugerah itu.
“Kamu tahu siapa?” tanya Cikgu Alias lagi.
“Saya tak pasti, Cikgu. Yang saya tahu, dia memang dendam dengan saya. Kalau tak, takkanlah dia hantar katak dengan tikus tu kat saya.” Dizyan pura-pura sedih. Cikgu Alias membetulkan cermin mata yang sudah melurut turun.
“Baiklah. Saya akan siasat siapa yang berniat nak mengenakan kamu. Kamu boleh masuk ke kelas. Katak dengan tikus tu, saya akan bawak dan buang ke luar.” Ujar Cikgu Alias. Dizyan mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil.
“Terima kasih, Cikgu.” Ucap Dizyan. Cikgu Alias beredar dari kelas 5 Amanah dengan membawa sekotak binatang-binatang itu. Dizyan melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman sinis.
“Yan, kau kan tahu siapa yang buat. Apasal kau tak beritahu je terus pada Cikgu Alias?” ujar Kartika. Dizyan menggawang-gawangkan jari telunjuknya serentak dengan gelengan kepala.
“No way. Aku takkan beritahu pada Cikgu Alias siapa yang buat. Biar dia yang jumpa sendiri orang tu. Bila Zhety confront aku, tahulah apa aku nak jawab.” Sela Dizyan. Semua jawapan sudah dirangka di dalam kepalanya. Kartika, Misha dan Yasmin hanya menggelengkan kepala. Bilalah agaknya akan ada kesudahan dalam perang dingin mereka ini?
“Sejak bila kau jadi jahat ni, Yan?” tanya Kartika secara berseloroh.
“Sejak aku dan geng dia orang berperang.” Ujar Dizyan dengan senyuman.


BERSAMBUNG.....


Sunday, May 3, 2009

Kau Milikku 6

BAB 6

SEBAIK sahaja Dizyan melangkah masuk, dia diserbu oleh Mak Kiah. Berkerut dahi orang tua itu melihat warna baju Dizyan. Pelik dia melihat kelakuan Mak Kiah.
“Yan pergi sekolah ni, pergi belajar ke pergi....main?” tanya Mak Kiah. Tergelak kecil Dizyan mendengar soalan Mak Kiah.
“Pergi belajarlah, Mak Kiah.”
“Habis, kenapa setiap hari Yan balik je baju mesti kotor?”
“Entahlah, Mak Kiah. Ada orang gila kat sekolah tu suka kacau Yan.” Ujar Dizyan. Dia membuka kasut sekolah yang dipakainya itu. Diletakkan di atas rak kasut.
“Hmmm....Mak Kiah tak faham dengan budak-budak zaman sekarang ni.” Rungut Mak Kiah. Dizyan tersenyum.
“Tak perlu nak susah-susah faham, Mak Kiah. Buat pening kepala je.” Sela Dizyan. Dia berjalan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas.
“Sudahlah tu. Kamu pergi naik mandi. Bau ‘bacin’.” Mak Kiah pura-pura menutup hidungnya. Lagi galak Dizyan mengusik orang tua yang kuat melatah itu.
“Mestilah bau ‘bacin’. Namanya pun baru balik dari sekolah.” Dizyan sudah tahu akan maksud bacin itu apabila setiap kali Mak Kiah akan merujuk kepadanya selepas pulang dari sekolah. Bacin itu seperti bau peluh yang kurang menyenangkan.
Terus sahaja Dizyan melangkah naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Diletakkan baju yang kotor tersebut dalam baldi. Direndam bersama sabun yang khas untuk membasuh baju. Selesai mandi, Dizyan memakai pakaian yang lebih bersih. Dia membaringkan diri di atas katil. Tidak boleh menunaikan suruhan yang wajib. Berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk mengenakan Faizal dan Ku Zhety. Sudah tahu! Kemudian, Dizyan tertawa kuat seorang diri. Entah bila masa dia terlelap kerana terlalu seronok akan melaksanakan rancangannya esok.


FAIZAL dan ahli kumpulannya yang masih melepak di bawah pokok tepi sekolah itu, tertawa sesama mereka apabila teringatkan kejadian Dizyan ‘disimbah’ kuah mee rebus oleh Ku Zhety. Aneeq pula yang lebih gelaknya.
“Padan muka dengan si gemuk tu. Kita dah banyak kali dah buat naya dia. Tapi, dia macam tak sedar diri kan?” Aneeq berkata sambil memandang Faizal.
“Apa yang kita buat tu, belum teruk lagi. Tunggulah satu hari nanti. Aku akan buat lebih teruk dari hari ni. Aku akan balas dendam sampai dia malu. Tapi aku akan buat rancangan tu on the last day. Sebelum aku pergi Australia.” Faizal mengecilkan mata apabila cahaya matahari menyilau mata. Kesemua ahli kumpulan memandang Faizal dengan tanda tanya di benak masing-masing.
“Australia?” tanya Ku Zhety. Faizal tergamam. Dia tahu dia sudah terlepas kata. Apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka? Tercari-cari alasan yang sesuai untuk dicipta.
“Erm...parents aku nak pergi holiday. So, aku pun ikut sekalilah.” Bohong Faizal. Mereka yang lain mengerutkan dahi.
“Holiday? Selama ni you tak pernah pun follow your parents pergi holiday. Adik-adik you je yang pergi.” Ku Zhety mula curiga. Tertanya-tanya apa yang sedang bermain difikiran Faizal.
“Kali ni my parents insist untuk I pergi sama.” Semakin lama semakin menjadi pembohongan yang dicipta Faizal.
“Betul ke dia orang yang suruh you pergi holiday sekali? Or your father nak hantar you pada Auntie you yang duduk kat Australia tu?” duga Ku Zhety lagi. Faizal sudah berpeluh. Dia berjanji pada dirinya tidak akan memberitahu apa-apa tentang pemergian dia ke Australia. Biarlah ianya dirahsiakan.
“Kau ni buang tabiat ke, Fez? Nak pergi holiday, konon.” Ejek Aneeq. Dia sudah tersenyum sinis.
“Anggap jelah aku tak pernah cakap apa-apa.” Faizal berkata hambar. Ku Zhety menyilangkan lengan ke dada. Berasa ada yang tidak kena dengan kekasih hatinya itu.
Pintu utama rumah banglo itu dikuak luas. Faizal melangkah masuk. Ditanggalkan kasut sekolah dan diletakkan di atas rak kasut. Rumah hari itu sangat sunyi. Kemana semua orang? Faizal tertanya-tanya. Menjenguk ke dalam dapur. Tiada orang. Tetapi pintu belakang dapur terbuka luas. Dia menjenguk ke arah pintu dapur. Kelihatan Sutinah sedang leka bersembang dengan pembantu rumah jiran mereka.
“Bik...” panggil Faizal. Sutinah mengalih pandang. Tersengih melihat tuan mudanya.
“Jal udah pulang.” Ujar Sutinah.
“Yalah, Bik. Takkan nak tidur kat sekolah pulak. Bik ni asyik gosip je. Makan tengah hari dah siap ke?” tanya Faizal sedikit seloroh. Sutinah tersenyum.
“Udah, Jal. Bik udah letak di atas meja itu.” Sutinah berkata. Faizal beralih dan masuk ke dalam. Menjenguk makanan yang sudah siap terhidang atas meja dibawah tudung saji. Kemudian, dia menjenguk semula ke pintu belakang.
“Yang lain mana, Bik?” Faizal bertanya. Sutinah sekali lagi mengalih pandang ke arah Faizal.
“Datuk ke kantor. Datin ada meeting persatuannya. Fikhri ama Fathiq ke rumah temen. Lagi belajar, kata mereka.” Sutinah berkata. Faizal mencebik.
“Yelah tu. Pergi belajarlah sangat. Bukan pergi belajar tapi pergi main game. Lain kali, Bik jangan bagi dia orang pergi rumah kawan-kawan dia orang tu. PMR tak lama je lagi. Tapi pemalas.” Sela Faizal. Sememangmya Faizal jarang ada di dalam kelas sewaktu pembelajaran tetapi markah peperiksaan tidak pernah berada bawah daripada 90 peratus. Tidak dinafikan Faizal lebih pintar dari adik-adiknya.
“Bibik harus gimana? Datin udah ijinin mereka keluar. Bibik nggak bisa melarang mereka.” Tukas Sutinah. Faizal mengangguk. Betul juga kata Sutinah itu. Kalau Umi yang sudah memberikan kebenaran, apa hak pembantu rumah untuk menghalang mereka. Faizal menggeleng perlahan.
“Udah deh, Jal. Kamu makan aja. Bentar lagi, mereka pasti pulang.” Ujar Sutinah. Dilihat tuan mudanya itu mengangguk perlahan. Sutinah kembali menyambung perbualan yang terhenti dengan pembantu rumah sebelah.
Sedang Faizal leka menonton televisyen di ruang tamu, kelibat adik kembarnya baru pulang dari rumah sahabat mereka. Mereka melintasi ruang tamu. Tidak perasan akan kehadiran Faizal disitu. Dia berdehem kecil. Fikhri dan Fathiq beralih pandang.
“Baru teringat nak balik ke? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah.” Sindir Faizal. Adik-adiknya mencebik masam.
“Alahh...Abang tu. Kadangkala balik dah malam pun, kita orang tak bising. Yang kita orang balik dah petang, Abang dah kecoh-kecoh. Apahal?” lantang Fathiq berkata. Mata Faizal mencerlung ke arah mereka. Panas hatinya mendengar kata-kata sebegitu dari mulut adik yang muda dua tahun dari dia.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku. Ingat sikit aku ni Abang kau.” Jerit Faizal pula. Fikhri berusaha menahan adik kembarnya dari bergaduh dengan Faizal. Fathiq menepis kasar.
“Kau jangan halang aku. Kau sebelahkan siapa sebenarnya ni?” suara Fathiq semakin meninggi.
“Fathiq, kau ingat sikit Fikhri ni Abang kau. Walaupun dia kembar kau tapi dia lahir awal beberapa minit dari kau. Jangan kau kurang ajar dengan dia. Hormat sikit.” Kerasa sahaja nada suara Faizal. Tidak berapa suka dengan sikap Fathiq yang semakin kurang menghormati abang-abangnya sejak dia sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah.
“Ahhh....” malas Fathiq hendak mendengar kata-kata Faizal. Dia cuba untuk berlalu dari situ tetapi Faizal menarik bajunya sehingga dia terdorong ke belakang.
“Abang ni apahal?” Fathiq berkata lantang. Sutinah yang berada di dapur, terkedek-kedek lari ke ruang tamu. Ingin melihat apa yang terjadi.
“Ya Allah! Ngapain, Jal? Ngapain kamu berantem?” tanya Sutinah. Faizal sudah mencekak baju Fathiq. Peluh jantan sudah memercik di dahi Fikhri. Kalau abang dan adiknya itu bergaduh, pasti berbulan mereka akan melancarkan perang dingin.
“Bik jangan masuk campur.” Keras Faizal memberikan amaran.
“Usah ikut campur! Usah ikut campur! Ngapain kamu bentak-bentak ni? Kepala Bibik ini pusing tau nggak.” Ujar Sutinah. Dia menggeleng pantas. Pening kepala dengan sikap anak-anak majikannya yang tidak pernah berubah itu.
“Udah deh, Jal.” Sutinah cuba meleraikan pergaduhan itu. Sudah lama dia berkhidmat di rumah itu, kesemua anak-anak majikannya sangat menghormati Sutinah. Faizal melepaskan genggamannya itu.
“Nasib baik ada Bik. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan.” Ugut Faizal. Fathiq mendengus kasar.
“Fik, bawa Fathiq ke kamar, ya.” Arah Sutinah lembut kepada Fikhri. Anak muda itu mengangguk pantas. Terus sahaja Fikhri menarik Fathiq dan menuju ke tingkat atas untuk ke bilik mereka.
“Kurang ajar budak tu sekarang.” Ujar Faizal. Sedikit kegeraman.
“Sabar aja, Jal. Kamu nggak boleh bentak-bentak Fathiq begitu. Dia udah gede.” Tingkah Sutinah. Faizal memandang wajah pembantu rumahnya itu dengan kehairanan.
“Gede?” Faizal bertanya kembali.
“Ya iyalah, gede. Ohh...lupa kamu nggak ngerti gede itu apa. Gimana sih? Kalau orang Malaysia, mereka bilang...apaan, ya? Aduhhh...lupa.” tergaru-garu Sutinah cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang disebutnya itu.
“Besar?” Faizal menduga.
“Ya itulah. Fathiq itu udah besar. Kamu sebagai kakaknya, harus jagain dia.” Kata-kata Sutinah sekali lagi menerima kerutan di dahi oleh Faizal.
“Zal ni abang dia lah, Bik. Bukan kakak.” Sela Faizal. Tergelak kecil Sutinah dibuatnya.
“Iya. Tapi di Indonesia, mereka nggak bilang abang. Mereka bilang kakak.” Tukas Sutinah. Faizal menggeleng. Setiap hari ada sahaja perkataan baru yang dipelajarinya daripada Sutinah.
“Hish...lagi lama Zal duduk dengan Bik ini, nanti lagi pening kepala Zal. Dahlah. Zal masuk bilik dulu.” Faizal segera meminta diri.


JAM berdenting sebanyak 6 kali. Dizyan menggosok masa yang masih terasa kantuknya. Sempat mengeliat di atas katil. Dengan penuh perasaan malas, Dizyan gagah jua untuk bangun. Pagi itu hujan renyai-renyai menyebabkan dia bertambah malas untuk bangun dari tidur. Alangkah bahagianya kalau hari ni hari Sabtu, desis Dizyan. Pintu bilik diketuk perlahan.
“Yan, bangun sayang. Nanti Yan lambat pergi sekolah.” Puan Hajjah Karissa berkata dari luar pintu. Dizyan menutup mulut yang terbuka luas. Menguap. Sangapnya!
“Ya, Umi. Yan dah bangun.” Sahut Dizyan. Dicapai tuala yang disangkutkan di penyidai baju. Melangkah perlahan ke dalam bilik air. Tiba-tiba teringat rancangan yang akan dilaksanakan hari ini. Terus sahaja wajahnya menjad segar.
“Dizyan Farhana! Kuatkan semangat. Kau nak kenakan mangkuk dua ekor tu.” Dizyan berkata terhadap dirinya sendiri. Memberi semangat sedangkan hatinya berdebar-debar. Dada terasa hendak meletup. Takut apa yang dirancang tidak menjadi.
Dizyan memasang shower air panas. Pagi yang sejuk tidak membenarkan dia bermandi air sejuk. Meletakkan kepala di bawah pancuran air. Terasa lega. Lama dia berendam di bawah pancuran air tersebut. Seperti tidak mahu keluar dari bilik air. Usai mandi, Dizyan berdiri dihadapan sinki. Mengambil berus gigi dan menggosoknya. Sambil itu, fikirannya menerawang. Rancangan yang hendak dilaksanakan ini sebenarnya masih tidak cukup sifat jahat. Tetapi tidak mengapalah. Asalkan dapat membuatkan Faizal dipanggil oleh Cikgu Alias sudah memadai. Selepas itu, Dizyan keluar dari bilik air dan menyarungkan baju sekolahnya. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama keluarga.
Semasa bersarapan, Dizyan asyik tersenyum seorang diri. Pelik Asyifa melihat adik sepupunya itu. Puan Hajjah Karissa mengerutkan dahi. Melihat sikap anak gadisnya.
“Yan okay ke?” tanya Asyifa. Dizyan tersentak dan memandang wanita disebelahnya.
“Apa yang okaynya, Kak?”
“Yelah. Dari tadi Kak Syifa tengok Yan asyik senyum seorang diri je.”
“Adalah, Kak.” Dizyan berkata sambil tersenyum penuh misteri. Serentak dengan itu, Asyifa dan Puan Hajjah Karissa menggelengkan kepala mereka.


SEBAIK sampai sahaja di sekolah, Dizyan meletakkan beg di dalam kelas dan terus turun ke tingkat bawah. Awal sekali Dizyan tiba di sekolah hari itu. Semata-mata untuk melaksanakan rancangannya. Kakinya laju melangkah ke arah tandas lelaki. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Nampaknya, tidak ramai lagi yang berada di sekolah pada pagi itu. Dia masuk ke dalam tandas tersebut. Diconteng sesuatu di dinding tandas. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Dizyan kembali semula ke kelas. Menyimpan alatan yang digunakan untuk menconteng. Seketika kemudian, ternampak kelibat Ku Zhety melintasi kelas Dizyan sambil menggalas begnya. Dan sekali lagi Ku Zhety melintasi kelas itu untuk turun ke tempat yang selalu dijadikan tempat untuk melepak geng-geng Faizal. Pantas Dizyan keluar dari kelas dan memerhatikan keadaan sekeliling. Bagus! Line clear. Cepat-cepat Dizyan masuk ke kelas Ku Zhety dan membuka beg galas gadis itu. Mengambil tudung yang dipakainya semasa waktu ustazah. Dizyan tahu ustazah paling tidak suka orang tidak memakai tudung sewaktu pembelajarannya. Dimasukkan tudung tersebut di dalam poketnya dan segera keluar dari kelas tersebut sebelum dituduh mencuri barangan. Almaklumlah, itu bukan kelasnya. Jadi, orang akan menuduh dia cuba untuk mencuri. Kes kecurian di sekolah itu menular sejak kebelakangan ini. Tidak mustahil jika orang turut menuduh dia juga ingin melakukan kecurian. Dizyan meletakkan tudung yang baru diambilnya itu dan diletakkan di bawah meja cikgu. Tidak mahu letak di dalam begnya. Nanti kalau dilakukan pemeriksaan secara mengejut atau spot check, kantoi pula. Lebih selamat bukti tidak diletakkan berdekatan dengan dia.
Misha dan Yasmin yang baru sahaja sampai, terkejut melihat Dizyan yang berada di dalam kelas. Belum pernah Dizyan tiba seawal itu ke sekolah. Selalunya hampir-hampir waktu persekolahan bermula, baru muncul gadis gempal ini.
“Awal hari ni, Yan?” tanya Misha. Dizyan hanya tersenyum manis. Pura-pura tersenyum sebenarnya. Ingin menutup perasaan gementar. Risau juga rancangannya tidak menjadi.
“Jomlah, Yan. Turun. Kejap lagi dah nak start beratur.” Ujar Yasmin. Setiap pagi pasti kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam kelas masing-masing. Kecuali Isnin akan diadakan perhimpunan. Mereka bertiga beratur mengikut kelas. Tiba-tiba berdiri seorang pengawas di hadapan sambil memegang mikrofon. Mereka yang lain pelik. Hari ini sepatutnya beratur sahaja. Bukannya ada perhimpunan. Masing-masing masih menunggu pengawas itu berkata-kata.
“Fezrull Faizal bin Farid. Kamu dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Alias dibiliknya. Yang lain boleh balik ke kelas. Sekian terima kasih.” Kata pengawas itu dengan ringkas. Dizyan sudah tersenyum sinis. Tidak sabar untuk melihat Faizal menerima hukumannya.
Faizal memanjat tangga untuk menuju ke bilik disiplin. Sempat menjenguk ke bawah untuk melihat rakan-rakan yang sudah pulang ke kelas. Matanya tertancap pada Dizyan yang berada dibawah. Kebetulan juga memandang ke arahnya. Apabila terlihatkan wajah gadis itu yang sinikal, dia tahu pasti Dizyan ada kaitan dengan kejadian yang membuatkan Cikgu Alias memanggilnya. Faizal melangkah masuk ke dalam bilik Cikgu Alias.
“Kamu ni apa nak jadi ni, hah?!” bentak Cikgu Alias kuat sebaik sahaja Faizal melangkah masuk. Kakitangan pejabat yang ada di situ, terkejut mendengar jeritan Cikgu Alias. Faizal hanya mendiamkan diri. Menundukkan wajah ke bawah.
“Kamu dahlah jarang masuk ke kelas, gangster sekolah. Lepas tu, kamu buat vandalisma pulak. Saya tahu kamu pandai. Keputusan tak pernah below 90. Kamu tak boleh tunjukkan teladan yang buruk ini kepada junior kamu. Kamu tahu tak, saya kenal ayah kamu tu. Kami berkawan baik. Saya boleh je beritahu pada dia yang kamu telah melakukan vandalisma dengan menconteng tandas sekolah. Tapi, kali ni, saya lepaskan kamu. Saya cuma akan hukum kamu. Lepas waktu sekolah, bersihkan tandas. Bersihkan dinding yang awak conteng tu.” Hukuman telah pun dijatuhkan tanpa mendengar apa-apa rayuan daripada pesalah. Faizal mengangguk perlahan. Malas untuk membantah. Dia melangkah keluar dari bilik guru disiplin itu.
Faizal melintasi kelas Dizyan. Melihat ke dalam kelas itu melalui cermin tingkap. Kelihatan gadis itu sedang tekun mendengar penerangan guru subjeknya. Tetapi Dizyan turut mengalih pandang ke luar. Tersenyum sinis dan mengangkat ibu jarinya. Faizal menggenggam penumbuk dan terus beredar menuju ke kelasnya pula.

BERSAMBUNG.....