BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 7, 2009

Kau Milikku 7

BAB 7

USTAZAH Khalisah masuk ke dalam kelas 5 Kemboja. Kesemua pelajar berdiri dan mengucapkan salam. Salam dibalas oleh ustazah muda itu. Kebanyakan pelajar-pelajar lelaki disekolah itu, menyukai ustazah ini. Bukan kerana dia baik tetapi orangnya cantik, lemah-lembut dan yang paling penting, masih bujang. Pelajar perempuan yang tidak memakai tudung, digalakkan untuk mengenakan tudung. Menghormati pembelajaran yang yang sedang dibelajari itu. Ku Zhety membuka beg galasnya. Ingin mengambil tudung yang memang selalu dibawa ke sekolah. Tiada! Habis diselongkar begnya itu. Mengeluarkan buku-buku untuk memudahkan dia mencari tudung yang dibawanya. Masih tiada. Ku Zhety sudah menggelabah. Dicari bawah meja. Juga tiada. Kemanalah agaknya pergi tudung dia itu?
“Kenapa awak tak pakai tudung, Zhety?” tanya Ustazah Khalisah. Apakah alasan terbaik untuk diberikan kepada ustazah tersebut. Pelajar yang lain memerhatikan gelagat Ku Zhety itu.
“Saya bercakap dengan awak ni, Zhety.” Ujar Ustazah Khalisah. Pantang baginya, jika pelajar itu yang ditanya tetapi tiada jawapan atau respon. Perlahan-lahan Ku Zhety bangun dari kerusinya.
“Saya lupa bawak, Ustazah.” Jawab Ku Zhety.
“Awak tahu kan. Saya tak suka kalau orang tak pakai tudung dalam kelas saya. Awak pergi berdiri kat belakang sampai tamat kelas saya.” Arah Ustazah Khalisah. Masih bernada lembut tetapi mempunyai sedikit ketegasan yang terselit di nada suaranya. Ku Zhety mengangguk perlahan dan berjalan hingga ke belakang kelas. Harus menjalani hukuman buat hari itu. Terfikir juga dia. Siapakah yang berniat ingin mengenakan dia?
Tiba-tiba Dizyan melintasi kelas 5 Kemboja bersama Misha dan Yasmin. Terlihat akan Ku Zhety yang berdiri di belakang kelas. Turut memandang ke arah Dizyan dengan perasaan jengkel. Dizyan hanya memberikan senyuman yang cukup sinis pada pandangan mata Ku Zhety. Perasaan Ku Zhety bertambah geram. Dia pasti akan membalas dendam.
Pandangan Faizal turut teralih ke luar kelas semasa Dizyan melintasi kelasnya. Gadis itu mengangkat ibu jari dan menjelirkan lidah. Tanda padan muka. Faizal membeliakkan mata. Dia yakin ini adalah angkara Dizyan. Faizal melepaskan keluhan kasar. Memandang ke arah Ku Zhety yang berada di belakang kelas. Mereka saling memberi isyarat mata dan memahami akan isyarat itu. Tumpuan Faizal dan Ku Zhety tidak terarah kepada pembelajaran Agama Islam pada hari itu. Lebih kepada rancangan membalas dendam.
Sebaik sahaja Ustazah Khalisah melangkah keluar, Ku Zhety duduk semula di tempatnya di sebelah Faizal. Tidak punya selera untuk keluar makan. Ku Zhety sudah ada rancangan. Tidak tahu samada menjadi ataupun tidak. Yang penting, dia dapat mengenakan Dizyan sudah memadai baginya.
“I nak pergi kantin ni. You tak nak makan ke?” tanya Faizal lembut.
“Tak naklah.” Ujar Ku Zhety. Faizal menjungkitkan bahu dan keluar dari kelas tersebut bersama ahli kumpulannya. Pandangan mata Ku Zhety mengekori langkah Faizal dan ahli kumpulannya. Tersenyum penuh misteri.
“Jagalah kau, dugong. Kau memang nak kena dengan aku. You’re messing with the wrong lady.” Ucap Ku Zhety. Setelah itu, dia tertawa kuat. Kemudian menekup mulutnya. Takut juga jika orang mengatakan dia tidak waras kerana gelak seorang diri.

TAMAT sahaja persekolahan pada hari itu, Ku Zhety menyandarkan badan kepada Faizal. Lelaki itu sibuk memasukkan buku ke dalam beg galasnya. Perlahan-lahan Faizal menolak badan Ku Zhety supaya menjauhi dia. Rimas pula dengan kelakuan Ku Zhety itu. Muncung Ku Zhety sudah panjang sedepa. Faizal malas mahu melayan sikap keanak-anakan gadis tersebut. Ahli kumpulan yang lain sudah mulai berkumpul di meja Faizal. Ku Zhety menghentakkan kaki dan terus berlalu dari situ. Sebal apabila tidak dilayan oleh kekasih hati. Aneeq hanya tersenyum melihat Faizal menolak Ku Zhety itu.
“Fez, jom lepak karaoke hari ni.” Ajak Aneeq. Faizal menggeleng.
“Tak naklah. Hari ni aku ada hal.” Tolak Faizal akan pelawaan itu.
“Hal? Hal apa?” Aneeq bertanya pula.
“Adalah hal aku. Kenapa kau nak sibuk?” Faizal berkata perlahan. Dia terus menggalas beg dan meninggalkan ahli kumpulannya terpinga-pinga. Mereka berpandangan sesama sendiri dan menjungkitkan bahu. Kemudian, mereka turut beredar dari kawasan sekolah.
Terhendap-hendap Dizyan melihat ke arah Faizal. Ternampak Faizal berdiri dihadapan tandas lelaki dengan memegang sebaldi air sabun dan sebatang berus. Dizyan menepuk dinding yang dijadikan tempatnya untuk berlindung itu. Kenapa Faizal boleh dapat sebatang berus? Sedangkan sewaktu dia dikenakan hukuman, Dizyan diberikan berus sabut sahaja. Ini tidak adil. Tetapi tidak mengapa. Sudah puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Seterus, finale untuk rancangannya ini. Biar dia dihukum seberat-beratnya oleh Cikgu Alias. Dizyan berjalan ke arah laman sekolah dimana guru-guru sekolah tersebut memarkirkan kereta mereka. Dikeluarkan kunci rumah yang sememangnya dibawa kemana-mana sahaja. Dizyan memandang ke kiri dan ke kanan. Ingin melihat samada ada orang yang sedang memerhatikan dia ataupun tidak. Nampaknya, tiada. Segera dia menoreh kereta Cikgu Alias dengan kunci yang dipegangnya disebelah pintu pemandu. Kemudian, dia membuang kepingan cat kereta yang melekat di kuncinya itu. Takut juga bahan itu akan dijadikan bukti untuk menuduh dia. Itulah sebabnya terlalu banyak sangat menonton rancangan CSI:Crime Scene Investigation. Sudah tahu bagaimana untuk mencari bahan bukti.
Cepat sahaja Dizyan menyimpan semula kunci ke dalam poket baju sekolahnya. Sempat lagi tersenyum sinis.
“Padan dengan muka kau, Faizal! Esok gerenti kena panggil dengan Cikgu Alias lagi.” Gumam Dizyan seorang diri. Mengekek dia tertawa kecil. Memandang semula ke kiri dan ke kanan. Terus sahaja kaki dia laju melangkah meninggalkan kawasan tempat letak kereta tersebut.
Sengaja pada hari itu Dizyan pulang lewat. Ingin menguji tahap kemarahan Faizal lagi. Dia menunggu di kantin. Sambil itu, menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan guru sebentar tadi. Sedang menyiapkan kerja rumah Perdagangan, ternampak kelibat Faizal melintas. Dengan pantas, Dizyan mengemaskan buku-buku sekolahnya dan dimasukkan ke dalam beg galas. Dia tahu pasti Faizal akan berhenti melepak di bawah pokok tempat ahli kumpulannya selalu melepak. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi kawasan ahli kumpulan Faizal sedang melepak. Mereka semua sedang leka bersembang. Hanya Faizal sahaja yang mencerunkan pandangan ke arah Dizyan. Gadis itu tersenyum sangat sinis. Ibu jarinya diterbalikkan ke bawah. Dizyan beredar dari situ setelah berjaya menyakitkan hati Faizal walaupun sedikit. Faizal menggenggam penumbuk sekuat hatinya. Geram tidak terkata.

DALAM perjalanan pulang ke rumah, Dizyan bernyanyi kecil sambil berjalan kaki. Puas hati dapat mengenakan ketua gangster sekolah. Sedangkan mafia, mobster atau yakuza yang ingin cari pasal dengannya pun, pasti Dizyan tidak takut untuk menentang musuh. Inikan pula hanya ketua gangster sekolah. Tetapi keterlaluan sangatkah dia menggores kereta Cikgu Alias dan menuduh Faizal yang melakukannya? Ah...usah difikirkan perkara itu. Mereka yang selalu mendajalkan dia pun, tidak pernah ada perasaan bersalah.

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Disebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku....

Dari kejauhan, terdengar suara-suara sumbang motor kapcai yang sedang ditekan minyak. Telinga Dizyan menjadi bingit. Tetapi tidak dipedulikan bunyi-bunyian itu. Langkah Dizyan perlahan. Belum sempat dia memasuki kawasan taman perumahan yang didiaminya, perjalanan Dizyan disekat oleh sebuah motor. Lelaki di atas motor itu melemparkan senyuman. Tidak tahu samada sinis atau manis. Dizyan mendengus kasar. Memandang lelaki itu dengan renungan yang tajam.
“Tepilah.” Ujar Dizyan kasar. Ditolak badan lelaki itu. Nasib baik sempat diseimbangkan. Kalau tidak, mahu jatuh tersungkur dia disitu.
“Aku takkan ketepi selagi aku tak dapat jawapan.” Ugut lelaki itu. Dizyan menjungkitkan kening.
“Jawapan apa? Kau ingat aku ni ketua peperiksaan. Kau nak jawapan, tunggulah periksa.” Dizyan berkata. Membalas pandangan tajam lelaki itu.
“Kau boleh buat lawak pulak dengan aku, ya.” Tahap kemarahan lelaki itu hampir memuncak.
“Kau nak apa sebenarnya ni, Faizal? Cakap cepat-cepat boleh tak? Aku dah panas ni.” Dizyan mengibarkan tangannya ke arah muka. Wajah coklat susu itu sudah dibasahi peluh.
“Kau yang conteng tandas lelaki kan? Lepas tu Cikgu Alias ingat aku yang buat.” tanya Faizal. Kesemua mata ahli kumpulannya yang turut serta, sama-sama memandang ke arah Dizyan.
“Ada bukti ke yang kau main tuduh aku melulu je ni?” muka Dizyan selamba menuturkan kata.
“Memang kau yang buat kan? Kau yang nak balas dendam kat aku.” Nada suara Faizal sedikit meninggi. Dizyan masih mengekalkan reaksi pura-pura tidak tahu diwajahnya itu.
“Ada bukti? Kalau kau ada bukti, bolehlah kau cakap. Masalahnya, kau tak ada bukti. Jadi jangan tuduh aku. Macam aku jugak. Aku tak ada bukti yang kau orang ‘tolong’ contengkan dinding dalam toilet perempuan. Then, tuduh aku yang buat. Tapi aku tak ada bukti. Jadi aku tak tuduh pun kau orang. So, jangan kacau hidup aku lagi dah lepas ni.” Dizyan menjeling geram. Terus sahaja dia berlalu pergi.
“Apa ada dalam otak kau, Fez?” tanya Rizal apabila dilihatnya Faizal seperti memikirkan sesuatu.
“Aku ada satu plan. Tapi plan ni kita akan buat lepas kita habis SPM. Dan, aku akan pastikan si dugong tu malu nak jumpa dengan kita. Aku akan pastikan hidup dia merana.” Begitu kejam sekali kedengaran pelan yang direncanakan oleh Faizal itu. Rizal dan Hakimy saling berpandangan. Aneeq tersenyum sinis. Dany dan Rifki hanya menjungkitkan bahu. Kemudian, mereka beredar dari situ.

SEPERTI yang dijangkakan oleh Dizyan, Faizal dipanggil sekali lagi oleh Cikgu Alias. Marah benar orang tua itu apabila melihat keretanya dicalarkan oleh anak muda tersebut. Yasmin menepuk bahu Dizyan. Terkejut gadis itu. Diurut dadanya. Disangkakan Faizal yang datang ingin mencari pasal lagi.
“Wei, kenapa haa...2 hari berturut-turut si ketua geng syaitan tu kena panggil?” tanya Yasmin. Misha menggelengkan kepala.
“Kau ni, Yas. Dia orang ada nama kumpulan lah. Faizal and the boys. Kenapa kau panggil geng syaitan? Tak baik tau, Yas.” Ujar Misha. Walaupun dia juga turut tidak menyukai ahli kumpulan itu tetapi baginya, tidak patut kita menggelarkan seseorang itu syaitan.
“Yelah...yelah. Aku tahu. Tu kan bekas kumpulan boyfriend kau.” Perli Yasmin. Sekali lagi mendapat gelengan daripada Misha. Kali ini, Dizyan turut serta menggeleng sama.
“Bukan sebab Asrul pernah join group dia orang. Tapi...kan tak baik.” Misha berkata lagi.
“Betul cakap Sha tu, Yas. Tak baik. Aku yang selalu kena naya dengan dia orang pun aku tak panggil dia orang geng syaitan.” Dizyan membela Misha dari dituduh Yasmin.
“Oklah...oklah...Aku takkan panggil dia orang geng syaitan lagi.” Yasmin mengalah.
“Tapi yang aku peliknya, kenapa si Faizal tu asyik kena panggil je 2 hari ni?” Yasmin masih meluahkan rasa ingin tahunya.
Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke dalam kelas, seorang gadis menyerbu ke arah mereka. Pelik mereka bertiga melihat Kartika.
“Kenapa ni, Tika?” tanya Misha. Memegang lengan Kartika.
“Yan, ada bungkusan untuk kau atas meja.” Ujar Kartika. Dizyan mengerutkan dahi.
“Bungkusan?” tanya Dizyan kembali. Kartika mengangguk pantas.
Dizyan melangkah laju ke arah mejanya. Memang ada sebuah bungkusan yang dibungkus elok seperti hadiah terletak di atas mejanya. Tiada nama pengirim. Perlahan-lahan Dizyan merungkaikan ikatan reben di kotak hadiah tersebut. Dibuka sahaja kotak itu, lalu melompatlah keluar katak dan tikus. Menjerit-jerit pelajar perempuan kelas tingkatan 5 Amanah. Tidak terkecuali Dizyan, Misha, Yasmin dan Kartika. Pelajar-pelajar kelas sebelah keluar dari kelas masing-masing dan menjenguk ke dalam kelas 5 Amanah. Kelihatan para pelajarnya sedang menjerit kegelian. Seekor tikus menaiki kain biru cair milik Dizyan. Menjerit kuat gadis itu. Terlompat-lompat menepis tikus itu dari terus menaiki kainnya. Kesemua para pelajar keluar dari kelas tersebut. Ku Zhety dan rakan-rakannya tertawa kuat melihat telatah Dizyan dan ahli kelas 5 Amanah itu. Mata Dizyan mencerlung memandang ke arah Ku Zhety.
“Aihh...takkan lah dugong takut dengan tikus dan katak. Kalau kau pijak sekali je pun, aku rasa binatang-binatang tu dah jadi macam lempeng. Kaki kau kan berat. For sure tak hidup punya.” Sindir Ku Zhety. Dizyan melepaskan keluhan. Tahulah dia bahawa Ku Zhety yang menghantar bungkusan itu.
“Ohh...kaulah yang hantar bungkusan tu?” pura-pura Dizyan bertanya. Ku Zhety menjungkitkan bahu dengan wajah mengejek.
“Dah jumpa ke tudung kau? Jangan nanti kena denda lagi.” Perli Dizyan pula. Ku Zhety membeliakkan mata.
“Aku dah beli barulah.” Ujar Ku Zhety sedikit kasar.
“Ohh..kau dah beli baru. Harap kau tak misplaced lagi kali ni.” Dizyan pula bersuara menyindir. Ku Zhety mendengus geram. Terus mengajak rakan-rakannya untuk pulang ke kelas.
“Huh...kau jangan main-main dengan aku. Ini Dizyan Farhana lah.” Gumam Dizyan keseorangan. Tiba-tiba suara Cikgu Alias memekik menghentikan tawa mereka yang lain. Dizyan beralih pandang ke arah lelaki itu. Faizal bermuka masam. Tidak langsung dipandang ke arah Dizyan. Gadis itu seperti terfikir. Apakah hukuman yang diberikan oleh Cikgu Alias kepada Faizal? Ah...lantaklah. Yang penting, dendamnya sudah terbalas.
“Ni kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Cikgu Alias. Kesemua pelajar menuding jari ke arah Dizyan yang berada di luar kelas.
“Yan, kenapa ni?” tanya Cikgu Alias lantang. Dizyan tersentak. Memandang semula ke arah Cikgu Alias yang berdiri tercegat dihadapan pintu kelas.
“Ada orang hantar sebungkus katak dan tikus kat saya, Cikgu.” Dizyan berwajah tidak bersalah. Pandai sungguh dia bermain dengan emosi. Kalau bertanding di Oscar, pasti namanya tercalon dan sekaligus memenangi anugerah itu.
“Kamu tahu siapa?” tanya Cikgu Alias lagi.
“Saya tak pasti, Cikgu. Yang saya tahu, dia memang dendam dengan saya. Kalau tak, takkanlah dia hantar katak dengan tikus tu kat saya.” Dizyan pura-pura sedih. Cikgu Alias membetulkan cermin mata yang sudah melurut turun.
“Baiklah. Saya akan siasat siapa yang berniat nak mengenakan kamu. Kamu boleh masuk ke kelas. Katak dengan tikus tu, saya akan bawak dan buang ke luar.” Ujar Cikgu Alias. Dizyan mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil.
“Terima kasih, Cikgu.” Ucap Dizyan. Cikgu Alias beredar dari kelas 5 Amanah dengan membawa sekotak binatang-binatang itu. Dizyan melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman sinis.
“Yan, kau kan tahu siapa yang buat. Apasal kau tak beritahu je terus pada Cikgu Alias?” ujar Kartika. Dizyan menggawang-gawangkan jari telunjuknya serentak dengan gelengan kepala.
“No way. Aku takkan beritahu pada Cikgu Alias siapa yang buat. Biar dia yang jumpa sendiri orang tu. Bila Zhety confront aku, tahulah apa aku nak jawab.” Sela Dizyan. Semua jawapan sudah dirangka di dalam kepalanya. Kartika, Misha dan Yasmin hanya menggelengkan kepala. Bilalah agaknya akan ada kesudahan dalam perang dingin mereka ini?
“Sejak bila kau jadi jahat ni, Yan?” tanya Kartika secara berseloroh.
“Sejak aku dan geng dia orang berperang.” Ujar Dizyan dengan senyuman.

BERSAMBUNG.....

Sunday, May 3, 2009

Kau Milikku 6

BAB 6

SEBAIK sahaja Dizyan melangkah masuk, dia diserbu oleh Mak Kiah. Berkerut dahi orang tua itu melihat warna baju Dizyan. Pelik dia melihat kelakuan Mak Kiah.
“Yan pergi sekolah ni, pergi belajar ke pergi....main?” tanya Mak Kiah. Tergelak kecil Dizyan mendengar soalan Mak Kiah.
“Pergi belajarlah, Mak Kiah.”
“Habis, kenapa setiap hari Yan balik je baju mesti kotor?”
“Entahlah, Mak Kiah. Ada orang gila kat sekolah tu suka kacau Yan.” Ujar Dizyan. Dia membuka kasut sekolah yang dipakainya itu. Diletakkan di atas rak kasut.
“Hmmm....Mak Kiah tak faham dengan budak-budak zaman sekarang ni.” Rungut Mak Kiah. Dizyan tersenyum.
“Tak perlu nak susah-susah faham, Mak Kiah. Buat pening kepala je.” Sela Dizyan. Dia berjalan menuju ke tangga untuk ke tingkat atas.
“Sudahlah tu. Kamu pergi naik mandi. Bau ‘bacin’.” Mak Kiah pura-pura menutup hidungnya. Lagi galak Dizyan mengusik orang tua yang kuat melatah itu.
“Mestilah bau ‘bacin’. Namanya pun baru balik dari sekolah.” Dizyan sudah tahu akan maksud bacin itu apabila setiap kali Mak Kiah akan merujuk kepadanya selepas pulang dari sekolah. Bacin itu seperti bau peluh yang kurang menyenangkan.
Terus sahaja Dizyan melangkah naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Diletakkan baju yang kotor tersebut dalam baldi. Direndam bersama sabun yang khas untuk membasuh baju. Selesai mandi, Dizyan memakai pakaian yang lebih bersih. Dia membaringkan diri di atas katil. Tidak boleh menunaikan suruhan yang wajib. Berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk mengenakan Faizal dan Ku Zhety. Sudah tahu! Kemudian, Dizyan tertawa kuat seorang diri. Entah bila masa dia terlelap kerana terlalu seronok akan melaksanakan rancangannya esok.

FAIZAL dan ahli kumpulannya yang masih melepak di bawah pokok tepi sekolah itu, tertawa sesama mereka apabila teringatkan kejadian Dizyan ‘disimbah’ kuah mee rebus oleh Ku Zhety. Aneeq pula yang lebih gelaknya.
“Padan muka dengan si gemuk tu. Kita dah banyak kali dah buat naya dia. Tapi, dia macam tak sedar diri kan?” Aneeq berkata sambil memandang Faizal.
“Apa yang kita buat tu, belum teruk lagi. Tunggulah satu hari nanti. Aku akan buat lebih teruk dari hari ni. Aku akan balas dendam sampai dia malu. Tapi aku akan buat rancangan tu on the last day. Sebelum aku pergi Australia.” Faizal mengecilkan mata apabila cahaya matahari menyilau mata. Kesemua ahli kumpulan memandang Faizal dengan tanda tanya di benak masing-masing.
“Australia?” tanya Ku Zhety. Faizal tergamam. Dia tahu dia sudah terlepas kata. Apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka? Tercari-cari alasan yang sesuai untuk dicipta.
“Erm...parents aku nak pergi holiday. So, aku pun ikut sekalilah.” Bohong Faizal. Mereka yang lain mengerutkan dahi.
“Holiday? Selama ni you tak pernah pun follow your parents pergi holiday. Adik-adik you je yang pergi.” Ku Zhety mula curiga. Tertanya-tanya apa yang sedang bermain difikiran Faizal.
“Kali ni my parents insist untuk I pergi sama.” Semakin lama semakin menjadi pembohongan yang dicipta Faizal.
“Betul ke dia orang yang suruh you pergi holiday sekali? Or your father nak hantar you pada Auntie you yang duduk kat Australia tu?” duga Ku Zhety lagi. Faizal sudah berpeluh. Dia berjanji pada dirinya tidak akan memberitahu apa-apa tentang pemergian dia ke Australia. Biarlah ianya dirahsiakan.
“Kau ni buang tabiat ke, Fez? Nak pergi holiday, konon.” Ejek Aneeq. Dia sudah tersenyum sinis.
“Anggap jelah aku tak pernah cakap apa-apa.” Faizal berkata hambar. Ku Zhety menyilangkan lengan ke dada. Berasa ada yang tidak kena dengan kekasih hatinya itu.
Pintu utama rumah banglo itu dikuak luas. Faizal melangkah masuk. Ditanggalkan kasut sekolah dan diletakkan di atas rak kasut. Rumah hari itu sangat sunyi. Kemana semua orang? Faizal tertanya-tanya. Menjenguk ke dalam dapur. Tiada orang. Tetapi pintu belakang dapur terbuka luas. Dia menjenguk ke arah pintu dapur. Kelihatan Sutinah sedang leka bersembang dengan pembantu rumah jiran mereka.
“Bik...” panggil Faizal. Sutinah mengalih pandang. Tersengih melihat tuan mudanya.
“Jal udah pulang.” Ujar Sutinah.
“Yalah, Bik. Takkan nak tidur kat sekolah pulak. Bik ni asyik gosip je. Makan tengah hari dah siap ke?” tanya Faizal sedikit seloroh. Sutinah tersenyum.
“Udah, Jal. Bik udah letak di atas meja itu.” Sutinah berkata. Faizal beralih dan masuk ke dalam. Menjenguk makanan yang sudah siap terhidang atas meja dibawah tudung saji. Kemudian, dia menjenguk semula ke pintu belakang.
“Yang lain mana, Bik?” Faizal bertanya. Sutinah sekali lagi mengalih pandang ke arah Faizal.
“Datuk ke kantor. Datin ada meeting persatuannya. Fikhri ama Fathiq ke rumah temen. Lagi belajar, kata mereka.” Sutinah berkata. Faizal mencebik.
“Yelah tu. Pergi belajarlah sangat. Bukan pergi belajar tapi pergi main game. Lain kali, Bik jangan bagi dia orang pergi rumah kawan-kawan dia orang tu. PMR tak lama je lagi. Tapi pemalas.” Sela Faizal. Sememangmya Faizal jarang ada di dalam kelas sewaktu pembelajaran tetapi markah peperiksaan tidak pernah berada bawah daripada 90 peratus. Tidak dinafikan Faizal lebih pintar dari adik-adiknya.
“Bibik harus gimana? Datin udah ijinin mereka keluar. Bibik nggak bisa melarang mereka.” Tukas Sutinah. Faizal mengangguk. Betul juga kata Sutinah itu. Kalau Umi yang sudah memberikan kebenaran, apa hak pembantu rumah untuk menghalang mereka. Faizal menggeleng perlahan.
“Udah deh, Jal. Kamu makan aja. Bentar lagi, mereka pasti pulang.” Ujar Sutinah. Dilihat tuan mudanya itu mengangguk perlahan. Sutinah kembali menyambung perbualan yang terhenti dengan pembantu rumah sebelah.
Sedang Faizal leka menonton televisyen di ruang tamu, kelibat adik kembarnya baru pulang dari rumah sahabat mereka. Mereka melintasi ruang tamu. Tidak perasan akan kehadiran Faizal disitu. Dia berdehem kecil. Fikhri dan Fathiq beralih pandang.
“Baru teringat nak balik ke? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah.” Sindir Faizal. Adik-adiknya mencebik masam.
“Alahh...Abang tu. Kadangkala balik dah malam pun, kita orang tak bising. Yang kita orang balik dah petang, Abang dah kecoh-kecoh. Apahal?” lantang Fathiq berkata. Mata Faizal mencerlung ke arah mereka. Panas hatinya mendengar kata-kata sebegitu dari mulut adik yang muda dua tahun dari dia.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku. Ingat sikit aku ni Abang kau.” Jerit Faizal pula. Fikhri berusaha menahan adik kembarnya dari bergaduh dengan Faizal. Fathiq menepis kasar.
“Kau jangan halang aku. Kau sebelahkan siapa sebenarnya ni?” suara Fathiq semakin meninggi.
“Fathiq, kau ingat sikit Fikhri ni Abang kau. Walaupun dia kembar kau tapi dia lahir awal beberapa minit dari kau. Jangan kau kurang ajar dengan dia. Hormat sikit.” Kerasa sahaja nada suara Faizal. Tidak berapa suka dengan sikap Fathiq yang semakin kurang menghormati abang-abangnya sejak dia sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah.
“Ahhh....” malas Fathiq hendak mendengar kata-kata Faizal. Dia cuba untuk berlalu dari situ tetapi Faizal menarik bajunya sehingga dia terdorong ke belakang.
“Abang ni apahal?” Fathiq berkata lantang. Sutinah yang berada di dapur, terkedek-kedek lari ke ruang tamu. Ingin melihat apa yang terjadi.
“Ya Allah! Ngapain, Jal? Ngapain kamu berantem?” tanya Sutinah. Faizal sudah mencekak baju Fathiq. Peluh jantan sudah memercik di dahi Fikhri. Kalau abang dan adiknya itu bergaduh, pasti berbulan mereka akan melancarkan perang dingin.
“Bik jangan masuk campur.” Keras Faizal memberikan amaran.
“Usah ikut campur! Usah ikut campur! Ngapain kamu bentak-bentak ni? Kepala Bibik ini pusing tau nggak.” Ujar Sutinah. Dia menggeleng pantas. Pening kepala dengan sikap anak-anak majikannya yang tidak pernah berubah itu.
“Udah deh, Jal.” Sutinah cuba meleraikan pergaduhan itu. Sudah lama dia berkhidmat di rumah itu, kesemua anak-anak majikannya sangat menghormati Sutinah. Faizal melepaskan genggamannya itu.
“Nasib baik ada Bik. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan.” Ugut Faizal. Fathiq mendengus kasar.
“Fik, bawa Fathiq ke kamar, ya.” Arah Sutinah lembut kepada Fikhri. Anak muda itu mengangguk pantas. Terus sahaja Fikhri menarik Fathiq dan menuju ke tingkat atas untuk ke bilik mereka.
“Kurang ajar budak tu sekarang.” Ujar Faizal. Sedikit kegeraman.
“Sabar aja, Jal. Kamu nggak boleh bentak-bentak Fathiq begitu. Dia udah gede.” Tingkah Sutinah. Faizal memandang wajah pembantu rumahnya itu dengan kehairanan.
“Gede?” Faizal bertanya kembali.
“Ya iyalah, gede. Ohh...lupa kamu nggak ngerti gede itu apa. Gimana sih? Kalau orang Malaysia, mereka bilang...apaan, ya? Aduhhh...lupa.” tergaru-garu Sutinah cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang disebutnya itu.
“Besar?” Faizal menduga.
“Ya itulah. Fathiq itu udah besar. Kamu sebagai kakaknya, harus jagain dia.” Kata-kata Sutinah sekali lagi menerima kerutan di dahi oleh Faizal.
“Zal ni abang dia lah, Bik. Bukan kakak.” Sela Faizal. Tergelak kecil Sutinah dibuatnya.
“Iya. Tapi di Indonesia, mereka nggak bilang abang. Mereka bilang kakak.” Tukas Sutinah. Faizal menggeleng. Setiap hari ada sahaja perkataan baru yang dipelajarinya daripada Sutinah.
“Hish...lagi lama Zal duduk dengan Bik ini, nanti lagi pening kepala Zal. Dahlah. Zal masuk bilik dulu.” Faizal segera meminta diri.

JAM berdenting sebanyak 6 kali. Dizyan menggosok masa yang masih terasa kantuknya. Sempat mengeliat di atas katil. Dengan penuh perasaan malas, Dizyan gagah jua untuk bangun. Pagi itu hujan renyai-renyai menyebabkan dia bertambah malas untuk bangun dari tidur. Alangkah bahagianya kalau hari ni hari Sabtu, desis Dizyan. Pintu bilik diketuk perlahan.
“Yan, bangun sayang. Nanti Yan lambat pergi sekolah.” Puan Hajjah Karissa berkata dari luar pintu. Dizyan menutup mulut yang terbuka luas. Menguap. Sangapnya!
“Ya, Umi. Yan dah bangun.” Sahut Dizyan. Dicapai tuala yang disangkutkan di penyidai baju. Melangkah perlahan ke dalam bilik air. Tiba-tiba teringat rancangan yang akan dilaksanakan hari ini. Terus sahaja wajahnya menjad segar.
“Dizyan Farhana! Kuatkan semangat. Kau nak kenakan mangkuk dua ekor tu.” Dizyan berkata terhadap dirinya sendiri. Memberi semangat sedangkan hatinya berdebar-debar. Dada terasa hendak meletup. Takut apa yang dirancang tidak menjadi.
Dizyan memasang shower air panas. Pagi yang sejuk tidak membenarkan dia bermandi air sejuk. Meletakkan kepala di bawah pancuran air. Terasa lega. Lama dia berendam di bawah pancuran air tersebut. Seperti tidak mahu keluar dari bilik air. Usai mandi, Dizyan berdiri dihadapan sinki. Mengambil berus gigi dan menggosoknya. Sambil itu, fikirannya menerawang. Rancangan yang hendak dilaksanakan ini sebenarnya masih tidak cukup sifat jahat. Tetapi tidak mengapalah. Asalkan dapat membuatkan Faizal dipanggil oleh Cikgu Alias sudah memadai. Selepas itu, Dizyan keluar dari bilik air dan menyarungkan baju sekolahnya. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama keluarga.
Semasa bersarapan, Dizyan asyik tersenyum seorang diri. Pelik Asyifa melihat adik sepupunya itu. Puan Hajjah Karissa mengerutkan dahi. Melihat sikap anak gadisnya.
“Yan okay ke?” tanya Asyifa. Dizyan tersentak dan memandang wanita disebelahnya.
“Apa yang okaynya, Kak?”
“Yelah. Dari tadi Kak Syifa tengok Yan asyik senyum seorang diri je.”
“Adalah, Kak.” Dizyan berkata sambil tersenyum penuh misteri. Serentak dengan itu, Asyifa dan Puan Hajjah Karissa menggelengkan kepala mereka.

SEBAIK sampai sahaja di sekolah, Dizyan meletakkan beg di dalam kelas dan terus turun ke tingkat bawah. Awal sekali Dizyan tiba di sekolah hari itu. Semata-mata untuk melaksanakan rancangannya. Kakinya laju melangkah ke arah tandas lelaki. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Nampaknya, tidak ramai lagi yang berada di sekolah pada pagi itu. Dia masuk ke dalam tandas tersebut. Diconteng sesuatu di dinding tandas. Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Dizyan kembali semula ke kelas. Menyimpan alatan yang digunakan untuk menconteng. Seketika kemudian, ternampak kelibat Ku Zhety melintasi kelas Dizyan sambil menggalas begnya. Dan sekali lagi Ku Zhety melintasi kelas itu untuk turun ke tempat yang selalu dijadikan tempat untuk melepak geng-geng Faizal. Pantas Dizyan keluar dari kelas dan memerhatikan keadaan sekeliling. Bagus! Line clear. Cepat-cepat Dizyan masuk ke kelas Ku Zhety dan membuka beg galas gadis itu. Mengambil tudung yang dipakainya semasa waktu ustazah. Dizyan tahu ustazah paling tidak suka orang tidak memakai tudung sewaktu pembelajarannya. Dimasukkan tudung tersebut di dalam poketnya dan segera keluar dari kelas tersebut sebelum dituduh mencuri barangan. Almaklumlah, itu bukan kelasnya. Jadi, orang akan menuduh dia cuba untuk mencuri. Kes kecurian di sekolah itu menular sejak kebelakangan ini. Tidak mustahil jika orang turut menuduh dia juga ingin melakukan kecurian. Dizyan meletakkan tudung yang baru diambilnya itu dan diletakkan di bawah meja cikgu. Tidak mahu letak di dalam begnya. Nanti kalau dilakukan pemeriksaan secara mengejut atau spot check, kantoi pula. Lebih selamat bukti tidak diletakkan berdekatan dengan dia.
Misha dan Yasmin yang baru sahaja sampai, terkejut melihat Dizyan yang berada di dalam kelas. Belum pernah Dizyan tiba seawal itu ke sekolah. Selalunya hampir-hampir waktu persekolahan bermula, baru muncul gadis gempal ini.
“Awal hari ni, Yan?” tanya Misha. Dizyan hanya tersenyum manis. Pura-pura tersenyum sebenarnya. Ingin menutup perasaan gementar. Risau juga rancangannya tidak menjadi.
“Jomlah, Yan. Turun. Kejap lagi dah nak start beratur.” Ujar Yasmin. Setiap pagi pasti kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam kelas masing-masing. Kecuali Isnin akan diadakan perhimpunan. Mereka bertiga beratur mengikut kelas. Tiba-tiba berdiri seorang pengawas di hadapan sambil memegang mikrofon. Mereka yang lain pelik. Hari ini sepatutnya beratur sahaja. Bukannya ada perhimpunan. Masing-masing masih menunggu pengawas itu berkata-kata.
“Fezrull Faizal bin Farid. Kamu dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Alias dibiliknya. Yang lain boleh balik ke kelas. Sekian terima kasih.” Kata pengawas itu dengan ringkas. Dizyan sudah tersenyum sinis. Tidak sabar untuk melihat Faizal menerima hukumannya.
Faizal memanjat tangga untuk menuju ke bilik disiplin. Sempat menjenguk ke bawah untuk melihat rakan-rakan yang sudah pulang ke kelas. Matanya tertancap pada Dizyan yang berada dibawah. Kebetulan juga memandang ke arahnya. Apabila terlihatkan wajah gadis itu yang sinikal, dia tahu pasti Dizyan ada kaitan dengan kejadian yang membuatkan Cikgu Alias memanggilnya. Faizal melangkah masuk ke dalam bilik Cikgu Alias.
“Kamu ni apa nak jadi ni, hah?!” bentak Cikgu Alias kuat sebaik sahaja Faizal melangkah masuk. Kakitangan pejabat yang ada di situ, terkejut mendengar jeritan Cikgu Alias. Faizal hanya mendiamkan diri. Menundukkan wajah ke bawah.
“Kamu dahlah jarang masuk ke kelas, gangster sekolah. Lepas tu, kamu buat vandalisma pulak. Saya tahu kamu pandai. Keputusan tak pernah below 90. Kamu tak boleh tunjukkan teladan yang buruk ini kepada junior kamu. Kamu tahu tak, saya kenal ayah kamu tu. Kami berkawan baik. Saya boleh je beritahu pada dia yang kamu telah melakukan vandalisma dengan menconteng tandas sekolah. Tapi, kali ni, saya lepaskan kamu. Saya cuma akan hukum kamu. Lepas waktu sekolah, bersihkan tandas. Bersihkan dinding yang awak conteng tu.” Hukuman telah pun dijatuhkan tanpa mendengar apa-apa rayuan daripada pesalah. Faizal mengangguk perlahan. Malas untuk membantah. Dia melangkah keluar dari bilik guru disiplin itu.
Faizal melintasi kelas Dizyan. Melihat ke dalam kelas itu melalui cermin tingkap. Kelihatan gadis itu sedang tekun mendengar penerangan guru subjeknya. Tetapi Dizyan turut mengalih pandang ke luar. Tersenyum sinis dan mengangkat ibu jarinya. Faizal menggenggam penumbuk dan terus beredar menuju ke kelasnya pula.

BERSAMBUNG.....

Saturday, April 18, 2009

Kau Milikku 5

BAB 5

JAM loceng berbunyi nyaring hingga membangunkan penghuni bilik itu. Dizyan menggosok mata yang masih mengantuk. Dia mengeliat sedikit. Terasa lega. Kemudian, perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan berjalan ke arah bilik air. Dicapai tuala yang tersangkut di penyidai dan membuka lampu bilik air. Masuk untuk membersihkan diri. Usai mandi, Dizyan keluar dengan sudah siap berwuduk untuk menunaikan solat yang wajib. Disarungkan telekung ke badannya dan segera menjalankan perintah-Nya. Selesai bersolat, Dizyan melangkah ke arah almari dan diambil baju sekolahnya. Dia duduk dihadapan cermin solek dan membelek wajah. Kenapalah budak-budak sekolahnya asyik membuli dia? Pernah sekali Dizyan memberitahu Puan Hajjah Karissa bahawa dia ingin berpindah sekolah. Sudah tidak tertahan lagi mendengar kata-kata ejekan mereka. Tetapi Misha dan Yasmin selalu menasihati Dizyan, buat tidak tahu sahaja dengan mereka. Yang paling dia tidak tahan sekali dengan geng Faizal. Entah apa yang dibuat olehnya sehinggakan mereka menjadikan Dizyan sebagai musuh. Dicapai beg galas yang diletakkan di atas meja tulis. Dizyan melangkah turun ke tingkat bawah. Aroma masakan sarapan pagi menusuk hidung. Nasi lemak daun pisang terhidang di atas meja. Perutnya berkeroncong minta diisi. Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa turut menyertai Dizyan di meja makan.
“Morning, Umi. Morning, Abah.” Tersenyum ke arah kedua orang tuanya.
“Assalamualaikum. Kita ni orang Islam, Yan.” Tegur Tuan Haji Azmin lembut. Dizyan terdiam.
“Ops…sorry. Assalamualaikum Umi, Abah…” Dizyan membetulkan semula kata-katanya. Puan Hajjah Karissa tersenyum melihat gelagat anak perempuan seorangnya ini. Asyifa baru sahaja melangkah ke arah meja makan turut melabuhkan punggung disebelah Dizyan. Gadis itu menghulurkan pinggan makan kepada Asyifa.
“Syifa, hari ni ada kes apa?” tanya Tuan Haji Azmin dan disuapkan ke mulutnya sesudu nasi lemak. Asyifa tersentak dan mengangkat muka memandang lelaki tua yang bercermin mata itu.
“Hari ni pasal kes cerai Puan Sharifah Mahani against Tuan Syed Akhbar.” Asyifa berkata. Cuba mengingat kembali pasal kes tuntutan cerai yang difailkan oleh Puan Sharifah Mahani di Mahkamah Syariah bulan lepas. Tuan Haji Azmin mengangguk.
“Abang ni pun. Biarlah budak tu makan dulu. Belum sempat dia nak menyuap ke mulut lagi, dah ditanya pasal kerja.” Rungut Puan Hajjah Karissa.
“Abang kena tahu Syifa ke mana hari ni.” Ujar Tuan Haji Azmin pula.
“Syifa kena ke mahkamah hari ni, Abah Az.” Sela Asyifa. Puan Hajjah Karissa mengangguk. Kasihan pula pada Asyifa yang terpaksa menggantikan tempat Izham sementara anak lelaki yang bakal menjadi pewaris kepada firma guamannya itu pergi menuntut ilmu di perantauan.
“Kesian Umi tengok Syifa. Ke hulu, ke hilir. Terkejar-kejar ke court memanjang.” Gelengan kepala Puan Hajjah Karissa semakin laju.
“Tak apalah, Umi Rissa. Syifa tolong Abah Az uruskan dulu firm ni. Sementara nak tunggu Iz balik.” Tukas Asyifa dengan senyuman manis. Dia ikhlas ingin membantu keluarga yang banyak berjasa kepadanya. Tidak terbalas budi baik mereka kepada Asyifa selama ini.
“Susahkan Syifa pulak. Umi tahu, Syifa ada cita-cita sendiri. Tapi terpaksa ikut jugak kehendak Abah kamu ni.” Tidak senang hati menyusahkan anak muda itu. Dizyan hanya memerhatikan Puan Hajjah Karissa dan Asyifa silih berganti.
“Tak susahlah, Umi Rissa. Kalau nak diikutkan jasa Umi Rissa dan Abah Az pada Syifa, belum dapat Syifa balas walaupun Syifa tolong Abah Az uruskan firm ni.” Asyifa tidak mahu mereka terasa bersalah kerana menyusahkannya.
“Dahlah tu. Makan cepat. Nanti Syifa lambat pulak nak ke mahkamah.” Ujar Tuan Haji Azmin. Gadis itu mengangguk pantas dan segera menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
“Yan nak Abah hantar Yan hari ni?” tanya Tuan Haji Azmin kepada anak kandungnya. Gadis itu seperti berfikir sesuatu.
“Tak payahlah, Abah. Yan ambil bas je.” Tolak Dizyan. Dia tidak mahu rakan-rakan sekolahnya tahu dia anak peguambela dan peguamcara terkenal, Tuan Haji Azmin yang bertanggungjawab ke atas kes perceraian artis-artis terkenal di Malaysia. Biarlah orang kenal dia sebagai Dizyan Farhana binti Azmin. Itu sudah cukup buat Dizyan jika ada yang sudi mengenali dirinya. Hanya Misha dan Yasmin sahaja yang tahu tentang rahsia diri Dizyan itu.
“Takkan Yan nak ambil bas waktu macam ni. Dah pukul berapa dah ni? Bas pun dah lepas. Kak Syifa hantar Yan pergi sekolah, ya?” Asyifa pula yang mempelawa.
“Tak menyusahkan Kak Syifa ke?” takut juga jika menyusahkan peguam muda itu.
“Taklah. Kak Syifa nak lalu jalan yang sama juga.” Ujar Asyifa. Dizyan mengangguk perlahan tanda setuju dengan cadangan itu.
“Oklah, Umi...Abah. Yan pergi dulu.” Ujar Dizyan dan tunduk menyalami kedua ibubapanya. Asyifa juga turut melakukan perkara yang sama.
Dizyan menyarungkan kasut sekolahnya. Kemudian, dia segera masuk ke dalam perut kereta apabila jarum jam tangannya sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kalau Dizyan lambat, alamatnya nama dia pasti akan dimasukkan ke dalam buku pengawas. Sudah beberapa kali namanya ada di dalam buku itu. Tidak mahu disenaraihitamkan diri sendiri pada tahun terakhir. Cukuplah dia hanya berada di dalam senarai yang paling dikehendaki oleh ahli kumpulan Faizal.

KERETA Asyifa berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar sekolah. Dizyan turun dari kereta itu dan melambai ke arah kakak sepupunya. Lambaian dibalas. Kereta Asyifa terus menderum pergi meninggalkan kawasan sekolah Dizyan. Pintu pagar sekolah dibuka sekecil yang mungkin. Segera Dizyan memboloskan diri sebelum pintu pagar tersebut ditutup oleh pengawas sekolah yang bertugas pada hari itu. Tersengih Andika melihat Dizyan.
“Nasib baik kau awal beberapa minit, Yan. Kalau tak, nama kau dah ada dalam buku aku ni.” Sindir Andika. Dizyan mencebik.
“Nak tunjuk dia berkuasalah tu.” Gumam Dizyan. Andika mengerutkan dahi.
“Apa, Yan?” tanya Andika tiba-tiba. Dizyan tersentak.
“Tak ada apa-apa. Hari ni bangun awal, tu lah sebabnya datang awal beberapa minit.” Perli Dizyan semula. Kali ini, Andika pula yang mencebik. Dizyan pun pelik. Kenapa pengawas sekolah dan juga geng yang terkenal dengan sikap pembuli mereka itu selalu sahaja cari pasal dengannya? Terus sahaja Dizyan melangkah ke laman sekolah untuk beratur bersama rakan sekelas. Berdiri di belakang Misha. Diletakkan beg galas ke bawah. Misha beralih ke belakang.
“Mamat poyo tu tak pulak tulis nama kau.” Kata Misha. Dizyan menggeleng.
“Kesemua pelajar dikehendaki meluruskan barisan dan pandang ke hadapan.” Pelajar-pelajar yang berdiri di laman sekolah segera mematuhi arahan yang diberikan oleh pengerusi majlis.
Selesai perhimpunan, mereka semua kembali ke kelas. Kerusi disebelah Dizyan kosong. Tercari-cari akan Dizyan wajah itu. Dipandang ke arah Misha dan Yasmin.
“Mana Tika?” tanya Dizyan.
“Hari ni dia tak datang. Demam, katanya. Dia suruh aku cakap dengan cikgu. Tika call aku pagi tadi. Pepagi buta pulak tu. Nasib baik aku dah bangun dari membuta." Seloroh Yasmin. Mereka berdua tergelak kecil. Seketika kemudian, Puan Wong yang mengajar subjek Matematik melangkah masuk. Satu kelas bangun dan mengucapkan selamat pagi. Mereka mengeluarkan buku latihan Matematik. Satu persatu latihan yang diberikan oleh Puan Wong. Setelah itu mereka harus menyiapkan latihan di dalam kelas. Sedang Dizyan leka menyiapkan latihannya, tiba-tiba seorang pelajar tingkatan 3 mengetuk pintu. Mata seluruh kelas tertumpu ke arah pelajar tersebut. Dizyan tunduk semula menghadap buku latihan dihadapan. Malas hendak mengambil tahu urusan pelajar itu dengan Puan Wong.
“Dizyan Farhana Azmin.” Panggil Puan Wong. Dizyan segera mengangkat kepala memandang guru yang sedang berdiri tercegat dihadapan. Kesemua mata rakan sekelas tertumpu pula kepadanya.
“Adik kamu nak berjumpa. Dia sedang tunggu kamu di kantin.” Fasih sekali Puan Wong berkata-kata. Dizyan mengerutkan dahi. Pelik. Mengalih pandang ke arah Misha dan Yasmin yang turut sama mengerutkan dahi.
“Adik? Kau kan tak ada adik.” Bisik Misha perlahan. Dizyan gelisah diduduknya.
“Memanglah. Aduhh...siapa pulak yang nak kenakan aku ni.” Dizyan masih tidak berganjak dari kerusi yang diduduki.
“Dizyan, ada apa-apa masalah ke?” Puan Wong bertanya. Diturunkan sedikit cermin matanya supaya dapat nampak Dizyan dengan lebih jelas.
“Tak ada apa-apa, Puan Wong. Nanti waktu rehat saya jumpa dengan ‘adik’ saya tu.” Sengaja ditekankan perkataan adik itu.
“Pergilah sekarang. Katanya, urgent.” Puan Wong memandang pelajar tingkatan 3 itu. Segera pelajar tersebut mengangguk.
“Saya masih tak siapkan lagi latihan ni, cikgu.” Sedaya-upaya Dizyan cuba menolak.
“Tak apa. Kamu boleh hantar pada saya kejap lagi atau esok saja.” Beria-ia Puan Wong menyuruhnya pergi berjumpa dengan budak yang dikatakan ‘adik’ Dizyan itu. Dizyan sudah tidak boleh mengelak lagi. Mahu atau tidak, perlahan-lahan dia bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas tersebut. Pelajar tingkatan 3 itu telah kembali ke kelasnya semula setelah melihat Dizyan menurut arahan Puan Wong itu. Tidak boleh disalahkan Puan Wong juga. Dia tidak tahu latar belakang keluarga Dizyan dan juga tidak tahu ada orang yang berniat untuk mengenakan gadis itu. Misha dan Yasmin saling berpandangan. Kemudian, mereka segera menyiapkan latihan yang sudah diberikan.
Dizyan melangkah malas ke arah kantin. Siapalah pula yang berniat jahat ingin mendajalkan dia? Dizyan sudah mendekati kantin. Hati berasa kurang enak. Diurut dada berulangkali. Bersabar. Dilabuhkan punggung di atas kerusi di dalam kantin tersebut. Menunggu kedatangan ‘adik’nya itu. Tiba-tiba, Dizyan terasa diri dilanggar dari belakang dan ada cecair panas yang mengalir dibelakangnya. Terus sahaja Dizyan berdiri dan memandang gerangan yang melanggarnya itu. Terlihat Ku Zhety memegang semangkuk mee rebus. Dan, di dalam mangkuk itu hanya separuh mee serta kuah sahaja yang tinggal. Dizyan teringat akan cecair panas yang mengalir dibelakangnya. Dipegang. Berlendir dan berbau kuah mee rebus. Dizyan sedaya-upaya menahan amarah. Melihat wajah Ku Zhety yang memandangnya seperti orang tidak bersalah dan tersenyum sinis.
“Oppss...sorry. Sengaja.” Ujar Ku Zhety dengan sinis sekali.
“Apa you dah buat ni, Zhety?” jerit seorang lelaki. Tidak perlu Dizyan memandangnya. Sudah tahu akan gerangan pemilik suara itu.
“I tak sengajalah, sayang.” Ku Zhety berkata manja.
“You tak sengaja? Takkanlah you tak nampak dugong sesat ni duduk kat depan you yang sikit punya besar ni.” Ejek lelaki tersebut.
“Ini memang kerja kau orang kan. Apa salah aku sampai kau orang dendam sangat dengan aku? Aku tak kacau hidup kau orang. Apasal kau orang nak kacau hidup aku? Kau sendiri semalam kata nak berdamai dengan aku. Apa dah jadi sekarang ni? Kalau macam nilah perangai kau, cancel aku nak berdamai dengan kau.” perlahan sahaja Dizyan bertanya. Faizal tersenyum sinis.
“Aku nak berdamai dengan kau? In your dreams. Kau patutnya jaga sikit mulut kau tu. Jangan biadap sangat. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Siap berperibahasa lagi Faizal berkata-kata. Perlahan sahaja dia mengucapkan kata-kata itu ditelinga Dizyan.
“Ohh...pandai jugak kau gunakan peribahasa. Aku ingatkan kau ni buta bahasa.” Sindir Dizyan.
“Tak kisahlah kau nak cakap apa pun. Kau balik mandilah. Dah bau mee rebus.” Selepas sahaja Faizal habis berkata, ahli kumpulannya ketawa berdekah-dekah. Dizyan mendengus kuat. Terlupa pula dia akan kuah mee rebus yang sudah mewarnai baju putihnya. Dizyan segera berlalu menuju ke tandas.
Dibuka baju yang dipakainya dan digosok menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran kesan kuah mee rebus tersebut. Semakin teruk. Bukan semakin bersih. Dizyan melepaskan keluhan. Dia menyarungkan semula baju tersebut ke badannya dan menuju ke pondok telefon yang terletak di dalam kawasan sekolah. Sudah dipegang gagang telefon itu, tetapi diletakkan kembali. Siapa yang boleh diharapkan untuk mengambil dia dari sekolah? Kalau Asyifa, gadis itu sudah lama ke mahkamah. Lagipun tidak elok menganggu orang yang sedang sibuk bekerja. Tuan Haji Azmin? Abahnya itu mempunyai kes yang perlu diselesaikan juga pada pagi itu. Puan Hajjah Karissa? Wanita anggun itu tidak boleh membawa kereta. Mak Kiah? Sudah pasti orang tua itu juga tidak boleh memandu. Pening! Dizyan memegang kepala. Dia harus menjalani persekolahannya dengan baju yang berbau kurang enak itu.
Perlahan-lahan Dizyan melangkah masuk. Nasib baik guru subjek seterusnya belum lagi masuk ke dalam kelas. Sebaik sahaja Dizyan masuk ke dalam kelas, semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang tertawa melihat keadaannya itu. Misha dan Yasmin ternganga.
“Kenapa dengan kau ni, Yan?” tanya Yasmin. Dia segera berubah tempat dan duduk disebelah Dizyan. Gadis itu menjadi tidak selesa apabila menjadi tumpuan kelas pada hari itu.
“Ni semua kerja Zhety dengan Faizal.” Ujar Dizyan perlahan.
“Lagi-lagi syaitan dua ekor tu punya kerja. Dia orang ni memang cari pasal.” Yasmin sudah mengepal penumbuk.
“Kesian kat kau, Yan.” Misha berkata simpati. Yasmin mengangguk.
“Thanks sebab kau orang ada masa aku dalam susah macam ni.” Ucap Dizyan bersungguh-sungguh. Yasmin menggenggam erat jemari Dizyan.
“Nasib baik si Asrul tu tak bersekongkol dengan geng syaitan tu. Kalau tak, dah lama aku debik si Asrul.” Yasmin berkata sambil menunjukkan gayanya. Dizyan dan Misha tergelak kecil.
“Habis, apa kau nak buat sekarang?” Misha bertanya pula.
“I...declare...war. Perang ni dia yang mulakan, biar aku je yang habiskan.” Dizyan berkata dengan penuh perasaan yang sukar dimengertikan oleh Misha dan Yasmin.
“Aku nak join, boleh?” tanya Yasmin dengan penuh teruja. Dizyan menggeleng perlahan.
“This is between me and him.” Sela Dizyan. Diangkat kening sebelah kiri.
“Kau jangan buat sampai kantoi dengan Cikgu Alias, sudah.” Pesan Yasmin sebelum berlalu semula ke tempatnya apabila guru subjek Perdagangan mereka masuk ke dalam kelas. Puan Chiu membuka buku teks Perdagangan. Tiba-tiba hidungnya terbau sesuatu. Cuba mencari kesan dari mana bau tersebut datang. Pelajar-pelajarnya pelik dengan tindakan guru mereka itu.
“Kenapa cikgu bau mee rebus?” tanya Puan Chiu. Seluruh kelas tergelak. Dizyan masam mencuka. Puan Chiu pelik apabila melihat pelajar-pelajarnya tergelak sakan.
“Macam mana cikgu tak bau mee rebus. Ni ha....Yan mandi dengan kuah mee rebus.” Seloroh Zahim. Mata Puan Chiu terarah kepada Dizyan.
“Yan mandi kuah mee rebus?” tanya Puan Chiu kebingungan. Dizyan hanya mendiamkan diri.
“Hmm...tak apalah. Sila buka buku teks kamu. Muka surat 13.” Selepas menerima arahan dari Puan Chiu, segera mereka menyelak buku teks Perdagangan.

LOCENG sekolah berbunyi nyaring. Menandakan waktu untuk pulang dari sekolah. Dizyan mengemas buku yang berselerak di atas meja dan disimpan di dalam beg galasnya. Bergerak keluar dari kelas bersama Misha dan Yasmin. Beg tersebut tidak di galas sebaliknya hanya memegang sahaja. Takut beg tersebut melekat bau kuah mee rebus. Mereka bertiga melintasi geng Faizal yang sedang melepak di tempat biasa mereka. Entah lawak apa yang dibuat oleh Yasmin sehingga Dizyan tertawa kuat. Misha menekup mulutnya. Yasmin memang pandai menghiburkan hati mereka berdua.
“Baju dah kena kuah mee rebus pun masih boleh gelak lagi. Kalau aku, malu gila. Entah-entah aku terus pindah je sekolah.” Aneeq berkata kuat. Tiga gadis tersebut terhenti gelak tawa mereka. Mengalih pandang ke arah kumpulan yang sedang merehatkan diri dibawah pokok.
“Aku ingatkan jembalang mana tadi. Rupa-rupanya beruk hutan ni.” Selamba sahaja Yasmin berkata. Dizyan tertawa kecil. Misha malas mahu ikut campur. Didiamkan sahaja dirinya. Asrul pernah memberi amaran kepada Misha. Geng-geng Faizal jangan dibuat main. Mereka itu mampu lakukan apa sahaja perkara yang berada di batasan luar fikiran mereka.
“Woii...perempuan jual mee rebus. Balik ni nak jual mee rebus ke?” ejek Aneeq. Faizal hanya tersenyum sinis. Ahli yang lain hanya tertawa menyakitkan hati.
“Kalau aku jual mee rebus pun, sekurang-kurangnya dapat duit yang halal dari rezeki yang halal. Bukan macam kau orang. Asyik peras ugut orang. Makan duit haram.” Dizyan meluahkan perasaan geram yang tidak terkata kepada mereka. Aneeq berjalan laju menuju ke arah mereka bertiga dengan penumbuk yang dikepalnya. Ingin sekali dia menumbuk wajah mulus itu. Tetapi sempat ditahan oleh Asrul yang lalu disitu.
“Neeq, kau ni tak malu ke nak pukul perempuan. Pilihlah orang yang boleh lawan kau balik.” Asrul berbisik ditelinga Aneeq sambil menahan badan anak muda itu dari terus menghampiri ketiga-tiga gadis tersebut. Yasmin cuak. Misha seperti mahu menangis sahaja. Tetapi wajah Dizyan masih selamba.

“Fez...kau nasihatkan sikit kawan kau ni. Kalau dia berani sentuh dia orang bertiga ni, aku takkan maafkan kau. Forever.” Laung Asrul dari jauh. Faizal mendengus geram. Asrul cepat sahaja mengajak mereka beredar.

BERSAMBUNG....

Saturday, April 11, 2009

Kau Milikku 4

BAB 4

PINTU pagar automatik terbuka luas. Kelihatan kereta Datuk Farid masuk ke perkarangan rumah. Dia mengeluarkan beg bimbit dari kerusi belakang. Datin Rubaiyah terjengul di muka pintu dengan senyuman. Datuk Farid membalas senyuman itu dengan wajah yang keletihan. Dia mencapai tangan suaminya dan dicium tangan gagah itu. Kemudian, diambil pula beg bimbit milik Datuk Farid.
“Awal Abang balik hari ni?” tanya Datin Rubaiyah. Datuk Farid membuntuti Datin Rubaiyah sehingga ke ruang tamu. Dilabuhkan punggung di atas sofa empuk itu.
“Hari ni meeting dengan client kena postponed. Jadi, dah tak ada apa Abang nak buat kat office. Terus Abang baliklah.” Ujar Datuk Farid sambil melonggarkan tali lehernya. Datin Rubaiyah turut melabuhkan punggung disebelah suaminya.
“Bik…oh Bik…” panggil Datin Rubaiyah. Bibik yang bernama Sutinah itu telah berkhidmat di rumah mereka sejak dari Faizal baru lahir. Sutinah berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.
“Iya, Datin?” tanya Sutinah perlahan.
“Tolong buatkan air untuk Tuan, ya.” Arah Datin Rubaiyah lembut. Dengan senyuman. Terangguk-angguk Sutinah menerima arahan. Selepas Sutinah beredar, Datin Rubaiyah memandang kembali wajah suami yang sudah dimamah usia itu.
“Itulah sebabnya Abang tak sabar nak tunggu Faizal dah boleh menguruskan company Abang tu. Abang ni dah tua, Rubi. Entah esok entah lusa, sampai lah tu masa Abang. Bila masanya Abang nak khusyuk menghadap Allah, kalau otak Abang ni asyik teringatkan kerja saja.” Sambung Datuk Farid. Datin Rubaiyah menggenggam jari jemari Datuk Farid.
“Abang jangan cakap macam tu. Rubi percaya satu hari nanti, Faizal boleh menguruskan company Abang.” Datin Rubaiyah memberikan jaminan yang dia percaya anak sulungnya itu mampu melakukan apa sahaja.
“Abang harap bakal menantu kita nanti, dapatlah bentuk si Faizal tu. Abang tengok dah tak serupa orang. Sabtu dan Ahad je tak lekat kat rumah. Keluar merewang dengan kawan-kawan dia. Sampai ke tengah malam, baru teringat nak balik. Macam tak fikir dia tu nak SPM tahun ni.” Luah Datuk Farid, kesal dengan sikap Faizal.
“Faizal tu lain sikit perangai dia, Bang. Lain dari kembar tu.” Sela Datin Rubaiyah. Menggeleng kepala separuh botak Datuk Farid itu.
“Hah…cerita pasal Faizal, mana budak-budak tu semua? Dari tadi Abang tak nampak.” Terjenguk-jenguk mencari bayangan tiga orang anaknya itu.
“Macamlah Abang tak kenal Faizal. Selagi tak Maghrib, tak baliklah lagi. Fikhri dengan Fathiq ke rumah kawan dia orang kat banglo hujung jalan tu. Anak Puan Seri ajak dia orang datang rumahnya tadi.” Jelas Datin Rubaiyah. Suaminya hanya mendengus kasar dan menggelengkan kepala.
“Apa nak jadilah dengan budak-budak ni? Yang seorang nak SPM, yang dua orang lagi nak PMR. Pening kepala saya dengan dia orang ni. Hmm...dahlah tu. Dari bercakap pasal dia orang, terlepas pulak Asar Abang nanti. Abang naik dululah.” Tukas Datuk Farid seraya mengangkat punggung dan menuju ke tangga. Datin Rubaiyah hanya mampu mengangguk.
“Kejap lagi Abang turun makan tau.” Pesan Datin Rubaiyah. Risau jika Datuk Farid tertidur kerana terlampau letih.
“Yalah.” Laju kaki Datuk Farid melangkah ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian, Sutinah keluar dengan menatang segelas air jus oren.
“Datin, airnya.” Ucap Sutinah. Datin Rubaiyah memandang ke arah pembantu rumahnya itu.
“Letak je atas meja. Kejap lagi Tuan turun minum.” Arah datin Rubaiyah sekali lagi. Sutinah tersenyum dan mengangguk.

JAM antik yang terletak di sudut rumah banglo itu berdenting sebanyak 7 kali. Datin Rubaiyah mendongak melihat jam tersebut. Sudah pukul 7 malam. Faizal masih juga tidak pulang. Fikhri dan Fathiq baru sahaja sebentar tadi mereka pulang. Kena ‘basuh’ sebaldi dengan Datuk Farid, kemudian mereka dikehendaki bersiap dan mengikuti Papa mereka ke surau untuk berjemaah Maghrib. Niat dihati Datuk Farid ingin menunggu anak sulungnya itu tetapi Datin Rubaiyah takut mereka terlambat nanti hendak ke surau.
“Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam di muka pintu. Lega Datin Rubaiyah melihat wajah anak sulung yang terjengul.
“Waalaikumussalam. Lambat Zal balik hari ni?” tanya Datin Rubaiyah. Faizal tersengih.
“Kita orang buat study group. Apa chapter yang nak masuk first paper nanti.” Faizal berkata sedikit berbohong. Datin Rubaiyah tersenyum penuh makna.
“Zal study ke? Setahu Mama, kalau Zal duduk lepak dengan kawan-kawan geng Zal tu, tambah pulak ada Zhety, bukan study namanya tu.” Sindir Datin Rubaiyah. Faizal tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tak apalah, Ma. Zal naik dulu. Nak mandi.” Cepat sahaja Faizal ingin lari dari Mamanya itu. Kalau lebih lama disitu, mahu sebakul nasihat yang diberikan. Faizal berdiri di atas tangga dan berpaling semula ke arah Datin Rubaiyah.
“Papa dah balik ke, Ma?” tanya Faizal. Dilihatnya Datin Rubaiyah mengangguk pantas.
“Habis, Papa kat mana? Tak nampak pun dalam rumah.”
“Ke surau dengan adik-adik. Baik Zal pergi berjemaah kat surau. Kejap lagi Papa balik tengok Zal melepak dalam bilik, lagi berangin dia. Tadi dia nak tunggu Zal balik. Tapi Mama yang suruh pergi dulu. Kalau kejap lagi Papa marah Zal, Mama tak boleh tolong. Ni memang salah Zal.” Ugut Datin Rubaiyah. Faizal melepaskan keluhan. Ada benar juga kata-kata Mamanya itu. Kalau kejap lagi Datuk Farid naik angin, habis satu rumah diputing beliungkannya. Seperti hurricane Katrina. Silap-silap haribulan, dengan Sutinah sekali dimarahinya.
“Yalah, Ma.” Faizal terus berlari anak menuju ke bilik untuk membersihkan diri dan bersiap ke surau. Usai bersiap, dia turun semula ke tingkat bawah. Sebaik sahaja Faizal berjalan kaki hendak ke surau yang terletak di hujung simpang kawasan perumahan yang menempatkan banglo-banglo mewah itu, dia dihon dari arah belakang. Terkejut dan segera ke tepi. Motor itu bersaing dengan Faizal.
“Fez, jomlah naik dengan aku. Kau nak ke surau kan?” ujar suara garau yang cukup dikenali oleh Faizal itu. Dia mengalih pandang ke arah lelaki itu. Tersenyum Asrul kepada Faizal.
“Lah…kau ke Rul. Aku ingatkan siapalah yang nak mengurat aku tadi.” Seloroh Faizal.
“Kau ingat kau tu cantik? Dahlah. Naik je.” Asrul menyindir. Dia memberhentikan motor untuk membolehkan Faizal membonceng.

SELESAI berjemaah Maghrib juga Isya’, Faizal dan Asrul leka bersembang di pintu pagar surau. Sudah lama tidak lepak sebegitu bersama teman baiknya. Najib yang kebetulan juga baru selesai berjemaah, turut menyertai mereka bersembang. Tiba-tiba mata Faizal tertancap pada sekujur tubuh Datuk Farid dan adik-adiknya. Datuk Farid berdehem kecil. Asrul dan Najib pantas memandang ke arah lelaki tua itu.
“Uncle.” Serentak Najib dan Asrul bangun dari tembok yang dijadikan tempat duduk untuk bersalaman dengan Datuk Farid.
“Hmm…lama tak nampak Najib dengan Asrul.” Ujar Datuk Farid lembut.
“Kami ada je, Uncle. Tak pergi mana-mana.” Seloroh Najib. Datuk Farid tergelak kecil.
“Ermm, Uncle…Kami nak ajak Fez pergi minum boleh tak?” takut-takut Asrul bertanya. Datuk Farid mengangguk perlahan.
“Pergilah. Tapi jangan lewat sangat.” Pesan Papanya itu kepada Faizal. Mereka bertiga mengangguk serentak.
Kalau dengan Najib dan Asrul, Datuk Farid tidak kisah sangat sebab dia kenal akan keluarga kedua anak muda itu. Tetapi yang dia tidak berkenannya itu dengan Aneeq. Pertama kali melihat Aneeq sewaktu anak muda itu datang ke rumahnya untuk kenduri arwah ibu Datuk Farid. Aneeq dijumpai sedang menghisap rokok di belakang rumahnya. Dan disitu Faizal serta geng-geng yang lain ada bersama. Kecuali Asrul dan Najib. Teruk Faizal dibelasah malam itu oleh Datuk Farid kerana ikuti merokok bersama. Bertukar-tukar puntung di antara satu sama lain. Sejak dari itu, Datuk Farid tidak membenarkan ahli kumpulan yang lain datang ke rumahnya kecuali Najib yang dikenali sejak dari anak muda itu masih kecil lagi. Dan juga Asrul, anak jiran sebelah rumah mereka.
Mereka bertiga beredar dari kawasan surau itu. Faizal membonceng Asrul. Najib membawa motor sendiri. Menuju ke gerai Pak Alim. Faizal melabuhkan punggung disebelah Najib sambil memesan minuman dari anak perempuan Pak Alim yang sangat cantik jelita.
“Abang nak minum apa?” tanya Nadia kepada mereka bertiga dengan lembut. Tersengih-sengih Najib memandang gadis berumur 16 tahun itu.
“Wei, dia tanya kau nak minum apa. Macamlah dia tanya nombor telefon kau.” Usik Faizal sambil menyinggung teman disebelah. Tersentak Najib. Tapi masih tersengih.
“Kalau Nadia nak tahu nombor Abang…Najib ni, 019-2744 tekan-tekan tak dapat.” Seloroh Faizal menyebabkan Asrul ketawa terbahak-bahak. Tiba-tiba keluar Pak Alim dari celah pintu dapur dan bercekak pinggang.
“Apa yang kamu usikkan anak dara aku tu, Zal?” tegur Pak Alim. Asrul segera terdiam. Faizal tersenyum sumbing. Nadia tertunduk segan.
“Order jelah air kamu tu. Yang kamu nak usik si Nadia tu, buat apa.” Mata Pak Alim sudah mencerlung ke arah mereka bertiga.
“Yelah, Pak Alim.” Laung Faizal.
“Teh tarik tiga.” Cepat sahaja mulut Faizal berkata. Nadia mengangguk perlahan dan segera beredar ke dapur. Seketika kemudian, dia keluar semula dari dapur dengan menatang sedulang tiga gelas air teh tarik. Faizal dan Asrul segera menghirupnya. Kedahagaan sudah melampaui batasan.
“Sedapnya. Siapa buat air hari ni? Mak Nadia buat ke atau Nadia?” puji Najib. Nadia malu-malu hendak menjawabnya.
“Nadia.” Perlahan sahaja tutur bahasa gadis itu. Cair hati Najib mendengar suara itu.
“Senanglah mak kau nanti, Jib. Ada menantu lemah-lembut, sopan-santun, pandai buat air. Dan yang paling penting, pandai masak. Uish!!!Beruntung mak kau ni, Jib.” Ujar Faizal. Asrul mengangguk pantas. Muka Nadia jadi memerah. Segera dia berlalu ke dapur semula. Terkekeh Faizal dan Asrul tertawa. Cemberut sahaja wajah Najib.
“Kau orang ni suka nak kenenkan aku dengan Nadia tu.” Najib pura-pura masam muka.
“Alah…kau pun suka jugak kan.” Asrul berkata dalam sisa tawanya. Kemudian, Najib tersenyum semula. Susah hendak lama-lama merajuk dengan mereka berdua ini.
Kalau tiada Aneeq, rasanya ahli kumpulan mereka tidak akan menjadi geng yang paling dikehendaki di sekolah. Sejak Aneeq mula menyertai mereka, Faizal sudah pandai hendak menganiaya orang dan membuli orang-orang yang lemah seperti geek dan nerd sekolah, menggoda budak-budak perempuan dengan menggunakan wajahnya yang kacak itu terutama Dizyan. Entah apa yang didendamkan sangat dengan gadis itu pun, tidak pula mereka tahu. Asrul malas hendak menyertai mereka sejak kebelakangan ini. Najib juga jarang-jarang sekali bertegur sapa dengan Faizal ketika di sekolah. Aneeq seperti takut yang Najib akan menghasut Faizal supaya kembali ke jalan yang benar.
Sudah lama Faizal tidak rasa gembira bergelak ketawa dengan ahli kumpulannya sebegitu. Tiba-tiba Faizal terasa lengannya disiku oleh Najib. Lelaki itu menjuihkan bibirnya ke arah seseorang. Terlihat kelibat montel yang melintasi meja mereka cukup membuatkan perasaan dendam Faizal semakin membara. Gadis itu begitu manis berseluar track panjang dan berbaju T. Ditambah dengan senyuman manis. Faizal sendiri tidak dapat gambarkan kenapa perasaan dendamnya mengatasi lebih daripada perasaan lain.
Nadia tersenyum ke arah Dizyan sebaik sahaja gadis itu mendekatinya. Tunduk menyalami Dizyan. Sudah dianggap seperti kakak sendiri. Nadia tiada kakak kerana dia yang sulung. Jadi, Dizyan selalu mengunjungi gerai mereka itu untuk berbual dengan Nadia. Dan, Nadia juga tidak kekok untuk meluahkan apa-apa perasaan sekalipun pada Dizyan.
“Akak nak makan apa hari ni?” tanya Nadia seperti biasa.
“Bagi Nasi dengan Ayam masak Paprik. Dengan Teh Ais. Bungkus, ya.” Pesanan Dizyan diambil dan dibawa masuk ke dalam dapur.
“Aii…kata perempuan. Tapi makan bungkus jugak? Tak reti masak dah ke?” perli Faizal. Matanya ditala ke arah Dizyan. Gadis itu berpaling. Tercari-cari suara sumbang yang berani menegurnya. Mata Dizyan tertancap ke arah Faizal yang sedang tersenyum sumbing.
“Ohh…kau ada kat sini rupanya, kambing! Apasal kau tak balik pagut rumput je kat kandang kau? Asyik nak mengembek kat sini je. Bisinglah!” Dizyan menjeling geram. Mata Faizal terbeliak. Asrul dan Najib sudah menahan gelak. Mereka kagum dengan Dizyan. Hanya gadis itu sahaja yang berani melawan kata dengan Faizal. Kalau gadis-gadis lain di sekolah mereka pasti sudah tergoda ataupun takut dengan kehadiran Faizal disitu.
“Dahlah tu, Fez. Asyik nak bergaduh je dengan Yan. Orang tua kata, mula-mula bergaduh. Nanti lama-lama jatuh sayang.” Giat Asrul. Najib menghamburkan tawanya.
“Tak ada maknanya aku nak sayang pada perempuan gemuk macam tu.” Faizal mencebik. Mereka berdua memegang perut. Serasa hendak pecah perut mentertawakan sahabat yang seorang itu.
Selepas mengambil bungkusan dan membayar duit makanan yang dibelinya itu, Dizyan melangkah cepat untuk keluar dari gerai Pak Alim itu. Sudah tidak sanggup berlama disitu. Dia memandang Faizal sekilas dan menjeling. Terus sahaja Dizyan beredar dari situ.
“Elehh...dia ingat dia cantik sangat ke. Huh....” Faizal bergumam sendirian. Najib menepuk bahu Faizal kuat sehingga lelaki itu tersedak.
“Woiii....nasib baik aku ni sihat lagi tau. Kalau tak, mahu aku masuk hospital sakit jantung. Apa pukul-pukul ni? Kau nak kena belasah dengan aku?” Faizal berkata sambil menayangkan penumbuknya. Najib menyusun sepuluh jari dihadapan wajah Faizal.
“Jomlah blah. Dah pukul berapa dah ni? Nanti bising pulak Papa kau.” Ujar Najib sambil melihat jam di tangan. Jarum jam sudah bergerak ke angka 10 malam. Faizal mengangguk perlahan.
Faizal memanggil Arif, anak lelaki Pak Alim yang baru sahaja tiba di kedai untuk mengira harga minuman mereka. Setelah memberikan wang yang cukup kepada Arif, mereka bertiga beredar dari situ. Asrul menghantar Faizal pulang. Manakala Najib berlalu dengan motornya melalui jalan yang bertentangan.

FAIZAL melangkah masuk ke dalam rumah. Lampu di ruang tamu terpasang. Masih cerah. Selalunya waktu sebegini Datuk Farid dan Datin Rubaiyah sudah masuk tidur. Kecuali Fikhri dan Fathiq. Tetapi mereka akan memerap di dalam bilik sahaja. Tidak mungkin Sutinah. Selepas kedua ibubapa Faizal masuk tidur, dia akan menyudahkan kerjanya dengan cepat dan juga masuk tidur. Hanya Faizal sahaja yang akan berjaga dan menonton televisyen di ruang tamu. Terjenguk ke arah ruang tamu. Kelihatan Datuk Farid masih menonton. Terjengket-jengket Faizal menuju ke tingkat atas untuk ke biliknya.
“Zal…” panggil Datuk Farid. Terhenti langkah Faizal dan berpaling semula ke arah ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Pasti akan ada syarahan ‘percuma’ yang harus ditadah telinganya. Faizal mendekati Datuk Farid yang masih membelakanginya. Dia berdehem kecil.
“Ya, Pa?”
“Duduk kejap. Papa ada hal nak cakap dengan kamu ni.” Datuk Farid memulakan bicara. Dia membetulkan sedikit duduknya. Faizal melabuhkan punggung menghadap Datuk Farid. Masih menunggu bicara seterusnya dari Datuk Farid.
“Bila kamu final paper?” tanya Datuk Farid. Disilangkan lengan ke dada. Faizal seperti berfikir sesuatu. Betul-betul terlupa tarikh untuk kertas terakhirnya.
“Hujung bulan depan kot, Pa.” jawab Faizal, kurang pasti.
“Kot? Jadi kamu tak pasti bila?” Datuk Farid bertanya lagi. Faizal menggeleng perlahan.
“Hmm…tak apalah. Nanti Papa tanya Asrul.” Ujar Datuk Farid. Lama mereka terdiam. Faizal berkira-kira untuk beredar tetapi dilabuhkan semula punggungnya apabila Datuk Farid menahan.
“Kamu nak kemana? Papa tak habis lagi cakap ni.” Sela Datuk Farid.
“Zal ingat Papa dah habis cakap.” Sempat lagi Faizal menjawab.
“Habis je final paper Zal, Papa akan hantar Zal kepada Auntie Kay.” Kata-kata Datuk Farid itu membuatkan Faizal tergamam.
“Tapi, Pa…Zal lebih suka duduk sini. Zal ramai kawan kat sini.” Bantah Faizal dengan nada yang sedikit tinggi. Dia berdiri dan mundar-mandir dihadapan Datuk Farid. Benar tidak suka dengan sikap Papanya itu.
“Zal, behave yourself. Ingat dengan siapa Zal bercakap ni.” Nada Datuk Farid tegas tetapi dalam masa yang sama sedikit tenang. Faizal kembali menghenyakkan punggungnya di sofa.
“Pa...Zal ada hidup Zal sendiri. Yang Zal berhak untuk tentukan. Kemana Zal nak pergi, atau macam mana Zal nak hidup. You have no rights to make a decision for me.” Faizal berkata dalam nada yang sudah mengendur. Wajah Datuk Farid kelihatan tenang.
“I still have the rights to determine my children’s life. Selagi Zal duduk dalam rumah ni, Papa ada hak untuk tentukan apa-apa saja yang berkaitan dengan diri Zal dan adik-adik. You are my son. And, you’re my only hope to inherit our family businesses. Hanya Zal je harapan Papa.” Sela Datuk Farid. Faizal hanya menundukkan wajah.
“Tapi Pa, Zal belum bersedia untuk pikul tanggungjawab as the chairman of the company. I’m not qualified for that. Kan Encik Kamal boleh tolong Papa. Dia lebih layak. Dia lebih lama kerja dengan Papa.” Faizal mengusulkan cadangan. Tidak mahu dia membebankan diri dengan memikirkan perihal kerja yang tidak berkesudahan itu.
“Encik Kamal hanyalah seorang pembantu yang membantu Papa menguruskan syarikat. Tapi Papa perlukan pewaris. Bukan pembantu. Dan Zal adalah pewaris Papa. Yang lebih berhak ke atas syarikat-syarikat kita ni. Papa takkan serahkan pada orang luar. Bukan niat Papa untuk membebankan Zal. Atau berniat untuk menyusahkan. Tapi bagi Papa, sebagai anak sulung, Zal kena ada rasa tanggungjawab. Kalau satu hari nanti Papa dah tak ada, kepada siapa lagi Papa nak harapkan untuk jaga Mama dan adik-adik. Zal kena fikirkan mereka. Mereka sangat memerlukan perhatian Zal. Papa tahu. Hidup sebagai anak sulung memang kena bersusah dahulu. Tapi, percayalah cakap Papa, satu hari nanti, Zal takkan menyesal dengan keputusan yang Papa ambil ni.” Panjang lebar Datuk Farid menjelaskan. Faizal masih tidak berpuas hati. Ada sahaja perkara dimindanya ingin membantah.
“Papa tunggu jelah Fikhri dan Fathiq besar. Lepas tu, bagi kat dia orang.” Ujar Faizal. Datuk Farid menggelengkan kepala. Susah bercakap dengan anak yang keras kepala. Biarlah. Satu hari nanti, dia akan mengerti akan sebab semuanya itu berlaku.
“Papa tak nak dengar bantahan Zal lagi. Keputusan Papa muktamad. Samada Zal terima atau tak, Zal akan Papa hantar kepada Auntie Kay.” Tegas sekali Datuk Farid berkata. Dia bangun dan berkira untuk beredar.
“Zal takkan pergi.” Masih berniat untuk melawan kata-kata lelaki tua itu.
“Zal…it’s my final decision. Whether you like it or not, you have got to go to Perth. Finish. Fullstop. Understand? No more arguments.” Faizal tersandar di sofa. Pasti kata-kata Datuk Farid sudah tidak boleh dibangkang. Diraup wajahnya. Bagaimana dia hendak meninggalkan sahabat-sahabatnya? Sudah tentu, Faizal akan merindui mereka. Terutama sekali Ku Zhety. Pasti dia akan merindui sikap manja gadis itu.
“Arghh...” Faizal menjerit perlahan.

Saturday, April 4, 2009

Kau Milikku 3

BAB 3

SATU padang sekolah Dizyan harus berlari sebanyak 10 kali. Termengah-mengah menahan nafas semput. Mahu kurus badannya disuruh lari sebegitu. Kelihatan guru pendidikan jasmani yang kacak itu sedang memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar sekelasnya. Dizyan berlari dengan kain sekolah biru cair dan baju T sukan. Nantilah kau, Faizal. Kau belum kenal siapa Dizyan Farhana, gumam Dizyan dalam hati. Sebal bila didenda. Tiba-tiba terdengar sorakan dari sekumpulan budak lelaki. Dizyan mengalih pandang. Faizal dan ahli gengnya sedang menyorak untuk Dizyan.
“Go dugong, go! Go dugong!” jeritan mereka membingitkan telinga. Menyakitkan hati. Sudahnya, Dizyan buat tidak tahu sahaja.
“B.L.U.E H.Y.P.P.O! Blue….Hyppo!” sorakan dari gadis-gadis genit yang berada berdekatan dengan ahli kumpulan Faizal itu. Rakan-rakan sekelas Dizyan, hanya mentertawakan mereka. Yasmin, Misha dan Kartika kasihan melihat Dizyan diperlakukan sebegitu.
“Apa yang bising-bising ni?” lantang Cikgu Zamani memarahi rakan sekelas Dizyan. Mereka semua senyap.
“Apa yang kamu semua buat kat sini? Kelas kamu tak ada pendidikan jasmani hari ni. Pergi balik ke kelas masing-masing sebelum saya laporkan pada guru disiplin.” Arah Cikgu Zamani tegas. Dizyan hanya tersenyum sinis memandang ke arah ahli kumpulan Faizal seorang demi seorang. Diangkat ibu jarinya dan dijelirkan lidah ke arah mereka.
“Kau memang nak kena dengan aku ni, dugong sesat.” Aneeq berkata. Tetapi segera ditahan oleh Rizal dan Hakimy.
“Dahlah tu, wei. Jom balik kelas. Karang kalau Cikgu Zamani report kat Cikgu Alias, lagi naya kita.” Rizal menarik Aneeq yang berdiri tercegat disitu. Mereka semua cepat sahaja melangkah kembali ke kelas masing-masing.
Habis sahaja kelas tambahan yang diadakan oleh Cikgu Harnani, Dizyan harus melaksanakan hukuman yang telah pun diberikan oleh Cikgu Alias pula. Dengan berus sabut di tangan kiri dan sebaldi air sabun di tangan kanan, Dizyan menuju ke tandas perempuan yang terletak disebelah bengkel pertukangan. Yasmin terpaksa pulang awal kerana dijemput oleh ayahnya. Misha pula ada tuisyen petang nanti. Jadi, dia hendak pulang awal untuk berehat sebentar sebelum ke tempat tuisyen. Dizyan faham. Dia mengerti mereka tidak boleh menemaninya. Dia juga tidak memaksa mereka untuk menemani dia. Selesai membasuh tandas tersebut, bau haruman sabun menusuk ke hidung Dizyan. Baru lega sedikit melihat tandas yang bersih ini. Kalau tidak, kotornya mengalahkan tandas awam. Dia menarik nafas kelegaan. Diletakkan semula berus sabut dan baldi itu ke bilik stor. Dizyan mengambil beg yang diletakkan di dalam kelas dan melangkah keluar. Menuju ke arah pintu pagar. Dia bernyanyi kecil sambil berjalan. Senyuman selalu terukir di wajah gadis comel itu. Tidak pernah merungut walaupun didenda. Masih berwajah ceria.

Ku bukan superstar,
Kaya dan terkenal,
Ku bukan saudagar,
Yang punya banyak kapal,
Ku bukan bangsawan,
Ku bukan priai,
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai...

Dizyan melintasi kawasan yang selalu menjadi tempat lepak ahli kumpulan Faizal. Tidak perasan akan beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan gelagatnya.
“Ada orang tu dah jadi ganti Kak Jah. Dah teringin sangat ke nak jadi cleaner tetap sekolah?” sindir Aneeq. Langkah Dizyan terhenti. Dia berpusing dan menghadap ahli kumpulan yang sedang mentertawakan dirinya.
“Hey, tapir tak ada hidung. Menyindir nampak. Kalau kau berani sangat, cakaplah depan-depan aku. Tak payah nak sindir akulah, gila!” Dizyan berkata lantang. Mata Aneeq sudah mencerlung.
“Kau memang tak serik lagi, ya. Bila seluar kau dah kita orang gantung kat pokok sarang tebuan tu.” Ujar Aneeq, kuat. Dizyan menjelirkan lidah.
“Jadi, kau mengakulah yang kau gantung seluar aku?” Dizyan pura-pura bertanya.
“Memang aku yang gantung. Kau nak buat apa?” Aneeq tersenyum sinis. Tiba-tiba senyumannya mati apabila melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Dia memandang Faizal. Kemudian beralih kepada Rizal dan Hakimy. Mereka pura-pura memandang ke tempat lain.
“Aneeq, jumpa saya di bilik saya.” Ujar Cikgu Alias dan beredar dari situ. Dizyan juga tidak menyangka Cikgu Alias masih ada disekolah. Setahu dia, waktu sebegini Cikgu Alias sudah pulang. Rupa-rupanya, dia hendak memerhatikan Dizyan. Samada gadis itu melaksanakan dendanya atau tidak. Aneeq membuntuti Cikgu Alias sehingga ke bilik guru disiplin. Dizyan melambai secara mengejek.
Faizal mendekati Dizyan yang memerhatikan bayangan Cikgu Alias dan Aneeq menghilang disebalik bangunan yang menempatkan bilik guru disiplin. Dizyan berpaling untuk berjalan ke arah pintu pagar. Dan dengan tidak semena-menanya, dia terlanggar Faizal yang berada di belakangnya.
“Adoi....” Dizyan mengaduh kesakitan. Dia mendongak memandang Faizal. Cemberut sahaja wajahnya. Mendengus kasar.
“Aku dah malas nak gaduh dengan kau. Aku nak berdamai je dengan kau. Apa kata?” Faizal menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dizyan memandang huluran tangan itu dengan perasaan sedikit tidak percaya.
“Kalau aku setuju untuk berdamai, apa muslihat kau?” Dizyan bertanya. Bukan dia tidak kenal dengan lelaki dihadapannya itu. Sudah 5 tahun mereka menjadi musuh tradisi. Belum pernah sekalipun, Faizal cuba untuk berdamai dengannya. Hanya Dizyan sahaja yang banyak beralah kerana sejak pertama kali terpandangkan Faizal, hatinya sudah mula suka.
“Tak ada apa-apa muslihatlah. Yang kau nak curious sangat ni, kenapa? Aku cuma nak berdamai dengan kau sebab ini tahun terakhir kita akan berjumpa. Manalah tahu, lepas-lepas ni kita dah tak berjumpa lagi. Jadi aku malaslah nak bergaduh dengan kau lagi dah.” Jelas Faizal dengan senyuman menggoda. Hati Dizyan berdebar.
“Nantilah aku fikirkan dulu. Esok aku bagi jawapan.” Kata Dizyan acuh tidak acuh. Wajahnya selamba. Tetapi dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Okay. Aku akan tuntut jawapan daripada kau, esok.” Faizal sekali lagi tersenyum menggoda. Dizyan hanya memerhatikan langkah Faizal meninggalkannya. Kemudian, dia melepaskan keluhan kuat dan berjalan menuju ke arah pintu pagar untuk menunggu bas pulang ke rumah.
“Apa yang kau cakap dengan dia, Fez?” tanya Najib sebaik sahaja Faizal melabuhkan punggung dihadapan mereka semua.
“Aku cakap aku nak berdamai dengan dia.” Ujar Faizal selamba. Mulut ahli kumpulan yang lain ternganga kecuali Najib. Dia tahu sangat akan perkara yang bermain di kepala Faizal itu.
“Apa sebenarnya trick kau?” Najib bertanya lagi.
“Tak ada apa-apa trick. Aku just nak berdamai je dengan dia.” Walaupun di mulut Faizal terluah apa yang dibincangkan dengan Dizyan tadi, tetapi mindanya tetap ligat berfikir.
“Come on lah, Fez. Aku kenal kau dah berapa lama? 15 tahun. Dari zaman kita tadika lagi. Aku tahu sangat apa yang kau fikirkan tu. Aku bukan kenal kau 1 hari, 2 hari.” Najib masih cuba mengorek. Masing-masing terdiam. Faizal seperti berfikir sesuatu.
“Kita final exam SPM start bila?” tanya Faizal tiba-tiba.
“Hujung bulan depan.” Jawab Hakimy pula. Faizal mengangguk perlahan.
“Aku akan laksanakan rancangan aku ni on last day paper.” Faizal tersenyum sinis apabila berkata-kata. Dia sudah tahu rancangan yang terbaik untuk mengenakan Dizyan.
“Rancangan apa pulak ni?” tanya Najib tidak puas hati.
“Adalah. Kau tunggu dan lihat saja. Aku yakin dugong tu akan merayu-rayu pada aku untuk lepaskan dia.” Faizal menyilangkan lengan ke dada sambil dapat membayangkan keadaan Dizyan merayu kepada dia. Najib menggeleng.
“Kau jangan buat yang bukan-bukan, Fez. Ingat sikit kat bapak kau tu, Datuk Farid. Orang yang berpangkat. Jangan nanti kau malukan dia.” Nasihat Najib. Faizal tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Najib. Orang yang paling rapat dengannya.
“Kau jangan risaulah, Jib. Aku takkan malukan Papa aku.” Ahli kumpulannya yang lain bingung dengan sikap Faizal. Apakah yang hendak dilakukannya nanti?

“ASSALAMUALAIKUM.” Laung Dizyan dari luar. Kelihatan Mak Kiah sedang menyiram pokok bunga. Dizyan membuka pintu kecil yang ada di sebelah kiri pintu pagar automatik tersebut. Dia melangkah masuk. Tersenyum lebar memandang orang tua itu.
“Apasal Yan balik lambat sangat? Kelas tambahan Yan dah habis awal kan tadi?” Mak Kiah bertanya. Dizyan hanya tersenyum.
“Hah? Ni apahal pulak tersenyum seorang diri ni?” pelik Mak Kiah melihat kelakuan Dizyan.
“Tak ada apa-apalah, Mak Kiah. Yan masuk dulu, ya.” Ujar Dizyan ingin meminta diri. Dia berjalan menuju ke arah pintu utama.
“Yan dah makan ke belum?” tanya Mak Kiah. Dizyan berpaling.
“Belum lagi.” Jawab Dizyan. Berjalan mengundur sehingga ke pintu rumah.
“Pergilah makan. Tu Mak Kiah dah sediakan makanan atas meja.” Mak Kiah berkata. Dizyan mengangguk pantas dan berpaling semula untuk masuk ke dalam. Mak Kiah menggeleng. Tahu sangat mesti ada perkara menggembirakan yang berlaku hari ini dalam hidup gadis montel itu. Kalau tidak, tidak mungkinlah senyumannya boleh sampai ke telinga.
Dizyan berlari naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Membuka pintu dan segera mencapai tuala untuk membersihkan diri. Terasa dirinya melekat kekotoran yang ada di dalam tandas sekolah tadi. Dizyan keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri dan meletakkan baju sekolahnya di dalam bakul baju kotor. Kemudian dia membaringkan diri di atas katil. Untuk melepaskan penat menjalani hukuman tadi. Dizyan bangun semula dari pembaringan dan membuka komputer riba miliknya dan terus menaip URL Youtube. Ingin mendengar lagu Superstar nyanyian kumpulan Project Pop. Pertama kali mendengar lagu tersebut, terbahak-bahak dia ketawa seorang diri.
Kembali membaringkan diri di atas katil. Matanya tertala ke siling. Teringat huluran tangan Faizal. Adakah lelaki itu sememangnya ikhlas atau ada muslihat disebalik wajah yang menunjukkan keikhlasan itu? Dizyan jadi runsing dengan kelakuan Faizal. Dalam sekelip mata sahaja, dia boleh berubah menjadi orang lain. Kadangkala sangat baik, terlalu baik. Kadangkala jahatnya mengalahkan pelesit.
“Hmmm….patut ke tak patut aku berdamai dengan dia?” Dizyan bercakap seorang diri. Dia memusingkan badan menghadap laptop yang terbuka screen savernya. Wajah pelakon Seducing Mr. Perfect dan X-Men:Wolverine, Daniel Phillip Henney, menghias desktop background dan juga screen saver. Memang itulah satu-satunya pelakon yang menjadi kegilaan Dizyan. Kenapalah wajah Faizal juga seiras dengan wajah lelaki itu? Dizyan melepaskan keluhan. Ketukan di pintu, mematikan lamunannya. Dizyan terus bangun dan menuju ke pintu. Dibuka pintu dan terjengul wajah Mak Kiah.
“Yan dah makan yang Mak Kiah masak tadi?” Mak Kiah bertanya. Dizyan menggeleng perlahan.
"Cepatlah turun makan. Nanti Mak Kiah nak masak makan malam pulak.” Mak Kiah berkata dalam senyuman. Dizyan kembali membalas dan mengangguk perlahan. Dia membuntuti Mak Kiah dan turun ke tingkat bawah untuk ke dapur.

BERSAMBUNG....