BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 20, 2010

Bicara Hati yang Lara!

Semalaman aku cuba untuk melelapkan mata,
Tetapi tak bisa.
Kenapa? Itulah soalan pertama yang muncul dibenak fikiranku ini.
Entahlah, aku sendiri tiada jawapan yang pasti untuk diberikan.
Mungkin kerna kesunyian menghuni di hati ini,
Mungkin juga aku perlukan ketenangan,
Atau mungkin juga aku perlukan seseorang untuk mendengarkan hati yang acapkali berbicara sendirian.

"Haih, entahlah. Kalian mungkin berfikir, apa kena-mengena dengan tajukku ini? Gilakah perempuan ini. Ingin meluahkan rasa hati melalui blog."

Ingin aku luahkan apa yang terbuku dihatiku selama ini. Apabila melihat sahabat-sahabat yang aku kenali dan juga tidak berapa kenali(tidak rapat), yang sebaya denganku telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, dengan tidak semena-mena aku menjadi cemburu.

"Bukan! Jangan salah sangka."

Bukan kerna aku cemburu melihat kebahagiaan mereka tetapi cemburu kerana mereka punya tempat untuk meluahkan perasaan. Bila merajuk, ada pula yang menjadi tukang pujuknya. Bukan ku pinta seorang suami buat masa ini kerana aku juga belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan juga belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau ibu, hanyalah tempat untuk meluahkan perasaan yang gundah gulana ini.

Memanglah aku menyukai seseorang ini dalam diam. Tapi pengajaran yang lepas mengajar aku untuk tidak memberitahu perasaan ini kepadanya. Biarlah ku simpan rahsia dan perasaan ini sampai bila-bila. Tidak mungkin untuk aku luahkan padanya kerana dia juga sudah mempunyai kekasih hati. Sangat 'comel' orangnya. Dengan sikap yang gila-gila dan disukai oleh setiap ahli keluarganya.

"Sudahlah! Mana mungkin dia memandang kepada kau yang badannya sepuluh kali ganda kekasihnya. Kalau kau berjalan dengan dia pun mungkin seperti angka 20. Mata punya belang hitam seperti panda. Suka mengikat rambut menjadi tocang atau disanggulkan sahaja. Memang sudah tidak ada fesyen lainkah?!"

Aku benar-benar perlukan ketenangan. Aku perlu pergi bercuti untuk menenangkan fikiran yang berserabut dan bercelaru ini. Aku perlu keluar dari Kuala Lumpur. Tetapi kemanakah langkah kaki ini harus ditujui? Adakah kerana kini pekerjaanku bukanlah pekerjaan yang menjadi idamanku selama ini? Tetapi aku harus bekerja juga untuk membayar hutang (such as MARA and PTPTN) dan menyara hidupku seharian selama sebulan.

"Itulah pasal. Allah tidak suka kita bercakap takbur. Dulu, aku menyatakan bahawa aku tidak mahu pekerjaan yang hanya duduk menghadap pc dan bekerja di pejabat. Aku mahu bekerja on field. Kini, apa yang aku katakan telah 'kembali' semula kepadaku secara aku sedar atau tidak."

Aku begitu teringin sekali kembali terkejar-kejar ke lokasi penggambaran dan juga membuat skrip untuk stand upper atau lebih dikenali sebagai host. Andai masa dahulu dapat diputar kembali, pasti aku sudah menyelesaikan graduasiku semasa Abby dan rakan-rakan seperjuanganku yang lain menamatkan graduasi mereka. Tapi aku ini 'bodoh' dan 'pemalas' kerana terpaksa mengulangi satu semester dan juga satu paper akibat kegagalan aku melangsaikan tugasan dalam subjek Kewartawanan Foto.

"Baru kini kau sedar kau tu sememangnya B.O.D.O.H!!!!!"

Kolej swasta yang begitu terkenal dan satu masa dahulu berdiri gah di atas bukit di Wangsa Maju itu kini sudah berpindah ke bangunan rumah kedai dan berkongsi pula bangunan dengan sebuah kolej lagi di Setiawangsa. Sudahlah begitu, MQA atau dahulu dikenali sebagai LAN, tidak mengiktiraf subjek-subjek yang diajar. Jadi, aku sebagai 'student gantung tak bertali' ini, terumbang-ambing di lautan gelora. Tidak boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Juga tiada yang mahu ambil aku bekerja di syarikat produksi mereka kerana saiz aku.

"Kau tu terlalu gemuk. Takut tidak boleh terkejar-kejar untuk mendapatkan berita."
"Takut nanti kau penat untuk melakukan kerja lebih masa."
"Kau tak sesuai berada disini. Kau lebih sesuai bekerja di pejabat."

Dan bermacam-macam lagilah kata-kata yang menyerap masuk ke dalam hati ini.

Entah kenapa aku terasa begini. Benarkan aku menjerit untuk seketika cuma. Meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Bencinya hidup ini!

"Jangan salah sangka. Tidak pula aku menyalahkan takdir."

Cuma apa yang tersirat di dalam hati dan fikiran membuatkan aku belum cukup berpasrah. Betul kata seseorang, 'Manusia belum bersyukur ke atas apa yang berlaku dalam hidupnya'. Dan aku lah contoh yang terbaik......


SERIOUSLY I NEED A VACATION!!!!!!

"Ignore kan sahaja, ya. Tentang apa yang aku luahkan. Sebab aku memang dah tak keruan sekarang ni! Help me!!!!!"


ps: e-novel S.A.H akan disambung. Tetapi bagi otak yang 'gila' ni rest kejap, ya!

Daaaaaaaa for now..........

4 tukang komen paling setia:

qyqa said...

salam kak ecah...
alalalala...
jgn sedih kak...
belum sampai masa lagi tu(ehem...sila terima yg saya tgh cuba nak pujuk owg dewasa..=)
yg penting hidup hepi..
kalu jumpa laki yg x menepati ciri2 pun x guna....
smile!!!!1

ieda ^^ said...

hurmm..well love x penting sgt lag for me..yg penting duit n kerja..
kalo x dapat its ok..cuba lagi..
baguslah u x slahkan takdir..coz semaunya sebernaya kita yg mencorakan takdir kita kn..

kalo u nak diet pn bleh..mungkin blh ubah takdir u..kalo ada usaha disitu ada jalan..kalo nak bercuti..g pulau sipadan mmg besh...cantik pantai die..

hehe..saje bg comment nih..
apa2 pun i wish u all the best ^.~

iena the twinnie

Aisha @ Sara Hamza said...

trimas kepada qyqa n ieda yang sudi membaca coretan merapu nieh...hehe ieda thankx for da suggestion!

Naniey TJ said...

m'bce luahan k.ecah
terasa seperti m'nafsir isi hati sy sndiri...
m'yukai seseorg tp x brni b'suara mgkn krn t'rasa dri ini t'lalu jauh bedanya.....
mgkn juga t'rasa kesmprnaan wajahnya tidak dpt ku tndingi...
aku sdr betapa jauhnye beda aq n dia... tapi sy slalu yakin n p'caya akan tiba msenye tuhan berikan sy jodoh yg sesuai.
bkn hnye itu yg m'jdi isu dlm jiwa sy...mlh bidg yg sy ceburi sekrg juga x prnh sy inginkn...tp sy p'caya pd tkdr..mgkn apa yg Dia berikan adalh yg t'baik utk kte...

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139