BAB 28 AISHAH menuju ke butik setelah selesai berbincang dengan Hafiz. Lelaki itu harus pulang dengan segera kerana mendapat panggilan kecemasan dari hospital. Sepanjang perjalanan Aishah hanya tersenyum gembira. Gembira kerana masalahnya dengan Hafiz sudah selesai. Tiada di antara mereka yang berdendam. Sebaik sahaja kaki Aishah melangkah masuk ke dalam butik. Putri terus sahaja menerpa ke arah Aishah. Kaget gadis itu dengan gelagat pembantunya itu. Putri segera meminta maaf. Dia tidak sengaja. Aishah tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya tersenyum. Putri pelik. Aishah menuju ke mejanya sambil bernyanyi kecil. Putri semakin pelik. Dikerutkan sedikit dahi. Dia berjalan menuju ke arah Aishah. “Kak Adik okay ke?” tanya Putri yang begitu mengambil berat akan keadaan Aishah yang tiba-tiba sahaja ceria. “Okay je. Kenapa Put tanya?” pelik Aishah dengan soalan itu. “Tak adalah. Akak nampak happy semacam je.” Kata Putri sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. “Ye ke? Akak rasa macam biasa.” Ujar Aishah sambil tersenyum manis. Putri terangguk-angguk seperti burung belatuk. “Put cari Akak ke tadi?” Aishah bertanya apabila dikeluarkan telefon bimbit dari tas tangan dan lihat lebih daripada 10 missed calls yang diterimanya. “A’ah. Tadi Abang Hariz ada call. Dia try call phone Akak. Tapi asyik masuk voicemail je. Tu yang dia call butik.” Jelas Putri. Aishah kaget. Hariz menelefonnya? “Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan?” tanya Aishah. Hatinya menjadi gelisah tiba-tiba bila Putri menyebut nama Hariz. “Dia suruh call dia balik. Penting, katanya.” Pesan Putri kembali. Aishah melabuhkan punggungnya ke kerusi. Kemudian dia mengangguk perlahan. Putri meminta diri untuk keluar dari bilik pejabat Aishah. Ada kerja yang harus diselesaikan dengan segera. Aishah mengetuk pen di meja. Aishah memandang telefon bimbitnya dengan lama. Haruskah dia menelefon Hariz? Kenapa dia tiba-tiba sahaja menjadi begini? Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Bukankah dia sudah bertekad untuk memberikan peluang kepada Hariz. Bukankah dia sudah berjanji untuk mencintai Hariz sebagaimana dia mencintai Hafiz. Kenapa sejak pertemuannya dengan Hafiz pagi tadi mengubah segala persepsinya? Aishah keliru. Diraup rambut yang panjang mengurai itu ke belakang. Perhubungan yang terputus itu bercantum semula atas dasar kawan. Tidak lebih dari itu. Hafiz dan Aishah membuat keputusan untuk memberikan semula harapan atas hubungan ini. Hanya sebagai kawan. Tetapi kenapa dia rasa resah jika Hariz tahu mengenai perhubungan mereka? Aishah mengenggam telefon bimbit itu. Kemudian dicapai gagang telefon pejabat dan segera didail nombor Hariz. Lama tidak berjawab. Aishah semakin resah. Nafasnya menjadi laju. Dada semakin berombak menahan perasaan. Panggilannya berjawab. Ada satu suara menyahut. “Hello?” jawab suara itu. “Hello. Assalamualaikum, Hariz. Aishah ni.” Sahut Aishah pula. Dadanya semakin sesak. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begini. Cool Aishah. Cool! Tenang je. Jangan kecoh-kecoh. Nanti dia tahu kau ada hubungan dengan abang dia, desis hati Aishah. Tetapi kemudian, hatinya berdesis lagi. Kenapa nak takut? Aku hanya kawan je dengan Hafiz. Tak lebih dari tu, detik Aishah. “Kenapa senyap je ni, Shah?” pertanyaan Hariz menyebabkan lamunan Aishah jatuh berderai. Dia tidak berkata apa-apa. “A…a…ada apa Ha…Hariz cari saya?” tanya Aishah. Dia menepuk dahinya sendiri. Macam manalah boleh tergagap pula ni? Terdengar tawa kecil Hariz dihujung talian. Aishah semakin bingung. Kenapa dia senang mendengarkan gelak tawa dan melihat senyuman Hariz sejak kebelakangan ini? Apakah perasaan ini? Diusir jauh bayangannya sebentar. “Kita keluar lunch? Ada perkara yang Hariz nak beritahu Shah ni.” Ujar Hariz. Dup! Jantung Aishah semakin kuat. Berdebar-debar hatinya. Tidak berasa enak seketika. “Lunch?” sekali lagi tergagap-gagap Aishah bertanya. “Or Shah dah ada appointment with client tengah hari ni?” “Ehh…tak. I’m quite free this afternoon.” Ujar Aishah segera. Tidak mahu Hariz berkecil hati. Tidak sampai hati pula untuk menolak pelawaan dari Hariz. “So, jadilah ni?” tanya Hariz, inginkan kepastian. “Ya.” Jawab Aishah ringkas. “So, I’ll come and pick you up?” Hariz bertanya lagi. Segera Aishah menolak. “No. It’s okay. Kita jumpa je kat mana-mana. Sebab lepas ni saya tak balik ke butik terus. Ada tempat yang harus saya pergi untuk ambil tempahan customer.” Terang Aishah. Hariz mengangguk perlahan walaupun Aishah tidak melihat dia berbuat demikian. Setelah itu mereka masing-masing mematikan talian. Aishah berpeluk tubuh. Melayang-layang fikirannya sebentar pada pertemuan bersama Hafiz pagi tadi. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Fail yang bertimbun di atas meja dilihat. Segera lamunannya mati. Dicapai satu persatu fail tersebut. Diselak dan dilihat apakah tempahan yang diperlukan oleh pelanggan. TENGAH HARI itu Aishah sudah siap meneliti tempahan yang diperlukan. Dia menyerah fail barangan yang dia perlu untuk mengubah hantaran kepada Putri yang sedang setia menunggu. Kemudian Aishah memanggil Kamal dan berbincang mengenai tarikh dan lokasi penggambaran yang sesuai untuk bakal pegantin yang akan melangsungkan perkahwinannya 2 minggu lagi. “Kamal rasa location mana yang sesuai untuk Cik Ferda?” tanya Aishah. Sekali lagi dia melihat nama di dalam fail tersebut. Seperti pernah didengari nama itu. Dia mengerutkan dahi. “Dekat atas bukit kat UPM tu pun cantik jugak, Kak.” Kamal berkata. Aishah seperti berfikir sesuatu. “Hmm…nanti Akak tanya Cik Ferda. Kalau kita ambil gambar dengan ada lembu-lembut tengah pagut rumput pun cantik jugak kan.” Aishah meminta pendapat Kamal lagi. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia pun ada terfikir begitu juga. Tiba-tiba telefon bimbit Aishah berdering. Terkejut dia dengan nada deringan itu segera melatah. Kamal yang melihat telatah Aishah tergelak besar. Aishah segera memasamkan wajah. Dicapai telefon yang ada di atas meja itu dan dijawab panggilan tersebut tanpa melihat nama di skrin telefon. “Hello?” jawab Aishah dengan nada marah. Baru sahaja orang hendak membayangkan lokasi penggambaran, sudah terbantut. “Hello…Assalamualaikum.” Pemanggil memberi salam. Suara Aishah dikendurkan semula. “Awak busy ke?” tanya pemanggil itu. Aishah pelik. Dijungkitkan kening. Siapakah pemanggil ini? Tetapi suaranya dikenali. Dia melihat skrin telefon. Terpampang nama Hariz. Aishah menepuk dahi. “Ehh…taklah. Kenapa awak telefon saya?” tanya Aishah sedikit bingung. Hariz mengerutkan dahi. Tidak ingatkah dia? Hmm..tidak mengapa. Mungkin Aishah lupa kerana terlalu sibuk, getus Hariz. “Awak dah lupa awak janji dengan saya nak lunch?” Hariz bertanya perlahan. Aishah ternganga dan sekali lagi menepuk dahi. Dia benar-benar terlupa kerana leka menyelesaikan kerja-kerja yang terbengkalai. “So sorry. Lupa sangat-sangat.” Jawab Aishah jujur. Hariz mendengus perlahan. Dia tidak mahu memaksa gadis itu keluar makan dengannya jika Aishah sibuk. “Tak apalah, Shah. Kalau awak sibuk, lain kali jelah, ya.” Hariz pula berkata. Aishah serba-salah apabila nada Hariz berubah. “Hariz, jangan macam ni, okay. Bila saya dah janji dengan awak, maknanya saya akan tetap tunaikan janji saya.” Aishah berniat memujuk. “Betul ni saya tak ganggu awak?” tanya Hariz sekali lagi. Benar-benar inginkan kepastian. Aishah menyatakan kepastiannya. Hariz bersuara ceria semula. Aishah menggeleng perlahan. Seperti kanak-kanak ribena sahaja. Kemudian dia tergelak kecil. “Baiklah. Kita jumpa di The Gardens.” Ujar Hariz pula. Aishah memberikan persetujuannya dan mematikan talian. 15 MINIT kemudian, Aishah keluar dari butik dan menuju ke arah kereta yang diparkir di bawah sepohon pokok. Dihidupkan enjin kereta dan keretanya terarah ke jalanraya yang semakin sibuk. Aishah pening kepala setiap kali terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas sebegini. Keretanya perlahan-lahan menyusuri lebuhraya persekutuan dan menuju ke The Gardens, Mid Valley. Diparkir di tempat letak kereta yang disediakan khas di dalam bangunan tersebut. Kaki Aishah melangkah turun dari kereta dan menuju ke lif. Ditekan butang 2. Lif itu terus menuju ke tingkat 2. Nasib baik tidak begitu ramai pengunjung yang datang ke The Gardens pada waktu tengah hari itu. Laju sahaja kaki Aishah melangkah ke arah medan selera yang terletak di tingkat 2 itu. Tercari-cari wajah Hariz. Lelaki itu melambai ke arahnya. Dengan senyuman manis, Aishah melangkah ke arah Hariz yang sedang menikmati minumannya. Dia belum lagi memesan apa-apa pun makanan. Aishah melabuhkan punggung menghadap Hariz yang sedang tersenyum melihatnya. Aishah melepaskan keluhan perlahan. Termengah sedikit. “Awak nak minum apa? Makan?” bertubi-tubi Hariz bertanya. Aishah seperti berfikir. Kemudian, dia bangun dan menyusuri satu persatu kedai makan yang ada di dalam medan selera tersebut. Setelah membuat keputusan untuk memilih minuman dan makanan, Aishah duduk semula menghadap Hariz. “Shah, awak free tak hujung minggu ni?” tanya Hariz. Aishah mengerutkan dahi. “Kenapa?” Aishah bertanya kembali. “Umi saya ajak datang makan malam kat rumah Sabtu ni.” Ujar Hariz pula. Aishah merenung Hariz. Kalau dia menerima pelawaan Umi Hariz, bermakna dia akan bertembung muka dengan Hafiz. Dia sebolehnya tidak mahu bertemu dengan Hafiz di rumah mereka itu. Perasaan Aishah menjadi tidak selesa. “Kalau awak tak free, saya cakap dengan Umi lain kali je lah.” Hariz terkesan perubahan wajah Aishah. Tidak mahu memaksa gadis itu. Aishah berasa serba-salah. Kesian pula pada Farehan yang bersusah-payah menjemputnya menyertai mereka sekeluarga makan malam. “Saya tak cakap pulak saya tak free.” Aishah memberli klu kepada Hariz. Dengan segera lelaki itu tersenyum lebar. “Okay. Saya pergi ambil awak kat rumah pukul 8 malam, ya?” Hariz berkata lagi. Aishah mengangguk perlahan dengan senyuman kecil. Cukup untuk membuatkan Hariz tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu. Setelah selesai mereka menjamu selera pada tengah hari itu, mereka menuju ke destinasi masing-masing. Aishah memarkirkan keretanya semula dibawah pokok sebelum ini. Dia turun dari kereta dan tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang. Aishah mengaduh kesakitan dan orang yang melanggarnya segera meminta maaf. “Saya minta maaf banyak-banyak Cik. Saya tak sengaja.” Kata orang itu. Aishah memanggung kepala memandang orang itu. Tergamam Aishah seketika melihat gadis dihadapannya itu. Gadis ini! Gadis inilah penyebabnya hubungan Aishah dan Hafiz terputus seketika dahulu. Tidak disangka akan terjumpa Shila semula. Dan Aishah sekali lagi mengerutkan dahi. Pakaian Shila….baju kurung? Dikepalanya….tudung? Aishah benar-benar hairan. Memandang Shila tidak berkelip. Gadis itu tersenyum manis memandang Aishah yang keliru. “Shah, apa khabar?” tanya Shila lembut. Aishah masih lagi tidak berkelip matanya memandang Shila. “Ba..ba…baik.” jawab Aishah, gagap. “Mesti Shah terkejutkan tengok Shila macam ni.” Ujar Shila sambil membetulkan semula tudung yang ditiup angin. Tanpa dapat dikawal, Aishah mengangguk perlahan. Bukan niatnya untuk menyinggung perasaan Shila. Tetapi memang itulah perasaan Aishah ketika ini. “Aishah sibuk ke sekarang ni?” tanya Shila lagi. “Ermm…tak.” Ringkas jawapan Aishah. “Boleh kita pergi mana-mana untuk bersembang? Kat sini panaslah. Kalau boleh, kita pergi minum.” Shila berkata lagi. Memang berlainan sekali Shila dahulu dan Shila dihadapannya kini. Pertuturannya lemah lembut. Gayanya juga tidak lagi seperti dahulu. Mekap juga sudah tidak tebal. Natural, setara dengan wajahnya yang putih. “Of course.” Aishah berkata pula. Dia melihat jam di tangan. Masih punyai waktu untuk dia bersembang bersama Shila sebelum berjumpa dengan pelanggannya pada pukul 3.30 petang. Mereka berjalan seiringan menuju ke restoran yang betul-betul berada di sebelah kedai butik milik Aishah. Mereka sama-sama melabuhkan punggung dikerusi yang menghadap diantara satu sama lain. Pelayan datang membawa menu. Mereka memesan minuman yang dikehendaki. Selepas itu, pelayan tersebut beredar dengan membawa pesanan mereka ke dapur. “Sebenarnya…Shila memang datang nak jumpa Aishah.” Kata Shila, lembut. Aishah masih lagi tekun mendengar setiap tutur kata Shila. “Sebenarnya, Shah…Shila rasa bersalah sangat pada Aishah. Sebab Shila, Aishah dan Hafiz putus. Memang Shila tahu niat Shila pada masa tu salah. Tapi Shila tak dapat halang perasaan benci dan dendam kesumat Shila pada Aishah. Shila seperti dirasuk untuk melakukan perbuatan-perbuatan itu. Entah macam mana Shila boleh terlibat dengan Lutfi. Dinni pernah nasihatkan Shila untuk tak terlibat dengan dia. Tapi, Shila rasa hanya Lufti saja yang boleh laksanakan rancangan Shila ni. Lagipun sekarang ni Lutfi dah menerima hukuman dia. Dia dah dipenjarakan atas kesalahannya. Parents Shila nasihatkan Shila untuk buat police report.” Jelas Shila panjang lebar. Dia melepaskan keluhan kelegaan. Lega dapat meluahkan segala-galanya selepas 12 tahun. Shila juga sudah menerima hukumannya dengan menjadi mangsa rogol lelaki jahanam itu. Shila sekarang dapat hidup dengan tenang selepas Lutfi dipenjarakan. Aishah tersenyum. Tidak terdetik sewaktu pun dihatinya untuk berdendam dengan gadis itu. Sudah dilupakan segala-galanya. Sudah dimaafkan Shila. Begitu juga dengan Tengku Nora yang muncul dihadapan Aishah memberikan penjelasan terhadap apa yang dilakukan selama ini semasa dia hendak meminta khidmat Aishah untuk merancang majlis kahwinnya. Dia tidak berkecil hati. Aishah tahu kenapa mereka bertindak sedemikian. Aishah juga sedar bahawa dia tidak layak langsung mendekati lelaki seperti Hafiz itu. Aishah menggenggam erat jemari Shila. Dan, tersenyum. “Saya tak pernah marahkan Shila. Atau benci pada Shila. Saya tahu kenapa Shila buat macam ni.” Ujar Aishah pula. Shila mengangguk tanda kelegaan. “Sebenarnya ada satu lagi sebab Shila datang jumpa Aishah ni.” Shila berkata lagi. Aishah mengerutkan dahi. “Shila dah nak kahwin.” Ujar Shila. Wajahnya berseri-seri. “Ya ke? Congratulations.” Ucap Aishah, ikhlas. “Dan…” ayat Shila tergantung. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan butir bicara. Aishah tersenyum. “Shila nak menggunakan khidmat saya?” teka Aishah. Dilihatnya Shila mengangguk pantas. “Sebab hari tu muka Aishah ada masuk magazine. Aishah ada kata yang butik Shah ni ada sediakan pakej untuk pakaian pengantin muslimah. So, without hesitate, I just came here.” Shila berkata panjang lebar. Aishah mengangguk. “Siapa future husband Shila?” tanya Aishah perlahan. Segan pada mulanya untuk dia bertanya. “Dia muallaf.” Jawab Shila ringkas. “Muallaf?” “Ya. Dia orang India. Tapi dia masuk Islam masa umur 15 tahun. Semua family dia dah masuk Islam. Termasuk parents dia sekali.” Terang Shila. “Ohh…macam mana Shila boleh jumpa dia?” tanya Aishah lagi. Wajah Shila sudah berubah. “Sorry, kalau pertanyaan saya ni buatkan Shila tak selesa.” Aishah berkata. Tidak mahu Shila terasa hati. “It’s okay. Jumpa kat office. Dia tingkat 7, Shila tingkat 9. So, selalu lah jugak jumpa dalam lif. I thought he was Indian. Then suddenly, I bump into him at surau. I was shocked. Bila Shila tanya kawan-kawan at office, semua cakap dia masuk Islam dah lama.” Shila berkata dengan wajah yang ceria. Belum pernah Aishah melihat wajah Shila seperti itu. Mungkin Shila sudah berjumpa dengan hidayah-Nya dan dipertemukan dengan jodoh yang baik. Hati Aishah berdoa supaya mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Hatinya ikhlas. “Shila kerja kat mana sekarang?” tanya Aishah. Dia begitu ingin tahu perkembangan rakan-rakan sekolah. Tetapi Aishah hanya tahu perkembangan sesetengah pelajar dari kelasnya sahaja. “SM Holdings.” Shila menjawab ringkas. “Hah? SM Holdings?” tanya Aishah seperti tidak percaya. Dilihatnya Shila mengangguk perlahan. “Dah berapa lama Shila kerja kat situ?” Aishah bertanya lagi. “Baru je setahun lebih. Tu pun sebab sepupu Shila yang recommend kan.” Ujar Shila. Aishah ingin bertanya lagi. “Siapa sepupu Shila?” “Syafiq. Salah seorang bos kat situ jugak.” Shila berkata. Aishah terdiam. “Jadi, Shila kenal Hariz?” Aishah bertanya perlahan. “Encik Hariz? Kenal. Dia bos department Shila. Kenapa Aishah tanya? Aishah kenal ke?” Shila seolah-olah dapat menghidu sesuatu. Dia bertanya kembali. Cepat sahaja kepala Aishah menggeleng. Kenapa harus dinafikan? Shila tentu tidak akan beritahu apa-apa kepada Hariz. Aishah sendiri tidak faham dengan tindakannya itu. “What a coincidence.” Aishah berkata perlahan. “Apa, Shah?” tanya Shila lagi. “Tak ada apa-apa.” Segera Aishah menafikannya. “Jomlah masuk dalam butik. Aishah nak tunjuk pada Shila collection baru pakaian muslimah yang baru je sampai semalam.” Ujar Aishah dan segera menarik lengan Shila setelah gadis itu membayar harga minuman mereka. Terdorong gadis itu mengikut rentak kaki Aishah. SHILA sudah lama pulang. Dia tidak bekerja hari ini. Sengaja mengambil cuti semata-mata untuk survey pakaian di butik Aishah. Sudah 2-3 hari Shila datang ke butiknya. Mengesahkan tempahan. Baru sebentar tadi, Shila datang membawa bakal suaminya. Terkejut Aishah melihat lelaki itu. Lelaki itu tersengih memandang Aishah. Shila menjadi pelik. Shila mendesak dan bertanya kepada mereka. Barulah Aishah menceritakan perkara sebenar bahawa SM Holdings itu adalah milik bapanya. Dan, bakal suami Shila itu adalah Ketua Akauntan di syarikat tersebut. Barulah Shila faham kini. Mereka sudah mencuba koleksi pakaian yang baru sahaja sampai semalam. Nampaknya, Shila dan bakal suaminya yang dikenali sebagai Akbar Ravi, berpuas hati dengan pakaian yang dipilih dan telah pun mengesahkan tempahan mereka. Aishah mengeluh lega. Tidak susah berurusan dengan mereka ini. Deringan telefon mematikan lamunan Aishah. Segera dicapai telefon bimbit yang terletak di atas meja. Dilihat nama yang dipaparkan di skrin pemanggil. Hafiz! Aishah melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab panggilan itu. “Hello?” jawab Aishah perlahan. “Assalamualaikum.” Hafiz memberi salam. “Waalaikumussalam.” Jawab Aishah perlahan. “Shah busy ke?” tanya Hafiz. “Taklah sangat. Kenapa?” Aishah bertanya kembali. “Kita dinner sama. Itupun kalau Shah tak keberatan.” Pelawa Hafiz. Aishah melepaskan keluhan perlahan sekali lagi. Susahnya membuat keputusan. “Okay. Kita nak jumpa kat mana?” “Fiz pergi ambil Shah?” kata Hafiz dalam nada gembira. Lega apabila Aishah memberikan persetujuan. Takut juga dia Aishah tidak bersetuju untuk keluar bersamanya. “Tak apalah, Fiz. Lagipun saya bawak kereta. Kita jumpa kat mana-mana jelah.” Ujar Aishah. Menolak pelawaan Hafiz. “Okay. Kita jumpa kat Bintang Sidewalk Café?” Hafiz bertanya. Aishah memberikan persetujuannya sekali lagi. Mereka sama-sama mematikan talian. TEPAT jam 9 malam, Hafiz sudah terpacak di hadapan Bintang Sidewalk Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. 10 minit kemudian, Aishah juga tiba dihadapan restoran tersebut. Mereka sama-sama melangkah masuk. Setelah memesan makanan dan minuman, Hafiz ingin berbicara sesuatu. Tetapi terasa seperti ruang kerongkongnya tersekat. Air liur tidak lepas menuruni celah kerongkong. Aishah sedang leka menonton televisyen yang disiarkan di kain rentang besar yang ada disediakan di restoran itu. Hafiz berdehem kecil. Aishah memandang lelaki dihadapannya itu. “Ermm…Umi ada ajak Aishah untuk datang dinner kat rumah kan Sabtu ni?” tanya Hafiz sedikit gagap. Aishah tersenyum kecil. “Ada. Hariz call hari tu.” Ujar Aishah sedikit tidak selesa. “Aishah datang?” tanya Hafiz lagi. Aishah mengangguk perlahan. Hafiz terdiam lagi. Tidak tahu hendak memulakan bicara. “Aishah harap hubungan kita ni, tak lebih dari kawan ya, Fiz.” Ujar Aishah tiba-tiba. Hafiz memanggung kepala memandang Aishah. “Kenapa Shah kata macam tu?” “Kita sama-sama tak nak lukakan hati orang yang sama-sama sayangkan kita.” Aishah ujar perlahan. “Tapi, Shah…Fiz sayangkan Aishah.” Ujar Hafiz dan menggenggam jari jemari Aishah. Gadis itu menarik tangannya semula perlahan. “Itu dulu, Fiz. Sekarang ni, saya sendiri tak tahu apa perasaan saya.” Aishah berkata lagi. Hafiz hanya merenung gadis dihadapannya itu. Sudah tidak adakah perasaannya untukku? Desis hati Hafiz. “Berilah saya masa untuk fikirkannya.” Ujar Aishah lagi. Hafiz melepaskan keluhan. Hatinya sebal. Geram. Sedih. Semuanya bercampur aduk menjadi satu. BERSAMBUNG.... |
Saturday, January 10, 2009
Kasih Aishah Najyha BAB 28
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/10/2009 07:41:00 PM 4 tukang komen paling setia
Friday, January 9, 2009
Kasih Aishah Najyha BAB 27
BAB 27 AISHAH mengemas meja apabila menyedari jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 malam. Sebentar sahaja lagi Hariz akan datang mengambilnya. Pintu bilik pejabat diketuk. Arahan masuk diberikan. Putri segera masuk dan meletakkan satu fail di atas meja ketuanya. Aishah mengambil fail tersebut dan diselak satu persatu muka surat yang ada di dalam fail tersebut. Kemudian, dia menurunkan tandatangan. “Kak, kalau tak ada apa-apa lagi, Put nak mintak diri dulu.” Kata Putri. Aishah mengangkat muka memandangnya. “Ok. Tapi esok jangan lambat. Datin Normala dan anak dia, Naryssa, akan datang esok tau. Pagi.” Kata Aishah. “Agak-agak dalam pukul berapa? Sebab Put nak pergi bank kejap. Nak bayar duit kereta.” Ujar Putri sambil menggalas tas tangannya. “Dalam pukul 11 or 11.30.” jawab Aishah. Putri mengangguk perlahan. “Sempatnya Put sampai butik. Oklah, Kak. Put balik dulu.” Ujar Putri dan berkita-kira hendak beredar. “Kamu balik dengan siapa ni?” tanya Aishah yang prihatin akan pekerja-pekerjanya. Kesian pada mereka yang terpaksa pulang lewat kerana menyelesaikan tempahan yang ditempah oleh pelanggan. “Hairy ambil Put.” Putri berkata. Aishah kenal akan tunang Putri, Hairy. Baik orangnya. Lemah lembut budi bicara. Putri berpaling untuk keluar tetapi dia berpaling semula ke arah Aishah apabila namanya dipanggil. “Wawa, Ila dengan Kamal dah balik ke?” tanya ketuanya lagi. “Dia orang semua belum balik lagi, Kak. Banyak kerja tak siap.” Ujar Putri. Kerjanya juga tidak selesai lagi. Tetapi hari sudah menganjak ke malam. Ibunya sudah berkali-kali telefon mengatakan bila mahu pulang. Lagipun, tempahan itu masih sempat untuk disiapkan. Pelanggan itu mahukan tempahan itu disiapkan pada awal bulan hadapan. Masih ada lagi 3 minggu untuk dia bertungkus lumus menyiapkannya. “Kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih, Put.” “Kasih anda diterima.” Sempat lagi Putri berseloroh. Kakinya melangkah keluar dari pejabat Aishah. Ketuanya hanya tersenyum sambil menggeleng. Telefon bimbit Aishah berbunyi kuat. Terkejut dia dengan deringan itu yang sedang tengah asyik menyelesaikan kerja. “Assalamualaikum.” Sahut satu suara. “Waalaikumussalam.” Aishah menjawab. Dia sudah mengenal pasti akan pemanggil itu. “Saya on the way ke butik awak.” Ujar Hariz. “Ok. Saya tunggu awak.” Aishah mematikan talian. Dia keluar dari bilik pejabat dan ternampak Najwa baru sahaja masuk ke dalam butik. Dia menuju ke arah gadis itu. “Wawa, Akak balik dulu. Ila dan Kamal belum balik lagi kan?” Aishah berkata sambil memasukkan fail-fail pelanggan ke dalam beg kertas yang tersedia di atas meja. Dia harus bawa balik fail itu dan diteliti semula. “Belum lagi, Kak.” Jawab Najwa ringkas. “Nanti jangan lupa kunci pintu lepas Akak keluar. Najwa nak balik pukul berapa ni?” tanya Aishah. Risau juga dia meninggalkan butik kepada pembantu-pembantunya di waktu malam. Takut juga apa-apa yang terjadi. Lekas-lekas dia mengusir pemikiran sebegitu. Didoakan tidak terjadi apa-apa. “Dalam pukul 9.” “Balik macam mana ni?” tanya Aishah lagi. “Babah datang ambil.” Najwa berkata. Sememangnya Aishah ketahui, Najwa adalah anak kesayangan bapanya. Jadi, tidak hairanlah kemana sahaja Najwa pergi, pasti bapanya akan pergi bersama. Yalah, satu-satunya anak perempuan, katakan. “Nanti Wawa tunggu sampai Ila dan Kamal balik, ya? Sebab kunci ada kat Wawa. Dia orang tak ada kunci.” Pesan Aishah berkali-kali. Najwa mengangguk dan tersenyum. Aishah menggalas tas tangannya. “Iya, Kak. Jangan risau. Akak pergilah dating.” Teka Najwa sambil tersenyum lebar. Aishah mengerutkan kening. “Hah?” Aishah seperti kurang dengar apa yang diperkatakan oleh Najwa. “Pergilah dating dengan aman.” Ujar Najwa sekali lagi. “Mana Wawa tahu ni?” Aishah bertanya. Terpinga-pinga. “Eleh….macamlah orang tak tahu. Akak tak mungkin balik seawal ni kalau tak ada apa-apa hal. Kan banyak lagi tempahan pelanggan yang Akak tak baca lagi. Lagipun Wawa terdengar perbualan Akak dengan Abang Hariz tadi.” Najwa berkata sambil tersengih hingga menampakkan gigi. Aishah menggeleng perlahan dan tersenyum. Aishah terjenguk-jenguk ke luar. Mencari kelibat kereta Hariz. Masih tidak nampak. Dia berkali-kali melihat telefon. Kenapa dia tidak sampai lagi? Sepatutnya dia sudah sampai. Pejabat dengan butik Aishah tidaklah begitu jauh. Hati Aishah dirundung resah. Aishah menjenguk sekali lagi ke luar. Kereta Hariz berhenti betul-betul dihadapan butiknya. Aishah segera meluru keluar. Hariz tersenyum apabila ternampak kelibat gadis itu. Masuk sahaja ke dalam kereta, Aishah terus bertanya. “Kenapa Hariz lambat?” “Riz lambat ke?” Hariz melihat jam tangan. Baru 8.20 malam. “Sorry. Riz pergi ambil petrol. Minyak dah nak habis dah tadi. Kalau kereta tak boleh berjalan, nanti kita sama-sama kena tolak.” Hariz berkata seloroh. Aishah tersenyum kelegaan. “Aishah nak makan kat mana?” tanya Hariz sebelum keretanya bergerak menuju destinasi. Aishah seperti berfikir sesuatu. “Saya ikut Riz je. Tak kisah makan kat mana-mana pun. Asalkan boleh makan. Saya dah lapar sangat ni.” Kata Aishah. Hariz tersenyum dan keretanya menderum pergi. AISHAH membuka pintu rumah. Ruang tamu gelap tetapi masih terpasang televisyen. Gadis itu mengerutkan dahi. Dia berjalan ke arah ruang tamu untuk melihat siapakah yang berada di sana. Terjengket-jengket Aishah berjalan kerana tidak mahu mengejutkan orang yang sedang menonton televisyen itu. Syed Mahfuz menyandarkan diri di sofa dengan mulut yang sedikit ternganga. Dengkuran pun kedengaran. Aishah melihat jam dinding. Sudah hampir jam 1 pagi. Lama juga di keluar dengan Hariz. Tidak pernah selambat ini dia pulang kecuali atas urusan kerja. “Pa…Pa…Papa….” Kejut Aishah perlahan. Dia tidak mahu kejut kuat-kuat. Nanti kena sakit jantung pula orang tua itu. “Pa…” kejut Aishah sekali lagi. Syed Mahfuz membuka mata perlahan-lahan. Melihat anak gadisnya. Aishah tersenyum. “Eh, Adik.” Syed Mahfuz membetulkan duduk dan memakai semula cermin mata. Untuk melihat gambaran dengan lebih jelas. “Dah pukul berapa dah ni?” tanya Syed Mahfuz. “Dah pukul 1 dah, Pa. Papa tunggu Adik ke?” tanya Aishah. Kesian pula dia kepada Syed Mahfuz. “Papa risaukan Adik. Adik balik lambat hari ni.” “Adik tak apa-apa, Pa. Adik keluar dengan kawan.” “Kawan lelaki ke kawan perempuan?” tanya Syed Mahfuz dengan nada mengusik. Aishah tersenyum manja. “Ishh…apa Papa ni.” “Betullah. Papa tanya ni. Lelaki ke perempuan?” tanya Syed Mahfuz sekali lagi. Lambat-lambat Aishah hendak menjawab. “Lelaki.” “Ohh…” “Kenapa, Pa?” “Bolehlah Papa buat menantu.” Malu Aishah apabila diusik begitu. Dia tersenyum. Syed Mahfuz tergelak besar. “Dahlah, Adik. Adik pergi naik atas. Papa pun nak naik tidur ni. Mengantuk sangat.” Kata Syed Mahfuz sambil menguap luas. “Esok Papa ada meeting ke?” “Ya. Pukul 10 pagi.” Syed Mahfuz berjalan ke arah televisyen dan menutup suis peti tersebut. Mereka berjalan beriringan menuju ke tingkat atas. Selepas mengucapkan selamat malam, Aishah masuk ke dalam kamarnya untuk membersihkan diri. Aishah Najyha membaringkan diri di atas katil selepas menyalin pakaian kerja kepada pakaian tidur. Dia tahu ada satu mesej masuk apabila telefon bimbitnya berdering lagu So What. Aishah bangun dari perbaringan dan mencapai beg tangan. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan membaca mesej tersebut. Nombor yang tidak dikenalinya. Dia membaca mesej tersebut satu persatu. Kemudian, dia membalas mesej itu kembali. Daripada Hafiz. Dia mahu berjumpa dengan Aishah esok di perhentian bas dihadapan sekolah lamanya. Aishah gelisah. Perasaannya tidak tenteram. Apa lagi yang Hafiz mahukan darinya? Dia sudah cuba untuk melupakan Hafiz. Semakin dia rasa dia tidak mampu. Semakin dia cuba menjauh, semakin cinta itu dekat di hati. Semakin dia cuba mengelak, semakin wajah itu menemani tidurnya setiap hari. Dia baring semula. Aishah bersetuju untuk berjumpa dengan Hafiz. Tapi matanya masih tidak boleh lelap. Dia masih memikirkan bagaimana reaksinya esok apabila berhadapan dengan Hafiz. Masih kuatkah dia? Atau hatinya akan lemah, hancur dan luluh? Aishah tidak pasti. Dia membaringkan diri dan memandang siling. Malam yang hening itu, hanya kedengaran keluh kesahnya. Biarlah apa yang akan terjadi hari esok. Dia tidak akan mengelak lagi. Dia harus berdepan. Entah bila matanya tertutup, dia sendiri tidak sedar. Yang tahu, dia sedang melayari mimpi. AISHAH bangun apabila jam loceng berbunyi kuat. Dia menggosok mata yang terasa berat. Lambat-lambat dia bangun dari katil. Dicapai tuala yang tersangkut di penyidai. Setelah membersihkan diri, disarungkan baju yang sudah tersedia sangkut di dalam almari. Dia berjalan dan duduk menghadap meja solek. Memandang wajah pucatnya. Disapu mekap asas. Kemudian, barulah dia memakai maskara, pembayang mata, eye liner dan lipstik. Natural sahaja. Dia tidak suka terlalu tebal solekannya. Biarlah semulajadi. Barulah nampak kecantikkan yang asli. Dibelek sekali imbas. Puas hati. Dia turun ke tingkat bawah selepas keluar dari biliknya. Menuju ke ruang makan. Kelihatan Mama, Papa dan adik beradiknya yang lain berada di ruang makan. Sedang menikmati sarapan pagi. Aishah tersenyum dan menyertai mereka. “Lambat Adik balik semalam.” Kata Nurradiah sambil tangan menyuap mihun goreng ke mulut tetapi matanya memandang ke arah Aishah. Semua mata memandang ke arah Aishah. Tetapi tidak Syed Mahfuz. Dia hanya tersenyum. “Sorry lah, Mama. Kawan Adik yang hantar Adik balik semalam.” “Kenapa Adik tak call kita orang?” tanya Nina. “Phone Adik tak ada bateri.” “Kawan Adik tak ada phone ke?” tanya Khairul pula. “Ada.” Jawab Aishah ringkas. “Habis tu? Kenapa tak pinjam phone dia?” tanya Khairul lagi. Aishah terdiam. Kenapalah dia tidak terfikir? “Kawan Adik tu lelaki ke perempuan?” desak Khairul dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. “Abang…” kata Sabrina perlahan. Dia tahu Aishah berasa serba salah. Adik iparnya itu hanya menelan air liur. “Abang cuma tanya. Salah ke?” alih Khairul kepada Sabrina. Walaupun perlahan tetapi dia tahu ada nada kemarahan dalam suara itu. Sabrina menggeleng dan mendengus perlahan. “Tak salah. Tapi pertanyaan Abang membuatkan Adik…” ayat Sabrina tergantung. Khairul memandang isteri di sebelah dengan wajah geram. “Apa? Takut?” tanya Khairul lagi. “Abang….” Sabrina berkata dan melepaskan keluhan perlahan. “Lelaki.” Jawab Aishah ringkas. Dia tidak mahu Khairul dan Sabrina berterusan bergaduh hanya kerana dia. “Berani pula Adik balik dengan lelaki sampai tengah-tengah malam?” Nurradiah meninggikan sedikit suaranya apabila mendengar jawapan Aishah. Syed Mahfuz berdehem kecil. Aishah menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata dengan mana-mana ahli keluarganya. Nadira yang seakan-akan faham dengan perasaan kakaknya, menggenggam jari jemari Aishah. Meleraikan kekusutan di fikiran. Wajah Aishah sedikit keruh. Fikirannya tentang perjumpaan dengan Hafiz masih lagi dalam dilema. Kini, diserang bertubi-tubi oleh ahli keluarganya pula. “Mama ni bukannya apa, Adik. Mama tak suka Adik keluar dengan sesiapa yang kita orang tak kenal. Kenapa Adik tak bawak balik dia dan kenalkan dengan Mama dan Papa? Lain kali Adik jangan balik tengah-tengah malam. Mama risaukan keselamatan Adik.” Jelas Nurradiah apabila dia terperasan perubahan wajah anaknya. Aishah mendengus perlahan. Mereka ini terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran. Berkawan salah, tak berkawan lagilah salah. Keluar salah, tak keluar salah. Getus Aishah. “Mama kenal dia.” Jawab Aishah. “Siapa?” tanya Nurradiah. “Hariz.” Jawab Aishah ringkas. “Sudah-sudahlah tu. Kamu ni tak habis lagi ke nak menyoal siasat dia? Biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. Tapi, pesan Papa pada Adik, apa-apa hal yang terjadi telefon dulu ke rumah. Kami kat sini risau.” Syed Mahfuz meleraikan persoalan mereka sebelum percakapan ini terjadi pertengkaran. Aishah mengangguk. “Maafkan, Adik. Sebab tak telefon dulu.” Aishah sedar. Ini adalah kesalahannya. “Kami tak marah pada Adik. Tapi, lain kali telefon dulu, ya?” kata-kata Nina membuatkan Aishah kelegaan. Wajah Aishah kembali tenang. Walaupun hatinya tidak setenang wajahnya. Masing-masing kembali menjamu selera. Nurradiah mengangkat muka memandang Syed Mahfuz. “Tadi Abang kata nak cakap sesuatu.” “Cakap apa, ya?” tanya Syed Mahfuz kembali sambil memikirkan sesuatu. Nurradiah menggeleng. “Abang ni cepat sangatlah pelupa.” “Ohh…ya. Hujung minggu ni kita ke Sungai Petani.” “Kenapa, Bang? Ada masalah dengan syarikat Abang?” “Imran. Dia dah hilangkan diri. Selepas dia gelapkan duit syarikat hampir beberapa juta.” Kata Syed Mahfuz. Mereka yang ada di meja makan, tercengang. Tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Syed Mahfuz. “Abang ni biar benar. Imran tu kan adik ipar Abang.” Ujar Nurradiah lagi. “Sebab dia fikir dia adik ipar sayalah, dia boleh buat macam-macam.” Ujar Syed Mahfuz pula. Nurradiah menggeleng perlahan. “Tentu Norell susah hati kan, Bang?” kata Nurradiah. Dia tiba-tiba sahaja teringatkan adik iparnya itu. “Ong tak percayalah Uncle Imran sanggup buat macam tu.” Tukas Khairul. “Betul, Ong. Papa dah ada bukti.” Sela Syed Mahfuz. “Kalau macam tu, Ong nak ikut Papa pergi jenguk Lang Norell.” Kata Khairul. “Papa tak nak ganggulah perancangan kamu berdua hujung minggu ni. Manalah tahu, Bri nak balik rumah mak dia ke.” Kata Syed Mahfuz dan memandang Sabrina. Wanita itu tersenyum. “Tak adalah, Papa. Kami memang tak ada perancangan. Bagus jugak pergi ziarah Lang Norell.” Ujar Sabrina. Syed Mahfuz mengangguk perlahan. “Nina pun nak pergi jugaklah.” Kata Nina tiba-tiba. “Betul tu, Pa. Kami pun nak ziarah jugak Lang.” Kata Sofyan pula. “Kami pun sama.” Kata Shah Fuzey. Nadira turut mengiakan kata-kata suaminya. Syed Mahfuz sekali lagi tersenyum dan mengangguk. “Adik pun.” ujar Aishah. Syed Mahfuz kelegaan. Kesemua anaknya hendak mengikuti mereka pergi ke Sungai Petani untuk melawat adik Syed Mahfuz. Setelah itu, seorang demi seorang anak-anak dan menantunya meminta diri untuk pergi ke tempat kerja. KERETA Aishah berhenti agak jauh daripada perhentian bas dihadapan sekolah lama dia. Matanya memerhati sekeliling. Tidak ada kelibat kereta Hafiz pun. Belum sampai, agaknya. Dia melihat jam di tangan. Baru pukul 9 pagi. Tiada sesiapapun di situ. Dipandu kereta dan berhenti dihadapan perhentian bas tersebut. Kakinya melangkah turun dan dia melabuhkan punggung di atas kerusi perhentian bas tersebut. Aishah leka memerhati kawasan sekolah. Sunyi. Sekarang ini, musim cuti sekolah. Memori lama terlayang-layang di ruang di fikiran. Di sekolah dan stesen bas itu tersimpan semua kenangan bersama Hafiz. Disinilah, buat pertama kali dia terpandang wajah Hafiz. Pertama kali, Hafiz menghulurkan salam persahabatan. Pertama kali, dia mengalami perasaan cinta. Dan pertama kali, memutuskan perhubungan yang begitu bermakna buat dirinya. Aishah memeluk tubuh. Air mata turun berjuraian. Terlalu banyak kenangan pahit dari kenangan manis. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh. Aishah segera mengelap air mata. Malulah kalau orang yang lalu lalang ternampak air mata yang berjuraian menuruni pipi gebu itu. Dia sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan dianggap lemah. Dia tidak akan dibuli lagi. Derapan kaki di belakang Aishah membuatkan jantung gadis itu seakan-akan berhenti berdenyut. Dia menyeka air mata yang bertakung di tubir mata. Aishah mengumpul segala kekuatan. Perlahan-lahan dia memusingkan badan menghadap sesusuk tubuh yang tegak berdiri. Tetapi wajahnya tetap menunduk. Tidak sanggup melihat wajah yang sentiasa bertakhta di hatinya. Hafiz melabuhkan punggung di sebelah Aishah. “Aishah apa khabar?” tanya Hafiz. Suara itulah yang selalu menganggu tidurnya dahulu dan kini. “Baik.” Wajahnya masih tidak diangkat. “Fiz harap pertemuan kita ni tak diketahui oleh Hariz.” Kata-kata Hafiz itu membuatkan Aishah mengangkat muka. Dikerut sedikit dahi. Hafiz tersenyum. “Supaya tak timbul salah faham.” Jelas Hafiz. Aishah mengangguk perlahan. “Saya pun harap Ellisa tak tahu.” Kata Aishah. Lama Hafiz merenung gadis yang amat dicintainya itu. Aishah memandang ke tempat lain. Perasaan malu masih ada. Hafiz tersenyum. Baginya, Aishah tidak pernah berubah sedikitpun. Masih seperti dulu. Hafiz memandang ke arah sekolah yang banyak menyimpan seribu satu rahsia. “Old memories, huh?” tanya Hafiz. Aishah tidak menjawab sebaliknya tersenyum penuh makna. Hafiz masih ingat bagaimana Tengku Nora hampir dikerjakan oleh Nina di padang sekolah kerana cuba untuk membuli Aishah, ura-ura percintaannya dengan Tengku Nora kecoh satu sekolah, Shila terlentok manja di bahunya semasa di dalam perpustakaan sehingga ditegur oleh Puan Rayyah, guru perpustakaan. Tengku Nora setiap hari belanja dia makan sehingga ada orang yang mengatakan bahawa mereka berdua adalah sepasang kekasih yang secocok dan bermacam-macam lagilah. Sungguh kelakar masa itu. Dia langsung tidak ada hati pada Tengku Nora masakan dia menganggap gadis itu sebagai kekasihnya. Sudah ada orang hendak belanja. Rezeki, takkanlah hendak ditolak pula. Detik hati kecil Hafiz. Dia dengar dari mulut Shazmy, sahabat baiknya, Tengku Nora sudah berkahwin dengan pilihan keluarganya. Baguslah. Sudah tidak ada orang yang akan menganggunya lagi. “Kenapa awak nak jumpa saya di sini?” pertanyaan Aishah itu membuatkan lamunan Hafiz terbang. “Saya dah lama nak jumpa awak. Tapi saya tak ada masa nak balik Malaysia. Saya pernah nampak gambar awak dalam majalah. Itu lagi membuatkan saya tak sabar nak balik Malaysia. Tapi, saya tak tahu awak dah ada orang lain.” Hafiz berkata-kata. Mengharapkan Aishah memahami setiap kata-katanya. “Saya pun tak sangka yang awak dah ada orang lain.” “Maksud awak?” Hafiz tidak faham dengan kata-kata Aishah. Lama gadis itu mendiam seribu bahasa. Aishah kemudian berkata-kata. Membuatkan Hafiz tidak lepas dari memandangnya. “Tentu awak pernah dengar daripada Nina yang saya tak pernah ada sesiapa selepas awak dalam hidup saya selama 12 tahun ni.” Aishah lihat Hafiz menggeleng perlahan. Aishah pelik. Bukankah Nina pemberi maklumat kepada Hafiz? “Bukan dari Nina.” Hafiz berkata perlahan. Aishah semakin pelik. “Habis, siapa?” “Diyana.” Jawab Hafiz ringkas. “D? Diyana Zhafran?” tanya Aishah inginkan kepastian. Dia terkejut apabila Hafiz mengangguk. “Tapi, saya dengar daripada Nina yang awak bawak balik tunang. Saya rasa hati saya berkecai. Saya tunggu awak. Selama 12 tahun ni, saya cuba menerima lelaki lain. Tetapi tak ada orang yang dapat menggantikan tempat awak.” Sambung Aishah. “Saya terlalu istimewa di hati awak?” tanya Hafiz. Dia inginkan kepastian. Aishah tersenyum kecil sambil meraup ke belakang anak rambutnya yang berjuraian di dahi. Rimas apabila rambut bertebangan ditiup angin. “Am I special to you?” ulang Hafiz. “Awak tak faham ke atau awak buat-buat tak faham?” “Apa maksud awak?” tanya Hafiz seperti orang bodoh. “Sudahlah. Anggap saja saya tak pernah cakap apa-apa.” Aishah kesal. Dia cuba untuk meluahkan perasaannya tetapi Hafiz masih tidak faham. Dia sangat menyesal kerana bersetuju untuk berjumpa dengan Hafiz hari ini. Kalau dia tahu, dibatalkan sahaja. Hafiz tersenyum kecil. “Saya faham maksud awak. Saya jugak rasa macam tu masa awak minta kita putuskan persahabatan. Saya rasa kecil hati. Saya tak tahu kenapa awak buat macam tu. Berhari-hari saya fikirkan. Sampai saya sanggup tak nak terima tawaran belajar disebabkan perhubungan istimewa yang kita mulakan. Mula-mula saya rasa, saya bertepuk sebelah tangan. Tapi kini, saya dah dapat jawapan yang pasti.” Hafiz meluahkan kegembiraannya. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Aishah juga mempunyai perasaan yang sama. Serasa mahu dipeluk gadis dihadapannya itu. Aishah tetap menundukkan wajah. “Kenapa dulu awak tak nak tanya kat saya kenapa saya nak putuskan perhubungan kita?” tanya Aishah. Dia benar-benar inginkan jawapan. Hafiz memandang wajah dihadapannya dengan satu perasaan yang sukar ditafsirkan. “Sebab awak dah berikan saya alasan.” “Bukan sebab tu sebenarnya saya dah putuskan hubungan dengan awak.” Kata Aishah. Dia mengeluh. Kalaulah masa dapat diundurkan kembali. “Saya dapat tahu dari Shila yang awak bertaruh dengan Lutfi untuk…” ayat Aishah tergantung. “Jalinkan hubungan dengan awak?” pintas Hafiz. Aishah mengangguk perlahan. “Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya tak pernah bertaruh dengan Lutfi.” Jelas Hafiz. “Tapi saya nampak Lutfi bagi duit kat awak.” Desak Aishah lagi supaya Hafiz menceritakan perkara sebenar walaupun dia sudah tahu. “Duit? Duit…duit…” Hafiz memutarkan kembali fikiran. Cuba mengingati masa Lutfi memberikan duit kepadanya. “Ohh…duit RM 200 tu? Itu duit yang Lutfi pinjam kat saya. Katanya, mak dia nak guna bawak adik dia ke hospital.” Tiba-tiba Hafiz teringat. “Tapi Shila kata…” ayat Aishah tergantung. Sengaja dia berbuat begitu. Tapi tidak ada guna lagi memaksa Hafiz sedangkan perkara sebenar sudah dia ketahui. “Shila kata apa?” “Tak…tak ada apa-apalah.” “Shah…” panggil Hafiz perlahan. Aishah memandang ke arah Hafiz. Perasaan yang pernah datang dahulu, menerjah semula. “Saya harap kita akan terus berkawan. Tak kira walau apapun yang terjadi. Saya sayangkan awak.” Kata-kata dari Hafiz itu membuatkan Aishah tertunduk malu. Dia tidak membayangkan bahawa lelaki yang amat dicintainya itu akan mengucapkan kata-kata sayang. “Saya pun harap kita akan terus berkawan macam dulu.” “Biar saya perkenalkan diri. Saya Hafiz.” Hafiz menghulurkan tangan. “Saya Aishah…Najyha.” Aishah menyambut huluran itu. Mereka sama-sama mengukir senyuman. “Tapi, saya harap awak jangan beritahu pasal hubungan kita ni pada Hariz dan Lisa. Kita kena fikirkan pasal mereka. Jangan kerana kita nak ikutkan perasaan, kita lukakan hati mereka.” Ujar Aishah. Dia tidak sanggup melukakan kedua-dua hati orang yang amat menyayangi mereka. “Jadi, awak nak buat macam mana?” tanya Hafiz. Dia tidak mahu kehilangan Ellisa. Dia juga tidak mahu kehilangan Aishah. Tamak? Dia memang bersifat tamak. Dia takut kehilangan gadis sebaik Ellisa. Dia juga takut untuk kehilangan Aishah, gadis yang amat dicintainya. “Biarlah kita rahsiakan dulu perhubungan kita ni. Bila dah tiba masanya, baru kita jelaskan pada mereka.” Cadang Hafiz apabila Aishah hanya mendiamkan diri. “Tapi saya tak nak Hariz tahu daripada orang lain mengenai hubungan ni.” Luah Aishah. Dia takut nanti Hariz kecewa dengan sikapnya. Mula-mula memberi harapan. Kemudian, diragut begitu sahaja. “Saya faham. Saya jugak tak nak Hariz dan Lisa tahu daripada orang lain.” Hafiz mengeluh perlahan. Mereka bersembang mengenai masa lampau yang tidak mungkin dapat diputarkan kembali biarpun ianya seribu tahun yang akan datang. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/09/2009 12:32:00 PM 2 tukang komen paling setia
Tuesday, January 6, 2009
Kasih Aishah Najyha BAB 26
BAB 26 KEESOKKAN paginya, Hariz tergesa-gesa ke pejabat apabila menyedari dia terlewat. Sarapan pun tidak sempat. Fail-fail yang dibawa diletakkan di kerusi belakang bersama-sama briefcase. Segera kereta milik Hariz menderum pergi. Sepanjang perjalanan, dia hanya melihat jam di tangan sahaja. Sudahlah semalam tidak masuk pejabat. Hari ini terlewat pula. Telefon bimbit berdering. Dia memasang Bluetooth ke telinga dan menekan punat untuk menjawab. “Hello, Encik Hariz.” Sahut satu suara. “Ya, Kama. Ada apa?” tanya Hariz kembali yang sudah mengenali gerangan si pemanggil. “Encik Hariz masuk pejabat ke hari ni?” tanya setiausahanya itu. “Yes, Kama. But, I’m stuck in the traffic jam right now. Tuan Syed dah masuk pejabat ke belum?” tanya Hariz. Lama dia menanti jawapan daripada setiausahanya. Kemudian, terdengar satu suara halus di corong telefon. “Belum lagi, Encik Hariz.” Jawab Kamazarina lembut. “Encik Syafiq pun tak masuk lagi?” tanya Hariz sekali lagi. “Pun belum, Encik Hariz.” “Kama, can you do me favour?” pinta Hariz. “Certainly, sir.” Kamazarina menjawab. “Tolong maklumkan saya bila Encik Syafiq dan Tuan Syed masuk ke pejabat.” Arah Hariz. Terdengar suara setiausahanya berkata sesuatu. “Baiklah, Encik Hariz.” “Terima kasih, Kama.” Kemudian, Hariz mematikan talian telefon bimbit. Dia kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Setengah jam kemudian, dia sampai betul-betul dihadapan bangunan pejabatnya. Tersergam indah Syed Mahfuz Holdings atau lebih dikenali sebagai SM Holdings. Bangunan itu menempatkan beribu-ribu pekerja. Syed Mahfuz Holdings bukan sahaja khusus kepada bahagian arkitek tetapi bahagian-bahagian lain seperti rekaan dalaman, urusan jual beli hartanah dan lain-lain lagi. Hariz segera meletakkan kereta di tempat letak yang telah disediakan. Dia turun dari kereta dengan mengendong briefcase dan fail-fail penting syarikat. Kelam-kabut dia menuju ke lobi. Ramai juga orang yang belum masuk ke pejabat. Kebanyakan pekerja di situ apabila ternampak akan kelibat Hariz, mereka menyapanya. “Assalamualaikum, Encik Hariz.” Sapa salah seorang pekerja di bangunan itu. Hariz memandangnya. “Waalaikumussalam. Haa…Anyzah. Dah kebetulan saya berjumpa dengan awak kat sini. Awak boleh ikut ke pejabat saya?” tanya Hariz kepada gadis bertudung yang manis itu. Pekerja-pekerja yang lain hanya memandang mereka berdua. “Boleh, Encik Hariz. Tapi saya nak ke ofis letak barang dulu.” Kata Anyzah. Hariz mengangguk. “Tak apalah. Saya tunggu kat pejabat.” “Baik, Encik Hariz.” Mereka berpisah sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 10. Anyzah tersenyum kepadanya dan berlalu pergi. Pintu lif terbuka sekali lagi di tingkat 15. Hariz segera keluar. Dia menuju ke biliknya. Hariz memandang sekilas ke arah Kamazarina yang sedang tersenyum. Dia membalas senyuman itu dan menolak daun pintu bilik pejabatnya. Kopi O’ panas tersedia di atas meja. Masih berasap. Dia menghirup sedikit. Melepaskan kedahagaan dan kelaparan yang berada di tahap maksimum. Kamazarina mengetuk pintu bilik Hariz. Arahan masuk diberikan. Hariz duduk di kerusi empuknya. Menanti kedatangan Kamazarina. “Encik Hariz, Tuan Syed dan Encik Syafiq baru sahaja masuk ke pejabat.” Kamazarina memberitahu Hariz. “Baiklah. Saya ada apa-apa appointment ke hari ini?” tanya Hariz mengenai jadualnya. Kamazarina meneliti buku diari hitam yang selalu dibawa. Kemudian, dia mengangkat muka dan memandang Hariz. “Hari ini tak ada. Tapi, Encik Nathan dan Puan Fiza ada tinggalkan pesanan. Semalam mereka cuba telefon Encik Hariz melalui telefon bimbit tapi tak dapat.” Kata Kamazarina dan menyerahkan slip pesanan kepada Hariz. Disambut slip itu dan membaca pesanan daripada mereka berdua. Dikerutkan dahi. “Ada apa-apa lagi ke, Encik Hariz?” tanya Kamazarina. Memang itulah rutin harian. Bertanya jika ketuanya itu memerlukan apa-apa lagi kemahuan. “Ermm…tolong panggilkan Encik Syafiq. Thanks.” Kamazarina mengangguk dan segera keluar ke mejanya. Ditekan nombor interkom setiausaha Syafiq. Satu suara halus menjawab. “Tasha, Encik Hariz nak berjumpa dengan Encik Syafiq. Sekarang.” Ujar Kamazarina. “Okay. Aku akan sampaikan pesanan.” Jawab Tasha pula. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya sekali lagi diketuk. Setelah diberikan arahan masuk, terjengul wajah Syafiq. Dia duduk di kerusi menghadap Hariz. “So, macam mana dengan projek Lembah Bayung tu?” tanya Hariz tidak sabar mengetahui perkembangan projek yang diusahakannya itu. Dari hari Syed Mahfuz menyerahkan projek itu ditangannya, dia sudah berjanji bahawa dia akan melaksanakan kerja itu sebaik mungkin. “Almost completed. FAF Architecture berpuas hati dengan kerja kita.” Kata Syafiq sambil memeluk tubuh. “Good. I’m glad to hear that.” Hariz lega dengan kenyataan Syafiq. Pintu bilik Hariz sekali lagi diketuk. Kali ini terjengul pula wajah Kamazarina. Hariz memandang setiausahanya. Dijungkitkan keningnya sedikit. “Encik Hariz, Cik Anyzah dari Interior Department nak berjumpa dengan Encik Hariz.” Ujar Kamazarina dan tersenyum. “Suruh dia masuk.” Arah Hariz. Mata Hariz ditala ke arah laptop yang terbuka di atas meja. Sesekali diketuk papan kekunci laptop tersebut. “Silakan masuk, Cik Anyzah.” Kata Kamazarina kepada gadis itu. “Terima kasih.” Ucap Anyzah kepada Kamazarina. Kemudian tersenyum manis. “Silakan duduk, Cik Anyzah.” Kata Hariz. Anyzah tersenyum dan melabuhkan punggung dihadapan Hariz. “Terima kasih, Kama. Kama, tolong minta Kak Yah buatkan kopi untuk Encik Syafiq dan Cik Anyzah, ya.” Hariz meminta tolong. Bukannya memberi arahan. “Baik, Encik Hariz.” Kamazarina berpaling keluar. Anyzah duduk bersebelahan Syafiq. Terpaku Syafiq memandang gadis di sebelahnya. Hariz berdehem. Syafiq sedikit menggelabah. Dikalihkan pandangan ke arah Hariz yang tersenyum sumbing. Tersekat-sekat Syafiq menelan air liur seperti biawak tertelan biji durian. “Ni saya kenalkan, orang yang sama-sama bertanggungjawab memastikan kelancaran projek Lembah Bayung 2 ini, Encik Syafiq. Syaf, aku kenalkan, Cik Anyzah, ketua yang menyelia rekaan dalaman bagi projek kita ni.” Mereka berjabat tangan. Pertama kali Syafiq berjumpa dengan Anyzah, hati sudah terpaut. Baginya, Anyzah seorang yang lemah lembut dan pemalu. Lama tangan mereka berpaut. Hariz yang melihat perbuatan itu, terbatuk kuat menyebabkan Syafiq melepaskan genggaman tangan. Wajah Anyzah merona merah. Malu apabila perilaku mereka itu disaksikan oleh orang atasannya. Hariz tergelak kecil. “Anyzah, macam mana dengan design? Awak dah siapkan?” tanya Hariz. “Dah, Encik Hariz. Cuma saya perlu pergi ke tempat projek tu untuk melihat sendiri bagaimana reka bentuk dia. Selama ni saya tengok dalam gambar, saya tak berapa jelas. Jadi, saya tak tahu gambaran yang sebenar. Kan gambar dan ruang yang sebenar banyak bezanya. Sebab saya tak tahu besar, keluasan dan reka macam mana yang sesuai untuk menarik perhatian pelancong.” Jelas Anyzah. Dilihatnya Hariz terangguk-angguk. “Jadi, apa cadangan awak?” tanya Hariz pada Anyzah lagi. Wangian yang dipakai oleh Anyzah menusuk masuk ke dalam hidung Syafiq. Lelaki itu seperti berada di awang-awangan. Lama dia memerhati wajah manis itu. “Saya nak reka setiap bilik berlainan jenis rekaan. I mean different suites, different design. But, we still have our trademark.” Ujar Anyzah dengan yakin. Hariz cukup berpuas hati dengan kerja wanita itu. “Baiklah, Encik Syafiq kata projek tu hampir siap. Tak lama lagi awak boleh pergi tengoklah.” Hariz berkata. Anyzah tersenyum dan mengangguk. Lama mereka berbincang. Syafiq menerangkan satu persatu mengenai projek Lembah Bayung 2 yang hampir siap itu. Berharap Anyzah dapat membayangkan projek itu. Setelah itu, Anyzah meminta diri kerana perlu menyiapkan kerja yang terbengkalai. Dia bersalaman dengan mereka berdua dan beredar dari situ. Anyzah sempat memberikan senyuman paling manis kepada Syafiq. “Jatuh hati aku tengok dia, Riz.” Kata Syafiq sambil melabuhkan punggung semula. Hariz menggeleng. “Kau tu dengan siapa tak jatuh hati. Dengan Kak Yah pun jatuh hati.” Gurau Hariz. Mereka sama-sama tergelak kecil. “Itu sebab dia buat nescafe paling sedap.” “Wei, jom! Lunch.” Sambung Syafiq. “Lunch dah? Pukul berapa sekarang ni?” terkejut Hariz. Dia melihat jam di tangan. Baru pukul 10.30 pagi. “Kau tengok jam aku sekarang baru pukul berapa?” Hariz mengunjukkan jam yang dipakainya kepada Syafiq. “Maksud aku bukanlah sekarang. Tengah hari nanti.” Selamba Syafiq berkata. “Boleh saja. Kalau ada orang nak belanja.” Sindir Hariz. “Yelah…yelah…aku belanja.” Syafiq terasa. Dia tahu selama dia keluar makan dengan Hariz, hanya Hariz yang membelanjanya. “Pukul 12.30 aku tunggu kau kat lobi.” Ujar Syafiq. “Ok.” Jawab Hariz ringkas. “Oklah. Aku blah dulu. Kerja banyak tak siap lagi. Kang amuk pulak Tuan Syed tu. Habis masuk headline news esok:Majikan amuk, pekerja cedera parah” Kata Syafiq secara berseloroh. Hariz tergelak besar. Syafiq bangun dan beredar ke pintu. Sebelum melangkah keluar, dia berpaling semula memandang Hariz. “Aku boleh belanja kau. Dengan syarat.” Syafiq berkata. Hariz setia mendengar. “Kau kena kenenkan aku dengan Anyzah.” Ujar Syafiq. “Banyak lah kau. Kalau aku kena debik sekali dengan boyfriend dia ke husband dia ke, baru padan dengan muka aku.” Hariz menggeleng-geleng pantas. Tidak mahu dia terlibat. Cukuplah dia pernah terlibat dengan Fareez semasa hendak memperkenalkan sahabatnya itu dengan Natrah, gadis yang paling dicintai sahabatnya itu. Seminggu mukanya lebam, ‘makan’ penumbuk bekas kekasih gadis itu. Tapi kerana sahabat, dibiarkan sahaja. Lama-kelamaan, pengorbanannya itu terbalas. Natrah bercinta dengan Fareez. Tetapi hanya seketika kerana gadis itu meninggal dalam satu kemalangan. Tiba-tiba sahaja Hariz memegang pipi kanannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah persahabatan. Dan, dia sanggup mengorbankan apa sahaja demi abang dan adik tersayang. Walaupun pengorbanan itu memerlukan dia mengorbankan hati dan perasaannya. Syafiq memetik jari. Memandang Hariz yang berangan sebentar. “Tak apalah kalau orang dah tak nak tolong kan. Biarlah aku ni membujang sampai tua.” Kata-kata Syafiq itu membuatkan Hariz ketawa besar. Syafiq segera melangkah keluar dengan muka masam. Hariz keluar dari biliknya dan berhenti dihadapan meja Kamazarina. “Tuan Syed ada dalam bilik?” “Ada, Encik Hariz. Ada apa-apa yang perlu saya bantu, Encik Hariz?” tanya Kamazarina. “Tak apalah. Saya nak pergi jumpa dia.” Hariz meninggalkan meja Kamazarina dan menuju ke arah bilik Syed Mahfuz. Dia berhenti pula dihadapan meja Sakinah. “Kinah, saya nak berjumpa dengan Tuan Syed.” “Sebentar ya, Encik Hariz.” Sakinah mengangkat gagang telefon dan bercakap dengan seseorang. Selepas meletakkan gagang tersebut, dia mengangkat muka dan berkata sesuatu. “Encik Hariz boleh masuk sekarang.” “Terima kasih, Kinah.” Ucap Hariz. “Sama-sama.” Perlahan sahaja Sakinah menjawab. Pintu bilik Syed Mahfuz diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Hariz membuka pintu itu dan masuk ke dalam bilik yang terbesar di dalam bangunan tersebut. Syed Mahfuz tersenyum memandangnya. “Silakan duduk, Hariz.” Pelawa Syed Mahfuz. “Terima kasih, Datuk.” Kata-kata Hariz itu membuat Syed Mahfuz terperanjat besar. Dia mengerutkan dahi memandang Hariz yang selamba mengucapkannya. “Mana kamu tahu saya dapat pangkat Datuk?” tanya Syed Mahfuz ingin tahu. “Nathan yang beritahu saya.” Ujar Hariz sambil tersenyum. “Kamu jangan beritahu sesiapa tau. Hanya kamu dan cawangan Sungai Petani saja yang tahu. Saya tak naklah orang panggil saya Datuk. Saya lebih selesa orang panggil saya Tuan Syed.” Begitu merendah dirinya Syed Mahfuz. Kalau orang lain yang baru sahaja mendapat pangkat Datuk, sudah pasti dicanangnya satu Malaysia. “Baiklah, Tuan. Saya akan simpan rahsia ni.” “Ada apa yang kamu nak jumpa saya ni, Hariz?” tanya Syed Mahfuz. Hariz berdehem kecil. “Mengenai projek pembinaan perumahan Desa Setia.” Kata-kata Hariz membuatkan kening Syed Mahfuz bertaut. “Apa kaitan kamu dan projek tu?” tanya Syed Mahfuz. Dia sendiri tidak tahu akan penglibatan Hariz dalam projek tersebut. “Memang saya tak ada kaitan. Tapi, Nathan dan Fiza yang minta saya jelaskan perihal masalah projek ni kepada Tuan Syed.” Jelas Hariz. Barulah Syed Mahfuz mengangguk. Kemudian dahinya dikerutkan lagi. “Kenapa mereka tak jumpa saya terus saja?” Syed Mahfuz tertanya-tanya. “Mereka tak pasti siapakah dalang yang sebenarnya. Jadi, mereka minta saya beritahu dulu kepada Tuan Syed kerana mereka masih menyiasat lagi kes ini.” Jelas Hariz. Terangguk-angguk lelaki separuh itu mendengarkan penjelasan tersebut. “Kenapa dengan projek tu? Ada apa-apa masalah?” Hariz hairan dengan pertanyaan Syed Mahfuz. Tidak tahu apa-apakah dia berkenaan masalah projek itu? “Masalah besar, Tuan. Kerajaan memberhentikan projek itu.” Hariz berkata dengan penuh hati-hati. Tidak mahu Syed Mahfuz mendapat kejutan. Ternyata sangkaan Hariz salah. Mata lelaki itu terbelalak memandang Hariz. “Apa?!” Syed Mahfuz sedikit terjerit. Hariz bertambah hairan dengan reaksi yang diberikan oleh Syed Mahfuz. Dikerutkan sedikit dahi. Hariz menerangkan satu persatu apa yang diberitahu oleh Nathan dan Fiza kepadanya. “Macam mana boleh jadi macam tu?” Syed Mahfuz melurutkan cermin matanya. “Saya dapat tahu dalangnya adalah Encik Imran. Kenny dan Darwin hanya menurut arahan Encik Imran. Tadi, Nathan dan Fiza dah mengesahkan bahawa Encik Imran memang melakukan urusan jual beli tanpa pengetahuan Tuan Syed.” Hariz berkata-kata. Syed Mahfuz mengeluh besar. Langsung tidak disangka sama sekali Imran terlibat dalam kegiatan haram ini. Syed Mahfuz segera mengangkat gagang telefon dan mendail nombor telefon seseorang. Tidak dipeduli Hariz yang masih berada di dalam ruang pejabatnya. Harus diselesaikan perkara ini secepat mungkin. Panggilan telefonnya berjawab. “Hello…he..hello…Norell?” tergagap-gagap Syed Mahfuz bertanya. Talian tidak begitu jelas. Seketika kemudian, Syed Mahfuz terdengar suara serak basah itu bercakap. “Abang dengar projek perumahan Desa Setia tu dah diberhentikan. Betul ke?” tanya Syed Mahfuz. Straight forward. Baginya, kerja adalah sangat penting dan keutamaan buat dirinya. Bertanya khabar, kemudian sahaja. “Kenapa Norell tak beritahu pada Abang?” lembut sahaja Syed Mahfuz bertanya kepada adiknya itu. Dia menyerahkan cawangan syarikat di Sungai Petani kepada adik bongsunya, Sharifah Norell. Syarikat ini adalah hasil titik peluk Syed Mahfuz. Dia menyerahkan cawangan syarikat itu kepada adiknya adalah kerana adiknya itu tidak mempunyai kerja. Daripada diberikan kepada orang lain, lebih baik dia menggunakan khidmat adiknya sendiri. Walaupun begitu, gaji tetap dibayar setara dengan gaji Pengarah di dalam pasaran ekonomi sekarang. Cawangan itu diserahkan oleh Syed Mahfuz sebelum Sharifah Norell berkahwin. Belum pernah syarikat itu mengalami masalah sebegini besar. Terdengar wanita itu mengeluh. “Abang dengar lagi, ini semua kerja Imran.” Sambung Syed Mahfuz. “Abang dah kata dari dulu lagi. Semua kerja projek-projek besar ni yang melibatkan kerajaan, Abang serahkan pada Norell untuk Norell uruskan. Bukannya bagi pada Imran. Abang tahu Imran tak boleh dipercayai. Tapi, Abang tak boleh nak kata apa-apalah. Sebab dia suami kamu.” Bidas Syed Mahfuz. Terdiam sahaja Sharifah Norell tanpa membalas apa-apa kata Syed Mahfuz. Semuanya ada kebenaran. Sudah berkali-kali Syed Mahfuz berpesan kepadanya bahawa hal-hal yang melibatkan kerajaan haruslah Sharifah Norell sendiri yang uruskan. Tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah kelak dengan kerajaan. Nasi sudah menjadi bubur. Apa yang boleh dilakukan lagi selain bertawakal dan merayu agar kerajaan tidak ambil tindakan untuk menyaman syarikat mereka? Mintalah dijauhi daripada saman-menyaman ini. “Dah. Kamu jangan nak menangis pulak. Kamu tu ketua syarikat. Kena tabah. Kena tunjuk teladan.” Nasihat Syed Mahfuz. Hariz hanya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut ketua yang berada dihadapannya itu. “Tak apa…tak apa. Hujung minggu ni, Abang dan Kak Nur turun Sungai Petani. Kita bincang macam mana nak selesaikan perkara ni.” Syed Mahfuz berusaha memujuk adiknya. Hariz berpeluk tubuh. “Apa?! Imran menghilangkan diri?” kata-kata Syed Mahfuz itu langsung tidak mengejutkan Hariz. Dia sudah tahu akan kehilangan Imran. Tetapi sengaja tidak diberitahu. Biarlah Syed Mahfuz mendapat tahu dari Sharifah Norell sendiri. Bukan tidak mahu mengkhabarkan berita itu tetapi Hariz tahu Imran adalah adik ipar Syed Mahfuz. Tidak elok memburuk-burukkan saudara mara majikan sendiri. “Kamu tak cuba jejak dia?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Sdyed Mahfuz. Haris hanya memasang telinga. “Macam nilah. Abang akan upah penyiasat dan siasat kat mana dia berada. Dah. Kamu jangan banyak fikir. Kamu tu bukannya sihat sangat.” Nasihat bertubi-tubi keluar dari mulut Syed Mahfuz. Selepas beberapa ketika, Syed Mahfuz meletakkan telefonnya. “Nampaknya, saya seorang saja yang tak tahu tentang perkara ni.” Ujar Syed Mahfuz. Dipegang kepala yang terasa sedikit berdenyut. “Bukan macam tu, Tuan Syed. Kami tak nak bimbangkan Tuan Syed. Lagipun masa kejadian ni berlaku, Tuan Syed ada kat China.” Terang Hariz penuh berhati-hati. Syed Mahfuz mengangguk. Kadangkala dia melurut dagu yang ditumbuhi janggut putih. “Saya kena siasat perkara ini daripada awal.” Kata Syed Mahfuz perlahan. Hariz mengangguk. Dia meminta diri untuk keluar setelah membincangkan masalah yang dihadapi oleh cawangan syarikat Syed Mahfuz. Hariz melintasi meja Kamazarina. Setiausahanya itu hanya tersenyum. Telefon berdering. Kamazarina segera menjawabnya. “Encik Hariz…” panggil Kamazarina. Hariz berpaling. Tangannya sudah ada di tombol pintu. “Ya?” “Puan Fiza.” Kata Kamazarina dan menunjukkan gagang telefon kepada Hariz. Hariz faham akan maksud itu. “Saya jawab kat dalam.” Hariz segera melangkah masuk. Dia menuju ke meja yang bertimbun dengan fail-fail projek yang masih belum diselesaikan lagi. Pening kepalanya bertambah apabila melihat bilik pejabat yang semak seperti sarang tikus. Lampu merah berkedip berkali-kali di telefon yang berada di atas meja. Hariz segera menekan butang hijau. Dia tidak mahu Fiza menunggu dengan lebih lama. “Yes, Fiza?” Hariz menjawab panggilan itu. “Encik Hariz....saya tak tahu macam mana nak cakap.” Tergagap-gagap Fiza berkata. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. “Kenapa?” tanya Hariz pelik. “Encik Imran telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak daripada akaun syarikat pada hari dia menghilangkan diri.” Kata Fiza. Terbeliak mata Hariz. Tidak disangkakan sampai begitu sekali adik ipar Syed Mahfuz. “Bukan ke memang dalam account Encik Imran ada lebih dari 2 juta?” Hariz bertanya. Fiza melepaskan keluhan. “Memang. Tapi itu adalah hasil dari komisyen yang diterima oleh Encik Imran dari penjual barangan pembinaan yang penipu itu.” Jelas Fiza. “Ini adalah modal syarikat yang dikeluarkan.” Sambung Fiza lagi. “Berapa banyak?” tanya Hariz. Diurut sahaja dada yang terasa sesak. “5 juta.” Ringkas jawapan Fiza. “Apa?!! Kenapa awak tak beritahu Datuk terus tentang perkara ni? Boleh bankrap syarikat ni kalau dia buat macam tu.” Hariz mengurut kepala. Walaupun dia tiada kaitan dengan projek usahasama dengan kerajaan itu tetapi dia turut risau akan permasalahan yang dialami oleh cawangan syarikat tersebut. “Sebenarnya, Puan Norell pun tak tahu akan perkara ni.” Balas Fiza. “Baiklah. Saya akan beritahu Datuk a.s.a.p.” ujar Hariz. “Terima kasih, Fiza.” Sambung Hariz lagi. “Sama-sama, Encik Hariz.” Mereka sama-sama mematikan talian telefon. Interkomnya berbunyi. Hariz menekan butang merah. “Ya, Kama?” jawab Hariz perlahan. “Cik Aishah di talian satu.” Kata Kamazarina. Hariz terus menjadi ceria. Terlupa sebentar pada masalah itu. “Terima kasih, Kama.” Hariz tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja. Walaupun kepada setiausahanya. Dia segera menekan butang talian satu. “Hello…” jawab Hariz perlahan. “Assalamualaikum.” Halus suara itu menjawab. “Waalaikumussalam.” Jawab Hariz kembali. “Kenapa awak telefon saya di pejabat?” tanya Hariz. “Saya ganggu awak ke?” Aishah bertanya kembali. Soalan dijawab dengan soalan. “Taklah. Saya tak sibuk pun.” Hariz berselindung. Tidak mahu gadis itu tahu akan kesibukan yang melanda secara tiba-tiba dipejabatnya itu. “Saya…saya…saya…” tergagap-gagap Aishah. “Boleh kita dinner sama?” tanya Hariz laju. “Boleh. Kita nak jumpa di mana?” tanya Aishah pula. Lega apabila Hariz yang bertanya. Tidak perlu susah payah Aishah mengatur ayat. “Saya pergi ambil awak kat rumah?” “Tak payahlah. Saya tunggu awak kat butik.” “Ok. Saya pergi ambil awak kat butik.” Hariz mematikan talian. Dia tersenyum sendirian. Agaknya bagaimanalah wajah Aishah tadi? Mesti malu-malu dan merah padam. Terlayang-layang wajah gadis itu sebentar. Dia jauh dalam lamunannya. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/06/2009 10:09:00 PM 6 tukang komen paling setia
Kasih Aishah Najyha BAB 25
BAB 25 HARIZ menuju ke tingkat bawah setelah lengkap berpakaian. Dilihat Hafiz sedang duduk menonton televisyen. Hafiz memandang adiknya yang sudah segak berpakaian kemeja lengan panjang dan bertali leher, menjinjing sebuah briefcase. Dia tersenyum kepada Hariz. “Lambatnya kamu hari ni, Angah.” Ujar Hafiz. Tangannya memegang alat kawalan jauh dan ligat menukar siaran. “Taklah, Along. Angah tak masuk pejabat hari ni. Ada meeting luar. Eh! Along tak pergi hospital ke?” tanya Hariz. Dia mencapai kunci kereta yang terletak di dalam almari kaca. Dia tahu bahawa Hafiz memang sibuk semenjak sudah bekerja di Malaysia, tiada masa untuk bersuka ria bersama Hariz dan bertemu janji dengan Ellisa. Mungkin Hafiz sibuk mengumpul duit untuk majlis perkahwinannya yang bakal tiba nanti. “Tak. Hari ni Along on call.” Hafiz lihat adiknya mengangguk. Hariz menuju ke arah Hafiz dan menyalami abangnya itu. Hariz segera menyarung kasut apabila jam di tangan menunjukkan pukul 11.45 pagi. “Oklah, Along. Angah pergi dulu.” Kata Hariz. Dia berlalu ke garaj. Dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi. Setengah jam kemudian, keretanya berhenti di hadapan Hotel Hilton. Nasib baik jalan tidak sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar kerana sudah waktu menganjak ke tengah hari. Sudah tentulah pekerja-pekerja pejabat pasti keluar untuk menikmati makan tengah hari. Joki kereta yang sedia menunggu di lobi mengambil kunci kereta daripada Hariz dan membawa kereta Hariz menuju ke tempat meletakkan kereta. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke coffee house. Seorang lelaki yang segak berpakaian kot dan seorang wanita yang anggun lagi bergaya elegan sedang menanti kehadiran Hariz sejak tadi dengan sabar. Mereka berdua adalah pekerja di cawangan syarikat milik Syed Mahfuz di Sungai Petani, Kedah. Mereka berdua sedang rancak bersembang. “Can I help you, sir?” tanya seorang pelayan. “No, it’s okay. My friend’s over there.” Hariz menuju ke arah orang-orang yang sedang menunggunya. Pelayan itu mengangguk dan tersenyum. “Sorry. Am I late?” tanya Hariz sambil melihat jam. “No. We’re early. Actually, we just had a meeting with our client here. So, we decided to wait for you.” Kata lelaki berbangsa India itu. Wanita itu hanya tersenyum. Hariz berjabat tangan dengan mereka berdua. Seorang pelayan mendekati mereka bertiga. “May I take your order, sir?” tanya pelayan itu yang fasih berbahasa Inggeris. Lelaki India yang dikenali sebagai Nathan menghulurkan menu kepada Hariz. “Give me Set A. How about you, Fiza?” tanya Nathan kepada wanita dihadapannya yang bernama Fiza. “Set A for me too.” Jawab Fiza sambil tersenyum manis. “You, Encik Hariz?” tanya Fiza kepada Hariz. “No, it’s okay. Just give me coffee.” Kata Hariz dan menyerahkan kembali menu tersebut kepada pelayan itu. “Very well, sir.” Pelayan itu beredar dari situ setelah mengambil pesanan daripada mereka bertiga. “So, what is the urgent matters?” tanya Hariz kepada dua orang dihadapannya itu. Sudah tidak sabar untuk mengetahui perihal penting yang membuatkan mereka berdua sanggup datang dari jauh untuk menyampaikan perkara itu. Kalau tidak penting, masakan tidak bercakap melalui telefon sahaja. Kenapa harus mereka bersusah-payah turun dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur? Mesti perkara ini sangat penting. “We have some bad news for you.” Kata Nathan. Matanya sesekali terarah kepada Fiza. Wanita itu mengangguk perlahan. “What is the matter?” tanya Hariz lagi, kurang sabar. Pelayan itu datang semula ke meja mereka dengan membawa pesanan mereka. Terhenti sebentar perbualan mereka. Pelayan itu beredar setelah menghidangkan makanan di hadapan mereka. Berkeroncong perut Hariz minta diisi. Tetapi dia sudah berjanji dengan rakannya hendak makan tengah hari bersama sebaik sahaja dia selesai temujanjinya yang kedua pada petang itu. “Kerajaan terpaksa memberhentikan pembinaan projek perumahan Desa Setia.” Kata Fiza perlahan. Hariz memandang wanita itu dengan kerutan di dahi. Dia melurutkan dagu. Dia seperti berfikir sesuatu. Desa Setia? Kenapa nama projek itu seperti pernah didengarinya? Kemudian, Hariz teringat sesuatu. “Desa Setia? Yang diuruskan oleh Encik Imran dengan kerjasama M-Pire Architecture Holdings?” Hariz bertanya. Menginginkan kepastian. Dilihatnya kedua-dua mereka mengangguk serentak. “What? Kenapa?” tanya Hariz. “Ada penyelewengan.” Jawab Fiza tegas. “Penyelewengan? Siapa yang berani nak seleweng dengan Tuan Syed. Dia seorang yang peka dalam setiap kerja yang dilakukannya.” Hariz pula berkata seperti tidak percaya dengan kata-kata mereka. “That’s true. Memang tak ada yang berani seleweng dia. Tapi hanya ada seorang sahaja yang boleh.” Nathan pula berkata. Bertambah-tambah kerutan di dahi Hariz. “Okay. So, do tell me. What is this Desa Setia project has got to do with me?” Hariz bertanya lagi. Setahu dia selain projek Lembah Bayung, dia langsung tiada kaitan dengan projek-projek lain. “Memang Encik Hariz tiada kaitan. Tapi hanya Encik Hariz orang kepercayaan Datuk. And, kami hanya percaya Encik Hariz.” Fiza berkata lembut. Mengharap pengertian Hariz. Dia melepaskan keluhan. “Okay, fine. Sekarang beritahu saya, kenapa kerajaan tak luluskan projek tu?” Hariz ingin tahu akan sebab-musababnya. Sebelum dia melakukan tindakan seterusnya. “Simen yang digunakan tidak mengikut piawaian. Structure tak kukuh. Takut nanti tak sampai 2-3 bulan pembeli mendiami kediaman mereka, berlaku kerosakan yang tak dapat kita bayangkan. Kerugian boleh mencecah berjuta-juta ringgit, Encik Hariz. Syarikat ni dah lama bertapak dalam bidang pembinaan. Sudah tentu kami berdua tak mahu perkara-perkara macam ni berlaku dan boleh merosakkan kepercayaan peneroka tanah kepada kami.” terang Fiza. Hariz hanya mengangguk. “Blue print juga tak dicetak untuk diluluskan oleh kerajaan.” Terang Fiza lagi. Hariz membeliakkan mata. “Blue print? You gotta be kidding.” Hariz berkata. “I wish I am. But I’m not.” Jawab Fiza. Hariz menggeleng perlahan. “I’m serious, Encik Hariz. Tulah sebabnya kerajaan tak sahkan projek kita.” sambung Fiza lagi. Nathan sesekali mengangguk. “Oh, my god!” Hariz memegang kepalanya. “Awak ada syak siapa-siapa?” pertanyaan Hariz itu membuatkan mereka memandang di antara satu sama lain. “Ada, Encik Hariz. Tapi kami tak berani nak cakap terang-terang sebab kami tak ada bukti.” Nathan berkata-kata. “Cakap je siapa.” Paksa Hariz. “Kenny and Darwin.” Jawab Nathan. “Yang menguruskan jual beli?” tanya Hariz lagi. “Encik Imran.” Perlahan sahaja Fiza menyebut nama orang yang disyaki oleh mereka berdua. Hariz terkejut besar. Hampir ternganga mulut. Reaksi Hariz sahaja sudah membuatkan Nathan dan Fiza tahu bahawa dia sama sekali tidak menyangka dalangnya itu adalah Imran. “Tapi kami tak pasti lagi samada benar atau tidak Encik Imran yang melakukan jual beli tanpa pengetahuan Datuk.” Cepat sahaja Nathan memintas. Dia tidak mahu menuduh seseorang itu tanpa bukti yang kukuh. “Datuk? Datuk mana pulak ni?” tanya Hariz, kebingungan. “Datuk Syed Mahfuz.” Jawab Nathan ringkas. “Sejak bila dia dapat pangkat Datuk?” tanya Hariz lagi. Inginkan kepastian. Nathan dan Fiza saling berpandangan. Mustahil Hariz tidak tahu. Dia kan kerja satu pejabat dengan Syed Mahfuz. “Dah hampir 4-5 bulan.” Kata Fiza pula. “Ya ke? Nampak sangat saya tak ambil tahu perkembangan lain.” Hariz tersengih kepada dua orang bawahannya itu. Mereka hanya tersenyum. “Jemput makan, Encik Hariz.” Kata Nathan. “Ya…silakan.” Berkerut-kerut dahi Hariz seperti memikirkan sesuatu. Dia memeluk tubuh. “Puan Norell tahu tak?” tanya Hariz setelah puas berfikir. “Tahu, Encik Hariz. Puan Norell tahu yang projek ni telah diberhentikan.” Nathan berkata sambil menyuapkan sepotong daging ke mulutnya. “So, where’s Imran now?” tanya Hariz. “Dia dah larikan diri ke luar negara. Kenny dan Darwin masih lagi dalam siasatan polis untuk mengetahui siapa dalang yang sebenarnya.” Nathan menjawab sambil berpeluk tubuh. Fiza menghirup air minuman dihadapannya. “Macam mana awak tahu dia dah larikan diri?” Hariz bertanya lagi. Banyak betul soalan yang keluar dari mulut lelaki ini. “Hari tu dengan tidak sengajanya, statement account Encik Imran tersalah hantar kepada secretary saya. So, she thought that statement was mine. She handed it to me. Without looking at the receiver name, I opened it. Tapi saya terkejut bila lihat jumlah sebanyak RM 2.3 juta ada dalam akaun saya. So, saya lihat balik nama penerima pada sampul surat and guess what, it’s Encik Imran statement account.” Nathan menerangkan perkara sebenar kepada Hariz bagaimana dia mengesyaki lelaki itu telah menyeleweng duit syarikat Syed Mahfuz. “Ni masalah berat.” Keluh Hariz. “Encik Hariz, perkara ni hanya Datuk yang berkuatkuasa untuk menentukan. Sememangnya Puan Norell yang bertanggungjawab menjalankan projek ini tetapi hanya Datuk sahaja yang dapat mengesahkan perkara ini.” Jelas Fiza panjang lebar. Dilihat Hariz terangguk-angguk. Dia melepaskan satu dengusan nafas yang kuat. “I’ll see what I can do. Dan, apa pun keputusannya nanti, saya akan maklumkan kamu berdua.” Hariz berkata. Kedua-dua mereka hanya mengangguk dan tersenyum kelegaan kerana dapat menceritakan masalah sebenar kepada orang yang lebih dipercayai. Hariz melihat jam di tangannya. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Dia harus bergerak kerana perlu berjumpa dengan Puan Qaseh. “Tak apalah, Nathan, Fiza. Saya kena gerak dulu. Saya ada meeting lain pulak ni.” Kata Hariz. Dia bangun dan membetulkan baju kemeja yang sedikit berkedut. “Baiklah, Encik Hariz.” Mereka berkata serentak. “Kalau ada apa-apa, awak boleh terus call saya. Ada sesiapa lagi yang tahu tentang perkara ni?” tanya Hariz. Khuatir juga dia jika perkara ini tersebar kepada media massa. Reputasi syarikat Syed Mahfuz boleh menjadi buruk. “Tak ada, Encik Hariz. Cuma kami berdua sahaja dan Puan Norell.” Ujar Fiza. Hariz mengangguk perlahan. “Saya nasihatkan, kamu berdua berhati-hatilah. Kalau nak siasat perkara ni, beritahu saya dulu. Nanti kita sama-sama fikirkan jalan untuk tindakan selanjutnya. Kamu tahu je lah kan. Imran tu ada pengaruh yang kuat. Kenny dan Darwin orang kanan dia. Mereka boleh arahkan orang untuk mengapa-apakan kamu. Jangan bertindak apa-apa selagi belum mendapatkan pengesahan. Dan jangan biarkan mereka tahu yang kamu dah tahu tentang kegiatan mereka.” Hariz seperti orang memberi arahan. Mereka berdua mengangguk dan berdiri untuk berjabat tangan dengan pegawai atasan mereka. Hariz tersenyum dan beredar dari situ. KERETA Hariz betul-betul berhenti dihadapan lobi Hotel Le Meridien. Seperti biasa, dia menyerahkan kunci keretanya kepada car jockey dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Dia menuju ke coffee house. Perutnya masih berkeroncong. Masakan tidak. Dari pagi lagi dia tidak mengisi apa-apa. Hariz berdiri dihadapan coffee house. Dia disapa oleh seorang pelayan. Tiba-tiba lambaian tangan seorang lelaki yang cukup Hariz kenali. Dia tersenyum dan menuju ke meja yang diduduki oleh orang yang ingin diketemuinya. “Woi, mangkuk! Kau buat apa kat sini?” tanya Hariz. Dia berpeluk dan bersalaman dengan lelaki dihadapannya itu. Isteri lelaki itu hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua. “Apa khabar, Puan Qaseh?” Hariz bertanya. Kesian melihat wanita dihadapannya itu yang gigih menyelesaikan kerja walaupun kini berbadan dua. “Tak perlulah berpuan-puan dengan saya. Cukuplah hanya Qaseh.” Kata Puan Qaseh mesra. Pelayan datang membawa menu dan menyerahkan kepada mereka bertiga. “Kau nak makan apa, Fareez?” tanya Hariz. “Aku nak makan nasi minyak.” Usik Fareez. Tidak habis-habis sahabatnya itu mengenakan dia sejak zaman sekolah lagi. “Kat sini mana ada nasi minyak.” Kata Hariz lagi. “Aku tahu. Aku sebenarnya tengah perli kau ni.” Ujar Fareez pula. “Kau nak perli aku kejap-kejap lagi. Sekarang ni aku tengah lapar. Karang dengan kau, aku telan.” Ujar Hariz sambil meneliti menu. Dia terdengar tawa kecil Fareez. Setelah mengambil pesanan, pelayan itu segera beredar. Fareez begitu asyik meneliti muka Hariz. “Dah lama aku tak jumpa kau. Makin handsome pulak sekarang ni. Dah ada awek ke?” usik lelaki itu. Hariz tersengih. “Biasak ah, Fareez. Ini dah anak ke berapa pulak ni?” tanya Hariz sambil memandang perut Qaseh yang sedang memboyot. Fareez pura-pura mengira. Qaseh ketawa kecil melihat gaya suaminya itu. “Anak yang ke…kiranya ini anak aku yang ketiga. First, anak aku dengan ex-wife dulu. Second, kembar. Kembar, beb! Yang ini the third one lah.” Terang Fareez satu persatu. “How’s your ex-wife?” tanya Hariz. “She’s fine. But, she’s in jail. Dia dihukum penjara 7-8 tahun. Or maybe sentence to life.” Kata Fareez perlahan. Hariz turut bersimpati dengan nasib bekas isteri Fareez yang dituduh membunuh secara tidak sengaja. “Ok. Kita tutup topik. Bukak topik baru. Bila lagi aku nak merasa nasi minyak kau?” tanya Fareez dengan nada mengusik. Dia tahu sangat yang kawannya itu memang tidak pandai berkawan dengan perempuan. Semasa sekolah sehinggalah zaman universiti pun kalau tidak dipaksa mencari kawan perempuan, memang dia selama-lamanya lebih senang hidup berseorangan. Hariz tersengih. “Tunggulah. Bila dah berminyak, kau nak lantak satu tempayan pun aku tak kisah.” Ketawa mereka sama-sama meledak. Orang-orang yang sedang menjamu selera di coffee house itu memandang mereka dengan kerutan yang sukar ditafsirkan. “Aku cakap betul ni.” Kata Fareez yang mulai geram dengan sikap Hariz yang main-main. “Alaa…kau tunggu je kad jemputan aku.” Kata Hariz. Qaseh hanya mendiamkan diri dan memandang Hariz dan suaminya silih berganti. “Along macam mana sekarang?” tanya Fareez yang turut mengenali Hafiz. Mereka berlima memang sahabat yang baik. Hafiz, Hariz, Fareez, Rashdan dan Raja Zikri. Kalau mereka berjumpa, pasti gamat satu kedai dengan gelagat masing-masing. “Wei, amacam kawan kita lagi seorang tu? Dah lama aku tak jumpa Zeke.” Kata Hariz. Agak lama mereka sudah tidak berkumpul bersama. Sejak masing-masing memutuskan untuk membawa haluan sendiri. “Kau tak tahu ke?” tanya Fareez, kehairanan. “Tahu apa?” Hariz bertanya kembali. “Zeke dengan Nad dah ke Australia sambung belajar.” Terang Fareez. “Hah? Aku tak tahu pun. Mangkuk sorang tu kalau buat apa-apa pun, mesti senyap-senyap je.” Kadangkala Hariz geram dengan sikap Raja Zikri. “Dia kata, dia try call kau. Tapi selalu tak dapat.” Ujar Fareez. “Kepala hotak dia! Aku bukannya duduk kat autospace.” Geram Hariz dengan perbuatan Raja Zikri kalau melakukan sesuatu perkara mesti dilakukan secara senyap. “Itu aku tak tahu. Kalau kau nak belasah dia, dipersilakan waktu dia balik cuti semester break ni.” Ujar Fareez. Tangan selalu dilingkar ke bahu isteri tersayang. Cemburu pula Hariz melihat kebahagiaan di hadapan matanya itu. Fareez memandang Qaseh. Dia faham akan isyarat mata yang diberikan oleh isterinya itu. “Maafkan Abang, sayang. Kalau dah berjumpa dengan kawan lama, macam nilah jadinya.” Kata Fareez sambil mencuit dagu Qaseh. Qaseh tertunduk malu apabila diperlakukan sebegitu. “Apahal kau ikut wife kau ke tempat kerja ni?” Hariz mengusik. “Aku sebenarnya cuti hari ni. Tapi aku risau kan keadaan dia. Dia alami morning sickness yang teruk semenjak mengandung yang kedua ni.” Kata Fareez sambil tangannya ligat mengusap perut Qaseh. “Ke kau takut tinggal kat rumah sorang-sorang?” ketawa Hariz tercetus. Qaseh turut tergelak kecil. “Hallo…semenjak kau dan Zeke tak ada nak buat cerita-cerita mistik tu semua, aku dah okey duduk rumah sensorang.” Ujar Fareez. Ketawa Hariz sekali lagi meletus. Hariz dan Zikri pernah bercerita kepada Fareez yang mereka pernah terjumpa perempuan berpakaian putih dan berambut panjang mengurai selalu masuk ke tandas lelaki. Selepas mendengar cerita itu, hampir sebulan Fareez minta mereka temankannya setiap kali hendak ke tandas di blok yang mereka duduki. Selepas cerita mengenai kejadian perempuan berpakaian putih itu selalu masuk ke tandas lelaki tersebar dikalangan pelajar-pelajar kampus, kecoh satu blok. Warden blok menyiasat perkara ini. Rupa-rupanya, bukan perempuan berpakaian putih dan rambut panjang yang masuk ke tandas itu tetapi lelaki. Salah seorang daripada pelajar lelaki yang tinggal satu blok dengan mereka berambut panjang hampir mencecah pinggang. Dan selalu suka berpakaian tidur berwarna putih. Kelakar pula apabila dikenang kembali peristiwa sebegitu. Akibatnya, pelajar tersebut dikehendaki memotong pendek rambut. “Teringat pulak aku kat Gerard.” Kata Hariz sambil ketawa mengekeh. “Macam mana lecturers dia boleh tak perasan rambut dia tu?” tanya Fareez kerana sampai hari ini dia berasa hairan. “ Dia masukkan rambut dia dalam topi. Tulah sebabnya kita selalu nampak dia pakai topi.” Ujar Hariz. Dilap air mata yang terkeluar sedikit akibat terlalu banyak ketawa. Sudah lama tidak bergelak ketawa sebegini. “Dahlah tu. Kita asyik sembang je. Nanti tak jalan pulak kerja aku.” Kata Hariz. Dia memandang Qaseh yang sedang tersenyum. Lekas sahaja Qaseh mengeluarkan storyboard dan menunjukkan kepada Hariz. Diterang serba sedikit jika lelaki dihadapannya itu bertanya soalan. Hariz meneliti satu persatu. Dia berpuas hati dengan kerja Qaseh. Fareez kadangkala mendengar penerangan isterinya. Kadangkala membalas mesej pesanan ringkas. Kemudian, tertawa sendirian. “Woi…message girlfriend ke?” usik Hariz yang melihat perbuatan Hariz itu. Qaseh turut mengalihkan pandang kepada suami disebelah. “Banyaklah kau. Aku tengah mesej dengan Dan ni.” Ujar Fareez. Makanan dan minuman yang dipesan sudah siap dihidang dihadapan mereka. Hariz meletakkan storyboard tersebut ke tepi. “Maafkan saya, Qaseh. Kalau saya dah nampak makanan, semua benda saya sanggup tolak ketepi.” Kata Hariz apabila dilihatnya wajah Qaseh berubah. Kemudian, wanita itu tersenyum. “Lepas makan, kita continue.” Sambung Hariz. Mereka bertiga menjamu selera dengan gelak ketawa daripada Hariz dan Fareez. “Apa pangkat kau kat tempat kerja sekarang?” tanya Fareez. “Alahh…kecik je.” Hariz berkata. “Cakap je lah.” Paksa Fareez. “Aku tak lah jadik Chairman of the company macam kau.” Kata Hariz merendah diri. Fareez menghirup sedikit air minuman. “Aku pun ambil alih company bapak aku je.” Pintas Fareez. “General Manager... and at the same time aku adalah arkitek.” “Wow! G.M. Pangkat besar lah tu sampai Datuk pun boleh beri kepercayaan pada kau untuk uruskan promosi iklan Lembah Bayung 2 tu.” Kata Fareez memuji-muji sahabatnya itu. “Haa…bila cerita pasal Lembah Bayung tu, macam mana dah siap ke projek tu?” tanya Hariz sambil menyuapkan makanan ke mulut. “Azlan kata kalau ada maklumat lanjut, nanti dia akan beritahu aku terus.” Ujar Fareez. Hariz mengangguk perlahan. “Mestilah beritahu kau. Kau kan bos besar.” Usik Hariz lagi. “Kau ni tak habis-habis lagi ke?” mereka sama-sama ketawa. Entah apa yang lucunya, isteri Fareez tidak pula ambil tahu. Selepas selesai mereka menjamu selera, Hariz mengambil semula storyboard itu dan ditelitinya satu persatu. Ada sesuatu yang kurang kena di dalam iklan itu. “Kalau saya cakap ni, Puan Qaseh jangan ambil hati, ya?” kata Hariz. “Cakap sajalah, Encik Hariz. Encik Hariz yang bayar iklan ni.” Ujar Qaseh lembut. Hariz mengangguk perlahan. “Pasal projek iklan syarikat ni, saya sangat berpuas hati. Tapi pasal Lembah Bayung, macam ada yang tak kena saja.” Ujar Hariz. Matanya masih meneliti storyboard-storyboard di hadapan. “Apa yang tak kenanya?” tanya Qaseh lagi. “Puan Qaseh perhatikan storyboard ni betul-betul, ya?” Hariz berkata dan meletakkan storyboard tersebut menghala ke arah Qaseh. Fareez juga turut melihat iklan tersebut. Cuba meneliti dimana kekurangan dalam iklan itu. “Lembah Bayung 2 ni adalah sequel kepada Lembah Bayung 1. Banyak perbezaannya antara dua projek ini. Lembah Bayung 2, kita tambah bilik, commodition lebih banyak. Dan kita buat projek ni di satu tempat yang lain. Bukan berdekatan dengan Lembah Bayung 1. Tempat Lembah Bayung 2 ni, agak kurang strategik daripada Lembah Bayung 1. Tetapi tapak yang kita pilih ni adalah tempat perlancongan. Cuma tak terkenal di kalangan pelancong. Kita nak memperkenalkan kawasan itu kepada bukan sahaja pelancong tetapi kepada orang tempatan juga supaya dengan kedatangan lebih ramai pengunjung dan pelancong akan dapat meningkatkan dasar ekonomi dikawasan tersebut secara tidak langsung.” Jelas Hariz panjang lebar. Qaseh mengangguk perlahan. Fareez tersenyum. Hariz berkata dengan penuh keyakinan. “Puan Qaseh fahamkan apa yang saya nak?” tanya Hariz. Inginkan kepastian. Qaseh mengangguk pantas dan tersenyum. “Baiklah, Encik Hariz. Saya akan ubah balik iklan ni.” “Puan Qaseh tak payah susah nak ubah banyak-banyak. Cuma alter tempat yang mana patut je. Memang ada sedikit kesalahan dalam iklan Puan Qaseh. Saya minta maaf kalau apa yang cakapkan ni menyakitkan hati Puan Qaseh. Tapi satu je yang saya puas hati dengan iklan Puan Qaseh ni.” Ujar Hariz. Dia menghirup sedikit air jusnya untuk menghilangkan dahaga. “Apa dia?” “Iklan ni penuh informasi, tepat dan cara penyampaiannya sangat ringkas. Saya suka. Penonton boleh faham apa yang kita cuba nak sampaikan.” Hariz berkata-kata. Fareez hanya menjadi pemerhati. “Apa yang kau pandang?” tanya Hariz apabila sedari tadi Fareez hanya mendiamkan diri. Sahabatnya itu tergelak kecil. “Tak rugi aku serahkan promosi iklan ni kepada syarikat Datuk. Rupa-rupanya, Datuk menyerahkan tugas ini kepada orang yang berbakat.” Puji Fareez tinggi melambung. Wajah Hariz merona merah. Begitulah sahabatnya itu kalau dipuji sedikit. “Tak adalah. Ini adalah projek bawah seliaan aku. Jadi, aku kena pastikan ianya betul-betul sempurna.” Hariz menyangkal kata-kata Fareez. Dia tidak suka dipuji lebih-lebih. Dia mahu memastikan kelancaran dalam sesebuah projek itu. “Puan Qaseh boleh tak siapkan iklan tu selewat-lewatnya hujung minggu depan?” tanya Hariz. Diharap masa yang diberikan cukup untuk wanita itu menyelesaikan iklan itu. “Insya-Allah, saya akan siapkan.” Janji Qaseh. “Betul ni, Puan Qaseh?” tanya Hariz sekali lagi. Dilihatnya wanita itu mengangguk. Lega hati. Dia perlu menyerahkan iklan itu kepada Syed Mahfuz untuk pengesahan. Kalau tidak disahkan lagi, iklan itu tidak boleh dikomersialkan dan mungkin setelah projek itu siap sepenuhnya, tiada pelancong yang akan pergi kerana mereka belum ‘mesra’ dengan tempat tersebut. Itulah yang selalu dirisaukan oleh Hariz. Projek ini adalah tanggungjawab terbesarnya. Dia tidak mahu menghampakan Syed Mahfuz yang telah memberikan kepercayaan kepadanya. “Terima kasih banyak-banyak, Puan Qaseh.” Hariz dan Fareez bersembang sehingga waktu menginjak ke petang. Qaseh awal-awal lagi sudah meminta diri untuk pulang ke pejabat. Fareez hendak menghantarnya ke pejabat tetapi Qaseh memberikan sedikit ruang untuk suaminya bersembang bersama Hariz. Dia tahu sudah lama mereka tidak ketemu. Pasti banyak cerita yang mahu diceritakan. Tentang kisah zaman sekolah, zaman percintaan dan zaman kini. BERSAMBUNG.... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/06/2009 09:32:00 AM 2 tukang komen paling setia
Monday, January 5, 2009
Kasih Aishah Najyha BAB 24
BAB 24 AISHAH menolong memotong buah-buahan. Farehan pula sedang menyediakan pencuci mulut yang mahir dibuat. Hanita menyertai Abah dan abang-abangnya menonton televisyen. Entah dari mana Hariz muncul dan memeluk bahu Aishah dari. Kaget gadis itu dibuatnya. Lamunan Aishah hilang entah kemana. Dia memandang Hariz yang tersenyum disebelah. “Awak tak malu ke kalau Umi awak nampak?” tanya Aishah. Segan juga dia kalau Farehan atau Najmuddin yang nampak perbuatan mereka itu. Yalah, mereka masih belum ada ikatan sah. Masakan dibenarkan berpegang. Kalau Hanita yang terserempak, tidak apalah. Atau dia tidak mahu Hafiz yang melihat itu semua? Hati Aishah semakin kusut dan lebih runsing dari tadi. “Apa nak dimalukan? Tak ada siapa-siapa pun kat dapur ni.” Kata-kata Hariz itu membuatkan Aishah memandang ke sekeliling dapur. Memang benar katanya itu. Tidak ada sesiapapun. “Yalah. Kalau tak ada siapa-siapa pun, seganlah kalau tiba-tiba Umi awak masuk ke dapur.” Ujar Aishah sambil cuba melepaskan tangan Hariz dari bahunya “Tak punya. Umi saya tengah makan dessert kat depan tu. Takkan masuk ke dapurlah.” Kata Hariz. Aishah mengerutkan dahi dan menjenguk ke luar. Memang Farehan sedang menjamu pencuci mulut. Hariz melepaskan pelukan bahu Aishah. “Ada-ada jelah tau awak ni. Dahlah jangan kacau saya nak potong buah ni. Nanti saya potong tangan awak, baru awak tau.” Ujar Aishah. Tergelak kecil. “Ish…belum kahwin awak dah nak potong tangan saya. Kalau dah kahwin esok, entahlah macam mana.” Seloroh Hariz. Mereka sama-sama bersembang didapur dan bergelak ketawa. Lawak jenaka yang diutarakan oleh Hariz benar-benar terasa lucunya. Aishah ketawa sehingga keluar air mata. Kerja-kerja memotong buah pun menjadi sedikit lambat. Asyik sahaja melayan karenah dan lawak Hariz. Tiba-tiba ada satu suara berdehem kuat. Mereka sama-sama memandang. Hafiz sedang berdiri tegak memandang kemesraan mereka berdua. Hatinya menjadi cemburu. Darah merah menyerbu ke mukanya. Muka terasa panas. Cemburu melihat gelak ketawa itu yang sepatutnya bersama dia. “Umi suruh bawak buah-buahan ke depan.” Katanya tegas dan terus berlalu. Aishah tergamam. Hariz juga turut berlalu ke depan. Hati Aishah resah. Adakah Hafiz melihat kemesraan mereka? Kenapa dia perlu ambil peduli sedangkan Hafiz tidak pernah mempedulikan perasaannya? Hati kecilnya berkata-kata sendirian. Aishah membawa buah-buahan yang sudah dipotong itu ke hadapan. Dia meletakkan buah-buahan itu diatas meja kopi. Hafiz memandang gerak geri Aishah tidak berkedip. Aishah hanya menundukkan wajah. Tidak berani dia hendak menentang mata Hafiz yang redup itu. Dia beredar dari situ dan duduk di meja makan. Hariz menyertai Aishah. Api cemburu bertambah-tambah meluap di dalam diri Hafiz. Mereka bersembang dengan rancak. Farehan juga turut menyertai mereka berdua. Entah apa yang disembangkan tetapi Hafiz melihat sesekali Aishah tergelak. Manja seperti dahulu. Lesung pipitnya juga masih menyerlah di pipi putih gebu itu. Hanita menuju ke meja makan dan juga turut bersembang dengan mereka. Kadangkala dia akan memeluk bahu Aishah. ‘Kenapa dengan kau ni, Hafiz? Cemburu?’ kata hatinya bersuara. ‘Tidak. Mengapa aku perlu cemburu?’ Hafiz bertingkah. ‘Kau cemburu melihat kemesraan yang ditunjuk oleh gadis itu dan adik kau’ hatinya berkata-kata lagi. ‘TIDAK!!! Aku tidak cemburu. Aku tidak cemburu’ Hafiz menafikan tekaan kata hati. Walaupun dia tahu memang itulah yang sedang berlaku dalam dirinya. ‘Kau jangan nak bohong aku. Aku kenal diri kau lebih dari kau mengenali diri kau sendiri.’ Kata hati bergema semakin kuat. Hafiz jadi semakin tidak selesa. Najmuddin yang perasaan akan perubahan anaknya itu bertanya. Hafiz hanya menggeleng perlahan. ‘Aku tak kisah. Hariz pasti boleh membahagiakan dia’ ucap Hafiz dalam hati, perlahan. Walaupun mata ditala ke arah peti televisyen, tetapi tumpuannya tidak disitu. Menerawang jauh. ‘Kau kisah sebenarnya. Kau masih cintakan dia. Mengapa kau perlu menafikan segalanya?’ kata hati juga mula mengendurkan gemaan. ‘Kalau aku masih cintakan dia, aku takkan sanggup mengahwini Lisa’ ‘Kau kesiankan Lisa. Tetapi cinta kau hanya untuk gadis itu’ tekaan kata hati semakin berasas. Benarkah aku menyintai Lisa? Atau sekadar simpati? Hafiz berdesis sendirian. ‘Aku tak sanggup mengecewakannya sekali lagi. Aku tak sanggup melihat Hariz berduka. Aku tak sanggup melukakan hati Lisa. Ketiga-tiga mereka adalah orang yang aku sayangi. Aku tak sanggup melihat mereka menderita.’ Hafiz berkata sambil memegang kepalanya. Sakit kepala bila memikirkan terlalu banyak perkara. ‘Tapi perbuatan kau ini membuatkan kau sendiri menderita’ ucap kata hati, sedih. Hafiz melepaskan keluhan perlahan. ‘Biarlah aku saja yang menanggung penderitaan ini. Tetapi aku tak sanggup melihat mutiara putih yang berjujuran di pipi si dia. Aku akan tetap dan terus mencintai dia sepenuh hatiku. Aku juga akan membahagiakan Lisa’ pertelingkahan Hafiz dengan kata hati terhenti begitu sahaja apabila matanya menatap wajah lembut itu. Mata Aishah seperti sudah kehilangan sinar. Tidak seperti dulu. Aishah membalas pandangan itu. Tetapi segera dialihkan pandangannya itu apabila Farehan bertanya sesuatu kepada dia. HARIZ menghantar Aishah pulang ke rumah. Kereta Hariz berhenti betul-betul dihadapan rumah banglo itu. Aishah memandang wajah Hariz dan tersenyum. Dia berkira-kira hendak turun dari kereta itu tetapi tidak jadi apabila Hariz ingin berkata sesuatu. Dia berpaling menghadap Hariz. Lidah lelaki itu menjadi kelu apabila Aishah memandang. Tatapan gadis disebelahnya ini sangat memukau. “Kenapa, Riz? Awak ada sesuatu nak cakap dengan saya?” tanya Aishah. Hariz hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak bertanya. Dia menjadi serba salah. “Tak apalah. Bila awak dah bersedia nak cakap nanti, awak call saya.” Kata Aishah sambil membuka pintu. Kaki kirinya sudah melangkah keluar. Belum sempat kaki kanannya turut melangkah keluar, Hariz berdehem. Aishah memandang lelaki itu. “Sebelum saya, pernahkah awak mencintai lelaki lain?” pertanyaan Hariz itu dirasakan amat berat sekali. Aishah mengeluh perlahan. Dia tidak pasti samada hendak menjawab soalan itu atau tidak. Lama dia berfikir. Hariz kegelisahan. “Ada.” Ringkas jawapan Aishah. Tidak terlintas langsung untuk menipu Hariz. Baginya, Hariz terlalu baik. Tidak patut ditipu dan dipersia-siakan. “Boleh saya tahu siapa dia?” “Itu cerita lama. Biarlah kisah tu berlalu. Saya pun dah buka kisah baru. Tak perlulah awak tahu siapa dia. Anggap sajalah awak pernah mengenali dia.” Kata-kata Aishah banyak berkias. Hariz terdiam. Aishah bungkam. “Awak?” tanya Aishah tiba-tiba. “Hah?” Hariz menjadi bingung. “Awak pernah ada sesiapa ke sebelum saya?” tanya Aishah kembali. Hariz tersenyum dan mengangguk. “Ada. Tapi dia dah kahwin. Dah ada seorang anak pun.” “Awak masih cintakan dia?” tanya Aishah lagi. “Cakap pada saya. Siapa yang boleh lupakan cinta pertama. Tapi untuk soalan awak itu, saya akan katakan tidak. Saya doakan kebahagiaan dia. Apa-apa pun kami tetap kawan. Tak baik bermusuh walaupun kami dulu pernah bercinta. Tak sangka pulak husband dia kawan baik saya masa sekolah dulu.” Terang Hariz untuk mengelakkan salah faham Aishah. Tetapi gadis itu tidak cepat melatah. Dia hanya tersenyum manis. Aishah tahu. Walaubagaimanapun, perasaan cinta pertama itu masih ada dalam dirinya. Tapi dia takut untuk memberitahu kerana Hariz fikir Aishah akan salah faham. Tetapi Hariz juga tidak tahu bahawa perasaan cinta pertama Aishah itu masih ada. Masih wujud sehingga kini. Dan, tidak tahu bila boleh dihapuskan. Semakin dia cuba melupakan Hafiz, semakin terikat perhubungan mereka. Benarkah ada jodoh diantara mereka? “Dia adalah cerita dulu. Awak, cerita sekarang.” Sambung Hariz. Aishah tersenyum simpul. Hariz menarik jari jemari Aishah dan dicium jari-jari runcing itu. “Selamat malam, Hariz.” Kata Aishah. Cuba melepaskan jari jemarinya tetapi Hariz seperti tidak mahu melepaskan. “Hariz…” panggil Aishah lembut. Perlahan-lahan lelaki itu melepaskan jari jemari gadis yang teramat dicintainya itu. “Selamat malam. Assalamualaikum.” Kata Hariz. Aishah turun dari kereta. Ditutup pintu kereta dan menjenguk semula ke dalam kereta. “Waalaikumussalam.” Aishah berkata dan melangkah masuk ke dalam. Pintu pagar automatik itu menutup semula. Aishah melambai. Hariz membalas lambaian itu. Aishah berpaling dan berjalan perlahan-lahan menuju ke Taman Mewah Indah. Hatinya berbelah-bahagi. Benarkah keputusannya ini? Menerima cinta Hariz sedangkan hatinya masih pada Hafiz. Aishah terbayang-bayang lirikan mata Hafiz. Masih seperti dahulu. Dia masih membayangkan peristiwa sewaktu makan malam tadi. Hafiz tidak banyak bercakap. Berlainan benar dengan Hafiz yang dahulu. Aishah dapat menangkap pandangan Hafiz melalui ekor matanya. Lelaki itu banyak merenung dirinya. Dia jadi gelisah. Tidak tenteram. ‘Aku mesti membuang wajah Hafiz dari kamus hidupku’ ‘Baguslah kalau kau berfikir begitu. Hariz lebih selayaknya berada di mata, hati dan jiwa kau’ kata hati berkata secara tiba-tiba. ‘Aku akan berikan peluang kepadanya’ tegas Aishah lagi. ‘Itulah yang sebetulnya’ kata hatinya memberi semangat. ‘Aku akan belajar menyintai Hariz’ Aishah bertekad. ‘Inilah Aishah Najyha yang aku kenal dahulu. Tegas dengan pendiriannya’ kata hati semakin galak memberi semangat. ‘Aku mesti cuba! Tapi…aku tak sekuat yang aku sangkakan. Aku menyangka aku boleh berdepan dengannya’ kata hati Aishah mati begitu sahaja. Tiada lagi kata-kata semangat. Kenapalah dia selemah ini? Semenjak keluar daripada universiti, dia sudah pandai menjaga hati dan perasaannya daripada disakiti. Tapi kini, itu semua tidak berguna lagi. Apabila terpandangkan wajah Hafiz, kenangan silam menjengah memori. Katak-katak sedang menyanyi lagu rasmi memanggil hujan. Aishah memandang awan gelap yang menyelubungi bulan. Setitik demi setitik air hujan menimpa muka. Aishah melangkah masuk ke dalam apabila hujan semakin renyai. HARIZ duduk di dalam kereta yang sudah diparkir di dalam garaj rumah. Dia duduk termenung. Mulutnya asyik tersenyum. Senyuman Aishah melekat di hati kini. Dia yakin dapat membahagiakan Aishah. Dia akan membuatkan gadis itu melupakan kisah cinta lamanya. Itu semua sudah berlalu. Hariz keluar dari kereta. Dari garaj, dia ternampak Hafiz sedang duduk termenung di balkoni. Dia tersenyum. Tiba-tiba datang idea hendak mengusik abangnya. Hariz menuju ke tingkat atas dan terus sahaja masuk ke dalam bilik Hafiz secara senyap tanpa Hafiz sedari akan kehadirannya. Dia menyergah Hafiz sehingga lelaki itu melompat dari kerusi. “Angah ni buat terkejut Along je.” Hafiz mengurut dada. Hariz ketawa berdekah-dekah. Kelakar pula bila melihat wajah Hafiz yang panik. “Apa yang Along menungkan tu sampai Angah masuk pun Along tak sedar?” Hariz masih lagi dengan sisa ketawa. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di balkoni itu. “Macam-macam. Especially, pasal kerja.” Hafiz memandang ke arah kegelapan malam. Mencari bintang. Hatinya terkapai-kapai di dalam kegelapan itu. Dia perlukan seseorang untuk menariknya keluar. Wajah Ellisa muncul untuk menyelamatkan dia. Benar-benarkah gadis itu datang menyelamatkan dia atau pun hanya fikirannya sahaja yang mereka wajah gadis itu semata-mata hendak membuang wajah Aishah? “Kenapa dengan kerja Along?” tanya Hariz tiba-tiba. Memecahkan lamunan Hafiz yang berpanjangan. “Lepas Along kahwin, commitment akan bertambah. Along ingat nak suruh Kak Lisa berhenti kerja. Tapi dia tak nak. Dia kata kerja sebagai doktor ni adalah impian dia dari kecil. Tapi kalau kami sama-sama sibuk dengan patient, bila masa nak berjumpa? Bila masa nak bina keluarga? Bila masa dia nak beranak? Kalau atleast dia jadi surirumah, adalah masa Along nak berjumpa dengan dia.” Rupa-rupanya itu yang dirisaukan oleh Hafiz. Hariz tersenyum. Dia tahu bagaimana hendak menceriakan abangnya semula. Hariz berdehem. “Along…Angah tak tahu macam mana nak bagi nasihat pada Along. Tapi satu je Angah tahu. Kalau Kak Lisa sayangkan Along, apa pun dia sanggup buat.” Hariz menghirup sedikit air nescafe panas abangnya. Hafiz mengeluh perlahan. Kemudian, mengangguk. “Macam Aishah sanggup buat apa je untuk Angah?” tanya Hafiz perlahan. Hariz memandang abangnya itu. “Angah tak pasti tentang hati dia. She’s hard to predict. Walau macamana pun, Angah akan tetap cuba membuat dia jatuh cinta pada Angah dan lupakan cinta lama dia.” Jelas Hariz panjang lebar. “Cinta lama?” tanya Hafiz lagi. Hariz mengangguk. “Angah tanya Aishah tentang kisah cinta silam dia. Dia kata dia memang ada lelaki yang dicintainya sebelum Angah.” Ujar Hariz. Hafiz memandang ke kegelapan malam sambil tersenyum kecil. “Habis tu, dia ada cakap siapa?” Hafiz bertanya dengan senyuman masih dibibir. “Tak pun. Dia kata biarlah cinta itu menjadi kisah silam dia.” Hariz berkata. Hafiz mengangguk perlahan. Sedikit hampa tetapi dia mengerti. Biarlah kau jua menjadi kisah silamku, kata hati kecil Hafiz. “Dahlah tu, Along. Kita tak payah fikir pasal perempuan. Sekarang ni, kita pergi main PS2. Dah lama kita tak main kan?” cadang Hariz. Hafiz memandang wajah Hariz. Lama. Bertuahnya Aishah kerana dapat memiliki sekeping hati milik Hariz. Dia seorang yang ceria dan tidak tahu bersedih. Dan aku juga bertuah kerana memiliki sekeping hati milik gadis bernama Aishah. Walaupun hanya untuk seketika cuma. Tetapi akan aku pulangkannya kepada kau satu hari nanti, adikku. Detik hati kecil Hafiz sekali lagi. Mereka sama-sama keluar dari bilik Hafiz dan menuju ke tingkat bawah. Hariz memasang peti televisyen dan menyambungkan suis PS2 ke peti tersebut. Hafiz memilih game daripada CD Bag. Satu persatu game yang dilihatnya. Akhirnya, dia memilih Final Fantasy. Hariz ke dapur untuk mengambil snek ringan dan air bergas. Mereka bermain sehingga lewat malam. Jam berdenting sebanyak 3 kali menandakan jam sudah pukul 3 pagi. Mereka masih leka bermain. Kadangkala gelak ketawa kedua-duanya bergema di seluruh rumah. Farehan tidak boleh tidur kerana terdengar bunyi suara orang bercakap dan bergelak, menjenguk dari tingkat atas. Dilihat dua beradik itu sedang bermain PS2. Farehan menggeleng dan masuk semula ke dalam bilik tidur. Dia tersenyum. Sudah lama dia tidak mendengar dua beradik itu bergaduh, bersembang dan bergelak sesama mereka. Kini, dia pasti. Kedua anak lelakinya yang dahulu pergi jauh mencari ilmu, sudah kembali ke pangkuannya semula. Dia gembira kerana dahulu anak-anak kecilnya sudah menjadi anak-anak teruna. Dan dara. PAGI itu mata Hariz tidak boleh diangkat. Mengantuk sangat. Semalam tidur lewat. Bermain PS2 sehingga pagi. Telefon bimbit Hariz berdering. Bingit telinga. Dia segera mencapai telefon itu sebelum jeritannya lebih kuat. Hariz meneliti nama di skrin. Pejabat. Dia segera menjawab. “Hello…” jawabnya. “Hello, Encik Hariz.” “Hah!Kama. Kenapa? Ada hal penting ke?” “Encik Hariz masuk pejabat lewat ke hari ni?” tanya Kamazarina. “Ya. Kepala saya pening. Kama boleh tolong saya tak?” “Boleh Encik Hariz. Ada apa yang Encik Hariz perlukan?” “Tolong beritahu Encik Syafiq. Pasal projek Lembah Bayung 2 Spa and Resort, yang projek kerjasama dengan FAF Architecture, arkitek daripada syarikat tu nak berjumpa dengan kita hari ini. Tapi, saya rasa saya tak dapat hadir. Kama minta Encik Ferry ikut Encik Syafiq pergi ke sana.” arah Hariz. “Perlu saya terangkan apa-apa pada Encik Syafiq dan Encik Ferry?” “Tak perlu. Sebab projek tu pun dah tinggal 35 per cent lagi nak siap. Encik Syafiq tahulah apa yang patut dibuatnya.” Kata Hariz sambil menutup mulut menguap. Sisa kantuk masih ada. “Baik Encik Hariz. Itu saja ke?” “Satu lagi. Kamu masuk dalam bilik saya. Ambil fail yang warna merah. Yang saya letak atas meja saya tu. Saya tulis initial LBS & R. Awak berikan pada Encik Syafiq.” Arah Hariz sekali lagi. “Baik Encik Hariz. Ada apa-apa lagi?” “Ada. Satu je lagi. Maaflah, Kama.” Hariz memang tidak suka menyusahkan setiausahanya. “Tak apa Encik Hariz.” “Kamu cakap dengan Encik Syafiq. Lepas saja meeting tu, suruh dia call saya.” Arahan Hariz dicatat oleh Kamazarina dalam buku diari. “Hari ni saya ada apa-apa meeting ke, Kama?” “Hari ni Encik Hariz ada meeting dengan Encik Nathan dan Puan Fiza. Pukul 12.30 tengah hari di Hotel Hilton, P.J. Lepas tu, Encik Hariz ada meeting dengan Puan Qaseh dari Fragile Advertising Company. Mengenai iklan syarikat dan iklan promosi projek Lembah Bayung tu.” Kata Kamazarina sambil matanya meneliti diari yang tercatit jadual harian Hariz. “Iklan syarikat? Bukankah Tuan Syed yang berkuasa untuk memilih iklan syarikat? Kenapa pulak saya? Kalau iklan projek Lembah Bayung tu, memang saya yang uruskan.” Ujar Hariz. Setahu dia memang Syed Mahfuz yang selama ini menguruskan iklan syarikat. “Tuan Syed tahu yang Encik Hariz nak pergi berjumpa dengan Puan Qaseh. Jadi, dia suruh Encik Hariz uruskan.” Terang Kamazarina. “Baiklah. Saya kena berjumpa dengan Puan Qaseh pukul berapa?” “Pukul 3.00 petang.” “Baiklah, Kama. Nanti kalau ada apa-apa mesej, awak telefon saya saja. Saya mungkin tak masuk pejabat hari ini.” Kata Hariz. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka sama-sama mematikan talian. Hariz meraup muka dan melihat jam loceng di sisi katil. Sudah pukul 11 pagi. Dia kena berjumpa dengan pelanggan pukul 12.30 tengah hari. Nanti lambat pula. Sudahlah berjumpa di Hotel Hilton. Jalan ke Petaling Jaya kalau sudah hampir waktu tengah hari, jalan raya semakin sesak dengan kereta. Hariz bangun dan segera menuju ke bilik air. BERSAMBUNG..... |
Yang merepek merapu meraban Aishah Hamzah at 1/05/2009 08:58:00 AM 3 tukang komen paling setia
Subscribe to:
Posts (Atom)