BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 30, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 18

BAB 18

KERETA Honda Civic kepunyaan Aishah meredah kegelapan malam membawa hati yang tidak keruan. Air mata menitis bagaikan tidak mahu berhenti. Hafiz sudah pulang. Ini bermakna, bila-bila masa sahaja dia akan berjumpa atau terserempak dengan Hafiz. Hafiz kan rakan karib kakaknya? Sudah tentu mereka akan berjumpa. Pasti mereka akan berjumpa suatu hari nanti. Semasa kenduri kahwin Nina, Hafiz tidak pulang. Pasti ada perkara yang hendak disembangkan. Kakinya menekan pedal minyak dan kelajuan kereta semakin meningkat. Wajah Hafiz terbayang-bayang di mata. Setiap hari hatinya seperti pungguk rindukan bulan. Dia bagaikan pungguk yang cuba menggapai bulan yang nun jauh di angkasa. Hatinya makin pedih apabila teringatkan kata-kata Syahira beberapa bulan dulu. Hafiz bukan pulang sendirian. Membawa pulang bersama sekeping hati gadis lain bersamanya.
Aishah membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Dia tidak tahu hendak ke mana lagi. Fikirannya buntu.
Tiba sahaja di hadapan rumah, Aishah memarkirkan kereta di dalam garaj. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Taman Mewah Indah. Taman yang banyak memberi ketenangan dalam hidupnya selama ini. Aishah melabuhkan punggung diatas kerusi yang terletak di dalam gazebo tersebut. Termenung.
‘Dia sudah pulang.’ Aishah berkata perlahan.
‘Habis tu? Apa yang kau nak buat?’ kata hatinnya tiba-tiba sahaja menyampuk.
‘Aku akan meluahkan perasaanku kepadanya.’ Sudah puas Aishah berfikir untuk beberapa ketika.
‘Kau sudah gila, agaknya.’ Marah kata hati.
‘Kenapa? Salahkah aku berterus terang.’ Aishah melawan kembali. Tidak puas hati. Kenapa disaat dia sudah bersedia untuk berterus-terang, ada pula yang menghalang? Salahkah dengan keputusannya ini?
‘Memang tidak salah. Tetapi Hafiz membawa pulang bakal
tunangnya.’ Kata hati memberi peringatan.
‘Ah! Itu bakal. Belum tentu menjadi kenyataan.’ Aishah masih cuba untuk melawan kata.
‘Kau memang gila. Dulu, bila si dia hendak meneruskan
perhubungannya dengan kau, kau menolaknya dengan keras. Kata
kau, kau tak sanggup menjadi bahan cemuhan rakan-rakannya. Kini,
kau nak merampas kebahagiaan orang lain? Hei, ini bukan Aishah
Najyha yang aku kenal.’ Bentak kata hati dengan kuat.
‘Ini memang bukan Aishah Najyha yang sama. Bukan lagi Aishah
Najyha yang dulu. Semenjak dia pergi, aku tak pernah menjadi diriku
semula.’ Ucap Aishah lemah dan semakin lemah.
‘Jadi, siapa Hariz di mata kau? Di hati kau?’ tanya kata hati.
‘Dia tak lebih dari seorang kawan dan juga abang. Dia amat
memahami perasaan aku. Di hati aku hanya Hafiz seorang sahaja.’
‘Kau bermain dengan api.’ Kata hati mencemuh Aishah. Tidak suka dengan apa yang bakal gadis ini lakukan.
‘Memang aku suka bermain dengan api.’
‘Kau akan membakar diri kau sendiri.’ Bentak kata hati lagi.
‘Biar terbakar. Biar hangus. Biar rentung. Asalkan Hafiz menjadi
milikku seorang.’ Aishah puas dapat meluahkan kata-kata itu.
‘Wah! Begitu senang kau meluahkan kata-kata tanpa memikirkan
akibat yang akan terjadi.’ Kata hati berkata dalam nada sindiran.
‘Aku tak sanggup kehilangannya.’ Rintih Aishah.
‘Kenapa kau lepaskan dia pergi dulu? Kenapa kau tak pinta
penjelasan mengenai duit yang diberikan oleh Lutfi? Adakah benar
itu duit taruhan? Atau duit yang hendak mengaburkan mata kau
supaya kau memutuskan hubungan kau dengan dia? Kau bukan tidak
kenal Shila. Kau juga kenal Lutfi. Shila juga turut menyukai Hafiz.
Mungkin Shila yang mengupah Lutfi untuk merosakkan hubungan
kau orang berdua. Apakah kau tidak memikirkan kemungkinan
tersebut? Terus terusan sahaja kau hendak menyalahkan Hafiz.
Tetapi sekarang, kau hendak memutuskan hubungan yang baru dibina
demi menjalinkan hubungan yang telah lama terputus? Kau memang
sah gila.’ Kata-kata hatinya mati begitu sahaja. Air mata merembes keluar. Dia telah membuat perhitungan yang silap. Sepatutnya dia bertanya kepada Hafiz mengenai kebenaran perkara itu. Seminggu selepas berita Shila dirogol oleh Lutfi tersebar, Shila datang menangis dihadapan Aishah sambil meminta maaf kerana memerangkap Hafiz. Shila begitu menyesal sekali kerana terlibat dengan Lutfi. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Tubuh Shila sudah dijamah oleh lelaki tidak guna itu. Apa guna lagi Shila datang menangis dan menyesali perbuatannya. Perkara sudah berlalu. Aishah sudah memaafkan Shila.
Hujan mula merintik. Membasahi bumi. Turut menangisi nasib anak gadis yang baru sahaja belajar dari kesilapannya yang lalu. Kenapalah hatinya begitu payah hendak menerima kehadiran lelaki baru seperti Hariz dalam hidupnya. Bukanlah begitu susah. Cuma belajar mencintai diri lelaki itu sepenuh hati sepertimana dia mencintai diri Hafiz.
Aishah segera masuk ke dalam rumah. Tanpa disedari sepasang mata kuyu milik Nina menatap wajah Aishah yang kuyup. Bukan kerana disimbahi air hujan tetapi kerana air mata yang tidak pernah berhenti. Aishah segera menuju ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik. Duduk menghadap cermin solek. Dia buka kotak barang aksesori. Gelang kristal pemberian Hafiz masih tersimpan rapi di dalam kotak tersebut. Sebelum Hafiz berangkat ke London, dia sempat memberi gelang tersebut kepada Nina untuk diserahkan kepada Aishah. Air mata menuruni pipi putih gebu itu. Aku tidak segila itu hendak merampas kasih sayang orang lain, fikir Aishah. Pintu bilik diketuk. Aishah segera mengelap air mata. Nina masuk ke dalam bilik adiknya. Aishah tersenyum memandang kakaknya. Semenjak berkahwin, Nina semakin cantik. Sudah berkurangan sikap ‘tomboy’nya. Nina melabuhkan punggung di atas katil.
“Akak tak tidur lagi?” tanya Aishah.
“Tak boleh tidur.” Nina berkata perlahan.
“Apasal?” tanyanya lagi.
“Adik tak balik lagi.”
“Kan Adik dah balik? Kenapa dengan Akak ni?” Aishah mengerutkan dahi.
“Kenapa Adik balik lewat malam? Mama risau tau. Tengok Adik tak balik lagi. Sampai dia tak nak tidur. Kak Na yang paksa dia tidur. Papa pun risau. Papa beria-ia nak pergi tengok Adik kat butik. Nasib baik Abang Sof kata dia pergi tengok. Abang Sof balik tadi dia kata Adik dah tak ada kat butik. Adik pergi mana sebenarnya?” tanya Nina. Perasaan risaunya semakin memuncak apabila Sofyan balik sahaja ke rumah dan memberitahu Aishah tiada di butik. Butiknya sudah tutup. Aishah menekur pandangan ke lantai. Dia mengeluh. Kemudian dia mengangkat muka dan memandang wajah Nina. Tersenyum.
“Jalan-jalan. Banyak sangat kerja tadi.” Jelas Aishah ringkas. Nina memandang wajah itu. Dia tahu bukan itu yang mengacau fikiran Aishah.
“Sekurang-kurangnya Adik telefonlah dulu. Akak risau tau.” Dipandang wajah Nina sekilas.
“Adik janji. Lain kali, Adik takkan buat macam ni lagi.” Mereka sama-sama senyap. Nina mengatur butir bicara. Menyusun ayat supaya kata-kata yang akan dikeluarkan sebentar lagi dapat diterima oleh Aishah. Banyak kali Nina mengeluh menyebabkan Aishah kehairanan.
“Kenapa dengan Akak ni?”
“Adik tahu kan, hari ni Hafiz pulang?” tanya Nina berterus terang. Sedaya upaya Aishah menahan perasaan. Dia mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata kakaknya.
“Hafiz telefon Abang Sof tadi. Dia ajak kita orang keluar. Dia nak jumpa. Masa kenduri hari tu, dia tak balik. So, dia nak bersembang panjang-panjang. Dan…” ayat Nina tergantung. Aishah memandang muka Nina.
“…perkenalkan tunang dia kepada kita orang.” Sambung Nina. Segera dia memandang muka Aishah. Tetapi tiada reaksi daripada adiknya itu. Hanya tersenyum dan mengangguk.
“Baguslah tu, Kak. Adik tumpang gembira untuk dia.” Kata Aishah cuba untuk menyembunyikan perasaan yang bergelodak.
“Adik…”
“Kak Na, perkara dah berlalu. Adik dah cuba lupakan dia. Adik tengah menyesuaikan diri Adik dengan seseorang.” Bohong Aishah.
“Ye ke? Siapa?” tanya Nina dengan nada gembira.
“Hariz.” Jawapan pendek daripada Aishah itu menyebabkan Nina tergamam. Bala besar!
“Kak Na, Adik dah penatlah. Adik tidur dulu, yeh?” kata Aishah sambil mencapai tuala dan berkira-kira hendak melangkah masuk ke bilik air. Nina seakan-akan faham kata-kata adiknya itu terus sahaja melangkah keluar tanpa berkata apa-apa. Dia menuju ke kamar tidur.
Sebaik sahaja Nina menutup pintu bilik, Aishah melangkah ke jendela. Dibuka jendela tersebut dan dibiarkan angin bertiup. Masih hujan di luar sana. Air matanya turun bersama-sama hujan yang lebat. Aku sudah kalah. Sudah kalah walaupun aku belum lagi berjuang, hatinya berkata-kata. Aishah berbaring di atas katil. Entah bila masa dia terlelap, dia sendiri tidak tahu.


KEESOKKAN paginya, Aishah bangun dari tidur dan menuju ke meja solek. Dilihat wajah di cermin. Mata bengkak, muka sembap. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggannya? Apa kata mereka nanti? Pintu bilik diketuk. Aishah membuka pintu bilik dan terjengul wajah Nadira yang tersengih.
“Akak baru bangun?” tanya Nadira.
“Kenapa?” Aishah bertanya kembali.
“Sekarang dah pukul 10. Akak tak pergi butik hari ni?”
“Pukul 10?” tanya Aishah meminta kepastian. Nadira mengangguk pantas.
“Alamak! Akak ada appointment dengan client pukul 10.30.” Aishah segera mencapai tuala dan menuju ke bilik. Dia mesti membersihkan diri kerana semalam dia tertidur tanpa membersihkan diri. Selepas itu, dia tergesa-gesa keluar dari bilik air. Mengambil baju dari dalam almari dan disarungkan. Dia menyolek wajahnya ala kadar. Aishah menutup pintu bilik dan menuju ke tingkat bawah. Dia mencapai kunci kereta yang tergantung di dalam almari kaca. Nurradiah yang baru sahaja keluar dari dapur terlihat anaknya itu yang sedang tergesa-gesa.
“Adik tak sarapan dulu?” tanya Nurradiah.
“Tak apalah, Mama. Adik dah lambat. Nanti Adik breakfast je kat ofis. Adik pergi dulu.” Aishah tunduk menyalami tangan Mamanya. Nurradiah mengusap rambut Aishah. Seperti memahami penderitaan anaknya itu. Nurradiah sudah dimaklumkan mengenai kepulangan Hafiz semalam oleh Nina. Aishah segera meninggalkan Nurradiah. Dia menuju ke kereta dan menghidupkan enjin kereta. Kereta Honda Civic miliknya meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu.
Mata Nurradiah melihat kelibat Aishah hilang. Dia berpaling semula dan masuk ke dalam. Nina sedang duduk bersarapan di meja makan. Sofyan sedang membancuh kopi. Nurradiah menggeleng.
“Aii…suami kamu yang bancuh kopi. Bukannya kamu.” Kata Nurradiah.
“Dia yang nak buat Mama. Lagipun, kopi yang dia bancuh sedap.” Nina menyuap nasi lemak ke mulutnya.
“Sekalipun dia bancuh kopi sedap tapi kamu sebagai isteri kenalah tahu tanggungjawab isteri. Jangan semua benda pun Mama nak kena beritahu.” Nasihat Nurradiah. Nina hanya diam membisu. Tidak berkata apa-apa. Sofyan yang baru sahaja keluar dari dapur membawa seteko kopi.
“Tak apalah, Mama. Sof dah biasa. Duduk kat overseas dulu pun, Sof yang buat semua ni. Sof tak kisah.” Sofyan meletakkan teko kopi di atas meja. Nina menuang kopi ke dalam cawan untuk Sofyan dan untuk dirinya. Sofyan melabuhkan punggung di sebelah Nina.
“Kamu jangan manjakan isteri kamu ni sangat. Suruh dia buat kerja-kerja rumah. Mengemas ke, masak ke. Mama dulu pun tak tahu jugak. Tambah-tambah Mama anak orang yang berharta. Ada orang gaji. Semua orang gaji yang buat. Lagipun Mama anak orang putih, manalah nak tahu pasal masakan orang Melayu ni. Tapi Mama rajin belajar. Kalau kamu nak apa-apa Sof, suruh je Nina buat. Jangan bagi muka sangat.” Pesan Nurradiah.
“Baiklah, Mama.” Kata Sofyan sambil tersenyum. Nina asyik menyuap makanan ke mulut. Tidak mempedulikan perbualan mentua dan menantu.
“Pukul berapa kamu nak pergi jumpa Hafiz tu?” tanya Nurradiah.
“Tengah hari.” Jawab Nina ringkas.
“Jadi, kamu tak balik lunch lah, ye?”
“Nampaknya macam tulah, Mama.” Jawab Sofyan pula. Nurradiah mengangguk perlahan.
“Kamu nak pergi jumpa si Hafiz ni, Adik tahu?” tanya Nurradiah lagi. Nina mengangkat muka memandang wajah Nurradiah.
“Tahu, Ma.”
“Apa katanya?”
“Dia tak kata apa-apa. Cuma boleh nampak muka dia berubah.” Ujar Nina. Dia menyenduk sedikit sambal nasi lemak ke dalam pinggan Sofyan. Nurradiah mencapai cawan dan menghirup kopi yang masih berwap.
“Mama ni kesian dengan Adik. Tapi Adik tak kesiankan diri dia sendiri.” Kata Nurradiah. Tidak ada selera untuk dia menjamu sarapan pagi itu. Asyik memikirkan perihal anak yang seorang itu.
“Adik kata bagilah dia masa sikit. Bukan dia tak cuba untuk menyintai lelaki lain, Ma. Tapi biasalah. Perempuan kalau first love susah nak dilepaskan. Mama tentu faham kan perasaan Adik. Papa first love Mama.” Jelas Nina.
“Dan, Sof first love Nina.” Kata Nurradiah. Kedua anak dan menantunya saling berpandangan. Kemudian, tertunduk malu.
Nurradiah senang melihat kelakuan mereka. Nadira juga tidak lama lagi akan menjadi menantu orang. Keluarga Shah Fuzey sudah masuk meminang. Nurradiah tidak perlu risau akan anak-anaknya yang lain. Hanya Aishah yang menjadi kerisauan sekarang. Anak yang seorang itu belum lagi berpunya tetapi tidak mahu belajar mencintai lelaki lain. Kalau Nadira kahwin dahulu, langkah bendul pula nanti. Kalau boleh, Nurradiah mahu Aishah berkahwin dahulu. Tetapi kalau jodohnya belum sampai dan dia belum ada calon, Nurradiah redha. Dia menerima sahaja kehendak Yang Maha Esa.


NINA sedang menuruni anak tangga beriringan dengan Sofyan. Mereka berpimpin tangan. Nurradiah berada di dalam dapur. Sedang mencuci pinggan mangkuk. Nadira sedang menonton televisyen. Dia memandang kakak dan abang iparnya sekali imbas.
“Kak Na nak pergi mana?” tanya Nadira. Matanya masih ditumpukan di kaca televisyen.
“Nak jumpa Abang Hafiz.”
“Ohh…”
“Hey! Dira ni dah nak kahwin tau. Cuba-cubalah tolong Mama kat dapur tu. Ni tak. Asyik tengok tv je.” Kata Nina yang mengusik adiknya.
“Elehh…cakap orang. Dia pun sama.” Balas Nadira.
“Ma, kami pergi dulu.” Laung Nina. Nurradiah keluar dari dapur dan mengangguk sambil tersenyum.
“Dira, meh tolong Mama kat dapur. Kamu dah nak kahwin. Tapi apa benda pun tak tahu nak buat lagi. Fuzey suka makanan yang dimasak kat rumah. Dia bukan suka sangat makan kat kedai. Mama nak ajar kamu masak gulai.” Bebel Nurradiah. Nina dan Sofyan tertawa kecil. Nadira memasamkan muka. Dia segera bangun dan menutup peti televisyen dan menuju ke dapur.
Nina dan Sofyan menuju ke kereta mereka yang diletakkan di dalam garaj. Mereka menuju ke destinasi yang dijanjikan dengan Hafiz. Sepanjang perjalanan, Nina hanya mendiamkan diri. Dia seperti memikirkan sesuatu. Sofyan memandang wajah Nina. Kemudian, dia menggenggam jari jemari isteri yang baru sahaja dikahwininya. Nina terjaga dari lamunan dan memandang Sofyan. Dia tersenyum.
“Apa yang sayang fikirkan?”
“Tak tahulah, Bang. Macam mana nak berhadapan dengan Hafiz.” Kata Nina meluahkan kerisauan yang dipendam sejak semalam.
“Kenapa sayang cakap macam tu?” Sofyan bertanya sedangkan dia tahu apa yang mahu dikatakan oleh Nina.
“Kalau Hafiz tanya pasal Adik. Takkanlah kita nak cakap yang Adik masih menantikan dia.” Luah Nina.
“Kita terus-terang saja.”
“Bukan senang, Bang. Hafiz dah nak bertunang. Kalau kita beritahu Hafiz yang Adik masih tunggu dia, mesti dia akan kecewakan tunang dia.” Jelas terpancar kerisauan Nina. Bukan mereka sehari dua mengenali jejaka bernama Mohd Hafiz ini.
“Sayang jangan risau. Abang kenal benar dengan Hafiz. Dia tidak akan melukakan perasaan orang sekeliling. Tambah-tambah, perasaan orang yang disayanginya.” Sofyan menangkis perasaan negatif yang bercambah di dalam diri Nina mengenai Hafiz.
“Tapi, Bang…”
“Dah. Sayang jangan fikir bukan-bukan. Kita dah nak dekat sampai dah ni. Jangan tunjukkan kerisauan sayang. Nanti tentu Hafiz tertanya-tanya.” Sofyan mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan pintu masuk kompleks membeli-belah Midvalley. Mereka bernasib baik. Ada sebuah kereta yang baru sahaja keluar dari tempat letak kereta yang berdekatan dengan pintu masuk.

BERSAMBUNG.....

Monday, December 29, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 17

HARIZ membukakan pintu kereta untuk Aishah. Gadis itu menjadi segan dengan kelakuan Hariz. Belum ada lelaki yang gentleman sepertinya. Aishah masuk ke dalam kereta dan mengenakan tali pinggang. Tetapi tali pinggang itu tersangkut sedikit menyebabkan Aishah susah hendak menariknya. Hariz yang baru sahaja melabuhkan punggung ke dalam kereta segera menolong Aishah. Tali pinggang itu semakin longgar dan senang untuk ditarik. Wajah Aishah dan Hariz bertembung. Lama mereka bertatapan. Tiba-tiba wajah Hafiz menerpa difikiran Aishah. Hidung dan mata Hariz ada sedikit iras Hafiz. Dia jadi semakin rindu akan sepasang mata yang redup itu. Rindunya dia pada wajah itu. Hariz juga meratah wajah Aishah yang begitu dekat dengannya. Ingin sekali dia miliki gadis dihadapannya itu. Tetapi entah kenapa hati gadis itu benar-benar sukar untuk dimiliki. Seperti ada batu penghalang yang menghalang diri Hariz dari terus memiliki empunya nama Aishah Najyha ini. Hariz tersenyum. Aishah tersedar. Wajahnya kemerah-merahan. Kenapa wajah itu yang sering bertandang dalam tidur dan jaganya semenjak dua menjak ini? Kenapa nama Hafiz selalu bermain di kotak fikirannya? Kenapa hafiz sahaja yang terus diingatinya? Aishah jadi buntu. Benarkah cinta aku hanya untuk dia, bukan untuk lelaki lain? Aishah melepaskan keluhan perlahan.
“Kita nak kemana ni?” pertanyaan Hariz memecahkan lamunan panjang Aishah. Dia memandang wajah Hariz sekilas. Untuk memastikan bukan wajah Hafiz yang dibayangkan sebentar tadi.
“Saya tak kisah. Ikut Hariz lah.” Aishah berkata dan melemparkan pandangan ke luar. Hariz memandu kereta menuju ke destinasi yang tidak diketahui oleh Aishah.
“Kita tengok wayang nak?” tanya Hariz. Cuba menghidupkan suasana yang sunyi di dalam kereta.
“Boleh jugak.” Aishah berkata ringkas. Kereta Hariz meluncur laju menuju ke One Utama.
Sampai sahaja di One Utama, Hariz tercari-cari tempat letak kereta. Waktu malam begini, pasti sesak dengan manusia yang hendak pergi membeli belah. Tambahan pula, waktu orang tengah bergaji. Lagi bertambah semak. Nasib baik ada tempat letak kereta yang menghadap pintu masuk One Utama. Hariz segera turun dan membukakan pintu untuk Aishah. Segan pula dia dengan sikap Hariz. Sesiapa yang berjaya memiliki hati Hariz, pasti gadis yang paling bahagia. Mereka sama-sama berjalan beriringan dan menuju ke panggung wayang, Golden Screen Cinema (GSC). Hariz beratur di belakang barisan yang panjang.
“Awak nak tengok cerita apa?” tanya Hariz.
“Suka hati awaklah. Saya tak kisah.” Aishah berjalan menuju ke papan yang mempamerkan cerita-cerita yang ditayangkan pada bulan ini. Aishah memandang wajah Hariz sekilas. Wajah lelaki itu menggambarkan dia kehampaan. Apabila dia cuba menceriakan keadaan, sedikitpun Aishah tidak menghargai. Aishah berjalan semula ke arah Hariz.
“Saya nak tengok cerita Disturbia.” Kata Aishah. Hariz memandang wajah Aishah dan gadis itu tersenyum ke arahnya. Senyuman terukir di wajah Hariz. Selepas membeli tiket, Hariz beratur pula membeli bertih jagung dan air.
“Biar saya lah pulak yang beratur. Awak dah beratur beli tiket.” Kata Aishah. Hariz menggeleng.
“Tak apa. Saya beratur.” Tolak Hariz lembut. Selesai sahaja membeli bertih jagung dan air, mereka segera masuk ke dalam panggung kerana sebentar sahaja lagi wayang akan bermula.
Habis sahaja menonton wayang, Hariz mengajak Aishah makan malam. Selepas itu Hariz menghantar Aishah pulang ke rumah.


HARIZ benar-benar dapat menggembirakan hatinya yang duka. Aishah melambai ke arah kereta Hariz yang meluncur laju pergi meninggalkan kawasan perumahannya. Sambil melangkah ke dalam rumah, dia asyik tersenyum sahaja. Kakinya laju menuju ke tingkat atas. Aishah menoleh apabila Nina memanggil namanya.
“Eh, Akak. Bila Akak balik?”
“Semalam. Tapi Akak terus balik ke rumah mak Abang Sof. Dia orang yang jemput.” Ujar Nina. Mereka sama-sama menuju ke tingkat atas. Aishah membuka pintu bilik dan memasang lampu. Nina melabuhkan punggung di atas sofa di dalam bilik adiknya itu. Aishah meletakkan tas tangan dan mencapai baju tidur di dalam almari. Nina hanya memerhatikan gerak geri gadis itu.
“Macam mana dengan honeymoon?” tanya Aishah.
“Fine. Adik mesti kena pergi ke Venice. It such a romantic place.” Ujar Nina sambil membayangkan keindahan negara yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.
“It sound romantic.” Aishah berkata dan memandang wajah kakaknya itu yang semakin berseri-seri semenjak berkahwin.
“Bila Adik kahwin nanti, Adik kena pergi sana.”
“I will…I will.” Aishah berkata sambil menyarungkan baju tidurnya.
“Ermmm….kalau Kak Na tanya, Adik marah tak?” tanya Nina tergagap-gagap. Takut adiknya tersinggung dengan pertanyaan yang bakal diajukan.
“Nak marah apa? Tanya jelah, Kak Na.” Aishah memandang wajah Nina dengan kerutan di dahi.
“Adik keluar dengan siapa tadi?”
“Hariz. Akak kenalkan? Abang dia satu universiti dengan Akak. Akak pernah cakap hari tu.” Aishah berjalan ke arah meja solek dan dititikkan sedikit pelembap wajah. Disapu ke arah muka yang dipenuhi dengan alat solek.
“Ooo…ya. Of course Akak kenal.” Tergagap-gagap Nina menjawab.
“Tak ada isi lagi ke?” usik Aishah.
“Hish! Budak ni. Tak sampai sebulan lagi kita orang kahwin.”
“Manalah tahu.” Aishah memerhatikan raut wajah kakaknya melalui cermin solek. Nina berada dalam kegelisahan. Tidak senang duduk dibuatnya.
“Kenapa dengan Akak ni?” tanya Aishah.
“Adik tak rasa apa-apa ke?” soalan Nina membuatkan Aishah bingung.
“Rasa apa?” tanya Aishah kembali.
“Lagi seminggu je Hafiz nak balik.” Apabila nama Hafiz sahaja yang meniti di bibir Nina, Aishah terus berubah mood.
“Kita orang tak ada apa-apalah, Kak. Kita orang tak pernah bercinta pun. Kenapa Adik nak rasa apa-apa?” Aishah sedaya upaya menyembunyikan perasaannya.
“Adik…Akak dah jadik kakak Adik hampir 30 tahun. Akak paham sangat perasaan Adik. Adik tak usahlah nak tipu Akak. Kenapa Adik tak nak berterus terang perasaan Adik?” kata-kata Nina membuatkan air mata Aishah turun bercucuran. Air mata Nina turut bertakung.
“Apa gunanya Adik berterus terang sekarang, Kak? Dia dah jadik milik orang. Tak mungkin untuk Adik merampasnya kembali. Adik bukan perampas, Kak. Adik bukan perampas.” Aishah terduduk di kerusi meja solek sambil menangis teresak-esak. Nina berdiri dan menuju ke arah Aishah. Dipeluk adiknya seerat yang mungkin.
“Maafkan Akak, Adik. Akak tak berniat nak melukakan hati Adik.” Kata Nina. Perasaan bersalah menerpa.
“Tak, Kak. Akak tak bersalah. Cuma perasaan ini yang mendera jiwa Adik sampaikan Adik rasa Adik yang terlalu mengharapkan cintanya. Sampai Adik tak boleh nak menerima cinta lelaki lain. Terlalu hebat perasaan ni, Kak. Terlalu hebat sehingga membuatkan orang disekeliling Adik turut terseksa melihat tingkah laku Adik. Adik tak mahu Mama, Papa, Ong, Kak Na dan Dira risaukan Adik. Adik tak apa-apa. Cuma Adik perlukan masa. Berilah sedikit masa lagi, Kak.” Ujar Aishah sambil mengelap air mata. Nina mengangguk pantas. Dia turut mengelap air mata. Air mata yang turut menangisi nasib adiknya.
“Dah. Kita jangan nangis-nangis lagi. Jom turun. Akak ada belikan hadiah untuk Adik dari Venice.” Nina menarik tangan Aishah. Adiknya itu cuba tersenyum. Mereka sama-sama turun ke tingkat bawah.


HARI yang dinantikan sudah tiba. Hari kepulangan Hafiz dari London. Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, sudah bulan 8. Aishah begitu asyik melakukan kerja sehinggakan dia terlupa hari kepulangan Hafiz. Entah kenapa. Hari itu lebih sibuk dari hari-hari yang lain. Banyak pelangan mengunjungi kedai untuk menggunakan perkhidmatannya sebagai perancang majlis. Ada majlis pertunangan lah, majlis pernikahan dan juga majlis persandingan. Putri meletakkan sebuah fail di atas mejanya.
“Fail apa ni, Put?”
“Cik Safina punya majlis sanding. Itu confirmation dia. Dia setuju. Muktamad.” Kata Putri tetapi gadis itu segera berlalu apabila terdengar deringan loceng pintu butik. Pasti ada pelanggan yang baru sahaja melangkah masuk. Najwa yang baru sahaja sampai terus meletakkan sebuah fail lagi di atas mejanya. Aishah memandang gadis yang berkulit hitam manis itu.
“Baju Cik Linda tak muat. Wawa pergi ke butik Kak Ema tadi. Kak Ema kata kena tunggu lace tu dia order dulu. Lambat lagi nak sampai. Takut tak sempat masa wedding night Cik Linda nanti. Bukannya dekat dia order. Ambil masa sikit nak import. Nanti bila dah sampai nanti, Kak Ema terus call Kak Adik.” Jelas Najwa. Aishah mengeluh. Pening kepala dengan pelanggan yang seorang ini. Berat badan semakin naik semenjak menjelang hari perkahwinannya. Macam mana baju sanding nak muat? Fikir Aishah. Dia melepaskan dengusan.
“Tak apalah. Nanti Akak call Cik Linda. Nanti apa-apa hal, Kak Adik akan suruh Kak Ema terus je call Wawa, okay?” kata Aishah.
“Okay.” Jawab Najwa ringkas. Aishah tunduk memandang fail dihadapannya. Kemudian, dia mengangkat semula wajahnya.
“Siapa nama anak Puan Limbang tu?”
“Nene.”
“Nene?” tanya Aishah kembali.
“Nancy.” Kata Najwa. Dia hanya memanggil nama samaran anak Puan Limbang sahaja. Mereka rapat sejak zaman sekolah rendah lagi. Aishah tidak tahu nama itu. Najwa juga yang memperkenalkan Aishah kepada sahabat baiknya itu.
“Haa…Nancy. Dia punya preparation dah siap?” Aishah bertanya.
“Beres. Dia dah setuju. Muktamad.” Kata Najwa pula.
“Mana failnya?”
“Alamak! Tertinggal pulak dalam kereta. Nanti Wawa pergi ambil.” Najwa menepuk dahi.
“Tak apa. Tak apa. Akak cuma nak tahu samada preparation dia dah siap belum.” Aishah menggawang-gawangkan tangan. Dia masih sibuk menyelak fail dihadapannya.
“Wawa keluar dulu, Kak.” Kata Najwa sambil beredar untuk menyambung kerja yang belum selesai lagi. Aishah mengurut tengkuk yang keletihan. Kamal masuk ke dalam bilik pejabat Aishah dan meletakkan satu lagi fail. Begitu juga dengan Suhailah yang meletakkan 2 buah fail.
“Ni fail-fail siapa pulak?” tanya Aishah pada Kamal. Pening kepalanya melihat fail yang semakin bertimbun di atas meja.
“Ini fail yang baru habis shoot hari tu. Akak kata nak report tentang shoot tu.” Jelas Kamal.
“Oh…Cik Amella dan Encik Basrun tu?” tanya Aishah. Kamal mengangguk pantas. Kesian dia melihat Aishah. Banyak sangat kerja dan benda yang perlu difikirkannya. Aishah mengurut kepala yang mula pening.
“Yang ni?” Aishah beralih kepada Suhailah.
“Cik Zoey dan Cik Firdaya.”
“Confirmation?” tanya Aishah. Suhailah mengangguk. Banyak sangat yang hendak berkahwin pada bulan 8. Sampaikan Aishah sendiri tidak begitu mengenali pelanggannya. Diambil fail-fail tersebut dan diselak satu persatu. Setelah Aishah menurunkan tandatangan, Suhailah mengambil semula fail-fail tersebut dan beredar keluar dari pejabat Aishah.
“So…anything that troubles you?” tanya Aishah pada Kamal.
“Hmm…Ermm…Setakat ni tak adalah. Tapi kan, Kak….” Aishah memandang wajah Kamal. Dia tahu. Mesti ada sahaja yang tidak kena pada mamat seorang ini.
“Cik Amella nak tukar gown. Dia kata too colourful. Macam Encik Basrun tak susah sangat. Tux je.” Jelas Kamal. Aishah terangguk-angguk mendengar penjelasan pekerjanya.
“Dia ada cakap nak tukar gown mana?” tanya Aishah lagi.
“Put tahu. Sebab dia berurusan dengan Put hari tu.”
“Kamal tolong panggilkan Put.” Kamal bangun dari kerusinya dan keluar dari bilik pejabat itu. Sebentar kemudian, dia kembali dengan Putri.
“Akak panggil Put?” tanya Putri. Aishah mengangguk perlahan. Putri melabuhkan punggung di sebelah Kamal.
“Put tahu tak mana satu gown yang Cik Amella nak tukar?” terus sahaja Aishah bertanya. Putri mengerutkan dahi.
“Cik Amella?” soal Putri kembali.
“Alaa…Puan Ella.” Kata Kamal.
“Ooo…tahu. Dia nak tukar gown colour merah. Sebab dia kata pink and green tu macam tak sesuai dengan dia.” Terang Putri.
“Tak sesuai? Dia bukan hitam. Dia putih. Colour apa pun sesuai kalau awak tu putih. Hhmm…pening kepala Akak dengan customer macam ni. Last minute, nak tukar pakaian lain. Kalau kita dah bagi sewa kat orang lain. Macam mana?” Aishah menggaru kepala yang tidak gatal.
“Bila dia orang nak datang shoot balik?” tanya Aishah dan mengalihkan pandangan ke arah Kamal.
“Pagi esok.” Ringkas jawapan Kamal.
“Gown yang macam mana dia nak, Put?”
“Yang V-neck tu.” Jelas Najwa. Aishah cuba membayangkan pakaian tersebut.
“V-neck? Kita kan banyak bridal’s gown yang V-neck.” Aishah berkata.
“Alaa…yang halter top tu.” Kata Putri lagi cuba mengembalikan memori Aishah sebentar.
“Ohh….Ok. Ermm…Put sediakan gown, veil, dan accessories yang patut. Jangan guna Seri Indah punya, tau. Sebab Kak Nini nak datang ambil barang tu. Dia punya customer nak guna.” Pesan Aishah.
“Kalau tak guna Seri Indah punya, boleh tak guna D’ Javu?”
“Put, jangan semua nak tanya Akak. Akak tengah ajar Put ni. Akak nak Put fikir sendiri. Tengok kesesuaian barang tu dengan baju. Tapi pesan Akak, tengok barang tu sesuai atau tak dengan client. Jangan nak sesuaikan barang tu dengan baju tapi terlupa nak tengok kesesuaian barang tu dengan client. Kadangkala, sesetengah client tak sesuai dengan barang tu. Put faham maksud Akak?” Aishah memandang Put yang mengangguk perlahan. Kamal memandang gadis disebelahnya itu.
“Kamal…” panggil Aishah. Kamal memandang wajah ketuanya.
“Location untuk petang esok dah confirm ke belum?”
“Dah. FRIM.”
“Dah bawak surat apa yang patut?” bertubi soalan yang keluar dari mulut Aishah. Dia perlu memastikan setiap sesi penggambaran berjalan dengan lancar.
“Dah. Tapi saya nak kena confirm balik, Kak. Sebab salah seorang pegawai dia kata ada shooting dari production mana, entah.” Terang Kamal.
“Make sure dulu. Kalau tak boleh, tukar location ke Bukit Cerakah. Kena cepat tau. Pagi esok je.” Arah Aishah. Kamal mengangguk pantas. Arahan dari ketuanya harus dilaksanakan. Kalau tidak, ketuanya nanti akan menanggung malu.
“Ada apa-apa lagi, Kak?” tanya Putri.
“Buat masa ni, tak ada.” Mereka berdua keluar dari bilik pejabat itu. Aishah mengurut kepala yang terasa sedikit pening. Disambung semula kerja yang belum selesai.
Selang beberapa minit kemudian, pintu pejabatnya diketuk. Arahan masuk diberikan.
“Kak, orang FRIM tu kata shooting dimulakan lusa. So, esok saya boleh pergi ke FRIM.” Kamal memberitahu. Aishah mengangguk dan tersenyum. Kamal keluar semula untuk menyudahkan kerja-kerjanya.
Aishah khusyuk melakukan kerja sehingga malam. Dia tidak sedar malam sudah menjelma. Telefon bimbit berdering. Dilihat melalui skrin telefon itu. Tertera nama yang dikenali. Dia menjawab panggilan itu apabila tidak sanggup mendengar telefon bimbitnya menjerit minta diangkat.
“Assalamualaikum.” Kata Hariz.
“Waalaikumussalam.” Lembut sahaja Aishah menjawab salam itu.
“Tengah buat apa tu? Tengok tv ke?” tanya Hariz.
“Taklah. Saya ada kat butik lagi ni.” Lemah sahaja suara Aishah.
“Dah pukul berapa dah ni? Awak tak balik lagi?”
“Banyak sangat kerja sampai lupa nak tengok jam.” Tiba-tiba matanya tertancap pada kalendar yang terpampang dihadapan mata.
“Dan…kalendar.” Sambung Aishah perlahan.
“Kalendar? Awak tak apa-apa ke?” pertanyaan Hariz sekaligus mematikan lamunan Aishah.
“Ermm…Mmm…tak…tak apa-apa.” Aishah meraup muka. Bagaimana dia boleh terlupa kepulangan Hafiz pada hari ini?
“Awak nak tahu sesuatu tak?”
“Ya. Apa dia?” tanya Aishah acuh tidak acuh.
“Abang saya balik hari ni dari London. Saya rasa seronok sangat. Sebab dah lama tak jumpa dia.” Ujar Hariz. Suaranya menunjukkan keceriaan wajahnya walaupun Aishah tidak nampak.
“Oh, ye ke?” acuh tidak acuh sahaja.
“Awak pukul berapa nak balik ni?” tanya Hariz yang risau akan keadaan gadis itu yang seringkali pulang lewat malam kerana menyelesaikan kerja yang tidak sudah.
“Kejap lagi saya baliklah.”
“Tak elok perempuan balik tengah-tengah malam. Saya pergi ambil awak?” tanya Hariz.
“Eh! Tak payahlah. Lagipun saya bawak kereta. Tak nak menyusahkan awak.” Aishah menolak pelawaan Hariz.
“Tak menyusahkan saya. Awak tunggu situ. Dalam 20 minit, saya sampai.” Beria-ia Hariz hendak mengambil Aishah.
“Tak apalah, Riz. Abang awak tentu banyak benda yang dia nak cakapkan pada awak. Kalau awak ambil saya, nanti balik tentu dia dah tidur. Perjalanan 14 jam tentu memenatkan. Lain kali awak datang ambil saya. Bila saya tak bawak kereta. Ok?” pandai betul Aishah memujuk diri Hariz. Cair hati mana-mana lelaki apabila mendengar suara Aishah begitu. Hariz mengeluh perlahan.
“Ok. Kalau dah awak cakap macam tu. Selamat malam.”
“Selamat malam.” Jawab Aishah lembut.
“Assalamualaikum.” Salam diberi lagi oleh Hariz.
“Waalaikumussalam.” Selepas masing-masing mematikan talian telefon, hati Aishah menjadi sebak. Hari yang benar-benar penting baginya tetapi dia sedikit pun tidak teringat.
Aishah mengemas meja yang berselerak. Dicapai tas tangan dan dia keluar dari bilik pejabat setelah mengunci laci-laci yang mengandungi dokumen penting. Dikunci pintu bilik pejabat. Selepas itu, dia mengunci pintu butiknya. Aishah menuju ke kereta. Nasib baik ramai lagi orang yang lalu-lalang dihadapan butiknya. Jadi, kawasan itu tidaklah terlalu sunyi. Aishah menghidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi yang tidak ketahuinya. Hatinya tidak terasa untuk pulang ke rumah.



BERSAMBUNG.....


Sunday, December 28, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 16

BAB 16

HARIZ sedang menyemak fail yang bertimbun di atas meja. Satu persatu diselak kertas yang ada di dalam fail tersebut. Kepala terasa pening. Dia membuka cermin mata yang dipakai dan diletak di atas meja. Dia memicit kepalanya perlahan. Dipejamkan mata sebentar. Berharap pening itu akan pergi. Interkom berbunyi. Hariz membuka mata dan menekan butang merah yang dari tadi berkelip-kelip.
“Encik Hariz, ada tetamu hendak berjumpa dengan Encik Hariz.” Kata setiausaha Hariz, Kamazarina. Hariz sudah dinaikkan pangkat. Kini dia menyandang jawatan General Manager. Syed Mahfuz menaikkan pangkat Hariz kerana dia rasa Hariz berkelayakan menyandang jawatan setinggi itu. Sudah hampir, 3 tahun Hariz bekerja dengan syarikat Syed Mahfuz dan ketuanya itu nampak akan prestasi kerja Hariz yang semakin meningkat. Hariz bekerja keras untuk membuktikan dia layak.
“Suruh dia masuk.” Arah Hariz. Dia membetulkan baju yang sedikit berkedut dan membetulkan duduk. Sebentar kemudian pintu biliknya diketuk. Arahan masuk diberikan. Seorang wanita yang elegan membuka pintu bilik Hariz dan berjalan masuk. Mata Hariz terbeliak. Dia tidak menyangka bahawa perempuan itu akan datang menemuinya. Pening yang tadi sudah hilang kini datang kembali berdenyut-denyut.
“Ju…what a big surprise.” Hariz bangun dari kerusi empuk. Wanita itu tersenyum. Hariz membalas senyuman itu.
“Silakan duduk.” Hariz mempersilakan Julia duduk. Julia duduk berhadapan dengan Hariz. Dia tersenyum manis. Hariz sudah tiada perasaan lagi pada senyuman itu yang bisa menggegarkan jantung hatinya pada suatu masa dahulu.
“You nak minum apa? Coffee? Tea?” tanya Hariz.
“No, thanks. I baru je lepas minum.” Tolak Julia lembut.
“Okay. So…macam mana you tahu I kerja kat sini?”
“I terserempak dengan Nita hari tu. Dia yang beritahu I yang you kerja kat sini. Tak sangka you dah jadik General Manager sekarang ni.” Jelas Julia. Hariz melepaskan keluhan. Hanita ini memang tidak tahu menyimpan rahsia. Sudahlah orang hendak mengelak daripada berjumpa dengan Julia, desis hati kecil Hariz. Hariz tersenyum tetapi tidak ikhlas sahaja. Julia membalas senyuman itu.
“Kenapa? You tak percaya I pun boleh berjaya macam bakal suami you?” sindir Hariz dalam pertanyaan. Julia mengerutkan dahi. Orang datang kesini untuk berdamai bukan untuk mencari gaduh, desis hati Julia.
“What is wrong with you, Riz? I datang sini bukan nak gaduh dengan you, okay?” Julia berkata perlahan. Tetapi hatinya bertambah geram melihat wajah Hariz yang memandangnya jelek. Hariz tidak berkata apa-apa. Dia tahu tidak patut dia memulakan membakar api kemarahan gadis dihadapannya itu.
“Kenapa you tak cakap you nak datang jumpa I? I boleh pergi jumpa you kat mana-mana.” Hariz menyandarkan badan ke sofa yang terletak di dalam bilik pejabatnya. Julia memandang sinis.
“Hmm…you nak datang jumpa I? I rasa dah banyak kali I nak jumpa you. Bermacam-macam alasan yang you bagi. Atlast, tak berjumpa jugak.” Hariz rasa terkena dengan kata-kata Julia. Dia tersengih kecil.
“Kenapa you nak sangat jumpa I?” tanya Hariz.
“Actually, I nak mintak maaf.” Tutur Julia perlahan.
“Kenapa you nak mintak maaf? You ada buat salah ke? Ohh…I lupa. You memang ada buat salah dengan I.” pedas Hariz menyindir sekali lagi.
“Ehh….I bosanlah cakap dengan you macam ni tau. Sikit-sikit you nak cari kesalahan I. I memang mengaku I yang salah sebab tak pertahankan hubungan kita. Tapi Riz, it’s been 5 years since we’ve broke up. Takkan sikit pun you tak boleh maafkan I?” Julia memandang Hariz, lembut. Hariz melepaskan dengusan kasar.
“I tahu, I salah. I mengaku. Tak apalah, Riz. Kalau you masih tak dapat maafkan I, anggap sajalah yang I tak pernah muncul dalam hidup you. And, I tak pernah datang office you ni.” Kata Julia seraya mengangkat punggung dan menuju ke arah pintu bilik.
“Nanti dulu, Ju.” Panggilan Hariz membuatkan kaki Julia tidak jadi melangkah. Julia tersenyum kecil tetapi badannya tidak dialihkan menghadap Hariz. Dia tahu taktik sebagaimana untuk mencairkan hati Hariz yang keras itu.
“Ok…Ok..Tell me. Apa perkara yang penting sangat you nak bincangkan dengan I sampai for the last 3 years, you’ve been chasing me all day?” Hariz bertanya. Julia memusingkan badannya perlahan-lahan menghadap Hariz. Dia berjalan semula ke arah kerusi yang diduduknya sebentar tadi. Julia melabuhkan punggungnya menghadap Hariz.
“Pasal perkahwinan I dengan Aiman.” Ucap Julia.
“I tak faham.” Hariz mengerutkan dahi.
“Because of this arranged marriage, kita terpaksa berpisah.”
“Tak apalah, Ju. Benda pun dah berlalu. Perkara lama. Usah disebutkan lagi. I malas nak fikir lagi dah pasal benda-benda ni semua. Walau apapun, kita tetap kawan. Dan, sebagai kawan…I doakan you dan…what is that guy name, again?” Hariz cuba mengingati nama yang disebut oleh Julia.
“Aiman.” Jawab Julia perlahan.
“Haa…I doakan you dan Aiman berbahagia sehingga ke anak cucu.” Itulah harapan Hariz. Julia tersenyum lega. Dia tahu Hariz bukan seorang yang pendendam.
“I nak bagi kad ni kat you.” Julia menghulurkan sekeping kad yang bersampul.
“Kad apa ni?” Hariz membuka sampul surat kad tersebut. Kad kahwin. Hariz mencium bau kad tersebut.
“Wangi.” Hariz berkata dan tergelak kecil. Julia tersenyum. Hariz membaca apa yang tertera di dalam kad tersebut. Majlisnya diadakan di Hotel Le Meridien. Hotel yang terletak di KL Sentral. Tidak hairanlah majlis diadakan di hotel 7 bintang kerana Julia dan bakal suaminya merupakan anak orang yang berharta.
“I harap you datang. Sebagai seorang kawan. You takkan hampakan I, kan?” tanya Julia penuh mengharap. Hariz memandang wajah Julia. Wajah yang pernah dicintainya pada satu ketika dahulu. Dia mengangguk perlahan. Pintu bilik Hariz diketuk. Terjengul wajah setiausahanya.
“Encik Hariz, sudah sampai masa untuk mesyuarat.” Kata Kamazarina sambil tersenyum ke arah Julia.
“Baiklah. Bagi saya masa dalam 5 minit.” Ujar Hariz. Kamazarina keluar semula dan menuju ke mejanya. Dia menyediakan fail-fail yang diperlukan semasa mesyuarat nanti. Julia memandang Hariz yang sudah banyak berubah dari zaman universitinya.
“I rasa I dah ganggu you. I balik dulu. Jangan lupa datang ke wedding I.” pesan Julia. Hariz mengangguk dan Julia melangkah keluar dari bilik Hariz. Hariz menuju ke meja dan mengambil kot yang tersangkut elok di kerusi.

HARIZ berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya semula setelah habis bermesyuarat. Dia melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk miliknya. Pintu bilik diketuk. Arahan masuk diberikan. Kamazarina masuk ke dalam bilik ketuanya dan berjalan ke arah meja Hariz. Dia meletakkan sebuah fail. Hariz membuka dan menyelak fail tersebut. Setelah habis diselak, Hariz menandatangani di tempat yang telah ditanda oleh Kamazarina. Diserahkan semula fail tersebut kepada Kamazarina. Wanita itu hanya tersenyum. Kemudian dia keluar semula dari bilik Hariz.
Hariz memandang telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. Diambil telefon tersebut dan memandang lagi. Lama dia termenung. Hatinya berbelah bahagi. Samada hendak menelefon atau tidak. Semenjak dia pergi ke kenduri kahwin di rumah Aishah, dia sudah lama tidak mendengar cerita mengenai gadis itu daripada mulut Diyana. Tidak sudikah gadis itu keluar dengannya? Didail satu persatu nombor Aishah. Dilekapkan telefon ke telinga. Ada nada deringan. Sebentar kemudian ada lagu nyanyian Rihanna, Disturbia. Hariz mengerutkan dahi. Caller ringtone rupanya, desis hati Hariz. Sedang asyik Hariz mendengar lagu tersebut, tiba-tiba ada satu suara halus menyapa gegendang telinga Hariz. Hariz tersedar.
“Hello?” jawab suara itu.
“Assalamualaikum, Aishah. Hariz ni.” Hariz memperkenalkan diri.
“Waalaikumussalam. Kenapa Hariz call saya?” lembut sahaja suara Aishah bertanya. Hariz berdehem kecil.
“Tak boleh ke saya nak call Aishah?” Hariz bertanya.
“Bukan tak boleh, cuma sekarang ni saya tengah sibuk sikit. Boleh tak Hariz call saya dalam masa setengah jam lagi? Saya tengah entertain client sekarang.” Aishah bercakap seperti orang berbisik.
“Ok. Maaflah sebab ganggu Aishah.” Ujar Hariz.
“Tak apa. Call kejap lagi, ya?”
“Ok. Assalamualaikum.” Salam diberi oleh Hariz.
“Waalaikumussalam.” Aishah menjawab. Mereka sama-sama mematikan talian. Telefon salah waktu, inilah jadinya. Hariz meneruskan semula kerja.

AISHAH tersenyum ke arah pelanggan yang sedang membelek album perkahwinan yang Aishah pernah buat sebelum ini. Kenapa Hariz menelefonnya? Putri yang baru sahaja masuk ke dalam butik terpandang Aishah dan tersenyum. Aishah menggamit ke arah Putri. Putri menuju ke arah Aishah. Dia berbisik ke telinga Putri. Gadis itu terangguk-angguk menerima arahan.
“Cik Intan, saya ada hal sekejap. Putri, pembantu saya akan tolong Cik Intan. Cik Intan tengoklah dulu, ya? Nanti Putri akan ambil ukuran Cik Intan.” Kata Aishah. Perempuan dihadapan Aishah mengangguk. Aishah segera masuk ke dalam pejabatnya. Dia mencapai gagang telefon dan mula mendail satu persatu nombor telefon pejabat Hariz. Ada satu suara yang menjawab panggilan tersebut.
“Hariz, saya ni. Kenapa Hariz cari saya?” tanya Aishah lembut.
“Saja nak bertanyakan khabar. Dah lama saya tak call Aishah.” Kata Hariz pula.
“Ooo…ingatkan apa tadi. Hariz apa khabar?” Aishah pula yang bertanya kepada jejaka itu. Hariz tersenyum lebar. Ada harapan, hati Hariz berbisik girang.
“Tak berapa baik.” Lemah sahaja suara Hariz, berpura-pura.
“Kenapa? Hariz sakit ke?” Aishah bertanya, bimbang.
“A’ah. Sakit sebab dah lama tak jumpa Aishah.” Seloroh Hariz tiba-tiba.
“Hish…ada-ada je Hariz ni.” Muka Aishah menjadi merah. Kalau lelaki itu nampak akan wajahnya, pasti sudah digelakkan.
“Saya nak ajak Aishah dinner, boleh?” pelawa Hariz.
“Bila?”
“Malam ni tak boleh.” Perlahan sahaja Hariz berkata.
“Mmm…how about tomorrow night?” tanya Hariz. Aishah seperti menimbangkan pelawaan Hariz. Kemudian, dia bersetuju.
“I’ll pick you up at 8.” Hariz berkata.
“Mmm…boleh tak Hariz ambil saya pukul 9?” pinta Aishah.
“Kenapa?”
“Sebenarnya esok ada customer nak datang tengok tempahan dia. Maybe I’ll be late.” Kata Aishah.
“Ok. See you at 9.”
“Bye. Assalamualaikum.” Aishah memberikan salam.
“Waalaikumussalam.” Jawab Hariz perlahan. Mereka sama-sama mematikan talian. Aishah tersenyum sendirian. Pintu bilik pejabat diketuk. Dia tersedar dari lamunan dan pintu tersebut terkuak. Terjengul wajah Putri.
“Kak, Cik Intan nak confirmkan tempahan dia.”
“Ok...Ok..Akak keluar sekarang.” Aishah dan Putri keluar beriringan.


AISHAH bersiap sedia untuk keluar bersama Hariz. Nurradiah senang melihat anak perempuannya semakin ceria. Mereka tidak perlu risau lagi akan keadaan Aishah yang sejak kebelakangan ini suka berada di dalam keadaan murung. Mungkin kerana kepulangan Hafiz. Kenapalah Hafiz hendak membawa pulang bakal tunang? Tidak tahukah dia Aishah menunggunya? Mungkin juga dia tidak tahu. Tidak boleh terus sahaja menyalahkan Hafiz. Aishah seorang yang pendiam. Dia tidak mungkin akan meluahkan perasaannya secara terbuka. Nurradiah mengeluh apabila memikirkan perkara itu.
Lama Aishah melihat dirinya di cermin. Ayu. Tiba-tiba dia terbayang wajah Hafiz. Tidak lama lagi Hafiz akan pulang ke Malaysia. Apa reaksinya nanti apabila bertemu Aishah? Terkejut? Gembira? Entahlah. Dia sendiri tiada jawapan yang pasti.
Nurradiah melaung nama anaknya sudah banyak kali tetapi masih tiada respon daripada Aishah. Apalah yang dibuatnya sehingga tidak dengar akan panggilan nama? Nurradiah mendaki tangga dan menuju ke bilik Aishah. Dikuak sedikit pintu bilik anaknya. Aishah masih sedang membelek wajah di cermin. Nurradiah tersenyum dan menggeleng. Kalau sudah perempuan itu, perempuan juga. Pasti tidak terlepas dengan cermin. Ada sahaja yang tidak kena diwajahnya. Ada sahaja yang hendak dibelek. Nurradiah segera menuruni anak tangga dan menuju ke pintu rumah apabila terdengar deringan loceng nyaring berbunyi. Ditinjau melalui jendela. Seorang anak muda sedang terjenguk-jenguk dari pintu pagar. Nurradiah menekan butang untuk membuka pintu pagar rumah secara automatik. Pemuda itu terkejut dan sedikit melompat kerana terlampau terkejut. Disangkakan tidak ada orang yang perasan akan kehadirannya. Nurradiah keluar dan menuju ke arah anak muda itu.
“Anak ni Hariz, ya?” tanya Nurradiah. Anak muda itu mengangguk dan tersenyum lalu menyalami tangan Nurradiah sebagai menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
“Masuklah dulu. Aishah tengah siap.” Jemput Nurradiah. Hariz mengangguk dan membuntuti Nurradiah.
“Jemputlah duduk dulu. Maaflah, Hariz. Aishah memang selalu macam tu. Lambat siap.” Kata Nurradiah lembut.
“Tak apa, mak cik. Biasalah orang perempuan.” Kata Hariz seloroh. Nurradiah tersenyum senang melihat kelakuan Hariz. Senang hati dia melihat Aishah berkawan dengan orang yang mempunyai budi pekerti seperti Hariz.
“Lama Hariz kawan dengan Aishah?”
“Baru je, mak cik. Masih dalam proses perkenalan.” Ujar Hariz. Nurradiah mengangguk.
“Eh, terlupa pulak mak cik nak buat air untuk Hariz.” Nurradiah segera bangun. Hariz segera menghalang.
“Tak payahlah susah-susah, mak cik. Saya baru lepas minum kat rumah.” Kata Hariz. Nurradiah tersenyum lagi.
“Tak bolehlah macam tu. Hariz tetamu mak cik. Memang kewajipan mak cik melayan tetamu.” Nurradiah segera menghilang di sebalik pintu dapur. Sebentar kemudian, Nurradiah menatang dulang berisi secawan gelas. Nurradiah meletakkan gelas tersebut dihadapan Hariz.
“Minumlah. Lama lagi rasanya Hariz nak kena tunggu Aishah.”
“Kenapa mak cik cakap macam tu?” tanya Hariz.
“Dia belum bersolek lagi. Kalau nak tunggu dia bersolek, orang yang tak dahaga pun boleh jadi dahaga.” Kata-kata Nurradiah disambut oleh ketawa Hariz. Pandai juga emak Aishah ni bergurau, getus hati kecil Hariz.
“Jemputlah minum.”
“Yalah. Mak cik tak minum sekali?” Hariz bertanya, sopan.
“Tak apalah. Kejap lagi mak cik minum.” Nurradiah berkata. Hariz mencapai gelas yang berisi air oren Sunkist. Dihirup perlahan-lahan.
“Kamu duduk dulu, ya. Mak cik pergi panggil Aishah.” Hariz mengangguk. Nurradiah bangun dari duduk dan menuju ke tingkat atas. Nurradiah mengetuk pintu bilik Aishah perlahan-lahan. Dikuak pintu bilik sedikit. Nurradiah lihat Aishah masih menyolek wajah.
“Hariz dah sampai. Lama dia tunggu Adik kat bawah.” Nurradiah berkata.
“Ye ke, Mama?” tanya Aishah.
“Iya. Adik tak habis bersolek lagi?” dilihatnya wajah Aishah yang memang semulajadi cantik walaupun tanpa secalit solekan di wajahnya.
“Dah nak habislah ni.”
“Cepat sikit. Jangan biar orang tunggu kita.” Pesan Nurradiah sebelum dia menghilang di sebalik pintu kamar Aishah.
Aishah membelek diri sekali lagi di cermin sebelum dia membuat keputusan untuk turun ke bawah. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga dan dilihat Hariz sedang bergelak ketawa dengan Nurradiah dan Nadira. Apalah perkara yang seronok sangat dibual oleh mereka? Hati Aishah terdetik.
“Hah…Tu pun dia dah turun.” Kata Nadira yang ternampak kelibat kakaknya. Hariz terpegun dengan kecantikan Aishah sehingga dia berdiri. Dipandang dari atas hingga ke bawah. Walaupun hanya memakai skirt kembang paras lutut dan baju berlengan paras siku, dia tetap nampak menarik. Rambut disepit untuk menampakkan lagi kekemasan. Aishah tersipu-sipu malu apabila ditenung oleh Hariz. Tidak pernah lelaki merenungnya sebegitu. Kecuali…Hafiz? Arghhh….Kenapalah saat ini nama Hafiz masih lagi bertakhta di hatinya. Dia harus membuang nama itu jauh-jauh.
“Pukul berapa kamu nak keluar kalau dari tadi asyik macam ni je?” pertanyaan Nurradiah itu mengejutkan kedua-duanya. Aishah segera menuju ke rak kasut manakala Hariz tunduk menyalami Nurradiah dan turut bersalaman dengan Nadira. Adik bongsu Aishah tergelak kecil melihat kelakuan mereka berdua yang kelam kabut itu.
“Ma, Adik keluar dulu.” Aishah tunduk menyalami Mamanya.
“Dira nak keluar ke kejap lagi?” tanya Aishah.
“A’ah. Fuzey nak datang ambil. Kenapa?” jawab Nadira dan dibalas dengan persoalan.
“Kalau pakai make up Kak Adik, reti-retilah simpan ya.” Pesan Aishah. Nadira tersengih lebar.
“Yes, ma’am.” Jawab Nadira. Dia sendiri tahu perangainya yang suka memakai barang kepunyaan orang lain tetapi tidak tahu hendak meletakkan barang tersebut ke tempatnya semula.

BERSAMBUNG.....

Saturday, December 27, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 15

BAB 15

MEGHAN membuka mata. Bibir mengukir senyuman apabila ternampak Hafiz tersenyum kepadanya. Badan kecil itu masih lemah. Topeng pernafasan sudah dibuka semalam. Hampir seminggu Meghan berada di dalam keadaan koma. Baru hari ini dia menyedarkan diri. Hafiz yang segak berjubah putih melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan khas untuk pelawat. Hafiz menggenggam erat jari-jemari kecil itu.
“How are you, Meg?” tanya Hafiz.
“I’m fine, Doc. Where am I?” tanya Meghan seperti orang yang dalam kekeliruan. Hafiz melepaskan keluhan kecil.
“You’re in the hospital.” Jawab Hafiz masih lagi tersenyum.
“What am I doing here?” tanya suara kecil itu.
“You’re involved in an accident.” Ringkas sahaja jawapan Hafiz. Meghan memandang ke kiri dan ke kanan. Seperti mencari seseorang. Hafiz juga turut berbuat demikian. Kemudian beralih semula ke arah Meghan yang seperti kebingungan.
“Where is Mikey?” Meghan bertanya.
“Mikey?” Hafiz bertanya kembali sambil mengerutkan dahi.
“Ya. My friend, Mikey.” Meghan tercari-cari wajah kawannya. Hafiz menggaru kepala. Aduh! Siapa pula mamat nama Mikey ini, gerutu Hafiz dalam hati.
“He’s…he’s…fine.” Tergagap-gagap Hafiz menjawab. Dia tidak pernah menipu kepada kanak-kanak. Bagaimana kalau Meghan hendak berjumpa dengan kawannya itu? Cakap sajalah apa-apa. Kalau Meghan berkeras?
“Can I see him?” pertanyaan itulah yang mengkhuatirkan Hafiz.
“Ermm….No…. He’s at home.” Tidak tahu hendak berbohong apa-apa lagi.
“Call him. Ask him to come here.” Kata anak kecil itu sambil merengek manja. Hafiz berdehem kecil.
“You need some rest, Meg.” Pujuk Hafiz.
“I want to see him.” Paksa Meghan lagi.
“You will… after you get some good rest.” Hafiz masih tidak berputus asa. Masih cuba memujuk. Akhirnya Meghan mengalah dan memejamkan mata. Dada anak kecil itu turun naik. Kesian Hafiz melihat dia.
Hafiz segera keluar dari wad tersebut dan menuju ke kaunter jururawat. Tiada sesiapa pun di situ. Hafiz kegelisahan. Semasa orang ramai menjumpai Meghan terlantar di tepi jalan, tiada sesiapapun yang nampak kawan Meghan bersamanya. Hanya dia seorang sahaja yang ada di situ. Dr. Andy menepuk bahu Hafiz.
“Why are you so worried? Something happen to Meghan?” tanya Dr. Andy pantas. Dia juga turut risau apabila sahabatnya itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Salah seorang jururawat yang bertugas pada syif sebelah petang sedang mengemaskinikan data-data dan dimasukkan ke dalam komputer. Sambil itu dia memasang telinga dan mencuri dengar perbualan di antara Hafiz dan Dr. Andy.
“Nothing. She just awake.” Kata Hafiz dengan wajah buntu.
“That’s a good news. Is there something that bothers you?” tanya Sr. Andy dan ditangannya memegang secawan plastik kopi.
“Who is Mikey?” terus-terang Hafiz bertanya.
“Mikey?” Dr. Andy mengerutkan dahi.
“Ya. She said she had a friend name Mikey. She ask me to call him.” Kata Hafiz. Mereka sama-sama sedang memikirkan sesuatu.
“Who is this Mikey guy?!” Dr. Andy keliru. Hafiz menjungkitkan bahu. Bingung mereka berdua memikirkannya.
“Doc…” Hafiz dan Dr. Andy mengalihkan pandangan mereka kepada jururawat tersebut. Jururawat itu tersenyum lembut.
“Yes, Grace?” Kata Dr. Andy.
“I know who Mikey is.” Jawab jururawat bernama Grace itu.
“You do?” Hafiz inginkan kepastian.
“His Meghan’s imaginary friend.” Jawab Grace perlahan. Tidak mahu didengari oleh orang lain.
“What do you mean?” tanya Hafiz tidak puas hati.
“She’s mentally and physically abused by her auntie and uncle. She creates an imaginary friend to disgorge her feeling. She’s been raped….twice.” jelas Grace. Mereka agak terkejut dengan penjelasan Grace.
“Who did it?” tanya Dr. Andy.
“Her cousin.” Jawapan ringkas daripada Grace membuatkan Hafiz hampir-hampir menumbuk meja di kaunter jururawat tersebut. Dia tidak menyangka bahawa ahli keluarganya sendiri tergamak melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu. Meghan masih kecil. Dia sepatutnya dilindungi.
“So, there is no Mikey?” tanya Dr. Andy kepada Grace. Jururawat itu hanya mengangguk.
“How did you know all this?” tanya Hafiz pula.
“It happened, I knew a psychiatrist. His my father. I have seen Meghan so many times at my father’s office. She’s been treated there for the last 8 months. After she’s been raped. But there is no sign of recovery. Her aunt’s neighbour who happened to see her talking to someone, but actually there is no one. So, she brings Meghan to see my father.” Grace berkata sambil tangannya ligat menyusun fail.
“My father did anything to help her. But she doesn’t want to. She refuse to tell her feeling.” Sambung Grace lagi.
“So, how can we helped her?” tanya Hafiz seperti soalan itu ditanya kepada dirinya sendiri.
“We could find a place for her to live. A family, maybe.” Cadang Dr. Andy.
“That’s a good idea, Andy.” Ucap Hafiz, gembira.
“Thank you, Grace.” Ucap Dr. Andy. Jururawat itu hanya tersenyum.
“I don’t believe this. She’s been raped? Ya Allah. Apa nak jadik ni?” rintih Hafiz. Dr. Andy terpinga-pinga. Tidak faham satu perkataan yang diperkatakan oleh Hafiz. Dia masih tidak percaya akan perkara yang terjadi kepada Meghan.
“What are you talking about?”
“I’m sorry, Andy. I just…” Hafiz mengeluh.
“She’s been raped by her own cousin?” Hafiz betul-betul marah dengan keadaan yang menimpa anak kecil itu. Apa yang perlu dilakukannya untuk menolong Meghan? Dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan yang membebankan fikirannya kini. Dari tadi dia cuba menghubungi Ellisa tetapi kekasihnya itu langsung tidak menjawab atau membalas panggilan. Hafiz berjalan ke kaunter jururawat.
“Grace, can you do me favor?” tanya Hafiz. Jururawat itu tersenyum seraya mengangguk.
“Can you call Dr. Lisa? Tell her it’s emergency.” Arah Hafiz. Grace sekali lagi mengangguk.


SETENGAH jam kemudian, Ellisa muncul di wad kecemasan itu. Hafiz duduk dan matanya sedang merenung lantai. Ellisa mendekati Hafiz. Disentuh bahu Hafiz. Hafiz terkejut dan mengangkat muka memandang Ellisa yang sudah duduk di sebelahnya sambil tersenyum. Dibalas senyuman itu dengan hambar.
“Apa yang emergency sangat ni?” tanya Ellisa lembut.
“Pasal Meghan.” Jawab Hafiz lemah.
“Meghan? Bukan ke budak yang awak tolong parents dia dulu?” Ellisa inginkan kepastian. Hafiz mengangguk perlahan.
“Kenapa dengan dia?” tanya Ellisa lagi.
“Dia accident. Hit and run.” Jawab Hafiz ringkas.
“Bila?” sekali lagi Ellisa bertanya.
“Minggu lepas.” Jawab Hafiz ringkas.
“Awak tak beritahu kat saya pun?”
“Kita pun dah lama tak jumpa. So, saya terlupa nak beritahu awak. Bukan saya tak nak beritahu.” Terang Hafiz.
“Saya faham. Awak sibuk dengan kerja awak. Saya sibuk dengan kerja saya.” Kata Ellisa.
“Sorry... Semenjak kebelakangan ni, saya jarang luangkan masa dengan awak.” Hafiz menggenggam erat jari jemari Ellisa.
“It’s ok. Saya faham. Inikan kerja kita. Kenapa awak call saya?” tanya Ellisa.
“Kenapa saya call awak banyak kali awak tak angkat?” Hafiz menjawab dengan soalan. Ellisa tersenyum.
“Saya terpaksa tutup sebab saya pergi round tadi kat patient saya yang pakai bateri jantung tu. Tak nak ada gangguan. Terpaksalah tutup.” Jelas Ellisa. Hafiz terangguk-angguk. Hafiz mengeluh besar.
“Kenapa?” tanya Ellisa.
“Meghan kena abused.”
“Abused?” Ellisa bertanya. Dikerutkan sedikit dahi.
“Mentally and sexually.” Hafiz menjawab.
“What? Siapa yang berperangai seperti binatang tu?” tanya Ellisa. Dia juga tidak menyangka perkara seperti itu akan berlaku.
“Abang sepupu dia sendiri.”
“Lepas tu, dia macam mana sekarang?”
“Dia dah sedar lepas hampir seminggu berada dalam keadaan koma.” Hafiz berkata. Dia melepaskan keluhan besar.
“Koma?” Ellisa mengerutkan dahi memandang Hafiz.
“Masa accident tu, dia mengalami bleeding. So, terpaksa operate lah. She’s okay now. But she’s in trauma. She creates an imanginary friend. Named Mikey.” Hafiz mengeluh sekali lagi. Ellisa memegang tangan Hafiz. Tetapi hati Hafiz masih tidak tenteram. Dia memerlukan sesuatu atau seseorang yang dapat menenangkan hatinya. Dan, Hafiz yakin buat masa ini, bukan Ellisa orangnya.
“So…” ayat Ellisa tergantung.
“Saya nak mintak tolong awak.” Kata Hafiz.
“Apa yang boleh saya tolong?” tanya Ellisa.
“Awak ada kawan kan kat jabatan kaunseling?” Hafiz bertanya kembali. Ellisa seperti berfikir sebentar.
“Ada. Kenapa?” jawab gadis itu.
“Awak boleh tak…”
“Of course. Nanti saya tanya dulu dengan kawan saya tu. Lepas tu, saya set appointment dengan dia.” Belum sempat Hafiz habis berkata-kata, ayatnya dipotong oleh Ellisa. Hafiz mengangguk dan tersenyum kecil. Pager Ellisa berbunyi. Menandakan ada mesej. Dia berjalan ke kaunter jururawat dan meminjam telefon. Dia mendail satu persatu nombor yang muncul di pagernya itu. Ellisa bercakap dengan seseorang. Selepas mematikan talian, Ellisa berjalan semula ke arah Hafiz. Hafiz memandang Ellisa dengan satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Apakah perasaan ini? Susahnya menafsir perasaan sendiri, hati Hafiz berdetik.
“Saya terpaksa pergi dulu. Ada emergency sikit kat orthopaedic.” Hafiz mengangguk. Ellisa tersenyum dan beredar dari situ. Hafiz memandang belakang Ellisa. Kemudian dia mengeluh. Tidak lama lagi mereka akan mendirikan rumahtangga, kenapa dia seperti tidak ada satu perasaan halus yang mengusik jiwanya. Ahh…malas Hafiz mahu berfikir sekarang. Yang penting, kesihatan Meghan harus didahulukan.


MEGHAN tersenyum lebar apabila ternampak wajah Hafiz sebaik sahaja dia keluar dari pintu bilik Dr. Amanda. Hampir 2 minggu Meghan diberi kaunseling oleh Dr. Amanda. Hafiz sudah menganggap Meghan seperti adiknya sendiri. Dia tidak menyerahkan Meghan semula kepada keluarga pak cik dan mak ciknya. Sebaliknya diserahkan kepada jabatan kebajikan dan jabatan tersebut telah menyerahkan Meghan kepada sebuah keluarga yang berada tetapi pasangan tersebut masih belum mempunyai anak. Mereka sanggup mengambil dan membela Meghan seperti anak mereka sendiri. Segala perbelanjaan kaunseling, ditanggung oleh Hafiz. Pada mulanya, keluarga angkat Meghan berkeras hendak membayar perbelanjaan kaunseling tetapi mereka terpaksa mengalah kepada Hafiz.
Hafiz meletakkan majalah yang dibaca ke atas meja kecil yang berada di antara sofa. Dia membalas senyuman manis itu. Dr. Amanda berjabat tangan dengan Hafiz. Hafiz duduk mencangkung supaya matanya berada dalam keadaan selari dengan wajah Meghan.
“How are you, Meg?”
“I’m fine, Doc. She gave me this sweets.” Jari telunjuk kanannya dituding ke arah Dr. Amanda manakala tangan kiri digenggam gula-gula. Hafiz tergelak kecil. Hafiz berdiri semula.
“How was she doing, Doc?”
“She’s getting better.” Dr. Amanda tersenyum dan memandang Meghan yang asyik menghisap gula-gula yang baru sahaja diberikan sebentar tadi.
“And…better.” Dr. Amanda mengusap rambut anak kecil itu.
“How’s…Mikey?” tanya Hafiz perlahan. Dia tidak mahu Meghan terdengarnya.
“Good news. Mikey’s gone. But bad news…” ayat Dr. Amanda tergantung. Hafiz bertambah risau.
“What is the bad news?” tanya Hafiz tidak sabar.
“I have to hypnotize her. To know what is in her mind. She still in trauma about the whole raped thing. She have this imagination that she feels her cousin is coming towards her, and grab her hands. She screams fo help. Try to get loose from her cousin…. That will take some time. I’m sure she will be alright. Don’t you worry, Doc. She’s a tough girl. She can handle a small matter. I’m sure she can handle this.” Dr. Amanda memberi penerangan. Kata-katanya sedikit sebanyak melegakan perasaan Hafiz yang gundah gulana.
Dr. Amanda menggunakan kaedah hipnotis kepada pesakitnya. Dia cuba untuk mengetahui apa yang ada di dalam fikiran setiap pesakitnya. Ini kerana kadangkala pesakitnya takut untuk menghadapi sesuatu situasi yang akan membangkitkan semula trauma mereka.
Pintu klinik Dr. Amanda terkuak. Serentak mereka bertiga mengalihkan pandangan ke arah pintu tersebut. Terjengul wajah sepasang suami isteri. Tersenyum sahaja mereka ke arah Hafiz dan Dr. Amanda. Meghan segera berlari dan memeluk lelaki yang segak berpakaian kot serba hitam. Lagaknya seperti Men In Black. Teringat pula Hafiz kepada cerita kegemarannya. Wanita yang anggun bergaya itu mencium kedua belah pipi Meghan. Anak kecil itu tergelak keseronokan. Mungkin terasa berada bersama kedua ibubapanya. Lelaki itu menghulurkan tangan kepada Hafiz.
“Hi. I’m Joshua. Joshua Evans.” Lelaki itu memperkenalkan diri. Hafiz menyambut huluran tangannya.
“This is my wife, Winifred.” Diperkenalkan pula isterinya. Hafiz bersalaman pula dengan wanita itu.
“Evans? Aren’t you the famous real estate broker?” tanya Hafiz.
“We’re not really that famous.” Kata Winifred merendah diri.
“This is my card. If you need a house, just give me a call.” Joshua menyerahkan kad nama kepada Hafiz. Hafiz menyambut sambil tersenyum. Meghan merengek hendak balik. Hafiz tersenyum dan mengusap rambut anak kecil itu.
“We should go now.” Ujar Joshua. Dia bersalaman dengan Hafiz dan Dr. Amanda. Begitu juga dengan Winifred. Sempat Meghan melambai ke arah Hafiz. Lambaian itu dibalas dengan sebuah senyuman. Mereka bertiga hilang di sebalik pintu kayu yang memisahkan bilik Dr. Amanda dengan kaunter jururawat. Hati Hafiz senang melihat perubahan diri Meghan. Hatinya bertambah senang apabila sudah ada manusia yang baik hati menjaga Meghan. Diharap mereka akan menjaga dan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada Meghan.
“I think I better go. Thanks, Doc. For all your help.” Hafiz meminta diri dan berjabat tangan sekali lagi dengan Dr. Amanda. Doktor perempuan itu hanya tersenyum dan mengangguk. Hafiz beredar dari klinik Dr. Amanda. Dia kini berasa lega dengan keadaan Meghan yang semakin pulih.


BERSAMBUNG.....

Friday, December 26, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 14

HAFIZ sedang bercuti. Begitu juga dengan Ellisa. Ellisa mengajaknya bercuti ke Paris. Mahu tidak mahu, dia ikut sahaja. Tidak mahu mengecilkan hati Ellisa. Perjalanan daripada London ke Paris mengambil masa selama 4 jam. Mereka menggunakan perkhidmatan tube. Keretapi yang menggunakan laluan di bawah air laut. Kalau naik bas pun, sama sahaja. Cuma tube lebih cepat sampai.
Komputer riba senantiasa di bawa kemana sahaja. Ellisa sedang berseronok membeli belah. Hafiz membuat keputusan untuk duduk di salah sebuah restoran sambil menunggu Ellisa selesai membeli belah. Yalah, tidak lama lagi mereka akan pulang ke Malaysia. Ellisa membeli cenderahati untuk keluarganya dan juga keluarga Hafiz. Hendak ambil hati keluarga mentualah, katakan.
Hafiz memesan secawan kopi. Dia memandang ke seluruh kafe yang dipenuhi dengan warga Paris dan pelancong asing yang datang melancong ke negara itu. Dilihat dihujung kafe ada sepasang kekasih yang sedang rancak bersembang. Kadangkala si gadis itu tergelak apabila si lelaki menceritakan sesuatu yang jenaka, mungkin. Kopi yang dipesan sampai dan diletakkan dihadapan Hafiz.
“Merci.” Hafiz mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu dalam bahasa Perancis. Hafiz hanya tersenyum kepada pelayan perempuan itu yang cantik berbaju seragam kafe tersebut.
“Merci a vous.” Pelayan itu mengucapkan sama-sama sambil tersenyum. Dia menekan suis untuk menghidupkan komputer riba. Hafiz membuka e-mailnya dan menghantar mesej untuk mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Nina dan Sofyan. Dalam e-mailnya juga, dia bertanya perkhabaran mengenai diri Aishah. Apa khabar dia sekarang? Dalam setiap e-mail yang Nina balas, tiada satu pun sahabatnya itu menceritakan keadaan diri Aishah. Baik sahaja yang ditulisnya. Tidak pernah diulas lebih-lebih. Hati Hafiz meronta ingin tahu mengenai keadaan diri Aishah. Fikirannya tidak pernah melupakan seraut wajah itu. Semenjak kebelakangan ini, wajah itu selalu menjadi peneman tidurnya. Gelak ketawa gadis itu selalu terngiang-ngiang di telinga. Senyumannya selalu bermain di mata Hafiz. Entah kenapa dia semakin tidak boleh membuang wajah itu jauh-jauh walaupun hatinya sudah dimiliki oleh gadis lain. Benarkah dia mencintai Ellisa? Ataupun Ellisa hanyalah tempat untuk melepaskan kesunyian yang terperangkap di dalam hati? Hafiz mengeluh. Dia sendiri tidak pasti akan perasaannya. Dia bakal bertunang dengan Ellisa. Haruskah gadis itu tahu akan cinta yang datang mengetuk pintu hatinya itu walaupun sekejap?
Dari kejauhan, Hafiz lihat Ellisa sedang berjalan menuju ke arahnya sambil menjinjing 4-5 beg kertas. Pasti di dalam beg itu berisi cenderahati. Ellisa tersenyum ke arah Hafiz. Dibalas senyuman itu. Ellisa meletakkan beg-beg kertas di kerusi sebelahnya.
“Apa yang awak tengah buat tu?” tanya Ellisa sambil mengelap peluh dengan tisu. Dia menghirup sedikit minuman yang sudah dipesan oleh Hafiz. Letih kerana membeli barang masih tidak hilang.
“Saya tengah hantar e-mail kat kawan saya yang baru kahwin tu.” Kata Hafiz. Dia menekan suis untuk menutup komputer ribanya.
“Banyak awak beli.” Kata Hafiz. Dia terjenguk-jenguk ke dalam beg-beg kertas tersebut. Ellisa mengangguk perlahan.
“Saya beli untuk family saya and family awak. Dah berjalan sampai ke sini takkanlah tak beli apa-apa kat dia orang.” Pelayan restoran tersebut mendekati meja yang diduduki oleh mereka berdua. Setelah mendapat pesanan makanan daripada Ellisa dan Hafiz, pelayan tersebut beredar dari situ. Ellisa mengeluarkan buku majalah pengantin yang dibeli di kedai buku tadi. Khusyuk Ellisa membaca.
“Apa yang awak baca tu?”
“Bridal’s mag.” Ellisa menjawab tanpa memandang Hafiz. Matanya masih tertancap pada baju-baju pengantin yang diperagakan oleh peragawati. Senyap lagi. Hafiz semakin bosan dengan keadaan sebegini.
“Ada baju yang menarik ke?” tanya Hafiz lagi. Bosan dia dengan keheningan suasana. Ellisa kalau sudah mula membaca, orang sekelilingnya pasti tidak dipedulikan.
“Ada. Tapi saya tengah baca pasal perempuan ni.” Kata Ellisa. Matanya masih melekap pada buku majalah itu. Kalau dia boleh masuk ke dalam majalah itu, sudah lama dia masuk ke dalam majalah tersebut.
“Kenapa dengan perempuan tu?” tanya Hafiz lagi.
“She’s a very successful wedding planner. Came from a very rich family. She’s from Malaysia. Saya kalau balik Malaysia nanti, saya nak pergi jumpa dia.” Ellisa sudah memasang angan-angan. Hafiz mengerutkan dahi.
“Kenapa awak nak jumpa dia?” Hafiz pura-pura tidak faham.
“Adalah.” Ellisa masih ingin berahsia. Hafiz tersenyum.
“But I wonder, kenapa dia tak kahwin lagi? She’s very pretty. Ada gaya model. Mustahil tak ada lelaki tak nak kat dia.” Ujar Ellisa. Dia leka meneliti raut wajah wanita yang dikatakannya itu.
“Mana awak tahu? Entah-entah dah kahwin.” Hafiz berkata sambil menghirup kopi yang masih berasap itu.
“Taklah. Majalah ni melaporkan yang dia masih single.”
“Mungkin belum sampai jodoh dia. Kalau wartawan tu, wartawan jugak. Sampai hal peribadi dia pun nak ambil tahu.” Hafiz berkata. Ellisa mengangguk perlahan. Dia masih membaca muka surat itu. Apa yang menariknya tentang perempuan itu? Sehingga tidak berganjak ke muka surat lain. Hafiz terjengok-jengok. Ingin melihat seraut wajah yang dikatakan oleh Ellisa itu. Tetapi tidak nampak.
“Bagi saya tengok kejap.” Hafiz sudah menghulurkan tangan untuk mencapai majalah tersebut.
“Alaaa…nantilah awak tengok. Kejap-kejap lagi.” Ellisa menolak tangan Hafiz dengan lembut.
“Saya nak tengok perempuan tu je. Kalau awak terus jugak baca cerita lain, alamatnya minggu depan je la saya boleh baca.” Hafiz berkata seloroh.
“Yelah…yelah….Nah.” Ellisa menghulurkan majalah tersebut kepada Hafiz. Hafiz melihat perempuan yang menarik perhatian Ellisa. Buat seketika, Hafiz tergamam. Aishah Najyha! Gadis yang dirindui siang malam. Dia menjadi pereka majlis kahwin yang terkenal? Lama matanya tertancap pada seraut wajah tenang itu. Masih seperti dahulu. Cuma senyumannya sedikit hambar pada pandangan mata Hafiz. Adakah dia juga merinduiku sepertimana aku merinduinya? Adakah dia masih mengekalkan status bujangnya kerana aku? Tidak mungkin dia menunggu aku. Kan kami sudah sama-sama berjanji untuk membawa haluan hidup masing-masing. Lagipun tidak pernah di antara mereka yang melafazkan kata-kata cinta. Hafiz sendiri tiada jawapan yang pasti. Keluhan kecil keluar dari bibir.
Ellisa memandang Hafiz dengan wajah yang kehairanan. Hafiz leka memandang wajah yang dilihat di dalam majalah sehingga terlupa kehadiran Ellisa dihadapan.
“Kenapa dengan awak ni?” tanya Ellisa sekaligus mematikan lamunan Hafiz yang panjang. Hafiz mengangkat muka memandang Ellisa.
“Kenapa apa?” tanya Hafiz kembali.
“Lama awak tengok gambar perempuan tu. Kenal ke?”
“Kawan sekolah saya. Saya dah lama tak jumpa dia. Dah lost contact. Terkejut jugak bila tengok dia masuk majalah. Tak sangka makin lawa.” Terang Hafiz. Dia tidak mahu Ellisa salah sangka. Salah sangka? Kenapa dia berfikiran begitu? Dia tidak mahu Ellisa mengesan perubahan hatinya buat seketika.
“Kawan ke ex-lover?” duga Ellisa. Hafiz tersenyum penuh misteri. Hafiz menghulurkan semula majalah tersebut kepada Ellisa.


SEMINGGU selepas Hafiz menghantar e-mail kepada Nina, e-mail itu berbalas. Hafiz tersenyum lebar menerima e-mail kiriman sahabatnya itu. Nina mengirim gambar perkahwinannya melalui e-mail. Aishah tidak banyak bergambar dengan kakaknya. Hafiz sedikit kecewa apabila Nina tidak langsung menyebut akan tentang diri Aishah. Tidak sampai sebulan sahaja lagi dia akan pulang ke Malaysia. Hati berdebar-debar. Tidak sabar hendak menatap wajah ayu dan tenang itu. Masihkah ada perasaannya untukku? Hafiz berteka-teki sendirian.
Hafiz tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia berasa kebosanan. Ellisa terpaksa pergi ke hospital kerana dia on call hari ini. Salah seorang pesakitnya di serang sakit jantung. Jadi, tiada orang yang sudi hendak keluar bersamanya. Hafiz menghantar e-mail kepada adiknya, Hariz.

Angah…tengah buat ape tu? Tak sabar rasanya Along nak
balik ke Malaysia. Angah tak de girlfriend lagi ke?
Rugi Angah. Seronok ada girlfriend ni. Nak Along
introduce ke? Kat hospital ramai yang single lagi. Kirim
salam kat Umi dan Abah. Jangan lupa cakap dengan Nita.
Suruh dia buat benda tu sebelum Along balik. Jangan bila
Along dah balik baru tergesa-gesa nak buat.

Hafiz melarikan tetikus dan klik pada send. Hafiz bangun dan menuju ke dapur. Perut terasa lapar. Teman-teman serumah entah ke mana. Kalau dahulu Hariz tinggal serumah dengannya. Ada jugalah orang yang hendak diajak bersembang. Hampir setahun adiknya itu pulang ke Malaysia. Hanya dia dan Hariz sahaja yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanita lebih senang melanjutkan pelajaran di dalam negara. Katanya hendak menemani Umi dan Abah. Sebenarnya, Umi dan Abah yang tidak membenarkan Hanita sambung belajar jauh dari mereka. Satu-satunya anak perempuanlah, katakan. Hafiz dan Hariz memang rapat sejak kecil. Kalau kemana, pasti hendak bersama. Begitu juga dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hafiz sanggup menolak tawaran untuk ke Germany semata-mata hendak satu universiti dengan adiknya di United Kingdom.
Habis almari makanan di selongkarnya. Nasib baik dia baru sahaja membeli biskut. Hendak diharapkan teman-teman serumahnya. Huh! Kalau tidak dihulurkan duit, tidak belilah jawabnya. Dibancuh air kopi. Dia membawa segelas air kopi dan sepiring biskut kering ke ruang tamu. Komputer riba memberikan isyarat bahawa Hafiz baru sahaja menerima satu e-mail. Pantas tangan Hafiz melarikan tetikus dan menekan klik pada ‘OK’. Hariz membalas e-mailnya.

Tak payahlah susah-susah, Along. I’m seeing someone.
Sekarang ni Angah tengah mengenali hati budinya.
Orangnya baik. Lawa. Kalau Along tengok mesti terpikat.
Angah dah pesan pada Nita. Tak tahulah dia dah buat ke
belum. Along nak tahu tak? Nita sekarang dah pandai ada
boyfriend. Along kenal budak tu. Budak yang hampir-
hampir makan penumbuk kita dulu. Nita dah siap bawak
balik tunjuk kat Umi dan Abah. Dia orang suka, Along!
Budak tu terkejut tengok Angah. Mukanya macam nak lari
keluar dari rumah je. Kelakar pulak tengok muka dia….
Angah pun tak sabar nak tunggu Along balik dengan Kak
Lisa. Kirim salam dengan Kak Lisa, ya.

Hafiz tersenyum membaca e-mail itu sehingga tidak sedar kehadiran teman serumah yang baru sahaja balik dari berdating. Temannya itu menepuk bahu Hafiz. Hafiz terkejut dengan tepukan itu dan segera memandang wajah sahabatnya itu. Dia pura-pura marah.
“You scared me to death.” Hafiz menarik nafas perlahan.
“Sorry. Is it Hariz?” tanya Matthew ataupun lebih dikenali sebagai Matt. Hafiz memandang ke atas dan ke bawah. Gaya geek masih lagi ada dalam diri Matthew. Dia seorang ulat buku. Memakai cermin mata yang tebal dan baju berpetak kecil. Gaya rambut yang kurang terurus. Dan kerana gaya itu, dia selalu dibuli oleh rakan-rakan sekuliah. Selalunya Hafiz dan Hariz akan menyelamatkan dia daripada terus menjadi mangsa buli.
“Ya. So, what’s up? How’s your date with Ashley?” tanya Hafiz. Dia mengenali pasangan itu semenjak dia dan Hariz menjejakkan kaki ke universiti. Matthew adalah pelajar pertama yang menegur mereka setelah dilihatnya kedua beradik itu seperti tersesat mencari kaunter pendaftaran untuk melaporkan diri pada hari pertama di universiti tersebut. Matthew dan Ashley jugalah yang bertanggungjawab mengenalkan Hafiz dan Ellisa.
Masih diingat lagi hari pertama Hafiz berkenalan dengan Ellisa. Dia menganggap gadis itu hanyalah seperti kawan biasa. Tidak lebih dari itu. Hariz pernah bertanya kepada Hafiz tentang apa yang menariknya Ellisa di mata Hafiz. Entah kenapa Hafiz menerima huluran cinta Ellisa pun masih belum terjawab lagi sehingga ke hari ini. Bukan tidak mahu menjawab sedangkan dia tiada jawapan untuk persoalan itu.
“Well…Not bad.” Matthew menuju ke arah dapur dan mengambil gelas. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan air sejuk. Dituang perlahan-lahan ke dalam gelas. Lega rasanya dapat menghilangkan dahaga. Matthew menuju semula ke ruang tamu.
“Not bad?” tanya Hafiz. Berkerut-kerut dahi.
“Guess what?” Matthew berkata dan duduk menghadap Hafiz.
“What?” tanya Hafiz kembali.
“I proposed to her.”
“And?” tanya Hafiz tidak sabar.
“She accepted.” Matthew berkata dengan wajah ceria.
“Wow! Congrats, dude.” Hafiz berdiri dan bersalaman serta berpelukan dengan Matthew. Matthew yang pengecut itu pun, boleh melamar kekasihnya. Hafiz seorang yang berani tetapi masih belum lagi melamar Ellisa. Bukan setakat melamar, meluahkan rasa cinta pun Hafiz belum melakukannya lagi. Hafiz bertekad akan melamar Ellisa apabila mereka berada di Malaysia dan dia akan meminta Uminya masuk meminang Ellisa dengan segera.
Matthew bukannya pengecut tetapi dia seorang yang lemah lutut apabila berhadapan dengan perempuan. Disebabkan sikapnya yang satu itulah, dia selalu gagal di dalam percintaan. Sebaik sahaja muncul Ashley di dalam hidup Matthew, segala-galanya berubah. Adakah hidup Hafiz juga berubah selepas kemunculan Ellisa? Atau sama seperti dahulu? Adakah dia masih mengharapkan sekeping hati milik gadis itu akan menjadi kepunyaannya sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia? Ah, Hafiz bingung. Dia tiada jawapan. Biarlah masa yang menentukan segalanya.


HAFIZ menerima panggilan telefon daripada Steffani. Selepas menjawab panggilan telefon daripada Steffani, Hafiz bergegas ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Hafiz terus memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk doktor-doktor yang bekerja di situ. Hafiz berlari ke arah lobi hospital dan menuju ke lif. Dia segera menekan butang tingkat 2 dan sekali lagi berlari ke arah wad. Tiba sahaja di hadapan kaunter jururawat, Hafiz tercari-cari wajah ibu beranak dua itu.
“Heather, where is Steffi?” tanya Hafiz pada salah seorang jururawat yang sedang bertugas di kaunter ketika itu.
“I don’t know where she is, Doc.” Jawapan itu membuatkan Hafiz mengeluh besar. Dia meraup rambut yang berjuntaian ke belakang. Hafiz mundar-mandir di situ. Steffani sedang berlari ke arahnya.
“Where have you been?” tanya Hafiz dalam nada yang cemas.
“I’m sorry, Doc.” Steffani berkali-kali meminta maaf.
“It’s okay. So, why are you calling me in such a hurry?” Hafiz melepaskan keluhan kerana termengah-mengah berlari ke kaunter jururawat.
“Meghan. She’s in the E.R.” kata-kata Steffani membuatkan lelaki dihadapannya itu membeliakkan mata. Steffani kaget apabila Hafiz langsung tidak berkata apa-apa sebaliknya Hafiz berlari ke arah wad kecemasan yang terletak di bangunan sebelah.
“Why? What’s wrong?” Hafiz bertanya kepada Steffani. Termengah-mengah ibu beranak dua itu mengikut jejak Hafiz.
“It’s a hit and run.” Steffani berkata. Hafiz berlari lebih kuat.
“Is it bad?” Hafiz bertanya sambil kakinya masih lagi melangkah laju.
“You have to go and see it by yourself.” Steffani sendiri tidak tahu bagaimana keadaan kanak-kanak itu. Hafiz mengenali Meghan semasa Hafiz sedang cuba menyelamatkan kedua ibubapa kanak-kanak itu yang terlibat di dalam kemalangan 2 tahun lepas. Tetapi ibubapanya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu banyak pendarahan. Akhirnya, Meghan terpaksa diserahkan kepada badan kebajikan masyarakat sebelum mak ciknya menuntut Meghan semula.
Hafiz mempercepatkan langkah apabila tiba di wad kecemasan. Tangannya pantas menolak pintu teater pembedahan. Dia melihat Meghan terbaring lemah. Wayar penuh berselirat di seluruh tubuh kecil itu. Topeng pernafasan dilekapkan ke mulut. Hati Hafiz diruntun pilu. Kenapalah ada manusia yang tidak berhati perut melanggar kanak-kanak itu? Dia masih kecil. Masa depannya masih jauh.
“Fiz…” panggil salah seorang doktor pakar pembedahan yang bertanggungjawab membedah kanak-kanak itu. Hafiz memandang muka doktor itu yang ditutupi mask putih.
“How was she, Andy?” tanya Hafiz. Tetapi matanya masih melekap pada kanak-kanak itu. Andy melepaskan keluhan berat. Matanya turut beralih ke arah kanak-kanak tersebut. Tidak sampai hati untuk menyampaikan berita buruk ini kepada sahabatnya yang satu ini. Dia tahu Hafiz begitu menyayangi kanak-kanak ini. Seperti ada pertalian sahaja di antara mereka. Namun, Andy tahu tidak mungkin mereka mempunyai pertalian persaudaraan apatah lagi pertalian darah. Mungkin Hafiz menyayangi anak kecil ini sebagai seorang adik atau anak.
“She’s bleeding. But, I’ll try my best to save her. You have to go outside.” Kata Dr. Andy yang berpakaian jubah biru. Jubah yang dikhaskan di dalam bilik pembedahan. Dia menolak badan Hafiz perlahan untuk keluar dari teater pembedahan tersebut.
“I’ll go get my glove.” Hafiz berpaling dan menuju ke pintu tetapi segera dihalang oleh Dr. Andy.
“No, Hafiz. I’m handling it. Your emotion controls you. You can’t concentrate.” Nasihat Dr. Andy. Hafiz mengeluh besar. Dia jelas menunjukkan kerisauannya. Hafiz tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan oleh dia untuk menyelamatkan kanak-kanak itu yang sedang bertarung nyawa.
“Don’t worry. It’s my job to save her. Just pray for her safety.” Pujuk Dr. Andy. Hafiz mengangguk perlahan. Hafiz mengundur ke belakang perlahan-lahan. Matanya masih tidak lepas menatap wajah Meghan. Hafiz melabuhkan punggung di kerusi untuk menunggu di luar teater pembedahan.
Setiap masa Hafiz melihat jam di tangan. Masa berlalu dengan pantas. Hafiz tidak senang duduk. Mundar-mandir dihadapan teater pembedahan. Sesekali diraup rambut yang berjuntaian. Seorang jururawat mendekatinya dan menghulur secawan kopi.
“Here’s your coffee, Doc.” Hafiz memandang wajah jururawat itu. Tersenyum dan menyambut huluran kopi tersebut.
“Thanks, Gabby.” Jururawat yang memakai tag nama Gabriella itu tersenyum.
“Don’t worry, Doc. I’m sure she will be alright.” Gabriella cuba memujuk hati Hafiz. Hafiz hanya mengangguk dan tersenyum. Gabriella beredar dari situ.
Pintu teater pembedahan terbuka. Muncul wajah Dr. Andy. Dia membuka mask putih. Jubahnya dilumuri dengan darah. Hafiz memandang wajah Dr. Andy dengan seribu harapan. Dr. Andy tersenyum dan mengangkat ibu jari. Hafiz melepaskan keluhan lega. Mereka berpelukan.
“Thanks, Andy. Thank you so much.” Ucap Hafiz kegembiraan.
“As I were saying, it’s my job to save her.” Dr. Andy tergelak kecil. Dr. Andy berjalan meninggalkan Hafiz di situ. Hafiz berjalan menuju ke kaunter jururawat. Dia mengeluarkan telefon bimbit. Didail nombor Ellisa. Tidak berjawab. Dicuba sekali lagi. Masih tidak berjawab. Ke mana Ellisa pergi? Berkali-kali dia cuba mendail nombor telefon Ellisa.
Meghan sudah dipindahkan ke wad. Hafiz boleh pergi melawatnya. Perlahan-lahan Hafiz menolak pintu tersebut. Meghan masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut. Topeng pernafasan ditekapkan ke mulut. Dadanya turun naik. Mesin yang menunjukkan paras degupan jantung itu, sekejap naik sekejap turun. Hafiz tidak sampai hati melihat keadaan Meghan sebegitu. Dia masih kecil. Masih baru belajar tentang dunia yang penuh pancaroba ini.



BERSAMBUNG.....


Thursday, December 25, 2008

Kasih Aishah Najyha BAB 13

BAB 13

AKAD nikah yang dijalankan di rumah pada pagi itu nampaknya berjalan lancar. Selepas 3 kali lafaz akad nikah, barulah Nina sah menjadi isteri Sofyan. Gementar sedikit abang ipar Aishah ini. Tidak disangka susah sebenarnya hendak melafazkan niat akad kalau dalam keadaan gementar. Upacara menyarungkan cincin dan bergambar dilakukan di dalam bilik pengantin yang sudah dihias mengikut warna tema. Nina nampak begitu ayu sekali dengan sentuhan daripada Aishah. Mekapnya natural. Tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis. Sesuai dengan kulit Nina. Dia melaram baju yang Aishah tempah khas untuk kakaknya itu. Baju kurung Johor yang berona krim. Dengan selendang yang menutupi hampir keseluruhan rambutnya. Sakan Nina bergambar.
Masa untuk bersanding sudah tiba. Pengantin dan Aishah sudah awal-awal pergi ke Intekma Resort, Shah Alam dan tempat itu menjadi pilihan mereka untuk menukar pakaian. Nadira dan Shah Fuzey turut serta bersama mereka ke Intekma Resort. Aishah dan Nina sudah perasan akan perubahan kelakuan Nadira dan Shah Fuzey. Asyik berkepit. Tidak pernah berenggang. Kadangkala mereka akan berbalas senyuman. Nadira banyak menundukkan wajah manakala Shah Fuzey banyak mendiamkan diri. Mereka bukan begitu dahulu. Kalau tidak bercakar, tidak sah. Selalunya Shah Fuzey akan mula mengusik dan Nadira akan naik ‘angin’ dengan gelagat lelaki itu. Pasti ada sahaja yang perkara yang tidak kena dan mereka akan mula bertengkar. Setiap kali bahang pertengkaran itu bermula, Aishah dan Nina yang akan meleraikan mereka berdua. Shah Fuzey seorang yang banyak bercakap. Nadira pula suka membidas kata-kata orang lain apabila dirasakan tidak betul. Tetapi sekarang, sudah berlainan sama sekali. Apa yang membuatkan mereka berubah?
“Wei, kenapa dengan kau orang berdua ni?” tanya Aishah sambil tangannya pantas menyolekkan wajah kakaknya itu.
“Kenapa apa? Tak fahamlah, Kak Adik.” Tanya Shah Fuzey.
“Kak Adik tengok kau orang asyik berkepit je. Sampai sakit mata Kak Adik tau. Kau orang ni ada apa-apa ke?” tanya Aishah terus terang.
“Ish…Tak adalah, Kak Adik. Kita orang macam biasa jugak.” Nadira lekas-lekas mengiakan kata-kata Shah Fuzey sebelum Aishah berkata lebih-lebih.
“Kita orang masih macam dulu jugak. Kan, Shah?” kata Nadira dan segera menumbuk bahu Shah Fuzey. Berkerut-kerut muka lelaki itu menahan kesakitan. Tumbukan Nadira masih seperti dahulu. Kuat dan sakit. Aishah dan Nina mengerutkan dahi. Nadira segera menundukkan wajah. Bukan niatnya untuk menumbuk Shah Fuzey, tapi untuk mengelak dari terus-terusan membiarkan kakak-kakaknya membuat spekulasi yang tidak benar tentang diri mereka.
“Shah?” tanya Aishah.
“Shah? Sejak bila Dira panggil Fuzey dengan nama Shah? Ehh, ingat tak Adik, ex girlfriend Fuzey dulu?” tanya Nina. Dia mengalihkan persoalan itu kepada Aishah. Gadis itu mengangguk perlahan sambil cuba mengingati kepada gadis yang cuba dinyatakan oleh Nina.
“Ohh….Ermm…Frida. Nama ex Fuzey dulu Frida kan?” Aishah bertanya dan memandang ke arah Shah Fuzey dan Nadira. Gadis kecil molek itu begitu tidak senang dengan nama yang diungkitkan kembali oleh kakaknya itu.
“Ehem….Ferda lah, Kak.” Kata Shah Fuzey perlahan.
“Hahh, kenapa Kak Na tanya?” Nadira cepat bertanya. Ingin tahu apa yang sedang cuba disampaikan oleh kakaknya. Nadanya berbaur amarah.
“Dulu dia pun panggil Fuzey dengan nama Shah jugak. Fuzey kan pernah kata sesiapa yang nak panggil dia dengan nama Shah, mestilah orang yang dicintainya. Kan? Adik ingat tak Fuzey pernah cakap dengan kita dulu masa kita tanya kenapa Fuzey tak suka kita panggil dia Shah.” Nina cuba mengembalikan memori Aishah kepada perkara yang berlaku 7 tahun lepas.
“Ha’ahlah. Baru Adik ingat.”
“Ehh, apa yang Kak Na dan Kak Adik merepek ni. Memang dari dulu lagi Dira panggil Fuzey dengan nama Shah.” Nadira masih cuba menegakkan benang yang bukan lagi sudah basah tetapi hampir kuyup.
“Kau orang kata apa pun, Kak Na dan Kak Adik tetap takkan percaya cakap kau orang.” Sempat lagi Nina menyampuk. Aishah tertawa kecil.
“Tak percaya, sudah.” Ujar Nadira. Mungkin bosan apabila rahsia yang ingin disimpan akhirnya terbongkar setelah dipaksa oleh kakak-kakaknya. Shah Fuzey segera meminta diri untuk keluar apabila Nina mahu menukar pakaiannya.
Nina segera menukar pakaian. Seketika kemudian, dia keluar sambil menayangkan baju yang ditempah oleh Aishah. Mereka semua memuji keanggunan Nina di dalam pakaian itu.
“Agaknya kan macam mana lah reaksi Abang Sof nanti bila tengok Kak Na pakai macam ni.” Usik Nadira. Adik-adiknya tertawa kecil. Nina pun membayangkan bagaimanalah agaknya reaksi suami yang sudah sah dikahwininya itu. Mereka menempah sebuah lagi bilik untuk Sofyan menukar pakaian. Tiba-tiba telefon Nadira berdering. Entah siapa pemanggil itu. Hanya ‘ya’ dan ‘baiklah’ sahaja yang kedengaran.
“Ong, tanya dah siap belum? Sebab tetamu dah makin ramai.” Kata Nadira sebaik sahaja mematikan talian telefon.
“Kan bersanding pukul 1.30? Sekarang ni baru pukul 12.50.” kata Nina sambil melihat jam telefon. Nadira hanya menjungkitkan bahu.
“Kalau awal sikit pun tak apa, Kak Na. Cuba Dira call Ong balik. Tanya dia, budak kompang dah sampai ke belum?” arah Aishah. Nadira segera mendail nombor telefon Khairul.
Rambut Nina di sanggul naik. Menampakkan wajah yang bujur sirih itu. Kemudian di pinkan dengan pin yang berkilat yang diperbuat daripada mutiara Sabah. Dicucuk veil itu kepada sanggul rambut tadi dan Aishah membetulkan serba sedikit veil itu supaya tidak berkumpul di satu tempat.
“Ong dah call dia orang. Dia orang kata dah on the way ke rumah.” Kata Nadira sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di sebelah meja solek itu. Shah Fuzey masuk semula ke bilik itu setelah Nadira membuat panggilan untuk memanggilnya masuk semula.
Aishah menyemburkan sedikit minyak wangi Intuition Estee Lauder kepunyaannya kepada Nina. Shah Fuzey menutup hidung. Mereka bertiga tergelak besar.
“Kak Adik, ada lagi tak minyak wangi?” tanya Nadira.
“Which one do you want? Clinique Happy, Beyond Paradise or Escada?” tanya Aishah. Dia membelek satu persatu botol minyak wangi yang ada di dalam simpanannya.
“Which one smells good?”
“All of it.”
“Escada lah.” Akhirnya Nadira membuat keputusan. Aishah menghulurkan botol minyak wangi Escada kepada Nadira. Aishah menyapu sedikit minyak wangi kepunyaannya yang sentiasa dibawa ke mana-mana.
“Wanginya, Kak Adik. Minyak wangi apa ni?” tanya Shah Fuzey. Mereka semua memandang ke arah Shah Fuzey. Pertama kali Shah Fuzey mengatakan minyak wangi yang dipakai Aishah berbau harum. Selalunya Shah Fuzey tidak begitu gemar dengan minyak wangi perempuan. Katanya, terlalu kuat.
“Yourself, Davidoff. Miniature punya je. Ini pun orang bagi. Tapi brand ni dah tak keluar. Tak laku agaknya. Minyak wangi ni Akak paling sayang. Tulah sebabnya Akak guna pun jimat-jimat. Sebab takut habis. Jadi, Akak lebih suka pakai Clinique Happy.” Aishah menunjukkan botol minyak wangi kecil dipegangnya.
“Boyfriend bagi ke, Kak?” tanya Shah Fuzey. Aishah hanya tersenyum kecil. Nina dan Nadira mengerti akan maksud senyuman itu. Aishah melihat jam di tangan. Pukul 1.15 tengah hari. Mereka harus segera berangkat.
“Eh! Dah pukul 1.15 ni. Nanti terlewat pulak. Jomlah.” Aishah mengemas apa-apa yang patut. Mereka semua keluar dari Intekma Resort dan menuju ke kereta. Aishah membawa keretanya sendiri. Nadira dan Shah Fuzey menumpang Aishah. Nina dan Sofyan menaiki kereta pengantin yang sudah berhias itu. Pemandunya adalah adik Sofyan sendiri, Shaheerul.
Tepat pukul 1.25 petang, mereka tiba di hujung jalan yang menuju ke rumah mereka. Budak-budak kompang sudah sedia menunggu di hujung jalan tersebut. Pukul 1.30 petang, kompang mula kedengaran. Diselangi dengan nyanyian selawat oleh budak-budak kompang tersebut. Nadira dan Shaheerul adalah pengapit pengantin.


MAJLIS perkahwinan Nina berjalan dengan lancar. Aishah tersenyum puas. Nina dan Sofyan bergambar di pelamin. Ahli keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan di beri peluang untuk menepung tawar. Selepas sahaja acara menepung tawar selesai, pengantin menuju ke khemah untuk menjamu selera bersama tetamu yang hadir. Aishah duduk di meja yang berhadapan dengan meja santap pengantin.
“Bolehkah saya duduk di sini?” tanya seseorang. Aishah tanpa mengangkat muka terus sahaja mengangguk. Dialihkan tas tangan.
“Assalamualaikum.” Orang itu memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Jawab Aishah. Dia mengalihkan pandangan ke sebelah. Kemudian mereka sama-sama tersenyum.
“Bila awak sampai? Siapa jemput awak?” tanya Aishah. Tidak sangka orang itu akan datang.
“Baru je sampai. Kan ayah awak bos saya? Dialah yang jemput saya.” Kata Hariz. Aishah menepuk dahi.
“Sorry. Terlupa.” Aishah berkata seraya tersenyum kecil.
“Saya dah agak dah. Kalau nak tunggu awak jemput, alamatnya tak merasalah saya nasi minyak hari ni.” Hariz berseloroh. Aishah tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit. Hariz terpegun.
Nina yang sedang bersantap itu asyik memerhatikan gelagat mereka berdua. Kenapa dia seperti pernah nampak lelaki itu? Kemudian Hariz tersenyum. Nina terkejut. Adik Hafiz? Apa yang dia buat di sini? Mesra pula dengan Aishah. Mereka mengenali di antara satu sama lain? Hati Nina berdegup kencang. Ini satu bala besar.Nadira mencuit Nina. Lantas, kakaknya tersedar dari lamunan. Nina memandang ke arah Nadira dan memberikan isyarat mata. Nadira masih tidak faham akan isyarat kakaknya itu. Dikerutkan dahi. Nina memberi isyarat sekali lagi.Nadira memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Nina.
“Abang Hariz?” Nadira berbisik kepada Nina. Kakaknya itu mengangguk. Hanya Nina dan Nadira yang mengenali adik Hafiz. Mereka berdua kegelisahan. Bagaimana kalau Aishah dapat tahu mengenai Hafiz? Mereka tidak mahu memikirkan kemungkinan itu. Tetapi belum pernah Nina atau Nadira melihat Aishah tersenyum lebar seperti itu selepas Hafiz pergi meninggalkannya.


JUMLAH tetamu semakin surut. Nina keletihan. Pekerja-pekerja Syed Mahfuz juga meminta diri untuk pulang dahulu. Cuma Hariz sahaja yang belum mahu pulang. Dia masih leka bersembang dengan Aishah. Lepas satu cerita, cerita lain pula akan keluar. Kadangkala Hariz membuat lawak jenaka sehinggakan Aishah tergelak besar. Pandai si Hariz menghiburkan hati. Nina dan Sofyan hanya memerhati daripada jauh. Entah apa yang lucunya. Nadira sudah hilang entah ke mana. Begitu juga dengan Shah Fuzey.
“Na dah beritahu Adik?” tanya Sofyan. Nina memandang wajah suami yang baru sahaja dikahwininya sebentar tadi.
“Beritahu apa, Bang?” tanya Nina kembali. Walaupun dia faham akan maksud soalan suaminya itu.
“Pasal Hafiz?”
“Dah. Syira terlepas cakap. Barulah Na beritahu yang Na dah tahu.” Jelas Nina. Sofyan hanya terangguk-angguk.
“Dia cakap apa?”
“Entahlah, Bang. Senyap je dia. Na risaulah, Bang. Dulu dia tak macam ni tau. Banyak bercakap. Suka senyum. Walaupun orang tu buat lawak bodoh habis, dia tetap gelak sebab tak nak bagi orang tu terasa lawak bodohnya memang bodoh.” Kata-kata Nina disambut dengan ketawa besar oleh Sofyan.


“SAYA minta diri dulu.” Hariz sudah berdiri. Aishah turut berdiri dan tersenyum. Hariz menuju ke arah Syed Mahfuz dan bersalaman dengan bosnya itu. Hariz bersalaman pula dengan kedua pengantin.
“Eh! Kak Nina…Abang Sof…” Hariz seolah-olah terkejut. Rupa-rupanya kedua pengantin itu dia turut kenal. Aishah mengerutkan dahi. Nina sudah kegelisahan. Sofyan menunjukkan reaksi tenang dan mengangguk. Dia bersalaman dengan Hariz.
“Hariz…Tak sangka pulak jumpa Hariz kat sini. Hariz apa khabar?” Sofyan sekadar berbasa-basi. Dia tidak mahu Aishah terlalu curiga.
“Baik, Abang Sof.”
“Along tahu tak yang Hariz datang kenduri Kak Na ni?” tanya Nina. Sengaja dia menggunakan nama panggilan untuk merujuk kepada Hafiz. Matanya sekali-sekala memandang ke arah Aishah yang terpinga-pinga.
“Sebenarnya macam ni. Hariz cakap dengan dia yang Hariz nak pergi kenduri kahwin anak bos Hariz dulu. Lepas tu baru pergi kenduri Kak Na. Tapi tak sangka pulak yang Kak Na anak bos Hariz. Hmm…sebelum Hariz lupa. Along kirim salam. Semalam dia call.” Terang Hariz.
“Waalaikumussalam. Kirim salam balik kat Along. Hariz dah nak balik dah ke?” tanya Nina. Hariz mengangguk perlahan.
Selepas bersalaman dengan pengantin, Aishah berjalan bersama-sama dengan Hariz ke arah kereta Hariz. Sempat lagi mereka bersembang mengenai perkara yang lucu. Nina kelegaan. Kalau benarlah Hariz adalah jodoh Aishah, mereka hanya berserah dan redha.
Aishah melambai ke arah Hariz dan berjalan semula masuk ke dalam khemah pengantin. Aishah duduk di meja pengantin. Melihat makanan yang masih banyak di atas meja itu. Dia meminta pinggan kosong kerana mahu meratah lauk-pauk yang masih banyak itu. Nadira dan Shah Fuzey juga turut sama-sama ‘membantu’ dia menghabiskan lauk tersebut. Nina dan Sofyan sudah menukar baju. Mereka hanya duduk di meja tetamu sambil bersembang bersama dengan 2-3 orang tetamu yang masih belum pulang. Aishah mengambil pencuci mulut yang belum sempat dijamahnya sebentar tadi. Nina melabuhkan punggung di sebelah Aishah. Adiknya itu memandang ke arah kakaknya itu. Tersenyum. Dia ingin bertanya sesuatu.
“Kak Na kenal abang Hariz?” Nina dapat menjangkakan soalan itu yang akan diajukan oleh Aishah.
“Kawan Kak Na masa universiti dulu.” Bohong Nina. Sofyan memandang wajah isteri disebelah yang serba-salah. Nina tidak sanggup memberitahu Aishah perkara sebenar. Bagaimana kalau hal ini terbongkar suatu hari nanti? Pasti Aishah akan memarahinya. Aishah paling tidak suka penipu. Dan, dia paling benci orang menipunya. Tetapi Nina sudah tergolong dalam orang yang bercakap bohong. Aduh, fikiran Nina runsing. Dapatkah dia menerima kebenaran? Pasti nanti, Aishah tidak mahu berhubungan dengan Hariz lagi setelah mendapat tahu kedudukan yang sebenarnya.


AISHAH membuka pintu kedai butik pengantinnya dan melangkah terus ke meja. Putri berjalan ke arah Aishah dengan senyuman yang melebar. Diserahkan fail yang dibawanya kepada Aishah.
“Mission accomplished.” Kata Putri dan berlalu dari situ. Aishah tersenyum puas melihat fail-fail itu. Diambilnya fail yang bertanda nama Anne dan diselaknya satu persatu. Semuanya memuaskan. Tiada satu pun yang dapat mencacat-celakan majlis itu. Tiada komen yang kurang enak yang keluar dari mulut Datin Hawa.
Najwa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kedai juga membawa fail dan diserahkan kepada Aishah yang sedang menantinya. Fail yang bertanda nama Rozy juga diselak satu persatu. Juga memuaskan. Dia hanya tersenyum kelegaan. Sudah selesai dua bala. Putri yang melintasi meja Aishah, dipanggil.
“Ni dah berapa haribulan?” tanya Aishah kepada Putri.
“27 haribulan.”
“Bulan?”
“7.” Putri berkata. Aishah hanya mengangguk. Pelik Putri melihat Aishah. Kalendar terletak elok di atas meja tetapi dia masih bertanya kepada orang lain.
Bulan 7. Tinggal satu bulan sahaja lagi Hafiz akan pulang. Tetapi bukan pulang bersendirian. Berdua. Bersama bakal tunang. Aishah melepaskan keluhan.


BERSAMBUNG.....