BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 20, 2008

Dari KL ke Luxembourg 5

BAB 5

FAREEZ sedang tekun menyiapkan kerjanya. Tarikh akhir untuk projek yang diusahakan semakin hampir. Tekanan juga semakin meningkat. Daripada Walid dan juga pelanggannya. Sesekali Fareez mengurut kepalanya. Pening. Interkom berbunyi.
“Ya, Didi.” Fareez menekan butang merah yang menyala.
“Puan Shilea nak jumpa bos.” Kata Hadirah, setiausaha yang sangat setia kepada majikannya. Walaupun macam-macam sudah dihambur oleh Fareez kepada Hadirah, dia tetap bersabar. Kadangkala dipekakkan telinganya. Buat-buat sahaja tidak dengar. Habis cerita.
“Apalagi perempuan ni nak?” tanya Fareez tidak puas hati. Dia tidak faham ke yang aku tak suka nak jumpa dia, getus hati Fareez.
“Saya tak tahu, bos.” Hadirah berterus terang. Dia memang seorang yang lurus. Itu yang membuatkan Fareez senang bekerja dengan Hadirah.
“Send her in.” Fareez menekan semula butang interkom. Hadirah bangun dari kerusinya dan menuju ke arah meja operator. Operator yang bernama Nazira itu tersenyum manis ke arah Hadirah.
“Puan Shilea…Bos panggil.” Hadirah berkata dengan sopan. Shilea bangun dan menuju ke arah Hadirah.
“Kau tak tahu ke aku ni bekas isteri bos kau. Panggil aku Cik Shilea.” Shilea berjalan lenggang-lenggok meninggalkan Hadirah. Nazira mengangkat kening. Hadirah hanya menjungkitkan bahunya. Jari telunjuk di tujukan ke kepala kemudian dipusingkan jari tersebut. Menunjukkan si Shilea itu gila. Nazira tergelak. Hadirah membuntuti Shilea. Pintu bilik Fareez diketuk. Arahan masuk diberikan. Terjengul muka Hadirah di pintu bilik. Fareez memandang Hadirah.
“Puan Shilea dah datang.” Lembut Hadirah berkata.
“Hmm…” itu sahaja yang Fareez berkata. Hadirah tahu bosnya tidak suka dengan kedatangan Shilea. Hadirah memberi laluan kepada Shilea untuk masuk. Shilea mendengus sombong. Dia menyampah dengan perbuatan Shilea itu.
“Hai, B.” Shilea tersenyum manja sambil berjalan menuju ke arah Fareez. Fareez hanya mendiamkan diri. Tidak berminat untuk bercakap dengan Shilea.
“B…” Shilea merengek manja. Masih tiada respon. Fareez tidak peduli dengan Shilea. Fareez mengangkat gagang telefon dan segera mendail nombor telefon pelanggannya. Lama dia bersembang dengan pelanggan tersebut. Shilea naik berang. Dia berjalan mendekati meja kerja Fareez dan mematikan talian telefon tersebut. Fareez merenung tajam ke arah Shilea. Dia menghempas gagang telefon. Shilea menelan air liur. Selama dia berkahwin dengan Fareez, belum pernah dia lihat Fareez meradang. Belaiannya pun penuh lembutan. Shilea berundur sedikit ke belakang. Takut menjadi mangsa ‘terkaman’ si Fareez. Shilea duduk di sofa yang disediakan di dalam bilik itu.
“Kau tahu tak? Itu pelanggan penting aku. Stupid!” Fareez berkata dalam nada yang tinggi. Dia mendengus marah. Dia menekan interkom. Memanggil Hadirah. Tergesa-gesa Hadirah masuk ke bilik Fareez. Tercungap-cungap dia seketika. Kalau lambat sikit, mesti mengamuk lagilah bos. Tambah-tambah dengan kehadiran perempuan senget ni.
“Awak tolong call balik Encik Zuki. Saya terputus talian dia tadi. Awak cakap dengan Encik Zuki, saya nak jumpa dia esok pukul 4.30 petang kat tempat biasa.” Hadirah mendengar arahan Fareez dengan teliti. Terangguk-angguk setiausahanya itu. Hadirah meminta diri untuk keluar. Dia hendak segera meninggalkan bilik yang sudah terasa bahangnya walaupun bilik itu dilengkapi dengan penghawa dingin. Faree berjalan dan duduk dihadapan Shilea.
“Apahal kau nak jumpa aku ni?” tanya Fareez. Straight to the point. Dia tidak mahu perbualan mereka berbengkang-bengkok. Shilea duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu. Menyilangkan kakinya untuk menampakkan betis yang putih gebu. Mentang-mentanglah Shilea memakai skirt separas lutut. Getiknya, sempat hati Fareez mengutuk. Fareez duduk berhadapan dengan Shilea.
“I nak jumpa Mirul. I nak bawak dia balik tinggal dengan I.” Shilea berterus-terang dengan hajatnya datang berjumpa Fareez.
“You nak bawak Mirul tinggal dengan you? No way, jose. No way.” Fareez menggeleng-gelengkan kepala serta menggawangkan tangan tanda tidak bersetuju. Shilea sengaja memakai baju yang mendedahkan sebahagian daripada tubuhnya. Bertujuan untuk menggoda Fareez. Tetapi Fareez sedikit pun tidak rasa imannya goyah.
“Please….just for a year.” Rayu Shilea. Hati Fareez digeletek satu perasaan. Terhambur ketawa yang sengaja dibuat.
“A year? One whole year?” Fareez seolah-olah bertanyakan soalan kepada Shilea. Dia lihat perempuan itu menganggukkan kepalanya. Sekali lagi Fareez ketawa kuat. Shilea mendengus geram.
“What? This isn’t funny.” Shilea agak tersinggung dengan perbuatan Fareez. Dia tidak mahu Fareez fikir dia main-main. Dia serius hendak menjaga anaknya. Fareez memeluk tubuhnya.
“This is funny. You know what? I nak tanya you satu soalan saja. Hanya satu saja. Kalau you boleh jawab, I akan fikirkan perkara ini.” Fareez sengaja hendak menguji Shilea. Sebenarnya, Fareez awal lagi sudah membuat keputusan. Dia nekad tidak akan memberikan Amirul kepada ibunya walaupun dia tahu Shilea berhak menjaga Amirul. Amirul dibawah umur dan kalau mereka berebutkan hak penjagaan, Shilea sudah tentu akan menang kerana Shilea adalah ibu kandung kepada Amirul.
“Shoot.” Shilea bersedia untuk mendengar soalan daripada Fareez. Dia memandang Fareez dengan wajah yang menggoda.
“Where is your reponsibility as a wife and a mother when both of us need your love and attention?” Fareez memandang muka Shilea dengan serius. Tergagau-gagau Shilea mencari jawapan. Sekejap diselak rambut, sekejap dibetulkan baju. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Fareez. Fareez benar-benar menduganya kali ini. Shilea membetulkan duduknya. Fareez tahu Shilea gelabah. Dia bangun dari sofa. Menuju ke arah meja kerjanya. Banyak lagi kerjanya yang harus diselesaikan. Daripada melayan perempuan tak betul ini, lebih baik dia siapkan kerja yang bertimbun di atas meja.
“Tapi you pun salah jugak.” Shilea masih tidak mahu mengalah. Dia bangun dan berdiri menghadap Fareez.
“Apa salah I?”
“You tanya I apa salah you? You selalu sibuk dengan kerja dan client you saja. Langsung tak ada masa untuk I. You ingat I apa? Tunggul? I pun kerja jugak. Tapi taklah busy all the time. I ada masa nak spend dengan family masa hari Sabtu dan Ahad. Tapi you? Asyik-asyik nak jumpa pelanggan. I bosanlah. Sabtu dan Ahad, I naklah jugak spend time dengan you. Keluar jalan-jalan macam couple lain.” Shilea meluahkan segala rasa tidak puas hatinya. Fareez tahu dia bersalah.
“OK. I tahu I salah. Tapi kalau kadangkala kita keluar bersama, you nak jalan sorang-sorang. You tinggalkan I di belakang. Orang sekeliling ingat I tak ada wife. I tengok couple lain berjalan mesti sama-sama. Tapi, kita….We have a children. You have to accept the fact. I tengok perempuan lain jalan dengan anak dan husband. Dia orang tak kisah pun. I jealous tengok lelaki lain bahagia. You tak nak jalan dengan I dan Mirul sebab you takut nanti saham you jatuh. Hello…you dah kahwin dengan I. Saham you nak jatuh apa lagi?” memang kemarahan Fareez sudah memuncak. Asyik-asyik hendak menyalahkannya sahaja. Itulah sebab Fareez malas hendak keluar berdua dengan Shilea. Hendak menjaga saham, konon!
“Well….I want to be free sometime. I want to be single like I used to be. Sesekali I nak bebas dari jadi isteri dan ibu.” Silap besar Shilea berkata begitu. Fareez tersenyum sinis.
“You are free from me now. You can go anywhere you want.” Fareez menyelak kertas kerja dihadapannya. Satu benda pun tidak masuk dalam kepalanya. Dia hendak mengawal perasaan marahnya.
“Tapi I masih sayangkan you.” Shilea berjalan menuju ke arah Fareez. Dia berdiri di sebelah meja Fareez. Dia memainkan tali leher bekas suaminya itu dengan jari.
“I dah tak percayakan you.” Fareez menepis kasar tangan Shilea. Fareez keluar dari bilik itu dan menuju ke arah Hadirah.
“So, Didi macam mana? Dapat Encik Zuki?” tanya Fareez. Hadirah bangun untuk bercakap dengan Fareez. Dia begitu menghormati bosnya itu.
“Dapat, bos. Dia nak bos ada kat sana pukul 4.30 petang tepat. Dia tak nak bos lewat.” Fareez menganggukkan kepala apabila mendengar kata-kata Hadirah. Dia berjalan semula masuk ke dalam bilik. Fareez bercekak pinggang. Shilea duduk di atas meja dan menyilangkan kakinya sambil menjawab panggilan telefon daripada telefon bimbit Fareez. Pantang Fareez orang duduk di atas meja. Meja untuk tempat menulis bukannya untuk diduduk.
“Hah! B.There’s…” Shilea terperasan dengan kehadiran Fareez.
“Bangun dari meja I, sekarang.” Jari telunjuk Fareez dituju tepat ke muka Shilea. Perempuan itu gugup.
“B, ada perempuan call you ni. Perempuan mana pulak ni? Semenjak I tinggalkan you, you dah pandai cari perempuan lain.” Disuakan telefon kepada Fareez. Dirampas telefon daripada tangan Shilea.
“Berapa kali I kata? Jangan panggil I, B. I tak suka. We doesn’t have any relationship anymore. I dengan you dah divorce. I’m not your hubby and you’re not my wife. We’re finish. Understood? So, panggil I Fareez. And one more thing. Suka hati I lah nak cari perempuan lain. Kenapa? Tak boleh? You boleh pulak cari lelaki lain semasa you jadi wife I.” Fareez berkata dalam nada marah. Dia menjawab panggilan tersebut. Shilea melabuhkan punggung di sofa.
Setelah beberapa minit bercakap dengan si pemanggil, Fareez mematikan talian telefonnya. Fareez duduk semula di tempatnya. Shilea hanya duduk merenung wajah Fareez. Dia masih tidak puas hati dengan cara Fareez melayannya. Fareez tidak seperti kawan-kawan Shilea yang lain. Walaupun mereka sudah bercerai, tetapi hubungan mereka dengan bekas suami masih baik. Seperti kawan baik.
“Apa you buat kat sini lagi? Apasal tak berambus.” Kasar bahasa Fareez. Dia sudah geram dengan perangai Shilea yang mengada-ngada itu.
“Kita tak habis bincang lagi.” Shilea menarik kerusi dihadapan Fareez dan melabuhkan punggung di situ.
“Apa yang nak dibincangkan lagi?” Fareez seakan-akan bosan dengan Shilea. Dia hendak menamatkan perbualannya dengan Shilea secepat mungkin.
“Pasal Mirul.”
“Kita dah tak ada apa-apa nak bincang pasal Mirul. He’s mine.” Fareez bertegas. Tidak faham bahasakah perempuan ini?
“He’s also mine. I lebih berhak kepada Mirul sebab I yang melahirkan dia. I dan Fauzi boleh jaga dia. Fauzi kata dia boleh anggap Mirul macam anak dia sendiri. Walaupun dia zuriat you.” Shilea bersungguh-sungguh hendak mendapatkan Amirul. Dia akan membuktikan kepada Fareez yang dia boleh menjaga Amirul sebaik Fareez menjaga anak kecil itu.
“Aku tak sangka kau bodoh sangat percaya cakap si Fauzi tu. Apa yang ada pada Fauzi? Hebat sangatkah dia?” Fareez rasa tercabar mendengar nama Fauzi yang menjadi sebutan Shilea. Hebat sangatkah lelaki itu? Dasar lelaki tak kenang budi. Kalau tidak kerana Fareez yang memperkenalkan Fauzi kepada dunia perniagaan, pasti lelaki itu masih berada di takuk lama. Inilah dinamakan kawan makan kawan.
Fauzi adalah kawan baik Fareez semasa di zaman persekolahan lagi. Kerana hidup Fauzi yang seakan-akan kais pagi makan pagi, Fareez berasa simpati dan menolong Fauzi. Tetapi apabila perniagaan Fauzi sudah berjaya, Fauzi menikam dari belakang dengan merampas isterinya. Fareez tidak pernah meminta balasan atas semua pertolongannya. Tetapi ini yang dibalas oleh Fauzi sebagai tanda terima kasihnya kepada Fareez. Ternyata kawan makan kawan. Semenjak kejadian itu, dia sudah tidak percaya lagi akan manusia yang bernama perempuan. Baginya, semua perempuan sama sahaja.
“Dah tentu lah dia hebat. Bukan macam you. Dia boleh puaskan nafsu I bila-bila masa saja. FYI, masa I jadik wife you, dah banyak kali I tidur dengan dia.” Shilea menyakiti hati Fareez. Naik turun dada Fareez menahan marah. Memang perempuan ini sekejap lagi makan penampar sulung. Shilea bangun dan mendekati Fareez.
“Di atas katil you tidur sekarang.” Shilea berkata. Berbisik di telinga Fareez. Fareez menghentam mejanya sehingga berdentum kuat. Shilea berundur sedikit menjauhi Fareez. Takut Fareez menghayun penumbuknya. Kalau kena muka Shilea, pasti lebam teruk ini. Tangan Fareez sahaja hampir menutupi wajah Shilea.
“Arghh….” Fareez sudah mengangkat tangannya tinggi untuk menampar Shilea. Dia sudah hilang sabar.
“Tamparlah kalau you berani.” Shilea menyuakan mukanya kepada Fareez. Fareez menghentikan perbuatannnya itu dan mengurut dadanya. Shilea menelan air liur. Dia juga khuatir Fareez akan menamparnya betul-betul. Tapi dia yakin Fareez bukanlah lelaki dayus untuk menampar perempuan. Dia bukan Fauzi. Fareez duduk semula di kerusi. Dia tidak akan menjadi bodoh dengan menampar perempuan.
“Kenapa you kata I bodoh sebab percaya cakap Fauzi? Any reasons? Or you jealous?” Shilea memandang wajah Fareez tajam. Fareez ingin menceritakan segala-galanya tentang Fauzi kepada Shilea. Bukan hendak memburukkan Fauzi. Tapi Shilea perlu diajar.
“Me? Jealous? Aku cemburu pada perogol? Please…my standard is much more higher than him.” Fareez tidak suka dikatakan cemburu.
“Kenapa you kata dia perogol?” pelik dengan ayat yang dituturkan oleh Fareez. Fareez tersenyum sinis. Nampaknya Shilea tidak tahu perkara sebenar. Inilah masanya untuk memecah tembelang lelaki itu.
“Kalau you nak tahu, Fauzi tu dah merogol adik perempuan dia sendiri. Adik kandung yang keluar dari perut ibu yang sama. Menyusu dari susu badan yang sama. I ingatkan selama ni abanglah tempat untuk adik perempuan meminta perlindungan tetapi tak sangka, abangnya penyangak. Sampai mengandung pulak tu. You ingat kenapa dia nak ada business sendiri? Sebab dia nak tanggung adik perempuan dia tu. Orang kampung kalau dah tengok perempuan suci kena tebuk, mesti orang kampung fikir perempuan tu perempuan tak baik. Jadi, untuk menutup perbuatan kotornya, dia sangguplah nak menanggung adik dia tu. Satu lagi, dia tu kaki perempuan. Hati-hatilah dengan dia. Dia tak puas dengan seorang sahaja.” Terang Fareez mengenai perangai Fauzi yang sebenarnya. Fauzi juga yang bercerita kepada Fareez perkara sebenar. Disebabkan rasa simpati yang menebal di dalam diri Fareez, ditolongnya juga kawannya itu. Memang dasar penyangak.
“I tak percaya. You mesti jealous.” Shilea tersenyum. Meluat Fareez melihat muka Shilea.
“You better get out from my office. I don’t want to see your face anymore. Never.” Fareez berkata perlahan. Shilea berjalan menuju ke arah pintu bilik Fareez.
“You jangan ingat I takut dengan you.” Tangan Shilea memegang tombol pintu. Dipulasnya tombol itu.
“Get out.” Fareez menjerkah. Matanya mencerlang ke arah Shilea. Bekas isterinya itu terkejut dengan jerkahan itu dan segera membuka pintu bilik. Tetapi dia memaling semula ke arah Fareez. “And one more thing, B. My lawyer will send you a letter about Mirul’s custody. I will see you in court…. I mean, Fauzi and I will see you in court.” Sempat lagi Shilea hendak menyakiti hati Fareez. Shilea memberi flying kiss dan kenyitan mata kepada Fareez. Dia segera menutup pintu bilik apabila dia melihat Fareez telah mengangkat puncher dan dibaling ke arah Shilea. Puncher tersebut terkena pintu bilik. Bunyi yang berdentum itu mengejutkan Hadirah. Nasib baik tak gugur jantungnya. Fareez memegang kepala. Pening dengan perangai Shilea yang tak habis-habis itu dan projek yang harus diselesaikan dengan segera.




0 tukang komen paling setia: